PROSES KEJADIAN ALAMProses kejadian alam ini satu persoalan yang
menarik sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini. JawapanNya
diterangkan di dalam al Quraan melalui RasulNya. Di dalam al Quraan
yang suci Allah menyebutkan Dialah yang menciptakan alam semesta
ini dengan kekuasaan dan kehendakNya. FirmanNya yang bermaksud:
"Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan
benarlah perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu
terjadilah', dan di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu
sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan
Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui" (Al Anaam:
73)Allah telah menciptakan langit dan bumi ini melalui
proses-proses yang dikehendakiNya. Sebahagian daripada
proses-proses kejadian alam ini telah diterangkan oleh Allah dengan
jelas di dalam al Quran. Allah telah menerangkan bahawa kejadian
langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang padu, kemudian
dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang
bermaksud:
"Dan apakah orang-orang kafir, tidak mengetahui bahawasanya
langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu,
kemudian Kami pisahkan kedua-duanya. Dan daripada air Kami jadikan
segala suatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga
beriman?Ayat ini menerangkan asal kejadian alam semesta, terdapat
tiga maklumat penting yang terkandung di dalam ayat ini berkaitan
dengan kejadian alam semesta
Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti
(suatu yang wujud) tunggal. Keseluruhan alam semesta, langit dan
bumi adalah tercantum dalam satu unit. pemisahan berlaku secara
sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal dan peningkatan
jirim (ordering matter)
Proses pembentukan alam ini berlaku secara bertahap-tahap
selepas dari pemishanitu. Hal ini seperti yang disebut di dalam
alQuraan yang bermaksud;
"Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu
masih merupakan asap lalu Dia berkata kepadaNya dan bumi, Datanglah
kamu keduanya menurut perintahKu dengan suka hati atau terpaksa
hati' keduanya menjawab 'kami datang dengan suka Maka Dia
menjadikan tujuh langit dalam masa dua masa dan Dia mewahyukan
dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang
pada tiap-tiap langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang
dekat dengan bintang yang cemerlang dan Kami perliharanya (Fushilat
: 11-12)Seluruh proses kejadian alam ini berlaku secara sistematik
dengan ukuran yang rapi dan tepat seperti yang disebut di dalam
alQuraan
Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."
"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir
(yang telah ditentukan)." (Al Qamar :49)Manakala alam semesta yang
diciptakan oleh Allah ini sentiasa mengembang atau keluasan alam
ini sentiasa bertambah dari masa kesemasa. Ini bermaksud segala apa
yang ada di alam ini sentisa bertambah terhadap masa. FirmanNya
bermaksud:
"Dengan kemahiran dan kekuasaan Kami, Kami bangunkan langit dan
Kami kembangkannya" (Azariat : 4)
PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
PERINGKAT PERTAMA
NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan
atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran
air maniMaksud firman Allah :
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis
air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan
perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan
melihat " ( Al- Insan : 2 )
Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf
ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas
samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj
berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas
ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air
mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah
menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang
berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah
lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari
nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
PERINGKAT KEDUAALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada
hujung minggu pertama /hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor
yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar
makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman
Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" (al-Mukminun :
14)
Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal
darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah
sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah.
Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
sesuatu yang bergantung atau melekat pacat atau lintah suatu
buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga
minggu ketiga did alam rahim.
PERINGKAT KETIGAMUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku
pada minggu keempat.Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di
dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun
ayat 14 Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
(al-Mukminun : 14)
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang,
telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan
bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu
kini mempunyai saluran darahnya sendiri.
Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya,
darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi
membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh
minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
PERINGKAT KEEMPATIZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu
kelima, keenam dan ketujuhialah peringkat pembentukan tulang yang
mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah
dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.Firman Allah
yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da
kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging" (al-Mukminun :
14)
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang
kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan
tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem
pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke
pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan,
kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain
terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula
tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada
minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
PERINGKAT KELIMANASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu
menjelang minggukelapan , beberapa perubahan lagi berlaku.
Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke
peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah
terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada
bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan
baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua
anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi
perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.
PERINGKAT KE ENAMNAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh.
Para ulamak Islam menyatakanbilakah roh ditiupkan ke dalam jasad
yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan
roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya
organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka
telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim
perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal
semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t
melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di
dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan
jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan
kejadian insan disisi Allah s.w.t
TANDA KEKUASAAN DAN KEBIJAKSANAAN ALLAHSesungguhnya pada
kejadian langit dan bumidan (pada) pertukaran malam dan siang dan
(pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa bendabenda
yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang
Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya
tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya
dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran
angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di
antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada
tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya,
kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu)
menggunakan akal fikiran. (Al Baqarah : 164)
Hanya pencipta yang berkuasa dan berilmu mampu mencipta langit
dan bumi, menukarkan malam dan siang, menurunkan hujan. Allah juga
merdeka, dia bebas melakukan apa yang dia kehendakki.
Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha
Mengetahui. (Yasin : 81 )
Ciptaan Allah itu pula Kun Fayakun (terus menjadi).
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya
sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah
engkau!. Maka ia terus menjadi. (Ya-Sin : 82)
Allah juga berfirman supaya golongan kafir menunjukkan apa yang
telah dicipta oleh tuhan mereka:-
Katakanlah (wahai Muhammad): Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan
dan kelayakan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu-sekutu, yang
kamu seru dan sembah selain Allah? Tunjukkanlah kepadaku apa yang
mereka telah ciptakan dari bahagian bumi ini?. (Fatir : 40)
KEJADIAN LANGIT DAN BUMI
Allahlah yang menjadikan 7 lapisan langit dan bumi.
Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan)
bumi seperti itu; (at-talaq :12)
Bumi pada asalnya tiada, dunia pada mulanya dipenuhi dengan air.
Kemudian Allah membekukan air melalui angin yang bertiup di atas
air dan terciptalah tanah diatas buih air. Maha Suci Allah yang
membekukan bumi di atas air.
PERTUKARAN MALAM DAN SIANG
Pertukaran malam dan siang adalah satu projek besar Allah SWT.
Sistem turun dan naik matahari tidak pernah rosak sejak dari dahulu
lagi.
Kami jadikan matahari sebagai tanda yang menunjukkan perubahan
bayangbayang itu;[46] Kemudian Kami tarik balik bayang-bayang itu
kepada Kami, dengan beransur-ansur.[47] Dan Dialah Tuhan yang
menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur
untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari
rezeki. (Furqan : 46 , 47 )
Katakanlah: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan malam
kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang
manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan cahaya yang
menerangi kepada kamu? Maka mengapa kamu tidak mahu mendengar
(secara memahami dan menerima kebenaran)? (Qasas : 71)
katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan
siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan
yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam
kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak
mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)?
(Qasas : 72)
HUJAN
Allahlah yang menurunkan hujan dari air yang tersejat dari bumi.
Allah jugalah yang menyuling air itu daripada masin menjadi
tawar.
dan Dia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air)
(Ar-Rad :12)
Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami
yang menurunkannya?[70] Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia
masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur (Al-Waqiah :69)
Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari
langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di bumi;
kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang
berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak
segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau
melihatmu berupa kuning; kemudian Dia menjadikannya hancur
bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi
peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.
(Az-Zumar : 21)
PUTARAN BUMIKita semua dapat hidup di atas muka bumi ini kerana
bumi berputar di atas paksinya dalam tempoh 24 jam sehari. Cuba
bayangkan sekiranya bumi ini tidak berputar, mustahil kita dapat
hidup dengan aman dan sentosa di permukaan bumi.
Dari putaran inilah terjadinya siang dan malam. Permukaannya
yang menghadap matahari akan mengalami siang manakala permukaan
yang membelakangkan matahari akan menjadi malam. Seandainya bumi
tidak berputar maka sudah tentu bahagian yang menghadap matahari
akan menjadi siang selamalamanya hingga hari kiamat dan begitulah
sebaliknya. Apakah yang akan terjadi sekiranya siang berlaku terus
menerus? Sudah pasti keadaan udara dan hawa dari saat ke saat, dari
minit ke minit dan dari jam ke jam akan menjadi bertambah panas.
Dalam tempoh 100 jam sahaja udara akan mencapai takat didih 100C
sehingga lautan, tasik, danau, sungai dan sebagainya akan mendidih
dan menggelegak. Cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi
sekiranya seluruh sungai, danau dan samudera mendidih airnya?
Begitu juga darah yang mengalir di dalam tubuh kita juga turut
mendidih. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada satu pun makhluk yang
dapat hidup. Semuanya akan mati dan musnah menjadi debu-debu yang
berterbangan. Apa pula yang akan terjadi sesudah 100 jam atau 1000
jam berikutnya? Bukan sahaja semua ini akan mendidih, bahkan semua
permukaan bumi ini sama ada benda-benda pepejal atau sebagainya,
akan menjadi bara api yang tersangat panas. Ketika itu, bukan
setakat manusia sahaja akan mati terbakar malahan bumi ini sendiri
akan terbakar menjadi debu dalam sekelip mata sahaja. Kemudian apa
pula yang akan terjadi sekiranya waktu malam berlaku terus menerus
sehingga hari kiamat? Hawa dan udara dari saat ke saat dan
seterusnya dari jam ke jam akan terus bertambah dingin sehingga
dalam tempoh 100 jam sahaja akan mencapai takat 0C sehingga seluruh
air dan benda yang cair akan membeku menjadi ais yang pejal dan
keras. Mungkin di saat itu, manusia dan binatangbinatang masih
dapat hidup seperti keadaan di Kutub Utara dan Selatan. Namun
begitu, bagaimana pula keadaannya sesudah 100 jam atau 1000 jam
berikutnya? Apabila udara dan suhu menjunam turun ke bawah paras 0C
maka sudah pasti akan lenyaplah segala kehidupan di muka bumi ini.
Kedua-dua ibarat ini harus kita fikirkan sedalam-dalamnya untuk
melihat betapa hebatnya kekuasaan Allah dan juga perlindungan-Nya
yang diberikan untuk kehidupan setiap makhluk khasnya kita sebagai
manusia yang dikurniakan akal fikiran yang sempurna. Firman Allah
s.w.t. yang bermaksud:
Katakan pula, bagaimanakah pendapat kamu sekiranya Allah
menjadikan siang terus menerus sampai hari kiamat? Siapakah selain
Allah yang akan mendatang malam kepadamu yang kamu dapat
beristirehat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikannya? Dan
kerana rahmatnya-Nya, Dia jadikan untuk kamu malam dan siang supaya
kamu beritirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian
dari kurniaan-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur
kepada-Nya. (Al-Qasas: 72-73)Dengan adanya putaran bumi siang dan
malam maka keadaan hawa di permukaan bumi ini menjadi seimbang dan
sederhana iaitu tidak terlalu panas dan tidak terlalu dingin.
Sehingga manusia, haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan dapat hidup
dengan selesa di permukaan bumi ini. Iaitu planet yang berukur
lilit 40,003 km dan beratnya beribu-ibu juta tan itu. Perkara ini
hendaklah kita fikirkan sedalam-dalamnya. Seterusnya hendaklah kita
selalu mengingati dan berterima kasih kepada Allah s.w.t. Janganlah
kita sekali-kali menjadi orang-orang yang seakan-akan tidak
mendengar dan melihatnya sedangkan kita mempunyai telinga, mata dan
akal untuk bersyukur memuji-Nya.
HAIWANSelain tumbuh-tumbuhan , Allah juga mencipta haiwann.
Berjuta-juta haiwan yang berlainan jenis ditemui. Semakin dikaji,
semakin banyak jenis haiwan ditemui. Analisa telah mengelaskan
haiwan kepada dua bahagian :
INVERTEBRATA ( TIDAK BERTULANG BELAKANG)Contoh : serangga,
umpai-umpai, udang, nyamuk
VERTEBRATA (BERTULANG BELAKANG)Contoh : ikan, ular, buaya
Firman Allah s.w.t :
Allah menciptakan semua jenis haiwan daripada air. Ada binatang
yang berjalan dengan perut, ada yang berjalan dengan dua kaki dan
ada pula yang berjalan dengan empat kaki" (An Nur : 25 )
Penjelasan ayat : punca kepada kejadian haiwan ialah air. Adakah
haiwan yang hidup di dalam air lebih banyak daripada jenis haiwan
yang hidup di darat ? Kajian sains : haiwan yang sesetengahnya
terlalu besar seperti akan paus yang paling besar ialah 95 kaki
panjang, berat 150 tan (25 kali ganda berat seekor gajah raksasa
benua Afrika ) Sementara haiwan yang terbesar di darat ialah seekor
gajah yang hidup di benua Afrika. Mempunyai ketinggian 10 kaki,
telinga selebar 4 kaki dan berat badannya mencapai sehingga 6 tan
dan digelar gajah raksasa. Walaupun gajah besar, namun boleh
diperhambakan oleh manusia. Didalam sejarah gajah digunakan untuk
pelbagai kepentingan . Pada tahun 657 m Raja Habsyah telah
menggunakan gajah untuk menyerang Kota Mekah dan seterusnya
meruntuhkan Kaabah. Dan Allah telah merakamkan perintiwa tersebut
di dalam surah al-Fiil ( yang bermaksud gajah)
"Adakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah
bertindak tehadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan
tipudaya mereka ( untuk menghancurkan kaabah) itu sia-sia?. dan Dia
mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong. Yang
melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar.
lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan
(ulat).Selain gajah unta juga mempunyai ciri-ciri yang unik Allah
telah menggesa manusia untuk mengkajinya. Maksud firman Allah :
" Mengapa mereka tidak mengkaji bagaimana (uniknya) kejadian
unta ?" (Al-Ghasyiah : 17 )
Al-Quran telah membahagikan binatang kepada beberapa bahagian :
An'am : binatang-binatang ternakan Bahimatul-an'am : binatang
peliharaan yang boleh dimakan yang melata di bumi. Daabah :semua
jenis binatang yag kecil / besar Subu' : binatang-binatang buas
termasuk jenis burung seperti helang.
Binatang-binatang adalah kurnian Allah kepada manusia daripada
yang sekecil-kecilnya kepada yang sebesar-besarnya, masing-masing
menjalankan tugas bagi menstabilkan sistem ekologi atau
keseimbangan alam.
PROSES PENDEBUNGAANPendebungaan ialah proses penyatuan sel
jantan daripada biji debunga dengan sel telor (betina) dari ovul,
bagi menghasilkan buah. Kebanyakan pokok buah-buahan didebungakan
oleh serangga seperti lebah, rama-rama, kumbang, semut dan
lain-lain.Pendebungaan melalui serangga hanya berlaku kepada
bunga-
bunga yang berwarna terang dan mempunyai ranggi yang besar serta
cukup kuat untuk menyangga berat serangga yang melawatnya. Debunga
juga melekit. Firman Allah
" untuk proses pendebungaan , Kami mengutuskan angin" ( Al Hijr
: 22 )Firman Allah ini adalah untuk membuka ruang kepada kita
supaya mengkaji sistem pendebungaan yang terdapat pada bunga-bunga
pokok .
Melalui kajian didapati :
PERTAMA : Pendebungaan melalui angin berlaku pada bunga-bunga
yang rangginya tidak terang serta tidak menarik perhatian serangga.
Jenis debunganya pula amat ringan dan kering. Faktor-faktor ini
memudahkan debunga-debunga tersebut berpindah ke stigma bunga
walaupun tiupan angin berlaku dengan perlahan. KEDUA : Terdapat
sesetengah bunga yang hanya dilawati oleh oleh jenis serangga yang
tertentu sahaja kerana tidak semua jenis serangga menyukai jenis
bunga yang sama. KETIGA : Pendebungaan secara kacukan pula berlaku
kepada bunga yang debunga kurang berpeluang sampai ke stigma
disebabkan kedudukan stigmanya yang lebih tinggi daripada stamen
seperti jagung, kurma atau bunga lain yang seumpamanya.
PROSES KEJADIAN MANUSIA DAN TUMBUHTUMBUHAN ADALAH BUKTI NYATA
TENTANG KEBENARAN HARI BERBANGKIT[22.5] Hai manusia, jika kamu
dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka
(ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah,
kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian
dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak
sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam
rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan,
kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan
berangsurangsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara
kamu ada yang diwafatkan dan (adapula) di antara kamu yang
dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi
sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi
ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya,
hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam
tumbuh-tumbuhan yang indah.
[22.6] Yang demikian itu, karena sesungguhnya Allah, Dialah yang
haq dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala yang mati dan
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu,
[22.7] dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada
keraguan padanya. Dan bahwasanya Allah membangkitkan semua orang di
dalam kubur.
Allah s.w.t. seringkali mengingatkan makhlukNya yang dinamakan
manusia tentang akan terjadinya Hari Kiamat iaitu suatu hari
kemusnahan secara mutlak di dalam ayat-ayatNya di dalam al-Quran.
Malah dalam abad ke-20an ini para saintis telah menemui beberapa
penemuan yang membenarkan tentang adanya hari Kiamat. Teori yang
menyatakan bahawa alam semesta ini mempunyai satu permulaan dan
sentiasa mengembang atau perluasan secara berterusan. Seorang ahli
fizik Rusia, Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgia, George
Lemaitre secara teori menghitung dan menemukan bahawa alam semesta
senantiasa bergerak dan mengembang. Fakta ini dibuktikan juga
dengan menggunakan data pengamatan pada tahun 1929 oleh Edwin
Hubble seorang astronomi Amerika menemukan bahawa bintangbintang
serta galaksi saling menjauhi. Ini bermakna apabila bintang-bintang
serta planet-planet saling menjauhi, tarikan graviti antara satu
sama lain akan lemah.
Keadaan ini menyebabkan sistem cakerawala tidak seimbang dan
akhirnya mungkin menyebabkan perlanggaran antara satu sama lain.
Rujuk surah :
"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan
sesungguhnya Kami benarbenar meluaskannya." (adz Zariyat : 47 )
Alam semesta telah mengembang dengan kecepatan maha dahsyat.