INSTITUT KEMAHIRAN MARA ALOR SETAR,KEDAH
THEORY ASSIGNMENTBUILDING CONSTRUCTION 2
KOD/SUBJEK : KCB 2123-BULDING CONSTRUCTION 2KURSUS : SIJIL
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BANGUNAN ( SEMESTER 2 )SESI/TAHUN :
JULAI-DISEMBER 2014
NAMA PELAJAR : AZRIL HAZIQ BIN ZAINAL ABIDDINNO IC/MATRIKS :
950422-08-5753/202533NAMA : EN.SHUHADA BIN YAHYA PENGAJAR
ISI KANDUNGAN
BILTAJUK/PERKARAM/S
1Isi Kandungan
2Penghargaan
3Tajuk/Soalan Tugasan Kerja
4Pengenalan
5Definisi Melepa
6Langkah-Langkah Keselamatan
7Jenis-Jenis Peralatan Dan Kegunaannya Dalam Kerja-Kerja
Melepa
8Jenis-Jenis Bahan Dan Kegunaannya Dalam Kerja-Kerja Melepa
9Jenis-Jenis Mesin Dan Kegunaannya Dalam Kerja-Kerja Melepa
10Jenis Dan Sifat-Sifat Mortar Yang Baik
11Kebaikan Dan Keburukan Alat/Bahan
12Jenis-Jenis Mortar Yang Bermutu Tinggi
13Penutup/Kesimpulan/Hasil Kajian
14Sumber/Rujukan
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan.Terlebih
dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana
limpah dan kurnianya dapat lagi kita bersama-sama bertemu antara
satu sama lain untuk menyiapkan tugasan ini.Sebagai pembuka
bicara,saya berasa amat bersyukur kerana diberi kekuatan dan
akhirnya dapat juga menyelesaikan tugasan yang telah diberikan
dengan berhemat dan kondusif.Pertama sekali,saya ingin merakamkan
jutaan penghargaan terutamanya kepada pensyarah saya iaitu Encik
Shuhada Bin Yahya dalam mengendalikan kursus Binaan Bangunan 2
kerana telah memberikan tunjuk ajar dan kefahaman kepada saya
sehinggalah saya dapat mengetahui serba sedikit mengenai definisi
melepa,kegunaan,bahan dan peralatan dan mesin dalam kerja-kerja
melepa.Saya juga dapat mengenali jenis dan sifat-sifat mortar yang
merupakan perkara yang penting dalam kemasan dinding dan juga
lantai serta dapat menerangkan jenis mortar yang bermutu tinggi
dalam melaksanakan kerja-kerja kemasan.Alhamdullilah dengan
penerangannya saya dapat menyelesaikan tugasan ini.Selain itu
juga,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas
saya yang juga menjadi tunjang untuk bersama-sama membantu dalam
menyiapkan tugasan ini.Dengan melalui perbincangan tersebut,saya
dapat mencari idea dan mentafsirkan kajian dan maklumat mengenai
kerja melepa yang terdapat dalam kerja bangunan.Akhir sekali,saya
juga ingin merakamkan penghargaan kepada sesiapa yang turut
terlibat dalam membantu menjayakan tugasan kerja ini.
TAJUK/SOALAN TUGASAN KERJA
NOMBOR 3 :
1.TERANGKAN KEGUNAAN ALAT,BAHAN,DAN MESIN DALAM KERJA-KERJA
MELEPA.
2.JENIS DAN SIFAT-SIFAT MORTAR YANG BAIK.
3.JENIS-JENIS KEMASAN DINDING/LANTAI.
4.JENIS MORTAR YANG BERMUTU TINGGI DALAM MELAKSANAKAN
KERJA-KERJA KEMASAN.
PENGENALAN
Sebagai sub-topik utama dalam kajian ini,pelajar-pelajar akan
diberi soalan tugasan kerja yang telah diamanahkan.Untuk soalan
ini,saya telah memilih soalan nombor 3 iaitu kajian yang
membincangkan tentang kegunaan peralatan,bahan dan mesin khususnya
dalam kerja melepa.Selain itu juga,pelajar-pelajar akan didedahkan
mengenai soalan-soalan yang lain yang berteraskan bahan
binaan.Untuk modul ini,saya akan mengkaji kerja-kerja
melepa,jenis-jenis dan sifat-sifat mortar yang baik,kemasan dinding
dan lantai,dan juga menerangkan jenis mortar yang bermutu tinggi
dalam melaksanakan kerja-kerja kemasan sama ada syiling,dinding
atau pun lantai.Sebagai ringkasan dalam topik ini,saya akan
menceritakan serba sedikit mengenai kajian yang telah dijalankan
oleh saya.Melepa ialah kerja-kerja untuk merawat,mencantikkan dan
mendapatkan permukaan yang menarik dalam sesuatu struktur luar
bangunan kecuali dalam struktur bangunan seperti lantai dan juga
syiling.Terdapat pelbagai jenis kemasan dinding dan lantai yang
diterapkan oleh seluruh warga Malaysia khususnya yang menceburkan
diri dalam pekerja binaan.Jenis-jenis dan sifat-sifat mortar yang
baik digunakan merupakan asas atau perkara yang penting dalam
kemasan dinding dan lantai.Kegunaan peralatan,bahan dan juga mesin
haruslah bersesuaian dan selamat digunakan untuk menjadikan sesuatu
permukaan dinding atau tembok itu sentiasa kemas dan menarik.Akhir
sekali,saya juga telah diberi tugasan untuk menerangkan jenis-jenis
mortar yang bermutu tinggi dalam melaksanakan kerja-kerja
kemasan.
DEFINISI MELEPA
TAJUK: KERJA-KERJA LEPAAN
TUJUAN:
Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya boleh
melakukan kerja-kerja MELEPA mempelajari tentang lukisan kerja
akitek, penggunaan peralatan kerja melepa serta bahan, kelengkapan
dalam kerja melepa dan boleh membuat kemasan pada bahagian lepaan.
Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan
menggunakan mortar. Ianya dilakukan untuk menutup kecacatan pada
muka tembok bata.Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan
kekuatan tangan serta pemikiran yang tenang untuk menghasilkan
kerja yang bermutu.
KERJA-KERJA LEPAAN
Permukaan bata yang memerlukan kerja-kerja lepaan adalah
dikhususkan pada dinding atau tembok yang menggunakan bata tanah,
bata pasir, blok konkrit atau apa juga jenis bata yang sesuai untuk
dilepa bagi menutup permukaannya. Ini bertujuan untuk menyerlahkan
lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau tembok
yang dibina itu sendiri.
Tujuan Lepaan
i. Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang
kurang elok.
ii. Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah
mutunya.
iii. Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata
dan licin.
iv. Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih
tahan lama dan lasak.
v. Memberi alas yang sesuai untuk mengecat.
vi. Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari
segi kesihatan.
Kerja lepaan Sesuatu permukaan perlu dijalankan berdasarkan
alasan berikut :-
1)Mendapatkan permukaan yang sekata dari segi kelurusan dan
kerataan
2)Melindungi, menutup serta memperbaiki kerja bata yang rosak
atau tidak rata.
3)Meilindungi permukaan dari tindakan cuaca atau sebarang anasir
supaya lebih tahan kerana dapat bertindak sebagai bahan kalis
air.
4)Menyediakan alas yang sesuai untu kerja mengecat.
5)Memudahkan kerja mengecat dan membersih apabila kotor
6)Mengurangkan bunyi bising serta kalis haba
7) Menambah kekuatan dinding kerana lapisan lepa menambahkan
ketebalan dinding
8)Boleh memberikan kemasan corak yang menarik pada lapisan
akhir.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
TUJUAN:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
pelatih/pekerja tentang pentingnya keselamatan diamalkan di tempat
kerja. Dengan maklumat dan pengetahuan yang diberikan akan
membolehkan pelatih/pekerja menilai dan jenjangkakan akan
kemalangan yang mungkin berlaku yang berkemungkinan akan melibatkan
nyawa atau kecederaan.
PENERANGAN
1.UTAMAKAN KESELAMATAN. Inilah sikap yang mesti diamalkan setiap
masa sebagai asas tindakan-tindakan yang akan diambil mengelakkan
sebarang kemalangan di dalam bengkel dan tempat kerja
seperti:a.Kecederaan pekerja yang berkenaan.b.Kecederaan kepada
orang lain.c.Kerosakan mesin-mesin, alat-alat dan bahan-bahan di
dalam bengkel yang boleh mengakibatkan kemalangan dan kerugian.
2.Kebanyakan kemalangan dalam bengkel boleh dielakkan sekiranya
langkah-langkah pengawasan diambil terlebih dahulu untuk mengadakan
suasana dan juga teknik atau cara-cara bekerja yang selamat.
3.Perkara-perkara penting yang mesti dipastikan bagi mengadakan
suasana bekerja yang selamat adalah seperti berikut:
Keselamatan individuPakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa
bekerja. Pakaian yang koyak dan serebeh adalah tidak selamat. Kasut
atau but keselamatan yang bahagian hadapannya diperbuat dari keluli
adalah sesuai bagi mengelakkan sebarang kecederaan kaki. Capal atau
sandal tidak seharusnya digunakan.
Perlindungan mataApabila membuat kerja yang mungkin menyebabkan
kecederaan kepada mata. Maka cermin mata, cermn mata keselamatan
(goggle) atau pelindung muka hendaklahPakaian yang sesuai hendaklah
dipakai semasa bekerja. Pakaian yang koyak dan serebeh adalah tidak
selamat.
4.Perimustahaknya berpakaian sempurna.a.Pakaian yang paling
sesuai ialah overall atau pakaian tukang dandang (boilers suit).
Kenakan semua butang dan lengan baju panjang hendaklah di gulung ke
paras atas siku.b.Jangan memakai jam tangan atau cincin.c.Pakai
alat perlindungan mata (goggles) jika menggunakan mesin.d.Pakai
kasut yang selamat.e.Pakai topi keselamatan (safety helmet)
JENIS-JENIS PERALATAN DAN KEGUNAANNYA DALAM KERJA-KERJA
MELEPA
PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENGGUNA ALAT KERJA
MELEPA
Sebelum kerja melepa dijalankan,adalah perlu seseorang pekerja
itu mahir dengan kaedah dan cara mengguna alat melepa dengan
betul.Alat Hawk dan pemaras keluli perlu dimahirkan dengan lenggok
pergerakan dan tekanannya.Perkara-perkara lain yang perlu
dititikberatkan ialah :1.Pastikan tangan anda dan pemegang alat
sentiasa bersih dan kering.Sekiranya kotor dan basah,maka cuci dan
keringkan segera.
2.Jangan pegang alat kerja terlalukemassemasa
menggunakannya.
3.Semasa mengambil mortar, jangan berdiri terlalu jauhdari
mortar board dan semasa
mengambilnya, ambillah dari bahagian tepi, bukan daritengah.
4.Semasa mengambil mortar dari hawk gerakkan kedua-dua belah
tangan.
5.Biarkan pemaras keluli bergerak supaya tangan boleh menukar
posisi pada pemegang,kemudian barulah digenggam erat semasa kerja
dijalankan.
6.Tekan mortar padadinding menggunakan tekanan seimbang dan
seterusnya merapatkansteel float apabila mortar
semakinkurang.7.Biarkan steel float sedikit menegak (bersudut
tepat) sekiranya banyak mortar berada di hujung pemaras
berkenaan.8.Sebelum menggunakan alat jenis kayu, pastikan lepaan
berada dalamkeadaan sedikitkering. Jika terlalu cair / basah,
mortar akan luruh dan jika terlalu kering mortar tidak dapatdi
ratakan dengan sempurna.Jenis peralatan melepa
1. Pemaras keluli
Pemaras Keluli digunakan dalam kerja-kerja lepaan yang
besar.Bagi kerja-kerja lepaan lurah,pemaras keluli sekadar
digunakan untuk kerja-kerja melicinkan permukaan.
2.Pemaras Kayu
Diperbuat daripada kayu atau logam dan ianya digunakan dalam
kerja-kerja kemasan untuk menghasilkan permukaan yang rata tetapi
tidak licin kepada lepaan.
3. Pemegang mortar - hawk
Diperbuat daripada papan berukuran 230mm*230mm dengan satu
pemegang dilekatkan bersudut tepat sama ada di bawah atau di
tepinya dan digunakan untuk meletak mortar semasa membuat
lepaan.
4.Comb Spreader
Digunakan pada lapisan akhir dalam kerja melepa untuk
mendapatkan permukaan yang cantik dan menarik.
5. Pemaras kayu panjang ( darby float )
Merupakan sebatang kayu lurus ditandakan dengan ukuran lepaan
dan digunakan khas untuk mendapatkan permukaan yang lurus dari
kedua-dua belah tembok.
6. Aras spirit
Diperbuat daripada logam atau kayu yang lurus di kedua-dua belah
muka dan digunakan untuk mendapatkan ukuran yang sama dari
kedua-dua belah tembok melepa dan untuk menguji pugak dan
kerataan.
JENIS-JENIS BAHAN DAN KEGUNAANNYA DALAM KERJA-KERJA MELEPA
Bahan untuk melepa
Antara bahan yang diperlukan untuk kerja melepa dalah
sebagaimana berikut :-
Simen:
Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk
bancuhan mortar samada untuk penerapan bata, membuat lepaan atau
sebagai perekat jubin. Terdapat simen khas yang dibuat untuk mortar
lepaan iaituWallcretedimana ianya telah siap campuran simen portlan
biasa dengan kapur.
Kapur :
Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga
1000oc untuk menghasilkan kapor tohor. Bahan tersebut kemudiannya
direndam kedalam air untuk mengeluarkan haba (slaking) dan
menghasilkan hydrated lime yang sesuai untuk membuat mortar ikatan
dan lepaan.Tujuan penggunaan kapur adalah untuk menambah keupayaan
air memegang mortar serta mengurangkan kehilangan air dari bancuhan
dan seterusnya menambah pegangan antara butir-butir pasir dalam
bancuhan mortar.
Air :
Air yang digunakan mestilah bersih dan jernih, bebas dari
bendasing yang boleh merosakkan bancuhan mortar. Air laut tidak
sesuai untuk bancuhan mortar walaupun ianya jernih kerana kandungan
garamnya akan menyebabkan lapisan lepaan mudah peroi dan
mengaratkan besi tetulang.
Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :-
a) Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir
pasir dapat disaluti dengan simen.
b)Memudahkan kerja bancuhan
c)Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.
Bahan Tambahan
Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa
bancuhan bertujuan untuk menambah sifat kemudahkerjaan
(workabality) mortar. Biasanya bahan tambahan sekitar 30%
digunakan.Bahan jenis Waterproofing compounds ialah bahan kimia
yang disediakan dalam bentuk serbuk dan juga cecair untuk
menghasilkan lepaan yang tidak telap air. Bahan jenis serbuk halus
dibancuh bersama simen dan digaul dalam keadaan kering.Bahan
Plasticisers dapat menambah kemasukan udara kedalam mortar. Bila
terdapat udara, ia memberikan kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan
ditingkatkan dimana 50% kandungan air dalam mortar dapat
dikurangkan. Ini akan melambatkan proses pengeringan dan
peningkatan kekuatan ikatan.Contoh bahan tambah ini seperti sodium
silikat, sodium aluminat, kalsium format, triethanolamine, sodium
glukonat dan kalsium lignosulphonat.Nisbah bancuhan mortar untuk
lepaan bergantung kepada jenis lepaan yang hendak dibuat. Bagi
lepaan asas atau lepaan kasar maka nisbah yang sering digunakan
adalah 1:6(simen:pasir) ataupun ditambah dengan satu bahagian kapor
untuk tujuan kemudahkerjaan (workability) dimana1 : 1 : 6(simen :
kapor : pasir)
Jenis-jenis Lepaan
a. Lepa Kapurb. Lepa Gypsumc. Lepa Simen
a.Lepa Kapur
Lepa ini mengandungi kapur, pasir dan air yang dibancuh mengikut
nisbah yang tertentu. Nisbah campuran/bancuhan yang lazimnya dibuat
adalah 1:2 ( 1 bahagian kapur : 2 bahagian pasir) dan lepa ini
dikemaskan lagi dengan dampul kapur.
b.Lepa Gypsum
Bahan-bahan untuk lepa jenis ini adalah terdiri daripada serbuk
gypsum yang dibancuh dengan air. Bancuhan tersebut hendaklah pekat
dan liat supaya mudah kerja-kerja lepaan dilakukan. Lepaan jenis
ini tidak perlu tebal memadai 5 mm sahaja. Kerja-kerja lepaaan
jenis ini hanya dilakukan pada permukaan siling sahaja. Lepa gypsum
tidak tahan pada tindakan cuaca lembab, oleh itu lepaan hanyalah
dibuat pada ruangan yang tertutup/berbumbung sahaja.
c.Lepa simen.
Lepa simen dibuat dengan menggunakan simen, kapur dan pasir
halus. Nisbah bancuhan lepa simen adalah 1 : 1: 4 ( 1 bahagian
simen : 1 bahagian kapur : 4 bahagian pasir halus) ataupun 1:3 jika
kita menggunkan simen yang telah dimasukan kapur / simen penampal
(Wallcrete / Masonry Portland Cement). Lepaan jenis ini boleh
dibuat pada semua bahagian dinding samada bahagian dalam atau luar,
siling dan lantai kerana ianya tahan pada tindakan
cuaca.Kerja-kerja lepa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :
a. Lepaan bahagian dindingb. Lepaan bahagian lantaic. Lepaan
bahagian atas / siling
Mortar untuk LepaanMortar ialah bahan utama untuk melakukan
kerja-kerja lepaan. Terdapat beberapa nisbah bancuhan mortar untuk
digunakan mengikut tempat yang dikehendaki. Ia terdiri daripada
campuran simen dengan pasir yang dibancuhkan dengan air bersih.
a.Nisbah bancuhan 1:3 (1 bahagian simen : 3 bahagian pasir)
dibuat pada tempat yang menanggung beban seperti kilang, bengkel
berjentera dan lain-lain dengan ketebalan 25 mm.
b.Nisbah bancuhan 1:4 ( 1 bahagian simen : 4 bahagian pasir)
dibuat pada bahagian dinding- dinding bangunan samada bahagian luar
atau dalam dengan ketebalan 18.75mm ( 20mm)
Peralatan kerja Lepa
a. Sudip lepa (Plastering Trowel)b. Kayu perata (Wooden Float)c.
Pemaras kayu panjang (Darby)d. Penatang Mortar (Hawk)e. Sudip
Penjuru (Angle Iron)f. Baldi (Bucket)g. Alat aras Spirit (Spirit
Level)h. Berus cati. Sponge Trowelj. Rough Cast Machinek. Penyembur
air (Iron Spray)l. Kotak Penyukat (Gauge Box)
Perkakas dan peralatan Kerja Lepa
Penyediaan Pada Permukaan Yang Hendak Dilepa
Tempat yang akan dilepa mestilah bersih dari sebarang kekotoran
seperti habuk, tanah, minyak, cat dan apa-apa yang menghalang
mortar daripada melekat pada permukaan yang hendak dilepa.
a. Permukaan bataPermukaan ini kebiasaanya terdiri dari
bata-bata yang ikatannya dari jenis bata tanah, bata pasir ataupun
blok
b. Permukaan konkrit.Konkrit-konkrit juga memerlukan lepaan
terutamanya pada bahagian lantai, dinding, rasuk, alang dan pada
mana-mana permukaann yang terdedah pada cuaca. Selain untuk menutup
permukaannya yang kasar, ianya juga dapat mencantikan bahagian luar
agar kelihatan lebih kemas dan menarik kecuali permukaan yang tidak
memerlukan lepaan iaitu hiasan asal konkrit yang diadakan dengan
sengaja.
Kaedah Lepaan
Kerja-kerja lepaan yang dijalankan mempunyai kaedah yang
tersendiri. Selain penggunaan mesinlepaan, ianya juga dilakukan
secara manual iaitu lapisan demi lapisan. Lapisan untuk dilepa
bolehdibahagikan kepada tiga lapisan.Bagi lapisan pertama, ia
dikenali sebagai lapisan asas yang dilepa kasar setebal 10-12mm.
Untuk lapisan kedua ianya lebih dikenali sebagai lapisan tengah
atau pertengahan.Permukaan ini dilepa dan diratakan dengan
menggunakan pemaras kayu panjang dan diratakan dengan menggunakan
kayu perata. Ketebalannya dibuat setebal 8-10 mm.Sementara lapisan
ketiga iaitu lapisan penyudah atau lapisan kemasan. Lapisan ini
boleh dibuat dengan kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan
lapisan skim, kemasan shanghai
JENIS-JENIS MESIN DAN KEGUNAANNYA DALAM KERJA-KERJA MELEPA
Mesin yang digunakan dalam kerja melepa ialah :
READY MIXED MORTARReady mixed mortar yang dibancuh dari kilang
yang dibekalkan oleh lori yang mempunyai drum berputar,mutu mortar
ini adalah lebih baik kerana kawalan bancuhan yang rapi dilakukan
kepada bahan-bahan mentah,nisbah bancuhan,nisbah air simen dan
kaedah bancuhan.
ROUGH CAST MACHINE
Untuk menghasilkan tempekan yang bertompok-tompok mortar pada
permukaan tembok sebagai satu seni hiasan dinding.
MORTAR
PENYEDIAAN MORTAR
OBJEKTIF PENCAPAIAN:Sedia mortar untuk kerja-kerja batu-bata,
sebagai seorang pekerja binaan khasnya penerap batu bata dan
pekerja batu amat penting bagi mengetahui cirri-ciri, jenis-jenis
dan kadar bancuhannya bersesuaian dengan sesuatu kerja yang hendak
dibuat
TUJUAN PENERANGANMortar adalah bahan yang penting dalam
kerja-kerja pembinaan yang menggunakan batu bata ataupun blok.
Ianya bertujuan bagi mengikat ataupun bahan pelekat yang mesti
diketahui oleh seorang pekerja binaan. Oleh itu sebagai seorang
pekerja binaan ianya amat penting bagi mengetahui cirri-ciri,
sifat, jenis dan kadar bancuhan yang sesuai bagi sesuatu kerja yang
hendak dibuat
PENERANGAN :Mortar adalah hasil campuran simen atau kapur atau
kedua-duanya sekali dengan pasir pada kadar tertentu. Kegunaan
utama mortar ialah untuk mengikat batu-bata atau blok dan
kerja-kerja melepa pada dinding dan lain-lain kerja yang
berkaitan.
Pelekat yang digunakan untuk mengikat bata dinamakan mortar.
Mortar dihasilkan dengan mambancuh simen atau kapur, pasir dan air.
Bahan-bahan yang digunakan dan cara membancuhnya akan mempengaruhi
kekuatan dan kekekalan mortar.dan seterusnya menentukan kekuatan
tembok yang dibinakan. Simen dan kapur merupakan dua jenis bahan
pengikat yang lazim digunakan dalam bancuhan mortar. Bahan pengikat
dan pasir (kadangkala serpihan halus batu juga digunakan) hendaklah
dibancuh mengikut nisbah yang ditentukan bagi jenis kerja dan jenis
bahan binaan yang tertentu. Nisbah bancuhan yang sesuai untuk
mengikat kerja bata kejuruteraan ialah 1:3 (simen : pasir),
manakala untuk mengikat bata biasa dan melepa, nisbah bancuhan yang
sesuai ialah 1:4.Secara amnya, mortar yang pekat (lebih simen)
hanya sesuai digunakan untuk bahan binaan yang cukup kuat seperti
bata kejuruteraan. Jika mortar yang pekat digunakan untuk mengikat
bata yang kurang keras, keretakan mungkin berlaku pada permukaan
tembok kerana pengecutan dan pengembangan tidak sama pada kedua-dua
jenis bahan ini. Sebaliknya jika bancuhan mortar yang kurang pekat
digunakan untuk mengikat bata yang keras, akibatnya ialah
sambungannya tidak akan kekal dan kekuatan tembok akan terjejas.
Oleh sebab itu, nisbah bancuhan mortar bagi setiap jenis kerja
binaan hendaklah mematuhi perincian yang telah ditetapkanKomponen
MortarSecara umunya, mortar adalah dibezakan berdasarkan kepada
jenis bahan pengikat yang digunakan atau komposisinya. Bahan-bahan
campuran dalam sesuatu mortar ialah simen, batu baur halus dan
bahan tambah disamping air:
I. SimenDua jenis simen yang biasa digunakan untuk bancuhan
mortar iaitu simen yang biasa digunakan untuk bancuhan mortar iaitu
simen Portland dan mansory cement yang mengandungi lebih kurang 75%
kandungan simen Portland. Bagaimanapun, simen Portland mempunyai
kekuatan lebih tinggi daripada mansory cement untuk digunakan dalam
bancuhan mortar bagi bata.II. Batu baurBatu baur yang digunakan
adalah pasir halus yang hampir semua melepasi ayak 4.75mm. jika
pasir terlalu halus kadar simen mestilah tinggi dan ini mestilah
dielakkan agar kos tidak terlalu tinggi.
II. Kegunaan pasir dalam mortar ialah untuk :-a) Mengurangkan
kecutan mortar supaya retakan dapat dicegah.b) Mengurangkan
perbelanjaan pembinaan, kerana pasir lebih murah daripada kapur dan
simen.c) Membantu pegerasan kapur tulin.
Bahan tambah
Bahan mentah digunakan bertujuan manambahkan lagi kebolehan
Menahan air bagi sesuatu mortar simen untuk mandapatkan
kebolehkerjaan yang tinggi. Selalunya bahan tambah untuk tujuan ini
adalah bahan bukaan organik seperti batu kapur dan tanah liat
adalah bahan tambah paling baik kerana mortar yang dihasilkan
adalah lebih senang untuk disebarkan, penahanan air yang baik dan
penambahan kekuatan dan kelembutan. Bagaimanapun, batu kapur
terhidrat lebih banyak digunakan kerana mudah didapati dan
ekonomik.Seperti campuran konkrit, air digunakan sebagai ejen
penghidrat simen dengan batu baur dan kandungannya adalah
bergantung kepada keadaan atau kelas mortar yang dikehendaki. Air
merupakan bahan pengikat yang wujud dalam bentuk cecair.Air yang
digunakan untuk campuran mortar perlulah bersih dan bebas daripada
asid, alkali dan bahan-bahan organik. Kehadiran bahan-bahan organik
dalam air akan menyebabkan kelambatan proses pengerasan dan
pemejalan bagi mortar dan seterusnya memberi kesan terhadap
kelasakan mortar.
SIFAT-SIFAT MORTAR YANG BAIK
1.Mempunyai kekuatan yang cukup berpadan dengan kerja yang
hendak dibuat.
2.Senang mengerjakannya (workability)
3.Memberi ikatan yang baik antara mortar dengan batu atau
blok
4.Tahan dari sebarang cuaca dan sebarang tindakan kimia
Sifat-sifat mortar merupakan faktor yang amat penting yang perlu
dipertimbangkan dalam menghasilkan kerja binaan yang baik. Di
antara sifat-sifat tersebut ialah kekukuhan, kebolehkerjaan,
kebolehan menahan air, kekuatan mampatan, ikat tegangan, kelasakan,
perubahan isipadu dan keanjalan. Sebagai contoh, bahan-bahan bagi
mortar yang mengikut spesifikasi piawaian apabila dinisbahkan akan
menghasilkan mortar yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki.
Kekukuhan
Kekukuhan bagi sesuatu mortar adalah merujuk kepada darjah
kelembapannya juga berkait rapat dengan kesenangan di dalam
pengendalian dan penggunaan mortar.Kebanyakkan daripada kegagalan
mortar adalah disebabkan daripada penggaulan secara serentak, kasar
dan tidak cermat ke atas kesemua bahan-bahan memberikan
kebolehkerjaan yang baik dan lebih senang untuk dikendalikan.
Penggunaan air yang mencukupi di dalam penghasilan mortar yang
meliputi keseluruhan permukaan bermortar pada unit-unit struktur.
Kekukuhan juga perlu pada bahagian kepala sambungan supaya mudah
diratakan tanpa sebarang kesukaran dalam kerja-kerja pembinaan
dinding bata.Kebolehkerjaan
Istilah kebolehkerjaan bermaksud kesenangan untuk membancuh,
menuang dan memadat, darjah kebolehkerjaan dinilai berdasarkan
kesenangan diratakan dengan mudah, kemampuannya untuk memegang kuat
pada permukaan yang menegak dan ketahanan terhadapnya lelehan
semasa unit kerja binaan sedang dijalankan.Kebolehkerjaan
disifatkan suatu yang kompleks di mana melibatkan sifat kelekatan,
kejelekitan, ketumpatan,kelelehan keplastikan dan kelikatan. Bagi
kerja-kerja tersebut, seseorang yang berpengalaman mampu menentukan
darjah kebolehkerjaan mortar tersebut. Semakin tinggi darjah
kebolehkerjaan mortar itu, semakin rendah tenaga yang perlu
digunakan bagi jumlah bahan yang sama.
Ketahanan Air
Ciri-ciri penahanan air bagi keplastikan mortar mencerminkan
kemampuan bahan tersebut untuk menyimpan air campurannya apabila
mengalami daya serapan. Ini adalah ciri penting bagi mortar kerana
ciri ini memberikan kesan terhadap ciri-ciri mortar yang lain.
Semakin tinggi sifat poros dan penyerapan air yang digunakan,
semakin cepat mortar tersebut mengeras.Oleh itu, mortar yang
mempunyai sifat penyimpanan air yang tinggi akan memberikan
rintangan terhadap penyerapan air oleh bata dan seterusnya
memperlahankan proses pengerasannya berbanding dengan mortar
hendaklah tinggi supaya akan sentiasa berada dalam keadaan lembut
dan plastik.
Kekuatan/mampatan
Faktor utama yang mempengaruhi kekuatan mampatan sesuatu mortar
ialah Jenis kualiti simen yang digunakan. Ini menunjukkan kekuatan
mortar mempunyai hubungan langsung dengan nisbah bancuhan mortar.
Pada kandungan simen yang tinggi, kekuatannya adalah tinggi begitu
juga sebaliknya. Jenis simen seperti yang telah diterangkan sebelum
ini juga mempengaruhi kekuatan mortar.Bagi sesuatu mortar,
kandungan air adalah agak tinggi kerana mortar diperlukan dalam
kebolehkerjaan yang tinggi disamping mortar juga bersifat mampatan
tersendiri. Namun begitu kandungan air yang terlalu tinggi akan
mengurangkan kekuatan mampatan sesuatu mortar akibat lelehan yang
terjadi. Oleh itu, untuk mendapatkan kebolehkerjaan yang tinggi
disamping kekuatan yang mencukupi, nisbah bancuhan disesuaikan
disamping penggunaan bahan tambah.Ujian terpenting bagi kekuatan
mortar adalah kekuatannya terhadap beban mampatan dan kekuatan
ikatan tegangan. Kekuatan mampatan boleh diukur dengan ujian ke
atas kiub-kiub 75 X 75 X 75 mm3 untuk masa-masa pengawitan selama 7
dan 28 hari.Mortar juga mempunyai kekuatan tegangan. Dalam struktur
bata, tegangan terjadi sejurus setelah unit-unit bata mortar
bertemu dan ikatan ini terus meningkat bersama-sama penghidratan
simen. Kepentingan kekuatan tegangan mortar ialah dari segi
kekuatan bata di mana ia menahan pengembangan sisi bata apabila
beban dikenakan. Kekuatan ricih dalam mortar boleh diabaikan kerana
lekitan dalam mortar adalah mencukupi. Cuma yang perlu diperhatikan
ialah tegasan ricih yang terjadi antara permukaan mortar dengan
unit-unit bata yang bersentuhan.
Ikatan/tegangan
Kekuatan ikatan tegangan merupakan kekuatan lekatan yang
berkembang di antara mortar dan bata. Mortar mestilah mempunyai
kemampuan untuk meleleh dan bata tersebut mestilah mempunyai
permukaan bata yang ingin diikat. Batu bata tersebut mestilah
mempunyai permukaan tersebut.Walaupun sebahagian daripada kekuatan
ikatan tegangan berkembang serta-merta selepas bata dan mortar
bersentuhan dan ikatan tersebut terus selari dengan penghidratan
simen. Ikatan tegangan adalah penting bukan sahaja dari segi
kekuatan malah turut membantu dalam menahan daya yang terhasil
daripada isipadu dan suhu. Di dalam makmal kekuatan tegangan diukur
dengan menentukan daya tegangan yang diperlukan untuk memisahkan
lapisan bata yang telah dipasang.
Kelasakan
Kelasakan bagi mortar diukur daripada kemampuannya untuk menahan
keadaan dedahan yang telah ditetapkan seperti angin, suhu dan
serangan kimia. Mortar mungkin akan berhadapan dengan kerosakan
kecil sepanjang tempoh perkhidmatan dinding bata tersebut.
Penghidratan simen akan menghasil mortar yang mempunyai ketumpatan
yang lebih tinggi dengan ciri-ciri penyerapan yang rendah serta
kaupayaan yang tinggi di dalam menahan daya pengembungan air yang
membeku.Kandungan simen dan udara di dalam mortar memainkan peranan
penting di dalam menentukan kelasakannya. Untuk menambah keupayaan
lasaknya, udara yang terperangkap di dalam mortar akan digunakan
untuk menghalang serangan-serangan hujan dan bahan-bahan kimia
seperti sebatian-sebatian sulfat dan klorid. Oleh itu untuk
menambah kelasakan sesuatu mortar, bahan tambah pemerangkap udara
seperti plastex digunakan.Bahan-bahan tambah seperti kalsium
klorid, kalsium karbonat selain mempunyai kebolehan Manahan air ia
juga bertindak dengan simen dalam proses penghidratan dan
menghasilkan ruang-ruang udara dalam mortar. Mortar yang lemah
biasanya amat mudah diserang oleh tindakan kimia daripada mortar
yang kuat..Perubahan/isipadu
Ciri-ciri pengecutan bebas bagi mortar adalah diukur di dalam
makmal dengan menggunakan prisma berdimensi 25 mm x 25 mm x 282 mm.
specimen tersebut diuji terhadap kekuatan dalam fungsi masa ke
semasa bagi penyimpanan udara.Setelah specimen kehilangan lembapan
melalui sejatan, maka pengecutan akan berlaku. Segala maklumat
tentang perubahan isipadu diperolehi secara penandaan relarif
terhadap ciri-ciri pengecutan mortar dalam kerja binaan dan ini
amat berguna di dalam menganalisis pergerakan dinding dan taburan
tegasan dalam kerja binaan.
Rupabentuk
Rupa bentuk keseluruhan bagi struktur kerja binaan adalah
dipengaruhi oleh rupa sambungan mortar. Faktor-faktor yang
menyumbang kepada rupa sambungan mortar teramasuklah keseragaman
warna dan perubahannya, keseragaman tekstur dan ketebalannya.Warna
dan perubahan bagi sambungan disebabkan oleh kandungan kelembapan
mortar, bahan tambah mortar, keadaan atmosfera atau cuaca dan
keseragaman nisbah campuran mortar. Keseragaman yang baik bagi
tekstur adalah bergantung kepada pengukuran yang teliti semasa
menisbahkan bahan-bahan binaan mortar semasa penggaulannya.
Keanjalan
Secara amnya, mortar lebih cenderung untuk berubah bentuk bila
dikenakan beban paksi terhadapnya. Mampatan pugak mortar akan
diikuti oleh pengembangan sisinya akan menjadi lebih besar dalam
bata dari pengembangan yang terjadi pada bata. Bila kedua-duanya
terikat bersama, bata dan mortar dipaksa untuk mengalami keterikan
bersamanya menyebabkan bata bergerak di dalam keadaan tegangan yang
mana pada keadaan tegangan yang tinggi, keretakan akan berlaku dan
seterunya akan gagal.Hubungan tegasan terikan untuk mortar secara
amnya menunujukkan ciri-ciri plastik yang berbeza. Ketiadaan
hubungan lelurus antara tegasan dan keterikan, menimbulkan
kesukaran untuk mendapatkan nilai modulus keanjalan yang tepat
untuk sesuatu mortar. Misalnya untuk bancuhan mortar 1:1:6 (simen :
batu kapur : pasir), nilai Em nya ialah diantara 2.8 ke 4.2 Kn/MM2
dan campuran 1:1/4:3 nilainya adalah antara 10.0 ke 14.0Kn/MM2.Satu
cara yang mudah untuk mendapatkan modulus keanjalan mortar ialah
dengan cara Ujian Elektrodinamik. Ujian ini dijalankan dengan
meletakkan satu prisma mortar di antara dua terminal ke terminal
satu lagi.Bagaimanapun, kelakuan keanjalan mortar melalui ujian dan
di dalam keadaan sebenar adalah agak berlainan. Dalam keadaan
sebenar, setiap permukaan mortar adalah terikat. Namun begitu kesan
ini adalah kecil dan boleh diabaikan.
JENIS-JENIS KEMASAN LANTAIJenis Kemasan LantaiBerdasar kepada
ciri-ciri yang dikehendaki, banyak jenis kemasan lantai boleh
digunakan dalam pembinaan tempatan, antaranya ialah:Lepa
SimenKemasan lepa simen Portland biasa ataupun simen berwarna pada
dasar konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan
dalam pembinaan bangunan perusahaan dan rumah-rumah kediaman kos
rendah. Jenis kemasan ini boleh dibuat secara monolithic iaitu
dibuat sekaligus semasa lapisan konkrit ditempatkan ataupun sebagai
lapisan kemasan yang berasingan. Permukaannya dilicinkan dengan
menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.
Contoh kemasan lepaan simen
Contoh kemasan lepaan simenJalur KayuKemasan ini terdiri
daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang
ditanam di dalam lapisan konkrit ataupun pada gelegar lantai kayu.
Papan jalur hendaklah bertanggam lidah dan lurah ataupun bertanggam
lekap.Seboleh-bolehnya lebar papn jalur mestilah tidak melebihi 100
mm kerana papan yang lebih lebar akan mengecut berlebihan dalam
proses pengeringannya. Papan jalur selebar 75 mm lazim dibekalkan
dalam pasaran tempatan. Lantai jalur kayu boleh dikemaskan dengan
sampan atau lekar. Jenis kayu keras seperti kayu jati, cengal dan
kempas menghasilkan lantai kayu yang bermutu tinggi. Rajah 13.3
menunjukkan pembinaan lantai jalur kayu.
ParketKemasan parket dibuat dengan kepingan kayu beroti
disusunkan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah berikut . Kayu
ini dilekatkan pada kertas selebar 300 mm x 300 mm supaya senang
dilekatkan kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu.
Permukaan parket perlu diasah dengan mesin canai sehingga rata dan
licin. Permukaan parket yang licin dan bersih boleh dikemaskan
dengan sampan, lekar atau lilin. Jenis kayu yang biasa digunakan
untuk membuat lantai parket ialah kayu jati dan kempas.
Jubin
Banyak jenis jubin boleh didapati daripada pasaran tempatan
untuk berbagai-bagai kegunaan. Jubin-jubin ini diperbuat daripada
tanah liat, pasir dan bahan-bahan tambahan melalui proses
pembakaran. Ia adalah keras dan kalis air serta mempunyai
sifat-sifat yang tertentu untuk kegunaan khas, contohnya ialah
jubin rintangan gelincir, jubin tahan lasak dan sebagainya. Jubin
ini dihasilkan dalam beberapa saiz dan warna secara homogeny
ataupun bergris pada permukaannya sahaja.Saiz jubin yang dihasilkan
ialah 110 mm x 110 mm, 150 mm x 150 mm, 200 mm x 200 mm, 200 mm x
100 mm, 200 mm x 300 mm, 300 mm x 300 mm. Pembinaan jubin ini
dilakukan pada dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen
(bancuhan simen dan air sahaja). Di celah-celah sambungan di antara
jubin-jubin ini diisikan dengan simen putih atau dimen
berwarna.
contoh kemasan lantai : jubin
Batu MarmarKepingan batu marmar yang berupa papak sekata atau
pun papak tak sebentuk dilekatkan di dasar konkrit dengan
menggunakan adunan simen. Permukaan lantai perlu diasah dengan
mesin canai menggunakan batu asah gred kasar (No 24) keg red halus
(No 350) sehingga rata dan licin, kemudian dikemaskan dengan
lilin.
contoh kemasan lantai : marmarMozekMozek diperbuat daripada
tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ia
merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan berbagai-bagai
rekabentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas dengan saiz
sebesar 300 mm x 300 mm. Pembinaannya dilakukan dengan menggunakan
adunan simen untuk melekatkan mozek di dasar konkrit. Di
celah-celah sambungan di antara mozek-mozek ini diisikan dengan
bancuhan simen dan pasir halus
contoh kemasan lantai : mozekTerazoTerazo diperbuat daripada
serpihan batu marmar yang kecil, dibancuh dengan simen dan mukanya
diasah sehingga licin dan berkilat. Terazo digunakan sebagai
kemasan lantai ataupun tembok. Lantai terazo boleh dibuat dengan
cara tuang-di-tempat ataupun tuang-dahulu. Dalam pembinaan lantai
terazo, nisbah bancuhan batu-batu marmar dan simen adalah
bergantung kepada saiz batu marmar:Saiz batu marmar sehingga 10 mm
bancuhan 1:2,Saiz batu marmar sehingga 12 mm bancuhan 1:3.Bancuhan
air tidak melebihi 25 liter bagi satu beg simen untuk menentukan
nisbah air-simen dalam linkungan 0.50, dan penurunannya 25 mm.
Seperti bancuhan konkrit yang lain, bancuhan terazo ini hendaklah
digunakan dalam jangka masa setengah jam selepas air
dibancuhkan.Selepas terazo ditempatkan dan dikemaskan dengan
pemaras keluli, pengawetan hendaklah dilakukan sebaik sahaja terazo
mengeras. Pencanaian boleh dilakukan 36 jam selepas lantai itu
dibuat. Bermula dengan batu asah gred kasar (No 24) lantai itu
dicanai pula dengan mesin canai sehingga rata dan kelihatan bentuk
asal batu marmar pada keseluruhan permukaannya. Lantai tersebut
dibersihkan dan lubang-lubang halus ditampal dengan turapan simen
yang sama warnanya. Pencanaian kali kedua dengan menggunakan batu
asah gred No 120/150 dilakukan selepas diawetkan selama 5-7 hari.
Sekali lagi, lantai dibersihkan, ditampal lubang-lubang halus dan
diawet selama 2-3 hari. Akhirnya lantai digosok dengan batu halus
(gred No 350) bersama asid oksalik dan air sehingga bersih dan
berkilat.Lantai terazo digunakan untuk bilik tamu, bilik tidur,
bilik pejabat dan sebagainya, tetapi kurang sesuai untuk bilik air,
dapur, dan tempat-tempat yang lembap, sebab muka terazo menjadi
gelincir jika terkena air dan mudah diserang asid atau alkali.
contoh kemasan lantai : terazo
Selain lantai-lantai tersebut, kemasan-kemasan lantai yang lain
seperti tikar getah, (linoneum), genting vinil, karpet dan
permaidani juga digunakan untuk lantai bilik tidur, bilik pejabat
dan sebagainya. Selain itu dengan perkembangan teknologi, terdapat
beberapa penerokaan bahan untuk diguna sebagai kemasan lantai
seperti kaca, syiling dan lain-lain.
contoh kemasan lantai : karpet
contoh kemasan lantai unik : lantai kaca
JENIS-JENIS KEMASAN DINDING
Jenis lepaanJenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk
pandangdankeperluan kegunaan sesuatu dinding atau tembok. Antara
jenis kemasan yang biasa dilakukan adalah seperti :-
1.Kemasan Biasa ( sand face)Lepaan biasa dibuat dengan nisbah
bancuhan 1 : 6 (simen :Pasir). Lepaan jenis ini boleh dibuat dengan
dua lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar 16mmdanbagi
tampang bawah, rasuk, tiang, dinding blok atau konkrit yang mana
permukaannya sedia licin, lepaan dibuat setebal 12mm.Lapisan
pertama: bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan
pertama dibuat setebal 10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan
pertama adalah setebal 6mm. Nisbah bancuhan adalah 1:3-4 atau 1:6
jika ditambahandenganbahanpemudah adun. Permukaan ini hendaklah
dikasarkan bagi menerima lepaan lapisan kedua.Lapisan Kedua: Lepaan
setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras keluli untuk
permukaan diding dalamdangengan pemaras kayu bagi dinding luar.
Lepaan ini hendaklah menggunakanpasiryang ditapisdandisudahi dengan
gosokan pemaras kayu. Span basah boleh digunakan untuk mendapatkan
permukaan yang seragam.Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling
sesuai untuk lepaan luar bangunan menggunakan simen Portland,
kapordanpasirialah :-1: : 4 atau1 : 1 : 5-6 atau1 : 2 : 8-9
2. KEMASAN LICINMerupakan lapisan kemasan akhir yang dibuat
keatas permukaan lepaan biasa menggunakan likatan air simen dengan
cara melicinkannya dengan pemaras keluli. Untuk menambah
kemudahkerjaan, campuran simen boleh ditambah dengan kapor.
Permukaan dinding lepaan sedia ada hendaklah dalam keadaan lembab
atau separuh kering untuk menerima likatan cairan simen lepaan
licin ini agar ikatan lepaan licin dengan lepaan dinding menjadi
sebati. Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang
pekat (Cement Slurry) kemudian di ratakan pada permukaan lepaan
dengan menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan
permukaan yang licin. Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis
sahaja dan tidak boleh ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan
tersebut berkemungkinan tidak rata pada keseluruhannya. Lapisan ini
dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering.
3. Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing)
Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel) yang
diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir.
Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering supaya
muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan memudahkan
kerja-kerja merata dengan span.
4.Kemasan Shanghai
Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5bahanterdiri dari simen
berwarna :Pasir: serpihan batu bersaiz 3mm ayakan. Prosesnya sama
dengan kemasan granolitik , Cuma hasil yang diperolehi adalah
kemasan gerutu berwarna. Kemasan Shanghai dibuat dengan menggunakan
campuran batu kelikir (shanghai / pebbles stone) dengan simen
portland biasa atau simen warna. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1
simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2
bahagian batu Shanghai). Campuran bahan tadi dilepa pada permukaan
dinding/tembok bermula daripada bahagian bawah ke atas. Setelah
dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras
kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama
dan rata. Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering,
permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air
(Iron Spray) untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles.
Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil
seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu
tersebut. Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan
span yang bersih. Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering
bolehlah kita menyapukan permukaan tersebut dengan menggunakan
pengilat batu supaya nampak berkilau dan tahan pada tindakan
cuaca.
5.Kemasan Rough Cast atau WetdashCampurannya terdiri dari
simen,pasirdanbatu baur yang dipilih mengikut pembahagian nisbah
bancuhan 1 : 3 atau 1 : : 4 pada lapisan pertama, sementara lapisan
kedua nisbahnya adalah1 : : 1 - 3 ( batu kerikil 6-13mm).Bahankalis
air serta pewarna boleh digunakan untuk menambah kecantikan lepaan.
Kemasan kasar ini dibuat dengan melemparkan bancuhan basah yang
mengandungi nisbah campuran batu kasar pada permukaan tembok yang
telah dilepa.Alat yang digunakan ialah rough casting machine atau
mesin gerutu. Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan
dilepa. Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di
masukkan ke dalam mesin penyembur ( Rough Cast Machine). Kemudian
di semburkan ke permukaan yang dilepa mengikut corak yang
dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan tersebut pada tembok / dinding
hiasan sama di dalam atau di luar sesuatu binaan.
6.Kemasan Textured atau ScrapedKemasan dibuat pada permukaan
lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras. Biasanya penggunaan
pemaras besi bergerigi seringkali digunakan. Penggunaan peralatan
lain yang sesuai bergantung kepada kebolehandankemahiran seni
seseorang pekerja.Cara membuat pada permukaan lapisan akhir ialah
pada masa lepaan mula mengeras,dengan menggunakan beberapa
peralatan yang sesuai.
7.Kemasan Skim Coat FinishingKemasan skim dibuat hampir sama
dengan kemasan licin, cuma bahan yang digunakan adalah daripada
campuran air dan serbuk skim (skim coat) yang dibancuh menjadi
pekat. Seterusnya bancuhan tadi dilepa pada permukaan kering yang
telah dilepa untuk menampakkan kerataan dan kecantikan.
8.Kemasantyrolean atau smooth cast
Menggunakan bancuhan 1:2 terdiri dari simen (Biasa atau
warna)danpasir. Disembur pada lapisan asas dengan menggunakan mesin
tyrolean (drough-casting) pada jarak 18-20 inci dari dinding.
Kemasan jenis ini hendaklah dibuat dalam 3 lapisandanjumlah
tebalnya tidak melebihi 6mm. Setiap lapisan perlu dibiarkan kering
dahulu sebelum lapisan berikutnya di sembur.
9.Kemasan Granolitik
Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5bahanterdiri dari simen
:Pasir: serpihan batu granit bersaiz 3-6mm lubang ayakan. Lepaan
dibuat dalam dua lapisan dengan jumlah ketebalan
10mmdanpermukaannya diratakan menggunakan kayu pemaras. Setelah
lapisan mula mengeras, maka permukaannya hendaklah diberus
perlahan-lahan untuk menghasilkan kemasan gerutu.
10.Kemasan Barium
Menggunakan nisbah bancuhan 1:1:3 untuk pelepaan permukaan dalam
dinding,terdiri daripada simen,barites(barium sulfat) yang halus
dan pasir barites mengikut sukatan isipadu.Tujuan ini adalah untuk
menghalang radiasi contohnya untuk lepaan bahagian dalam bilik
x-ray.
11.Kemasan Pebble-dash atau drydash
Merupakan jenis lepaan kasar yang menampakkan batu-batu kerikil
atau serpihan batu berukuran 10 20mm, dilempar atau ditampal pada
permukaan yang dilepa sementara lapisan lepaan tersebut belum
mengeras. Lapisan pertama menggunakan bancuhan 1 : 4 dengan
campuran water prooferdannisbah bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1
: 5 dibuat setebal 12mm.
12.Kemasan Depeter
Merupakan satu bentuk kemasan rough cast.Lapisan lepaan dibuat
setebal 12mm bancuhan 1:3 dan semasa lepaan masih lembab,batu-batu
kelikir atau batu keras ditekan kepada permukaan lepaan dengan
tangan.Kemasan ini boleh menunjukkan corak yang cantik dan rekaan
seni pada permukaan lepaan dengan memilih bahan-bahan yang
berlainan warna.
JENIS-JENIS MORTAR YANG BERMUTU TINGGI DALAM MELAKSANAKAN
KERJA-KERJA KEMASAN
Jenis-jenis mortar yang biasa digunakan :
1.Mortar Simen
Mortar simen dihasilkan dengan mambancuh simen dan pasir dalam
nisbah yang tertentu mengikut kegunaannya. Mortar simen adalah
lebih kuat daripada mortar kapur, oleh sebab itu mortar ini banyak
digunakan untuk pembinaan tiang, tembok yang mananggung beban dan
juga tembok yang di bawah aras tanah. Nisbah 1:3 dan 1:6 adalah
bancuhan yang biasa digunakan untuk mengikat bata dan melepa.
Bancuhan yang pekat sangat tidak mendatangkan faedah atau
kelebihan, dan mortar ini tidak sesuai untuk mengikat bata biasa.
Adalah diingatkan bahawa kekuatan mortar itu mestilah seimbang
dengan kekuatan bata untuk menghasilkan binaan yang kukuh. Hasil
campuran antara simen dan pasir dengan kadar 1:3 atau 1:4. Kadar
ca,puran ini boleh diubah mengikut jenis kerjayamh dikehendaki.
Mortar simen hendaklah dibancuh berpadan dengan kerja yang hendak
dibuat supaya tidak berlebih dan membazir kerana mortar yang keras
tidak sesuai digunakan lagi.Simen dan pasir hendaklah digaul dalam
keadaan kering, kemudian air ditiangkan perlahan-lahan dan digaul
sehingga sebati. Banyak air diagak dengan melihat mortar iaitu
tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras.
2.Mortar Kapur
Mortar kapur terdiri daripada bancuhan kapur dengan pasir dan
air mengikut nisbah yang tertentu. Mortar jenis ini merupakan bahan
binaan yang penting pada masa dahulu untuk menyambung batu bata.
Terdapat beberapa jenis mortar kapur yang digunakan dalan
pembinaan. Antaranya ialah mortar kapur bukan hidrolik dan mortar
kapur hidraulik yang biasa digunakan. Apabila batu kapur ,
gaumpalan kapur atau kapur tohor (quick lime) hendaklah digunakan
untuk membuat mortar ia mestilah direndam didalam air sebelum
digunakan supaya menjadi seperti susu pekat. Kapur yang cair ini
dacampurkan terus dengan pasir bagi menghasilkan mortar. Adalah
menjadi masalah untuk menyukat kandungan kapur yang akan digunakan,
biasanya ia dilihat pada warna mortar tersebut. Mortar ini
dibiarkan selama 7 hari-10 hari sebelum digunakan.
3.Mortar Kompo
Mortar compo adalah campuran simen, kapur dan pasir dengan
nisbah bancuhan 1 bahagian simen, 1 bahagian kapur dan 6 bahagian
pasir (1:1:6), atau 1 bahagian simen, 2 bahagian kapur dan 9
bahagian pasir (1:2:9), nisbah campuran ini boleh diubahkan
mengikut kekuatan atau jenis kerja yang dikehendaki. Mortar ini
dudah digunakan semasa melepa datau diratakan berbanding dengan
hanya mortar simen sahaja. Ia juga cepat keras. Mortar kompo atau
simen kapur dihasilkan dengan membancuh pasir kapur dan simen.
Kapur bukan hidraulik dibancuh dengan pasir mengikut nisbah
dikehendaki dan kemudian dicampurkan dengan simen sebelum mortar
ini digunakan. Nisbah bancuhan mortar ini ialah 1:2-3:6-9
(simen:kapur:pasir). Kekuatannya.Mortar kompo paling sesuai
digunakan untuk mengikat batu dan pembinaan tembok yang tebal di
mana mortar biasa mungkin mengalami keretakan akibat pengecutan
yang berlebihan.
4.Mortar Warna
Mortar warna boleh dibuat dengan cara mencampurkan bahan pewarna
(pigment) kepada mortar simen. Bahan pewarna boleh didapati dalam
bentuk tepung yang kering dan terdapat dalam berbagai-bagai warna.
Pemilihan warna ini adalah bergantung pada tempat yang hendak
digunakan. Contohnya warna yang terang untuk mendapatkan suasana
yang cerah.
5.Mortar Kalis Air
Mortar kalis air ini ialah dari mortar jenis biasa juga tetapi
ia dicampurkan dengan bahan-bahan kalis air yang mana dijual dalam
keadaan tepung, keping dan cair. Tujuannya ialah untuk memenuhi
lubang-lubang halus pada mortar bagi mengelakkan air meresap masuk
kedalam dinding bangunan. Bahan kalis air sesuai juga digunakan
dengan disapukan terus pada dinding.Mortar kalis air terdiri
daripada beberapa jenis bahan kimia yang dinamakan pengalis air.
Kegunaan bahan pengalis air ini ialah untuk dibancuh dengan mortar
simen supaya ia menjadi kalis air. Kebanyakan bahan ini seperti
cementone dan sika Cuma sesuai digunakan bersama dengan mortar
simen.Pengalis air ini dihasilkan berupa cecair, serbuk dan adunan
dengan tujuan mengisikan lompang-lompang yang berkalis air supaya
mortar tidak diresapi air.
Kadar campuran bahan kalis air :
Keadaan tepungKadar campuran yang sesuai ialah 1 bahagian simen
dan 2 @ 4 bahagian pasir bercampur dengan 2% hingga 5% bahan kalis
air.
Keadaan keping:
Kadarnya ialah 1 bahagian kepingan bahan kalis air, 10 bahagian
air dikacau sehingga sebati yang mana simen dan pasir dicampur
dalam keadaan kering sebelum larutan tadi dicampur dan
digaulkan
Keadaan cecair:
Kadar campuran yang biasa 1 litre bahan kalis air kepada setiap
15 litre air. Simen dan pasir dicampur dalam keadaan kering.
Dicampur dengan larutan tadi dan digaulkan sehingga sebati dan
sesuai digunakan.
6.Mortar Tahan Api
Digunakan untuk mengikat bata dalam relau pembakar bata,tempat
dapur,relau simen,dandang(boiler) dan binaan memerlukan haba
tinggi.Ia menggunakan satu bahagian simen alumina dan serbuk halus
bata tahan api.
PENUTUP/KESIMPULAN/HASIL KAJIAN
Sebagai penutupnya,alhamdullilah akhirnya saya dapat menyiapkan
tugasan kerja yang telah diberikan ini.Hasil kajian dan
pembelajaran di akhir tugasan ini adalah saya dapat mengenal dan
mengetahui definisi sebenar kerja-kerja melepa beserta
komponen-komponen yang terdapat pada struktur bangunan.Selain itu
juga,saya juga dapat menghuraikan dan mengenalpasti kegunaan
peralatan,bahan.dan mesin dalam kerja-kerja melepa
..Seterusnya,melalui hasil yang telah dikaji dan dipelajari ini
saya juga dapat mengetahui dan memahami jenis-jenis dan sifat-sifat
mortar yang baik .Saya juga dapat mengenal dan mempelajari
jenis-jenis kemasan dinding dan juga lantai .Jelaslah melepa dalam
bangunan sangat penting tidak kira dalam pelbagai aspek kerana
struktur lah yang dapat menstabilkan dan menjadikan sesuatu asas
bangunan dari peringkat bawah tanah sehinggalah ke super-struktur
menarik dan fleksibel.Bahan yang digunakan dalam sesebuah bangunan
haruslah bersesuaian mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Melepa
memainkan peranan yang penting selepas kerja menerap bata
dilakukan.Tanpa melepa,sesebuah struktur bangunan tidak lengkap dan
tidak kukuh dari segi luarannya dan tambahan pula permukaan menjadi
tidak menarik. .
RUJUKAN
1.Building Construction 2 Notes-Encik Shuhada Bin Yahya,2014
2.Bahan Binaan,Tan Boon Tong,Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005
3.Teknologi Binaan,Tan Boon Tong,Dewan Bahasa Dan Pustaka
2001
4,Kerja Bangunan,Azizan Mohd Nor,1998
5.Modul Bangunan serta Kemahiran Teknikal,2010
6.Google Search : Alat-alat Melepa Bahan-bahan Melepa Mesin yang
digunakan dalam kerja melepa Kerja melepa Jenis-jenis mortar
Sifat-sifat mortar Kemasan Dinding dan Lantai Images for
plastering