PERSONALITI KAMPUS TIPS Keluarga Bahagia BERSAMA TPF PENGURUSAN MODAL INSAN FARMASI BUAL BICARA JIMAT! JIMAT! JIMAT! PAKAR PERUNDING NEFROLOGI HOSPITAL JABATAN FARMASI, HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 16150, KUBANG KERIAN, KELANTAN SEGMEN ILMU Perkhidmatan Pemonitoran Drug Terapeutik
16
Embed
BUAL - h.usm.my · banding kerusi sofa kulit, ... -Menyelaras pengawalan dokumen kualiti jabatan ... Farmasi cukup stabil dalam pelaksanaan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PERSONALITI KAMPUS
TIPS Keluarga Bahagia
BERSAMA TPF PENGURUSAN MODAL INSAN FARMASI
BUAL BICARA JIMAT! JIMAT! JIMAT!
PAKAR PERUNDING NEFROLOGI HOSPITAL
JABATAN FARMASI, HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 16150, KUBANG KERIAN, KELANTAN
SEGMEN ILMU Perkhidmatan Pemonitoran
Drug Terapeutik
Padae doh dengan hok
bayar tu… Tak sapa
RM 10.00 sekali jupo doktor doh buleh ubat
setambun. Hospital pakar swasta banyak kat Kota
Bharu ni ..Kalu raso nak ubah selero buleh
cuba…..
Frust la lo ni!! Gi spital USM, ubat dio banyak
hok tiruan doh… dulu ubat molek-molek blako..
Tengok ubat baru ambik ni…kalu dulu kotak pun
bukan main comel
lagi!!
Penaung
Tn. Hj. Zainol Abidin Hamid
Penasihat
Pn Mariani Hj. Yaacob
Editor
Hj Azman Mat
Pengerusi
Pn Noryati Mohd Nur
Setiausaha
Cik Intan Farahanah
Ketua Pengarang
Pn khairul Bariah
Pengarang
Tn Hj Adnan Sudin
Pengarang
En Eh Nem a/l Cha
Grafik & Publisiti
En Dellemin Che Abdullah
Grafik & Publisiti
En Mohd Hasrul Hisham
Semail
Tugas-tugas Khas
En Izazi Mohd Zain
Grafik & Publisiti
Pn Wan Rohana Wan
Mohd
1
DARI MEJA PENGARANG Oleh Khairul Bariah Johan
J angkauan tahun 2010
telah tiba di perten-
gahannya, malah
persembahannya harus di-
mantapkan lagi bagi mema-
suki separuh masa kedua
yang tentunya lebih men-
cabar dengan dana peruntu-
kan yang semakin mengecil
ditambah dengan amanah
yang semakin membesar. Ja-
batan Farmasi harus
meneruskan hayunan lang-
kahnya dengan penuh ber-
gaya tetapi sopan dalam me-
mastikan objektif jabatan da-
pat terus dikejar sehingga da-
pat dan pada masa yang
sama apa yang dikendong
tidak keciciran.
Bagi mereal i sas ikan
agenda besar tersebut, kita
sebagai ahli dalam keluarga
farmasi ini mestilah sentiasa
berusaha mengoptimakan
apa jua sumber yang kita
ada bagi menjayakan misi
jabatan khasnya dan hospital
amnya. Setiap orang antara
kita mempunyai keupayaan
untuk sama-sama memikul
amanah tersebut berbekal-
kan kapasiti dan potensi
yang ada pada diri dan or-
ganisasi kita. Dengan me-
maksimakan kebolehan ini,
baik yang dapat dinilai se-
cara objektif atau yang ban-
yaknya yang tersirat secara
subjektif, apa yang kita has-
ratkan dalam apa jua bidang
pekerjaan akan menjadi ken-
yataan.
Modal insan merupakan
suatu aset yang paling
penting dalam sesebuah ja-
batan, walaupun ianya sering
dilepas pandang sebagai
harta yang lebih bernilai ber-
banding kerusi sofa kulit, kabi-
net berkilat mahupun kom-
puter berskrin rata. Ia meru-
pakan suatu harta modal
yang seringkali tidak diletak
harga, bukan kerana ia tidak
berharga tetapi sebenarnya
kerana tidak ternilai har-
ganya. Mereka boleh survive
dalam apa jua keadaan
mereka di tempatkan, baik
dari segi pelaksanaan kerja
hakiki mahu pun kerja yang
bersifat ko-kurikulum. Dalam
erti kata lain, ia akan menjadi
pulau peranginan jika jatuh ke
laut dan menjadi taman
bunga jika jatuh ke tanah.
Menyedari kepentingan
menghasilkan benih-benih
sebegini, pelbagai langkah
telah diambil oleh Jabatan
Farmasi seperti mewujudkan
jawatankuasa-jawatankuasa
khas dengan tujuan
membantu staf dalam
meningkatkan tahap kualiti
perkhidmatan,
memperkukuhkan nilai-nilai
murni, mempromosi
perkhidmatan pelanggan
berkualiti dalam kalangan
staf, mengukur dan
menambahbaik prestasi serta
menggalakkan budaya
berinovasi. Selaras dengan
kehendak USM sebagai
Universiti APEX, usaha
menyemai minat staf
terhadap kajian-kajian klinikal
juga telah dijalankan dengan
tertubuhnya Pharmacist
Research Group sebagai
pemangkin kepada aktiviti
kajian seterusnya.
Semoga segala usaha
jabatan untuk membentuk
kita menjadi modal insan
yang cemerlang akan berha-
sil kerana kita jugalah yang
akan menentukan hala tuju
jabatan kita pada masa ha-
dapan. Buktikan kepada se-
mua bahawa kita bukan
suatu liabiliti kepada jabatan
bahkan aset yang mampu
bukan sahaja memberi „balik
modal‟ bahkan membawa
banyak keuntungan kerana
memiliki staf seperti kita
Ketua Sidang Pengarang
SENYUM KAMBING FARMASI
kartun asal diambil dari Utusan Malaysia
2
RENCANA TPF Oleh Noor Aini Abu Samah
P engertian modal insan sering kali dikaitkan
dengan kebolehan dan kemahiran manusia.
Modal insan juga disama ertikan dengan ’
sumber manusia ’ malah pernah dirujuk
sebagai buruh. Di sini ’ m odal insan ’
ditakrifkan agar merangkumi sedapat mungkin
komponen-komponen yang relevan.
MODAL INSAN: Mutu tenaga atau keseluruhan
aset yang ada pada seseorang individu yang
menjadikannya insan berketerampilan, produktif
dan bernilai tinggi.
Menyedari pentingnya pembangunan
modal insan, terutamanya dalam sektor awam,
kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling
Perkhidmatan, Bilangan 6, Tahun 2005, yang
menggariskan Dasar Latihan Sumber Manusia
Sektor Awam untuk mencapai objektif berikut:
Menyediakan anggota yang berkelayakan,
berkebolehan dan berkompetensi.
Mencapai hasil kerja yang berkualiti.
Meningkatkan kompetensi dan produktiviti.
Membentuk nilai murni dan sikap positif.
Mewujudkan nilai cipta ( value-creation )
dan nilai tambah ( value-added ) di dalam
sektor awam.
Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.
Demi mendokong aspirasi negara, USM
turut menegaskan aspek pembangunan modal
insan dalam pelan transformasinya yang berjaya
menambat panel penilai sehingga memilih USM
untuk Program Pemacuan Ke arah
Kecemerlangan atau APEX ( Accelerated
Program for Excellence ) :
Agenda utama sebuah institusi pendidikan
seperti USM adalah untuk menjana para
graduan minda kelas pertama. Di samping itu,
USM juga mempunyai komponen perkhidmatan
awam yang tidak kurang pentingnya dan
memerlukan pembangunan modal insan
cemerlang. Perkhidmatan awam di Malaysia
telah melalui pelbagai fasa perubahan dan
pembangunan yang pesat. Penekanan kepada
peningkatan ilmu, kreativiti dan inovasi sumber
manusia menjadi pemangkin kepada
terbilangnya nilai modal insan negara. Lambat,
tidak amanah, birokratik dan bersikap kurang
mesra sering menjadi persepsi imej
perkhidmatan awam. Namun usaha
penambahbaikan terus dilaksanakan dalam
rangka membuktikan ketelusan dan kepekaan
kita terhadap keperluan pelanggan.
Jabatan Farmasi Hospital USM memulakan
perkhidmatannya pada tahun 1983 dengan
objektif Memberikan perkhidmatan penjagaan
farmaseutikal yang optimum ( Optimal
Pharmaceutical Care ) dan profesional kepada
pesakit dalam dan pesakit luar.
Dari 4 perkhidmatan asas Jabatan Farmasi
HUSM kini boleh berbangga dengan
kepelbagaian perkhidmatan utama yang
ditawarkan seperti berikut:
PEROLEHAN UBAT-UBATAN
PENYEDIAAN SEDIAAN FARMASEUTIKAL
PEMBEKALAN UBAT UNTUK PESAKIT LUAR
KAUNSELING PERIHAL UBAT
PEMBEKALAN UBAT UNTUK PESAKIT DALAM
AKTIVITI FARMASI KLINIKAL
PEMONITORAN DRUG TERAPEUTIK
PENYEDIAAN SEDIAAN ASEPTIK ( N UTRISI
PARENTERAL TOTAL, ADMIKSTUR
INTAVENA, SITOTOKSIK )
PENYEDIAAN SEDIAAN
RADIOFARMASEUTIKAL
PENYEBARAN MAKLUMAT DRUG
PEROLEHAN ALATAN PAKAIHABIS
Seawal perkhidmatannya, elemen sedia ada
dalam pengurusan sumber manusia di Jabatan
Farmasi memang baik. Semangat kerja
berpasukan dan berdisiplin dengan amalan nilai-
nilai murni dipupuk dan disemai sedari mula .
Hakikatnya, bila sektor perkhidmatan awam
mula berjinak dengan isu kualiti melalui
Kumpulan Meningkat Mutu Kerja, Jabatan
Farmasi pertama mewakili USM ke konvensyen
peringkat kebangsaan , dan berjaya muncul di
antara sepuluh terbaik.
Di kala USM mula bicara akan ISO,
Jabatan Farmasi telah ditunjuk untuk
mempelopori perjuangan meraih persijilan MS
ISO 9002:1994. Usaha gigih seluruh warga
farmasi dirasakan berbaloi apabila Jabatan
Farmasi memimpin USM dalam persijilan ISO
pada bulan Disember 1998, lebih 11 tahun lalu.
Kepimpinan Farmasi tatkala itu berjaya
mengurus dan mengembangkan modal insan
jabatan sehingga perkhidmatan Farmasi HUSM
berjaya disijilkan.Dari situ Jabatan Farmasi terus
menapak dalam ISO sehingga ditugaskan pada
tahun 2003 untuk menggembeleng perluasan
persijilan MS ISO ke seluruh perkhidmatan
utama Hospital USM.
Sistem Kualiti Perkhidmatan Farmasi
ditadbir melalui struktur pengurusan kualiti
jabatan dengan paduan elemen peningkatan
kompetensi dan pengembangan ilmu modal
insan dalam jabatan.
Struktur pengurusan kualiti Jabatan Farmasi
diketuai oleh Ketua Jabatan sebagai pengerusi
Jawatankuasa Penyelaras Kualiti yang
menaungi beberapa jawatankuasa bertindak
iaitu:
JK Pelestarian Sistem Kualiti
-Menanam kesedaran dan iltizam terhadap
perkhidmatan berkualiti di kalangan staf
-Memastikan aktiviti pemantauan suhu di
ruangan tertentu dan tentukuran alat-alat
pengukur dilakukan dengan sempurna.
-Mengurus hal-hal berkaitan perundangan,
polisi, peraturan dan sistem dalam
perkhidmatan farmasi
-Menyelaras pengawalan dokumen kualiti
jabatan ( Prosedur, Arahan Kerja, dokumen
rujukan )
JK Penghayatan Nilai dan Etika
-Menggalak dan menerap etika dan nilai-nilai
murni bagi memperkukuhkan tahap keunggulan
modal insan.
-Membantu menjayakan konsep Hospital Mesra
Ibadah di peringkat jabatan
JK Perkhidmatan Pelanggan
-Menyelaras pengurusan aduan pelanggan
-Melapor aduan dan tindakan pembetulan
kepada JK Penyelaras Kualiti ( J PQ )
-Menyelaras kaji selidik pelanggan dan
melaporkan kepada JPQ
-Mempromosi perkhidmatan pelanggaan
berkualiti
JK Pemantauan Prestasi
-Menyelaras pengukuran prestasi unit-unit
-Menyelaras pemantauan objektif kualiti dan
piagam pelanggan
-Membantu aktiviti penambahbaikan berasaskan
pencapaian prestasi
-Menyediakan laporan pemantauan prestasi dan
penambahbaikan untuk mesyuarat Kajian
Semula Pengurusan HUSM
JK Penambahbaikan Berterusan
-Menyemarakkan budaya berinovasi di
kalangan staf
-Mengawal dokumentasi penambahbaikan dan
tindakan pencegahan
-Melaporkan projek penambahbaikan dan
tindakan pencegahan kepada JPQ untuk
mensyuarat Kajian Semula Pengurusan HUSM
Aspek kemahiran dan pengetahuan staf
pula disapa secara terarah dengan penubuhan
Jawatankuasa Latihan Jabatan Farmasi. Pun
begitu, yang pastinya, latihan dan
pembangunan modal insan saling
komplementari, tidak terpisahkan. Dalam
pelaksanaannya, gandingan mantap
Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa
Pelestarian Kualiti dan Jawatankuasa
Penghayatan Nilai dan Etika melihat kepada
keperluan latihan dan pengisian juga
pengembangan ilmu ke arah meningkatkan
kompetensi dan pemurnian nilai-nilai positif
serta etika warga Farmasi Hospital USM. Dan
secara amnya, warga farmasi HUSM ternyata
cukup mengamalkan integriti serta nilai-nilai
yang luhur dalam menunaikan tanggung jawab
mereka.
Setelah memantapkan pengurusan kualiti
dan pembangunan modal insannya, aspek
keupayaan sains, penyelidikan dan inovasi kini
dibugarkan dengan mempergiat aktiviti-aktiviti
klinikal, menyemarakkan inovasi dan terkini
dengan pembentukan Pharmacy Research
Group yang diterajui oleh Unit Kajian dan
Maklumat Drug ( penjenamaan semula Unit
Maklumat Drug ) memandangkan aktiviti-aktiviti
kajian dan penyelidikan banyak berpaksi di sini.
Hingga hari ini amalan kualiti yang selaras
dengan MS ISO telah menjadikan Jabatan
Farmasi cukup stabil dalam pelaksanaan
perkhidmatan berkualiti. Pembangunan modal
insan pula sentiasa berlandaskan nilai-nilai
positif yang berbaur kasih sayang kekeluargaan.
Malah pihak Pengurusan hospital dengan kata
lain pernah menyebutkan bahawa Jabatan
Farmasi HUSM memupuk suatu iklim kondusif
yang menyemai dan membuahkan semangat
kesetiaan, iltizam serta ihsan di kalangan
warganya. Semoga kita tidak leka dan terlena
dalam limpahan nikmatNya lalu lupa bahawa
segala yang dimiliki adalah milikNya.
Pengurusan Modal Insan Farmasi
J abatan Farmasi menerima sejumlah
peruntukan yang besar daripada keselu-
ruhan peruntukan selain emolumen
hospital iaitu sebanyak 60%, iaitu lebih
daripada separuh peruntukan. Justeru, se-
barang langkah penjimatan dalam penggunaan
peruntukan ini mampu memberi impak yang
signifikan kepada dana pengurusan hospital.
Sebelum era kelembapan ekonomi ne-
gara , pihak jabatan telah pun melaksanakan
dasar perbelanjaan secara berhemat dan berji-
mat. Ini termasuklah:
Melaksanakan Amalan Penstoran Baik
( p ersekitaran, rekod, prosedur, sumber
manusia dll )
Ubat-ubat baru dijadikan ubat standard
dibeli untuk kegunaan tidak melebihi 3
bulan anggaran penggunaan
Membuat semakan stok setiap 4 bulan
bagi memastikan stok sentiasa ada tetapi
tidak melebihi paras stok maksima.
Mewujudkan katalog barang-barang
standard (kendalian Jabatan Farmasi )
dan drug formulary
Menghadkan perbelanjaan untuk beberapa
ubat berharga mahal seperti yang
ditetapkan oleh JK P&T
Berkongsi satu vial ubat untuk beberapa
orang pesakit khas bagi penyediaan
sediaan di makmal.
Membuat bekalan secara unit dose untuk
pesakit dalam.
Membeli ubat dalam bungkusan besar dan
dibungkus semula ( tertakluk kepada
polisi KKM )
Menjalankan dan menggiatkan lagi
perkhidmatan kaunseling pesakit
mengenai ubat-ubatan ( m engelak
pembaziran ubat dan keparahan
penyakit )
Selain itu, beberapa langkah penjimatan
yang baharu diperkenalkan bagi meningkatkan
lagi keberkesanan perbelanjaan secara bijak
ini. Ia merangkumi langkah-langkah yang
diambil dalam pengurusan secara umum serta
secara khusus melibatkan unit-unit yang
terdapat dalam jabatan.
Antara langkah penjimatan dalam pengurusan/
umum ialah:
Menubuhkan Pasukan Bertindak
Penjimatan Ubat Jabatan Farmasi.
Menggerakkan pasukan pemeriksaan
stok di unit-unit.
Menghentikan penyenaraian ubat-
ubat baru terutama yang berharga
mahal ke dalam drug formulary.
Mengadakan Bengkel Good Prescrib-
ing Practice.
Mengadakan Seminar Ubat Original
vs Generik.
Pembelian ubat-ubat bukan standard
dibiayai sendiri oleh pesakit atau
majikan mereka. Bagi yang tidak
mampu boleh dipertimbangkan peng-
gunaan tabung
kebajikan pesakit. USM membiayai
staf dan tanggungannya sahaja.
Penubuhan Tabung Perubatan
Warga Staf USM.
Menyiasat dan mendapatkan laporan
jika terdapat ubat-ubat yang mening-
kat pengeluarannya berbanding pu-
rata pengeluaran 2008.
Mengadakan polisi yang membenar-
kan Jabatan Farmasi tidak membekal
ubat bagi preskripsi bertindih.
Setiap unit terbabit merekod pesakit
yang menggunakan item-item yang
diluluskan secara terhad oleh JK P&T
untuk tujuan pemantauan.
Laporan peningkatan penggunaan
ubat di unit-unit
Langkah-langkah baharu yang diambil oleh unit
-unit di Jabatan Farmasi secara khusus pula
termasuklah:
Menjalankan kaj ian rasional
penggunaan Tablet Clopidogrel dan
kepatuhan terhadap syarat yang
ditetapkan oleh JK P&T.
Membeli ubat-ubatan keluaran
generik, kecuali yang ditetapkan oleh
JK P&T.
Semua ubat yang menelan belanja
lebih RM 100,000 dipohon pembelian
melalui tender.
Pembekalan ke unit-unit tidak
melebihi 4 minggu penggunaan.
Analisa ABC.
Kajian semula pengurusan ubat-ubat
bukan standard
Pembekalan ke unit-unit dikawal oleh
pihak stor dengan lebih berkesan.
Laporan diminta jika bekalan/
penggunaan melebihi bekalan/
penggunaan 2008
Pembelian secara SHPT bagi pembe-
lian melebihi RM20,000 tetapi kurang
daripada RM 50,000.
Membekal ubat mahal terpilih ( t op
10 items ) secara bulanan berpering-
kat-peringkat kepada pesakit dengan
rawatan jangka panjang.
Menyusun semula ubat-ubat stok
tambahan di kaunter UFPL supaya
dapat diguna sama.
M e r e k o d u b a t - u b a t m a h a l
( R osuvastatin, Clopidogrel, Amlodi-
pin Human Immunoglobulin, Filgras-
tim, Pantoprazole, Factor VII, Factor
VIII, Ciprofloxacin )
Mengadakan “ Kempen Pemulangan
Ubat ” .
Mengemaskini pengurusan stor
Melaksanakan semakan stok ubat
dalam wad.
Memastikan ubat-ubat yang belum
diguna dan dipulangkan oleh wad
diguna semula.
Menggunakan Aminoplasma 10%
bagi keperluan asid amino dalam
TPN utk pesakit tanpa masalah
elektrolit.
Mengurangkan penggunaan lemak
dengan meningkatkan penggunaan
Dextrose 50% bagi pesakit tanpa
diabetes.
Menyediakan Heparinised Saline
untuk wad-wad ( berkongsi vial
Heparin )
Menyediakan sendiri beberapa
sediaan yang kos faedah, iaitu Chlor-
hexidine gynea cream, Hydrocorti-
sone cream, Calamine lotion, CMC
ear drop, Thymol gargle
Menyediakan sendiri larutan kontrol
dan kalibrator bagi drug Aminoglyco-
side dan Vancomycin.
Setelah tempoh penjimatan genap setahun
maka penilaian dari segi perbelanjaan dibuat
bagi menilai keberkesanan pelbagai program
dan projek yang telah dijalankan. Secara am-
nya, 7 unit menunjukkan penjimatan antara
0.56% hingga 79.77%. 2 unit mencatatkan pen-
jimatan yang tidak ketara manakala hanya satu
unit sahaja yang masih dalam proses mencatat-
kan angka penjimatan. Berikut adalah statistik secara perbandin-
gan antara tahun 2008 dan 2009 serta pera-
tus penjimatan yang dicapai.
3
SEGMEN BUAL BICARA Oleh Khairul Bariah Johan
Unit 2008 (RM) 2009 (RM) Beza (RM) % Jimat
Unit Kawalan Inventori
dan Stor (Ubat)
1,579,341.87 319,548.91 1,259,792.96 79.77%
Unit Penyediaan Asep-
tik
4,985,813.54 2,953,762.29 2,032,051.25 40.76%
Unit Radiofarmasi 245,965.40 183.678.20 62,287.20 25.32%
Unit Farmasi Pesakit Luar 44,920,981.51 38,202,196.09 6,718,785.42 14.96 %
Unit Farmasi Satelit 18,849,753.78 17,856,008.12 993.745.66 5.27%