Top Banner
673

BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Jun 08, 2015

Download

Documents

asoib
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD
Page 2: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

USTAZ HJ ASHAARI

olehUstaz Haji Ashaari Muhammad

© Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-V)

buah fikiran

MUHAMMADS i r i 1

Page 3: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Terbitan:Penerbitan Minda Ikhwan ( 001283198-V )

51-2, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes,48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Dicetak oleh:

© Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-V)

Semua hak cipta artikel dalam buku ini adalah terpelihara.Sebarang bahagian daripada artikel dalam buku ini tidak boleh

diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi,ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara,

baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula,perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada

Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-V).

Cetakan Pertama: Disember 2005

ISBN 983 2492 42 4

Teks diset dalamPalatino 10.5 poin

Buah FikiranUSTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

OlehUstaz Hj Ashaari Muhammad

Page 4: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

BIOGRAFI PENULIS

iii

BIOGRAFI PENULISUSTAZ HAJI ASHAARI MUHAMMAD

Masam, manis, masin, pahit maung telah aku rasaiAku telah menempuh berbagai-bagai zamanSatu kali adalah zaman Jepun yang ganas dan kejamDua kali berlaku zaman British yang halus diplomasinyaDi zaman peralihan ialah Komunis mengganas 10 tahunSudahlah miskin, hidup pula dalam ketakutanSetiap hari ada orang yang dibunuhnyaAda kenderaan yang dibakarnyaBalai-balai polis yang diserangnyaMasa Jepun, papa kedana merata-rata negaraSangat mengancam kehidupan termasuk aku dan keluargaUbi keledek sebagai nasi,

“beras A1” makananku yang biasa di waktu ituAdakalanya sehari sekali makan nasi atau pisangItu pun beras yang berdebu dengan kapur dicampur ubiUbi pun payah dicariSagu rumbia, buah getah makanan harianku yang istimewaMakan nasi hanya 6 bulan atau setahun sekaliPucuk-pucuk kayu, daun kali layau, cendawan kulat

setiap hari aku makanPernah satu hari waktu hendak memakan sayur kali layauTerjumpa seekor lintah di celah daunUntungnya di waktu itu ikan-ikan darat senang didapatiBahan-bahan hutan mudah dicari

Usiaku telah menjangkau enam puluh tahunSepanjang umurku aku telah menempuh hidup berliku-likuCabaran demi cabaran menggugat kehidupanku

Page 5: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

iv

Kerana di masa itu bahan-bahan semula jadiBelum dimusnahkan oleh pembangunan dan kemajuanZaman ini juga harimau, babi, buaya, ular,

mengganas di mana-manaKejamnya macamlah Jepun-Jepun yang selalu menzalim orang

terutama bangsa CinaHampir setiap hari lembu, kerbau, kambing dibahamnyaZaman Jepun pakaian sangatlah susahnyaSedikit-sedikit yang ada itu pun amat daifnyaKain dan baju seribu tampunganBahkan setengah-setengah orang sudah ada

yang memakai daun-daun lebar yang kerasAtau kulit kayu yang diselimutkan di badanOrang yang mati digulung sahaja dengan tikar mengkuang

kemudian dikuburkanRumah-rumah tempat tinggal rata-rata macam rumah orang asli

di hutan sekarangRumahku dan keluargaku semacam rumah mereka juga

tidak ada bezanyaPenyakit mengganas tidak ada orang yang terkecuali

daripada serangannyaUbat-ubatnya tiada, kecuali ubat tradisi sahajaZat makanan kurang sekaliApabila berkudis susah mahu sembuhSering sahaja berulat di dalamnyaMasjid surau terbiar kambinglah penghuninyaDi waktu itu orang beragama macam antah di dalam berasSeluruh penduduk kampung kalau ada dua atau tiga orangYang sembahyang secara istiqamah sudah dibanggakanDi zaman Jepun aku pernah kematian keluargaDi dalam masa setahun empat orang, ibu, kakak, adik, pak cikPerhubungan sangat sulit dan susahAlat-alat perhubungan sangat payahMenyeberang sungai melalui jambatan buluhAtau setengah tempat menggunakan rakit buluhBerjalan kaki menjadi basahan harianAdakalanya berjalan kaki berbelas-belas batu jauhnyaBerbatu-batu naik kereta lembu sering berlakuNaik kereta mungkin satu atau dua tahun sekali, biasanya loriPernah berlaku dua kali di zaman Jepun

kapal terbang Jepun datang

Page 6: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

BIOGRAFI PENULIS

v

Satu kampung penduduk kampung lari ketakutantermasuk aku yang masih kecil

Pernah aku melihat sebuah kapal terbang terbakar di udarakemudian jatuh di tempat yang aku tidak tahu

Beberapa lama kemudian aku tahuSebuah kapal terbang British jatuh ditembak oleh Jepun

jatuh di Kampung Sawah Raja, RembauDi zaman permulaan British kehidupan agak lebih baik sedikitNamun kebatilan dan kemiskinan merata negaraBeras sudah ada, tepung seperti biasaTapi masih terbatas dan terhadPakaian sudah dijual merata-rataKebanyakannya kain belacuNamun bermewah-mewah belum adaKalaupun ada golongan atasan sahajaItu pun hanya golongan terlalu minoritiPekerjaan sangat terbatasTidak seperti hari iniLumrah pekerjaan orang Melayu ialah mata-mata, askar, cikguKerani dan kastam satu dua termasuk ayahkuPerhubungan sudah ada tapi tidak selesaPerjalanan satu jam di waktu ini mungkin lima jam di waktu ituDi zaman itulah aku dan keluarga naik bas turun basMasanya agak lama jugaPergi ke Kelantan di zaman itu dua hari

baru sampai ke Kota BaruRata-rata orang Melayu masih jahil

dan mundur di dalam pelajaranButa huruf merata negara terutama penduduk desaYang berkelulusan universiti bilangan jariAku adalah termasuk orang yang terkorban

di dalam pelajaran di masa ituKalau aku ringkaskan sejarah hidupku secara umumDari zaman British hingga ke hari ini lebih kurang beginiJalan kaki budayaku, kereta lembu kenderaan istimewakuMakan ubi, buah getah, sagu rumbia mengganti nasi

makanan utamakuPakaianku bertampung seribu, akulah yang tampung sendiriDi waktu masih kecil lagiKetika ibu dan bapa tiada di rumahAku masak sendiri

Page 7: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

vi

Baju aku basuh sendiriKoyak aku jahit sendiriBelum bersekolah aku sudah pandai memancing sendiriHasilnya dibawa pulangDuduk di gerobok burukDi waktu itu reban ayam sekarang ini adalah lebih cantik

dari rumahkuKenderaanku silih bergantiTidak ada melangkau, ia berlaku secara bertahap-tahapDia berlaku secara meningkat dan berperingkat-peringkatDari berjalan kakiKemudian naik basikal hinggalah dapat beberapa orang anakBerbasikal adakalanya berpuluh-puluh batuBerkaki ayam biasa sahaja di zaman kanak-kanakEnak saja tidak pula terasa kaki sakitSelepas itu alhamdulillah lega sedikitBoleh naik motosikal Honda 65, kemudian Honda 90Setelah itu Allah memberi rezeki kereta Helman second handKemudian Morris Minor second hand jugaSesudah itu Holdan second hand pulaKemudian sedikit demi sedikit bertambah canggihKereta Corolla permulaannyaBerpindah pula kereta Peugot 404 kemudian 504Setelah itu barulah MercedesSelepas itu kenderaanku adalah PajeroKemudian Mercedes MPV (multipurpose van)Kenderaan awam kemuncaknya adalah kapal terbangJadi kehidupanku mengalami bermacam-macam

dan berbagai-bagai peringkatDari papa-kedana, fakir miskin, senang, kaya biasaYang belum lagi kaya luar biasaDi aspek-aspek lain yang teringat elok juga diceritakanDisengat ikan sembilang, baung perkara biasaDiserang penyengat bermacam-macam jenisnya, sering sahajaDigigit lipan dua kali, satu kali disengat kala jengkingKeling keliak tidak terkira, mungkin puluhan kaliDikejar oleh anjing, diburu oleh kera jantan

hampir digigitnyaDigigit lintah, pacat memang tidak boleh dielakkan

memang perkara biasaJatuh dari rumah, jatuh dari pokok berlaku juga

Page 8: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

BIOGRAFI PENULIS

vii

Pernah di rumah orang kenduri, sedang makanserambi rumahnya roboh

Kuah gulai menyimbahi pakaiankuDi waktu itu hari pertama aku mengajar sebagai guru kerajaanJatuh dari basikal berdarah lutut tidak boleh dilupaKereta masuk gaung, patah kaki lebih-lebih

lagi tidak boleh lupakanDi waktu kecil beberapa kali lemas di sungai,

mujur dapat diselamatkan atau terselamatDicucuk paku dua kali pun merasa, parutnya masih adaKali kedua gelap mata beberapa ketikaAku dipelihara dari satu tangan ke satu tanganDengan ibu dan ayah tidak sempat bermanjaBerpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat jadi budayaBerpindah dari rumah setinggan ke rumah setinggan

cara menyewa perkara biasaDi umur persekolahan, mengangkat air, cari kayu api,

ambil pucuk paku, menyapu laman, tukang masak kerja sayaTinggal merata-rata tempat, di kampung dan di bandarPernah tinggal di tengah hutan, di kebun getah,

di sawah padi, di tepi laut, di tepi kuburDi dalam pendidikan banyak sekolah tempat belajar dan

mengajarBerpindah dari sekolah ke sekolahDi dalam perjuangan, Allah takdirkan di dalam persekolahan

lagi sudah ada cita-cita perjuanganKeluar sahaja dari sekolah, perjuangan pun bermulaBerbagai-bagai harakah Islamiah yang aku sertaiPAS, Jamiatul Dakwatul Islamiah, Ikhwan dan ABIMNamun hati tidak puasSemuanya aku tinggalkanAku bangunkan jemaah sendiri, Darul Arqam namanyaSempat aku pimpin 28 tahun lamanyaDi dalam jemaah sendiri, ke luar negeri perkara biasaBahkan tinggal di luar negara berturut-turut 7 tahun lamanyaDi dalam jemaah, berbagai-bagai aktiviti dapat dibangunkanHal ini tidak payah diceritakanRamai orang yang faham dan tahu ceritanyaUjian-ujian di dalam perjuanganMemang banyak yang dirasaTangga rumah dibuang, motosikal dibubuh garam

Page 9: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

viii

Beberapa kali hendak dipukul orangDipanggil ke Jabatan Agama dua kali disoal siasatKerana tidak senang dengan perjuangan yang aku lakukanPernah di waktu malam rumah dikepung polis beberapa kaliNamun tidak menangkapnyaTohmah, fitnah perkara biasaInilah yang paling banyak dilemparkan kepadakuAkhir sekali aku ditangkap, diambil di luar negara

secara ekstradisiDireman dua bulan, kemudian diasingkan di Rawang

di bawah akta ISASekarang sudah memakan masa enam tahunNamun belum dibebaskan lagiKalau aku panjang umurEntah apa lagilah peristiwa-peristiwa yang akan berlaku

pada dirikuTuhan sajalah yang tahu

02 – 06 – 2000

Page 10: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

KANDUNGAN

ix

KANDUNGAN

Biografi Penulis iiiPrakata xiiiMuqaddimah xvi

A: TASAWUF

1 Apalah Istimewanya Manusia Jika Tidak Ada MemberiManfaat 2

2 Mengapa Pentingnya Menjaga Roh? 133 Roh dan Peranannya: Sumber Pembangunan Akhlak 204 Dalam Diri Manusia Sudah Ada Asas-asas Peringatan 265 Pembangunan Jiwa Membuahkan Akhlak yang Mulia 366 Jadikan Jiwa Sebagai Khazanah Simpanan Barang yang

Berharga untuk Kehidupan 437 Jika Seseorang Memiliki Sifat-sifat Terpuji dan Kesannya

pada Peribadi Seseorang 498 Bila Iman Lemah 559 Mana Lebih Mudah, Buat Kerja Akhirat atau Kerja Dunia? 61

10 Mengorbankan Perasaan Satu Jihad 7011 Bala yang Paling Merbahaya 7612 Antara Sebab Jiwa Tidak Tenang 8313 Sifat Gopoh dan Merbahayanya 8814 Jangan Jadikan Allah Taala Keperluan Bermusim 10015 Alangkah Susahnya untuk Berlaku Ikhlas 10616 Orang Mukmin dan Sikapnya 11617 Antara Sebab Seseorang Mendapat Hidayah 12418 Tegas dengan Prinsip 13219 Umat Islam Mesti Membangun dan Bertamadun Bersama

Akhlak Mulia 14020 Bagaimana Mengimbangi Antara Dunia dengan Akhirat 145

Page 11: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

x

21 Kekayaan dan Falsafahnya 15622 Peringkat-peringkat Manusia 17423 Gembira dan Kesannya 19224 Kebersihan atau Bersuci dalam Islam 199

B: SEMBAHYANGPeranan & Falsafahnya

1 Bukan Agama Kalau Tidak Ada Upacara Penyembahan 2102 Mengapa Kita Diperintahkan Mengerjakan Sembahyang

Lima Waktu? 2153 Keagungan Sembahyang 2194 Peranan Sembahyang 2245 Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan? 2276 Sembahyang Adalah Berat 2347 Kenalah Jaga Sembahyang Sungguh-sungguh 244

C: PERJUANGAN

1 Apakah Perkara yang Sudah Hilang dari Umat Islam? 2502 Bagaimana Mendidik Seseorang atau Satu Bangsa 2583 Seruan Bagaimana yang Allah Taala Mahu? 2634 Sebab-sebab Kemenangan dan Kejayaan Seseorang atau

Suatu Bangsa 2715 Terlalu Banyak ‘Kerana’ Maka Terhijab Bantuan Allah 2816 Mengenali Watak dan Sifat-sifat Akhir Zaman 2977 Pembangunan Material/Fizikal dan Insaniah 3078 Golongan-golongan di Kalangan Umat Islam Terhadap

Perjuangan 3189 Hidupkan Islam Agar Ia Meriah 323

D: KEPIMPINAN

1 Tanggungjawab Setiap Pemimpin Umat Islam di GolonganManapun yang Dia Pimpin 330

2 Sikap Pemimpin Terhadap Anak Buahnya 3403 Peringkat-peringkat Pengikut Terhadap Seseorang

Pemimpin 3514 Bila Orang Jahat Mendidik Orang Jahat Lebih-lebih lagi

Mendidik Orang Baik 359

Page 12: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

KANDUNGAN

xi

5 Baik Tiang-tiang Seri Masyarakat Baiklah Masyarakat 3686 Syura Menurut Islam 374

E: KEKELUARGAAN

1 Perkahwinan, Tujuan dan Falsafahnya 3842 Tujuan Perkahwinan Umat Islam di Akhir Zaman 3943 Bukankah Berkahwin itu untuk Hiburan? 3964 Apabila Perkahwinan itu Diasaskan Atas Cita-Cita Islam 3985 Apabila Mendapat Anak 4076 Perbualan Suami Isteri yang Ada Cita-Cita Islam 4107 Perbualan Biasa Suami Isteri yang Tidak Ada Cita-Cita Islam 4128 Kalau Rumah Tangga Tidak Dapat Menegakkan Syurga 4149 Alangkah Indahnya Rumah Tangga Jadi Syurga 416

10 Apa yang Perlu Untuk Menegakkan Rumah Tangga Islam 41811 Peringkat-peringkat Isteri yang Meminta Haknya

kepada Suami 42012 Peringkat-peringkat Suami dalam Melaksanakan

Tanggungjawab 42213 Renungan Untuk Suami Isteri yang Bekerja 424

F: KEMASYARAKATAN

1 Mengapa Masyarakat Islam Tidak Dilihat Indah? 4322 Perbezaan Masyarakat Sebelum Merdeka dan Selepasnya 4413 Perkara-perkara untuk Direnungkan 4504 Susahnya Mencari Sahabat 4575 Rahsia Bersatu Menurut Islam 4726 Islam dan Keadilan 4897 Kemiskinan dan Sebab-sebab Berlakunya Kemiskinan 5128 Kewajipan Orang Kaya 5239 Masyarakat Madani 531

10 Masyarakat yang Diidam-idamkan 536

G: UMUM

1 Aspek-aspek yang Ada Dalam Ajaran Islam dan Peranannya 5442 Siapa Menolak Sunnatullah Pasti Binasa 5553 Syarat-syarat Usaha Umum Jadi Ibadah 564

Page 13: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

xii

4 Golongan Manusia Sebagai Hamba Allah dan Khalifah-Nya 5715 Tidak Mesti Seorang Pakar Al Quran dan Al Hadis Bersikap

Al Quran dan Al Hadis 5786 Peranan Ilmu dalam Islam 5857 Kekuatan Ilmu Islam 5928 Hikmah Sebab atau Wasilah 5989 Faham Sekular (Sekularisme) 607

10 Perkara yang Manusia Tahu Tapi Tidak Tahu Rahsianya 61611 Tamadun yang Selamat 62212 Falsafah Perniagaan Menurut Pandangan Islam 62913 Untungnya Siapa yang Berniaga 637

Page 14: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

PRAKATA

xiii

Aku tulis buku ini ketika aku sedang menjalani perintahsekatan di bawah Akta Kediaman Terhad (ISA). Terimakasih kepada Tuhan yang mengizinkan aku dapat berbuat

demikian. Inilah salah satu pembuktian dari aku bahawa akuredha dengan ketentuan-Mu. Dan sebagai tanda bahawa akutidak marah kepada pihak kerajaan yang telah menghancurkanwadah perjuanganku sebelum ini iaitu Arqam. Semua itu sudahEngkau takdirkan berlaku. Aku yakin terdapat 1001 hikmah disebalik peristiwa itu yang sebahagiannya Engkau beri fahamkepadaku. Yang selebihnya aku yakin Engkau rahsiakan hikmah-nya, itu pun aku yakin pula ada hikmahnya.

Aku tidak marah kepada pihak yang mengadakan konspirasisehingga aku dan beberapa orang pemimpin Arqam di-ISAkan.Selain aku sebagai hamba tidak berhak mempersoalkan ke-hendak dan ketentuan-Mu, aku adalah orang berjuang dan mem-punyai jiwa dan cita-cita perjuangan. Cita-cita perjuangan iniEngkau sudah semat di hatiku semenjak kecil. Maka perjuanganini sudah menjadi darah daging dan hidup matiku. Cinta danazam perjuangkan Islam ibarat nadi yang berdenyut dalamdiriku. Selagi Engkau izinkan turun naiknya nafas, selagi itulahsemangat perjuanganku terus membara.

Jiwa dan cita-cita perjuangan itu adalah anugerah-Mu juga.Engkau beri kepadaku sekeping hati yang ada cita-cita hendak

PRAKATA

Page 15: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

xiv

membawa manusia kepada-Mu. Engkau beri kepadaku ke-kuatan untuk bersabar dalam mendidik manusia mengenali-Mu.

Di zaman manusia sangat memburu keduniaan, sangatsedikit yang membawa Tuhan dalam hidup atau mungkin tiadalangsung. Apabila manusia melupai dan menyisihkan Tuhan,manusia sudah menjadi ibarat kereta tanpa enjin. Biarpun ke-lihatan cantik dan hebat namun kereta tersebut sudah ketiadaanfungsinya yang sebenar sebagai makhluk ciptaan Tuhan. Atautidak lebih dari satu objek yang saban hari hanyalah fungsinyamemproses najis. Atau bahasa mudahnya manusia sudah men-jadi kilang najis.

Tidak hairanlah dunia hari ini dilanda krisis, porak-peranda,permusuhan, perpecahan, tindas-menindas, menzalimi, hilangkasih sayang, mementingkan diri sendiri, berbunuhan danberperang. Segala macam gejala sosial sudah tidak dapat diatasi,diselesaikan dan dibendung. Berbagai saranan, pendapat, idea,buah fikiran, aktiviti, agenda dan program sudah dibawa kepadamasyarakat. Berbagai akta, undang-undang, peraturan danpenguatkuasaan sudah dilakukan. Sudah ramai pula yang sudahterhukum namun semuanya gagal mengatasi berbagai masalahyang sudah sangat meresahkan perasaan manusia.

Ini tidak lain kerana aspek yang paling utama kepada manu-sia sudah dipinggirkan iaitu Tuhan. Manusia sudah tidak takutdan cintakan Tuhan. Maka suburlah mazmumah dalam hati ma-nusia. Sedangkan mazmumah itu adalah racun dalam kehidup-an manusia. Racun itu adalah rosak dan merosakkan. Kalaupunracun itu tidak tumpah kepada pihak lain, sifat diri racun itusendiri adalah rosak. Betapalah apabila racun itu merebak makaia akan mengakibatkan kerosakan yang mengerikan.

Di sinilah betapa pentingnya seketul hati yang kecil itu diberiperhatian kerana fungsinya amat besar. Hati yang kecil itumenjadi penentu kepada kehidupan manusia seluruhnya. Hatiyang penuh subur dengan sifat-sifat mazmumah menjadikankehidupan manusia rosak binasa dan begitulah sebaliknya hatimanusia yang subur sifat-sifat mahmudah akan menjadikanmanusia bahagia, aman damai, harmoni, berkasih sayang dan

Page 16: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

PRAKATA

xv

penuh kesejahteraan. Lebih-lebih lagi hati juga sebagai penentusama ada selamat di Akhirat kelak atau akan dihumban keNeraka yang amat azab.

Tuhan ingatkan dengan firman-Nya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhan tidak mengubah se-suatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang adadalam diri mereka.” (Ar Ra’d: 11)

Maksudnya: “Hari (Akhirat) yang tidak bermanfaat har-ta dan anak-anak kecuali kembali dengan hati yang sejah-tera.” (As Syu’ara: 88-89)

Semoga dengan buku kecil ini yang kuhidangkan ke pang-kuan pembaca, dapatlah menjadi panduan yang kita kongsi ber-sama untuk sama-sama selamat menuju Tuhan. Dengan rahmatTuhan itu kita selamat di dunia dan lebih-lebih lagi Akhirat yangtidak ada penghujungnya.

Wahai Tuhan, Engkau beri keupayaan bagiku menyiapkanbuku ini semuanya adalah atas jasa-jasa Rasulullah SAW, guru-guruku dan ibu bapaku. Andainya Engkau beri nilai kepadausahaku ini maka aku hadiahkan pahalanya kepada merekasemua dan kepada siapa saja yang berjasa kepadaku.

Abdul muznib,

HAJI ASHAARI MUHAMMAD

Page 17: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

xvi

Islam tidak akan tegak kecuali melalui jihad atau perjuangan.Namun bukan mudah untuk memperjuangkan kebenaran.Sebelum melangkah ke gelanggang perjuangan terlebih da-

hulu mesti memiliki ilmu dan kefahaman tentang perjuangan.Betapa susahnya perjuangan menegakkan kebenaran itu keranakebenaran itu amat mahal dan tinggi nilainya. Sedikit sahaja dikalangan umat Islam ini yang mampu perjuangkan kebenarankerana untuk memiliki ilmu dan memahami segala liku danselok-belok perjuangan itu sudah amat sukar, betapalah untukmenempuh perjuangan itu sendiri.

Kita sudah terlalu jauh dari kehidupan perjuangan RasulullahSAW dan para Sahabat. Tiada siapa yang berupaya mentafsirkanerti perjuangan itu secara tepat. Masing-masing ada berbagaifahaman dan tafsiran. Kalau dalam pentafsiran perjuangan itusudah pelbagai, maka dalam perlaksanaan juga sudah pastiberbeza dan kadang-kadang bercanggah antara satu pihakdengan pihak lain atau satu puak dengan puak lain. Lebih parahlagi apabila masing-masing pihak mempertahankan bahawatakrif perjuangan pihak merekalah yang paling tepat lantasmempertikaikan pula pengertian dan cara pihak lain.

Akibatnya bukan saja Islam tidak tegak bahkan semakinruntuh kerana berlakunya krisis di kalangan pihak yang hendak

MUQADDIMAH

Page 18: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

MUQADDIMAH

xvii

memperjuangkan Islam itu. Sebab itu, tidak hairan di mana sajadi dunia ini umat Islam terhina. Ini kerana tidak mendapatpembelaan Tuhan. Tuhan tidak bela dan tidak bantu parapejuang Islam kerana kaedah yang dibawa sudah tidak menepatikehendak Tuhan dan sudah jauh menyimpang dari cara yangpernah ditempuh oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat.

Kebenaran (Islam) itu datangnya dari Tuhan. Tuhan jugalahyang berhak untuk memenangkan agama-Nya. Sepanjang se-jarah perjuangan kebenaran, di tangan para rasul, Tuhan angkatmartabat kebenaran itu mengatasi yang lain. Tuhan yang meng-ilhamkan kepada para rasul bagaimana kebenaran itu mestidiperjuangkan. Di zaman tiada lagi rasul, Tuhan tetap agungkanagama-Nya di tangan para pemimpin berwatak rasul. Itulah diapara mujaddid yang diutus oleh Tuhan setiap 100 tahun dandilahirkan di awal kurun. Kepada para mujaddid inilah Tuhanilhamkan kaedah tajdid hingga Islam itu kembali gemilang.Kalau bukan di tangan mereka, Islam hanyalah ibarat bara saja.Tidak padam tetapi tidak menyala.

Para mujaddid atau para pemimpin berwatak rasul inilahyang paling faham tentang jihad dan paling tepat tafsiran dankaedah perjuangan. Dan di tangan merekalah dijanjikan keme-nangan.

Memperjuangkan kebenaran yang pertama dan utama ialahmemperjuangkan Tuhan hingga Tuhan dikenali, diagungkan,dibesarkan, ditakuti, dicintai dan dirasai segala-galanya dalamhidup manusia. Apabila manusia mendapat Tuhan barulah sya-riat Tuhan serta yang lain-lain itu ada nilai di sisi Tuhan. Andai-nya Tuhan tidak diperjuangkan maka syariat Tuhan sama sajaseperti ideologi. Ini kerana agama mesti ada hubungkait denganTuhan.

Selain itu sekiranya Tuhan tidak ditakuti dan dicintai, syariatTuhan amat mudah terabai dan terbarai. Apabila Tuhan tidakdiutamakan, tidak dibesarkan, tidak diagungkan, tidak memilikirasa bertuhan, maka syariat Tuhan juga turut dipandang remeh.Syariat sering diamalkan mengikut selera atau mengambil aspek-

Page 19: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

xviii

aspek yang menguntungkan. Kadang-kadang apabila meng-hadapi risiko, amat mudah mengenepikannya sahaja.

Kesimpulannya, aspek-aspek lain seperti keadilan, perpa-duan, hukum-hakam menghapuskan kemungkaran dan ke-zaliman, akan menjadi mudah dilaksanakan, diamalkan dandihayati setelah Tuhan itu terlebih dulu diperjuangkan. Segalasyariat Tuhan sama ada yang berbentuk perintah mahupunlarangan akan dirasai cantik dan indah untuk diamalkan. Per-kara-perkara kecil dan remeh pun bernilai tinggi di sisi Tuhandan seronok untuk diamalkan. Betapalah ajaran-ajaran Tuhanyang besar-besar.

Tuhan ciptakan manusia berserta dua peranan iaitu sebagaihamba dan khalifah. Sebagai hamba, Tuhan perintahkan manu-sia agar benar-benar kenal penciptanya iaitu Tuhan, meng-agungkan Tuhan, membesarkan Tuhan, merasakan Tuhansegala-galanya. Sehingga dengan itu benar-benar memiliki jiwatauhid, iaitu rasa takut dan cintanya kepada Tuhan amat men-dalam serta tidak lekang dari hati. Amat merasai kehebatanTuhan. Amat merasai Tuhan Maha Pengasih, Maha Penyayang,Maha Berkuasa dan sebagainya.

Kesan dari itu rasa bertuhan amat mendalam seperti rasatakut, gerun, cemas, bimbang, cinta, mengharap, rasa Tuhan tem-pat bergantung serta merasai Tuhan itu segala-galanya sertakeperluan paling utama. Sehingga dirasai mendapat Tuhan men-dapat segala-galanya, kehilangan Tuhan dirasakan kehilangansegala-galanya dalam hidup.

Sekaligus rasa kehambaan juga amat mendalam. Rasa lemah,dhaif, berdosa, derhaka, lalai dan leka. Juga merasa diri tidakupaya dan tidak mampu, bodoh dan jahil. Yakin bahawa setiapsesuatu kejadian dan peristiwa adalah kerja Tuhan yang tidaksia-sia dan mempunyai maksud atau hikmah di sebaliknya. Me-nerima bahawa setiap sesuatu itu ada maksud baik dari Tuhanyang Maha Sempurna dan Maha Hebat.

Natijah dari rasa bertuhan dan rasa kehambaan itu menja-dikan seseorang hamba itu benar-benar bertaqwa. Rasa takut

Page 20: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

MUQADDIMAH

xix

kepada Tuhan menjadikan seseorang itu membenci dan menolaksegala kejahatan, kemungkaran lebih-lebih lagilah sangat mem-bersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah yang sangat meracunkehidupan manusia.

Rasa cinta kepada Tuhan pula menjadi pendorong paling kuatseseorang hamba itu membawa segala kebaikan, kebaktian, taatdan berbuat kebajikan. Lebih-lebih lagi dari rasa cinta kepadaTuhan itu menyuburkan segala sifat positif dan mahmudah.Apabila ini berjaya dikuasai oleh seorang hamba maka jadilahdirinya selamat dan turut menyelamatkan orang lain.

Peranan kedua yang Tuhan perintahkan kepada manusia iniadalah sebagai khalifah. Sebagai khalifah, Tuhan perintahkansupaya manusia ini mentadbir, mengatur, menyusun, mem-bangun, berkemajuan dan mengendalikan segala urusan kehi-dupan manusia. Manusia perlukan pendidikan, ekonomi, kebu-dayaan, politik, sosial, kesihatan, makan minum, pentadbiran,perhubungan teknologi dan berbagai lagi.

Semua keperluan manusia perlu diatur, ditadbir, diken-dalikan sebaik mungkin. Oleh kerana bumi ini Tuhan punya,maka segala urusan kekhalifahan itu adalah amanah dari Tuhan.Sekaligus Tuhan mahu ia menjadi alat dan saluran untuk ber-bakti kepada Tuhan. Segala urusan kekhalifahan itu mestilahsifatnya selamat dan menyelamatkan. Mesti mendatangkan ke-sejahteraan kepada manusia. Mestilah memberi manfaat kepadamanusia itu sendiri.

Apa jaminan bagi mereka yang bertanggung jawab terhadaptugas dan peranan kekhalifahan boleh mencapai matlamat diatas? Sudah terbukti di mana saja di dunia ini berlakunya ber-macam-macam penyelewengan, pecah amanah, penindasan,kerosakan dan sebagainya. Di atas nama kemajuan dan pem-bangunan itulah manusia berkrisis, berpecah, bermusuh, berga-duh, tindas-menindas, menzalim, berebut kuasa, gila kuasa,berbunuhan dan berperang. Kemajuan dan pembangunan sudahhilang manfaatnya, menghapuskan kebahagiaan, keharmoniandan kesejahteraan manusia.

Page 21: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

xx

Ini tidak lain dan tidak bukan kerana manusia yang mengen-dalikan urusan kekhalifahan itu tidak menyempurnakan bahkantiada langsung peranan sebagai hamba. Dengan lain kata, pengu-rus, pentadbir dan pengendali urusan kehidupan manusia ada-lah di kalangan manusia yang tidak kenal Tuhan, tidak fahamkerja Tuhan, tiada rasa bertuhan dan sekaligus tidak ada rasakehambaan. Dengan lain kata, manusia yang tidak bertaqwa,manusia yang subur dengan mazmumah, jahat, derhaka danmungkar. Sempurnanya peranan seorang hamba itulah jaminanselamatnya peranan sebagai khlaifah.

Di sinilah buktinya betapa pentingnya taqwa kepada manu-sia. Orang yang bertaqwa adalah mereka yang berhimpun se-banyak-banyak sifat mahmudah pada dirinya. Dan sifat-sifatmahmudah itu pula mestilah pada kategori yang tebal.

Perlu diingat dan difahami bahawa kerja-kerja kekhalifahanitu amat mencabar, banyak risiko dan kerenahnya. Memikul be-bannya mesti berjiwa besar. Orang yang berperanan sebagaihamba dan berjiwa tauhid saja yang berjiwa besar. Mereka sajayang mampu sabar, syukur, amanah, jujur, zuhud, tawakal,berkasih sayang, redha, ikhlas, tawadhuk, rajin, bertanggung-jawab dan lain-lain dalam segala urusan kehidupan.

Sandaran hidup mereka hanya kepada Tuhan. Mereka menja-di orang yang sangat bersyukur terhadap Tuhan di atas rahmatdan nikmat yang tidak terhingga, tidak terhitung banyaknya.Di atas nikmat itu mereka juga takut kalau-kalau tidak pandaidan tidak cukup bersyukur.

Ketaatan tidak pula menjadikan mereka riyak, sombong,sum’ah dan merasa senang, kerana ketaatan itu belum pastiditerima oleh Tuhan dan belum pasti sampai ke hujung hayat.Lantas segala ketaatan dan kebaikan dilupakan.

Kesusahan yang menimpa tidak menjadikan hati resah danrusuh. Kesusahan diterima dengan senang, tenang dan sabar.Keyakinan tetap mantap bahawa di sebalik setiap kesusahan itubanyak hikmahnya. Hati sentiasa merintih terhadap kelemahandiri sekaligus mengharapkan pertolongan dan bantuan Tuhan.

Page 22: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

MUQADDIMAH

xxi

Terhadap bala bencana atau musibah diterimanya denganredha kerana yakin bahawa tidak bergerak dan diam sesuatuitu melainkan datangnya dari Allah SWT dengan izin Allah dandengan kehendak-Nya yang sudah ditakdirkan. Yakin bahawaTuhan segala-galanya yang seluruh makhluk ini dalam geng-gaman-Nya.

Demikianlah kesan rasa bertuhan dan rasa kehambaan yangmendalam dalam diri manusia. Ini juga membuktikan bahawakepincangan yang berlaku dalam kehidupan manusia keranatidak sempurnanya peranan kehambaan bagi digunakan dalamperanan kekhalifahan. Yakni manusia yang jahat, hati yang suburmazmumah ini yang menghasilkan kepincangan dalam ke-hidupan.

Sepintas lalu dapatlah disimpulkan sekiranya semua go-longan dalam masyarakat dapat menyuburkan segala sifat-sifatmahmudah. Hasilnya golongan pemimpin akan sangat ber-tanggung jawab dan mendatangkan manfaat kepada manusia.Golongan kaya sangat membela dan berbakti kepada manusiayang memerlukan. Para ulama sangat berjasa dalam mendidikmanusia. Golongan miskin dan pekerja sangat sabar dan redhatanpa mencetuskan sebarang masalah. Para suami sangat ber-tanggung jawab kepada isteri dan isteri-isteri patuh kepadasuami. Anak-anak mudah dididik dan sangat menghormati ibubapa dan orang-orang tua. Para wanita sangat menjaga maruah.Para remaja menjadi aset kepada agama, bangsa dan negara.

Masyarakat bertuhan bersungguh-sungguh untuk mene-gakkan keadilan dalam semua aspek bermula dari diri sendiri,keluarga, masyarakat dan seterusnya. Kasih sayang dan perpa-duan amat mudah tercetus kerana masing-masing sama-samamencintai Tuhan. Semua orang sangat melihat kepada cacat cela,kesalahan, kelemahan diri, mazmumah diri hingga tidak sempatmemikirkan kesalahan orang lain kerana takutkan Tuhan.

Kaedah dan pendekatan dalam memperjuangkan kebenaranitu pula sangat lemah lembut dan penuh dengan kasih sayang.Sehingga dengan itu amat mudah terbongkarnya fitrah rasa ber-

Page 23: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

xxii

tuhan di hati manusia. Sangat mudah menjinakkan hati manusiauntuk dididik dan dibawa kepada Tuhan.

Inilah rahsia perjuangan kebenaran yang dibawa oleh orang-orang Tuhan di sepanjang zaman. Pendekatan yang diwahyukankepada para rasul dan diilhamkan kepada para mujaddid. Olehkerana mereka sangat memperjuangkan Tuhan maka Tuhanlahyang berhak membela dan memenangkan mereka. Tuhan janjikejayaan kepada mereka.

Page 24: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Tasawuf

Page 25: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

2

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Manusia itu kalau kita kaji, nilai, analisa, di segi fiziknyatidak ada apa-apa keistimewaannya. Kerana pada fizikalmanusia itu, ada dua perkara yang negatif:

Pertama: Kelemahan

Kelemahan yang kita maksudkan di sini ialah tubuh atau badankasarnya tidak ada ketahanan. Ia mudah terdedah kepada ber-macam-macam penyakit. Mudah diserang oleh demam, mudahditimpa sakit kepala. Mudah sakit mata, sakit gigi. Ada penyakityang lebih berat lagi seperti sakit jantung, darah tinggi, kencingmanis, barah, strok atau angin ahmar dan lain-lain.

Selain itu ketahanan badannya sangat lemah dibandingkanjiwanya. Kalau terantuk, mudah saja luka atau bengkak dansakit. Kalau jatuh atau terlanggar benda yang kuat atau kenalanggar benda yang keras, mudah saja tergeliat, luka, patah,remuk dan hancur. Jika digunakan tenaga, mudah saja letih, lesu.Kalau tidak berhati-hati, ia membawa kepada sakit juga. Bahkanselepas menerima nikmat pun memberi effect kepada badan atauada side effectnya. Contohnya, selepas makan lebih-lebih lagikalau makan terlalu banyak, badan menjadi berat dan juga bolehmembawa kepada berbagai-bagai penyakit. Selepas jimak iaituselepas bersama dengan isteri, lebih-lebih lagi kalau ia kerap

APALAH ISTIMEWANYA MANUSIAJIKA TIDAK ADA MEMBERI MANFAAT

1

Page 26: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

3

TASAWUF

berlaku, badan menjadi lesu, lemah, hilang tenaga. Kalau lambatsaja tidur di waktu malam, mata jadi mengantuk di waktusiangnya. Bukan setakat itu, badan pun menjadi lesu.

Begitulah lemahnya manusia itu. Ketahanan fizikalnya sangattercabar dan selalu tercabar. Ketahanan fizikalnya sangat teruji.Dari cabaran luaran ini memberi side effect pula kepada manusiaiaitu rohaninya pula tercabar, menjadikan emosinya tinggi, diaakan jadi pemarah, mudah tersinggung, benci, jemu dan lain-lain.

Kalau tidak dibendung dengan didikan Islam serta lemahpula bermujahadah, sifat batin yang negatif itu akan merosakkanorang lain. Maka timbul pula krisis dan perbalahan di dalammasyarakat manusia. Terjejas pula perpaduan, kasih sayang dankeharmonian hidup.

Kedua: Apa yang keluar daripada badan manusia, semuanyakotor dan menjijikkan.

Mari kita kaji kebenaran itu.

i. Air yang keluar daripada badan, peluh namanya, baunyamasam, menjijikkan orang.

ii. Yang keluar daripada telinga, tahi telinga atau nanah yangbusuk yang meloyakan.

iii. Yang keluar daripada hidung, hingus namanya atau tahihidung, menjijikkan dan meloyakan, tiada siapa yang sukasekalipun yang punya diri.

iv. Yang keluar daripada mulut iaitu air liur, berbau busukterutamanya air liur di waktu tidur, sangat busuk baunyalagi kotor. Adakalanya air liur itu najis (air liur basi).

v. Air mata walaupun tidak busuk, tetap dipandang jijik dantidak digemari.

vi. Apatah lagi yang keluar daripada dua jalan, pintu depandan pintu belakang, qubul dan dubur. Bukan saja terlalubusuk, jijik, bahkan najis. Lagi kotor. Benda yang keluar

Page 27: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

4

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

daripada manusia yang paling dibenci. Baunya sangatmenyakitkan hidung manusia. Ia wajib dibasuh. Kalau tidakia akan merosakkan ibadah kita, mengotorkan dan mence-markan udara dan boleh menjejaskan kesihatan manusiaserta boleh mengganggu ketenteraman.

Apa yang kita perkatakan tadi ialah perkara-perkara yangjijik yang semula jadi yang tidak dapat dielakkan oleh manusia.Ia merupakan tabiat semula jadi badan.

Belum lagi kita memperkatakan perkara-perkara yang men-jijikkan dan dibenci yang sangat menghinakan manusia sertamenyusahkan manusia, iaitu penyakit-penyakit yang menda-tang kemudian yang menimpa tubuh manusia seperti kudis,kencing manis, kayap, tokak, bisul, barah yang mengeluarkannanah yang begitu busuk, kotor dan menjijikkan serta menyakit-kan dan melemahkan tubuh manusia. Dengan itu lebih-lebihlagilah manusia itu tidak ada harga dan nilai dirinya. Adakalanyaorang yang kita sayangi seperti anak dan isteri boleh tiba-tibasaja benci dan lari dari kita.

Kalaulah manusia itu tidak ada kebaikan dan keistimewa-annya di sudut-sudut yang lain, yang ada hanya seperti apa yangtelah disebutkan sebelum ini, di manalah istimewanya? Makaapalah erti hidup manusia? Tidak ada erti apa-apa kehadiranmereka di dunia ini. Hanya susah dan menyusahkan orang lainsaja. Tidak ada harga dan nilai diri manusia itu. Mereka laksanasampah masyarakat. Bahkan lebih hina daripada sampah sarap.Kalau sampah yang tidak berguna yang mengganggu itu bolehdisapu, kemudian dibuang atau dikumpulkan atau dilonggok-kan kemudian dibakar saja, maka abunya boleh juga dibuat baja.Sedangkan manusia itu, tidak boleh dibuang apatah lagi hendakdibakar. Ia benar-benar bangkai bernyawa yang menyusahkandan mengganggu kehidupan orang lain semata-mata.

Oleh yang demikian, dengan rahmat Allah dan kasih sayang-Nya kepada manusia sebagai hamba-Nya maka Allah mahumuliakan manusia dan meninggikan darjatnya. Maka Allah utuspara nabi dan rasul alaihimussolatuwassalam dan kepada

Page 28: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

5

TASAWUF

mereka diberi panduan dan petunjuk. Nabi yang akhir ialahSayidina Muhammad SAW. Padanya diberi Al Quran sebagaipanduan dan petunjuk kepada manusia, bagaimana manusiaitu menjadi orang yang berguna. Di samping menjadi hamba-Nya yang mengabdikan diri kepada-Nya, manusia juga adalahkhalifah-Nya untuk membangun, memajukan dan mentadbirdunia ini agar selamat dan bahagia di dunia. Di Akhirat kelakdiberi ganjaran yang lebih besar lagi istimewa iaitu Syurga yangtiada tara dan bandingannya sebagai anugerah Allah kepadamanusia. Kerana rahmat-Nya kepada manusia yang telah mem-buat kebaikan waktu di dunia seperti yang Dia mahu.

Oleh itu, manusia ambillah peluang berpandukan petunjukdari Allah dengan cara besarkanlah Allah, cintailah Dia, takutlahkepada-Nya, sucikanlah Dia, merendah dirilah kepada-Nya,malulah kepada-Nya, bersyukurlah kepada-Nya, bertawakallahkepada-Nya, berharaplah kepada-Nya, redhalah dengan keten-tuan-Nya, sabar terhadap ujian-ujian daripada-Nya melaluisembahyang, puasa, haji, membaca Al Quran, zikir, tasbih,tahmid, taqdis, mujahadah, jihad. Inilah caranya manusia ber-hubung dengan Khaliq-Nya sebagai hamba ciptaan-Nya.

Seterusnya sebagai khalifah-Nya pula; bangunkanlah duniaini. Majukan dan tadbirlah mengikut sistem dan peraturan dariAllah kerana dunia ini Allah yang punya. Kita jangan memandai-mandai dan melakukan sewenang-wenangnya supaya duniatidak rosak. Dan berkhidmatlah untuk sesama manusia demiuntuk mencetuskan kasih sayang, perpaduan, kerjasama, ke-harmonian, keselamatan, keamanan dan kebahagiaan bersamamelalui kuasa, pentadbiran, ilmu, tenaga, pengaruh, wangringgit, harta dan lain-lain. Sesuaikan dengan panduan daripadaAllah agar Allah redha dan Allah rahmati serta berkati. Kemu-dian takutilah Allah di dalam setiap perkara itu. Dengan itumoga-moga apa yang dibuat oleh manusia tidak ada berlakuside effectnya yang negatif yang akan merosakkan manusia itusendiri.

Siapa di kalangan manusia yang dapat melakukan sedemi-

Page 29: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

6

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

kian rupa, inilah manusia yang bertaqwa di sisi Allah. Dia dapatkemuliaan daripada Allah dan keampunan-Nya. Di dunia pulaorang yang berjasa dengan manusia kerana kebaikan yang telahdicetuskannya, maka orang itu telah menutup kelemahan-ke-lemahan yang ada. Dia telah mendapat martabat di sisi Allahdan di sisi manusia kerana walaupun di dalam kelemahan, diatelah menjadi manusia yang berguna. Di Akhirat kelak layaklahdia mendapat keampunan dari Allah serta dapat masuk keSyurga-Nya.

Dalam pada itu kalau manusia itu tidak dididik dengandidikan Islam, menjadikan manusia tidak takut dengan Tuhan,lupa dengan kehidupan hari Akhirat maka manusia itu beranipula melakukan berbagai-bagai bentuk kejahatan sama adaterang-terangan mahupun secara sembunyi melalui anggotalahirnya. Tangannya digunakan untuk mencuri, merompak,merasuah, memukul, membunuh. Kakinya dihalakan ke tempat-tempat kejahatan dan maksiat, ke kelab malam, ke disko-disko,ke tempat-tempat pelacuran, ke tempat-tempat judi, ke tempat-tempat berpeleseran dan pergaulan bebas. Mulutnya digunakanuntuk mengumpat, menghina, memfitnah, berbohong, memaki,mengherdik, bercakap lucah. Matanya digunakan untuk melihatperempuan-perempuan ajnabi, gambar-gambar lucah, melihat-lihat kecacatan orang untuk disebarkan. Telinga pula suka men-curi-curi dengar rahsia orang untuk disebar-sebarkan. Denganakalnya pula manusia selalu sahaja berfikir untuk melakukanberbagai kejahatan, merancang untuk melakukan kerosakan dibumi Tuhan ini.

Setelah kita mengkaji tentang manusia, fizikalnya atau badanlahirnya dan badan kasarnya tidaklah istimewa mana. Lantaranitulah manusia berusaha untuk menutup kelemahan semula jadiyang lahir ini. Terpaksalah badan mereka dibersihkan selalu,disabun, disyampu, dibedak, digincu, disapu minyak wangi.Dihias pula dengan pakaian yang cantik lagi mahal untuk me-narik perhatian orang agar orang boleh dekat dan bergaul. Kalautidak, orang akan lari kerana bau peluh saja orang tidak tahan.Bahkan ampun maaf, untuk menunaikan fitrah semula jadi di

Page 30: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

7

TASAWUF

antara suami isteri pun kalau tidak berhias-hias dan disapubadan dengan minyak wangi dan bedak, tuntutan fitrah itu bolehterbantut atau kemahuan terus mati. Akibatnya boleh timbulkrisis rumah tangga.

Begitu jugalah untuk menyihatkan badan agar ia sentiasasegar dan cergas, perlu riadhah dan joging selalu. Dijaga makanminum, cukup tidur, dijauhi tempat-tempat yang mendatangkanpenyakit. Begitulah hakikat diri manusia semula jadi, tiada se-orang pun boleh melepaskan diri atau mengelak diri daripadaditimpa oleh apa yang telah disebutkan.

Di sinilah kalau manusia itu sedar hakikat diri masing-masingyang tidak dapat mengelak daripada kelemahan-kelemahansepertimana disebutkan di atas sekalipun dia raja dan orang yangberkuasa, berilmu dan berharta, maka manusia itu akan sentiasainsaf dan malu. Mereka akan tawadhuk dan merendah diri.Dengan itu mereka tidak akan sombong, megah, apatah lagimenindas dan menzalimi orang lain.

Page 31: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

8

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Mari Mengenal Insan

Mari kita mengenal manusia (insan)

Kejadiannya yang pertama daripada tanah

Kejadiannya yang kedua daripada mani,

air yang hina dan meloyakan

Keluar daripada tempat yang hina

dan menjijikkan lagi memalukan

Fizikalnya lebih lemah daripada haiwan

seperti anjing, kucing, harimau, singa dan gajah

Tercucuk duri yang kecil sahaja pun terasa sakitnya

Sudah mengganggu dan menyusahkan

Anjing atau kucing kalau patah kaki sebelah

Masih mampu berjalan bahkan masih boleh berlari

ke sana ke mari

Kalau manusia tidak payah patah

kalau tergeliat pun sudah berpapah

Selalu sahaja makan banyak mengundang penyakit

Kalau sedikit makan badan pula lemah

Terlalu sejuk pun tidak tahan

Terlalu panas pun tidak tahan

Mudah sahaja ditimpa penyakit atau demam

Terlalu banyak kerja meletihkan badan

Tidak bekerja pun melesukan badan

Kecerdasan hilang

Bila berhadapan dengan udara tidak bersih

Mudah sahaja diserang penyakit

Selalu bergaul dengan orang yang berpenyakit

lebih-lebih lagi, penyakit menjangkit

Page 32: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

9

TASAWUF

Lambat makan beberapa jam sahaja sudah terasa lapar

Lebih daripada itu melemahkan badan

Padahal binatang beberapa hari tidak makan

belum begitu terjejas

Begitulah satu hari tidak dapat air sudah haus

Kalau beberapa hari tidak dapat lemah terus

Apa yang keluar daripada badannya

Lebih-lebih lagi daripada rongga-rongganya

semuanya menjijikkan

Baunya busuk lagi meloyakan

Seperti yang keluar daripada lubang telinga, mata, hidung,

daripada rongga-rongga bulu roma

Apatah lagi yang keluar daripada dua jalan

depan dan belakang

Jika diserang kudis, danur dan nanahlah yang keluar

Bahkan ulat pun boleh keluar juga

Sangat jijik dan meloyakan

Itu baru jasad lahir manusia yang kita perkatakan

Belum lagi jasad batin atau yang bersifat maknawiyah

yang akan kita sebutkan

Juga ketahanannya tidak ada atau rapuh

Sangat sensitif yang menyusahkan

Boleh menggugat kebahagiaan dan ketenangan

Kita datangkan beberapa contoh untuk pengetahuan

Sedikit sahaja orang kata atau cerca sudah menyakitkan hati

Belum lagi orang benci, menghina, memfitnah

Aduh lebih-lebih lagilah menderita dan tergugat diri

Hilang ketenangan

Kalau bertembung serentak

dengan kesusahan-kesusahan yang lahir

seperti miskin, sakit

Sesetengah orang kecewa bahkan putus asa

Melihat orang kaya atau senang, hati sakit pula

Datang penyakit hasad dengki

lebih-lebih lagi bertambah jiwa sakit

Apabila masyarakat manusia sudah rosak

Page 33: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

10

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Berbagai-bagai gejala masyarakat yang menakutkan terjadi

Seperti jenayah pergaduhan, pencurian

rompakan, perogolan, pembunuhan, peperangan

Maka jiwa pun sentiasa diburu oleh ketakutan,

musnah kebahagiaan

Kemudian manusia ada nafsu yang sangat menyusahkan

Ditahan kehendak-kehendaknya menyeksakan

Diturutkan sangat kehendak-kehendaknya

merbahaya dan memudharatkan

Memudharatkan diri sendiri dan merosakkan orang lain

Juga manusia ada perasaan

Perasaan ini juga sangat menyusahkan diri seseorang

Melihat sahaja benda yang kotor, menjijikkan dan meloyakan

Sesetengah orang selepas itu hilang selera hendak makan

Melihat sahaja benda yang menakutkan timbul rasa seram

Badan pun lemah longlai

Sesetengah orang kerana terkejut terus pengsan atau hilang akal

Oleh itu patutkah manusia sombong dan bangga?!

Cuma manusia ada untung sedikit, adanya akal

Dengan akal manusia boleh berfikir

Dapat pengalaman, dapat ilmu pengetahuan

Boleh maju, boleh membangun dan bertamadun

Tapi kalau akal sahaja yang dibangunkan,

roh tidak dibangunkan

Manusia boleh maju tapi bersama dengan kerosakan

yang berbagai-bagai bentuknya

Akibatnya untung sekarung, rugi seguni

Negara cantik, tapi hidup di dalam ketakutan

Oleh itu di manalah istimewanya manusia?

Di manakah kehebatannya?

Hingga menjadi sombong, bangga dan riyak

Kalau tidak ada sifat taqwa

maka tidak ada apa-apa keistimewaan manusia

Di Akhirat terjun pula ke Neraka wal ‘iyazubillah

Selepas Asar

18 – 07 – 2000

Page 34: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

11

TASAWUF

Sajak 2

Engkau Jaga Sangat Jasad Lahir

Engkau jaga sangat jasad lahir engkau

Engkau jaga dan belai muka engkau

agar licin dan cantik

Engkau gunakan berbagai-bagai jenis krim dan losyen

untuk menjaga kulit badan

Agar kulit sentiasa licin dan tegang

Engkau makan berbagai-bagai makanan awet muda

Untuk menjaga keteguhan dan kesihatan badan engkau

Semua yang engkau jaga itu adalah nilai dunia

Kerana badan lahir ini

bukan ada perasaan mengenal Tuhan

Jauh sekali rasa kehambaan

Lantaran itu apabila mati dibaham

oleh ulat dan jadi tanah

Ertinya ia tidak kekal abadi

Tapi malang sekali

Anggota batin engkau yang boleh jadi nilai Akhirat

engkau abaikan

Akal yang menjadikan engkau mukalaf

Jiwa atau hati yang boleh mengenal Tuhan

Engkau cuaikan

Nafsu yang boleh dididik dan dilatih untuk taat

Kepada Tuhan semesta alam

Engkau tidak ambil peduli pun

untuk bermujahadah terhadapnya

Padahal semuanya ada nilai Akhirat

Dia adalah kekal abadi di Akhirat kelak

Sama ada ke Syurga atau ke Neraka

Sebenarnya akal, jiwa, nafsu inilah hakikat diri engkau

Badan lahir kalau engkau abaikan

Hanya menderita di dunia sahaja

Tapi jasad batin iaitu hakikat diri engkau,

jika engkau abaikan

Page 35: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

12

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Dia akan menderita di Neraka

Engkau abaikan hakikat diri engkau

Engkau termasuk orang yang sangat zalim

Tapi engkau tidak nampak

engkau menzalimi diri engkau sendiri

Yang engkau nampak orang lain menzalimi diri engkau

Orang menzalimi diri engkau,

engkau dapat pahala

Tapi engkau menzalimi diri engkau sendiri,

dapat bala dan Neraka

02 – 11 – 1999

Page 36: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

13

TASAWUF

Lazimnya manusia sangat memberi perhatian dan menga-wasi kesihatan fizikal. Pengawasan dibuat dengan seribusatu macam cara. Apabila mengalami sakit atau sebarang

gangguan, biasanya tanpa lengah lagi manusia akan segeramenemui doktor. Andainya tidak berkesan daripada rawatanbiasa, berpindah pula ke doktor atau rawatan pakar.

Anehnya, tidak demikian sikap manusia dalam menghadapipenyakit hati atau rohani. Sama ada manusia mengambil sikapterus tidak peduli langsung atau memandang remeh terhadappersoalan hati atau roh. Padahal kesan dan akibat daripadapenyakit hati atau roh bukan sahaja mencetuskan berbagaikejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka AllahSWT di Akhirat kelak, wal’iyazubillah.

Marilah sama-sama kita lihat mengapa terlalu pentingnyamenjaga hati atau roh yang di antaranya seperti berikut:

1. Kerana roh itu kekal atau dikekalkan, tidak seperti fizikal(jasad lahir), ia binasa. Di Akhirat kelak, roh itu akan diberijasad baru.

2. Roh itulah yang akan menerima atau merasa nikmat atauazab bersama jasad barunya di Akhirat kelak.

3. Ia adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan yang

MENGAPA PENTINGNYAMENJAGA ROH?

2

Page 37: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

14

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

mana sama-sama ingin mengisi. Malaikat dengan iman,syaitan dengan kekufuran atau malaikat dengan keyakinan,syaitan dengan keraguan.

4. Ia adalah tempat jatuhnya ilham atau ilmu laduni (dapatilmu tanpa belajar), ia merupakan wahbiah (anugerah) dari-pada Allah. Akal tempat ilmu nazali (ilmu yang dipelajari).

5. Roh kalau ia bersih, Allah beri ia rasa yang tepat atau firasat.

6. Roh kalau ia terlalu bersih, matanya lebih tajam dari matalahir atau mata kepala, sebahagian perkara yang ghaib Allahperlihatkan kepadanya. Itulah yang dikatakan mukasyafatulqulub.

7. Roh atau hati adalah raja dalam diri. Kalau hati itu baik, iaakan arahkan tentera-tenteranya iaitu anggota lahir ataujawarih kepada kebaikan. Kalau ia jahat, ia akan arahtenteranya membuat kejahatan.

8. Kerana ia boleh menerima sifat-sifat mahmudah yang di-kehendaki dan juga boleh menerima sifat-sifat mazmumahyang dibenci dan dikeji yang sayugianya hendaklah dibuangatau dijauhi.

9. Ia adalah merupakan tempat merasa iaitu susah atau senang,bahagia atau dukacita, rasa sempit atau rasa lapang, rasakeluh-kesah atau tenang, rasa kecewa atau ceria, rasa putusasa atau harapan yang cerah, rasa benci atau suka, rasa raguatau percaya, rasa pesimis atau optimis, rasa rindu atausimpati.

10. Sikap jasad lahir atau tingkah laku adalah pancaran darihati atau roh sama ada baik ataupun buruk.

11. Hati tempat penglihatan dan nilaian Tuhan manakala jasadlahir tempat pandangan makhluk.

12. Hidayah yang lahir, ia adalah punca dari yang batin atauroh atau hati.

13. Sifat mahmudah yang paling terpuji ialah ikhlas, penentusegala amalan seseorang itu diterima atau ditolak ialah

Page 38: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

15

TASAWUF

bertapak pada roh atau hati, malaikat pun tidak tahu, hanyaAllah yang mengetahui.

14. Seseorang yang membuat kebaikan, orang tidak kata baiktangannya, kakinya, tapi orang berkata baik hatinya.

15. Ketahanan yang lahir adalah berpunca daripada ketahananyang baik yakni roh atau hati.

16. Segala perubahan yang lahir ini berpunca daripada peru-bahan yang batin yakni roh atau hatinya.

17. Penyakit roh atau hati membawa ke Neraka, penyakit lahirmembawa ke Syurga (segala kesusahan dan kesakitanlahiriah merupakan kifarah dosa).

18. Penyakit lahir walau bagaimana teruk sekalipun, ia hanyamerosakkan badan, tapi penyakit roh atau hati menghan-curkan apa yang ada di dunia ini.

19. Penyakit badan kalau sudah teruk sangat, membawa matibadan, tapi penyakit roh atau hati membawa matinya imandan Islam.

20. Penyakit badan sakitnya tidak kekal, tapi penyakit roh atauhati seksanya kekal abadi.

21. Penyakit lahir hanya manusia yang benci, tapi penyakit batinAllah benci.

22. Penyakit lahir menguruskan badan, tapi penyakit batinmenguruskan iman.

23. Di dalam tidur, adakalanya mendapat alamat di dalam mim-pi sama ada secara jelas atau ibarat. Ia diperlihatkan kepadaroh, bukan kepada mata kasar.

24. Rasulullah SAW menyuruh takut dengan pandangan matahati atau pandangan roh. Allah tidak mengatakan agar takutkepada pandangan mata kasar.

Maksudnya: “Takutilah firasat orang mukmin, kerana iamelihat dengan cahaya Allah.” (Riwayat At Tarmizi)

Page 39: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

16

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

25. Penyakit lahir tidak dipandang hina oleh Islam, tapi penya-kit batin dipandang hina.

26. Penyakit lahir tidak sampai hilang kepercayaan orang, tapipenyakit batin sampai menghilangkan kepercayaan orang.

27. Penyakit lahir tidak membawa permusuhan, perpecahandan peperangan, tapi penyakit batin membawa pergaduhan,perpecahan dan peperangan.

28. Roh boleh mengembara tanpa jasad dan dapat melihat per-kara-perkara yang ajaib dengan izin Allah.

29. Selepas mati, roh boleh balik ke dunia dan dapat melihatkeluarganya, tidak seperti jasad.

30. Penyakit lahir orang simpati, penyakit batin orang tidak sim-pati.

Oleh kerana pentingnya hati dan roh, maka ia hendaklahdijaga sungguh-sungguh iaitu:

a. Wajib kita memberi makanan yang cukup. Makanannyaialah sembahyang, zikrullah, membaca Al Quran, tasbih,tahmid, selawat, melihat kebesaran-Nya melalui peman-dangan dan mengingati mati.

b. Memberi ia pakaian iaitu dengan sifat-sifat taqwa.

c. Jauhkan dari sebarang penyakit seperti marah, bakhil, pen-dendam, sombong, riyak, ujub dan sebagainya.

d. Muhasabah terhadapnya selalu.

e. Sanggup bermujahadah, membersihkan dan memberi iamakan serta pakaian.

Page 40: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

17

TASAWUF

SAJAK

Sajak 1

Mengenal Hati dan Keajaibannya

Hati daging adalah sarang atau rumah

bagi hati nurani

Hati nurani boleh juga dipanggil hati batin

Hati daging adalah bersifat lahir

Ia merupakan kajian para doktor perubatan

Hati nurani yang boleh juga dipanggil roh

Ia adalah merupakan bahan kajian

para doktor kerohanian

Seperti para rasul, nabi-nabi, para wali

dan ulama-ulama sufi

Perbahasan kita di sini adalah hati nurani atau roh

Kerana ia menjadi pandangan Tuhan

Apakah seseorang itu taat atau derhaka

Ia merupakan penentu

Apakah seseorang itu ke Syurga atau ke Neraka

Ia dianggap raja di dalam diri manusia

Baik raja diri maka baiklah seluruh anggota

Jika raja itu jahat maka jahatlah seluruh anggota

Kalau ia bersih daripada segala godaan mazmumah

Mendapat kemenanganlah manusia

Sekiranya ia digoda oleh mazmumah

Gagal dan kecewalah yang empunya diri

Sungguh ajaib hati di segi sifatnya

dan rohaninya serta peranannya

Penuh rahsia, penuh misteri,

jarang manusia dapat menyelaminya

Ia merupakan khazanah ilmu dan hikmah yang tersimpan

Page 41: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

18

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Yang datang daripada saluran-saluran jawarih insan

Seperti mata, telinga, tangan dan lain-lain anggota badan

Marilah seterusnya kita mengenal hati nurani

Dengan cara kita membuat perumpamaan-perumpamaan

dan ibarat-ibarat

Sebagai pendekatan-pendekatan untuk mudah kita faham

Hati ibarat perigi atau kolam yang amat jernih

Dia akan terus jernih jika dijaga

Bahkan akan bertambah jernih

jika dimasukkan tawas di dalamnya

Badan menjadi sihat dan segar

jika diminum dan dibuat mandi

Tapi ia akan menjadi kotor atau keruh

kalau dibiarkan masuk benda-benda

yang mengotorkannya

Akan mendatangkan penyakit jika digunakan

Hati ibarat tanah yang subur,

jika digemburkan bertambah subur

Boleh menumbuhkan berbagai-bagai jenis tanaman

yang memberi faedah

Jika ia menjadi kemarau dan gersang

Tiada kehidupan yang boleh hidup

Yang tiada memberi apa-apa faedah

kepada makhluk Tuhan

Menjelang tidur

05 – 10 – 2000

Sajak 2

Hati Sebagai Wadah

Tuhan menganugerahkan kepada engkau hati

atau jiwa sebagai wadah

Ia adalah anggota yang paling penting

di dalam diri manusia

Tapi malang, atau sungguh sayang

Page 42: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

19

TASAWUF

Engkau tidak jadikan wadah menerima hidayah

Wadah engkau tidak pun engkau isi

dengan kasih sayang

Hati sebagai wadah, engkau tidak isi rasa bertuhan

Jiwa engkau sebagai wadah,

tidak engkau isi rasa kehambaan

Wadah engkau, engkau kosongkan daripada timbangrasa

dan perikemanusiaan

Engkau kosongkan wadah engkau

daripada perasaan-perasaan yang mulia

Tapi apa yang engkau isikan?

Engkau isikan dengan racun-racun mazmumah

yang merosakkan manusia

Bahkan yang menghancurkan dunia

Hati engkau tidak engkau jadikan cermin

melihat kebenaran

Engkau butakan hati engkau

Hingga tidak ada lagi rasa bertuhan

Setidak-tidaknya engkau merabunkan

Hingga engkau ragu dengan kebenaran

Sayang, hati atau jiwa yang paling berharga

Yang menentukan engkau manusia

yang ada kemanusiaan

Tapi engkau abaikan

Tapi yang engkau urus sangat dan engkau belai

Anggota lahir engkau, jawarih engkau

Anggota yang akan dimakan ulat dan binasa

Anggota yang kekal abadi yang akan dipersoalkan,

engkau abai dan biarkan

Padahal hati tempat pandangan Tuhan

Lepas ekspedisi

01 – 10 – 1999

Page 43: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

20

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Untuk membangunkan satu kehidupan agar selamat didunia dan selamat di Akhirat, agar masyarakat makmurdapat pula keampunan Tuhan, kemajuan dan tamadun

tercapai, akhlak yang mulia juga wujud dan jadi budaya di dalamkehidupan, ia bak bunga yang kembang di taman yang indahyang sangat menarik pandangan dan tempat jatuhnya hatimanusia, kekayaan dan makan minum mewah, budi jugamewah dan terserlah, kemudahan-kemudahan hidup cukup,tapi disiplin dan tatasusila manusia juga tinggi, tamadun tinggitapi manusianya merendah diri, maka roh atau hati atau jiwamanusia hendaklah dibangunkan.

Dari pembangunan jiwa, lahir tamadun kerohanian atauakhlak yang mulia atau terbangun insaniah manusia yangdikatakan oleh kita selalu iaitu jati diri.

Di dalam diri manusia, roh adalah sebagai raja, akal sebagaipenasihat, nafsu adalah musuhnya manakala anggota lahir(jawarih) adalah rakyat di dalam diri. Kalau raja di dalam diribaik, seluruh anggota (rakyat di dalam diri) menjadi baik. Sama-lah seperti di dalam sebuah negara, ada keterangan di dalamkitab mengatakan:

Maksudnya: “Manusia itu mengikut agama pemerintah-nya.”

ROH DAN PERANANNYA:SUMBER PEMBANGUNAN AKHLAK

3

Page 44: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

21

TASAWUF

Ertinya bagaimana sikap pemerintah begitulah sikap rakyat-nya. Begitulah pemerintah di dalam diri (hati atau roh). Bagai-mana keadaannya begitulah anggota lahirnya sebagai rakyat didalam diri. Kalau hati baik (raja di dalam diri baik), maka baiklahanggota lahir manusia (rakyat di dalam diri). Kalau hati jahatmaka jahatlah seluruh anggota lahir manusia.

Ia memang telah ditegaskan oleh Hadis Nabi:

Maksudnya: “Sesungguhnya di dalam diri manusia adaseketul daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh badan,apabila dia rosak, rosaklah seluruh badan. Ketahui olehmuitulah dia hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru itu hati (roh) wajib dibangunkan dengan cara dididikdan diasuh. Ini kerana dari pembangunan jiwa, lahirlah ke-budayaan, tamadun kerohanian dan akhlak mulia yang sangatpenting. Ia tempat pandangan Allah dan tempat jatuh hatimanusia. Dan kerana itulah para rasul dan para nabi alaihimus-solatuwassalam diutus oleh Allah SWT demi untuk pem-bangunan insaniah tersebut. Mereka tidak diutus kerana pem-bangunan material dan fizikal. Pembangunan material, tanparasul dan nabi pun manusia boleh membangunnya. Itu memangtelah dibuktikan oleh sejarah, manusia membangun tidak perluadanya orang kerohanian seperti rasul dan nabi atau ulama ulamilin.

Contohnya bangsa Rom, Yunani, Farsi, bangsa-bangsa yangdisebut di dalam Al Quran seperti kaum ‘Aad, kaum Tsamud,kaum Saba’ dan bangsa Babil atau Babylon. Mereka membangundan menegakkan tamadun tanpa orang-orang kerohanianbahkan mereka menolak para rasul dan menentangnya.

Lantaran itulah juga Rasulullah SAW pernah bersabda:

Page 45: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

22

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan kerana me-nyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Malik)

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia ialah mereka yangpaling baik akhlaknya.” (Riwayat At Tabrani)

Perlu diingatkan bahawa membangunkan insaniah untukmelahirkan akhlak yang mulia pada seorang manusia, tidak se-mudah yang kita sangka. Betapalah kalau satu keluarga, sebuahsekolah, satu kampung, satu mukim, sebuah daerah, satu negeri,lebih-lebih lagilah satu negara. Membangunkan material sepertimembangun sebuah bangunan 100 tingkat mungkin lebihmudah daripada membangunkan insaniah seorang manusia.Membangunkan pencakar langit setinggi 100 tingkat mungkinboleh siap dengab memakan masa tiga tahun, tapi hendak mem-bangunkan insaniah seseorang manusia, mungkin memakanmasa 30 tahun, itu pun belum tentu berjaya. Lantaran itulahuntuk pembangunan insan ini Allah datangkan orang-orang-Nya iaitu para rasul dan para nabi alaihimussolatuwassalam.Selepas itu mereka yang tunduk kepada ajarannya seperti paraauliya, kemudian para ulama ul amilin, paling tidak orang yangsoleh.

Apabila disebut akhlak, akhlak yang utama terbahagi kepadadua iaitu:

Pertama: akhlak kepada Allah.Kedua: akhlak kepada manusia.

Akhlak kepada Allah, di antaranya yang paling besar selepasberiman kepada-Nya ialah menyembah-Nya (sembahyang),ikhlas, rasa bertuhan, ertinya hati sentiasa merasa di mana sahajakita berada, Allah sentiasa mengawasi, melihat dan mendengarterhadap kita, rasa malu, rasa takut, rasa kasih, sabar, redha,tawakal, khusyuk, khuduk.

Akhlak kepada manusia di antaranya kasih sayang, pemurah,mesra, adil, amanah, menunai janji, bercakap benar, merendah

Page 46: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

23

TASAWUF

diri, bertolak ansur, ziarah-menziarahi, berlemah-lembut, ber-tolong bantu, baik sangka.

Selain dua bahagian akhlak yang utama ini ada lagi akhlakdengan haiwan dan jamadat seperti pokok, batu dan lain-lainlagi. Kita tidak boleh menyeksa binatang sesuka hati. Kalau kitamemeliharanya seperti kambing, disediakan kandangnya,makan minumnya, sakit diubati, jika disembelih gunakan pisauyang tajam. Begitu juga dengan jamadat seperti pokok, kita tidakboleh menebang pokok sesuka hati, mesti ada maksud dantujuan yang memberi manfaat.

Begitu sekali luas akhlak di dalam ajaran Islam dan begituindah sekali akhlak yang dianjurkan oleh agama akhir zamanini. Ia bersifat sejagat, ia disukai oleh semua manusia sekalipunorang bukan Islam. Justeru itulah kalau umat Islam kembaliberakhlak seperti zaman tiga kurun selepas Rasulullah SAW,umat Islam akan dihormati semula oleh dunia kerana denganakhlak yang mulia terlalu sedikit orang hasad dengki. Keranaakhlak bersifat sejagat laksana bunga yang indah, tidak adaorang yang tidak suka dan tertarik.

Page 47: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

24

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Taqwa Aset Dunia Akhirat

Taqwa adalah aset bagi dunia dan Akhirat

Sumber bantuan, sumber rezeki,

sumber kemenangan

Kalau ingin musuh dikalahkan,

baikilah diri untuk mendapat ketaqwaan

Taqwa lebih tajam dari pedang

Membaiki diri lebih canggih dari senjata moden

Di dalam perjuangan,

bukan senjata persiapan utama

Walaupun senjata disuruh mengadakannya

Membaiki diri lebih utama melakukannya

Di dalam berhadapan dengan musuh,

ia adalah senjata ghaib

yang tidak nampak dipandang

Ia lebih berkesan daripada senjata lahir yang tajam

Tapi umat Islam di dalam perjuangan

sudah ramai yang melupakannya

Di dalam berjuang, dosa juga dilakukannya

Jika dosa telah berlaku di dalam perjuangan,

ternafilah ketaqwaannya

Tuhan pun berlepas diri,

hadapilah musuh dengan sendiri

Biasanya musuh, senjata lahirnya lebih baik

dan canggih dari umat Islam

Bagaimanalah hendak mendapat kemenangan

di dalam perjuangan

Kedua-dua senjata tidak dimiliki

sama ada senjata rohani mahupun senjata lahir

Page 48: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

25

TASAWUF

Begitu juga doa-doa adalah senjata orang mukmin

Lebih-lebih lagi di masa berjuang

Ia bukan menjadi senjata umat Islam

Orang mukmin dengan orang Islam

jauh sangat bezanya

Orang mukmin rasa bertuhan menghayati jiwanya

Oleh itu usahakan ketaqwaan

terutama di dalam perjuangan

Ia adalah senjata yang paling ampuh dan tajam

Awasilah di dalam perjuangan

membuat dosa dan kesilapan

Kerana ia lah nanti bantuan Tuhan tidak datang

Kita akan kecundang

dan menerima nasib yang malang

Menjelang tidur

05 – 10 – 1999

Page 49: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

26

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Antara keistimewaan manusia yang Allah Taala bekalkansemula jadinya ialah di dalam diri manusia itu sudahtersedia asas-asas peringatan. Sama ada peringatan-per-

ingatan yang positif mahupun yang negatif.

Yang dimaksudkan peringatan-peringatan itu di antaranyayang positif ialah:

1. Manusia suka dikasihi atau dicintai.

2. Suka diberi pertolongan.

3. Suka diberi simpati.

4. Suka diziarahi.

5. Suka diberi ilmu.

6. Suka diberitahu.

7. Suka dijamu.

8. Suka diberi hadiah.

9. Suka diberi maaf.

10. Suka tidak diganggu dan lain-lain lagi.

Antara yang negatif ialah:

1. Tidak suka dibenci.

2. Tidak suka dicaci.

DALAM DIRI MANUSIA SUDAH ADAASAS-ASAS PERINGATAN

4

Page 50: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

27

TASAWUF

3. Tidak suka diganggu.

4. Tidak suka dimarahi.

5. Tidak suka diberi malu.

6. Tidak suka disusahi.

7. Tidak suka dibiarkan susah.

8. Tidak suka tidak dipeduli.

9. Tidak suka tidak ditolong.

10. Tidak suka orang sombong kepadanya.

11. Tidak suka barangan dirampas atau dicuri.

12. Tidak suka dizalimi.

Selain itu yang paling asas ialah rasa bertuhan sudah sediaada di dalam hati manusia. Cuma Tuhan itu bagaimana, itusahaja yang mereka tidak tahu.

Apa yang disebutkan di atas, itulah dia fitrah semula jadimanusia atau gharizah atau naluri semula jadi. Ia dibekalkanoleh Allah bersama tubuh lahirnya. Inilah yang kita maksudkanperingatan Allah Taala yang telah dibekalkan di dalam dirimanusia.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Tetaplah atas fitrah Allah yang telah men-ciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahanpada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus tetapi keba-nyakan manusia tidak mengetahui.” (Ar Rum: 30)

PERINGATAN ITU MANUSIA TIDAK JADIKAN PERINGATAN

Sepatutnya manusia menjadikan asas-asas peringatan itu sebagaiperingatan di dalam kehidupan mereka kerana fitrah semula

Page 51: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

28

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

jadi manusia itu sama saja. Yakni apa yang disukai olehseseorang, itu jugalah yang disukai oleh orang lain. Apa yangtidak disukai seseorang itu, itulah juga yang tidak disukai olehorang lain. Ertinya asas-asas agama Islam itu sudah Allah Taalabekalkan di dalam diri manusia iaitu rasa bertuhan, apa-apayang disukai dan apa-apa yang tidak disukai. Apa yang dilarangdan apa yang tidak dilarang. Apa yang digemari dan apa yangtidak digemari. Semuanya sudah sedia ada.

Maksudnya: “Dan orang-orang yang apabila diberiperingatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, tidaklah merekamenghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.”(Al Furqan: 73)

Maksudnya: “Itulah ketetapan agama yang lurus, makajanganlah kamu menganiaya diri.” (At Taubah: 36)

Maksudnya: “(Yakni) akan dilipatgandakan azab untuk-nya pada hari Kiamat dengan kekal dalam azab itu dalamkeadaan terhina.” (Al Furqan: 69)

Maksudnya: “Kecuali mereka yang bertaubat berimandan mengerjakan amalan soleh, kejahatan mereka Allahgantikan dengan kebajikan. Dan Allah Maha Pengampunlagi Maha Penyayang.” (Al Furqan: 70)

Page 52: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

29

TASAWUF

Oleh kerana fitrah semula jadi manusia itu Allah Taala telahbekalkan rasa bertuhan, apa yang disukai dan apa yang dibenci,maka lantaran itulah agama Islam itu dikatakan agama fitrah.Yakni, apa yang diperintahkan oleh Islam dan apa yang dilarangdan apa yang disukai serta apa yang dibenci oleh Islam, ia sesuaidengan fitrah semula jadi manusia. Sama ada yang lahir mahu-pun yang batin. Kehendak-kehendak Islam itu tidak bercanggahdengan fitrah semula jadi manusia.

Islam datang hanya memperluas, memantapkan dan mem-beritahu cara-cara membuat baik dan cara-cara jangan membuatjahat, mengesahkannya serta memperkatakan ada setengah-setengah hal dari perkara-perkara yang tidak boleh dijangkauoleh akal seperti hal-hal kerohanian dan alam ghaib serta menge-nai Tuhan dan ketuhanan.

Berdasarkan fitrah semula jadi ini sepatutnya manusia me-ngambil ingatan bahawa apa yang dia suka, sepatutnya itujugalah yang diberi kesukaan kepada orang lain. Apa yang diatidak suka, itu juga yang sepatutnya dia tidak lakukan kepadaorang lain. Lebih-lebih lagi datang Islam mendorong, menyubur-kan, mengingatkan serta menguatkan lagi dengan busyradengan Syurga dan tanzir dengan Neraka. Ini supaya meng-ingatkan lagi kepada manusia agar apa yang dia suka, dia mestilakukan kepada manusia lain. Apa yang dia tidak suka dia tidakakan lakukan kepada manusia lain agar manusia hidup amandamai dan harmoni.

Tetapi apa yang berlaku kepada umum manusia atau secaramajoritinya, apa yang dia suka maka dia suka kalau orang bolehlakukan padanya, tetapi dia tidak suka lakukan kepada oranglain. Begitu juga sebaliknya apa yang dia tidak suka, dia tidaksuka kalau orang lain melakukan kepadanya, tapi apa yang diatidak suka itu, dia suka pula menimpakannya kepada orang lain.Maka justeru itulah timbul perselisihan, perbalahan, permu-suhan dan peperangan di kalangan manusia. Akibatnya tiadasiapa yang susah melainkan manusia itu sendiri yang mendapatkesusahan.

Page 53: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

30

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

MENGAPA TIDAK MENGAMBIL PERINGATAN?

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allahmemudahkan untukmu apa yang di langit dan di bumi danmenyempurnakan untukmu nikmat-nikmat-Nya lahir danbatin.” (Luqman: 20)

Mengapa manusia tidak mahu mengambil peringatan? Pada-hal manusia mendapat dua peringatan, iaitu pertamanya per-ingatan yang semula jadi. Yang kedua pula, kedatangan ajaranIslam.

Ini menunjukkan bahawa nafsu manusia itu di antara sifatnyasangat mementingkan diri, didorong pula oleh syaitan yangsentiasa menghasut manusia agar manusia lupa dengan per-ingatan sama ada peringatan semula jadi mahupun peringatandaripada Allah Taala.

Oleh kerana sifatnya yang sangat mementingkan diri itu,setiap orang suka kalau kebaikan dan kesenangan itu berlonggokdan bertompok pada dirinya sahaja, tapi kepada orang lain biar-lah berlonggok dan bertompok pula berbagai-bagai macamkesusahan dan masalah.

Padahal apabila kita mementingkan diri sendiri dan menim-pakan berbagai-bagai kesusahan dan masalah kepada orang lainatau membiarkan berbagai-bagai masalah berlaku kepada oranglain, orang lain akan membenci, marah dan bertindak kepadaorang lain. Akhirnya apa yang akan terjadi ialah orang yangsusah menimpakan kesusahan kepada orang lain kerana sakithati, maka orang yang senang tadi mendapat kesusahan pula.Akibatnya orang yang senang tadi akhirnya senasib denganorang yang susah. Mereka mendapat kesusahan juga. Cumakesusahan itu bentuk dan sifatnya sahaja tidak sama. Namun

Page 54: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

31

TASAWUF

sama-sama mendapat kesusahan kerana tidak mengambilperingatan tadi. Sama ada peringatan semula jadi mahupun per-ingatan dari Allah Taala.

BAGAIMANA MENDIDIK MANUSIA AGARSUBUR FITRAHNYA?

Manusia yang sudah lupa atau telah lalai dengan peringatan-peringatan itu sama ada peringatan semula jadi mahupun per-ingatan dari Islam, mereka tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.Jangan dibiarkan manusia menderita dengan sifat-sifat atautabiat jahat yang menguasai diri dan kehidupan. Di sinilah ke-wajipan para pemimpin, guru-guru, ibu bapa serta pejuang danpendakwah agar tampil mendidik manusia.

BAGAIMANA MENDIDIK MANUSIA?Mendidik manusia tidak cukup setakat menjaga fizikalnya sa-haja dengan diberi makan minum yang cukup serta menjagakesihatan yang rapi. Begitu juga tidak cukup diberi kenyang akalfikiran dengan ilmu pengetahuan, nanti kejahatan manusia lebihhebat dan pesat lagi dengan dibantu oleh ilmu itu. Apa yanglebih penting daripada segala-galanya itu ialah mendidik semulafitrah manusia.

BAGAIMANA MENDIDIK FITRAH MANUSIA?Jiwa manusia hendaklah dibangunkan semula secara serius iaitusuburkan kembali dengan iman, dengan takutkan Allah yangMaha Agung, tanamkan semula rasa kebesaran Allah di dalamhati manusia. Semarakkan semula sifat-sifat baik yang sedia adadalam diri manusia.

Bangunkan jiwa itu rasa benci dengan kekufuran dankejahatan serta kezaliman. Suburkan semula sifat-sifat terpuji(mahmudah) yang Allah Taala telah bekalkan itu. Juga bangkit-kan semula rasa benci dengan sifat-sifat yang hina (mazmumah)

Page 55: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

32

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

yang juga Allah Taala telah bekalkan di dalam diri manusia.Suburkan rasa tauhid atau rasa bertuhan di dalam hati atau jiwamanusia agar secara automatik rasa kehambaan itu akan suburdi dalam jiwa manusia. Maka akan tumbuh subur rasa merendahdiri, bersemarak semula rasa cinta kepada Tuhan dan sesamamanusia. Dan juga sifat-sifat yang terpuji akan bertapak semuladi dalam jiwa manusia.

Apabila hati atau jiwa atau hati nurani manusia telah terdidikiaitu kembali kepada fitrah semula jadinya ertinya raja di dalamdiri manusia telah terdidik menjadi baik. Apabila raja di dalamdiri manusia menjadi baik, maka ilmu pengetahuan yang me-menuhi akal akan ditundukkan kepada kebaikan dan segalaanggota lahir (jawarih) akan dikerahkan kepada mentaati Tuhandan membuat baik kepada seluruh manusia.

Tapi apa yang akan terjadi apabila raja di dalam diri tidakterdidik, yakni raja di dalam diri manusia menjadi jahat? Apabilaraja di dalam diri manusia menjadi jahat maka raja diri yangjahat akan menggunakan kekuatan ilmu dan mengarahkananggota lahir (jawarih) mencetuskan berbagai bentuk kejahatan.

Itulah yang terjadi pada hari ini, manusia di dunia ini telahmelakukan kejahatan menggunakan teknologi tinggi, mencuriduit bank menggunakan komputer, menyebarkan bahan-bahanlucah menggunakan internet dan lain-lain lagi.

Page 56: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

33

TASAWUF

SAJAK

Sajak 1

Belajar Melalui Rasa Hati

Kalau jiwa manusia itu sentiasa hidup

Dan hati manusia itu sentiasa jaga

Manusia boleh belajar dengan rasa hati

Itulah yang dikatakan fitrah semula jadi

Cuma Islam itu menguatkannya sahaja

Saya bawa beberapa contoh:

Setiap jiwa manusia ingin disayangi

Kalau begitu dia tentulah akan menyayangi

manusia lain

Kerana kemahuan manusia itu sama

Setiap insan suka kalau orang pemurah dengannya

Itukan menyedarkan kita bahawa kita juga

patut pemurah dengan manusia

Kemahuan manusia itu serupa

Manusia itu suka ia ditolong terutama di masa susah

Perasaan itu sebenarnya mengajar kita,

kita juga patut menolong orang lain

Kerana kehidupan manusia itu sama sahaja

Setiap jiwa suka kalau dia diberi kemaafan

Itu memberitahu kita, sepatutnya kita juga

memberi kemaafan kepada orang lain

Kerana perasaan manusia itu adalah sama

Setiap insan suka kalau dia diberi keadilan

Ia menyedarkan bahawa setiap orang

patut menegakkan keadilan kepada manusia

Setiap orang tidak suka kalau dia difitnah,

dizalimi dan disusahkannya

Page 57: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

34

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kalau begitu setiap manusia tidak akan memfitnah,

menzalimi dan menyusahkan orang lain

Tapi realiti di dalam kehidupan manusia tidak jadi begitu

Kerana hidup manusia itu sama

Setiap orang itu hanya suka kalau dia

diberi kasih sayang dan diberi perhatian

Dia suka dibantu, ditolong, diberi keadilan

Tapi dia sendiri tidak mahu melakukannya

Dia suka tidak diganggu, difitnah,

dizalimi dan disusahkan

Tapi dia suka menimpakan kesusahan

kepada orang lain

Mengapa terjadi begitu?

Kerana jiwa manusia sudah buta

dan terlalu mementingkan diri

Menjelang Maghrib

21 – 02 – 2000

Sajak 2

Pengumpat Tidak Tahan Diumpat

Orang yang selalu mengata orang

biasanya dia tidak tahan dikata orang

Orang yang selalu mengumpat orang

biasanya tidak suka diumpat orang

Walaupun dia selalu mengata dan mengumpat orang

dia tidak tahan diumpat dan dikata, jiwanya menderita

Jiwanya sangat gelisah jika dia dikata dan diumpat

Biasa juga orang yang tidak suka mengata dan mengumpat,

dia tidak begitu sedih dan tidak susah hati

jika dia dikata dan diumpat

Orang yang tidak suka mengata dan mengumpat

biasanya dia terlalu memikirkan dirinya sendiri

Dia merasakan dirinya juga

Page 58: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

35

TASAWUF

sering membuat kesalahan dan kesilapan

Kerana itulah dia tidak minat

hendak mengata dan mengumpat orang

Kalau dia dikata dan diumpat orang,

dia tidak begitu terasa apa-apa

Bahkan mungkin hati kecilnya berkata

patut dia dikata,

kerana dia manusia yang lemah juga

Dengan umpatan orang itu

dia bertambah lagi membaiki diri

Lantaran itulah dia tidak bertindakbalas

di atas kejahatan orang itu

Begitulah seterusnya orang yang sombong,

pantang orang lain sombong dengannya

Kesombongan orang lain terhadap dirinya,

dia tidak sanggup menerima cabaran

Di sini baru kita faham,

orang yang nampaknya macam berani dan garang,

selalu sahaja mengumpat orang

dan sombong dengan orang

Sebenarnya jiwanya tidak kuat,

tidak mampu kena cabar

Di sebalik nampaknya garang

tersembunyi sifat penakut dan pengecut

Tapi orang yang tenang,

tidak nampaknya riuh-rendah

sebenarnya jiwanya kuat

Di sebalik ketenangannya tersembunyi keberanian

dan ketahanan jiwanya

Kerana itulah orang seumpama ini sabarnya luar biasa

Mampu menerima berbagai-bagai ujian dan kesabaran

Selepas Asar

29 Muharam 1421

Page 59: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

36

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

ki, adu domba dan lain-lain, kemudian digantikan dengan sifat-sifat mahmudah (sifat-sifat batin yang terpuji) seperti pemurah,pemalu, sabar, kasih sayang, cinta Akhirat dan lain-lain.

Siapa yang berjaya membersihkan hatinya (roh) itulah orangyang mendapat kemenangan yang akan memperolehi Syurgadi Akhirat kelak. Ini jelas sekali Allah menyebutkan melalui AlQuran, di antara firman Allah itu ialah:

Maksudnya: “Sesungguhnya mendapat kemenanganlahsesiapa yang membersihkan (hati/roh/nafsu) dan kecewalahsiapa yang mengotorinya.” (As Syams: 9-10)

Orang yang jiwanya bersih daripada sifat-sifat mazmumah,orang inilah yang akan dapat membangunkan dunia sama adaaspek ekonomi, politik, pembangunan, sains dan teknologi,pentadbiran atau lain-lain aspek dengan bersih daripada ke-mungkaran dan gejala masyarakat yang negatif serta dapatmenggunakan dunia ini sebagai jambatan ke Akhirat seperti-mana Rasulullah SAW pernah bersabda:

PEMBANGUNAN JIWAMEMBUAHKAN AKHLAK YANG MULIA

5

Membangunkan jiwa (roh) ertinya membersihkannya dari-pada sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat batin yang terkejiseperti bakhil, sombong, tamak, cinta dunia, hasad deng-

Page 60: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

37

TASAWUF

Maksudnya: “Dunia itu adalah merupakan tanam-tanaman untuk Akhirat.”

Maksudnya segala usaha, pembangunan, kemajuan dantamadun yang dibina di dunia ini seolah-olahnya ladang per-tanian tetapi mengetamnya atau makan hasilnya di Akhirat. Disanalah nanti akan dapat pahalanya iaitu Syurga.

Pembangunan dan kemajuan serta tamadun yang dibangun-kan oleh orang yang jiwanya bersih ialah pembangunan yangselamat dan menyelamatkan. Ia tidak ada side effect sepertigejala-gejala masyarakat yang tidak sihat, tidak mudarat dantidak pula memudaratkan.

Membangunkan jiwa manusia agar jiwa bersih daripada sifat-sifat mazmumah, maka daripada kebersihan jiwa itulahmembuahkan akhlak yang mulia. Perlu diingat, membangunkanjiwa untuk membuahkan akhlak tidak semudah yang kitasangka. Manusia itu tidak cukup diberi ilmu atau pelajaransemata-mata, tapi keberkesanannya adalah melalui pendidikandan asuhan. Ini supaya ilmu itu dapat dihayati serta dapat di-terapkan di dalam akal, jiwa, sikap dan perbuatan hingga men-darah mendaging, menjadi tabiat, sikap dan watak, akhirnyajadi budaya di dalam kehidupan.

Setakat mendapatkan ilmu adalah mudah. Kita boleh men-dengar guru menyampaikan, kita boleh mendengar dari paramubaligh, kita boleh membaca sendiri, kita boleh mendengardari radio dan tv, tapi untuk menghayati hingga jadi sikap dirikita seterusnya jadi budaya hidup, ia memerlukan pendidikan,asuhan, bimbingan yang berterusan. Sekadar ilmu sahaja tidakcukup jika tidak disertai didikan, asuhan dan pimpinan. Ia akanjadi ilmu semata-mata. Sekadar boleh diajar dan dikuliahkan,sebagai hobi dan aktiviti, sebagai untuk pemanis mulut, untukpenyedap tulisan, tapi untuk menjadi sikap dan budaya hiduptidak mungkin.

Kalau setakat ilmu, orang bukan Islam pun boleh mempelajari

Page 61: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

38

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dan memiliki ilmu Islam yang banyak bahkan boleh menyam-paikan. Di dunia hari ini di universiti-universiti terutama di Baratdan Amerika, ramai pensyarah ilmu Islam dari kalangan orangyang bukan Islam, bahkan orang Islam pun belajar dari mereka.Mereka memberi ilmu Islam tapi bukan pendidikan dan asuhanIslam.

Hari ini ilmu umat Islam tidak lemah. Masih banyak sekolahIslam di dunia ini hingga ke taraf universiti, bahkan setiap tahunsekolah-sekolah mengajar ilmu Islam bertambah. Apa yanglemah ialah pendidikan Islam bahkan di setengah-setengahsekolah yang mengajar mata pelajaran Islam pun, pendidikanIslam tidak berlaku di sekolah itu. Setakat mengadakan sembah-yang berjemaah pun tidak berlaku, betapalah lebih dari itu.

Justeru itulah sekolah Islam dan ilmu Islam bertambah sertabercambah, tapi amalan Islam tidak bertambah. Ilmu Islamtersebar tapi akhlak Islam tidak terserlah. Dakwah dan kuliah-kuliah Islam gelanggangnya bertambah luas tapi amalan danakhlak Islam bertambah sempit. Hari ini hampir semua golonganmemperkatakan Islam terutama bila berlaku gejala masyarakatyang negatif, namun kemungkaran dan gejala masyarakat bukansahaja tidak tumpas tapi bertambah meningkat setiap hari. Inikerana kita bercakap di sudut ilmunya tapi pendidikan tidakberjalan. Kalau ada pun dinamakan program-program pendi-dikan, namun ia masih berbentuk fizikal tapi tidak bersifatkejiwaan. Ia tidak membangunkan rasa tauhid di dalam jiwaseperti rasa bertuhan, rasa takut, rasa cinta, rasa gerun denganNeraka, rasa hebat terhadap Tuhan, rasa malu, rasa hina diridengan Tuhan, rasa berdosa, rasa takzim kepada Tuhan. Sedang-kan dengan adanya rasa-rasa bertuhan itulah umat Islam bolehcontrol diri daripada melakukan kemungkaran dan gejalamasyarakat yang tidak sihat. Ia lebih berkesan dan menghalang,daripada undang-undang, peraturan dan akta-akta. Ini keranaperanan rasa hati tadi seperti rasa takut kepada Tuhan dan lain-lain lagi, ia merupakan benteng yang paling kebal daripadamelakukan kejahatan, lebih-lebih lagi daripada takut polis atauakta-akta yang dibuat.

Page 62: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

39

TASAWUF

Justeru itulah di dalam Islam ada dikatakan:

Maksudnya: “Hendaklah kamu takut (kepada Allah) dimana sahaja kamu berada dan hendaklah iringi kejahatanitu dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya(kejahatan) dan hendaklah berakhlak dengan manusiadengan akhlak yang baik.” (Riwayat Ahmad, Tarmizi danBaihaqi)

Cuba lihat, setelah ada rasa takut dengan Tuhan baru bolehberakhlak baik. Itulah yang dikatakan akidah atau tauhidpenghayatan, tauhid yang bertapak pada hati bukan di kepala,lebih-lebih lagi bukan sekadar bertapak di bibir mulut.

Bila dikatakan takutkan Allah benteng yang paling kebalmenghalang diri seseorang daripada melakukan kemungkarandan maksiat lebih daripada undang-undang, peraturan dan akta,bukan pula undang-undang, peraturan dan akta tidak perlu. Iaperlu juga, tapi ia bukan perkara asas untuk menyekat kemung-karan dan gejala masyarakat yang tidak sihat. Ia setakat menge-maskan lagi perjalanan sebuah negara, kementerian, jabatan,institusi dan lain-lain lagi. Kalau ibarat di dalam peperangan,takutkan Allah adalah kubu pertahanan yang pertama yangpaling kebal menjaga keselamatan daripada musuh-musuh.Kubu-kubu yang lain adalah pertahanan sementara waktu,untuk melarikan diri dan menyelamatkan diri, tapi untuk ber-tahan lama tidak mungkin.

Begitulah sifat taqwa benteng yang paling kebal atau kubuyang paling kebal mempertahankan diri daripada seranganhawa nafsu dan syaitan yang mengajak manusia melakukankejahatan. Tapi kalau di zaman taqwa sudah tidak ada tempat,kerana orang sudah lalai, nafsu pun mengaruk, syaitan punbermaharajalela mengheret manusia melakukan kejahatan lahirdan batin, maka untuk membendung daripada berlakunyakemungkaran dan gejala-gejala masyarakat yang buruk itu

Page 63: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

40

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

jangan sampai terdedah terus kepada jahanam, maka di waktuitu perlu kepada undang-undang, peraturan-peraturan dan akta-akta kerana tidak ada jalan lain dan tidak ada pilihan.

Jadi kalau ada orang menganggap bahawa undang-undang,peraturan-peraturan dan akta-akta yang dibuat itu lebih ber-kesan di dalam membendung kemungkaran dan gejala yangnegatif, adalah satu kesilapan besar.

Kalau setakat undang-undang, peraturan dan akta, orangtidak melakukan kejahatan bukan ertinya tidak mahu melaku-kan kesalahan, hatinya tetap mahu, cuma peluang belum ada.Dia mungkin takut kena tangkap, takut masuk jel, takut dibuangkerja, takut nanti diisytiharkan di dalam media massa dapatmalu pula. Namun kalau itu semua dapat dielakkan, lebih-lebihlagi di zaman manusia pintar, alat-alat pengetahuan canggih,alat-alat sains teknologi tinggi, orang boleh buat penipuan secarahalus dan payah dikesan, maka di waktu itu dia akan melakukanapa sahaja.

Katakanlah seseorang itu tidak melakukan rasuah keranaterlalu takut kalau dapat dikesan, maka kerja-kerja masyarakatdan umat terselamat daripada dikhianati dan ditipu. Tapimengikut ajaran Islam, orang itu masih tertipu kerana sikapnyaitu tidak jadi ibadah. Dia tidak dapat pahala apa-apa kerana diameninggalkan kejahatan itu bukan takut kerana Allah, tapi ke-rana takut dengan manusia. Nampaknya lahirnya baik, tapisebenarnya dia belum baik bahkan berdosa pula kerana dia telahmelakukan syirik. Peluang dia hendak membuat jahat tidak adakerana tersekat oleh undang-undang, peraturan-peraturan danakta-akta tadi serta takut dapat dikesan. Namun kerana hatinyatetap tidak takut dengan Allah dan pembalasan di hari Akhirat,kalau ada peluang dapat menyembunyikan kejahatan itu dari-pada manusia dia akan lakukan juga.

Page 64: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

41

TASAWUF

SAJAK

Sajak 1

Hamba yang Jiwanya Bersih

Jika seorang hamba itu ilmunya cukup

Jiwanya bersih hingga hatinya terpimpin

Kelihatan orangnya tenang

Ibadahnya terutama sembahyang, sangat berdisiplin

Berhadapan dengan orang, penuh bijaksana

dan lemah lembut

Wibawanya tinggi, akhlaknya mulia

Hingga disenangi oleh orang

Kalau dia pemimpin,

sangat dikasihi dan disayangi

Kerja-kerja tersusun dan teratur

Tenang, tidak gopoh, berdisiplin

Pandai bergaul dengan manusia

Sangat beradab dengan Tuhannya

Redha dengan ketentuan Tuhan,

sabar dengan ujian

Mengutamakan orang lain dari dirinya

Bertimbang rasa dengan manusia

Sangat bersimpati dengan orang yang susah

dan mendapat kemalangan

Ingatannya dengan Tuhan sentiasa hidup

Jiwanya hidup, sangat peka,

suka khidmat dengan manusia

Menjelang tidur

08 – 10 – 1999

Page 65: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

42

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sajak 2

Orang Mukmin yang Baik itu Unik

Orang mukmin yang baik itu hidupnya luar biasa

Unik dan berbeza sangat dengan manusia yang lain

Dia berhadapan dengan kehidupan penuh tenang

Kejahatan orang tidak dibalas dengan kejahatan

Bahkan didoakan orang yang membuat jahat dengannya

Berhadapan dengan ujian dia tenang

Berhadapan dengan nikmat dia bersyukur

Jadual waktunya dengan Tuhan tetap dan istiqamah

Walau di dalam keadaan susah dan senang

Bermesra dengan orang

Tetamu yang datang dihormati sesuai dengan kedudukannya

Tidak boleh mendengar orang mendapat kesusahan

Selagi tidak dapat ditolongnya, menderita jiwanya

Merendah diri adalah budaya hidupnya

Setiap orang yang meminta pertolongan

jarang tidak ditunaikannya

Pemurah sangat terserlah di dalam kehidupannya

Tidak pernah mengeluh berhadapan dengan penderitaan

Tapi dia mengeluh dengan dosa-dosanya

Atau mengeluh bila berhadapan dengan kelemahan dan kecuaian

Rasa kehambaan tampak kelihatan pada mukanya

Tuhan selalu sahaja disebut-sebut di dalam perbualannya

Nampak sangat bahawa Tuhan itu adalah sandaran hidupnya

Gembira tidaklah sampai ketawa berdekah-dekah

Kesusahannya tidaklah sampai muram di mukanya

Lebih-lebih lagi tidak rasa kecewa dan putus asa

berhadapan dengan kesusahannya

Tawakal, sabar dan redha

adalah menjadi budaya hidupnya

Menjelang tidur

26 – 12 – 1999

(19 Ramadhan 1420)

Page 66: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

43

TASAWUF

Jiwa atau hati adalah merupakan wadah atau tempat sim-panan, sama ada tempat simpanan intan berlian maknawidan rohani mahmudah yang amat berharga, atau tempat

simpanan najis-najis maknawi dan rohani mazmumah yang jijiklagi kotor. Ia terpulang kepada kita mengisinya. Kita boleh buatpilihan sama ada hendak mengisinya dengan intan berlian mah-mudah atau hendak mengisi dengan najis-najis mazmumah yangkotor.

Dari situlah ia akan dikeluarkan atau dialirkan kembali kedalam kehidupan bermasyarakat melalui saluran tangan, kaki,mata, telinga, mulut dan perilaku kita dengan dibantu oleh ke-pandaian akal.

Apa yang disimpan di dalam khazanah hati atau jiwa itu, iaakan keluar setiap waktu sama ada kita sedari atau tidak. Sa-sarannya adalah di tengah kehidupan bermasyarakat. Ertinyamasyarakatlah yang akan menerimanya, berkongsi sama denganyang empunyanya.

Kalau apa yang dikeluarkan dari khazanah hati atau jiwa itusesuatu yang berharga seperti yang keluar itu ialah intan berlianmaknawi dan rohani iaitu sifat-sifat mahmudah yang sangatmemberi manfaat kepada empunyanya dan seluruh manusiaseperti sifat-sifat ikhlas, pemurah, kasih sayang, lemah lembut,

JADIKAN JIWA SEBAGAI KHAZANAHSIMPANAN BARANG YANG BERHARGA

UNTUK KEHIDUPAN

6

Page 67: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

44

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

tawadhuk, bertolak ansur, simpati, sabar, redha, bekerjasama,tawakal dan lain-lain lagi sifat mahmudah yang berharga makaalangkah indahnya kehidupan bermasyarakat. Masyarakatmendapat keuntungan yang besar iaitu antaranya:

1. Yang miskin terbela.

2. Yang mendapat bala ditolong.

3. Yang kaya tidak didengki.

4. Orang tua, ibu bapa, guru, pemimpin dihormati.

5. Pemimpin adil.

6. Orang bawahan, kanak-kanak, orang yang lemah disayangi.

Aman, damai, bahagia dan harmoni. Inilah dia faedah yangdidapati oleh manusia di dalam kehidupan dari intan berlianmaknawi dan rohani iaitu sifat-sifat mahmudah yang mengalirdari simpanan khazanah hati atau jiwa yang murni.

Tapi alangkah malangnya kalau yang keluar daripada khaza-nah simpanan hati atau jiwa itu najis mazmumah yang busuk,yang jijik, yang menjadi racun di dalam kehidupan bermasya-rakat. Sudah tentu punah dan rosak masyarakat. Binasalah ma-syarakat bilamana yang mengalir ke dalam masyarakat itu najismaknawi dan rohani seperti mengumpat, najis hasad dengki,najis pemarah, najis tamak, najis sombong, najis ego, najis me-mentingkan diri, najis adu domba, najis tidak bertimbang rasa,najis pembohong, najis memfitnah, najis khianat dan lain-lainlagi. Busuklah masyarakat. Cemarnya masyarakat. Kotorlah ma-syarakat. Ini adalah bala bencana yang dibuat oleh manusiasendiri. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Telah nampak kerosakan di darat dan dilaut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah

Page 68: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

45

TASAWUF

neneruskan azab kepada mereka sebahagian daripada (akibat)perbuatan mereka, agar mereka (kembali ke jalan yangbenar).” (Ar Rum: 41)

Dari racun najis mazmumah yang mengalir itu, porak-perandalah masyarakat. Bergaduhlah masyarakat. Bermusuhlahmasyarakat. Berkrisislah masyarakat, pecah belahlah masya-rakat, ketakutanlah masyarakat, huru-haralah masyarakat,berperanglah masyarakat. Berbagai-bagai gejala maksiat dankemungkaran akan memenuhi masyarakat. Berbagai-bagaibentuk jenayah mengisi masyarakat.

Justeru itu hendaklah kita berusaha dan berjuang mengum-pulkan sedaya upaya dengan bersungguh-sungguh intan berlianmaknawi dan rohani di dalam simpanan khazanah hati dan jiwakita agar ia akan jadi kekayaan dan aset agama kita, negara kitadan Akhirat kita yang sangat menguntungkan.

Begitulah juga hendaklah kita bersungguh-sungguh meng-halang, membendung, menyekat najis-najis mazmumah yangbusuk dan jijik itu daripada masuk ke dalam khazanah hati ataujiwa kita sebagai barang simpanan yang mana ia akan menjadiracun perosak kepada agama kita, diri kita, keluarga kita, masya-rakat kita dan negara kita.

Page 69: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

46

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Manusia Ditimpa Penyakit Jiwa

Di akhir zaman banyak manusia ditimpa penyakit jiwa

Jiwa tidak tenang sekalipun sudah berkuasa dan kaya

Sudah ternama, sudah glamour, sudah dikenal

Di waktu itu segala yang dimiliki

tiada memberi faedah apa-apa

Duduk di rumah gelisah, duduk di pejabat resah

Salah sedikit orang lain, mudah marah-marah

Segala yang dilihat tiada yang indah

Fikiran berserabut, jiwa parah

Yang tiada beriman bunuh diri

Yang lemah iman terlibat dengan bermacam-macam jenayah

Rasuah, arak, judi, zina, menzalim manusia

Di dalam rumah tiada ukhwah,

tiada harmoni, tiada sekata

Mereka ditimpa neraka dunia

Sebelum Neraka di Akhirat sana

Aduh kalau di dunia tiada bahagia

Apakah di Akhirat nanti dapat bahagia

Pada Tuhan ada kebahagiaan, pada Tuhan ada ketenangan

Serahlah diri kepada-Nya, redhalah dengan ketentuan-Nya

Buanglah mazmumah, hiasilah diri dengan mahmudah

Di sinilah rahsia kebahagiaan,

di sinilah rahsia keindahan

30 – 09 – 1995

Page 70: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

47

TASAWUF

Sajak 2

Manusia Kehilangan Kebahagiaan

Di antara yang sudah hilang di sisi manusia

ialah kebahagiaan

Orang kaya sudah hilang kebahagiaan,

orang miskin pun sudah hilang kebahagiaan

Orang yang berilmu sudah tidak bahagia

orang jahil pun tidak bahagia

Yang ada nama dan glamour pun tidak ada bahagia

yang tidak ada pun tidak ada bahagia

Orang yang berpangkat pun

sudah kehilangan kebahagiaan

Yang tidak ada pangkat pun

sudah kehilangan kebahagiaan

Kerana kebahagiaan itu adalah makanan jiwa

Kalau tidak ada manusia menderita

Setiap insan berusaha mencari

Orang bandar pergi ke kampung mencari bahagia

Orang kampung pergi ke bandar mencari bahagia

Yang tinggal di tepi laut

pergi ke darat mencari bahagia

Orang yang tinggal di darat

pergi ke tepi laut mencari bahagia

Bahkan berbagai cara manusia mencari bahagia

Ada yang pergi ke hutan

ada yang pergi melihat air terjun

Ada yang pergi ke padang pasir,

ada yang pergi ke tempat banyak bahaya

Bahkan ada orang yang mendaki gunung

menurun lurah hingga terjatuh

Namun kebahagiaan tidak juga diperolehi

Manusia lupa kebahagiaan itu bukan benda luaran

Kebahagiaan itu ada di dalam diri manusia itu sendiri

Hidupkan hati rasa bertuhan,

bangunkan jiwa rasa kehambaan

Page 71: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

48

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Cintakan Tuhan setiap ketika dan masa

Sembah, sanjung dan besarkan Dia setiap masa

Jadikan Tuhan kawan setia

Bawa dia ke mana-mana dan meminta

dan bermanja-manjalah dengan-Nya

Itulah dia rahsia kebahagiaan setiap insan

Menjelang Maghrib

21 – 02 – 2000

Page 72: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

49

TASAWUF

Jika seseorang itu dapat menajamkan rasa kehambaan danrasa bertuhan di dalam hatinya maka kesannya adalahseperti berikut:

Pertama: Jika sifat dan rasa kehambaan itu amat kuat berlakupada seseorang muslim itu, ia akan menghilangkan atau me-musnahkan sifat-sifat mazmumah seperti hilang rasa riyak, ujub,sum’ah, sombong, pemarah, hasad, dendam dan lain-lain lagi.

Sebaliknya apabila rasa kehambaan itu tidak wujud, makaakan lahirlah rasa ketuanan. Rasa ketuanan itulah yang melahir-kan rasa sombong, riyak, sum’ah, pemarah, hasad, minta dipuji,meninggi diri, dendam, tamak dan lain-lain lagi. Kemudian jikasifat ketuanan itu dibiarkan subur dan dibaja, maka akan lahirlahpada seseorang itu rasa atau sifat ketuhanan yang mana ia adalahmilik Allah SWT. Maka jatuhlah dia kepada syirik. Wal’iya–zubillah. Dan kalau dia orang yang berkuasa, maka dia akanmenjadi orang yang sangat zalim dan kejam.

Oleh itu kita sebagai hamba, kenalah mempertajam danmenyuburkan rasa kehambaan itu agar segala sifat-sifat maz-mumah hilang. Begitulah yang dituntut oleh Allah Taala kepadahamba-hamba-Nya.

Apabila rasa kehambaan itu menghilangkan sifat-sifat maz-mumah seperti yang telah disebut tadi maka secara automatik

JIKA SESEORANG MEMILIKI SIFAT-SIFATTERPUJI DAN KESANNYA PADA

PERIBADI SESEORANG

7

Page 73: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

50

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

lahirlah pada diri seseorang itu sifat-sifat mahmudah seperti me-rendah diri, malu, bertolak ansur, berkasih sayang, bertimbangrasa, mengutamakan orang lain, bertawakal, sabar, rasa berdosa,rasa kurang, rasa lemah, rasa mengharap, memberi maaf, me-minta maaf, merasa diri bersalah, rasa berdosa dan lain-lain lagi.

Kedua: Apabila rasa bertuhan benar-benar dihayati danbenar-benar mencengkam hati seseorang muslim serta dibawake mana-mana, maka apa yang akan berlaku pada seseorangitu ialah dia rasa diawasi dan diperhati oleh Allah Taala. Rasamalu sentiasa wujud. Rasa takut tidak akan lekang lagi dariseseorang itu. Dia akan benar-benar merasa dirinya di dalamkekuasaan Allah. Nasibnya benar-benar ditentukan oleh AllahTaala.

Maka apa yang akan berlaku pada seseorang itu ialah diatakut membuat dosa. Malu dengan Tuhan. Dia akan menjadiorang yang jujur dan ikhlas. Suka membuat baik. Dia akan men-jadi orang yang beradab dan bersopan, berdisiplin, menunai janji.Apabila membuat dosa terseksa jiwanya. Sentiasa muraqabah,jiwanya sentiasa hidup dan berhubung dengan Allah Taala.

Maka mereka itu di dalam keadaan macam mana pun, merekatetap tidak lalai. Apatah lagi mereka tidak akan hanyut di dalamarus kemaksiatan dan kemungkaran masyarakat. Mereka tetapdapat mengawal dan menjaga diri. Dengan kata yang lain, rasabertuhan itulah menjadi benteng pada seseorang itu daripadamelakukan dosa dan derhaka. Sekaligus ia merupakan anakkunci segala kebaikan. Oleh itu hendaklah kita sentiasa tajamkanatau hidupkan rasa bertuhan di dalam hati kerana rasa bertuhanitulah kita akan menjadi orang baik di dunia ini.

PERINGATAN:Sebagai peringatan, bahawa sembahyang dan ibadah yangbanyak dilakukan oleh seseorang itu kalau tidak dapat dihayatimaka rasa kehambaan pada seseorang itu tidak akan lahir. Rasabertuhan tidak akan timbul.

Page 74: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

51

TASAWUF

Maka ibadah yang semacam ini bukan sahaja tidak dapatmelahirkan orang yang merendah diri dan berkasih sayang tetapiakan lahir daripada sembahyang dan ibadahnya yang banyakitu sifat-sifat sombong dan riyak, sum’ah dan ingin dipuji, rasadiri bersih dan tidak takut dengan Tuhan. Oleh itu sembahyangdan ibadah yang sepatutnya menghubungkan diri seseoranghamba dengan Khaliqnya atau Tuhan, sebaliknya telah menjadihijab seseorang hamba itu dengan Tuhannya. Dosa seperti inilahbiasanya seseorang itu mati tidak berampun kerana dia tidaktahu atau tidak merasa membuat dosa. Akhirnya manusia itumati di dalam suasana su’ul khatimah kerana dia rasa dia mem-buat baik bukan membuat dosa dan derhaka. Rupanya dia mem-buat dosa di atas saluran yang baik. Membuat dosa dan derhakadi dalam berbuat taat. Lahirnya nampak taat tapi batinnya der-haka. Mereka bersembahyang dan beribadah bukan untuk me-musnahkan mazmumah tapi dengan ibadah itulah dia menyu-burkan mazmumah.

Wahai Tuhan! Berilah kami pimpinan! Engkau perlihat-kanlah diri kami lahir dan batin! Engkau perlihatkanlahperkara-perkara yang seni-seni di dalam kebaikan dan ke-jahatan agar kami selamat daripada dosa-dosa yang susahhendak difahami. Amin, ya Rabbal alamin.

Page 75: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

52

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Sikap Orang Berhati Bersih

Sikap seorang yang bersih hatinya

Senang sahaja dengan manusia di dalam pergaulannya

Hatinya dengan Tuhan, jasadnya dengan manusia

Boleh bergaul di dalam apa sahaja keadaan,

hatinya terpelihara

Dia tidak dapat dicorak oleh masyarakatnya

Sentiasa berlapang dada,

sering bertolak ansur sesama manusia

Dengan kerenah manusia

dia berlapang dada menerimanya

Kesalahan dan kesilapan manusia

dia mudah memaafkannya

Kalau dia bersalah, mudah pula

meminta maaf kepada mereka

Bertimbang rasa, rasa bersama bekerjasama

sesama manusia selagi tidak ada pantang larang agama

Sanggup bersusah payah kerana orang yang memerlukan

tenaga dan bantuannya

Boleh menanggung penderitaan,

tidak menyusahkan orang

Hatinya susah kerana kesusahan orang

Rasa senang kerana kesenangan orang

Kelebihan orang dia tidak hasad dengki

Kemiskinan orang atau kelemahannya

tidak pula menghinanya

Suka menolong orang,

mudah menerima keuzuran manusia

Page 76: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

53

TASAWUF

Suka menunaikan hajat orang,

selagi mampu mengusahakannya

Susah hatinya kalau hajat orang

tidak dapat ditunaikannya

Dia gelisah dengan dunia, berdisiplin orangnya

Hatinya tenang dengan dunia,

rasa bimbang dengan Akhiratnya

Baik sangka dengan orang atau manusia

Kalau dia nampak orang ada cacat celanya,

dia takwil untuk membaiki hatinya

Hatinya berkata, ‘Dia bersalah di dalam kejahilan,

aku bersalah di dalam berpengetahuan’

Mungkin dia tidak sengaja atau dia terlupa

Setiap takdir Tuhan dia redha

Ujian, sabar menerimanya

Mendapat rahmat dan nikmat

dia malu dengan Tuhannya

Syukurnya sangat ketara kerana rahmat

dan nikmat Tuhannya

Tawadhuknya jadi budaya hidupnya,

sangat ketara di dalam pergaulannya

Jarang ada manusia begini gambaran hidupnya

Kalau ada macam gagak putih

di tengah gagak hitam, jarang ada

Waktu Dhuha,Menjelang Zuhur

04 - 02 – 2004

Sajak 2

Hati Mukmin

Mengalirlah air mata mukmin

atau mengalirlah air mata hatinya

bila mengingat Tuhannya

Page 77: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

54

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Malunya hati mukmin bila mengenang

Rahim dan Rahman Tuhan,

anugerah dan pemberian-Nya

Remuk-redamlah hatinya bila teringat

Qahhar dan Jabbar-Nya

Kecut perutnya bila teringat hukuman dan azab-Nya

Resah gelisah jiwanya bila melakukan dosa

Sedih hatinya bila lalai dengan Tuhannya,

kemudian sedar semula

Tidak tentu arah rasa hatinya

bila terbuat kesalahan dan kesilapan

Hati mukmin tidak pernah tenang dengan Tuhannya,

tapi tenang dengan dunianya

Jiwanya sentiasa sahaja bergelombang

terhadap Tuhannya

Jiwanya bagaikan air lautan tidak pernah tenang

Kalaulah bukan kerana ada kewajipan masyarakat

yang patut dipertanggungjawabkan

Sudah tentu mereka suka bersendirian

Atau membawa diri berkelana bersama Tuhannya

Atau menyisihkan dirinya dari masyarakatnya

Kerana terlalu memikirkan diri terhadap Tuhannya

Begitulah hati seorang mukmin

Sentiasa gundah-gulana

Oleh itu mereka tidak sempat memikirkan hal orang lain

Kerana terlalu memikirkan nasib dirinya

Selepas Asar

07 – 08 – 1999

Page 78: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

55

TASAWUF

Akal manusia dan fikirannya boleh menjelajah dunia sehing-ga tidak ada pelosok dunia yang otaknya tidak menjejakidan menjelajahinya. Kaki otaknya begitu panjang sekali,

tidak ada ruangan-ruangan dunia ini yang tidak dipijak manusia.Kerana itu berbagai-bagai ilmu, bermacam-macam maklumat,berbagai-bagai pengalaman yang manusia perolehi.

Manusia boleh tahu di atas gunung, di dalamnya, di bawahbumi, apatah lagi di dasarnya, di lautan dan di dasarnya. Habissemuanya dijelajahi. Padang pasir, gurun, di perut bumi, sungaikecil dan besar, otaknya selongkari hingga terdedah dan terbong-kar semuanya.

Otak manusia menerokai empat penjuru dunia, Kutub Utara,Kutub Selatan, Timur dan Barat. Otaknya boleh teroka dan je-lajahi hutan belantara. Berbagai-bagai kehidupan dapat dike-tahui di samping khazanah bumi yang lain. Habis seluruhkhazanah dunia ini otak mereka kumpulkan.

Seolah-olah dunia ini kecil sebesar dulang, manusia beradadi hadapannya melihat seluruh isinya. Tidak ada apa yang tidakdapat dilihat dan pastikan. Semuanya dapat manusia perhatikandan mengetahui rahsia-rahsianya.

Sungguh hebat otak manusia, boleh mengembara ke seluruhdunia, menjelajahi seluruh pelosoknya, menjejaki bukit dan

BILA IMAN LEMAH

8

Page 79: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

56

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

lurahnya. Apatah lagi kalau kaki manusia boleh membawamengembara sama otaknya ke seluruh dunia. Maka otak bertam-bah rata lagi. Mengembara di pelosok dunia, melihat dari dekat,dapat mengesan lebih dalam lagi rahsia dunia ini, lebih banyaklagi rahsia bumi dan alam Tuhan ini menjadi maklumatnya.

Begitulah kebolehan otak manusia, ia boleh mengetahuirahsia dunia dan seluruh isinya sebagai maklumat seolah-olahotak manusia macam burung, boleh terbang di seluruh dunia.Atau dunia ini macam sebesar dulang, seluruh apa yang ada didalam dulang dapat dilihatnya.

Kalau begitulah keadaan otak manusia, otak seolah-olahbebas, merdeka, terlalu jauh perjalanannya, terlalu luas duniakehidupannya. Begitulah kebolehan otak yang dicipta oleh AllahTaala yang Maha Berkuasa, kebolehannya luar biasa.

Namun begitu, walaupun kemampuan otak manusia bebas,merdeka, gelanggang kehidupannya begitu luas, tapi apabilajiwa manusia itu sempit kerana tidak ada iman atau lemah imankerana tidak bersama dengan Tuhan, manusia tetap hidupterseksa, sengsara, seolah-olah hidup di dalam jel yang sempit,gelap-gelita pula. Di waktu itu otak tidak boleh buat apa-apa,tidak berfungsi, dia tidak boleh menolong manusia. Dia jugaikut sama hidup di dalam kurungan yang sempit itu. Kakinyaikut terbelenggu, seolah-olah dirinya tidak boleh pergi ke mana-mana. Di waktu itu fikiran buntu oleh penjara itu, ilmu danmaklumat-maklumat tidak berguna lagi di waktu itu.

Apa buktinya? Banyak sangat buktinya kerana ia sering berla-ku di dalam kehidupan ini. Contohnya, apabila datang ujian ataubala bencana, seperti jatuh miskin, dileter oleh isteri, bankrapsi,dibuang kerja, sakit yang berat, patah kaki, kena tangkap, dima-sukkan ke dalam jel, kena ISA dan lain-lain lagi, masya-Allah,jiwanya yang sempit kerana tidak beriman atau lemah iman ituseolah-olah menjerit-jerit cuma tidak didengarinya. Terasa sakit.Bumi yang luas dirasakan sempit, badan macam kena himpitseolah-olah masuk ke bumi. Fikiran yang selama ini begitu bebas,merdeka, mempunyai maklumat yang luas, telah terbang dan

Page 80: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

57

TASAWUF

hilang kecerdikannya, tidak boleh membantu. Keadaan berfikirpun tidak menentu. Perasaan jadi tidak normal dan melulu,sesetengah pegangan hilang, keyakinan berubah 90 darjah.

Baru kita faham, kalau akal sahaja kuat dan merdeka sedang-kan jiwa lemah dan tidak merdeka, akhirnya akal juga turutlemah hingga tidak berfungsi mengakibatkan segala-galanyaberubah. Berubah sikap, berubah watak, berubah tabiat, berubahakhlak, berubah pakaian. Yang tidak berubah hanyalah namadan warna kulit. Tapi yang bersifat maknawi dan rohaniah ber-ubah semuanya. Amat terkejut dan mengejutkan, hairan meng-hairankan, tercengang-cengang orang dibuatnya.

Begitulah apabila jiwa lemah kerana kelemahan iman atausudah tidak ada iman, jiwa rasa sempit apabila kena ujian atauditimpa bala. Macam burung duduk di dalam sangkar yangsempit, menggelupur tidak keruan, menyondol sana, menyondolsini hingga tercabut bulu, terkopek kulit kepala.

Sebab itulah Islam menyuruh penganutnya jangan hanyamenguatkan akal semata-mata tapi yang penting daripada ituhendaklah sentiasa kuatkan jiwa. Jiwa hendaklah dikuatkandengan iman dan sifat-sifat taqwa agar apabila diuji, jiwa tidaksempit. Jiwa tidak menderita. Segala keyakinan dan peganganberagama tidak hilang atau tidak berubah. Fikiran tetap dengankemerdekaannya kerana jiwa stabil dan normal, tidak terjejasoleh ujian.

Oleh itu jangan kita biarkan jiwa kita terkurung oleh duniadan masalah. Jangan penjarakan dia di dalam keseksaan nafsuyang memang tidak suka jiwa kita bebas dan merdeka. Janganbiarkan dia diseksa oleh ujian-ujian yang mendatang. Sepatutnyakita biarkan dia terbang hingga bukan sahaja menjelajahi duniaini tetapi biarkan dia menjelajahi alam malakut, alam rohaniahyang lebih tinggi lagi atau alam ukhrawiah agar dia bebas se-bebas-bebasnya, agar dia merdeka, supaya jangan terasa diahidup sempit dan terhimpit.

Di samping itu yang lebih penting lagi hendaklah manusia

Page 81: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

58

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

jadikan jiwanya selalu bersama Tuhan. Pergilah dan bawa kemana-mana bersama Tuhan, jangan biarkan dia keseorangan.Kita jadikanlah Tuhan sebagai kawan jiwa kita. Janganlah lepas-kan dia daripada berkawan dengan Tuhan.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Mereka yang sentiasa mengingati Allahdalam waktu berdiri, berbaring dan di waktu duduk, merekasentiasa memikirkan tentang kejadian langit dan bumiseraya berkata, “Wahai Tuhan kami, tidak Engkau jadikansemua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, jauhilah kamidari azab api Neraka.” (Ali Imran: 191)

Di waktu itu masalah kehidupan dunia tidak akan meng-gugat. Ujian dan bala bencana tidak akan dapat mengurungnya.Nafsu tidak akan dapat memenjarakannya. Di waktu itu jiwakita tidak akan tergugat, dia tetap bebas dan gagah, merdekadan kuat serta pegangan kita tidak akan berubah.

Page 82: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

59

TASAWUF

SAJAK

Sajak 1

Renunglah Selalu Hati Kita

Renunglah selalu hati kita

Kerana ia merupakan sumber kebaikan

dan kejahatan

Wadah kekufuran dan keimanan

Rebutan di antara malaikat dan syaitan

Hati perasaannya halus

Sentuhannya tiada terasa

Tapi sangat memberi kesan

di dalam kehidupan kita

Siapa yang arif perjalanan hatinya

Faham kebaikan dan kejahatannya

Bersungguh-sungguh bermujahadah

membuang kejahatannya

Diganti segera dengan kebaikan

Orang itu akan selamat dari tipu daya

syaitan dan dunia

Ramai orang tidak faham perjalanan hatinya

sekalipun ulama

Terima sahaja yang baik dan yang buruknya

Kemudian merasakan baik semuanya

Tiada terasa lagi membuat dosa

Di sinilah perlu pimpinan guru

yang mengenal hati manusia

Selepas Subuh

19 – 11 – 1998

Page 83: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

60

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sajak 2

Hindari Perkara yang Mematikan Hati

Pembunuh jiwa atau mematikan hati banyak perkaranya

Kenalah jaga bersungguh-sungguh jangan sampai menimpanya

Orang yang jiwa mati atau buta hati merosak manusia dan dunia

Bahkan perosak segala-galanya terutama agama

Di antara perkara pembunuh jiwa atau pembunuh hati

Mata tidak dikawal daripada dosa

Telinga juga suka mendengar perkara yang lucah

dan tidak bersopan

Mendengar umpatan dan perkataan yang melalaikan

Hati suka mengkhayalkan kecantikan perempuan yang tidak halal

Di waktu keseorangan suka berangan-angan

dan berkhayal-khayal

Apatah lagi makan minum yang syubhat dan tidak halal

Lebih-lebih lagilah membunuh jiwa

atau mematikan hati atau menghitamkannya

Pergaulan bebas di antara laki-laki dan perempuan kenalah jaga

Kerana di sana boleh merangsangkan

nafsu haiwan kepada manusia

Dari rangsangan nafsu yang jahat merosakkan jiwa

Apabila jiwa rosak berbagai-bagai mazmumah

akan menimpanya

Di waktu itu tidak mampu untuk mengkontrolnya

Lahirlah berbagai-bagai maksiat dan kemungkaran

oleh manusia

Gejala masyarakat pun bermaharajalela

Punah-ranahlah pergaulan manusia

Di waktu itu hilanglah keamanan dan keharmonian

di dalam masyarakat manusia

Maka menjadi balalah kepada kehidupan manusia

Di Akhirat masuk Neraka

Lepas Isyak

15 – 10 – 1999

Page 84: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

61

TASAWUF

Tidak ada manusia yang boleh menafikan bahawa hidup didunia ini adalah sementara waktu. Di akhir zaman ini pa-ling lama manusia boleh hidup mengikut rekod dunia ialah

150 tahun. Selepas itu semua orang percayakan mati. Selepasmati pergi ke Akhirat. Ramai orang yang percaya, sedikit sangatyang tidak percaya.

Khususnya umat Islam, mereka memang percaya yang Akhi-rat itu wujud, tempat tinggal manusia yang kekal abadi. Di sanaada kesenangan dan ada kesusahan seperti di dunia juga. Cumakesenangan dan kesusahan di antara dunia dengan Akhirat tidaksama. Kalau kita hendak membuat bandingan walaupun tidaktepat, untuk mudah faham, kalau kesenangan itu macam kitaduduk berumah di atas pokok dengan di dalam istana, kalauazabnya pula seperti gigitan semut dengan dimakan oleh singayang garang.

Sempadan di antara dunia dengan Akhirat ialah alam kuburatau alam Barzakh. Di sana ditahan sementara waktu. Di sanajuga ada kesusahan dan ada kesenangan macam di dunia juga.Bandingannya seperti border di antara negara dengan negara.Di border, adakalanya mendapat kesenangan dan adakalanyamendapat kesusahan. Begitulah keadaan di sempadan antaradunia dengan Akhirat, iaitu alam kubur atau alam Barzakh.

MANA LEBIH MUDAH, BUAT KERJAAKHIRAT ATAU KERJA DUNIA?

9

Page 85: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

62

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Walaupun umat Islam percaya negara Akhirat serta percayaalam Barzakh adalah sempadan di antara dunia dan Akhirat danjuga percaya bahawa nikmat dan azab di sana jauh bezanyadengan nikmat dan azab di dunia, namun manusia selalu me-lupakan Akhirat. Sekiranya Allah Taala rasakan sekarang iniperbandingan itu, nescaya manusia akan menolak dunia inisecara total dan manusia akan menumpukan seratus peratusuntuk tujuan Akhirat.

Namun demikian, oleh kerana manusia itu hidup di dunialebih dahulu iaitu hidup di negara yang dekat dan murah ini,mereka berhadapan dan merasa nikmat dan azabnya lebihdahulu. Manusia terpesona dengan kehidupan di sini. Merekaterlalai, mereka terleka, terlupa kehidupan di sana iaitu negaraAkhirat.

Oleh yang demikian mereka bersungguh-sungguhlah menge-jar nikmat dunia dan mengelakkan azab di dunia ini. Diperahlahotaknya, tenaganya pagi dan petang, siang dan malam, dengantidak jemu-jemu walau susah tapi boleh dihadapi kesusahan itu.Walau menderita dari berbagai-bagai cabaran yang dihadapi tapimanusia sanggup berhadapan dengannya. Adakalanya inginmengejar keuntungan, rugi yang dapat, inginkan kesenangan,susah yang dapat. Kebahagiaan yang dikejar, penderitaan yangdatang. Kebaikan yang diburu, kemalangan yang dijumpai.Namun manusia tidak jemu-jemu, tidak rasa kecewa dan tidakputus asa, mereka gunakan tenaga yang ada itu buru lagi dunia.Hingga ruangan untuk Akhirat tidak ada langsung atau tenagayang sedikit-sedikit tinggal baki itulah untuk Akhirat. Itu punmudah jemu, terasa payah, rasa susah, rasa membeban, terasaterhina, terasa malu membuatnya.

Padahal di dalam pengalaman kita, hendak mengejar Akhiratyang lebih penting dengan dunia yang tidak penting, Akhiratyang istimewa dengan dunia yang murah ini, jauh sangat bezaamalan Akhirat. Walau penting, Allah Taala mudahkan. Itulahdi antara rahmat-Nya agar manusia cenderung ke sana. Mana-kala dunia yang murah, amalannya lebih susah dan payah

Page 86: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

63

TASAWUF

supaya manusia mengambil enteng dan kecil saja dunia ini.Patutnya demikian.

Tapi pada manusia rupanya tidak begitu, manusia lebih terasasusah membuat kerja-kerja Akhirat walaupun senang dibanding-kan dengan kerja-kerja dunia yang susah itu. Tapi pada manusiadirasakan ringan dan mudah sahaja. Itu membuktikan tarikandunia lebih mempengaruhi umat Islam walaupun kerja-kerjanyasusah dan berat berbanding dengan tarikan Akhirat yang isti-mewa dan agung itu walaupun kerja-kerjanya mudah danringan.

Mari kita datangkan beberapa contoh-contoh menunjukkankerja-kerja dunia itu susah dan payah, tapi ringan pada manusiamembuatnya kerana tarikannya kuat. Manakala kerja-kerjaAkhirat itu mudah dan ringan tapi umat Islam merasakan susahdan payah melaksanakannya kerana tarikannya dingin. Sayasebutkan beberapa perkara sebagai perbandingan seperti dibawah ini.

1. Mana lebih berat, sembahyang Subuh dua rakaat sekadar20 minit hingga 30 minit, berbanding kerja lapan jam seharikerana mencari duit. Adakalanya kerja buruh, betapa susah.Namun ada umat Islam tidak sanggup sembahyang Subuhsekadar 20 hingga 30 minit tapi tidak jemu-jemu bekerja satuhari lapan jam kerana mencari duit.

2. Mana lebih berat, menolong kawan kerana Allah Taalamungkin sekadar satu dua jam dibandingkan walkathon ber-jam-jam, kadang-kadang terpaksa naik bukit, menyeberangsungai, menurun lurah kerana nama dan glamour. Susahlagi walkathon tapi mudah sahaja manusia boleh buat. Me-nolong kawan amat terasa berat.

3. Mana lebih berat di antara hendak memberi maaf kepadaorang yang disuruh oleh Allah Taala dengan hendak naikGunung Kinabalu kerana nama dan glamour. Padahal tidakpanjat Gunung Kinabalu bukan satu kesalahan tapi oranglebih mampu memanjat gunung daripada memberi maafyang diperintah.

Page 87: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

64

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

4. Pergi sembahyang berjemaah tidaklah memakan masa yangpanjang pun, tidak pula terlalu jauh dan juga tidak meletih-kan dibandingkan hendak pergi berkelah-kelah dan mem-buang-buang masa bergaul bebas di tempat yang jauhmungkin di hutan, di tepi laut, di hulu sungai, yang banyakbuang duit, masa dan akan berhadapan dengan keletihan.Namun orang tidak sanggup pergi sembahyang jemaah tapisanggup pergi berkelah. Adakalanya sampai di rumahbergaduh pula dengan isteri kerana sakit hati dengan suami.

5. Pergi belajar di Amerika kerana hendakkan ijazah agar dapatmakan gaji bertahun-tahun lamanya, tinggal ibu bapa,tinggal tanah air, korban wang ringgit, adakalanya mati disana. Mana lebih susah dengan belajar agama di masjidsekadar satu jam untuk membaiki diri, tidak terkorban masadan wang ringgit, tidak ada tinggal ibu bapa dan tanah air.Tentulah lebih berhadapan dengan kesusahan belajar diAmerika dibandingkan belajar di masjid sekadar satu jam.Namun ke Amerika boleh, ke masjid tidak mampu pergi.

6. Mana lebih berat, hendak berkhidmat dengan ibu ayahsekadar mungkin satu dua jam kemudian ibu bapa bagimakan, pakaian dan lain-lain, dibandingkan hendak mela-yan dan berkhidmat dengan boyfriend atau girlfriend ber-jam-jam lamanya, berhari-hari, habis duit diperahnya, orangnampak malu pula.

Adakalanya dia tidak jujur pula, di belakang kita ada‘pacaran’. Tentu lebih susah berkhidmat dan melayan paca-ran daripada ibu dan ayah. Namun orang tidak sanggupberkhidmat dengan ibu ayah tapi lebih sanggup berkhidmatdengan pacaran walaupun susah dan payah.

7. Mana lebih berat, hendak menderma kepada kelab-kelabhiburan dan mengarut, paling tidak seribu ringgit, kalautidak jatuh status, dibandingkan dengan hendak mendermakepada fakir miskin setakat sepuluh dua puluh ringgit.Tentulah lebih berat menderma ke kelab-kelab hiburan danmengarut itu daripada hendak bersedekah dengan fakir

Page 88: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

65

TASAWUF

miskin sekadar sepuluh dua puluh ringgit. Namun berathendak bersedekah, tapi boleh menderma seribu ringgitkerana nama. Adakalanya isteri dapat tahu, kena maki pulaoleh isteri, namun demikian sanggup untuk berhadapandengan risikonya.

8. Menonton filem yang merosakkan akhlak atau membacabuku novel yang mengarut boleh sampai memakan masaberjam-jam, kadang-kadang bergaduh dengan ibu bapa atausuami dan isteri. Mana lebih terkorban masa atau susah,daripada berzikir atau membaca Al Quran selama 30 minit.Tentulah terkorban masa menonton filem mengarut ataumembaca novel mengarut hingga boleh bergaduh daripadaberzikir atau membaca Al Quran sekadar 30 minit. Namunorang sanggup menonton filem atau membaca novel dari-pada berzikir atau membaca Al Quran.

9. Mana lebih susah pergi berjudi atau pergi disko sambilmeminum arak, terkorban masa, wang ringgit, bergaduhselepas itu dengan isteri hingga kucar-kacir rumah tangga,daripada menolong jiran yang susah hanya sekali-sekalayang boleh menimbulkan kasih sayang. Tentulah menolongjiran lebih mudah tapi orang tidak sanggup berbuat. Oranglebih sanggup berjudi, pergi disko dan minum arak hinggakucar-kacir rumah tangga, bergaduh dan berhutang.

10. Orang yang masuk penjara, kena bunuh, kena fitnah, kenatangkap, diberi malu, dihina dan dicaci-maki oleh orang,mana lebih banyak disebabkan mencuri, menipu, mem-bunuh, merogol, berzina, merompak, rasuah, memperjuang-kan ideologi, daripada orang-orang yang disebabkan men-cari rezeki yang halal dan memperjuangkan Islam. Sudahtentu yang disebabkan mencari rezeki halal dan keranamemperjuangkan Islam terlalu sedikit dibandingkan dise-babkan melakukan kejahatan. Tapi kerana kejahatan ataudunia, manusia sanggup menerima risiko yang berat. Se-dangkan kalau untuk kebaikan dan kebenaran, tidaksanggup melakukannya.

Page 89: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

66

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Setelah kita menghurai dan membuat perbandingan di antarakerja-kerja Akhirat dengan kerja-kerja dunia, kerja-kerja dunialebih-lebih lagi yang bersifat mungkar dan maksiat lebih susahdan lebih berat risiko yang diterima daripada kerja-kerja halaldan kerja-kerja Akhirat. Namun demikian orang tidak sanggupmembuat kerja-kerja Akhirat walaupun mudah dibandingkanmembuat kerja-kerja dunia walaupun susah dan payah.

Di sinilah menunjukkan umat Islam hatinya lebih cenderungdengan dunia daripada Akhirat walaupun dunia itu murah dansementara waktu dibandingkan dengan Akhirat yang istimewadan kekal abadi. Tepat sekali kata pepatah Melayu: cinta itu buta.Cinta kepada apa pun jadi buta, yang lain tidak nampak lagi,yang lain walau cantik dan istimewa tidak ada perhatian lagi.Macam orang sudah jatuh cinta pada seorang perempuan atauseorang lelaki, lupa yang lain, lupa ibu bapa, lupa adik beradik,lupa makan minum, cuai bekerja, lupa bekerja dan lain-lain lagi.Dan kerana cintanya itu sanggup bersusah payah dan sanggupmenerima risiko yang berat.

Begitulah orang yang sudah cinta dan jatuh hati dengandunia, lupa Akhirat, sanggup susah payah dengan dunia, sang-gup menerima risiko yang berat sekalipun mati kerananya.Untuk Akhirat walaupun istimewa, mudah pula, senang mem-buatnya, namun berat rasa hendak membuatnya kerana tidakcinta.

Setelah kita mengkaji bahawa kerja-kerja dunia lebih susahdan merbahaya, lebih teruk dan risikonya tinggi dari kerjaAkhirat, apakah hujah dan alasan kita nanti di hadapan Tuhandi Akhirat kelak. Tidak ada hujah dan alasan yang sebenarnya.Maka ramailah manusia yang masuk Neraka dari masuk keSyurga.

Page 90: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

67

TASAWUF

SAJAK

Sajak 1

Apa Kita Hendak Jawab kepada Tuhan?

Apakah yang kita hendak jawab kepada Tuhan?!

Apakah kita boleh berdalih besok di depan Tuhan?!

Jawapan kita itu bolehkah diterima?

Kita berkata: Tuhan, susahnya beragama waktu di dunia

Harta terkorban, badan letih, orang menghina,

kehilangan kawan!

Aku tiada mampu melaksanakannya.

Kalau Tuhan bertanya begini bagaimana?

Bolehkah kita menjawab?

Mana susah, sembahyang Subuh

dengan sebelum Subuh turun ke laut menjadi nelayan?

Dilambung, dihempas oleh ombak,

adakalanya ditelan laut atau ditelan ikan?!

Berhari-hari, bermalam-malam hingga badan berbau laut?!

Orang yang buru dunia, buru nama, buru glamour,

buru pangkat bukankah lebih menderita?

Tidak terkorban harta?!

Tidak buang masa?!

Tidak orang kata?!

Orang tidak menghina?!

Bukan setakat itu

Bukankah kerana dunia ramai kena bunuh?!

Kalau yang luka, cacat, sengsara, tidak terhitung!

Manusia!

Kerana dunia, kerana nama, kerana glamour,

kerana negara, kerana bangsa lebih sengsara!

Justeru itu semua bermacam-macam usaha,

bermacam-macam cara, bermacam-macam helahnya

Page 91: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

68

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dibuat oleh manusia!

Cubalah sebut di sudut-sudut yang mana

amalan agama lebih menderita mengerjakannya

dari gila dunia?

Adakah lebih susah dari mendaki Gunung Everest?!

Adakah lebih payah dari naik ke angkasa?!

Bukankah urusan agama tidak sepayah itu!

Bukankah urusan agama tidak sebanyak itu terkorban masa!

Bahkan tidak sebanyak itu terkorban harta!

Memperjuangkan dunia lebih banyak terkorban nyawa!

Dibandingkan berjuang kerana agama?!

Bolehkah ditolak atau dinafikan ini semua?!

Kalau setakat itu pun pertanyaan Tuhan

sudah cukup membungkamkan mulut yang kena tanya

Kelu lidah hendak menjawab, patah lidah hendak berhujah

Terhadap agama mahu berhelah?!

Dengan agama seribu dalih?!

Apakah bila hendak mengamalkan Islam

hendak cari jalan keluar?!

Apakah bila diajak kepada Islam,

macam-macam alasan untuk meninggalkannya?!

Terhadap kepentingan dunia, masya-Allah!

Tidak ada dalih, tidak ada alasan,

tidak ada helah, semuanya o.k.

Mati pun tidak apa

Selepas Asar

06 – 05 – 1997

Sajak 2

Memburu Kehidupan Jangan Sampai

Kehilangan Tuhan

Tidak ada manusia yang tidak hendak hidup sempurna

Ingin kaya, ingin rumah besar, ada kereta, ada harta

Page 92: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

69

TASAWUF

Memperolehi pakaian yang cantik, pakaian mewah,

perabot rumah yang mahal

Dapat pangkat yang besar, gaji yang lumayan,

alat-alat hidup yang canggih

Ini adalah benda-benda atau perkara yang lahir

Yang bersifat maknawi dan rohani tidak kurang pula

diperlukan oleh manusia

Inginkan ilmu yang banyak, pengalaman yang luas,

jiwa yang bahagia

Tapi Tuhan tidak akan memberi manusia

serba lengkap dan sempurna

Begitulah yang terjadi di dalam kehidupan manusia

Manusia perlu ingat,

di dalam memburu kehidupan yang sempurna

jangan sampai kehilangan Tuhan

Di dalam apa keadaan pun Tuhan mesti dipertahankan

Kerana Tuhan itu adalah segala-galanya

Tidak ada erti mendapat segala-galanya

kalau kehilangan Tuhan

Biarlah segala-galanya itu di dalam kekurangan

tapi jangan kehilangan Tuhan

Tuhan adalah hidup mati kita

Yang lain adalah untuk sementara sahaja

Rugi besarlah manusia kerana inginkan kesempurnaan

dan kemewahan hidup tertinggal Tuhan

Apabila kehilangan Tuhan,

manusia tidak akan hidup bahagia

Kerana Tuhan itu adalah sumber kebahagiaan

Kehilangan Tuhan, kehilangan sumber kebahagiaan

Ini terbukti orang yang tidak mempedulikan Tuhan

walaupun serba ada tetapi tidak tenang

dan tidak bahagia

Lepas Asar

20 Muharam 1421H

Page 93: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

70

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Manusia adalah jenis makhluk yang ada perasaan. Apabilakita menyebut perasaan, ia adalah rasa-rasa yang bertapakdi hati nurani dan sarangnya adalah hati daging.

Perasaan-perasaan itu seperti rasa kasih, rasa benci, rasa jijik,rasa simpati, rasa marah, rasa dendam, rasa rindu, rasa malu,rasa megah, rasa sombong, rasa takut, rasa serba salah, rasa ber-belah bagi.

Perasaan-perasaan yang merupakan fitrah atau tabiat semulajadi manusia, bukan senang hendak diasuh, dididik, didisiplin-kan, dikendalikan dan diurus kerana ia ada yang positif, adayang negatif. Yang positif hendak dilepaskan, yang negatifhendak ditahan.

Melepaskan yang positif adalah satu pengorbanan. Menahanyang negatif adalah juga satu pengorbanan. Mengorbankanperasaan dianggap satu jihad, yakni jihad batin. Bahkan ia lebihbesar lagi daripada jihad-jihad benda-benda yang lahir sepertimengorbankan tenaga, harta dan nyawa.

Jihad yang lahir tidak akan boleh berlaku kalau tidak bermuladaripada jihad yang batin. Dari yang batinlah mencetuskan yanglahir. Kalau yang batin tidak mampu hendak dikorbankan sudahtentu yang lahir ikut serta, sudah tentu tidak sanggup dikor-bankan. Yang sebenarnya pengorbanan yang lahir itu, ia adalah

MENGORBANKAN PERASAANSATU JIHAD

10

Page 94: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

71

TASAWUF

merupakan implimentasi dari pengorbanan yang batin. Dengankata-kata yang lain, pengorbanan yang lahir itu adalah buahdaripada pengorbanan yang batin iaitu pengorbanan perasaan.

Perlu diingat, untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala per-lukan pengorbanan. Tidak ada pengorbanan, tidak ada keredha-an. Tidak ada pengorbanan adalah nonsence. Tidak ada pengor-banan adalah angan-angan. Tidak ada pengorbanan, tidak akanada kejayaan untuk dunia dan Akhirat.

Mengorbankan perasaan, amat susah hendak dilakukan.Sungguh perit dan sakit. Sungguh tercabar dan menyusahkan.Saya bawa beberapa contoh:

Kita kasih dan sayang pada suami kita. Kita suka dia dudukdi rumah sahaja untuk membelai kita. Apakah mudah kasihsayang kita itu hendak kita korbankan untuk membenarkan diaberjuang di luar rumah. Untuk dia menunaikan kewajipan ke-pada Tuhan di luar rumah hingga terpisah daripada kita bebe-rapa ketika.

Kita sayang sangat dengan suami kita. Apakah mudah kitahendak korbankan kasih sayang kita untuk dibahagi sedikitkepada orang lain dengan membenarkan suami kita berkahwinlagi. Agar suami kita itu dapat dikongsi kasih sayangnya denganorang lain.

Kita marah kepada seseorang. Bolehkah kita korbankan pe-rasaan marah itu hingga kita boleh memberi maaf atau memintamaaf kepada orang itu. Sanggup memberi maaf atau memintamaaf ertinya kita sanggup mengorbankan perasaan ego atausombong kita.

Kita sayang sangat dengan harta kita. Perasaan sayangdengan harta itu kita korbankan dengan cara harta kita itu kitainfakkan kepada jalan Allah. Perasaan itu sudah tentu menyek-sakan kita.

Perasaan ingin berehat. Ingin bersenang-senang dan menye-nangkan badan. Tiba-tiba ada tetamu datang atau ada jiran yangmemerlukan pertolongan kita. Sanggupkah kita mengorbankan

Page 95: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

72

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

perasaan dengan cara kita hormati tetamu atau kita pergi me-nolong jiran kita yang memerlukan pertolongan kita.

Kita diuji dengan berbagai-bagai ujian, miskin, kemalangan,bencana alam. Sudah tentulah hati kita susah. Begitulah perasaankita di waktu itu. Kalau kita tidak boleh menahan atau mengor-bankan perasaan kita, sudah tentu kita keluh-kesah, risau. Fi-kiran berserabut atau tidak menentu hingga memberi kesan disudut kehidupan kita yang lain. Bahkan boleh menyusahkanorang lain. Sedangkan masalah tidak selesai juga. Bahkan bolehmenambahkan masalah lagi. Tapi kalau kita sanggup mengor-bankan perasaan kita itu, timbul ketenangan. Fikiran kita stabil.Membuat kerja-kerja lain tidak terganggu. Orang lain pun tidakdapat kesusahan. Bahkan dengan pengorbanan perasaan kitaitu datang simpati orang atau orang pun kasihan.

Kita orang kaya atau berilmu atau berpangkat besar dan ber-kuasa. Sudah tentu perasaan kita berbunga. Perasaan sombongpun datang. Perasaan megah pun ikut tiba. Kalau kita tidakkorbankan perasaan yang telah disebutkan tadi, berapa ramaiorang yang tersinggung. Berapa banyak orang yang terzalim.Entah berapa ramai yang mendapat susah. Sudah tentu lahirside effectnya. Iaitu orang benci, masyarakat marah. Mungkinada orang yang berdendam dan bertindak menyusahkan orangitu. Akhirnya kedua-dua pihak tidak selamat. Kedua-dua pihakmendapat kesusahan. Tapi kalau si kaya atau yang berilmu tadiatau yang berpangkat besar dan mempunyai kuasa sanggupmengorbankan perasaan yang negatif tadi, ia mempunyai sideeffect yang baik. Datang orang ramai sayang, masyarakat hormat,orang memberi hati dan jiwa. Ertinya sama-sama menerimafaedah. Sama-sama mendapat kasih sayang, sama-sama har-moni. Itulah dia kelebihan mengorbankan perasaan.

Oleh kerana itu, mengorbankan perasaan adalah rahsia segalakebaikan. Dari mengorbankan perasaan itu lahir kasih sayang,lahir kesabaran, lahir simpati, lahir pembelaan, lahir bertolongbantu, lahir ukhwah, lahir keredhaan. Maka kerana itu, mengor-bankan perasaan itu adalah satu jihad. Kerana di sini nafsu

Page 96: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

73

TASAWUF

terpaksa dilawan. Melawan nafsu lebih besar daripada jihad dimedan perang.

Oleh itu mengorbankan perasaan amat perlu dilakukan.Kalau perasaan tidak sanggup dikorbankan, sifat sabar tidakakan dapat dimiliki. Apatah lagi sifat redha. Tidak sanggupmengorbankan perasaan, kita akan jadi pemarah. Tidak sanggupmengorbankan perasaan, tolak ansur tidak akan wujud. Tidaksanggup mengorbankan perasaan, bertolong bantu, simpati,ukhwah, harmoni semuanya tidak akan wujud. Ertinya me-ngorbankan perasaan itu sangat besar ertinya di dalam kehi-dupan masyarakat atau di dalam kehidupan sesama manusia.

Oleh itu minta selalu kepada Tuhan hidayah dan taufik-Nyaagar kita mampu mengorbankan perasaan agar segala perkarayang lahir yang kita miliki dapat kita korbankan demi keredhaanTuhan.

Page 97: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

74

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Engkau Hendak Berjuang?

Engkau hendak berjuang?

Bagus kalau itulah yang kamu mahu

Berjuang sasarannya adalah manusia

Engkau mesti kenal manusia lahir dan batin

Engkau tidak akan kenal manusia

sebelum engkau mengenal dirimu sendiri

Sudahkah engkau kenal dirimu sendiri?

Sejauh mana engkau kenal perjalanan fikiranmu?

Apakah fikiranmu sudah Islam?!

Sudahkah engkau kenal nafsumu?

Fahamkah engkau kehendak-kehendak nafsumu?

Ke mana dia hendak membawamu?!

Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsumu selari?

Lebih-lebih lagi sudahkah engkau faham jiwamu?

Jiwa ada perasaannya

Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif

Yang positif hendak dilepaskan

Yang negatif hendaklah ditahan

Melepaskan yang positif, menahan yang negatif

Adalah satu perjuangan

Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini

Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin,

iaitu jiwamu

Kalau engkau berjuang tidak faham ini semua

Ertinya engkau laksana masuk ke hutan belantara

Yang tidak mempunyai pedoman

Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan

Jangan-jangan engkau akan tersesat nanti

Page 98: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

75

TASAWUF

Marabahaya hutan akan membinasakan kamu

Bahkan rimau pun boleh membaham kamu

Kawan, perkataan berjuang mudah disebut

Tapi tidak mudah difahami

Berjuang mudah diperkatakan

Tapi tidak mudah dikotakan

Ia memerlukan ilmu yang cukup

Tidak sekadar semangat yang cukup

Ia memerlukan pemimpin yang tepat

Yang boleh memimpin dan ia ditaati

Kalau belum sampai ke taraf ini

Engkau tidak berjuang lebih selamat

daripada berjuang

Kalau engkau berjuang juga

Ingatlah kerosakan yang engkau lakukan

lebih banyak, tanpa disedari

Sekalipun niat engkau suci

Menjelang Zuhur

29 – 07 – 1999

Page 99: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

76

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Tidak ada di kalangan manusia yang suka kepada bala ataubala bencana. Kerana bala itu sangat menyusahkan ma-nusia. Lantaran itulah manusia susah hati dengan bala.

Walaupun demikian tidak ada di kalangan manusia sama adasecara perseorangan mahupun secara kelompok, dapat meng-elak atau dapat terlepas daripada bala bencana, sekalipun diaseorang yang berkuasa atau seorang yang kaya. Cuma ada orangyang ditimpa bala sekali-sekala, ada yang selalu, ada yangringan, ada yang berat, ada yang berlaku pada dirinya, keluargadan harta bendanya atau kedudukannya dan lain-lain lagi. Diantara bala-bala itu mana yang lebih merbahaya?

Sebenarnya bala terbahagi kepada dua:

Pertama: Yang bersifat hissi atau bersifat zahirBerbagai-bagai bentuknya, di antaranya seperti sakit badan,harta hilang, kematian keluarga yang tercinta, difitnah, diberimalu, dipukul orang, jatuh miskin, turun pangkat, perniagaanrugi, dibuang kerja, musnah harta oleh bencana alam, tidak naikpangkat, dipenjara dan lain-lain.

Kedua: Yang bersifat maknawi atau rohaniBerbagai-bagai bentuk pula, di antaranya seperti melupakanilmu yang telah dipelajari, tercabut iman, atau iman bertambah

BALA YANGPALING MERBAHAYA

11

Page 100: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

77

TASAWUF

kurang, ilmu tidak diamalkan, iman tercabut yang ada hubungandengan akidah.

Kurang iman atau iman merosot kerana beberapa sebab, diantaranya seperti ada amalan yang biasa dibuat tidak dibuat,atau membuat dosa sama ada kecil mahupun besar. Dosa itupula, ada dosa lahir ada dosa batin.

Di antara dosa-dosa itu ialah seperti berzina, riba, rasuah,mencuri, menipu, minum arak, judi, mengumpat, memfitnah,menghina, menghasut, hasad, tamak, bakhil, pemarah, mengadudomba dan lain-lain.

Di antara dua bentuk bala ini, bala yang paling merbahayaialah bala yang bersifat rohani dan maknawi, kerana bala iniakan membawa ke Neraka. Tapi bala yang bersifat hissi tidakmembawa ke Neraka. Bahkan mungkin menguntungkan samaada ia menghapuskan dosa atau mendapat darjat di dalamSyurga, asalkan pandai menerimanya.

Oleh itu bala yang bersifat rohani dan maknawi ini sangatdibenci dan wajib dijauhi. Maksudnya, setiap dosa adalah bala,wajib dijauhi. Tapi bala yang bersifat hissi tidak dibenci. Ia hanyamenyusahkan. Dan tidak pula menjadi satu kesalahan untukberusaha mengelaknya. Juga tidak salah kalau setelah ditimpasesuatu bala, berusaha menghilangkannya kerana bagi orangyang lemah iman dan tidak tahan dengan ujian boleh jatuhkepada dosa atau tercabut iman dengan ujian yang berat itu.

Tapi bagi orang yang mampu berhadapan dengan ujian atauorang yang imannya kuat, tidak salah pula untuk tidak berusahamenghilangkannya kerana sifat redha dengan ketentuan Allahitu salah satu sifat terpuji. Ia merupakan sifat-sifat rasul. Dariitu pahalanya amat besar di sisi Allah yang Maha Pemurah.

Di akhir zaman ini oleh kerana kebanyakan umat Islam sudahjahil dengan ilmu agamanya sendiri, kemudian cinta dunianyapula begitu mendalam, maka mereka hanya terpaut dan ter-pengaruh dengan kehidupan yang terdekat iaitu dunia ini. Ke-hidupan di Akhirat sekadar tahu adanya Akhirat, namun hatinya

Page 101: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

78

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

tidak ke situ. Timbullah acuh tak acuh dengan Akhirat. Makatimbullah salah berfikir. Mereka memandang perkara yangterdekat itu amat besar dan serius sekali. Nikmatnya pun dipan-dang besar. Balanya pun dipandang besar. Akibatnya nikmatdan bala di Akhirat dipandang kecil sahaja. Maka sebab itulahmereka lupa daratan dengan nikmat dunia. Terasa sangat men-derita dengan bala dunia.

Justeru itu bilangan yang teramai di kalangan umat Islamapabila ditimpa bala yang bersifat hissi di dunia ini, seperti sakit,miskin, dibuang kerja, tidak naik pangkat, turun pangkat, di-fitnah, hilang harta, rugi di dalam perniagaan, dipukul, dipenjaradan lain-lain, masya-Allah bukan main kepalang lagi susahnya.Derita jiwanya, kusut fikirannya, marah-marah sahaja, me-rungut-rungut, hilang bahagia, gelisah sahaja, rasa kesal tidaksudah. Mengadu di sana, mengadu di sini, jumpa siapa sahajadiluahkan perasaan susahnya. Kekusutan fikirannya sampaibegitu ketara sekali kelihatan pada mukanya. Buat apa sahajaserba tidak kena. Begitu dia rasa kecewa dengan ujian itu. Bilaiman tiada atau iman terlalu lemah, terus putus asa. Ada yangmahu bunuh diri untuk menyelesaikan masalahnya. Dia rasadengan cara itu boleh menyelesaikan masalah. Dia ditipu olehsyaitan terkutuk kerana memandang besarnya dunia ini. Tersesatjalan dia di dunia ini, ke Neraka padahnya. Wal’iyazubillah.

Bagi orang Islam yang kuat imannya, dengan ujian dan baladunia ini yang bersifat hissi, dia tidak begitu mengambil pusing.Bahkan bagi golongan muqarrobin dan siddiqin seperti paranabi, para Sahabat dan para auliya, mereka sangat terhiburdengan ujian dunia itu. Mereka rasa dosa mereka terampundengan ujian dunia dan bala itu. Contohnya cerita di bawah:

Di zaman Rasulullah SAW, ada seorang perempuan mem-punyai tiga orang anak lelaki. Dia sanggup melepaskan kesemuaanaknya ke medan perang. Dia senyum ketika anak sulung dananak keduanya mati syahid di medan perang. Dia menangisapabila diberitahu yang anak bongsunya turut mati syahid. Biladitanya mengapa dahulu senyum, sekarang baru menangis, be-

Page 102: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

79

TASAWUF

liau menjawab, “Aku sedih kerana tiada lagi anak yang hendakkukorbankan untuk jihad fisabilillah.”

Umat Islam di zaman gemilang dan di zaman keemasanterutama di sekitar 300 tahun selepas Rasulullah SAW, merekasangat sensitif dengan bala yang bersifat maknawi dan rohani.Mereka sangat memandang besar akan bala itu. Mereka terlalutakut dengan ujian yang bersifat maknawi dan rohani itu. Jiwamereka sangat terseksa dengan ujian itu. Bahkan bala yang ber-bentuk ini, belum datang pun mereka amat takut kalau-kalaudi masa depan akan ditimpa dengan bala ini, sama ada secarasedar atau tidak. Kerana bala ini adalah dimurkai oleh Allahdan kalau Allah tidak ampun, akan ke Neraka, wal’iyazubillah.

Justeru itulah jika mereka ditimpa bala ini, hati mereka men-derita. Mereka menangis mengalirkan air mata. Hilang seleramakan, hilang rangsangan dengan isteri, tidak senyum berbulan-bulan. Mereka akan tebus dengan apa sahaja kebaikan bahkanjika mereka tertinggal yang sunat sekalipun mereka merasa telahberdosa, mereka merasa ini adalah satu bencana. Hayati ceritadi bawah ini:

“Pada suatu hari, Sayidina Abu Bakar pergi ke kebunnyauntuk melihat hasil tanamannya itu. Dilihatnya pokok-pokoktanamannya banyak yang sudah berbuah. Kerana terlalu asyikmelihatkan buah-buahnya yang sudah masak itu, beliau terlekadan tertinggal solat jemaah Asar bersama Rasulullah SAW.Dengan rasa takut dan kesal yang tidak terkira, kebun itu terusdiwakafkan untuk umat Islam dan digandakan sembahyangnyasebanyak 70 kali.”

Sebaliknya kebanyakan umat Islam di akhir zaman ini tidaksensitif dengan bala maknawi dan rohani. Mereka tidak terasaapa-apa pun dengan bala ini. Mereka relaks sahaja. Mereka tidakrasa bersalah bahkan ada yang melupakan terus seolah-olah balaini tidak berlaku dan tidak pernah berlaku kepada diri mereka.Sebagai contoh, mereka tidak rasa bala apabila meninggalkansembahyang atau lewat sembahyang. Mereka tidak rasa baladengan mengumpat, dengan memfitnah, dengan menghina,

Page 103: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

80

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dengan menderhakai kepada ibu bapa, kepada guru, denganzina, berbohong, dengan menipu, dengan rasuah, dengan pende-dahan aurat, dengan pergaulan bebas, dengan tidak berzakat,tidak berpuasa, dengan sombong, riyak, dengan tamak, bakhil,dengan pemarah, berdendam, hasad dengki, mengadu domba,menghasut, bergaduh, membunuh, riba, tidak belajar, tidak belaskasihan, tidak timbang rasa, tidak tolak ansur, tidak sabar, tidakpemurah, tidak redha, tidak membantu dan lain-lain.

Oleh kerana bala maknawi dan rohani ini tidak dianggap dantidak dipandang bala bencana, maka adakalanya dianggap se-ronok pula diamalkan setiap hari hingga dijadikan budaya. Se-bagai contoh, ada orang bila berkumpul sahaja, mengumpat danmengata mesti didengar bersama, ketawa bersama, rasa seronokbersama, sambung-menyambung antara satu sama lain me-ngumpat orang lain. Adakalanya yang diumpat itu kawan sen-diri, emak ayahnya, tok gurunya, pemimpin sendiri, isteri dansuami sendiri, hingga terlewat atau tertinggal sembahyang.Bertambah lagi membesar bala itu yang tidak lagi dianggap bala.

Kemudian selepas bersurai ada yang menipu, ada yang balikke rumah marah-marah sahaja pada isteri, membentak-bentaksahaja tidak tentu pasal. Bertambah merebak lagi bala itu, ibaratorang sakit, sakitnya telah kronik. Namun tidak terasa itu adalahbala yang memecahbelahkan rumah tangga, keluarga, satu ma-syarakat, satu bangsa kemudian terjun ke Neraka.

Yang malangnya orang-orang ini juga yang memikirkanmasyarakat. Yang membuat program untuk menangani gejalamasyarakat, yang menganjurkan motivasi, yang memimpin,yang berdakwah, yang berceramah, yang menyalahkan orang,yang buat kaunseling.

Cuba gambarkan apa yang akan terjadi, bahkan sudah terjadipada masyarakat. Para pembaca boleh memberi jawapan. Sayasendiri ada jawapan. Biarlah jawapan saya untuk saya sendiri.Kerana kalau saya dedahkan ada sesetengah orang terlalusensitif dan jawapan anda adalah untuk diri anda sendiri, denganjawapan-jawapan itu tidak ada yang sakit hati.

Page 104: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

81

TASAWUF

SAJAK

Bala yang Dahsyat bila Ditarik Iman

Bala bencana yang dahsyat kepada seorang hamba

Bukan ditimpa bencana alam

Seperti air bah, angin kencang,

gunung berapi meletup,

gempa bumi menggoncang

Tidak juga sakit yang teruk

seperti barah yang garang

Bukan juga ditohmah dan difitnah

Juga bukan kerana susah tidak ada apa

yang hendak dimakan dan diminum

Sekalipun ditangkap, dijel dan dipenjara

Bahkan dibunuh, itu bukan bala yang dahsyat

Tapi bala yang dahsyat itu ialah ditarik iman

Seperti selama ini syariat seseorang itu kemas,

selepas itu cuai balik asal

Keyakinan yang kental kembali longgar

Sembahyang jemaah yang menjadi tradisi dicuai

Ibadah yang selama ini istiqamah

Sudah menjadi malas, culas,

bahkan membuatnya terseksa

Hukum-hakam yang selama ini dipelihara

dan dijaga dengan baiknya

Selepas itu sudah tidak diambil kira lagi

Anak isteri yang selama ini dididik

sudah tidak dipedulikan

Pantang-larang Tuhannya kembali dilanggarnya

Takut kepada Tuhan tercabut dari hatinya

Halal haram sudah tidak diambil kira

Page 105: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

82

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Demi keuntungan dunia

yang belum tentu mendapat untung

Pintu hatinya ditutup rapat-rapat

Kebenaran sudah tidak boleh diterima lagi

Jika diberitahu atau dinasihat sakit hatinya

Bahkan adakalanya bangga pula membuat kejahatan

di hadapan kawan-kawan lamanya

Fikirannya dunia, mazmumah hatinya subur semula

Itulah dia bala bencana yang paling dahsyat

Selepas mendapatkan kebenaran dilepaskan semula

Setelah mendapat iman dibuang pula

Kita berlindung dengan Tuhan

daripada bala tercabut iman

Lepas Asar

27 – 09 – 1999

Page 106: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

83

TASAWUF

Antara sebab-sebab jiwa tidak tenang adalah seperti berikut:1. Banyak menzalimi orang

2. Banyak membuat dosa3. Menghina dan menzalimi ibu atau bapa4. Menzalimi dan menghina guru terutama guru yang menun-

jukkan kita ke jalan Akhirat5. Tidak percaya wujudnya Allah Taala6. Tidak mengharap lagi pertolongan Allah7. Orang yang kena uji bila imannya lemah atau tidak beriman

Ketenangan itu berpusat atau berpaksi di dalam hati nurani.Ia perlu dijaga, kerana bila hilang ketenangan, hilanglah keba-hagiaan. Bila hilang kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan didalam kehidupan sekalipun mempunyai kekayaan, tinggal didalam istana yang indah, memiliki isteri yang cantik, ada kuasadan lain-lain.

Bila ketenangan tidak ada, seseorang itu akan sentiasa keluh-kesah. Apa sahaja dibuat serba tidak kena, makan rasa tidaksedap, tidur tidak lena, membuat sesuatu perkara tidak ada pe-numpuan lagi, selalu sahaja termenung, orang bercakap kurangdiambil perhatian, sumbang di dalam pergaulan, membaca punterganggu untuk memahami. Kawan-kawan melihat ikut risau.Mudah marah-marah, suka bersendiri, mudah merajuk, mudah

ANTARA SEBABJIWA TIDAK TENANG

12

Page 107: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

84

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

tersinggung, tidak tahan sabar, tidak tahan tercabar, mudah jemumembuat kerja, makan minum, pakaian dan badan tidak terurus,kurang bertanggungjawab, tidak suka bercakap.

Orang yang berada di dalam tidak tenang, jika ketidak-tenangan itu kuat dan kurang pula pelajaran atau ilmu, selalunyadia tidak boleh kontrol rasa tidak tenang itu. Sama ada di wakturamai mahupun di waktu keseorangan. Sentiasa nampak mu-ram, susah hatinya amat ketara, orang ramai perasan.

Jika dia seorang cerdik dan pandai atau ada status di dalammasyarakat mungkin sesetengah orang dia boleh kontrol pera-saannya. Di tengah ramai dia boleh sembunyikan ketidak-tenangannya itu untuk menjaga wibawa atau status diri, tapibila waktu keseorangan dia mulalah termenung. Kesusahanhatinya nampak dilihat di air mukanya.

Ada setengah orang mukanya cantik, orangnya periang,happy go lucky, adakalanya susah juga dikesan perasaan dalamhatinya. Tapi kalau dia tidak boleh kontrol, lihat mukanya dapatdikesan. Maka seorang yang periang tiba-tiba jadi pendiam,hilang riang, suka bersendiri, gurauan sudah tidak ada. Anakisteri mula risau, kawan-kawan susah hati.

Untuk menghilangkan rasa tidak tenang itu, berhentilahdaripada menzalimi dan memohon maaf kepada orang yang kitazalimi itu. Tinggalkan membuat dosa kemudian kembali berpe-gang dan bersandar kepada Allah SWT. Insya-Allah ketidak-tenangan akan hilang.

Page 108: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

85

TASAWUF

SAJAK

Sajak 1

Pegangan Hidup Punca Derita

Bagaimana jiwa engkau tidak derita

Ketentuan Tuhan engkau tidak redha

Dengan ujian, kesabaran engkau tidak ada

Apa sahaja engkau buat minta pujian manusia

Bukan semua manusia yang boleh memujimu

Jika tidak dipuji sudah tentu jiwa derita

Engkau sentiasa memburu nama

Tidak mungkin engkau mudah mendapatkannya

Jika tidak engkau memperolehinya,

sudah tentu engkau kecewa

Lebih-lebih lagi jiwa engkau tidak tenang

Kerana engkau mempertajam hasad dengki

dengan manusia

Tidak boleh engkau lihat orang lebih daripada engkau

Jiwa engkau menderita dan engkau dengki dengannya

Kalau dengki engkau itu tidak berjaya

Sudah tentu jiwa engkau lebih lagi derita

Kalau orang itu makin senang

Engkau lebih-lebih lagi tidak tenang

Apa sahaja engkau usahakan

Semuanya engkau sandarkan kepada diri engkau

Bukan engkau sandarkan kepada Tuhan

yang Maha Kuasa

Mana engkau ada kuasa

Jika usaha engkau gagal tentu engkau kecewa

Jiwa pun menderita

Kalau engkau berjaya, engkau sombong pula

Page 109: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

86

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kerana engkau merasai engkau adalah luar biasa

Bukan kuasa Tuhan yang menjayakan

usaha-usaha engkau itu

Jadi pegangan hidup engkau itulah

yang menjadikan engkau selalu sahaja menderita

Menjelang tidur26 – 12 – 1999

(9 Ramadhan 1420)

Sajak 2

Manalah Hati Tidak Gelisah

Manalah hati tidak gelisah

Risau, resah, gundah, sedih dan kecewa

Kerana ke mana sahaja pergi,

di mana sahaja berada,

ingin orang ambil hati

Inginkan dipuja dan dipuji, dihormati,

disanjung dan diambil perhati

Lebih-lebih lagi kalau kaya,

ingin disebut-sebut kekayaannya

Kalau pandai ingin dipuji dan dihormati

Kalau berpakaian ingin sangat

orang mengambil perhatian

Paling tidak, kalaupun orang tak puji dan hormati,

jangan ada orang yang mencaci

Kehendak-kehendak ini tidak mungkin didapati

setiap hari

Kemahuan itu tidak semua diperolehi

Kerana manusia lain juga kebanyakan

perasaannya macam itu juga

Semua orang merasa lebih patut dia dihormati

daripada menghormati

Setiap orang berkehendak dipuji

lebih daripada memuji

Page 110: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

87

TASAWUF

Paling tidak dia tidak dibenci dan dicaci,

kalaupun tidak dihormati

Kehendak-kehendak macam inilah

yang bila tidak tertunai

Manusia gelisah

Mana pergi hati susah, sedih, resah

Keinginannya itulah apabila tidak diperolehi,

aduh sakit hati

Jiwa tercabar, hati tercalar

Tapi kalau manusia itu sedar dirinya hamba yang hina

Segala puja dan puji tidak layak dia terima

Dia rasa tidak perlu itu semua

Bahkan terseksa kalau dia mendengarnya

Ke mana dia pergi, dia tidak perlu

meminta manusia menghormatinya

Orang yang jiwanya begini,

dia tidak akan susah hati dan gelisah

Yang dia rasa susah hanya dengan Allah

04 – 10 – 1999

Page 111: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

88

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Salah satu di antara sifat atau tabiat semula jadi manusiaialah bersifat gopoh. Ini jelas telah dinyatakan oleh AllahTaala melalui Al Quran yang berbunyi:

Maksudnya: “Dijadikan manusia itu bersifat terburu-buru atau gopoh-gapah.” (Al Anbiya’: 37)

Ini juga salah satu di antara ujian kepada manusia, apakahdia berjaya atau tidak mendidik dan mendisiplinkan diri agarmenjadi manusia yang tenang. Orang yang gopoh akan sentiasagelisah dan resah lebih-lebih lagi jika dia ditimpa ujian.

Ujian bagi golongan bawahan antaranya miskin, orang tidakpeduli atau orang benci. Ujian golongan biasa, seperti ada saing-an dalam merebut jawatan, dilucutkan jawatan, rugi dalam per-niagaan atau tidak lagi dilantik menjadi menteri dan sebagainya.

Manusia itu jika tidak berusaha mendidik dan bermujahadahdengan nafsu yang gopoh-gapah dan gelojoh, maka benih gopohsemula jadi yang Allah cipta dalam diri manusia itu ibarat benihpokok. Ia akan bertunas, berdaun, berbatang yang akhirnyamembesar, subur lalu berbuah. Di waktu itu sifat gopohnyabenar-benar berakar umbi dan mendarah mendaging di dalam

SIFAT GOPOHDAN MERBAHAYANYA

13

Page 112: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

89

TASAWUF

diri manusia hingga menjadi tabiat, sikap dan seterusnya men-jadi budaya hidupnya.

Apabila sifat gopoh telah mendarah mendaging, maka diwaktu itu amat sulit sekali untuk membuangnya. Dia sedar, sifatgopoh yang telah begitu subur di dalam diri itu sangat menyu-sahkan dan menyesakkannya. Namun untuk membuangnyaamat sulit sekali. Kecuali dengan berusaha dan bersungguh-sungguh berjuang berhempas-pulas memerangi sifat gopoh ituserta memohon kepada Allah SWT selalu agar membantunyamembuang sifat tersebut. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Bertenang-tenang itu dari Allah danbergopoh-gapah itu dari syaitan.” (Riwayat Baihaqi)

Justeru itulah manusia sejak kecil lagi memerlukan didikanIslam terutama dari ibu bapanya, kemudian guru-guru, selepasitu masyarakatnya turut sama mendidik bagaimana mengenalsifat-sifat mazmumah. Gopoh tadi salah satu di antaranya.Kemudian bagaimana hendak membentuknya agar sifat gopohitu jangan subur kerana kalau hendak membuangnya seratusperatus dari diri manusia adalah mustahil.

Memanglah setiap yang negatif itu mudah dikawal sewaktuia masih kecil lagi. Apabila menjulur sahaja, pangkas, potong,akhirnya ia akan bantut tapi kalau ia dibiarkan menjadi sebatangpokok yang besar maka waktu itu sudah amat sulit dan susahsekali untuk memusnahkannya.

MERBAHAYANYA SIFAT GOPOH

Sifat gopoh pada seseorang itu jika dibiarkan tidak dididik dantidak diasuh sejak kecil hingga terbiar sampai dewasa bahkansampai ke tua, maka sifat gopoh itu sangat merosakkan padaempunya diri dan juga orang lain.

Di antara kejahatan dan keburukannya yang timbul dari sifatgopoh itu ialah:

Page 113: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

90

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

1. Mudah mengeluarkan kata-kata atau percakapan tanpaberfikir lebih dahulu baik buruknya. Akhirnya banyaktersalah. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Barang siapa yang percaya dengan Allahdan Hari Kemudian maka hendaklah bercakap yang baik ataudiam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Dalam perbualan dan perbincangan, mudah sahaja memo-tong cakap orang. Ramai orang tersinggung, banyak orangbenci, akhirnya berlaku perpecahan hati yang akan mem-bawa perpecahan yang lebih besar lagi.

3. Gopoh membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan lebihdahulu atau tanpa berunding dengan orang-orang yangboleh dipercayai. Akhirnya keputusan itu tersalah atau tidakjitu. Akibatnya penyesalan yang tidak berkesudahan.

4. Mudah menuduh atau menghukum, akibatnya selalu sahajatersalah. Banyak orang yang terfitnah dengan sebab ke-gopohan kita. Sedangkan fitnah itu mengikut Islam lebihdahsyat daripada pembunuhan. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripembunuhan.” (Al Baqarah: 191)

Teraniayalah orang yang difitnah itu. Kalau mereka tidaksabar atau gopoh pula, dia akan menyerang kita. Seterusnyamemusuhi kita atau kita terheret ke mahkamah.

5. Daripada sifat gopoh itu mudah memukul orang, menye-rang orang dan membunuh orang. Timbullah kerosakan darikejahatan di dalam bermasyarakat. Selepas itu akan berlakudendam-berdendam. Mungkin nanti masing-masingmembawa klik atau mengumpul kawan-kawan masing-masing. Maka kerosakannya lebih besar lagi.

6. Daripada sifat gopoh, kita selalu sahaja mendapat malu.

Page 114: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

91

TASAWUF

Padahal malu itu menghilangkan maruah kita. Hilang wi-bawa kita dan seterusnya hilang keyakinan orang.

7. Sifat gopoh mudah membawa orang cepat merajuk, mudahjemu membuat kerja yang baik, kalau lebih berat lagi mudahputus asa iaitu sifat yang sangat dilarang oleh Allah SWTseperti dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Tiada yang berputus asa dari rahmat Allahmelainkan kaumnya yang kafir.” (Yusuf: 87)

Maksudnya: “Jangan kamu berputus asa dari rahmatAllah.” (Az Zumar: 53)

8. Orang yang gopoh makin tidak tenang hidupnya keranaselalu sahaja tersalah, tersilap, terlajak, tersasul yang merugi-kan dan menyusahkan hati.

9. Dengan sifat gopoh yang ada pada seseorang itu, orang laintidak suka berkawan. Orang takut berkawan kerana ada-kalanya kalau dia marah, mendadak sahaja tanpa muna-sabah, sekalipun pada kawannya, isteri atau anak-anaknyalebih-lebih lagi yang bukan kawannya.

10. Sifat gopoh itu bukan sahaja mendorong membuat sesuatukerja itu tanpa mengkaji lebih dahulu. Bahkan mudah sahajameninggalkan sesuatu kerja itu lebih-lebih lagi bila terasakerja itu susah dan berat, iaitu kerja akan terbengkalai dalamkehidupan.

11. Sifat gopoh seseorang itu boleh membawa seseorang itumelulu bertindak, mudah menjadikan musuh itu kawan,dan juga mudah menjadikan kawan itu musuh. Segalatindakan dan usaha-usahanya semberono, tidak berdisiplin,tidak tersusun dan teratur.

Page 115: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

92

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

12. Mudah menukar fikiran, mudah mengubah sikap, mudahmenukar prinsip, mudah dicucuk. Mudah dihasut dan me-latah hingga susah kita hendak berpegang dengan pendiri-annya. Kalau di dalam satu perjuangan mudah menyebelahmusuh atau mudah memukul kawan seperjuangan, lebih-lebih lagi setelah kena uji. Ia sangat merbahaya di dalamperjuangan.

13. Sifat gopoh itu selalu sahaja membuatkan seseorang menye-sal tidak sudah, sesal berpanjangan.

14. Gopoh itu termasuk akhlak yang buruk, perangai yanghodoh, budi pekerti yang jelik, dibenci oleh Allah Taala,Rasul dan seluruh makhluk.

15. Sifat gopoh pada seseorang itu menyebabkan dia mudahatau cepat menolak kebenaran yang dibawa oleh orang lain,tanpa fikir panjang, tanpa kaji dan selidik.

16. Sifat gopoh yang tidak dapat dikekang dan kontrol men-jadikan seseorang itu hilang sifat sabar atau menjadi orangyang tidak sabar terutama bila diuji sama ada dengan nikmatmahupun dengan bala.

PUNCA ATAU SUMBER SIFAT GOPOH

1. Punca atau sumber sifat gopoh itu benihnya adalah ciptaanTuhan semula jadi. Dia lahir sama-sama dengan tubuh kasarmanusia kemudian dibiarkan tanpa dididik hingga menjadisubur.

2. Didorong lagi oleh sifat ego atau sombong sama ada disedarioleh orang itu atau tidak, kerana sifat ego juga benihnyajuga telah Allah Taala cipta dari sejak lahir lagi, apatah lagididorong oleh faktor-faktor yang mendatang seperti adapangkat yang tinggi, kaya, ada kuasa dan lain-lain lagi.

3. Mungkin kekurangan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmuhati atau jiwa sama ada mahmudah mahupun mazmu-mahnya. Ertinya hatinya atau jiwanya terbiar tanpa dapat

Page 116: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

93

TASAWUF

pimpinan dan didikan yang sempurna secara Islam makaia terdorong dari dalamnya.

4. Boleh jadi juga faham tentang ilmu hati atau jiwa tapi lemahbermujahadah. Atau tidak bersungguh-sungguh bermujaha-dah disebabkan lemahnya iman. Atau lemah akidah dantidak tahan godaan dari luar diri yang sentiasa mencabarjiwanya.

5. Mungkin juga didorong oleh sifat-sifat tamak dan rakus ataudidorong oleh jiwa yang lemah, kerana lemahnya akidahsekalipun di sudut ilmunya pakar akidah atau pakar tauhid,tapi ilmu itu tidak dapat dihayati.

GOPOH MENJADIKAN MANUSIA MELULU

Sifat gopoh boleh menjadikan manusia itu tidak berdisiplinhidupnya dalam segala tindak-tanduk dan sikapnya terutamabila berhadapan dengan dua keadaan berikut:

Pertama: Apabila waktu senang atau mewah.

Di waktu mereka ada duit, hilang pertimbangan waktu berbe-lanja, terlalu gopoh berbelanja. Dia beli apa sahaja, macam-macam dia beli, berfaedah atau tidak berfaedah, perlu atau tidak,terutama jangan sahaja nampak barang atau benda yang dia sukaatau barang yang orang lain ada, dia akan beli. Nampak sungguhmacam orang kemarukan atau tidak siuman. Hilang rasionalsekalipun dia seorang berpelajaran, mendapat pelajaran tinggi,berjawatan tinggi, berkedudukan penting di dalam masyarakat.Akhirnya rumah macam muzium. Apabila sudah terlalu banyakhingga tidak terurus, timbullah pembaziran. Maka kesenangantidak dapat dikongsi oleh orang lain.

Kedua: Apabila mendapat kesusahan seperti miskin, sakit, ben-cana alam, kemalangan, di waktu itu mereka yang gopoh itunampak sangat melulu di dalam hendak menyelesaikan masalahatau hendak mengatasi masalah. Keluh-kesahnya begitu ketara,mukanya tidak ceria, maka mengadulah dia ke sana ke mari.

Page 117: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

94

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Dia tidak fikir orang suka atau tidak suka, sesuaikah orangnyatempat mengadu atau tidak, orang itu simpati atau benci, diaakan menceritakan masalahnya, dia akan luahkan perasaannya.Dia tidak kira orang itu jemu atau tidak jemu mendengarnya,setiap kali berjumpa mesti bercerita tentang masalah walaupunsebelum ini entah berapa kali sudah diceritakan kepada orangitu namun dia tidak jemu-jemu bercerita masalahnya.

Kalau hendak mengatasi kemiskinan hingga membuatperkara yang tidak patut, hingga menimbulkan masalah yanglebih kusut lagi seperti berhutang di sana, berhutang di sini, hing-ga hutang di sekeliling pinggang. Begitu juga kalau sakit, apabilaberjumpa sahaja ubat di mana-mana dia mesti beli, digunakanatau tidak dia tidak kira, yang penting beli. Padahal apabilasudah dibeli sekali dua sahaja digunakan atau dimakan. Kemu-dian beli lagi ubat yang jenis lain pula. Begitu sekali gopoh mem-beli ubat. Itu boleh tahan, setengahnya jumpa bomoh, sami,berubat dengan cara yang menyalahi syariat, bersandar denganTuhan langsung tidak ada, Tuhan terus dilupakan, Tuhan tidakada di dalam jiwanya. Dia rasa segala masalahnya boleh disele-saikan oleh usahanya, hingga terlalu bersandar dengan usaha,hilang disiplin diri. Bila hilang disiplin nampaklah melulunyatindak-tanduknya hingga hilang pertimbangan akal fikirannya.

BAGAIMANA MENGUBAT PENYAKIT GOPOH?

Sebelum ini telah kita katakan bahawa penyakit gopoh itu keranajiwa tidak tenang. Tidak tenang disebabkan oleh sifat ego, tamak,tidak faham perjalanan hati atau jiwa, membiarkan sifat gopohsemula jadi itu hingga menjadi subur hingga jiwa menjadikosong. Kosong daripada menghayati tauhid atau kosong meng-hayati akidah. Sekadar ada ilmu akidah, boleh jadi ilmu akidahpun tidak ada, lebih-lebih lagilah teruknya.

Ertinya iman sudah tidak ada atau telah lemah maka Tuhansudah tidak ada di dalam kamus hidupnya. Tuhan bukan tempatsandaran lagi, Tuhan tidak lagi menjadi tempat rujuk, Tuhantidak lagi dijadikan penyelesai segala masalah. Maka timbullah

Page 118: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

95

TASAWUF

jiwa tidak tenang. Apabila tidak tenang datanglah sifat gopoh.Oleh itu untuk menghilangkan gopoh kenalah tenangkan jiwaatau hati.

BAGAIMANA MENENANGKAN HATI ATAU JIWA?Di dalam ajaran Islam, semua masalah ada jalan penyelesaianatau jalan keluar. Cuma faham atau tidak sahaja, mahu atautidak. Ini kerana Islam itu agama keselamatan dunia Akhirat,penyelesai semua masalah.

Al Quran ada mengatakan:

Maksudnya: “Dan Kami (Tuhan) turunkan daripada AlQuran itu barang yang menjadi ubat dan rahmat kepadaorang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalimitu melainkan rugi.” (Al Israk: 82)

Allah SWT mengatakan bahawa Al Quran atau Islam ituadalah ubat untuk penyakit lahir dan batin. Penyakit fizikal danrohani, penyakit dunia dan Akhirat dan juga menjadi rahmatkepada seluruh dunia dan Akhirat bagi orang mukmin.

Allah SWT menyebut orang mukmin, kerana orang mukminsahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atauajaran Islam. Kalau orang kafir atau orang Islam sahaja, merekatidak akan mahu menerima atau payah mahu menerimanya.

Allah Taala ada menyebut melalui Al Quran bahawa orangmukmin sahaja mudah diingatkan dan mudah menerima ajaranIslam atau ajaran Allah Taala.

Maksudnya: “Sesungguhnya jawapan orang mukmin itu

Page 119: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

96

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

apabila diajak kepada Allah dan Rasul-Nya agar menghu-kum di kalangan mereka itu melainkan mereka berkata,‘Kami dengar dan kami patuh’.” (An Nur: 51)

Ertinya berkira dengan orang mukmin mudah, tetapi berkiradengan orang-orang Islam lebih-lebih lagi yang bukan Islamsusah sangat. Apatah lagi hendak diajak merujuk kepada AllahTaala dan Rasul-Nya, lebih liat lagi.

Justeru itu bagi orang mukmin, untuk menenangkan jiwanyaAllah Taala memberitahu di dalam satu ayat yang berbunyi:

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa mengingati Allah Taalaitu akan menenangkan hati.” (Ar Ra’d: 28)

Di sini fahamlah kita ubat kepada hati tidak tenang ialahbanyak mengingati Allah Taala. Apabila banyak mengingatiAllah Taala jiwa akan tenang. Sebaliknya, jika tidak mengingatiAllah Taala maka jiwa tidak tenang atau terasa kosong. Al Quranada menyebut lagi:

Maksudnya: “Barang siapa yang berpaling daripadamengingati Aku maka sesungguhnya baginya kehidupanyang sempit.” (Thaha: 124)

Maksudnya orang yang menolak atau melupai Tuhan sertatidak faham atau tidak mahu faham apa yang Allah Taala suruhdan larang serta tidak faham apa yang Allah Taala lakukan padadirinya maka jiwanya sentiasa sempit, tidak tenang, gelisah,resah, susah, sekalipun kaya, berkuasa, ada nama, ada glamour.

ZIKRULLAH MENENANGKAN HATI

Di dalam Al Quran jelas sekali menyatakan bahawa untuk mene-nangkan hati hendaklah mengingati Allah Taala (zikrullah).

Page 120: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

97

TASAWUF

Di sini mungkin akan ada orang yang berkata, “Orang Islamhampir setiap hari berzikir kepada Allah Taala melalui sembah-yang lima waktu, membaca Al Quran, paling tidak membacasurah Yasin malam Jumaat seminggu sekali. Selain itu sesetengahorang Islam ada zikir tambahan lagi iaitu zikir harian dan jugaada zikir-zikir khusus dibaca sekian-sekian banyak setiap hariatau minggu, namun jiwa tidak juga tenang. Dengan itu sifatgopoh kalaupun tidak serius, setidak-tidaknya masih ada lagidi dalam sikap hidupnya, masih lagi menguasai diri kebanyakanumat Islam. Padahal zikrullah telah dilakukan.

Sebagai jawapannya, zikir yang boleh menenangkan hati ituialah zikrullah (mengingati Allah Taala) yang difahami, diyakini,kemudian dihayati, hingga mendarah mendaging segala hikmahdan kehendak-kehendaknya. Bukan sekadar membaca lafazzikir, pun tidak juga sekadar tahu terjemahannya.

Berzikir dengan Allah Taala dengan berbagai-bagai bentukitu hendaklah difahami kehendak-kehendak zikir itu, diyakinidan dihayati, faham hikmah dan kehendaknya. Kita ambil satusebagai contoh:

Apabila kita menyebut alhamdulillah, hendaklah kita jadikansatu keyakinan serta dijadikan amalan bahawa setiap nikmatyang kita dapat kita disuruh bersyukur. Dan hendaklah rasasenang hati kerana dapat peluang membuat kebaikan daripadanikmat itu, di samping rasa bimbang kalau-kalau tidak dapatdigunakan untuk kebaikan.

Begitu juga apabila ditimpakan kesusahan, seperti takut,miskin, difitnah, ditimpa bencana alam, kita sebut alhamdulillahdengan penuh rasa gembira kerana kita yakin benar bahawadengan ujian kesusahan itu dapat pahala percuma atau peng-hapusan dosa atau mungkin darjat di Akhirat. Kita hendaklahyakin benar-benar dan rasakan benar-benar di dalam hati kitaapabila bertemu dengan ujian itu.

Apabila begitu keyakinan kita dan kita hayati sungguh-sungguh di dalam hati, tentulah hati kita tidak cacat apabila

Page 121: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

98

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

berhadapan dengan ujian yang berbagai-bagai ragamnya itu.Kita masih boleh menahan perasaan hingga kita tenang. Kalauada sedikit rasa sedih atau susah di dalam hati, itu hanya sebagaiperasaan fitrah semula jadi yang tidak kuat. Ia memang tidakboleh dihilangkan, namun ia tidak mencacatkan hati kita keranakeyakinan dan penghayatan di dalam hati itu terhadap apa yangAllah lakukan kepada diri kita dapat mengatasi kesedihan itu.

Ini sebagai satu contoh bagaimana zikir yang boleh mengubathati. Betapa pulalah kalau banyak zikir lain yang kita lafazkansetiap hari. Kalau kita faham, yakin dan hayati pula dan fahamhikmahnya hingga menjadi kekuatan jiwa kita dan mendarahmendaging, maka bertambah lagilah zikir yang menjadi ubathati kita yang akan menenangkan hati. Memang orang mukminyang sejati itu hati mereka sentiasa tenang.

Begitulah kedudukan dan peranan zikrullah kalau kita faham,yakin, hayati dan dijadikan panduan di dalam kehidupan kita.Inilah yang dikatakan iman itu. Sudah pasti ia menjadi ubatpenyakit jiwa (penyakit mazmumah). Tidak perlu makan piltidur, ambil dadah, arak, rokok, berhibur dengan yang haramkerana ia menambahkan rosak lagi jiwa dan fizikal serta ke-hidupan kita dan berdosa pula. Di Akhirat ke Neraka, wal’iya-zubillah.

Page 122: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

99

TASAWUF

SAJAK

Tabiat Orang Mukmin

Tabiat orang mukmin itu dia tidak malas

Tidak juga agresif

Tapi cergas dan tenang

Cergas tapi tidak merempuh orang

Cergas dengan agresif tidak sama

Cergas, aktif membuat kebaikan tapi berdisiplin

Cergas membuat khidmat

tapi tidak melanggar tata-susila

Agresif, cergas yang melulu

Aktif yang tidak berdisiplin

Cergas disertai dengan kekasaran

dan merempuh orang

Sekalipun niatnya baik

Orang mukmin itu walaupun cergas

tapi tidak gopoh

Sekalipun rajin tapi berdisiplin

Cergasnya penuh dengan hikmah dan berstrategi

Aktifnya tidak merosakkan orang

Agresif, cergas merempuh orang

Orang melihat menjadi benci dan tidak senang

Cergas membawa kepada gopoh-gapah

Hilang sopan-santun di dalam bertindak

Selalunya tindakan tidak berpandukan ilmu pengetahuan

Mengikut nafsu yang melulu dan perasaan barannya

Sibuknya tidak sedap mata memandang

07 – 10 – 1999

Page 123: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

100

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Allah Taala adalah segala-galanya. Kalau bukan kerana AllahTaala, segala-galanya tidak akan ada. Segala-galanya adakerana Allah Taala mengadakan. Kalau Dia tidak mengada-

kan, segala-galanya termasuk kita pasti tiada.

Allah Taala mengadakan sesuatu sama ada di dunia mahupundi Akhirat, nikmat dunia mahupun nikmat Akhirat, menjadikanalam ghaib mahupun alam nyata, menjadikan manusia,malaikat, jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain semuanyaada maksud, ada hikmah, bukan suka-suka lebih-lebih lagibukan sia-sia.

Setiap makhluk yang dicipta-Nya ada peraturannya, ada carakehidupannya yang tersendiri, mempunyai sistem yang tersen-diri. Malaikat ada sistem yang tersendiri, jin ada sistemnya yangtersendiri, haiwan ada sistemnya yang tersendiri, manusia adasistemnya yang tersendiri, tumbuh-tumbuhan ada sistem yangtersendiri. Begitulah setiap makhluk sama ada sebesar-besarmakhluk hinggalah sekecil-kecil makhluk, yang bernyawamahupun yang tidak bernyawa, semuanya ada peraturan dansistemnya yang tersendiri. Setiap makhluk itu adalah berjalanmengikut peraturan atau sistemnya masing-masing.

Siapa sahaja yang tidak mengikut peraturan yang Allah Taalasediakan, dia pasti binasa. Sama ada jangka pendek mahupun

JANGAN JADIKAN ALLAH TAALAKEPERLUAN BERMUSIM

14

Page 124: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

101

TASAWUF

jangka panjang. Bahkan dunia nanti binasa (Qiamat) setelahsetiap planet-planetnya tidak mengikut peraturan dan sistemnyalagi.

Seterusnya, setiap makhluk ciptaan Tuhan itu dengan per-aturan serta sistemnya, setiap gerak-geri dan gerak-lakunyatidak terlepas daripada ilmu-Nya, penglihatan-Nya, kuasa-Nya,kehendak-Nya, pendengaran-Nya, walaupun sebesar habuktidak terlepas daripada Tuhan hinggakan manusia walaupundia sudah berusaha, usaha manusia itu pun tidak terlepas dari-pada kuasa dan kehendak Allah Taala. Kemudian ke manamakhluk ini akan pergi, ke mana kesudahannya, ke mana desti-nasi akhirnya, apa nasibnya, semuanya tidak terlepas daripadaketentuan Tuhan yang telah disebut sifat-sifat-Nya di atas.

Kalau begitu, siapa Tuhan? Tentu Tuhan Maha Agung, MahaHebat, Maha Gagah, Maha Kuasa, Maha Berilmu, Maha Berke-hendak, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Sempurna,entahkan Maha, Maha apa lagi yang tidak dapat dicapai olehakal untuk mengetahui dan memikirkannya, yang tidak adamakhluk dapat menyukat maha-maha-Nya Tuhan itu.

Sifat Maha Kuasa Allah Taala sahaja sudah cukup meng-gerunkan kita. Kerana jika Allah berkata: Jadilah, terus terjadi.Jika Allah Taala berkata: Binasalah, maka binasalah benda ataumakhluk itu. Kehendak dan kuasa-Nya tiada makhluk yang da-pat menolaknya. Kalau Allah Taala berkata senang, pasti senang.Kalau Allah Taala berkata susah, pasti susah. Kalau Allah Taalaberkata hidup, pasti hidup. Kalau Allah Taala berkata mati, pastimati. Kalau Allah Taala berkata pandailah, pasti pandai. KalauAllah Taala berkata bodohlah, pasti bodoh. Kalau Allah Taalamengatakan sakitlah, pasti sakit. Kalau Allah Taala berkatasembuhlah, pasti sembuh. Begitulah seterusnya apa sahaja AllahTaala katakan pasti terjadi.

Begitulah agungnya Tuhan yang mempunyai sifat-sifat yangMaha Sempurna. Apakah Tuhan itu kita tidak perlu kepada-Nya? Tidak mahu meminta kepada-Nya? Tidak mahu ingatkan-Nya? Tidak mahu mengagungkan-Nya? Tidak cinta kepada-

Page 125: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

102

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Nya? Tidak takut? Tidak mengharap? Tidak memerlukan? Tidakmematuhi-Nya. Tidak mensyukuri-Nya?

Apakah kita boleh terlepas dari-Nya? Boleh lari dari-Nya?Boleh hidup tanpa-Nya? Boleh selamat tanpa-Nya? Tuhan se-hebat itukah yang kita hendak lawan? Hendak tidak ambil tahu?Hendak tidak peduli? Hendak sombong dengan-Nya?

Kita perlu kepada Tuhan di waktu senang, di waktu susah,di waktu miskin, di waktu kaya, di waktu aman, di waktudarurat, di waktu sakit, di waktu sihat, di waktu sempit, di waktulapang, di waktu bodoh, di waktu pandai, di waktu di rumah,di waktu di luar rumah, di waktu takut, di waktu tenang, diwaktu seorang, di waktu ramai, di waktu aman, di waktu huru-hara.

Sepatutnya kita perlu kepada Tuhan di dalam sebarang waktudan situasi, di setiap tempat dan keadaan. Jangan anggap kitaboleh bersendiri.

Tapi malangnya kebanyakan umat Islam kerana sombongnya,perlukan Tuhan di waktu-waktu tertentu sahaja. Tidak setiapwaktu dan situasi. Yakni di waktu kemarau, waktu sakit, waktumiskin, waktu bala menimpa, waktu musuh menyerang. Itu puntidak semua orang berbuat sedemikian. Ada yang lebih sombongdan angkuh lagi, di waktu kemarau, di waktu sakit, di waktubala menimpa pun tidak juga memerlukan Tuhan. Seolah-olahmemerlukan Tuhan itu rasa terhina, rasa jatuh martabat, rasamalu, rasa jatuh wibawa.

Sepatutnya Tuhan itu adalah segala-galanya, dapat Tuhandapatlah segala-galanya. Kehilangan Tuhan, kehilangan segala-galanya. Tuhan adalah hidup mati kita. Tuhan adalah duniaAkhirat kita. Dia adalah tempat rujuk, tempat mengadu, tempatbermanja-manja, tempat berhibur, tempat lari, tempat menyerahdiri. Dialah harapan kita, Dialah kebahagiaan kita yang sejati.

Page 126: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

103

TASAWUF

SAJAK

Sajak 1

Setiap Detik Engkau Perlukan Tuhan

Engkau tidak mempedulikan Tuhan

Seolah-olah engkau tidak perlu lagi kepada-Nya

Engkau rasa, engkau boleh hidup tanpa Tuhan

Padahal setiap detik engkau tidak terlepas dari Tuhan

Setiap detik engkau perlukan kepada Tuhan

Cuma engkau sahaja buat-buat tidak tahu

kepada-Nya

Kalau benarlah engkau ada kuasa dan boleh hidup

tanpa bantuan Tuhan

Aku buat satu contoh sahaja

Cuba engkau tidak terima oksigen dari Tuhan

Engkau tutup hidung engkau

Engkau tutup mulut engkau rapat-rapat

Selepas tiga minit engkau akan rasa

Apakah engkau perlu kepada Tuhan atau tidak

Engkau boleh cuba

Supaya engkau sedar siapa engkau

dan siapa sebenarnya Tuhan itu

Itu baru satu contoh sahaja

engkau tidak boleh lari dari Tuhan

Bumi yang engkau pijak, langit tempat berteduh

Akal yang engkau gunakan untuk berfikir

Makan minum engkau, pakaian

dan tempat tinggal engkau

Apakah itu semuanya tidak kena-mengena

dengan Tuhan?

Mengapa engkau sampai tidak boleh berfikir?

Mengapa engkau tidak rasa lagi bertuhan?

Page 127: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

104

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apa yang telah merosakkan engkau?

Hingga engkau tidak mempedulikan lagi Tuhan?

Jawablah sendiri

Gunakanlah akal Tuhan itu

yang ada pada diri engkau untuk menjawabnya

Agar engkau boleh merubah sikap engkau

Lepas Asar

04 – 02 – 2000

(29 Syawal 1420)

Sajak 2

Marilah Bersama-sama Mencari Tuhan

Marilah kita bersama-sama mencari Tuhan

Carilah Tuhan hingga dapat

Kita jadikan Tuhan kawan setia

Bersama-sama mencari Tuhan

tidak akan timbul pergaduhan

Bahkan akan terjadi satu haluan sesama insan

Akhirnya setelah bersama mendapat Tuhan

Akan terjadi berkasih sayang sesama manusia

Bersama mencari Tuhan tidak ada pertarungan

Tidak seperti manusia memburu dunia dan nikmatnya

Sentiasa sahaja bertarung, bersaing dan bermusuhan

Hasad dengki, tekan-menekan, jatuh-menjatuhkan

Ia tidak akan terjadi pada manusia

yang bersama-sama memburu Tuhan

Memburu dunia tidak semua dapat

Ada yang dapat ada yang tidak

Memburu Tuhan sama-sama dapat,

tidak ada yang kecewa

Memburu dunia banyak yang kecewa

Hatta yang dapat dunia

dan nikmatnya juga kecewa

Page 128: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

105

TASAWUF

Mendapat dunia menjemukan

Mendapat Tuhan tidak menjemukan

Dapat dunia tidak membahagiakan

Dapat Tuhan dapat segala-galanya

Dapat dunia hanya sebahagian

Mendapat Tuhan mendapat Zat yang kekal abadi

Mendapat dunia mendapat sesuatu yang binasa

Sama ada kita meninggalkan dia

Atau dia meninggalkan kita

Mendapat dunia ia sentiasa menipu kita

Mendapat Tuhan ertinya kita mendapat kawan setia

Menjelang tidur

10 – 11 – 1999

Page 129: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

106

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Ikhlas adalah salah satu daripada sifat-sifat mahmudah yangpaling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan, paramalaikat pun tidak tahu. Yang punya diri pun tidak dapat

mengesannya. Ia adalah penentu apakah amalan seseorang ituditerima atau ditolak oleh Allah. Ada para Sahabat bila men-dengar tentang ikhlas itu dari Rasulullah SAW mereka menangis.Mereka merasa tidak selamat. Mereka merasakan tidak mungkinmemperolehi sifat ikhlas yang begitu tinggi kedudukan dannilainya itu.

Oleh kerana susahnya untuk mendapatkan sifat ikhlas itu,Islam tidak membenarkan seseorang itu mengaku dia adalahikhlas. Siapa yang mengaku dia ikhlas kalaupun sebelum itudia ikhlas, automatik keikhlasannya terbatal. Kalau begitu, salahsekali selama ini yang berlaku di dalam kehidupan kita, seolah-olah telah menjadi budaya apabila seseorang itu memberi,menolong, membantu dengan berkata:

“Ambillah! Saya ikhlas ni!”

“Saya telah tolong dia dengan ikhlas. Kemudian dia memu-suhi saya.”

“Saya hendak tolong awak ini dengan ikhlas! Tapi saya sedih,awak menolaknya.”

ALANGKAH SUSAHNYAUNTUK BERLAKU IKHLAS

15

Page 130: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

107

TASAWUF

“Saya ikhlas hendak bagi sebanyak ini, saya bagilah!”

Di dalam menulis surat selalu ditutup dengan perkataan,“Saya yang ikhlas.”

Orang yang mengaku ikhlas, ertinya dia mengaku orang yangpaling baik. Di dalam ajaran Islam, mengaku baik itu adalahsatu kesalahan. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi ter-nafi keikhlasannya. Tiada yang mengetahui seseorang itu ikhlassekalipun yang punya diri, walaupun malaikat, melainkan Allahsahaja yang Maha Mengetahui.

Oleh itu tiada seorang yang berhak mengaku ikhlas. Cumaberusahalah untuk menjadi orang yang ikhlas. Moga-moga kitaikhlas. Setelah kita berbuat demikian moga-moga setiap amalyang kita buat itu diterima oleh Allah SWT.

APA ERTI IKHLAS?

Erti ikhlas itu ialah murni, bersih. Sesuatu benda itu kalaujenisnya sahaja, tidak bercampur jenis lain, dianggap benda itubersih, murni, tidak dinodai oleh benda-benda lain. Sebagaicontoh, kalau air itu semata-mata air, kalau air itu tercampursabun, nila atau tepung, air itu tidak khalis. Ertinya air itu tidakmurni lagi. Tidak mutlak lagi. Tidak bersih, tidak pure keranatercampur benda lain yang bukan jenisnya. Ertinya air telahternoda atau dinodai oleh benda yang lain. Atau ia telah diwarnaioleh benda lain.

Begitulah kita beramal, berusaha dan berjuang seperti ber-sembahyang, puasa, zakat, naik haji, membaca Al Quran,mengajar, berdakwah, memberi, menolong, motivasi, forum,ceramah dan belajar adalah kerana Allah Taala, kerana suruhan-Nya, kerana perintah-Nya, kerana keredhaan-Nya, keranaarahan-Nya, kerana mentaati-Nya dan patuh kepada-Nya.

Jadi perkara yang kita buat itu, seperti contoh-contoh di ataskerana-Nya adalah satu, tujuannya satu, didorong oleh satu, iaituAllah SWT. Demi untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Tidak

Page 131: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

108

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bercampur dengan kerana-kerana yang lain selain kerana AllahTaala. Itulah yang dikatakan orang yang ikhlas, iaitu dia mem-buat kerja-kerja tadi kerana-Nya murni. Tujuannya bersih. Do-rongan dari satu iaitu Allah SWT.

Jika niat atau dorongannya telah tercampur dengan kerana-kerana lain atau ada terselit niat-niat lain di dalam kerana Allahitu, dorongannya bukan satu lagi tapi sudah menjadi dua atautiga. Misalnya, niat membuat kerja itu dicampur sama keranariyak, megah, nama, glamour, pangkat, duit, kerana orang minta,kerana takut orang tidak suka, untuk mental exercise, keranaboring di rumah, kerana hendak lari daripada masalah, keranaingin sokongan atau undi, kerana hendak menguji kemampuan,kerana hendak berlawan, kerana hadiah, kerana piala, keranakawan. Maka orang itu sudah tidak khalis lagi di dalam kerja-kerjanya. Ikhlas sudah tiada, sudah tidak murni, ikhlasnya telahternoda.

Justeru apa yang dibuat itu ‘kerana Allah’nya telah bercampurdengan kerana-kerana yang lain. Oleh itu ‘kerana Allah’nyasudah tidak bersih atau tidak murni lagi, niatnya telah bersekutu.Niatnya telah syirik, iaitu syirik khafi. Di Akhirat nanti Allahmeminta orang itu, “Pergilah minta pahala daripada orang yangawak keranakan itu.” Allah Taala tidak akan membalas kebaikanapa-apa kepada orang itu kerana tujuan dia beramal itu tidakkepada Allah lagi atau tidak sepenuhnya kerana Allah Taala tapiada kerana yang lain selain Allah Taala.

Untuk berlaku ikhlas di dalam sebarang perbuatan kita amatsusah sekali. Terutama kerja-kerja dan amalan yang ada hubungkait dengan kepentingan umum atau dengan orang ramai atauamalan yang terdedah kepada pandangan umum seperti cera-mah, dakwah, mengajar, belajar, gotong-royong, membaca AlQuran di hadapan khalayak, forum, wawancara, memberi ha-diah, memberi bantuan di hadapan umum atau di hadapanorang ramai. Lebih-lebih lagi bagi orang yang jarang memikirkanhati, kurang muhasabah hatinya, hatinya dibiar atau terbiar,jarang diambil tahu atau diambil kira, selalunya lebih banyak

Page 132: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

109

TASAWUF

terjebak kepada tidak ikhlas. Ramai yang nawaitunya tercampurdengan hal-hal huzuzunnafsi, kepentingan atau tujuan diri samaada disedari atau tidak disedari kerana kurang menyuluh hati.

Adakalanya amalan itu awal-awal lagi nawaitu atau niatnyatelah rosak. Ibarat membuat rumah atau bangunan di ataslumpur maka awal-awal lagi rumah atau bangunan itu runtuhdi awalnya lagi. Kalau tidak di awalnya, rosak pula di perte-ngahan jalan. Kadang-kadang di awal-awal dan di pertengahanjalan masih hatinya kerana Allah, tidak bercampur kerana-kerana yang lain selain Allah Taala, tapi dia terjebak di hujungatau di akhir perbuatannya.

Di sini saya datangkan contoh bagaimana ia boleh terjadi.

a. Niat rosak di awal lagi.

Katalah kita hendak berdakwah di satu tempat pada hari sekian-sekian. Sama ada kita yang membuat program itu, mahupunpenduduk tempat itu menjemput kita. Hati kecil kita punberkata:

“Ha! Inilah masanya aku akan popular.”“Aku akan terkenal!”“Adalah peluang duit poket!”“Aku akan hentam puak-puak ini yang menjadi musuh aku

selama ini.”“Barulah mereka tahu siapa aku!”“Padanlah muka mereka nanti!”

Usaha dakwahnya rosak sama sekali! Di awal-awal lagi sudahtidak ada keikhlasannya. Bukan kerana Allah Taala tapi keranadiri kita sendiri atau kerana tujuan menghentam, tapi kitamenggunakan hak-hak Allah sebagai alat. Ini ibarat melukis diatas air atau membangunkan rumah di atas lumpur.

b. Rosak di pertengahan.

Bagaimana pula rosak di tengah-tengah atau di dalam perjala-nannya. Mula-mula memang dibuat kerana Allah. Hati berkata:

Page 133: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

110

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

“Aku wajib menyampaikan seruan Allah itu. Lebih-lebih lagipeluang sudah ada atau sudah terbuka.”

“Aku mesti mengisi program itu. Aku tidak ada apa-apakeuzuran. Kalau aku tidak mengisi program itu nanti Allahmarah. Insya-Allah aku akan pergi berdakwah di tempat itu.”

Waktu sedang menyampaikan dakwah dengan petahnya,dengan bahasa yang indah, dalil-dalil dan hujah-hujah yangfasih, orang ramai pun mengangguk-angguk. Begitu ceria mukamereka mendengarnya dan menerima apa yang kita sampaikanmenunjukkan ada respon dari orang ramai. Hati kita pun ber-bunga. Syaitan pun menghembus-hembuskan ke dalam hatiuntuk kita lupa dengan Allah. Kita pun terasa luar biasa. Hatikita pun membisikkan kepada kita:

“Hebat aku ni!”“Boleh tahan juga aku ini.”“Payah juga orang lain hendak menandingi aku.”

Di pertengahan dia rosak. Rosak di dalam perjalanan. Ke-ikhlasannya tadi telah diungkaikannya semula. Dia telah ber-kongsi niat di antara Allah dengan dirinya sendiri, syirik khafi.Ibadahnya atau kebaikannya berdakwah itu telah dibatalkan.Ibarat membuat rumah atau bangunan, sedang membinanyabelum pun siap lagi telah diruntuhkan semula.

c. Rosak di hujung.

Di awalnya sebelum berdakwah itu niatnya sudah bagus. Diahendak berdakwah di tempat dan masa sekian-sekian, tujuannyabetul kerana Allah. Dia ingin menunaikan tanggungjawab untukmenyampaikan risalah Tuhan kepada umat. Apabila sampaimasanya, berhadapan dengan orang ramai, dia pun menyam-paikan dakwahnya. Di waktu itu hatinya masih baik. Belumtergugat lagi. ‘Kerana Allah Taala’nya masih belum terungkailagi. Tapi dalam perjalanan pulang dari majlis dakwah itu, adakawan yang sama-sama berada di dalam keretanya pun ber-cakap:

Page 134: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

111

TASAWUF

“Ustaz bercakap tadi sedap betul.”

“Saya tengok orang ramai di majlis itu mengangguk sajatanda memberi respon.”

“Ustaz ni kalau terus-menerus boleh membuat dakwah ini,ustaz akan lebih lagi lincah dan matang.”

Hatinya terus berbunga. Ujub pun datang. Syaitan membisik-kan di dalam hatinya bahawa dia orang yang mampu danberkebolehan. Dia telah lupa kemampuan itu anugerah dariAllah Taala yang Maha Pengurnia. Patut dia malu kepada Tuhankerana Allah Taala telah memberi dia berkebolehan di dalamberceramah atau pidato.

Maka terbatal pula ibadahnya. Pahala dakwahnya malam itutelah terkorban. Ibarat membangunkan rumah atau bangunan,siap-siap sahaja rumah itu, ia pun runtuh.

Apa yang kita bawa ini adalah sebagai satu contoh. Kitabolehlah kiaskan kepada usaha-usaha dan kerja-kerja yang lain.Apakah usaha dan kerja itu kita buat kerana Allah atau keranakita seratus peratus atau bercampur kerana Allah dengan keranakita.

Berdasarkan apa yang kita tulis ini, masya-Allah, terasasungguh oleh kita susahnya untuk menjadi orang yang ikhlas,sedangkan ikhlas itu adalah roh ibadah. Penentu apakah ibadah-ibadah itu tertolak atau diterima.

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelumini, kalaupun ada berbuat, sudah tentu payah sekali hendakmengelakkan daripada huzuzunnafsi ini. Iaitu ada tujuan keranadiri. Kalaulah bukan bantuan dan pimpinan-Mu Tuhan, rasanyasebarang amalan yang kami buat mungkin tertolak semuanya.

Para pembaca, di sinilah rahsianya mengapa kadang-kadangusaha dan perjuangan kita itu tidak berkesan, walaupun usahasudah dilakukan, respon orang ramai pun ada, tapi kesannyatiada. Orang ramai tidak juga berubah dari dakwah kita itu. Apayang diucapkan oleh mulut kita tidak sama di hati. Apa yang

Page 135: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

112

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dicakapkan oleh mulut kita sudah cantik, tidak ada cacat celanya,tapi cacat di hati. Jadi apa yang diucapkan oleh mulut itu hanyajatuh di mulut orang ramai. Orang ramai memuji-muji kita,mengulas-ulas dan memperpanjang-panjangkan ceramah kita.Namun hati tidak berubah apa-apa kerana di sini terhijab ban-tuan daripada Allah Taala disebabkan niat atau hati kita telahrosak oleh mazmumah riyak dan lain-lain lagi. Di waktu itu sifat-sifat taqwa kita sudah ternafi. Allah Taala tidak akan menolongorang yang tidak bertaqwa.

Oleh itu marilah kita membuat kerja-kerja kebaikan denganhati yang tunduk, yang tawadhuk, penuh malu kepada Tuhan,rasa takut dan cemas. Takut kalau-kalau amalan kita itu ditolakoleh Allah Taala. Firman Allah:

Maksudnya: “Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,Aku titiskan ia dalam hati hamba-hamba-Ku yang Akukasihi.” (Hadis Qudsi)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak meman-dang gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada didalam hati kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah kita berhati-hati moga-moga kita selamat.

Ya Allah, berilah kami selalu hidayah dan taufik-Mu agarperjalanan lahir dan batin kami berjalan selari menujukeredhaan-Mu, ya Allah!

Page 136: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

113

TASAWUF

SAJAK

Ikhlas Roh Ibadah

Ikhlas adalah roh ibadah

Tidak ada ikhlas, ibadah tidak ada roh

Ibadah tidak ada, roh ibadah yang mati

Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh

Nyawa sudah tidak berguna

Ertinya ibadah dan kebajikan

yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya)

ibadah dan kebajikan itu tidak diterima

Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit

tapi murni (ikhlas)

daripada banyak, ikhlasnya tidak ada

tertolak semuanya

Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga

Kerana ia penentu ibadah atau kebaikan kita

ditolak atau diterima

Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan

hendak ikhlas

Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata kerana Allah Taala

Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya

Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya

ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima

Tanda seseorang itu ikhlas di antaranya:

1. Orang puji atau keji sama sahaja. Dipuji hati tidak berbunga,

dikeji hati tidak pula derita.

2. Kalau dia rajin atau beribadah sama ada di waktu seorang

atau di waktu ramai, sama aja.

3. Kerana rajin bekerja atau buat kebaikan, dia tidak marah

kalau orang lain tidak menolongnya.

4. Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang

Page 137: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

114

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

lain yang mengganggunya atau tidak buat kerja.

5. Kalau dia membuat ibadah atau buat kerja, hatinya tidaklah

pula berkata moga-moga ada orang melihat supaya ada

orang memujinya.

6. Setiap kebaikan yang dia buat dia tidak suka orang lain

melihatnya takut hatinya berbunga.

7. Kalau dia dipuji susah hatinya, kalau dia dikeji hatinya boleh

menerimanya, hati kecilnya berkata, “Aku hamba memang-

lah ada cacat celanya.”

8. Dia membuat baik bukan kerana digesa-gesa, kemudian

membuatnya kerana malu dengan manusia.

9. Dia membuat bukan kerana sudah kehendak masyarakat,

kalau tidak dibuat apa kata orang pula.

10. Kalau dia dipuji dia rajin atau buat, kalau dia dicaci dia

tidak rajin atau tidak buat.

11. Kebaikannya suka sangat hendak menyebut-nyebutnya

supaya orang tahu.

12. Di hadapan orang dia rajin, bertertib dan berakhlak, jika

seorang dia buat hendak cepat-cepat dan cincai-cincai.

Untuk kita dapat tahu kita ini

ikhlas atau tidak atau kurang ikhlas

padankan yang 12 tadi dengan hati kita

Menjelang Zuhur

02 – 03 – 2004

Sajak 2

Takutilah Perosak Amalan

Takutilah riyak, ia adalah pemusnah amal

Takutilah kibir kerana ia merosakkan kebajikan

Jauhilah pemarah, ia merosakkan amal soleh

Ibarat api meleburkan besi

Takutilah syirik kerana ia menghapuskan

seluruh ibadah dan kebajikan

Page 138: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

115

TASAWUF

Hindarkanlah nama dan glamour di dalam beramal

Ia ibarat jatuhnya najis di dalam kuah

Semuanya rosak tidak boleh dimakan

Atau ibarat racun termasuk di dalam makanan

Semuanya sekali rosak

Menjaga amal lebih susah daripada beramal

Periksalah hati, adakah di dalamnya mazmumah?

Ia adalah ibarat racun maknawi di dalam kebaikan

Kebaikan tidak menjadi kebaikan lagi

Kebaikan dianggap kejahatan

Awasilah mazmumah

Ia selalu sahaja menipu diri kita di dalam beramal

Di suatu masa orang yang pernah dibantu, memusuhi

Hati kecilnya berkata, ‘Eh! orang ini tidak mengenang budi!’

Keikhlasannya ditarik semula

Allah! Susahnya amalan diterima

Periksalah hati selalu

Menjelang tidur

03 – 08 – 2001

Page 139: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

116

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sangat mendalam hingga terserlah pada mukanya dan sikaphidupnya. Misalnya merendah diri, pemalu, sabar, redha, tenang,pemurah, tawakal, pemaaf, bertolak ansur dan berdisiplin,sehingga melihat mukanya mengingatkan kita kepada Allah danhari Akhirat. Melihat mukanya kita rasa senang dan tenang.

2. Sikap orang mukmin dengan syariatSyariat sangat dijaga. Pakaiannya menutup aurat, bersih dankemas. Makan minumnya sangat dijaga yang haram dansyubhatnya. Pergaulan dijaga daripada bergaul bebas lelaki danperempuan yang bukan muhram. Matanya selalu ditundukkan.Percakapannya disukat dan dikawal daripada tersalah dan ter-silap. Pendengarannya juga begitu, sangat dijaga daripada men-dengar perkara-perkara yang haram. Masanya tidak dibiarkanterbuang dengan sia-sia. Setiap peralihan waktu dia pandaimenggunakannya untuk diisi dengan perkara-perkara yangberfaedah atau kerja-kerja yang sesuai dengan waktu itu.

3. Dengan gurunyaDia sangat menghormati gurunya. Malu ketika di hadapannya,

ORANG MUKMINDAN SIKAPNYA

16

1.Sikap orang mukmin dengan Allah, TuhannyaTuhan sangat dibesarkannya, melalui ibadah sembahyang,zikir, membaca Al Quran, tasbih dan tahmid. Rasa bertuhan

Page 140: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

117

TASAWUF

merendah diri dengannya. Sekalipun guru yang mengajarnyatentang ilmu dunia. Jasa gurunya selalu dikenang seperti menye-but-nyebut nama dan jasa. Bila ada masa selalu menziarahinya,memberi bantuan dan hadiah. Bukan sahaja gurunya dihormati,bahkan isteri-isteri gurunya dan anak-anak gurunya dihormati.Kesalahan gurunya dilupakan, apatah pula dihina dan diberimalu serta diumpat, pasti tidak akan dilakukannya, sebaliknyaselalu mendoakan gurunya pula.

4. Dengan ibu bapaIbu bapa sangat dihormati, sangat merendah diri di hadapannya,jasa mereka selalu dikenang, bahkan dibalas selalu. Kesusahan-nya dibantu. Kalau senang diberi hadiah selalu. Selalu men-ziarahinya, sering mendoakannya, aibnya ditutup, bercakapdengan ibu bapa tutur bahasa sangat dijaga. Kalau ibu bapanyamemarahinya, dia tidak akan melawan. Kalaupun perlu ber-cakap sekadar menjelaskan.

5. Dengan kawanPandai bergaul dengan kawan, setia dengan kawan. Kesusahankawan ditolong dan dibantu apatah lagi kalau diminta. Sukamenziarahi kawan kalau ada masa. Janjinya ditepati, aibnyaditutupkan, anak dan isterinya dimuliakan. Kesalahannyadimaafkan walaupun tanpa diminta. Kalau dia yang membuatsalah cepat-cepat meminta maaf. Menziarahi kawan memilihwaktu, waktu ziarah tidak meliarkan mata, kehormatan keluargakawan dijaga.

6. Dengan manusia umumnyaDalam pergaulan dengan manusia umumnya, pandai pulamenyesuaikan diri. Dalam pergaulan dia sedar diri hingga pan-dai meletakkan diri pada tempatnya sesuai dengan kedu-dukannya. Pandai melayan orang sesuai dengan kedudukannyadan mengikut tarafnya. Kalau dia seorang yang pandai, ataukaya, atau berpangkat, dia tidak akan sombong atau menunjuk-

Page 141: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

118

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

nunjuk diri di depan orang ramai. Dia tetap tawadhuk danmerendah diri. Dan kalau dia orang yang serba kurang tidakpula rasa rendah diri atau hina diri lebih-lebih lagi tidak mudahdihambakan orang. Kalau dia susah, tidak akan meminta-mintaapalagi menipu. Dia tetap menjaga maruah dirinya. Mudahmemberi salam dan mudah pula menjawab salam orang.

7. Dengan tetamuDia sangat menghormati tetamu, mengutamakan keperluantetamunya, sangat dijaga seperti makan minum dan tempattinggalnya. Datangnya disambut, kepulangannya dihantarhingga di hadapan pintu atau di hadapan rumahnya hinggahilang dari pandangannya. Memberi hadiah kepada tetamu ataumemberi buah tangan kalau ada di waktu mampu.

8. Dengan anak isteriDia mengelokkan pergaulan dengan mereka. Memberi nasihatdan memimpin mereka selalu. Kesilapan mereka dibetulkandengan bijaksana. Sabar dengan kerenah mereka. Beribadahfardhu bersama, makan bersama. Kewajipan terhadap anak isteriditunaikan. Mendidik dan mendisiplinkan mereka di dalam se-barang perkara. Anak-anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang.Anak yang masih belajar didisiplinkan mereka. Jangan sangattunjukkan kasih sayang dan jangan tunjukkan benci. Anak yangsudah dewasa atau sudah berkeluarga, dilayan macam kawan,ajak mereka berbincang. Berbual-bual dengan mereka. Denganisteri perlu ada gurau senda yang tidak berlebih-lebihan, ber-bual-bual dengannya sesuai dengan kedudukan isteri untukmengambil dan menjinakkan hati isteri itu bagi yang ramai isteri.Bagi orang yang berpoligami, bertolak ansur dalam hal-hal yangdibolehkan. Boleh juga tidak bertolak ansur dalam hal-hal yangdibolehkan, di masa-masa tertentu untuk didikan mereka.

9. Dengan situasiOrang mukmin sentiasa menjaga maruah diri. Kalau dia lalu di

Page 142: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

119

TASAWUF

tempat-tempat yang penuh dengan keadaan-keadaan yang bolehmelalaikan dan boleh jatuh kepada haram, atau yang bolehmenggugat iman, dia tidak akan terpengaruh. Dia tetap ter-hormat dengan tidak meliarkan pandangan, tidak membukatelinga untuk laluan perkara-perkara yang melalaikan itu. Se-olah-olah dia tidak melihat apa-apa di sekelilingnya, seolah-olahtidak ada apa-apa terjadi. Hatinya tidak rosak oleh suasana seke-lilingnya. Keadaannya macamlah ikan di laut, dia tidak masinoleh masinnya air laut.

10. Dengan ilmuOrang mukmin sentiasa menambah ilmu dan pengalaman.Makin berumur semakin banyak ilmu. Semakin tua, ilmunyajuga ikut tua dan matang, semakin luas pengalaman. Ia sangatpeka dengan ilmu. Setiap kejadian diambil iktibar dan penga-jaran. Setiap isu semasa, pandai pula dia mengambil hikmahnyaserta pandai menilai buruk baiknya hingga mendapat ilmupengajaran darinya serta dia boleh menetapkan pendirian dansikapnya terhadap isu tersebut. Tambahan pula orang mukminitu sepatutnya mengambil tahu setiap kejadian di dunia ini.Sebab itu orang mukmin tidak mudah tertipu dan ditipu, tidakmudah terpengaruh dengan yang negatif tapi mudah terpenga-ruh dengan yang positif. Orang mukmin tidak mudah dicoraktapi mudah mencorak.

11. Dengan masaOrang mukmin sangat menjaga masa. Masa tidak dibuang dandisia-siakan begitu saja. Setiap masa diisi dengan sesuatu yangberfaedah. Bahkan pandai membahagi-bahagikan masa diisidengan jadual hidupnya. Ada masa untuk beribadah, ada masauntuk membaca, ada masa untuk berjuang, masa untuk men-ziarah, masa dengan anak dan isteri-isteri, masa untuk tidurbaring dan rehatnya. Kalau dia orang penting, ada masa untuktetamu dan orang-orang yang hendak berjumpa dengannya.Begitulah seterusnya masa itu sangat berharga. Masa adalah

Page 143: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

120

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

umurnya. Mensia-siakan masa ertinya mensia-siakan umurnya,dia sudah tentu tidak akan mensia-siakan umurnya.

12. Dengan harta dan mata bendaOrang mukmin bila berhadapan dengan harta dan mata bendakekayaan, sangat cemas dan bimbang, takut disalahgunakan,kerana itu dia bersyukur dengan Tuhan. Menggunakan hartabenda kekayaan itu untuk Allah dan untuk khidmat kepadamanusia lebih-lebih lagi dia sangat cemas kalau-kalau dia mem-buat kerja-kerja yang boleh membazirkan harta benda dan mem-buangnya kepada yang haram dan sia-sia. Orang mukmin me-rasa harta benda dan kekayaan adalah amanah Tuhan yang perludipertanggungjawabkan sebaik-baiknya. Untuk diagih-agihkankepada yang sebenarnya dan yang empunyanya. Terutamanyadigunakan kepada fakir miskin dan kepada jihad fisabilillah.

Page 144: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

121

TASAWUF

SAJAK

Sajak 1

Kekasih Allah Tidak Takut dan Tidak Berdukacita

Allah Taala ada berfirman, ertinya:

“Ketahui olehmu bahawa kekasih Allah itu

tidak takut dan tidak berdukacita.”

Marilah kita mentafsir dan memahami kehendak ayat ini

Moga-moga Tuhan memberi kita faham

maksud dan kehendak-Nya

Dengan itu moga-moga kita dapat menghayati

Dan menjadikan pegangan di dalam kehidupan

Di antara kehendak ayat ini:

Orang bertaqwa itu dia tidak takut

dengan manusia dan kuasa manusia

Kalau dia didatangkan ujian dari manusia

tidak pula berdukacita

Orang mukmin tidak takut dengan kemiskinan

Jika terjadi kemiskinan tidak pula berdukacita

Orang mukmin tidak takut dengan kesakitan

Kalau berlaku tidak pula susah hatinya

Orang yang bertaqwa tidak bimbang

dengan penghinaan dari manusia

Kalau terjadi tidak pula sakit hatinya

Orang mukmin tidak takut dimurka oleh manusia

Kalau berlaku tidak pula susah hati

Kekasih Tuhan itu tidak takut dan bimbang

tentang rezekinya

Kalau tidak ada, redha hatinya

Orang mukmin itu tidak takut tidak dikasihi orang

Page 145: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

122

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kalau terjadi tidak pula cacat jiwanya

Wali Allah itu tidak bimbang kalau tidak ada harta

Kalau hilang hartanya tidak pula jiwa derita

Orang mukmin tidak bimbang dengan takdir Tuhannya

Kalau terjadi tidak pula bersedih hati

Wali Allah itu tidak takut meninggalkan dunia

harta benda dan sanak-saudaranya

Dan tidak pula bersedih dengan kematiannya

Orang mukmin itu yang dia takut

hanya dengan Tuhannya

Yang dia berdukacita kalau terbuat dosa

Dia takut kalau Tuhan tidak redha

Dia susah hati kalau lalai dengan Tuhannya

Dia bimbang kalau tercabut imannya

Dia bersedih kalau cuai dengan ibadahnya

Begitulah lebih kurang maksud

dan kehendak tafsiran ayat

Moga-moga ada kebenarannya

Lepas Asar

17 – 09 – 1999

Sajak 2

Disiplin Diri Orang Mukmin

Sudahkah kita mendisiplinkan diri

Sampai waktunya kita sembahyang

Bila sembahyang bolehkah mendisiplinkan diri

tidak sembahyang seorang

Di dalam pergaulan sanggupkah kita mengutamakan orang

Orang yang tersilap dan tersalah dimaafkan

Orang yang bercakap kita sanggup mendengarnya

Kita tidak akan bercakap kalau tidak ada manfaatnya

Kalau orang menghina kita diam sahaja

atau tidak menjawabnya

Page 146: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

123

TASAWUF

Inilah di antara disiplin di dalam pergaulan

Waktu lapang adakah kita berfikir

Atau membaca atau menulis pengalaman

Atau ilmu pengetahuan atau berzikir

Agar masa tidak sia-sia dan terbuang

Mampukah kita mendisiplinkan diri

Tidak mengata orang kecuali di sudut yang dibenarkan

Kalau kita hendak tidur mampukah kita tidak tidur

Selepas Subuh dan selepas Asar

Kedua-dua waktu ini adalah dilarang tidur

sebagai kebiasaan

Tapi tidur di waktu siang iaitu waktu qailulah

sebelum Zuhur digalakkan

Apabila makan tidak suka makan seorang

Bila mencari rezeki cari yang halalnya

Tolak yang haram sekalipun banyak untungnya

Bila berpakaian di hadapan ramai bersopan

Tertutup aurat badannya

Sifat-sifat mazmumah dijauhi

Terutama sombong dan dengki

Bakhil dan tamak ditakuti

Menzalim dan sewenang-wenang sangat dibenci

Itulah sebahagian disiplin orang mukmin

Banyak lagi

Setakat ini sudahkah kita mendisiplinkan diri?

Inilah dia disiplin yang sejati

Selepas Subuh

03 – 06 – 1997

Page 147: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

124

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Hidayah adalah satu perkara yang sangat berharga keranadari sanalah sebagai titik tolak seseorang itu masuk Islam.Kemudian dari situ terus dia berusaha untuk menda-

patkan iman serta lain-lain lagi yang ada di dalam ajaran Islam.Atau seseorang Islam itu telah terbuka pintu hatinya untukberamal maka dari situlah dia berusaha untuk mempelajari ilmuIslam dari sumber Al Quran dan Hadis serta mengamalkannya.Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untukmemberi hidayah kepadanya nescaya Dia melapangkandadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam.” (AlAn’am: 125)

Kalau seseorang yang belum Islam, belum mendapat hidayahertinya hatinya belum terbuka untuk menerima Islam atau ma-suk agama Islam. Begitu jugalah seseorang yang berketurunanIslam, jika hidayah belum didapati ertinya hatinya tidak akanterbuka untuk beramal dan memperjuangkannya.

Setelah berusaha mempelajari dan setelah hati terbuka untukberamal maka selepas itu mungkin akan mendapat taufik dariAllah Taala. Ertinya apa yang diamalkan itu tepat atau berbe-

ANTARA SEBAB SESEORANGMENDAPAT HIDAYAH

17

Page 148: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

125

TASAWUF

tulan dengan kehendak Allah Taala. Maka sempurnalah Islamseseorang itu kerana seluruh amalan telah bergabung di situ diantara hidayah dengan taufik. Walau bagaimanapun setakathidayah itu pun sudah merupakan satu anugerah yang sangatberharga dari Allah Taala yang Maha Pemurah. Ini kerana darihidayah itu pintu hati telah terbuka menjadi seorang Islam, atauseorang Islam telah terbuka pintu hatinya untuk mempelajaridan mengamalkan ajaran Islam.

Oleh kerana hidayah satu benda yang berharga, bukan semuaorang mendapatnya atau memperolehinya. Walau bagaimana-pun, untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atauada berbagai-bagai cara yang tidak sama di antara satu samalain. Di bawah ini saya senaraikan beberapa sebab seseorang itumendapat hidayah iaitu:

1. Mereka lahir di dalam keluarga yang beragama, maka me-reka mendapat didikan secara langsung dan praktikaldaripada suasana keluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2. Mereka yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan ke-sedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepadakebaikan dan kebenaran. Mereka terus mencari dan menga-malkan. Golongan itu amat sedikit. Ini adalah pemberianAllah secara wahbiah.

3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa go-longan atau kelompok yang beragama Islam dan menga-malkan syariat manakala dilihat kehidupan mereka begitubaik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sen-tiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta me-lihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama danideologi serta bergaul dengan golongan itu maka akhirnyamereka bertemu dengan kebenaran itu.

5. Golongan yang mendapat pendidikan Islam, mendengarceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka mereka sebahagiannya mendapatpetunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

Page 149: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

126

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

6. Golongan yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuhmiskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencanaalam dan lain-lain lagi. Di situ dia sedar dan insaf. Lantaranitu dia kembali mendekatkan diri kepada Allah SWT.

7. Ada golongan yang mendapat kebenaran kerana Allah berimereka mengalami alam kerohanian seperti mimpi melihatalam Barzakh, mimpi melihat orang kena azab atau diasendiri yang kena azab atau melihat Kiamat atau Allahperlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih, danlain-lain lagi benda yang ajaib. Selepas itu mereka punkembali kepada kebenaran.

8. Ada orang yang sedar setelah melihat ada golongan ataukeluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumahbesar, kaya-raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tapikehidupan keluarga itu sentiasa porak-peranda, krisis seringberlaku, kasih sayang tidak ada, masing-masing membawahaluan sendiri, ukhwah tiada. Maka dari peristiwa itu me-reka sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup di dunialagi tidak menjamin mendapat kebahagiaan, apatah lagi diAkhirat kelak.

9. Ada golongan yang mereka sendiri alami kehidupan me-wah, serba ada, apa hendak dapat, pangkat ada, duit banyak,namun kebahagiaan tidak dirasai. Hidup di dalam keluargaporak-peranda. Lantas mereka insaf dan sedar, akhirnyamencari jalan kebenaran.

10. Ada golongan yang dapat petunjuk kerana ada orang yangsoleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa-nya dikabulkan oleh Allah. Maka Islamlah dia, seperti kisahSayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doaRasulullah SAW.

HIDAYAH DAN TAUFIK KENALAH JAGA

Hidayah dan taufik adalah merupakan intan berlian maknawidan rohani. Ia adalah sangat berharga. Seperti jugalah intan

Page 150: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

127

TASAWUF

berlian yang bersifat maddi (material). Sesiapa yang memili-kinya, dia dianggap orang kaya dan mulia. Begitulah orang yangmemiliki intan berlian maknawi dan rohani. Dia merupakanorang kaya Tuhan. Dia telah mendapat segala-galanya. Sesiapayang mempunyainya, hidupnya terpimpin. Akhlaknya mulia.Syariatnya terjaga. Imannya teguh dan bercahaya dan diamenjadi orang yang berbahagia.

Perlu diingat, hidayah dan taufik seperti jugalah barang yangberharga, umpama emas, intan, berlian, ia boleh hilang. Olehitu kenalah jaga dan pelihara sebaik-baiknya agar ia janganhilang dari kita. Barang yang hilang dari kita, susah hendak me-milikinya semula melainkan terpaksa berhempas pulas berusahamencarinya. Kalau tidak ia tetap terus hilang dari kita buatselama-lamanya.

Oleh kerana itulah Allah SWT mengingati kita di dalam AlQuran:

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkaugelincirkan hati-hati kami selepas Engkau memberi kamipetunjuk dan kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu. Sesung-guhnya Engkau adalah Maha Pemberi.” (Ali Imran: 8)

MENJAGA HIDAYAH DAN TAUFIK

Bagaimana menjaga dan memelihara hidayah dan taufik agaria kekal menjadi milik kita atau agar ia tidak hilang dari kita. Diantaranya ialah:

1. Kita syukuri nikmat Tuhan yang paling berharga itu. Kitarasakan bahawa ia adalah nikmat dan pemberian yang tidakternilai.

2. Kita istiqamah mengamalkannya dengan tekun serta penuh

Page 151: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

128

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

rasa bimbang kalau-kalau Allah SWT mengambilnya semulaatau bimbang kalau Allah Taala tarik semula.

3. Kenalah mujahadah selalu dengan penuh sabar. Terutamadi waktu-waktu terasa malas hendak mengerjakan kebaikandan terasa ringan hendak melakukan kemungkaran.

4. Bergaul selalu dengan kawan-kawan yang baik. Ini sangatmembantu kita menjaga syariat di dalam kehidupan dankita terasa ada kawan.

5. Kalau kita memang orang yang dipimpin, jangan terlepasdaripada pimpinan. Adanya pimpinan itu perlu kerana kitasentiasa mendapat nasihat, tunjuk ajarnya serta ilmunyayang diberi dari masa ke semasa.

BAGAIMANA HIDAYAH DAN TAUFIK DITARIKSEMULA

Hidayah dan taufik kalau tidak pandai menjaganya ia akandiambil semula atau akan hilang semula dari kita. Di waktu itukita akan hidup terumbang-ambing. Tiada disiplin, tiada isti-qamah, malas beramal, ringan saja dengan maksiat, jiwa deritadan sengsara walaupun punya kekayaan yang banyak dan serbaada. Di antara sebab-sebab hidayah dan taufik ditarik balik ialah:

1. Kita derhaka dengan guru kita yang pernah memberi tunjukajar kepada kita dan lari dari pimpinannya. Di waktu itukita kehilangan pemimpin. Terumbang-ambinglah hidupkita.

2. Derhaka dengan dua ibu bapa. Kita sia-siakan kedua-dua-nya. Kita biarkan ibu bapa tidak terurus dan terjaga hinggaterbiar kehidupan kedua-duanya. Lebih-lebih lagi kalau diamarah atau rasa tidak senang dengan kita.

3. Apabila jiwa kita telah terpengaruh dengan dunia, makadengan ibadah sudah tidak seronok atau telah mula terasaberat mengerjakannya. Maka ia perlahan-lahan luntur danmula cuai, dengan halal dan haram mula tidak ambil kira,

Page 152: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

129

TASAWUF

akhirnya takut dengan Tuhan perlahan-lahan dihakis darihati kita hingga hilang semuanya sekali.

4. Menzalim orang lain. Dengan sebab menzalim, rasa takutdengan Tuhan sedikit demi sedikit dicabut. Selepas itu cuaipun datang. Malas beribadah. Kemungkaran dan maksiatsedikit demi sedikit sudah berani dibuat. Begitulah seterus-nya hingga hanyut dan tenggelam di dalam maksiat.

5. Mula bergaul bebas dengan orang-orang yang tidak menjagasyariat. Kemudian terus terasa seronok dengan kebebasanitu. Kemudian terus terlajak dan sedap dengan perbuatanitu dan selepas itu terus hanyut dengan arus kemungkarandan maksiat. Takut dengan Tuhan pun lenyap.

Page 153: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

130

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Hidayah Suatu yang Mahal

Hidayah suatu yang mahal

Taufik lebih lagilah bertambah mahal

Mahalnya tidak boleh ditukar gantinya

Sekalipun dengan mata benda yang paling mahal

Intan berlian yang diidam-idamkan oleh manusia

Hidayah dan taufiq harta yang paling berharga

dunia dan Akhirat

Intan berlian harta benda yang berharga di dunia aja

Kiamat dunia hanyutlah dia tidak sampai ke mana

Hidayah dan taufik hingga ke Akhirat kekal abadi

Tiada hidayah, tiada taufik hidup tidak ada erti

Atau hidup sia-sia tiada gunanya

Sekalipun kita menjadi orang yang paling kaya

atau paling berkuasa

Hidup di dunia panjang umur pun tiada gunanya

Justeru itulah Islam memerintahkan

Di dalam doa pintalah hidayah serta taufik-Nya

Apabila keduanya dapat menjadi milik kita

wah mulianya

Hidup di dunia miskin papa pun tidak mengapa

Kekayaan Akhirat sedang menunggu kita

di dalam Syurga

Panjatkanlah doa, mintalah hidayah dan taufik

Semoga kita mendapat rahmat Allah

sepanjang masa di dua negara

12 – 05 – 1997

Page 154: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

131

TASAWUF

Sajak 2

Hidayah dan Taufik adalah Hak Tuhan

Setiap manusia boleh berusaha

Usaha tidak memberi bekas

Ia hanya diperintah oleh Allah Taala

Tapi hidayah dan taufik adalah hak Tuhan

Ia adalah sangat berharga dan mahal

Ia adalah rahsia Tuhan,

Dia memberi kepada sesiapa yang Dia suka

Hasil usaha manusia dia jadi pandai

Tapi hidayah dan taufik tidak mesti dia dapat

Sekalipun hafaz Al Quran, Hadis di dalam kepala

Tidak semestinya dia dapat hidayah dan taufik dari Tuhan

Menjadi orang alim boleh, tapi hidayah dan taufik hak Tuhan

Ertinya orang alim pun belum tentu ilmunya menjadi panduan

Siapa pun boleh menceritakan Islam

Tapi Islam itu tidak mesti menjadi pakaiannya

Kerana hidayah dan taufik itu tidak mesti didapati

oleh orang yang boleh menceritakan

Beberapa banyak para motivator Islam

Hanya dia sebagai saluran mencari makan

Namun tukang cakap tidak mesti mengamalkan

Pensyarah Islam tidak semestinya dia muslim

Orang Islam pun tidak mesti mengamalkan Islam

Memanglah hidayah dan taufik itu sangat mahal

Penentu kebahagiaan manusia di dunia dan Akhirat

Ia adalah hak Tuhan

Ia adalah rahsia Tuhan

kepada sesiapa sahaja boleh Dia berikan

Oleh itu pinta hidayah dan taufik selalu kepada Tuhan

Kerana ia adalah aset yang paling berharga

untuk keselamatan insan

Menjelang tidur

28 – 08 – 2001

Page 155: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

132

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Seorang Islam yang tegas dengan prinsip ialah orang yangkuat berpegang dengan agamanya dan sentiasa meng-amalkan ajarannya. Tegas dengan hukum-hakamnya.

Memperkatakannya dengan tidak segan silu. Memperjuangkan-nya dengan gigih dan berhikmah di mana saja dia berada, tidakkira di waktu mana, di dalam keadaan apa dan di dalam situasidan kondisi yang bagaimana pun.

Begitulah yang dikatakan orang yang ada prinsip. Ia tidakdapat digugat oleh keadaan, dihalang oleh tempat dan dihenti-kan oleh suasana, kecuali ada kuasa yang menghalang ke atasdirinya, sedangkan dia di waktu itu tidak ada daya dan upayamelawannya. Misalnya dia ditangkap oleh musuhnya atau diadibuang di suatu tempat yang dia tidak mampu melepaskandirinya. Maka waktu itu, banyak hal dan amalan yang biasadibuat tidak dapat dibuatnya oleh keadaan tadi. Dia tidak bolehmelakukannya kecuali hanya di dalam hati. Ini ertinya sudah didalam keadaan darurat.

ORANG ISLAM YANG TEGAS DAN TEGUHDENGAN PRINSIP

Orang yang tegas dengan prinsip, dia tidak peduli apa orangkata, dia tidak fikir orang. Dia tidak malu-malu atau takut

TEGAS DENGAN PRINSIP

18

Page 156: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

133

TASAWUF

kepada sesiapa. Yang dia fikir, dia dengan Tuhannya. KeranaIslam itu benar-benar menjadi pegangan hidupnya, diyakini dandihayati, telah mendarah mendaging dan telah sebati dan men-jadi tabiat dirinya. Dia rasa Islam adalah hidup matinya hinggamenjadi cita-cita perjuangannya. Kalau ada amalan-amalanIslam itu yang dia terlupa mengamalkannya, terlalu amat kesaldirasakannya. Dan dia sangat tersinggung kalau ada orangmenentang dan menghina agamanya.

Oleh itu dia sanggup susah dengan Islam. Sanggup berkorbanuntuknya. Dia lebih sayang Islam daripada dirinya sendiri bah-kan sanggup mati kerananya. Orang ini tidak akan boleh diugut-ugut atau dihalang. Namun dia tetap mencari jalan mengamal-kannya dan memperjuangkannya sama ada Islam itu dapatdiamalkan atau diperjuangkan atau dia mati kerananya.

SEBAB TEGAS DENGAN PRINSIP/BERPRINSIP

Orang Islam yang tegas dengan prinsip tidak ramai sekalipundi kalangan para pejuang dan pendakwah-pendakwah atau da’i-da’i. Oleh kerana itulah Islam amat susah diterima oleh orangramai sebagai cara hidup. Lebih-lebih lagi orang kafir, merekasangat takut dengan Islam.

Di antara sebab-sebab seseorang Islam itu tegas berpegangdengan prinsip atau dikatakan orang ada prinsip ialah:

1. Kerana seseorang itu mendapat pendidikan yang betul danbaik. Mungkin bernasib baik berada di dalam keluarga yangkuat mempertahankan prinsip dan mendapat guru yangbaik pula.

2. Islam yang dipelajari oleh seseorang itu sangat dihayatibukan sekadar ilmu atau mata pelajaran yang diwajibkan.

3. Seseorang itu ada cita-cita. Islam bukan setakat untuk diri-nya tapi inginkan agama Islam itu menjadi cara hidup dialam sejagat ini.

4. Kerana seseorang itu benar-benar faham tentang Islam,

Page 157: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

134

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

kemudian diamalkannya untuk diri dan keluarganyakemudian diperjuangkannya ke tengah masyarakat.

5. Kerana seseorang itu bernasib baik bertemu dengan jemaahIslamiah yang baik kemudian mendapat pemimpin yangbaik yang boleh menyampaikan Islam secara baik danpemimpin itu benar-benar boleh menjadi contoh peri-badinya.

6. Seseorang itu berjiwa besar. Kerana rasa besar dan banggadengan agamanya yang datang dari Tuhan yang Maha Besardan Maha Agung. Dia rasa seronok mengamal dan mem-perjuangkannya.

ORANG YANG TIDAK TEGAS ATAU TIDAKTEGUH DENGAN PRINSIP

Biasanya orang Islam yang tidak teguh dengan prinsip ataupegangan hidup dikatakan orang yang tidak ada prinsip. Diamengamalkan Islam itu tidak istiqamah. Kadang-kadang buat,kadang-kadang tidak. Bertukar sahaja suasana dia pun bertukarsikap. Berpindah saja tempat, dia longgar dengan syariat. Kalaubergaul sahaja dengan orang yang lalai maka dia pun ikut sertalalai. Bila berhadapan saja dengan orang-orang besar, amalanbiasa yang selalu dibuatnya dia pun malu hendak membuatnya.Kalau ada orang yang bercakap bertentangan dengan Islam disesuatu majlis, lebih-lebih lagi kalau majlis itu majlis orang-orangbesar, dia diam sahaja. Sudah tidak berani lagi memberi pan-dangan. Dia rasa rendah diri atau inferiority complex di dalammajlis itu. Keberaniannya hilang. Hanya mendengar sahaja apayang orang kata. Begitu juga sibuk saja kerja, prinsip pun ter-tinggal. Susah hati sedikit, hukum-hakam pun terlanggar. Sakitsahaja sedikit, syariat pun cuai.

SEBAB ORANG ISLAM TIDAK TEGAS DENGAN PRINSIP

Antara sebab orang-orang Islam tidak lagi tegas dengan prinsipadalah seperti berikut:

Page 158: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

135

TASAWUF

1. Kerana sudah jahil dengan ajaran Islam. Apabila sudah jahil,bagaimana hendak mengamalkannya. Betapalah pula untukmemperkatakan dan memperjuangkannya.

2. Kalaupun dia seorang yang alim, tapi tidak teguh denganprinsip ialah dikeranakan oleh kelemahan iman atau jiwalemah. Lemah iman kerana cinta dunia. Cita-cita Islamsudah tidak ada.

3. Kerana mengamalkan Islam itu secara tradisi atau ikut-ikutan, bukan atas dasar keyakinan dan kesedaran ber-agama.

4. Seseorang yang mengamalkan Islam itu kerana dididik olehsuasana, bukan kerana didikan oleh satu pengajian danikutan. Apabila bertukar suasana maka dia pun bertukarprinsip hidupnya.

5. Seseorang yang belajar atas dasar ilmu atau mental exercise,bukan atas dasar penghayatan. Dia belajar itu mungkintujuan makan gaji dan sebagainya. Orang itu akan hanyutmengikut arus masyarakat walaupun dia mempunyai ilmuIslam.

6. Seseorang yang mendapat didikan Islam secara kasar danpaksa, bukan mendapat didikan yang penuh berhikmahserta dapat mengikut suri teladan yang baik. Apabila bebasdaripada suasana itu, maka dia pun bebas meninggalkanatau membuat secara cuai.

7. Seseorang yang asalnya tegas dengan prinsip, entahkanmacam mana satu masa terpengaruh dengan dunia yangmenipu, maka dia pun berubah prinsip hidupnya daripadategas kepada cuai mengamalkan atau lalai mengamalkan-nya.

8. Mungkin seseorang itu lemah kerana dia keseorangan.Kawan-kawan tidak ada, maka di sini keberaniannya men-jadi kurang atau luntur. Maka di dalam suasana yang ter-tentu, tidak berani lagi dia memperkatakan kebenaran itudengan tegas.

Page 159: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

136

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

9. Boleh jadi juga seseorang itu kerana ujian yang teruk, diatidak tahan lalu kecewa serta diburu oleh ketakutan. Akhir-nya dia longgar atau rasa serik mengamalkan prinsip hidup-nya.

ISLAM MENYURUH TEGAS, BUKAN KERAS

Ajaran Islam menganjurkan kepada kita agar tegas mengamal-kannya, tegas mengeluarkan hukum. Tegas menyampaikannyaatau memperkatakannya dan gigih memperjuangkannya dimana saja dan di dalam keadaan apa sekalipun. Islam tidakmenyuruh kita berlaku keras tapi menyuruh tegas. Islam adalahagama kasih sayang dan lemah lembut, bukan agama keras tapidisuruh tegas.

Kebanyakan umat Islam terutama para pejuang dan pen-dakwah-pendakwah melakukan kekerasan di dalam perjuanganatau di dalam dakwahnya tapi dia sendiri tidak tegas mengamal-kannya. Di dalam mengamalkan, sama saja dengan orang lain.Di dalam menyampaikan, suaranya lantang dan keras memper-katakan hukum-hakamnya. Tegas kalau untuk orang lain tapiuntuk diri sendiri longgar dan cuai.

Di dalam menyampaikan Islam, dia mengata, mengumpatdan menuduh kepada golongan-golongan yang tertentu. Ada-kalanya hingga sampai maki-hamun, mengutuk dan menem-pelak orang yang tertentu, tapi dia sendiri syariatnya cuai, akh-laknya rosak, maruahnya tidak dijaga. Mereka menyangka caraitulah yang dikatakan tegas.

Sebenarnya sikap mereka itu bukan tegas tapi keras. Tegasertinya memperkatakan hukuman yang sesuai dengan kehendakIslam. Disampaikan dengan penuh berhikmah dan kasih sayang,tidak ditujukan kepada mana-mana golongan tapi untuk semua,terutama diri sendiri. Dan orang yang berkata dan memper-juangkan itu mempunyai peribadi yang baik dan mempunyaiakhlak yang mulia kerana dia tegas mengamalkan Islam itu lebihdahulu di dalam diri mereka dan tegas berpegang dengan

Page 160: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

137

TASAWUF

hukum. Begitu juga tegas mendidik anak dan isteri serta ke-luarga. Agar mereka mengamalkan ajaran Islam itu serta sangatmenghormati hukum-hakam. Begitulah orang yang tegasdengan prinsip.

Oleh kerana tidak tegas mengamalkan Islam tapi kerasmemperkatakan dan memperjuangkannya, maka orang ramaijadi benci dengan Islam. Lebih-lebih lagi orang kafir, merekatakut dengan Islam. Melihat peribadi para pejuang dan para da’iserta keluarga mereka, Islam itu tidak ada di dalam diri mereka.Yang mereka lihat ialah kekerasan dan kekasaran. Keindahantidak dapat dilihat kerana bersikap keras bukan tegas.

Page 161: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

138

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Orang yang Ada Prinsip Hidup

Orang yang ada prinsip hidup itu

adalah orang yang beragama

Kerana mempertahankan prinsip,

dia tidak berubah mengikut suasana

Dia kayakah atau miskin, sikapnya sama

Bertemu orang besar atau orang kecil,

amalan kebiasaannya tetap dipertahankan

Bagaimana sibuk sekalipun, amal ibadahnya

tidak akan dicuaikan

Dia tidak akan inferiority complex

bertemu orang kaya sekalipun dia miskin

Dia boleh bergaul dengan sesiapa

sekalipun dia berpangkat dan kaya

Walaupun berhadapan dengan keadaan apa sekalipun,

disiplin hidupnya tetap dipertahankan

Syariat tetap dijaga,

maruahnya tidak dikorbankan oleh suasana

Di waktu susah atau senang,

sikap hidupnya tidak berubah

Di masa sakit atau sihat, sikap hidupnya sama sahaja

Berubah suasana,

dia tidak akan mengubah sikap hidupnya

Kata-kata dan penghinaan orang

tidak akan menggugat pendiriannya

Keyakinannya tidak akan berubah

dengan berubahnya suasana

Dengan Tuhan sangat taat

dengan cara menjaga syariat-Nya

Page 162: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

139

TASAWUF

Walau dalam keadaan apa sekalipun

Begitulah orang yang hidup yang ada prinsip

Dia tetap istiqamah di dalam mempertahankan

disiplin hidupnya

Kerana rasa bertuhan begitu dijiwainya

Rasa kehambaan subur sekali

Menjadikan dia orang yang ada pendirian

Yang tidak dapat digugat oleh suasana kehidupan

Walau di dalam keadaan apa sekalipun

dia tetap dengan prinsipnya

Page 163: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

140

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Pepatah pujangga Islam ada berkata yang bermaksud:“Sesungguhnya bangsa itu wujud ketika mana masihwujud akhlak mereka. Bilamana akhlak mereka punah

maka dianggap mereka tidak wujud lagi.”

Agar selamat dunia Akhirat, umat Islam hendaklah mem-bangun, berkemajuan dan bertamadun bersama akhlak yangterpuji. Tamadun mestilah ditegakkan bersama akhlak dan disip-lin hidup yang mulia. Kalau tidak, walaupun mungkin berjaya,megah di dunia sahaja, di Akhirat akan kecundang. Ini keranasegala usaha dan kemajuan itu tertolak dan tidak diterima olehAllah, maka Nerakalah padahnya.

Selain itu, jika umat Islam membangun dan berkemajuantanpa akhlak, ketenangan, keselamatan dan keharmonian hiduptidak akan tercapai. Kemajuan tanpa akhlak, umat Islam hanyamemperolehi sekadar kemudahan hidup atau kemewahan se-mata-mata. Namun, sebagaimana yang telah disebutkan sebe-lum ini, pembangunan dan kemajuan yang dibangunkan tidakbertunjangkan iman dan taqwa iaitu bersama akhlak yang mulia,ia ada side effectnya. Ia tidak terlepas daripada gejala-gejalamasyarakat yang tidak sihat dan kemungkaran. Ia tidak terlepasdaripada berlakunya perpecahan, jatuh-menjatuhkan, khianat-mengkhianati dan lain-lain lagi. Maka dengan itu kekuatan umat

UMAT ISLAM MESTIMEMBANGUN DAN BERTAMADUN

BERSAMA AKHLAK MULIA

19

Page 164: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

141

TASAWUF

Islam tidak akan kekal lama. Kemajuan semata-mata, ia pasticepat runtuh jika orang-orangnya tidak dibangunkan insaniah-nya.

Selain itu kemajuan yang tidak berserta akhlak mulia, kitaakan dibenci oleh bangsa-bangsa di dunia. Mereka akan mengu-tuk, sakit hati dan kita akan mendapat banyak musuh. Lihatlahapa yang berlaku kepada bangsa-bangsa Eropah, Amerika danRusia. Di zaman kemegahannya, mereka kuat, tapi dunia benci.Mereka maju, tapi dunia tidak senang. Mereka bertamadun, tapimereka tidak disukai. Orang bersandar dengan mereka secaraterpaksa bukan secara rela. Dunia akui mereka berilmu dan maju,tapi dunia benci kerana perangai mereka, insaniah merekaadalah seperti haiwan.

Di dalam kemajuan dan tamadun, mereka membawa berma-cam-macam penyakit dan masalah kepada dunia. Hari ini tidakada dunia yang tidak diserang oleh penyakit-penyakit dari Baratdan Amerika seperti penzaliman, pendedahan aurat, kemis-kinan, pelacuran, pembunuhan, rompak, curi, disko, perjudian,minum arak, perogolan, hidup nafsi-nafsi, tidak hormat ibu bapa,binatang-binatang lebih disayangi daripada manusia, homo-seksual, lesbian, AIDs, pergaulan bebas dan seribu satu macampenyakit kekufuran dan moral.

Apakah kita umat Islam hari ini sedang berjuang ke arahkemajuan, pembangunan dan tamadun seperti yang telah diciptaoleh Barat dan Amerika? Apakah kemajuan dan tamadun sepertiyang telah diperjuangkan oleh orang Barat yang kita mahu ba-ngunkan? Apakah kemajuan seperti itu boleh membawa kebaha-giaan dunia Akhirat?

Kalau cara itu yang kita mahu, tidak payah kita menyebutAl Quran dan Sunnah. Tanpa Al Quran dan Sunnah pun mung-kin kita boleh laksanakan. Kita juga tidak perlu jadikan Islamsebagai panduan jika kita hendak bertamadun secara Barat. Inikerana telah banyak bangsa di dunia yang bertamadun tanpaIslam, sepertimana bangsa Rom, Farsi dan Yunani. Kemudiandiikuti oleh Barat dan Amerika. Hingga hari ini belum ada negara

Page 165: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

142

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

yang sedang membangun dapat mengatasi kemajuan mereka,sama ada di bidang ilmu, pembangunan, kemajuan sains danteknologi, ekonomi, ketenteraan dan lain-lain. Tapi bagaimana?Dunia kutuk Barat, dunia tidak senang hati dengan mereka.

Oleh itu umat Islam harus berjuang untuk bangun membinakekuatannya yang tersendiri, yang mempunyai bentuk danidentiti tersendiri, yang berlainan, yang unik dan dapat menga-tasi mereka tapi disenangi oleh manusia sejagat serta memberikebaikan dunia dan Akhirat.

Umat Islam pernah membina tamadun dan peradaban fizikaldan spiritual (kerohanian) memakan masa beratus tahun lama-nya. Mereka pernah membawa keamanan dan keharmonian,mereka menguasai dunia dan disenangi, mereka menjadi guru-guru yang dihormati, penaung yang melindungi, adil di dalammelayani, tapi sekarang semuanya telah hilang. Kita umat Islamwajib mencari semula barang yang hilang itu. Ia ada tersembunyidi dalam Al Quran dan Sunnah. Kita wajib keluarkan kembaliagar ia menjadi satu tenaga super power yang akan melindungidan menyelamatkan dunia sekali lagi.

Page 166: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

143

TASAWUF

SAJAK

Mengapa Derhaka dalam Membangun

Islam tidak melarang membangun,

bahkan menggalakkan

Mampu membangun, membangunlah

Tapi mengapa derhaka di dalam membangun?

Islam membenarkan berkemajuan

Sejauh yang termampu buatlah

Mengapa berkemajuan bersama kederhakaan?

Atau berkemajuan membuat yang haram?!

Tidak bolehkah membangun dan berkemajuan

tanpa derhaka serta hindarkan perbuatan haram

Gunakanlah kebebasan

Tapi jangan sampai merobek-robek hak asasi manusia

Atau hingga melanggar larangan Tuhan

Buatlah apa sahaja tapi jangan menjolok mata

Hingga separuh telanjang pun tak apa?

Pakaian jarang jadi budaya

Jangan sampai terlanggar akta

Jangan pula undang-undang dilanggar

Atau untuk golongan tertentu aja

Berusahalah untuk kemajuan

Untuk keluarga, untuk bangsa, untuk negara

Jangan pula sampai agama terhina

Atau agama tidak diambil kira

Carilah kekayaan, perolehilah kesenangan

Tapi jangan makan seorang

Hidup di dunia ini kenalah fikir semua hal

Di dalam memikirkan diri, fikirlah juga orang

Di dalam membangun dan berkemajuan,

agama jangan korbankan

Page 167: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

144

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Di dalam menegakkan kebebasan,

jangan korbankan maruah

dan adat resam yang mulia

Di dalam berusaha untuk kekayaan dan kesenangan,

jangan menyusahkan orang

Pelajarilah dan dalamilah ilmu apa sekalipun,

tiada larangan

Tapi maruah diri, agama, bangsa dan negara

kenalah jaga

Beginilah hidup manusia sebagai hamba Allah

di dunia

Semuanya ada peraturan, ada tata susilanya,

ada panduan, ada budi bicaranya

Bukan sekadar hidup mengikut kemahuan

Bagaimana hidup, tidak dipersoalkan

Selepas Asar

07 – 05 – 1997

Page 168: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

145

TASAWUF

Dalam kitab ada menyebut bahawa Hadis Rasulullah SAWada memberitahu:

Maksudnya: “Bukanlah kebaikan itu orang yang me-ninggalkan dunianya kerana Akhiratnya dan tidak jugaorang yang meninggalkan Akhiratnya kerana dunianya se-hinggalah memperoleh kedua-duanya sekali.” (Riwayat IbnuAsakir)

Oleh kerana ada Hadis menyebut seperti di atas, maka lum-rahlah orang bercakap termasuk orang yang cinta dunia danbergelumang dengan dunia. Bahkan semua golongan bercakaptentang ini. Maklumlah dunia itu mudah manusia cenderungkepadanya apatah lagi apabila ada hujah dan dalilnya pula, lagi-lah ada alasan mereka memburunya tanpa memikirkan panduandan guidelinenya. Mereka buru dunia semahu-mahunya, tidakkira cara mana dan bagaimana.

Di antara cakap-cakap yang selalu kita dengar dan baca samaada di pentas-pentas dakwah, di majlis-majlis ceramah, di pen-tas-pentas politik, di dalam majlis-majlis pengajian, di dalam

BAGAIMANA MENGIMBANGIANTARA DUNIA DENGAN AKHIRAT

20

Page 169: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

146

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bualan harian, melalui TV, surat khabar, majalah dan lain-lainlagi seperti berikut:

“Dunia pun kita hendak, Akhirat pun kita hendak.”

“Janganlah tinggalkan dunia kerana Akhirat. Begitulah jugajangan tinggalkan Akhirat kerana dunia. Tuhan suruh kitamengambil kedua-duanya sekali iaitu dunia dan Akhirat.”

“Akhirat memanglah kita tidak boleh nafikan tapi kita kantinggal di dunia sekarang, hendak fikir juga tentang dunia.”

“Akhirat, Akhirat juga. Dunia, dunia juga. Jangan lupa kedua-duanya.”

“Kalau kita tidak ada harta dunia, Akhirat kita pun tidaksempurna. Habis bagaimana hendak berzakat, kalau kita tidakada harta?”

“Kalau kita tidak ada harta, bagaimana hendak naik haji.”

“Bagaimana hendak membuat kebaikan kalau tidak adaduit.”

“Ambillah dunia, tapi jangan sampai lupa Akhirat.”

“Dia itu asyik ibadah sahaja, apa anak isteri hendak makan?”

“Ibadah, ibadahlah. Bekerja kena juga untuk mencari rezeki.”

“Siapa hendak memberi makan anak isteri?”

“Dia itu sama naik. Dunia pun dia buru, Akhirat juga diaburu.”

Ada yang bercakap lebih hebat lagi dan memeranjatkan kita,“Dia itu walaupun penari atau pelacur tapi dia sembahyang.”

Inilah di antara kata-kata yang kita dengar daripada yangdiucapkan oleh orang kampung hinggalah orang bandar, pen-dakwah, tok-tok guru, alim ulama, penceramah, ahli-ahli politik,ahli-ahli ekonomi, pembesar-pembesar dan lain-lain lagi.Apabila kita mengambil kedua-duanya sekali barulah seimbangkata mereka.

Bagi orang yang gila dunia, cakap-cakap macam tadi sudah

Page 170: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

147

TASAWUF

cukup memberangsangkan dan sudah memadailah untukdijadikan hujah dan dalil untuk memburu dunia tanpa lagi me-mikirkan bagaimana caranya, bagaimana syarat-syaratnya, caramengambil kedua-duanya sekali itu bagaimana. Pada merekacakap-cakap itu sudah memuaskan hati. Tidak ada yang menge-lirukan lagi. Maka mereka burulah dunia dengan tidak fikir halaldan haram. Tidak memikirkan cara mana dan bagaimana yangdibenarkan. Yang penting buatlah apa cara asalkan mendapatkeuntungan.

“Tuhan kan menyuruh kita mencari kekayaan? Asalkanjangan tinggalkan sembahyang! Bulan puasa, kita puasalah. Sam-pai masa nanti kita naik haji sudahlah.”

Bagi orang yang hendak mencari kebenaran yang mahukankedua-duanya, juga masih terkeliru. Ucapan-ucapan itu masihbersifat umum. Mereka masih bingung kerana huraiannya tidakada. Takkan begitu sahaja. Mesti ada cara-caranya. Mesti adasyarat-syaratnya. Mesti ada panduannya. Akhirat itu Akhiratyang macam mana? Dunia pun dunia yang macam mana.

Itulah pendirian orang yang ikhlas dan ingin cari kebenaran.Mereka tidak menolak pandangan yang berpendapat bahawadunia Akhirat itu kenalah diambil kedua-dua sekali. Tapi cakapmacam itu pada mereka masih belum boleh lagi untuk dijadikantindakan. Takut nanti terjatuh ke dalam kesalahan. Mereka mahupenjelasan. Mereka mahukan panduan. Mereka memerlukanhuraian. Mengambil keduanya secara melulu, itu bukan ajaranIslam.

Islam mesti ada peraturan mengenai kedua-duanya. Islamadalah ajaran yang indah, selamat menyelamatkan. Mengambilkedua-duanya mesti ada caranya. Bila melaksanakannya, me-nyenangkan. Tidak ada was-was lagi.

Kalau kita ingin menganalisa dan membaca kehendak-kehendak mereka yang tersirat daripada cakap-cakap mereka,seolah-olah pada mereka mengambil dunia atau Akhirat itu, iaitumengambil kedua-duanya sekali ialah:

Page 171: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

148

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

“Kita carilah dunia sebanyak mana pun, tak usah fikir halaldan haram. Tak usah fikir bagaimana caranya. Buatlah apa sahajadan buatlah cara mana pun asalkan mendapat keuntungan. Tapijangan tinggal sembahyang, puasa, zakat, naik haji bila mampu.Itulah yang dimaksudkan dengan kehendak Hadis itu. Iaitudunia kena buat, Akhirat pun kena buat. Kita carilah dunia tapiagama jangan ditinggalkan. Carilah kekayaan, buatlah kema-juan. Buatlah pembangunan tapi jangan tinggal sembahyang danlain-lain seperti yang telah disebutkan tadi.”

Kalau kita terima begitu saja pandangan mereka itu, ia adalahamat merbahaya. Ia keliru dan mengelirukan. Kita akan terjatuhnanti ke lembah kesesatan.

Kita memang disuruh mengimbangkan di antara dunia danAkhirat. Bahkan kita wajib menerima bahawa dunia dan Akhiratitu mesti seimbang. Kalau tidak seimbang di antara dunia danAkhirat atau agama dan dunia, kita akan terjebak kepada kesa-lahan dan kesilapan yang besar. Di waktu itu agama akan rosak,dunia juga akan rosak. Oleh itu keseimbangan di antara kedua-duanya amat perlu sekali.

Badan manusia contohnya, kalau makan minum tidak seim-bang, iaitu jenis-jenis apa yang dimakan untuk keperluan dankesihatan tubuh, nescaya badan tidak akan sihat. Ia akan menim-bulkan masalah kepada badan. Badan akan berpenyakit. Mung-kin macam-macam penyakit yang akan menyerangnya. Begitu-lah juga mesti ada keseimbangan di antara dunia dengan Akhiratatau di antara agama dengan dunia. Kalau tidak, pasti akanberlaku kerosakan.

Oleh itu keseimbangan di antara dunia dan Akhirat perludiperjuangkan agar dunia selamat, Akhirat pun selamat. Me-mang agama Islam itu kalau dapat difaham dan mampu menga-malkannya, ia akan membawa keselamatan dunia dan Akhirat.Di sinilah keistimewaan ajaran Islam yang tiada pada agamalain.

Apabila kita telah boleh menerima bahawa dunia Akhiratmesti seimbang atau agama dan dunia itu mesti seimbang, bagai-

Page 172: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

149

TASAWUF

mana hendak mengimbangkannya? Apa maksud seimbang diantara dunia dan Akhirat? Apakah maksud seimbang di sini?Kalau menurut ukuran benda, kalau satu sama-sama satu. Kalaudua, sama-sama dua. Atau kalau ia jenis yang hendak diukuruntuk dibagi seimbang, kalau satu kaki hendaklah kita bahagisama-sama enam inci. Atau kalau dua orang yang berkongsiberniaga mengeluarkan modal yang sama banyaknya, kemudianapabila mendapat untung dua ratus ringgit maka kenalah setiaporang mendapat seratus ringgit. Atau kalau barang yang hendakditimbang yang berat satu kati maka batu mengimbangnya mestisatu kati juga beratnya. Barulah ia seimbang.

Ya! Kalau berlaku kepada alam benda sama alam benda, yangsama jenis seperti yang disebutkan di atas maka kita boleh terimadan mesti terima. Ukuran panjang kalau hendak dibahagi, mes-tilah sama-sama panjang. Jangan ada yang lebih, ada yang ku-rang. Ia jadi tidak seimbang. Kalau jenis timbang mestilah samaberatnya, begitulah seterusnya.

Tapi, apakah seimbang di antara dunia dengan Akhirat itusama seperti ukuran benda-benda tadi? Kalau kita kata ‘ya’, tang-gapan itu adalah salah kerana dua perkara yang hendak diseim-bangkan ini tidak sama sifatnya. Dunia adalah alam syahadahatau alam benda atau alam fizik. Sedangkan Akhirat pula adalahalam ghaib yang masanya tidak berkesudahan atau tidak ter-batas. Alam syahadah iaitu dunia ini masanya terhad atau ter-batas atau ada kesudahan. Agama bersifat maknawiah danrohaniah sedangkan dunia bersifat maddiah iaitu fizikal danmaterial.

Maknawiah dan rohaniah dapat ditangkap dan dirasa olehakal dan jiwa atau roh, sedangkan dunia yang bersifat maddiahitu dirasa oleh mata dan sentuhan lahir. Ia bersifat hissiah.

Kalau begitu kedudukannya, kedua-duanya tidak sama. Duaperkara yang tidak sama ini hendak diseimbangkan, mana bolehdiukur mengikut hukum logik atau mengikut teori ilmu akalatau ilmu mantik. Kalau kita lakukan juga, ia adalah sangat tidaktepat. Ia satu kesalahan besar. Satu kesilapan yang akan mem-

Page 173: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

150

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bawa kerosakan yang besar sekali. Ia akan merosakkan perananagama itu sendiri.

Oleh itu hendak mengimbangkan di antara dunia denganAkhirat atau di antara agama dengan dunia, kenalah berhati-hati. Dunia ada campur tangan manusia, tapi agama, manusiatidak boleh campur tangan langsung. Ia adalah hak mutlak AllahTaala. Oleh itu sekali lagi saya katakan berhati-hatilah.

Jadi, apa maksud seimbang di sini? Dan bagaimana hendakmengimbangkan di antara dua perkara yang berlainan sifatnyaitu? Adakah ia terasing di antara satu sama lain? Atau satu samalain itu terserap?

Kalau kedua-duanya bersifat material atau fizikal tentu bolehnampak. Tapi satu bersifat material, nampak dan boleh dirasadan satu lagi bersifat maknawiah dan rohaniah, tidak nampakoleh mata dan tidak dapat dirasa oleh sentuhan kerana ia bukanbersifat hissiah. Kalau nampak atau dapat dilihat adalah mudahdan senang untuk menyukat setakat mana yang dikatakanseimbang itu.

Pada pandangan dan pendapat saya, erti seimbang di antaradunia dan Akhirat atau di antara agama dengan dunia itu ialah:

Setiap usaha atau perjuangan yang hendak dibangunkanyang bersifat material atau fizikal seperti aspek pembangunan,ekonomi, kebudayaan, ketenteraan, pertanian, perhubungan danlain-lain lagi, hendaklah Islam sebagai pendisiplinnya atau iatidak boleh lari daripada diikat dengan tauhid dan syariat Islamatau Islam menjadi penyelarasnya.

Sebagai contoh, kita membangunkan projek mestilah mengi-kut syarat-syarat di bawah iaitu:

1. Niat membangunkannya atau tujuan projek itu dibuathendaklah kerana Allah Taala, yang mana Allah Taalamenyuruh membuat untuk kepentingan manusia.

2. Perkara yang hendak dibuat itu memang dibenarkan ataudiharuskan oleh Islam seperti membuat jalan raya ataubangunan pejabat. Bukan membuat bangunan tempat judi

Page 174: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

151

TASAWUF

atau tempat arak atau untuk tari-menari di antara lelaki danperempuan.

3. Perlaksanaannya mesti betul. Contohnya, duit untuk mem-bangunkan projek daripada hasil yang halal, jangan berlakurasuah di situ atau bahan-bahannya mesti halal.

4. Membangunkan projek itu jangan sampai tertinggal ibadahyang asas iaitu jangan sampai tertinggal atau terabai RukunIslam yang lima, terutamanya sembahyang lima waktu. Erti-nya jangan pula kerana pembangunan, tertinggal sembah-yang.

5. Digunakan secara betul seperti kegunaan untuk pejabat,tempat sembahyang, tempat pendidikan, tempat mesyuarat,benteng pertahanan, untuk tetamu, tempat perniagaan danlain-lain lagi yang jelas tidak bercanggah dengan Islam.

Lima syarat tadi itulah agamanya atau Islamnya atau Akhirat-nya. Ia telah menjadi pendisiplin di dalam membangunkandunia tadi, iaitu projek tersebut. Jadi pada dunia tadi ada Akhi-ratnya, yakni lima syarat itu. Dunia tadi telah ‘beragama’ ataudengan kata-kata lain projek-projek dunia tadi telah jadi Islamatau telah diislamkan kerana projek yang bersifat dunia itu telahmenerima syarat-syarat yang Islam kehendaki.

Kalau begitulah kedudukannya, projek-projek tadi telahmenjadi dunia dan Akhirat. Itulah juga agama, dan itu jugadunia. Maka orang yang berusaha membangunkan projek itudapat dua keuntungan, iaitu keuntungan dunia dan keuntunganAkhirat. Dunia maju kerana projek tadi dapat dimanfaatkan didunia lagi. Manakala di Akhirat diberi pahala dengan Syurgakerana mengikut lima syarat itu. Ini lebih-lebih lagi untung iaitukeuntungan yang maha besar lagi kekal abadi.

Jadi kalaulah kita faham ajaran Islam, tidak prejudis dengan-nya, mahu bersungguh-sungguh mengamalkannya dan kitajadikan Islam sebagai pengawal, maka apalah yang hendak di-takutkan dengan Islam. “Nanti kalau ikut Islam, mundur. Kitaakan ketinggalan, kita tidak maju.”

Page 175: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

152

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Fikiran begitu sepatutnya tidak timbul kerana mengikutajaran Islam, dunia yang kita bangunkan itu, benda yang satujuga. Itulah juga yang hendak jadi dunia sahajakah, atau itu juga-lah yang hendak jadi kedua-duanya sekali iaitu dunia danAkhirat.

Apabila lima syarat tadi jadi pendisiplin, jadilah usaha kitaitu tidak kira di aspek mana, ia menjadi dunia Akhirat. Bukanterpisah. Bukan terasing seperti yang difahami oleh ramai umatIslam. Maka seimbanglah sudah di antara dunia dan Akhiratatau agama dengan dunia.

Jika sekiranya lima syarat tadi tidak diambil kira, usaha kitaitu jadi dunialah semata-mata. Kalaupun tidak ada unsur-unsuryang membawa dosa tapi sayanglah dan rugilah usaha kita itukerana tidak mendapat pahala apa-apa. Hanya mendapat un-tung di dunia sahaja. Tidak sampai mendapat keuntungan diAkhirat. Maka tidak seimbanglah usaha kita itu. Hanya jadi du-nia semata, tidak jadi Akhirat sama. Oleh yang demikian makatimbul, ambil dunia tinggal Akhirat, ambil Akhirat tinggal dunia.Sedangkan perkaranya satu, kecuali ibadah asas. Apa yang sayaperkatakan itu cukuplah saya datangkan satu contoh. Kalau kitafaham, kiaskanlah sahaja usaha-usaha dan perjuangan kita itudi aspek-aspek yang lain.

Page 176: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

153

TASAWUF

SAJAK

Sajak 1

Jadikan Dunia Bernilai Akhirat

Dunia yang nampaknya hebat

Cantik dan indah mempesona setiap manusia

Kita manusia sahaja yang merasa cantik dan indah

Pada Tuhan tidak ada nilainya

sekalipun senilai habuk

Atau senilai sebelah sayap nyamuk

Kalau dunia ini ada nilai pada Tuhan

walaupun seberat habuk

Nescaya Tuhan tidak akan memberinya

kepada orang kafir

Begitu juga kalau orang Islam

Di waktu taat Tuhan beri,

di waktu derhaka Tuhan tarik

Adakalanya Tuhan beri,

adakalanya Tuhan tahan

Nescaya parahlah manusia ini

Tapi pada Tuhan, dunia sedikit pun

tidak ada nilai di sisi-Nya

Orang kafir pun Allah Taala beri makan

dan berbagai-bagai nikmat lagi

Bahkan adakalanya orang kafir

lebih banyak diberi daripada orang beriman

Begitulah nilai Tuhan terhadap dunia

Oleh kerana dunia ini tidak ada nilainya

di sisi Allah

Tuhan menyuruh kita berilah dunia ini

nilai Akhirat

Page 177: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

154

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Jadikan dunia ini jambatan ke Akhirat

Jual dunia ini untuk beli Syurga

Kalau tidak begitu, dunia ini tidak ada harga

Dunia ini kalau tidak dijadikan Akhirat

Kita hidup sia-sia, dunia akan binasa

Kalau kita gunakan dunia untuk Akhirat

Dunia sudah ada nilai Akhirat,

ia kekal abadi di sana

Menjelang tidur

29 – 09 – 1999

Sajak 2

Bagaimana Manfaatkan Dunia

Hakikatnya dunia ini adalah kotor

Ia adalah ibarat najis dan bangkai

Najis dan bangkai benda yang busuk dan menjijikkan

Kalau orang fahamlah bahawa najis itu adalah najis

Bahawa bangkai itu adalah bangkai, siapa hendak?

Tapi Tuhan telah takdirkan manusia hidup di dunia

Hidup di dunia sementara waktu

Akhirnya ke Akhirat semuanya

Tuhan menyuruh hamba-hamba-Nya

Pandai-pandailah menggunakan najis dan bangkai

Bagaimana menggunakan najis dan bangkai itu?

Kita gunakan najis dan bangkai itu

untuk membaja pokok Akhirat

Ertinya kita jadikan dunia itu Akhirat

Maka dia telah bernilai Akhirat, bukan nilai dunia lagi

Kerana itu Rasulullah SAW bersabda:

“Dunia itu adalah tanam-tanaman ke Akhirat.”

Maksudnya dunia yang asalnya bangkai dan najis

Kita jadikan baja untuk tanaman Akhirat

Ertinya bangkai dan najis telah dimanfaatkan

Page 178: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

155

TASAWUF

Kalau ia tidak dijadikan baja untuk tanaman Akhirat

Ia tidak jadi Akhirat

Ia tetap jadi dunia semata-mata yang tidak ada harga

Alangkah jeliknya dunia yang tidak jadi Akhirat

Adalah najis dan bangkai

Manusia berebut-rebut hingga bergaduh

Merebut najis dan bangkai

Kerana itulah kitab ada menyatakan:

“Dunia yang tidak jadi Akhirat, ia adalah bangkai,

Yang menuntut bangkai itu adalah anjing.”

Ertinya, manusia yang memburu dunia

yang tidak jadi Akhirat

Seperti anjing memburu bangkai

Menjelang tidur

01 – 11 – 1999

Page 179: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

156

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apabila menyebut kekayaan atau kaya, yang cepat menang-kap pada fikiran umum atau apa yang cepat teringat olehkebanyakan orang ialah kekayaan harta dan wang ringgit.

Kebanyakan orang tidak terfikir bahawa ada kekayaan-kekayaanyang lain. Kalaupun ada yang terfikir bahawa kekayaan itubukan harta dan wang ringgit sahaja atau bukan semata-matawang ringgit dan harta, tapi kekayaan bentuk lain itu kurangdiminati atau kurang sangat diperkatakan dan dibualkan orang.

Ini menunjukkan di antara fitrah semula jadi manusia ialahingin kaya atau kekayaan. Yang sangat menjadi tarikan dan mi-nat ialah kekayaan harta dan wang ringgit. Ini menunjukkankekayaan wang ringgit dan harta atau kekayaan mata bendadunia sangat mempengaruhi jiwa dan fikiran manusia.

Justeru itulah kita lihat di dalam pengalaman hidup manusiabahawa manusia itu bertungkus-lumus pagi dan petang, siangdan malam bekerja keras mencari kekayaan harta dan wangringgit, bahkan mereka mencari ilmu, berkawan, bahkan ada-kalanya berkahwin pun adalah kerana dengan tujuan untukmencari kekayaan harta dan wang ringgit. Begitulah pengaruhkekayaan wang ringgit dan harta kepada kebanyakan manusia.

BAHAGIAN KEKAYAAN

Yang sebenarnya kekayaan di dalam kehidupan manusia di

KEKAYAAN DAN FALSAFAHNYA

21

Page 180: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

157

TASAWUF

dunia ini bukan kekayaan harta dan wang ringgit sahaja. Banyaklagi kekayaan lain yang jarang diperkatakan oleh manusia.Bahkan ada kekayaan yang lebih baik daripada wang ringgitdan harta. Di bawah ini kita akan senaraikan bahagian-bahagiankekayaan di dalam kehidupan manusia di dunia ini:

1. Kaya dengan wang ringgit dan harta

2. Kaya ilmu dan pengalaman

3. Kaya dengan anak-anak

4. Kaya dengan pengikut

5. Kaya jiwa

6. Kaya budi bahasa

7. Kaya dengan kawan dan kenalan

KEKAYAAN WANG RINGGIT DAN HARTA

Salah satu tarikan kepada manusia ialah kekayaan harta danwang ringgit. Di sini ada dua golongan manusia; satu golonganmencari harta dengan yang halal semata-mata dan satu golonganlagi mencari harta tidak kira halal dan haram semuanya disapubelaka. Apa sahaja yang boleh mendatangkan kekayaan, dia buatsama ada dengan judi, tipu, menjual arak, rasuah, membukarumah pelacuran, disko dan sebagainya.

Islam tidak melarang umatnya mencari kekayaan kerana iasesuai dengan fitrah manusia itu tapi dengan beberapa syaratiaitu:

1. Hendaklah mencari kekayaan dengan cara halal.

2. Apabila kaya, cukup haul, hendaklah membayar zakat.

3. Hendaklah menjadi orang pemurah.

4. Hendaklah digunakan kekayaan itu kepada jalan Allahseperti membantu fakir miskin, membangunkan rumahibadah atau tempat pendidikan, membantu orang berdak-wah dan lain-lain lagi.

Page 181: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

158

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

5. Jangan ada pembaziran dan membuang-buang harta tidakmenentu.

6. Jangan digunakan untuk maksiat dan menderhakai AllahTaala.

7. Jangan mencari harta hingga meninggalkan perkara-perkarayang asas di dalam Islam seperti mengabaikan fardhu ain,jangan meninggalkan sembahyang, puasa, sampai masahendaklah naik haji.

8. Kena tunaikan wajib yang aradhi seperti pada satu masamasyarakat Islam perlukan satu bangunan untuk pendi-dikan, masyarakat umum di kalangan umat Islam sudahtidak mampu lagi memberi derma kerana susahnya, makaorang yang kaya pada mereka adalah wajib aradhi mem-biayai bangunan itu kerana dia mampu.

9. Orang kaya mesti sanggup jadi bank kepada masyarakatnya.Hayati cerita di bawah:

Ummul Mukminin Aisyah r.a berkata bahawa dia pernahmendengar Rasulullah SAW bersabda, “Kulihat Abdul Rahmanbin Auf masuk Syurga dengan merangkak.”

Sebahagian Sahabat menyampaikan cerita Aisyah itu kepadaAbdul Rahman, lalu dia pun menemui Aisyah dan berkata:

“Engkau telah memperingatkan aku suatu Hadis yang takpernah kulupa akannya. Dengan ini saksikanlah bahawa seluruhkafilah ini dengan muatannya kupersembahkan untuk fi-sabilillah.”

Dia juga pernah berkata, “Sungguh kulihat diriku, seandainyaaku mengangkat batu nescaya kutemukan di bawahnya emasdan perak.”

Dia sering menangis dan berkata, “Sesungguhnya aku khuatirdipisahkan dari sahabat-sahabatku kerana kekayaanku yangmelimpah.”

Justeru itu segala kekayaan yang ada dilaburkannya di jalanAllah. Sehingga pernah dikata orang:

Page 182: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

159

TASAWUF

“Seluruh penduduk Madinah berserikat dengan Abdul Rah-man bin Auf pada hartanya. Sepertiga dipinjamkan kepadamereka, sepertiga lagi dipergunakannya untuk membayar hu-tang-hutang mereka dan sepertiga sisanya diberikan dan dibaha-gikan kepada mereka.”

Dalam Al Quran ada menyebut:

Maksudnya: “Umpama orang yang menafkahkanhartanya kerana mengkehendaki keredhaan Allah danmenetapkan (keimanan) hatinya.” (Al Baqarah: 265)

KELAZIMAN SIKAP ORANG KAYA

Selalunya orang kaya Islam majoritinya apa yang berlaku didalam sejarah, tidak bersyukur kepada Allah Taala denganmembuat perkara-perkara seperti di bawah ini:

1. Selalunya mendapatkan kekayaan tidak kira halal haram.

2. Sombong dengan manusia dan sombong juga denganTuhan.

3. Menjadi orang yang bakhil dan kedekut.

Padahal Tuhan berfirman:

Maksudnya: “Hai orang yang beriman, nafkahkanlahsebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadamusebelum tiba hari yang tidak ada jual beli pada hari itu, tidak

Page 183: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

160

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

ada persahabatan dan tidak ada pertolongan (yakni hariKiamat). Dan orang-orang kafir itu adalah orang-orangyang aniaya.” (Al Baqarah: 254)

4. Menjadi orang yang tamak iaitu rasa tidak cukup. FirmanAllah:

Maksudnya: “Orang yang menyimpan emas dan perakdan tidak membelanjakan kepada jalan Allah maka merekaitu akan ditimpa azab yang pedih.” (At Taubah: 14)

5. Lalai dengan Allah Taala serta cuai dengan syariat-Nya.

6. Tidak mahu mengeluarkan zakat.

7. Menyalahgunakan kekayaan dengan memberi rasuahkepada ahli politik yang berkuasa kerana hendakkan tenderdan hendakkan projek-projek.

8. Apatah lagi hendak bertanggungjawab kepada keperluan-keperluan masyarakat yang aradhi sudah tentu tidakberlaku. Kalaupun ada bantuan dari mereka, ada udang disebalik batu.

Sejarah menceritakan kisah Sa’labah bin Hatib yang asalnyamiskin telah menjadi kaya raya setelah didoakan oleh RasulullahSAW. Semasa dia miskin, setiap waktu Sa’labah bersembahyangjemaah dengan Rasulullah. Selesai sembahyang, Sa’labah ber-gegas pulang ke rumah kerana isterinya pula hendak sembah-yang. Rupanya dia menanti pakaian yang dipakai oleh Sa’labahitu untuk dia memakainya pula. Begitulah miskinnya hidupmereka.

Sa’labah berkata kepada Rasulullah SAW, “Doakanlah kepadaAllah kiranya Dia memberikan aku rezeki harta. Jika aku men-dapat kekayaan nescaya akan aku korbankan ke jalan Allah.”

Rasulullah SAW menjawab, “Harta sedikit yang engkau

Page 184: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

161

TASAWUF

syukuri lebih baik daripada banyak harta tetapi engkau tidakmensyukurinya.”

Sa’labah rupanya tidak menerima nasihat Rasulullah yangnampak sifat tamak dan cinta dunia dalam hatinya itu. Sebabitulah Rasulullah menasihatinya bahawa hidup miskin itu lebihbaik baginya. Tapi setelah berkali-kali Sa’labah meminta bagindamendoakannya, Rasulullah pun menunaikan permintaannya.Akhirnya Sa’labah menjadi kaya raya yang mana kambing-kambingnya berkembang biak memenuhi lembah antara duabuah bukit. Setelah kaya Sa’labah bukan saja mencuaikansembahyang berjemaah dengan Rasulullah bahkan dia menjaditamak dan kedekut. Janjinya kepada Rasulullah untuk mengor-bankan hartanya tidak ditunaikan dan apabila turun perintahzakat, Sa’labah enggan membayarnya.

Begitu juga kisah Qarun yang semasa hidupnya miskin diataat beribadah kepada Tuhan. Setelah dianugerahkan kepadanyailmu membuat emas oleh Nabi Musa a.s., akhirnya Qarun men-jadi kaya raya.

Malangnya setelah kaya, Qarun menjadi sombong dan lupaasal usulnya. Dia tidak mahu mengeluarkan hartanya untukkepentingan fakir miskin, tidak mahu membayar zakat dan lain-lain bahkan berfoya-foya dengan kekayaannya itu. AkhirnyaTuhan membenamkan Qarun berserta seluruh hartanya kedalam bumi. Alangkah ruginya nasib orang yang terpesonadengan harta dunia yang sedikit hingga sanggup menempa azabyang maha pedih di Akhirat.

KEKAYAAN ILMU DAN PENGALAMAN

Ajaran Islam sangat menggalakkan kepada penganutnya me-nuntut ilmu sama ada ilmu dunia mahupun ilmu Akhirat.

Firman Allah SWT:

Page 185: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

162

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Maksudnya: “Allah yang menciptakan tujuh langit dantujuh bumi, seperti langit, turun berkali-kali perintah Allahantara langit dan bumi supaya engkau memperoleh ilmu,supaya kamu sekalian mempunyai ilmu, bahawa Allah itukuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah sudah berilmu,sudah mengetahui segala sesuatu yang meliputi ilmu ituuntuk segala sesuatu.” (At Talaq: 12)

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Keutamaan seorang yang berilmu pengeta-huan ke atas seorang yang banyak ibadahnya, laksanakeutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golonganSahabatku.”

Mengapa Allah Taala menggalakkan umat Islam menguasaiilmu sama ada ilmu dunia dan Akhirat. Di antara hikmahnyaialah:

1. Agar mengenal Allah Taala dan boleh menyembah-Nyaserta takut dengan-Nya kerana Dia berkuasa di atas kita.

2. Supaya umat Islam tidak buta ilmu agar dari ilmu berbagai-bagai maklumat boleh diketahui.

3. Agar umat Islam terpimpin dengan syariat-Nya di dalamseluruh kehidupannya dan berakhlak mulia.

4. Agar dengan ilmu dan pengalaman manusia boleh maju didalam seluruh aspek kehidupan.

5. Agar umat Islam cinta dengan Akhirat dan mengutamakan-nya daripada dunia.

6. Agar umat Islam dengan ilmunya mudah menarik danmempengaruhi orang yang bukan Islam masuk Islam.

7. Agar umat Islam dengan ilmu dan pengalamannya pandai

Page 186: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

163

TASAWUF

mengendalikan urusan kehidupan hingga mudah dansenang menguruskannya.

8. Agar layak menjadi khalifah Allah Taala di bumi.

9. Agar dapat memimpin manusia ke jalan yang benar.

LUMRAH AHLI-AHLI ILMU

Allah Taala menginginkan kepada ahli ilmu agar menjadi sepertiyang telah kita sebut di atas tadi. Tapi lumrah berlaku dalamsepanjang sejarah manusia, ahli-ahli ilmu adalah seperti berikut:

1. Sombong apabila menjadi ahli ilmu. Dengan ilmu bukanhendak merendah diri dengan Tuhan dan dengan manusia.

2. Menggunakan ilmu sebagai mencari kekayaan dunia ataupangkat untuk kepentingan diri sendiri.

3. Tidak pun rasa takut dengan Allah Taala, itulah secara ma-joritinya kecuali sedikit.

4. Ilmu yang dimiliki tidak pun dijadikan panduan hidupkecuali di aspek-aspek tertentu.

5. Dengan ilmu yang banyak tidak pun menarik orang yangbukan Islam masuk Islam kecuali sedikit sangat. Oleh ke-rana itulah masyarakat manusia cepat menjadi jahat keranacendiakawannya jahat.

6. Ahli-ahli ilmu tidak pun menjadikan ilmu obor dalam ke-hidupan manusia. Sebab itulah masyarakat manusia cepatmenjadi jahat.

KAYA DENGAN ANAK-ANAK

Islam menggalakkan penganut-penganutnya berkahwin, bah-kan lelaki dibolehkan berkahwin sehingga empat isteri agarmendapat zuriat yang banyak. Rasulullah SAW berbanggadengan umatnya yang ramai. Kaya dengan anak ini dengantujuan seperti berikut:

Page 187: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

164

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

1. Untuk menghibur Rasulullah SAW, kerana Rasulullah SAWberbangga dengan umat atau pengikut yang ramai.

2. Agar zuriat yang ramai itu dapat dididik secara Islam,dengan itu wujudlah suatu masyarakat Islam yang kecilyang akan menjadi tapak kepada masyarakat Islam yanglebih besar.

3. Anak-anak yang ramai yang terdidik dengan Islam adalahmenjadi aset dan tenaga pelapis menyambung perjuanganibu dan bapa untuk mengembangkan ajaran Islam.

4. Agar dengan ramainya anak-anak, terdidik pula denganajaran Islam, akan memberi pahala yang banyak kepada duaibu bapanya, bahkan berkekalan selepas wafat ibu bapanya.

5. Agar kita bersyukur kepada Allah Taala kerana anak-anakitu adalah cahaya mata yang merupakan nikmat daripadaAllah Taala, dengan itu kita dapat pahala syukur.

6. Agar dengan anak-anak yang banyak terasa kebesaran dankekuasaan Allah Taala, ia merupakan ayatullah.

Biasanya apa yang terjadi pada orang banyak anak:

1. Secara umum umat Islam sudah tidak mendidik anak-anak-nya dengan didikan Islam. Oleh itu lahirlah anggota masya-rakat yang menyusahkan ibu bapa dan menjadi perosakkepada agama, bangsa dan negara.

2. Ibu bapa menjadikan anak-anak aset untuk mendapatkankekayaan dunia semata-mata.

3. Berbangga dan sombong dengan anak-anak yang banyakdan berjaya mendapat pangkat dan kekayaan dunia.

4. Tidak ada pun menjadi cita-cita ibu bapanya bahawa anak-anak yang ramai hendak dijadikan tenaga penyambungmemperjuangkan Islam.

5. Tidak ada cita-cita hendak menjadikan anak-anak atau ke-luarga sebagai tapak masyarakat Islam.

Page 188: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

165

TASAWUF

KAYA DENGAN PENGIKUT

Bagi umat Islam yang ada ilmu, ada karisma memimpin akanterjadi nanti ada pengikut-pengikut atau orang ramai cenderungkepadanya. Maka jadilah ia pemimpin secara fitrah semula jadidengan tujuan:

1. Boleh mempersatukan umat Islam dengan daya dan karismapemimpin itu.

2. Agar mereka dapat dididik secara Islam supaya kelak akanmenjadi masyarakat contoh untuk memudahkan orang lainmengikut.

3. Supaya mereka dapat dijadikan tenaga untuk memper-juangkan syariat Islam agar Islam bertambah luas dan dapatmenegakkan Islam secara global.

4. Agar dengan tenaga pengikut itu dapat diasuh supaya dapatbertolong bantu, dapat menegakkan amal makruf nahimungkar.

Biasanya terjadi kepada pemimpin terhadap pengikutnya yangramai:

1. Pemimpin biasanya berbangga-bangga dan sombongdengan banyaknya pengikut.

2. Pengikut tidak diasuh dan dididik secara Islam bahkan di-didik secara dunia atau sekular semata-mata.

3. Para pemimpin menggunakan tenaga pengikut yang ramaiuntuk kepentingan diri.

4. Tidak diajak mereka berjuang untuk mengembangkan ajar-an Islam serta menegakkan Islam secara syumul di dalamkehidupan.

5. Bahkan terdapat pemimpin menggunakan tenaga pengikutmenentang para pejuang menegakkan Islam di dalam ke-hidupan.

Page 189: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

166

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

KAYA JIWA

Orang yang kaya jiwa ialah orang yang kuat imannya, kentalkeyakinannya. Akhirat menjadi matlamat bahkan memangsentiasa ditunggu-tunggu. Terhadap dunia - ada dengan tiada,sama sahaja. Ada pun tidak menggugat jiwanya, tiada pun tidakmenggugat jiwanya. Berasa puas apa yang ada. Banyak atau se-dikit serupa sahaja. Dia rasa kaya dengan Tuhan. Harta kalautidak ada, tidak menyusahkan jiwanya. Kalau ada pula, terhiburdengan memberi. Tidak memberi lebih susah hatinya, apabilamemberi lapang hatinya. Tenang hatinya dengan ujian dankesusahan, kecuali sedikit mengikut fitrah semula jadi.

Orang yang kaya hati atau jiwa itu orang yang tidak dapatdigugat oleh dunianya, sama ada kesusahan yang menimpamahupun kesenangan yang mendatang, kecuali yang bersifatfitrah semula jadi yang tidak mencacatkan. Dunianya di tanganbukan di hati. Orang yang kaya jiwa ini, dunianya tidak dapatmelalaikannya. Bahkan kalau dunia ada di tangan, terhibur hati-nya jika memberi, susah hati jika tidak memberi.

Orang yang kaya jiwa ini Allah Taala berfirman:

Maksudnya: “Tidak merasa takut dan tidak berdukacita.”(Yunus: 62)

Maksudnya: “Orang-orang Tuhan, dengan sebab merekaitulah manusia diberi bantuan, diberi rezeki, dijauhi dari-pada bala bencana.”

Orang yang kaya jiwa tidak rasa inferiority complex denganorang kaya, raja, cerdik pandai, orang yang berkuasa dan lain-lain lagi. Orang-orang Tuhan ini, awas, jangan susahkan dia,Allah Taala akan turunkan bala. Kalau tidak jangka pendek, akanberlaku jangka panjang. Kalau mereka disusahkan, ya, merekahamba Allah, mungkin mereka susah, untuk meninggikan darjatmereka di Akhirat. Tapi Allah Taala akan susahkan manusia yangmenyusahkannya di dunia lagi. Contohnya para nabi dan rasul,

Page 190: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

167

TASAWUF

kalau mereka disusahkan, memang mereka pun mendapat kesu-sahan seperti dibunuh, dipenjara, disingkir daripada negaranya,difitnah, diberi malu. Tetapi apa yang Allah telah lakukan kepadamanusia yang menyusahkannya? Tidak perlu saya sebutkan disini, bacalah sejarah mereka.

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Ulama itu racun, sesiapa yang memakan-nya, dia binasa.”

Orang yang kaya jiwa ini dengan dunia mudah sahaja. Kalauada, mereka rasa tanggungjawab mereka kepada agama danmasyarakat amat berat kerana itulah mereka susah hati kalaumendapat kekayaan dunia. Ditakuti tidak boleh bertanggung-jawab kepada masyarakat. Kalau dunia tiada di tangan, senanghati mereka kerana ringan tanggungjawab mereka di dunia ini.

Orang yang kaya jiwa ini, kalau mereka kaya harta, ramaiboleh menumpang sama kerana dia tidak terpengaruh denganharta kekayaan yang dimilikinya. Fakir miskin terbela, orangsusah dibantu, yang memerlukan diberi, yang meminta dikasihi,orang yang berhutang diselesaikan hutangnya.

Orang yang kaya jiwa kalau dia kaya, dia menjadi bankkepada masyarakatnya. Kalau ada orang lain yang mendapatkesenangan, dia dapat bersekutu bersama rasa senang itu. Kalaudia mendapat kesusahan, hatinya tidak pula susah kecualisekadar fitrah semula jadi.

KAYA DENGAN BUDI BAHASA

Orang ini adalah kerana didorong oleh iman, maka akhlaknyamulia, lapang dada dengan kerenah manusia, mesra denganorang, tetamu dimuliakan, kawan dijaga, pemurah dengantenaga, harta, ilmu dan dengan senyuman, lemah lembut, pe-maaf, mudah minta maaf, pemalu, bahasanya dijaga, sekalikeluar bak mutiara penuh dengan ilmu dan penuh denganhikmah. Dia senang dengan orang, orang senang dengan dia.Jika ada orang yang hasad dengki atau menyusahkannya, dia

Page 191: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

168

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

mendoakannya dengan kebaikan. Dia tidak pernah gelisahdengan kejahatan orang. Orang yang menyusahkannya pulayang susah dan gelisah. Orang yang berbuat jahat dengannyapula yang tidak tenang. Orang yang menyusahkannya rasagelisah di hadapannya, orang yang disusahkan tenang sahaja.Sebab itulah orang yang kaya dengan budi bahasa, ini kalau adaorang membuat salah kepadanya, orang itulah yang sangat ter-seksa kalau orang itu bertemu dengannya. Kalau boleh hendakdielak-elakkan daripada bertemu.

Orang yang kaya dengan budi bahasa itu tidak suka menyu-sahkan orang bahkan suka menghiburkan dengan bantuan danpertolongan, suka menziarahi orang khususnya kawan-kawan-nya. Orang terhibur dengan keberadaannya walaupun orangmalu dengannya. Suka memberi hadiah kepada orang terutamakawan-kawannya, sangat mengenang jasa orang, budi orangdibalas. Orang datang berziarah, dia senang menerimanya.

Orang yang kaya dengan budi bahasa ini senang berbincangdengannya, mudah berkira, boleh berlebih kurang, mudah ber-kawan, tidak pernah tidak menunaikan hajat orang. Kalau hajatorang tidak boleh ditunaikan, susah hatinya, mudah menolongorang, hutang orang kepadanya tidak pernah dimintanya.

KAYA DENGAN KAWAN DAN KENALAN

Biasanya orang ini suka bergaul dengan orang, jauh perjalanan-nya dan suka merantau. Maka terjadilah banyak kawan dan ke-nalan dan banyak juga pengalaman. Tujuan banyak kawan dankenalan itu agar dapat belajar dengan pengalaman, yang baikdiambil, yang buruk ditinggalkan. Yang baik dijadikan penga-jaran, yang jahat dijadikan sempadan. Allah Taala ada berfirman:

Maksudnya: “Berjalanlah di atas muka bumi ini makalihatlah bagaimana kesudahan orang yang berdusta.” (AliImran: 137)

Page 192: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

169

TASAWUF

Orang yang banyak kawan dan kenalan kenalah tunaikanhak-haknya. Apabila bertemu beri salam. Apabila diberi salamjawablah salamnya. Apabila dia susah, kenalah tolong. Apabiladijemput ke rumahnya kenalah pergi tunaikan jemputannya,kecuali kalau jemputan itu ada maksiat dan kemungkaran. Diwaktu-waktu tertentu kenalah memberi hadiah. Di waktu kawanmendapat kesenangan, lahirkanlah sama rasa kegembiraan dankesenangan itu.

Di waktu kawan mendapat kemalangan dan kesusahan,lahirkanlah rasa kesusahannya. Ertinya rasa kesusahan dankesenangan bagi orang mukmin hendaklah dikongsi bersama.Berkirim-kirim salamlah dengan kawan-kawan. Di waktu agaksudah lama tidak bertemu, ziarahilah ke rumahnya dan bawalahbuah tangan. Tujuannya ialah untuk mengekalkan kasih sayang.Di waktu kematiannya atau keluarganya, ziarahilah sebagaimengucapkan takziah.

Tapi apa yang biasanya berlaku, orang yang kaya kawan dankenalan itu tidak mengikut syariat Islam. Dengan ramainya ka-wan dan kenalan, dia mengambil peluang meminta tolong selalu,suka berhutang dengan kawan, ziarah kawan dengan tujuanmenyusahkan kawan, tidak ada pun hendak bawa buah tangan,ziarah-menziarahi sudah tidak berlaku. Kebaikan kawan tidakditiru dan kejahatannya dijaja merata-rata. Berkirim-kirim salamsudah tidak berlaku. Kesusahan kawan tidak pun ingin mem-bantu. Dia berfikiran biarlah kawan memikirkan kesusahannya.Bukannya dia hendak memikirkan kesusahan kawannya.

Begitulah di akhir zaman ini berkawan tidak setia, berkenalantidak jujur bahkan berkawan itu hanya sementara waktu, diwaktu susah, di waktu berdagang, kerana berkawan di waktuitu amat perlukan bantuan. Selepas itu berkawan sudah tidakberlaku lagi.

Sebagai penutupnya, jarang umat Islam itu yang mendapatkekayaan di semua perkara, iaitu kaya harta, kaya ilmu, kayaanak, kaya pengikut, kaya jiwa, kaya budi bahasa, kaya kawandan kenalan. Kalau ada orang yang mendapat semua kekayaan

Page 193: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

170

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

ini, dia adalah manusia luar biasa. Setengah orang itu kaya satu-satu perkara atau dua perkara atau tiga perkara, tidak lebih dari-pada itu.

Kalau kita tidak boleh kaya di dalam semua perkara, carilahkekayaan ilmu dan pengalaman, kekayaan jiwa dan kekayaanbudi bahasa. Ini sudah cukup untuk menjadi manusia yangberguna di dunia dan Akhirat.

MENCARI KEKAYAAN DUNIA BOLEH TIMBULPERMUSUHAN

Perlu diingat bahawa mencari kekayaan harta dan wang ringgitselalunya terpaksa melalui pertarungan yang sengit. Selalu saha-ja ada saingan, musuhnya banyak, selalu sahaja iri hati, hasaddengki, akhirnya membawa kepada permusuhan dan perke-lahian. Bahkan bangsa-bangsa di dunia ingin menguasai politikdan ingin menguasai sesebuah negara dan sesuatu bangsa itu.

Dengan kata-kata yang lain, lahirnya penjajahan di antarasatu bangsa ke atas bangsa yang lain atau penjajahan negara keatas sesebuah negara yang lain, tujuannya tidak lain, melainkankerana hendak merebut harta dan kekayaan atau menguasai eko-nomi. Timbullah peperangan, penzaliman, diskriminasi, kelas-kelas masyarakat di kalangan manusia. Berlaku peperangandunia yang pertama dan peperangan dunia kedua, hakikatnyakerana hendak berebut atau memonopoli kekayaan dunia.

Lalu lahirlah mala petaka besar kepada bangsa-bangsa didunia, berlakulah kerosakan di atas muka bumi, terjadilah yangmenjajah menjadi kaya, bangsa yang kena jajah, jatuh miskin.Kemudian akhirnya bangsa yang kena jajah bangun berjuangmembebaskan tanahair masing-masing, pun secara umum inginmenguasai kekayaan negaranya supaya jangan selama-lamanyadikaut oleh penjajah.

Selama bangsa-bangsa di dunia berebut-rebut kekayaan hartadan wang ringgit menjadi matlamat, maka selama itulah duniatidak akan aman. Bangsa-bangsa di dunia akan sentiasa ber-

Page 194: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

171

TASAWUF

musuhan di antara satu sama lain. Peperangan tidak akan habis-habis dan berkesudahan.

PERJUANGAN YANG PALING SELAMAT

Perjuangan yang paling selamat ialah memperjuangkan ke-kayaan ilmu, kekayaan budi bahasa dan kekayaan jiwa. Memper-juangkan kekayaan-kekayaan yang kita sebut itu membawakepada keamanan, kasih sayang dan keharmonian.

Memperjuangkan kekayaan ilmu, kekayaan budi bahasa dankekayaan jiwa, semua manusia selamat. Berebutkan kekayaanini tidak ada pertarungan, tidak ada jatuh-menjatuhkan, tidakada peperangan. Ia berjalan dengan aman, kasih sayang, banyakkawan, bertolong bantu dan keharmonian.

Kalau bangsa-bangsa di dunia ini, kekayaan yang tiga itulahmenjadi matlamat hidup dan lantas memperjuangkannya,alangkah indahnya dunia ini dan alangkah bahagianya manusiadan akan jadilah manusia laksana satu keluarga.

Tidak ada agama di dunia ini dan juga tidak ada sebarangideologi di dunia ini yang mengambil serta memperjuangkankekayaan tiga perkara ini melainkan agama Islam sahaja. Tapioleh kerana umat Islam jiwanya telah rosak, mereka mendapatdidikan dari orang kafir khususnya bangsa-bangsa Barat, makadi waktu itu umat Islam tidak lagi menjadi matlamat memper-juangkan tiga kekayaan itu. Bahkan apa yang diperjuangkan olehumat Islam hari ini ialah kekayaan harta dan wang ringgit. Makasudah tidak ada lagi bezanya orang yang bukan Islam denganorang Islam kecuali golongan yang sedikit.

Oleh itu tidak hairanlah masyarakat umat Islam tidak jauhbeza dengan masyarakat orang bukan Islam. Apa sahaja gejalamasyarakat atau penyakit masyarakat wujud di dalam masya-rakat orang yang bukan Islam, itulah juga yang wujud di dalammasyarakat umat Islam. Kita hendak betulkan semula amatsusah dan payah sekali kerana rintangan dan halangan itu da-tang daripada umat Islam sendiri.

Page 195: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

172

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Lumrah Orang Kaya Harta

Mencari kekayaan dan kesenangan bukan pula salah

sekiranya tidak melanggar perintah Allah

Mungkin dengan kekayaan dan kesenangan

boleh membuat kebaikan yang banyak

Ramai orang boleh mendapat manfaat dan faedah

Tapi lumrah berlaku telah terjadi di dalam sejarah

apabila seseorang itu kaya dan senang dia berubah

Perangai mereka berubah daripada baik kepada jahat

Sebelum ini ahli ibadah, jinak dengan Allah

Selepas itu masya-Allah renggang dengan Allah

Asalnya tawadhuk, kemudian sombong dan megah

Mulanya hidupnya sederhana,

kemudian pembaziran dan mewah

Bakhil dan tamak pun datang,

mudah menghina orang

Akhirnya berubah secara total

Terus lalai dengan Allah

Di masjid jarang-jarang ada

Sebelum ini masjid itu rumahnya yang kedua

selepas rumahnya

Sekarang hari Jumaat pun kadang-kadang tidak nampak

Begitulah pengaruh kekayaan dan kesenangan

Mudah lupa dengan Allah, dengan kawan renggang

Beribadah pun tidak senang

Begitulah nikmat dunia selalu menipu manusia

Menjelang tidur

27 – 02 – 2004

Page 196: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

173

TASAWUF

Sajak 2

Bila Hati Lapang

Apabila hati lapang,

rumah yang sempit terasa lapang

Apabila hati sempit,

rumah yang luas terasa sempit

Dada rohaniah kita kenalah jaga

Senang, susah dialah yang menentukan

Bila dada lapang,

hidup yang susah terasa senang

Hidup payah, terasa mewah

Miskin terasa kaya bahkan bahagia

Apabila dada rohaniah sempit

Di mana sahaja pergi terasa terhimpit

Tempat yang lapang terasa sempit

Kaya terasa miskin, ada terasa tiada

Makan rasa tidak sempurna

Padahal di hadapannya

bermacam-macam jenis lauknya

Bila dada sempit dia tidak tahu

apa yang hendak dicarinya

Seolah-olah mencari barang

yang tiada dimilikinya

Dia tidak terasa memiliki apa-apa

Rasa tiada sepanjang masa,

rasa kurang sahaja

Justeru itulah rasa tidak senang,

menusuk dadanya

Rasa tidak tenang merobek hatinya

Macam ditimpa kanser di dada

yang tidak dapat dilihat oleh mata

Hanya yang terasa sakitnya

Selepas Asar

06 – 05 – 1997

Page 197: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

174

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

PERINGKAT-PERINGKAT MANUSIA YANGBERCAKAP

Di antara keistimewaan yang Allah Taala anugerahkan kepadamanusia ialah kebolehan bercakap. Manusia bercakap melaluiperantaraan lidahnya. Melalui lisanlah manusia menterjemahapa yang didapati oleh akalnya, apa yang dirasai oleh hatinya,apa yang dirasa oleh sentuhannya, sama ada daripada sentuhanlidahnya, tangannya, kakinya dan lain-lain lagi, juga apa yangdirangsang oleh nafsunya.

Seterusnya menterjemahkan apa yang dilihat, apa yang adadi atas muka bumi mahupun yang di bawah muka bumi, dari-pada daratan, lautannya, sungai-sungainya, bukit-bukaunya,gunung-ganangnya, manusia, haiwan, jamadat dan tumbuhan.

Begitu juga ia menterjemahkan apa yang menjadikan ke-yakinan yang bercorak agama yang bersifat maknawi dan rohanidaripada segala persoalan alam ghaib dan lain-lain lagi.

Maka daripada apa yang diterjemahkan oleh manusia melaluilidahnya yang keluar berbentuk percakapan, yang bersifat lafaz,perkataan-perkataan, istilah-istilah, maka tersebarlah berbagai-bagai maklumat yang menjadi ilmu dan pengalaman untukmanusia.

PERINGKAT-PERINGKAT MANUSIA

22

Page 198: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

175

TASAWUF

Gabungan daripada maklumat yang disampaikan oleh lidah,pelbagai golongan dan peringkat manusia kemudian disambungpula melalui alat-alat perhubungan, wasilah-wasilah penyebaryang canggih. Maka berkembang dan tersiarlah ilmu pengeta-huan di berbagai-bagai bidang dengan merata hingga maklumatyang berisi ilmu pengetahuan itu dapat dimiliki oleh manusia.

Oleh yang demikian, lidah yang boleh bercakap menterje-mahkan apa yang dilihat, didengar, disentuh, dirasa dan bolehmenterjemahkan seluruh kehidupan iaitu yang berbagai-bagaibentuk dan sifat itu, ia sangat memberi kesan kepada manusiasama ada positif atau negatif, sama ada memberi faedah ataumerosak dan memudaratkan manusia, sama ada menguntung-kan atau merugikan, bahkan dari lidah lahir sejuta satu kebaikanatau sejuta satu kejahatan.

Kalau begitu kedudukan lidah, setiap orang kenalah berhati-hati mengguna lidah. Setiap orang tidak boleh menggunakanlidah sesuka hati. Dengan kata-kata lain, orang yang hendakbercakap kenalah berfikir lebih dahulu sebelum bercakap. Jangansebarang cakap, jangan mudah-mudah hendak bercakap. Janganmain cakap sahaja kerana ia boleh menjadi racun atau menjadimadu kepada masyarakat, boleh menjadi peluru atau boleh men-jadi air, boleh benar, boleh palsu, boleh memperpadukan orangatau memecahbelahkan orang, mendamaikan orang atau mem-porak-perandakan orang, menyejukkan hati atau memanaskanhati, menghiburkan hati atau menyakitkan hati, memuliakanorang atau menghinakan orang, memberi iman atau memberikekufuran, membawa pahala atau dosa, membawa khabargembira atau khabar dukacita, memberi ilmu atau merapu danlain-lain lagi.

Justeru itu Islam mengingatkan siapa yang hendak bercakapkenalah berhati-hati. Berkata Hadis:

Maksudnya: “Barang siapa yang beriman dengan Allahdan Akhirat hendaklah ia bercakap baik atau diam saja.”

Page 199: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

176

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Orang-orang yang bercakap itu kerana tidak sama watak,bakat, tabiat, IQ, kemampuan, kebolehan, bidang-bidang ilmuyang dimiliki, pengalaman dan tujuan yang tidak sama makabolehlah kita kategorikan manusia yang bercakap itu sepertiberikut:

1. Golongan merapuOrang yang berjumpa orang, asyik bercakap sahaja tidakberhenti-henti, non-stop, kenakah atau tak kenakah, betul atautidak, penting atau tidak penting, berfaedah atau tidak, sesuaiatau tidak, orang suka atau tidak, mengarut atau tidak mengarut,patut atau tidak, mengandungi ilmu atau tidak dia tidak ambilkira, dia tidak peduli. Berdosakah atau berpahala dia tidak per-soalkan, dia memborong cakap itu semua. Inilah golongan yangmerapu.

2. Golongan peramahOrang yang bertemu siapa pun dia mudah bercakap denganorang, bertegur sapa, bertanya khabar, berkenalan, tanya nama,dari mana dan hendak ke mana, dia suka bercakap dengan orangyang sekira-kira perkara yang perlu, sesuai dengan keadaan dankedudukan orang itu. Dan dia pun suka mendengar cakap orangitu, boleh berbincang dan berbual, boleh berlaku dua hala. Inilahgolongan peramah atau pecakap.

3. Golongan kaki cakapOrang yang apabila jumpa orang, kerjanya bercakap tidakberhenti-henti. Ada sahaja yang dicakapkannya, ada sahajamodal untuk dia bercakap. Boleh bercakap berjam-jam, lepassatu perkara, satu perkara pula, lepas satu topik, satu topik pulatidak jemu-jemu bercakap dan dia tidak fikir orang jemu atautidak. Cakap tidak bersukat, tapi tidak pula sampai bercakapperkara yang bukan-bukan, tidaklah mengarut. Inilah diagolongan kaki cakap.

4. Golongan yang ada cita-cita perjuanganOrang yang apabila berjumpa orang, dia akan bercakap yangperlu sahaja. Bercakap yang ada mengandungi ilmu dan didikan.

Page 200: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

177

TASAWUF

Bercakap yang menyedar dan menginsafkan, bercakap mengan-dungi cerita-cerita suri teladan, iman, hukum-hakam, penga-jaran, isu-isu semasa yang diulas secara yang mengandungipelajaran dan hikmah. Bercakap yang mengandungi nasihatyang berguna, cerita-cerita perjuangan. Inilah dia golongan ahliagama yang ada cita-cita.

5. Golongan pendiamOrang yang apabila bertemu orang dia tidak suka bercakap, dialebih suka mendengar. Dia bercakap sepatah-sepatah, disukat-sukat, bukan kerana benci, tapi sudah menjadi tabiat dan wataksemula jadi. Biasanya orang begini adalah orang yang mem-punyai kuat sifat malunya atau orang tidak yakin pada diri, disini dia banyak diam daripada bercakap. Ini dinamakan go-longan pendiam.

6. Golongan sombongOrang yang berjumpa orang memang tidak suka bercakap kalaubukan kawan, dia tidak suka bercakap kerana benci sahajadengan orang, biasanya orang begini kerana ada kedudukan,mungkin ada pangkat, ilmu, harta kekayaan, ada nama. Kalaudia bercakap sekali-sekala, kasar sahaja bunyinya, bertanya yangbukan-bukan, menyindir-nyindir, pantang diberikan pandangandia meninggikan suara, bercakap mengenai kelebihan dirinya.Inilah dia golongan yang bercakap sombong.

7. Golongan biasaOrang yang bercakap yang perlu-perlu, bercakap perkara-perkara biasa, tidak terlalu berlebih-lebihan dan tidak pulaterlalu berkurangan, bercakap yang mudah, hal-hal kehidupanbiasa, secara natural. Inilah golongan percakapan orang biasa.

8. Golongan yang suka memperdayaOrang yang bercakap dengan orang di mana-mana pun lebih-lebih lagi kalau orang tidak kenal dengannya, maka dia akanbercakap dengan membawa perkataan-perkataan yang lemakmanis, bercakap tentang dirinya, usaha-usahanya, kelebihannyadan kemampuannya, kemajuan-kemajuan yang dibuat, mung-kin mengajak sama di dalam usaha-usahanya. Membawa cakap-

Page 201: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

178

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

cakap yang meyakinkan orang kepadanya dengan tujuan untukkepentingan dirinya mungkin hendakkan pengaruh, sokongan,duit dan hartanya. Cakap-cakapnya terpesona orang dibuatnya.Inilah golongan yang bercakap memperdaya.

9. Golongan petah bercakapOrang yang bercakap fasih, bahasa tersusun dan begitu jelas,perkataan yang diucapkan begitu menarik, bahasa mengguna-kan perkataan yang standard, dengan jalan bahasa yang tepatdan betul, dengan istilah-istilah yang diguna begitu menarik, disamping isinya padat dan bernas. Terpesona orang yang men-dengarnya. Inilah golongan orang yang petah bercakap.

10. Golongan tunjuk pandaiOrang yang bercakap dengan orang, apa sahaja orang per-katakan dia mesti ikut campur memperkatakannya. Apa sahajaisu yang dibualkan dia mesti menyampuk sama walaupunadakalanya dia tidak faham kedudukannya, dia cuba bercakapjuga seolah-olah dia faham dari orang lain atau paling tidaksupaya orang anggap dia juga faham macam orang lain faham.Apa sahaja yang orang tanya, dia mesti menjawabnya walaupuntidak kena. Namun hendak mengaku tidak tahu, tidak sama se-kali. Dia akan bercakap apa sahaja agar orang menganggap diatahu semua hal. Inilah golongan orang yang bercakap menunjuk-nunjuk pandai.

11. Golongan bercakap lucahAda orang apabila dia bercakap, walau apa pun topik atau apasahaja isu yang diperkatakan atau dibualkan, dia mesti selit-selitkan perkataan-perkataan lucah, atau kata-kata dan ibarat-ibarat yang dibawa atau dijadikan penyedap dan pemangkincakap iaitu perkataan-perkataan yang boleh menaikkan nafsu,atau perkataan-perkataan itu menjadikan para pendengarnyateringatkan perempuan, terbayang perhubungan cinta bahkansetengah orang hingga di dalam ceramah-ceramah agama ataumajlis dakwah pun sengaja mencari-cari peluang untukmemasukkan dan menyelit-nyelitkan perkataan-perkataan didalam pendekatan dakwahnya atau ceramahnya yang ada

Page 202: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

179

TASAWUF

unsur-unsur nafsu atau seks. Orang ramai turut seronok men-dengarnya. Lebih-lebih lagi di dalam majlis itu terdapat ramaikaum wanita, maka lebih lumrah lagi perkataan itu diselit-selit-kannya. Inilah dia golongan bercakap lucah.

Selain di atas, antara peringkat-peringkat manusia yang ber-cakap ialah:

1. Bercakap perkara yang perlu-perlu sahaja.

2. Bercakap yang terpaksa.

3. Bercakap yang menjadi kewajipan.

4. Tidak suka bercakap.

5. Bercakap yang sengaja disukat kerana menjaga status.

6. Bercakap yang menggoda.

PERINGKAT-PERINGKAT MANUSIA MENCARIHARTA DUNIA

1. Golongan yang sesatGolongan yang hanya percayakan kehidupan dunia semata-mata, tidak ada kehidupan yang kedua atau kehidupan hariAkhirat. Kalaupun mereka percaya adanya kehidupan Akhirat,tapi mereka menganggap bahawa kesenangan dan kesusahankehidupan di dunia ini yang menentukan kesenangan dankesusahan di Akhirat. Oleh itu mereka burulah kesenangan dankekayaan dunia tanpa batas.

Mereka hanya memikirkan makan, minum dan seks. Merekatidak akan memikirkan halal dan haram sama ada mencarinyamahupun menggunakannya. Halal dan haram tidak ada didalam kamus hidup mereka. Mereka benar-benar tenggelam didalam memburu dunia semata-mata iaitu makan, minum danseks. Mereka itu ialah golongan seperti yang Allah firmankanmelalui Al Quran iaitu seperti binatang bahkan ada yang lebihsesat lagi iaitu golongan orang kafir.

Page 203: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

180

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

2. Golongan yang bakhilGolongan yang merebut harta dengan tamak tapi masih menjagatentang halal dan haram, zakat dikeluarkan, masih menjagaperkara-perkara yang asas, namun tidak sanggup dibelanjakanke jalan Allah Taala. Tapi dibelanjakan ke jalan haram pun tidakjuga, sekadar untuk kepentingan sendiri dan suka menyimpan.Itulah golongan muslim yang bakhil.

3. Golongan yang tamakGolongan yang merebut dunia yang masih menjaga usahanyaitu daripada yang haram, zakat tetap dikeluarkan, tetapi apayang didapati tidak puas-puas kerana ingin kaya hingga cuaimelaksanakan amalan yang asas di samping tidak dikorban kejalan Allah Taala. Ini golongan yang tamak.

4. Golongan yang lalaiGolongan yang memburu harta namun tetap menjaga amalanyang asas dan usahanya juga halal tapi tidak mengeluarkan zakatdan tidak dikorbankan hartanya ke jalan Allah. Itulah golonganmuslim yang tertipu atau lalai.

5. Golongan yang bersyukurGolongan yang bersungguh-sungguh mencari kekayaan tapidengan tujuan untuk khidmat. Semua hal dijaga, ibadahnya yangasas dijaga, usahanya halal, zakat dikeluarkan, dikorbankan kejalan Allah, pemurah kepada fakir miskin. Inilah golongan yangbersyukur dan pemurah tapi hisabnya banyak.

6. Golongan orang solehGolongan mencari harta sekadar untuk hidup dan bolehberibadah kepada Allah, tidak mahu mencari harta yang banyaktakut tidak dapat menunaikan kewajipan dan takut lalaidaripada Allah dan mereka pemurah pula, usahanya sangatdijaga daripada haram dan syubhat. Itulah golongan orang yangsoleh dan pemurah.

7. Golongan pemalasGolongan yang tidak suka bersusah-susah dengan harta dunia

Page 204: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

181

TASAWUF

tapi bukan pula kerana takut lalai, tidak juga kerana takut tidakdapat menunaikan kewajipan. Kalau tidak ada dia meminta-minta tapi tidak pula dia mencuri, menipu dan sebagainya.Ibadah tetap dilaksanakannya. Itulah golongan muslim yangpemalas.

8. Golongan siddiqinGolongan yang tidak ada usaha langsung kerana menumpukansemata-mata untuk ibadah kepada Allah dan tidak pulameminta-minta. Tentang rezekinya diserah bulat-bulat kepadaAllah. Bahkan ada kalanya orang memberi pun dia menolaknya.Itulah golongan siddiqin.

9. Golongan fasikGolongan yang tidak suka bersusah payah mencari rezeki, bilatidak ada dia meminta, menumpukan ibadah tidak juga. Inilahgolongan yang fasik yang pemalas.

10. Golongan yang sentiasa lalaiDi dalam pada itu ada golongan yang memburu harta, kalaudapat dia lalai, kalau tidak dapat pun dia lalai.

11. Golongan yang lalai bila kayaAda golongan jika dapat menjadi kaya dia lalai tapi jika tidakdapat dia tidak lalai.

12. Golongan yang lalai bila miskinAda golongan yang apabila dia tidak dapat dia lalai, bila dapatdia tidak lalai.

13. Golongan yang tidak lalai apabila hidup sederhanaAda golongan jika dia kaya dia lalai dan kalau miskin pun dialalai tapi bila pendapatannya sederhana dia tidak lalai.

14. Golongan yang tidak lalai dalam suasana apa sekalipunAda golongan di dalam suasana apa dan bagaimana sekalipundia tetap boleh mengabdikan dirinya kepada Allah dan merekatetap tidak dilalaikan oleh kehidupan dunia. Golongan itulahyang menjadikan dunia sebagai jambatan ke Akhirat.

Page 205: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

182

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

PERINGKAT-PERINGKAT MANUSIA MELIHATALAM SEJAGAT

Apabila disebut alam, ertinya segala sesuatu selain Allah SWT.Kerana alam ini kesemuanya adalah ciptaan-Nya. Alam pulaada beberapa bahagian. Ada alam ghaib, ada alam nyata, adaalam manusia, ada alam malaikat, ada alam jin, ada alam haiwan,ada alam nabatat, ada alam jamadat, ada alam fizikal, ada alamrohaniah.

Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah tentang alamnyata atau alam lahir atau juga alam syahadah yang terkandungdi dalamnya gunung-ganang, bukit-bukau, lautan dan daratan,sungai, mata air, hutan belantara, kayu-kayan, langit dan bumi,haiwan-haiwannya, pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhannya,awan, hujan dan lain-lain lagi.

Manusia secara umumya melihat alam nyata ini ada beberapaperingkat atau beberapa kategori kerana mereka menilai apayang dilihat itu tidak sama. Mereka mempunyai rasa danfalsafahnya yang tersendiri. Mengikut apa yang direzekikan olehAllah kepada mereka berdasarkan persediaan-persediaan danbakat-bakat semula jadi, serta usaha ikhtiar mereka yang lahiritu bolehlah dibahagikan kepada beberapa peringkat:

1. Golongan yang dirangsang oleh akal semata-mata.Golongan ini apabila melihat alam yang berbagai-bagai jenis danbentuk, mereka tertarik mempelajarinya, mengkaji, menganalisa,ingin tahu rahsianya. Mereka benar-benar menghidupkan akalmereka. Jiwa mereka tidak berperanan. Ertinya mereka meng-gunakan akal tanpa ditunjangi oleh iman atau ditunjangi olehakidah atau tauhid.

Lahirlah dari mereka ahli-ahli ilmu di dalam berbagai-bagaibidang. Mereka akan menjadi orang yang mabuk ilmu. Masaakan dihabiskan dengan mengkaji dan mengkaji.

Mereka boleh menjadi pemuja alam, orang yang free thinker,boleh jadi filasuf, ahli-ahli teori yang memuja akal dan ilmu.

Page 206: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

183

TASAWUF

Mereka lebih berpegang kepada logik tapi jiwa kosong. Secaratidak sedar mereka bertuhankan akal dan ilmu. Makin dalamilmunya semakin jauh daripada Allah SWT. Akhirnya ada yangmenjadi atheis.

2. Golongan yang dirangsangkan oleh nafsu.Golongan ini melihat alam dengan penuh nafsu. Nafsunya lebihberperanan dari akalnya. Mereka menggunakan akal keranatuntutan nafsu. Umpamanya melihat laut, nafsunya terangsangbagaimana hendak mengambil khazanahnya. Melihat hutan,cicir air liur dengan balak-balaknya. Melihat padang pasir, inginkhazanah di dalamnya seperti minyak, emas, perak bagaimanahendak dikeluarkan untuk menjadi kaya. Melihat perempuancantik, ingin memilikinya.

Golongan ini akan menjadi pemuja harta, tamak dengankekayaan, rakus dengan harta, bernafsu sangat dengan perem-puan. Golongan ini akan lahirlah kapitalis, golongan-golongankorporat, millionaire, billionaire, kaki perempuan. Merekamencari ilmu pun kerana ekonomi dan kekayaan serta betina.Mereka berperang untuk mendapat kuasa, menjajah negara-negara lain pun dengan tujuan ekonomi. Mereka itu orang-orangyang bertuhankan harta dan berkiblatkan betina.

3. Golongan yang dirangsangkan atau dipesonakan olehmata lahir semata-mata.

Golongan yang ketiga ini dirangsangkan dan dipesonakandengan mata lahir semata-mata. Ertinya matanya lebih berpe-ranan daripada akal, jiwanya dan nafsu. Mereka menjadi pen-cinta alam. Mereka lebih cinta kepada tumbuh-tumbuhan, hai-wan-haiwan, gunung-ganang iaitu alam semula jadi daripadacintakan manusia. Mereka memuja alam semula jadi. Manusiakalau rosak, mereka tidak begitu mengambil pusing sangat, tapikalau alam semula jadi rosak dan tercemar, mereka sangat ter-singgung dan marah.

Mereka adalah golongan pemuja alam. Mereka itu ikut istilahsekarang golongan greenpeace. Di zaman maju dan membangun

Page 207: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

184

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

ini, mereka selalu saja berdemontrasi dengan pihak kerajaan danpemaju-pemaju. Mereka itu golongan menpertuhankan alamsemesta. Golongan ini juga jiwanya kosong. Agama tidak adadi dalam kamus hidupnya.

4. Golongan yang dipesonakan oleh jiwa semata-mata.Golongan ini dirangsang oleh jiwa semata-mata iaitu jiwa yangkosong daripada tauhid. Ertinya jiwanyalah yang lebih berpe-ranan dan merangsang.

Mereka melihat alam sangat merasa sensitif. Mereka rasaterhibur dengan alam semula jadi. Mereka mendapat inspirasidengan melihat alam. Mereka rasa syok dan seronok denganalam semula jadi. Mereka berfikir pun kerana menebalkan rasa.Mereka ini adalah golongan mabuk rasa. Lahirlah di sini go-longan atheis, golongan sasterawan, ahli-ahli seni, pujangga,mereka golongan yang selalu berkhayal. Mabuk rasa, berfoya-foya, berlalai-lalai dan bersantai-santai. Mereka pandai mainbahasa, pandai menggambarkan dan mengibaratkan. Kalaupunmereka menyebut Tuhan itu untuk penyedap bahasa bukan darikesedaran iman.

5. Golongan yang dirangsangkan oleh akal dan nafsu.Golongan yang akal dan nafsunya lebih merangsang danberperanan. Daripada rangsangan keduanya ini akan lahirlahgolongan yang mabuk ilmu dan mabuk harta dan betina. Disamping suka dengan ilmu mereka juga tamak dan rakus dengankekayaan serta gila betina. Mereka akan menghabiskan masakerana ilmu, harta dan betina. Kepada hal-hal yang lain hanyasampingan sahaja atau sebagai tambahan sahaja. Apa yangmereka puja itu, itulah tuhan mereka.

6. Golongan yang dirangsangkan oleh akal dan jiwa yangtidak bertunjangkan tauhid.

Golongan yang akal dan jiwanya lebih berperanan dan me-rangsang tapi jiwa yang tidak bertunjangkan tauhid atau iman.Dari rangsangan kedua-dua inilah akan lahirlah golongan

Page 208: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

185

TASAWUF

pencinta ilmu dan ahli seni, ahli fikir juga ahli sastera tapi jiwakosong. Ketenangan dan kebahagiaan tiada.

7. Golongan yang dirangsang oleh akal dan jiwa yang ber-tauhid.

Golongan akal dan jiwa yang bertunjang tauhid lebih berperanandan merangsang. Ini akan melahirkan ahli ilmu yang beriman,ahli teori yang bertauhid, cerdik pandai di dalam berbagai-bagaibidang ilmu yang bertaqwa. Ahli fikir dan cendiakawan yangmakin dalam dan tinggi ilmunya, bertambah kuat iman. Ber-tambah ilmu, bertambah taqwanya. Makin mendalam ilmunya,makin dekat kepada Allah dan ada kalangan mereka itu men-dapat ilmu selain daripada saluran akalnya. Mereka akan dapatilmu-ilmu laduni dari saluran hatinya. Mereka mendapat darjatdi bawah darjat kenabian atau mereka waliyullah atau ulama ulamilin.

8. Golongan yang tidak dirangsangkan oleh apa-apa.Golongan yang tidak dirangsang oleh apa-apa, sekalipun matalahirnya. Mata lahir melihat sesuatu itu bersahaja semata-mata,tidak ada perhatian. Melihat alam seolah-olah tidak melihat. Apayang mereka lihat tidak diambil perhatian. Mereka tidak merasaapa-apa setiap apa yang dilihat. Itulah golongan yang dungu.

9. Golongan jiwa tauhidnya yang merangsang.Golongan yang jiwanya lebih berperanan dan merangsang. Jiwayang hidup dan tajam iaitu jiwa yang bertunjang iman atautauhid. Akalnya hanya sekadar untuk mendapatkan ilmu yangasas-asas saja. Mereka ini kerana jiwanya terlalu tajam atauhidup, setiap apa yang mereka lihat, rasa, sentuh, lantas terusterhubung dengan Allah, seperti terasa kebesaran-Nya, terasahebat-Nya, terasa ilmu-Nya, terasa penglihatan-Nya, terasa pen-dengaran-Nya, terasa hebat-Nya, hingga mereka bertambahtakut, bertambah malu, makin terasa lemah, makin terasa kerdil,makin terasa hina, makin bersyukur, makin redha, makin sabar,lembut, makin merendah diri, makin terasa berdosa, mengharapdan lain-lain rasa kehambaan. Dari sinilah lahirnya golongan

Page 209: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

186

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sufi. Mereka banyak yang dapat ilmu laduni, firasat, hatif dankasyaf.

PERINGKAT-PERINGKAT GOLONGAN YANGBERZIKIR

Dalam bahasa Melayu, zikir bererti mengingat atau menyebutyang ada hubung kait dengan Allah sama ada dengan perkataan,lisan atau dengan perbuatan iaitu melibatkan seluruh anggotalahir (jawarih) kita. Atau dengan hati, ia berlaku dengan per-antaraan mahupun dengan tidak ada perantaraan sama adasecara nyata (jahran) mahupun secara senyap (sirran).

Perlu diingat, bahawa zikir yang paling besar dan agung ialahmelalui sembahyang lima waktu. Selain ia bersifat menyembah,di dalamnya ada berbagai bentuk zikir termasuk lafaz Al Jalaalahdan dua kalimah syahadah. Oleh itu jangan ada di waktu sem-bahyang itu sama ada hati, lafaz yang diwajibkan serta gerak-geri kita tidak menggambarkan menyembah dan mengingatiAllah SWT yang Maha Agung.

Kalau di dalam sembahyang ketiga-tiga anggota kita itusudah tidak menggambarkan kita berzikir kepada Allah, janganharaplah di luar sembahyang kita boleh mendisiplinkan ketiga-tiga anggota kita itu menepati berzikir kepada Allah. Allah Taalaberfirman:

Maksudnya: “Dirikanlah sembahyang kerana meng-ingati Aku.” (Toha: 14)

Di sini disebutkan golongan-golongan yang berzikir sepertiberikut:

1. Golongan yang langsung tidak menyebut Allah atau namaAllah. Kalaupun mereka menyebut Tuhan, tapi bukan Tuhanyang sebenar kerana mereka menyebut tuhan-tuhan yangmereka sangka-sangka. Tuhan yang mereka khayal-khayal-kan, tuhan palsu mereka, ertinya mereka menyebut bukan

Page 210: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

187

TASAWUF

kepada sasaran Tuhan yang sebenar. Inilah golongan orangyang kafir.

2. Golongan yang menyebut atau mengingat Allah denganlidah semata-mata tapi tidak dihayati oleh hatinya ataumengingati sekali-sekala. Dengan kata-kata yang lain hati-nya tidak benar-benar merasa bertuhan dan tindak-tandukanggota lahirnya tidak mengikut syariat. Secara akal danilmu mereka percaya adanya Tuhan, yakin Tuhan itu bersifatbegitu begini. Kalaupun mereka membaca lafaz-lafaz zikirseperti lafaz Subhanallah, Alhamdulillah, Wallahu akbar,ya Latif, ya Ghafar dan lain-lain, hanya menyebut pada lidah(lisan) tidak di hati. Inilah golongan yang lalai. Golonganyang lalai ini boleh jatuh kepada fasik, zalim, kalau dibiarkanboleh jatuh kepada kafir secara tidak sedar.

3. Golongan yang mengingati Allah SWT serta menyerah diripada Allah di waktu susah, waktu terdesak, ketika men-dapat bala bencana, maka barulah dia perlu kepada Allah,barulah bersyariat. Di waktu itu dia mengharap sangat ke-pada Allah, mengadu meminta pertolongan. Apabila ber-hadapan dengan kesenangan atau masalah telah selesaimereka melupai Tuhan, mereka tidak perlu kepada Tuhanlagi. Itulah golongan pendusta.

4. Golongan yang berzikir sama ada hati, perkataan dan fizik-nya (jawarihnya) sedikit lalai. Iaitu masih banyak lagi meng-ingati perkara-perkara yang harus (mubah) atau kalau per-kataan dan perbuatannya banyak kepada yang harus kalauterlanggar perkara-perkara yang haram pun sedikit sangat.Inilah golongan Ashabul Yamin atau orang yang soleh.

5. Golongan yang seluruh anggota yang tiga itu sentiasaberzikir dengan Allah dan sentiasa mengikut syariat. Kalau-pun ada lalai kerana masih terlibat dengan hal atau perkara-perkara yang harus (mubah). Inilah golongan muqarrobin.

6. Golongan yang benar-benar tenggelam mengingati Allah,mabuk mencintai-Nya, perkataan dan seluruh jawarihnyabenar-benar mengikut syariat dan dapat membesarkan

Page 211: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

188

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Tuhan. Perkara-perkara yang mubah pun mereka tidakterlibat. Kalau ada pun terlalu terbatas. Mereka benar-benarmabuk dengan Tuhan. Hatinya penuh rindu atau terlalutakut dengan Tuhan. Nampak terserlah kebesaran Tuhanitu pada kehidupan lahir mereka iaitu di dalam sikap danperihal kehidupan lahir mereka. Tanda-tanda kebesaranTuhan itu (ayatullah) benar-benar wujud pada diri mereka.Itulah golongan siddiqin.

Sebenarnya kita diperintahkan agar setiap gerak-geri, sikap,tindak-tanduk kita, sama ada lisan, hati, anggota lahir (jawarih)adalah menggambarkan dan melambangkan kita itu ada hubungkait dengan Allah Taala. Itulah yang dikatakan zikir itu.

Page 212: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

189

TASAWUF

SAJAK

Sajak 1

Bila Aku Lihat Lautan

Bila aku lihat lautan

Saujana mata memandang

Luas tidak nampak tepi

Ombak melambung dan menggulung,

bergelora tidak berhenti-hentinya

Menghempas dan memulas

Bunyinya mengerikan dan menakutkan

Dalamnya menggerunkan

Gelap-gelita, melemaskan

Hatiku membisikkan:

Kalau Neraka itu seperti ini

Julangan apinya macam ombak

yang melambung, membumbung

Bunyi apinya macam bunyi angin

yang memukul ombak

Ombak yang sentiasa bergerak

tidak henti-hentinya

Kalau ia api Neraka membaham penghuni-penghuninya

Tanpa hentinya

Itu pun sudah cukup menyeksakan

Aku tidak mampu menanggungnya

Betapalah api Neraka Tuhan

Entah berapa kali ganda dahsyatnya

Lebih lagilah aku tidak mampu menerima azabnya

Selepas Asar

02 – 05 – 1997

Page 213: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

190

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sajak 2

Cakap Sia-Sia

Bercakap kosong adalah perbualan yang sia-sia

Perbuatan yang tidak ada apa-apa faedah untuk manusia

Membuang masa, membuang tenaga hasilnya tidak ada

Mungkin merbahaya, boleh jadi berlaku

permusuhan sesama manusia

Untung dunia pun tidak ada,

apatah lagi untung Akhirat untuk manusia

Faedah ilmu pun tiada, pengajaran untuk manusia pun tiada

Untuk nasihat pun tidak ada,

menjadi pahala pun tidak ada, bahkan berdosa

Percakapan kesedaran dan keinsafan pun tidak ada juga

Percakapan kosong itulah yang telah menjadi budaya

kepada manusia setiap masa

Termasuk umat Islam sendiri yang sudah kehilangan

hala tuju kehidupannya

Perbuatan mereka tidak tentu hala, ikut sedap sahaja

Terbuang masa, umur sia-sia, faedahnya tidak ada

Untuk dunia pun tidak ada, untuk Akhirat pun tidak ada,

yang ada cakap sia-sia

Bualan sia-sia itu kerana syaitan campurtangan,

boleh duduk berlama-lama membuang-buang masa

Boleh berbual-bual berjam-jam

hingga cuai tanggungjawab rumah tangga

Disiplin tidak ada, buat mengikut rasa

Hidup porak-peranda, rumah tangga tidak bahagia

Sering sahaja bergaduh di dalam keluarga,

kerana perbuatan yang sia-sia

Tanda satu bangsa itu hendak runtuh dan jatuh

bercakap kosong bualannya sia-sia

Membuang-buang masa, kerja tiada,

tenaga tidak diguna, umur habis percuma

Menjelang tidur

03 – 02 – 2004

Page 214: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

191

TASAWUF

Sajak 3

Tanda Hati Mati

Jika seseorang melihat orang yang susah

Mungkin sakit atau miskin dan papa

Hati tidak tersentuh, jiwa tidak simpati

Menunjukkan jiwa orang itu telah buta

Kalau melihat orang yang mendapat bala

Jiwa orang itu tidak derita,

Melihat biasa sahaja

Tidak terasa apa-apa pada jiwa

Menunjukkan peri kemanusiaannya sudah punah

Sekiranya melihat gunung, laut, pemandangan yang indah

Hanya terpesona dengan pandangan itu sahaja

Tidak terasa kehebatan dan kebesaran Allah

Menunjukkan jiwa orang itu telah mati

Orang yang hatinya buta atau mati

Kemanusiaannya sudah punah

Ditunjuk ajar dia marah, diingatkan dia sakit hati

Kalau dia ada kuasa, dia akan bertindak ganas

Waktu Dhuha

16 – 10 – 2002

Page 215: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

192

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Bergembira atau busyra adalah bersifat maknawi danrohani. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ertinyaditahan tidak boleh, disuruh pun tidak boleh. Sampai

masa, bila berhadapan dengan sesuatu yang menyenangkan ataumenghiburkan, dengan sendirinya hati berbunga atau terhiburatau terasa gembira. Oleh itu rasa gembira bukan boleh dibuat-buat. Kalau dibuat-buat nampak sumbang, nampak tidak realdan tidak semula jadi.

Rasa gembira itu walaupun sifat batiniah, ia datang daridalam diri iaitu bermula dari jiwa atau hati kita. Namun tanda-nya nampak di muka atau kesannya lahir di muka atau dengankata-kata yang lain, gembira yang di dalam hati itu nampak ceriadi muka. Hendak cuba ditutup-tutup, ia lahir juga di muka. Apayang lahir di muka itu, tanda senang yang ada di dalam hatimanusia atau gembira yang ada di jiwa manusia.

Begitulah juga rasa susah yang bersifat maknawi dan rohaniitu. Ia adalah sifat atau tabiat semula jadi. Ia akan ternyata dimuka. Hendak cuba-cuba ditutup, amat payah sekali kecualiorang yang sangat kuat imannya dengan Allah Taala. Gembiradan dukacitanya boleh disembunyikan atau boleh ditutuphingga tidak berkesan di muka. Orang tidak tahu, apakah diagembira atau dukacita, kerana dia kelihatan seorang yang tenangsahaja. Ini adalah manusia yang luar biasa.

GEMBIRA DAN KESANNYA

23

Page 216: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

193

TASAWUF

Bagi orang yang emosional, nafsunya belum terdidik, rasagembira dan dukacita itu nampak sangat terserlah di muka.Bahkan gembiranya hingga terlonjak-lonjak dan bersorak-sorak,terpekik-pekik dan bertepuk-tepuk tangan. Begitu juga kalaudukacita. Nampak pula di raut mukanya, seperti termenung,muram, diam, tidak mahu bercakap, atau mulut akan mengomel-ngomel dan bercakap meluahkan rasa hati yang tidak senangitu sehingga didengar dan diketahui oleh orang keliling-ke-lalang.

SEBAB-SEBAB GEMBIRA

Kita sudah katakan, gembira adalah tabiat semula jadi. Ia tidakboleh dibuat-buat. Ia akan datang bilamana sesuatu yang meng-gembirakan kita terjadi. Sebab-sebab gembira itu banyak. Diantaranya seperti yang kita sebutkan di bawah ini:

1. Mendapat sesuatu yang menyenangkan kita, yang kita tidakduga, seperti orang hadiahkan kita duit, naik pangkat dansebagainya.

2. Mendapat sesuatu yang memang kita hajatkan seperti inginlulus di dalam peperiksaan, tiba-tiba lulus. Meminta kerja,tiba-tiba dapat. Ingin naik pangkat, tiba-tiba naik pangkat.

3. Mendapat atau pulangnya orang yang kita cintai sepertikepulangan anak kita dari luar negeri, pulangnya isteri kitasetelah balik dari kampung dan sebagainya.

4. Bertemu atau kedatangan orang yang kita hormati dan cintaiseperti ibu bapa kita, pemimpin yang kita hormati dansayangi dan lain-lain.

5. Mendengar musuh peribadi kita atau musuh perjuangankita mendapat kesusahan dan lain-lain.

6. Dapat mengalahkan musuh peribadi atau musuh per-juangan, atau musuh tertawan, ataupun lawan jadi kawan.

7. Kesalahan atau kesilapan kita diberi maaf oleh ibu bapa,guru, kawan kita dan lain-lain.

Page 217: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

194

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

8. Terlepas daripada hukuman mahkamah atau bala bencanayang kita fikir selama ini mungkin kita tidak terlepas dari-pada hukuman itu atau daripada bala itu.

9. Kita terasa disayangi oleh orang yang kita hormati atau cin-tai atau disayangi oleh pengikut kita atau orang ramai.

10. Habisnya hukuman yang kita jalani di dalam tempoh sekian-sekian lama.

11. Orang membayar hutang kita yang sudah lama tidak di-bayar. Bahkan kita sudah melupakannya.

12. Dapat membayar hutang kepada orang yang selama ini sa-ngat membelenggu diri dan menyusahkan kita. Lebih-lebihlagi orang yang punya hutang selalu sahaja memintanya.

13. Orang bayarkan hutang kita. Atau orang itu halalkan sahajatanpa kita membayarnya. Terasa lega dan lapang hati kitadibuatnya.

14. Terlepas daripada kesusahan hidup atau sembuh dari sakityang selama ini kita alami bertahun-tahun lamanya.

15. Mendapat semula barang yang hilang yang sangat berhargakepada kita atau bertemu semula dengan keluarga kita yangselama ini sudah lama terputus dan terpisah.

16. Dapat mengerjakan ibadah pada masanya.

17. Dapat menolong orang yang mendapat kesusahan sepertimenolong orang yang miskin, membayarkan hutang orang,mendamaikan dua orang atau dua kumpulan yang ber-musuhan.

Inilah di antara kegembiraan yang biasa berlaku di dalamkehidupan. Mungkin kalau kita hendak senaraikan lebih banyaklagi dari itu.

CARA MELAHIRKAN KEGEMBIRAAN

Kebanyakan orang melahirkan kegembiraan hingga terkeluarbatas syariat atau hingga lupakan Allah yang Maha Kuasa dan

Page 218: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

195

TASAWUF

yang memberi nikmat. Contohnya terlonjak-lonjak kesukaan,menari-nari kegembiraan, bercerita-cerita dan menunjuk-nunjukkesukaan itu berlebih-lebihan kepada orang hingga orang terasameluat dan benci. Ada yang bertepuk-tepuk tangan melahirkankegembiraannya atau lebih parah lagi hingga membuat majlis-majlis maksiat, menjadi sombong kepada orang dengan kegem-biraan itu atau menunjuk-nunjuk hingga menjadi riyak danmegah yang sangat dilarang oleh Allah Taala kerana ia bolehmencacatkan hati orang atau persaudaraan.

Islam memberi petunjuk kepada kita bagaimana ingin mela-hirkan rasa kegembiraan. Di antara cara-caranya ialah sepertiberikut:

1. Terasa ia adalah nikmat dan pemberian Allah serta berasamalu kepada-Nya.

2. Sujud syukur.

3. Membuat kenduri menjamu fakir miskin sebagai tandabersyukur kepada Allah di atas kegembiraan yang diberi.

4. Berpuasa sunat atau membaca Al Quran dan lain-lain.

5. Bersedekah dan menolong orang yang susah kerana menge-nang jasa Allah yang telah memberi kegembiraan kepadakita.

6. Menambah lagi amal ibadah dan membuat kebaikan.

7. Bertambah lagi merendah diri kepada Allah dan sesamamanusia.

Page 219: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

196

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Cara Orang Mukmin Gembira

Janganlah ketawa terbahak-bahak

atau berdekah-dekah

ia boleh melalaikan hati

Hati yang lalai akan menjadi keras

Hati yang keras payah menerima kebenaran

Janganlah terlalu suka,

kematian bila-bila boleh tiba

Orang mukmin selalu sahaja dukacita

Kerana mengenang dosanya,

mengenang kelemahannya,

mengenang kelalaiannya

Orang mukmin merasakan kematiannya di depan mata,

bila-bila masa

Orang mukmin kakinya di dunia,

hatinya di Akhirat sana

Dia tidak tahu nasibnya,

kerana itulah hatinya gundah gulana

Orang mukmin sukanya ialah bersyukur,

dapat membuat baik, dapat menolong manusia

Dia sentiasa tenang, tidak gopoh, berhati-hati,

berdisiplin hidupnya

Dapat nikmat terasa malu dengan Tuhannya,

kedatangan bala sabar menerimanya,

ketentuan Tuhan dia redha

Simpati dengan fakir miskin,

belas kasihan dengan anak-anak yatim

dan janda-janda

Hatinya dengan Tuhan,

Page 220: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

197

TASAWUF

badannya dengan manusia

Sentiasa rasa berdosa, rasa hina,

rasa lemah, rasa tidak berguna

Ibadahnya sangat dijaga,

istiqamah mengerjakannya

Ibadah jadi budaya,

sangat menghayatinya

Kesan ibadahnya dapat dilihat

pada akhlak mulianya

Menjelang tidur

22 – 03 – 2004

Sajak 2

Reaksi Hamba Terhadap Nikmat

Setengah hamba Allah makin banyak nikmat,

semakin kufur nikmat

dan jauh daripada Allah

Apabila diuji pula dengan kesusahan

tidak sabar pula dan tidak redha,

bertambah jauh dengan Allah

Ada setengah hamba dengan nikmat dia kufur,

dengan ujian kesusahan dia insaf

dan dekat dengan Tuhannya

Ada juga apabila diuji dengan kesusahan

dia kufur dan jauh dengan Allah,

diuji dengan nikmat semakin dekat dengan Allah

Ada pula hamba Allah semakin banyak nikmat

dan semakin banyak ujian yang menyusahkan

semakin dekat dengan Tuhannya

Tapi apa yang berlaku di dalam pengalaman manusia

ujian dengan nikmat ramai yang tidak tahan

Ada yang asalnya baik apabila senang dan mewah

dia jadi syaitan

Page 221: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

198

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Dia lupa daratan dan semakin jauh

dengan Allah Penciptanya

Sedikit sekali di kalangan hamba Tuhan

tidak tergugat imannya di dalam sebarang keadaan

Senang dan susah padanya sama sahaja,

kedua-duanya menambahkan iman

Kerana itulah di dalam Neraka ramai orang kaya-kaya

dan ramai orang-orang besar

dan raja-raja serta perempuan

Marilah kita berlindung dengan Allah

daripada nikmat dan kesenangan

yang membawa kufur dan derhaka dengan-Nya

Marilah juga kita berlindung dengan-Nya

daripada kesusahan dan kemiskinan

yang membawa kekufuran dan derhaka dengan-Nya

Ya Allah! Berilah kami hidayah dan taufiq

di dalam sebarang situasi dan keadaan

Selamatkanlah kami di dalam semua keadaan dan hal

Amin ya Rabbal ‘alamin

Menjelang Asar

26 – 01 – 2004

Page 222: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

199

TASAWUF

Islam menggalakkan kebersihan iaitu bersih lahir dan batin.Di dalam Al Quran dan Hadis banyak memperkatakantentang kebersihan atau bersuci ini. Allah berfirman dalam

Al Quran:

Maksudnya: “Sesungguhnya berbahagialah (mendapatkejayaanlah) orang yang menyucikan hatinya dan ber-dukacitalah orang yang mengotorkan hatinya.” (As Syams:9-10)

Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: “Kebersihan itu sebahagian dari iman.”

Maksudnya: “Bersuci itu adalah cabang daripada iman.”

Di sini menunjukkan betapa pentingnya bersuci atau keber-sihan dalam kacamata Islam. Sebahagian daripada iman kitasudah dapat. Kalaulah dinisbahkan iman itu 100% ertinya kitasudah dapat 50% daripadanya, tinggal lagi 50% untuk kita

KEBERSIHAN ATAU BERSUCIDALAM ISLAM

24

Page 223: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

200

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

menggenapkannya. Maksudnya kalau kita sudah bersuci ataubersih lahir dan batin, kita hanya perlu tambah 50% lagi amalanlain, itu pun sudah menyelamatkan kita.

Kadang-kadang kita tidak sedar, kita bertungkus-lumus ber-amal banyak, contohnya banyak berpuasa, banyak sembahyangsunat, banyak wirid zikir, banyak mengaji dan macam-macamamalan sunat lagi, tapi perkara yang wajib tentang bersuci, kitatidak tahu atau tidak arif.

Akhirnya seluruh amalan kita tertolak. Sampai ke langit,Allah suruh malaikat campakkan amalan itu turun ke bawah.Tidak dapat pahala walau sebesar habuk, ataupun bagaikan ha-buk-habuk berterbangan. Letih saja kita berbuat tapi tidak dapatapa-apa pahala ganjaran daripada Allah. Bahkan Allah murka.

Jadi kalau begitu mari kita lihat bersuci atau kebersihan yangdituntut dalam Islam supaya ibadah kita tidak tertolak.

Bersuci terbahagi kepada dua:

1. Suci Lahira. Suci daripada najis berat, sederhana atau ringan.b. Suci daripada hadas besar dan kecil.c. Suci daripada fudhul (kotoran).

2. Suci Batina. Suci akal daripada syirik dan daripada segala isme-isme

dan ideologi ciptaan manusia.b. Suci hati daripada sifat-sifat mazmumah.c. Suci nafsu daripada kehendak-kehendak yang negatif.

Mari kita huraikan satu-persatu supaya kita dapat beramaldengan tepat dan hayati sungguh-sungguh dalam hidup kita.

SUCI LAHIR

SUCI DARIPADA NAJIS

Najis terbahagi kepada tiga:

1. Najis mughallazah (berat)

Page 224: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

201

TASAWUF

Contohnya najis anjing dan babi serta yang berkaitan dengankeduanya, misalnya keturunannya.

Cara mencucinya:– Hilangkan ain najis.– Hendaklah dibasuh tujuh kali termasuk satu basuhan

daripada air tanah yang suci.

2. Najis mutawassitah (pertengahan)Contohnya tahi, kencing, muntah, nanah, mazi, wadi, airliur basi, bangkai binatang dan lain-lain.

Cara mencucinya:– Najis hukmiah iaitu yang kita yakini adanya tetapi tidak

nyata zatnya, baunya, rasanya dan warnanya sepertikencing yang sudah lama kering sehingga sifat-sifatnyasudah hilang.

Cara mencuci najis ini cukup dengan mengalirkan airdi atas benda yang kena najis itu.

– Najis ‘ainah iaitu yang masih ada zat, warna, rasa ataubaunya, terkecuali warna atau bau yang sangat sukarmenghilangkannya. Ini dimaafkan.

Cara mencuci najis ini hendaklah dengan menghilang-kan zat, rasa, warna dan baunya. Kemudian dialirkan airmutlak ke atasnya.

3. Najis mukhaffafah (ringan)Najis air kencing bayi lelaki yang belum berumur dua tahundan tidak makan apa-apa selain susu ibunya sahaja.

Cara mencucinya:– Memadai dengan memercikkan air ke atas benda yang

kena najis itu walaupun tidak mengalir.

SUCI DARIPADA HADAS

a. Hadas besarAntara perkara yang menyebabkan hadas besar ialah junub,nifas, haid, wiladah dan keluar air mani. Ini semua mewajib-kan mandi.

Page 225: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

202

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Rukun Mandi1. Niat.

Orang yang junub hendaklah berniat menghilangkanhadas junubnya.

Perempuan yang baru selesai haid, hendaklah berniatmenghilangkan hadas kotorannya dan seterusnya.

2. Meratakan air ke seluruh badan.

Sunat-sunat Mandi1. Membaca “Bismillah” pada permulaan mandi.2. Berwudhuk sebelum mandi.3. Menggosok-gosok seluruh badan dengan tangan.4. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri.5. Berturut-turut.

b. Hadas kecilIaitu berlaku perkara-perkara yang membatalkan wudhuk.Contohnya keluar sesuatu dari qubul dan dubur, tersentuh kulitlelaki atau perempuan yang bukan muhram, memegang kema-luan dengan tapak tangan, tidur dengan punggung yang tidaktetap ke lantai.

Cara menghilangkan hadas kecil ialah dengan berwudhuk.Tetapi jika keluar sesuatu (najis) dari qubur atau dubur (kecualiangin/kentut) perlu beristinjak untuk menyucikannya.

IstinjakDalam sebuah Hadis Rasulullah SAW ada disebutkan:

Nabi SAW telah melalui dua buah kubur, ketika itubaginda berkata: “Kedua orang yang ada di dalam kubur

Page 226: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

203

TASAWUF

ini diseksa. Yang seorang diseksa kerana mengadu domba,yang seorang lagi kerana tidak beristinjak kencingnya.”(Sepakat ahli Hadis)

Apabila keluar kotoran daripada jalan depan mahupun bela-kang, wajib istinjak dengan air atau tiga ketul batu. Yang palingbaik ialah mula-mula dengan batu atau sebagainya, kemudiandiikuti dengan air.

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Apabila seseorang itu beristinjak denganbatu hendaklah ganjil. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkata Salman: “Rasulullah melarang kita beristinjakdengan batu yang kurang daripada tiga batu.” (RiwayatMuslim)

Dalam Hadis ini disebutkan tiga batu bererti tiga ketul batuatau satu ketul batu tiga persegi. Yang dimaksudkan denganbatu ialah tiap-tiap benda yang keras, suci dan kesat seperti kayu,tembikar dan sebagainya. Benda yang licin seperti kaca tidaksah dibuat istinjak kerana tidak dapat menghilangkan najis. Be-gitu juga benda yang dihormati seperti makanan dan sebagainya.

Syarat beristinjak dengan batu dan sebagainya hendaklah se-belum kotoran itu kering dan tidak mengenai tempat lain selaindari tempat keluarnya. Jika mengenai tempat lain maka tidaksah lagi istinjak dengan batu tetapi wajib istinjak dengan air.

SUCI DARIPADA FUDHUL (KOTORAN)Ia merupakan kotoran seperti hingus, tahi mata, tahi telinga,kelemumur, tahi hidung, kahak, lebihan kuku, bulu ketiak danari-ari, daki, kutu dan lain-lain. Ini semua pada badan.

Page 227: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

204

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kotoran yang ada di persekitaran seperti habuk-habuk, jelaga,sarang labah-labah, cebisan kertas, kain buruk dan lain-lain.Ianya bukan najis cuma tidak cantik. Nampak tidak bersih, tidaksmart, tidak kemas, tidak menarik bahkan nampak berserabutdan menyakitkan mata memandang.

Dalam Hadis Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka-kan kecantikan.”

Kita mestilah suci daripada kotoran-kotoran lahir ini supayalahirlah orang-orang yang bersih. Kalau kita tidak sensitifdengan kotoran-kotoran lahir ertinya kita ini kasar, yakni tidakberjiwa halus. Benda-benda yang lahir ini jika kita tidak rasajijik ertinya yang batin lagilah kita tidak rasa jijik.

Mungkin ada orang berkata, “Saya ini orang seni, sebab itusaya simpan sarang labah-labah ini.” Tentu tidak. Fitrah hatimenolak dan akan rasa sarang labah-labah atau lain-lain taditidak patut disimpan dan menyakitkan mata.

SUCI BATIN

Batin terbahagi kepada tiga iaitu akal, nafsu dan hati.

SUCI AKAL

Suci akal daripada syirik atau isme-isme ciptaan manusia. Bilaakal masih syirik atau menduakan atau yakin dengan lain-lainisme-isme ciptaan manusia ertinya akal kita masih bernajis.Sebab itu akal mestilah dibersihkan dan diisi dengan ilmu wahyuyakni Al Quran dan Hadis Rasulullah. Ini kerana ilmu wahyuitu tepat. Ia mampu menyuluh sesuatu ilmu itu sama ada betulatau salah.

SUCI HATI

Suci hati daripada sifat-sifat mazmumah. Bila ada sifat-sifat

Page 228: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

205

TASAWUF

mazmumah ertinya hati kita masih bernajis. Najis hati namanya.Sebab itu sifat-sifat mazmumah ini mesti dibersihkan sepertibenci, marah, besar diri, megah, dendam, hasad, tamak bakhil,lalai, takut, sedih, kecewa dan lain-lain.

Cara Membersihkan Hati:1. Setiap yang mahmudah hendaklah disuburkan. Seperti rasa

simpati, pemurah, malu, rendah diri, hormat, rasa terimakasih, taat, redha, puas hati, sabar dan lain-lain. Manakalasifat-sifat mazmumah hendaklah dibuang.

2. Mesti ada ilmu tentang cara menyuburkan mahmudah danmembuang mazmumah. Perlu mengetahui sifat-sifat hatiterlebih dahulu.

3. Kenal apa yang ada di dalam hati kita.4. Hendaklah membuat latihan secara mujahadah dan riadah.5. Mujahadah dan riadah itu hendaklah secara istiqamah.6. Ada guru tempat merujuk.

SUCI NAFSU

Suci nafsu daripada kehendak-kehendak yang jahat. Nafsu jugaada najisnya iaitu kehendak-kehendak yang jahat atau negatifseperti makan minum yang haram, pakaian yang haram, ingin-kan tempat tinggal yang haram, inginkan kenderaan yangharam, inginkan kepada pergaulan yang haram dan lain-lain.

Ini semua hendaklah dibersihkan dengan menggantikannyadengan keinginan yang halal seperti ilmu, makan, minum, isteri,tempat tinggal, ajaran, kenderaan, kekayaan yang halal, inginmemperjuangkan kebenaran, ingin beribadah, ingin ke masjidberjemaah dan lain-lain kehendak yang baik.

Cara Untuk Membersihkan Nafsu:1. Faham syariat.2. Faham kehendak-kehendaknya yang negatif.3. Dorong semua kehendaknya yang positif atau yang mubah.4. Mujahadah dan riadah.

Page 229: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

206

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

5. Istiqamah.6. Ada guru tempat rujuk.

Itulah bentuk ‘najis’ yang ada pada kita semua iaitu najis lahirdan ‘najis’ batin. Kalau kita umat Islam mampu membersih-kannya melalui proses yang disebutkan tadi maka akan lahirlahkeindahan syariat Islam itu.

Kita akan dapati di antaranya:1. Lahirlah masyarakat yang bersih lahir dan batin sepertimana

model di zaman Rasulullah SAW.2. Lahirlah masyarakat yang sihat pada badan (fizikal), fikiran

dan jiwa.3. Akan lahirlah masyarakat yang berkasih sayang.4. Akan lahirlah masyarakat yang bergotong-royong, bersatu

padu dan bekerjasama.5. Lahirlah masyarakat yang terpelihara keturunannya.6. Lahirlah masyarakat yang bersatu padu dan bersaudara.7. Lahirlah masyarakat yang aman damai.8. Lahirlah masyarakat yang rajin.9. Lahirlah masyarakat yang muafakat.

10. Lahirlah masyarakat yang belas kasihan, bertimbang rasa,mengambil kira perasaan orang lain.

11. Lahirlah masyarakat yang hormat-menghormati.12. Akan lahirlah masyarakat yang berkorban.13. Akan lahirlah masyarakat yang bersih daripada perkara-

perkara yang menimbulkan perbalahan.14. Masyarakat bersih daripada kemungkaran.15. Masyarakat bersih daripada pembaziran.16. Akan lahirlah masyarakat yang suka menuntut ilmu.17. Akan lahirlah masyarakat yang pemurah, bertolak ansur,

menjaga perasaan orang lain, bersopan dan berakhlak mulia18. Lahir masyarakat yang berkemajuan dan bertamadun.19. Lahirlah masyarakat yang berdisiplin.

Page 230: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

207

TASAWUF

SAJAK

At Thaharah

At Thaharah atau kebersihan adalah asas ibadah

Kalau ibadah di tempat tidak bersih

Tapi tidak najis hukumnya makruh

Kalau tempat najis, tidak sah

Rumah orang bertaqwa laksana masjid atau rumah Allah

Lahir batinnya hendaklah bersih

Supaya roh suci datang ziarah

Kalau rumah tidak bersih malaikat tidak ziarah

Padahal malaikat-malaikat membawa

berkat dan rahmat dari Allah

Pengotor tidak disukai Allah

Sekalipun tuan rumah ahli ibadah

Bersih menyenangkan jiwa, akal cerah

Kalau tidak fikiran berserabut, jiwa tegang, mudah pemarah

Bersih banyak peringkat kenalah buat

Yang tertinggi bersih daripada najis

sama ada aini mahupun hukmi

Yang aini nampak oleh mata

Yang hukmi hanya bersifat maknawi

Peringkat kedua bersih daripada yang menjijikkan

sekalipun tidak najis

Dia mematikan selera atau meloyakan perasaan manusia

Kenalah juga jaga seperti hingus atau tahi mata

Yang ketiga bersih daripada yang mencomotkan

sekalipun bukan najis

Kerana ia tidak sedap dipandang oleh mata kepala

Seperti tanah yang terpalit, tepung dan sampah

yang berselerak di rumah

Bahkan di dalam Islam meminta lebih dari itu

Page 231: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

208

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Barang-barang di rumah tersusun,

perabut-perabut di rumah teratur kalau ada perabut

Kerana ia menyedapkan mata memandang

Sunat hukumnya

Pakaian mesti kemas, bersih, elok bercantik-cantik,

Tuhan itu cantik secara Tuhan

Yang tidak dapat dibayangkan

Maka Tuhan suka hamba-hamba yang bercantik-cantik

Yang dimurka kalau megah dan riyak

Kalau pandangan tidak sedap dilihat oleh mata

Di rumah makruh hukumnya

Kerana dia membantu juga fikiran berserabut

Jiwa tidak tenang

Kemuncak kebersihan adalah kebersihan jiwa dan fikiran

Terutama daripada syirik yang mengekalkan seseorang

di dalam neraka

Selain itu sombong, tamak, bakhil,

cintakan dunia dan lain-lainnya

Kerana kekotoran jiwa membawa perpecahan dan huru hara

Yang akan menyusahkan kehidupan manusia

Yang akan hilang keharmonian dan kebahagiaan bersama

Orang yang pengotor fikirannya selalunya tidak teratur

Menggambarkan fikirannya yang kusut berserabut

Bahkan malaikat tidak menziarahi rumahnya

Rahmat dan berkat masuk ke rumahnya bersama malaikat

Kalau tidak, selalu sahaja berlaku krisis keluarga

dan rumah tangga

Yang selalu ziarah ke rumah adalah jin,

syaitan dan roh-roh yang kotor

Sekalipun tuan rumahnya sembahyang

Tapi tidak membawa ketenangan

Kerana malaikat tidak datang

Rumah itu orang rasakan bagaikan kubur

Tolong ambil peringatan nasihat sajak ini

Rumah orang Islam tidak sepatutnya kotor atau berserabut

Page 232: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

SembahyangFalsafah & Peranannya

Page 233: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

210

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Setiap agama sama ada yang hak mahupun yang batil, mestiada cara penyembahan dan upacara penyembahan, atauada sistem peribadahan yang khusus. Cara penyembahan

itu atau cara peribadahan itu pula ada yang menjadi pokok danada yang menjadi tambahan. Dalam Islam, ibadah tambahanitu dinamakan fadhoilula’mal atau amalan yang disunatkan.

Kalau sesuatu ajaran itu tidak ada cara dan upacara periba-dahan atau penyembahan, ia tidak dinamakan agama atau bukanagama namanya. Adapun agama, ia mesti ada hubung kaitdengan Tuhan, sama ada Tuhan yang sebenarnya mahupunTuhan yang palsu atau yang dikhayalkan. Sesuatu ajaran yangtidak ada penyembahan atau upacara peribadahan, ia dinama-kan ideologi atau isme. Ideologi atau isme tidak ada hubungkait dengan Tuhan. Justeru itulah tidak ada penyembahan danperibadahan di dalam ajaran ideologi.

Ideologi atau isme, orang panggil atau namakan ajaranpolitik, bukan ajaran agama. Kerana itulah orang politik ataupenganut-penganut ideologi atau isme, biasanya ada peganganagamanya untuk mengisi kekosongan jiwa mereka sama adaagama yang hak mahupun agama yang batil; kecuali orang yangberfahaman komunis, kerana di dalam ajaran ideologinya tidakada penyembahan kepada Tuhan.

BUKAN AGAMA KALAU TIDAK ADAUPACARA PENYEMBAHAN

1

Page 234: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

211

SEMBAHYANG

Dalam ajaran Islam, upacara ibadah yang pertama dan utamadisebut ‘as-Solah’ atau di dalam Bahasa Melayu ialah sembah-yang. Di dalam Islam, sembahyang merupakan tiang agama. Iawajib dilakukan lima kali di dalam sehari semalami. Solat didalam Islam merupakan ibu segala ibadah yang ada di dalamajaran Islam dan juga ia merupakan salah satu rukun Islam yanglima. Bahkan ia adalah sebagai tiang serinya.

Dalam ajaran Islam, sesiapa yang meninggalkan ibadah yangpertama dan utama ini, yang menjadi tiang seri agama Islam,maka seluruh amalannya yang lain tertolak atau tidak diterima.Rugi sungguhlah orang yang meninggalkan sembahyang limawaktu.

Page 235: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

212

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Pertemuan dengan Raja Segala Raja

Sembahyang adalah ibu segala ibadah

Ibadah rasmi dari Tuhan

kepada hamba-hamba-Nya seluruhnya

Ia merupakan pertemuan rasmi

Lima kali sehari semalam dengan Allah

Ertinya pertemuan rasmi dengan Raja yang Maha Agung,

Raja Segala Raja

Umpama pertemuan rasmi raja manusia

Sesama rakyat jelatanya

Bagaimana keadaan kita, apa yang kita rasa

Apa persiapan yang sepatutnya?

Kita siapkan pakaian yang cantik

Kita bersihkan badan kita

Kita berwangi-wangian,

pergi dengan kenderaan sampai istana

Di istana kita duduk dengan penuh tertib

berhadapan dengan raja

Kita duduk dengan penuh tawadhuk

Bahu membongkok mata ke lantai dan khudhuk

Kita tidak pandang kiri dan kanan

Penuh bimbang, malu dan takut

Tidak ada seorang yang berani bercakap-cakap

Dan bersembang-sembang

Menunggu dengan penuh takut akan perintah raja

Apa titah raja, apa pesanan, apa amanahnya

Dan apa nasihatnya

Begitulah sembahyang, pertemuan dengan Allah

Page 236: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

213

SEMBAHYANG

Secara rasmi, Dia adalah Raja Segala Raja

Raja yang bukan jenis manusia

Raja yang mempunyai Zat yang Maha Suci

daripada segala penyerupaan

Pengetahuan-Nya tembus, penglihatan-Nya tembus,

pendengaran-Nya tembus

Sepatutnya pertemuan kita lebih serius

Lebih beradab, bertertib dan takut

Di waktu itu kita menyediakan diri kita

Bersih lahir dan batin

Menunggu penyembahan itu dengan penuh takut

Malu, khusyuk, tadharuk

Takut dan malu hendak bercakap-cakap dan berbual

Kecuali yang ada hubungkait dengan Tuhan

Kita menyembah, seluruh fikiran, hati dan jiwa

Seluruhnya tertumpu kepada Tuhan

Fizikal ikut rukuk

Fikiran ikut rukuk, hati ikut rukuk

Fizikal ikut sujud, fikiran ikut sujud

dan jiwa ikut sujud

Waktu berdiri dirasakan seolah-olah

kita berada di Padang Mahsyar

Sedangkan Tuhan sedang melihat

Aduh kecutnya perut, menggeletar sepatutnya jiwa kita

Di waktu itu sepatutnya tidak ada apa yang kita ingat

Kecuali sepenuh hati dan jiwa raga dan fikiran kita

hanya kepada Allah semata-mata

Tapi ramai manusia tidak begitu

Berhadapan dengan raja jenis manusia lebih terasa gerun,

malu dan beradab

Dari berhadapan dengan Tuhan pencipta manusia

Kerana manusia belum kenal Tuhan Khaliqnya

Menjelang Zuhur

23 – 10 – 1999

Page 237: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

214

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sajak 2

Ibadah adalah Penyembahan kepada Tuhan

Ibadah adalah satu penyembahan kepada Tuhan

Menyembah ertinya memuja, membesarkan

Mengagungkan, menyanjung

Meminta, mengharap

Memuji, berbual, munajat, berbisik-bisik

Dan bermanja-manja dan meminta

Ini bermaksud beribadah kepada Tuhan

Berbagai-bagai perasaan yang dirasa oleh jiwa

Kalau ibadah tidak dihayati,

jiwa tidak merasa berbagai-bagai rasa

Ibadah yang tidak dijiwai, sudah tentu

tidak merubah perangai manusia

Oleh itu ibadah kenalah tertib

Mutmainnah, tenang dan faham

Tidak boleh gopoh-gapah

Kenalah berlambat-lambat rukuk dan sujud

Rasakan kehebatan Allah, rasakan keagungan-Nya

Rasakan juga kasih sayang-Nya

Rasakan juga kuasa dan Iradah-Nya

Qahhar dan Jabbar-Nya

Rasakan Dia mendengar, mengetahui dan melihat

Begitulah kita beribadah kepada Allah

Bukan setakat fizikal yang bergerak

Tidak setakat lidah yang melafaz

Tapi yang penting hati dan jiwa yang bergerak

Hingga mempengaruhi fikiran dan sikap kita

Hingga membangun peribadi dan akhlak

Begitulah kesan dari ibadah yang dijiwai

Sangat mempengaruhi peribadi dan kehidupan kita

Menjelang tidur

24 – 10 – 1999

Page 238: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

215

SEMBAHYANG

Kita diperintahkan mengerjakan sembahyang dengan tujuanhendak melahirkan berbagai-bagai perasaan kehambaan;kerana kita adalah hamba; seperti rasa hina, takut, malu,

gementar, rendah diri, harap, bimbang.

Agar daripada lahirnya pelbagai perasaan kehambaan itu,terbakarlah, musnahlah atau hilanglah sifat-sifat mazmumahyang sangat merosakkan kehidupan manusia. Sifat-sifat itu iasangat rosak dan merosakkan, mudarat dan memudaratkan.Seperti sifat-sifat sombong, hasad dengki, tamak, pemarah,bakhil, ujub, jahat sangka, berdendam, memfitnah, mengadudomba, mengumpat dan menghina.

Dengan kata-kata yang lain, sembahyang yang dapat dihayatidapat membakar dan memusnahkan sifat-sifat mazmumah yangsangat meracun kehidupan bermasyarakat di kalangan manusia.Oleh itu kalau di dalam ibadah sembahyang tidak dapat melahir-kan rasa kehambaan kepada Tuhan maka di luar sembahyangmustahil dapat merasakan sifat-sifat kehambaan seperti yangkita sebutkan di atas.

Apabila sifat-sifat kehambaan atau rasa-rasa kehambaan tidakwujud di dalam hati manusia maka yang akan mengisi hatimanusia atau jiwa manusia ialah sifat-sifat mazmumah seperti

MENGAPA KITA DIPERINTAHKANMENGERJAKAN SEMBAHYANG

LIMA WAKTU?

2

Page 239: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

216

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sombong, pemarah, hasad, tamak, bakhil, keras hati, dendam,riyak dan lain-lain lagi.

Penyakit-penyakit jiwa itulah atau sifat mazmumah itulahyang menjadikan manusia berkrisis, bergaduh, bertengkar, jatuh-menjatuhkan, bunuh-membunuh dan berperangan. Justeru iturosaklah kehidupan manusia, binasalah dunia, hilang kasihsayang, rosak perpaduan, hilanglah kebahagiaan dankeharmonian. Maka terseksa hidup manusia.

Page 240: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

217

SEMBAHYANG

SAJAK

Sembahyang Titik Tolak Segalanya

Kebaikan seseorang hamba itu

Bermula daripada membaikkan sembahyangnya

Dari sembahyanglah titik tolak segala-galanya

Apabila sembahyang itu sempurna lahir batinnya

Khusyuk, khuduk, tadharuk

dan faham apa yang dibaca

Selepas itu rahmat dan berkat

daripada Tuhan pun mencurah-curah

Dianugerahkan kepadanya

Allah Taala akan bersihkan jiwanya

Tuhan akan masukkan hidayah ke dalam hatinya

Cinta, takut, kasih sayang, pemurah, bertimbang rasa

Sabar, redha, tawakal, pemaaf pun berbunga

Kelihatan pula kepada peribadinya

syariatnya sangat dijaga

Akhlak mulianya, disiplin peribadinya ketara

Kerana itu betulkan sembahyang kita

Hayati sembahyang hingga kita terasa

bahawa kita menyembah-Nya

Janganlah kita anggap jiwa boleh dibersihkan

tanpa sembahyang

Atau boleh jiwa kita dimurnikan dengan sembahyang

yang lebih kurang

Sembahyang adalah ibu ibadah

Sembahyang adalah sumber segala kebaikan

Di dalam Islam sembahyang sangat diambil perhatian

Apabila baik sembahyang

segala-galanya akan menjadi baik

Page 241: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

218

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Jika sembahyang sudah dicuaikan

Atau bersembahyang tidak ada penghayatan

Maka seluruh pintu kebaikan akan tertutup

Kalau ada juga orang boleh buat kebaikan

tanpa sembahyang

Ini adalah kebaikan bukan bertunjangkan iman

Boleh jadi kebaikan itu secara kebetulan

atau ikut-ikutan

Haraplah diambil perhatian tentang sembahyang

Page 242: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

219

SEMBAHYANG

Dalam Islam, solat atau sembahyang adalah amalan yangpaling besar dan agung selepas iman. Tiada amalan yanglebih besar selepas iman yang boleh menandingi sem-

bahyang. Kerana itulah di dalam Islam sembahyang adalah men-jadi tiang agama Islam. Tapaknya atau foundationnya adalahiman.

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Pangkal segala hal ialah Islam. Sedangtiangnya adalah solat dan puncaknya adalah berjuang dijalan Allah.” (Riwayat Tarmizi)

Kebesaran dan keagungan sembahyang itu boleh dilihat dandirasakan melalui ilmu pengetahuan berdasarkan beberapaaspek seperti di bawah ini:

1. Ia merupakan ibu segala ibadah dalam Islam.

2. Ia adalah merupakan tiang seri agama Islam.

3. Ia diperintah oleh Allah Taala dengan cara Allah Taala me-manggil Rasulullah SAW mengadap-Nya waktu Israk dan

KEAGUNGAN SEMBAHYANG

3

Page 243: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

220

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Mikraj, tidak seperti amalan-amalan yang lain hanya di-wahyukan oleh Allah Taala kepada Rasulullah SAW melaluimalaikat Jibril a.s.

4. Siapa yang meninggalkan sembahyang menjadi kafir ber-dasarkan Hadis. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Barangsiapa yang meninggalkan sem-bahyang dengan sengaja maka kafirlah dia secara terang-terangan.” (Riwayat Ahmad)

5. Sembahyang, seluruh anggota terlibat. Perbuatan (fizikal),perkataan atau bacaan (lisan) dan hati atau roh serta akalkerana memahami.

6. Mengerjakannya disyaratkan suci lahir dan batin, daripadahadas besar dan hadas kecil, najis ain dan najis hukmi.

7. Kena mengadap kiblat. Ertinya merupakan lambang per-paduan umat Islam.

8. Terikat dengan waktu.

9. Digalakkan berjemaah.

10. Berbagai-bagai amalan malaikat ada di dalam sembahyang,kerana malaikat itu ibadahnya hanya satu-satu perkarasahaja. Seperti ada yang bertasbih sahaja sejak diperintahkanhinggalah hari Qiamat, yang bertakbir sahaja, yang bertah-mid sahaja, ada yang rukuk sahaja, ada yang berdiri sahaja,ada yang sujud sahaja, begitulah seterusnya.

11. Berbagai-bagai bentuk zikir ada di dalam sembahyang. Adaberdiri, ada rukuk, ada sujud, ada duduk di antara duasujud, ada tasbih, ada tahmid, ada takbir, ada munajat, adaberbagai-bagai bentuk doa, ada zikir, ada selawat, adafizikal, ada akal, ada rohani, ada material, ada maknawi.

12. Ia merupakan ibadah yang terikat dengan disiplin yangtertentu, cara-cara yang tertentu.

13. Amalan sembahyang itu adalah merupakan intipati dan

Page 244: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

221

SEMBAHYANG

intisari ajaran Islam. Di dalamnya ada akidah, ada ibadah,ada taharah, ada masyarakat, ada perpaduan, ada disiplin,ada pemimpin, ada yang dipimpin (politik), ada pendidikan,ada syariat, ada tasawuf, ada akhlak, ada kebudayaan, adaekonomi dan ada psikologi. Ertinya sembahyang menggam-barkan keseluruhan ajaran Islam secara ijmali.

14. Ia merupakan cara peribadahan atau penyembahan yangpaling lengkap kerana segala bentuk ibadah dan zikir paramalaikat wujud dalam sembahyang.

15. Ia merupakan zikir yang paling besar kerana seluruh bentukzikir ada di dalam sembahyang.

16. Ia merupakan peribadahan yang melibatkan semua anggotalahir dan batin. Ada yang bersifat fizikal dan ada yangbersifat maknawi atau rohani.

17. Di dalam sembahyang ada seluruh bentuk doa. Ertinyaberbagai-bagai permintaan ada di dalam sembahyang.

18. Berbagai-bagai amalan para rasul wujud di dalam sembah-yang.

19. Sembahyang merupakan mikraj orang mukmin.

20. Pada sembahyang ada latihan jasmani, ada latihan mentaldan ada latihan rohani.

21. Sembahyang ada simbol-simbol merendah diri, ketaatan, ke-patuhan dan simbol berdirinya manusia di Padang Mahsyarseolah-olah berhadapan dengan Tuhan menunggu perintah-Nya.

22. Sembahyang merupakan pembaharuan ikrar manusia ke-pada Tuhan, sehari semalam lima kali.

23. Sembahyang merupakan pembaharuan syahadah dan imandengan Tuhan.

24. Sembahyang merupakan pembersihan jiwa dan dosa.

Page 245: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

222

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sembahyang itu Hubungan Hamba

dengan Khaliqnya

Apabila sembahyang ditinggalkan

Atau sembahyang dengan kejahilan

Atau sembahyang di dalam kelalaian

Hubungan hamba itu dengan Khaliqnya

sangat cacat

Atau terus terputus

Kutuk dan laknat pun berlaku

ke atas kepalanya

Oleh Allah, para malaikat,

seluruh makhluk Allah

kecuali jin dan manusia

Kalau begitu apalah erti kekayaan?

Tiada erti lagi kebesaran dan kekuasaan!

Nama dan glamor tiada berguna

Bintang kehormatan yang akan menempa celaka

Dirikanlah sembahyang di atas waktunya

Di awal waktunya

Pertahankanlah jemaah setiap waktu

Betulkan dan luruskan saf-safnya

Betulkan bacaannya

Hadirkan hati

Fahamkan maksudnya

Hayatilah tuntutan-tuntutannya

Rasakan kehebatan Allah

Menghina dirilah di hadapan-Nya

Agungkan dan besarkan Zat-Nya

Hilangkan segala yang ada

Page 246: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

223

SEMBAHYANG

Hanya kewujudan-Nya sahaja

yang kita rasa ada

Ingatlah sembahyang adalah amalan

yang mula-mula diperiksa

Dirikanlah sembahyang,

jangan hanya bersembahyang

Agar seluruh amalan kita diterima

25 – 11 – 1999

Page 247: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

224

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Setelah kita mengkaji, menganalisa di sudut ilmu yang adahubungan dengan sembahyang, sama ada di segi lahirmahupun di segi batin, yang ada kaitannya dengan jas-

mani, mahupun maknawi dan rohani, zikir, doa dan lain-lainlagi, setakat atas dasar ilmu sahaja pun terasa benar bahawasembahyang itu benar-benar agung, hebat dan unik. Itu belumlagi sesiapa yang Allah Taala anugerahkan dia dapat benar-benarhayati sembahyang itu. Jika sembahyang itu dapat dijiwai, kitaakan merasa didikan dan hikmah sembahyang memenuhi hati,mendapat ilmu di dalam sembahyang, seluruh bacaan sembah-yang itu membangunkan jiwa dan mental serta kita bermusafirdalam sembahyang itu, lebih-lebih lagilah kita akan terasa benarbahawa sembahyang itu sungguh agung.

Maka daripada keagungan sembahyang yang dapat dihayatiitulah akan melahirkan hamba-hamba Allah seperti berikut:

1. Akan melahirkan peribadi yang kuat keyakinan dan agung.

2. Akan melahirkan peribadi yang kuat imannya.

3. Akan melahirkan peribadi yang kuat dan agung akhlaknya.

4. Akan melahirkan peribadi yang berdisiplin hidupnya.

5. Akan melahirkan hamba Allah yang bersih jiwanya dari-pada mazmumah.

PERANAN SEMBAHYANG

4

Page 248: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

225

SEMBAHYANG

6. Akan melahirkan hamba Allah yang bersih lahirnya dari-pada maksiat dan kemungkaran kecuali terlalu sedikit.

7. Akan melahirkan peribadi yang kuat syariatnya.

Gabungan individu-individu ini akan lahirlah satu bangsayang agung. Agung keyakinannya, agung imannya, agung akh-laknya, agung disiplinnya, bersih kehidupan mereka daripadamaksiat dan mungkar, agung perpaduannya dan agung kebu-dayaannya. Dan Allah Taala akan jadikan bangsa-bangsa lainuntuk tunduk kepada keagungannya kerana bangsa yang agungini telah dinaungi oleh Allah Taala yang Maha Agung, kesandaripada didikan sembahyang yang agung itu. Begitulah pe-ranan sembahyang.

Page 249: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

226

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Aku Rasa Belum Beribadah

Aduh, bila aku menghadap-Mu Tuhan di waktu ibadah

Hatiku pun mula rasa susah dan gelisah

Aku pun mula bimbang bagaimana nanti aku menyembah-Mu,

bersopankah atau sebaliknya

Kalau aku lakukan juga, jawapannya tentu sama

Macam-macam rasa di dalam jiwaku

Takut, bimbang, gelisah dan resah

Apabila selesai, aku rasa belum beribadah

Hatiku susah dan gundah-gulana

Tapi apakan daya, setakat itulah yang terdaya

Takkan aku hendak mengulanginya sekali lagi

Nilai ibadahku

Macam tadi juga

Kerana itulah Tuhan, setiap kali lepas sembahyang

Aku dahulukan memohon ampun kepada-Mu

terhadap sembahyangku selepas itu baharulah dosa-dosaku

Begitulah juga Tuhan selepasku membuat dosa

Hatiku lagi parah, susah dan gelisah

Tapi aku ini lemah bermujahadah

Selepas itu aku ulangi lagi membuat salah

Hatiku susah lagi dan gundah

Tuhan! Engkau tampunglah ibadahku mana yang kurang

Maafkan aku yang tidak sempurna

Ampunkan aku mana yang terlanjur

Kerana hal itu bukan aku suka

Itulah kelemahanku

Engkau pun tahu

Rahmat-Mulah yang aku pinta

Page 250: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

227

SEMBAHYANG

Pada hari ini mengapa umat Islam tidak menjadi satubangsa yang berdisiplin, yang berpadu, yang bersihdaripada maksiat dan kemungkaran, yang tinggi akhlak-

nya, kukuh imannya, kemas syariatnya, tinggi tamadunnya danunggul kebudayaannya? Mengapa dan kenapa sembahyangmereka tidak dapat mendidik mereka lagi? Apakah mereka su-dah meninggalkan sembahyang? Atau mereka masih bersem-bahyang tapi sembahyang mereka sudah tidak sempurna, tidakseperti di zaman salafussoleh? Atau apakah yang sudah tidakkena lagi dengan sembahyang mereka?

Untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan itu, mari kita se-naraikan peringkat-peringkat orang yang ada hubung kaitdengan perintah sembahyang yang agung, yang merupakan ibusegala ibadah di dalam Islam. Dengan mengenal kategori ataugolongan umat Islam yang ada hubung kait dengan sembahyangitu dengan sendirinya akan terjawab mengapa ibadah sembah-yang tidak dapat membangunkan umat Islam menjadi satubangsa yang kuat dan agung, insya-Allah. Antaranya:

1. Sudah ramai di kalangan umat Islam yang sudah tidakbersembahyang. Bahkan ramai yang sudah tidak tahu ber-sembahyang. Golongan ini berdasarkan sebuah Hadis,mereka sudah menjadi kufur.

MENGAPA IBADAH SEMBAHYANGTIDAK MEMBANGUNKAN INSAN?

5

Page 251: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

228

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Barang siapa yang meninggalkan sem-bahyang dengan sengaja maka kafirlah dia secara terang-terangan.” (Riwayat Ahmad)

2. Ada di kalangan umat Islam mengerjakan ibadah sembah-yang secara jahil. Bacaannya tidak betul. Mereka tidak kenalsyarat rukun sembahyang, sah batalnya, cara-cara bersucisebelum mengerjakan sembahyang. Maka golongan initertolak ibadahnya dan berada di dalam dosa dan derhaka.

3. Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang, fahamtentang ilmu sembahyang tetapi oleh kerana tidak bolehmelawan nafsu, godaan dunia atau tarikan dunia terlalukuat, maka mereka mengerjakan sembahyang tidak istiqa-mah. Kadang-kadang sembahyang, kadang-kadang tidak.Waktu sempat, buat. Bila sibuk, tidak buat. Bila ada mood,sembahyang. Bila tidak ada mood, meninggalkan sembah-yang. Inilah golongan fasik.

4. Ada golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang, wa-laupun ilmunya tepat, tapi waktu mengerjakan sembahyangtidak khusyuk. Fikirannya tidak sepenuhnya dengan sem-bahyang atau terus-menerus mengingat perkara-perkaralain. Fikiran dan jiwanya selalu sahaja melayang-layang danmengembara ke alam kehidupan sehari-hari. Macam-ma-cam perkara terlintas di dalam sembahyang. Itulah golonganyang lalai.

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Allah tidak akan menundukkan pandangan-Nya kepada orang yang hatinya tidak hadir dalam solat ber-sama-sama badannya.”

5. Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang sentiasatarik tali di antara mengingati bacaan sembahyang dengantidak. Bila lalai dibetulkannya semula. Kadang-kadang

Page 252: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

229

SEMBAHYANG

ingat, kadang-kadang lalai. Ingat dengan lalai sentiasa silihberganti. Mereka tidak mahu begitu tapi terjadi juga. Go-longan ini adalah golongan yang lemah. Golongan ini ter-pulanglah kepada Allah Taala. Moga-moga yang sedarnyadikira, yang tidak sedarnya tidak dikira.

6. Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang berte-patan dengan ilmunya kemudian dapat menyorot danmenumpukan bacaannya di setiap perkataan dan lafaz yangdiucapkan. Oleh yang demikian fikirannya tidaklah melilau-lilau atau teringat-ingat perkara-perkara yang lain selaindaripada perkara-perkara yang ada hubung kait dengansembahyang tapi tidak pula dapat memahami setiap per-kataan atau lafaz yang diucapkan. Inilah golongan awamulmuslimin.

7. Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang selainilmunya tepat, dapat pula menyorot dan mengikuti makna-makna setiap perkataan atau lafaz yang diucapkan ataudibacanya di dalam sembahyang. Setiap bacaannya dapatdifahami. Oleh yang demikian mereka dapat membuatpenumpuan di dalam sembahyang hingga tidak teringat lagiperkara di luar sembahyang. Inilah golongan orang-orangyang soleh.

8. Golongan ini sama seperti golongan yang ketujuh tadi, tapikelebihannya mereka dapat menghayati dan menjiwai setiapmakna atau pengertian pada setiap perkataan atau lafazyang dibacanya. Dengan perkataan yang lain, setiap perka-taan yang dibacanya, yang difahaminya, dapat difikirkandan dijiwai oleh hatinya. Inilah golongan muqarrobin.

9. Golongan ini selain daripada dapat memahami setiap yangdibaca di dalam sembahyang, setiap yang dapat difahami-nya itu dapat difikirkan dan dijiwainya sungguh-sungguhhingga asyik, tenggelam dan mabuk dengan Tuhan, samaada mabuk takut atau mabuk rindu hingga alam sekeli-lingnya dan dirinya tidak disedarinya lagi. Itulah golongansiddiqin.

Page 253: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

230

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Setelah kita mengkaji, menganalisa peringkat orang yangmengerjakan ibadah sembahyang atau yang ada hubung kaitdengan sembahyang, bahawa sembahyang yang boleh mem-bangunkan iman, kesedaran bertuhan, penguat jiwa, member-sihkan diri lahir dan batin daripada kejahatan dan dosa, yangboleh melahirkan disiplin diri di dalam kehidupan, yang bolehmembangunkan akhlak yang tinggi, yang boleh bersatu padu,berkasih sayang, yang dapat melahirkan perasaan kehambaanyang tinggi dan boleh melahirkan manusia yang agung ialahtiga golongan sahaja. Iaitu golongan yang ketujuh, kelapan dankesembilan.

Golongan yang lain itu sebahagiannya tidak sah sembah-yangnya, sebahagian lalai di dalam sembahyang dan sebaha-gian lagi pula walaupun sembahyangnya sah dan di dalam sem-bahyang tidak mengingatkan perkara yang lain, namun tidakfaham tentang sembahyang terutama apa yang dibaca, jauh se-kalilah untuk dihayati. Sudah tentulah sembahyangnya tidakmemberi kesan kepada peribadi masing-masing. Sembah-yangnya tidak akan dapat mendidik mereka, sembahyangnyatidak akan menjadi benteng daripada maksiat dan kemungkaran,sembahyangnya tidak dapat meneguhkan iman dan seterusnyasembahyang tidak akan dapat melahirkan jiwa tauhid dan rasabertuhan.

Golongan yang sembahyangnya tidak boleh mendidik danmencegah daripada maksiat dan kemungkaran, ada keterangandi dalam kitab berdasarkan Hadis:

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Barangsiapa sembahyangnya tidak dapatmencegahnya daripada maksiat dan kemungkaran, tiada ber-tambah apa-apa daripada Allah Taala melainkan jauh dari-pada Tuhan.” (Riwayat Tabrani dan Ibnu Mardawih)

Sembahyang yang di antara tujuannya ialah hendak mende-katkan seseorang hamba itu kepada Allah Taala tapi berlakusebaliknya iaitu jauh daripada Allah Taala. Wal‘iyazubillah.

Page 254: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

231

SEMBAHYANG

SAJAK

Sajak 1

Sembahyang Tidak Mengubah Perangai

Ketika engkau bersembahyang atau menyembah Allah

Fizikal engkau berdiri tapi dia tidak tahu apa-apa

Anggota lahir engkau rukuk tapi dia tidak faham apa-apa

Juga anggota lahir engkau sujud,

perlu diingat ia tidak mengerti apa-apa

Bahkan walaupun lidah engkau membaca

tapi dia tidak faham apa-apa

Oleh itu kalau fikiran engkau tidak berdiri sama-sama

Engkau belum bercakap apa-apa dengan Tuhan

Jika jiwa engkau tidak rukuk sama

Engkau belum rasa bertuhan

Bila hati engkau dan jiwa engkau tidak sujud sama

Apa yang engkau bisik dan cakapkan kepada Tuhan engkau?

Kalau engkau tidak bercakap apa-apa

di dalam menyembah Allah

Jika engkau tidak rasa bertuhan,

kerana hati dan jiwa engkau

tidak ikut berdiri rukuk dan sujud

Engkau di waktu itu tidak merasa kehambaan

Jadi kalau ketika menyembah Allah

Berbisik-bisik dan bercakap-cakap

dengan Tuhan pun tidak

Rasa bertuhan pun tidak ada di waktu itu

Rasa kehambaan pun tidak wujud ketika sembahyang

Tidak rasa memohon dan meminta

Tidak terasa merendah diri dan menghina diri

di hadapan Tuhan

Page 255: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

232

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Engkau belum bersembahyang

Engkau tidak bersembahyang di waktu itu

Engkau hanya bersenam dan beriadhah untuk Allah

Patutlah perangai engkau tidak berubah

Engkau bukan menyembah Allah

Tapi riadhah

Lepas Asar

01 – 11 – 1999

Sajak 2

Tahukah Engkau Siapa yang Engkau Sembah?

Tahukah engkau siapa yang engkau sembah?

Dengan siapa engkau kerjakan, meminta, bermunajat

dan meluahkan rasa hati engkau

di waktu sembahyang?

Iaitu Tuhan yang menjadikan engkau

dan menentukan hidup mati engkau

Tuhan yang menentukan nasib engkau,

nasib di dunia mahupun di Akhirat

Tuhan yang menentukan rezeki engkau

berapa banyak sepanjang umur engkau

Tuhan yang menentukan sakit dan sihat engkau

Sakit ringan atau sakit berat, berapa kali sakit

dan berapa kali sihat sepanjang hayat engkau

Tuhan yang mentakdirkan engkau miskin atau kaya,

setakat mana kemiskinan itu dan setakat mana kaya

Tuhan yang menentukan berapa kali mendapat ujian

dan berapa kali pula mendapat nikmat atau rahmat

Ujian yang macam mana, nikmat dan rahmat

yang macam mana pula

Tuhan yang mentakdirkan setakat mana

ilmu engkau dan ilmu apa yang diberi kepada engkau

Tuhan yang menentukan engkau berkahwin atau tidak,

Page 256: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

233

SEMBAHYANG

kalau berkahwin dengan siapa dan berapa orang anak

Isteri itu pula taat atau derhaka, begitu juga anak-anak

Tuhan yang menentukan senang dan susah

sepanjang hidup engkau

Senang setakat mana dan susah pula setakat mana

Tuhan itulah juga yang menentukan tempat tinggal engkau

di bumi mana, dan di negara mana

Rumah yang selesa atau rumah yang sebaliknya

Tuhan itulah yang mencatu berapa bilion kali

nafas engkau turun naik

Dan Tuhan itulah juga akhirnya menentukan

kematian engkau di mana dan bagaimana

Mati kerana apa, kerana sakit, terjatuh, lemas,

dilanggar kereta, ditembak petir, kena bom

Mati di dalam beriman, mati kafir atau mati fasik

Kalau engkau sedarlah yang engkau sembah itu

begitulah kekuasaan, kehendak

dan pentadbiran Tuhan engkau

Apakah perasaan engkau di waktu itu?

Tidak kecutkah hati engkau?

Tidak bimbangkah jiwa engkau?

Tidak rusuhkah perasaan engkau?

Kalau engkau tidak terasa apa-apa

di waktu engkau menyembah-Nya

Ertinya engkau hanya membawa badan

tidak membawa jiwa bersama

Kalau begitu engkau bukan menyembah tapi bersenam

Engkau bukan beribadah tapi engkau beriadhah

Selepas Asar

28 Muharam 1421

Page 257: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

234

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sembahyang lima waktu itu kalau dipandang sepintas lalusecara lahirnya tidaklah berat sangat kerana bacaan-bacaannya tidaklah terlalu panjang dan menyusahkan

menghafalnya. Masa untuk mengerjakannya pun tidak mema-kan masa terlalu lama, setakat 15 - 20 minit sahaja. Di antarasatu waktu ke satu waktu ada ruangan-ruangan untuk rehat ataubekerja dan boleh pula dikerjakan di mana-mana sahaja adakesempatan. Tidak mesti dikerjakan di masjid. Tidak memerlu-kan wang yang banyak. Bahkan di dalam pengalaman menger-jakan sembahyang tidaklah sampai meletihkan dan menyu-sahkan. Tapi mengapa Allah Taala menyatakan melalui Al Quranbahawa sembahyang itu adalah besar iaitu sangat berat.

Maksudnya: “Sesungguhnya (sembahyang itu) adalahamat berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Al Baqarah:45)

Khusyuk yang dimaksudkan di sini ialah orang yang mukminyang jiwa tauhidnya mendalam, hingga dengan itu jiwa danperasaan kehambaannya begitu kuat iaitu rasa bertuhan itubenar-benar memenuhi hati dan perasaan mereka dan rasa itutidak lekang hingga dibawa ke mana-mana.

SEMBAHYANGADALAH BERAT

6

Page 258: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

235

SEMBAHYANG

Hamba Allah yang seumpama ini rasa cintanya dengan Tuhanatau rasa takut dengan Tuhan menguasai fikiran, jiwa dan perihalmereka. Maka sudah tentulah mereka itu mudah mengerjakan-nya serta dapat melaksanakan kehendak-kehendak sembahyangitu di dalam kehidupan mereka. Bahkan mereka rindu dengansembahyang, seronok mengerjakannya kerana dengan bersem-bahyang itu mereka dapat bercakap-cakap dengan Tuhan,mengadu, meminta-minta, mengharap-harap, membesarkan,mensucikan, memuja, merindui, melepaskan segala perasaanyang terbuku iaitu memohon ampun dan maaf.

Mereka yang hatinya khusyuk itu, memang sembahyang itusentiasa ditunggu-tunggunya, dari satu waktu ke satu waktu.Di dalam istilah Islam dikatakan ‘muraqobah’. Kerana itulahmereka, oleh sebab tidak sabar hendak bercakap-cakap denganTuhan di dalam ibadah sembahyang yang fardhu, mereka mem-banyakkan sembahyang sunat. Di sanalah mereka meluahkanrindu dan segala perasaan hati. Mereka rasa senang dan tenangselepas sembahyang kerana segala pengaduan telah dipanjatkankepada Tuhan. Walau bagaimanapun bercampur rasa bimbangitu memang ada, ditakuti sembahyang tidak diterima, permo-honan tidak dikabulkan, pengiktirafan (pengakuan, ikrar, sum-pah) dianggap dusta.

BERATNYA ADA TIGA PERINGKAT

Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk iaitu hubunganhati dengan Tuhan tidak kuat atau terputus sama sekali, sudahtentulah rasa bertuhan tidak wujud. Kesedaran bertuhan itutidak ada di dalam fikiran dan jiwa mereka. Kalau begitu sudahtentulah rasa cinta atau takut dengan Tuhan tidak ada. OrangIslam yang begini sudah tentulah terasa berat mengerjakansembahyang. Terasa terbeban dengan sembahyang. Orang beginitidak akan hendak menunggu-nunggu sembahyang. Selainsembahyang fardhu, lebih-lebih lagilah.

Apabila khusyuk dengan Tuhan tidak ada, sudah tentu ada

Page 259: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

236

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

perkara lain yang kita jiwai dan hayati. Ada perkara lain yangkita besarkan dan agungkan. Ada perkara lain yang mendarahmendaging yang menjadi otak dan jiwa kita. Mungkin banyak,mungkin sedikit. Mungkin harta kekayaan, anak isteri, jawatandan pangkat, glamour dan nama. Bahkan mungkin juga kesu-sahan yang menimpa kita itu yang menjadi otak dan jiwa kita.Ertinya kesusahan itulah yang menghantui dalam fikiran danjiwa kita. Mungkin semuanya sekali.

Orang yang begini sikapnya sudah tentu amat berat dengansembahyang. Susah dengan sembahyang. Sembahyang dirasa-kan beban yang berat, sembahyang mengganggu kehidupanmereka. Oleh yang demikian sudah tentu tidak larat membuat-nya. Atau kalaupun dibuat, hatinya tidak sembahyang. Di dalamsembahyang dia akan ingat perkara yang dijiwainya. Fizikal ataujasadnya sembahyang, fikiran dan hatinya tidak bersembahyang.

BERAT PERINGKAT PERTAMA - SEBELUM MENGERJAKAN

1. Apabila Tuhan tidak dijiwai atau rasa bertuhan sudah lemah,waktu bekerja sudah tentu sayang hendak meninggalkankerja. Tertinggallah sembahyang atau qadha saja. Ketikamengerjakan sembahyang terseksa rasanya.

2. Apabila sedang bersuka ria dengan anak isteri dan merekaitulah yang dijiwai, maka berat pula hendak mengerjakansembahyang. Tertinggal sembahyang atau melewat-lewat-kannya. Kalau buat pun tidak dari hati.

3. Apabila sedang bermesyuarat yang kita jiwai dan pandangbesar maka sembahyang dipandang kecil. Tertinggal sem-bahyang atau qadha sahaja. Dan sudah tentu tidak khusyukkerana hati bukan pada sembahyang.

4. Apabila sedang berkelah dan berseronok-seronok dengankawan-kawan dan pemandangan yang kita jiwai, sudahtentulah sembahyang tidak diambil kira, tinggal terus atauqadha saja.

5. Apabila sibuk dengan kenduri-kendara, kita jiwai kenduri

Page 260: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

237

SEMBAHYANG

itu, sembahyang dilupakan terus atau qadha saja. Itupunterasa terpaksa.

6. Waktu musafir lebih-lebih lagilah badan letih, pemandangandan apa saja yang dirasa dan dilihat mempesona. Hendakmengerjakan sembahyang tentulah berat. Tinggalkan sajaatau qadha. Waktu membayarnya tidak dari hati. Hendakcepat-cepat saja.

7. Apabila jiwa bertuhan tidak ada atau lemah, kalaupun bolehbermujahadah dapat juga mengerjakan sembahyang tapiterasa sangat terlalu berat maka sembahyang tidak dapatdijiwai. Sembahyang pun hendak cepat-cepat saja.

Lebih-lebih lagilah terasa berat hendak melaksanakan ikrardan tuntutan sembahyang itu di luar sembahyang. Sudah tentutidak boleh menunaikannya. Kerana Tuhan dan syariat Tuhanitu belum kita jiwai lagi. Kalau begitu tidak hairan orang yangmengerjakan sembahyang masih terlibat dengan maksiat dankemungkaran seperti tipu, rasuah, zina, curi, merompak, per-gaulan bebas lelaki perempuan, menzalim, judi, dedah aurat danjuga tidak hairanlah orang yang bersembahyang akhlaknya ma-sih rosak seperti memfitnah, mengumpat, menghina, berdusta,mengadu domba, bercakap kotor dan lucah, bakhil, tamak, pe-marah, sombong, riyak, suka nama dan glamour. Walaupun me-reka bersembahyang hakikatnya mereka tidak bersembahyang.

Jadi jelaslah bahawa bagi orang yang tidak khusyuk iaituyang tidak berjiwa tauhid, hanya setakat berfikiran tauhid sahajasudah tentulah amat berat dengan sembahyang kecuali bagiorang yang khusyuk.

Maksudnya: “Sesungguhnya (sembahyang itu) adalahamat berat kecuali bagi orang yang kusyuk.” (Al Baqarah:45)

Apakah yang selalu diingat oleh orang yang tidak khusyuk

Page 261: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

238

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dalam sembahyang? Orang yang tidak khusyuk sembahyang,mereka merasa berat dengan sembahyang sekalipun dapatdibuatnya. Tapi apakah yang mereka ingat dalam sembahyang?Iaitu setiap yang mereka khusyukkan. Ertinya setiap perkarayang mereka jiwai dan cintai atau yang mereka besarkan danambil berat. Itulah yang ringan diingat atau mudah diingat.

Ingatan itulah yang akan datang di dalam sembahyangmenggantikan rasa bertuhan, menggantikan menjiwai segalabacaan, seperti hal-hal pekerjaan di pejabat akan datang dalamsembahyang, kisah anak isteri akan datang di dalam sembah-yang, kawan-kawan pacaran kita itu yang akan datang di dalamsembahyang. Urusan persekolahan akan datang di dalamsembahyang. Mengira-ngira duit, rugi untung akan datangdalam sembahyang. Setiap kesusahan, kegembiraan dan kege-maran kita itu yang datang dalam sembahyang. Dendam ke-sumat dengan orang itu akan datang di dalam sembahyang.

Walhasil setiap apa saja yang kita jiwai di dalam kehidupankita sama ada yang menggembirakan mahupun yang menyu-sahkan jika kita jiwai (khusyuk) maka itulah yang akan datangdi dalam sembahyang.

BERAT PERINGKAT KEDUA - DI DALAM SEMBAHYANG

Katalah seseorang itu boleh juga mengerjakan sembahyang samaada di awal waktu atau di akhir waktu atau qadha sama adasembahyang berseorangan atau berjemaah. Apabila jiwa tauhidlemah atau rasa bertuhan sudah tidak ada, ertinya rasa khusyukdengan Tuhan sudah tidak ada maka dia mengerjakan sembah-yang itu rasa terpaksa, berat, jemu, sembahyang hendak cepatsahaja dan gopoh-gapah. Dia tidak bersabar, tidak berlambat-lambat dan bertenang-tenang, lebih-lebih lagi tidak sabar hendakmemahami dan menghayati setiap perkataan dan lafaz yangdibaca. Akhirnya dia membaca tanpa roh dan jiwa. Tarikan dunialebih mempengaruhi jiwa dan fikiran, maka pada waktu itu yangmudah datang ialah kerja dunia kita, urusan dunia kita, meng-ingat-ingat nasib kita apakah yang akan berlaku di dunia ini.

Page 262: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

239

SEMBAHYANG

Maka melayang-layanglah fikiran kita, kosonglah jiwa kitadaripada mengingati Allah Taala di waktu sembahyang itu. Olehkerana itulah mengerjakan sembahyang terasa penat, berat danmenjemukan kecuali orang yang khusyuk.

Kalaulah tidak dipupuk lagi jiwa tauhid, lama-kelamaanboleh berhenti bersembahyang. Lebih-lebih lagi setelah bertam-bah sibuk dengan kerja dan urusan dunia atau melayan orangramai kerana urusan dunia yang sementara ini.

BERAT PERINGKAT KETIGA - MENUNAIKAN IKRAR DANTUNTUTAN SEMBAHYANG

Peringkat ketiga ini adalah menunaikan ikrar dan tuntutan didalam sembahyang. Ini lebih-lebih lagi amat berat untuk melak-sanakannya. Sebagaimana yang kita maklum bahawa waktu kitamengerjakan sembahyang itu berbagai-bagai janji dan ikrar telahkita buat di hadapan Tuhan. Di antara ikrar dan janji kita ituadalah kita berikrar menyembah dan meminta pertolongandengan-Nya, membesarkan-Nya, meminta kepada-Nya ditun-jukkan ke jalan yang lurus (benar) iaitu jalan-jalan para rasul,bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan sesat. Berjanji inginhidup mengikut syariat Tuhan di dalam segala hal dan perilaku,di dalam seluruh sistem kehidupan; bermasyarakat, berekonomi,berhubung, berpolitik, bernegara, mentadbir dan lain-lain lagi.

Di dalam sehari semalam lima kali kita berikrar dan berjanjikepada Tuhan. Setiap kali bersembahyang kita berikrar danberjanji lagi. Ikrar dan janji yang sama.

Begitulah diulang-ulang kita berjanji kepada Tuhan. Bagiorang yang khusyuk kepada Tuhan iaitu yang berjiwa tauhid,amat takut dan bimbang sungguh. Justeru itulah mereka selepassembahyang bersungguh-sungguh mengendalikan kehidupandi dalam semua aspek mengikut Al Quran dan Sunnah Rasu-lullah SAW. Di dalam menunaikan janji itu mereka tetap takut.Di dalam bersungguh-sungguh melaksanakan janji di dalamseluruh kerja dan usaha mereka, namun mereka sentiasa bim-

Page 263: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

240

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bang kalau-kalau janji tidak dapat ditunaikan. Begitulah sikaporang yang khusyuk.

Berlainan sekali bagi orang yang tidak khusyuk atau orangyang tidak berjiwa tauhid. Janji hanya tinggal janji. Di dalamsembahyang, berdusta selalu dengan janji. Setiap kali berjanji didalam sembahyang kemudian berbohonglah di luar. Sembah-yang orang yang tidak khusyuk selalu saja mengkhianati janjidengan Tuhannya. Sudahlah begitu, iaitu janji kepada Tuhantidak ditunaikan, namun tidak pernah merasa takut, bimbang,kesal, bahkan melupakan begitu saja perbuatan tidak menunai-kan janji itu. Tidak seperti orang yang khusyuk yang walaupunsudah sungguh-sungguh menunaikan janji kepada Tuhan,namun hatinya sentiasa takut kepada Tuhan. Seolah-olah me-rasakan belum menunaikan janjinya.

Mereka yang tidak khusyuk terasa berat hendak menunaikanjanji kepada Tuhan kerana pautan dengan Tuhan sudah tidakada atau sudah tipis. Tarikan kepada Tuhan telah lemah. Justeruitu tarikan dunialah yang merangsang mereka. Oleh yangdemikian melaksanakan kehendak-kehendak nafsu dan syaitanitulah yang ringan bagi mereka memperjuangkannya. KehendakAllah Taala walaupun telah berjanji, itu sangat berat untuk di-perjuangkannya. Oleh yang demikian tidak hairanlah berjanjihendak menyembah dan membesarkan Tuhan, tetapi dalamkehidupan menyembah dan membesarkan harta, betina, pang-kat, pemimpin, bintang filem. Berjanji hendak hidup di dalamsemua aspek kehidupannya mengikut syariat Tuhan, tetapi yangdiikut ialah fikiran, ideologi, isme, teori akal. Mereka yang tidakkhusyuk, sembahyang tidak ada hubungan dengan kehidupan,tidak ada hubungan dengan masyarakat, ekonomi, politik, ke-budayaan, perlembagaan negara dan lain-lain.

APABILA MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Sembahyang adalah ibu segala ibadah. Cara ibadah yang palinglengkap untuk hamba-Nya merasakan rasa bertuhanan dan agar

Page 264: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

241

SEMBAHYANG

hamba-hamba-Nya dapat melahirkan sifat-sifat kehambaan,masa pembaharuan iman dan ikrar kepada Tuhan. Oleh yangdemikian, apabila seseorang hamba itu tidak mengerjakan ataumeninggalkan sembahyang maka mereka boleh dianggap seba-gai berikut:

1. Dia telah melakukan sombong yang paling besar, iaitu som-bong kepada Tuhan yang menciptanya, menghidupkannyadan memberi nikmat kepadanya.

2. Dia seolah-olah tidak mengaku bahawa Allah Taala itu ada-lah Tuhannya.

3. Orang yang meninggalkan sembahyang, orang yang sudahterputus hubungannya dengan Allah Taala iaitu telah putusasa dengan Tuhan dan terputus dari rahmat-Nya.

4. Orang yang tidak bersedia berikrar atau membaharui ikraragar hidup matinya untuk Allah Taala.

5. Orang yang tidak bercita-cita, beriman dan membaiki jiwa-nya dan dirinya.

6. Orang yang tidak lagi mengharap kepada Tuhan.

7. Orang yang tidak bersembahyang ertinya isytihar perangdengan Tuhan.

Begitulah keadaannya. Munasabahlah siapa yang meninggal-kan sembahyang menjadi kafir.

Page 265: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

242

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Patutnya Engkau Disembah

Ya Allah! Kerana terlalu banyaknya rahmat

dan nikmat-Mu

Melimpah-ruahnya kurniaan-Mu

setiap waktu

Payah lidah hendak menyebutnya

Tidak mampu hendak menghitungnya

Sekalipun dengan alat yang canggih

Kalaulah takdirnya Engkau tidak wujudkan

Syurga dan Neraka

Bahkan kalau sekiranya Engkau tidak mewajibkan

Kepada hamba-hamba-Mu menyembah-Mu

Namun bagi hati yang murni, fitrah yang suci

Jiwa tetap rasa bersalah

jika Engkau tidak disembah

Fitrah semula jadi merasa tidak patut

kalau Engkau tidak disembah

Bahkan hati ini tetap merasa bersalah

Jika tidak membesar dan mengagungkan-Mu

Betapa pulalah Engkau telah mewajibkan

Hamba-hamba-Mu menyembah-Mu

Lebih patut lagilah Engkau diagungkan

dan disembah

Kerana itulah siapa sahaja tidak menyembah-Mu

Melupakan, tidak mengingati dan membesarkan-Mu

Jiwa orang ini sentiasa gelisah

Jiwa tidak tenang, resah tidak tentu arah

Kerana fitrah, itu tabiatnya

Secara kita tidak sedar tetap rasa bersalah

Page 266: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

243

SEMBAHYANG

Lantaran itulah kita boleh lihat

di dalam pergaulan kita

Jika seseorang itu tidak mempedulikan Allah

Sekalipun kaya, berkuasa, berilmu

Namun jiwanya sentiasa gelisah

Dia akan jadi orang pemarah

Atau emosinya tinggi

Mudah sahaja tersinggung dan marah-marah

Lepas Zuhur

20 – 09 – 1999

Page 267: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

244

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Oleh kerana sembahyang fardhu lima waktu adalah ibusegala ibadah, tiang agama, pembangun insaniah danumat, maka sembahyang hendaklah istiqamah menger-

jakannya. Dijaga sungguh-sungguh roh sembahyang itu bahkankalau boleh sekalipun perkara yang sekecil-kecilnya hendaklahdipelihara seperti mempertahankan sunatnya, jauhi yang mak-ruh di dalam sembahyang, sembahyang di awal waktu, perta-hankan sembahyang jemaah, luruskan saf, rapat-rapat ketikasembahyang jemaah.

Kemudian jauhi bersembahyang di tempat di mana bangunanyang dibina daripada duit haram atau syubhat, kosongkan tem-pat sembahyang dari perkara yang boleh mengganggu fikirankita ketika mengerjakan ibadah sembahyang seperti jangan adadi dinding masjid atau surau gambar-gambar yang boleh me-lalaikan kita. Tempat sujud biarlah kain putih, jauhi daripadatempat sujud yang ada gambar pemandangan yang bolehmengalih fikiran dan perasaan kita agar kita benar-benar dapatmembuat penumpuan kepada kerja sembahyang.

Begitulah juga jauhi daripada bersembahyang di tempat yangsibuk, tempat lalu-lalang orang, tempat hingar-bingar, hiruk-pikuk yang boleh mengganggu kekhusyukkan kita di dalamsembahyang, yang boleh mengganggu kita untuk menghayati

KENALAH JAGA SEMBAHYANG SUNGGUH-SUNGGUH

7

Page 268: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

245

SEMBAHYANG

sembahyang sepenuhnya agar sembahyang kita itu benar-benarmembina fikiran kita dan membangunkan jiwa kita. Agarsembahyang betul-betul mendidik kita hingga boleh mengubahsikap dan perihal hidup kita daripada jahat kepada baik.

PERASAAN YANG PATUT TIMBUL KETIKA BERSEMBAHYANG

Rasa takut, rasa bimbang, rasa malu, rasa gementar, rasa hinadiri, rasa lemah dan dhaif, meminta, mengharap, mensucikandan mentaqdiskan Tuhan, membesarkan-Nya, merindui, ber-manja-manja, merasa dilihat-Nya, merasa didengar-Nya, merasadikuasai-Nya, rasa diketahui-Nya, memenuhi lubuk hati kita.Dengan cara itu subur jiwa tauhid kita dan sekaligus dapatmenghidupkan jiwa kehambaan di dalam jiwa kita dan denganitu ruang-ruang yang mengganggu dan melalaikan kita tertutuphabis. Maka oleh yang demikian sembahyang itu semakin lamamakin memberi kesan kepada fikiran, jiwa dan sikap serta peri-laku kita.

Page 269: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

246

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Kejarlah Tuhan Jangan Kejar Syurga

Kejarlah Tuhan janganlah kejar Syurga-Nya

Tuan Syurga lebih utama daripada Syurga-Nya

Carilah Tuhan, janganlah cari fadhilatnya

Dapat Tuhan, dapatlah segala-galanya

Cari Tuhan kerana kita hendak

memperhamba diri kita kepada-Nya

Cari Syurga atau fadhilatnya,

ertinya hendak membesarkan nikmat Tuhannya

Mengapa hendak memperbesarkan diri kepada makhluk

Memperhambakan diri kepada Khaliq kan lebih utama

Mengejar fadhilat, rasa bertuhan tidak ada

Jika rasa bertuhan tidak ada,

rasa kehambaan pun tidak ada

Sedangkan fungsi ibadah hendak melahirkan

rasa kehambaan

Kalau rasa kehambaan tidak ada,

mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan

Kerana itulah orang yang beribadah

kerana Syurga atau fadhilat

Perangainya tidak berubah

Bahkan adakalanya ibadahnya itulah

yang menyuburkan mazmumahnya

Mengapa beribadah kerana Syurga dan fadhilat

Syurga dan fadhilat adalah hak Tuhan

yang memang telah ditentukan-Nya

Carilah Tuhan

Dapat Tuhan, Syurga dan fadhilat dapat sama

Page 270: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

247

SEMBAHYANG

Kerana itulah Syurga dan fadhilat

tidak perlu difikirkan

Cari Syurga atau fadhilat,

Syurga atau fadhilat belum tentu dapat

Tuhan sudah tentu tidak dapat

Yang hendak kita cintai adalah Tuhan

Kerana Dia Pencipta kita

Bukan Syurga dan fadhilat yang hendak kita cintai

Betulkan semula fungsi ibadah kita

Agar matlamat ibadah itu

tepat kepada sasarannya

Menjelang tidur

12 – 11 - 1999

Sajak 2

Setelah Aku Kenal Tuhan

Setelah aku kenal Engkau Tuhan,

tidak ada lagi erti Syurga dan Neraka-Mu

Kalau tidak ada Syurga dan Neraka pun

aku tetap menyembah-Mu

Menyembah dan mengingati-Mu

itu adalah kebahagiaan

Menyembah dan mengingati-Mu

aku rasa patut buatku

Makin aku kenal-Mu,

fadhilat-fadhilat tidak ada erti padaku

Aku rasa, beribadah kepada-Mu kerana fadhilat

menghilangkan keikhlasanku pada-Mu

Aku merasa aku telah tercacat dengan-Mu

Siapa yang mengenal-Mu,

Engkau adalah sumber kebahagiaan

Kalau begitu apalah ertinya

Syurga dan Neraka-Mu

Page 271: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

248

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Setelah aku mengenal-Mu

keredhaan-Mulah yang aku cari

Bahkan aku mengingini keredhaan-Mu

Mendapat keredhaan-Mu,

ertinya mendapat segala-galanya

Mendapat keredhaan-Mu

adalah mendapat ibu segala kebahagiaan

Inginkan keredhaan-Mu

di sinilah datangnya cinta dan takut

Cinta kerana Engkau patut dicintai

Takut kerana hamba perlu takut dengan Tuannya

Takut adalah sifat hamba yang perlu dikekalkan

Makin bertambah lagi aku mengenal-Mu

Maka segala-galanya tidak ada ertinya lagi bagiku

Kerana Engkau adalah segala-galanya

Selepas Asar

19 Muharam 1421H

Page 272: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Perjuangan

Page 273: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

250

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Perkara yang sudah hilang dari milik kaum muslimin atauumat Islam secara umum amat banyak sekali. Sama adakita sedari atau tidak. Tapi yang kita dengar selama ini,

kerana sering diperkatakan, selalu saja disebut oleh para pemim-pin, ulama, pendakwah, penceramah, para pejuang Islam, ialahilmu pengetahuan. Hingga hampir semua umat tahu. Bahkanmengakui bahawa umat Islam telah kehilangan ilmu penge-tahuan, yang mana satu ketika dahulu umat Islam membawailmu dan menguasainya di dalam berbagai-bagai bidang.

Umat Islam pernah menguasai ilmu falsafah, sains, kedok-toran, ilmu falak, geografi, sejarah, matematik, selain daripadamenguasai ilmu yang bersumberkan Al Quran dan Hadis.Lahirlah pakar-pakar tauhid, pakar feqah, pakar tasawuf, pakartafsir, pakar Hadis, pakar sejarah dan lain-lain.

Di waktu itu umat Islam menjadi mahaguru dan tempat rujukdi berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seluruh bangsa didunia, bahkan bangsa-bangsa Eropah pun berdatangan ke ne-gara umat Islam kerana mempelajari ilmu pengetahuan dipelbagai bidang. Ilmu yang dimiliki dan dikembangkan dandikuasai oleh orang-orang Barat dan Amerika sekarang ini,asalnya adalah warisan daripada ilmu yang pernah dimiliki olehumat Islam. Kemudian mereka memperdalaminya, memperluas

APAKAH PERKARA YANG SUDAHHILANG DARI UMAT ISLAM?

1

Page 274: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

251

PERJUANGAN

dan mengembangkannya hingga mereka telah menjadi maha-guru kepada bangsa-bangsa di dunia. Termasuklah umat Islam,terpaksa belajar semula dengan mereka.

Jadi kehilangan ilmu pengetahuan daripada umat Islammemang rata-rata umat Islam mengetahuinya dan mengakuinyakerana ia sering disebut-sebut di dalam ucapan dan tulisan. Perludiingatkan bahawa apakah ilmu sahaja yang hilang dari umatIslam? Apakah tidak ada perkara-perkara lain yang hilang dari-pada umat Islam? Perkara-perkara yang perlu bahkan sese-tengahnya wajib kita mencarinya?

Yang sebenarnya banyak perkara yang telah hilang daripadaumat Islam. Sebahagian daripadanya wajib kita mendapatkan-nya semula. Kerana ia perkara yang amat berharga. Demi kese-lamatan kita di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat. Secara umum,perkara-perkara yang telah hilang daripada umat Islam itu bolehdibahagi kepada dua kategori:

Pertama:Kehilangan secara khusus

Kedua: Kehilangan secara umum

KEHILANGAN SECARA KHUSUS

Perkara-perkara yang hilang dari umat Islam secara khusus,antaranya ialah:

1. Hilangnya keadilan dari pemimpin atau pemerintah danjuga kasih sayangnya.

2. Hilangnya sifat berani daripada para alim ulama juga kasihsayang dan nasihat-nasihatnya serta sifat zuhudnya.

3. Hilangnya sifat malu daripada kaum wanita.

4. Hilangnya sifat sabar daripada fakir miskin.

5. Hilangnya sifat pemurah daripada orang kaya.

6. Hilangnya sifat tawadhuk daripada golongan atasan.

7. Hilangnya ilmu pengetahuan daripada ahli ibadah.

Page 275: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

252

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

8. Hilangnya sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripadapara pejuang Islam.

9. Hilangnya sifat bijaksana dan lemah lembut daripada parapendakwah.

10. Hilangnya rasa khusyuk daripada orang yang bersembah-yang.

11. Hilangnya sifat amanah daripada orang yang diberi tang-gungjawab.

KEHILANGAN SECARA UMUM

Perkara-perkara yang hilang daripada umat Islam secara umum,antaranya ialah:

1. Hilangnya ilmu pengetahuan.

2. Hilangnya kepimpinan bertaraf empayar atau sejagat.

3. Hilangnya akhlak dan budi pekerti yang mulia.

4. Hilangnya ukhwah dan kasih sayang.

5. Hilangnya rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadapkaum wanitanya.

6. Hilangnya perpaduan dan kesatuan umat Islam.

7. Hilangnya rasa bertuhan atau rasa tauhid.

8. Hilangnya rasa cinta kepada Akhirat.

9. Hilangnya rasa takut dengan Tuhan atau dengan dosa.

10. Hilangnya rasa tawakal.

11. Hilangnya rasa qanaah.

12. Hilangnya sifat redha.

13. Hilangnya sifat sabar.

14. Hilangnya sifat bertolak ansur.

15. Hilangnya persahabatan di kalangan kaum muslimin.

Page 276: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

253

PERJUANGAN

16. Hilangnya sifat taat dan setia daripada pengikut terhadappemimpin.

17. Kehilangan tamadun Islam.

18. Kehilangan undang-undang dan perlembagaan Islam.

Inilah dia secara rambang apa yang telah hilang daripadaumat Islam sama ada yang bersifat khusus mahupun bersifatumum. Kalau begitu keadaannya, ertinya umat Islam itu secaraumum telah menjadi miskin di dalam semua hal. Miskin di segimaterial, miskin dari segi moral, miskin bersifat dunia mahupunmiskin bersifat Akhirat. Miskin yang bersifat maddi mahupunmiskin yang bersifat maknawi dan rohani.

Oleh itu kalau kita ingin mengembalikan sesuatu yang hilangdari umat Islam agar mereka memilikinya semula, ini memer-lukan satu perjuangan yang bukan main-main. Memerlukan satuperjuangan yang gigih. Memerlukan pengorbanan apa sahaja.Memerlukan satu perjuangan yang tersusun dan berdisiplin.Memerlukan pemimpin yang boleh menjadi contoh terutamaketaqwaan dan ilmu serta kepimpinannya. Memerlukan ketaat-an dan kesetiaan para pengikut. Memerlukan perjuangan yangterus-menerus tanpa henti-henti. Memerlukan kebijaksanaan.Memerlukan role model di kalangan para pejuang dan pemim-pin-pemimpinnya.

Pada hari ini, oleh kerana umat Islam memandang seriusbahawa yang hilang itu adalah ilmu pengetahuan, nampaknyadi dalam memperjuangkan ilmu pengetahuan kelihatan adakesungguhan walaupun belum sampai ke matlamatnya. Namunsedihnya dan amat malang sekali perkara-perkara yang lainselain ilmu pengetahuan tidak dirasakan hilang atau mungkinterasa juga kehilangannya tapi tidak dianggap penting sepertipentingnya ilmu pengetahuan. Maka usaha dan perjuanganuntuk mengembalikan perkara-perkara itu kurang diambil per-hatian atau tidak begitu serius memperjuangkannya. Lantaranitu kehilangan perkara-perkara yang lain selain ilmu penge-tahuan rasa amat payah untuk dikembalikan atau amat payah

Page 277: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

254

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

hendak dicari semula. Bahkan sebahagian umat Islam tidakmengambil pusing langsung mengenai akhlak, ukhwah dan lain-lain. Umat Islam sudah tidak terasa lagi kehilangan iman,kehilangan akhlak, kehilangan sifat pemurah, kehilangan sifatsabar, kehilangan sifat redha, kehilangan kesatuan dan per-paduan, kehilangan sifat bertolak ansur dan lain-lain lagi.

Sebagai contoh:

Seorang ibu atau bapa atau guru, apabila seseorang anak ataumurid tidak lulus di dalam peperiksaan, mereka marah, susahhati, risau. Kemudian guru itu atau ibu bapa akan memberiberbagai-bagai nasihat, berbagai-bagai cara dan tekanan dilaku-kan agar murid atau anak itu lulus pada masa yang akan datang.Guru atau ibu bapa bising sungguh dengan pelajar atau anakyang tidak lulus tadi. Tapi kalau dia tidak bersembahyang atautidak berakhlak, guru atau ibu bapa tidak pula rasa susah hati.Tidak pula bising, tidak pula memberi nasihat, memberi ingatanserta memberi berbagai-bagai cara dan tekanan agar dia bersem-bahyang atau berakhlak. Kalaupun guru atau ibu bapa tidaksenang tapi rasa tidak senang itu tidak serius, tidak begitu me-nekan perasaan. Begitulah seterusnya golongan-golongan lain.

Tapi kalau ilmu pengetahuan, semua golongan mengambilberat. Semua golongan membising-bisingkannya. Semua go-longan mengambil tahu. Semua golongan mengambil perhatian.Kalau mundur, semua golongan susah hati. Kalau berjaya ataucemerlang, semua golongan suka atau gembira.

Mengapa terjadi demikian? Ini kerana ilmu yang dikejar itu,mereka hendak jadikan alat untuk mendapatkan keuntungandunia. Tapi sembahyang, akhlak, iman, taqwa, mereka fikir tidakada hubungan dengan kepentingan atau keuntungan dunia.Kalau begitu, cuba gambarkan betapa sulitnya kita hendakmengembalikan sesuatu yang hilang selain daripada ilmu penge-tahuan. Umat Islam memandang kehilangan itu semua tidakmerugikan. Kalau dapat pun mereka menganggap tidak meng-untungkan apa-apa. Begitulah rosaknya jiwa dan cara berfikirumat Islam pada hari ini.

Page 278: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

255

PERJUANGAN

Padahal kekuatan umat Islam, survivalnya, kemerdekaannya,kedaulatannya, kemajuannya, kejayaannya, kebahagiaannya,keharmoniannya, bukan ditentukan oleh faktor ilmu semata-mata. Tapi ditentukan oleh semua faktor tadi. Oleh yangdemikian, kita umat Islam wajib berusaha dan berjuang untukmengembalikan semua yang hilang itu agar menjadi milik kitasemula. Di sanalah semuanya kemuliaan kita.

Page 279: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

256

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Berjuang Mencari Barang yang Hilang

Kita berusaha dan berjuang

mencari barang yang hilang

Hilang yang sudah lama berlaku dicari semula

Macam-macam perkara yang hilang,

untuk hendak mendapatkannya kembali

Kehilangan Tuhan, kehilangan syariat,

kehilangan akhlak yang mulia

Kehilangan kasih sayang, kehilangan ukhwah,

kehilangan simpati

Kehilangan tawakal,

kehilangan sifat merendah diri

Kehilangan pemurah,

kehilangan bertolak ansur,

kehilangan ilmu

Kehilangan sifat redha,

kehilangan sifat sabar,

kehilangan timbang rasa

Mengapa di dalam berjuang mencari barang yang hilang,

kita maki orang?

Kenapa berjuang mencari barang yang hilang,

menghina orang?

Siapa ajar kita berjuang mencari barang yang hilang,

memfitnah orang?

Cara ini bukan mencari barang yang sudah hilang!

Tapi menghilangkan lagi barang yang ada

Maka makin banyaklah barang yang hilang

Barang yang hilang tidak dapat dicari

Page 280: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

257

PERJUANGAN

Yang masih ada hilang pula

Akhirnya makin gigih kita berjuang

Makin lama kita berjuang,

semakin banyak barang yang hilang

Padahal berjuang hendak mencari

barang yang hilang

Ini makin gigih berjuang

makin banyak yang hilang

Ini perjuangan kartun namanya

Cara ini perjuangan angan-angan Mat Jenin

Perjuangan semacam ini,

perjuangan membunuh diri

Menjelang tidur

12 – 10 – 1999

Page 281: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

258

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Islam menganjurkan keempat-empat anasir (unsur) di dalamdiri manusia atau seseorang itu iaitu fizikalnya, akalnya, jiwa-nya dan nafsunya hendaklah dididik dan diasuh serentak.

Tidak boleh diutamakan yang satu dan diabaikan yang lain atausebahagiannya dididik dan sebahagian yang lain diabaikan.

Islam mahu manusia sebagai hamba-Nya di dalam keadaanseimbang keempat-empat anasir itu terdidik atau terbangun.Dengan itu manusia itu akan menjadi hamba Allah sekaliguskhalifah-Nya yang dapat mengabdikan diri kepada Allah sertadapat membangun dan mengimarahkan dunia ini.

Kalau keempat-empat anasir di dalam diri manusia itu tidakdididik dan dibangunkan serentak, hanya mengutamakan satuatau dua anasir sahaja yang diambil berat maka:

– Seseorang itu atau satu bangsa itu akan menjadi bangsa yangcerdik dan pandai sahaja tapi iman dan taqwa tidak ada.Maka mereka akan menjadi bangsa yang pandai dan jahat.

– Atau dia akan menjadi bangsa yang beriman dan bertaqwa.Ertinya bangsa itu baik tapi tidak pandai dan cerdik. Makaakan jadi bangsa yang baik tapi beku dan mundur.

– Atau akan jadi satu bangsa yang sihat dan cergas tapi bodohdan jahat.

BAGAIMANA MENDIDIKSESEORANG ATAU SATU BANGSA

2

Page 282: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

259

PERJUANGAN

Jika keempat-empat anasir itu dapat dididik serentak makabangsa itu akan menjadi bangsa yang beriman dan bertaqwa.Ertinya bangsa yang baik, cerdik dan berilmu. Iaitu bangsa yangmembawa kemajuan dan tamadun serta fizikalnya sihat dancergas membuat kebaikan.

Untuk menjadi bangsa yang seimbang ini hanya orang yangmenghayati dan mengamalkan Al Quran dan As Sunnah sahajayang boleh melakukannya. Ini telah dibuktikan oleh Islam. Didalam sejarah yang silam terutama dalam masa 700 tahunempayar Islam, istimewanya di dalam masa 300 tahun yang di-katakan zaman salafussoleh. Akal mereka terbangun. Jiwamereka terbangun. Fizikal mereka terbangun. Dengan kata-katayang lain mereka menjadi bangsa yang baik, berilmu danberkemajuan serta sihat dan cergas.

Selain Islam, bangsa itu tidak akan mampu mendidik untukmemperimbangkan keempat-empat anasir yang ada di dalamdiri manusia. Sebagai buktinya, orang Barat hanya mampumendidik akal dan fizikal, tapi tidak mampu mendidik jiwa (rohatau hati). Maka mereka menjadi satu bangsa yang berilmu danberkemajuan atau bertamadun, cergas dan sihat. Tapi manusia-nya jahat dan mengembangkan kemungkaran yang dahsyat,menzalim, menindas. Bangsa Monggol, satu ketika hanya mam-pu mendidik fizikal sahaja. Lahirlah bangsa yang kuat fizikalnyatapi tidak membawa ilmu dan tamadun serta bersikap liar danganas. Maka mereka menjadi bangsa pemusnah. Akhirnya me-reka tunduk dengan agama dan budaya anak jajahannya.

Kalaulah umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang ber-sumberkan Al Quran dan As Sunnah dengan ada pemimpinyang bertaqwa dan berwibawa, mampu mendidik umat Islamsecara seimbang, insya-Allah, sudah pasti umat Islam akan kem-bali menempa sejarah gemilangnya semula. Dapat menaungimanusia sejagat dengan tamadun dan kebaikan.

Page 283: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

260

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Kalau Kita Seorang Pendidik

Kalau kita sebagai pendidik,

fikiran (akal) dan jiwa orang

kenalah diambil kira

Cara orang berfikir secara umum kenalah tahu

Psaikologi orang atau perasaan orang

kenalah boleh dibaca secara rambang setidak-tidaknya

dan diambil kira

Engkau mesti faham tentang nafsu dan tabiat nafsu

Mendidik orang bererti membangunkan insaniahnya

Mendidik orang fikirannya(akal),

jiwa dan nafsunya adalah menjadi target

Soal fizikal perkara gampang,

bahkan sampingan sahaja

Ketiga-tiga anggota manusia yang bersifat batiniah itu

mendidiknya tidak sama

Mendidik akal ada caranya, mendidik jiwa ada caranya

dan mendidik nafsu ada caranya pula

Mendidik akal memberi ilmu, maklumat dan pengalaman

yang berguna dunia dan Akhiratnya

Disuburkan dengan cara mengkaji, berfikir,

membaca serta mengamalkannya

Mendidik jiwa menanamkan keyakinan dengan Tuhan

dan apa-apa sahaja yang diwajibkan percaya

Suburkan rasa bertuhan supaya lahir sifat kehambaan

kerana manusia itu hamba

Setiap hamba mesti ada rasa bertuhan

dan rasa kehambaan

Mendidik nafsu pula tunjukkan cara bermujahadah

Page 284: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

261

PERJUANGAN

Agar sifat-sifat mazmumah dibuang

dan sifat-sifat mahmudah disuburkan

Tanamkan rasa bertuhan sangat membantu

membuang mazmumah dan lahirnya sifat mahmudah

Adakah zaman sekarang ini

pendidik-pendidik yang faham mendidik akal,

jiwa dan nafsu insan?!

Itulah yang menjadi tanda tanya kita

Kalau kita kata tidak ada, ramai cerdik pandai yang sensitif

Yang berkecil hati dan tidak boleh menerimanya

Yang sebenarnya pemberi ilmu ramai,

pendidik tidak ramai

Kerana itulah manusia sudah ramai yang rosak

dan punah-ranah insaniahnya

Yang sangat menonjol yang dapat dilihat ialah

kasih sayang sudah hilang

Maka seluruh manusia di dunia

telah menderita dan kecewa

Selepas Asar

28 Muharam 1421

Sajak 2

Bangsa yang Rosak Jiwanya

Satu bangsa yang sudah rosak jiwanya

Nafsu serakahnya tidak dapat dikawal

Di waktu itu bukan mudah dibaikpulihkan semula

Bangsa yang jiwanya sudah rosak ilmu akan disalah guna

Kecerdikannya akan dijadikan jerat

dan perangkap mangsa tipuannya

Jawatan dan pangkat yang diberi itu

adalah perniagaannya untuk mencari untung

Atau ia akan menjadikan ladang atau aset

tempat mencari kekayaan

Page 285: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

262

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Setiap amanah yang diberi dianggap ghanimah

Yang tidak ada ilmu atau jawatan,

dia akan buat apa sahaja,

yang penting adalah kesenangan

Mencuri, tipu, bunuh, rompak, pedaya

dan lain-lain cara

Yang penting boleh cari makan, boleh hidup, boleh senang,

sekalipun mengorbankan kesenangan orang

Di waktu itu kasih sayang musnah, perpaduan punah

Hidup macam haiwan, macam syaitan,

yang kuat menindas yang lemah

Curiga-mencurigai satu sama lain pun datang

Prejudis yang tidak dapat dikawal perasaan

Duduk di tengah masyarakat terasa seorang

Duduk seorang bimbang,

duduk di tengah masyarakat terpaksa kerana keperluan

Indahnya tiada, curiga-mencurigai tetap ada,

senyum hanya dibuat-buat

Percaya-mempercayai sudah tidak ada

Aduh seksanya hidup bermasyarakat

Bergaul sesama manusia,

macam bergaul dengan binatang buas

Sentiasa waspada, curiga, sentiasa awas, berjaga-jaga

Begitulah kalau satu bangsa jiwanya sudah rosak

Mereka terperangkap dengan ketakutan sesama manusia

Siapalah yang hendak memulihkan jiwa mereka?!

Ia perlukan seorang pemimpin

yang cukup hebat wibawanya

Pemimpin yang dibantu oleh Allah

mendidik dan memimpin mereka

Itu pun mungkin memakan masa

berpuluh-puluh tahun juga lamanya

Menjelang Asar

28 – 02 – 2004

Page 286: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

263

PERJUANGAN

Memang Allah Taala menyuruh kita berjuang, menegakkansyariat Islam di dalam seluruh kehidupan. Daripada ke-hidupan peribadi, keluarga seterusnya negara dan alam

sejagat. Begitulah juga berdakwah adalah satu aspek cara ber-juang, kita diperintahkan menyampaikan risalah Islam denganmenegakkan amar bil makruf wanahyun anil mungkar.

Memperjuangkan Islam bermula dari peribadi yang ada cita-cita kemudian keluarga, masyarakat, ekonomi, begitulah se-terusnya. Orang yang berjuang ada cita-cita Islam mestilahbermula daripada peribadi, keluarganya dan jemaahnya danbegitulah seterusnya. Orang yang cintakan Allah, Rasul danIslam yang dibawa oleh Rasul mestilah dibuktikan lebih dahulukecintaannya itu di dalam diri dan keluarganya serta di dalamjemaah di bawah kuasanya.

Selepas nyata dan ketara kehidupan secara Islam itu benar-benar wujud pada peribadi, keluarga dan jemaah itu, lama-kelamaan orang ramai akan mengikutnya atau simpati kepadaperjuangan itu kerana role model telah wujud begitu nyata, indahdan cantik. Apabila terserlah, sudah tentu menggamit orangramai, kerana fitrah semula jadi manusia memang suka kepadakeindahan dan kecantikan. Sedangkan Islam itu adalah indahdan cantik setelah ia menjadi amalan, tabiat dan budaya hidup.

SERUAN BAGAIMANAYANG ALLAH TAALA MAHU?

3

Page 287: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

264

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Tapi kalau para pejuang kebenaran itu katanya cinta kepadakebenaran, tapi kebenaran itu belum wujud pada peribadinya,keluarganya dan di dalam jemaahnya, alasan apa orang lain akanmengikut atau akan simpati. Sudah tentu orang lain ragu-raguatau terkeliru.

Oleh kerana itulah Allah Taala berpesan kepada pejuang-pejuang Islam melalui Al Quran:

Maksudnya: “Hendaklah kamu melaksanakan, makaAllah akan melihat dan juga Rasul-Nya dan orangmukmin.” (At Taubah: 105)

Orang mukmin di sini tentulah yang sezaman dengannyaiaitu dengan pejuang-pejuang itu.

CARA MEMPERJUANGKAN ISLAM

Walaupun disuruh memperjuangkan Islam itu secara keselu-ruhan atau global dari peribadi, keluarga, masyarakat, ekonomi,pendidikan, pentadbiran, ketenteraan, politik, perhubungan, ke-budayaan, negara seterusnya alam sejagat, namun Islam adamemberi kaedah: “Tidak boleh buat semua, jangan tinggalsemua.”

Di dalam memperjuangkan semua, buat lebih dahulu apayang boleh dibuat. Ertinya laksanakan lebih dahulu Islam yangada di dalam kuasa kita, iaitu peribadi kita, keluarga kita danjemaah kita. Tegakkan lebih dahulu iman, Islam dan ihsan ituatau tegakkan lebih dahulu akidah, syariat dan akhlak itu didalam diri kita, keluarga kita dan anggota-anggota jemaah kita.

Cara ini lebih mudah ditegakkan kerana ia ada di bawahkuasa kita. Kalau di luar kuasa kita lebih-lebih lagi di dalamnegara dan alam sejagat, sudah tentu susah dan amat sulithendak ditegakkan kehendak-kehendak ajaran Islam itu dari-pada persoalan akidah, syariat dan akhlak. Selagi kuasa belum

Page 288: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

265

PERJUANGAN

ada di tangan kita, cukuplah kita sarankan lebih dahulu ataumengingatkan lebih dahulu kepada pihak-pihak yang ada kuasadi dalam negara dan seterusnya alam sejagat. Tapi yang ada dibawah kuasa kita, seperti yang telah kita sebut tadi, kita buatdan perkemaskan sungguh-sungguh hingga menjadi contohatau role model kepada orang di luar jemaah kita.

MENGAPA PERLU LAKSANAKAN DAHULU?

Mengapa setiap individu dan jemaah Islam itu melaksanakandahulu? Perlu diingat bahawa Islam bukan setakat ilmu. Tidakjuga sebagai slogan. Bahkan setakat keyakinan pun belum cukup.Tapi Islam itu adalah agama ilmu, yakin dan amal. Selepas itubarulah sesuai untuk diperjuangkan agar ia lebih luas lagidaerahnya dan lebih ramai lagi penganut-penganutnya.

Ini kerana Islam itu adalah datang daripada Allah, disampai-kan kepada Rasulullah. Kemudian terus disampaikan kepadamanusia di zamannya sehingga ia diperjuangkan dan disam-paikan sambung-menyambung dari generasi ke generasi untukkebahagiaan manusia dunia dan Akhirat. Ia merupakan hadiahpaling besar dari Allah Taala pencipta manusia kepada manusiayang menerimanya, demi keselamatan mereka.

Oleh yang demikian, pejuang-pejuang yang cintakan Allahdan Rasul serta syariat-Nya hendaklah lebih dahulu melaksana-kan kebenaran itu kerana beberapa sebab di antaranya:

1. Kalau kita memperjuangkan Islam kerana cintakan Allahdan Rasul serta syariat-Nya dengan mengajak orang menga-nutnya dan mengamalkannya, maka sudah tentulahlogiknya kita mengamalkannya.

2. Kita perlu mengamalkannya lebih dahulu supaya mudahuntuk meyakinkan dan menarik orang lain kepada apa yangkita perjuangkan. Kalau tidak, atas dasar apa orang lain akanyakin dan tertarik dengan apa yang kita perjuangkan.

3. Agar mudah orang ramai meniru apa yang kita perjuangkan

Page 289: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

266

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

kerana role model wujud di dalam peribadi dan jemaahpejuang-pejuang itu.

4. Untuk mengelakkan daripada kemurkaan Allah Taala,kerana yang berjuang dan bercakap tentang kebenaran tapimereka sendiri tidak mengamalkan, besar sekali dosanya.Seperti firman Allah:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, mengapa kamuperkatakan perkara yang kamu tidak buat. Besar sekali ke-murkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata apa yang kamutidak buat.” (As Saf: 2-3)

5. Agar jangan jadi bahan ketawa dan ejekan daripada orangramai terhadap perjuangan kita. Lebih-lebih lagi memberijalan kepada musuh Islam untuk menuduh dan memfitnah.

6. Untuk mendapat keredhaan daripada Allah SWT yangempunya agama yang diperjuangkan itu.

7. Agar mendapat bantuan dan pertolongan Allah Taala. AllahTaala telah memberi jaminan kepada para pejuang bahawadi samping mereka diuji, mereka juga akan dibantu danditolong oleh Allah SWT selagi mana mereka menjadi orangyang bertaqwa iaitu setelah mereka mengamalkannya.

Maksudnya: “Kemudian Kami selamatkan rasul-rasulKami dan orang-orang yang beriman. Demikianlah juga,sebagai kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang yangberiman.” (Yunus: 103)

8. Allah Taala tidak memberi bantuan dan kemenangan

Page 290: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

267

PERJUANGAN

kepada pejuang-pejuang kebenaran atas dasar ramai, tapidiberi bantuan dan kemenangan setelah para pejuang ke-benaran itu bertaqwa sekalipun sedikit.

Di sini perlu perhatian, anggota jemaah Islam tidak mengapasedikit, tapi ahli yang benar-benar bertaqwa. Biarlah para simpatiyang ramai. Setelah ahli-ahli jemaah walaupun sedikit tapibertaqwa, akan berlaku nanti khawariqul ‘adah, pertolongan-pertolongan dan bantuan yang tidak disangka-sangka bahkanakan berlaku kemenangan-kemenangan yang tidak terduga.

Page 291: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

268

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Tujuan Berjuang

Tujuan berjuang kerana hendak

mengenalkan Tuhan pencipta alam

Agar Dia disanjung, dicintai, disembah

dan dijadikan idola

Selepas itu hendak kenalkan syariat-Nya

untuk keselamatan manusia

Agar manusia hidup bersatu, bekerjasama,

harmoni dan bahagia

Berjuang bukan kerana ekonomi,

membangun dan berkemajuan

Ia merupakan sampingan sahaja,

kalau boleh dijadikan untuk Tuhan

Berjuang mengajak manusia membesarkan Akhirat

Mengingatkan manusia,

Akhirat tempat akhir buat insan

Di sana tempat kekal abadi

Sama ada di Syurga mahupun di Neraka

Itulah dia tugas-tugas para da’i,

mubaligh-mubaligh dan ulama

Mengajak manusia menyembah Tuhan

Jalan dan caranya itulah syariat-Nya

Jangan membesarkan Tuhan atau menyembah-Nya

cara yang kita reka-reka

Sekalipun yakin betul, tapi tersesat jalannya

Ingin kepada Tuhan, jalannya

telah dinyatakan dan dijelaskan

Kalau jalannya mengikut cara sendiri,

tidak sampai kepada-Nya

Page 292: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

269

PERJUANGAN

Hari ini dakwah dan ceramah merata negara

Mercup tumbuhnya macam cendawan tumbuh

di musim hujan

Tapi isinya politik dan unsur-unsur

yang membawa pergaduhan

Tuhan tidak dikenalkan,

jauh sekali untuk disanjung dan dibesarkan

Ini bukan pendakwah tapi pendakyah

Ia bukan fisabilillah

Tapi jalan yang sudah tersalah

Ini bukan hendak mencari redha Allah

Tapi mencari bala dan dosa serta Neraka

Selepas Asar

24 – 09 – 1999

Sajak 2

Berbuat Dahulu Baru Bercakap

Berbuatlah lebih dahulu baru bercakap

Kerana buah ilmu itu adalah amalan yang sudah dibuat

Janganlah bercakap dahulu baru berbuat

Lebih-lebih lagi bercakap langsung tidak berbuat

Ilmu yang tidak diamalkan macam senjata tidak digunakan

Ia akan berkarat

Apa ertinya simpan senjata sebanyak-banyaknya

tidak digunakan

Ia akan menjadi bebanan

Begitulah ilmu yang banyak tidak diamalkan

ia akan jadi beban di Akhirat

Orang yang berilmu tidak mengamalkan ilmu,

masuk Neraka lebih dahulu daripada orang kafir

Ilmu adalah panduan jalan kehidupan

Atau penyuluh jalan kehidupan untuk menuju matlamat

Alangkah anehnya orang yang ada lampu suluh di tangan

Page 293: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

270

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Berjalan di waktu malam, lampu suluh

tidak digunakan

Ertinya walaupun ada lampu di tangan

tapi dia masih di dalam bahaya

Berjalan di dalam gelap tidak menggunakan lampu

Padahal lampu ada di tangan

Lampu itu semata-mata hendak ditunjuk kepada orang

Begitulah ahli ilmu yang tidak beramal,

padahal ilmu diperkatakan

Itu tentulah semata-mata hendak tunjuk pandai

kepada orang ramai

Bermegah-megah dengan ilmu,

tidak ghairah beramal

Selepas Zuhur

18 – 08 – 2001

Page 294: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

271

PERJUANGAN

Allah Taala telah mentakdirkan dan menentukan bahawayang menjadi khalifah di bumi adalah daripada jenismanusia. Allah Taala telah memberi kebebasan kepada ma-

nusia yang berbagai-bagai kaum dan bangsa untuk mentadbir,mengimarahkan, membangun dan memajukan muka bumi ini.Manusia dibenarkan membina tamadun semampu yang mung-kin. Tapi Allah Taala mahu segala-galanya ditadbir, diurus dandijayakan mengikut syariat-Nya seperti yang diperintahkan me-lalui rasul-rasul-Nya.

Walau bagaimanapun siapa yang mengingkari dan membe-lakangi perintah-Nya walaupun mereka berjaya di dunia, diAkhirat tetap dihukum setimpal dengan kesalahan dan laranganyang dilakukan oleh manusia.

Maka setiap kaum dan bangsa di kalangan manusia ber-lumba-lumbalah membangunkan kemajuan dan tamadun.Kebanyakan mereka berjaya membangun dan membuat kema-juan tetapi gagal mengikut syariat Tuhan. Mereka derhaka ke-pada Allah SWT di dalam masa membangunkan kemajuan dantamadun di dunia itu.

Di sini saya akan menceritakan bagaimana proses kejayaanyang manusia tempuh dan jalan-jalan mereka mendapat keme-nangan dan kejayaan dari masa ke semasa di berbagai-bagai

SEBAB-SEBAB KEMENANGANDAN KEJAYAAN SESEORANG

ATAU SUATU BANGSA

4

Page 295: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

272

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bidang kemajuan untuk perhatian kita bersama dan umat Islam.Kemenangan dan kejayaan bagaimana yang sepatutnya kitalakukan dan lalui. Di samping berjaya, mendapat pula keredhaanAllah dan hasil usaha itu akan mendapat balasan yang baik diAkhirat kelak.

Perlu diingat, sebab-sebab satu kaum atau bangsa itu menda-pat kemenangan dan kemajuan di dalam berbagai-bagai bidang,ada sebab-sebab yang lahir, ada sebab-sebab yang batin. Adasebab-sebab yang tersurat dan ada sebab-sebab yang tersirat.Ada sebab-sebab yang dapat dilihat, ada sebab-sebab yang tidakdapat dilihat. Ada sebab-sebab yang logik, ada sebab-sebab yangtidak logik.

Umat Islam sepatutnya tidak semata-mata bergantung ke-pada sebab-sebab yang lahir untuk mencapai kemenangan dankemajuan, tapi memerhatikan sama sebab-sebab yang batin.Umat Islam tidak bersandar dengan sebab-sebab yang tersuratsahaja tapi bersandar sama dengan sebab-sebab yang tersirat.Untuk lebih dapat difahami, kemenangan dan kejayaan itu di-perolehi dengan empat sebab seperti berikut:

1. MELALUI SIFAT TAQWA

Iaitu segala usaha dan perjuangan yang dilakukan sama ada dimedan perang, berusaha untuk kemajuan ekonomi, pembangun-an, pendidikan, dakwah dan lain-lain lagi ialah di atas dasartaqwa. Perjuangan dan usaha itu mengambil kira tentang syariatTuhan. Di dalam berusaha, sambil membaiki diri. Di dalamberjuang, rasa bertuhan itu dipertajamkan. Di dalam berusaha,rasa kehambaan makin dirasakan, tidak lekang pergantungan-nya dengan Tuhan.

Cara inilah Allah Taala memberi jaminan kemenangan dankejayaan. Kemenangan dan kejayaan itu akan berlaku mengikuttahap-tahapnya. Kalau perjuangan itu besar, besar pulalah ke-jayaannya. Kalau kecil perjuangan itu, kecil pula kejayaannya.Itulah yang dimaksudkan oleh Al Quran:

Page 296: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

273

PERJUANGAN

Maksudnya: “Berhak di atas Kami memberi kemenangankepada orang mukmin.” (Yunus: 103)

Maksudnya: “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allahnescaya diberi dia jalan keluar dan diberi rezeki sekira-kiratidak tahu sumbernya.” (At Talak: 3)

Maksudnya: “Barang siapa yang bertaqwa, nescayadiajarkan kamu akan ilmu.” (Al Baqarah: 282)

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Barang siapa mengerjakan apa yang diatahu, nescaya Allah akan pusakakan apa yang dia tidaktahu.”

Inilah yang dimaksudkan oleh Waqi’ (guru Imam Syafie)kepada Imam Asy Syafie, “Kalau hendak mudah menghafal,tinggalkan maksiat.”

2. ATAS DASAR BERKAT

Kemenangan dan kejayaan yang diberi atas dasar berkat oranglain atau disebabkan satu amalan yang dipandang besar olehAllah Taala. Atas dasar berkat ini, kepada orang yang fasik ataukafir pun dikurniakan juga oleh Allah SWT. Seperti seseorangyang taat kepada kedua ibu bapanya yang soleh, seseorang yangberkhidmat kepada gurunya yang soleh atau orang yang mem-bantu perjuangan yang hak yang diperjuangkan oleh orang-orang yang soleh, orang yang didoakan oleh orang yang soleh,orang yang berkhidmat dengan anak-anak yatim, orang yangberkhidmat dengan fakir miskin, bertawasul dengan orang-

Page 297: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

274

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

orang yang soleh, orang yang menghormati orang soleh. Inilahyang dimaksudkan oleh Hadis:

Maksudnya: “Dengan sebab mereka, mereka diberi rezeki.”

Maksudnya: “Dengan sebab mereka, mereka diberi per-tolongan.”

3. ATAS DASAR ISTIDRAJ

Kemenangan dan pertolongan Allah atas dasar istidraj ini keranaAllah telah terlalu murka kepada seseorang atau satu kaum atausatu bangsa kerana kezaliman atau kekufurannya, atau sudahterlalu derhaka. Kemenangan itu diberi agar mereka tertipudengannya. Mereka makin tidak sedar dan lupa hingga merekaterus melakukan kezaliman atau kekufuran atau kederhakaanhingga mati. Mereka binasa dengan kejahatan itu. Akhirnyamereka akan dijerumuskan ke dalam Neraka, wal’iyazubillah.

4. ATAS DASAR QUWWAH

Kemenangan dan kejayaan atas dasar quwwah kerana ada ke-kuatan lahir seperti mempunyai kekuatan ilmu, kekuatan tubuhbadan, kekuatan tenaga manusia, kekuatan alat kelengkapanyang canggih, pandai mengatur strategi, berdisiplin, rajin, ke-sungguhan bekerja dan berjuang serta berani dan tahan ber-hadapan dengan cabaran.

Kemenangan ini adalah kemenangan yang lumrah berlakukepada sesiapa atau kaum atau bangsa apa sahaja. Kemenangandan kejayaan ini Allah Taala lakukan sesuai dengan usaha dankemampuan yang ada. Boleh jadi juga Allah sertakan keme-nangan dan kejayaan secara istidraj. Kerana mereka sudah terlalupercaya dengan usaha dan kemampuan sendiri tanpa bersandardengan kekuasaan Allah Taala. Inilah yang dimaksudkan olehhukamak:

“Kebenaran yang tidak mempunyai disiplin itu akandikalahkan oleh yang batil yang mempunyai disiplin.”

Page 298: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

275

PERJUANGAN

Begitulah secara ringkas empat cara seseorang atau satu kaumatau satu bangsa itu mendapat kemenangan dan kejayaan. Dari-pada keseluruhan cara-cara kemenangan dan kejayaan itu, carapertama itulah yang mendapat keredhaan Allah Taala. Merekamendapat kejayaan di dunia dan mendapat kejayaan di Akhirat.Mereka mendapat kejayaan dan mendapat keampunan dariTuhan. Kemenangan dan kejayaan cara pertama itu adalah ke-jayaan yang selamat dan menyelamatkan. Kemenangan dankejayaan yang besar dan global ini jarang berlaku. Ini berlakusekali-sekala di dalam sejarah dunia kecuali yang kecil-kecil.

Kemenangan dan kejayaan melalui sifat-sifat taqwa ini,syariat Islam dapat dibangunkan, para pemimpin dan pen-dokong-pendokongnya merendah diri dan tawadhuk. Kemak-muran yang diperolehi dapat dimanfaatkan oleh manusiaumum, sama ada yang muslim mahupun yang kafir. Menzalimdan menindas tidak wujud. Kesyukuran itu terserlah di mana-mana dengan dapat dilihat Allah Taala itu dibesarkan melaluiibadah dan kekayaan digunakan untuk fisabilillah dan khidmatkepada manusia. Berkat dan rahmat dari Tuhan terserlah, dapatdilihat di mana-mana seperti kasih sayang, ukhwah, lemahlembut, bertolong bantu, mendahului kepentingan orang lain,bersopan santun dan berakhlak tinggi. Akhirnya masyarakataman damai dan hidup harmoni. Ketakutan dan kebimbangantidak wujud lagi.

Perlu diingat, kalau kemenangan dan kejayaan itu diperolehidengan secara istidraj dan kuat, kerosakannya akan terlalubanyak. Para pemimpin dan pejuang-pejuangnya sombong danangkuh. Mereka akan melakukan penzaliman dan penindasanterhadap manusia di muka bumi terutama kepada musuh-musuhnya. Kesenangan dan kemewahan hanya untuk golongantertentu. Syariat ditentang atau diabaikan. Pejuang-pejuangkebenaran dimusuhi dan ditentang bahkan akan disusah-susahkan. Orang-orang miskin terbiar. Golongan-golongan yangsenang dan kaya akan melakukan pembaziran dan membuangharta sesuka hati. Curiga-mencurigai pun berlaku. Ampu-meng-ampu lumrah berlaku. Diskriminasi terjadi.

Page 299: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

276

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Akhirnya manusia lalai dan cuai dengan Tuhan. Pelanggaranhukum-hakam dilakukan. Manusia hidup nafsi-nafsi, masing-masing membawa diri dan jaga diri sendiri. Perpecahan menjadi-jadi. Curi, rompak sering berlaku. Pembunuhan dan pergaduhanmenjadi budaya hidup. Akhirnya seluruh manusia hidup di da-lam ketakutan termasuk para pemimpin dan orang-orang kaya-nya. Masyarakat kacau-bilau. Huru-hara di mana-mana. Akhir-nya kemajuan dan kejayaan yang diperolehi tidak ada erti apa-apa. Inilah yang berlaku di kebanyakan zaman di dunia danitulah juga yang berlaku di seluruh dunia hari ini. Perlu jugadiingat bahawa kemenangan dan kejayaan yang diberi padasesuatu kaum atau bangsa secara istidraj, hikmahnya keranahendak menghukum golongan yang telah mendapat kebenarantapi telah lalai, lupa kepada Tuhan, meringankan syariat, lupahari Akhirat, agar mereka kembali kepada kebenaran dan rujuksemula kepada Tuhan. Itulah hukuman yang sedang berlakukepada umat Islam di dunia hari ini kerana kelalaian mereka.

Kita sedang menunggu kemenangan dan kejayaan atas dasartaqwa dan kita tidak tahu bila Allah Taala akan lakukan. Kitaharap tidak lama lagi.

Tuhan! Engkau kabulkanlah permintaan kami dan segera-kanlah kemenangan dan kejayaan ini.

Page 300: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

277

PERJUANGAN

SAJAK

Sajak1

Pejuang Kebenaran Unik dan Istimewa

Pejuang-pejuang kebenaran sepanjang sejarah

unik dan istimewa

Berbeza sekali kemenangan dengan musuh-musuhnya

Pejuang-pejuang musuhnya kalau mereka menang

kerana mempunyai quwwah atau kekuatan

Setelah banyak tentera-tentera musuhnya dibunuh

barulah diberi kemenangan

Berlainan sekali tentera-tentera kebenaran

mendapat kemenangan

Bukan kerana quwwah atau ramai bilangan

Tidak juga setelah banyak membunuh tentera musuhnya

baru menang

Tapi yang membunuh tentera musuhnya

dan mengalahkan adalah Tuhan

Allah Taala datangkan tentera-tentera

yang bukan jenis manusia

Adakalanya para malaikat datang berperang

Seperti yang dapat dilihat oleh para Sahabat

di peperangan Badar yang terkenal

Tidak kurang juga tentera daripada ribut yang kencang

Menghuru-harakan, tentera-tentera musuhnya

tunggang-langgang

Seperti yang telah berlaku di dalam

peperangan Ahzab atau Khandak

Begitulah seterusnya Al Quran bercerita kepada kita

Tentera-tentera kebenaran mendapat kemenangan

dibantu Allah

Seperti Nabi Musa dan tenteranya mendapat kemenangan

Page 301: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

278

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bukan mereka yang berperang

Tapi Firaun dan tentera-tenteranya dimusnahkan

oleh air lautan, semuanya tenggelam

Begitu juga Nabi Allah Ibrahim mengalahkan

Namrud dan tenteranya bukan dengan perang

Allah Taala datangkan tentera nyamuk

memusnahkan Namrud dan tentera-tenteranya

mati bergelimpangan

Kalau begitu jika ada di setiap zaman

pejuang-pejuang Islam berjuang

Tidak dapat bantuan-bantuan dari Allah

di waktu berperang

Membuktikan pejuang-pejuang Islam itu

penuh dengan dosa, akhirnya kecundang

Kita hendak menunggu kemenangan kita bukan dari kita

Kita hendak menunggu kemenangan ini di tangan Tuhan

Kita hanya bersungguh-sungguh membaiki diri

untuk keredhaan Tuhan

Menjelang tidur

02 – 09 – 1999

Sajak 2

Apabila Kemenangan Atas Dasar Taqwa

Apabila satu bangsa itu mendapat kemenangan

Dan kejayaan atas dasar taqwa

Kerana menjadikan Tuhan itu matlamat hidup mereka

Tuhan adalah cinta agung disembah dan dipuja

Kerana sangat membaiki diri dan membersihkan jiwa

Maka lahirlah kemajuan dan tamadun

Berkat dan rahmat melimpah ruah merata negara

Hingga orang kafir pun mendapat untung sama

Rezeki dimurahkan, kemakmuran luar biasa

Tidak tahu mana puncanya

Side effectnya adalah positif

Page 302: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

279

PERJUANGAN

Rakyat berkasih sayang sesama mereka

Mereka hidup hormat-menghormati

Bertolong bantu, bekerjasama menjadi budaya

Manusia pemurah, suka memberi dan membantu

Para pemimpin dan orang kayanya tawadhuk

Ulama-ulama merendah diri

dan menjadi obor kepada masyarakatnya

Kemungkaran dan maksiat terang-terangan

tidak kelihatan

Jenayah terlalu kurang

Hidup penuh aman damai dan harmoni

Hingga rakyat hidup di dalam bahagia dan ceria

Kebimbangan dan ketakutan tidak ada

Ramai rakyat yang bersyukur

Beginilah kalau sesuatu bangsa itu

Mendapat kemenangan dan kejayaan atas dasar taqwa

Tapi ini berlaku di dalam sejarah

Beratus tahun sekali

Kita harap ia akan datang atau terjadi

Sekali lagi di zaman kita ini

Menjelang Maghrib12 – 12 – 1999

(3 Ramadhan)

Sajak 3

Apabila Kemenangan Atas Dasar Quwwah

Apabila satu bangsa itu mendapat kemenangan

dan kemajuan atas dasar Quwwah

Kerana usaha dan tenaga,

ia dapat kejayaan secara istidraj

Side effect yang negatif terlalu banyak

Akan berlaku kezaliman dan kesombongan

terutama terhadap musuh-musuhnya

Page 303: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

280

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kemungkaran dan maksiat merata negara

Secara menjolok mata

Berlakulah hasad dengki, jatuh-menjatuhkan

dan perpecahan

Bangsa dan negara maju tetapi tidak ada keadilannya

Negara cantik tetapi rakyat hidup di dalam

kebimbangan dan ketakutan

Ukhwah dan kasih sayang hilang

Lahirlah budaya ampu-mengampu,

jatuh-menjatuhkan

Hidup kepura-puraan berlaku kerana manusia

tidak boleh dipercayai

Masyarakat huru-hara, disiplin hidup tidak ada

Jenayah berleluasa, zina, rogol, bunuh perkara biasa

Akhirnya kejayaan itu tidak mempunyai erti apa-apa

Kemajuan yang dapat, membawa bala dan marabahaya

Kemudian semua golongan pening kepala,

inginkan pembelaan

Manusia hidupnya tidak ada ceria

Bahkan ramai yang kecewa

Banyak yang sakit jiwa dan putus asa

Menjelang Maghrib12 – 12 – 1999(4 Ramadhan)

Page 304: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

281

PERJUANGAN

Tidak ada seorang pemimpin; di sini saya fokus kepada umatIslam; sama ada pemimpin kecil mahupun pemimpin besar,pemerintah, pejuang, pendidik, da’i, guru atau ibu bapa,

yang tidak menginginkan kejayaan di dalam usaha mereka.Sudah tentu mereka terhibur dan berasa puas kalau usaha danperjuangan mereka membuahkan hasil. Dengan hasil itu,golongan-golongan tadi sudah tentu bertambah semangat dangigih berusaha dan berjuang kerana keberhasilan itu menjadipendorong dan pemangkin buat mereka lebih bersungguh-sungguh dan gigih meneruskan perjuangan.

Sebagai contoh, sebagai seorang pemimpin sudah tentu mahupengikut-pengikutnya patuh kepada Allah dan Rasul, taat sertamenghormati pemimpin.

Sebagai pemerintah, sudah tentu inginkan rakyatnya taatkepada Allah dan Rasul, taat kepada pemerintah, menghormatipemimpin, berdisiplin, rajin bekerja dan berusaha, bekerjasama.

Para pejuang sudah tentu inginkan pengikut-pengikutnyataat setia, berkorban, menghormati pemimpin dan mematuhi,gigih dan sabar, berakhlak dan berdisiplin dan mendapat ke-menangan terhadap musuh-musuhnya serta dapat menjayakancita-cita perjuangan mengikut dasar dan cita-cita perjuangan-nya.

TERLALU BANYAK ‘KERANA’MAKA TERHIJAB BANTUAN ALLAH

5

Page 305: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

282

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Para pendidik pula, sudah tentulah bukan sahaja ingin me-lihat kecemerlangan anak-anak murid atau anak ikutan merekadi dalam pelajaran, tapi lebih daripada itu iaitu ingin melihatanak-anak murid dan orang-orang di bawah asuhan merekamentaati dan menghormati guru dan ibu bapanya, berakhlakmulia, mentaati suruhan Tuhannya, berkasih sayang, menjauhikemungkaran.

Para da’i pula sudah tentu rasa gembira kalau orang yangbukan Islam menganut Islam dari hasil usahanya. Orang Islamyang didakwahnya pula dapat membuat peningkatan terhadapamalan Islamnya, bertambah kuat membangunkan Sunnah,berakhlak mulia, menjauhi larangan Tuhan, bersatu padu, pe-murah, berkasih sayang dan bertolong bantu satu sama lain.

Ibu bapa pula sudah tentu menginginkan anak-anaknyapatuh kepada agama, menghormati ibu bapanya, berakhlakmulia, bekerjasama, menjauhi gejala-gejala negatif, tidak mem-buang masa dan membuat kerja-kerja yang berguna.

Apakah semua cita-cita golongan tadi berjaya di dalam usahadan perjuangan mereka? Apakah sudah berhasil dari usaha itu,sesuai dengan cita-cita perjuangan masing-masing? Apakah hasilusaha mereka itu memuaskan serta menggembirakan?

Terus terang saya nyatakan, selepas zaman salafussoleh,walaupun penganut-penganut Islam bertambah ramai, daerahyang diduduki oleh umat Islam bertambah luas, di waktu kinipula bermacam-macam bidang ilmu umat Islam telah kuasai,walaupun belum dapat menandingi kemampuan bangsa Barat,negara umat Islam hampir semuanya telah bebas daripada pen-jajahan Timur dan Barat, namun penganut-penganut Islam telahbanyak yang jahil daripada memahami ajaran Islam. Perpaduanbelum wujud sama ada sesama Islam di dalam sebuah negaramahupun sesama umat Islam di antara negara dengan negara.Akhlak umat Islam bertambah punah, kemungkaran dan amalantidak sihat jadi budaya.

Orang kaya dengan orang miskin terasing dan jurang kehi-dupan kedua golongan itu terlalu jauh. Pemimpin dengan rakyat

Page 306: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

283

PERJUANGAN

hanya boleh bertemu di majlis-majlis rasmi. Kasih sayang tidakwujud sama ada di antara pemimpin dengan pengikut, peme-rintah dengan rakyat, orang kaya dengan orang miskin, gurudengan murid, ibu bapa dengan anak-anak, rakyat sesamarakyat.

Kalau di dalam masyarakat bukan Islam banyak penjenayah,di dalam masyarakat Islam juga tidak kurang banyaknya pen-jenayah. Rasuah masih berleluasa, pendedahan aurat menjadibudaya hidup. Hidup nafsi-nafsi begitu terserlah, kemiskinandan kemelaratan merata tempat. Hidup mementingkan diribegitu ketara. Yang meninggalkan sembahyang, tidak berpuasa,yang tidak berzakat masih ramai. Berzina, minum arak, bergaulbebas dan berjudi masih ramai umat Islam melakukannya.

Anak-anak tidak taat dengan ibu bapa, murid-murid tidakmenghormati guru, orang muda tidak hormati orang tua, rakyattidak menghormati pemerintah, hanya mereka ditakuti. Isteri-isteri rata-rata tidak menghormati suami, hanya boleh bersamakerana tuntutan fitrah semula jadi atau tuntutan biologi. Krisisrumah tangga sering berlaku. Krisis politik tidak payah cerita,sudah menjadi budaya hidup. Semua orang tahu kerana berlakusetiap hari.

Para ulama tidak bersatu bahkan sesetengah mereka dipunyaioleh golongan yang tertentu. Mereka memberi fatwa mengikutkehendak golongan itu. Bohsia, bohjan, membuang-buang masadan membuang-buang harta perkara biasa. Tekan-menekan,tindas-menindas, hasad dengki, tamak, bakhil, pemarah, gilaharta, wanita, takhta, glamour sudah menjadi buruan manusia.Rogol, zina, bunuh-membunuh, sumbang mahram, pergaduhandan peperangan sesama umat Islam sering sahaja berlaku.Daulah Islamiah jangan sebut, jauh panggang dari api.

Apa yang telah saya paparkan tadi, ia menggambarkan kega-galan umat Islam. Usaha dan perjuangan berbagai-bagai go-longan di kalangan umat Islam belum berjaya. Hasil perjuanganmereka belum tercapai. Bahkan rasanya terlalu jauh lagi untukdicapai. Ini kalau kita ukur mengikut kacamata Islam, saya minta

Page 307: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

284

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

maaf mungkin sesetengah orang menganggap pandangan sayaini keterlaluan. Tentu akan ada yang mengatakan saya telahmemperkecil-kecilkan usaha-usaha dan perjuangan sesetengahmereka. Itu terpulanglah mengikut nilai mereka. Tapi pada saya,apa yang telah saya sebutkan itu, satu realiti yang telah dan se-dang berlaku. Tiada siapa yang dapat menolaknya. Kalau adayang menolaknya bererti mereka membohongi diri merekasendiri.

Mereka yang menafikan ini mungkin mereka menyuluhdengan lampu ideologi dan isme buatan manusia atau dengansuluhan pandangan sekular, bukan dengan pandangan Al Qurandan Hadis atau bukan dengan kacamata Islam. Memanglah hariini, rata-rata umat Islam di dunia ini, sama ada pendidikannya,sistem politik, sistem ekonomi, bukan lagi berdasarkan Al Qurandan As Sunnah, tapi berdasarkan ideologi bikinan manusia.Bersifat pragmatisme, lebih memuja akal dari wahyu. Sudah ten-tulah tidak sependapat dengan saya kerana cara mengukurnyatidak sama. Melihat dengan kacamata yang warnanya tidaksama.

Sepatutnya umat Islam memandang dengan kacamata yangsama iaitu mengikut kacamata Islam. Yakni melihat dengan kaca-mata Al Quran atau Hadis. Ia ibarat cermin mata yang putihbersih. Segala apa yang dilihat, jelas, tidak akan terkeliru lagi.

Kalau kehidupan dan segala kejadian yang berlaku, dilihatdengan cermin mata yang bermacam-macam warna, sudah tentuapa yang dilihat itu akan mengelirukan. Yang putih boleh jadihitam, yang cerah boleh jadi kelabu. Di waktu itu sudah tentuorang yang melihat dengan kaca mata berwarna tidak akan bolehmenerima pandangan orang yang melihat dengan kaca mataputih yang begitu jelas dan tidak mengelirukan itu. Nanti merekaakan menuduh orang lain itu terkeliru. Padahal merekalah yangsebenarnya terkeliru.

Oleh yang demikian, jelas sekali umat Islam belum mendapatkejayaan mengikut kacamata Islam. Sekalipun sesetengah negaraumat Islam ada pencakar langit, ada super highway yang

Page 308: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

285

PERJUANGAN

mengkagumkan. Sebahagian mereka menjadi jutawan danbillionaire segera. Namun manusianya belum terbangun. Insa-niahnya masih terabai. Identitinya masih identiti musuh-musuhnya. Jati diri belum dimiliki. Keindahan peribadi dansikap diri belum wujud lagi seperti bunga yang kembang indahdi waktu pagi.

Kita janganlah pertikaikan ini. Kita janganlah membohongidiri kita sendiri. Terima hakikat ini agar kita sedar dan insaf,mahu membaiki diri. Supaya kita akan berusaha dan berjuangmembetulkan diri kita ke arah Islam yang suci murni, yang indahmengindahkan. Selamat dan menyelamatkan, menyenangkandan membahagiakan. Membina syurga di dunia sebelum Syurgadi Akhirat.

Mengapa usaha dan perjuangan kita selalu sahaja gagal?Kenapa usaha dan perjuangan kita tidak menghasilkan sesuatuyang memuaskan? Sebagai contoh, kita telah berjuang ke arahperpaduan. Namun bukan sahaja perpaduan tidak wujud,masyarakat Islam bertambah pecah. Di dalam sebuah parti atauorganisasi pun berpecah belah. Di antara satu etnik pun ber-musuh-musuhan, betapalah di antara parti dengan parti danseterusnya.

Penyakit masyarakat dan gejala tidak sihat telah diusahakanuntuk dibaiki, namun penyakit dan gejala tidak sihat bertambahmerebak dan menjadi-jadi. Arak, judi, riba, zina telah lama di-perangi, namun umat Islam masih ghairah melakukannya danmemperjuangkannya. Pergaulan bebas dan pendedahan auratsudah lama diperkatakan namun masih ramai lagi umat Islammelanggarnya. Buang anak, vandalisme, dera kanak-kanak,sumbang mahram, rogol, cabul, rasuah, salah guna kuasa sudahlama dibanteras, namun kejadian-kejadian itu tetap berlaku danterus berlaku. Kes juvana, ponteng sekolah, bohsia dan bohjan,budaya lepak, remaja lari dari rumah, seks bebas, dadah, men-curi, merompak, sudah lama difikir dan diusahakan agar dapatdibanteras namun belum lagi berjaya. Pendatang tanpa izin pula,semua pintu masuk telah disekat dan dikawal dengan rapi, yang

Page 309: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

286

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dapat ditangkap telah dihukum, namun kedatangan merekabelum lagi reda, seolah-olah kedatangan mereka macam kelkatudi musim hujan.

Kegagalan ini di mana puncanya? Disebabkan apa? Manasalahnya? Apa yang tidak kena? Kalau kita katakan kita belumberusaha, kita telah berusaha dan berjuang. Kalau kita kata tidakcukup wang untuk membiayai usaha dan perjuangan, wangtelah banyak dikorbankan. Kalau kita kata tidak ada ilmu,sekarang ada macam-macam kelulusan di dalam berbagai-bagaibidang. Jika dikatakan tidak ada penjelasan, masya-Allah, forumselalu dibuat, media massa sering membuat ulasan. Ceramahdan dakwah bertambah pesat yang dilaksanakan oleh berbagai-bagai golongan. Mesyuarat demi mesyuarat telah dilakukan.Para pemimpin sering sahaja bercakap. Tidak ada peraturan?Peraturan demi peraturan, akta demi akta telah dibuat. Yangbersalah telah dihukum. Cara dan berbagai-bagai teknik telahdilakukan menggunakan alat-alat yang canggih, menggunapsikologi, mengguna saintifik dan sistematik. Macam-macampakar telah turun tangan. Semua golongan telah menangani,namun penyakit masyarakat bertambah parah. Apa yang tidakkena lagi? Di mana silapnya? Apa lagi yang belum dibuat?

Para pembaca yang budiman! Perlu saya ingatkan di sini,mengikut ajaran Islam yang mesti kita yakini bahawa mengikutakidah Islam atau di dalam pelajaran Usuluddin, sekalianmakhluk, walau bagaimana besar kuasanya, tiada memberibekas. Begitu jugalah setiap usaha dan perjuangan itu, ia sendiritiada kuasa memberi apa-apa kesan dan bekas. Dengan kata lain,sekalian makhluk termasuklah usaha dan ikhtiar mereka tidakboleh menentukan nasib mereka. Mereka tiada kuasa dan kudrat.

Yang berkuasa adalah Allah. Yang memberi bekas adalahAllah, Tuhan yang Maha Kuasa dan Perkasa. Yang menentukannasib sekalian makhluk adalah Allah. Usaha, ikhtiar danperjuangan mereka tiada kuasa apa-apa.

Tapi berusaha, berikhtiar, berjuang di dalam apa bidang se-kalipun, terutama di bidang fardu ain dan fardhu kifayah, tidak

Page 310: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

287

PERJUANGAN

perlulah disebutkan di sini, ia adalah diperintah. Ia disuruhmelaksanakannya sebagai sebab sahaja. Berusaha, berikhtiar danberjuang itu adalah syariat. Di sinilah pahalanya dan ganjaranuntuk Allah memberinya.

Oleh itu diingatkan di sini, berusaha, berikhtiar dan berjuangitu jangan ditinggalkan kerana ia diperintah. Itulah yang di-katakan syariat. Syariat kenalah dilaksanakan dengan sungguh-sungguh. Dengan ilmu, kebijaksanaan, dengan tenaga manusia,dengan wang ringgit, dengan berbagai-bagai alat dan cara,teknik dan strategi.

Justeru itu, berusahalah, berikhtiarlah, berjuanglah tapijangan bersandar dengan perkara-perkara itu di atas kejayaan,kerana ia bukan Tuhan. Ia sekadar perintah Tuhan yang diusahadan dikerjakan. Bersandar dengan usaha dan yakin ia yang mem-beri kejayaan, ia adalah syirik yang dilarang.

Oleh itu sekali lagi diingat, berusahalah, berikhtiarlah, ber-juanglah dengan sebaik-baiknya tapi bersandarlah dengan Allah.Berharaplah kepada-Nya. Berserah dirilah kepada-Nya. Memo-honlah bantuan kepada-Nya. Tawadhuklah kepada-Nya, berasalemahlah di hadapan-Nya. Merendah dirilah di hadapan-Nya.Yakinlah dengan bantuan-Nya. Memohonlah selalu dengan-Nya. Kalau berjaya bersyukurlah kepada-Nya. Kalau gagalmengakulah bersalah kepada-Nya. Mungkin kerana dosa kita,menjadi terhijab bantuan dan pertolongan-Nya. Takutlah selalukepada-Nya. Bimbanglah selalu kalau-kalau usaha itu bukandapat pahala tapi mendapat dosa. Bukan dapat keredhaan tapikemurkaan. Bukan dapat bantuan tapi mendapat kesusahan danujian.

Para pembaca yang budiman! Di sinilah perlunya kita menge-tahui di mana rahsia kejayaan dan di mana pula rahsia kegagalandi dalam usaha dan perjuangan. Apakah usaha kita itu mendapatkemurkaan Allah atau mendapat keredhaan-Nya.

Dalam buku ini saya tidak perlu menyebut kegagalan usahadan perjuangan itu disebabkan salah teknik dan strategi, kurangbijaksana, lemah di segi ilmu, kurang kerjasama, tidak cukup

Page 311: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

288

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

tenaga, tidak sungguh-sungguh berkerja. Hal-hal seumpama inimudah dikesan, senang difaham. Lama-lama ada pengalamanuntuk dapat mengesannya.

Tapi apa yang saya suka hendak sebutkan di sini, terhijabnyabantuan dan pertolongan dari Allah hingga usaha dan per-juangan kita selalu sahaja gagal, bahkan adakalanya kerosakan-nya lebih banyak daripada kebaikan disebabkan oleh perkara-perkara yang jarang orang memperkatakannya. Orang selalumenyebut kegagalan dalam usaha itu di segi teknik, strategi,kurang ilmu, tidak cukup tenaga, kurang kerjasama, tidak seriusdan sungguh-sungguh. Tapi jarang orang memperkatakankegagalan disebabkan ada hijab kerana dosa kita, dikeranakansyariat tidak berjalan di atas usaha dan perjuangan itu, di-sebabkan niat-niat dari awal usaha sudah tidak betul, niatnyabukan kerana Allah tapi kerana-kerana yang lain. Ada niat-niatyang terpesong di tengah-tengah perjalanan atau di dalam masamengendalikan usaha dan perjuangan itu.

Akibatnya kita selalu sahaja berhadapan dengan kegagalandi dalam usaha dan perjuangan kita. Kebaikan yang hendakdicari, kejahatan yang didapati. Perpaduan yang dikehendaki,perpecahan yang terjadi. Kesenangan yang hendak dicari,kemiskinan yang tiba. Kasih sayang yang diusahakan, permu-suhan yang berlaku. Jenayah yang hendak diperangi, ia ber-tambah menjadi-jadi. Keadilan yang diperjuangkan, penzalimanyang berlaku. Kejujuran yang dikehendaki, pengkhianatan yangterjadi. Cekap, bersih dan amanah yang dicanangkan tapi se-baliknya yang berlaku. Ketaatan yang dikehendaki, kederhakaanyang terjadi.

Di sini saya mengajak pembaca sekalian melihat Al Quran.Apa kata Allah, Tuhan Pencipta alam dan manusia, yang mem-beri petunjuk kepada hamba-Nya bagaimana mendapat ke-jayaan, kemenangan, keselamatan, kebahagiaan, rahmat danberkat serta mendapat pimpinan dan pembelaan dari-Nya. Marikita membawa beberapa ayat Al Quran untuk kita renungi danamalkan bersama.

Page 312: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

289

PERJUANGAN

Maksudnya: “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah,Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan Dia akanmemberi rezeki dari sumber yang tidak terduga.” (At Talak:2-3)

Maksudnya: “Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah,Dia akan permudahkan urusannya.” (At Talak: 4)

Maksudnya: “Jikalau penduduk kampung (negara/ne-geri), beriman atau bertaqwa, sesungguhnya Kami (Tuhan)bukakan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi.”(Al A’raf: 97)

Maksudnya: “Allah menjadi pemimpin (pembela) bagiorang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19)

Maksudnya: “Hanya sanya Allah menerima daripadamereka yang bertaqwa.” (Al Maidah: 27)

Berdasarkan ayat-ayat di atas, dapatlah kita mengambil ke-simpulannya bahawa orang yang bertaqwa seperti berikut:

1. Orang yang bertaqwa dilepaskan daripada kesusahan.2. Diberi rezeki yang tidak diduga.3. Kerja atau urusan mereka dipermudahkan oleh Allah.4. Diturunkan berkat dari langit dan bumi.5. Diberi pembelaan.6. Amalan diterima.

Page 313: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

290

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Jelas sekali, umat Islam kalau inginkan kemenangan, kejayaanyang bersih di dalam semua hal, hendaklah setiap usaha danperjuangannya bersama sifat taqwa. Taqwa asas kemenangandan kejayaan. Hal-hal yang lain diperlukan juga tapi sebagaitambahan dan kesempurnaan sahaja. Oleh itu, jika berlaku se-baliknya, iaitu di dalam berusaha dan berjuang, tidak disertakandengan sifat taqwa, akan terjadilah sebaliknya iaitu kegagalan,kekalahan, kekecewaan. Rasulullah SAW pernah mengingatkanSayidina Ali karamallahuwajhah:

“Seorang yang bercakap bukan dari jiwa yang bertaqwa, kata-katanya itu atau percakapannya itu ibarat air yang dicurahkandi atas batu yang licin atau ke atas telur burung kasawari.”

Ertinya cakapnya, pengajarannya, dakwahnya, ingatan dannasihatnya tidak memberi kesan kepada hati orang. Sekadarsedap didengar. Orang puji namun hati tidak juga sedar daninsaf. Hati tidak terisi juga dengan iman. Minat membuat baiktidak juga membuka hati.

Apa yang saya katakan ini telah dibuktikan oleh sejarah.Padahal di zaman Rasulullah SAW dan zaman salafussoleh,bukan ada kemudahan. Media massa belum ada. Alat-alat per-hubungan amat susah. Kitab-kitab bacaan untuk umum belumada. Kemudahan dakwah tidak ada. Alat-alat berdakwah terlaluterbatas, tidak seperti yang wujud pada hari ini. Namun usahadan perjuangan mereka mendapat hasil yang besar dan sangatmemuaskan sama ada di dalam medan perjuangan, di gelang-gang dakwah, di majlis-majlis pengajian dan lain-lain lagi.

Di dalam medan peperangan, kemenangan demi keme-nangan diperolehi. Kejayaan demi kejayaan diterima oleh tenteraIslam. Dakwah mereka mudah sahaja diterima, hatta raja-raja,pembesar-pembesar, paderi-paderi menerima Islam. Merekayang dididik pula di dalam majlis-majlis pengajian sama adasecara formal mahupun tidak formal mudah dilentur, cepatmembangunkan kemuliaan diri dan peribadi masing-masing,sangat taat dengan guru. Hidup penuh disiplin, kuat beribadah,suka berkhidmat untuk orang lain.

Page 314: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

291

PERJUANGAN

Terhijabnya bantuan dan pertolongan dari Allah di dalamsebarang usaha dan pelbagai bidang perjuangan bila tidak adasifat-sifat taqwa. Ternafinya sifat taqwa disebabkan oleh dosa-dosa sama ada disedari atau tidak, sama ada dosa lahir mahupundosa batin. Bila terlibat dengan dosa-dosa, datanglah kemurkaanAllah. Bila Allah murka, Allah berlepas diri. Pertolongan tidakakan diberi lagi.

Sekiranya Allah Taala tolong juga kerana gigih berusaha danberjuang hingga mendapat kejayaan, bukan dengan keredhaan-Nya tapi dengan secara istidraj, dengan tipu daya dan kemurka-an-Nya. Bantuan seumpama ini berkatnya tiada. Kesusahanlebih banyak daripada kesenangan. Keburukan lebih banyakdaripada kebaikan. Untung sekarung, rugi segunung. Risikoyang akan diterima terlalu banyak, hingga kejayaan itu tiadaerti apa-apa bahkan dirasakan sebagai beban.

Umpamanya, kalau menang di medan peperangan, menangsetelah berhadapan dengan kerosakan dan kehancuran. Selepasitu akan berlaku krisis, mungkin berlaku peperangan yangberpanjangan sesama sendiri.

Kalau membangun, negara maju, kelihatan lahirnya cantikdan indah tapi di aspek yang lain, banyaknya perompak, pencuri,judi, penjenayah, perzinaan, rogol, kemiskinan, budaya lepak,vandalisme, rasuah, seks bebas, hutang banyak. Akibatnya ke-takutan menekan setiap jiwa warganegara. Hilang ketenangandan keamanan.

Cemerlang pula di bidang pelajaran, ramai yang mendapatkeputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, namun hor-mat dengan guru dan ibu bapa sudah tiada. Sombong dan ang-kuh memenuhi jiwa. Dengan Tuhan bertambah jauh. Hidupnafsi-nafsi jadi budaya. Memburu pangkat, nama, glamour,menjadi-jadi. Hidup mementingkan diri sendiri.

Maju di bidang sains dan teknologi, banyak pula kemung-karan. Maksiat menjadi-jadi. Pergaulan bebas tidak dapat dise-kat. Manusia lupa Akhirat, dilalaikan oleh sains dan teknologi.Jalan raya cantik, luas, super highway, tapi manusia pula tidak

Page 315: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

292

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

berdisiplin. Banyak accident. Setiap hari orang mati di jalan raya,yang cedera tidak usah dikira. Kenderaan remuk-redam. Banyakkerugian harta dan nyawa.

Kehadiran ceramah-ceramah agama, majlis-majlis dakwah,ramai yang mendatangi. Kalau buat di padang, penuh sesak pa-dang dengan manusia. Kehadiran amat menggembirakan. Tapidi dalam bertemu itu, sesetengah mereka mengambil peluangberpacaran, bergaul bebas. Mungkin menjelang pulang pula adayang mengambil peluang melakukan zina, rogol dan sebagainya.Kesan kepada jiwa tiada. Hanya menjadi pakaian akal semata-mata atau sebagai mental exercise semata-mata. Balik ke rumah,mungkin ada yang bergaduh suami isteri. Sembahyang Subuh,matahari telah meninggi.

Berjaya mengkayakan manusia, namun menjadi sombongdan angkuh, tamak dan haloba, bakhil, berfoya-foya, mem-buang-buang harta, lupa kepada Tuhan dan lupa Akhirat. Agamasudah tidak diambil kira.

Apakah erti kejayaan yang seumpama ini? Usaha berjaya,tapi side effectnya terlalu banyak. Risikonya tinggi. Maju, ke-amanan tiada. Berjaya, tapi hidup dalam ketakutan. Duit banyak,tapi kebahagiaan tiada. Lahirnya nampak merdeka, tapi permu-suhan tidak habis-habis. Negara sudah bebas, tapi perpecahansesama sendiri menjadi-jadi. Kejayaan sebegini tidak menye-lamatkan. Ini baru di dunia, di Akhirat sudah tentu lebih lagi.

Padahal Islam agama yang selamat dan menyelamatkan.Kemajuannya bersih, tidak ada side effect. Kejayaannya bersih,senang menyenangkan, bahagia membahagiakan. Kemerdeka-annya bukan sahaja melahirkan kemajuan, tapi tercetus kasihsayang dan perpaduan. Maju, tidak ada ketakutan. Kaya, semuamasyarakat merasa, kerana tiada tamak, tiada bakhil. Dengankekayaan dia pemurah. Inilah dia kejayaan dan kemenanganyang Allah Taala redhai. Ia membawa rahmat dan berkat. Mem-bawa kebaikan dan keampunan.

Di sinilah perlunya usaha dan perjuangan kita itu biarlahdiredhai oleh Allah, agar kalau mendapat kemenangan dan

Page 316: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

293

PERJUANGAN

kejayaan, mendapat keredhaan pula. Maka kejayaan itu bersihdan murni. Tidak ada perkara yang negatif. Kita jangan ber-bangga semata-mata kerana mendapat kejayaan di dalam usahadan perjuangan. Keredhaan Allah kenalah kita ambil kira. Ke-redhaan Allah amat penting agar kejayaan kita itu tidak menyu-sahkan kita. Bahkan kemenangan itu membahagiakan. Tidakcukup dengan kejayaan, kalau Allah murka. Tidak boleh ber-bangga dengan kemenangan, kalau dengan kemenangan ituAllah melaknat kita. Apalah ertinya kejayaan, tapi di dalam dosadan derhaka. Begitulah kalau kemenangan dan kejayaan itudiberi oleh Allah secara istidraj bukan secara keredhaan-Nya.

Kerana itulah Allah Taala berfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya: “Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit(ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidakmengetahuinya.” (Al A’raf: 172)

SEBAB-SEBAB TERHIJAB BANTUAN ALLAH

Antara sebab-sebab terhijab bantuan Allah atau kalau dibantupula bukan dengan keredhaan tapi diberi secara istidraj, iaitusecara murka dan tipu daya dari Allah agar mereka tenggelamdi dalam dosa dan kutukan, kemudian mati dihumban ke Ne-raka, wal’iyazubillah, iaitu kesalahan-kesalahan seperti berikut:

Pertama: Niat dari awal lagi sudah salah. Contohnya ber-usaha, berjuang, mendidik, membangun, membuat kemajuan,berpolitik, berdakwah, berekonomi, membangunkan keten-teraan, berkhidmat dan lain-lain, ada huzuzunnafsi, ada ke-pentingan peribadi, bukan kerana Allah atau keredhaan-Nyasama ada apa yang dibuat itu sesuai dengan syariat atau se-baliknya.

Contoh niat yang salah lagi seperti ingin mendapat nama,ingin menang di dalam pilihan raya, tujuan untuk pangkat dan

Page 317: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

294

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bintang kehormatan, inginkan pujian, kerana glamour, kerananegara dan bangsa, kerana mendapat harta, wanita, takhta danlain-lain lagi.

Niat dari awal lagi telah tersalah di dalam sebarang kerja itu.Pahalanya tiada, terhijab daripada mendapat pertolongan danbantuan daripada Allah Taala serta Allah berlepas diri. Kepu-tusannya tiada berkat dan akan berhadapan dengan kegagalandemi kegagalan. Apa sahaja usaha dibuat tiada kejayaan. Setiapusaha menerima kekecewaan. Kalaupun diberi kejayaan, lahirdari kejayaan itu berbagai-bagai bentuk kejahatan yang menyu-sahkan di dalam kehidupan. Diberi kejayaan tapi memporak-perandakan, kemenangan dapat tapi masalah terlalu banyak.Kemajuan tercapai tapi melahirkan gejala-gejala negatif yangterlalu banyak. Nama masyhur, ada glamour tapi jiwa tidaktenang. Negara cantik, keamanan tidak wujud. Negara indahtapi hidup di dalam ketakutan.

Kalau itulah yang terjadi, itu bukan kemenangan. Ia bukansatu kejayaan dan tidak boleh dianggap satu keuntungan. Yangsebenarnya ia adalah bala, kutukan dan bencana, dosa dankemurkaan. Kecewa di dalam kemenangan. Celaka di dalamkejayaan.

Huru-hara di dalam kemajuan, itu bukan kemenangan.Kejayaan dan kemajuan semacam ini bukan yang Islam mahu.Islam mahu sesuatu itu sesuai dengan tuntutan fitrah iaitu ke-menangan yang membawa kemerdekaan, kejayaan yang mem-bawa kesenangan, kemajuan yang membawa keamanan dankeharmonian serta kecemerlangan yang membawa kebahagiaan.

Kedua: Kalaupun niatnya betul, iaitu segala usaha yang di-laksanakan itu kerana mencari keredhaan Allah, tapi tidakmengikut syariat. Misalnya di dalam perjuangan, usaha dan kerjaitu, sembahyang tidak diambil kira, tidak mempedulikan halaldan haram, pembiayaan yang tidak halal, pergaulan bebas lelakiperempuan, berlaku penzaliman dan penindasan, ada penipuandan rasuah dan sebagainya. Di sini juga akan terhijab.

Page 318: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

295

PERJUANGAN

SAJAK

Mengapa Masalah Tidak Selesai

Mengapa masalah masyarakat

makin cuba diselesaikan semakin tidak selesai?

Kerana golongan yang memperkatakan masalah

mendatangkan lagi masalah

Kerana memahami masalah

dan cara menyelesaikannya tidak ada kaedah

Tidak ada kaedah, asalkan buat sahaja, itu adalah satu masalah

Ada yang tidak tahu sumber masalah itu juga masalah

Bagaimana hendak menyelesaikan masalah

jika tidak tahu dari mana sumbernya masalah

Ertinya pokok masalah disuburkan, buah masalah dicegah

Kalau faham pokoknya, tebang sahaja pokoknya,

tidak ada pokok tidak adalah buah

Ada yang tidak tahu di antara masalah dengan bukan masalah

Yang masalah bukan dikatakan masalah,

yang bukan masalah dikatakan masalah, lagi bermasalah

Ia macam orang tidak kenal padi dengan lalang,

padi dimusnah, lalang dibiarkan tumbuh, mudah bercambah

Ada juga perkara kecil dianggap masalah besar,

yang besar dianggap masalah kecil, ini juga masalah

Ini akan berlaku percanggahan

sesama yang memikirkan masalah

Bercanggah pendapat di dalam menilai masalah,

ini adalah masalah, masalah di dalam masalah,

masalah bertambah-tambah

Satu puak hendak mencegah, satu puak lagi membiarkan masalah

Ada golongan lagi ada masalah atau tidak ada masalah

peduli apa, itu bukan saya punya masalah

Aku fikir aku sahaja, jangan menimpa aku sudahlah

Page 319: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

296

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sikap ini juga adalah masalah

Kita adalah satu juzuk daripada masyarakat

Mana boleh tidak memikirkan masyarakat yang bermasalah

Ada lagi masalah yang jadi masalah, yang bukan masalah dicegah

Sedangkan itu adalah berfaedah kepada umat

setidak-tidaknya faedah setempat

Ada orang faham masalah itu adalah masalah

tapi kerana hendak jaga hati ramai, dibiarkan sahaja

seolah-olah ia bukan masalah

Lebih-lebih lagilah bermasalah, yang jadi masalah itu

dipertahankan oleh kuasa

Kerana dapat untung peribadi atau kerana hendak nama

atau hendak berkuasa dilindungi oleh kuasa

Kalau yang berkuasa sudah buat masalah, lagilah bermasalah

Siapa lagilah yang mampu mencegah masalah?!

Apa yang diperkatakan tadi

itulah masalah umat Islam sedunia hari ini

Menyelesaikan masalah tidak seia sekata lagi

Perpaduan, keselarasan, rasa bersama sudah tidak ada

Ada yang membiarkan, ada yang hendak membanteras,

ada yang mempertahankan

Maka umat Islam kehilangan kekuatan,

kehilangan kedaulatan,

musuh campurtangan

Mengapa terjadi sedemikian?

Terjadinya ini semuanya adalah kerana tidak dirujuk lagi

kepada wahyu

Masing-masing golongan merujuk kepada akal,

dan kepada nafsu

sedikit sekali yang merujuk kepada wahyu

Menjelang Maghrib

21 – 08 – 2004

Page 320: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

297

PERJUANGAN

2. Cara proses makanan sudah berlainan.

3. Ilmu dunianya banyak tapi ilmu Akhiratnya kurang.

4. Pergaulan di kalangan manusia mudah terjadi.

5. Cara jual beli sudah berbeza.

6. Alat-alat perhubungan mendekatkan negara dan manusiadi antara satu sama lain.

7. Kebudayaan dan adat istiadat telah bercampur baur.

8. Banyak persatuan.

9. Ada pertubuhan dunia.

10. Ada bank .

11. Ada border antara negara dengan negara.

12. Alat-alat pembunuh dahsyat.

13. Kehidupan orang biasa macam raja-raja di zaman dahulu.

14. Orang kafir, munafik, fasik memperkatakan Islam bahkanmengajarnya.

MENGENALI WATAKDAN SIFAT-SIFAT AKHIR ZAMAN

6

Zaman dahulu dan zaman sekarang sudah jauh berbeza. An-taranya, zaman sekarang:

1. Alat-alat kehidupan sudah canggih.

Page 321: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

298

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Untuk lebih terperinci lagi mari kita huraikan satu persatusupaya lebih jelas.

1. Alat kehidupannya canggihSekarang tidak sama dengan dulu. Sekarang lebih canggih.Ada washing machine, peti ais, mixer, microwaves, blender,pinggan mangkuk arcopal, arcoroc dan sebagainya, cerekletrik, rice cooker, dunlop pillow, dapur gas atau elektrik, airpaip, pemotong elektrik dan lain-lain.

Dulu secara semula jadi. Uli tepung pakai tangan, basuhbaju guna tangan, guna air di perigi, api pelita, menumbukdengan batu lesung, dulang tembaga, periuk tanah, potongkayu menggunakan gergaji tangan, kapak, pahat dan alatketam kayu. Memasak menggunakan dapur kayu atau da-pur arang. Menumbuk padi menggunakan lesung dan alu.Membajak di ladang pula gunakan kerbau. Tandas sama adadi sungai atau di dalam semak. Ada juga menggunakantandas yang dikorek lubang seperti perigi dan lain-lain.

2. Sekarang ilmu dunianya banyak, ilmu Akhiratnya kurang.Dulu ilmu dunia terbatas tapi ilmu Akhirat banyak. Contoh-nya ilmu tauhid, feqah, tasawuf dan lain-lain. Banyak kitab-kitab dan ramai alim ulama.

Sekarang ilmu Akhirat kurang tapi ilmu dunianya tidakterbatas. Setiap hari ada saja ilmu-ilmu terbaru, penemuanterbaru seperti ilmu-ilmu di bidang-bidang ekonomi, per-tanian, perubatan, sains teknologi, ilmu tentang komputerdan lain-lain. Semuanya sedang berkembang dengan pesat.

3. Cara proses makanan, minuman dan pakaian sudah ber-lainan daripada dulu. Dahulu dan sekarang mungkin me-mang perkaranya sama iaitu benda dan jenisnya tetap samatetapi mungkin hakikat perkara itu sudah berlainan. Ini di-sebabkan oleh cara memproses, membuat, memperagakan,mempromosi atau menjualnya sudah berlainan. Contohnya:

i. Arak, namanya tetap sama. Tetapi arak sekarang tidaksama dengan arak dulu dari segi cara memprosesnya.

Page 322: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

299

PERJUANGAN

ii. Sutera, nama tetap sama. Tetapi sekarang, ada kain suterasintetik yang telah disintesiskan daripada bahan-bahanyang dicampurkan antara sutera dan bahan-bahan kimiayang lain.

iii. Dulu memproses pakaian secara handcraft tapi sekarangmenggunakan alat yang canggih.

iv. Fesyen pakaian dulu dan sekarang juga berbeza. Hari inibanyak bahan-bahan pakaian sudah tidak pasti dari apajenisnya.

4. Alat-alat perhubungan mendekatkan negara dengan negaradan manusia satu sama lain.Dulu kenderaannya hanya kuda, unta, baghal, kereta lembu.Sekarang menggunakan keretapi, komuter, bullet train,kereta, bas, kapal, bot laju, kapal terbang dan lain-lain.

Perhubungan jalan raya sangat meluas sekarang. Terhu-bung antara negara dengan negara dan benua denganbenua, jalan kereta api bawah tanah dan sebagainya.

Alat-alat perhubungannya canggih. Contohnya, telefon,interkom, tv, komputer, internet dan lain-lain.

5. Pergaulan di kalangan manusia mudah terjadi.Dulu sangat terhad, pergaulan di kalangan manusia dalamkelompoknya saja. Sekarang ini di peringkat internasional,boleh mengenal manusia berbagai-bagai bangsa denganmacam-macam alat kemudahan yang ada seperti telefon,tv, internet, surat, aerogram, sms, e-mail, media massa, suratkhabar, majalah dan lain-lain.

6. Kebudayaan atau adat istiadat sudah bercampur baur.Dulu ada budaya asli yang tersendiri bagi satu-satu kaumitu. Sekarang budaya sudah bercampur baur, tidak pure lagi.Contohnya, Sekarang ada budaya yang telah dicampur-adukkan dengan budaya Barat, India, Pakistan dan seba-gainya.

7. Banyak persatuan.Dulu persatuan berlaku atas dasar hubungan darah daging.

Page 323: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

300

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Contohnya Bani Quraisy, Bani Umaiyyah dan sebagainya.Kelompok ini berlaku secara nature. Lahir-lahir saja me-mang berada dalam kelompok itu.

Sekarang persatuan berasaskan kepada bukan hubungandarah sahaja bahkan kadang-kadang hubungan kelompokitu berasaskan kebudayaan, ekonomi, politik, kebajikan danlain-lain. Ikut parti, ideologi, profesyen dan sebagainya.

Contohnya: NGO, GAPENA, APEC, IPEC, PAPITA dansebagainya.

Bahkan kadang-kadang hubungan kelompok ini lebihkuat daripada hubungan darah.

8. Ada pertubuhan dunia.Dulu tidak ada yang bercorak dunia atau peringkat antara-bangsa. Sekarang ada, contohnya PBB, OPEC, NATO, UN.

9. Ada bank atau institusi kewangan.Dulu tidak ada bank. Orang kaya yang jadi bank. Kalau diaorang Islam yang baik, jadilah dia bank kepada masyarakat.Kalau orang bukan Islam atau orang Islam yang tidak adajiwa Islam, dia akan jadi ceti.

Sekarang, bank dijadikan tempat pinjaman yang manamempunyai syarat-syarat, ada penjamin atau cagaran, adadeposit, mesti tanda tangan macam-macam borang dan lain-lain.

10. Ada sempadan atau border.Dulu ada negara-negara tertentu seperti Rom, Farsi dansebagainya. Tetapi tidak ada border antara negara-negara.Tidak perlu menggunakan pasport untuk memasuki mana-mana negara. Sekarang ada border, ada kastam, ada imigre-sen, ada visa, ada pasport dan sebagainya.

11. Alat-alat pembunuh dahsyat:Dulu seorang yang ada satu alat senjata boleh bunuh seorangatau dua sahaja. Sekarang menggunakan alat-alat pem-bunuh yang canggih yang bermacam-macam jenis sepertinuklear, bom atom, jet-jet peluru berpandu dan lain-lain.

Page 324: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

301

PERJUANGAN

Ada yang boleh bunuh dari udara, laut, bawah tanah, daribenua ke benua dan sebagainya. Risikonya menyebabkanramai manusia binasa, memusnahkan bangunan-bangunan,pokok-pokok, harta benda, merosakkan alat-alat perhu-bungan dan lain-lain.

12. Kehidupan orang biasa sekarang macam raja-raja zamandahulu. Kehidupan dulu, raja-raja dikipas. Sekarang rakyatbiasa pun merasainya. Petik suis, ada kipas angin, air-con-dition dan lain-lain. Begitulah seterusnya.

13. Orang kafir, munafik, fasik, memperkatakan Islam bahkanmengajarnya. Dulu orang yang memperkatakan Islam initentulah orang Islam saja. Tapi sekarang, orang yang mem-perkatakan Islam boleh jadi orang kafir, munafik, fasik,orientalis dan lain-lain. Bahkan mengajar atau jadi pensya-rah di universiti-universiti orang Islam di seluruh dunia.Lepasan pengajian Islam kini mendapat ijazah di tangan-tangan mereka.

14. Cara jual beli atau perniagaan berbeza.Dahulu secara barter trade, yakni pertukaran barang denganbarang. Kemudian gunakan duit emas, perak. Duit itumemang bernilai. Sekarang duit kertas, kad kredit. Duit itudiberi nilai, bukan duit itu benar-benar bernilai. Ada sistembanking dan sebagainya.

Kalau diperhatikan contoh-contoh tadi, didapati ratusan lagiperbezaan yang nyata antara zaman kita dengan zaman Ra-sulullah. Sebab itu para pejuang mesti bertindak dengan styleyang baru atau cara yang baru berdasarkan perbezaan tadi.Sebagai alternatifnya, apakah yang umat Islam patut lakukan?Di antara perkara-perkara yang patut dilakukan ialah:

Pertama: Dua golongan mesti aktif di tengah kehidupan.

a. Golongan rohani – mereka mesti aktif untuk membina ataumembangunkan insaniah agar dapat melahirkan manusiayang bertaqwa.

Page 325: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

302

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

b. Golongan teknokrat – Selain mereka mesti bertaqwa, merekamesti aktif membangunkan kemajuan teknikal, teknologiyang tinggi supaya alat kemudahan kehidupan canggih. Inimenjadikan manusia ini selain daripada beriman, berakhlak,bertaqwa, kehidupan mesti canggih dan berteknologi tinggi.

Kalau golongan teknokrat saja yang aktif, bijak membuatteknologi tinggi dan sebagainya, semuanya akan jadi sia-siasebab manusia akan jadi sesat dan fasik tanpa taqwa. Bila umatIslam beriman dan canggih, mudahlah untuk dia menyerumanusia lain. Orang akan hormat dan menerima seruannya.

Kedua: Dalam memberi fatwa memerlukan dua golongan:

a. Ahli atau pakar hukumb. Ahli atau pakar sains dan teknologi

Mesti digabungkan pandangan dua golongan ini. Setiapfatwa mesti dinilai yang pertama oleh pakar hukum, kalau bolehbertaraf mujtahidin. Mesti tahu cabang-cabang ilmu Islam yangasas atau furuk, halal atau haram dan sebagainya.

Bila dia hendak keluarkan hukum, tidak boleh berdasarkanilmunya saja. Dia mesti meminta pandangan daripada ahli sains.Mereka saja yang faham perkara-perkara yang hendak dihukumitu dengan tepat setelah dua pandangan itu digabungkan dandiambilkira, barulah hukum yang diputuskan itu tepat halalharamnya.

Contohnya:i. Arak haram. Nasnya ada. Arak benda yang memabukkan,

haram hukumnya. Tapi sekarang ahli sains mengatakan adaalkohol yang tidak memabukkan, ada yang boleh dan adayang tidak boleh dan sebagainya. Jadi ini semua kenadiambil kira oleh pakar hukum. Kalau tidak, mungkin diaakan mengharamkan sesuatu perkara yang tidak haram.

ii. Sutera. Asal haram untuk orang lelaki. Tetapi sekarang adakain sutera sintetik yang telah disintesiskan daripada bahan-bahan yang sudah dicampurkan antara bahan-bahan sutera

Page 326: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

303

PERJUANGAN

dengan bahan-bahan kimia yang lain. Dari segi komposisi-nya sudah berubah. Jadi ulama perlu mengkaji semuladengan mengambil kira pandangan ahli sains untuk men-jatuhkan sesuatu fatwa itu.

Ketiga: Manusia sekarang sangat memburu dunia dan melupa-kan Akhirat. Perlu ada orang-orang Akhirat yang mempunyaibanyak dunia:

a. supaya dia boleh mengingatkan orang itu

b. supaya orang Akhirat yang berjuang ini boleh mencabarorang-orang dunia.

Keempat: Perempuan-perempuan sekarang bebas kerana mem-buru dunia. Mereka rasa itulah kemerdekaan, itulah kebahagiaandan kebaikan. Dengan kebebasan itu mudah mereka itu dapatdunia. Kalau disekat kebebasan mereka di rumah, dirasakanhilang bahagia, hilang kemerdekaan, dunia yang diburu tidakdapat. Untuk membebaskan mereka ini diperlukan perempuanmukmin yang berjaya dalam kerjaya di tengah masyarakat tapidapat mempertahankan syariat dan maruah mereka sebagaiperempuan mukmin.

Kelima: Memerlukan pejuang-pejuang dan mubaligh-mubalighyang berada agar tidak bersandar hidup dengan orang lain. Agarbebas bercakap dan orang hormati. Kalau berada atau kayasecara individu pun boleh, lebih-lebih lagi secara jemaah. Hik-mahnya:

a. Supaya tidak terasa terhutang budi dengan orang yangditarik atau orang yang diseru.

b. Supaya tidak hilang maruah, himmah atau ‘izzah sebagaipenegak kebenaran.

c. Supaya dapat berkhidmat kepada masyarakat bukan untukdapat duit atau komersial, bukan masyarakat yang berkhid-mat kepada kita dan lain-lain.

Page 327: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

304

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Keenam: Memerlukan jemaah contoh atau model. Di zamanRasulullah SAW dan para Sahabat umumnya salafussoleh sela-ma 300 tahun mereka telah berjaya melahirkan model kehidupanIslam. Waktu mereka bercakap tentang Islam, masyarakat Islamsudah tertegak. Tapi sekarang ketika suasana Islam sudah tiada,perlu diwujudkan model oleh sebuah jemaah Islam supaya ma-syarakat dapat melihat apa yang diperkatakan itu dalam bentukrealiti.

Ketujuh: Memerlukan media massa dan alat-alat perhubunganyang canggih untuk cepat menyampaikan berita atau matlamatatau ilmu atau propaganda musuh kerana:

a. Dengan adanya media massa yang canggih, maklumat-maklumat, berita-berita, minda-minda Islam dapat disam-paikan dengan tepat dan cepat ke seluruh dunia sesuaidengan kelengkapan yang ada sekarang. Kalau ini tidak di-gunakan, orang lain akan lebih cepat menyampaikan ke-jahatan dan kebatilan.

b. Zaman sekarang jangkauannya luas. Kita kena gunakansemua kelengkapan itu. Jika tidak kita akan kalah dalamperang dingin, perang fikiran, perang saraf atau perangpsikologi. Segala jenis peperangan ini semuanya mengguna-kan alat-alat yang canggih.

c. Supaya tidak dipermain-mainkan.

d. Supaya tidak dapat disabotaj.

e. Supaya tidak bersandar dengan mereka.

f. Supaya umat Islam tidak dapat dikawal kehidupannya olehorang bukan Islam tapi boleh mengawal kehidupan merekasendiri.

Page 328: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

305

PERJUANGAN

SAJAK

Zaman Serba Moden dan Maju

Zaman serba moden dan maju ini

sepatutnya kita rasa bahagia

Sementelahan pula manusia pun sudah bijak-bijak

dan pandai-pandai belaka

Di mana sahaja berada tentulah rasa senang

dan tenang aja

Tentulah lebih berakhlak dan berperi kemanusiaan

Ke mana saja kita pergi tidak perlu takut dan bimbang

Maklumlah negara telah maju

Serba-serbi moden kemudahan ada

Takkan manusia rasa takut macam duduk

di dalam hutan

Rupanya tidak begitu

Telahan kita meleset belaka

Apa yang berlaku, ramai orang hidup

keluh-kesah dan gelisah

Walaupun hidup di dalam negara moden,

mewah dan indah

Kita buat contoh di dalam satu aspek aja

Di zaman ini di dalam menjaga anak

Kita di dalam ketakutan dan bimbang aja

Di waktu mereka ke sekolah,

ibu bapa di rumah resah gelisah

Takut terlibat dengan dadah

Atau sumbang sesama mereka

Atau kena belasah

Atau kena noda

Di perjalanannya takut dipujuk orang,

Page 329: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

306

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dibawa ke mana-mana kemudian dirogolnya

Atau berjumpa lelaki perempuan sesama mereka

membuat perhubungan cinta pula

Kita simpan aja di rumah tak mungkin juga,

boring pula mereka

Sekali-sekala kenalah kita benarkan

mereka keluar melihat masyarakatnya

Berehat-rehat dan makan-makan angin

untuk menghibur jiwa mereka

Tapi selamatkah mereka dari melepak-lepak?!

Bohsia dan bohjan?

Ejen-ejen yang mempengaruh mereka di mana-mana ada

Bahkan di mana saja anak-anak kita pergi,

kita sentiasa takut dan bimbang

Pergi ke rumah keluarga, macam-macam kita dengar

anak-anak kena noda

Berjalan ke rumah jiran pun sama saja

Berlaku macam-macam kejadian yang mendukacitakan

Aduh! Susahnya di zaman ini menjaga anak-anak

Ke mana saja mereka pergi ibu bapa di rumah

resah dan gelisah

Gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat

yang merosakkan di mana-mana saja

Ibu bapa sentiasa tidak tenang memikirkan anak-anaknya

Wahai Tuhan!

Selamatkanlah kami dan keluarga kami

daripada fitnah akhir zaman ini!

Selepas Asar20 – 05 – 1997

(12 Muharram 1418)

Page 330: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

307

PERJUANGAN

Manusia yang hidup di muka bumi Tuhan ini, merekamemerlukan berbagai-bagai keperluan dan kelengkapanhidup. Untuk menyempurnakan kehidupan mereka

dalam dua negara iaitu negara yang terdekat, dunia namanyaatau alam syahadah dan negara yang jauh atau yang akhir yangtidak berkesudahan yang kekal abadi, Akhirat namanya.

Manusia itu kejadian semula jadinya yang Allah Taala cipta,ada jasad lahir dan ada jasad batin. Jasad lahir atau jawarih ialahanggota yang bersifat fizikal yang dapat dilihat dan disentuh.Jasad batin ialah anggota yang bersifat maknawiah dan rohaniah,terasa adanya, tapi tidak dapat dilihat dan disentuh.

Kedua-dua jasad yang ada pada manusia ini perlu diberikeperluan hidupnya. Kalau tidak, kedua-duanya akan rosak.Manusia itu akan melarat dan menderita di dunia dan menderitadi Akhirat. Kalau salah satunya sahaja yang diberi perhatianuntuk keperluan-keperluan hidupnya, ia tidak seimbang. Kalaujasad lahir sahaja diurus keperluan-keperluannya, sedangkanjasad batin tidak diurus, maka mudahlah kehidupannya di duniatapi susah kehidupannya di Akhirat. Kalau jasad batin sahajadiurus keperluannya, jasad lahir tidak diurus keperluannya,mudahlah kehidupannya di Akhirat tapi susah kehidupannyadi dunia.

PEMBANGUNAN MATERIAL/FIZIKALDAN INSANIAH

7

Page 331: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

308

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Oleh itu manusia itu hendaklah mengurus anggota lahirnyadan juga mengurus anggota batinnya, barulah ia seimbang. Agarmanusia itu bahagia di dunia, bahagia di Akhirat. Senang didunia dan senang di Akhirat. Kalau demikian keadaannya,barulah manusia menjadi manusia yang sempurna yang men-dapat kebahagiaan di dua negara.

Jasad lahir manusia memerlukan makan minum, pakaian,tempat tinggal, seks, kesihatan, kemudahan perhubungan,kemudahan pertemuan, kemudahan tempat tinggal, kemudahantempat bekerja, kemudahan tempat berbincang, kemudahantidur baring, rehat, keselesaan, kemudahan tempat berkeluarga,kemudahan mencari rezeki dan lain-lain lagi.

Untuk memenuhi keperluan jasad lahir manusia itulah, makamanusia sentiasa berfikir, belajar mencari ilmu, mencari penga-laman, kemudian berusaha dan berjuang terus-menerus, sam-bung-menyambung tidak henti-hentinya membangunkan pem-bangunan fizikal dan material untuk mendapatkan dan meng-hasilkan keperluan-keperluan lahir mereka. Maka dibangun-kanlah tempat tinggal, dari masa ke semasa bertambah elok,bertambah cantik, bertambah selesa dan bertambah canggih.Direntangkan jalan raya, dari masa ke semasa bertambah baik,bertambah besar dan luas serta bertambah selesa. Dibangunkanladang-ladang dengan alat-alat pertanian, dari masa ke semasabertambah luas, bertambah elok, bertambah moden dan alat-alat pertaniannya bertambah canggih. Direkalah kenderaan, darimasa ke semasa bertambah baik, bertambah cantik, bertambahselesa, bertambah moden dan canggih. Dibangunkan kilang,pekan dan bandar, bangunan pejabat, alat-alat perhubungan,alat-alat penyebaran ilmu dan berita, dari masa ke semasa ber-tambah baik, bertambah cantik, bertambah moden dan canggih.

Sekarang, kemajuan material dan fizikal demi untuk menu-naikan keperluan-keperluan jasad lahir manusia, sudah me-muncak, sudah hebat dan mengkagumkan. Dengan itu duniaini sudah kecil, negara sudah tidak ada sempadan lagi, langittelah ‘terbuka’, dunia telah sempit, manusia yang berbagai-bagai

Page 332: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

309

PERJUANGAN

kaum dan bangsa ini benar-benar telah bergaul dan bolehberkenalan dari dekat antara satu sama lainnya. Di sini kita dapatmelihat usaha dan perjuangan manusia untuk keperluan jasadlahiriah, sangat maju dan berjaya.

Jasad batin (roh) manusia juga perlu kepada makan minum,pakaian, bahkan lebih patut dijaga makan minum dan pakaian-nya daripada jasad lahir (jawarih). Makan minumnya terma-suklah keyakinan, sembahyang, puasa, membaca Al Quran,tafakur, zikir, tasbih, tahmid, selawat dan doa.

Pakaiannya ialah sifat taqwa iaitu melaksanakan segala yangdiperintah atau yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarangatau yang ditegah. Kalau ia sungguh-sungguh difahami, kemu-dian diusahakan dan diamalkan serta dihayati secara terus-menerus, akan lahirlah pembangunan insaniah yang bersifatrohaniah. Misalnya, lahirlah di dalam diri manusia itu sifat-sifatjujur, adil, benar, kasih sayang, lemah-lembut, pemurah, tawa-dhuk, pemalu, bertimbang rasa, sabar, redha, tawakal, bertolakansur, mengutamakan orang lain, pemaaf, meminta maaf,amanah, tekun, rajin, lapang dada, bekerjasama, simpati danbelas kasihan. Sifat mahmudah dalam diri manusia ini akan men-jadi tabiat, menjadi budaya dan syiar di dalam kehidupan dikalangan manusia. Di sinilah rahsia perpaduan, kebahagiaandan keharmonian yang manusia sejagat menginginkannya, lebihdaripada menginginkan pembangunan material dan fizikal.

Apa yang sangat malang di dunia akhir zaman ialah tuntutankehidupan mereka tidak seimbang di antara pembangunanmaterial dan fizikal dengan pembangunan insaniah yang bersifatmaknawi dan rohaniah. Pembangunan material dan fizikal,masya-Allah begitu menonjol, hebat dan canggih, daripada masake semasa bertambah meningkat, bertambah maju, bertambahmoden, bertambah berjaya. Tetapi apa yang berlaku, pem-bangunan insaniah yang bersifat maknawiah dan rohaniahmakin menurun, makin merosot, semakin kurang, semakin terukdan punah, keadilan bertambah jauh, kejujuran bertambah ku-rang, amanah susah hendak dicari, pemurah sudah boleh

Page 333: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

310

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dikatakan tiada lagi, kasih sayang sudah kemarau, sabar tinggaldalam ucapan, redha jauh sekali, tawakal hampir sudah tidakwujud, tolak ansur hampir punah, lapang dada sudah tidakketara, mengutamakan orang lain lebih-lebih lagi sudah tiada,pemaaf hampir mustahil, meminta maaf kalaupun berlaku ke-rana terpaksa, bertolong bantu dan bekerjasama hanya programtertentu kerana ada tujuan tersembunyi; kerana nama danglamour, kerana ada udang di sebalik batu atau kerana terpaksa,kalau tidak nanti apa orang kata.

Apabila pembangunan insaniah hampir punah di seluruhdunia terutama di dunia Barat dan Amerika, maka apakah yangterjadi? Iaitu di tengah-tengah pencakar langit, runtuhnya akhlakmanusia sejatuh-jatuhnya menyapu bumi. Di tengah-tengahbangunan dan gedung-gedung yang indah, di situlah sarangpelacuran yang eksklusif, lesbian dan homoseksual. Di dalamkeadaan bandar-bandar yang penuh dengan pembangunan yanghebat dan gagah, lampu-lampu yang bergemerlapan, kenderaanyang berselerak, berselirat, manusia yang sentiasa bergerak danaktif seolah-olah tidak ada beza siang dan malam, di sanalahpenipuan, rasuah, rompakan, kidnap, rogol, zina dan pembu-nuhan.

Di dalam keadaan jalan raya highway, super highway yangmelebar dan memanjang, di sanalah manusia melahirkan emosi,gelojoh, mementingkan diri sendiri, melanggar disiplin, tunjuksombong, membesarkan ego, pantang dicabar, berlumba-lumbadan potong-memotong. Akibatnya dari ini berlaku eksiden daninsiden yang mengerikan, manusia mati setiap hari, keretaremuk-redam, punah-ranah, seolah-olah menjadi budaya jalanraya, seolah-olah tiada apa-apa, biasa sahaja, perkara biasa.

Di dalam kejayaan material, di sinilah berlakunya penza-liman, diskriminasi, keangkuhan, khianat, rasuah, hidup nafsi-nafsi, sombong, megah, mementingkan diri, pembaziran, budayalepak, vandalisme, bohjan, bohsia dan pergaulan bebas macamhaiwan.

Di dalam masa kejayaan material inilah, berlaku di seluruh

Page 334: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

311

PERJUANGAN

dunia terutama di dunia Barat dan Amerika, orang tua terbiar,kanak-kanak tidak disayangi tapi kucing dan anjing lebihdisayangi, hubungan hidup suami isteri begitu longgar, krisisrumah tangga, krisis politik dan berbagai krisis lagi. Peperangandi antara kaum, di antara etnik, di antara negara, di antarafahaman silih berganti terjadi setiap hari. Manusia gelisah,manusia resah, manusia kecewa, manusia putus asa, manusiamembunuh diri. Aneh, pelik, ganjil, hairan, menakutkan sekali.Dunia pembangunan telah menjadi syurga, manusia hidupdalam neraka.

Beginilah keadaan kehidupan manusia seluruh dunia apabilatidak seimbang antara pembangunan material dengan pem-bangunan insaniah, seolah-olah pembangunan material yangmengkagumkan itu tidak ada erti apa-apa lagi kepada manusia.Materialnya berjaya, insaniahnya kecewa. Materialnya syurga,insaniahnya neraka. Luar manusia terang-benderang, dalam ma-nusia gelap-gelita. Materialnya mencakar langit, akhlaknyamenyapu bumi. Haiwan disayangi, manusia dibenci. Pence-maran alam ditakuti, pencemaran iman dan akhlak tidak di-peduli. Manusia dibiarkan kelaparan, haiwan diberi makanhingga kekenyangan.

Setelah kita menghuraikan secara ringkas, pembangunanmaterial dan pembangunan insaniah maka kita dapat membuatkonklusi dan rumusan seperti berikut:

1. Pembangunan material dan fizikal dari sehari ke seharisemakin meningkat dan maju tapi pembangunan insaniahdari sehari ke sehari menurun dan punah.

2. Pembangunan material atau fizikal mudah diperturunkandan diwarisi serta disambung oleh generasi kemudian darimasa ke semasa tapi tidak demikian keadaannya pem-bangunan insaniah ini susah hendak diperturunkan dandiwarisi oleh generasi kemudian.

3. Membangunkan material atau fizikal mudah dibandingkanmembangunkan insaniah.

Page 335: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

312

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

4. Mengubah kehidupan yang lahir ini daripada buruk kepadacantik, ini mudah tetapi mengubah kehidupan yang batiniaitu mengubah tabiat manusia daripada perangai burukkepada perangai baik ini amat susah sekali. Sebagai bukti,katalah seorang ini kenal dirinya sejak di bangku sekolahlagi punya sifat pemarah, kemudian selepas 40 tahun kitabertemu lagi dengannya, masya-Allah sifat pemarahnya ti-dak berubah bahkan ia bertambah tua dengan tua umurnya.

5. Pendidik dan pembangun material atau fizikal lebih berjayadaripada pendidik dan pembangun insaniah.

6. Di sini kita faham dan insaf bahawa kemajuan material danfizikal bagaimana hebat, cantik dan canggih tidak dapatmendidik manusia daripada jahat kepada baik bahkanadakalanya manusia yang baik jadi jahat.

7. Kemajuan yang lahir boleh membawa manusia paling tidakkufur nikmat, tapi pembangunan insaniah membawamanusia bersyukur dengan kemajuan yang lahir itu.

8. Kemajuan di sudut material dan fizikal semakin maju tapimanusia semakin berebut-rebut, iri hati, hasad-menghasad,khianat-mengkhianat, jatuh-menjatuhkan, tunjuk-menun-juk, jauh-menjauhi, sombong-menyombongi, rasuah-me-rasuah, tipu-menipu, benci-membenci, hilang kasih sayang,perpaduan makin pecah dan banyak berlaku jenayah.

9. Berlainan sekali pembangunan insaniah; makin maju, makinbersyukur, makin sabar, makin berkasih sayang, makinberpadu, makin bertolak ansur, makin pemurah, makinbertawakal, makin redha, makin berlapang dada, makinbersimpati, makin bertimbang rasa, makin bahagia, makinharmoni.

10. Pakar-pakar dan tokoh pembangunan material dan fizikalbertambah setiap masa, pakar dan tokoh-tokoh insaniahbertambah kurang.

11. Kepesatan pembangunan material dan fizikal kita akui,dunia semakin cantik dan indah, kehidupan manusia

Page 336: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

313

PERJUANGAN

bertambah mudah dan selesa, tapi tidak menjamin kebaha-giaan dan keharmonian.

12. Kemajuan material dan fizikal menyebabkan bertambahsempit dan dekat dunia ini dibuatnya dan memudahkanjasad lahir manusia bertambah dekat dan rapat, tapi hatisatu sama lain bertambah jauh.

13. Dengan kepesatan pembangunan material dan fizikal, jasadmudah bertemu tapi susah hendak bersatu dan bertemu hati.

14. Pejuang-pejuang dan pendokong material lebih ramaidaripada pejuang dan pendokong-pendokong kemajuaninsaniah.

15. Pejuang insaniah terutama pemimpin selalu tersisih tidakseperti pejuang-pejuang material.

16. Kemajuan material boleh dipusakai tapi kemajuan insaniahtidak boleh dipusakai.

17. Pejuang material atau kebendaan terutama bila merekamenjajah negara orang, banyak membuat kerosakan tidakseperti pejuang-pejuang insaniah.

18. Ilmu tentang kemajuan material dari sehari ke sehari ber-tambah berkembang tapi ilmu mengenai pembangunaninsaniah bertambah kurang.

19. Pemimpin pejuang-pejuang material selalunya ditakuti dandibenci, orang hanya berpura-pura menghormatinya. Tapipemimpin pejuang insaniah selalunya dihormati, orangsuka dekatinya.

20. Zaman kegemilangan pembangunan material biasanya lamatapi zaman kegemilangan pembangunan insaniah biasanyatidak lama.

21. Zaman kegemilangan kemajuan material tidak membawakeamanan, buktinya dunia Barat hari ini terutama Amerika,hidup penuh dengan ketakutan kerana berlakunya dalammasyarakat mereka berbagai-bagai bentuk jenayah. Tidakseperti zaman kegemilangan pembangunan insaniah,

Page 337: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

314

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

masyarakatnya aman damai, hingga wanita boleh berjalanseorang diri pun tiada siapa yang mengganggu. Suasanaini telah berlaku di zaman Rasulullah SAW hingga selama3 kurun.

22. Kemajuan insaniah adalah pusaka para rasul dan nabi-nabi,kemajuan material adalah pusaka Qarun dan raja-raja.

23. Pemimpin-pemimpin pejuang material selalunya dilupakanorang lebih-lebih lagi selepas matinya, tapi tidak kepadapemimpin pejuang insaniah, setelah mati pun dikenangorang hingga makam mereka diziarahi.

24. Pembangunan material adalah lambang kebesaran dan ke-megahan tapi pembangunan insaniah adalah lambangkehambaan dan ketaatan.

25. Pemimpin pejuang material walaupun penuh dengan kebe-saran dan kekayaan tapi tidak punya pengikut, tapi pemim-pin pejuang insaniah mempunyai pengikut seperti pararasul, imam-imam mujtahidin, pemimpin pejuang kebe-naran seperti Hassan Al Banna dan lain-lain lagi.

26. Pemimpin-pemimpin pejuang material selalunya mening-galkan pembangunan, tetapi pemimpin pejuang insaniahselalunya meninggalkan ajaran dan didikan.

27. Pemimpin pejuang material selalunya orang ziarah hen-dakkan duit atau sokongan tapi pemimpin pejuang insaniahorang ziarah inginkan doa dan keberkatan.

28. Pemimpin pejuang material apabila dia jatuh daripadajawatannya atau bankrap, orang tidak peduli bahkan orangyang dikatakan kawan-kawan selama ini pun habis lari,tidak seperti pemimpin pejuang insaniah, makin dia terujimakin orang simpati, semakin orang suka hendak ziarahi.

Perlu diingatkan, kunci kebahagiaan hidup manusia di duniaini ialah apabila berlaku dan tercetusnya kemajuan material dankemajuan insaniah serentak atau bertembung dua tamadunlahiriah dan rohaniah dalam satu masa. Maka hidup di dunia

Page 338: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

315

PERJUANGAN

dirasakan syurga sebelum Syurga yang hakiki dan kekal abadidi Akhirat. Kita tidak tahu bila akan berlaku, kita harap akanberlaku. Marilah kita sama-sama berjuang dan berdoa moga-moga dunia ini menuju ke arah itu. Ya Allah, rahmat-Mu dannikmat-Mulah yang kami harap! Kami menunggu.

Page 339: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

316

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Maju Bersama Ketakutan

atau Mundur Bersama Keamanan

Kalau aku disuruh pilih maju bersama ketakutan,

mundur bersama keamanan

Aku memilih mundur bersama keamanan

Kerana tidak adanya keamanan ia lebih menakutkan

daripada tidak ada kemajuan

Jika memperjuangkan kekayaan

lahir perpecahan dan pergaduhan

Tapi di dalam kemiskinan lahir kasih sayang dan perpaduan

Aku memilih kemiskinan

Kerana kasih sayang diperlukan setiap masa

oleh setiap manusia dan insan

Ia merupakan makanan jiwa

Apa ertinya kekayaan kalau jiwa menderita

Tidak mengapa miskin jika jiwa bahagia

Kalau aku mempunyai dan memiliki

berbagai-bagai keistimewaan tapi kehilangan Tuhan

Tapi dapat memiliki Tuhan hilang segala-gala keistimewaan

Biarlah aku kehilangan segala-gala keistimewaan

Kehilangan segala-galanya tapi memiliki Tuhan

Kehilangan segala-galanya tidak mencacatkan

Tapi kalau kehilangan Tuhan dapat segala-galanya

Segala-galanya sudah tidak memberi erti apa-apa

Kerana kehilangan Tuhan mendapat kecacatan

yang terlalu besar atau cacat yang maha besar

Segala-galanya tidak akan dapat menampungnya

Jika dapat Tuhan ia dapat menampung

segala-galanya yang tidak ada

Page 340: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

317

PERJUANGAN

Kerana itulah di dalam kehidupan ini

jangan sampai kehilangan Tuhan

Tuhan adalah segala-galanya

Korbankanlah segala-galanya demi mendapatkan Tuhan

Jangan korbankan Tuhan untuk segala-galanya

Kita akan berhadapan dengan kerugian yang maha besar

Selepas Asar

11 Safar 1421

Sajak 2

Apa Erti Kemajuan Kalau Akhlak Menyapu Bumi

Apalah erti kemajuan, pembangunan,

pencakar langit, gedung besar-besar,

Akhlak manusia menyapu bumi

Apalah ertinya negara cantik

Akhlak manusia jelek

Sains teknologi tinggi, canggih sekali

Hidup tidak mengerti, nafsi-nafsi menjadi-jadi

Ilmu banyak untuk kepentingan diri

Amalan Akhirat kering-kontang di musim kemarau

Taman perumahannya indah teratur sekali

Penghuni sendiri-sendiri, satu sama lain tidak peduli-mempeduli

Ya, kemakmuran material kita akui terbeliak mata dunia

Kemakmuran hati punah sama sekali

Taman mahmudah musnah,

Taman mazmumah berdiri gagah

Lahirlah gejala masyarakat yang tidak sihat

Membunuh kasih sayang

Memusnahkan keamanan dan keharmonian

Jiwa diburu ketakutan, kebimbangan di mana-mana.

Selepas Isyak

04 – 05 – 1997

Page 341: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

318

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apabila kita mengatakan perjuangan ertinya adanya sebuahjemaah yang ada pemimpin yang ditaati, ada pengikutyang setia, ada dasar perjuangan yang berlandaskan Al

Quran dan As Sunnah, yang ia ditegakkan lebih dahulu sejauhyang termungkin di dalam jemaah itu sebagai model. Adaaktiviti ke luar dan ke dalam melalui berbagai-bagai cara danstrategi untuk mencapai matlamat.

Ertinya Islam tidak berjuang secara individu atau secaraberseorangan tanpa ada jemaah, pemimpin dan pengikut sertatanpa aktiviti, kerana Islam itu adalah cara hidup bernegara,berekonomi, bermasyarakat, berpendidikan, berhubung, berke-budayaan, berundang-undang, berdisiplin dan lain-lain lagi.

Oleh kerana perjuangan Islam itu adalah terpaksa sibuk, ber-korban, terkorban, menghabiskan masa, berhadapan dengankesusahan dan cabaran, terpaksa mengkesampingkan kepen-tingan diri, maka selepas kejatuhan empayar Islam ada beberapagolongan umat Islam dalam menghadapi perjuangan ini iaitu:

1. Golongan yang hidup matinya untuk Islam. Faham apa yangmereka perjuangkan. Bersungguh-sungguh mengamalkandi dalam diri mereka dan keluarga mereka, memberi seluruhjiwa raga, masa dan harta untuk Allah dan Rasul. Merekasanggup berhadapan dengan sebarang risiko, bahkan mati

GOLONGAN-GOLONGANDI KALANGAN UMAT ISLAM

TERHADAP PERJUANGAN

8

Page 342: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

319

PERJUANGAN

di dalam perjuangan itu memang ditunggu-tunggu. Syahidadalah idaman mereka. Golongan ini amat sedikit dandarjatnya lebih tinggi daripada ahli ibadah.

2. Golongan yang bersungguh-sungguh berjuang sepertigolongan yang pertama tadi serta faham apa yang merekaperjuangkan. Cuma lemah mujahadah melawan nafsu. Didalam gigih berjuang itu, maksiat dibuat juga. Di dalam adacita-cita Islam, terlibat juga dengan dosa. Ini terserahlahkepada Allah Taala, terpulanglah kepada Allah. Dia meng-ampunkan sesiapa yang Dia kehendaki dan mengazabsesiapa yang Dia kehendaki. Atau jika kebaikan yang merekalakukan lebih banyak daripada kejahatan, maka beratlahamalan kebaikannya maka mereka tergolong dalam ashabulyamin.

3. Golongan yang berjuang secara jahil. Fardhu ain di dalamdiri pun belum selesai. Mereka berjuang semata-mata keranasemangat dan fanatik sahaja. Di dalam perjuangan merekamengganas, merosak dan menzalim sama ada di sedari atautidak. Mereka itu kalau gigih sekalipun berjuang, namunAllah SWT tidak akan menerima perjuangan mereka. Keranakerosakannya lebih banyak daripada kebaikannya. Golong-an ini agak ramai di zaman ini.

4. Umat Islam yang berjuang bukan kerana Allah dan Rasulatau bukan kerana hendak menegakkan Islam tapi berjuangkerana mahu merebut pangkat atau kerana sakit hati denganmusuh-musuhnya atau kerana kemegahan bangsa, negaraatau kerana nama atau kerana ideologi. Islam itu hanyadiselit-selitkan atau dijadikan bahan slogan untuk mempe-ngaruhi umat Islam. Golongan ini tertolak. Sama ada jadizalim, fasik atau kafir.

5. Golongan yang ingin berjuang tapi belum mula berjuangkerana wadah-wadah perjuangan yang wujud di negaranyaatau jemaah perjuangan yang ada di negaranya tidak me-yakinkan. Kerana tahu tidak ada kemampuan dan kelayak-an, mereka beribadah dan membaiki diri sambil menunggu

Page 343: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

320

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

perjuangan yang sebenar. Mereka lebih banyak menyendiri.Golongan ini memang elok menyendiri.

6. Golongan yang menghabiskan masa untuk ibadah sertamembaiki diri, sedangkan kemampuan ada. Walaupun adaperjuangan kebenaran di hadapan matanya namun merekatidak mahu menggabungkan diri. Kerana tidak mahu ber-susah payah atau tidak mahu menerima atau menanggungrisikonya. Golongan ini dimurkai Allah SWT.

7. Golongan yang uzur, sama ada uzur disebabkan sakit ataucacat anggota atau tua atau terlalu miskin, sedangkan tang-gungjawab serta ada keluarga yang hendak ditanggung.Maka mereka tidak dapat ikut serta di dalam perjuangan,hanya memberi doa semata-mata. Golongan ini dimaafkan.

8. Golongan yang memilih menghabiskan masa untuk ber-ibadah daripada berjuang di waktu musuh belum begitumengancam terhadap umat Islam dan negara Islam. Se-dangkan sudah ada golongan lain yang berjuang dan tenagaitu sudah cukup sebagai menegakkan fardhu kifayah. Makagolongan itu diharuskan untuk bersikap demikian tapi pa-halanya rendah dibandingkan dengan golongan yang ber-juang itu.

9. Golongan yang sudah tidak mempedulikan langsung terha-dap Islam. Mereka ialah Islam keturunan. Ibadah untukdirinya sahaja, tidak mahu berjuang, malah mereka tidakmahu fikir mengenainya dan hanya mahu hidup semata-mata. Memikirkan makan, minum dan seks sahaja. Islamtidak ada langsung di dalam hati mereka. Golongan ini di-sangsikan keislaman mereka.

10. Ada golongan pada mulanya menceburkan diri di dalamperjuangan. Apabila mendapat kesusahan atau tidak tahanberhadapan dengan ujian dan cabaran, akhirnya mengun-durkan diri. Yang mengundurkan diri itu, ada yang menen-tang dan ada yang tidak menentang.

11. Ada golongan yang menggabungkan dirinya di dalam

Page 344: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

321

PERJUANGAN

perjuangan setelah perjuangan itu telah menghasilkan buah-nya, ertinya setelah perjuangan memberi kesenangan. Tapiapabila berhadapan dengan ancaman atau ujian yang berat,ia akan menentang perjuangan itu dan adakalanya terusmenyebelahi musuhnya.

Page 345: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

322

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Marilah Perjuangkan Tuhan dan Kasih Sayang

Marilah kita berjuang menegakkan dunia baru

Untuk melahirkan satu bangsa baru

Dengan perjuangkan Tuhan dan kasih sayang

Kasih sayang membawa rasa bersama dan bekerjasama

Sudah lama kita menderita hidup berpecah belah

Sudah lama kita terseksa hidup bermusuh dan berbalah

Bertemu tidak percaya mempercayai

Sentiasa sahaja prejudis sesama sendiri

Tidak bertemu manusia, tidak boleh hidup sendiri

Bila bertemu, curiga-mencurigai sesama manusia

Aduh! keseorangan pun susah, bertemu orang pun susah

Begitulah jika Tuhan dan kasih sayang tidak ada di dalam hati

Marilah kita perjuangkan Tuhan dan kasih sayang

Marilah kita cintai Tuhan, sesama manusia berkasih sayang

Marilah kita rasa bersama dan bekerjasama

Kemajuan umat cepat, untungnya bersama

Kasih sayang semua suka, Tuhan keperluan bersama

Hidup aman damai, harmoni, sangat dikehendaki

Ayuh jangan lengah-lengah lagi,

perjuangkan Tuhan dan kasih sayang

Inilah dia dunia baru, bangsa baru yang cemerlang

Selepas Subuh

27 – 12 – 2002

Page 346: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

323

PERJUANGAN

Islam diturunkan oleh Allah Taala kepada Rasul-Nya, bukansemata-mata ilmu untuk ilmu. Jauh sekali hanya sekadarmental exercise, atau sebagai bahan kajian.

Islam perlu dihidupkan dengan cara diyakini, dihayati, di-amal dan dilaksanakan di dalam kehidupan. Sama ada dihidup-kan di dalam kehidupan yang lahir ini, di dalam akal atau mentalkita, lebih-lebih lagi di dalam jiwa kita.

Apabila dihidupkan Islam itu di dalam kehidupan kita, iaakan jadi meriah sekaligus sebagai syiar di mayapada ini.Dengan itu Sunnah Rasulullah SAW akan menjadi pedomanhidup dan akan kelihatan lambang-lambang kebesaran Allahitu (ayatullah) di dalam kehidupan manusia. Sama ada di dalamkehidupan peribadi mahupun di dalam kehidupan berma-syarakat, di dalam kehidupan berpendidikan, di dalam ekonomi,di dalam kebudayaan, ketenteraan, di dalam pentadbiran, didalam perhubungan dan lain-lain lagi.

CARA HIDUPKAN ISLAM AGAR IA MERIAH

Agar Islam itu hidup dan meriah, ia perlu dihidupkan atau di-bangunkan di dalam akal, di dalam jiwa dan di dalam kehidupanyang lahir ini.

HIDUPKAN ISLAMAGAR IA MERIAH

9

Page 347: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

324

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

1. Menghidupkan Islam di dalam akal ertinya kita hendaklahmenguasai ilmunya, sama ada ilmu akidah, feqah, tasawuf,akhlak, tafsir dan lain-lain lagi dengan tepat. Apabila Islamitu dapat dihidupkan di dalam akal maka:

a. Ia akan menjadi ilmu dan maklumat-maklumat yangdimiliki.

b. Ia akan menjadi panduan di dalam kehidupan yangberbagai-bagai aspek.

c. Ia akan dapat menyelesaikan berbagai-bagai masalahhidup apabila buntu.

d. Ia akan menjadi kawan secara maknawi pada seseorangitu.

e. Dari ilmu boleh mendapatkan ilmu.

f. Dengan ilmu ia akan dapat merujuk.

g. Dengan ilmu ia akan dapat mendidik orang.

h. Dengan ilmu akan dapat menguasai orang.

i. Dengan ilmu akan dapat membangunkan kemajuandunia dan Akhirat.

2. Menghidupkan Islam di dalam jiwa. Dengan berpandukanilmu Islam itu, ia dapat membangunkan sifat-sifat mahmu-dah di dalam jiwa atau hati, dengan kata-kata yang lain sifat-sifat mulia. Dengan itu akan lahirlah pada seseorang ituseperti sifat-sifat sabar, redha, tawakal, pemurah, lapangdada, pemaaf, meminta maaf, rendah diri (tawadhuk), pe-nyayang, bertimbang rasa, lemah-lembut, jujur, adil danberlaku benar.

Dengan jiwa yang hidup itu seperti yang telah kita sebutdi atas, ia sangat membantu manusia melahirkan kehidupandi dalam masyarakat yang berkasih sayang, harmoni, amandamai, bertolong bantu, adil dan lain-lain lagi. Dari sini, hi-lang ketakutan, kebimbangan, huru-hara, krisis, pergaduhandan peperangan yang sangat ditakuti oleh manusia.

Jiwa yang hidup itu memang manusia sejagat memerlu-

Page 348: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

325

PERJUANGAN

kannya kerana di sanalah rahsia rukun damai di dalamkehidupan bermasyarakat atau pergaulan. Jika jiwa tidakhidup atau dengan kata-kata lain tiada sifat-sifat batin yangmulia itu di kalangan manusia, maka akan wujudlah lawan-nya iaitu sifat-sifat mazmumah atau sifat-sifat keji sepertisombong, riyak, pemarah, gila puji dan nama, hasad, ber-dendam, bakhil, tamak, mementingkan diri dan lain-lainlagi.

Dari sifat-sifat yang keji tadi akan lahir buahnya di dalammasyarakat manusia seperti bersakit-sakit hati, berkecil-kecilhati, pergeseran, permusuhan, krisis, pergaduhan, pembu-nuhan dan seterusnya peperangan. Akibat dari itu tiadasiapa yang susah melainkan manusia itu sendiri.

Dengan ulasan ini jelaslah pada kita bahawa denganmenghidupkan jiwa, akan meriahlah di dalam kehidupanmanusia sesuatu yang positif atau akan lahirlah berbagai-bagai bentuk kebaikan yang faedahnya kembali kepadamanusia itu sendiri.

3. Menghidupkan Islam di dalam kehidupan yang lahir sepertisembahyang jemaah, berdakwah, bermesyuarat, membacaAl Quran, berzikir, menutup aurat, membanyakkan sede-kah, menolong orang susah dengan wang ringgit dan tena-ga, bertolong bantu, mengutamakan orang lain, bersimpatidengan kesusahan orang, melahirkan kegembiraan di ataskegembiraan kawan, membayar hutang orang, memberihadiah, mengajar orang yang jahil, memberi nasihat bagiorang yang buntu atau yang memerlukan nasihat, melupa-kan kesalahan kawan bahkan memaafkannya, menziarahi-nya, kunjung-mengunjung, menerima jemputan yang diha-lalkan, berniaga dengan tujuan khidmat dan menjalinkankasih sayang di antara peniaga dan pelanggan, menerimadan menghormati tetamu, menunjuk jalan bagi orang yangsesat jalan, menghormati ibu ayah, orang tua, pemimpin danguru, mengasihi kanak-kanak, bertimbang rasa kepadamanusia, bertolak ansur dan lain-lain.

Page 349: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

326

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apabila kita menghidupkan Islam di dalam kehidupan lahirhingga menjadi budaya hidup di kalangan umat Islam, akanterserlahlah syiar-syiar Islam atau ayatullah atau lambang-lambang kebesaran Allah di dalam kehidupan umat Islam. Inilahyang dimaksudkan oleh Allah Taala di dalam sepotong ayat AlQuran yang berbunyi:

Maksudnya: “Barang siapa membesarkan syiar-syiarAllah maka sesungguhnya ia daripada hati yang bertaqwa.”(Al Haj: 32)

Untuk menghidupkan Islam agar ia meriah di dalam akal,jiwa dan kehidupan lahir, ia memerlukan ilmu, mujahadah yangserius serta berterusan, pimpinan guru serta memohon selalukepada Allah Taala agar memberi hidayah dan taufik.

Tanpa ilmu dan mujahadah yang berterusan serta tanpa pim-pinan guru dan hidayah dan taufik dari Allah Taala, tidak mung-kin Islam itu dapat dimeriahkan di dalam diri dan kehidupanmanusia. Oleh itu perjuangan yang gigih dan istiqamah dengandipandu oleh ilmu yang tepat serta pimpinan guru amatdiperlukan oleh umat Islam. Tanpanya, segala-galanya akangagal, tanpanya hanya akan tinggal di dalam slogan dan saranan-saranan, tanpanya hanya tinggal angan-angan dan ucapan.

Page 350: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

327

PERJUANGAN

SAJAK

Islam Ada Berbagai Aspek

Islam ada berbagai-bagai aspek

Mendapatkan negara, menjalankan pentadbiran,

menegakkan hukum ibarat membuat pagar

dan benteng pertahanan

Ertinya membuat pagar atau benteng ada benda

dan perkara yang hendak dijaga dan dikawal

Agar benda dan perkara itu selamat

daripada dirosakkan

Biasanya yang hendak dipagar dan dibenteng

ialah kebun buah-buahan, taman bunga,

ladang tanam-tanaman dan ternakan

Ini dinamakan aspek luaran

Ia di luar diri yang hendak dipagar

Aspek yang penting di dalam Islam ialah cintakan Tuhan

dan rasa bertuhan

Hingga Tuhan benar-benar dirasakan pentadbir,

penjaga, penyelamat dan idola manusia

Aspek yang lain pula menghayati syariat-Nya

Itulah dia jalan kepada Tuhan

Dari penghayatan syariat itu lahirlah akhlak yang mulia

di dalam diri manusia

Seperti berkasih sayang, bertimbangrasa, pemurah, pemalu,

tawadhuk, sabar, redha, bekerjasama

Perikemanusiaan yang tinggi, mengutamakan orang lain,

hormat-menghormati, bertolak ansur, maaf-bermaafan

Dari akhlak yang mulia inilah wujudnya kehidupan

yang murni dan harmoni

Kehidupan itulah semua golongan manusia menginginkan

kerana ia membawa ketenangan dan kebahagiaan

Page 351: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

328

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Aspek yang dua inilah ia ibarat ladang-ladang buah-buahan,

taman-taman bunga, kebun sayuran,

biji-bijian dan ternakan

Maksudnya orang yang berjuang hendakkan negara,

menegakkan hukum dan pentadbiran

kerana hendak melindunginya

Iaitu hendak melindungi orang yang sudah cintakan Tuhan,

orang yang bersyariat dan mempunyai akhlak yang mulia

Agar dengan adanya negara, hukum dan pentadbiran

dapat menjaga ini semuanya

Tapi kalau Tuhan pun orang belum kenal, syariat belum dihayati,

akhlak yang mulia belum wujud lagi

Apa ertinya dapat negara, menegakkan hukum dan pentadbiran?

Apa yang hendak dijaga?

Macamlah kita membuat pagar, ladang buah-buahan belum ada,

taman bunga belum wujud, ladang sayuran dan makanan

pun belum ada

Kita ingin membuat pagar kerana hendak menjaga tanaman

agar tidak dirosakkan oleh musuh

Pagar itu perlu kerana tanaman telah wujud

Begitulah apabila Tuhan dicintai dan dijadikan idola,

syariat sudah dihayati, akhlak yang mulia

sudah menjadi pakaian manusia

Maka perlulah kepada negara dan menegakkan hukum

untuk menjaga manusia yang sudah bersyariat lahir dan batin

Tapi kalau Tuhan pun belum dikenali, syariat belum dihayati,

akhlak yang mulia belum wujud lagi

Bukankah lebih baik perjuangkan Tuhan lebih dahulu,

hayati syariat, tegakkan akhlak

Daripada sibuk-sibuk hendak memperjuangkan negara

dan pentadbiran lebih dahulu

Janganlah kita jadi para pejuang yang tertipu dan penipu

Akhirnya rakyat pula tertipu oleh perjuangan kita

1 Safar 1421

Page 352: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Kepimpinan

Page 353: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

330

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apabila kita memperkatakan pemimpin umat Islam, terdapatberbagai-bagai peringkat dan pemimpin di pelbagai bidangdan jurusan. Dari kalangan mereka, ada yang menjadi

pemimpin empayar, pemimpin negara, pemimpin negeri,pemimpin daerah, pemimpin mukim, pemimpin kampung,pemimpin tentera, pemimpin politik, pemimpin dakwah,pemimpin budaya dan kesenian, pemimpin pendidikan,pemimpin persuratan dan kesusasteraan, pemimpin ekonomi,pemimpin belia, pemimpin rumah tangga dan lain-lain.

Ertinya pemimpin di kalangan umat Islam itu, ada pemimpinbesar dan ada pemimpin kecil. Ada pemimpin umum, ada pe-mimpin khusus. Ada pemimpin yang terbatas, ada pemimpinyang tidak terbatas. Ada pemimpin yang di dalam dia me-mimpin, dia juga kena pimpin.

Pemimpin umum adalah seperti pemimpin empayar, pe-mimpin negara, pemimpin negeri, pemimpin daerah, pemimpinmukim, pemimpin kampung, pemimpin keluarga dan pe-mimpin jemaah.

Pemimpin khusus pula seperti pemimpin pendidikan, pe-mimpin kebudayaan dan kesenian, pemimpin ketenteraan,pemimpin persuratan dan kesusasteraan, pemimpin ekonomi,pemimpin sains dan teknologi dan lain-lain lagi.

TANGGUNGJAWAB SETIAP PEMIMPINUMAT ISLAM DI GOLONGAN MANAPUN

YANG DIA PIMPIN

1

Page 354: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

331

KEPIMPINAN

Bagi pemimpin umum, di bawah kepimpinan dan tanggung-jawabnya terdapat bermacam-macam golongan dan peringkatserta berbagai-bagai profesion.

Pemimpin khusus pula hanya satu golongan yang berada dibawah tanggungjawab dan kepimpinan mereka. Ini keranamereka memperjuangkan satu bidang atau satu profesion sahaja.Mungkin ruang lingkupnya luas. Contohnya, pemimpin ke-tenteraan. Ini sudah tentulah melibatkan seluruh negara atauempayar. Begitu juga pemimpin pendidikan, walaupun hanyasatu aspek pengkhususannya namun ruang lingkupnya luasmencakup seluruh empayar atau negara dan ramai yang beradadi bawah tanggungjawabnya. Tentu ramai orang yang hendakdipimpinnya. Setidak-tidaknya seluruh para guru dan pelajar-pelajar.

Ada juga pemimpin umum yang ruang lingkupnya tidak luaswalaupun di bawah pimpinannya berbagai-bagai lapisanmasyarakat, berbagai-bagai profesion orangnya dan berbagai-bagai bidang dan aspek yang hendak difikirkannya. Contohnyapemimpin negeri, bidang kuasanya hanyalah dalam negeri. Se-baliknya, seorang pemimpin tentera di dalam negara lebih luaslagi ruang lingkupnya. Walaupun orang di bawah pimpinan-nya satu golongan saja tapi daerah ruang lingkup kepimpinan-nya adalah seluruh negara.

Sekarang kita telah mengetahui bahawa pemimpin dan ke-pimpinan di dalam Islam itu ada berperingkat-peringkat. Adayang besar, ada yang kecil, ada yang secara umum dan ada yangsecara khusus. Jadi di sini kita akan memperkatakan apa tang-gungjawab setiap pemimpin itu.

Di dalam tulisan ini, saya tidak akan memperkatakan tang-gungjawab pemimpin Islam secara luas dan menyeluruh. Sayacuma akan memperkatakan bahawa walau di peringkat manapun pemimpin itu memimpin, namun ada dua perkara setiappemimpin Islam itu wajib bertanggungjawab kepada ahli-ahlinya atau kepada anak pimpinannya. Tiada seorang pun yangboleh mengecualikan dirinya daripada bertanggungjawab

Page 355: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

332

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

kerana mereka adalah pemimpin Islam. Islam adalah agamamereka.

Agama Islam mewajibkan kepada setiap pemimpin umatIslam bertanggungjawab terhadap agama dan akhlak orang yangdi bawah pimpinannya.

Maksudnya: “Setiap kamu adalah pemimpin dan ber-tanggungjawab atas yang dipimpinnya.” (Riwayat Bukharidan Muslim)

Setiap pemimpin akan ditanya oleh Allah Taala tentang setiaporang di bawah pimpinannya di Akhirat kelak. Tidak kira samaada mereka pemimpin besar atau pemimpin kecil, pemimpinumum atau pemimpin khusus.

Mereka tidak boleh hanya memikirkan bidangnya sahaja. Didalam ajaran Islam, masalah agama terutama di sudut fardhuain, setiap individu yang mukalaf mesti mengetahui, mengamaldan menghayatinya. Siapa yang menjadi pemimpin juga ber-tanggungjawab memastikan fardhu ain setiap anak pimpinan-nya mesti selesai kerana soal agama dan akhlak ini adalahkeperluan dan keselamatan bersama dunia Akhirat.

Tidak seperti di bidang fardhu kifayah, umpamanya di bi-dang ketenteraan, ekonomi dan pertanian. Kalau ada satu go-longan yang berkecimpung dalam bidang itu dan mencukupiuntuk keperluan masyarakat umum maka sudah memadai.Orang lain yang tidak mengambil bahagian di bidang ini terlepasdaripada dosa.

Manakala Rukun Iman yang enam dan Rukun Islam yanglima, setiap orang wajib mengetahuinya. Mengetahui halal danharam serta memiliki akhlak yang mulia iaitu sifat-sifatmahmudah seperti adil, jujur, benar, tawadhuk, pemurah, kasihsayang, sabar, redha, tawakal, bertolak ansur, lapang dada,pemaaf, meminta maaf dan amanah diwajibkan kepada setiaporang, diperlukan oleh setiap orang dan setiap golongan. Setiap

Page 356: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

333

KEPIMPINAN

orang mesti melibatkan diri. Tiada seorang terkecuali sama adadia pemimpin mahupun bukan pemimpin.

Setiap pemimpin Islam itu tidak boleh berkata, “Saya pe-mimpin di bidang ketenteraan. Saya hanya bertanggungjawabkepada anak buah saya hal yang bersangkutan dengan keten-teraan sahaja. Soal agama dan akhlak itu bukan tanggungjawabsaya.”

Pemimpin politik pula berkata, “Saya hanya pemimpin dibidang politik. Soal syariat dan akhlak itu bukan bidang saya.”

Pemimpin ekonomi pula berkata, “Demikian juga saya. Sayahanya memimpin di bidang ekonomi. Masalah agama danakhlak mereka itu bukan tanggungjawab saya.”

Begitulah setiap pemimpin itu berfikiran demikian. “Soalagama dan akhlak itu tanggungjawab ulama, ustaz, pendakwah,pemimpin dakwah. Kami hanya memikirkan bidang yangkhusus.”

Itu adalah fikiran mereka. Allah dan Rasul tidak meng-kehendaki demikian. Islam memerintahkan setiap pemimpinumat Islam sama ada dia pemimpin negara, pemimpin negeri,pemimpin ketenteraan, pemimpin politik, pemimpin ekonomi,pemimpin persuratan dan kesusasteraan, pemimpin belia danseterusnya, wajib bertanggungjawab kepada anak pimpinanmengenai agama dan akhlak mereka.

Di akhir zaman ini, di sinilah di antara kelemahan umat Islamyang mana pemimpin itu hanya bertanggungjawab di bidangnyasahaja. Terhadap urusan agama dan akhlak, mereka tidak ambilpusing. Bahkan banyak di kalangan mereka itu meringan-ringan-kannya.

Di sinilah rahsianya mengapa setiap golongan itu, di antarasatu sama lain payah hendak disatukan. Hati berjauhan walau-pun tidak bergaduh. Tali pengikat di kalangan golongan umatIslam ialah agama mereka dan akhlak Islam, tapi talinya ini telahdiputuskan. Pengikat untuk menyatukan umat Islam sudahtiada. Kalaupun ada tapi tali yang telah reput.

Page 357: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

334

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Justeru itu di sesetengah golongan atau kumpulan, lebihbanyak berlaku berbagai-bagai gejala yang negatif daripadasesetengah golongan yang lain. Dan sesetengah golongan agaklebih baik daripada kebanyakan golongan yang lain pula. Keranagolongan yang banyak menimbulkan gejala itu, mereka tidaklagi dipimpin ke arah agama dan akhlak yang mulia oleh pe-mimpin. Kalaupun ada program sekali-sekala, itu pun yang di-datangkan dari luar. Pemimpin hanya memikirkan bidangnyasahaja. Seolah-olah agama dan akhlak persoalan individu.

Padahal apa yang dikehendaki oleh Islam ialah setiap orangitu tidak kira apa kerjanya, bidang apa yang dia tahu, profesionapa yang dia miliki, namun terhadap agama dan akhlak mestisama kerana ia keperluan bersama. Agama dan akhlak sama-sama punya, tidak seorang boleh berkecuali. Ia adalah kehendakIslam itu sendiri.

Kalau setiap pemimpin, tidak kira di peringkat yang manadia berada, jika mereka mengambil berat terhadap didikanagama dan akhlak orang yang di bawah kepimpinan mereka,mendidik ke arah kedua-duanya, maka akan lahirlah di dalammasyarakat Islam ahli politik, ahli pendidikan, ahli ekonomi,ahli kesenian, ahli budaya, ahli persuratan dan kesusasteraan,ahli tentera, ahli polis, ahli dakwah, ahli jemaah, ahli sains danteknologi, ahli akademik, ahli pentadbiran dan lain-lain golong-an lagi yang taat dengan agama, berdisiplin, berakhlak tinggidan mulia.

Dengan cara itu akan dapat dilihat bahawa semua golonganumat Islam dari segi peribadinya dan individunya sama, selari,bersatu, rentak yang sama, syiar mereka sama, ketaatan danakhlak mulianya sama, walaupun mereka pakar di dalam ber-bagai-bagai bidang dan profesion yang tidak sama.

Apakah ada umat Islam berfikir bahawa ketaatan beragama,berdisiplin dan mempunyai akhlak yang mulia itu hanyadiperlukan oleh guru-guru agama, ustaz-ustaz, alim ulama, parada’i semata-mata, golongan lain tidak perlu?! Apakah sifat jujur,alim, pemurah, kasih sayang, amanah dan lain lain lagi sifat-

Page 358: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

335

KEPIMPINAN

sifat yang mulia hanya perlu untuk ahli agama, golongan yanglain tidak memerlukannya?

Apakah ada di kalangan umat Islam berfikir, jika taat kepadaagama dan berakhlak mulia akan merugikan umat Islam danmanusia seluruhnya? Apakah dengan beragama dan berakhlakmulia akan membawa kemunduran, tidak akan maju, tidak akanberjaya, akan mundur ke belakang?

Sebenarnya kepatuhan kepada agama dan berakhlak mulia,itulah menjadikan umat Islam berdisiplin. Akan memperindah-kan dan memperbaiki lagi bidang dan profesyen setiap golonganitu. Di sinilah kemuliaan dan kehormatan umat Islam. Kalauada sifat-sifat ini bukan sahaja Allah dan Rasul suka, tapi umatIslam akan dihormati oleh seluruh manusia sekalipun orangbukan Islam kerana akhlak mulia bersifat sejagat. Semua ma-nusia menerima, suka dan merasa senang dengannya.

Umat Islam di zaman salafussoleh mempunyai kepakarandan kepandaian yang berlainan di berbagai-bagai bidang ilmupengetahuan. Ada pakar tafsir, pakar Hadis, pakar feqah, pakarsejarah, pakar akidah, pakar falsafah, pakar sastera, pakar sains,pakar perubatan, pakar kaji bintang, pakar perang tapi di segiagamanya iaitu ketaatan kepada Allah dan Rasul, disiplin hidupserta akhlak mulia, mereka sama-sama terserlah, sama-samahebat, sama-sama kuat, sama-sama membangunkan syariat,syiar Islam itu sangat menonjol dan dapat dilihat di dalam semuakeperluan.

Sedangkan di bidang fardhu kifayah masing-masing mem-punyai kepakaran yang tersendiri, mempunyai profesion yangberlainan. Mengapa terjadi demikian? Kerana didikan agamadan akhlak kepada semua golongan yang mengetahui di ber-bagai-bagai bidang itu adalah sama. Sama-sama dititikberatkan.Di dalam mereka mempunyai kepakaran di bidang-bidangtertentu, di sudut yang lain mereka menjadi abid. Di sampingmempunyai ilmu yang tinggi di berbagai bidang, akhlak merekajuga begitu mulia dan tinggi yang tidak dimiliki oleh ahli ilmudi kalangan agama lain.

Page 359: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

336

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Oleh itu kalau setiap pemimpin umat Islam di seluruh duniahari ini berperanan, setiap pemimpin di setiap golongan danbidang itu berusaha dan berjuang dengan serius mendidik anak-anak pimpinannya kepada agama dan akhlak mulia, di dalammasa yang tidak lama, insya-Allah umat Islam ini akan menem-pah semula zaman kemenangan dan kegemilangan seperti dizaman silamnya.

Page 360: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

337

KEPIMPINAN

SAJAK

Sajak 1

Nilailah Perjuangan Kita

Berjuang ertinya mencari Tuhan

Berjuang bermakna mencintai Tuhan

Berjuang bererti berusaha

menjadikan Tuhan sebagai idola

Kerana itulah berkorban habis-habisan

Untuk membuktikan kecintaan

terhadap idola kita

Berkorban apa sahaja demi keredhaan-Nya

Jangan pula berjuang hingga kehilangan Tuhan

Atau makin gigih berjuang makin jauh dari Tuhan

Akibatnya berjuang tidak lagi bersama Tuhan

Apabila terjadi di dalam perjuangan

kehilangan Tuhan

Ertinya kita mengajak manusia

menjadikan diri kita idolanya

Aduh malangnya, secara tidak disedari

kita jadikan diri kita sebagai tuhan

Sekalipun kita tidak pernah mengajak manusia

menuhankan diri kita

Janganlah hendaknya terjadi

di dalam perjuangan kehilangan Tuhan

Perjuangan kita di dalam kerugian

Pergorbanan kita menjadi sia-sia

Kita akan dilaknat oleh Tuhan

Dan oleh seluruh makhluk

kecuali jin dan manusia

Nilailah semula perjuangan kita

Page 361: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

338

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Koreksi lahir dan batinnya

Sebelum terlajak jauh tersilap

agar sempat membetulkannya

Menjelang tidur

20 – 09 –1999

Sajak 2

Mencari Kebenaran adalah Wajib

Mencari kebenaran adalah wajib

Ia merupakan aset yang paling berharga

di dua negara

Di negara yang sementara waktu

dan negara yang kekal abadi

Kebenaran itu hanya satu

Tidak ada dua, tidak ada tiga dan seterusnya

Kebenaran itu hanya yang datang

dari Allah Taala yang menjadikan manusia

Kebenaran ialah kejayaan yang paling besar

lagi agung

Ia merupakan kebahagiaan di dunia

dan di Akhirat

Kebenaran itu satu jalan

yang bersifat rohani dan maknawi

Tapi buahnya dapat dilihat

di dalam kehidupan yang sangat indah

Carilah kebenaran itu, jika dapat perjuangkanlah

Kalaulah kebenaran itu di atas gunung, dakilah

Jika di dalam laut, selamlah

Sekiranya di dalam bumi, galilah

Kalau didapati di dalam hutan, terokalah

Mencari kebenaran itu amat susah dan sulit

Memperjuangkan amat pahit

Page 362: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

339

KEPIMPINAN

tapi di hujungnya manis

Di dalam perjalanannya terseksa,

tapi kesudahannya bahagia

Jika kebenaran sudah didapati

pertahankanlah bermati-matian

Dengan harta, tenaga dan jiwa

Peganglah kebenaran itu,

jangan sampai terlepas

Sekalipun panas

13 – 08 – 2001

Page 363: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

340

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

TANGGUNGJAWAB ASAS PEMIMPIN:

Satu perkara penting yang mesti diingat ialah tujuan pemimpinmendekati anak buahnya mestilah atas dua dasar, iaitu:

1. Untuk mendidikSecara langsung atau tidak, sama ada secara cakap atau si-kap. Mentarbiah ini merupakan tugas asasi para pemimpin.

2. Memerhatikan kehidupanKehidupan anak buah, soal makan minumnya, mata pen-cariannya dan keadaan rumahnya mesti diperhatikan,supaya yang kurang dapat ditampung. Misalnya, rumahanak buah yang dhaif mestilah ditampung.

Manakala dalam soal yang lain adalah perkara sampingansahaja. Pemimpin hendaklah memastikan bahawa pergaulannyadengan anak buah sampai matlamat. Matlamat itu ialah men-didik dan menjaga kebajikan hidupnya.

SYARAT-SYARAT MENJADI PEMIMPIN

1. Muslim2. Lelaki3. Akil (berakal)

SIKAP PEMIMPINTERHADAP ANAK BUAHNYA

2

Page 364: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

341

KEPIMPINAN

4. Baligh5. Baik pancaindera6. Merdeka

SIFAT-SIFAT PEMIMPIN

1. Memilik ilmuPemimpin mestilah memiliki ilmu yang cukup untuk me-mimpin. Sebaik-baiknya pemimpin mesti dari kalangan ‘minalmujtahidin’. Ini sangat dikehendaki. Kelayakan ini sangat pentingjika seseorang menjadi pemimpin umum.

2. Mengenal diriMaksudnya mengenal fizikal, akal dan hatinya sendiri.

a. Mengenal fizikal ini mudah. Yakni mengenal sama ada iamasih muda, tua, sakit atau sihat.

b. Mengenal akal pula ialah pemimpin mesti mengenal tahapIQnya sama ada baik atau sebaliknya. Sama ada fikirannyatajam, sederhana atau lemah. Dia juga mesti memahami apailmu yang banyak di kepalanya. Apakah ilmu dunia atauAkhirat. Kemudian dia mesti tahu apakah ilmu itu syumulatau tidak. Ilmu mana yang lebih, ilmu sains, ilmu feqahatau sebagainya.

c. Mengenal jiwa inilah yang sangat penting. Pemimpin mestimengenal sifat positif dan negatifnya. Apakah sifat mah-mudah yang ada dalam hatinya dan apakah sifat mazmu-mahnya pula. Ini penting supaya dia dapat mengungkaiyang mazmumah dan menyubur yang mahmudah. Bagi pe-mimpin, mengenal sifat mazmumahnya lebih penting dari-pada sifat mahmudahnya.

Ini kerana mazmumah boleh mencacatkan kepimpinan-nya. Misalnya jika dia ego atau pemarah, maka ramailahanak buah yang lari dan sakit hati. Jika dia penakut, makakuranglah anak buah yang ingin bersandar dengannya. Be-gitu juga pemimpin bakhil atau tamak, anak buah tidak akanrapat dengannya.

Page 365: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

342

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Bagi sifat mahmudahnya pula, pemimpin mesti tahu kemana hendak diarahkan dan apa yang hendak dibuatdengan mahmudahnya itu. Misalnya sabar atau berani, biladia harus berani atau sabar dan dalam perkara bagaimanadia harus berani dan sabar.

Jika pemimpin tidak kenal dirinya, bagaimana dia bolehmengenal orang lain. Kalau dia tidak mengenal dirinya,sudah pasti dia tidak dapat mendidik dirinya. Jika dia tidakdapat mendidik dirinya, maka sudah pasti pula dia tidakdapat mendidik orang lain.

Inilah punca mengapa kadangkala pemimpin diumpat,dimarah oleh anak buah. Di sini pemimpin mesti mengkajikesalahannya. Jangan melihat kesalahan kepada anak buahsahaja. Jika kita baik sudah tentu disayangi oleh anak buah.Jika tidak, tentu ada yang tidak kena pada diri kita. Sebabitu salahkan diri sendiri, jangan salahkan anak buah sahaja.

SIKAP PEMIMPIN DENGAN ANAK BUAHNYA

Anak-anak buah (pengikut) terbahagi dua:

1. Pengikut di dalam kementerian atau jabatanMereka yang berjawatan rasmi dan bergaji tidak kira apabahagian, unit, kementerian dan jabatannya. Mereka inimungkin terdiri daripada pengarah, pengurus dan pegawaiperhubungan.

2. Rakyat umumMereka yang berjawatan rasmi sama ada yang bekerjasendiri ataupun dengan pihak swasta. Bilangan mereka inilebih ramai lagi.

Sikap pemimpin terhadap orang di bawah kementerian dan ja-batannya:

1. Adakan usrah-usrah kepada mereka.Usrah ini sangat penting. Ia akan melahirkan kasih sayangdan ukhwah. Melalui usrah juga dapat disampaikan ilmu-

Page 366: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

343

KEPIMPINAN

ilmu baru. Usrah juga berfungsi untuk menyelesaikanmasalah. Kepada orang atau tenaga-tenaga yang pentingmesti kerap diadakan usrah, kerana mereka juga adalahpemimpin (di bawah mereka ada anak buah). Bagi merekayang kurang penting, jarang-jarangkan.

2. Adakan kelas-kelas pengajian kepada mereka.Ada juga di kalangan mereka yang tidak selesai fardhuainnya. Maka perlu majlis-majlis ini diadakan. Majlis fardhuain juga penting untuk melahirkan kasih sayang danperpaduan yang lebih luas kerana majlis ini selalunya lebihumum, besar dan ramai yang terlibat.

3. Sekali-sekala adakan jamuan.Jamuan makan boleh menambahkan kemesraan. Ia bolehmembuahkan kasih sayang dan memberikan kegembiraanbagi yang menjamu dan juga yang dijamu.

4. Adakan ekspedisi dan perkelahan sekali-sekala.Ini juga satu program yang penting untuk mencetuskanukhwah, kasih sayang dan meluaskan pandangan bagimengatasi kelemahan anak buah. Jangan biarkan anak buahterperap di pejabat sahaja hingga fikiran dan jiwanya kerasmacam dinding yang mengepungnya.

5. Sesetengah tindakan atau perkara hendaklah disyurakanterlebih dahulu.Ada arahan yang perlu difahami oleh anak buah. Bila adasyura dengan anak buah, mereka akan faham akan sesuatuarahan. Barulah mereka boleh melaksanakannya. Jika tidak,nanti anak buah akan kurang bertanggungjawab. Arahan-arahan dalam perkara penting dan besar yang sukar di-fahami elok disyurakan dulu, melainkan yang remeh-temeh.

6. Bermesra dengan semua orang di bawah jabatan dan ke-menterian.Fitrah semula jadi manusia yang ada kaitannya dengan hu-bungan kawan sesama kawan, dengan anak-anak, denganisteri-isteri, memang ada grafnya turun naik. Kecende-rungan hati pada sesuatu masa dan pada seseorang memang

Page 367: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

344

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

tidak dapat dielak. Tetapi yang tercetus dari segi lahiriah,mesti cuba disamaratakan.

Senyuman misalnya, kena diagih-agihkan. Begitu jugadengan kemesraan. Pada yang memang sudah disayangihati, mudahlah. Tetapi pada yang belum, maka mesti jugadiusahakan walaupun di tahap tabaqa’ (berlakon-lakon).Berlakon-lakon memberi kemesraan tidak salah, malah diga-lakkan. Misalnya, kita digalakkan buat-buat menangis bilamembaca Al Quran. Begitulah kita dalam memberi kemesra-an kepada orang yang hati belum cenderung. Tidak salahkerana kecenderungan hati kita tidak sama, seperti keluhanhati Rasulullah SAW berhubung dengan isteri-isterinya:

“Hati aku ini ya Allah, bukan dalam kuasaku. Hati iniEngkau yang punya.”

7. Lakukan ziarah.Ziarah ini penting untuk memperbaiki hati (hubungan)dengan anak buah. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Hendaklah berziarah orang yang tidak ada(jarang berjumpa). Nanti akan menambah kasih sayang.”

Sebab itu bila ada hati anak buah yang hendak retak, sudahrasa hendak menjarak (menjauh), maka segeralah menzia-rahinya. Tetapi perlu diingat, janganlah pemimpin terlalubanyak meluangkan masa untuk ziarah sehingga ada kerjayang lebih penting dan banyak tidak terbuat.

8. Lahirkan kegembiraan di atas kegembiraan mereka.Pada ketika mereka mendapat anak, kahwin atau naikpangkat, maka tunjukkan kegembiraan atas kegembiraanmereka. Berilah hadiah untuk melahirkan kegembiraan itu.Hadiah itu penting untuk menjalin hubungan hati.

9. Jangan mencari-cari kesalahan mereka.Mencari-cari kesalahan itu salah menurut syariat. Dalam AlQuran, Allah SWT mengingatkan:

Page 368: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

345

KEPIMPINAN

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, jauhilah dariberprasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka ituadalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahanorang lain.” (Al Hujurat: 12)

Justeru itu, cara mengintip, mengendap dan lain-lain se-perti yang diamalkan sesetengah pihak untuk mencegahkemungkaran tidak menyelesaikan masalah. Allah tidak ber-kati cara itu, kerana ia satu kaedah yang mungkar untukmencegah kemungkaran. Cara yang fasik untuk mencegahkefasikan, cara yang haram untuk mencegah yang haram.

Kaedah membanteras kemungkaran seperti ini akan me-rebakkan lagi kemungkaran itu seperti mencuci najis denganair najis. Najis tidak dibersihkan bahkan bertambah merebaklagi najis itu.

10. Jika mereka lakukan kesilapan, buat-buat tidak tahu kecualikalau sudah merbahaya.Elok buat tidak tahu akan kesalahan anak buah walaupunsebenarnya kita tahu dia melakukan kesalahan itu. Inikerana ada anak buah yang terseksa jika dia tahu pemimpintahu akan kesalahannya. Jadi langkah yang sebaiknya ialahjangan bertindak lagi. Elok ceritakan atau kuliahkan secaraumum dahulu, sedarkan secara umum dan doakan. Janganmemanggilnya dahulu.

11. Setelah tiga kali kesalahan dibuat barulah dinasihat secaraempat mata.Bila kesalahan yang begitu berat, yakni yang melibatkanpelanggaran syariat dan membahayakan keadaan sepertimeminum arak, mengambil dadah dan seumpamanya makaperlu ditangani secara cepat. Elok panggil empat mata tetapijangan sekali-kali menghebahkan aibnya itu. Dalam suatudoa ada menyebut:

Page 369: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

346

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Maksudnya: “Lindungi keaiban kami dan kedua ibu bapakami dan keaiban seluruh umat Muhammad.”

12. Setiap pengaduan hendaklah diteliti dan dikaji dahulu.a. Pemimpin jangan sekali-kali berdendam, beremosi, mu-

dah salah sangka dan lain-lain anggapan negatif. Tidakdapat tidak, sebagai pemimpin kita mesti menerimapengaduan.

b. Pengaduan-pengaduan itu mestilah dikaji, diteliti dandinilai dengan adil.

c. Pemimpin adalah pendidik, dia mesti dapat menilai an-tara yang mengadu dan yang diadu. Susurlah ke akar um-bi akan sesuatu pengaduan, kemudian barulah bertindak.

d. Pemimpin perlu sedar bahawa pengaduan ada hubung-an dengan jiwa anak buah. Jangan sampai merosakkanjiwa mereka dengan tindakan yang tidak adil. Misalnya:i. Jika yang mengadu itu orang yang memang kita sa-

yang, maka kita terus bertindak tanpa usul periksa.Tetapi sebaliknya jika yang mengadu, orang yang kitatidak sayang maka kita usul periksa dengan teliti.

ii. Begitu juga bagi yang kena adu. Jika yang diadu ituorang yang kita sayang, kita tidak bertindak. Tetapikalau yang diadu itu orang yang kita tidak sayang,maka dengan cepat kita bertindak.

iii. Seperkara lagi yang hendak diteliti, kadangkala yangdiadu itu merupakan kesalahan kecil sahaja berban-ding kesalahan yang dibuat oleh yang mengadu. Disudut ini hendaklah pemimpin faham bahawa ke-salahan orang yang dimenangkan kerana aduannyaditerima lebih besar jika ia bangga dan ego. Sedangkanyang kena adu kalau dia insaf, malah kalau kesalahan-nya memang kecil, tidak membahayakan dirinya.

Oleh itu pemimpin mesti faham, mana satu salah yanglebih besar, mana satu salah yang kecil. Dia juga mesti faham,

Page 370: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

347

KEPIMPINAN

kenapa dan mengapa satu kesalahan itu dibuat oleh anakbuahnya.

13. Kalau dihukum, hendaklah setimpal dengan kesalahannya.Kalau kesalahan yang dibuat itu setimpal dihukum 50,jangan sampai dihukum 100. Berpada-padalah. Keranadalam Islam, salah kerana tidak menghukum lebih ringandaripada tersalah hukum. Apalagi hukuman yang berat se-perti hukuman mati dan sebagainya lebih-lebih lagi hendak-lah diteliti.

14. Hendaklah ambil tahu di mana dia tinggal dan bagaimanatempat tinggalnya. Ini penting bagi memudahkan per-hubungan bila terjadi bencana alam dan kecemasan sepertisakit, kematian dan lain-lain. Dengan ini juga mudah dibuatziarah dan memberi bantuan. Keadaan tempat tinggalpengikut mesti diperhatikan, apakah membahayakan atauselamat. Dan jika didapati tidak mampu, mereka hendaklahdiberi bantuan. Malah kadangkala mengikut pemerhatianpemimpin, rumah anak buahnya sangat membahayakandari segi keselamatan, walaupun tidak disedari oleh tuanpunyanya.

15. Jika ada kesempatan bertemulah dengan keluarga mereka.Kita berhubung dengan anak buah bukan dalam soal kerjasahaja tetapi juga dengan keluarga mereka. Pemimpin mestiusahakan pertemuan keluarga. Misalnya, perhimpunan harikeluarga untuk merapatkan lagi tali silaturrahim. Pertemuanseperti ini penting untuk merapatkan kasih sayang dansilaturrahim.

16. Berilah hadiah waktu yang sesuai.

17. Pemimpin elok menjadi imam solat. Dan pada hari Jumaatelok menjadi khatib.

18. Di kalangan orang penting elok ziarah di rumahnya, dikalangan orang biasa elok di tempat-tempat umum.

Page 371: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

348

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Syarat Jadi Pemimpin

Kalau engkau ingin jadi pemimpin

Sanggupkah engkau menjadi ayah,

bertanggungjawab kepada mereka?

Kalau engkau suka menjadi pemimpin

Sanggupkah engkau menjadi ibu

tempat bermanja-manja?

Jika engkau hendak menjadi pemimpin

Sanggupkah engkau menjadi guru

kepada mereka?

Boleh memberi didikan dan ilmu

Jika engkau mahu menjadi pemimpin

Sanggupkah engkau menjadi kawan yang setia?

Bila-bila masa boleh memberi pertolongan

dan bantuan kepada mereka

Jika engkau ingin jadi pemimpin

Ertinya engkau sanggup jadi ayah, jadi ibu,

jadi guru, jadi kawan setia

Kalau manusia fahamlah kedudukan pemimpin

Kepimpinan tidak akan jadi rebutan

di kalangan manusia

Bahkan kalau orang memintanya pun

dia akan menolaknya

Kecuali tidak dapat dielakkan

kerana kehendak orang banyak

Sekarang kepimpinan menjadi rebutan dan buruan

Bukan ingin jadi watak-watak manusia

yang kita sebutkan

Page 372: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

349

KEPIMPINAN

Tapi di sana ada kepentingan dan keuntungan

Kerana itulah dunia hari ini huru-hara

Dikeranakan pemimpin

yang tidak bertanggungjawab

dan mementingkan diri

Oleh itulah pemimpin hari ini

dicaci-maki oleh rakyat

Menjelang tidur17 – 12 – 1999

(9 Ramadhan)

Sajak 2

Watak Pemimpin

Alangkah indahnya sebuah negara

Pemimpin-pemimpinnya laksana ayah

Di dalam bertanggungjawab kepada rakyatnya

Dia seperti ibu, sifat kasih sayangnya

Ibarat guru memberi ilmu dan tunjuk ajarnya

Dengan penuh kasih sayang

Bijaksana dan dia dahulu menghayatinya

Wibawanya tinggi, akhlaknya mulia

Adakalanya dia berwatak pemimpin

Memberi arahan-arahan kepada rakyatnya

dan menghukum dengan adil

Dengan tegas dan penuh hikmah

Tidak ada diskriminasi dilakukannya

Di waktu tertentu sebagai kawan setia

Mengutamakan kawan-kawannya dari dirinya

Memberi maaf ke atas kesalahannya

Meminta maaf kalau dia pula yang bersalah

Page 373: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

350

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apabila berlaku sifat-sifat ini pada para pemimpin

Alangkah mudah mendidik rakyatnya di dalam negara

Mereka akan taat dan setia kepada pemimpin

Pemimpin dihormati dan dimuliakan

dengan tidak berpura-pura

Rakyat bekerja dengan penuh gembira dan ceria

Untuk agama, bangsa dan negara

Mereka sanggup mati kerananya

Kedaulatan agama, bangsa dan negara terpelihara

Lahirlah masyarakat yang berkasih sayang

sesama mereka

Bertolong bantu, bekerjasama

Hidup aman, damai dan harmoni di dalam negara

Dengan pimpinan Allah Taala

yang Maha Esa lagi Berkuasa

April 2001

Page 374: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

351

KEPIMPINAN

Dalam ajaran Islam, mentaati dan menghormati pemimpinitu memang disuruh dan diperintahkan agar mudah parapemimpin itu memimpin, mendidik, mengasuh, menga-

rah dan mengajak membuat kerja-kerja di dalam sebuah negaraatau di dalam sebuah negeri atau di dalam sebuah jemaah.

Jika tidak ada ketaatan dan tidak ada hormat kepada sese-orang pemimpin itu, payahlah dia hendak menggunakan tenagapengikut untuk membangun dan membuat kemajuan.

Walaupun begitu kehendak ajaran Islam tapi bukan senangpengikut mahu taat secara lahir dan batin. Tidak semudah yangkita sangka bahawa pengikut boleh menghormati pemimpindengan sepenuh hati tanpa pura-pura atau berlakon taat di ha-dapan tapi di belakang lain pula terjadi.

Keadaan ini ada hubungkait dengan tujuan-tujuan pengikutitu mengapa mereka mentaati dan menghormati pemimpin me-reka dan juga ada hubungan dengan peribadi dan sikap pemim-pin itu. Adakah pemimpin itu mempunyai karisma dan wibawayang tinggi seperti mempunyai ilmu dan akhlak yang tinggi atausederhana sahaja atau peribadi dan akhlaknya teruk sekali.

Oleh yang demikian maka terjadi di kalangan para pengi-kutnya mentaati dan menghormati para pemimpin tidak samasatu sama lain.

PERINGKAT-PERINGKAT PENGIKUTTERHADAP SESEORANG PEMIMPIN

3

Page 375: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

352

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

PERINGKAT GOLONGAN YANG MENTAATIPEMIMPIN

Telah menjadi tabiat semula jadi manusia yang hidup di duniaini, tidak boleh terlepas daripada:

– ada mentaati, ada yang ditaati

– ada peminat, ada yang diminati

– ada pengikut, ada yang diikuti

– ada yang menyayangi, ada yang disayangi

– ada yang dipimpin, ada yang memimpin

– ada yang simpati, ada yang diberi simpati atau disimpati

– ada yang mengkagumi, ada yang dikagumi

– ada yang mencontohi, ada yang dicontohi.

Di sini saya akan menyebut beberapa golongan yang mentaatidan menghormati pemimpin-pemimpin. Golongan yang men-taati dan menghormati pemimpin terdiri daripada beberapaperingkat iaitu:

1. Golongan yang mentaati dan mematuhi kerana takut padaseseorang pemimpin lantaran kekejaman dan penzaliman-nya. Kalau tidak dipatuhi dan ditaati, takut kena hukumseperti kena penjara, kena buang daerah, kena rampas harta-nya, kena bunuh dan sebagainya.

Biasanya pemimpin seumpama ini adalah pemerintahdiktator yang kejam di dalam sesebuah negara. Orang ramaimemberi ketaatan hanya pura-pura berlakon dan bersifatnifak. Di belakang, pemimpin itu dibenci, dikata, dihina,dicerca, dimaki-hamun. Secara senyap-senyap ada orangyang berusaha menjatuhkannya. Kalau mati, seluruh rakyatgembira dan selepas itu orang akan melupakannya.

2. Golongan yang mentaati pemimpin seperti yang telahdisebut tadi, tapi bukan ditakuti kerana kekejaman sepertikena penjara dan lain-lain lagi, tapi takut tidak dapat jawatan

Page 376: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

353

KEPIMPINAN

atau tidak naik pangkat atau tidak dapat biasiswa atau tidakdapat projek atau apa-apa bantuan.

Pemimpin-pemimpin ini biasanya adalah pemimpin-pemimpin politik yang berkuasa di sesebuah negeri ataunegara. Mereka dipatuhi dan dihormati hanya secara pura-pura atau berlakon. Hati tidak pun menghormati. Di bela-kang mereka dikata dan diumpati. Pemimpin ini kalau tidakmemimpin lagi, orang pun tidak peduli akhirnya dilupakanorang.

3. Golongan yang mentaati seseorang pemimpin, mereka puntidak tahu mengapa mereka mentaati. Bukan kerana takutapa-apa dan bukan pula kerana menghormati dan menye-nangi. Kerana mereka ini, hidupnya tidak pun bersandardengan pemimpin tapi mereka melihat orang ramai patuhpada seseorang itu. Mereka pun ikut sama kerana kalau me-reka tidak berbuat demikian mereka merasa keseorangan.Kalau begitu ikut sahaja orang ramai.

4. Seseorang yang mentaati dan menghormati seseorangpemimpin itu bukan kerana pemimpin itu. Mereka pun ti-dak mengharap apa-apa dan juga tidak takut apa-apadengan pemimpin itu. Tapi mereka berbuat demikian adalahuntuk strategi.

Iaitu dengan tujuan agar orang ramai memberi keyakinankepada mereka. Agar orang ramai akan memberi keper-cayaan kepada mereka dan mereka boleh mencari pengaruhserta mudah dapat sokongan-sokongan daripada orangramai. Apa saja anjuran, orang ramai akan menyokong.Kalau menjadi calon, agar orang ramai memberi undi, me-reka pura-pura menghormati pemimpin itu. Ada kepen-tingan peribadi.

5. Ada golongan mentaati dan menghormati seseorang pe-mimpin itu bukan takut kepada pemimpin itu, tapi takutdengan orang ramai kerana orang ramai telah memberiketaatan kepada pemimpin itu.

Page 377: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

354

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Oleh itu jika mereka tidak ikut sama dengan orang ramaimenghormati pemimpin itu, takut mereka akan dibenci olehorang. Boleh jadi orang ramai akan memulaukannya. Olehyang demikian kenalah buat-buat hormat dengan pemimpinitu.

6. Seseorang yang mentaati dan menghormati seseorang pe-mimpin itu oleh kerana ilmunya iaitu ingin mendapat ilmukerana pemimpin itu mempunyai ilmu. Kerana inginkanilmunya mereka taat dan hormati. Kalau tidak, payah untukmendapatkan ilmunya. Golongan ini agak boleh tahan.

7. Seseorang yang mentaati dan menghormati pemimpinkerana tujuan ingin berkahwin dengan anak pemimpin itu.Maka mereka pun buat-buatlah baik. Tunjuk-tunjuklah taatkepadanya agar apabila mereka meminang anaknya akanditerima pinangannya. Jadi ada orang mentaati pemimpindengan tujuan hendak berkahwin dengan anaknya.

8. Orang yang benar-benar ikhlas sepenuh hati mentaati danmenghormati pemimpin kerana agama pemimpin itu. Iaitukerana ketaqwaan dan akhlak mulianya. Kerana inginmereka dipimpin kepada Allah dan Rasul-Nya. Moga-mogamereka selamat di dunia dan selamat di Akhirat. Justeru itumereka menyerah bulat seluruh jiwa raganya kepada pe-mimpin itu agar pemimpin itu dapat mendidik mereka me-nuju Allah Taala. Mereka itu orang yang benar-benar setiadengan pemimpin dan sanggup berkorban apa sahaja.

Demikianlah secara rambang pembahagian pengikut-pengi-kut atau peringkat-peringkat pengikut terhadap seseorang pe-mimpin. Di akhir zaman ini hendak mencari golongan yangkelapan itu iaitu golongan yang benar-benar ikhlas dan setiakepada pemimpin itu amat susah sekali diperolehi. Ini keranaorang ramai pun kebanyakannya telah rosak kerana kepentingandunianya yang begitu mendalam. Begitu jugalah hendak men-cari pemimpin yang bertaqwa di akhir zaman ini amat sulit sekalidan kerana itulah hendak melahirkan perpaduan dan kesatuan

Page 378: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

355

KEPIMPINAN

umat Islam bertaraf jemaah pun terlalu sulit, betapa pulalahbertaraf negara, lebih-lebih lagi bertaraf sejagat.

Kita harap moga-moga Allah akan lahirkan seorang pe-mimpin yang benar-benar berwibawa dan mempunyai karismakerana mempunyai ketaqwaan yang tinggi. Ilmu dan kepim-pinannya cukup matang hingga dia boleh ditaati dan dihormatioleh umat Islam dengan penuh ikhlas dan sepenuh hati.

Page 379: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

356

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Bukan Semua Mampu Berjuang

Bukan semua orang boleh memperjuangkan kebenaran

Tidak semua orang mampu memperjuangkan Islam

Kerana di dunia ini tidak dijanjikan apa-apa

kecuali kesusahan dan penderitaan

Lantaran itu kita lihat di dalam sepanjang sejarah

Para pejuang kebenaran bukan calang-calang orang

Orang yang yakin, siddiq, ikhlas, sabar

Dan mempunyai ilmu yang memandu

perjalanan hidup para pejuang

Orang yang setia dan telah menjual dunianya

untuk Tuhannya sahaja yang tahan

Orang yang memandang Akhirat itu besar,

dunia itu amat hina

Yang mampu berjuang bukan macam berkelah

dan piknik-piknik

Berjuang adalah berkorban

Berkorban, terkorban

Berjuang memberi tenaga, ini amat meletihkan

Berjuang berhadapan dengan ujian dan cabaran,

memerlukan kesabaran

Berjuang adakalanya terbuang,

tidak kurang juga ke penjara

Kemuncaknya mati dibunuh orang

Para pejuang bukan senang hendak setia

dengan pemimpin

Bukan mudah bersama pemimpin

di waktu susah dan senang

Page 380: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

357

KEPIMPINAN

Jangan pula apabila kena ujian besar-besaran

lari bertempiaran

Apabila di waktu tenang, pemimpin diterima

Orang datang pula kembali berjuang

Apabila di waktu disanjung orang,

kita pun macam singa garang

Apabila mendapat kesusahan lari pula

tinggalkan pemimpin keseorangan

Nanti apabila terasa kena tipu, perjuangan diterima orang

datang pula merayu-rayu ingin bersama

Ini bukan pejuang sejati dan hakiki

Pejuang yang ikhlas sanggup berjuang bersama pemimpin

Di waktu susah dan senang

Tidak mengapa waktu tertentu mengundur diri

Mengatur strategi dan menunggu peluang

Bukan lari kerana menentang

Atau bekerjasama dengan musuh-musuh kebenaran

Lepas Zuhur

25 – 09 – 1999

Sajak 2

Orang yang Tidak Kekal Dalam Perjuangan

Di dalam jemaah perjuangan Islam,

orang yang cinta dunia tidak akan kekal lama

Atau tidak akan ada ikut sama dari mula

Orang yang terlalu kuat berpegang dengan hukum logik,

payah menerima semua

Mereka selalu sahaja terkeliru oleh logik akalnya

Orang yang lemah jiwa lebih-lebih lagi

payah sampai ke hujung perjuangannya

Lebih-lebih lagi setelah mereka kena uji

Jiwa tidak tahan berhadapan dengan cabaran

Page 381: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

358

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Bahkan bila teruji selalu sahaja menyalahkan

kawan atau pemimpin

Biasanya orang yang boleh kekal

di dalam perjuangan kebenaran

Dari permulaan hingga ke destinasinya

Orang-orang yang tidak ada kepentingan dunianya

Orang yang jiwanya kuat bagaikan besi waja

Yang boleh menerima khawariqul ‘adah

tanpa logik akalnya

Orang yang tidak ada sifat kibir dan ego

Yang mudah memberi taat dan setia

Orang yang ingin membaiki diri

di dalam jemaahnya

Orang yang telah menjual dunianya

untuk Akhiratnya

Orang yang tidak merasa pandai

sekalipun memang pandai

Orang yang ingin dipimpin kepada Tuhannya

Mereka itulah yang biasanya boleh berjuang

sampai ke hujung

Berdoalah kepada Allah agar kita istiqamah

dalam perjuangan

Selepas Subuh

30 – 09 – 1998

Page 382: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

359

KEPIMPINAN

Di akhir zaman ini, di mana-mana di bumi ini, ramai ma-nusia rata-ratanya sudah tidak beriman. Bagi umat Islampula telah terlalu lemah imannya. Apabila tidak beriman

atau lemah iman, kesannya takut dengan Tuhan atau takutdengan Neraka sudah tiada atau telah terlalu lemah.

Apabila takut dengan Tuhan sudah tiada atau telah menipisdan takut dengan Neraka pun telah tercabut dari hati manusiaatau kalau ada pun sudah terlalu lemah atau nipis, di waktu ituapa lagilah yang boleh membendung dan menyekat manusiadaripada melakukan kemungkaran dan maksiat atau daripadamelakukan kesalahan dan dosa. Lebih-lebih lagi apabila manusiaitu melakukan kemungkaran dan maksiat atau melakukan ke-salahan dan dosa, mereka mendapat keuntungan di situ. Misal-nya mendapat wang dan harta yang banyak, mendapat pangkatyang tinggi atau dapat mempertahankan pangkat dan jawatanyang tinggi, dapat memiliki perempuan yang cantik, ramai pula,mendapat kenderaan yang besar lagi canggih, mendapat rumahyang tersergam gagah, besar dan indah. Sudah tentu merekalebih berani dan nekad membuat derhaka dan dosa.

Di waktu itu, berleluasalah perbuatan penzaliman dan penin-dasan, pembunuhan, penangkapan, salah guna kuasa, mengam-bil kepentingan, pembohongan, pengkhianatan, penipuan,

BILA ORANG JAHAT MENDIDIKORANG JAHAT LEBIH-LEBIH LAGI

MENDIDIK ORANG BAIK

4

Page 383: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

360

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

rasuah, pencerobohan, mungkir janji, terlibat dengan dadah,pencabulan, perogolan, perzinaan, minum arak, perjudian, per-gaulan bebas, seks bebas, lesbian, homoseksual, tidak amanah,ponteng kerja, pencurian, hasad dengki, dendam, memfitnah,mengumpat, menghina, rompakan dan berbagai-bagai bentukjenayah lagi.

Perbuatan-perbuatan yang negatif itu akan berlaku kepadasemua golongan mengikut peluang dan kesempatan yang adapada diri masing-masing. Ia tidak mengira golongan atasan atauorang bawahan, yang berkuasa atau rakyat jelata, pihak kesela-matan atau pihak yang hendak dijaga keselamatan, orang kayaatau orang miskin, pemimpin atau pengikut, guru atau pelajar,orang bandar atau orang kampung, pihak pentadbir atau pihakyang kena tadbir, pemuda atau pemudi, orang tua yang sudahbersara atau yang masih bekerja. Bahkan tidak ada golonganyang terkecuali daripada melakukan kemungkaran dan maksiatatau kesalahan dan dosa-dosa.

Dalam keadaan begini, yang mudah melakukannya, yangbanyak peluang serta mudah dapat perlindungan sudah tentulahgolongan yang ada kuasa, pihak atasan, golongan pentadbiran,pihak keselamatan, yang berjawatan tinggi dan penting. Pihak-pihak lain walaupun banyak juga peluang tapi tidak dapat me-lakukan kejahatan yang besar-besar. Di samping itu mereka jugaterdedah kepada tangkapan dan hukuman. Ertinya yang akanbanyak terhukum adalah golongan yang tiada kuasa dan rakyatjelata, yang siapalah yang akan memperlindunginya dan ia akanberlakulah di seluruh dunia.

Apabila berlaku keadaan dan situasi yang digambarkan tadi,akan terjadilah satu suasana di dalam masyarakat manusia ituseperti di bawah:

1. Guru tidak mesti lebih baik daripada pelajar-pelajarnya.

2. Majikan tidak mesti lebih baik daripada buruh-buruhnya.

3. Orang-orang tua tidak mesti lebih baik daripada orangmuda.

Page 384: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

361

KEPIMPINAN

4. Ayah atau ibu tidak mesti lebih baik daripada anak-anaknya.

5. Orang besar tidak mesti lebih baik daripada orang-orangkecil.

6. Orang-orang kaya tidak mesti lebih baik daripada orang-orang miskin.

7. Pihak pentadbir tidak mesti lebih baik daripada pihak yangkena tadbir.

8. Pihak keselamatan tidak mesti lebih baik daripada pihakyang hendak dijaga keselamatannya.

9. Orang pandai tidak mesti lebih baik daripada orang bodoh.

10. Pendidik tidak mesti lebih baik daripada orang yang hendakdididik.

11. Para ulama tidak mesti lebih baik daripada orang yang bu-kan ulama.

12. Orang yang hendak membaiki tidak mesti lebih baikdaripada orang yang hendak dibaiki.

13. Pemimpin tidak mesti lebih baik daripada pengikut.

14. Orang yang hendak memulihkan tidak mesti lebih baikdaripada orang yang hendak dipulihkan.

15. Orang yang berkuasa tidak mesti lebih baik daripada rakyatjelata.

16. Pendakwah tidak mesti lebih baik daripada orang yang kenadakwah.

17. Pemerintah tidak mesti lebih baik daripada orang yang kenaperintah.

18. Orang yang menangkap tidak mesti lebih baik daripadaorang yang kena tangkap.

Begitulah seterusnya akan berlaku kepada golongan manusiajika kita mahu senaraikan yang lebih detail dan menyeluruh.Apa yang kita senaraikan di atas adalah secara rambang danmewakili umum.

Page 385: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

362

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sekiranya berlakulah gambaran golongan manusia yangmelakukan kejahatan dan kemungkaran di zaman ini; saya rasaianya sedang berlaku di seluruh dunia; siapakah yang akanmembaiki masyarakat? Siapakah yang akan memikirkan ke-mungkaran dan kejahatan? Siapakah yang akan menumpaskanpenzaliman dan penindasan? Siapakah yang akan menjaga kese-lamatan? Siapakah yang akan menumpaskan pencerobohan?Siapakah yang akan menumpaskan penipuan? Siapakah yangakan membaiki orang-orang jahat yang berbagai-bagai golongandan bentuknya?

Sudah tentulah berlaku di waktu itu, orang jahat akan memi-kirkan orang jahat. Ini berlaku hampir menyeluruh di dunia ini.Penzaliman dan penindasan akan difikirkan oleh orang yangzalim dan menindas. Kaki tipu akan membendung golonganpenipu. Orang-orang jahatlah yang akan mendidik orang jahat.Orang yang belum pulih akidahnya akan memulihkan orangyang belum pulih. Orang yang tidak berakhlaklah yang akanberusaha membaiki akhlak orang yang tidak berakhlak. Pen-jahat-penjahatlah yang akan memikirkan orang-orang jahat.Orang jahatlah yang akan menangkap orang-orang jahat. Orangjahat yang akan menghukum orang-orang jahat.

Yang paling malang ialah orang jahat hendak mendidik orangbaik. Orang jahat yang hendak memimpin orang baik. Orangyang jahat hendak memulihkan orang yang baik. Orang yangzalim yang hendak menumpaskan orang adil. Orang yang rosakakhlak yang hendak membaiki orang yang baik akhlak. Orangyang tidak berakidah atau lemah akidah yang hendak membaikiakidah orang yang sudah baik akidahnya. Orang jahatlah kononyang hendak membaiki orang yang sudah baik. Orang jahatlahyang akan memerangi orang yang baik. Orang jahatlah yangakan menghukum orang baik.

Kalau berlakulah di bumi Tuhan ini masyarakat yang macamini, apakah yang akan terjadi? Maka akan terjadilah orang baikyang banyak teraniaya. Orang jujur akan dimusuhi, orang yangbenar akan dipersalahkan. Orang yang ikhlas dipandang serong.

Page 386: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

363

KEPIMPINAN

Orang yang jujur tidak disukai. Orang yang berkorban akanterkorban. Orang yang hendak mencari kedamaian dan ke-amanan dianggap orang yang hendak menggugat keselamatan.Orang yang hendak bersatu dianggap pemecah belah. Orangyang berakhlak mulia dimusuhi. Orang yang pemurah tidakdigemari. Orang yang memperjuangkan kebenaran dianggapperosak dan pengkhianat. Siapa yang bersih hidupnya akantersisih dan terpencil.

Di waktu itulah orang-orang jahat mendapat tempat. Orang-orang jahatlah yang akan menjadi kaya. Orang-orang jahatlahyang akan berkuasa. Orang-orang jahatlah yang akan berilmu.Orang-orang jahatlah yang akan tertonjol. Orang-orang jahatlahyang akan dimuliakan. Orang-orang jahatlah yang akan diberiorang anugerah. Orang-orang jahatlah yang akan senang. Orang-orang jahatlah yang akan disanjung. Orang-orang jahatlah yangakan mentadbir. Orang-orang jahatlah yang akan membangun.Orang-orang jahatlah yang akan menguasai dunia. Akhirnyaketurunan orang baik-baik jangka panjang menjadi jahat pulakerana terpengaruh dengan orang jahat. Kalau tidak berbuat be-gitu, tidak boleh hidup dan senang.

Page 387: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

364

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Manusia Lupa Belajar dengan Diri Sendiri

Tidak ada orang perseorangan atau golongan yang suka

dengan kecurian, penipuan, kidnap,

rompakan, pembunuhan

Tidak ada yang suka berlaku rogol, vandalisme,

mengganggu ketenteraman awam, khianat,

peras ugut dan lain-lain jenayah

Lebih-lebih yang tidak suka itu orang kaya,

yang berkuasa, korporat-korporat,

orang-orang yang mewah dan senang hidupnya

Tapi mereka lupa adakalanya mereka juga

menyumbang gejala masyarakat

yang tidak sihat yang menyusahkan

dan menakutkan

Mereka takut dengan kejadian-kejadian

yang menakutkan itu, secara sedar atau tidak sedar

mereka juga menyumbang ke arah itu

Sombong orang kaya orang membalas dendam,

mereka rompak atau membuat gangguan-gangguan

Bakhil orang kaya itulah mereka curi atau rompak

Tidak berperi kemanusiaan pihak berkuas itulah

adakalanya mereka membuat kerosakan

kerana sakit hati dan dendam kesumat

Mereka itu sudah tidak beragama

Takut dengan Tuhan sudah tidak ada,

mudah mereka membalasnya

Kalau ada orang-orang yang hidupnya mewah dan senang,

ada harta dan kuasa yang sama-sama juga

Page 388: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

365

KEPIMPINAN

tidak takutkan Tuhan apa pula mereka hendak takut

hendak membuat aniaya kepada mereka

Sebenarnya kalau kita analisa dan teliti

dengan adil dan saksama kerana kejahatan juga,

ada tindakan balas

Jenayah yang berlaku, gejala masyarakat yang negatif

terjadi buah daripada pertarungan di antara

orang kaya dengan yang tidak punya

Peperangan secara tidak sedar di antara orang susah

dengan orang yang senang, lahir jenayah

Hasil krisis moral di antara golongan atas

dengan golongan bawahan

lahir kerja-kerja tidak bermoral

Dendam secara senyap-senyap di antara rakyat biasa

dengan orang yang berkuasa dan orang yang kaya

terjadi gejala yang bahaya

Ertinya adakalanya kejahatan orang oleh kerana

kejahatan kita yang tidak disenangi orang

Kejahatan dibalas dengan kejahatan,

cuma bentuk kejahatan itu sahaja tidak sama

di antara orang susah dengan orang senang

Oleh itu kalau hendak membaiki masyarakat,

kenalah kita juga baik

Kerana kalau kita juga jahat macam mana hendak

membaiki masyarakat yang sudah jahat

Yang hendak dipulihkan jahat yang memulihkan pun jahat,

mana ada berkat

Jahat campur jahat jadilah masyarakat

bertambah jahat

Menjelang tidur

06 – 03 – 2004

Page 389: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

366

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sajak 2

Akibat Gagal Membangun Insaniah

Para pemimpin atau guru juga ibu bapa

Berbagai-bagai ilmu boleh diajarnya

Berbagai-bagai kajian boleh dibuat

Hingga boleh menyelam berbagai-bagai ilmu

Membuat berbagai-bagai kemajuan

Membangun tamadun material mengkagumkan

Tapi hendak mengenal Tuhan tidak tahu

Betapa hendak mengajar rasa bertuhan

Pemimpin ingin ditaati

Tapi pemimpin tidak tahu bagaimana rakyatnya

hendak mentaati mereka

Guru-guru ingin mereka dihormati

Tapi tidak tahu bagaimana hendak mendidik

murid-muridnya ke arah itu

Ibu bapa juga ingin anak-anaknya menghormatinya

Tapi tidak tahu hendak melakukannya

Berbagai-bagai kepakaran dimiliki oleh cerdik pandai

Mereka bingung bagaimana hendak

menjadikan studentnya menghormatinya

Kasih dan sayang kepadanya, juga mentaatinya

Padahal sama ada pemimpin, guru, ibu bapa

Semuanya suka jika mereka dihormati

Oleh rakyatnya, oleh murid-muridnya

dan oleh anak-anaknya

Di sini kita lihat para pemimpin, guru, ibu bapa

Berjaya membangunkan tamadun material dan fizikal

Tapi mereka gagal membangunkan

tamadun insaniah dan rohaniah

Oleh itu apa yang berlaku di dunia ini

Berjaya berilmu, tapi tidak berjaya

menahan pergaduhan dan peperangan

Berjaya membangun dan berkemajuan

Tapi tidak berjaya menahan daripada

Page 390: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

367

KEPIMPINAN

pengkhianatan dan penipuan

Tamadun yang tinggi dapat dibangunkan

Tapi gagal menjadi manusia berakhlak tinggi

Ramai manusia yang pandai tapi pandai pula

merompak dan menyamun

Perempuan berjaya setanding dengan laki-laki

Tapi hilang malunya, hancur maruahnya

Negara menjadi cantik, perhubungan bertambah mudah

Tapi di dalam ketakutan

Berjaya mendapat isteri atau suami

Kedua-duanya berpelajaran

tapi tidak mampu bersefahaman

Ertinya manusia gagal di dalam kejayaan

Akalnya bergeliga, kemajuan luar biasa

Tapi hati atau jiwanya mati atau buta

Kerana rasa bertuhan sudah tidak ada

Menjelang tidur

26 – 10 – 1999

Page 391: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

368

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Tidak ada orang yang suka masyarakat berpenyakit,bermasalah dan timbulnya gejala-gejala negatif. Misalnyaberlaku berbagai-bagai bentuk jenayah dan vandalisme

di dalam masyarakat seperti kecurian, rompakan, pergaduhan,penipuan, zina, rogol, tidak hormat pemimpin dan orang tua,tidak belas kasihan dengan kanak-kanak, merosak barang-barang umum, melepak, memekik-mekik dan melalak-lalak.Kerana hal seumpama ini akan merosakkan ketenteramanumum dan akan menjadikan orang ramai dan semua golonganhidup di dalam gelisah, takut, bimbang, resah dan tidak tenangsama ada ia berlaku secara langsung mahupun tidak secaralangsung.

Bila terjadi hal-hal negatif di dalam kehidupan bermasya-rakat; di sini yang hendak diperkatakan ialah masyarakat Islamseperti yang digambarkan di atas; sudah tentu ada golongan-golongan yang memikirkan bagaimana hendak mengatasimasalah. Biasanya tentulah cerdik pandai dan orang-orangpenting masyarakat yang datang hendak memikirkan masalahitu. Masyarakat umum tentu tidak tahu bagaimana hendakmengatasinya. Mereka bingung. Di dalam kebingungan dan ke-takutan itu mereka menunggu siapa yang akan bertanggung-jawab.

BAIK TIANG-TIANG SERI MASYARAKATBAIKLAH MASYARAKAT

5

Page 392: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

369

KEPIMPINAN

Bila ada golongan yang hendak mengubat penyakit masya-rakat, sudah tentulah mereka akan bermesyuarat dan berbincangmembuat cadangan. Akhirnya rumusan-rumusan yang meru-pakan cara-cara bagaimana hendak bertindak dan usaha bagai-mana hendak dilakukan diambil sebagai panduan.

Bagi saya cara-cara, mekanisme dan usaha-usaha jadi nombordua dalam menangani gejala-gejala masyarakat itu. Tapi asasutamanya untuk menyelesaikan masalah masyarakat itu iaitutiang-tiang seri atau tonggak masyarakat yang hendak bertindakitu hendaklah baik terlebih dahulu. Yang dimaksudkan dengantiang-tiang seri atau tonggak masyarakat ialah seperti ketua-ke-tua kaum, ketua-ketua masyarakat, para ulamanya, cerdik pan-dai, pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai pemerintah,terutama pegawai-pegawai tinggi, kemudian barulah ibu bapa.Mereka ini bukan saja perlu bertindak menangani masalah tetapimereka mesti menjadi contoh kepada masyarakat. Agar orangramai sayang, segan dan hormat. Agar orang ramai akan mem-beri sokongan dan kerjasama sepenuh hati dan padu. Lebih-lebihlagi mereka yang menimbulkan gejala-gejala itu akan segeramalu dan hormat. Menjadikan lidah mereka masin. Lebih-lebihlagi agar tidak jadi bahan-bahan ejekan di belakang mereka ataubahan-bahan perli.

Tiang-tiang seri atau tonggak masyarakat adalah menjadicontoh, ikutan dan suri teladan kepada umum. Kalau merekaboleh menjadi contoh, usaha mereka itu akan berkesan keranaorang ramai menghormati dan malu kepada mereka. Cakap dansaranan mereka mudah diterima. Yang lebih penting dari ituadalah pertolongan Allah SWT yang akan memberi kejayaanmelalui usaha-usaha mereka.

Oleh yang demikian, tonggak masyarakat itu hendaklahorang yang elok ibadahnya, berilmu, berakhlak seperti meren-dah diri, pemurah, kasih sayang, lemah lembut, jujur, simpati,bertolak ansur, mengutamakan orang lain dan lain-lain lagi.

Kalaulah tonggak-tonggak masyarakat ini baik, mereka akandisayangi dan dihormati. Mereka menjadi suri teladan kepada

Page 393: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

370

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

orang ramai. Usaha mereka diterima penuh. Perjuangan merekadisokong sepenuh hati. Orang ramai malu dan insaf. BantuanAllah pun datang kerana ketaqwaan mereka.

Tiang seri masyarakat itu ibarat tiang atau kayu. Orang ramaiadalah bayangan kayu, kalau tiang atau kayu itu lurus, luruslahbayangannya. Kalau tiang atau kayu itu bengkok maka beng-koklah bayangannya. Begitulah apabila teras-teras masyarakatitu baik, maka baiklah masyarakat. Orang ramai mudah mengi-kut dan meniru. Lebih-lebih lagi yang diikut itu, orang yangmereka sayang dan hormati.

Pada hari ini bagaimanalah gejala masyarakat ini hendak di-tumpaskan kalau tiang seri atau tonggak-tonggak masyarakatyang menguasai masyarakat serta ingin bertanggungjawabkepada masyarakat itu, sebahagian besarnya orang-orang yangtidak disayangi dan dihormati. Bahkan adakalanya usaha-usahamereka itu jadi bahan-bahan ejekan. Kalau tidak terang-teranganpun, berlaku di belakang mereka. Ini kerana orang ramai danpenjahat-penjahat masyarakat itu tahu keburukan yang dilaku-kan oleh tonggak-tonggak masyarakat itu. Hingga mereka tidakdisayangi dan dihormati lagi. Orang ramai tidak mahu menyo-kong sepenuh hati. Orang-orang jahat dalam masyarakat ber-tambah benci. Adakalanya mereka bertambah geram danberdendam. Mereka bertambah lagi membuat tindakan-tindakanliar dan ganas yang lebih menyusahkan lagi.

Sebagai contoh kejahatan-kejahatan orang yang menjadi tiangseri masyarakat ini, mereka mungkin tidak bersikap vandalismetapi sombong dan pemarah. Kalau mereka tidak melepak-lepak,mereka rasuah. Kalau mereka tidak mencuri tapi tamak danbakhil. Kalau mereka tidak berzina tapi mementingkan dirisendiri. Kalau mereka tidak bergaduh tapi riyak, suka glamour,ingin nama. Kalaupun orang ramai tidak tahu; kerana merekatidak melakukannya di hadapan orang ramai; tapi Allah Taalatahu. Maka di sinilah usaha-usaha mereka Allah tidak bantu.

Hari ini golongan tonggak masyarakat ramai lagi yang tidakatau belum sedar tapi ingin menyedarkan orang. Mereka kurang

Page 394: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

371

KEPIMPINAN

sangat membaiki diri tapi menyuruh orang ramai membaiki diri.Mereka mahu mengubah pengacau-pengacau masyarakat tapimereka tidak mahu merubah diri.

Lebih-lebih lagi di dalam keadaan mereka tidak berubah, me-reka mengata pula, menuduh, menuding jari dan menghinagolongan yang dianggap menimbulkan gejala masyarakat.Bukan saja orang jahat sakit hati, orang baik pun benci. Keranaorang ramai tahu, mereka juga perosak masyarakat tapi bentuk-nya saja yang tidak sama. Orang muda dengan caranya. Merekadengan cara mereka tersendiri pula. Orang ramai melakukangejala di tengah ramai secara terbuka tapi mereka melakukannyadi tempat-tempat yang tertutup, di tempat-tempat yang eks-klusif. Kalau masyarakat ramai tidak tahu tapi bolehkah laridaripada pengetahuan Allah?

Kadang-kadang mereka itulah yang membuat program untukmenangani masalah-masalah masyarakat agar masyarakatbersih daripada segala bentuk jenayah dan daripada segala ben-tuk gejala yang negatif. Bagaimanalah Allah mahu membantuusaha-usaha itu kalau Allah Taala telah murka kepada pengan-jur-penganjurnya.

Akibatnya habis masa, terkorban wang ringgit, sia-sia sajatenaga, hasilnya tiada. Gejala tetap terus berlaku. Adakalanyaia lebih teruk lagi. Oleh itu kita tidak cukup sekadar usaha saja,bantuan Allah itu amat diperlukan dan kenalah diambil kira.Jika Allah Taala tidak membantu usaha-usaha kita kerana dosa-dosa kita, sia-sia saja usaha kita. Bahkan adakalanya menam-bahkan dosa lagi serta gejala masyarakat tidak juga pulih danbersih.

Page 395: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

372

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Bila Pemimpin Hilang Wibawa

Bila pemimpin hilang wibawa,

rakyat kurang taat setia

Bila ibu bapa tidak bermaruah,

anak-anak kurang hormat

Bila orang tua tidak menjadi contoh,

kata-katanya sia-sia saja

Bila berkawan tidak setia,

hilang keyakinan kawan kita

Para pemimpin jadilah teladan

agar rakyat mudah dipimpin

Wahai ibu bapa, jagalah maruah

agar anak-anak mengikut kata

Wahai orang tua, jagalah wibawa

agar orang muda mendengar nasihat

Wahai saudara, setialah berkawan,

keyakinan orang itu aset kita

Gambarkanlah jika rakyat tidak taat

di dalam negara

Anak-anak pula tidak taat kepada ibu bapa

Anak-anak muda tidak mendengar nasihat dan kata

Manusia satu sama lain curiga-mencuriga

Bila masalah timbul di dalam masyarakat umat

Kehidupan manusia tercabar setiap detik dan masa

Ketenangan hidup yang dicari hancur dan punah

Maka carilah punca mengapa timbul masalah

Page 396: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

373

KEPIMPINAN

Setiap golongan bercakap

untuk mengatasi masalah

Diberilah pandangan

mengapa perkara negatif itu terjadi

Dikatalah sebab-sebab masalah terjadi

kerana itu dan ini

Yang sebenarnya sebab-sebab itu

ada pada diri sendiri

Mengapa perkara yang mudah,

amat sulit mengatasinya

Mengapa perkara yang dekat,

terlalu jauh kelihatan

Kerana panduan semata-mata nafsu

dan otak manusia

Agama Islam sudah tidak menjadi

panduan sejati

04 – 08 – 1995

Page 397: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

374

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Dalam kehidupan sama ada dalam kehidupan rumah-

tangga atau bermasyarakat, dalam kehidupan berne- gara dan lain-lain, tidak terlepas daripada adanya ma-

salah untuk diselesaikan. Adanya keperluan-keperluan sama adakeperluan berekonomi, berpendidikan, pembangunan dan lain-lain yang hendak dicetuskan atau tidak terlepas daripada keada-an-keadaan musuh yang ingin merosakkan yang perlu untukdibendung.

Hal-hal seumpama ini tidak akan dapat dicetuskan ataudilaksanakan sebaik-baiknya kecuali melalui mesyuarat atausyura untuk memikirkannya. Dan realiti ini tidak siapa bolehmenolak. Kerana ia berlaku dalam pengalaman hidup. Oleh yangdemikian Islam sangat menganjurkan dalam kehidupan inimengadakan syura. Melalui syura, banyak masalah dapat di-selesaikan.

Di antara nas-nas Al Quran dan Hadis yang menganjurkansyura ini seperti:

Maksudnya: “Hendaklah kamu bermesyuarat denganmereka dalam apa urusan.” (Ali Imran: 159)

Dalam ayat yang lain lagi Allah SWT berfirman:

SYURA MENURUT ISLAM

6

Page 398: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

375

KEPIMPINAN

Maksudnya: “Urusan mereka itu (orang Islam) adalahbermesyuarat sesama mereka.” (As-Syura: 38)

Dalam Hadis pula ada menyebut di antaranya:

Maksudnya: “Tidak akan menyesal selepas mesyuarat.”

APA ITU SYURA?

Erti mesyuarat ialah bertukar fikiran atau berbincang atau berun-ding dalam satu masalah sama ada krisis, ekonomi, pendidikan,kemajuan atau apa saja tindakan yang dilakukan. Paling tidakoleh dua orang atau lebih. Ia berlaku dua hala. Setiap orang yangbersyura itu mengeluarkan fikiran kemudian dipertimbangkanbersama mana pendapat yang benar atau kuat atau tepat ataulebih munasabah atau mendekati kebenaran maka ia diterimabersama.

Sama ada keputusan itu hendak jadi tindakan bersama atauuntuk jadi tindakan seseorang atau satu kumpulan. Jadi syuraitu berlaku dua hala atau lebih, bukan hanya berlaku satu pihak.Kalau satu pihak, ia bukan syura.

BAHAN ATAU PERKARA YANG DISYURAKAN

Dalam melakukan syura hendaklah kita faham bukan semuaperkara mesti disyurakan. Perkara-perkara yang tidak bolehdisyurakan, hanya terpaksa kita terima untuk tindakan ialah:

1. Hukum-hakam yang sareh atau sahih dan qati’e sepertisembahyang itu wajib, puasa wajib, meninggalkan arakwajib, menutup aurat wajib. Ini tidak boleh dibatalkan olehmesyuarat. Ini sudah keputusan Allah.

2. Satu perkara yang telah diarahkan oleh ketua sama adaketua jemaah atau negara yang jelas menurut syariat.

3. Satu keputusan yang sudah diambil dalam keluarga, jemaah

Page 399: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

376

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

atau negara hasil dari syura, yang mana ia memang bolehdisyurakan, maka anggota keluarga itu tidak boleh mem-buat syura lain untuk menolaknya. Ini berdasarkan firmanAllah:

Maksudnya: “Hendaklah kamu bermesyuarat dengan merekaitu dalam satu perkara, setelah kamu bulat menerimanya,bertawakallah pada Allah.”(Ali Imran: 159)

Keputusan tadi yang dibenarkan syariat, jangan diungkaikanlagi oleh satu mesyuarat lain. Teruslah laksanakan dan bertawa-kal kepada Allah.

Kalau begitu apakah perkara-perkara yang boleh disyurakan?Antara perkara yang boleh disyurakan ialah:

1. Perkara-perkara yang bersifat harusContoh yang harus:

a. Hendak buat jalan raya

b. Pergi musafir

c. Buat bangunan untuk pejabat atau kawalan

d. Kenderaan yang hendak dibawa masuk ke negara

e. Bajet perbelanjaan

f. Beli senjata untuk pertahanan negara

2. Perkara-perkara yang bersifat teknikalContoh teknikal:

a. Bentuk rumah

b. Bahan yang hendak digunakan

c. Tempat

d. Masa

e. Banyak sedikitnya

f. Tenaga-tenaga yang diperlukan dalam sesuatu projek

Page 400: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

377

KEPIMPINAN

ADAB-ADAB DAN SYARAT-SYARAT SYURA

Di dalam mesyuarat hendaklah diperhatikan syarat-syarat danadab-adab. Setiap orang yang terlibat mestilah dapat mengikutdisiplin agar keputusan syura itu tepat dan bersih serta diberkatioleh Allah. Di antara disiplin dan adab itu ialah:

1. Bertujuan kerana Allah atau ingin mencari kebenaran sertaingin melaksanakannya, bukan kerana kemegahan atau hobiatau riyak atau menunjuk-nunjuk kebolehan.

2. Setiap orang hendaklah hatinya merasa takut kepada Allahkerana kalau-kalau segala yang dibincangkan tidak tepatatau tidak selaras dengan kehendak Allah dan Rasul.

3. Hendaklah setiap orang memasang niat agar kebenaran itudatang daripada orang lain bukan dari dirinya sendiri agarterlepas dari sifat-sifat riyak, bermegah-megah atau ujub.

4. Bila terlihat kebenaran yang diucapkan oleh mana-manaanggota dalam majlis syura itu hendaklah penuh rendahdiri dapat menerimanya.

5. Kalau kebenaran dapat dikeluarkan dari mulutnya sendirihendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana Allah telahmemperlihatkan kebenaran kepadanya.

6. Hendaklah menghormati pandangan atau pendapat ang-gota. Kalau dia sedang bercakap, jangan memotong cakap-nya. Jika dia belum habis bercakap jangan disuruh berhenti.Kalau apa yang dikatakannya benar, ucaplah terima kasih,doakan Allah berikan keberkatan (jazakallah). Kalau salah,jangan menghina. Kalau mampu, betulkan dengan penuhkasih sayang dan mesra, dengan hujah-hujah yang bernas.Kalau kita yang salah, minta ampunlah kepada Allahdengan penuh rendah diri mahu menerima hakikat ke-salahan itu.

7. Hendaklah diakhiri majlis itu dengan membaca doa kifaratatau minta ampun pada Allah.

8. Jangan mujadalah. Jangan tinggikan suara. Kalau berbezapendapat atau menyalahi nas, hendaklah tawaquf.

Page 401: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

378

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

9. Kalau pandangan tidak dapat disatukan, maka demiperpaduan hendaklah terima pandangan ketua.

KEPADA SIAPA BERSYURA

Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini syura ertinya bertukarfikiran, berunding atau berbincang yang berlaku dua hala dalammencari satu keputusan yang jitu bagi sesuatu perkara untukdijadikan tindakan oleh orang atau golongan tertentu atau untuktindakan bersama. Kalau begitu ertinya syura bukan kepadasemua orang, tapi mesyuarat itu, ia dengan seseorang yang cer-dik (ada buah fikiran) dan sesuai dengan bidang atau kepakaranyang ada, serta seorang yang bertaqwa. Kalau hendak disenarai-kan adalah seperti berikut:

Orang yang hendak jadi partner dalam berbincang itu ialah:

1. Orang yang bertaqwa, supaya timbul keikhlasan dalamberbincang dan dalam berlaku adil.

2. Orang yang cerdik (ada buah fikiran).

3. Seorang yang sesuai dengan bidang yang hendak kita bin-cangkan itu.

4. Islam. Ini berdasarkan Hadis: “Jangan kamu bermesyuaratdengan orang kafir dalam memikirkan urusan kamu.”

Sebab orang kafir tidak tahu hak atau batil. Orang kafirjuga ada yang memusuhi Islam, jadi takut mereka memberipandangan yang beracun.

Dengan empat syarat ini barulah Allah akan restu perbin-cangan dan dapat kejayaan dalam perjuangan.

Bilangannya dua orang paling tidak. Tidak mesti rasmi-rasmi.Katalah kita memang ada hendak bincang suatu perkara, tiba-tiba berjumpa di rumah kenduri, mungkin kita ajak berjalan lalukita pun berbincang. Berbincang secara tidak formal lebih baik,lebih mesra dan hati ke hati.

Kalau tentang dasar pelajaran, bincang dengan orang yang

Page 402: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

379

KEPIMPINAN

berkaitan. Tentang agama dengan orang agama sahaja. Supayakeputusan dibuat oleh ahlinya. Supaya tidak hancur. Hadis adaberkata:

Maksudnya: “Tiada agama bagi yang tidak berakal.”

Ertinya panggil orang cerdik dalam agama. Tidak payahlahsatu dewan, kalau seorang saja yang layak, seorang itu sahajayang diajak berbincang.

Berkait dengan soal-soal dasar negara atau hukum-hakamyang tidak jelas, contohnya timbul sesuatu isu, pemimpin negarahendaklah bermesyuarat dengan ulama-ulama yang bertaqwa,ilmunya luas, dihormati umum, punya pengalaman serta penge-tahuan am atau general knowledge yang luas dengan tujuankeputusan dihormati oleh orang ramai.

Ini termasuklah keputusan syura yang telah disebut sebelumini. Kalau ketua merasa ragu dengan keputusan syura itu untukdijadikan tindakan dalam negara, bolehlah ianya dibawa kemajlis ahlul halli wal aqdi. Inilah Majlis Syuyukh atau MajlisTamfiz (meluluskan) segala tindakan. Ahli Majlis Syuyukh initidak mesti dari pemimpin rasmi, boleh dijemput dari orang-orang yang mempunyai ciri-ciri tadi.

Page 403: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

380

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Lahir Batin Hendaklah Selaras

Lahir dan batin kita biarlah sama

terhadap pegangan kita terhadap Tuhan

Janganlah satu membohongi yang lain

Janganlah akal mempercayainya,

lisan kita mengakui

tapi jiwa kita tidak menghayati

Kita yakin dengan Tuhan,

lidah kita selalu menyebut-Nya,

tapi jiwa kita tidak rasa bertuhan

Akal kita yakin Tuhan itu berkuasa

tapi kita tidak terasa

Dia menguasai kita setiap masa

Kuasa Tuhan itu hanya akal sahaja tahu,

mulut selalu berkata,

namun hati tidak terasa

Begitulah akal juga percaya Tuhan itu melihat,

lisan juga kalau ditanya dia mengiakan,

tapi hati tidak terasa dilihat

Seterusnya sifat mendengar Tuhan diterima akal,

lidah juga tidak membohonginya

namun hati tidak sedar Tuhan mendengar

Sifat mendengar Tuhan hanya diketahui

di dalam pengetahuan,

akal tidak menolaknya,

tapi hati tidak terasa

Kerana itulah kita boleh bercakap bohong

Percakapan kita selalu sahaja sia-sia

Page 404: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

381

KEPIMPINAN

yang tidak memberi apa-apa faedah

Percakapan kita selalu sahaja membohongi

pengetahuan kita

Sikap dan pengetahuan kita tidak sama

Sikap kita membohongi akal kita

Orang mukmin sejati,

akal, hati dan tindakannya sama

Ketiga-tiga anggota manusia itu selaras

Tidak membohongi satu sama lain

Jujur di luar, jujur di dalam

Apa yang nampak di luar, itulah sifat batinnya

Tidak bertentangan satu sama lain

Ciri-ciri nifak tidak wujud

Sama ada terang-terangan,

mahupun yang tersembunyi

Lahir dan batin sama-sama lurus

Tidak bercanggah satu sama lain,

yang lahir dengan yang batin

Begitulah sikap mukmin sejati

Menjelang tidur

01 – 08 – 2001

Sajak 2

Kepentingan Berdoa

Berdoalah kepada Tuhan tanda merendah diri kepada-Nya

Memintalah kepada-Nya di dalam sebarang hal

Untuk menghilangkan kesombongan dan ketakburan

Memohonlah kepada Tuhan,

itu adalah salah satu sifat kehambaan

Berdoalah kepada-Nya tanda kita hamba yang lemah

Meminta kepada Tuhan tanda kita hamba kepada-Nya

dan baik sangka

Page 405: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

382

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Memohonlah kepada Tuhan, Dia tetap mengabulkannya

sekalipun di Akhirat

Berdoa ertinya kita bermesra dengan Tuhan

Berdoa ertinya kita bermunajat dengan Tuhan

Berdoa ertinya kita bercakap-cakap dengan Tuhan

Mengadukan hal kita

Meminta itu dan ini

Bukankah itu satu keindahan dan kelazatan

Berdoa adalah satu ibadah

Bahkan ia dianggap otak ibadah

Doa adalah senjata orang mukmin

Berdoa adalah satu harapan

Berdoa termasuk perhubungan di antara hamba

dengan Khaliqnya

Orang yang tidak berdoa

ertinya dia sombong dengan Tuhan

Dia merasakan ada kuasa,

tidak perlu lagi kepada Tuhannya

Ini termasuk orang

yang telah putus rahmat dengan Tuhan

Menjelang tidur

15 – 10 – 1999

Page 406: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Kekeluargaan

Page 407: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

384

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Sebelum saya menghurai tajuk ini, saya mulakan tulisanini dengan beberapa pertanyaan lebih dahulu. Dari per-tanyaan-pertanyaan itulah setiap orang yang membaca

tulisan saya ini akan dapat memberi jawapan masing-masingdan dari jawapan masing-masing itulah bertitik tolak rahsia yangsebenarnya kebahagiaan suami isteri atau berlaku sebaliknya,sama ada bagi yang sudah berkeluarga, yang belum atau yangbakal berkeluarga, insya-Allah. Di antara pertanyaan-pertanyaanyang saya ajukan adalah seperti berikut:

1. Mengapa saudara-saudari berkahwin atau ingin berkahwin?Apa tujuan saudara-saudari berkahwin?

2. Lelaki atau perempuan bagaimana yang telah dipilih atauakan dipilih untuk menjadi suami atau isteri? Adakah:

a. Kerana kecantikannya atau rupanya. Kalau lelaki, keranatampan atau segaknya?

b. Kerana kekayaannya?

c. Kerana keturunannya?

d. Kerana agama dan akhlaknya?

PERKAHWINAN,TUJUAN DAN FALSAFAHNYA

1

DI MANA RAHSIA KEBAHAGIAANSUAMI ISTERI?

Page 408: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

385

KEKELUARGAAN

MENGAPA BERKAHWIN?

Ramai di kalangan umat Islam terutama di akhir zaman, dizaman moden dan sains teknologi canggih ini akan memberijawapan bahawa mereka berkahwin kerana ingin berseronok-seronok dan memuaskan nafsu. Kalau tidak berkahwin kita akanterasa sepi.

Baiklah, kalau kerana itulah setiap lelaki dan perempuan ituberkahwin ertinya kita akan atau telah menempuh jalan yangsalah, jalan yang menjatuhkan taraf kita sebagai manusia, jalanyang mana di awal niat berkahwin lagi kita telah membuka pintukehancuran rumah tangga sama ada kita sedar atau tidak. Ke-napa dan mengapa?

Pertama: Kita telah setarafkan diri kita sebagai haiwan. Hai-wan berkelamin tidak ada tujuan lain selain kerana melepaskannafsunya semata-mata. Tidak ada tujuan-tujuan selain seks itusahaja.

Kedua: Kalau berkahwin dengan tujuan nafsu semata-mata,ini amat merbahaya kerana sekiranya kemahuan kita sudah tidakada lagi dengan isteri kita atau suami kita disebabkan kita sakit,atau isteri kita sakit, atau setelah isteri sudah tua, atau setelahkecantikannya sudah pudar, di waktu itu tarikannya sudah tidakada lagi untuk perhubungan kelamin, mungkin kita ceraikandia atau isteri minta cerai.

Kalaupun tidak bercerai kerana memandangkan anak-anaksudah ada, tidak mahu berpisah dengan anak-anak, di waktuitu kemesraan sudah tidak ada lagi. Perhubungan suami isterisudah tentu renggang. Masing-masing mudah buat kerenah,mudah tersinggung, mudah benci, mudah marah-marah, makaberlakulah krisis rumah tangga tidak berkesudahan. Kemudiania akan memberi kesan kepada psikologi anak-anak.

Oleh itu berkahwin dengan tujuan hiburan seks semata-matatidak akan dapat membangunkan keluarga yang bahagia lebih-lebih lagi masyarakat yang bahagia.

Page 409: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

386

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

PEREMPUAN ATAU LELAKI MACAMMANA PILIHAN KITA?

Di dalam memilih jodoh sama ada lelaki atau perempuan,berlakulah pemilihan itu dalam berbagai-bagai sudut dan aspek,antaranya:

1. Ada orang memilih kerana kecantikan. Itu bagi lelaki. Kalauperempuan, mereka memilih kerana kesegakan dan tam-pannya seorang lelaki.

Kalau itulah menjadi target, ia amat merbahaya. Bahaya-nya itu kalau tidak berlaku jangka pendek, mungkin akanberlaku jangka panjangnya. Ia merbahaya bilamana sese-orang perempuan itu sudah tidak cantik lagi dan suamisudah tidak kacak. Mungkin disebabkan selalu sakit ataukerana kerja teruk atau berat hingga menghilangkan kecan-tikan atau kekacakannya. Setelah berumur sudah tentuhilang kecantikan. Di waktu itu tarikan sudah tidak ada lagiuntuk hubungan kelamin sebab berahi berkelamin sudahlemah. Lebih-lebih lagi kalau di luar atau di tempat kerjapergaulan kita bebas pula di mana rangsangan kepada pe-rempuan atau lelaki di luar lebih daripada isteri atau suamikita. Di waktu itu mudah sahaja bergaduh atau bercerai.

Kalau tidak bercerai pun, kerana anak sudah ramai ataukerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak, namun per-hubungan suami isteri sudah tidak indah lagi. Kereng-gangan dan marah-marah pun mudah berlaku. Singgung-menyinggung pun terjadi. Mudah sahaja benci-membenci.Kalau begitu di manalah indahnya berkeluarga di waktuitu dan ia juga sangat memberi tekanan psikologi kepadaanak-anak. Anak-anak akan menjadi mangsa. Mungkin me-reka menjadi liar, renggang dengan ibu bapa, benci dudukdi rumah dan suka mencari hiburan di luar rumah. Makamudahlah terjebak dan terlibat dengan dadah, rokok, arak,bohsia, bohjan, melepak, mungkin terlibat dengan zina danberbagai-bagai jenayah kerana berpunca daripada rumahtangga yang tidak bahagia dan tidak harmoni.

Page 410: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

387

KEKELUARGAAN

2. Ada orang memilih jodoh sama ada lelaki atau perempuankerana kekayaannya. Dia mungkin kaya sama ada keranagajinya besar, kerana dia dari keturunan orang kaya atausebab-sebab lain. Ini juga amat merbahaya kerana:

a. Mana tahu dengan takdir Allah Taala, si isteri atau suamiitu dibuang kerja. Boleh jadi juga kekayaan yang ada ituhabis atau dia jatuh miskin kerana berbagai-bagai sebabyang boleh berlaku. Di waktu itu sudah tentu akan ber-laku kerenggangan di antara suami isteri. Mulalah tidaksenang satu sama lain. Benci-membenci pun boleh ber-laku. Masam-masam muka pun terjadi. Pergaduhan dankrisis rumah tangga pun terjadi. Pintu perceraian pun ter-buka. Kalau tidak bercerai pun kerana tidak mahu berpi-sah dengan anak-anak atau kerana hendak menjaga statusdiri. Tapi apalah ertinya lagi rumah tangga yang sentiasabergolak dan bergelora macam air laut yang sentiasabergelombang. Yang akan lemas adalah anak-anak yangtidak berdosa, anak-anak juga akan terjadi seperti yangkita ceritakan di atas.

b. Biasanya seorang lelaki yang berkahwin dengan perem-puan kerana kekayaannya, si isteri tidak begitu hormatdengan suaminya. Ini kerana dia merasakan bahawa dia-lah yang menanggung suaminya. Atau kalau dia tidakmenanggung pun, dia merasakan boleh berdikari tanpapemberian suami. Ada suami atau tiada suamikah, diaboleh hidup sendiri kerana dia memiliki kekayaan.

Dengan sebab itu lama-kelamaan taat dan setianya ke-pada suami akan berkurangan. Bahkan kalau suami itu ber-sandar hidup dengan isteri, isteri biasanya memperhamba-kan suaminya sesuka hati. Dia arah ke sana, arah ke sini,suruh itu dan suruh ini. Dia akan kontrol suami sesuka hati(queen control). Akhirnya wibawa suami tercabar, kuasasuami sudah tiada lagi, bahkan takut kepada bini atau takutpak mentua atau takut mak mentua.

Biasanya isteri yang kaya itu selalu dibacking oleh ibu

Page 411: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

388

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dan ayahnya. Adakalanya isteri berani menengking danmengherdik suaminya. Apakah suami boleh tahan selama-lamanya hidup begini? Apakah suami sanggup dayus se-panjang masa? Apa suami boleh merasa bahagia denganhidup begini? Kalaupun tidak bercerai, saya rasa hidup ber-keluarga begini sudah tentu tidak ada makna apa-apa. Tidakada kemerdekaan. Sedangkan rasa kemerdekaan itu satunikmat dan menjadi cita-cita hidup setiap orang.

3. Ada orang berkahwin kerana keturunan seperti keturunanorang-orang yang bangsawan, umpamanya keturunan raja,keturunan Datuk-Datuk atau keturunan orang-orang besar.Kalaulah perkahwinan itu atas dasar itu sahaja yang tidakada bersangkutan dengan agamanya, ini amat merbahayalebih-lebih lagi kalau keturunan bangsawan itu adalah isteri.Di waktu-waktu berselisih faham dia akan menyebut-nye-but keturunannya dan dia akan menghina keturunan kita.Atau biasa orang berketurunan bangsawan itu kalau tidakada agama, dia sombong dengan suami, atau keluarganyamemandang rendah terhadap suami hingga suami akanterasa terhina atau inferiority complex. Di sini boleh men-cacatkan kebahagiaan dan keharmonian suami di dalamrumah tangga.

4. Berkahwin kerana agamanya. Seorang berkahwin sama adalelaki atau perempuan kerana agamanya, itulah yang tepat.Itulah yang dituntut oleh syariat.

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Dikahwini perempuan itu kerana empatperkara: Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dankerana agamanya. Tetapi ambillah perempuan yang ber-agama supaya beruntung hidupmu.” (Riwayat Bukhari danMuslim)

Page 412: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

389

KEKELUARGAAN

Ia adalah dipuji oleh Allah dan Rasul kerana berkahwindi atas dasar agama itu, sama ada dia cantik atau tidak, kayaatau miskin, bangsawan atau orang biasa, masing-masingtetap merendah diri, berakhlak mulia, suami kasih denganisteri, isteri menghormati suami, suami memberi tang-gungjawab terhadap isteri, isteri juga memberi tanggung-jawab kepada suami. Akan berlaku tolak ansur, isteri meng-utamakan suami, suami bertimbang rasa dengan isteri, adakerjasama, masing-masing berlumba-lumba hendak khid-mat-mengkhidmati satu sama lain, maaf-bermaafan, isterimemandang hormat dengan suaminya, suami sentiasa belaskasihan dengan isteri, kedua-dua keluarga dihormati, AllahTaala sentiasa dibesarkan melalui ibadah yang berbagaijenisnya. Perjalanan hidup Rasul dijadikan tradisi kehi-dupan mereka. Allah, Rasul, Syurga, Neraka, dosa, pahala,menjadi bualan. Walaupun berusaha mencari kekayaandunia namun ia dipandang kecil, bukan menjadi matlamat,bukan menjadi perbualan. Akhirnya dunia selamat, Akhiratselamat. Wujudlah kebahagiaan dan keharmonian di dalamrumah tangga.

Oleh sebab itulah daripada empat pilihan itu, iaitu kecan-tikan, harta, keturunan, agama, pilihlah kerana agamanya. Iasangat menyelamatkan dunia dan Akhirat kita. Tapi kalau bolehdapat keempat-empat sekali maka bertambah cantik dan indah-nya kehidupan berumah tangga itu. Ia bertambah ceria danberseri tapi payah hendak dicari.

MENGAPA KITA BERKAHWIN?

Bagi umat Islam yang faham Islam, yang beramal denganagamanya, menghayati dan mencintai agamanya, yang ada cita-cita hendak membangunkan agamanya secara syumul atauglobal, kemudian diperjuangkannya, perkahwinan atau mendiri-kan rumah tangga mempunyai erti yang besar. Ini kerana dari-pada peribadi muslim dan keluarga muslim itulah titik tolakatau starting point untuk memancarkan Islam ke masyarakat,

Page 413: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

390

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

ke negara dan seluruh alam sejagat. Dari sinilah kalau pilihansuami isteri itu tepat mengikut ajaran Islam, kemudian hiduplahdua sejoli atau mempelai itu secara tuntutan Islam, selepas itukalau Allah Taala takdirkan mereka mendapat cahaya mata atauanak-anak yang ramai dari dua insan yang berpadu kasih, yangmempunyai cita-cita Islam yang mendalam itu, maka sudahtentulah anak-anak itu dididik secara kehidupan yang dikehen-daki oleh Islam. Maka insya-Allah akan lahirlah satu keluargayang hidup secara Islam yang menjadi role model. Kalau suamiisteri yang lain pula mendirikan rumah tangga mempunyai cita-cita yang sama, gabungan keluarga-keluarga yang menghayatiIslam itu menjadi masyarakat yang menghayati Islam lebih besarlagi. Selepas itu sudah tentu mudah sahaja untuk menegakkanIslam dalam negara dan seterusnya Islam sejagat.

Tidaklah seperti apa yang berlaku hari ini di seluruh dunia.Bagi pejuang-pejuang Islam, amat sulit sekali untuk memper-juangkan Islam di peringkat negara, kerana individunya belumbersedia. Keluarga Islam belum bersedia. Masyarakat lebih-lebihlagilah belum bersedia. Oleh yang demikian, sudah tentu amatpayah sekali untuk diajak menegakkan Islam di peringkatnegara.

MENGAPA TERJADI DEMIKIAN?

Kesilapan itu bermula dari individu dan dari dua suami isteriyang berkahwin. Islam itu tidak menjadi matlamat merekamendirikan rumah tangga. Mereka tidak ada cita-cita Islam.Berkahwin itu sekadar hendak melepaskan tuntutan naluri,kemahuan semula jadi atau tuntutan biologi. Tidak ada pun di-hubungkait dengan cita-cita Islam itu. Oleh yang demikianapakah tujuan perkahwinan itu? Apakah sekadar melepaskannafsu?

Tujuan perkahwinan mengikut Islam yang sebenarnya adalahseperti berikut:

1. Allah Taala telah mentakdirkan bahawa lelaki ada nafsu

Page 414: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

391

KEKELUARGAAN

kepada perempuan. Perempuan juga ada nafsu denganlelaki. Hakikat ini tidak boleh ditolak. Kita tidak boleh laridaripada tuntutan semula jadi itu. Oleh itu untuk menyela-matkan keadaan maka tujuan kita berkahwin agar jangansampai kita melakukan zina yang terkutuk. Mestilah kitaberkahwin agar ia tersalur secara yang halal yang memangdibenarkan oleh Allah Taala yang Maha Pengasih.

2. Daripada perhubungan kelamin suami isteri itu, ia sebagaisebab pertemuan benih kedua jenis manusia yang akanmelahirkan zuriat, anak-anak, cucu-cucu yang ingin sangatkita jaga, asuh, didik, diberi iman dan ilmu, agar menjadihamba-hamba Allah yang berakhlak dan bertaqwa. Yangakan menyambung perjuangan Islam kita agar perjuanganIslam kita bersambung selepas kita mati. Memang setiapumat Islam yang belum rosak jiwanya sangat menginginkanagar Islam itu terus bersambung dari satu generasi ke satugenerasi.

3. Kalau begitu tujuan kita berkahwin, kita inginkan anak yangakan kita didik menjadi seorang Islam yang sejati dan anakitu adalah merupakan aset kepada kita. Anak itu sendiri pulaboleh menjadi harta dan tenaga kepada Islam.

4. Dengan perkahwinan itu, jika tujuan kita mendapat anakberjaya, dan berjaya pula dididik dengan Islam dan menjadiseorang muslim yang berguna, kemudian dia akan melahir-kan cucu yang juga berjaya dididik secara Islam dengansebaik-baiknya, berapa banyak pahala yang kita dapatsambung-menyambung. Itu adalah merupakan aset sim-panan kita di Akhirat kelak

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Apabila meninggalnya anak Adam makaterputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu doa

Page 415: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

392

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat.”(Riwayat Muslim)

5. Alangkah indahnya kalau Islam yang maha indah itu dapatmenjadi budaya hidup sebagaimana yang pernah mengisiruangan dunia ini di masa yang silam, selama tiga kurundari sejak Rasulullah SAW. Sekarang keadaan itu tinggalnostalgia sahaja. Yang tinggal pada hari ini hanya akidahdan ibadah. Itu pun tidak semua umat Islam berbuat. Kitaingin sangat keindahan Islam itu dapat diwujudkan. Didalam suasana keluarga pun jadilah, kerana hari ini, hendakbuat lebih dari itu memang amat sulit sekali. Lantaran itulahperkahwinan itu amat perlu sekali kerana hendak melahir-kan masyarakat Islam kecil. Moga-moga dari situ akantercetus masyarakat Islam yang lebih besar.

6. Seorang muslim bukan sahaja diperintah untuk mencarikeredhaan Allah Taala tetapi diperintah juga untuk meng-hiburkan hati kekasih Allah Taala iaitu Rasulullah SAW,yang mana Rasulullah SAW sangat berbangga denganramainya pengikut atau umatnya di Akhirat kelak. Makasebab itulah Rasulullah SAW menyuruh umatnya ber-kahwin.

Maksudnya: “Bernikahlah kamu supaya kamu berketu-runan dan supaya kamu menjadi ramai, kerana sesung-guhnya aku akan berbangga dengan umatku yang ramai dihari Kiamat.” (Riwayat Al Baihaqi)

Setiap umat Islam hendaknya apa yang menjadi kesukaanRasul-Nya itulah juga kesukaan mereka.

7. Kalaulah Rasulullah SAW berbangga dan bergembiradengan ramainya umat, maka kita sepatutnya juga berbang-ga dengan ramainya umat Islam di dunia ini. Maka untukmemperbanyakkannya, lantaran itulah kita berkahwin. Jadikita berkahwin itu ada bermotifkan untuk meramaikanumat Islam. Ada cita-cita Islam sejagat. Kita berkahwin ituada cita-cita besar, bukan sekadar setakat hendak melepas-kan nafsu seks seperti cita-cita kebanyakan manusia.

Page 416: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

393

KEKELUARGAAN

8. Berkahwin itu jangan sampai putus zuriat kerana kitaberbangga dapat menyambung zuriat yang menerima Islamsebagai agamanya dan dengan keturunan itulah orang kenalsiapa asal-usul kita atau mereka.

9. Tujuan-tujuan lain sebagai maksud tambahan daripada per-kahwinan bahawa setiap lelaki dan perempuan yang men-jadi pasangan suami isteri hendaklah meniatkan satu samalain hendak memberi hiburan kepada seorang hamba AllahTaala yang inginkan hiburan, kerana niat menghiburkanorang mukmin itu mendapat pahala.

Begitulah sebahagian daripada tujuan-tujuan dan maksud-maksud daripada perkahwinan di dalam Islam. Ia mempunyaicita-cita yang murni. Melahirkan cita-cita Islam, ingin mewujud-kan satu rangkaian dan elemen-elemen amalan serta suasanaIslam. Kalau ia dapat digabungkan dengan rangkaian-rangkaiandan elemen-elemen golongan yang mempunyai cita-cita dantujuan yang sama seperti yang Islam kehendaki, lama-kelamaania akan menjadi satu masyarakat Islam yang lebih besar lagi,yang syiarnya akan dapat dilihat di mana-mana sahaja di mukabumi Tuhan ini. Dunia ini akan menjadi amat meriah, ceria,gembira dan bahagia. Barulah boleh kita meyakinkan orang lainkerana keindahan Islam itu begitu terserlah.

Page 417: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

394

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Malang sekali di akhir zaman ini, kebanyakan umat Islamatau ramai sekali umat Islam yang berkahwin, sudahterlalu jauh menyimpang daripada tujuan dan maksud

asal. Berkahwin bukan lagi membawa cita-cita Islam. Berkahwintidak ada lagi dihubungkait dengan perjuangan Islam. Ber-kahwin tidak lagi mempunyai cita-cita untuk menegakkan tapakmasyarakat dan umat Islam. Berkahwin bukan lagi dengantujuan-tujuan untuk menyiapkan aset jangka panjang untuk satuperjuangan Islam yang sambung-menyambung. Selain daripadatidak membawa cita-cita Islam, perkahwinan itu sudah mem-bawa tujuan yang terlalu kecil, dengan maksud yang remeh-temeh yakni tujuan yang sama seperti haiwan berkahwin. Ber-kahwin itu dengan tujuan hendak memuaskan nafsu seks, untukberhibur dan berseronok-seronok atau kalau ada tambahannyalagi selain daripada maksud-maksud tadi, ialah berkahwinsekadar hendakkan anak. Juga kerana inginkan perlindungan,kalau dia seorang wanita. Mungkin juga kerana tidak mahu sepi.Sesetengah orang malu kalau tidak berkahwin, seolah-olah tidaklaku. Malu menjadi anak dara tua. Ada juga yang berkahwinkerana memikirkan, “Nanti kalau aku mati siapalah pula yangakan mewarisi harta aku.” Atau, “Kalau aku tidak berkahwinnanti, sakit pening siapa yang akan mengurusnya. Siapa yangakan menguruskan makan minumku.”

TUJUAN PERKAHWINANUMAT ISLAM DI AKHIR ZAMAN

2

Page 418: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

395

KEKELUARGAAN

Yang amat menyedihkan, waktu bertunang sahaja, waktuhendak menyarungkan cincin ke jari perempuan, dihantar satuangkatan dan rombongan lelaki dan perempuan dengan ber-bagai hadiah yang mewah dan mahal. Belum lagi dengan han-taran wang yang besar serta hadiah-hadiah serba satu. Apatahlagi waktu kenduri perkahwinan, adakalanya dibuat di hotellima bintang, dijemput ribuan orang. Orang kecil, orang besarsemuanya datang, memakan belanja puluhan atau ratusan riburinggit dengan program hiburan untuk memeriahkan duapengantin baru. Selepas itu disambung pula dengan berbulanmadu di tempat-tempat hiburan yang terkenal, membuang wangringgit yang banyak dan diisytihar di dalam surat khabar sertadi TV. Sedangkan tujuan perkahwinan itu terlalu kecil sepertiyang saya sebutkan tadi atau sebelum ini iaitu berkahwin dengantujuan untuk berseronok-seronok dan berhibur-hibur di antaradua jenis manusia yang memang memerlukan satu sama lain.

Oleh itu jelas sekali di awal-awal lagi cita-cita dan perjuanganumat Islam telah tersilap iaitu tersilap cita-citanya waktu seoranghinggalah waktu pertemuan dua manusia yang berlainan jenispun tersilap lagi cita-cita itu. Selepas itu kalau Allah Taala tak-dirkan dianugerahkan anak-anak, didikannya pula tersalah lagi.Tidak mendidik yang ada hubung kait dengan cita-cita Islamwalaupun keluarga itu orang Islam. Bagaimanalah hendak lahirrumah tangga atau keluarga Islam. Kalau Islam tidak dapat di-tegakkan di peringkat keluarga, sudah tentu ia tidak lahir didalam masyarakat, dalam negara, dan lebih-lebih lagi dalamalam sejagat kerana sudah tentu lebih sulit lagi untuk mene-gakkannya.

Page 419: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

396

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Menurut ajaran Islam, tidak salah berhibur asalkan halal.Lebih-lebih lagi ingin berhibur itu adalah fitrah semulajadi manusia. Islam tidak menghalang tuntutan fitrah

semula jadi.

Di antara hiburan manusia ialah pertemuan lelaki dan perem-puan atau dengan kata-kata yang lain ialah melakukan perhu-bungan perkahwinan di antara lelaki dan perempuan. Bolehbersuka-suka, bergurau senda, melakukan hubungan jenis bah-kan Islam menyuruh berbuat demikian demi membaikkan hatikedua-duanya.

Tapi perlu diingat, ia bukan matlamat hidup di dalam per-kahwinan. Ia adalah sampingan dari perkahwinan. Ia akanberlaku dan terjadi dengan sendiri sama ada kita fikirkan atautidak. Ia terikut sama di dalam menegakkan cita-cita perkah-winan.

Macamlah juga kita diperintahkan belajar dengan tujuanmenuntut ilmu sebanyak-banyaknya. Berilmu itu diwajibkankerana untuk mendapatkan kejayaan di dunia mahupun diAkhirat, mestilah dengan ilmu. Tidak ada ilmu, kejayaan di duanegara itu tidak akan dicapai. Apabila kita belajar, sudah tentukita terhibur dengan ilmu itu. Kita rasa seronok dengan maklu-mat-maklumat yang kita dapati tetapi bukanlah kita belajar itu

BUKANKAH BERKAHWIN ITUUNTUK HIBURAN?

3

Page 420: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

397

KEKELUARGAAN

dengan tujuan hiburan dan seronok. Kita belajar dengan tujuankita hendak memperolehi ilmu agar mendapat kejayaan duniaAkhirat dengan ilmu itu.

Jadi hiburan itu hanya sampingan. Ia terbawa sekali di dalammengejar matlamat itu. Tapi ia bukan menjadi matlamat di dalambelajar.

Begitulah juga perkahwinan itu. Tujuannya seperti yang telahsaya sebutkan sebelum ini, tetapi apabila kita berkahwin, me-manglah kita dapat berhibur dan berseronok sama. Kita dapatberseronok dengan isteri, isteri pun dapat berhibur dengan kita.Namun tujuan perkahwinan itu bukan untuk berhibur danberseronok. Tujuan perkahwinan kerana hendak menegakkancita-cita Islam seperti yang telah saya senaraikan sebelum ini.

Jadi berseronok itu ia terjadi dengan sendiri. Ia terikut samadi dalam menegakkan cita-cita perkahwinan. Oleh itu apabilakita mengatakan perkahwinan itu tujuannya bukan untuk ber-hibur dan berseronok, tidak pula ertinya kita tidak boleh berse-ronok di antara suami isteri. Bukan begitu. Setelah bersuamiisteri, berhiburlah, berseronoklah tapi itu bukan tujuannya. Iabukan matlamat perkahwinan.

Matlamat perkahwinan adalah lebih besar, lebih agung danlebih suci iaitu untuk menegakkan cita-cita Islam. Saya harapsaudara-saudari pembaca faham. Moga-moga tidak disalah-fahamkan.

Page 421: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

398

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apabila suami isteri itu membangunkan rumah tangga atascita-cita Islam maka sudah tentu pergaulan keduanyamengikut ajaran Islam. Bagaimana tanggungjawab suami

terhadap isteri, didikannya, makan minumnya, pakaiannya,tempat tinggalnya dan akhlaknya tentulah sesuai dengan ajaranIslam. Begitu juga layanan isteri terhadap suami, menghibur-kannya, menyambut kepulangannya, tidak memberatkan suamidan merendah diri.

Mereka akan sembahyang bersama, bekerjasama dan ber-tolong bantu. Yang salah meminta maaf manakala yang benarmemberi maaf. Kedua-dua keluarga dihormati. Suami di luartidak memandang isteri orang atau perempuan lain. Isteri dirumah menjaga maruah diri dan mengurus keperluan suami dananak-anak. Suami berpuas hati dengan isterinya dan isteri berasapuas dengan suaminya. Kalau ada masalah, mereka berunding,memikirkan dan cuba menyelesaikannya bersama.

Suami bertimbang rasa dengan isteri. Isteri pula tidak sukameminta-minta dengan suami. Bahkan berpuas hati dengan apasahaja yang diberi oleh suami. Salah isteri diberi tunjuk ajar, salahsuami dilupakan. Di waktu suami lemah semangat, isterilahyang memberi semangat. Di waktu isteri tidak faham, suamilahyang memberi faham. Suami tidak berkasar dengan isteri. Isteri

APABILA PERKAHWINAN ITUDIASASKAN ATAS CITA-CITA ISLAM

4

Page 422: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

399

KEKELUARGAAN

pula sentiasa menghormati suami. Kalau suami bercakap, isterimendengar dengan sepenuh hati. Kalau isteri bersedih, dihibur-kan oleh suami. Kejahatan masing-masing tidak pernah didedah-kan kecuali kerana ingin meminta bantuan kepada orang-orangtertentu untuk membaikinya.

Page 423: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

400

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Panduan Perkahwinan

Sesiapa berkahwin satu pintu maksiat tertutup

Iblis pula sedih melolong-lolong dan meraung

Kerana benteng zina telah menyekat membuat jahat

Kerana itulah siapa mampu berkahwinlah cepat

Rasulullah suka umatnya berkahwin cepat

Dia gembira dengan ramainya umat

Berkahwinlah dengan berpandukan syariat

Rumahtangga berkat dan mendapat rahmat

Apabila berkeluarga kenalah takutkan Tuhan

Itulah anak kunci kebahagiaan dan keharmonian

Tuhan janganlah ditinggalkan di dalam kehidupan

Dia adalah pelindung dan penyelamat

Di dalam keluarga kenalah bertolak ansur

Maaf-bermaafan, bekerjasama dan jujur

Suami bertanggungjawab isteri mendengar kata

Anak-anak taat dan hormat ibu bapa

Apabila berlaku ini semuanya di dalam keluarga

Rumahtangga laksana syurga sebelum Syurga

Kalau ternafi itu semuanya di dalam keluarga

Rumahtangga ibarat neraka sebelum Neraka

Menjelang tidur

26 – 01 – 2003

Page 424: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

401

KEKELUARGAAN

Sajak 2

Selamat Pengantin Baru

Selamat kedua pengantin baru

Selamat berhadapan dengan kehidupan yang baru

Pengantin baru akan berhadapan dengan tanggungjawab baru

Bersedialah dengan hati yang tabah dan jiwa yang jitu

Hidup suami isteri tidak selamanya gembira

Sekali-sekala berhadapan dengan ujian yang mencabar

Kalau jiwa masing-masing tidak bersedia

Kehidupan rumah tangga akan gagal

Iman perlu ada, taqwa mesti ada di dada

Di samping ilmu pengetahuan panduan hidup kita

Itulah di antara syarat-syarat berumah tangga

Kalau tidak rumah tangga kucar-kacir dibuatnya

Jadikanlah cinta Tuhan mengatasi segala-gala

Agar cinta yang lain tidak memporak-perandakan keluarga

Cinta murahan biasanya memecahbelahkan rumah tangga

Akhirnya terjadilah perceraian di antara dua jenis manusia

Oleh itu sebelum berumah tangga kenalah bersedia

Dengan ilmu, iman, taqwa di dada

Setelah melayari lautan rumah tangga

Segala persiapan sudah sedia ada

Menjelang Maghrib

26 – 01 – 2003

Sajak 3

Panduan Buat Pengantin Baru

Apabila dua mempelai diijabkabulkan

Terjadilah sudah dua suami isteri secara halal

Ia diberi nama pengantin baru

Bermulalah dua jenis manusia hidup di alam baru

Page 425: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

402

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Pengantin baru di satu segi hidup terhibur

Di sudut lain pula tanggungjawab baru muncul

Apabila ada anak tanggungjawab lebih mencabar

Rumah tangga akan hancur jika tidak bersabar

Diucapkan pengantin baru melayari kapal kehidupan

Dinasihatkan melayari kapal kehidupan

dengan bijaksana

Hiduplah di dalam suasana kasih sayang

dan bekerjasama

Agar kapal kehidupan belayar

di dalam keadaan saksama

Cintailah Allah di dalam kehidupan

Syariat Tuhan jadikan panduan

Takutilah Allah di dalam pergaulan

Ia merupakan anak kunci, kedamaian dan kebahagiaan

Jika ada masalah di dalam keluarga berbincanglah bersama

Bertolak ansurlah di dalam keluarga

Suami hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga

Isteri dan anak-anak hendaklah taat dan setia

Menjelang tidur

25 – 01 – 2003

Sajak 4

Perkahwinan Lambang Kasih Sayang

Perkahwinan adalah lambang kasih sayang

Kalau bukan cinta-mencintai

tidak akan jadi suami isteri

Rupanya asas rumah tangga adalah berpunca

dari kasih sayang

Atau dua orang laki-laki dan perempuan

akhirnya jadi suami isteri hasil cinta-mencintai

Page 426: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

403

KEKELUARGAAN

Setelah berkahwin dikurniakan cahaya mata

Makin lama berkahwin semakin ramai anak-anak

penghibur hati

Cahaya mata ertinya hiburan bagi ibu bapa

atau suami isteri

Hiburan ertinya kebahagiaan

dan penyejuk hati dua ibu bapa

Kelahiran anak-anak pun adalah lambang

kasih sayang sesama manusia

Anak-anak yang lahir

dari suami isteri secara semula jadi,

kasih sayang dengan ibu bapanya

Betapalah ibu bapanya lebih-lebih lagi

kepada anak-anaknya

Datang generasi baru hasil perkongsian hidup

juga lambang kasih sayang

Kasih sayang cinta-mencintai

di antara adik-beradik semula jadi

Lahirlah perpaduan di kalangan keluarga

hasil kasih sayang

Diikat pula satu sama lain oleh ibu bapa mereka

kepunyaan bersama

Tapi apabila mereka dewasa

perlu berumah tangga

Masing-masing membangunkan pula

rumah tangga yang tersendiri

Oleh kerana mereka masing-masing

ingin mempertahankan keluarga mereka

Dengan adik-beradik mereka mulalah renggang

sesama sendiri

Kalau dari asal adik-beradik mulanya kasih sayang

akhirnya renggang

Renggang oleh kerana kepentingan diri atau keluarga

Page 427: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

404

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Betapalah dengan orang yang tidak ada

hubungan keluarga

Lebih-lebih mudah lagilah hilang kasih sayang

sesama mereka

Apabila hilang kasih sayang di kalangan manusia

bahaya pun datang

Mudah hasad dengki, mudah prejudis,

mudah berdendam, mudah berkelahi

Akhirnya bahaya bertambah kronik dan menjadi-jadi

Berpukul-pukulan, berbunuh-bunuhan,

berperangan, kemusnahan pun terjadi

Di sini dapat difahami perpaduan

atas dasar fitrah semula jadi tidak mencukupi

Mudah renggang, mudah hilang

apabila ada kepentingan peribadi

Kerana kepentingan peribadilah manusia bergaduh,

berperang sesama sendiri

Kepentingan peribadilah yang menjadikan manusia

terseksa sesama mereka

Kasih sayang adalah amat penting

kerana ia keperluan bersama

Dari kasih sayang lahirlah perpaduan

sesama manusia

Dari perpaduan ada rasa bersama,

boleh bekerjasama hidup harmoni pun menjelma

Di sinilah kebahagiaan manusia sejagat,

keamanan dan keharmonian

Kerana kasih sayang keperluan bersama

dari sanalah datangnya bahagia

Sepatutnya setiap bangsa dan agama

perjuangkan kasih sayang di mana-mana

Rahsia kasih sayang yang teguh

dan perpaduan yang unggul perlu dicari

Page 428: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

405

KEKELUARGAAN

Perjuangkanlah Tuhan, hingga Tuhan dicintai,

dari cinta Tuhan terjadi cinta sesama manusia

Keamanan sejagat pun berlaku

hidup harmoni pun menjadi realiti

Malam

21 – 10 – 2002

Sajak 5

Akibat Bercinta Sebelum Kahwin

Nafsu sungguh jahat, syaitan amat menipu

Di akhir zaman ini ramai orang berkahwin,

berkenal-kenalan dan bercinta-cinta lebih dahulu

Sebelum berkahwin, di waktu bercinta

semuanya indah-indah belaka

Tidak ada yang susah, tidak ada masalah

Semuanya baik walaupun jelek,

sekalipun menyusahkan, tapi indah

Di masa itu kentutnya pun wangi,

peluhnya pun harum mengalahkan atar

Tapi setelah berkahwin, tidak sampai setahun,

tiga bulan sahaja, yang dahulu bukan masalah

sekarang masalah

Dahulu yang busuk berbau harum,

sekarang yang harum berbau busuk

Sekalipun atar pilihannya yang dipakai

namun baunya menyakitkan

Dahulu yang diminta perkara susah bukan masalah,

sekarang yang mudah satu kewajipan pula

dianggap masalah

Dahulu cinta itu dirasakan sampai kesudah,

rupanya sebelum separuh jalan, punah

Dahulu yang jahat pun dianggap baik,

sekarang yang baik dianggap jahat

Betapalah yang jahat,

Page 429: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

406

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

terasa berpuluh-puluh kali jahat dan menyusahkan

Perang mulut pun mula terjadi,

masing-masing menunjukkan sikap bermusuhan

Kadang-kadang tidur pun berasingan

atau tidur membelakang

Dahulu marahnya pun indah,

sekarang senyumnya pun pahit macam jadam

Masing-masing bawa diri,

izin-mengizin sudah tiada lagi

Makin bertemu perang menjadi-jadi,

makin berjumpa makin benci-membenci

Akibatnya apa sudah terjadi pada suami isteri ini?!

Kedua-duanya pergi jumpa tuk kadhi

minta cerai katanya jodoh sudah tidak ada lagi

Begitulah kesan cinta dahulu sebelum kahwin

Indahnya dan manisnya sudah habis

barulah diijabkabulkan

Selepas Tarawikh

10 – 11 – 2002

Page 430: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

407

KEKELUARGAAN

Setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga, dengantakdir Allah Taala yang Maha Berkuasa, kita mendapatpula beberapa orang anak. Bagi kedua-dua suami isteri

yang memang sudah terdidik dan terpimpin hidup secara Islamsejak awal-awal lagi yang mana budaya Islam dalam kehidupanberumah tangga memang sudah mendarah daging, maka dari-pada modal itulah kedua-duanya mendidik dan menurunkan-nya kepada anak-anak.

Anak-anak agak mudah meniru selepas ada kuliah secaralangsung atau tidak secara langsung dari ibu bapa. Tarbiah danasuhan yang diberi oleh ibu bapanya mudah diikut keranamelihat sikap ibu bapanya. Melalui akhlak ibu bapanya, ibadahibu bapanya, pergaulan ibu bapanya, bagaimana makan minum,tidur baring ibu bapanya, melihat di waktu senang dan di waktususah ibu bapanya, di waktu sakit dan sihatnya, anak-anak dapatmelihat bagaimana disiplin Islam itu berjalan, berperanan danberfungsi.

Maka anak-anak pun dengan pertolongan Allah, terdidikhidup secara Islam. Hasilnya rumah tangga atau keluarga itubertambah cantik, menarik, bertambah indah dan ceria. Ianyabertambah mesra, berkasih sayang, bahagia dan bertambah har-moni.

APABILA MENDAPAT ANAK

5

Page 431: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

408

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Di waktu bersembahyang, semua sekali bersembahyang ber-jemaah. Ayah atau suami jadi imam manakala ibu atau isteridan anak-anak menjadi makmum. Anak-anak hormat kedua ibubapanya. Waktu-waktu tertentu seperti waktu anak-anak hendakpergi ke sekolah atau balik dari sekolah dan apabila hendak pergike mana-mana, mereka akan berjumpa ibu dan ayah lebih da-hulu meminta izin serta mencium tangan keduanya, memberisalam waktu pergi dan balik.

Di rumah ada jadual waktu bekerja, waktu membaca AlQuran, membaca buku agama, membaca dan membuat kerja-kerja sekolah, waktu menolong ibu dan ayah. Ada jadual waktubermain. Di waktu-waktu hujung minggu atau cuti sekolah, adamajlis keluarga diisi dengan kuliah-kuliah, nasihat-nasihatdaripada ibu dan ayah, ada nasyid-nasyid dan perbincangansesama sendiri serta diajar doa-doa lepas sembahyang. Waktumakan, makan bersama. Diajar adab makan, minum, doa-doanyasebelum dan selepas makan minum. Siapa yang membuat salah,selepas banyak kali diberi nasihat, dilanggar juga, tidak salahmereka dihukum secara berpatutan.

Adakalanya dirotan tapak kakinya. Adakalanya disuruhmembaca pelajaran sekian-sekian jam, membaca Al Quran se-kian-sekian banyak, sembahyang sunat sekian-sekian rakaat,dilambatkan makan, atau makan tidak diberi lauk, atau waktumakan tidak diberi makan. Hukuman itu melihat keadaan apayang sesuai untuk mereka. Kalau mereka bergaduh akan di-semukakan, ditanya dan disoal serta didatangkan saksi-saksi dikalangan mereka, kemudian diberi nasihat seterusnya disuruhmaaf-bermaafan. Mungkin juga kalau munasabah, dihukumseperti yang disebut di atas.

Akhirnya mereka membesar di dalam rumah tangga terdidikdan terasuh secara Islam. Makin mereka membesar, makin mesradan sebati dengan akhlak dan tingkah laku Islam. Kalausekiranya Allah takdirkan mereka tidak cemerlang pun di dalampelajaran mereka, tapi mereka ada iman, ada akhlak, ada syariat,hormat ibu bapa, hormat orang tua, hidup bekerjasama, boleh

Page 432: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

409

KEKELUARGAAN

beribadah dan melaksanakan lain-lain lagi tuntutan Islam. Lebih-lebih lagi jika cemerlang di bidang pelajaran.

Sejuk hati ibu dan ayah melihatnya. Tenang rumah tangga.Kalau ada pun krisis berlaku, ianya terlalu sedikit, mudah di-bendung dan diselesaikan. Hidup mereka berdisiplin, tidakmembuang-buang masa dan gejala tidak sihat payah mempe-ngaruhi mereka.

Itulah dia ibu dan ayah mithali yang berjaya mendidik anak-anak secara Al Quran dan Sunnah serta berjaya menyediakantapak kepada masyarakat Islam.

Page 433: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

410

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apabila pasangan yang mendirikan rumah tangga ada cita-cita Islam, perkataan-perkataan yang selalu dikeluarkanuntuk perbualan selain daripada berbual-bual untuk meng-

hiburkan satu sama lain, untuk mendatangkan ghairah satu samalain, untuk rangsang-merangsang agar kasih sayang bertambah,sudah tentulah membualkan, membincangkan, bertukar fikirantentang:

– Iman.

– Bagaimana Islam itu lebih dapat diamalkan di dalam dirimahupun keluarga.

– Bagaimana hendak mendidik anak-anak secara Islam yanglebih berkesan lagi.

– Bagaimana hendak memajukan pelajaran anak-anak.

– Bagaimana hendak melakukan agar anak-anak itu lebihhalus akhlak mereka.

– Bagaimana mereka mentaati Allah, Rasul dan dua ibu bapa.

– Bagaimana hendak melahirkan kasih sayang dan perpaduandi kalangan anak-anak.

– Bagaimana anak-anak jangan terjebak dengan gejala-gejalatidak sihat.

– Bagaimana hendak menghadapi anak-anak yang nakal.

PERBUALAN SUAMI ISTERIYANG ADA CITA-CITA ISLAM

6

Page 434: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

411

KEKELUARGAAN

– Bagaimana agar mereka pandai bergaul dengan jiran,dengan kawan-kawan sekolahnya dan dengan orang ramai.

– Bagaimana hendak dibuat lagi agar mereka bertambah cintadengan Allah, Rasul-Nya, ibu bapanya dan agamanya.

– Bagaimana hendak melatih agar anak-anak suka berkhidmatkepada orang terutama kepada ibu bapa dan keluarga.

– Bagaimana hendak menghiburkan mereka secara halal agarmereka tidak tension.

– Bagaimana hendak melatih anak-anak agar pandai mengu-rus rumah tangga, memasak, menjahit.

– Selain itu membual-bualkan dan mengulas isu semasa, khu-susnya yang berlaku di tanah air sendiri terutama yang adahubungkait dengan Islam, dengan umat Islam, mengenaiagama mereka, akhlak mereka, perpaduan mereka dankehidupan mereka.

– Kalau berlaku kemungkaran dan maksiat di masyarakat,mereka kedua juga akan membincangkan sama bagaimanahendak mengatasinya.

Beginilah di antara contoh-contoh perbualan keluarga yangada cita-cita Islam. Mereka tidak akan bercerita, berbual-bual,berbincang yang sia-sia, yang tiada faedah, membawa tamakdengan dunia, yang membawa hati lalai atau boleh menda-tangkan permusuhan di antara suami isteri, yang membawa nilaidunia, lupa Allah Taala, lupa Rasul, lupa agama, lupa Akhirat,lupa membaiki diri dan lupa bertaubat.

Page 435: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

412

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Secara umum, bagi suami isteri yang tidak ada cita-citaIslam, di waktu ada masa terluang, mungkin menjelangtidur, waktu rehat-rehat, selepas balik daripada kerja atau

di waktu-waktu cuti, perbualan mereka biasa berkisar sekitar:

– Makan minum, pakaian, keperluan rumah, melancong, duit,perabot, dan hal-hal mengenai dunia semata-mata.

– Menceritakan hal ehwal jiran-jiran, keluarga, masa depan,masa selepas pencen dan bila hendak naik pangkat.

– Cerita-cerita mengenai kerja di pejabat atau di sekolah ter-lalu banyak, tentang bos pejabat terlalu cerewet, guru besarsuka menyinga, mengumpat dan mengata orang-orangtertentu yang mereka benci atau iri hati. Di celah-celah itumereka bertekak, kata-mengata, tuduh-menuduh, berte-gang-tegang urat di antara suami isteri. Masalahnya ialahcemburu dengan suami, suami tidak beli itu, tidak mahubeli ini, tidak tunai janji, tidak mahu bagi duit atau kedekutsangat. Suami pula tidak senang kerana isteri suka berleter,lebih suka tunjuk kasih kepada ibu dan ayah daripadasuami, berkasar dengan anak-anak, masak tidak sedap, diluar bersolek, di rumah tidak mahu bersolek.

Itulah di antara perbualan-perbualan, perbincangan-perbin-

PERBUALAN BIASA SUAMI ISTERIYANG TIDAK ADA CITA-CITA ISLAM

7

Page 436: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

413

KEKELUARGAAN

cangan yang biasa dilakukan oleh suami isteri yang tidak adacita-cita Islam. Cerita iman, cerita Islam, cerita ibadah, ceritaakhlak, cerita Akhirat, cerita Tuhan, cerita dosa pahala, ceritabertaubat, cerita sembahyang, cerita bagaimana hendak men-didik anak-anak secara Islam dan cerita susah tentang gejalamasyarakat yang tidak sihat, tidak ada di dalam kamus hidupmereka. Mereka tidak minat hendak bercakap tentang ini semua.

Oleh itu manalah hendak timbul kasih sayang di antara suamiisteri. Manalah hendak dapat ketenangan jiwa. Manalah anak-anak hendak taat dan hormat kepada ibu bapa. Manalah suamitidak jemu dan isteri tidak merajuk selalu.

Tidak hairanlah mengapa anak-anak terlibat dengan gejala-gejala tidak sihat, perhubungan renggang dan lari dari rumah.Bagaimanalah hendak mendapat kebahagiaan dan keharmonianrumah tangga.

Akhirnya berkahwin yang asalnya dengan tujuan hendakberhibur, tidak terhibur lagi. Hendak berseronok-seronok hanyawaktu mula-mula berkahwin sahaja. Tidak sampai ke hujung.Akhirnya membawa kepada perceraian. Kalaupun tidak berceraikerana takut berpisah dengan anak-anak, namun kehidupansuami isteri tidak ada apa-apa erti lagi. Kasih sayang sudah tiada,hormat-menghormati tidak wujud, bertolong bantu secara ter-paksa, bermasam-masam muka selalu dan mudah sahaja ber-tengkar. Anak-anak menjadi bingung, anak-anak benci dudukdi rumah lalu mulalah liar. Tidak seronok di rumah. Suka keluarrumah untuk menenangkan fikiran. Akhirnya terlibat dengandadah, rokok, bohsia, bohjan, budaya lepak, mungkin zina danlain-lain perkara yang tidak sihat.

Page 437: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

414

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kalau di dalam sebuah keluarga, ada suami, ada isteri, suamisebagai ayah, isteri sebagai ibu, ada anak-anak, merekaadalah darah daging daripada hasil perkongsian hidup dua

suami isteri atau daripada ibu dan ayah, mengikut fitrah semulajadi, biasanya hati mereka dekat antara satu sama lain. Hatiterikat di antara satu sama lain. Ada pautan, lebih-lebih antaraanak dengan ayah dan ibu, sampai bila-bila pun, walau bagai-mana keadaan pun tidak akan terputus hubungan rahim sertahubungan darah daging kerana mereka adalah sebahagian dari-pada ibunya dan sebahagian daripada ayahnya.

Jika dalam rumah tangga itu tidak dapat menegakkan syurga,tidak wujud kasih sayang, tidak ada perpaduan, tidak adakerjasama, tidak ada hormat-menghormati satu sama lain, suamiatau ayah boring di rumah, isteri seronok hendak balik kampung,tanda hubungan dengan suami telah renggang. Anak-anak pulalebih suka di luar rumah, melalak-lalak tidak ada tujuan, balikmalam-malam kerana jemu melihat hubungan ibu dan ayahnyasudah tidak terjalin lagi. Walhasil masing-masing duduk di ru-mah keluh-kesah, tidak terhibur dan masing-masing membisu.Kalau bercakap pun ada yang kena sindir. Seolah-olah tidak adahubungan antara satu sama lain.

Kalau begitu keadaannya dalam rumah tangga, apakah yangboleh membangunkan syurga di dalam masyarakat yang lebih

KALAU RUMAH TANGGATIDAK DAPAT MENEGAKKAN SYURGA

8

Page 438: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

415

KEKELUARGAAN

luas lagi, yang mana anggota-anggotanya selain telah ramai danluas daerahnya, tidak ada hubungan darah, sekadar kenalansahaja, bahkan ramai yang tidak kita kenal lagi? Jawapannyalebih lagi tidak mungkin bahkan hampir mustahil untuk me-wujudkan syurga.

Itulah dia kesan dan risikonya apabila dua individu muslimitu berkahwin bukan atas landasan cita-cita Islam. Cita-citanyasekadar untuk melepaskan tuntutan fitrah atau kemahuanbiologi. Tidak lebih dari itu. Atau sekadar inginkan berhiburkerana lelaki dan perempuan itu memang perlu-memerlukandan ada tarikan antara satu sama lain. Akhirnya, hiburan yangdiharapkan dari satu sama lain pun tidak sampai ke hujung.Selepas itu terasa rumah tangga adalah neraka.

Page 439: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

416

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Memanglah setiap orang yang ingin mendirikan rumahtangga, mengharapkan rumah tangga menjadi syurga.Jika ianya terjadi di dalam realiti hidupnya, lahir di dalam

kenyataan yang selama ini hanya di dalam angan-angan atau didalam harapan semata-mata, sudah tentulah indahnya hidupdan kehidupan itu dirasakannya.

Rasa senang, tenang, bahagia dan harmoni, meskipun didalam keadaan miskin. Kalau bukan kerana ada kewajipan laindi luar rumah, rasa tidak mahu hendak keluar rumah keranaapa yang diangan-angankan selama ini ada di dalam rumah.

Di dalam rumah ada segala-galanya. Iman dapat di rumah,akhlak mulia menceria dan mencahayakan rumah tangga bakbunga-bunga yang kembang memeriahkan taman di waktu pagi.Syiar Islam begitu terserlah.

Melihat isteri, tenang hati, kerana setianya. Melihat suamisenang hati, kerana bertanggungjawabnya dia. Melihat ibu ayahterasa kenyang. Jiwa yang kosong terasa terisi. Tiadanya merekakedua, terasa kekosongan. Rindu-merindui satu sama lain. Ada-nya mereka di tengah keluarga, selesai segala masalah.

Melihat anak-anak, sejuk hati kerana mereka mendengar katadan hormat ibu bapa. Tidak pernah didengar di dalam rumahtangga kata nista, cakap-cakap yang menyakitkan hati, bertekak,

ALANGKAH INDAHNYARUMAH TANGGA JADI SYURGA

9

Page 440: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

417

KEKELUARGAAN

bertegang urat, kata-mengata, tuduh-menuduh, maki hamun,cerca-mencerca, cakap kotor dan lucah, apatah lagi pukul-me-mukul, tumbuk-menumbuk, tendang-menendang, lengan-me-lengan dan terajang-menerajang.

Tampak sungguh kebesaran Allah itu di dalam rumah tanggakerana anggota keluarga itu membesarkan Allah Taala melaluisembahyang berjemaah, qiamullail, membaca Al Quran, tasbih,tahlil dan tahmid. Juga dari kuliah-kuliah Islam untuk keluarga,makan bersama, bekerjasama, maaf-bermaafan, nasihat-mena-sihati, ingat-mengingati dan masing-masing ada tugas mengikutkedudukan masing-masing.

Itulah dia rumah tangga Islam. Rumah tangga yang menjadisyurga. Itulah hasil perjuangan dua suami isteri Islam yang ber-kahwin kerana cita-cita Islam, untuk kemegahan Islam bukanuntuk kemegahan diri. Itulah dia syurga sementara waktu sebe-lum Syurga yang menunggu di Akhirat nanti. Itulah dia syurgayang disegerakan sebelum Syurga yang kekal abadi.

Page 441: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

418

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Menegakkan rumah tangga Islam bukan sekadar penghuni-penghuninya Islam. Rumah tangga Islam ertinya disiplinIslam itu berjalan dan berperanan di dalam rumah tangga.

Wujudnya suasana ibadah, semua anggota berakhlak mulia se-pertimana secara rambang telah kita ceritakan sebelum ini.

Untuk membangunkan rumah tangga Islam tidak cukupsekadar suami isteri Islam. Juga tidak cukup sekadar suami isteriitu bercita-cita Islam. Ia memerlukan mereka faham ilmu penge-tahuan Islam, faham mendidik isteri dan anak-anak serta adailmu tentangnya. Faham psikologi isteri dan anak-anak secaraumum. Suami atau ayah boleh jadi imam bersembahyang. Isterisedikit sebanyak faham psikologi suami, juga anak-anak. Ber-usaha bersungguh-sungguh melaksanakannya dengan sikap,dengan perihal, serta boleh memberi tunjuk ajar dan penjelasanmengenai ilmunya. Sabar melaksanakannya serta sabar mendi-dik mereka. Didik dengan lemah-lembut tetapi tidak salah sekali-sekala memarahi serta menghukum mereka yang bersalah. Cu-ma tidak sampai melampaui batas. Cara-cara menghukum telahdisebut sebelum ini, tidak perlu diulang lagi.

Oleh itu sebelum seorang lelaki atau perempuan itu berkah-win, kenalah menyedia, menyiap dan melengkapkan diri lebihdahulu dengan amalan dan ilmu Islam, ilmu rumah tangga

APA YANG PERLUUNTUK MENEGAKKAN

RUMAH TANGGA ISLAM

10

Page 442: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

419

KEKELUARGAAN

menurut Islam, ilmu mendidik anak-anak, ilmu kewajipan se-orang suami dan kewajipan seorang isteri terhadap suaminya,ilmu untuk ibadah, ilmu akhlak, ilmu bersuci dan mengurusrumah tangga menurut Islam. Tidak cukup sekadar menyimpanduit dan menyediakan tempat tinggal untuk berhadapan denganperkahwinan.

Di antara kelemahan umat Islam di akhir zaman ialah merekaberkahwin sebelum ilmu-ilmu mengenai rumah tangga menurutIslam itu ada. Bahkan sesetengah orang itu, ilmunya untuksekadar mengesahkan akidah. Ilmu untuk ibadah-ibadah yangasas pun belum ada lagi, apatah lagi lebih daripada itu. Lantaranitulah di akhir zaman tidak usah hendak menegakkan Islam didalam masyarakat dan negara, untuk menegakkan Islam dalamperibadi dan keluarga pun amat sulit sekali.

Hal-hal seumpama ini hendaklah diambil perhatian, diper-juangkan lebih dahulu sebelum pergi lebih jauh. Kalau tidak,cita-cita Islam yang lebih besar dan global akan gagal. Tinggalharapan-harapan dan kenangan nostalgia yang silam sahaja.

Page 443: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

420

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Isteri-isteri boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat-peringkat dalam meminta atau mendapatkan haknya dari-pada suami mereka, antaranya adalah seperti berikut:

1. Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminyasekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan olehsuaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur.Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Untuk me-minta, tidak sekali. Apatah lagi terhadap perkara-perkarayang tidak perlu. Kalau diberi pun dia tolak bahkan adakala-nya yang perlu pun dia tolak dengan baik. Dia lebih sukamenolong suaminya.

Itulah golongan yang bersifat siddiqin. Golongan inipayah hendak dicari terutama di akhir zaman ini. Macamhendak mencari belerang merah atau mencari gagak putih.Ini adalah perempuan yang luar biasa.

2. Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu(dharuri) sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan meminta-nya. Bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu, diatolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidakada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suami-nya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golonganmuqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di

PERINGKAT-PERINGKAT ISTERIYANG MEMINTA HAKNYA

KEPADA SUAMI

11

Page 444: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

421

KEKELUARGAAN

zaman kebendaan ini. Di zaman orang memburu dunia danorang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu (dharuri)dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu sepertiingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi ma-kan minum, tempat tinggal atau kenderaan. Namun kalausuami tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula men-jadi masalah. Maka itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yangperlu (dharuri) bahkan yang tidak perlu pun dia suka me-minta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puasdan tidak pernah rasa cukup. Sudah mewah pun rasa tidakcukup. Mahu lagi dan selalu meminta lagi. Kalau tidak di-beri, menjadi masalah pula. Dia merungut, marah-marah,sakit hati, merajuk, hingga menjadi masalah di dalam rumahtangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahajaderhaka dengan suami. Apatah lagi dengan Tuhan. Sikap,tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkansuaminya. Membuatkan suaminya selalu serba salah. Ber-bagai-bagai kehendaknya diberi, berbagai-bagai kemahuan-nya terpaksa ditunaikan. Adakalanya pakaian terpaksa hen-dak ditukar sebulan atau dua bulan sekali. Asyik pergi shop-ping sahaja. Namun demikian, tidak juga puas dan tidakjuga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhir-nya krisis rumah tangga tidak pernah berhenti, sentiasabergolak, sentiasa bergelombang, macam air laut yang tidakpernah berhenti-henti daripada bergelombang danbergelora. Lama-kelamaan bercerai juga. Kalaupun tidakbercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendakmenjaga nama baik atau tidak mahu anak porak-peranda.Apalah ertinya rumah tangga yang begitu rupa. Di manalahkeindahannya lagi? Apalah bahagianya jika gelombang dangelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akanjadi kepada anak-anak yang melihat ibu bapa sentiasamacam kucing dengan anjing.

Page 445: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

422

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Dalam memberi tanggungjawab yang asasi terhadap isteri,para suami boleh dibahagikan kepada beberapa pe-ringkat iaitu:

1. Suami yang mampu, sentiasa peka dan siap siaga memberitanggungjawab kepada isteri dengan tidak payah dimintaoleh para isteri. Dia tahu sahaja apa yang hendak diberi samaada makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Juga diluar yang perlu, yang tidak pula keterlaluan atau yang mu-nasabah, yang masih dibenarkan oleh syariat, jika dia mam-pu dia tidak pula keberatan memberi. Itulah golongan AsSiddiqin.

2. Suami yang juga mampu, sentiasa peka dan bersedia mem-beri apa-apa yang perlu kepada isteri-isteri tanpa dimintaoleh isteri. Tapi perkara di luar yang perlu, dia tidak akanmemberi. Kalau diminta, jika dia mampu, tidak pula kebe-ratan untuk memberi. Itulah golongan muqarrobin.

3. Suami yang mampu, tidak memberi apa-apa kepada isterisekalipun yang dharuri. Apatah lagi di luar yang perlu.Namun demikian kalau diminta, tidak pula keberatan diamemberi kepada isteri-isteri. Jika dia mampu, dia tidak pulasusah untuk memberi tanggungjawabnya. Itulah dia go-longan orang yang soleh.

PERINGKAT-PERINGKAT SUAMIDALAM MELAKSANAKAN

TANGGUNGJAWAB

12

Page 446: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

423

KEKELUARGAAN

4. Suami yang mampu tetapi tidak tahu atau tidak mahubertanggungjawab terhadap isteri-isteri sekalipun yangdharuri. Kalau diminta pun, dia tidak mahu bertanggung-jawab. Kalau dia memberi juga, dengan rasa terpaksa. Diamemberi dengan sakit hati. Adakalanya terpaksa bergaduhlebih dahulu dengan isteri, bermarah-marah dan bermasam-masam muka, barulah dia hendak memberi. Suami beginilebih suka kalau isteri bekerja untuk boleh menanggung dirisendiri bahkan kalau boleh dia hendak tumpang samamakan daripada hasil usaha isteri. Itulah dia golongan yangfasik. Suami yang seumpama ini kalau dikekalkan tabiatdan sikap ini, lebih-lebih lagi berhadapan dengan isteri yangtidak sabar, sudah tentu rumah tangga sentiasa bergolak.Krisis tidak habis-habis, kasih sayang tidak ada, kebaha-giaan dan keharmonian rumah tangga tidak wujud. Akhir-nya membawa perceraian atau kalau tidak bercerai punkerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak atau hendakjaga wibawa. Apalah ertinya hidup berumah tangga yangtidak ada ketenangan.

Page 447: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

424

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kita rasa pelik dan aneh manusia hari ini. Sebagai renung-an, mari kita lihat pelik dan anehnya tentang suami isteriyang bekerja. Antaranya:

1. Mereka mengeluh tentang penjagaan anak-anak, tapi isteridisuruh bekerja atau dia sendiri (si isteri) suka bekerja.

2. Mengeluh mencari pembantu rumah amat susahnya, tapiisteri disuruh bekerja di luar rumah. Tidak senang bila isterikurang memberi layanan. Bagaimana hendak melayan sua-mi, balik ke rumah isteri sudah letih. Adakalanya dia bekerjabalik larut malam.

3. Isteri-isteri ada yang cemburu dengan pembantu-pembanturumah tapi malangnya dia sendiri yang hendakkan pem-bantu.

4. Ada suami isteri takut mengambil pembantu rumah, makadipanggillah ibunya untuk menjaga anak-anaknya. Sudah-lah kita dahulu dia menjaganya, sekarang anak kita pulakita suruh dia menjaga. Di mana adab kita dengan orangtua? Sepatutnya orang tua kita itu kita suruh dia rehat-rehatsahaja dan kita jaga dia, bukan dia yang hendak menjagakepentingan-kepentingan kita.

5. Kita inginkan isteri taat setia kepada kita. Bagaimana dia

RENUNGAN UNTUKSUAMI ISTERI YANG BEKERJA

13

Page 448: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

425

KEKELUARGAAN

hendak setia, sebelum kahwin lagi dahulu perangai kitatelah diketahuinya. Di samping itu dia makan gaji, duit adadi poket. Adakalanya gaji dia lebih besar daripada gaji kitadan kelulusannya lebih tinggi dari kelulusan kita. Dia bolehberdikari. Bagaimana hendak memberi sepenuhnya ketaat-an kepada kita.

6. Yang isteri pula tidak senang kurangnya layanan suaminya.Dia lupa, yang melayan makan minum suaminya oranggajinya atau ibunya. Dia balik sudah keletihan. Adakalanyasuami ada di rumah, dia belum balik lagi dari kerja. Ada-kalanya suaminya bercuti rehat, isteri tidak dapat cuti. Ada-kalanya suami ada kereta, isteri juga ada kereta. Masing-masing pakai kereta masing-masing, seorang ke huluseorang ke hilir. Sesetengah isteri sudah balik ke rumah pun,orang cari dia lagi kerana dia orang penting masyarakat.Bila hendak layan suami? Orang datang ke rumah bukancari kita, mereka cari isteri kita, justeru dia orang besarnegara. Bagaimana tidak tersentuh hati suami.

7. Kita tidak senang dengan anak-anak kita. Selalu sahaja ke-luar rumah, balik lewat malam. Taat setianya sudah tidakada lagi dengan kita. Macam-macam hal dibuat di luar ru-mah. Kita lupa kita suami isteri makan gaji, selalu tidak adadi rumah. Anak-anak terbiar dan tidak terurus. Kalaupunada yang melayan, orang gaji. Mana sama dengan ibu bapa.Kita sebagai ibu bapa, bila balik, badan sudah letih. Mudahsahaja marah-marah dengan anak-anak. Sudahlah begitu,kita sebagai suami isteri atau ibu bapa di dalam keluarga,tidak ikut syariat pula. Kalau bersembahyang pun tidakberjemaah. Anak-anak tidak diberatkan bersembahyang.Beradab dengan ibu bapa tidak diajarkan. Bagaimana makanminum, berpakaian, tidur baring, berehat, adab dengan jirantidak pernah didisiplinkan. Kemudian kita susah hati anak-anak telah menjadi liar.

Sudahlah begitu, TV pula memainkan peranan mendidikkita dan anak-anak kita di luar adab sopan agama dan

Page 449: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

426

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bangsa. Pengaruh TV itulah yang membangunkan insaniahkita dan mereka. Kemudian kita merasa terseksa di dalamkeluarga kerana masing-masing tidak ada rasa bersama dankerjasama, tidak ada timbang rasa, tidak ada hormat-meng-hormati dan bertolak ansur sudah tidak wujud.

Kemudian kita yang di dalam rumah tangga atau keluar-ga yang sudah kusut itu pergi bekerja ke pejabat, ke kilang,ke sekolah. Sudah tentu sekalilah kita membawa fikiranyang kusut, jiwa yang berserabut di tempat kerja kita. Penya-kit rumah tangga itu terpalit pula di tempat kerja. Di sanapula sudah tidak dapat bahagia.

Tidak nampak lagikah manusia itu di mana puncanya ke-hilangan kasih sayang, keharmonian dan kebahagiaan?

Page 450: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

427

KEKELUARGAAN

SAJAK

Sajak 1

Isteri yang Solehah

Isteri yang solehah sentiasa taat dengan Allah

dan patuh dengan suami

Suami yang tersalah sentiasa diberi maaf

Cemburu dengan suami tidak ada di dalam sikap

Kepulangan suami disambut dengan senyum

dan penuh hormat

Kekurangan yang diberi oleh suami

dia tidak menyanggah

Bahkan merasa puas hati apa sahaja yang ada

Sentiasa berpuas hati apa sahaja

yang diberi suaminya

Kesilapan suaminya sentiasa didoakan kepada Allah

Dengan suaminya sentiasa sahaja

berbaik sangka

Sama ada cepat balik atau lambat balik

tidak mengapa

Dengan suaminya dia sentiasa sahaja redha

Sekalipun suaminya banyak kekurangan yang dia rasa

Sentiasa simpati dengan suami di waktu bila pun

tampak di wajahnya

Kebuntuan suami dia selalu sahaja memberi semangat

dengan kata-kata

Suaminya dapat semangat dengan kata-kata isterinya

yang bertimbang rasa

Suaminya dapat inspirasi dari isterinya

Page 451: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

428

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Begitulah sifat isteri yang solehah dengan suaminya

Senang dan susah sanggup hidup dengan suaminya

dengan bahagia

Merungut-rungut tidak ada di dalam kamus hidupnya

Menjadikan suaminya sentiasa cinta kepadanya

dan bertimbang rasa

Hidup berkeluarga aman damai,

harmoni sekalipun papa

Menjelang tidur

10 – 12 – 2002

Sajak 2

Suami yang Soleh

Suami yang soleh sangat bertanggungjawab

kepada keluarganya

Keluarganya dibawa mencintai dan menakuti Tuhannya

Mereka dididik beribadah dan berakhlak yang mulia

Syariat Tuhannya adalah disiplin

di dalam rumah tangganya

Tanggungjawab dunianya suami tidak pula

mencuaikannya

Makan minum, pakaian, tempat tinggal diurus

dengan baiknya

Tunjuk ajar, nasihat dan pimpinan adalah kewajipannya

yang paling utama

Kasih sayang, timbang rasa kepada anak-anak

dan isteri-isterinya menjadi budaya

Kerenah anak-anak dan isteri-isterinya

dia sabar menanggungnya

Dihadapi dengan lemah lembut,

tidak mengapa sekali-sekala menghukumnya

Page 452: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

429

KEKELUARGAAN

Sentiasa mendoakan mereka,

berlapang dada amalan hidupnya

Kecewa dan putus asa mendidik tidak ada

di dalam sikapnya

Suami yang soleh sentiasa berkhidmat dengan keluarganya

Malah sering bersimpati dengan kesusahan mereka

Urusan Akhirat sangat diutamakannya

Urusan dunia tidak pula diabaikannya,

di waktu mereka memerlukannya

Kesalahan anak-anak dan isteri-isteri

sentiasa dimaafkannya

Mereka dididik penuh bijaksana dengan tabahnya

Rukun damai, hidup harmoni sentiasa diusahakannya

Rasa bersama, bekerjasama, Tuhan diutama,

keluarga bahagia

Begitulah suami yang soleh sentiasa bertanggungjawab

kepada keluarga

Kerana takutnya dengan Tuhannya

dia sangat mengambil berat keluarganya

Anak-anaknya dan isteri-isteri sangat taat

dan menghormatinya

Kerana suaminya berwibawa dan sangat mulia

Selepas Isyak

13 – 01 – 2004

Sajak 3

Keluarga Role Model

Ya Allah

Engkau jadikanlah rumahtanggaku

syurga sebelum Syurga

Anak-anak cahaya mata, isteri mengikut kata

Page 453: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

430

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Tuhan!

Jadikanlah rumahku masjid mengingati-Mu

Sumber ilham dan ilmu

Tempat hiburan dan ketenanganku dan keluargaku

Tetamu yang datang membawa rahmat

Perginya, penghapusan dosa

Wahai Tuhan

Jadikanlah rumahku kerehatanku,

tempat aku mendapat kekuatan jiwa

Tempat aku mengecas bateri jiwaku

Apabila aku keluar rumah

Kereta perjuanganku bertambah laju

Ya Allah!

Engkau jadikanlah keluargaku tapak perjuanganku

Role model untuk ditiru

Berilah aku kekuatan memimpin diri dan keluargaku

Memimpin masyarakat diharapkan juga

Berilah aku kekuatan iman dan ilmu

Kesihatan dan buah fikiran

Kelapangan masa untuk berjuang

Boleh menilai diri baik buruknya

Ya Allah!

Jadikanlah Engkau cinta agungku

Agar seluruh apa yang ada aku korbankan untuk-Mu

Bahkan jiwa ragaku

Dan berikanlah aku kawan-kawan yang setia

Yang boleh berjuang bersamaku susah dan senang

Akhir sekali ya Allah

Ampunkanlah seluruh dosa-dosaku

Dan dosa-dosa keluargaku serta pengikut-pengikutku

Amin ya Rabbal Alamin

Istajib do’ai

Page 454: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Kemasyarakatan

Page 455: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

432

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Islam adalah agama akidah, agama ibadah, akhlak dan per-aturan serta undang-undang hidup di dalam semua aspekkehidupan sama ada dari persoalan kekeluargaan, masya-

rakat, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, perhubungan, kene-garaan, ketenteraan hinggalah alam sejagat.

Jika sekiranya Islam itu dapat difahami, dihayati dan di-amalkan keseluruhannya, akan dapat dilihat bahawa penganut-penganutnya adalah manusia yang berakidah, beribadah,berakhlak, berdisiplin, cergas, aktif dan berhubung antara satusama lain. Dari sini lahirlah manusia yang berukhwah, berpadu,maju, aman damai, bahagia dan harmoni.

Akan tetapi pada hari ini kita lihat umat Islam dan masya-rakat umum amat kusut sekali, haru-biru, huru-hara, kelam-kabut, tidak berakhlak dan tidak berdisiplin. Umat Islam tidaksehaluan, tidak sependapat dan tidak satu fikiran. Masing-masing ada tujuan-tujuan yang tersendiri, tidak seia-sekata dantidak serentak menuju satu matlamat yang menjadi cita-citaIslam. Bersimpang-siur antara satu sama lain. Tidak di satubarisan yang tersusun rapi seperti satu bangunan yang tersusundan indah. Mereka bercelaru, satu ke hulu, satu ke hilir. Satu kedarat, satu ke baruh. Satu ke lurah, satu ke bukit. Satu ke timurdan satu ke barat. Akhirnya accident dan berembuk sesama sen-diri. Akhirnya umat Islam yang rugi.

MENGAPA MASYARAKAT ISLAMTIDAK DILIHAT INDAH?

1

Page 456: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

433

KEMASYARAKATAN

Ada yang kaya berfoya-foya, sombong, membuang masa danmelakukan pembaziran. Hidup sendiri-sendiri.

Ada yang miskin tidak sabar. Merungut sana, merungut sini.Mengeluh di sana, mengeluh di sini. Mereka kelihatan resahgelisah.

Yang berilmu hanya memikirkan diri. Dia mencari hartadengan ilmunya. Dia bergaul dengan masyarakat hanya dimajlis-majlis rasmi. Hidup juga bersendirian.

Pemuda-pemudinya hidup tidak tentu hala dan tidak tahumatlamat. Berkumpul membuang masa, bohsia, bohjan, me-lepak-lepak, sakit mata melihatnya.

Para pemerintah dan penguasa menggertak-gertak, mem-bentak-bentak, mengugut-ugut dan menakut-nakutkan seolah-olah tenggelam punca. Tidak tahu bagaimana hendak mendidikrakyatnya.

Di dalam keluarga, masing-masing hendak lari keluar. Ter-utamanya anak-anak. Mereka gelisah sahaja. Panas punggungduduk di rumah kerana di rumah tiada ketenangan dan tiadakebahagiaan.

Begitulah gambaran masyarakat Islam di seluruh dunia.Begitu kusut dan menyakitkan mata memandang. Kalau kitahendak membuat perbandingan, sepertilah kain buruk yangluntur warnanya, berculang-caling, bertompok-tompok, adahitam, ada kelabu, ada merah, ada biru, ada kuning dan lain-lain warna kerana ditimpa berbagai-bagai hal. Keadaannya be-gitu comot sekali. Sakit mata memandang dan perasaan hatiterasa jijik.

Atau dengan gambaran yang lain sebagai perbandingan,macam kita melihat di satu lembah yang busuk, becak, ber-lumpur, penuh sampah sarap yang berbagai-bagai warnanya.Baunya busuk, sangat jelik dilihat. Hati liar dibuatnya. Begitulahgambaran masyarakat umat Islam di seluruh dunia.

Mengapa terjadi demikian? Mengapa gambaran masyarakatIslam begitu buruk? Mengapa Islam itu begitu cantik tetapi

Page 457: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

434

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

penganutnya tidak cantik? Mengapa Islam itu indah sedangkanpenganut-penganutnya sudah tidak indah lagi?

Terjadinya yang demikian itu adalah dari sebab-sebab sepertiberikut:

1. Sesetengah umat Islam di seluruh dunia, Islamnya tinggalakidah semata-mata. Ibadah sudah tidak dibuat lagi. Apatahlagi perkara-perkara selain ibadah, lebih-lebih lagi tidakmencerminkan ajaran Islam. Hiduplah cara mana mahuhidup. Buatlah apa yang terasa. Ikutlah siapa yang hendakdiikut. Kadang-kadang dia pun tidak tahu apakah dia se-orang muslim atau tidak. Cuma dia dengar-dengar bahawadia adalah keturunan umat Islam. Maka dia pun mengakuorang Islam. Apa itu Islam, dia tidak tahu. Golongan inimasih ramai.

2. Ada segolongan umat Islam, agamanya hanya setakatakidah dan ibadah sahaja. Itu pun ibadahnya tidak mengikutilmu yang tepat dan beribadah pun tidak konsisten. Kadang-kadang buat, kadang-kadang tidak. Rasa hendak buat, diaberibadah. Rasa tidak mahu, berhenti dahulu. Atau waktuterpaksa beribadah. Contohnya kerana ada majlis rasmi dimasjid, kenalah bersembahyang. Selepas itu rehat pula. Ke-mudian apabila terasa hendak beribadah, buat pula. Diaspek-aspek yang lain, jangan cerita. Dia buatlah apa sahajayang dia mahu. Ia tidak ada kena-mengena lagi denganIslam. Islam memang tidak ada hubung kait lagi denganpersoalan kehidupan. Golongan ini juga ramai.

3. Ada golongan pula di kalangan umat Islam, dia berakidahdan ibadahnya tetap dibuat, tidak pernah tinggal. Bagai-mana pun, di sudut-sudut lain dia tidak ambil kira sangat,seperti di aspek makan, minum, pakaian, tempat tinggal dantempat kerja. Hal-hal itu, ikut Islamkah atau tidak, dia tidakambil pusing sangat. Jatuh kepada haram atau halal, diatidak ambil kira. Akhlak juga tidak dijaga. Kalaupun adayang sesuai dengan ajaran Islam bukan pula dirancang tapihanya secara kebetulan sahaja. Kerana yang dia jaga sangat

Page 458: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

435

KEMASYARAKATAN

ialah akidah dan ibadah sahaja. Yang lain tidak dijaga.Golongan ini agak ramai.

4. Satu golongan lagi, akidahnya bagus, ibadahnya juga agakbagus. Memang dia jaga. Makan, minum, pakaian, tempattinggal dijaga jangan sampai melanggar ajaran Islam. Begitupun di sudut-sudut lain pula terabai. Dia tidak ambil kirasangat. Seperti tidak ambil kira tempat bekerja walaupunmelanggar perintah Islam seperti pergaulan bebas lelaki danperempuan. Begitu juga akhlaknya tidak dijaga. Boleh sahajamengumpat, mengata, menghina, hasad, pemarah, som-bong, riyak, tamak, bakhil, memfitnah, mengadu domba danlain-lain lagi. Golongan ini juga agak ramai.

5. Ada golongan yang akidahnya dijaga, ibadah tidak dicuai-kan dan akhlak boleh tahan dengan orang luar tetapi dengananak isteri cuai. Di dalam keluarga tidak ada pendidikanformal atau tidak formal. Dengan anak isteri boleh buat lebihkurang, tidak ada perbincangan, tidak ada usrah, tidak adapengajian dan tidak ada mesyuarat sesama ahli keluarga.Dengan anak isteri marah-marah sahaja. Didikannya hanyasetakat: kalau anak isteri buat salah, dia marah-marah. Diaanggap itulah didikan. Padahal itu adalah hukuman, bukandidikan. Suasana Islam tidak ada di dalam rumah tanggadan hubungan renggang di antara keluarga. Padahal Islamitu selain bermula dari diri, ia juga bermula dari rumah tang-ga. Golongan ini juga agak ramai dan keadaan ini berlakumerata.

6. Ada golongan yang sangat menghayati Islam. Akidahnyadijaga, ibadahnya istiqamah dan bersungguh-sungguh.Halal haram di dalam semua hal sangat diambil berat. Akh-laknya dengan Tuhan atau dengan manusia sentiasa diambilberat. Kalau dia melakukan kesalahan atau tertinggalamalan yang pernah dibuat walaupun sunat, dia sangatmenyesal dan dia akan tampung dengan kebaikan. Dia akantampung dengan sembahyang sunat, sedekah, denganmenolong orang dan lain-lain. Dengan anak isteri berjalan

Page 459: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

436

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

syariat Islam, sembahyang berjemaah bersama, ada programmembaca Al Quran, ada jadual kuliah dan perbincangan.Ibu dan ayah menjadi suri teladan, berkasih sayang sesamakeluarga, bekerjasama di antara satu sama lain. Golonganini sudah tidak ramai lagi. Mereka ini sudah dianggap orangganjil dan pelik oleh masyarakat.

7. Golongan ini selain bersikap seperti golongan yang keenam,mereka sibuk memperjuangkan Islam. Islam itu diperjuang-kan melalui ceramah-ceramah, nasihat-nasihat, tulisan-tulisan, membuat kebaikan di tengah masyarakat sepertiselalu bersedekah, sering menolong orang susah denganberbagai-bagai cara, suka berkhidmat dengan masyarakatdan pantang mendengar orang susah, mesti ditolongnya.Dia menyedarkan masyarakat kepada Islam secara bilhalatau secara sikap, agar orang ramai faham bahawa begitulahcaranya Islam itu. Golongan ini lebih-lebih lagi terlalusedikit. Macam antah dalam beras atau macam mencarigagak putih.

Kalau secara rambang atau secara umum umat Islam seluruhdunia telah terbahagi kepada tujuh golongan. Itu belum kitaperinci dan detailkan lagi. Bagaimanalah umat Islam hendakberkasih sayang? Bgaimanakah boleh bersatu padu? Senangkahhendak bertolong bantu? Mudahkah hendak seia-sekata? Mu-dahkah hendak berjuang di dalam satu barisan yang tersusun,menuju satu haluan?

Kalau umat Islam seluruh dunia ini, sudah tidak sama dantidak seirama dalam memahami, menghayati, mengamalkan danmemperjuangkan Islam, bolehkah umat Islam menjadi kuat danberdaulat? Bolehkah lahir satu umat yang berakhlak dan ber-wibawa hingga dihormati oleh bangsa-bangsa lain di dunia?

Kalau kehidupan umat Islam sudah begitu kusut seperti yangtelah kita paparkan sebelum ini, dari manakah kita hendakbermula untuk memulihkannya semula? Bermula dari duit? Ber-mula dari hiburan? Bermula dari politik? Bermula dari ilmu?

Page 460: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

437

KEMASYARAKATAN

Berjuang memulihkan semula masyarakat Islam yang begituharu-biru itu mesti bermula daripada iman dan ilmu. Iman danilmu mesti dari didikan. Dari didikan baru datang penghayatan.Dari penghayatan baru datang cinta kepada Allah, Rasul danagama-Nya, atau baru datang takut kepada Allah Taala. Daritakut itu mereka melaksanakan. Dari melaksanakan, lahirlahbangsa yang bertaqwa. Setelah bertaqwa barulah datang bantuandan pembelaan dari Allah Taala. Setelah Allah Taala bela, barulahdatang kekuatan, kedaulatan dan seterusnya kejayaan yangdiredhai-Nya.

Begitu pun, hendak melahirkan proses itu atau metodologiuntuk ditempuh hingga sampai ke matlamatnya, mesti adafigure atau pemimpin yang beriman, berilmu, bertaqwa, ber-akhlak mulia, yang dihormati dan disegani, disayangi dan di-patuhi. Kalau nilai peribadi pemimpin itu sama dengan nilaiperibadi rakyat umum atau lebih rendah lagi, siapakah yangboleh terima? Siapakah yang boleh hormat? Siapakah yang akansayangi? Siapakah yang akan patuhi?

Kita semua boleh memberi jawapan. Sudah tentu perjuanganumat Islam tidak sampai ke mana. Kalau hendak memperjuang-kan di satu aspek sahaja seperti membangun dan maju sahaja,mungkin boleh. Bagaimana pula di aspek iman, taqwa, akhlak,ketaatan dan kasih sayang?

Cukupkah dengan maju sahaja? Orang Barat sudah majutetapi apa telah jadi kepada masyarakat mereka? Kita semuatahu keadaannya. Tidak perlulah saya sebutkan lagi. Apakahumat Islam mahu mengejar kemajuan sahaja seperti orang Baratlakukan. Masing-masing kita jawablah sendiri.

Page 461: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

438

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Umat Islam Sudah Nafsi-Nafsi

Ke mana sahaja kita pergi terasa sepi

Sekalipun di tempat ramai

Ke mana sahaja kita berada,

kita rasa macam berdagang di negeri orang

Padahal di negeri sendiri

Kerana tidak ada siapa yang ingin bertanya,

berkenal dan bermesra

Lebih-lebih lagi tidak akan ada sesiapa

Yang mengajak ke rumah sebagai tetamunya

Tegur sapa sesama umat Islam terlalu kurang

Memberi salam jarang sangat berlaku

Kalau kita orang yang baru datang di satu tempat

Dia pandang kita, kita pandang dia

Namun tegur sapa ingin tahu sudah jarang terjadi

Hanya pandang-memandang,

namun ingin berkenal jauh sekali

Umat Islam hari ini masing-masing

satu sama lain curiga-mencurigai

Kerana itulah kemesraan sudah tidak ada lagi

Ingin berkenal satu sama lain sudah tidak perlu

Betapalah untuk mendapat kawan,

jauh panggang dari api

Aduh, sepinya dunia ini

Walaupun di dalam hiruk-pikuk manusia

Sekalipun di tengah ramai

Tapi umat Islam sudah hidup nafsi-nafsi

Page 462: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

439

KEMASYARAKATAN

Masing-masing menjaga diri

Satu sama lain tidak percaya-mempercayai

Sungguh rasa asing sekali ke mana kita pergi

Sungguh rasa sepi di mana sahaja kita berada

Di negeri sendiri terasa macam berdagang di negeri orang

Sekarang ini seolah-olahnya kita musafir sepanjang masa

Kerana orang tidak ingin hendak berkenal dengan kita

Lepas Zuhur

25 – 09 – 1999

Sajak 2

Manusia Tidak Sedar Sebab Perangai Merekalah

Hidup Tidak Harmoni

Telah menjadi fitrah semula jadi manusia

Tidak kira apa bangsa dan etniknya

Ingin dikasihi, dihormati dan bersatu padu

serta hidup harmoni

Tapi kebanyakan mereka menyumbang

kepada orang lain membencinya

Sedar atau tidak, tabiat mereka banyak

yang membawa kepada pecah belah

Sikap manusia banyak yang membawa

mementingkan diri sendiri

Tamak, bakhil, hasad, sombong,

ingin nama dan glamor

Ia adalah sebahagian penyakit yang membawa

benci-membenci, renggang-merenggang

dan berpecah belah

Akibat daripada mazmumah-mazmumah itu

fitrah semula jadi manusia tidak terisi

Keinginan bersama selalu sahaja

tidak sampai matlamatnya

Apa yang tidak dikehendaki bersama itulah yang terjadi

Page 463: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

440

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Yang dikehendaki bersama oleh manusia tidak terjadi

Hiduplah manusia di dalam kemajuan

tapi di dalam ketakutan

Ada setengah orang dia senang

tapi di dalam kebimbangan

Manusia makin pandai tapi tidak ada kebebasan

Kerana tidak semua tempat berada di dalam keselamatan

Sekalipun tidak ada undang-undang menyekat

untuk ke sana

Tapi diri manusia sendiri yang membataskan

Kerana takut di tempat itu banyaknya jenayah

Begitulah kehidupan manusia sentiasa

di dalam ketakutan

Oleh perbuatan mereka sendiri

Yang adakalanya mereka tidak sedar

perangai mereka menyumbang

kepada hidup tidak harmoni

10.50 malam

18 – 07 – 2001

Page 464: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

441

KEMASYARAKATAN

Perbezaan-perbezaan dalam keadaan masyarakat sebelummerdeka dan selepasnya dapat dilihat dalam aspek-aspekberikut:

1. Orang miskin, golongan pertengahan dan orang kaya bolehberada dalam satu kampung. Zaman sekarang, masyarakatsudah disusun di mana ada taman untuk orang miskin(rumah kos murah), ada taman untuk golongan pertengahandan ada taman hanya untuk golongan atau kelas orang-orang kaya.

2. Dahulu hidup gotong-royong di dalam semua hal. Sekarangsemuanya diupah justeru tabiat hidup nafsi-nafsi telah me-nebal.

3. Dahulu semua anak-anak di dalam sebuah kampung di-anggap anak bersama. Mereka dijaga sama-sama dan setiaporang boleh menegur atau merotan. Sekarang cikgu pundilarang merotan. Betapalah orang biasa.

4. Dahulu orang buat maksiat seperti berjudi, secara menyo-rok-nyorok. Sekarang orang membuat maksiat secaraterang-terangan.

5. Dahulu orang alim dan cikgu dihormati serta disegani.Sekarang orang tidak peduli.

PERBEZAAN MASYARAKAT SEBELUMMERDEKA DAN SELEPASNYA

2

Page 465: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

442

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

6. Dahulu kalau pengantin baru, di dalam masa sebulan, men-ziarahi keluarga kedua belah pihak agar kenal-mengenalkeluarga kedua-dua belah pihak. Mereka juga menziarahiorang yang dihormati iaitu tuan guru dan ketua kampung.Kini ia jarang berlaku lagi.

7. Dahulu kalau ada orang meminang seorang perempuan,orang-orang penting di dalam satu keluarga diajak berun-ding untuk sama ada menerima atau menolaknya. Hari inisuasana ini sudah tiada lagi bahkan ada kalanya merekaberdua yang berkira.

8. Dahulu lelaki perempuan pantang berkenal-kenalan, lebih-lebih lagi hendak berjalan berdua-duaan. Ianya dianggapsatu pantang larang oleh masyarakat. Sekarang berjalanberdua-duaan bagi yang bukan muhrim sudah jadi budaya.

9. Dahulu kalau atas nama mengaji Al Quran atau mengajiagama, guru-guru tidak mengambil upah. Bahkan sese-tengah guru, dia menanggung pula makan minum murid-muridnya. Sekarang mengajar Al Quran dan mengaji agamasudah jadi komersil.

10. Dahulu alim ulama tempat orang ziarahi. Sekarang merekatidak diziarahi lagi.

11. Dahulu setiap pokok yang berbuah di sesebuah kampung,sudah menjadi adat setiap orang boleh mengambilnya danmakanlah sekenyang-kenyangnya. Hanya dilarang mem-bawa balik. Sekarang, jangan. Ia akan dianggap mencuriatau menceroboh.

12. Dahulu kalau orang menangkap banyak ikan sungai, me-reka agih-agihkan kepada orang kampung. Mereka tidakjual. Sekarang hal ini tidak berlaku lagi.

13. Dahulu kalau ada pergaduhan di kampung, orang-orangtua akan mendamaikan dan dibuat kenduri. Adakalanyadibuat di masjid. Sekarang tidak berlaku lagi.

14. Dahulu anak-anak muda yang belum berkahwin digalakkan

Page 466: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

443

KEMASYARAKATAN

untuk tidur di masjid atau di surau. Sekarang sudah tidakada lagi.

15. Dahulu, anak lelaki khatam Al Quran lebih dahulu, baruboleh berkhatan. Begitu juga anak-anak perempuan, mestikhatam Al Quran lebih dahulu, baru boleh kahwin. Sekarangberkhatan atau berkahwin tidak ada sangkut-paut denganAl Quran.

16. Dahulu kalau ibu bapa menghantar anak pergi mengaji AlQuran, mereka menghadiahkan kepada guru itu satu rotansambil mengatakan kepada guru itu, “Kalau anak saya ininakal, rotanlah dia dengan rotan ini”. Sekarang merotanmurid satu pantang larang.

17. Dahulu orang ramai minat membawa hadiah-hadiah ke-pada guru-guru. Sekarang tidak berlaku lagi.

18. Dahulu kalau orang tidak pakai songkok berjalan, dianggapkurang adab. Sekarang tidak pakai songkok sudah jadibudaya bahkan ulama pun berjalan bergondol.

19. Dahulu kalau perempuan terutama perempuan muda, malusangat kalau berselisih di jalan dengan lelaki. Sekarangberjalan berdua-duaan lelaki perempuan bukan muhrim jadibudaya.

20. Dahulu pasangan yang berkahwin, antara yang lelakidengan yang perempuan, mesti ada jarak umur. Suami mestilebih tua daripada isteri. Paling tidak lima tahun. Sekarangkebanyakan suami isteri umurnya sebaya.

21. Dahulu kalau ada pemuda yang bekerja di negeri lain,contohnya sebagai polis atau askar, kalau mereka balikbercuti, mereka bukan sahaja menziarahi ibu bapa bahkanturut menziarahi tuan-tuan guru dan orang-orang pentingdi kampung. Kalau tidak, dianggap tidak beradab. Sekarangsekadar ziarah ibu bapa sahaja. Ziarah orang penting dikampung sudah tiada lagi.

22. Dahulu, perempuan-perempuan muda tidak akan keluar

Page 467: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

444

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

rumah kecuali dengan keluarga. Hari ini mereka keluarrumah sesuka hati. Tidak kira sama ada seorang diri ataudengan orang lain. Ia sudah jadi perkara biasa.

23. Dahulu di dalam masa pertunangan, jangan mimpi hendakbertemu. Lebih-lebih lagi hendak dibawa berjalan-jalan. Se-karang belum bertunang pun sudah berjalan berdua-duaan.Betapa pula setelah bertunang.

Page 468: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

445

KEMASYARAKATAN

SAJAK

Beza Hidup Sebelum dan Selepas Merdeka

Aku hidup sempat berada di dalam empat kerajaan

Dua kali kerajaan British, sekali pemerintahan Jepun,

sekali kerajaan Malaysia yang merdeka

Semasa penjajahan terutama penjajahan Jepun

di antara kesusahan dan penderitaan

secara umum akan diceritakan sebagai pengetahuan

Miskin dan papa merata-rata tempat berlaku sangat ketara

Kemudahan kehidupan seperti alat-alat perhubungan,

jalan raya, tempat tinggal dan pakaian amat susahnya

Berbagai-bagai penyakit tidak ada orang yang tidak diserangnya

Ubat-ubatan sangat terbatas, hanya ubat tradisi sahaja

Harimau mengganas, kerbau, lembu, kambing

jadi sasaran bahamannya

Tempat belajar sangat terbatas terutama di zaman Jepun

Kerana itulah cerdik pandai Melayu terlalu kurang

Merata di kalangan orang Melayu buta huruf

terutama kaum ibu

Rata-rata orang Melayu mundur

Pekerjaan sangat terbatas

Ramai yang bekerja sendiri

Di kalangan orang Melayu hanya berjawatan polis,

askar, cikgu

Peringkat kerani hanya bilangan jari

Pendapatan rakyat tidak menentu

Untuk menziarahi keluarga sekadar sejauh 20 dan 30 batu

jarang berlaku, terasa sangat jauhnya

Kalau lebih jauh dari itu terputus terus

tidak tahu ke mana hendak dicari sampai mati

Kemajuan boleh dikatakan tidak ada pembangunan

Page 469: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

446

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

hanya ala kadar sahaja

Pembangunan sangat terbatas sekali

hanya di bandar-bandar sahaja

Bangunan yang paling tinggi di waktu itu hanya 7 tingkat

Hutan merata-rata tempat kerana belum diserang

oleh pembangunan dan kemajuan

Jalan raya amat dhaifnya

Perjalanan di antara satu tempat ke satu tempat

terasa amat jauhnya

Tapi di celah-celah kesusahan dan kepayahan itu

ada yang indahnya

Kasih sayang masih berbunga

Ia berbuah sekalipun tidak lebat

Lebih-lebih lagi sesama keluarga

Bekerjasama tanpa digesa sangat ketara

Sebagai contoh yang ia jadi budaya:

Membuat rumah bergotong-royong bersama

Membuat bendang berderau sesama sekampung

Kalau kenduri-kendara kenduri bersama

Masing-masing membawa bahan mentahnya

untuk dimasak dan makan bersama

Di musim buah, buah-buahan di kebun siapa pun

boleh diambil bersama

Siapa yang mengambilnya sekalipun tidak ada keizinan tuannya

tidak dianggap mencuri

Siapa yang menangkap ikan dapat lebih

diagih-agihkan sekampung

Perempuan-perempuan muda terutama anak dara

dijaga bersama, tidak ada yang berani menodainya

Kalau berlaku sekali-sekala insiden riuh-rendah sekampung,

yang melakukannya sangat malunya

adakalanya berpindah dari kampung

Jarang mendengar kecurian, rompak, samun, pergaduhan,

apatah lagi pembunuhan

Berzina, sumbang muhram, buang anak, rogol

hampir tidak kedengaran

Page 470: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

447

KEMASYARAKATAN

Perceraian susah berlaku dan jarang terjadi

Anak-anak masih menghormati ibu bapanya

Murid-murid masih kasih dengan guru-gurunya

Apatah lagi guru agama dan ulama sangat dihormati

Guru-guru agama dan ulama tempat rujuk orang kampung

Hingga hendak nikah kahwin pun bertanya tok guru

Ziarah-menziarahi masih jadi budaya terutama sesama keluarga

Mencari jodoh adalah urusan orang tua

bukan urusan peribadi, kekal sampai mati

Orang miskin tidak terbiar ada sahaja orang yang memberi

Orang-orang tua atau pemimpin dihormati dan dimuliakan

Orang segan dengan mereka

Krisis di antara puak terlalu sedikit

Apatah lagi kerana politik tidak terjadi

Setelah merdeka apa sudah terjadi?

Setelah merdeka memang tidak dapat dinafi

banyak perkara positif terjadi

Semua orang terasa hal itu, tidak boleh dinafi

Ramai orang Melayu yang pandai dan berjawatan tinggi

Buta huruf sudah tidak ada lagi

Kemajuan dan pembangunan merata negara dan negeri

Kemewahan di kalangan orang Melayu

sudah wujud agak merata

Ramai di kalangan orang Melayu menjadi jutawan

dan bilionwan segera

Kemiskinan semakin berkurangan

Tapi yang malangnya bahkan sangat menyedihkan

budaya lama yang positif

bahkan yang diperlukan setiap masa

hilang begitu sahaja tidak dipertahankan

Lahir pula perkara positif yang baru

menggantikan perkara positif yang lama

yang sangat disayangkan

Kemajuan pesat berlaku tapi budi bahasa yang indah layu

bahkan hilang ditiup bayu

Orang Melayu sudah pandai-pandai

Page 471: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

448

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

yang berjawatan tinggi sudah ramai

hidup nafsi-nafsi pula jadi budaya

Gotong-royong, bekerjasama, rasa bersama hilang

kecuali digesa-gesa dan terpaksa atau pura-pura

Hidup agak selesa, alat perhubungan mudah

tapi ziarah-menziarahi kurang sekali

kalau ada, terpaksa aja

Selepas merdeka orang Melayu boleh melancong seluruh dunia

tapi tidak pula membawa identiti Islam Melayu

Di waktu itu orang Melayu sudah berfikiran terbuka

maka terbuka pula krisis merata

Orang Melayu terima demokrasi

boleh memilih pemimpin sendiri

tapi berbalahan, perpecahan menjadi-jadi

Wujud sekolah di mana-mana

belajar mudah tapi kasih sayang pecah

ibu bapa, guru-guru tidak dihormati lagi

Peluang pekerjaan terbuka luas

tapi jenayah merata-rata terjadi

perkelahian, pergaduhan, pembunuhan, zina, rogol,

sumbang muhram menjadi berita setiap hari

Mudah pergi ke mana-mana, tapi ketakutan juga

berlaku di mana-mana

Dahulu masjid tempat ibadah, lambang perpaduan

sekarang tempat berbalah dan berpecah belah

Sepatutnya orang Melayu rakyat atau pemimpin

setelah merdeka bebas menambah perkara-perkara

yang positif di atas perkara positif yang sudah ada

Tapi mengapa melahirkan perkara positif yang baru

korbankan pula perkara positif yang lama

Padahal yang lama sangat diperlukan, yang baru juga diperlu

Seolah-olah orang Melayu terpaksa membuat pilihan

di antara dua

Kalau hendakkan perkara yang baru yang sangat berguna

terpaksa korbankan perkara yang lama yang juga berguna

Mengapa ia terjadi begitu?

Page 472: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

449

KEMASYARAKATAN

Di mana salah silapnya?

Apa yang tidak kena?

Mengapa membuat yang baik korbankan yang baik

Mengapa membuat perkara yang perlu,

korbankan pula yang perlu

Sepatutnya yang lama yang baik perlu dipertahankan

tambah lagi dengan yang baru yang perlu

Begitulah satu bangsa yang hendak menjadi satu bangsa

yang baik dan maju

Satu bangsa yang boleh berdiri sendiri

yang dihormati oleh dunia

Kita akui yang baru banyak yang baik

Tapi mengapa yang lama yang baik itu

diganti dengan yang negatif atau yang tidak baik

Itu tentulah salah sistem,

atau pemimpin tidak pandai menilai

dan tidak pandai mendidik rakyat

Bukan senang yang lama yang baik itu

hendak dikembalikan semula?!

Dan juga tidak semudahnya yang baru yang negatif itu

hendak ditumpaskan pula

Kalau bukan Tuhan campur tangan

dengan secara didatangkan pemimpin yang Dia tunjuk

mungkin seratus tahun lagi tidak akan selesai

Marilah kita berdoa dan berusaha agar pemimpin

yang Tuhan tunjuk itu datang segera

Semoga yang lama dapat dihidupkan semula,

yang baru dikekalkan juga,

di samping dimantapkan lagi iman dan taqwa

Maka lahirlah negara yang aman makmur

dan mendapat keampunan Tuhan

Itulah cita-cita kita

Page 473: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

450

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apabila saya merenung, memerhati, memikir, menganalisamengenai pergaulan manusia yang berbagai-bagai go-longan, peringkat dan kedudukan di dalam masyarakat,

kemudian banyaklah pengalaman-pengalaman, jawapan-jawapan, keputusan-keputusan yang saya dapati sama ada yangnyata mahupun yang tersirat. Di antara yang dapat saya pastikanwalaupun tidak boleh dihukumkan menyeluruh, tapi lumrahberlaku di kalangan golongan manusia di antaranya ialah sepertiapa yang disenaraikan di bawah ini:

1. Orang politik selalunya tidak setia berkawanOrang politik berkawan selalunya tidak setia. Mereka berkawanada maksud-maksud dan tujuan-tujuan peribadi. Apabila tujuanperibadi telah selesai atau sudah tidak ada lagi, maka sudah tidakberkawan lagi, bahkan adakalanya daripada asalnya kawanmenjadi musuh pula.

Kerana itulah orang politik itu berkawan payah mahu kekallama, betapalah hendak berkawan untuk sepanjang masa.Mereka sentiasa sahaja dapat kawan, kehilangan kawan, dapatkawan, kehilangan kawan. Kawannya sering bertukar ganti.Lebih-lebih lagi apabila bersara dari politik. Walau bagaimanabesar jawatannya di dalam politik seperti Perdana Menteri atau

PERKARA-PERKARAUNTUK DIRENUNGKAN

3

Page 474: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

451

KEMASYARAKATAN

menteri, kawan habis lari. Tinggallah seorang diri atau bersen-diri. Tiada siapa yang mahu berkawan lagi. Hingga terus dilupaisampai mati.

2. Ulama dan cendiakawan susah hendak berkawanYang susah berkawan di kalangan manusia pada hari ini ialahpara ulama dan cendiakawan. Lebih-lebih lagi untuk berkawansesama sendiri. Kita pun tidak berani hendak kata mengapaterjadi begitu.

Mereka, kalau bertemu manusia pun di majlis-majlis ilmuatau di majlis-majlis rasmi. Sedangkan mereka dikatakanpewaris Nabi atau bayangan Nabi. Padahal Nabi, orang rindumahu bertemu dengannya. Kalaulah Allah Taala tidak bataskandan tidak disiplinkan manusia tentang bagaimana mahu ber-jumpa Nabi di waktu hidupnya, sudah tentu baginda tidak adamasa untuk diri dan untuk anak isterinya.

Begitu pun Nabi selalu sahaja berjalan dan duduk-dudukdengan Sahabat-Sahabatnya. Nabi selalu membela fakir miskindan janda-janda. Apabila dua tiga hari ada Sahabat tidak ke-lihatan, Nabi pun mula bertanya-tanya, “Polan-polan itu mana,sudah beberapa hari tidak kelihatan? Sakitkah dia?”

Sepatutnya apa yang dilakukan oleh Nabi perlu dicontohioleh para ulama dan cendiakawan, tetapi ianya tidak berlaku.Orang tidak rindu hendak bertemu dan mereka pula bukansahaja tidak berkawan bahkan bergaul dengan manusia punsetakat di majlis rasmi. Apatah lagi mahu bergaul denganmanusia yang fakir miskin, terlalu jarang sekali.

Mengapa terjadi begitu? Saya tidak hendak memberi jawa-pannya. Jawablah sendiri.

3. Pengajaran dan didikan Islam hanya berlaku di majlisrasmi

Kita lihat di zaman ini masya-Allah, alhamdulillah, majlis-majlisdakwah, ceramah, majlis pengajian meriah merata negeri dannegara. Diisi oleh para ulama bebas mahupun ulama rasmi,pendakwah, penceramah bebas mahupun yang rasmi. Itu belum

Page 475: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

452

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

lagi melalui media cetak dan elektronik. Bergemalah perkataan-perkataan iman, Islam, akidah, taqwa, akhlak, mahmudah, maz-mumah, halal, haram, dunia, Akhirat, Syurga, Neraka, dosapahala, redha, sabar, fasik, zalim, soleh dan lain-lain lagi per-kataan dan istilah-istilah syariat.

Malangnya, sebahagian besar mereka itu, apabila bergauldengan anak, isteri, bertemu orang di majlis-majlis kematian dankenduri, di majlis makan bersama-sama kawan, bertemu dikedai-kedai makan dan kedai-kedai kopi, bertemu dengan ke-luarga di waktu-waktu tertentu, perkataan dan istilah-istilah taditidak kedengaran lagi. Istilah-istilah itu tidak dipakai lagi.

Sebaliknya apa yang diperkata, dibualkan, dibincangkan,kalau hendak dibandingkan apa yang diucapkan dari isi per-bualannya sudah terlalu berbeza. Seolah-olahnya mereka bukanulama, bukan tok guru, bukan pendakwah dan penceramah lagi.Seolah-olah bukan ahli agama lagi. Cerita mereka sudah samadengan orang biasa atau orang awam bercerita. Cerita tentangbola, gaji, pakaian, makan, minum dan cerita membeli-belah.Yang boleh tahan sedikit pun, cerita-cerita isu semasa. Ceritaagama, menyebut istilah-istilah agama tadi sudah tidak ke-dengaran lagi.

Apa yang kita faham di sini, ahli-ahli agama pun belum benar-benar menjiwai Islam. Belum mendarah daging. Jika agama itudijiwai dan mendarah daging, ia akan jadi tabiat dan ia akanterbawa di mana-mana. Apabila tidak mendarah daging, makadidikan secara tidak formal, tidak berlaku. Pengajaran danpendidikan Islam itu hanya berlaku di majlis-majlis rasmisemata-mata. Ia tidak berlaku di majlis-majlis tidak rasmi. Keranaitulah orang awam atau masyarakat umum lambat dapatdisedarkan kepada Islam.

4. Aktif berdakwah hanya apabila ada jawatanBanyak yang terjadi di kalangan ahli-ahli agama dan pendak-wah-pendakwah rasmi, mereka aktif menyampaikan risalahIslam di waktu masih memegang jawatannya. Apabila merekatidak memegang jawatan rasmi lagi sama ada kerana pencen

Page 476: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

453

KEMASYARAKATAN

atau berhenti atau diberhentikan, aktifnya menyampaikanrisalah sudah tidak berlaku lagi. Hilang begitu sahaja, tidak tahuke mana pergi.

Dia seolah-olah macam orang yang berjawatan seperti kerani,guru, pegawai penerangan atau kastam. Mereka itu, apabilatidak memegang jawatannya lagi, memanglah mereka tidak buatkerja mereka lagi. Apabila hal ini berlaku kepada mereka itu,memanglah kita tidak hairan kerana kerja-kerja itu hanya berlakudi tempat-tempat yang tertentu sahaja.

Kerja-kerja berdakwah tidak begitu. Agama merupakan pe-gangan hidup. Selagi hayat ada di badan, ia mesti dibawa kemana-mana. Maka berdakwah tidak sepatutnya terhenti apabilatidak lagi memegang jawatan rasmi.

Mengapa terjadi demikian? Saya pun tidak tahu. Kita bim-bang kalau Islam itu sekadar dijadikan alat atau tempat mencarimakan, wal’iyazubillah. Inilah dia di antara penyakit akhirzaman.

5. Wanita berjawatan tinggi ramai jadi andartuDi zaman moden ini atau di akhir zaman ini sudah banyak ber-laku dan mungkin akan bertambah banyak berlaku, wanita-wanita yang berpelajaran tinggi dan berjawatan tinggi, menjadiandartu. Bahkan ada sesetengahnya terus terlajak tidak berkah-win hingga mati.

Padahal mereka juga manusia macam orang lain. Fitrah me-reka adalah sama. Apa yang diperlukan oleh orang lain, diperlu-kan juga oleh mereka. Tentu mereka ingin berkahwin macamorang lain.

Dalam masyarakat Melayu atau dalam masyarakat Islam,yang biasa pergi meminang adalah orang lelaki. Ia dianggapsopan. Jarang berlaku perempuan meminang lelaki. Apabilasudah begitu budaya Melayu, maka kaum wanita tentu maluhendak meminang lelaki. Sepatutnya masyarakat yang baik,terutama kalau pemerintah itu bertanggungjawab, kenalahwujudkan organisasi masyarakat atau satu unit di dalam mana-

Page 477: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

454

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

mana kementerian untuk memikirkan hal ini. Kita patut ber-simpati dengan wanita-wanita itu.

Sepatutnya sebagai orang Islam, masalah orang lain dirasakanmasalah kita. Kesedihan orang lain adalah kesedihan kita. Olehyang demikian kita tidak boleh membiarkan keadaan itu berlakubegitu sahaja. Kita tidak boleh menganggap itu adalah masalahindividu. Ya, kalau itu masalah individu apalah salahnya kitabertolong bantu. Di sinilah buktinya ukhwah Islamiah. Kitaharap di masa yang akan datang tidak ada lagi di kalangan ma-syarakat Islam yang terbiar tanpa ada kerjasama daripadamasyarakat Islam.

6. Berderma secara rasmi telah jadi budayaSekarang ini telah menjadi trend atau menjadi budaya kalauderma itu tidak secara rasmi, di majlis yang rasmi dan tidakdimasukkan berita di dalam surat khabar atau TV, sesetengahorang tidak mahu menderma. Padahal derma adalah amalanIslam yang barang siapa melakukannya dengan penuh ikhlas,diberi pahala. Kalau inginkan nama atau glamour di dalammenderma, itu adalah menyalahi syariat Islam. Tiada pahalanya.

Di dalam Islam, sedekah kita atau derma kita atau kebaikankita itu disuruh sembunyi-sembunyikan agar kita dapat menjagahati daripada sifat-sifat mazmumah riyak dan ujub. Kecualilahkalau perkara-perkara itu ilmu, berita, peristiwa, sejarah danmaklumat-maklumat yang perlu disampaikan melalui mediamassa agar manfaatnya merata diperolehi oleh umum.

Page 478: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

455

KEMASYARAKATAN

SAJAK

Susahnya Mencari Kawan Yang Setia

Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia

Boleh berkawan waktu susah dan senang

Di waktu dukacita dan gembira

Di waktu kita buntu fikiran

dialah yang memberi pandangan

Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan,

diberi bantuan

Boleh memberi pertolongan sebelum diminta,

kerana faham masalah kawan

Apatah lagi apabila diminta

Waktu sakit diziarahi

Di waktu mendapat nikmat,

dia melahirkan kegembiraan

Kesusahan kawan kesusahannya

Kesedihan kawan adalah kesedihannya

Keluarganya dijaga dan diambil berat

tentang kehidupannya

Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga

Ia merasakan maruah diri sendiri juga

Apabila sudah agak lama tidak berjumpa

sudah bertanya-tanya

Apa halnya, apa masalahnya,

lama tidak berjumpa

Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji

di belakangnya

Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak diumpat

Mengutamakan kawan dari dirinya

Selepas mati keluarganya tetap dihubungi

Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung

Page 479: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

456

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Susah payah keluarga kawannya

selepas mati tetap ditolong

Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini

Macam kita gambarkan tadi

Penulis pun belum boleh setia dengan kawan

Aku memohon ampun kepada Tuhan

Kerana belum boleh setia dengan kawan

Lepas Asar

25 – 09 – 1999

Page 480: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

457

KEMASYARAKATAN

Telah menjadi fitrah semula jadi setiap manusia, suka ber-masyarakat dan berkawan. Setidak-tidaknya bermasya-rakat dan berkawan itu secara terpaksa kerana keadaan

kehidupan manusia itu memaksa manusia itu bermasyarakatdan berkawan. Manusia itu tidak seperti malaikat atau haiwanatau pokok kayu yang boleh hidup bersendirian kerana keadaanmanusia itu tidak mungkin boleh mengusahakan sendiri setiapkeperluan-keperluan kehidupan mereka.

Pengalaman atau realiti kehidupan manusia itu telah mem-beritahu kepada kita bahawa ada sebahagian kehidupan kita,orang lain yang mengusahakannya. Sepertimana juga sebaha-gian kehidupan orang lain, kita yang mengusahakannya. Iniberlaku sama ada secara langsung mahupun secara tidak lang-sung. Secara disedari atau tidak disedari. Justeru itulah manusiacenderung kepada bermasyarakat atau berkawan.

Namun demikian di akhir zaman ini, di antara perkara yangsusah hendak dicari, bahkan hampir mustahil untuk didapatiialah mencari sahabat. Untuk mencari kenalan adalah mudah.Nafsu dan sifat yang ada di dalam diri manusia itu yang kadang-kala menjadi punca payah hendak bersahabat atau setelah ber-sahabat, pecah semula kerana perangai negatif masing-masing.Sekalipun mudah mendapat kenalan sekampung, kenalan di

SUSAHNYA MENCARI SAHABAT

4

Page 481: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

458

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sebuah sekolah, kenalan dalam sebuah darjah, kenalan di tempatkerja, kenalan di dalam sebuah jemaah atau kenalan sepermain-an, tetapi untuk mendapat seorang sahabat pun amat susahsekali.

Bersahabat tidak sama dengan berkawan. Berkawan itu ikat-an di antara manusia yang agak longgar. Mungkin kawansepermainan sahaja. Diikat oleh permainan yang sama. Mungkinkawan sekerja. Di luar waktu kerja, tidak lagi berkawan. Sekadaritu sahaja. Mungkin kawan separti. Di luar parti, tiada kawanlagi. Mungkin kawan senasib. Apabila nasib sudah tidak sama,hilanglah kawan. Masing-masing membawa nasib. Selepas itutidak ingin pun hendak bertemu lagi.

Memang untuk mendapat seorang sahabat amat payah.Terlalu sulit. Buktinya dari pengalaman kita, sama ada diri kitaatau orang lain, tidak ada yang dapat berkawan dengan sese-orang itu berpanjangan. Adakalanya kita boleh berkawan waktusama-sama bersekolah di sebuah sekolah. Selepas habis perse-kolahan, tidak pun ingin bertemu.

Waktu sama-sama di tempat kerja, kita rapat dengan sese-orang. Selepas berpisah, sama ada tukar tempat kerja atau pen-cen, tidak ada pun satu sama lain ingin bertemu lagi. Kalau ber-temu pun secara tidak dirancang dan diduga.

Adakalanya kita berkawan rapat dengan seseorang. Selepasdia berkahwin atau kita berkahwin atau setelah sama-samasudah berkahwin, hilang kawan. Tidak ada pun minat hendakbertemu dan berjumpa. Jauh sekali terasa rindu-merindui,hingga hubung-menghubungi, ziarah-menziarahi dan beri-memberi. Tiada lagi hadiah-menghadiahkan, tolong-menolongdan bantu-membantu.

Ertinya susah sekali kita melihat seseorang itu bersahabatdengan seseorang sampai ke hujung. Yang sempadannya adalahmati. Sekalipun sudah menjadi lumrah atau budaya, selalusahaja seseorang itu berkata:

“Dia ini sahabat saya.”

Page 482: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

459

KEMASYARAKATAN

Sebenarnya apa yang diperkatakan itu bukan sahabat, hanyasekadar berkawan. Ikatan kawan longgar. Ikatan sahabat itukuat. Ikatan kawan hanya luaran atau dari luar saja sepertiberkawan kerana bersama memancing atau bersama memikatburung. Boleh jadi juga berkawan kerana sama-sama memper-juangkan nasib yang sama, seperti sama-sama menjadi ahli didalam kesatuan buruh dan lain-lain. Apabila nasib selesai atautidak dapat diselesaikan, masing-masing membawa diri. Tidakada ikatan lagi. Selepas itu adakalanya tidak pernah bertemusatu sama lain. Sudah tidak tahu-menahu lagi hingga sampaimati.

Mengapa berkawan tidak mahu kekal? Di mana salah dansilapnya? Sedangkan fitrah semula jadi setiap manusia memangsuka berkawan atau cenderung berkawan. Kerana hidup bersen-dirian tanpa kawan, banyak cacat dan kesusahan yang dihadapimanusia. Manusia yang banyak kawan, lebih ceria dan rianghidupnya daripada orang yang hidup bersendirian. Sebab itulahtabiat manusia suka berkawan. Walaupun begitu manusia iniselalu sahaja dapat kawan dan kemudian hilang kawan. Kawansilih berganti. Payah hendak kekal hingga mati. Mengapa? Adabeberapa sebab. Di antaranya:

1. Berkawan itu ada kepentingan peribadi.Sama ada kedua-dua orang yang berkawan atau salahseorangnya ada kepentingan peribadi. Mungkin berkawankerana kekayaan orang itu, atau kerana kekuatan orang ituyang mana kalau ada musuh, boleh tumpang berlindungatau menumpang pengaruhnya. Apabila tujuan tersebutsudah tiada lagi, berkawan sudah tidak diperlukan lagi.

2. Berkawan dengan sebab seagama, sebangsa, sekaum,sekampung, senegeri dan lain-lain.Berkawan apabila bertemu dengan orang yang satu kaumatau satu kampung atau satu negeri atau satu bangsa atauseagama (walaupun agamanya tidak dipraktikkan) di negeriatau negara lain yang asing pada mereka. Di waktu itumungkin mereka tidak boleh sesuaikan diri di segi agama,

Page 483: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

460

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bahasa, bangsa atau budaya di situ. Maka di waktu itu me-reka amat rapat berkawan kerana satu sama lain perlu-memerlukan lantaran sama-sama berdagang di negeri ataudi negara orang. Setelah berpisah atau setelah sama-samabalik ke negeri sendiri, walaupun bertemu tetapi hubunganrapat sudah tiada lagi.

3. Kawan kongsiBerkawan kerana berkongsi berniaga atau berternak untukhidup. Selama berkongsi bolehlah berkawan. Apabila sudahtidak berkongsi lagi, satu sama lain sudah macam oranglain sahaja. Tidak serapat dulu.

4. Kawan seasramaBerkawan waktu sama-sama duduk di asrama. Kebetulanpula berkongsi di dalam satu bilik atau duduk di pondokpengajian di dalam satu bangunan. Sama-sama memasakdan mentelaah. Setelah habis pengajian, berkawan sudahtidak berlaku lagi. Seolah-olah macam kenalan biasa walau-pun masih selalu bertemu.

5. Berkawan kerana takutBerkawan kerana duduk di satu kawasan yang banyakberlaku jenayah. Oleh kerana takut bersendirian maka ter-paksa berkawan. Setelah jenayah sudah tiada atau masing-masing berpindah, masing-masing membawa diri. Kalau-pun masih boleh bertemu tetapi tidak serapat dahulu.

Mengapa berkawan seperti yang digambarkan tadi tidakpernah kekal? Mengapa berkawan tidak berpanjangan? Tidakkekal berkawan secara itu kerana ikatan tidak kuat. Ia diikatoleh perkara luaran. Diikat oleh keperluan semasa. Diikat olehkeadaan yang memaksa. Ia bukan dijalin oleh ikatan hati yangmempunyai akidah yang sama, ada hubung kait dengan Tuhanyang kekal abadi dan untuk kepentingan kedua sahabat yangberkekalan hingga sampai ke Akhirat. Dengan kata-kata yanglain, ia bukan ikatan hati dua orang yang berkawan kerana AllahTaala. Orang yang berkawan kerana Allah Taala, kalau berpisahpun kerana Allah Taala. Suka dan benci pun kerana Allah Taala.

Page 484: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

461

KEMASYARAKATAN

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Tiadalah dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah itu, melainkan yang lebih dicintaiAllah itu, orang yang lebih banyak cintanya pada rakannya.”

Bersahabat kerana Allah Taala, ikatan amat kuat sekali. Iadiikat oleh satu akidah. Ia berkawan tidak ada kepentingan duniayang sementara ini. Mereka bersahabat kerana iman, akhlak dankerana ketaqwaan. Bersahabat seperti ini adalah kuat ikatannya.Biasanya sampai mati. Bersahabat seperti ini mendapat perlin-dungan di Mahsyar dari Allah Taala yang mana hari itu tidakada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Cinta kasih-Ku terlimpah di atas merekayang berkasih sayang kerana-Ku. Akan Kunaungi merekadi bawah naungan Arasy pada hari Kiamat yang mana padahari itu tiada naungan melainkan naungan-Ku.” (RiwayatAbiddunya)

Orang yang benar-benar bersahabat ada beberapa peringkat:

1. Sahabat secara umumIaitu sahabat yang berada di dalam satu perjuangan Islamatau di dalam sebuah jemaah Islam yang bercita-cita mene-gakkan Islam di dalam kehidupan individu, rumah tangga,masyarakat, negara dan seterusnya alam sejagat.

2. Sahabat secara khususSahabat secara khusus iaitu orang yang bersahabat denganlebih mendalam lagi kasih sayang dan ikatan jiwa satu samalain. Selain daripada diikat oleh sahabat secara umum, di-tambah pula kerana ada cita-cita bersama menegakkanIslam.

3. Sahabat yang dipersaudarakanSahabat ini lebih mendalam lagi kerana mereka ada mem-buat perjanjian antara satu sama lain. Bersaudara seolah-olah adik-beradik satu keturunan, dari satu ibu dan ayah.

Page 485: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

462

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Itulah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dikalangan para Sahabat.

Lanjutan daripada kisah mempersaudarakan para Sahabatyang dilakukan oleh Rasulullah SAW, baginda sendiri mengam-bil Sayidina Ali karamallahu wajhah sebagai saudaranya. SetelahRasulullah mempersaudarakan Sahabat-Sahabat Ansar danMuhajirin, Sahabat-Sahabat Ansar pun berkata:

“Harta benda kami (tanah dan kebun tamar), kami akanbahagi-bahagikan di antara mereka.”

Apabila Sahabat-Sahabat Ansar memungut hasil kebunkurma, mereka membahagikan hasil pungutan itu kepada duabahagian. Salah satu bahagian lebih banyak dari bahagian yangsatu lagi. Sahabat Ansar pun meletakkan pelepah-pelepah kurmadi bahagian bawahnya sehingga bahagian yang sedikit itu nam-pak lebih banyak daripada bahagian yang banyak tadi. Merekapun memberi bahagian yang kelihatan sedikit (tetapi padahakikatnya inilah yang lebih banyak) kepada saudara mereka,orang Muhajirin dan mereka mengambil bahagian yang mengan-dungi pelepah kurma itu.

Hal ini berterusan sehinggalah Islam semakin kuat dan men-dapat banyak harta lalu Rasulullah SAW telah menawarkankepada orang-orang Ansar harta-harta itu sebagai membalasbudi mereka. Sebaliknya Sahabat-Sahabat Ansar menolak sambilberkata, “Tidak, melainkan tuan membahagi-bahagikannyasama rata dengan saudara-saudara kami (orang Muhajirin).”

Ada seorang Sahabat Ansar bernama Saad bin Rabi’ telahdipersaudarakan dengan Sayidina Abdul Rahman bin Auf.

Saad berkata, “Ya saudaraku, aku adalah orang yang palingbanyak mempunyai harta di Madinah, maka lihatlah olehmukepada hartaku dan ambillah sebanyak mana yang kamu ingin-kan. Aku juga mempunyai dua orang isteri, lihatlah mereka, sia-pa di antara keduanya yang engkau sukai, aku akan mencerai-kannya untukmu.”

Akan tetapi Sayidina Abdul Rahman tidak sanggup mene-

Page 486: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

463

KEMASYARAKATAN

rimanya lalu berkata, “Allah memberkati kamu, harta dan ke-luarga kamu. Tunjukkan aku arah ke pasar.”

Lalu dia ditunjukkan jalan ke pasar dan Abdul Rahman binAuf pun berniaga sehingga mencukupi keperluan hidupnya.

Oleh itu, bersahabat besar ertinya. Kerana itulah RasulullahSAW memanggil pengikut-pengikutnya dengan perkataan Sa-habat. Padahal di dalam bahasa Arab ada perkataan lain yangmakna lahirnya agak sama, misalnya zamil atau rafiq.

Tetapi erti sahabat lebih mendalam dan mesra. Erti sahabat,orang yang sentiasa mengiringi kita, sentiasa ada di sampingkita atau selalu berdekatan dengan kita. Erti mengiring atausentiasa di samping atau berdekatan dengan kita itu, bukan ertiluaran sahaja. Bukan sekadar lahiriah sahaja tetapi batinnyasekali. Seperti mengiringi dan mendampingi hati kita. Dekatdengan hati kita.

Dengan kata yang lain, seseorang sahabat itu sentiasa memer-hati dan memikirkan kehidupan lahir sahabatnya seperti makanminum, pakaian, tempat tinggal, situasi tempat tinggal, sakitpening, susah payah dan pendidikannya. Bahkan dia juga sen-tiasa memahami psikologi atau batin sahabatnya seperti tentangperasaan, kegemaran, kebencian, kesukaan, kemarahan, siapaorang yang dia suka dan siapa orang yang tidak disukainya.Bahkan kenal anak isteri, keluarga, sahabat-sahabat dan musuh-musuh kepada sahabatnya itu.

Perlu kita faham itu semua agar dapat kita berkongsi samadengan sahabat, suka duka, masalah, kemahuan dan kebencianmereka. Agar perkara-perkara yang mereka perlukan bantuan,kita bantu. Manakala yang perlu dijauhi, sama-sama kita hindaridan jauhi. Jika perlu nasihat, kita beri nasihat. Apabila kitabersahabat, kenalah jaga perasaan mereka.

Selain itu kalau kita bersahabat dengan sesiapa, kita kenalahjujur dan amanah serta bertanggungjawab terhadap mereka.Sepertimana kita berlaku jujur, amanah serta bertanggungjawabkepada diri kita, begitu jugalah tanggungjawab kita kepada

Page 487: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

464

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

mereka dan keluarga mereka. Kita kenalah jaga mereka macamkita menjaga diri dan keluarga kita. Kalau begitu di antara syarat-syarat kita bersahabat ialah:

1. Kalau mereka susah, memerlukan bantuan, kenalah kitabantu sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun nasi-hat dan pandangan kita.

2. Kalau mereka meminta sesuatu, kenalah kita beri. Jika kitatidak mampu, minta maaflah kepadanya.

3. Kenalah ziarah selalu dan lihat-lihatlah apakah yang perlukita bantu.

4. Sewaktu ke rumahnya, bawalah buah tangan.

5. Berilah hadiah terutama di waktu-waktu yang sesuai sepertimereka mendapat anak, waktu perkahwinan dan sebagai-nya.

6. Di waktu sakitnya kenalah ziarah dan doakan kesembuhan-nya.

7. Di waktu mereka mendapat sesuatu yang menggembirakan,hendaklah kita juga lahirkan kegembiraan.

8. Di waktu mereka mendapat sesuatu kesusahan dan kese-dihan, hendaklah kita juga melahirkan rasa kesedihan dankesusahan sama.

9. Kebaikannya selalulah kita puji di belakangnya.

10. Kecacatan dan kekurangan atau keaibannya dan keluarga-nya, hendaklah kita tutup. Ertinya kita jangan mengum-patnya.

11. Kalau ada orang lain mengumpatnya di hadapan kita, kena-lah nasihat orang itu atau kita tinggalkan majlis itu.

12. Kalau dia mengajak kita menemaninya ke mana-mana, ke-nalah kita menerimanya kecuali kalau ada keuzuran yangtidak dapat dielakkan.

13. Kalau dia menjemput ke majlis, wajib kita menerima jem-putannya.

Page 488: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

465

KEMASYARAKATAN

14. Kenalah ziarah serta mengambil perhatian keluarganya se-lepas matinya.

15. Kenalah ziarah sahabat baiknya. Kalau boleh mengambilperhatian kehidupan keluarga mereka selepas matinya.

16. Selalu mendoakannya di luar pengetahuannya atau bukandi majlisnya.

17. Berilah kemaafan di atas kesalahan terhadap kita.

18. Mintalah maaf kepadanya di atas kesalahan dan kekurangandan kelemahan diri dalam menunaikan tanggungjawabterhadapnya.

PERINGKAT ORANG YANG BERTANGGUNG-JAWAB TERHADAP SAHABAT

Oleh kerana orang yang bersahabat itu tidak sama satu samalain di dalam menunaikan tanggungjawab terhadap sahabatnya,justeru itu bersahabat itu ada beberapa peringkat:

1. Golongan orang solehIaitu seseorang sahabat terhadap sahabatnya sekadar dapatmemberi tanggungjawabnya kepada sahabatnya apabiladiminta. Apabila sahabat itu memerlukan sesuatu, kalau diatahu, (sama ada dia tahu sendiri atau sahabatnya memberi-tahu atau ada orang lain memberitahu) dia akan memban-tunya. Dengan kata-kata yang lain dia akan membantu,memberi, menolong sahabatnya di waktu sahabatnya me-merlukan bantuannya.

2. Golongan muqarrabinIaitu seorang sahabat dapat memberi tanggungjawab terha-dap sahabatnya dengan memberi sesuatu kepunyaannya di-bahagi dua kepada sahabat-sahabatnya. Apa sahaja yangdia dapat, maka separuh untuknya dan separuh lagi untuksahabatnya. Dengan kata-kata yang lain setiap nikmat yangdia perolehi dia akan memberi sahabatnya separuh dari-padanya iaitu sama banyak atau dibahagi dua.

Page 489: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

466

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

3. Golongan siddiqinIaitu seseorang itu lebih mengutamakan sahabatnya dari-pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan ayat Al Quran:

Maksudnya: “Saudaramu yang sebenar ialah orang yangsentiasa berada di sampingmu, dia sanggup membahayakandirinya demi keselamatanmu, orang yang setiap masa bekerjauntuk keperluanmu, sanggup mengorbankan segala-gala un-tuk kepentingan dirimu.”

Dalam setiap hal dan keadaan, dia mesti mengutamakan sa-habatnya lebih dahulu daripada dirinya sendiri. Sebagai contoh,kalau di dalam masa yang sama dia dan sahabatnya sama-samamemerlukan duit, maka duit itu akan diberi kepada sahabatnya.Kalau dia memerlukan kenderaan, sahabatnya juga memerlukankenderaan, maka kenderaan itu akan diberi kepada sahabatnya.Kalau ada makan minum, di waktu itu dia memerlukannya,sahabatnya juga memerlukan, maka makan minum itu akandiberi kepada sahabatnya. Golongan ini lebih menyayangisahabatnya daripada diri sendiri.

Kalau dua orang yang berkawan tidak termasuk di dalamsalah satu sifat daripada tiga peringkat atau kategori golongantadi, dua orang tadi belum boleh dianggap sebagai orang yangbersahabat. Hanya sebagai kenalan atau kawan biasa sahaja.Belum boleh lagi dipanggil sahabat mengikut ukuran Islam.

Kesimpulannya, orang yang bersahabat kerana Allah, besarsekali keuntungannya di Akhirat. Kebaikannya, mari kita dengarapa kata Al Hadis.

1. “Kasihilah siapa sahaja di bumi ini nescaya akan mengasihikamu sesiapa sahaja (malaikat) yang di langit.”

2. “Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaatkepada manusia lain (termasuk meratakan kasih sayang).”(Riwayat At Tabrani)

3. “Kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalamSyurga ialah taqwa kepada Allah dan kebaikan budi pekerti.”

Page 490: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

467

KEMASYARAKATAN

4. Hadis Qudsi menyebut:Maksudnya: “Cinta Kasih-Ku patut diperolehi mereka

yang saling berkasih sayang kerana-Ku, cinta kasih-Ku patutdinikmati oleh mereka yang saling bersilaturrahim kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dikurniakan kepada mereka yangnasihat-menasihati kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dicu-rahkan kepada mereka yang kunjung-mengunjungi kerana-Ku, cinta kasih-Ku patut dinikmati oleh mereka yang salingmemberi kerana-Ku. Mereka yang saling berkasih sayangkerana-Ku dan pada jalan-Ku, (mereka) berada di atas mim-bar-mimbar di hari Kiamat dari cahaya suatu kedudukanyang diinginkan oleh para nabi, para siddiqin dan parasyuhada.” (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban, Al Hakim danAl Qudha’ie)

Daripada Hadis yang telah dinyatakan tadi, orang yang ber-sahabat kerana Allah Taala itu ada tiga perkara yang merekaperolehi:

1. Dikasihi oleh Allah dan seluruh penghuni langit.

2. Mendapat keredhaan Allah serta ganjaran pahala dan kurniayang besar dari Allah.

3. Mendapat perlindungan Arasy di hari Akhirat.

Page 491: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

468

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Mencari Kenalan Mudah,

Mencari Kawan Susah

Kalau kita duduk sekampung

kita berkenalan dengan orang kampung

berjumpa dan bertemu di masjid, kedai,

di rumah orang kenduri, di perselisihan jalan,

di dalam mengurus keperluan kita

Itu bukan kawan namanya

Itu adalah kenalan kita

Bertemu dan berjumpa di tempat kerja

masing-masing membuat urusan masing-masing

Sekali-sekala bertegur sapa

kemudian tidak ambil tahu satu sama lain

Itu juga kenalan

Orang yang kita temui di dalam perjalanan

di dalam menjalankan tugas kita

kita lihat dia, dia melihat kita

senyum dari jauh sahaja

Itu juga bukan kawan kita

Orang yang kita temui

di dalam perjalanan pergi kerja

berselisih di jalan sahaja, berkenalan tidak sempat

bahkan tidak tahu-menahu satu sama lain

lebih-lebih lagi itu bukan kawan setia

Tapi setengah orang di dalam berbual dengan orang

orang yang sekadar berjumpa itu dikatakan kawannya

Kalau ada orang bertanya:

“Polan-polan itu duduk di kampung ini,

Page 492: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

469

KEMASYARAKATAN

saya kenal dia di tempat kerja.”

Kita pun berkata, “Oh, itu kawan saya.”

Pernah di dalam pergaulan ada orang berkata dengan kita;

“Saya kenal si polan, si polan itu.”

Kita pun berkata, “Oh, dia itu kawan sepersekolahan saya.”

Begitulah seterusnya mudah kita berkata;

“Dia kawan saya, dia sekampung dengan saya.”

“Oh, dia itu kawan saya sama sedarjah dengan saya di waktu

belajar dahulu di sekolah menengah di tempat saya.”

“Dia itu kawan baik saya, sama-sama bekerja di dalam

tentera, lama bersamanya.”

Gambaran yang disebutkan tadi itu bukan kawan

Itu adalah kenalan

Mencari kenalan mudah, mencari kawan susah

Kawan di dalam Islam bukan sekadar satu agama,

sama-sama beragama Islam

Kawan itu selain seagama ia adalah sama-sama

mempunyai cita-cita agama

Kawan adalah seperjuangan di dalam satu jemaah

di bawah satu pemimpin menuju satu cita-cita,

cintakan Tuhan

Sikap kita dan dia adalah sama

Kesusahan kita kesusahan dia,

kesusahan dia kesusahan kita

Kegembiraan kita kegembiraan dia,

kegembiraan dia adalah kegembiraan kita

Kita dan dia bela-membela, keluarganya keluarga kita,

keluarga kita keluarganya

Masing-masing mengambil berat satu sama lain,

tengok-menengok, bantu-membantu sesama

Seolah-olah kita dan dia satu keluarga,

satu ibu dan satu bapa

Mati keluarganya diziarahi, kita mati,

keluarga kita diziarahi, silaturrahim berterusan

dan berpanjangan

Aib dia kita tutup, aib kita dia tutup

Page 493: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

470

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sayang-menyayangi, kasih-mengasihi

Lama tidak berjumpa rasa rindu

bila bertemu susah hendak berpisah

Mana ada orang yang kita bertemu semacam ini

Di sini baru kita faham mencari kawan itu susah,

hampir mustahil

Mencari kenalan mudah berlaku

Di sinilah rahsia mengapa umat Islam

di hari ini tidak boleh bersatu

Menjelang solat Jumaat

13 – 02 – 2004

Sajak 2

Cintailah Manusia Atas Dasar

Cintakan Tuhan

Alangkah indahnya berkasih sayang sesama kita

yang ada hubungan cinta dengan Tuhan

Kasih sayang begini adalah murni

Insya-Allah kekal abadi sepanjang hayat

hingga sampai mati

Kasih sayang sesama kita itu menjadi kuat

kerana diikat oleh kecintaan dengan Tuhan

Faktor Tuhanlah kasih sayang di antara dua insan

atau di antara sesama manusia

kekal abadi dan murni

Kasih sayang sesama manusia kalau mahu kekal

hubungan cinta dengan Tuhan kenalah kekal

Kasih sayang yang begini ia adalah sejati

sampai ke mati

Kasih sayang yang tidak diikat dengan

kecintaan kepada Tuhan, cinta palsu

Biasanya tidak kekal, tidak sampai ke mati

Sekalipun suami isteri

Page 494: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

471

KEMASYARAKATAN

Kalau kekal pun kerana keadaan memaksa,

indahnya tiada

Kasih sayang adik-beradik atau sanak saudara pun pudar

jika pengikatnya tiada iaitu cintakan Tuhan

Cintakan Tuhanlah rahsia cinta sesama manusia

kekal abadi dan murni

Cintakan Tuhanlah pengikat kasih sayang

hingga berpanjangan

Susah hendak diputuskan,

payah sekali hendak dihilangkan

Cintailah manusia atas dasar cintakan Tuhan

Ia bersih, murni dan sejati

Kekal abadi

Menjelang tidur

28 – 05 – 2003

Page 495: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

472

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Telah menjadi fitrah atau tabiat semula jadi manusia, setiaporang, setiap kaum atau bangsa ingin bersatu-padu. Bah-kan sebaliknya, tidak ada sesiapa pun walau apa kaum

dan bangsanya, yang suka pada perpecahan. Lebih-lebih lagikalau perpecahan itu hingga sampai membawa permusuhan danpeperangan.

Kalau sudah sampai perpecahan itu membawa permusuhandan seterusnya peperangan, ia akan menyusahkan semua pihak.Susah mencari rezeki, tidak aman di dalam perjalanan, tidaklelap mata tidur, payah mahu rehat, sentiasa bimbang, mungkinrosak harta benda dan terkorban nyawa. Kalau hidup pun, adayang cacat anggota, terhalang mencari kekayaan, terhalangmembangun dan membuat kemajuan.

Apabila perpecahan berlaku, terutama apabila membawapeperangan, manusia sudah hilang kebebasan, hidup dalamketakutan, jiwa tertekan, keluh-kesah dan gelisah. Oleh keranakesan daripada perpecahan itu buruk padahnya, besar risikonyayang hendak ditanggung oleh manusia dan kerosakan pulamungkin akan berpanjangan hingga kepada beberapa generasiyang kemudian, justeru itulah perpecahan itu sebenarnya adalahmusuh kepada manusia. Kerana itulah tidak ada manusia yangmahu dan suka.

RAHSIA BERSATUMENURUT ISLAM

5

Page 496: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

473

KEMASYARAKATAN

Fitrah semula jadi manusia memang ingin kepada hidupaman damai kerana di situlah rahsia kebahagiaan dan kehar-monian yang diidamkan oleh setiap manusia, tidak kira apa etnikdan bangsa. Justeru itulah manusia ingin kepada berpadu danbersatu.

MENGAPA MANUSIA INGINKAN PERPADUAN?

Telah menjadi fitrah semula jadi kepada setiap manusia tidakkira apa kaum dan bangsa bahawa manusia itu suka dan perlubergaul, bermasyarakat, bertemu dan berjumpa di antara satusama lain. Di antara sebabnya ialah:

1. Manusia tidak boleh hidup bersendirian, kerana bersen-dirian terasa sepi dan kekosongan. Apabila bertemu adaperbualan dan dari perbualan itu, fikiran dan hati sedikitterisi (terhibur) walaupun tidak kukuh.

2. Manusia hendak mendapatkan keperluan hidup. Palingtidak yang asas seperti makan, minum, pakaian, tempattinggal. Semua itu tidak mungkin dapat diusahakan sen-dirian melainkan dengan bantuan orang lain sama adasecara langsung mahupun secara tidak langsung.

3. Manusia tidak boleh lepas daripada menerima berbagai-bagai ujian hidup seperti sakit, miskin, ditimpa bencanaalam dan kematian. Oleh yang demikian, untuk menyele-saikan masalah itu, ianya tidak mungkin boleh dibuat tanpabantuan orang lain.

4. Manusia watak semula jadinya atau tabiat semula jadinyasering mengundang musuh dengan orang. Untuk menolakkejahatan musuhnya, manusia memerlukan pertolonganorang lain. Kalau begitu maka perlu adanya kawan danorang yang menolong.

5. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia, lelaki ada rang-sangan inginkan perempuan dan perempuan juga adarangsangan inginkan lelaki. Maka timbul perlu-memerlukan

Page 497: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

474

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

antara satu sama lain. Seterusnya terjadilah perkahwinandan pertemuan di antara dua keluarga.

6. Fitrah semula jadi manusia ingin membangun dan maju,maka lahirlah perhubungan antara buruh dengan majikan.Majikan perlukan buruh, buruh pula perlukan majikanuntuk dapat gaji.

7. Tabiat semula jadi manusia inginkan ilmu, maka timbullahkeperluan untuk mencari guru. Orang yang memberi ilmupula ingin memperpanjangkan ilmunya. Timbullah perlu-memerlukan antara satu sama lain.

8. Telah menjadi tabiat semula jadi, orang yang kuat dan pan-dai ingin jadi pemimpin, maka perlu pada pengikut. Orangyang lemah pula ingin perlindungan oleh seorang yang kuat(pemimpin). Di sini terjadilah saling perlu-memerlukan an-tara dua golongan ini.

Setelah kita mengkaji secara rambang, nyata dan jelas sekalibahawa manusia itu di dalam mengendalikan kehidupan, mere-ka memerlukan satu sama lain, sandar-menyandar, memerlukanbertolong bantu dan kerjasama. Kalau tidak, tidak boleh hidup.Sama ada suka atau tidak, terpaksa manusia hidup begitu. Kalau-pun fitrahnya tidak mendorong, namun keadaan hidup itumemaksa kepada perlu-memerlukan satu sama lain.

LOGIKNYA MANUSIA BERPADU DAN BERSATU

Setelah kita mengkaji kehidupan manusia serta dapat dibuktikandan dirasakan oleh pengalaman hidup kita bahawa manusia ituterpaksa hidup perlu-memerlukan antara satu sama lain, makamengikut logiknya manusia mesti bersatu padu. Apabila bersatupadu, tidak akan bergaduh, tidak akan berkrisis, tidak akanbersenget hati, tidak akan bermusuh-musuh, tidak akan jatuh-menjatuhkan dan tidak akan berperang sesama sendiri. Bahkansepatutnya mereka berkasih sayang. Dengan itu manusia mudahmengendalikan urusan kehidupan satu sama lain. Namun

Page 498: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

475

KEMASYARAKATAN

realitinya tidak begitu. Manusia itu sentiasa sahaja berpecah-belah dan bermusuhan sekalipun di dalam satu etnik dan satubangsa.

MENGAPA MANUSIA TIDAK BOLEH BERPADUDAN BERSATU?

Walaupun manusia itu antara satu sama lain perlu-memerlukan,sandar-menyandar, lengkap-melengkapi, namun demikianpayah manusia itu hendak disatukan. Mengapa? Kerana didalam diri manusia itu ada nafsu. Sifat nafsu itu sangat jahat disamping adanya syaitan yang sentiasa mendorong manusiabermusuhan satu sama lain. Di antara kejahatan nafsu ialahbersifat tamak, mementingkan diri dan kehendaknya tidakterbatas.

Nafsu itu berkehendak yang halal mahupun yang haram,yang baik mahupun yang buruk dan yang boleh mahupun yangtidak boleh. Apabila diperturutkan kehendaknya demi untukmencapai kehendak dan kemahuan, dia tidak kira cara haram,cara memerah tenaga orang, fitnah orang, burukkan orang,mengambil hak orang lain, menindas, menipu harta orang,menghina orang dan lain-lain. Begitulah setiap orang atau puakatau kaum di dalam satu bangsa, kalau tidak dibendung olehiman.

Oleh yang demikian, di dalam perlu-memerlu itu merekaberpecah. Di dalam bertolong bantu itu bersenget hati. Di dalamsandar-menyandar itu ada kepentingan diri. Di dalam gotong-royong itu ada pengkhianatan. Di dalam perkongsian, adapenipuan. Di dalam satu keluarga, satu jemaah, satu parti, satukaum atau satu bangsa, ada jatuh-menjatuhkan dan khianat-mengkhianati.

RAHSIA PERPADUAN

Bersatu dan berpadu bukan satu perkara yang mudah. Hendak

Page 499: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

476

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

menyatupadukan satu bangsa di dalam sebuah negara amatlahpayah. Untuk berpadu setakat satu keluarga atau di dalam se-buah rumah tangga pun sudah terasa sulitnya. Betapalah hendakmempersatukan rakyat di dalam sebuah negara dan lebih-lebihlagilah alam sejagat.

Mempersatukan manusia, jangan dianggap mudah. Janganfikir ia boleh berlaku kerana kita dari satu rumpun keturunan,satu etnik atau sedarah sedaging. Ia juga tidak mudah berlakuhanya kerana satu tempat lahir, satu ideologi atau kerana beradadi dalam sebuah parti atau jemaah.

Sebelum saya memaparkan rahsia perpaduan dan bersatuitu, saya ingin nyatakan lebih dahulu peringkat-peringkat per-paduan dan bersatu. Agar dapat kita faham bagaimanakah sebe-narnya yang dikatakan bersatu dan berpadu itu. Perpaduan danpersatuan itu boleh dibahagi kepada tiga kategori seperti yangkita senaraikan di bawah ini:

Pertama: Perpaduan dan persatuan setakat fizikal atau jasad.Dengan kata-kata lain, perpaduan dan persatuan secara luaransemata-mata. Ertinya ia tidak diikat oleh akal, fikiran dan jiwa.Hanya setakat diikat oleh keperluan semasa atau desakan-desakan hidup yang tidak dapat atau payah hendak dielakkan.Demi hendak menjaga nama baik, atau agar jangan dipulaukanorang, atau bimbangkan apa kata masyarakat setempat, jugaagar jangan sampai dimusuhi oleh orang ramai, maka dilaku-kanlah pertemuan fizikal. Contohnya dengan hadir sama didalam kerja gotong-royong, di majlis membuat ikrar, ikut samamengadakan majlis kenduri-kendara, hadir di majlis kematiandan hadir di mesyuarat kampung atau sekolah tempat anak-anak belajar. Dia juga akan hadir di pertemuan memperbin-cangkan masalah jenayah yang sangat menyusahkan dan meng-gugat keselamatan umum. Oleh kerana itu ketakutan bersamamaka dia hadirlah sama di dalam pertemuan dan perbincanganitu.

Pertemuan-pertemuan seumpama yang kita sebutkan di atasadalah perpaduan fizikal namanya. Ia diikat oleh faktor-faktor

Page 500: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

477

KEMASYARAKATAN

luaran atau oleh desakan-desakan atau keperluan semasa se-mata. Ia tidak diikat oleh persoalan dalaman seperti diikat olehsatu fikiran atau ikatan jiwa. Perpaduan dan persatuan seum-pama ini adalah ikatan yang longgar. Ia tidak kuat dan teguh.Ikatan-ikatan seumpama ini tidak dapat menghindarkan dari-pada sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, jahat sangka,khianat, mengadu domba, sombong, riyak, cari nama, glamour,pemarah, tamak dan lain-lain lagi. Ertinya manusia sentiasaterdedah kepada keretakan dan perpecahan. Sifat-sifat mazmu-mah tadi itulah pemecah belah perpaduan dan persatuan.

Perpaduan dan persatuan fizikal atau jasad semata-mata,tidak boleh diharapkan. Perpaduan dan persatuan seperti iniadalah reput dan rapuh. Perpaduan seperti ini adalah ibaratperpaduan buih di laut. Buih di laut itu, walau menggunungsekalipun, namun tidak kuat dan padu. Bila-bila masa sahajaboleh pecah. Datang angin sahaja, boleh pecah. Datang ombak,ia boleh pecah. Datang sampah sarap melanda pun, ia boleh pe-cah. Belum lagi dilanda oleh kapal-kapal besar dan ribut taufanyang kuat. Lebih-lebih lagilah akan berkecai, terbarai danterburai.

Menurut Islam, perpaduan fizikal yang tiada ikatan teguhdari dalaman diri manusia itu, belum boleh dikatakan perpa-duan atau bersatu. Ia berlaku disebabkan desakan dan keadaan-keadaan yang memaksa. Ia bukan diikat oleh satu fikiran danjiwa.

Kedua: Perpaduan dan kesatuan fikiran ialah perpaduan yangdiikat oleh satu pendapat dan satu pandangan. Biasanya ia ber-laku di dalam satu masyarakat setempat, sepuak, sejemaah atausatu bangsa dalam sebuah negara, di atas sesuatu perkara, projekatau sesuatu isu sahaja. Walaupun perkara itu diterima bersamaoleh semua orang atau oleh majoriti, perpaduan begini tidakberlaku terhadap semua hal dalam masyarakat itu. Pandangandan pendapat yang sama itu diikat oleh faktor-faktor dalamaniaitu akal fikiran, namun perkara yang disepakati itu adalah hal-hal luaran yang bersifat keduniaan. Kesatuan fikiran itu berlaku

Page 501: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

478

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

mungkin untuk keperluan-keperluan semasa. Apabila perkaraitu tidak diperlukan lagi, maka di waktu itu ikatan perpaduanitu sudah terungkai dengan sendirinya.

Lebih-lebih lagi apabila perpaduan itu dari ikatan akal fikiranatau ideologi semata-mata. Ia tidak akan membuang sifat-sifatmazmumah manusia seperti hasad, khianat, tamak, pemarah,bakhil, dendam, jahat sangka, mengumpat, memfitnah, mengata,menghina dan lain-lain lagi. Sedangkan sifat-sifat mazmumahtadilah yang menjadi pemecah belah manusia walaupun didalam sesetengah perkara, mereka sudah satu pandangan, satupendapat atau satu ideologi.

Oleh yang demikian, perpaduan akal fikiran atau ikatan ideo-logi juga tidak kukuh dan teguh. Ia juga boleh dikatakan per-paduan buih di lautan. Nampak menggunung tetapi rapuh.Nampak hebat tetapi tidak kuat. Sampah sarap sahaja pun sudahboleh memecahkannya. Betapalah apabila dilanda gelombangbesar atau kapal besar.

Justeru itu Islam belum boleh menerima perpaduan danpersatuan akal fikiran atau ideologi sebagai satu perpaduan dankesatuan umat Islam.

Ketiga: Perpaduan dan kesatuan yang diikat oleh satu keyakinanyang benar, yang mutlak dan bersifat kekal abadi. Yang tidakberkesudahan hingga mati. Perpaduan yang kekal abadi itudiikat oleh iman yang dihayati jiwa atau hati. Bukan setakat imansecara akal fikiran. Beriman kepada Allah Taala dan yang lain-lain lagi yang wajib diimani, secara penghayatan. Tidak perlusaya sebut di sini. Bagi orang Islam, sudah tentu sudah fahamsecara ilmunya. Kemudian diikat juga oleh syariat iaitu per-aturan-peraturan dan disiplin-disiplin kehidupan yang telahdisampaikan oleh Allah Taala kepada Rasul-Nya, yang ada didalam Al Quran dan di dalam Sunnahnya. Seperti disebut didalam firman Allah Taala:

Page 502: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

479

KEMASYARAKATAN

Maksudnya: “Hendaklah kamu semua berpegang teguhdengan tali Allah (syariat-Nya/agama Islam/Al Quran danSunnah) dan janganlah kamu semua berpecah belah (iaituberpecah belah dari beriman dan syariat-Nya).”(Ali Imran:103)

Di dalam ayat ini, ada beberapa perkara yang dapat kitafaham. Di antaranya:

1. Beriman dengan Allah Taala (diikat oleh iman/akidah).

2. Beriman juga dengan syariat-Nya (diikat oleh syariat AllahTaala di dalam semua hal di dalam kehidupan seperti ke-hidupan berkeluarga, bermasyarakat, berpendidikan, ber-politik, berekonomi, berpentadbiran, berjuang, bernegara,syariat Allah Taala adalah menjadi pengatur dan pendi-siplinnya).

3. Jangan berpecah belah dengan iman dan syariat-Nya.Dengan erti yang lain, jangan dengan sesetengah hukum-hukum yang Allah Taala turunkan atau datangkan kitaberiman dan dengan sesetengahnya lagi kita ragu. Begitujuga dengan sesetengah syariat-Nya kita amalkan sepertiibadah, zakat, puasa, haji tetapi di dalam berkeluarga, ber-masyarakat, berekonomi, berpendidikan, berpolitik, di da-lam pentadbiran negara dan lain-lain lagi, kita bersyariatkanakal, bersyariatkan ideologi atau pragmatisme. Ia masihbersifat ikatan akal fikiran ciptaan manusia. Bukan ber-syariatkan daripada Al Quran dan Sunnah dari Allah Taalayang Maha Bijaksana lagi Mengetahui.

Di sini barulah kita faham bahawa umat Islam kalau inginbersatu dan berpadu yang utuh dan teguh, hendaklah diikatsatu sama lain oleh iman atau akidah dan diikat oleh syariatAllah Taala atau peraturan-Nya secara global atau keseluruhan-nya. Kalau berlaku sebaliknya, terjadilah pecah-belah.

Apabila umat Islam diikat semuanya oleh satu akidah atauiman dan juga diikat oleh undang-undang dan perlembagaanAllah Taala di dalam seluruh kehidupan maka umat Islam telah

Page 503: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

480

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bersatu dan berpadu. Inilah dia perpaduan yang kuat dan teguhuntuk umat Islam. Perpaduan dan persatuan beginilah yang kitamesti usahakan dan perjuangkan. Kalau kita perjuangkan selaindaripada itu ertinya kita perjuangkan perpaduan yang umpamabuih di laut.

PERPADUAN TANPA IKATAN IMAN DAN SYARIAT

Kalau umat Islam di seluruh dunia ini tidak diikat oleh satuakidah dan satu syariat, tidak mungkin berlaku perpaduan dankesatuan. Ajaran Islam yang menetapkan begitu. Janganlah ber-tegang leher mengatakan umat Islam boleh bersatu tanpa ke-satuan iman/akidah atau syariat.

Umat Islam tidak akan boleh bersatu atas dasar ekonomi atauideologi. Justeru ekonomi dan ideologi tidak boleh membendungperpecahan. Ia tidak boleh membendung sifat-sifat mazmumahyang memecah-belahkan manusia kerana di dalam ajaran ideo-logi atau ajaran mengikut teori akal fikiran, tidak ada ajaran un-tuk takut atau cintakan Allah. Kalau manusia sudah tidak takutdengan Tuhan dan Neraka-Nya, apalagi yang boleh memben-dung manusia daripada melakukan kejahatan lahir dan batin?Kejahatan itulah yang memecahbelahkan kehidupan manusia,merenggangkan persaudaraan, menghancurkan perpaduan danpersatuan umat.

Oleh yang demikian jelaslah ajaran ideologi atau teori akalfikiran tidak akan boleh mempersatukan umat Islam keranaikatannya tidak ada. Kalaupun dikatakan ada, ia sangat reputdan rapuh. Justeru itu kalau di dalam sebuah parti, atau jemaah,atau sebuah negara sekalipun, kalau ikatan itu dari ajaran ideo-logi atau ajaran teori akal fikiran, maka umat Islam tidak akanboleh bersatu. Bahkan dalam sebuah parti Islam sekalipun, kalauiman itu tidak benar-benar dihayati dan syariat Islam berjalansecara longgar di kalangan ahli-ahlinya, ia juga tidak akan me-lahirkan perpaduan dan kesatuan umat Islam yang kuat danutuh di dalam parti itu.

Page 504: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

481

KEMASYARAKATAN

PERPADUAN ADALAH IKATAN JIWA

Setelah agak panjang lebar kita membahaskan perpaduan dankesatuan umat, fahamlah kita bahawa perpaduan di kalanganumat Islam itu asasnya adalah ikatan jiwa yang satu akidah atausatu iman, yang benar-benar dihayati oleh setiap jiwa orangIslam. Bukan sekadar akidah atau iman berdasarkan akal fikiransemata-mata tetapi akidah atau iman yang benar-benar menda-tangkan cinta kepada Allah Taala. Juga yang benar-benar men-datangkan rasa takut dan gerun dengan Allah Taala. Diikat pulaoleh syariat sebagai disiplin kehidupan.

Apabila asas ikatan ini wujud dengan teguhnya maka ke-satuan fikiran dan perpaduan fizikal itu memperindahkan lagiperpaduan itu. Ia bertambah lengkap dan kemas. Sebaliknyakalau perpaduan yang asas tadi tidak wujud atau lemah, makaperpaduan fikiran dan fizikal tidak menambahkan apa-apakepada perpaduan dan kesatuan umat Islam.

Ikatan jiwa yang ditunjangi oleh akidah dan iman yang di-hayati amatlah teguh kerana ikatannya terus kepada Allah Taalayang kekal abadi. Ikatan jiwa yang sama-sama berhubungdengan Allah, ia tidak reput dan tidak rapuh kerana Allah SWTyang Maha Mencipta itu, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.Dia tidak bersifat baharu seperti makhluk yang mempunyai sifat-sifat kelemahan. Sesiapa yang bersandar dengan makhluk pastilemah dan siapa yang bersandar terus dengan Allah Taala, pastikuat dan teguh.

Ikatan jiwa di kalangan umat Islam diikat oleh akidah atauiman yang satu. Itulah dia yang dikatakan kesatuan jiwa. Ke-satuan jiwa dengan Tuhan tidak ada kepentingan dunia. Apabilatidak ada kepentingan dunia, penyakit pecah belah tidak akanwujud. Apabila penyakit pecah belah tidak wujud, perpaduandan kesatuan umat Islam selamat dari bahaya pecah belah keranayang memecahbelahkan manusia itu ialah dunia dan matabendanya. Kalau jiwa sudah terpaut dengan dunia dan matabendanya, timbul tamak, lahir penyakit bakhil, datang penyakitrebut-merebut dan saing-menyaingi. Kemudian datang hasad

Page 505: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

482

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dengki, sakit-sakit hati pun timbul, marah-memarahi, dendam-berdendam, fitnah-memfitnah dan umpat-mengumpat.Akibatnya pecah belahlah umat.

Kesatuan akidah atau iman ertinya cinta dan takutkan AllahTaala. Ia tidak menjadi rebutan dan tidak berlaku saingan. Se-makin masing-masing kuat cintakan Allah Taala atau makin kuattakutnya kepada Allah Taala, semakin bersatu dan berpadulahumat Islam. Cuma yang akan jadi tidak senang ialah orang yangtidak beriman atau orang yang sudah lemah iman. Daripadamereka sahajalah lahir hasad dengki terhadap orang yang kuatcintanya kepada Allah Taala.

TIDAK MESTI BOLEH BERSATU DALAMSATU PARTI

Parti atau sebuah organisasi adalah satu mekanisme atau satualat. Dari situ diharapkan ada usaha untuk menyatupadukanumat Islam. Begitu pun perlu diingat, apabila sekumpulan umatIslam itu sudah berada di dalam sebuah parti atau organisasi,kita tidak boleh menganggap mereka itu sudah bersatu dan ber-padu. Cuma tenaga telah dapat dikumpulkan. Terpulanglah ba-gaimana pemimpin dalam parti itu untuk menyatupadukan jiwamereka dengan ikatan akidah atau iman dan syariat. Kemudianbagaimana pula hendak digunakan tenaga mereka yang sudahdapat dikumpulkan itu untuk menegakkan Islam dalam semuaaspeknya. Setidak-tidaknya dalam parti Islam terlebih dahulu.

Sekalipun dasar perjuangan sebuah parti atau organisasi ituadalah Islam yang bersumberkan Al Quran dan Al Hadis, namunbukan mudah hendak disatukan fikiran, lebih-lebih lagi jiwamereka dengan ikatan akidah atau iman yang kental dan ikatansyariat Islam yang syumul. Sama ada di dalam individu ahli-ahlinya, keluarganya atau di dalam jemaahnya, sebelum berlakuikatan yang lebih luas lagi di luar parti. Ini kerana ada beberapahalangan lagi. Di antaranya:

1. Bukan senang hendak memberi faham kepada seluruh ahli

Page 506: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

483

KEMASYARAKATAN

terhadap Islam yang syumul atau global itu di semua aspekkehidupan berdasarkan Al Quran dan Sunnah.

2. Setelah diberi faham secara menyeluruh kepada anggotaparti, yang lebih sulit lagi adalah untuk diamalkan di ka-langan anggota parti sama ada secara individu, keluargadan di dalam jemaah itu agar Islam itu benar-benar wujudterserlah di dalam jemaah. Agar kemudian mudah pula kitamengajak orang lain.

3. Ia memerlukan seorang pemimpin parti atau jemaah yangbenar-benar berkarisma dan berwibawa seperti mempunyaiilmu Islam yang cukup, faham isu semasa, pandai mendidikahli-ahli parti atau jemaah, mempunyai sifat-sifat taqwa danakhlak yang tinggi agar mudah dicontohi oleh pengikutserta mempunyai berkat agar layak mendapat bantuan dari-pada Allah Taala.

4. Mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa sahajatidak cukup kuat. Perlu juga satu team kepimpinan di dalamparti itu yang membayangi peribadi pemimpin nombor satuagar dapat membantu pemimpin dan ditaati oleh pengikut.

5. Kalau kepimpinannya lemah, maka lemah pula dalam me-mimpin dan mentarbiah anggota jemaah. Di waktu itu akanjadilah anggota jemaah terbiar. Sesetengah ahli serius meng-amalkan Islam, sebahagian besarnya tidak. Sebahagiannyacukup kuat menjaga syariat tetapi lebih ramai pula yangcuai. Sebahagian ahli kuat menjaga halal dan haram mana-kala sebahagian lagi longgar menjaga halal dan haram. Inibererti anggota-anggota parti belum boleh dikatakan bersatulagi di dalam parti itu mengikut takrif Islam kerana tidakada keselarian dan keselarasan di kalangan ahli-ahlinya didalam mengamalkan syariat dan hukum-hakam Islam.

AKIDAH DAN SYARIAT MENGUATKANIKATAN PERSAUDARAAN

Apabila akidah atau iman dan syariat begitu kuat dan teguh

Page 507: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

484

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

mengikat di kalangan anggota parti, jemaah atau satu masya-rakat, di waktu itu akan terjadilah di kalangan umat Islam didalam jemaah atau masyarakat itu sepertimana yang digam-barkan oleh Hadis.

Maksudnya: “Perumpamaan orang mukmin itu di dalamkasih sayang, cinta-mencintai dan berlemah-lembutnya dikalangan mereka itu adalah seperti jasad yang satu, apabilasatu anggota sakit, seluruh anggota akan merasa sakit.”

Ini memberi erti atau menggambarkan bahawa jika anggota-anggota sebuah jemaah Islam itu benar-benar beriman danbersyariat, lahirlah satu perasaan hati di antara satu sama lainbahawa kegembiraan dan kesusahan boleh dikongsi bersama.Kesenangan yang berlaku pada seorang anggota parti, jemaahatau masyarakat, orang lain ikut sama rasa senang dan gembira.Begitu juga apabila ada kesusahan menimpa seseorang pula,orang lain ikut serta merasa susah dan bersedih hati.

Apabila perkongsian hati dan perasaan itu wujud di kalanganumat Islam, di waktu itu akan wujud satu masyarakat yang amatindah. Iaitu orang yang kaya akan membantu orang miskin dansusah tanpa diminta. Orang yang miskin dan susah pula tidaksuka meminta-minta kecuali terpaksa sangat dan mereka tetapsabar. Orang tuanya dan pemimpin akan dihormati dan dimulia-kan. Kanak-kanak dan orang bawahan akan dikasihi dan diberisimpati. Orang-orang muda berakhlak tinggi dan memberi khid-mat dengan tenaga kepada masyarakat tanpa diprogramkan ataudiarah-arah. Ahli-ahli ilmu suka memberi khidmat dengan ilmu-nya tanpa minta dibayar tetapi tidak salah pula kalau merekamengambil jika diberi. Ulamanya adalah laksana obor menerangimasyarakatnya dengan ilmu dan nasihat serta suri teladannya.Gadis-gadis dan perempuan bersifat malu, menjaga kehormatan-nya dan tidak ada orang yang akan menodainya. Pemimpin,para ulama, pembesar-pembesar serta orang-orang kaya meren-dah diri, menjadi payung kepada masyarakat atau kepada je-maahnya. Setiap anggota masyarakat atau jemaah memikirkandan mengutamakan orang lain lebih daripada dirinya sendiri.

Page 508: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

485

KEMASYARAKATAN

Kalau wujudlah masyarakat, jemaah atau parti umat Islamseperti yang telah digambarkan tadi, sudah tentu hasad dengkipadam dengan sendiri. Penzaliman lenyap, marah-memarahihilang, tamak, bakhil terhapus sama sekali. Riyak dan sombonghilang dengan sendiri. Dendam-mendendam, kata-mengata,umpat-mengumpat, hina-menghina dan jatuh-menjatuhkantidak berlaku. Itulah dia kesan daripada berlakunya kesatuanhati setelah diikat oleh iman yang kuat dan syariat yang dihayati.Masyarakat sedemikianlah yang setiap umat Islam wajib mem-perjuangkannya.

Page 509: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

486

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Mencintai Tuhan Rahsia Perpaduan

Berjuang ertinya mengenalkan manusia,

Allah adalah Tuhannya

Agar Tuhan disembah, diagung, dicintai dan diingati

Hingga manusia merasakan Tuhan adalah idolanya

Supaya hidupnya, matinya, tidak lain melainkan

untuk Tuhannya

Untuk memuja dan membesarkan Tuhan,

syariat adalah jalannya

Apabila Tuhan menjadi idola

Manusia berlumba-lumba mencintai Tuhan

untuk keredhaan-Nya

Dari setiap manusia yang sama-sama mencari Tuhan,

akan terjalin persaudaraan

Makin ghairah manusia mencintai Tuhan,

makin rapat manusia berkawan

Ukhwah, perpaduan, adalah buah dari manusia

sama-sama mencintai Tuhan

Kalau begitu persaudaraan

tidak perlu dikumandangkan

Ukhwah tidak payah dislogankan

Kasih sayang sesama manusia

tidak perlu disibuk-sibukkan

Berjuanglah mengajak manusia mencari Tuhan

Berjuanglah mengajak manusia mencintai Tuhan

Automatik persaudaraan terjalin

Automatik ukhwah dan perpaduan akan berlaku

sesama insan

Itulah dia rahsia persaudaraan

Page 510: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

487

KEMASYARAKATAN

Itulah dia rahsia ukhwah dan perpaduan

Iaitu manusia sesama manusia

menjadikan Tuhan idolanya

Sama-sama meminati Allah sebagai Tuhannya

Mencari keredhaan Tuhan adalah rahsia perpaduan

Sajak 2

Rahsia Perpaduan

Cintailah Allah Tuhan pencipta manusia

Cinta sesama manusia akan terjadi dengan sendiri

Cintailah Allah,

cinta manusia tidak perlu diperjuangkan

Dia akan tercetus secara automatik

Cintailah Tuhan, kasih sayang dan perpaduan

sesama manusia akan terjalin

Takutilah Tuhan

Nescaya manusia akan takut melakukan

kesalahan sesama manusia

Lebih-lebih lagi dengan Tuhan

Takutnya itu dia tidak akan melanggar perintah-Nya

Cinta dan takut dengan Tuhan rahsia perpaduan

Anak kunci kasih sayang sesama manusia

Kerana kasih sayang dan perpaduan

adalah kerja jiwa

Bukan hubungan fizikal,

fizikal mengikut sahaja

Apabila hati dan jiwa hubungannya

dengan Allah begitu mesra

Automatik hubungan dan kemesraan

sesama manusia terjalin sama

Rahsia itulah yang tidak diketahui

oleh golongan sekular

Yang mengagungkan fikiran dan mengabaikan jiwa

Page 511: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

488

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Yang memuja akal tapi hatinya dimatikan

Fikirannya bercahaya tapi hatinya gelap gelita

Akibatnya kegelapan di dalam cahaya

Kerana cahaya terlalu terang

membutakan matanya

Macam matahari terlalu kuat cahayanya

Tidak mampu mata memandang dan melihatnya

Begitulah golongan sekular

Kerana akalnya terlalu terang,

membutakan hati atau jiwanya

Maka tersesatlah dia daripada kebenaran

Bergelaplah dia di dalam terang

Page 512: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

489

KEMASYARAKATAN

Setiap manusia fitrah semula jadinya inginkan keadilan.Kerana keadilan itu satu perkara yang berharga danpenting. Justeru itu, begitu serius manusia memperjuang-

kannya dari sejak wujudnya manusia hingga kini. Bahkan akanterus diperjuangkan sambung-bersambung hingga ke hariKiamat.

Memang di antara sifat-sifat mahmudah (sifat terpuji) yangselalu diperkatakan orang di dalam pidato-pidato, di dalamtulisan-tulisan dan di dalam perbincangan-perbincangan adalahsifat adil. Bukan sahaja umat Islam yang menyebutnya bahkansemua kaum dan bangsa.

Kita pun hairan juga mengapa semua kaum dan bangsa dikalangan manusia, sangat memperjuangkan sifat adil. Sifat-sifatmahmudah yang lain seperti pemurah, berkasih sayang, ikhlas,mengutamakan orang lain, pemaaf, meminta maaf, merendahdiri, bertimbang rasa, sabar dan lain-lain lagi tidak pula begituserius diperkatakan apatah lagi untuk diperjuangkan dandijadikan slogan antarabangsa.

Sifat adil itu hampir setiap hari kita dengar dan baca melaluikhutbah, ceramah, media elektronik dan media cetak. Perkataankeadilan itu diucapkan dan ditulis oleh semua golongan ma-nusia, tidak kira dia Islam atau bukan Islam.

ISLAM DAN KEADILAN

6

Page 513: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

490

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Berbagai-bagai bentuk perkataan yang kita dengar mengenaikeadilan itu. Antaranya:

“Kita mesti adil.”

“Itu tidak adil.”

“Keadilan belum begitu wujud lagi.”

“Kita mahu keadilan yang menyeluruh.”

“Belum ada keadilan ekonomi dan politik.”

“Mari kita perjuangkan keadilan.”

“Dia itu pejuang keadilan.”

“Selagi ada diskriminasi, keadilan tidak akan wujud.”

Dan lain-lain lagi susunan bahasa mengenai keadilan sebagaislogan di dalam pidato dan tulisan.

Lebih-lebih lagi jika berlaku krisis politik dan ekonomi didalam sesebuah negara atau apabila ada pemimpin yang dipecatdan ada pegawai kerajaan yang dibuang kerja maka perkataankeadilan itu akan diperkatakan oleh golongan-golongan tertentumelalui pidato-pidato atau tulisan-tulisannya. Kejadian itu akandisebut sebagai adil atau tidak adil mengikut pandangan danpertimbangan masing-masing.

KEADILAN YANG BELUM BERSIFAT GLOBAL

Kalau kita teliti dan perhati perkataan keadilan yang biasa di-kumandangkan dan digembar-gemburkan oleh sesetengahpihak di seluruh dunia, jelas menunjukkan bahawa keadilanyang disebut atau diperjuangkan itu tidak bersifat menyeluruhatau global. Keadilan yang diperbesar-besarkan itu hanya dibidang-bidang atau di sudut-sudut tertentu sahaja, seperti ke-adilan di bidang politik, ekonomi, jawatan dan pemberian bia-siswa. Kalaupun ada di bidang-bidang lain, ianya tidak begituserius diperkatakan. Bahkan di dalam sesetengah hal dan ke-adaan, perkataan keadilan itu ditimbulkan apabila ia menimpaorang-orang yang berjawatan besar. Ketika itu barulah soalkeadilan itu dihebohkan atau diperbesarkan. Sebaliknya, jika

Page 514: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

491

KEMASYARAKATAN

berlaku kepada orang-orang bawahan atau rakyat jelata, ia tidakpun diperbesarkan.

Bahkan adakalanya apabila berlaku ketidakadilan atau diskri-minasi kepada golongan bawahan, tidak ada seorang pun yangmengambil tahu atau membuat liputan dalam media massa.Mungkin ada yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu kerana yangtidak dapat keadilan itu bukan dari golongan atau konco-konco-nya. Namun demikian ada orang menyatakan dia itu adalahpejuang keadilan. Itu menunjukkan orang yang menggelarkanseseorang itu pejuang keadilan pun belum faham erti keadilanyang sebenar.

KEADILAN YANG BERSIFAT GLOBAL

Islam melihat bahawa keadilan itu adalah salah satu sifat mah-mudah atau sifat terpuji. Ia adalah bersifat menyeluruh dan glo-bal. Sifat ini tidak hanya berkaitan aspek-aspek tertentu sahaja.Selain bersifat sejagat, ia juga adalah berkait dengan semuaaspek, hal dan keadaan.

Ia mesti berlaku di dalam politik, ekonomi, pendidikan, pen-tadbiran, ketenteraan, perjawatan, kebudayaan, kemasyarakat-an, penganugerahan, khidmat cemerlang, akhlak atau moral danlain-lain lagi merangkumi seluruh aspek kehidupan manusiasama ada yang lahir mahupun yang batin. Sama ada yang ber-sifat fizikal mahupun yang bersifat maknawiah dan rohaniah.

Erti keadilan itu sangat luas fungsi atau kedudukannya didalam kehidupan manusia terutama di dalam kehidupan ber-masyarakat. Manusia itu bukan sahaja mesti adil kepada oranglain tetapi juga mesti adil pada diri sendiri dan anggota-anggo-tanya, lahir dan batin.

MENGAPA KEADILAN TIDAK DIPERJUANGKANSECARA GLOBAL?

Pada hari ini, keadilan itu tidak diperjuangkan secara global dan

Page 515: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

492

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sejagat walaupun sifat adil itu bertaraf sejagat. Keadaan ini ber-laku kerana beberapa sebab seperti berikut:

1. Mungkin ramai orang yang belum faham erti keadilan yangsebenarnya.

2. Kerana manusia itu susah hendak lari atau keluar daripadakepentingan diri, keluarga dan kelompok-kelompoknya, go-longan, kaum dan bangsanya, maka masing-masing lebihmenekankan keadilan itu untuk kepentingan diri dan ke-lompok-kelompoknya sahaja.

3. Setiap kelompok itu mentakrifkan atau mendefinasikanmengikut kefahaman, ideologi, agama pegangan masing-masing atau akal fikiran masing-masing. Bukan mengikuttakrif Islam yang luas lagi sempurna.

4. Ada golongan tertentu yang memperkatakan tentang ke-adilan itu bertujuan hendak menjatuhkan individu yangtertentu, puak atau parti yang tertentu kerana hasad dengki,sakit hati atau kerana itu musuhnya.

5. Ada golongan memperjuangkan keadilan setelah tersepit,dibuang daripada jawatan atau dizalimi. Maka mulalahmereka menggembar-gemburkan keadilan. Kalau tidak me-nimpa diri dan golongan sendiri, mereka pun tidak minathendak menyebut dan memperjuangkannya

6. Ada golongan yang takut untuk perjuangkan keadilan se-cara global kerana bimbang kalau keadilan itu disarankanatau diperjuangkan kepada semua pihak, akan ada nantigolongan yang bangun dan maju.

7. Disebabkan takut dan bimbang risikonya ditekan dan disu-sahkan kalau keadilan secara global yang diperjuangkan itumencabar golongan yang berkuasa atau kuat.

Secara umumnya inilah di antara sebab-sebab mengapapejuang-pejuang yang ingin menegakkan keadilan, kelihatantidak bersifat global dan menyeluruh. Maka orang menjadibingung dan keliru. Lebih-lebih lagi apabila mereka tidak tahubagaimana memperjuangkan keadilan secara tepat.

Page 516: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

493

KEMASYARAKATAN

ERTI KEADILAN

Mengikut bahasa, di antara erti adil itu ialah sama rata di antaradua perkara. Seimbang di antara dua keadaan atau mengimbangibebanan.

Erti keadilan mengikut istilah syariat Islam ialah meletakkansesuatu itu pada tempatnya.

Maksud keadilan mengikut istilah syariat itulah yang diperin-tahkan oleh Allah SWT di dalam beberapa ayat. Di antaranya,firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala menyuruhmu,supaya kamu membayarkan amanat kepada yang empunyadan apabila kamu menghukum antara manusia, hendaklahkamu hukum dengan adil.” (An Nisaa’: 58)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh melaku-kan keadilan dan berbuat kebajikan serta memberi kaumkerabat dan melarang berbuat yang keji dan yang mungkardan kezaliman.’” (An Nahl: 90)

Maksudnya: “Maka jika salah satu dari keduanya ter-aniaya kepada yang lain, hendaklah kamu perangi (go-longan) yang membuat aniaya, hingga kembali kepada pe-rintah Allah dan hendaklah perdamaikan antara keduanya

Page 517: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

494

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dengan keadilan dan hendaklah kamu berlaku adil.” (AlHujurat: 9)

Di sini dapatlah kita faham bahawa apa saja yang kita lakukansama ada orang atau barang atau benda atau perkara, sama adayang bersifat maddi (material) mahupun bersifat maknawi ataurohani, jika dapat diletakkan pada tempatnya, inilah yangdikatakan adil. Kalau berlaku sebaliknya maka dinamakan zalimkerana lawan adil itu ialah zalim. Perkataan zalim itu berasaldaripada zulmat ertinya gelap atau kegelapan.

Orang yang bertindak di dalam kehidupan tidak meletakkansesuatu perkara atau perbuatan sama ada yang bersifat lahirmahupun yang batin, yang bersifat material (maddi) atau bersifatmaknawi atau rohani, pada tempatnya, dia dianggap orang yanghidup di dalam suasana yang gelap, yang tidak ada panduandan pedoman hingga selalu sahaja tersilap, tersasul, tersalah,tergelincir dan terjatuh. Ertinya hidup di dalam keadaan kelam-kabut dan huru-hara.

Kalau begitulah erti adil atau keadilan menurut Islam iaitumeletakkan sesuatu itu pada tempatnya, ertinya adil atau ke-adilan itu bukan ertinya sama rata atau dua benda yang sama-sama sukatan atau dua benda yang sama ukurannya.

Di sini ditegaskan, keadilan itu ialah meletakkan sesuatu padatempatnya. Ia melibatkan banyak perkara. Di antaranya:

– Mengenai orang

– Mengenai benda

– Mengenai masa atau keadaan

– Mengenai perbuatan atau tenaga

MENGENAI ORANG

Kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas sesuai denganprofesyen, kebolehan dan kemampuannya, itulah dikatakan adil.Sebaliknya, kalau seseorang itu diberi jawatan atau tugas bukan

Page 518: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

495

KEMASYARAKATAN

pada tempatnya, ertinya tidak sesuai dengan ilmu dan kemam-puannya, itu tidak adil namanya. Apabila tidak adil, zalimlahnamanya iaitu lawan bagi adil.

MENGENAI BENDA

Contohnya Al Quran atau kitab. Jika ia diletakkan pada tempat-nya iaitu di tempat yang tinggi lagi mulia, sesuai dengankemuliaannya, itu dinamakan adil. Sebaliknya kalau tidak di-letakkan pada tempat yang mulia atau tinggi iaitu diletakkan ditempat yang hina seperti di tandas, di dapur, di tempat yangkotor atau terdedah kepada tempat lalu-lalang manusia sehinggaboleh terlanggar, terlangkah atau tersepak, itu adalah perbuatanzalim dan jatuh berdosa.

MENGENAI MASA

Katalah waktu Maghrib, masa itu mestilah digunakan pada tem-patnya iaitu bersembahyang. Sebaiknya sembahyang berjemaah.Itu adalah adil. Sebaliknya kalau waktu Maghrib itu diisi denganperbuatan lain, sekalipun yang halal seperti berniaga, apatahlagi diisi dengan perbuatan yang haram seperti mencuri, itudianggap zalim. Maka jatuh kepada dosa.

MENGENAI PERBUATAN ATAU TENAGA

Sebagai contoh, kita disuruh berbuat, bertindak, berusaha ke-pada yang sesuai pada tempatnya. Misalnya berbuat perkarayang disuruh oleh Allah SWT seperti menolong orang, berdak-wah, mengajar, membaca Al Quran, bersembahyang, bersilatur-rahim, menziarahi orang yang sakit, bergotong- royong di dalammembuat baik dan mencegah kemungkaran. Paling tidak mem-buat perkara-perkara yang harus seperti berehat atau tidur. Makaitu dikatakan adil.

Sebaliknya jika perbuatan atau tenaganya digunakan bukanpada tempatnya seperti digunakan untuk berjudi, mencuri,

Page 519: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

496

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

memukul orang, berzina, memegang orang yang bukan muh-ram, bergaul bebas tanpa batas, membangunkan tempat-tempatmaksiat, maka itu dikatakan zalim.

Empat perkara yang kita sebutkan di atas sebagai contoh yangasas, yang bersifat lahir. Kalau hendak dihuraikan lagi, terlaluluas. Bagi diri manusia sahaja, tentulah melibatkan seluruhanggotanya, lahir dan batin, yang bersifat fizik mahupun yangbersifat maknawi dan rohani. Berkaitan benda pula terlalubanyak. Tentang masa pula, di dalam sehari semalam ada 24jam. Setiap waktu atau jam mesti diisi oleh perkara atau per-buatan yang patut atau sesuai dengan masa itu. Mengenai per-buatan atau tenaga, banyak kebaikan yang mesti diuntukkanpada tempatnya. Jika semuanya itu diletakkan pada tempatnya,itulah yang dikatakan adil. Jika berlaku sebaliknya maka ia di-anggap zalim.

Keadilan yang melibatkan perkara-perkara bersifat maknawidan rohani ialah:

– Akal fikiran

– Nafsu

– Hati dan jiwa atau roh.

ADIL TERHADAP AKAL FIKIRAN

Digunakan pada tempatnya seperti memikirkan ilmu-ilmu AlQuran, Al Hadis dan ilmu-ilmu yang dibenarkan seperti ilmuekonomi, politik, pendidikan, pembangunan, pentadbiran dankemasyarakatan. Akal juga digunakan untuk memikirkan kebe-saran Allah SWT dan lain-lain lagi. Ini adalah adil terhadap akal.Sebaliknya kalau berfikir sesuatu yang tidak sepatutnya keranabukan tempatnya, seperti memikirkan perempuan yang bukanmuhram kita, memikirkan arak, judi dan memikirkan hendakmembunuh, mencuri, zina dan lain-lain yang dilarang, makahukumnya zalim.

Page 520: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

497

KEMASYARAKATAN

ADIL TERHADAP NAFSU

Kehendak nafsu dan kemahuannya dihalakan atau didorong ketempat yang dibenarkan oleh Allah Taala seperti berkehendakuntuk memperjuangkan agama-Nya, berkemahuan membantufakir miskin, berkeinginan mendaulatkan undang-undang Islam,membangunkan ekonomi Islam, pendidikan Islam, kebudayaan,pentadbiran Islam, masyarakat Islam dan lain-lain yang di-perintahkan oleh Islam. Inilah yang dikatakan adil.

Sebaliknya jika kehendak nafsu itu didorong kepada bukantempatnya seperti berkehendak kepada perempuan yang bukanisteri, mendorong memperjuangkan kebatilan seperti mem-perjuangkan ideologi, ekonomi kapitalis, pendidikan sekular danlain-lain yang dilarang Islam, hukumnya zalim.

ADIL TERHADAP HATI ATAU JIWA ATAU ROH

Hendaklah perasaan-perasaan itu diletakkan pada tempatnyaseperti merasakan kebesaran Allah, rasa takut kepada Allah, rasamalu, rasa cinta kepada-Nya, rasa lemah, rasa harap, rasa ber-dosa, rasa pemurah, rasa kasih sesama manusia, rasa belas ka-sihan terhadap orang yang susah dan lain-lain lagi. Jika berlakusebaliknya, iaitu rasa-rasa hati itu diletakkan pada rasa sombong,rasa megah, rasa ujub, rasa dendam, rasa marah, rasa bakhil,rasa tamak, rasa tidak pernah cukup dan lain-lain lagi rasa yangdilarang oleh Allah Taala, hukumnya zalim.

ERTI KEADILAN MENURUT ISLAM

Adil atau keadilan adalah satu daripada sifat mahmudah iaitusifat terpuji, yang Allah Taala wajibkan dimiliki oleh setiapmukalaf atau menjadi pegangan setiap orang. Sifat ini bertarafsejagat. Ertinya ia diterima bersama oleh seluruh manusia samaada orang Islam mahupun yang bukan Islam.

Walaupun sifat adil itu bersifat sejagat, diterima bersama olehsemua manusia namun bagi setiap diri manusia itu amat susah

Page 521: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

498

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sekali untuk dapat memiliki sifat itu. Setiap orang suka kalauorang lain berlaku adil kerana ia menguntungkan diri, walaupundia sendiri tidak boleh berlaku adil pada orang lain.

Kerana itulah lumrah berlaku di dalam kehidupan berma-syarakat, perkataan keadilan itu dislogan dan diperjuangkansupaya orang lain mengamalkannya. Seperti memperjuangkanagar kerajaan amalkan keadilan atau agar majikan melak-sanakannya. Keadilan itu tidak diperjuangkan dengan tujuanagar diamalkan oleh diri masing-masing atau oleh setiap orang.

Sepatutnya sifat keadilan itu diperjuangkan agar ia dapatdimiliki terlebih dahulu oleh setiap diri orang yang memper-juangkannya, sebelum ia dapat diamalkan oleh orang lain.

Memang kita merasa pelik kerana pejuang-pejuang keadilanseluruh dunia memperjuangkan sifat keadilan itu agar oranglain berlaku adil. Bukan untuk mereka sendiri berusaha berlakuadil. Justeru itu kebanyakan orang melihat tidak adil pada diriorang lain, bukan pada diri sendiri.

Sebenarnya atau sepatutnya setiap orang itu mesti memper-juangkan keadilan agar ia menjadi milik dirinya. Apabila iamempunyai sifat itu, akan berlakulah keadilan kepada oranglain.

Begitulah tuntutan dari Islam. Apabila menyebut keadilan,ia mesti dilakukan oleh setiap mukalaf. Bukan mendesak agardilakukan oleh orang lain sedangkan diri sendiri tidak perlu ber-laku adil.

Berlaku adil adalah kewajipan setiap orang. Kemestian setiapindividu. Adalah menjadi satu kesalahan tidak bersifat adil.Berdosa di sisi Tuhan. Kalau tidak bertaubat, ke Nerakalah pa-dahnya.

KEDUDUKAN SIFAT ADIL DALAM ISLAM

Kedudukan sifat adil di dalam Islam adalah seperti berikut:

1. Ia adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji yang

Page 522: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

499

KEMASYARAKATAN

wajib diusahakan dan diperjuangkan agar setiap orangmemilikinya.

2. Sifat adil itu lebih hampir kepada sifat taqwa. Berdasarkansebuah ayat Al Quran yang berbunyi:

Maksudnya: “Janganlah kamu tertarik kerana kebenci-anmu terhadap satu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil.Berlaku adillah, kerana keadilan itu lebih dekat dengan taqwadan takutlah kepada Allah.” (Al Maidah: 8)

3. Keadilan itu kalau berlaku, sangat berperanan dan memberikesan di dalam kehidupan bermasyarakat.

4. Sifat adil ini adalah salah satu akhlak mulia yang bersifatsejagat. Ertinya setiap manusia sama ada Islam mahupunyang bukan Islam menginginkannya.

5. Sifat adil itu kalau menjadi pakaian kepada pemimpin atauraja, ia lebih indah dan cantik. Lebih cantik dan menarik,lebih luas dan lebih merata faedah dan kebaikannya.

6. Sifat adil itu hendaklah diberi atau diratakan kepada semuagolongan manusia sekalipun orang yang kita benci ataumusuh kita.

7. Sifat adil itu sangat membantu menyelesaikan masalahmasyarakat.

8. Satu saat boleh berlaku adil lebih baik daripada beribadah70 tahun.

ADIL LEBIH UTAMA BAGI PEMIMPIN

Di dalam ajaran Islam, semua orang yang mukalaf, lelaki danperempuan yang akil baligh, wajib berlaku adil. Bahkan wajibmemperjuangkannya agar keadilan itu dapat ditegakkan di

Page 523: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

500

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dalam kehidupan bermasyarakat, di semua aspek kehidupan.Begitu pun, berlaku adil bagi seseorang pemimpin di dalam se-sebuah negara, adalah lebih utama kerana dia adalah contohikutan yang utama kepada rakyatnya.

Di antara sebab adil itu lebih utama bagi pemimpin ialah:

1. Apabila pemimpin sesebuah negara itu adil, dia dapat me-lakukan keadilan itu secara umum. Ramai orang terbelasecara menyeluruh dan dapat manfaatnya.

2. Kalau pemimpin atau raja sesebuah negara itu tidak adil,maka ramai pula orang yang terzalim atau teraniaya, terbiardan tidak terbela.

3. Apabila pemimpin sesebuah negara itu adil, seluruh rakyatdaripada orang besar hingga orang kecil akan sayang danhormat. Dengan itu mudahlah rakyat dididik dan didisiplin-kan.

4. Apabila pemimpin sesebuah negara adil dan baik, mudahrakyat meniru menjadi baik. Apabila rakyat baik, gejala ma-syarakat yang tidak sihat kurang berlaku, menjadikan ma-syarakat aman, tenteram, bahagia dan harmoni.

5. Sebaliknya kalau pemimpin atau raja di dalam sesebuahnegara itu tidak adil dan jahat, rakyat akan jadi jahat. Iniakan menyebabkan berlakunya kemungkaran, jenayah dantergugatlah ketenteraman umum. Sudah tentulah hidupdalam gelisah dan ketakutan.

6. Apabila pemimpin atau raja di dalam sesebuah negara itutidak adil, ertinya berlaku sebaliknya iaitu zalim. Lama ke-lamaan rakyat tidak tahan. Akhirnya timbul pemberon-takan, mengguling pemimpin atau raja. Sama ada berjayaatau tidak, akan lahirlah huru-hara. Maka semua golonganakan mendapat kesusahan.

7. Apabila pemimpin atau raja di dalam sesebuah negara ituadil, Allah Taala akan memberi keberkatan kepada pemim-pin atau raja itu. Kemudian keberkatan itu akan melimpah

Page 524: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

501

KEMASYARAKATAN

ruah seluruh negara dan rakyat. Ia akan menjadikan negaramakmur, aman damai dan mendapat keampunan dari AllahTaala.

Begitulah yang akan diperolehi oleh rakyat di dalam sesebuahnegara itu yang mempunyai pemimpin atau raja yang adil.Justeru itulah sifat adil itu lebih utama dimiliki oleh pemimpinatau raja di dalam sesebuah negara berbanding dengan golonganlain.

Dengan kerana keadilan seseorang pemimpin atau raja itu,berkat dan rahmat Allah Taala akan melimpah ruah kepadaseluruh negara. Kerana itulah raja atau pemimpin yang adil itutermasuk salah satu daripada golongan yang dapat perlindung-an Allah Taala di Padang Mahsyar seperti yang telah disebutkanoleh sebuah Hadis:

Maksudnya: “Ada tujuh golongan yang Allah memberiperlindungan-Nya di hari yang tiada perlindungan selainperlindungan-Nya. Mereka ialah pemimpin yang adil,pemuda yang sentiasa beribadah untuk Tuhannya, lelakiyang hatinya sentiasa berpaut dengan masjid, dua oranglelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah, merekabertemu dan berpisah pun kerana-Nya dan lelaki yangdigoda oleh perempuan yang ada kedudukan dan kecantikanlalu dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah, Tuhan sekalianalam’ dan lelaki yang bersedekah secara sembunyi sehinggatangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan olehtangan kanannya. Dan lelaki yang mengingati Allah se-waktu sunyi, lalu mengalir air matanya.” (Riwayat Bukhari)

PEMBAHAGIAN KEADILAN DAN KEZALIMAN

Kalau kita hurai dengan lebih terperinci lagi tentang keadilandan kezaliman, ia boleh dibahagi pula kepada empat bahagian:

1. Keadilan dan kezaliman kepada Allah SWT

2. Keadilan dan kezaliman kepada manusia

Page 525: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

502

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

3. Keadilan dan kezaliman kepada diri sendiri

4. Keadilan dan kezaliman kepada haiwan

KEADILAN DAN KEZALIMAN KEPADA ALLAH SWT

Sebagai contoh, jika bertembung kehendak Allah SWT dengankehendak kita seperti waktu sembahyang sudah tiba dan waktuitu juga kita hendak membuat kerja kita atau bos kita, kenalahkita dahulukan kehendak Allah SWT iaitu kerjakan sembahyanglebih dahulu. Itu dinamakan adil kepada Allah SWT. Jika dida-hulukan kehendak kita atau kehendak bos kita hingga tertinggalsembahyang, hukumnya kita menzalimi Allah SWT.

Sebagai contoh yang lain, kalau kita mendahului undang-undang Allah Taala di dalam membuat hukum atau mengaturkehidupan, kita telah berlaku adil dengan Allah SWT. Sebaliknyakalau kita tolak hukum Allah Taala, kita ganti dengan hukumkita atau hukum manusia maka kita dianggap menzalimi AllahTaala kerana kita tidak meletakkan hukum Allah SWT padatempatnya. Seterusnya kiaskanlah kepada perkara-perkara lain.

KEADILAN DAN KEZALIMAN KEPADA MANUSIA

Sebagai contoh, dengan kedua ibu bapa kita hormati dan kitautamakan daripada isteri kita. Penghormatan dan keutamaanitu sudah kita letakkan pada tempat yang betul. Kita telah ber-laku adil.

Kalau berlaku sebaliknya, isteri kita lebih kita hormat danutamakan daripada ibu bapa kita, maka kita telah berlaku zalimkerana meletakkan sifat hormat dan keutamaan itu bukankepada tempatnya yang sebenar.

Contoh yang lain, kalau kita orang yang berkuasa, kita naik-kan pangkat seseorang itu atas dasar kesungguhan dan kemam-puan kerja, maka kita telah berlaku adil kerana kita naikkanpangkat itu sesuai dengan orang pada tempatnya dan sepatut-nya.

Page 526: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

503

KEMASYARAKATAN

Kalau berlaku sebaliknya, kita naikkan pangkat seseorangitu bukan atas dasar kebolehan, kesungguhan dan lama bekerjatetapi atas dasar dia pandai mengambil hati kita walaupun tidaklayak, maka kita telah berlaku zalim. Kita telah memberi pangkatkepada seseorang bukan pada tempatnya iaitu bukan orang yangsepatutnya. Kiaskanlah kepada yang lain-lain seperti memberiprojek, memberi anugerah cemerlang dan lain-lain lagi.

KEADILAN DAN KEZALIMAN PADA DIRI SENDIRI

Allah SWT menjadikan kita untuk beribadah, maka kita punmenjadi orang yang beribadah. Ertinya kita telah berlaku adilkepada diri kerana kita telah meletakkan diri kita pada tempat-nya yang sebenarnya. Jika berlaku sebaliknya iaitu kita tidakberibadah atau cuai beribadah kepada Allah Taala ertinya kitasudah tidak meletakkan diri kita pada tempatnya yang sebenar.Maka kita dikira menzalimi diri sendiri.

Sebagai contoh yang lain, Allah Taala menjadikan mata,telinga dan lain-lain anggota dengan tujuan untuk melihat,mendengar dan sebagainya kepada yang dihalal atau diperintaholeh Allah Taala. Contohnya seperti melihat kebesaran AllahTaala, melihat dan membaca Al Quran, melihat ciptaan Tuhanagar terasa Maha Kuasa Allah Taala. Jika kita lakukan yang demi-kan maka kita telah berlaku adil pada diri kita. Jika berlaku se-baliknya, seperti melihat perempuan-perempuan yang bukanmuhram, melihat dan mendengar gambar-gambar dan perka-taan-perkataan yang lucah, kita telah menzalimi diri kita keranakita sudah tidak meletakkan lagi diri kita (anggota kita) padatempatnya yang sebenarnya. Seterusnya kiaskanlah anggota-anggota yang lain.

KEADILAN DAN KEZALIMAN KEPADA HAIWAN

Kalau kita ada memelihara haiwan yang dibenarkan oleh Islam,kita beri tempat tinggal yang sepadan dan sepatutnya kepadahaiwan itu. Kita beri makan dan minum sesuai dengan haiwan

Page 527: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

504

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

itu. Kalau perlu kita gunakan untuk bekerja, sesuai dan sepadandengan kerja-kerjanya yang patut dengan haiwan itu, tidaklahsampai membeban atau memberatkan. Maka kita telah berlakuadil terhadap haiwan itu. Jika berlaku sebaliknya seperti tempattinggalnya tidak sempurna, makan minum tidak cukup, dibe-bankan dengan kerja yang tidak sepatutnya, maka kita telahmelakukan kekejaman dan kezaliman terhadap haiwan itu.Contoh-contoh yang lain bolehlah kiaskan sendiri.

MENEGAKKAN KEADILAN AMAT SUSAH

Setelah kita membahas, mengkaji, menganalisa tentang pengor-banan dan kehendak-kehendak sifat-sifat adil atau keadilanuntuk dipraktikkan di dalam kehidupan kita, ia terasa sungguhsusah untuk kita laksanakan. Bukan sahaja sulit sekali untukberlaku adil kepada Allah Taala, kepada manusia, kepada hai-wan bahkan untuk berlaku adil kepada diri kita sendiri pun amatpayah sekali.

Jika kita tidak dapat berlaku adil kepada diri kita ertinya kitamelakukan penzaliman kepada diri kita sendiri. Kalau kita tidakberhenti dan bertaubat kepada Allah, Nerakalah padahnya.

Kalau terhadap diri kita yang kita sayangi pun kita tidakberlaku adil bahkan kita zalimi, apakah ada satu jaminan yangkita boleh berlaku adil kepada manusia atau makhluk yang lain?Kalau kita tidak sayang pada diri kita, bolehkah kita menyayangidiri orang lain? Kalau kita sanggup menzalimi diri sendiri, apa-kah jaminan kita tidak akan menzalimi orang lain?

DUNIA HARI INI PENUH PENZALIMAN

Setelah kita memahami erti keadilan menurut Islam, maka tidaksyak lagi, dunia pada hari ini penuh dengan kezaliman dalamberbagai-bagai bentuk. Ia berlaku di pelbagai aspek kehidupandan dilakukan oleh individu, kaum, puak, parti, golongan ataubangsa. Sama ada disedari oleh manusia atau tidak, hakikatnya

Page 528: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

505

KEMASYARAKATAN

tidak ada tempat di dunia ini yang tidak berlaku penindasandan penzaliman itu.

Di mana-mana pun berlaku penzaliman tidak kira sama adaterhadap Allah Taala, terhadap manusia, haiwan dan terhadapdiri sendiri. Penzaliman itu pula berlaku di pelbagai aspekseperti pendidikan, ekonomi, politik, pentadbiran, kemasyara-katan, ketenteraan, kebudayaan, kekeluargaan, perhubunganantarabangsa dan lain-lain lagi.

Justeru itu tidak hairanlah jika di mana-mana sahaja di mukabumi Tuhan ini, tidak ada tempat yang tenang, yang tidak adapergolakan. Di sana sini berlakunya berbagai-bagai krisis, per-selisihan, pergeseran, pergaduhan, jatuh-menjatuhkan, kata-mengata, umpat-mengumpat, fitnah-memfitnah, hina-menghi-na, pakatan jahat atau konfrantasi, tangkap-menangkap, tuduh-menuduh, demontrasi, pemberontakan dan seterusnya pepe-rangan.

Ketika seseorang, satu puak, satu golongan, satu parti atausatu bangsa itu dizalimi, di masa yang sama mereka menzalimipula. Di satu sudut mereka kena zalim manakala di sudut yanglain mereka menzalimi pula. Di dalam mereka dituduh, merekamenuduh pula. Jadi zalim-menzalim itu telah berlaku di antarasatu sama lain. Kalau begitu di mana golongan yang adil?

Sesetengah mereka kalau tidak menzalimi manusia, merekamenzalimi Allah Taala. Kalau tidak menzalimi Allah Taala, me-reka menzalimi manusia. Kalau tidak menzalimi manusia atauTuhan, mereka menzalimi haiwan. Kalau tidak menzalimi hai-wan, manusia atau Tuhan, mereka akan menzalimi diri sendirisehingga yang paling kejam iaitu bunuh diri. Bahkan ada yanglebih kejam lagi dari itu iaitu mereka menzalimi Tuhan, menza-limi manusia, haiwan dan diri sendiri.

CARA MENEGAKKAN KEADILAN

Sebelum ini kita telah memperkatakan bahawa fitrah semulajadi manusia suka kepada keadilan. Justeru itu mereka ingin

Page 529: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

506

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

kepada keadilan dan sentiasa bangun untuk berjuangmenegakkan keadilan. Di waktu ini hampir setiap hari kitamendengar, membaca bahkan memperkatakan keadilan.Memang perkataan keadilan itu lebih banyak disebut orangdaripada sifat-sifat mahmudah yang lain.

Tadi kita telah memperkatakan bahawa kezaliman itu telahmerata berlaku kepada setiap individu, kelompok, puak, parti,golongan dan bangsa. Ia berlaku di pelbagai bidang dan aspek.Dunia hari ini sudah penuh dengan penzaliman.

Penzaliman telah rata berlaku di dunia dan hampir tidak adamanusia yang tidak dijangkiti. Oleh yang demikian siapalahyang hendak kita harapkan untuk bangun menegakkan keadilansekaligus menumpaskan kezaliman?

Di sinilah rahsianya mengapa pejuang-pejuang keadilanbelum berjaya menegakkan keadilan sekaligus menumpaskankezaliman. Sebenarnya di samping mereka ingin menegakkankeadilan dan menumpaskan kezaliman, mereka juga membuatkezaliman. Bahkan adakalanya apabila satu-satu golongan ituberjaya menumbangkan satu golongan yang zalim, mereka ke-mudiannya lebih zalim lagi daripada golongan yang sebelum-nya.

Oleh itu yang penting di waktu ini ialah setiap orang dangolongan berusaha membaiki diri dan cuba bersungguh-sung-guh untuk menegakkan keadilan di dalam diri dan golongannyaterlebih dahulu. Selepas itu perjuangkanlah keadilan itu. Bila-mana sifat adil itu telah wujud di dalam diri masing-masing dandi dalam golongan tersebut, insya-Allah, golongan lain akansedar dan insaf kerana model telah wujud dan Allah Taala akanmemberi bantuan kepada orang yang telah menegakkan ke-adilan itu.

Inilah cara atau jalan keluar daripada penindasan dan pen-zaliman di dalam kehidupan manusia. Apabila penzaliman da-pat ditumpaskan kerana masing-masing menegakkan keadilandi dalam diri mereka terlebih dahulu, secara automatik keadilan

Page 530: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

507

KEMASYARAKATAN

dapat ditegakkan di dalam kehidupan manusia, di dalam semuaperingkat dan di seluruh aspek kehidupan masyarakat.

JAUHILAH PERBUATAN ZALIM

Di dalam ajaran Islam perbuatan menzalim sangat dilarang. Iatermasuk dosa besar kerana menzalim itu merosakkan ke-hidupan manusia. Sama ada fizikalnya, hartanya, maruahnya,kedudukannya atau lain-lain lagi. Maka kerana itulah dosa men-zalim ini di dunia lagi akan dihukum oleh Allah Taala sebelumdibalas di Akhirat. Lebih-lebih lagi kalau orang yang kita zalimiitu ialah ibu bapa atau guru kita.

Justeru itu ada Hadis menyebut:

Maksudnya: “Hendaklah kamu takuti doa orang yangdizalimi kerana tidak ada di antaranya hijab dengan AllahTaala.”

Doa orang yang dizalimi terus Allah Taala terima sekalipundia orang kafir. Maka akan hancurlah orang yang zalim itu didunia lagi.

Oleh itu berhati-hatilah agar jangan sampai kita menzalimimakhluk Allah Taala kerana hukumannya akan berlaku di dunialagi. Sama ada cepat atau lambat, jangka pendek mahupunjangka panjang. Bentuk atau sifatnya yang sama dengan orangyang dizalimi atau Allah Taala datangkan dengan bentuk atausifat yang lain. Adakalanya Allah Taala balas penzaliman itusetelah orang yang menzalimi lupa perbuatan zalim yang pernahdilakukannya. Mungkin dia lambat dihukum sehingga dia tidakdapat hubungkaitkan hukuman itu dengan perbuatannya da-hulu. Hanya orang yang prihatin atau peka sahaja yang sedaratau dapat hubungkaitkan.

Marilah sama-sama kita insaf, agar jangan kita menzalim.Kalau sudah terlajak cepat-cepatlah kita memohon maaf sebelum

Page 531: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

508

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

tibanya hukuman daripada Allah Taala, sama ada di awal, dipertengahan, atau di hujung hidup kita. Apatah lagi di Akhirat,sudah pasti tidak terlepas daripada hukuman.

Moga-moga Allah Taala sentiasa menjauhkan kita daripadaperbuatan zalim.

Page 532: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

509

KEMASYARAKATAN

SAJAK

Sajak 1

Adil Bukan Seimbang

Erti adil bukan ertinya seimbang

Tidak juga bererti ukuran sama panjang

Definisi ini adalah tanggapan biasa

yang lumrah kita terima

Bukan takrif yang dikehendaki oleh Islam

Erti adil meletakkan sesuatu itu sesuai

dengan tempatnya atau kedudukannya

Iaitu utama mesti diutamakan

Yang tidak utama mesti dikemudiankan

Yang penting didahulukan,

yang tidak penting dibelakangkan

Yang wajib diutamakan,

yang sunat atau yang harus ditinggalkan

jika berlaku di dalam satu keadaan

Mungkin tidak boleh difaham jika tidak dihuraikan

Mari kita menghurai agar kita faham

Adil yang paling besar atau super adil

Allah Taala kita jadikan sebagai Tuhan

Kita sembah, kita besarkan,

kita puja sepanjang masa

Kita cinta dan kita takut dan ingat

serta sebut di mana-mana

Jangan jadikan selain Allah sebagai tuhan,

atau kita utamakan dan besarkan lebih dari-Nya

Adil martabat tinggi, syariat Tuhan diutamakan

atau didahulukan

Atau hak Tuhan kita dahulukan

Page 533: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

510

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Peraturan manusia ditinggalkan

Hak Tuhan kita utamakan,

hak manusia kita kemudiankan

Adil martabat rendah ialah mengikut faham biasa

Adil martabat kedua mendahulukan hak ibu bapa dari kita

Guru-guru kita juga patut diutamakan dari kepentingan kita

Mendahulukan hak suami dari kita adalah utama dan mulia

Jika berkongsi berniaga, saham sama banyaknya,

untung bagi dua

Kalau saham tidak sama,

untung diberi mengikut saham sedikit banyaknya

Jawatan yang hendak diberi kepada seseorang

sesuai dengan kebolehannya

Gaji diberi sesuai dengan jawatan dan tanggungjawab

Inilah dia erti adil dan keadilan

Tapi kita sedih adil yang diperjuangkan

oleh para pejuang, adil martabat rendah

Super adil dan adil martabat tinggi tidak diendah

Bermati-matian keadilan peringkat rendah diperjuangkan

hingga sanggup menumpahkan darah

Keadilan martabat tinggi dan super adil

diabaikan dan tidak diendah

Menjelang tidur

04 – 09 – 199

Sajak 2

Pemimpin Pilihan Tuhan

Tujuh ratus tahun umat Islam menjadi empayar

Selama itu kerajaan yang berkuasa

bertukar ganti atau silih berganti

Disandarkan kerajaannya mengikut bani masing-masing

Daerah bertambah luas

Page 534: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

511

KEMASYARAKATAN

Ilmu pengetahuan pesat berkembang

dengan berbagai-bagai cabangnya

Rakyat ramai berbagai-bagai bangsa memeluk Islam

Tetapi kerajaan atau pemerintahan yang adil boleh dibilang

Rasulullah SAW dan Khulafa-Khulafaur Rasyidin

Ditambah lagi Umar Ibnu Aziz, Salehuddin Al Ayubi,

Muhammad Al Fateh

Ini menunjukkan keadilan itu sangat mahal

Hanya pemimpin pilihan Tuhan

atau yang ada isyarat dari Tuhan sahaja

yang boleh melakukan keadilan

Selain itu, sekalipun ada, yang boleh banyak beribadah

Namun untuk menegakkan keadilan sangat susah

Kerana keadilan itu sangat mahal

Satu sifat ini sahaja sudah mendekati taqwa

Pemimpin yang adil itu termasuk orang

yang dapat perlindungan Tuhan di Padang Mahsyar

Di setiap zaman kita tahu bahawa pemimpin

yang adil itu datang sekali-sekala

Yang ramai itu adalah pemimpin yang zalim

Yang melakukan sewenang-wenangnya

di dalam pemerintahannya

Yang beraja di nafsu dan beraja di mata

Yang bertindak mengikut rasa

Tidak kira dosa dan pahala,

Tuhan redha atau Tuhan murka

Itu semuanya sudah tidak diambil kira

Menjelang tidur

19 – 12 – 1999

(11 Ramadhan)

Page 535: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

512

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kemiskinan berlaku apabila pendapatan seseorang itu dibawah keperluannya. Keperluan yang dimaksudkan ada-lah dari segi makan, minum, pakaian dan tempat tinggal.

Fakir pula ialah apabila pendapatan seseorang itu di bawahparas separuh daripada keperluannya.

Kalau begitu jika pendapatan seseorang lebih daripada ke-perluannya, walaupun berlebih satu sen, maka seseorang itudianggap kaya. Sebagai contoh, katalah seseorang itu keperluansebulan bagi diri dan keluarga di bawah tanggungjawabnya ada-lah sebanyak dua ribu ringgit. Kemudian dia mendapat dua riburinggit satu sen. Maka dia dianggap orang kaya oleh Islam. Olehitu untuk menjadi orang kaya tidaklah susah sangat. Yang susahitu hendak menjadi jutawan atau bilionwan.

Telah menjadi fitrah semula jadi manusia bahawa rata-ratamanusia itu tidak suka menjadi miskin. Ertinya hampir semuamanusia ingin menjadi orang kaya. Lantaran itu kebanyakanmanusia itu, seluruh fikirannya, tenaganya diperah dan dikerahke arah untuk mendapatkan kekayaan. Manusia itu sekalipunnampak mereka belajar untuk mendapat ilmu, namun merekahendakkan ilmu itu pun dengan tujuan dialatkan bagi mendapatkekayaan. Manusia memandang kemiskinan itu sebagai musuhmereka. Sebab itulah mereka benar-benar struggle, tidak jemu-

KEMISKINAN DAN SEBAB-SEBABBERLAKUNYA KEMISKINAN

7

Page 536: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

513

KEMASYARAKATAN

jemu berusaha untuk mencari kekayaan agar dapat memerangikemiskinan itu.

Perlu diingat bahawa tidak semua orang boleh menjadi kaya.Manusia boleh berusaha tetapi Allah Taala yang mentakdirkandan menentukannya. Yang gagal menjadi kaya lebih banyakdaripada yang berjaya. Kalau hendak menjadi kaya mengikutukuran Islam seperti yang telah kita takrifkan di atas, itu agakmudah. Namun hendak menjadi orang kaya mengikut ukuranmanusia adalah amat susah sekali, sekalipun mereka mempu-nyai ilmu pengetahuan dan telah berjuang bersungguh-sungguh.Paling berjaya pun, sesetengahnya sekadar hidup senang sahaja.

Kebanyakan manusia, setakat senang sahaja pun tidak mam-pu diperolehi. Betapalah hendak menjadi kaya. Bahkan ramaipula yang berada di taraf miskin, fakir atau papa kedana. Didunia hari ini kemiskinan banyak berlaku di negara-negara bekastanah jajahan terutama di benua Afrika.

SEBAB-SEBAB JADI MISKIN

Seseorang, satu kaum atau satu bangsa itu menjadi miskin keranabeberapa faktor. Di antaranya ialah:

1. Kemiskinan yang diwarisi dari ibu bapa yang miskin, kaumatau bangsa yang miskin, yang mungkin sudah berlarutanberpuluh-puluh atau beratus-ratus tahun. Lahir-lahir sahajatelah menjadi miskin. Dengan kemudahan-kemudahan danaset-aset yang mereka warisi daripada ibu bapa atau gene-rasi sebelumnya, amat sulit sekali untuk mereka membuatperubahan daripada miskin kepada kaya.

2. Disebabkan malas. Mungkin sesetengah kaum atau bangsaitu bersifat pemalas. Sifat malas itu telah diwarisi daripadadatuk nenek mereka sebelumnya hingga sifat malas itu di-sambung oleh generasi kemudiannya. Akhirnya menjadibudaya hidup. Kalau telah menjadi budaya, bukan senanghendak disedarkan atau diubah agar menjadi kaum ataubangsa yang rajin supaya kemiskinan cepat dapat diatasi.

Page 537: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

514

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

3. Sesetengah orang, kaum atau bangsa tidak mempunyai ilmupengetahuan. Ilmu pengetahuan belum lagi terbuka kepadamereka. Sedangkan ilmu adalah antara faktor yang pentinguntuk mendapat kekayaan kerana mencari kekayaan me-merlukan ilmu dan pengalaman yang luas.

4. Sesetengah orang ditakdirkan oleh Allah SWT dalam ke-adaan tubuh badan yang cacat. Sudahlah begitu, dia lahirdi dalam keluarga yang miskin pula. Justeru itu dia tidakdapat bergerak cergas untuk aktif mencari kekayaan.

5. Oleh kerana penjajahan ke atas sesuatu bangsa atau kaum.Memang sudah menjadi dasar setiap penjajah agar anakjajahannya tidak mampu bangun untuk membebaskan diridan tanah airnya. Ataupun kalau suatu hari nanti merekamerdeka, mereka tetap perlu bersandar dengan bekas tuanpenjajahnya. Maka penjajah membuat satu sistem dan dasaragar penduduk asli dan penduduk tempatan menjadi miskindengan tidak diberi peluang yang mudah untuk menjadisenang. Penjajah juga menjalankan dasar pintu terbuka un-tuk kemasukan orang luar yang kemudiannya diberi kemu-dahan untuk hidup. Dengan itu anak pribuminya terdesakdan terpinggir lalu menjadi papa kedana. Kemiskinan itukemudiannya diwarisi beratus tahun oleh anak cucunya.

6. Adakalanya di sebuah negara itu kerajaannya zalim, menin-das dan berlaku diskriminasi. Pemerintahnya mementing-kan diri, keluarga dan kroni-kroni sendiri. Kemudahan-kemudahan hidup hanya untuk mereka sahaja. Orang lainyang bukan kawan, bukan keluarga dan bukan ahli partitidak diberi kemudahan. Rakyat umum juga dibiarkan makaramailah rakyat yang miskin.

7. Sesetengah negara-negara yang berideologikan komunisatau negara sosialis tidak memberikan hak dan kebebasanyang cukup kepada rakyatnya untuk hidup mencari ke-kayaan. Mereka tidak diberi hak milik. Segala-galanya untuknegara sehingga rakyat menjadi miskin. Dari pengalamansaya dahulu sebelum saya ditangkap, saya berpeluang ber-

Page 538: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

515

KEMASYARAKATAN

ada di luar negeri selama tiga tahun. Di kebanyakan negara-negara komunis atau sosialis yang saya lawati, rata-ratarakyatnya miskin.

8. Ada sesetengah orang atau sesetengah kaum, Allah Taalajadikan watak semula jadi tidak suka bersusah payah. Me-reka bekerja sekadar untuk hidup. Walaupun ada peluanguntuk senang namun mereka tidak mahu mengambilpeluang itu. Mereka cukup sekadar apa yang ada.

9. Ada setengah umat Islam suka hidup secara miskin keranakalau menjadi kaya ditakuti tidak boleh bersyukur dan tidakdapat menunaikan kewajipan sepertimana yang diperin-tahkan oleh Allah Taala. Jika susah, mereka tidak pula me-minta-minta dan menyusahkan orang lain. Mereka sangguphidup ala kadar. Bahkan orang ini di waktu-waktu berlebih-lebihan hartanya atau makan minumnya mereka tidak akanmenyimpan. Di masa itu juga mereka akan memberi kepadamereka yang mustahak menerimanya. Sikap itu memangdibenarkan oleh Allah Taala. Sebenarnya miskin cara initidak ramai. Yang ramai miskin secara lain seperti telah di-sebutkan tadi.

10. Ada setengah orang terpaksa menjadi miskin disebabkankeluarganya besar. Walaupun pendapatannya lumayan atauagak besar tetapi orang yang hendak ditanggungnya ramaiseperti ramai anak dan isteri. Di samping itu ada pula anakyatim yang hendak dijaga dan diurus.

11. Ada sesetengah umat Islam, jadi miskin kerana suka khid-mat dan menolong orang. Tidak boleh melihat orang susah,mesti ditolongnya. Siapa sahaja meminta akan diberinya.Selalu sahaja menderma dan mewakafkan hartanya untukkebajikan umum. Kalau dia tahu ada orang Islam yang ber-hutang, lebih-lebih lagi kawannya, dia mesti membayarhutang kawannya itu. Bahkan orang ini sanggup berhutangkerana berkhidmat dan menolong orang. Di akhir zamanini umat Islam yang miskin cara ini hampir sudah tidakwujud lagi.

Page 539: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

516

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

12. Ada sesetengah orang, untuk kehidupannya, seperti makan,minum, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain lagi adalahhasil daripada usaha pertanian atau perniagaan. Kemudiandengan takdir Allah SWT kebunnya diserang oleh musuhtanaman atau datang banjir melanda atau perniagaannyajatuh bankrap. Maka jadilah mereka orang miskin.

13. Ada setengah orang jadi miskin kerana dibuang kerja. Di-buang kerja itu tentulah berbagai-bagai sebab pula. Tidakperlulah disebutkan di sini.

14. Ada setengah orang, jatuh miskin kerana ditimpa sakit yangteruk dan berpanjangan pula hingga tidak dapat lagi ber-usaha untuk mencari rezeki.

15. Ada setengah orang jatuh miskin disebabkan kematiansuami atau ayah atau anak yang mana selama ini merekaitulah yang berusaha mencari rezeki untuk keluarganya.

16. Ada setengah orang atau satu kaum menjadi miskin kerananegaranya ditimpa zaman kemelesetan seperti jatuh nilaimatawang, barang pula naik harga, gaji dipotong atau sese-tengahnya dibuang kerja. Setengah yang lainnya pula ter-paksa menjadi muflis.

Cukuplah sekadar itu saya sebutkan di antara sebab-sebabseseorang atau kaum itu menjadi miskin. Sebab-sebab menjadimiskin seperti yang telah saya senaraikan itu biasa berlaku dansebahagiannya sedang berlaku.

Bagi umat Islam, kalau berlakulah kemiskinan, tidak kira apasebab-sebabnya, bagaimanakah sikapnya mereka agar sesuaidengan ajaran Islam? Yang patut mereka lakukan ialah sepertiberikut:

1. Hendaklah sabar atau sebaik-baiknya redha menerimaketentuan daripada Allah SWT itu.

2. Hendaklah kemiskinan itu diterima sebagai ujian daripadaAllah Taala untuk menghapuskan dosa atau untuk mening-

Page 540: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

517

KEMASYARAKATAN

gikan darjat. Juga agar bertaubat dan rujuk kembali kepadaAllah. Mungkin ini merupakan hukuman dari Allah Taala,bukan ujian, kerana kita membelakangi Allah Taala selamaini atau derhaka kepada-Nya.

3. Jangan berputus asa dengan Allah Taala. Memohonlah selalukepada-Nya di samping berusaha lagi dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rezeki dari-Nya.

4. Berhiburlah kerana dengan sebab kemiskinan itu di Akhiratkelak hisabnya tidak banyak kerana tanggungjawab orangmiskin itu di dunia kurang atau tidak banyak. Tidak sepertiorang kaya.

Page 541: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

518

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Kemiskinan Dijadikan Bahan Propaganda

Miskin dan kemiskinan telah dijadikan

bahan propaganda

Kemiskinan telah dijadikan isu menyalahkan

dan tuduh-menuduh di kalangan pejuang-pejuang

Miskin dan kemiskinan telah dijadikan isu

mencari nama dan glamor

Sepatutnya miskin dan kemiskinan tempat orang-orang

yang berjuang membela mereka

Menggembar-gemburkan orang miskin

adalah satu penghinaan terhadap mereka

Sudahlah mereka miskin, dijadikan alat pula

oleh pejuang-pejuang mencari nama

Fakir miskin bukan sahaja semua golongan

patut membantu dan menolongnya

Bahkan mereka didekati, diziarahi

dan duduk bersama mereka

Hati mereka perlu dijaga

Bukan sahaja bantuan material patut diberi

kepada yang tiada empunya

Yang lebih utama kasih sayang patut diberi

untuk rohani mereka

Kemiskinan bukan boleh diselesaikan

dengan meriuh-rendahkan berita mereka

Yang penting bantuan diberi, berita mereka

jangan didedah ke seluruh dunia

Mereka pun ada maruah, air muka kenalah dijaga

Berita mereka didedahkan, mereka tentu

mendapat malu sebagai manusia

Page 542: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

519

KEMASYARAKATAN

Kecuali mereka yang maruah diri sudah musnah sama sekali

Sepatutnya semua golongan maruah mereka patut dijaga

Berilah pertolongan secara senyap-senyap,

tanpa masyarakat umum tahu

Didiklah mereka lahir batin

Agar kesusahan orang ramai dibantu,

mereka tidak pula meminta-minta

Selepas ekspedisi

02 – 09 – 1999

Sajak 2

Orang Kayalah Membuat Masalah

Yang sebenarnya orang yang kayalah

di dunia ini menjadi masalah

Terutama ahli-ahli perniagaan dan golongan korporat

Sistem ekonomi riba mereka

menjadi punca rakyat teraniaya

Mereka monopoli di bidang ekonomi

Merekalah yang menentukan harga bahan mentah

yang dibeli dari rakyat

Dan mereka jugalah yang menentukan harga barang

yang hendak dijual kepada umum

Kerana mereka ingin untung banyak,

bahan mentah dibeli dengan harga yang murah

Setelah jadi barang, dijual pula dengan harga yang mahal

Rakyat yang menghasilkan baranglah yang menjadi susah

Disusahkan lagi pula oleh kesalahan menjual barang

yang terlalu mahal

Ditambah lagi rasa malang, timbul rebutan dan saingan

Bakhil pun timbul, tidak mahu menolong fakir miskin

Orang yang susah bertambah susah,

si miskin bertambah miskin

Page 543: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

520

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Begitulah seterusnya kerana mahu untung banyak

Kapitalis membuka tempat-tempat judi dan hiburan

Lahirlah pelacuran kerana ingin hidup

atau ingin senang, jual diri dan maruah

Gaji buruh pula terlalu murah

Tidak setimpal dengan tenaga dan titik peluh

Makin lama, di antara orang kaya

dengan orang miskin, jurang kehidupan mereka

terlalu jauh bezanya

Timbul kelas-kelas di dalam masyarakat

Di antara satu sama lain tidak boleh duduk sama

Golongan yang miskin ini akhirnya sedar

Mereka telah dizalimi dan dipermainkan oleh si kaya

Pertarungan dan pertembungan pun berlaku seluruh dunia

Demonstrasi di sana sini

Kidnap, pembunuhan, pergaduhan berlaku setiap hari

Akibatnya keamanan tidak wujud

Kerajaan pening kepala, orang kaya di dalam ketakutan,

orang ramai tergugat keselamatannya

Ini adalah akibat orang kaya yang membuat masalah

Menjelang Zuhur

09 – 10 – 1999

Sajak 3

Kemiskinan Bukan Masalah

Kemiskinan bagi orang beriman

bukanlah satu masalah

Sama ada yang ditimpa kemiskinan

mahupun yang kaya

Si miskin terhibur dengan kemiskinan

kerana dapat pahala sabar

Yang kaya pula tempat dia berhibur

untuk menyukakan hamba Allah

Page 544: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

521

KEMASYARAKATAN

Si miskin tidak meminta-minta,

si kaya pula tempat cari pahala

Si kaya pun gembira ada tempat mereka membela

Si miskin pula redha apa yang ada

Kemiskinan bukan tanggungjawab negara semata-mata

Tapi tanggungjawab semua manusia

Terutama jiran yang rapat,

dan juga keluarga yang terdekat

Selepas itu jiran sekampung dan juga keluarga

yang jauh titisan darahnya

Jadi kalau setiap golongan itu bertanggungjawab

Tidak ada orang miskin yang menjadi susah

Tapi hari ini kerana tidak ada iman atau iman lemah

Fakir miskin meminta-minta

kerana tidak ada sabarnya

Si kaya tidak mahu memberi

kerana bakhil dengan hartanya

Bagaimana kemiskinan tidak menjadi masalah

Si kaya tidak mahu memberi,

si miskin sabarnya tiada

Menjelang tidur

10 – 09 – 1999

Sajak 4

Jasa Orang Miskin

Ingin kami mengingatkan saudara dan saudari,

tuan dan puan

Jasa fakir miskin yang selama ini kita lupakan

Setengah orang pula memandang jijik

dan menghinanya

Kalau kita renungkan, masya-Allah

mereka telah berjasa kepada bangsa dan negara

Cuba gambarkan kalau fakir miskin

tiada atau tidak bekerjasama

Page 545: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

522

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apa akan jadi kepada bangsa dan negara

dan kepada kita semua

Beras dan sayur, lauk-pauk,

siapa yang menyediakannya

Di ladang-ladang kapas,

di fabrik-fabrik benang dan kain

siapa yang bekerja?

Sudah tentu tiada apa yang dimakan

Apatah lagi mana hendak dicari kain untuk dipakai

Bagaimana pula tempat tinggal kita

tiada buruh kasar membinanya

Sudah tentu tiada erti kuasa dan kaya,

kalau tempat tinggal tidak selesa

Marilah kita renungkan betapa besarnya jasa mereka

Entah berapa batang dan panjangnya jalan raya

yang mereka bina

Setiap hari mengeluarkan keringat membanting tulang

Kerja di ladang dan membangun negara

Untuk hasil dan kemajuan serta makanan

semua kaum dan bangsa

Setiap hari mereka dilambung ombak

menangkap ikan, nelayan namanya

Untuk kepentingan orang lain,

sedangkan mereka tidak menjadi kaya

Adakalanya tenggelam di laut untuk bangsa dan negara

Marilah bersama-sama kita mengenang jasa mereka

Marilah bersama-sama kita bantu kehidupan mereka

Marilah kita berdoa agar mereka menjaga syariat

Moga-moga kerja mereka diberi pahala

30 – 03 – 1997

Page 546: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

523

KEMASYARAKATAN

Antara keindahan ajaran Islam itu ialah ia sesuai denganfitrah semula jadi manusia. Perkara yang sesuai denganfitrah semula jadi manusia itu banyak. Tapi di sini saya

akan menyebut satu di antaranya agar sesuai dengan tajuk diatas. Agama Islam membenarkan setiap orang itu mencarikekayaan walau sebanyak mana sekalipun. Ingin menjadi kayaini adalah tabiat semula jadi manusia. Tidak ada manusia yangtidak ingin menjadi kaya. Kalau ada seorang dua, itu tidak di-masuk kira. Ianya jarang berlaku dan ia tidak boleh dijadikanhukumnya.

Keinginan manusia untuk menjadi kaya itu tidak bercanggahdengan ajaran Islam. Di sini bersatu atau bersekutu di antarakemahuan semula jadi manusia dengan kebenaran dari ajaranIslam. Di sinilah di antara indahnya ajaran Islam itu. Ia tidakbercanggah dengan fitrah semula jadi manusia.

Oleh itu setiap individu muslim boleh mencari kekayaandengan cara berniaga, bertani, menternak dan lain-lain lagiasalkan jangan melampaui batas. Ertinya dalam mencari ke-kayaan kenalah jaga syariat agar usaha kita itu bukan sahajamendapat keuntungan bahkan mungkin usaha itu juga diberipahala oleh Allah Taala yang Maha Pemurah.

Setelah seseorang itu berusaha dan berjuang bersungguh-

KEWAJIPAN ORANG KAYA

8

Page 547: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

524

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sungguh mencari harta dan kekayaan, kemudian setelah berhasilmenjadi orang kaya, millionair atau billionair maka dia adamempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang mesti di-tunaikan.

Memang mengikut ajaran Islam, sesiapa yang ada kelebihandari orang lain, sama ada harta atau wang ringgit, mereka mem-punyai kewajipan dan tanggung jawab yang lebih terhadap ma-syarakatnya dengan kekayaan dan harta mereka itu, berbandingdengan orang lain yang lemah atau tidak memiliki harta yanglebih. Di antara kewajipan dan tanggungjawab orang kaya ke-pada masyarakat ialah:

1. WajibMereka wajib mengeluarkan zakat harta apabila cukub nisabdan sampai haulnya iaitu setiap setahun sekali sebanyak2.5%.

2. Kewajipan yang aradhiIaitu mereka wajib pula menunaikan tanggungjawab darikekayaannya untuk keperluan semasa yang mendatang atauyang terdesak seperti:a. Jika negara diserang musuh, wajib mereka menggunakan

duitnya untuk membeli senjata-senjata. Lebih-lebih lagijika diminta oleh pemerintah.

b. Negara berhadapan dengan zaman kemelesetan. Wajibmereka membantu negara.

c. Keperluan pendidikan atau perhubungan untuk kepen-tingan umum.

3. Apa yang pemerintah tidak berkemampuan untuk sediakan,mereka berkewajipan bertanggungjawab melengkapkanatau mencukupkan keperluan itu. Mereka tidak boleh meng-anggap itu hanya tanggungjawab pemerintah semata-mata.

4. Jika pemerintah mengarahkan agar mereka membuat se-suatu perkara demi kepentingan umum kerana negarasudah tidak mampu lagi, wajib mereka menunaikannya.

5. Mereka yang enggan mematuhi pemerintah untuk memberi

Page 548: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

525

KEMASYARAKATAN

hartanya demi kepentingan umum, maka pemerintah bolehmemaksanya dan mereka mesti memberinya.

6. Kewajipan yang lain, wajib mereka merendah diri kepadaorang ramai. Kerana orang kaya kalau mereka merendahdiri, ini sangat memberi kesan kepada orang ramai. Orangramai akan insaf dan malu. Maka mudahlah mereka dididikkepada kebaikan. Memang orang yang disegani sepertipemerintah, orang-orang besar, orang kaya, kalau merekamerendah diri, mudahlah orang ramai didisplinkan dandididik kerana orang ramai mudah meniru dan mengikutorang-orang yang dihormati dan disegani.

Selain itu, Islam sangat menganjurkan kepada penganut-penganutnya menjadi pemurah. Bukan sekadar sanggup me-ngorbankan yang wajib sahaja. Mereka digalakkan bersedekah,menderma, memberi hadiah, mewakafkan harta seperti tanah,bangunan, kebun, bahan-bahan bacaan, kenderaan dan lain-lainlagi agar cepat masyarakat Islam terbangun.

Hasilnya kelak, yang sedang maju akan bertambah maju.Yang kurang maju akan jadi maju. Yang kurang, dapat dicukup-kan. Yang koyak dapat ditampal. Yang lemah dapat dikuatkan.Yang tidak sempurna dapat disempurnakan. Yang tidak sudah,dapat disudahkan. Yang tidak mampu, dapat hidup bersama-sama dengan orang yang mampu. Agar yang sedih, ceria semula.Yang terbiar dapat dibela. Juga agar fakir miskin tidak sengsara,anak-anak yatim terbela dan janda-janda dapat dijaga.

Sifat-sifat pemurah terutama daripada orang-orang kaya danberada akan menyebabkan masyarakat Islam terbela. Masya-rakat Islam akan cepat maju dan kasih sayang akan terjalin.Hubungan antara orang kaya dan miskin semakin rapat. Tidakada orang yang terbiar. Akan wujud perpaduan dan kerjasama.Tiada lagi jurang. Sudah tentu kadar jenayah juga akan ber-kurangan. Maka semua orang akan hidup dalam aman bahagia,murni dan harmoni. Itulah kesan daripada sifat pemurah dantawadhuknya orang-orang kaya. Banyak masalah masyarakat

Page 549: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

526

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dapat diselesaikan. Sebab itulah sifat pemurah sangat dikasihioleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bahkan dikasihi juga olehsemua orang. Firman AllahSWT:

Maksudnya: “Belanjakanlah (hartamu) pada jalan Allahdan janganlah kamu jatuhkan dirimu ke dalam kebinasaandan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik.” (Al Baqarah: 195)

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Orang yang pemurah itu dekat denganAllah, dekat dengan manusia dan dekat dengan Syurga,tetapi jauh dari Neraka.”

Oleh itu orang kaya dianjurkan:

1. Kurangkan seminar, banyakkan amal.

2. Kurangkan bercakap, banyakkan berbuat.

3. Elakkan pembaziran, banyakkan khidmat.

4. Sederhanakan kehidupan, sebaliknya banyakkan sedekahdan bantuan.

5. Jadikan kekayaan diri sebagai bank kepada masyarakat.Agar masyarakat tidak merempat atau tidak payah lagibersandar kepada bank yang akan membelenggu rakyat.

Sedarlah wahai orang kaya dan orang yang berada,Kekayaan yang ada pada dirimu,Adalah Tuhan yang punya,Pulangkan semula kepada hamba-hamba-Nya,Kamu tidak akan dihina,Bahkan kamu akan menjadi orang yang mulia,Di sisi Allah dan manusia.

Page 550: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

527

KEMASYARAKATAN

SAJAK

Sajak 1

Carilah Harta Untuk Tuhan

Marilah kita berusaha

mencari harta benda dunia untuk Tuhan

Di sini ada pahala, di sini juga ada kemajuan,

di sini ada keredhaan Tuhan, di sini juga

ada jalinan kasih sayang sesama insan

Ia bukan untuk dicinta

Ia untuk ditadbir dan diagih-agihkan sesama insan

untuk kasih sayang sesama

Dari kasih sayang lahirlah perpaduan sesama insan

Apabila diagih-agihkan untuk keperluan manusia

kerana Tuhan, di situ ada pahala

Apabila diagih-agihkan untuk kepentingan manusia,

menjelmalah kemajuan bersama

Kerana agihan itu ada tujuan kerana Tuhan,

keredhaan Tuhan pun datang

Agihan itu juga menjalinkan kasih sayang

sesama manusia atau insan

Sungguh indahnya hidup bersama harta kerana Tuhan

Sekiranya ia ditadbir dengan bijaksana

Faedahnya begitu global, mencakup dunia dan Akhirat

Dapat pahala, dapat keredhaan Tuhan, dapat kemajuan,

dapat jalinkan kasih sayang sesama insan

Hilanglah hasad dengki, hilanglah iri hati,

hilang benci-membenci, hilanglah permusuhan

Hari ini yang terjadi

Kerana harta datang hasad dengki menyerang

Kerana harta datang berebut-rebutan,

pecah ukhwah, retak perpaduan

Page 551: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

528

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Pecah belah keluarga, renggang persaudaraan,

hilang kasih sayang sesama hamba Tuhan

Kerana harta tercetus permusuhan,

datang perbalahan, berlakulah pergaduhan

Jadikanlah harta untuk keredhaan Tuhan

Jadikanlah harta untuk kasih sayang

Jadikanlah harta untuk kemajuan

Jadikanlah harta untuk kepentingan bersama

Dunia aman, damai, hidup rasa bersama,

bahagia dan harmoni

Sungguh indah hidup bersama dunia untuk Tuhan

Ia selamat menyelamatkan

Rahsianya adalah cintakan Tuhan

Maka dunia ini akan dapat diagih-agihkan sesama insan

Menjelang Zuhur

21 – 02 – 2004

Sajak 2

Ngerinya Watak Akhir Zaman

Tuhan! Watak akhir zaman sungguh mengerikan

Si kaya mati kekenyangan, si miskin mati kelaparan

Hubungan si kaya dan si miskin terlalu jurang

Tautan hati kedua golongan sudah terlalu renggang

Si kaya dengan kesenangan dan kemewahan

Si miskin dengan kesusahan dan penderitaan

Si kaya hati budinya sudah gersang

Tidak terlintas langsung hendak membantu

orang yang malang

Si kaya memandang si miskin tidak terasa apa-apa

Tidak ada perasaan langsung dengan penderitaan orang

Seolah-olah si miskin binatang terbuang

Engkau tidak makan, tidak berpakaian,

peduli apa dengan engkau

Page 552: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

529

KEMASYARAKATAN

Aku kaya kerana usaha-usaha aku

Engkau miskin sudah nasib engkau

Mengapa aku mesti membela engkau

Kalau aku menjadi engkau,

engkau pun tidak membela aku

Tuhan! Begitulah hati perut orang kaya akhir zaman

Akibat orang kaya sudah kehilangan Engkau

Rasa bertuhan sudah tidak ada pada si kaya

Kerana itulah kasihan dengan fakir miskin

sudah tidak ada

Menjelang tidur

09 – 12 – 2002

Sajak 3

Simpatilah Dengan Fakir Miskin

Kasihanilah, simpatilah dengan fakir miskin

Mereka kais pagi makan pagi

Kais petang makan petang

Menyara anak yang banyak

Tempat tinggal pula tidak selesa

Sedangkan merekalah yang menyediakan

keperluan rakyat dan negara

Makan, minum penduduk merekalah yang buat

Tempat tinggal rakyat merekalah bina

Kenderaan rakyat merekalah buruh kasarnya

Pakaian rakyat yang berbagai jenis

mereka jugalah yang membuatnya

Padahal gaji mereka tidak seberapa

Hendak menyara hidup anak-anak dan keluarga

Tempat tinggal hanya gerobok buruk yang menyedihkan

Di waktu sakit, untuk berubat pun duit tidak ada

Page 553: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

530

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Merekalah menyediakan pakaian rakyat

Pakaian mereka menyedihkan

Mereka menyiapkan makanan rakyat

Makanan mereka ala kadar

Merekalah buruh kereta

Mereka tidak punya kereta

Kasihanilah mereka, simpatilah mereka

Bantulah mereka

Wahai orang-orang kaya bantulah mereka

Walaupun mereka tidak meminta

Bertimbang rasalah dengan mereka

Mereka sungguh banyak jasa kepada kita

Kalau bukan kerana mereka

Tentulah susah mendapat keperluan kita

Kenanglah jasa mereka

Dengan memberi bantuan sedikit kepada mereka

Selepas Tarawikh

23 – 11 – 2002

Page 554: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

531

KEMASYARAKATAN

Masyarakat madani ialah masyarakat Islam yang maju ataubertamadun. Ia maju kerana anggota-anggota di dalamdiri umat Islam itu dapat dibangunkan atau dimajukan

berpaksikan iman atau akidah atau tauhid.

– Akalnya dapat dibangunkan dengan bermacam-macamilmu yang memberi manfaat sama ada ilmu Akhirat mahu-pun ilmu dunia yang bermacam-macam cabangnya. Di-penuhi pula dengan pengalaman-pengalaman.

– Jiwanya dapat dibangunkan rasa tauhid atau rasa bertuhan,sifat ikhlas, kasih sayang, pemurah, berani, sabar, tawakal,lapang dada, bertolak ansur, redha, qanaah dan zuhud.

– Nafsunya dapat dibangunkan (dibersihkan daripada nafsuammarah kepada lawwamah seterusnya mulhamah, mut-mainnah, radhiah, mardhiah dan kamilah). Paling tidak,dapat dibangunkan kepada nafsu mulhamah. Di sini sudahsampai kawasan selamat. Lebih daripada itu ia merupakansubsidi dari Allah iaitu darjat-darjat dan pangkat-pangkatyang lebih tinggi lagi di kalangan orang mukmin.

Membangunkan jiwa dan nafsu ini, ia bersifat rohaniah.Kemudian anggota lahirnya (jawarih) dapat membangunkan

MASYARAKAT MADANI

9

Page 555: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

532

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

kemajuan fizikal berpandukan ilmu dan bertunjangkan iman.Di antaranya ialah membangunkan keperluan-keperluan kehi-dupan dunia yang bersifat material seperti makan minum yangsebaik mungkin, tempat tinggal dan tempat kerja yang secang-gih mungkin. Juga dapat membangunkan kemudahan-kemu-dahan hidup seperti jalan raya yang baik, kenderaan yangcanggih mengikut zamannya, alat-alat senjata yang canggih danseimbang atau lebih untuk keperluan semasa demi memperta-hankan maruah agama, bangsa dan tanah air daripada serangan-serangan musuh.

Kalau begitu, masyarakat madani adalah satu masyarakatyang wujud begitu unik, indah, menyenangkan dan selesakerana di dalamnya penuh dengan sifat-sifat dan ciri-ciri ukh-wah, kasih sayang, timbang rasa, rasa bersama, bekerjasama,menyenangkan, bersatu padu, bertolak ansur, maaf-bermaafan,doa-mendoakan, bertolong bantu, pemurah dan berani. Di sudutkerohaniannya, berdisiplin dan bersih daripada dosa serta noda.Kalau berlaku pun terlalu sedikit atau ada tetapi tidak dapatdilihat kerana ia telah tenggelam dengan pahala atau kebaikanyang tercetus dari masyarakat Islam.

Anggota masyarakatnya benar-benar hidup di dalam suasanaaman makmur, maju, membangun, berkemudahan di dalamserba-serbi, makan minum cukup atau boleh jadi mewah, pa-kaian serba ada, tempat tinggal selesa, perhubungan mudah,perniagaan, industri, pertanian dan pendidikan maju.

Semua orang ada kerja. Tidak ada orang yang menganggur.Mudah beragama, senang mencari rezeki, mudah belajar, tem-pat-tempat rawatan penyakit banyak dan menyenangkan.Maruah agama, bangsa dan negara terjaga. Semua aspek hak-hak asasi manusia terjamin. Ia dijaga dan dipertahankan. Siapayang mencerobohnya diadili dan dihukum setimpal dengankesalahannya.

Manusia rasa bebas membuat aktiviti. Namun di dalam kebe-basan itu tidak pula melanggar peraturan dan tidak merosakkanhak asasi manusia. Manusia aktif tetapi berdisiplin. Rajin tidak

Page 556: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

533

KEMASYARAKATAN

pula sampai melanggar etika masyarakat. Di dalam maju,suasana tenang. Di dalam kesibukan, tidak ada pelanggaranundang-undang. Bertemu, bergaul, berbincang, bermesyuarat,bercakap tetapi dengan penuh bersopan serta rendah diri. Tidakada orang yang berlagak dan menunjuk-nunjuk. Di dalamsuasana hormat-menghormati, jaga-menjaga, ingat-mengingati,tegur-menegur, sayang-menyayangi. Berlumba-lumba membuatkemajuan dan kebaikan tetapi tidak ada hasad dengki. Ia bersifatselamat dan menyelamatkan.

Sebenarnya kaedah dan cara untuk membangunkan masya-rakat madani sudah pun dijelaskan oleh ajaran Islam, melaluiAl Quran dan Sunnah. Gambaran secara realitinya dan amaliyang telah berlaku pula telah dipaparkan oleh buku-buku se-jarah. Oleh itu hari ini kita bukan hendak mencari-cari kaedahdan bentuk masyarakat. Kaedah telah ada. Al Quran dan Sunnahcukup terang tentang itu. Gambaran masyarakat yang wujudsekitar 3 kurun, jelas sekali telah dipaparkan oleh buku-bukusejarah.

Apakah yang patut kita buat? Yang patut kita buat ialahmengusahakan supaya orang-orang Islam mahu memperjuang-kannya, menggesa agar umat Islam boleh menerima kaedah itudan bagaimana agar sampai gambaran masyarakat Islam(masyarakat madani) itu boleh diterima oleh umat Islam.

Page 557: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

534

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Indahnya Masyarakat Madani

Alangkah indahnya

di dalam satu masyarakat yang wujud

perkara-perkara yang positif ini

Rata-rata orang merendah diri menjadi budaya

Berkasih sayang sangat ketara,

bersatu padu dan bekerjasama

Pemurah penduduknya, setiap golongan masyarakat

sekalipun yang miskinnya

Tidak ada kelas-kelas dan jurang di dalam masyarakat

semuanya boleh sama berdiri dan duduk sama rata

Keadilan pemimpin-pemimpinnya

kasih sayang para ulama dan tawadhuknya,

peribadinya contoh

Perempuan-perempuannya sangat pemalu

terutama orang-orang mudanya

Para pemuda tidak menoda

dan menjadi tenaga kepada masyarakatnya

Orang-orang tua ada wibawa

pengalaman hidup mereka

tempat rujuk masyarakatnya

Ahli-ahli perniagaannya

sangat bertasamuh di dalam berniaga

mahu berlebih kurang dan bertolak ansur

Orang-orang kayanya tidak sombong

bahkan pemurah dan pembela

Orang-orang miskinnya sabar, redha,

tidak meminta-minta

Seolah-olah mereka juga kaya

Page 558: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

535

KEMASYARAKATAN

Kasih sayang Tuhan pun datang

sebagai rahmat kepada mereka

iaitu mereka orang miskin sering sahaja dibantu

Maksiat dan kemungkaran yang terang-terangan

sedikit sahaja

Pergaduhan dan perkelahian jarang ada

Berjalan di waktu bila pun

tidak ada bahaya dan ketakutan

Kerana masyarakatnya aman, damai, harmoni

tenang dan menyenangkan

Itulah dia masyarakat yang mendapat rahmat

dan berkat

Alangkah indahnya masyarakat begini!

Semua orang merinduinya

Selepas Asar

10 – 06 – 2003

Page 559: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

536

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Masyarakat yang macam mana yang kita mahu atau dengankata lain bagaimana corak masyarakat Islam itu sepertiyang dikehendaki oleh Islam, yang pernah berlaku dalam

sejarah, yang sedang kita perjuangkan sekarang ini.

Masyarakat itu sudah tentu semua orang sama ada orangIslam atau bukan Islam berpuas hati, rasa senang dan tenang,rasa aman dan damai, selamat dan menyelamatkan, merasagembira dan bahagia, merasa kasih sayang dan harmoni.

Masyarakat yang kita kehendaki seperti yang Islam mahuialah para pemimpin berlaku adil, melindungi dan menyayangi,berlemah-lembut dan berakhlak tinggi, cerdik pandainya tawa-dhuk dan merendah diri. Setiap yang menggaulinya senang hatidan berpuas hati. Si kaya dan yang berada sombongnya tiada,tidak menunjuk-nunjuk dan tidak berbangga. Mereka menjadibank kepada masyarakat dan negaranya. Apatah lagi fakirmiskin, dapat pembelaan dari mereka. Mereka disayangi danmenyayangi. Tidak ada orang yang sakit hati kecuali orang yanghasad dengki.

Masyarakat yang ditunggu kelahirannya ialah orang alimatau para ulama sentiasa menjadi obor penyuluh hidup setiapmanusia ke jalan yang diredhai oleh Tuhan. Belas kasihan kepadasi jahil, sering menunjuk ajar kepada mereka. Berlemah-lembut

MASYARAKAT YANGDIIDAM-IDAMKAN

10

Page 560: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

537

KEMASYARAKATAN

kepada manusia. Kasih sayangnya amat ketara. Melihat mukamereka teringat kepada Tuhan. Mereka sangat disayangi olehmanusia. Mereka adalah tempat rujuk dan sandaran manusia.

Masyarakat yang kita nanti-nanti kedatangannya ialah kalaumereka orang miskin sabarnya ketara, tidak meminta-minta, jauhsekalilah menipu daya, keluh-kesahnya tiada, hidup merekatetap tenang dan menenangkan. Orang ramai tidak perasan yangmereka fakir miskin, padahal mereka papa kedana kerana me-reka tidak pernah meminta-minta dan menyusahkan orang.

Masyarakat yang kita tunggu-tunggu ketibaannya ialahorang-orang tua dihormati kerana wibawanya tinggi dan dijaga.Semakin tua semakin dekat dengan Tuhannya. Kata-katanya bakmutiara, sangat memberi pengajaran kepada manusia. Makinmereka tua, makin disayangi oleh manusia. Mereka tidak disia-siakan apatah lagi oleh anak-anak cucunya.

Selain itu, masyarakat yang kita mahu ialah muda-mudinyaberakhlak mulia, malunya amat ketara. Lebih-lebih lagi pemudi-pemudi dan wanita-wanitanya. Pergaulan bebas tiada, rajin be-kerja, gigih berjuang menegakkan kalimah Tuhannya. Merekatidak berfoya-foya. Masa mereka diisi dengan perkara-perkarayang sebaik-baiknya. Mereka sangat mempertahankan maruahagama, bangsa dan negara. Mereka laksana pagar dan benteng-nya.

Lebih jauh daripada itu, masyarakat yang kita idam-idamkanialah tidak ada kemungkaran dan maksiat terang-terangan.Jenayah tiada, kalau ada pun sekali-sekala kerana manusia telahtakut dengan Tuhannya dan sangat mencintai Akhiratnya. Ba-rang-barang yang tercicir atau hilang akan dijumpa kembali ataudipulangkan kembali.

Perempuan-perempuan yang berjalan sekalipun keseorangantiada siapa yang mengganggu dan menodainya, bahkan kesela-matan dan maruah mereka dijaga bersama, macam keluargasendiri sekalipun mereka tidak dikenali.

Masyarakat itu juga adalah masyarakat yang mana jiran

Page 561: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

538

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dengan jiran sangat hormat-menghormati, jaga-menjaga, tengok-menengok, beri-memberi, tolong-menolong, bantu-membantu,ziarah-menziarahi apatah lagi di waktu sakit. Masing-masingmengambil berat satu sama lain terutama di waktu jiran menda-pat kesusahan, ada sahaja orang yang membantu dan mem-belanya.

Begitu juga masyarakat yang kita cari ialah orang yang ber-salah mudah meminta maaf, yang tidak bersalah mudah mem-beri maaf walaupun tidak diminta. Dendam-mendendam tidakwujud, hasad dengki tidak berlaku, pembunuhan jauh sekali,hidup bertolak ansur menjadi budaya. Dunia tidak menjadirebutan hingga saluran yang menjadikan perselisihan dan perba-lahan tidak wujud. Dunia penuh dengan kasih sayang yangharmoni.

Masyarakat yang sedang diidam-idamkan oleh manusia ialahsetiap orang yang susah, miskin dan mendapat kemalangantidak ada yang terbiar, berebut-rebut orang yang memberi perto-longan dan bantuan. Mereka yang susah dan miskin itu rasasangat mendapat pembelaan. Walaupun mereka susah padalahirnya hakikatnya tidak susah kerana semua orang mengambilberat tentangnya. Bahkan, orang yang miskin itu lebih senangdaripada orang yang hidup sederhana.

Masyarakat yang dikehendaki itu ke mana sahaja kita pergiatau bermusafir mudah sahaja kita menjadi tetamu. Berebut-re-but orang menerima kita, ada-ada sahaja bantuan dan pertolong-an. Tersesat, ada sahaja yang menunjuk jalan. Di dalam ber-dagang, tidak merasa keseorangan, ada sahaja kawan-kawan dankenalan dan sahabat-sahabat yang baru yang diperolehi.

Begitu juga masyarakat yang kita inginkan itu bahawaayatullah dan kebesaran Tuhan serta syiar-Nya nampak di mana-mana. Ke mana sahaja kita pergi nampak orang beribadah,menutup aurat, memberi dan menjawab salam, membaca AlQuran, belajar agama, berbudi bahasa, berbudaya mulia, berto-long-menolong, bertolak ansur, mengutamakan orang lain, men-jamu dan mudah menerima tetamu, memberi dan membantu.

Page 562: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

539

KEMASYARAKATAN

Begitulah seterusnya masyarakat yang dicita-citakan itu ke-lihatan para ulama, pemimpin, guru-guru, ibu bapa atau orang-orang tua dihormati dan dimuliakan, kanak-kanak dikasihi,suami isteri kasih-mengasihi, orang yang susah diberi atau men-dapat simpati, berkawan setia, khianat-mengkhianati tiada, ama-nah dijaga, tanggungjawab ditunaikan, janji ditepati, keuzurandimaafkan dan diterima.

Seterusnya masyarakat Islam itu, ke mana sahaja kita pergitidak kelihatan manusia yang berlepak-lepak membuang masa,tidak ada manusia yang menganggur tidak ada kerja, tidakterlihat manusia berfoya-foya, yang hidup tidak tahu matla-matnya. Masing-masing kelihatan sibuk membuat kerja-kerjayang baik dan memberi manfaat sama ada untuk Tuhannyamahupun untuk manusia.

Masyarakat yang kita mahu, manusia sibuk membangun,aktif membuat kemajuan, tapi tidak berlaku kemungkaran ber-samanya. Tidak ada rasuah, tiada ada tipu daya, tidak ada penin-dasan, tidak ada kelalaian. Tidak ada pelanggaran syariat. Sema-kin maju dan membangun manusianya, semakin tawadhuk,pemurah, bersyukur dan makin takut kepada Allah. Makaberjalanlah serentak kemajuan fizikal dengan kemajuan rohani.Berganding bahu kemajuan lahir dengan kemajuan batin.Berjalan seiring kemajuan jasmani dengan kemajuan spiritual.Dunia Akhirat sama-sama terbangun. Tingginya tamadun,hebatnya kemajuan bukan melambangkan lagi keangkuhanmanusia tapi menggambarkan keagungan Tuhan, kebesaranpencipta, lambang kekuasaan Tuhan dan limpahan nikmat danrahmat-Nya.

Kesan-kesan daripada itu, orang yang bukan Islam atau kalaumasih ada lagi golongan minoriti Islam yang hatinya masih jahatmaka mereka malu hendak membuat jahat. Mereka juga rasabersalah kalau hendak membuat sesuatu yang jahat. Walaupunmereka bukan malu kepada Tuhannya tapi malu dengan manu-sia, mereka rasa tidak patut melakukannya. Ia juga secara tidaklangsung boleh membantu ketenangan dan keamanan masya-

Page 563: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

540

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

rakat. Berkat daripada ramai orang yang telah baik, lebih-lebihlagi kerana mereka sayang dan kasih dengan pemimpin, paraulama dan orang-orang kaya mereka yang adil, pemurah, kasihdengan orang ramai, berakhlak mulia dan ada wibawa makamereka tidak tergamak hendak melakukan kerja-kerja yang jahatdan tidak senonoh.

Oleh itu, masyarakat menjadi aman, damai, bersatu, berkasihsayang, tenang, senang, bahagia dan harmoni, hilang rasaketakutan dan yang membimbangkan. Orang ramai tidak takutlagi dengan kejahatan manusia. Mereka merasa tidak akan adalagi orang yang hendak menipu, mencuri hartanya, membuatkhianat, mengambil kesempatan, yang akan mengambil peluanguntuk kepentingan diri, yang melakukan kidnap, rogol, sabotaj,rompak dan sebagainya. Terjadilah satu kehidupan seperti yangAllah Taala gambarkan melalui Al Quran:

Maksudnya: “Negara yang aman, makmur dan men-dapat keampunan Tuhan.” (Saba’: 15)

Masyarakat yang kita gambarkan inilah yang menjadi idamankita yang kita sedang berusaha dan perjuangkan, yang kitamimpikan wujudnya di dalam realiti kehidupan kita. Kita rasamoga-moga di awal kurun tahun Hijrah ini akan terjadi di dalamalam kenyataan. Kerana, ada janji dari Tuhan di awal kurun iniIslam akan kembali gemilang, ia berulang seperti zaman awal-nya.

Marilah sama-sama kita berjuang di samping menanti danmenunggu zaman indah dan cemerlang ini. Moga-moga kitadipanjangkan umur agar menyaksikan zaman keemasan ini danmoga-moga juga ia terjadi disebabkan usaha dan perjuangankita. Kita harap Allah Taala tidak mengecewakan harapan kita.

Ya Allah, kabulkanlah harapan kami.

Page 564: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

541

KEMASYARAKATAN

SAJAK

Masyarakat Yang Diidamkan

Aku rindukan masyarakat yang berkasih sayang

Bersatu padu, rasa bersama bekerjasama,

bertolong bantu

Yang susah dibela, yang senang membela

Yang pandai menjadi obor,

pemimpin menaungi dan memayungi

Aku menginginkan satu kehidupan

yang murni dan harmoni

Hormat-menghormati di antara sesama manusia

Tidak ada benci-membenci,

tidak ada khianat-mengkhianati

Maaf-bermaafan, bertimbang rasa,

peri kemanusiaannya tinggi

Golongan tua dan para ketua dihormati,

mereka boleh dicontohi

Golongan bawah atau orang-orang biasa dikasihi

Para pemuda-pemudi pemalu,

tenaga mereka sangat berguna

Rajin bekerja, mereka menjadi aset negara,

bangsa dan agama

Maksiat yang menjolok mata

atau terang-terangan tidak ada

Masyarakat bersih daripada noda dan dosa

Hidup penuh dengan bersopan santun

dan kasih mesra

Page 565: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

542

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kurangnya jenayah, tidak ada berbalah,

ketakutan tidak ada

Ulama dihormati, kerana akhlak mereka tinggi

Akhlak mereka bayangan Nabi,

hingga mereka dicontohi dan dipandang tinggi

Mereka adalah obor masyarakat,

juga pemimpin tidak rasmi

Sentiasa menunjukkan ajar,

memberi nasihat dan diikuti

Mana ada masyarakat yang begini

yang menjadi idaman bersama

Hanya wujud di zaman salafussoleh yang gemilang

Pejuang-pejuang Islam,

masyarakat beginilah yang hendak diperjuangkan

Agar zaman gemilang Islam datang berulang

Page 566: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

Umum

Page 567: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

544

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Ajaran Islam atau agama Islam adalah satu ajaran yang unikdan sangat jauh bezanya dengan ajaran ideologi atau ismebuatan manusia. Kerana ia datang daripada Tuhan pencipta

alam dan pencipta manusia. Yang sangat tahu tentang ciptaan-Nya dan bagaimana hendak mengurus ciptaan-Nya agar selamatdan aman damai.

Di dalam ajaran Islam ada tiga aspek atau tiga bahagian ter-penting, yang berhubungkait antara satu sama lain. Sama adasecara langsung mahupun secara tidak langsung. Secara tersuratmahupun yang tersirat. Secara sedar mahupun tidak sedar. Iaituajaran akidah, syariat dan tasawuf atau akhlak. Siapa yang inginberagama Islam atau siapa sahaja yang ingin melaksanakanajaran Islam di dalam kehidupan, wajib mempelajari ketiga-tigaaspek atau bahagian yang ada di dalam ajaran Islam ini. Wajibdipelajari ilmunya, diyakini, dihayati dan juga diamalkan.

Kalau satu-satu aspek sahaja kita terima dan pelajari tetapimeninggalkan aspek-aspek yang lain, ia sangat cacat dan tem-pang. Katalah kita pelajari akidahnya sahaja serta diyakinidengan meninggalkan aspek-aspek yang lain, seolah-olah Islamitu agama ketuhanan dan Tuhan tidak ada mempunyai peraturandan peranan. Kalau syariatnya sahaja yang kita terima dan me-nolak pula aspek-aspek yang lain, Islam itu sudah seolah-olah

ASPEK-ASPEK YANG ADA DALAMAJARAN ISLAM DAN PERANANNYA

1

Page 568: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

545

UMUM

Islam seperti ajaran ideologi. Manakala kalau akhlaknya sahajaditerima dengan meninggalkan aspek-aspek yang dua lagi,seolah-olah Islam itu hanya ajaran etika di dalam pergaulan atauetika kerja.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuk-lah kamu ke dalam agama Islam dengan mematuhi segalahukum-hukumnya, dan janganlah kamu menurut jejaklangkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagikamu yang terang nyata.” (Al Baqarah: 208)

Oleh itu agama Islam tidak boleh diterima atau dipelajari disatu-satu aspek sahaja tetapi kenalah diterima kesemua aspek-nya sekali. Barulah lengkap dan sempurna. Barulah indah danberguna. Barulah dapat dilihat keagungan dan kebesaran Allahitu di dalam kehidupan manusia. Barulah berlaku di dalam ma-syarakat manusia itu keharmonian, keamanan dan kedamaianyang memang diidam-idamkan oleh manusia.

Selain tidak boleh dipisahkan dan ada hubungkait, setiapaspek atau bahagian yang ada di dalam ajaran Islam itu jugamempunyai peranan yang tersendiri. Setiap aspek sangat mem-beri kesan kepada fikiran, jiwa dan kehidupan lahir manusia.Sama ada di dalam kehidupan individu, kehidupan bermasya-rakat dan lain-lainnya. Di sini kita akan menghuraikan peranansetiap aspek itu seperti berikut:

PERTAMA: PERANAN AKIDAH

Di antara peranan akidah adalah seperti berikut:

1. Agar manusia percaya dan yakin bahawa dunia dan seluruhisinya ada penciptanya iaitu Tuhan Rabbul ‘Alamin.

Page 569: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

546

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

2. Supaya manusia dapat membezakan di antara Khaliqdengan makhluk-Nya yang sangat berbeza. Maha Suci Diadaripada menyerupai sesuatu.

3. Bahawa Tuhan itu adalah Zat yang tidak dapat difikirkan.Tidak dapat ditangkap oleh mata dan yang tidak dapat di-khayalkan. Tiada siapa mengetahui hakikat Zat-Nya kecualiTuhan sendiri.

4. Bahawa Tuhan itu Maha Pencipta, Maha Kuasa, Maha Ber-kehendak, Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Besar.

5. Tuhan itu tiada yang mencipta-Nya. Oleh itu Dia tidak adapermulaan dan tiada berkesudahan.

6. Dia wajib disembah dan dibesarkan melalui ibadah danibadah itu pula telah ditentukan caranya.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, rukuk-lah serta sujudlah dan beribadatlah kepada Tuhan kamu(dengan mentauhidkan-Nya) serta kerjakanlah amal-amalkebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).”(Al Hajj: 77)

7. Tuhan adalah tempat bergantung, tempat rujuk, tempatmenyelesaikan segala masalah dan tempat meminta.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Musa berkata kepada kaumnya: Mintalahpertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnyabumi ini kepunyaan Allah dan diwariskan kepada sesiapa

Page 570: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

547

UMUM

yang dikehendaki-Nya dan kesudahan yang baik adalah bagiorang-orang yang bertaqwa.” (Al A’raf: 128)

8. Mengelakkan rasa kecewa di kalangan manusia. Lebih-lebihlagi terhindar daripada putus asa kerana ada tempat ber-lindung. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yangtelah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (denganperbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa darirahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkansegala dosa.” (Az Zumar: 53)

9. Tuhan sajalah yang boleh memberi rahmat dan berkat danTuhan jugalah yang memberi azab.

10. Tuhan boleh melakukan apa sahaja dengan Dia berkata,“Jadi”, pasti akan jadi. Kalau Dia kata, “Binasalah”, pastibinasa. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nyaapabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Iaberfirman kepada (hakikat) benda itu: ‘Jadilah engkau’. Makaia terus menjadi.” (Yaasin: 82)

11. Tuhanlah yang menghidupkan dan Tuhan jugalah yangmematikan. Tuhanlah yang telah menentukan manusia keSyurga atau ke Neraka di Akhirat kelak.

12. Tuhanlah yang mengutuskan para rasul dan para nabi demiuntuk mengajar manusia hidup beragama seperti yang di-kehendaki oleh Allah Taala. Firman Allah SWT:

Page 571: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

548

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Maksudnya: “...dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya...” (Al Ahzab: 33)

13. Tuhan ada mempunyai tentera dan kakitangan yang ghaibdi kalangan malaikat yang mentaati dan membuat kerja-kerja Allah.

PERANAN SYARIAT

Di antara peranan syariat itu ialah:

1. Agar manusia tahu bahawa Allah Taala telah menyediakanmempunyai peraturan dan perlembagaan hidup untukmanusia yang disampaikan melalui rasul-rasul-Nya. Supayamanusia selamat di dunia dan di Akhirat.

2. Agar manusia yang menerima syariat-Nya hidup berdisiplindan teratur, terurus dan tersusun.

3. Agar manusia hidup di dalam sebuah masyarakat tidakmerempuh dan melanggar hak asasi orang lain. Supayaterjamin ukhwah dan keharmonian hidup.

4. Agar manusia pandai hidup cara yang sebaik-baiknya. Ma-kan minum yang baik, pakaian yang baik, pergaulan yangbaik, perhubungan yang baik, perkahwinan yang baik,menjaga kesihatan yang baik, bekerja secara baik, bereko-nomi secara baik, berpolitik secara baik, berkebudayaansecara baik, berjuang secara baik, berpendidikan secara baikdan lain-lain lagi.

5. Agar manusia pandai menegakkan keadilan di dalam ke-hidupan dan pandai pula menghukum mengikut kesalahansupaya tidak ada makhluk Allah yang teraniaya dan tiadamanusia melakukan sewenang-wenangnya terhadap ma-nusia lain.

6. Agar manusia pandai melantik pemimpin yang baik sertatahu untuk mentaati pemimpin.

7. Pemimpin pula pandai mengurus dan mendidik pengikut-

Page 572: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

549

UMUM

pengikutnya atau rakyatnya, tahu mengurus kehidupan danapa yang diperlukan oleh mereka.

8. Apabila manusia mengikut syariat Tuhan dalam semuaaspek kehidupan mereka maka akan terlihatlah lambang-lambang kebesaran Allah (ayatullah) di dalam kehidupanmereka.

9. Dengan syariat, manusia itu dapat melihat bahawa Tuhanitu Maha Bijaksana, Maha Pengatur dan Maha Pentadbir.

10. Dengan syariat, manusia itu pandai berhubung atau berko-munikasi di antara sesama manusia agar perhubungan ituberjalan dengan baik.

11. Dengan syariat, manusia pandai berhubung dengan Tuhansebagai Khaliqnya.

PERANAN TASAWUF

Tasawuf adalah ilmu rasa (zauk). Ia adalah perasaan-perasaanyang timbul di dalam hati orang yang beriman atau orang yangbertaqwa, yang bersifat terpuji (mahmudah). Contohnya sepertirasa hamba, rasa merendah diri, rasa malu, rasa kasih, rasabertimbang rasa, rasa simpati, rasa tawakal, rasa sabar, rasaredha, rasa pemurah, rasa kasihan, rasa pemaaf, rasa memintamaaf dan rasa cinta.

Dari rasa-rasa tadi, ia mendorong manusia bertindak ataumelahirkan rasa-rasa itu. Maka lahirlah buahnya di dalam kehi-dupan, yang dapat dilihat oleh mata iaitu akhlak mulia. Dapatdilihat seseorang itu pemurah, merendah diri, tenang, menolongorang, mengasihi orang, memberi maaf, meminta maaf dan lain-lainnya.

Di sini barulah kita faham, bahawa akhlak yang mulia ituadalah buah tasawuf. Asalnya adalah rasa-rasa yang di dalamsemata-mata. Kemudian lahir dalam realiti kehidupan atau im-plimentasinya dari dorongan yang di dalam tadi.

Page 573: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

550

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Oleh itu tasawuf dengan akhlak adalah berhubung rapat satusama lain. Tasawuf adalah yang batin, akhlak adalah yang lahir.Boleh juga dikatakan pokoknya adalah tasawuf manakalabuahnya adalah akhlak yang mulia. Jadi tasawuf dengan akhlaktidak terpisah. Satu sama lain tidak terpisah. Ia ada hubung kait.

Apabila tasawuf telah membuahkan akhlak yang mulia, makadi bawah ini kita akan memperkatakan pula peranan akhlakyang mulia.

PERANAN AKHLAK

1. Akhlak adalah disukai dan dipuji oleh Allah, oleh Rasul danoleh seluruh manusia sama ada yang Islam mahupun yangbukan Islam. Maka ia bersifat sejagat.

2. Dari akhlak yang mulia, boleh menjalinkan kasih sayang dikalangan manusia sama ada manusia yang Islam mahupunmanusia yang bukan Islam.

3. Dari akhlak yang mulia, bagaimana hebat dan istimewasekalipun manusia itu, dia tidak akan riyak dan sombong.

4. Dari akhlak yang mulia, manusia yang miskin tidak akanterbiar. Akan ada orang yang membela dan membantunya.

5. Tidak ada orang yang rendah kedudukannya di dalammasyarakat yang akan terhina dan dihina.

6. Sentiasa ada orang yang bersimpati dan menolong orang-orang yang susah dan mendapat kemalangan. Mereka tidakakan terbiar.

7. Kalau ada di kalangan manusia yang melakukan kesalahandan kesilapan di kalangan sama-sama manusia, tidak akanberlaku permusuhan yang berpanjangan kerana yang benarbersegera memberi maaf dan yang salah bersegera jugameminta maaf.

8. Lahirlah masyarakat yang bertolak ansur serta berlapang

Page 574: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

551

UMUM

dada berhadapan dengan bermacam-macam ragam dan ke-renah manusia.

9. Lahirlah masyarakat yang di antara satu sama lain meng-utamakan orang lain.

10. Akan lahirlah masyarakat yang adil. Kesannya, tidak adadi kalangan manusia yang terasa dizalimi dan teraniaya.

11. Hasil daripada akhlak yang mulia, maka lahirlah masyara-kat aman damai, selamat sejahtera, berkasih sayang danharmoni.

12. Dengan itu tidak berlaku di dalam masyarakat manusia hal-hal yang menakutkan yang datang daripada perbuatanmanusia sesama manusia.

Begitulah secara ringkasnya peranan setiap aspek yang adadi dalam agama Islam atau di dalam ajaran Islam. Di sini kitadapat lihat jika ajaran di dalam agama Islam dapat difahami,dihayati dan diamalkan oleh penganut-penganutnya, akanterjamin kesejahteraan sejagat.

Page 575: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

552

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Islam Membawa Kasih Sayang

Islam adalah hubungan dengan Allah

dan hubungan sesama manusia

Hubungan dengan Allah banyak berlaku

di masjid dan di surau-surau

secara fizikal dan rohani

Yang bersifat rohaniah ini berlaku di mana-mana

kerana ia adalah kerja hati

Hubungan sesama manusia tidak kira kafir

atau Islam berlaku di mana-mana sahaja

Berlaku di jalan raya, di rumah,

di kedai makan, di dalam kenderaan,

di sekitar jiran tetangga

Disiplin waktu berhubung, bertemu,

waktu bermesyuarat, bermuzakarah, berceramah

Di dalam keluarga, waktu bekerja,

bermusafir, berjuang dan ziarah

Di sini dibawa beberapa contoh,

yang tidak disebutkan kiaskan sahaja

Di jalan raya utamakan orang lain dahulu,

sekalipun jalan kita

Bertanya-tanyalah hal jiran

sama ada Islam atau kafir,

kesusahannya dibantu, sakitnya diziarah,

ketiadaannya jaga rumahnya

Waktu makan di kedai,

bayarkan yang di kiri kanan kita

Ketika ke pasar, bayarkan untuk orang yang di sebelah kita

setakat termampu

Apabila naik bas, utamakan orang lain duduk,

Page 576: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

553

UMUM

lebih-lebih lagi orang tua atau kaum ibu

Kalau kita berjalan berkenderaan sendiri,

terjumpa orang menunggu bas,

pelawa dia naik kenderaan kita

Berjumpa orang di mana-mana

sama ada dikenali atau tidak

berilah salam kepada mereka

Di dalam majlis, ada peluang bermesralah,

ada orang bercakap dengarlah,

jagalah tata-susila

Ada orang yang susah meminta,

berilah jangan dikecewa,

kita berhutang kerananya pun tidak mengapa

Hutang orang kepada kita jangan dipinta

Kalau boleh bayarkan hutang orang setakat termampu,

jadikan budaya

Kalau mereka bayar, Alhamdulillah,

jika tidak, halalkan sahaja

Jika kita bersalah dengan siapa sahaja

minta maaflah,

orang bersalah maafkan sahaja

sekalipun tidak meminta

Berkawan hendaklah setia,

berjemaah sama-sama berkorban

dan menjaga keutuhannya

Pengutip-pengutip sampah kenalah beri hadiah

atau apa-apa sahaja yang makanan yang munasabah

Berani jangan melulu, biarlah berstrategi,

takut juga jangan terlalu, Tuhan benci

Bekerja biarlah berdasarkan ilmu,

bersungguh-sungguh,

bekerja secara jemaah hendaklah bekerjasama

Kalau makan jangan seorang dibedal,

biarlah ada orang lain sama

Orang yang menentang kita, janganlah dilayan,

Kalau boleh buat baik dengan mereka

Page 577: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

554

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kalau mereka fitnah,

tidak salah kita menghilangkan fitnah,

tapi biarlah bijaksana

Itulah dia sebahagian daripada ajaran Islam yang global

Yang tidak diceritakan kiaskan sahaja

Itulah dia Islam cara hidup,

bukan berpusat di masjid sahaja

Islam macam itulah

yang kita sedang memperjuangkannya

Apa yang kita lihat tadi nyatalah Islam itu

membawa kasih sayang sesama manusia

Selepas Subuh

14 – 12 – 2002

Page 578: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

555

UMUM

Allah SWT mencipta langit, bumi dan seluruh isinya terma-suk manusia. Allah juga mewujudkan peraturan demiuntuk keselamatan dan kesejahteraan mereka bukan sahaja

di dunia, bahkan juga di Akhirat, tempat tinggal terakhir buatmanusia.

Peraturan atau syariat Allah yang berlaku di bumi tempattinggal sementara manusia ini, itulah yang dikatakan sunna-tullah. Ia merupakan peraturan dan perjalanan yang Allah Taalatelah tetap dan peraturkan untuk manusia. Yang wajib kenalahmanusia ikut dan patuhi. Jika manusia tidak patuhi dan menolaksunnatullah itu, pasti manusia rosak dan binasa. Rosak dan bina-sa itu pasti terjadi di dunia lagi sama ada dalam jangka masapendek mahupun panjang.

Apabila kita memperkatakan sunnatullah iaitu satu sistemdan peraturan yang ditentukan oleh Allah Taala buat manusiadi dunia ini, ia tidak akan berubah dan tidak ada siapa yangboleh merubahnya sejak Allah Taala wujudkannya hinggalahsampai bila-bila. Firman Allah SWT:

SIAPA MENOLAK SUNNATULLAHPASTI BINASA

2

Page 579: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

556

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Maksudnya: “Kerana engkau tidak sekali-kali akanmendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah, engkautidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagiperjalanan sunnatullah itu.” (Fathir: 43)

Perlu diingat bahawa sunnatullah itu terbahagi kepada duabahagian:

Pertama:Manusia menerimanya secara terpaksaKedua: Manusia menerima secara sukarela

Firman Allah:

Maksudnya: “Dan kepada Allah jualah sekalian makhlukyang ada di langit dan bumi tunduk menurut, sama adadengan sukarela atau dengan terpaksa.” (Ar Ra’d: 15)

1. Secara terpaksa (karhan)Sunnatullah yang pertama, manusia terpaksa menerimanyasecara terpaksa (karhan). Di antaranya seperti:

– Jika manusia ingin bernafas, Allah sudah tentukan denganudara bukan dengan air dan lain-lain.

– Bernafas melalui hidung bukan melalui mata dan lain-lainnya.

– Makan dan minum melalui mulut bukan melalui duburdan lain-lain jalan.

– Berjalan menggunakan kaki bukan melalui tangan danlain-lain.

– Kalau mahu rehat dan untuk memulihkan kesegarankenalah tidur dan rehat, bukan melalui bermain atau pan-jat pokok dan lain-lain.

Begitulah keadaannya. Banyak contoh-contoh lain lagi yangtidak perlu disebutkan di sini. Kiaskan sahaja.

Page 580: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

557

UMUM

2. Secara sukarela (tau’an)Sunnatullah yang kedua ialah Allah Taala membuat per-aturan sebagai sunnatullah yang tidak akan diubahi seperti:

– Makan dan minumlah yang halal seperti nasi dan airmineral, jangan makan dan minum yang haram sepertidaging babi dan arak.

– Inginkan perempuan kenalah berkahwin. Jangan berzina.

– Inginkan kaya, berusahalah secara halal seperti berniaga,bertani dan berternak. Jangan mencuri, jangan menipudan jangan rasuah.

– Jika inginkan keselamatan negara dan masyarakat, kena-lah mengguna hukum Allah Taala yang berdasarkan AlQuran dan Sunnah.

– Kalau mahu kehidupan di bidang ekonomi berjalan sihat,tidak ada penipuan dan penindasan, tolaklah sistem riba,monopoli dan memperniagakan yang haram.

– Jika mahu kehidupan manusia seimbang agar terjaminkebahagiaan dan keharmonian, bangunkanlah kehidupanyang bersifat material dan juga pembangunan rohaniah.

Demikianlah beberapa contoh. Terlalu banyak lagi. Kiaskansahaja.

Kedua-dua sunnatullah itu sama ada yang bersifat terpaksa(karhan) mahupun bersifat sukarela atau pilihan (tau’an) atauada usaha memilih untuk melaksanakannya, kalau dilanggaratau tidak dipatuhi, pastilah manusia akan binasa di dunia inisebelum binasa di Akhirat kelak. Sebab-sebab manusia menolakitu mungkin kerana manusia itu mahu buat peraturan sendirisebab tidak puas hati dengan peraturan Tuhan itu. Maka merekapun membuat sunnah sendiri.

Sunnatullah yang pertama, tidak ada manusia yang menen-tang atau menolaknya. Semua orang boleh menerimanya keranadari pengalaman manusia, mereka boleh menerima denganpenuh suka dan puas hati. Tidak ada yang terasa berat meneri-

Page 581: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

558

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

manya. Bahkan tidak ada yang merasa inferiority complexmenerimanya. Semua menerimanya dengan berpuas hati dansenang hati. Tidak ada yang merasakan kolot, ketinggalan za-man, out of date.

Tidak ada yang mengatakan, “Ia sudah ketinggalan zaman,semenjak Nabi Allah Adam lagi manusia bernafas dengan udara.Sudah terlalu lama, sudah kolot. Inikan zaman sains dan tek-nologi, zaman IT canggih, tidak sepatutnya kita bernafas denganudara lagi. Patut kita bernafas dengan air. Patut kita ubah rasa.”Tiada manusia yang mengatakan begitu.

Mengapa manusia boleh menerima bahkan berpuas hatidengan sunnatullah yang pertama iaitu yang bersifat karhan?Mengapa tidak ada mempertikainya? Mengapa tidak terasa kolotmenggunakan peraturan yang sudah terlalu lama itu?

Manusia boleh menerimanya kerana kalau melanggar sunna-tullah itu risikonya besar dan cepat sekali rosak binasa hinggaboleh membawa mati. Bahkan sudah ramai yang mati disebab-kan air. Cubalah bernafas dengan air! Bolehkah hidup? Bolehkahbernafas? Sudah tentu tidak boleh. Kalau diteruskan juga, masaitu juga binasa.

Jadi oleh kerana kalau melanggar sunnatullah yang pertama,yang bersifat terpaksa itu (karhan), manusia akan cepat mene-rima risikonya, maka tidak adalah manusia yang melanggarsunnatullah yang pertama itu. Malahan manusia boleh patuhdengan puas hati.

Di sini manusia merasa selamat menerima sunnatullah yangbersifat karhan. Manusia berpuas hati menerima peraturan itu.Manusia mengakui siapa yang melanggar sunnatullah itu, me-reka pasti rosak binasa. Ertinya mematuhi peraturan yangbersifat karhan itu, ia sangat menyelamatkan dan menguntung-kan manusia.

Bagaimanapun, manusia payah mahu menerima sunnatullahyang kedua iaitu yang bersifat sukarela (tau’an). Termasuklahsebahagian besar umat Islam di dunia, di akhir zaman ini. Allah

Page 582: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

559

UMUM

Taala membenarkan manusia untuk memilih menerima ataumenolak sunnatullah yang bersifat tau’an ini tetapi risikonyatetap ada bahkan lebih besar lagi. Sama ada yang akan berlakudi dunia, betapalah yang akan ditimpakan di Akhirat kelak.

Umat Islam sendiri merasa malu untuk menerimanya, ragumelaksanakannya, takut tidak maju, takut huru-hara, maludengan yang bukan Islam. Ia dianggap ketinggalan zaman dansudah tidak sesuai lagi. “Sekarang zaman sains dan teknologi,zaman IT canggih, bukan zaman unta.” Begitulah umat Islamsendiri dengan penuh angkuh dan sombong menolaknya. Bah-kan benci dan prejudis terhadap pejuang-pejuang yang hendakmenegakkan sunnatullah kedua yang bersifat tau’an ini.

Ramai manusia yang menolak, termasuklah sebahagian besarumat Islam, kerana apabila menolak sunnatullah yang keduaini risikonya lambat. Kebinasaan dan kerosakan tidak terusberlaku di waktu itu. Ianya lambat berlaku. Adakalanya selepassepuluh tahun, lima belas tahun atau dua puluh tahun. Sehingga-kan apabila risiko dan kerosakan menimpa, di waktu itu merekasudah tidak dapat kaitkan lagi ia dengan perlanggaran dan pe-nolakan sunnatullah yang dilakukan sejak bertahun-tahun yanglalu.

Lantaran itu kalau ada orang atau golongan yang sedar, mem-beritahu kerosakan moral, jenayah, perpecahan dan lain-lain lagiyang berlaku sekarang ini disebabkan kita sejak dahulu telahmelanggar sunnatullah, mereka akan menolaknya. Bahkanmarah dan bermusuh pula dengan orang itu. Mereka tidak bolehhendak mengaitkan gejala sosial yang berlaku, yang telahmerosakkan masyarakat hari ini dengan kesalahan merekamenolak hukum atau sunnatullah itu.

Sebagai contoh, keruntuhan akhlak dan gejala tidak sihatyang berlaku di dalam masyarakat sekarang seperti bohsia,bohjan, budaya lepak, vandalisme, rompak, samun, rasuah, krisisrumah tangga dan sebagainya itu adalah akibat dari apa yangkita telah lakukan sejak puluhan tahun yang lalu. Ianya berlakuapabila sistem pendidikan tidak mengikut syariat Allah, sistem

Page 583: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

560

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

ekonomi berdasarkan kapitalisme, perlembagaan negara ber-tentangan dengan sunnatullah iaitu tidak mengikut Al Qurandan Hadis, masyarakat kita tidak dihalang daripada pergaulanbebas dan media massa tidak dikawal daripada memaparkanapa yang dilarang oleh Allah seperti mempamerkan gambar-gambar lucah yang merangsang nafsu. Jadi, gejala sosial yangberlaku adalah buah dari pokok yang sudah lama kita tanam.

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa sunnatullah yang keduaini yang bersifat tau’an, jangan dilanggar. Kalau dilanggar tetapmemudarat dan merosakkan masyarakat manusia tetapi mema-kan masa yang panjang baru nampak risikonya. Setelah lamabarulah terlihat kesannya.

Sama ada sunnatullah yang pertama mahupun yang kedua,yang bersifat karhan mahupun yang bersifat tau’an, kalaudilanggar juga kita akan binasa. Hidup kita akan huru-hara. Ma-syarakat kita akan pincang. Kebahagiaan kita akan tercabar dankeharmonian kita akan hilang. Cuma pelanggaran yang pertamacepat kebinasaannya tetapi pelanggaran yang kedua lambat. Itusahaja bezanya.

Justeru itu kalau didapati di dalam masyarakat kita berbagai-bagai jenayah, kerosakan akhlak, krisis, bahkan bencana alam,rujuk cepatlah kepada Allah Taala. Jangan lengah-lengah lagi.Muhasabah diri dan sistem yang kita bangunkan. Ada atau tidakpelanggaran sunnatullah itu. Kalau didapati ada pelanggaran,kenalah perbetulkan. Tukar segera dengan sunnatullah, kemu-dian memohon ampun sebanyak-banyaknya kepada-Nya sebe-lum Allah Taala menimpakan balasan dan hukuman yang lebihberat dan teruk lagi.

Page 584: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

561

UMUM

SAJAK

Islam Membawa Kasih Sayang

Islam adalah hubungan dengan Allah

dan hubungan sesama manusia

Hubungan dengan Allah banyak berlaku

di masjid dan di surau-surau

secara fizikal dan rohani

Yang bersifat rohaniah ini berlaku di mana-mana

kerana ia adalah kerja hati

Hubungan sesama manusia tidak kira kafir atau Islam

berlaku di mana-mana sahaja

Berlaku di jalan raya, di rumah, di kedai makan,

di dalam kenderaan, di sekitar jiran tetangga

Disiplin waktu berhubung, bertemu,

waktu bermesyuarat, bermuzakarah, berceramah

Di dalam keluarga, waktu bekerja,

bermusafir, berjuang dan ziarah

Di sini dibawa beberapa contoh,

yang tidak disebutkan kiaskan sahaja

Di jalan raya utamakan orang lain dahulu,

sekalipun jalan kita

Bertanya-tanyalah hal jiran sama ada Islam atau kafir

Kesusahannya dibantu, sakitnya diziarah

Ketiadaannya jaga rumahnya

Waktu makan di kedai,

bayarkan yang di kiri kanan kita

Ketika ke pasar, bayarkan untuk orang

yang di sebelah kita setakat termampu

Apabila naik bas, utamakan orang lain duduk

lebih-lebih lagi orang tua atau kaum ibu

Page 585: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

562

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kalau kita berjalan berkenderaan sendiri,

terjumpa orang menunggu bas

Pelawa dia naik kenderaan kita

Berjumpa orang di mana-mana

sama ada dikenali atau tidak

Berilah salam kepada mereka

Di dalam majlis, ada peluang bermesralah

Ada orang bercakap, dengarlah

Jagalah tata-susila

Ada orang yang susah meminta,

berilah jangan dikecewa

Kita berhutang kerananya pun tidak mengapa

Hutang orang kepada kita jangan dipinta

Kalau boleh bayarkan hutang orang setakat termampu,

jadikan budaya

Kalau mereka bayar, Alhamdulillah

jika tidak, halalkan sahaja

Jika kita bersalah dengan siapa sahaja

mintalah maaf

Orang bersalah maafkan sahaja

sekalipun dia tidak meminta

Berkawan hendaklah setia

Berjemaah sama-sama berkorban

dan menjaga keutuhannya

Pengutip-pengutip sampah kenalah beri hadiah

atau apa-apa sahaja makanan yang munasabah

Berani jangan melulu, biarlah berstrategi

takut juga jangan terlalu, Tuhan benci

Bekerja biarlah berdasarkan ilmu,

bersungguh-sungguh

Bekerja secara jemaah hendaklah bekerjasama

Kalau makan jangan seorang dibedal,

biarlah ada orang lain sama

Orang yang menentang kita, janganlah dilayan

Kalau boleh buat baik dengan mereka

Kalau mereka fitnah,

Page 586: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

563

UMUM

tidak salah kita menghilangkan fitnah

Tapi biarlah bijaksana

Itulah dia sebahagian daripada ajaran Islam

yang global

Yang tidak diceritakan, kiaskan sahaja

Itulah dia Islam cara hidup,

bukan berpusat di masjid sahaja

Islam macam itulah

yang kita sedang memperjuangkannya

Apa yang kita lihat tadi nyatalah Islam itu

membawa kasih sayang sesama manusia

Selepas Subuh

14 – 12 – 2002

Page 587: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

564

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Dalam Islam, ibadah ada dua jenis atau dua bentuk, iaituyang pertama ibadah khusus dan yang kedua ibadahumum.

IBADAH KHUSUS

Iaitu ibadah yang terkandung di dalam Rukun Islam yang lima:mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang lima waktu,puasa di bulan Ramadhan, zakat, mengerjakan haji.

Itulah ibadah asas atau ibadah yang menjadi tiang-tiang seridi dalam Islam. Ia adalah merupakan fardhu ain ke atas setiapmukalaf iaitu setiap orang mesti melibatkan diri tidak adakecualinya sekalipun dia raja.

IBADAH UMUM

Ibadah umum ini boleh dibahagi kepada dua kategori:

1. Ibadah fardhu kifayah.Ibadah ini kena dibuat atau dibangunkan tetapi jika adasebahagian umat Islam membangunkannya untuk keper-luan masyarakat umum, maka orang lain akan terlepasdaripada dosa. Misalnya memperjuangkan kemerdekaan,melaksanakan pendidikan umat, membangunkan ekonomi

SYARAT-SYARAT USAHA UMUMJADI IBADAH

3

Page 588: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

565

UMUM

negara dan masyarakat, mentadbir negara, membina pusat-pusat rawatan dan perubatan, mencari ahli pasukan kesela-matan seperti tentera dan polis, membuat rancangan perta-nian, mengusahakan kemudahan-kemudahan awam danlain-lain lagi.

2. Perkara mubah.Perkara-perkara yang boleh dibuat atau ditinggalkannya.Misalnya makan minum, tidur baring, rehat, berjalan-jalan,joging, memanjat gunung, merentas hutan dan lain-lain.

Kalaulah ibadah khusus seperti melaksanakan Rukun Islamyang lima itu ada syarat rukunnya, ia akan jadi ibadah jika syarat-syarat rukunnya dilaksanakan. Kalau tidak menempuh syarat-syarat dan rukun-rukunnya, ibadah itu tidak dianggap ibadah.Ia jadi sia-sia sahaja, tidak dapat pahala apa-apa bahkan berdosapula. Ertinya seseorang itu belum lagi dianggap mengerjakanRukun Islam yang lima, sekalipun dia tidak pernah meninggal-kannya.

Begitu jugalah dalam melaksanakan ibadah fardhu kifayahdan perkara-perkara mubah, ada syarat rukunnya. Siapa yangmembangun atau mengusahakannya kenalah dia melaksanakansyarat-syarat dan rukunnya. Ikut syarat dan rukunnya, jadiibadah. Tidak ikut syarat rukunnya, tidak jadi ibadah. Kalau ber-jaya, hanya sekadar untung di dunia. Di Akhirat tidak dapatapa-apa.

Oleh yang demikian, janganlah dianggap asalkan sudah ber-juang, membangun, mentadbir, melagang pendidikan, membuatpertanian, membangunkan pasukan keselamatan, melaksanakankemudahan perhubungan umum, membuat kemajuan, bertama-dun, ia dengan secara automatik jadi ibadah. Belum boleh lagijadi ibadah kalau syarat-syarat rukunnya tidak diambil kira dandiperhatikan.

Inilah dia disiplin di dalam Islam. Islam menyuruh kita ber-disiplin. Di dalam buku ini saya tidak perlu menyebut syarat

Page 589: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

566

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

rukun ibadah fardhu ain iaitu Rukun Islam yang lima. Biasanyaorang yang ingin mengerjakannya ia mesti belajar syarat rukun-nya lebih dahulu dan kebanyakan umat Islam faham. Sepertisembahyang, kalau tidak mengikut syarat rukun mengerjakan-nya, sembahyang itu batal atau tertolak.

Yang ramai umat Islam tidak faham ialah ibadah umum. Iajarang sekali mereka perhatikan dan ambil kira syarat rukunnya.Yang kita dengar selalu ialah bekerja juga boleh menjadi ibadah.Begitu juga dengan mentadbir, membuat kemajuan, berjuangdan berekonomi. Itu betul kerana ibadah menurut Islam itu luas.Tentang bagaimana untuk itu semua diterima Allah sebagaiibadah, tidak kita dengar sekalipun di dalam ceramah-ceramahpengajian agama.

Page 590: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

567

UMUM

SAJAK

Sajak 1

Agama adalah Seluruh Kehidupan

Agama adalah seluruh kehidupan

Ada yang lahir ada yang batin

Iman, Islam dan ihsan adalah patinya

atau ajaran terpokok

Pecahan dari tiga aspek tadi

yang merupakan satu pakej

jadilah agama itu luasnya seluruh kehidupan

Adakalanya disebut hablumminallah

wahablumminannas

Hablumminallah adalah asas dan tapak agama

dari Tuhan

Hablumminannas adalah cabangnya atau buah

daripada hablumminallah

Ertinya agama itu ia berlaku dan mesti berlaku

di mana-mana

Di dalam masjid sudah tentu semua orang tahu

Ia berlaku di pejabat, di pasar, di tengah masyarakat,

di dalam perjuangan, di dalam kebudayaan

dan perhubungan

Di rumah tangga, di dalam perhubungan,

di dalam negara atau antarabangsa

Berlaku di dalam jiran tetangga,

di dalam pendidikan formal atau tidak formal

Berkasih sayang, rasa bersama, bekerjasama,

bersatu-padu adalah agama

Di dalam perhimpunan, di dalam perayaan,

di dalam mesyuarat,

di dalam bersukan mesti ada agama

Page 591: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

568

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Bertimbang rasa, perikemanusiaan,

bertolak ansur, berlapang dada, itu agama juga

Di waktu memandu di jalan raya,

membersihkan bandar, ketika bertugas menjadi nelayan,

bekerja di kilang, semuanya agama

Mentadbir negara, menjaga negara,

menjaga keselamatan dan keamanan juga agama

Berkawan, berkenalan, berbual, makan, rehat-rehat,

tidur dan baring adalah agama

Begitulah luasnya agama, tidak seperti yang difaham

selama ini oleh kita

Tanggapan ramai orang Islam agama itu hanya semata-mata

ibadah rukun Islam serta sunat-sunatnya

Kalau agama itu berlaku di mana-mana

selagi berlaku syariat Tuhan sebagai disiplinnya

itu ibadah umumlah namanya

Ertinya agama atau ibadah itu berlaku di udara,

di darat, di laut, di hutan, di bukit, di gunung,

di padang pasir, selagi ada manusia

Kalau agama berlaku di mana-mana

ertinya ibadah umum berlaku di mana-mana sahaja

selagi ada manusia

Sekiranya agama berlaku di mana-mana sahaja

selamatlah manusia

Kerana maknanya agama itu ‘tidak kacau’

mengikut bahasa Sanskrit

Ertinya orang beragama tidak huru-hara di dalam kehidupan

ertinya aman damai, harmoni, bahagia

Tapi makna agama itu telah dipersempit

maka manusia hidup huru-hara di mana-mana

bahkan berlaku di masjid

Kerana itulah umat Islam hina di mana-mana

kerana agama yang diamalkan selama ini adalah sempit

Menjelang Zuhur

04 – 03 – 2004

Page 592: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

569

UMUM

Sajak 2

Renungan yang Jadi Ibadah

Merenung memikirkan dosa tidak mengapa,

bahkan dipuji pula, ia dapat pahala

Merenung ke hadapan memikirkan nasib agama,

bangsa dan negara

jarang orang melakukannya

padahal ia adalah ibadah

Ia adalah sifat seseorang yang berjiwa besar

dan berpandangan jauh ke hadapan

Ada orang yang baik tapi skopnya sempit

hanya memikirkan agama

yang ada hubungannya dengan nasib dirinya sahaja

Padahal kalau agama, bangsa dan negara sudah rosak

dia pun belum tentu selamat,

setidak-tidaknya anak isterinya tidak selamat

Merenung, memikir dan membahaskan ilmu

hingga banyak masalah ilmu terungkai

tidak dianggap membuang masa

Bahkan ia adalah sifat terpuji

kalau dibukukan ramai orang yang dapat manfaatnya

ini termasuk ibadah juga

Memikirkan nasib Akhiratnya adalah sifat terpuji

bahkan perkara pertama dan utama

Akhiratnya memang disuruh utamakan dari dunia

Akhirat negara kekal abadi, dunia sementara sahaja

Susah di dunia tidak sampai ke mana

Susah di Akhirat merana, terhina, dahsyat,

berlama-lama pula

Memikir-mikirkan apa-apa lagi kebaikan

yang hendak dibuat dianggap ibadah, berpahala

Mengikut ajaran Islam ini dinamakan muraqabah

Iaitu memikir-mikirkan apakah lagi kebaikan

yang hendak dibuat

Pahala dapat sekalipun belum berbuat

Page 593: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

570

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Ini termasuklah rahmat Allah

kepada hamba-hamba-Nya

belum berbuat sudah diberi pahala

Itulah di antara kebaikan yang menjadi ibadah

sekalipun belum berbuat

Oleh itu menunglah, merenunglah

berfikirlah sesuatu yang boleh menjadi ibadah

dan diberi pahala bukan bala

Menjelang tidur

24 – 03 – 2004

Page 594: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

571

UMUM

Allah Taala yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana dengankehendak-kehendak-Nya, menciptakan dunia dan seluruhisinya. Kemudian menjadikan manusia untuk tinggal di

dalamnya dengan tujuan memperhambakan diri kepada-Nyasekaligus menjadi khalifah-Nya. Manusia mesti berperanansebagai khalifah iaitu pengganti di bumi, demi untuk mengatur,mentadbir, mengurus, memaju dan membangunkan dunia ini.Sama ada di bidang ekonomi, pendidikan, pertanian, kemasya-rakatan, pembangunan dan lain-lain mengikut syariat-Nya. Initelah dinyatakan melalui Al Quranul Karim.

Firman Allah:

Maksudnya: “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirmankepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikanseorang khalifah di bumi.” (Al Baqarah: 30)

Allah berfirman lagi:

GOLONGAN MANUSIASEBAGAI HAMBA ALLAH

DAN KHALIFAH-NYA

4

Page 595: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

572

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Maksudnya: “Kemudian Kami jadikan kamu khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah di-binasakan itu.” (Yunus:14)

Walaupun Al Quranul Karim telah memberitahu tugas dantanggungjawab manusia di dunia ini dan diberitahu merekayang menunaikan tanggungjawab akan masuk ke Syurga,manakala yang tidak bertanggungjawab ke Neraka, namun tidaksemua manusia percayakan berita ini serta beriman dengannya.Bahkan yang percaya dan beriman dengannya pun, kerana tidakmampu melawan nafsu serta mempunyai kepentingan-kepen-tingan peribadi, ramai yang tidak dapat benar-benar memper-hambakan diri kepada Allah dan gagal menjadi khalifah-Nyayang mentadbir dan mengurus dunia ini dengan syariat-Nya.Kerana itulah Allah Taala berfirman:

Ertinya: “Sedikit sekali daripada hamba-hamba-Ku yangbersyukur.” (Saba’: 13)

Untuk mengenal dan mengetahui secara umum dan rambangmengenai manusia yang hidup di dunia ini, termasuk diri kitasendiri, kita akan senaraikan peringkat-peringkat manusia seba-gai hamba dan khalifah Allah di bumi ini. Nanti kita akan dapatmengagak dan menduga di peringkat mana kita ini sama ada diperingkat yang taat atau peringkat yang derhaka, peringkat yangbertanggungjawab atau yang cuai.

Pembahagian manusia sebagai hamba Tuhan sekaliguskhalifah-Nya adalah seperti berikut:

1. Golongan yang tidak tahu atau tidak sedar yang mereka ituhamba Tuhan dan khalifah-Nya.Mereka ini adalah golongan yang tidak tahu, tidak sedaratau tidak mengambil tahu apakah dirinya hamba dankhalifah Allah atau tidak kerana mereka tidak berimandengan Al Quran dan As Sunnah. Oleh itu sudah tentumereka tidak memperhambakan diri kepada Tuhan. Kalau

Page 596: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

573

UMUM

ada yang memperhambakan diri serta membuat penyem-bahan tetapi bukan kepada Allah dan caranya juga tidakseperti yang Allah kehendaki.

Begitu juga mereka mentadbir kehidupan di dunia ini,tidak dengan syariat Tuhan tetapi dengan ideologi yangmereka buat sendiri. Mereka tidak akan merujuk kepadaperlembagaan Allah kerana mereka tidak menganggapdirinya khalifah Allah. Mereka berbuat sesuka hati. Merekamengurus kehidupan tidak ada hubung kait sama sekalidengan Allah. Mereka itulah golongan orang-orang kafir.

2. Golongan yang tahu bahawa mereka adalah hamba dankhalifah Allah di bumi tetapi rasa kehambaan dan kekha-lifahannya tidak ada atau tidak wujud. Golongan ini tahudan sedar bahawa mereka adalah hamba Allah dan khalifah-Nya di bumi tetapi kerana jahil, lemah melawan hawa nafsu,cinta dunianya begitu kuat, kepentingan peribadinya terlalubanyak, maka oleh yang demikian rasa kehambaannyakepada Allah begitu lemah. Maka dia cuai memperhamba-kan diri kepada Allah. Sebab itulah pengabdiannya kepadaAllah lemah dan cuai. Boleh jadi langsung tiada.

Begitu juga rasa kekhalifahannya kepada Allah sudahmenipis. Syariat Allah tidak berjalan di dalam usaha,perjuangan dan pentadbirannya. Lantaran itu dalam merekaberusaha, berjuang, mentadbir, mengurus, membangunserta memajukan dunia ini, mereka sudah tidak ada rasatanggungjawab kepada Allah. Maka mereka pun melakukansewenang-wenangnya di bumi ini. Undang-undang yangdibangunkan adalah berdasarkan akal atau ideologi ataupragmatisme bukan daripada Al Quran dan As Sunnah lagi.Kalau ada pun berlaku hanya di sudut-sudut yang sangatterbatas atau di aspek-aspek yang tertentu sahaja. Merekaini adalah golongan umat Islam yang fasik atau zalim danditakuti kalau dibiarkan terus boleh membawa kepadakekufuran.

3. Golongan yang merasa kehambaan dan kekhalifahan ke-

Page 597: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

574

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

pada Allah di bumi. Rasa kehambaan dan rasakekhalifahannya kepada Allah itu kuat. Oleh itu merekadapat melahirkan sifat-sifat kehambaan sertamemperhambakan diri kepada Allah dengan membaikiyang fardhu dan sunat dengan sungguh-sungguh.

Mereka juga dapat bertanggungjawab sebagai khalifah-Nya di bumi sesuai dengan kedudukan dan kemampuanmasing-masing. Mereka benar-benar bertanggungjawabdengan sebaik-baiknya di sudut-sudut kekhalifahannya.Syariat Tuhan berjalan di dalam kepimpinan mereka yangmereka urus mengikut bidang dan peranan masing-masingsesuai dengan kemampuan mereka. Itulah golongan orangyang soleh. Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa ba-hagian pula iaitu:

a. Golongan yang sederhana (golongan ashabul yamin)

b. Golongan muqarrobin

c. Golongan as siddiqin

4. Golongan yang sifat kehambaannya dan memperhambakandiri kepada Allah lebih menonjol daripada kekhalifahannyakepada Allah.

Maksudnya mereka yang dari golongan orang soleh tadi,ada di kalangan mereka, penumpuannya kepada beribadahkepada Allah lebih nampak dan menonjol dengan meng-habiskan masa beribadah, memperbanyakkan fadhoilul‘amal, berzikir, membaca Al Quran, bertasbih, berselawatdan mengerjakan amalan-amalan sunat sama ada sembah-yang sunat mahupun puasa sunat. Kerana itu mereka tidakdibebankan dengan tugas-tugas masyarakat yang berat-berat.

Mungkin sifat-sifat kepimpinannya tidak menonjol ataulemah dibandingkan dengan kehambaannya maka orangramai tidak melantik mereka menjadi pemimpin. Kalau adapun sekadar pemimpin keluarga dan masyarakat kampung.Sekadar itulah daerah kekhalifahannya. Maka kerana itulah

Page 598: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

575

UMUM

masa yang banyak buat mereka adalah untuk memper-banyakkan ibadah. Golongan ini dikatakan abid yang baik.

5. Golongan yang sifat kekhalifahannya kepada Allah lebihmenonjol daripada sifat kehambaannya

Mereka ini yang biasanya diberi tanggungjawab kepim-pinan dan mengurus kemasyarakatan oleh orang ramaikerana karisma dan sifat-sifat kepimpinan mereka yangmenonjol. Mereka mungkin menjadi pemimpin negeri ataunegara atau sebuah jemaah yang besar. Masanya lebihbanyak digunakan atau ditumpukan untuk memimpin danmembangun serta menyelesaikan masalah masyarakat.Kepimpinannya berjalan mengikut Islam. Mereka menger-jakan ibadah secara sederhana sahaja. Tidak terlalu lemahdan tidak juga terlalu banyak. Golongan ini dianggap pe-mimpin yang baik.

6. Golongan yang rasa kehambaannya dan kekhalifahannyasama-sama menonjol.

Golongan ini adalah mereka yang menjadi pemimpinsama ada pemimpin-pemimpin negeri, negara atau empayaryang menjalankan hukum-hukum Allah di dalam kepim-pinannya. Mereka ini sibuk sungguh dan menghabiskanmasa untuk memimpin dan beribadah. Sibuk dengan ma-syarakat, sibuk juga dengan Allah. Makin kuat denganmanusia, semakin kuat pula mereka dengan Allah. Hablum-minallah dan hablumminannas sama-sama naik, sama kuat,sama laju. Kedua-dua bidang terserlah. Nampak dilihatsama-sama laju.

Inilah yang dikatakan abid yang memimpin, yang luarbiasa, yang sangat cemerlang seperti Khulafaur Rasyidindan Sayidina Umar Abdul Aziz. Kepimpinan mereka luarbiasa. Ibadah mereka juga luar biasa. Kepimpinan merekasangat adil dan sangat bertanggungjawab kepada rakyatsama ada untuk dunia rakyatnya atau Akhirat rakyatnya.Di samping itu ibadah mereka sangat kuat dan banyakterutama di waktu malam.

Page 599: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

576

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Mari kita dengar apa kata Sayidina Umar Ibnul Khattab yanglebih kurang begini, “Kalau saya banyak tidur di siang hari, akanterabai urusan saya dengan rakyat. Kalau banyak tidur di malamhari, akan terabai urusan saya dengan Allah.”

Ini adalah golongan abid dan sekaligus pemimpin yangcemerlang.

Page 600: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

577

UMUM

SAJAK

Manusia Hamba dan Khalifah

Kita manusia hamba dan khalifah

Sebagai hamba kenalah beribadah

Sebagai khalifah kenalah mengatur, menyusun,

mendidik, membangun dan berkemajuan

Dibangunkan itu semua untuk keperluan insan

Politiknya, ekonominya, pendidikannya, kebudayaannya,

masyarakatnya, perhubungannya, tugasnya

Syariat jadikanlah panduan di semua aspek kehidupan

Apabila manusia berjalan seimbang

kehambaannya dan kekhalifahannya

Dunia ini syurga sebelum Syurga

Manusia berakhlak mulia bersama tamadun

Laksana satu keluarga bersama pembangunan

Bekerjalah bersama kemajuan

Berukhwah, bersatu dan harmoni

Tidak ada ketakutan, tidak ada kebimbangan

Keadilan merata

Kasih sayang jadi budaya

Pemimpin payung, ulama obor, pemuda-pemudi tenaga

Orang tua doanya, kanak-kanak cahaya mata

Selepas Asar

05 – 06 – 1997

Page 601: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

578

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Orang yang menyandarkan dirinya kepada Al Quran danAl Hadis boleh dikategorikan kepada beberapa baha-gian atau golongan.

1. PAKAR KEDUA-DUANYA

Orang yang benar-benar belajar tentang Al Quran dan Al Hadisserta pakar dengan kedua-duanya. Golongan ini yakin denganAl Quran dan Al Hadis. Amalan, perbuatan, perjuangan danakhlak mereka benar-benar mencerminkan Al Quran dan AlHadis itu. Kalau diminta dalil-dalil atau nas-nasnya dari sumberkeduanya, apa yang mereka lakukan dan laksanakan atau apasahaja yang ditanyakan, nescaya mereka dapat mendatangkandalil-dalilnya. Golongan ini sangat sedikit di akhir zaman ini.Mencari mereka ibarat mencari gagak putih atau hendak mencaribelerang merah.

Golongan ini adalah manusia luar biasa. Golongan ini kalauada orang yang suka, terlalu suka dan kasih tetapi ramai yangbenci terhadap mereka. Yang benci terlalu benci pula.

2. PELAJARINYA TAPI LEMAH MUJAHADAH

Golongan ini benar-benar mempelajari Al Quran dan Al Hadis

TIDAK MESTI SEORANG PAKARAL QURAN DAN AL HADIS BERSIKAP

AL QURAN DAN AL HADIS

5

Page 602: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

579

UMUM

tetapi lemah bermujahadah. Mereka mempelajari Al Quran danAl Hadis hingga mereka pakar di bidang ini. Apa yang merekapelajari itu memang mereka yakini. Namun kerana lemahmujahadah melawan nafsu mereka, maka tindak-tanduk danakhlak mereka tidak semua mencerminkan Al Quran dan AlHadis. Mereka sedar akan hal ini. Mereka mengaku lemah dalammengamalkannya.

Namun kalau ada orang yang bertanya mengenai sesuatumasalah, mereka tetap menjawab berdasarkan Al Quran dan AlHadis. Kerana ilmu itu mereka miliki, mereka tetap bercakapbenar sekalipun lemah melaksanakannya. Mereka tetap berasasedih dengan kelemahan-kelemahan mereka. Mereka selalubersedih dengan kelemahan-kelemahan mereka. Golongan initerpulanglah kepada Allah.

Allah telah berfirman:

Maksudnya: “Allah mengampuni sesiapa yang Diakehendaki dan mengazab sesiapa yang Dia kehendaki.” (AlBaqarah: 284)

3. BELAJAR ATAS DASAR ILMU

Golongan ini golongan yang mempelajari Al Quran dan Al Hadisatas dasar ilmu. Mereka minat dengan ilmu ini atas dasar mentalexercise. Apakah ia satu kebenaran atau tempat rujuk yang se-baik-baiknya, mereka tidak dipersoalkan. Yang penting padamereka ialah ilmu daripada dua sumber itu. Mungkin jugamereka mempelajarinya kerana untuk mencari keuntungandunia atau mencari populariti.

Dalam segi mengamalkan di dalam kehidupan seharian,mereka tidak pun mempersoal apakah selari atau tidak. Itu tidakpenting bagi mereka. Itu bukan matlamat mereka. Pada merekayang penting ilmunya itu. Mereka ini golongan yang diraguikeislaman mereka.

Page 603: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

580

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

4. BELAJAR, YAKIN TAPI TIDAK MINAT

Golongan ini mempelajari Al Quran dan Al Hadis seperti go-longan yang ketiga. Sikap, amalan mereka juga sama. Cumabezanya ia tetap yakin ilmu daripada kedua sumber ini adalahsatu kebenaran dan tempat rujuk. Namun untuk mengamal-kannya, mereka tidak berminat. Mungkin mereka merasakantidak menguntungkan, atau bimbang tidak mendapat kejayaan,merasa malu atau rendah diri untuk mengamalkan. Mereka ituadalah golongan yang fasik atau golongan yang menzalimi dirisendiri. Golongan ini agak ramai juga.

5. MENGAKU MENGAMALKANNYA

Golongan ini mengaku mengamalkan Al Quran dan Al Hadistetapi mereka tidak mampu untuk terus merujuk kepada kedua-dua sumber itu kecuali sedikit kerana mereka tidak benar-benarmempelajari Al Quran dan Al Hadis dengan sempurna ataumendalam. Amal ibadah dan tindak-tanduk mereka lebih me-rujuk kepada pendapat ulama atau mazhab-mazhab di dalamIslam atau merujuk kepada kitab-kitab karangan para ulama.Mereka yakin ulama atau mazhab yang menjadi ikutan dantempat rujuknya itu tentulah merujuk kepada Al Quran danSunnah. Mereka kalau ditanya lebih boleh menjawab denganmemberikan pendapat-pendapat ulama atau mengeluarkanfatwa-fatwa mazhab daripada nas-nas atau dalil-dalil Al Qurandan Al Hadis.

Walaupun begitu, mereka bersungguh-sungguh dalam meng-amalkannya. Mereka ini dianggap golongan muqallidin ataugolongan orang yang bertaqlid. Ulama berpendapat bahawa jikadari sudut ilmu fekah, seseorang itu dibolehkan bertaqlid keranatidak semua umat Islam mampu untuk mendalami ilmu AlQuran dan Al Hadis hingga bertaraf pakar, hingga mampu ber-diri sendiri tanpa bersandar dengan orang lain. Dengan kata-kata yang lain tidak mungkin semua umat Islam mampu menjadimujtahid.

Page 604: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

581

UMUM

6. MENDENGAR DARI JAUH

Golongan ini golongan umat Islam yang hanya mendengar-dengar tentang Islam dari jauh, mendengar melalui ceramahumum atau mengikut orang ramai. Mereka ini bersandar kepadaulama pun tidak, jauh sekalilah terus kepada Al Quran dan AlHadis. Namun mereka tetap mengaku, Islam yang diamalkanoleh mereka mengikut Al Quran dan Hadis kerana mereka tahusumber ajaran Islam itu adalah dari Al Quran dan Hadis. Tentu-lah apa yang diamalkan oleh masyarakat bersumberkan AlQuran dan Al Hadis.

Golongan ini adalah bilangan yang majoriti atau bilanganyang teramai hari ini. Dengan kata-kata lain mereka menga-malkan Islam dengan secara tradisi tanpa mengetahui di manasumber ambilannya. Mereka hanya mengikut apa yang merekalihat. Kalau ada belajar pun sedikit sangat. Bahkan ada di antaramereka, fardhu ain pun belum selesai. Golongan ini benar-benarmengamalkan Islam secara jahil, secara melihat-lihat dan dengar-dengar semata-mata tanpa ada kitab tempat rujuk. Mereka iniadalah golongan fasik atau ‘asi secara tidak sedar. Kebanyakanmereka mati di dalam derhaka.

7. MENGKAJI SEBAGAI ILMU SEMATA-MATA

Golongan ini suka mengkaji Al Quran dan Al Hadis atau AsSunnah sebagai ilmu, bukan mereka beriman kepadanya. Bah-kan mereka pun tidak minat menganut Islam. Pada mereka,Islam yang bersumberkan Al Quran dan Al Hadis itu hanyasebagai bahan kajian. Setakat mengetahui ilmu untuk dibanding-kan atau dijadikan perbandingan dengan agama atau ajaran-ajaran ideologi yang lain.

Mereka ini ada yang belajar dengan tujuan untuk merosakkanajaran Islam itu dengan cara mengubah atau menambah, mem-buang dan menokok serta menyelewengkan fakta-fakta sertahuraian untuk mengelirukan umat Islam yang jahil. Mereka jugabertujuan untuk menakut-nakutkan orang di luar Islam agar

Page 605: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

582

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

mereka jangan menganut agama Islam. Mereka itu terdiri dari-pada sebahagian orang Kristian dan sebahagian orang Yahudi,juga golongan free thinker. Puak ini dipanggil golongan orien-talis.

Mereka belajar dengan tujuan hendak merosakkan ajaranIslam. Yang mereka harapkan sangat adalah agar umat Islamdapat pendidikan Barat tetapi jahil dengan ajaran Islam. Denganusaha mereka itu telah ramai cerdik pandai di kalangan umatIslam yang berpendidikan Barat, dapat dipengaruhi oleh mereka.Mereka itu sebahagian besarnya berkuasa dan mempunyai kedu-dukan yang tinggi di negara mereka. Sama ada di bidang politik,ekonomi, pendidikan dan lain-lain.

Berdasarkan huraian ini, nyatalah bahawa tidak semestinyaseseorang yang mahir serta pakar Al Quran dan Al Hadis meng-gambarkan peribadi Al Quran dan Al Hadis. Begitu juga adaorang yang boleh berhujah dengan Al Quran dan Hadis, mampumenulis hebat kertas kerjanya, pandai bercakap, hujah-hujahnyacukup kuat kerana berlandaskan Al Quran, Al Hadis dan AsSunnah. Walaupun demikian, tidak semestinya kehidupannya,rumah tangganya, sikap dan akhlaknya, pergaulannya, per-juangannya dan cita-citanya mencerminkan Al Quran dan AsSunnah.

Bahkan zaman sekarang ini berdasarkan penglihatan sayayang telah menjelajah dunia, khususnya di negara-negara umatIslam, kebanyakan mereka yang pakar Al Quran dan As Sunnahlebih bermotifkan mental exercise dan glamour daripada menga-malkan dan memperjuangkannya.

Lantaran itulah orang ramai tidak pula ingin hendak men-jadikan mereka itu ikutan. Orang ramai sekadar rasa kagumdengan ilmu mereka kerana pandai dan mahirnya mereka mem-bawa nas-nas Al Quran dan mendatangkan Hadis dengan sanad-sanad serta perawi-perawinya sekali.

Page 606: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

583

UMUM

SAJAK

Sajak 1

Berlindung daripada Ilmu yang Tidak Diamalkan

Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu

yang tidak diamalkan

Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan

Tuhan, ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan

Jangan pula kehidupan orang tersuluh, kehidupanku kegelapan

Tuhan aku memohon kepada-Mu

janganlah ilmu itu menjadi beban

Di Akhirat kelak menjadi hujah dan saksi

mengapa aku tidak amalkan

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu bertambah ilmu,

bertambah amalku

Jangan sampai usahaku orang lain selamat, aku tidak

Biarlah usahaku ini selamat menyelamatkan

Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu

daripada ilmu untuk mujadalah

Bukan membantuku untuk beribadah dan bertaqwa

Tuhan aku berlindung dengan-Mu

jangan sampai ilmuku melaknatku semula

Kerana bermegah-megah dan tidak mengamalkan

Jadikanlah aku bertambah ilmu, bertambah dekat dengan Tuhan

Bertambah ilmu, bertambah ibadah dan amalan

Tuhan! Jadikanlah ilmuku mensyafaatkan aku di Akhirat kelak

Bukan melaknatku

Ya Allah! Jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri

dan orang lain

Boleh menyuluh kehidupanku dan kehidupan orang

Page 607: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

584

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Mampu menyuluh hatiku dan menyuluh hati orang

Seterusnya jadikanlah ilmu ini

sentiasa memberi manfaat dan syafaat

Selepas Isyak

03 – 09 – 1999

Sajak 2

Marilah Kita Beramal

Marilah kita mengkota Islam

Kerana sudah banyak kita berkata

Marilah kita beramal

Lantaran sudah banyak mengenal

Marilah kita berbuat

Berkata sudah banyak

Marilah kita melaksanakan

Saranan telah merata

Marilah kita membina keperluannya

Sudah selalu diperkata

Marilah kita bertindak

Huraiannya telah banyak

Sampai bila Islam ini hendak diperkata

Sedangkan dikotakan sedikit sahaja

Apakah Islam sekadar program semasa

Bukan amal setiap masa?!

Cukupkah Islam itu untuk perayaan?

Bukan tuntutan amalan dan perlaksanaan?

Islam bukan untuk slogan-slogan, tapi tindakan

Bila lagi Islam hendak bersifat diri bukan tersendiri

Marilah kita jadikan Islam tabiat diri

Sebagai ilmu sudah lama kita ketahui

Agar kita membawanya ke mana-mana kita pergi

Selepas Asar

16 – 05 – 1997

Page 608: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

585

UMUM

Telah menjadi fitrah semula jadi setiap manusia, tidak kiraapa kaum atau bangsa, suka kepada ilmu. Justeru itulahsetiap orang berlumba-lumba menuntut dan mencari ilmu

di dalam berbagai-bagai bidang. Pada umat Islam pula ia dido-rong lagi oleh ajaran agamanya. Sebagaimana firman Allah:

Maksudnya: “... supaya Allah meninggikan darjat orangyang beriman di kalangan kamu dan orang yang diberi ilmupengetahuan, beberapa darjat.” (Al Mujadalah: 11)

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiapmuslimin dan muslimat.”

Sabda baginda lagi:

Maksudnya: “Kelebihan orang yang berilmu atas orangyang abid seperti kelebihanku atas orang yang terendah dariumatku.” (Riwayat At Tarmizi)

PERANAN ILMUDALAM ISLAM

6

Page 609: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

586

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Maksudnya: “Kelebihan orang yang berilmu atas orangyang abid ibarat bulan purnama terhadap seluruh bintang.”(Riwayat Abu Daud)

Dalam Islam, menuntut ilmu itu adalah wajib, ada yang far-dhu ain, ada yang fardhu kifayah. Manusia suka menuntut ilmuitu kerana memandangkan peranan ilmu itu di dalam kehidupansangat memberi faedah-faedah dan memberi kesan, antaranya:

1. Orang yang bodoh susah berhadapan dengan kehidupanyang bersimpang-siur dan pancarobanya, maka perlulahilmu untuk berhadapan dengannya.

2. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju didalam bidang ekonomi.

3. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju didalam bidang pembangunan.

4. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju didalam bidang perhubungan.

5. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju didalam bidang ketenteraan dan persenjataan.

6. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh maju didalam berbagai-bagai bidang yang lain.

7. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh memberimakan otak dan jiwa.

8. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh menjadikawan di waktu ketika apa dan suasana apa sekalipun.

9. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia boleh membawakehidupan yang mudah dan senang.

10. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia biasa boleh me-nguasai orang atau kaum dan bangsa-bangsa yang bodoh.

11. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia dihormati dandisegani orang.

12. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia mudah membuatkerja yang susah dan mencabar.

Page 610: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

587

UMUM

13. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia mudah mendapatkejayaan dunia dan Akhirat.

14. Dengan ilmu pengetahuan ada manusia biasa dia memim-pin orang yang bodoh.

15. Dengan ilmu pengetahuan jarang orang menjadi miskin.16. Dengan ilmu pengetahuan manusia boleh mendapat harta

dan kekayaan.17. Dengan ilmu pengetahuan manusia boleh mendapat kuasa.

Walaupun telah menjadi fitrah manusia suka dengan ilmupengetahuan dan berusaha mencarinya, namun tidak semuaorang dapat memiliki ilmu yang banyak dan tinggi. Di antarasebabnya adalah seperti berikut:

1. Kerana seseorang itu Allah Taala telah takdirkan lemah akalfikirannya. Dengan sebab itu dia tidak mampu menimbailmu yang banyak.

2. Mungkin seseorang itu tidak dapat peluang belajar dengancukup kerana kemiskinan dan kesusahan hidup.

3. Kerana tidak ada peluang-peluang kemudahan untuk men-dapatkan ilmu pengetahuan yang tinggi seperti tempat be-lajar jauh.

4. Kerana ditakdirkan oleh Allah Taala selalu sakit atau keca-catan anggota maka tidak membolehkan cergas menuntutilmu.

5. Kerana seseorang itu cepat berkahwin maka terhalanglahuntuk mendapat ilmu yang banyak.

6. Kerana seseorang itu atau sesuatu kaum atau bangsa itutidak bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuanatau malas menuntut ilmu.

Di antara sumber-sumber ilmu ialah:1. Melalui belajar dan membaca, membuat kajian.2. Melalui pengalaman.3. Bagi rasul atau nabi melalui wahyu.4. Bagi orang yang bertaqwa, melalui ilham.

Page 611: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

588

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Orang yang menuntut dan mencari ilmu ada beberapagolongan pula. Di antaranya seperti disenaraikan di bawah:

1. Menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata-mata. Diaseronok, mabuk dan asyik dengan ilmu. Inilah golonganorang yang mencari ilmu kerana ilmu semata-mata ataugolongan mabuk ilmu.

2. Orang yang mencari ilmu kerana inginkan kekayaan danharta dunia. Dengan ilmu yang banyak dan tinggi, bolehmenjawat jawatan yang tinggi dan dapat gaji besar. Denganilmu juga ada orang boleh pandai berniaga. Dengan ber-niaga, boleh mendapat kekayaan dan harta. Inilah golonganmenggunakan ilmu untuk mendapat kekayaan.

3. Ada orang mencari ilmu kerana ingin menjadi pemimpin.Seseorang yang hendak menjadi pemimpin mesti ada ilmu.Kalau tidak, sudah tentu tidak boleh memimpin orang. Atassebab ini, ada golongan memburu ilmu. Inilah golonganyang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.

4. Ada setengah golongan pula bersungguh-sungguh mencariilmu kerana ingin nama dan glamour. Agar orang meng-anggap dia golongan intelek. Moga-moga dia dihormatiorang dan moga-moga nama masyhur. Inilah golongan ahliilmu yang inginkan nama.

5. Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripadakebodohan dan kejahilan. Agar jangan orang memandanghina. Jahil itu dipandang tidak baik. Maka mereka punbelajarlah ilmu pengetahuan hingga menjadi orang yangpandai. Inilah golongan ahli ilmu yang mendapatkan ilmuagar tidak terhina.

6. Ada orang menuntut dan mencari ilmu kerana ingin mem-bangun dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsadan negara. Agar jangan bangsanya mundur dan terhina.Inilah golongan ahli ilmu yang berfahaman nasionalisme.

7. Orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah Taala.Juga dengan tujuan agar dapat mengamalkan ilmu supaya

Page 612: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

589

UMUM

boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada AllahTaala. Moga-moga dengan itu mendapat keredhaan AllahTaala dan terselamat daripada kehinaan di dunia dan diAkhirat. Golongan ini menggunakan ilmu untuk memba-ngunkan ekonomi, ketenteraan, pertanian, bangunan, seko-lah, pejabat, jalan raya dan lain-lain lagi. Ia adalah dengantujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan sya-riat, membesarkan syiar Tuhan dan mendaulatkan hukum-hukum Tuhan. Justeru itu, di dalam membangun melaluiilmunya, mereka sangat menjaga syariat, terlalu menjagahalal dan haram, tidak lari daripada disiplin Islam hinggaseluruh usaha dan kemajuan yang dibangunkan menjadiibadah, menjadi amal soleh, dianggap jihad fisabilillah dandiberi pahala yang besar oleh Allah Taala yang Maha Pe-murah. Inilah golongan ahli ilmu yang bertaqwa.

Kita umat Islam, dalam menuntut dan mencari ilmu biarlahmenjadi golongan yang ketujuh itu, iaitu mencari ilmu keranaAllah Taala. Kalau bukan kerana Allah Taala, termasuk orangyang rugi. Kalaupun mendapat untung di dunia, namun rugi diAkhirat kerana masuk Neraka. Wal‘iyazubillah.

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Sesiapa yang menuntut ilmu dengan mak-sud untuk bersaing dengan para ulama atau untuk muja-dalah dengan orang-orang yang jahil atau untuk mengambilperhatian manusia, ia akan masuk Neraka.”

Sabda baginda lagi:

Maksudnya: “Barang siapa yang bertambah ilmunyatetapi tidak bertambah amalannya dia akan bertambah jauhdari Allah.”

Page 613: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

590

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Ilmu Penyuluh Hidup

Bagi orang mukmin, ilmu adalah penyuluh hidupnya!

Pengalamannya adalah pengajaran, iktibar dan penasihatnya

Takutnya kepada Tuhan adalah pengawal diri

Sabarnya adalah perisai hidupnya

Redha dengan Tuhan kerana baik sangka dengan Tuhannya

Tawakalnya adalah harapan masa depannya

Bacaan Al Quran adalah hiburannya

dan bercakap-cakap dengan Tuhan

Juga perbualannya dengan Tuhan Pencipta manusia

Selawat adalah penyejuk dan pelembut hatinya

Doa dan permintaannya kepada Tuhannya tanda dia hamba

Hamba adalah hina, lemah,

memerlukan pertolongan Tuhannya

Sembahyang adalah pembaharuan ikrar

dan membaharukan syahadah

Serta membersihkan jiwa dari mazmumah

Begitulah peranan setengah daripada sifat-sifat mahmudah

Juga setengah daripada peranan mendirikan solat

Kalau begitu cuba gambarkan

orang yang tidak bersembahyang

Yang juga memiliki sifat-sifat mazmumah

Ertinya segala masalah berkumpul di kepala dan jiwanya

Bagaimana tidak menderita dan terseksa

Mampukah menanggungnya?!

Lepas ekspedisi

28 – 09 – 1999

Page 614: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

591

UMUM

Sajak 2

Berlindung dari Ilmu yang Tidak Bermanfaat

Marilah kita berlindung dengan Allah

daripada ilmu yang tidak memberi manfaat

Kerana ia akan menjadi beban di Akhirat

Bahkan ia akan melaknat

Sohibul ilmi masuk ke dalam Neraka

500 ratus lebih dahulu daripada penyembah berhala

Ilmu yang tidak memberi manfaat, niat bukan kerana Allah

Bila diperolehinya hanya untuk mujadalah dan bermegah-megah

Untuk diforum-forumkan dan disyarah-syarahkan,

bukan diamalkan, tapi penuh dengan ujub dan riyak

Mementingkan kertas kerja jadi budaya,

kemudian mesti diberi upah

Setiap apa yang hendak disampaikan mesti ada ganjarannya

Kalau tidak, ilmu tidak akan disampaikan

Makin bertambah ilmu, makin nampak bongkak

dan sombongnya

Dan terasa ‘orang luar biasa’ dengan ilmunya

Jika ada orang yang lebih darinya, sakit hatinya

Bila berbincang dia sahaja mahu menang

Kalau kebenaran itu datang daripada orang lain,

susah mahu menerimanya

Gambaran peribadi Rasulullah SAW tidak ada pada dirinya

Peribadinya macam orang biasa, bahkan nampak angkuhnya

Orang ini tidak akan bergaul

dengan orang yang dipandang rendah

Kecuali keadaan memaksanya

Inilah dia ulama suk yang disabdakan oleh Rasulullah

Kita disuruh jauhi mereka

Bahkan disuruh takut lebih daripada seekor singa yang galak

Kerana ia akan melalaikan, boleh jadi menyesatkan

Selepas Zuhur

15 – 09 – 1999

Page 615: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

592

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Di dalam kitab suci Al Quran, banyak kita temui ayat-ayat yang maksudnya berbunyi:

“Mengapa kamu tidak menggunakan akal.”

“Mengapa kamu tidak berfikir.”

“Mengapa mereka tidak mengambil perhatian (penga-jaran).”

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Hendaklah kamu berjalan di atas mukabumi kemudian maka kamu lihatlah betapa kesudahanmereka yang berdusta.” (Al An’am: 11)

Dalam mencari ilmu dan pengalaman, umat Islam ada duadorongan iaitu dorongan fitrah dan dorongan imannya. Ke-insafan dan kesedaran juga merupakan dorongan. Pada oranglain hanya ada satu dorongan. Kalau ibarat kereta, orang yangbukan Islam ada satu enjin, orang Islam keretanya ada dua enjin.Sudah tentu kereta dua enjin lebih laju daripada kereta yangenjin satu.

KEKUATAN ILMU ISLAM

7

Page 616: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

593

UMUM

Lantaran itulah umat Islam di zaman imannya kuat danketaqwaannya tebal iaitu di zaman Rasulullah SAW, zamanSahabat, zaman Tabiin dan zaman Tabi‘it Tabiin, mereka sangatcepat menguasai ilmu dan pengalaman dibandingkan bangsa-bangsa lain sebelum kedatangan Islam seperti Rom, Parsi danjuga bangsa China. Umat Islam dapat menguasai ilmu dalammasa yang singkat kerana ada dua dorongan seperti yang telahdisebutkan tadi. Akhirnya umat Islam menguasai politik duniadan ilmu pengetahuan. Mereka menjadi guru kepada bangsa-bangsa di dunia. Mereka dikagumi dan dihormati bahkan disa-yangi kerana mereka membawa bersama akhlak mulia yang di-pimpin oleh wahyu.

Mula-mula umat Islam menumpukan sepenuh masa meng-kaji ilmu wahyu (Al Quran dan Sunnah). Ilmu wahyu inilah se-bagai asas ilmu kepada umat Islam kerana ilmu wahyu merupa-kan ilmu dunia Akhirat kepada umat Islam. Mereka menghafal,menghayati, mengamalkan serta memperjuangkan. Merekaberlumba-lumba mengembangkan dan menyampaikan kepadakaum-kaum dan bangsa-bangsa di dunia di waktu itu.

Setelah benar-benar matang dan mantap ilmu wahyu itu sertatelah tersebar luas, maka umat Islam pun meneroka ilmu-ilmudi luar Islam. Bermula di zaman kerajaan Abbasiah, merekamenterjemahkan kitab-kitab orang Rom, bangsa Yunani, Parsidan lain-lain lagi. Mereka mengkaji, menilai, menyaring danmemperluaskan mana-mana yang tidak bercanggah denganajaran Islam. Mereka jadikan ilmu itu hak milik mereka sehinggaia jadi satu cabang daripada ilmu Islam seperti ilmu mantik.Maka lahirlah ahli-ahli falsafah Islam, ahli-ahli perubatan, ahlikimia, ahli geografi, ahli falak, ahli sejarah, ahli sains dan lain-lain lagi.

Akhirnya ilmu umat Islam menggabungkan ilmu wahyudengan ilmu akal. Ilmu nakli bergabung dengan ilmu akli. Makabertambah luaslah lagi ilmu umat Islam. Ilmu wahyu atau naklimembangunkan jiwa mereka. Ilmu akli membangunkan akaldan material mereka. Lahirlah tamadun lahir dan tamadun batin

Page 617: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

594

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

atau tamadun dunia dan tamadun Akhirat. Juga disebut tama-dun material dan tamadun spiritual atau rohani. Tamadunkebendaan dan tamadun akhlak atau tamadun ekonomi dantamadun budi pekerti. Bergabunglah kebaikan dunia dengankebaikan Akhirat. Sesuai dengan doa yang diajarkan oleh Allahyang Maha Agung melalui firman Allah dalam Al Quran:

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikandi dunia dan kebaikan di Akhirat, dan peliharalah kami dariazab Neraka.” (Al Baqarah: 201)

Waktu itu keperluan-keperluan kehidupan mereka mewah,ibadah mereka mewah dan budi pekerti mereka juga mewah.Mereka sangat mewah dengan sifat-sifat pemurah, timbang rasa,bertolak ansur, malu, sopan santun, merendah diri, bekerjasama,bertolong bantu, mengutamakan orang lain, ziarah-menziarahi,nasihat-menasihati, memberi dan menerima serta hormat-menghormati.

Page 618: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

595

UMUM

SAJAK

Sajak 1

Ilmu Melahirkan Tamadun

Ilmu pengetahuan perlu dicari

Jangan diabaikan dan dicuaikan

Setelah dapat, perlu diamalkan

Ia akan melahirkan kemajuan

Ilmu tauhid, ilmu pembangunan

Dua ilmu ini kenalah gabungkan

Agar pembangunan bertunjangkan iman

Itulah yang disuruh oleh Tuhan

Ilmu adalah harta

Lebih baik daripada wang

Dengan ilmu mendapatkan harta

Tapi harta tidak mendapatkan ilmu

Tiada ilmu tiada kemajuan

Bagaimana hendak membangunkan bangsa

Ada ilmu ada kemajuan

Dengan ilmu boleh jadi bangsa maju

Kemajuan perlu dibangunkan

Pembangunan perlu ada ilmu

Satu bangsa tiada kemajuan,

selamanya jadi bangsa terhina

Sajak 2

Kehebatan Ilmu Orang Bertaqwa

Ramai orang boleh jadi pandai hasil membaca dan belajar

Berbagai-bagai ilmu dia boleh memperolehinya

hasil membaca dan belajar tanpa jemu-jemunya

Page 619: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

596

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Tapi jarang orang yang cerdik dan pintar

Cerdik dan pintar adalah kekuatan IQ semula jadi

serta selalu akalnya dibawa berfikir dan berfikir

dan memproses ilmu yang diperolehinya

Gabungan pandai dan cerdik ia akan jadi genius

Orang yang pintar orang yang luar biasa namanya

Genius ini orang Islam boleh dapat

orang bukan Islam pun boleh memperolehinya

Di atas genius hanya boleh didapati dan diperolehi

oleh orang yang bertaqwa sahaja

Saya pun tidak tahu apakah istilah

yang patut diberikan kepadanya?

Kalau para-para Rasul kerana terlalu pandai

dan cerdiknya dipanggil fathonah

Selain Rasul tidak boleh disifatkan dengan fathonah

kerana ia khususiah bagi mereka

Sementara mencari istilah orang yang bertaqwa

bolehlah disifatkan di atas genius

dan di bawah fathonah

Orang bertaqwa itu gabungan cerdik dan pintar

serta pandai ia ditunjangi oleh rohnya yang bersih

yang diberi ilham oleh Tuhan

Dia dapat ilmu di dalam ilmu,

ilmu yang tersirat diberi faham,

natijahnya dapat ilmu hikmah

Tuhan berkata sesiapa dapat ilmu hikmah

sesungguhnya mendapat ilmu yang banyak

Sesiapa yang bertaqwa dia diajar oleh Tuhannya

Ilmunya ada yang tersurat

ada yang tersirat diperolehinya

Dia direzekikan ilmu yang halus dan seni-seni

Orang lain tidak dapat menerokanya,

dia dapat menyelaminya

Kerana dia dapat ilmu tambahan dari Tuhan

selain ilmu usaha (kasbi) dari titik peluhnya

Orang yang cerdik dan pandai

Page 620: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

597

UMUM

kalau tidak dipimpin oleh hatinya yang bersih,

selalunya tersalah berfikir

dan tersasar pandangannya

Adakalanya hingga fikirannya tersesat jalan

menuju Tuhannya

Perlu diingat orang yang sibuk membersihkan hatinya

tapi lupa mengasah akal fikirannya

dia jadi beku dan pasif

Orangnya baik, tinggi akhlaknya,

tapi orang tidak rujuk kepadanya,

kecuali sekitar fardhu ain dan hukum-hakam sahaja

Untuk ilmu seluruh kehidupan atau global

dia tidak mampu menjawabnya

Dia selamat tapi tidak dapat menyelamatkan orang lain

Kalau dia ulama, dia hanya ulama yang berwatak nabi

Ilmunya di dalam ilmu, atau ilmu yang tersirat

atau ilmu hikmah sudah lama hilang

di kalangan umat Islam

Waktu Dhuha

03 – 03 – 2004

Page 621: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

598

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Allah Taala mempunyai kuasa yang luar biasa dan mutlak.Kuasa (Kudrat) Allah tidak terbatas dan tidak dibataskan.Allah yang bersifat Kudrat boleh melakukan apa sahaja

dan boleh mentiadakan apa sahaja. Dia boleh mengadakan ataumentiadakan tanpa perantaraan, tanpa sebab atau tanpa meng-gunakan sebarang wasilah. Jika Allah berkata, “Jadilah”, terusjadi. Jika Allah berkata, “Binasalah”, terus binasa.

Begitulah hebatnya Allah yang bersifat Kudrat atau Mahaberkuasa. Allah boleh melakukan apa sahaja tanpa dibantu seba-rang perantaraan atau wasilah. Sebut sahaja “Kun,” - fayakun(“Jadilah,” - terus jadi).

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nyaapabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Diaberfirman kepada benda itu: “Jadilah!” Maka ia terusterjadi.” (Yaasin: 82)

Walaupun begitu, kebanyakan perkara sama ada yang lahirmahupun yang ghaib terjadi dengan bersebab, berperantara ataumenggunakan wasilah. Allah Taala lakukan itu semua dengan

HIKMAH SEBAB ATAU WASILAH

8

Page 622: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

599

UMUM

kehendak-Nya. Firman Allah SWT dalam Al Quran:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah memberi kepa-danya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepa-danya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diper-lukannya.” (Al Kahfi: 84)

Di antara contoh perkara ghaib yang menggunakan wasilahadalah:

1. Untuk mencabut nyawa segala yang bernyawa, diperintah-kan malaikat Izrail melakukannya.

2. Untuk menulis kebaikan dan kejahatan, malaikat yang dikiri kanan manusia merekodkannya atau merakamkannyaiaitu malaikat Raqib dan Atid.

3. Mengagih-agihkan rezeki kepada makhluk-Nya adalahkerja malaikat Mikail.

Begitulah seterusnya.

Perkara-perkara yang lahir pula adalah seperti:

1. Mendapatkan ilmu menggunakan akal dan diusahakanbelajar.

2. Hendak mendapat rezeki atau kekayaan kenalah berusahadan bekerja serta menggunakan akal.

3. Hendakkan anak kenalah berkahwin.

4. Ingin maju dan membangun, kenalah berjuang dan ber-usaha.

5. Ingin sihat, jaga makan minum dan riadah selalu.

Begitulah seterusnya.

Kejadian yang berlaku tadi sama ada yang ghaib mahupunyang lahir, Allah Taala lakukan dengan melalui wasilah atausebab. Walhal Allah boleh lakukan tanpa perantaraan malaikat

Page 623: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

600

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

atau perantara akal dan usaha tadi. Allah Taala boleh lakukandengan hanya berkata, “Matilah!”, terus mati. “Pandailah!”, teruspandai. “Kayalah!”, terus kaya. Begitulah seterusnya. Kiaskanlahdengan yang lain-lain itu.

Mengapa Allah Taala dengan Kudrat-Nya atau dengan Ke-mampuan-Nya tidak melakukan dengan cara berkata sahaja,“Kun”, fayakun, “Jadilah”, terus jadi. Mengapa Allah menghen-daki sesuatu menggunakan wasilah atau sebab. Kalau manusiaitu mahu berfikir dan mengkaji, sebenarnya banyak hikmah danpengajarannya mengapa Allah SWT lakukan dengan wasilahatau bersebab. Di antaranya:

1. Supaya manusia terasa kebesaran Zat Tuhan yang berkuasa.Melalui wasilah dan sebab itu, bukan sahaja makhluk yangbernyawa boleh menerima dan patuh kepada perintah-Nyabahkan makhluk yang tidak bernyawa pun boleh menerimaperintah-Nya. Seperti angin dan awan, patuh kepada perin-tah Allah untuk membawa dan menurunkan hujan.

2. Nampak kehebatan kerajaan Allah dan pentadbiran-Nyabilamana petugas-petugas dan pegawai-pegawai-Nya ter-lalu banyak. Ada yang ghaib dan ada yang nyata. Ada yangbernyawa ada yang tidak. Ada yang berakal, ada yang tidakberakal. Semuanya boleh patuh dengan perintah dan su-ruhan-Nya. Membuat kerja Tuhan tanpa bangkang. Tidakseperti di dalam kerajaan manusia.

3. Untuk menggalakkan manusia berjuang, berusaha danbekerja sebagai melahirkan wasilah dan sebab agar merekadapat membuat kemajuan dunia dan Akhirat demi kepen-tingan mereka. Juga agar dapat dirasakan betapa tenagamanusia itu dapat dimanfaatkan.

4. Supaya hamba-hamba-Nya, melalui sebab itu, dapat me-luaskan syariat Islam yang lebih global dan menyeluruhmelalui usaha dan perjuangan. Agar syariat yang menye-luruh dan global di dalam kehidupan manusia menjadibudaya hidup mereka. Maka dengan itu nampak kebesaran

Page 624: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

601

UMUM

syiar Tuhan itu serta bertambahnya luas kehidupan di duniaini.

5. Dengan melahirkan sebab dan wasilah seperti berusaha danberjuang maka hamba-hamba-Nya berhadapan denganberbagai kesusahan dan kepayahan maka di sinilah merekamemperolehi pahala yang besar dari Allah SWT.

6. Dengan adanya usaha sebagai sebab atau wasilah untuk ma-nusia membangunkan kehidupan mereka dengan ber-landaskan syariat-Nya, sudah tentu mereka berhadapandengan berbagai-bagai ujian. Di sinilah mereka memper-olehi pula penghapusan dosa atau darjat dan pangkat didalam Syurga dengan rahmat Allah SWT.

7. Kerana Allah hendak menguji hamba-hamba-Nya apakahhamba-hamba-Nya boleh taat dan patuh di atas perintah-Nya agar mereka berjuang dan berusaha. Berjuang danberusaha itu yang dikatakan sebab dan wasilah. Melahirkansebab dan wasilah adalah diperintah.

8. Agar manusia itu tidak jadi beku dan jumud. Apabila dipe-rintahkan berusaha dan berjuang sebagai sebab dan wasilah,manusia akan belajar. Mereka akan mencari pengalaman,berfikir, mencuba dan mengkaji. Dengan itu manusia akanmenjadi orang yang mempunyai ilmu dan pengalaman sertabertamadun. Ianya sangat memberi faedah kepada manusiaitu sendiri.

9. Di dalam berusaha dan berjuang sudah tentu manusia ituakan berhadapan dengan cabaran. Akan menempuh kesu-sahan dan kepayahan. Letih, lesu dan adakalanya menerimakegagalan. Di sinilah manusia itu akan terasa lemah danterasa tiada kuasa. Lahirlah rasa kehambaan yang inginkanbantuan dan mengharapkan pertolongan dari Allah yangMaha Kuasa lagi Maha Pemurah. Dengan itu sifat sombongdan bangga diri akan hilang.

10. Apabila manusia berjuang, berusaha, berikhtiar sebagaiwasilah, mereka akan mewujudkan keperluan-keperluan

Page 625: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

602

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dan kepentingan hidup mereka di dalam berbagai-bagaiaspek dan bidang. Oleh kerana keperluan-keperluan manu-sia itu amat banyak maka lahirlah berbagai-bagai kemajuandi dalam berbagai-bagai aspek. Ini merupakan nikmat danrahmat daripada Allah SWT. Di sini manusia itu akan terasapemberian dan anugerah dari Allah. Maka mereka akan ber-syukur dan mereka dapat pula pahala syukur.

11. Dengan sebab dan wasilah itu, Allah Taala hendak mengujimanusia. Apakah nanti manusia itu terpesona dan terpenga-ruh dengan nikmat-nikmat yang dilahirkan daripada sebab-sebab atau wasilah yang mereka lakukan atau mereka ber-tambah yakin dan terasa kebesaran Allah serta pemberian-Nya sehingga mereka boleh bersyukur kepada Allah SWT.

Setelah kita mengkaji dan menganalisa hikmah mengapaAllah melakukan sesuatu kewujudan itu dengan perantaraansebab atau wasilah, rupa-rupanya ia mengandungi hikmah danpengajaran yang amat banyak. Sebahagiannya seperti apa yangtelah disebutkan sebelum ini.

Jika seseorang itu dapat memahami dan menghayati bahawasebab-sebab dan wasilah-wasilah itu mengandungi hikmah yangbesar, ia akan membentuk sikap dan peribadinya. Cuma tidakramai orang yang boleh berbuat demikian dan menghayatinya.

Bahkan kebanyakan orang dengan sebab-sebab dan wasilah-wasilah itu mereka jadi terhijab dengan Tuhan. Hingga denganitu tidak nampak lagi kebesaran, kuasa (Kudrat) dan nikmatdaripada Allah SWT. Yang mereka nampak ialah usaha mereka,kemampuan mereka, akal dan kepandaian mereka, perjuanganmereka, kegigihan mereka dan kesungguhan mereka.

Justeru itu timbul rasa sombong, angkuh, keakuan, terasa dirihebat, kagum dengan diri sendiri dan terasa kelebihan diri.Walaupun tidak mengaku Tuhan tetapi mereka melihatkan sikapseolah-olah menpertuhankan diri. Maka jatuhlah kepada syirikkhafi kerana mereka merasakan seolah-olah sebab dan wasilahitu yang memberi bekas.

Page 626: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

603

UMUM

Sebab atau wasilah itu ada beberapa kategori:

1. Sebab atau wasilah yang ghaib. Contohnya seperti malaikatmenurunkan wahyu atau ilham. Malaikatul maut mengam-bil nyawa. Raqib dan Atid yang berada di sebelah kanankiri manusia, menulis kebaikan dan kejahatan manusia.Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Mungkar dan Nakiryang menyoal manusia di dalam kubur dan lain-lain lagi.

2. Yang bersifat maknawi. Contohnya seperti keberadaanseseorang yang soleh atau bertaqwa di suatu tempat, denganberkatnya Allah selamatkan tempat itu atau kampung itudaripada bala bencana atau orang itu sendiri dan orangkampung dimurahkan rezeki.

3. Sebab-sebab atau wasilah yang zahir, nyata atau hissi. Con-tohnya seperti berusaha berniaga, berusaha bertani, rajinbelajar, berjuang dan lain-lain.

4. Yang bersifat rohaniah. Contohnya seperti doa seseorang,rintihan hati seseorang dan baik sangka seseorang denganAllah Taala. Amalan-amalan yang tertentu yang Allahberkati menjadi sebab untuk seseorang itu selamat. Ketaq-waan seseorang menjadi sebab mendapat rezeki, terlepasdaripada kesusahan atau terhindar daripada bala bencana.

Page 627: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

604

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Fahamilah Perbuatan Tuhan

Jagalah perhubungan baik engkau dengan Tuhan

Agar Allah Taala berhubung baik dengan engkau

Sangka baiklah kepada Tuhan

mengenai rezeki engkau

Tuhan adalah penjamin rezeki engkau

Bertawakallah kepada-Nya

dan yakinlah kepada-Nya

hati engkau akan tenang

Beradablah kepada Tuhan kerana Dia lebih tahu

tentang keperluan-keperluan engkau

Ketentuan Tuhan ke atas diri engkau itu kecuali kekufuran,

ada mengandungi pelajaran

Redhalah menerimanya,

walaupun engkau tidak faham,

lambat laun Allah akan memberi faham

Fahamilah perbuatan Tuhan ke atas diri engkau

Agar engkau tidak salah faham

Salah faham terhadap perbuatan Tuhan

akan merosakkan engkau

Sekali-sekala disakitkan-Nya engkau

mesti ada maksud yang tersembunyi oleh Tuhan

Adakalanya engkau dikayakan Tuhan ada tujuan

Di waktu-waktu tertentu

engkau dimiskinkan oleh Tuhan

Mesti ada mengandungi pendidikan

Setiap kali Allah Taala ubah kehidupan engkau

Berhati-hatilah menerimanya

Jangan sampai salah terima

Page 628: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

605

UMUM

Engkau tidak beradab dengan Tuhan

Patutkah kita tidak beradab

dengan Zat yang Maha Suci

Yang Maha Mengetahui Lagi Bijaksana

Daripada sebarang kesalahan dan kesilapan?!

Berhati-hatilah dengan Tuhan!

Jangan sampai kita

tidak bersopan dengan-Nya

Menjelang tidur

12 – 09 – 1999

Sajak 2

Manusia Tidak Terasa Peranan Tuhan

Manusia sudah salah berfikir

Dan juga sudah terlalu rosak jiwanya

Kerana sudah tidak terasa lagi

Tuhan berperanan di dalam kehidupannya

Apa sahaja yang dibuat adalah peranan mereka

Tidak terfikir lagi Tuhan ada peranan

di dalam usaha mereka

Kerana itulah jika berjaya,

mereka megah dan bangga

Kalau gagal, mereka kecewa

Tidak terfikir lagi itu adalah takdir Tuhan

Tuhan tidak ada dalam kamus hidup mereka

Mereka tidak terfikir lagi Tuhan campur tangan

di dalam urusan mereka

Walaupun mereka percaya kepada Tuhan

Namun pada mereka Tuhan

seolah-olah tidak ada peranan

Mereka tidak ambil kira dengan Tuhan

Mereka merasa adanya Tuhan macam tidak ada

Page 629: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

606

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Ada dengan tidak ada pada mereka sama sahaja

Pada mereka Tuhan bukan pencatur hidup mereka

Tuhan tidak lagi dirasakan penentu hidup mereka

Kerana itu mereka tidak perlu kepada Tuhan

Kalau mendapat kejayaan adalah kejayaan mereka

Mereka tidak pula mengaitkan dengan Tuhan

Jika tidak berjaya mereka kecewa

Mereka tidak tahu ini adalah takdir Tuhan

Begitulah majoriti manusia di dunia di waktu kini

Tuhan kepada mereka seolah-olah

tidak ada campur tangan

dengan kehidupan mereka

Sungguh rosak akidah manusia

Menjelang tidur

08 – 12 – 1999

Page 630: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

607

UMUM

Hari ini faham sekular telah lumrah menjadi amalan majoritipenduduk dunia. Selain itu ia juga telah menjadi perba-hasan dan perbincangan serta polemik yang hangat di

kalangan cerdik pandai, ahli ilmu dan terutamanya oleh ahli-ahli politik.

Bahkan mereka ini, satu sama lain tuduh-menuduh, sepertimereka mengatakan:

“Mereka itu golongan sekular.”

“Mereka itu berfikiran sekular.”

“Faham mereka masih terpengaruh dengan faham sekular.”

Mereka yang kena tuduh, menuduh pula orang yang menu-duh mereka, juga berfaham atau berfikiran sekular. Merekamemberi hujah-hujah dan alasan-alasan, dengan teori-teori yangberjela-jela, istilah-istilah dan bahasa-bahasa yang tinggi, yangjarang didengar oleh orang awam sehingga orang awam tidakdapat memahaminya.

Bagi orang yang faham dan arif tentang erti sekular, apa yangdibahaskan oleh sesetengah golongan intelek tentang erti sekularitu, walaupun dengan hujah-hujah dan huraian-huraian yangpanjang lebar, penjelasannya masih lagi kabur. Adakalanyahujah-hujah dan huraian-huraian yang berjela-jela tentang erti

FAHAM SEKULAR (SEKULARISME)

9

Page 631: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

608

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sekular serta memperkatakan siapa sebenar yang berfahamsekular, makin menampakkan dan memperlihatkan bahawasebenarnya orang yang berkata itulah penganut faham sekular.Sama ada dia sedar atau tidak, secara langsung mahupun tidak.

Untuk memahami faham sekular atau sebaliknya, bukanboleh diakal-akalkan, diandai-andaikan atau menggunakanfikiran semata-mata. Untuk memahami erti sekular, ia adahubungkait dengan sejauh mana kita dapat memahami Islamitu sendiri. Allah Taala yang menentukan sama ada seseorangatau satu golongan itu berfaham sekular atau sebaliknya. Iaditentukan oleh ajaran Islam, melalui Al Quran dan Hadis. Bukanakal yang mentakrifkannya.

Walau bagaimana bijak sekalipun seseorang itu, dia tidakboleh memandai-mandai menghurai melainkan huraian itumerujuk kepada apa yang dikehendaki oleh Islam atau oleh AlQuran dan As Sunnah.

Sebagai seorang muslim, apabila berhadapan dengan perba-hasan, perbincangan serta polemik-polemik mengenai isu ini,saya rasa bertanggungjawab dan rasa terpanggil untuk ikut sertamemperkatakan tajuk ini. Walaupun saya bukan ahli ilmu ataudaripada golongan ulama mengikut istilah zaman sekarang dansaya tidak mempunyai apa-apa kelulusan sama ada di bidangakademik atau agama namun bukan satu kesalahan pula jikasaya ikut serta memperkatakan dan memperbincangkan tajukatau isu ini. Mana tahu, walaupun saya seorang yang sangatkerdil, kalau dengan izin Allah Taala saya dapat memperkatakankebenaran di dalam soal ini.

Kalaupun golongan intelek dan para ulama tidak boleh me-nerima pandangan saya, manalah tahu kalau ada orang setarafsaya atau di bawah kemampuan saya yang boleh menerimanya.Lebih-lebih lagi cara huraian dan olahan yang saya sampaikantidak membawa istilah-istilah yang berat, bahasa-bahasa yangtinggi atau huraian-huraian yang terlalu falsafah. Sudah tentuorang awam mudah memahaminya.

Moga-moga apa yang saya tulis ini dipimpin dan dibantu

Page 632: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

609

UMUM

oleh Allah Taala dan dipermudahkan huraiannya hingga semuagolongan masyarakat dapat memahaminya.

ERTI SEKULAR ATAU SEKULARISME

Saya tidak perlu membahas dan memperkatakan tentang ertiperkataan sekular ini dari sudut sejarah, siapakah tokoh yangmenuturkannya lebih dahulu, di zaman bila dan mengapa tim-bul perkataan ini kerana itu semua tidak penting bagi kita.

Apa yang penting bagi kita, sebagai pegangan dan panduanagar kita tidak terjebak oleh faham sekular atau sekularisme iniialah pengertian sekular itu sendiri mengikut pandangan Islam.Oleh itu perbahasan secara falsafah serta merujuk kepada sejarahdan tokoh-tokoh yang memperkatakan perkataan itu, tidak perlukita bawa di sini. Ditakuti artikel ini terlalu panjang. Jadi kitahanya ambil yang perlunya sahaja untuk menjadi pegangan kitabersama. Agar di dalam kehidupan kita, walaupun di dalambidang apa pun, kita tidak terjebak atau menempuh jalan sekularini.

Sekarang marilah kita menghurai faham sekular ini mengikutpandangan Islam.

Faham sekular ialah mengendalikan urusan kehidupan didunia secara terpisah daripada agama, ia tidak ada hubungandengan Tuhan atau tidak ada hubungkait dengan Akhirat. Ter-pisah ini tidak kira sama ada di bidang ekonomi, politik, pen-didikan, pentadbiran, kebudayaan, perhubungan dan lain-lainlagi. Dengan kata-kata yang lain, faham sekular itu ialah fahamkeduniaan semata-mata. Ia tidak ada sangkut paut denganAkhirat.

Ertinya, bagi orang yang berfaham sekular, hidup di duniaini hanya habis di dunia. Kalau untung pun hanya berlaku didunia. Kalau rugi pun hanya berlaku di dunia. Sama ada susahatau senang, hanya di dunia. Ia tidak akan dipersoalkan lagi diAkhirat. Dosa dan pahala tidak masuk kira di sini keranakehidupan itu hanya di dunia semata-mata.

Page 633: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

610

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Di dalam faham sekular, syariat tidak diambil kira. Syariattidak ada tempat dalam kehidupan. Tuhan tidak campur tangandi dalam kehidupan manusia. Oleh yang demikian manusiaboleh buat apa sahaja. Yang penting mendapat untung. Yangdiperlukan adalah pembangunan dan kemajuan. Yang mustahakmendapat kemenangan dan kejayaan walau apa cara sekalipun.Walau terpaksa menghalalkan cara. Halal dan haram jangandifikirkan. Pantang larang jangan diambil kira.

Mengikut fahaman sekular, dunia bukan jambatan untukAkhirat atau bukan tanaman untuk Akhirat. Segala apa yangberlaku di dunia ini hanya habis di dunia semata-mata. Tidaktimbul soal dosa dan pahala dalam faham sekular. Tidak adakehidupan di Akhirat atau tidak ambil pusing kehidupan diAkhirat. Kalaupun percaya dengan hari Akhirat, tetapi acuhtidak acuh. Seolah-olah Akhirat itu hendak dilupakan atau tiada.Bahkan sesetengah orang tidak senang dengan kehidupanAkhirat. Sebut sahaja Akhirat, hati benci, mulut mencemik.Orang yang menyebut Akhirat dirasakan kolot dan sudahketinggalan zaman.

GOLONGAN-GOLONGAN SEKULAR

Setelah kita menghurai dan membahaskan erti faham sekularatau sekularisme maka di sini kita faham bahawa mereka yangberfaham sekular itu boleh dibahagi kepada beberapa kategori.Di antaranya seperti berikut:

1. Golongan yang berfaham sekular sejati (pure)Golongan yang tidak percaya langsung adanya Tuhan danadanya kehidupan Hari Akhirat. Agama dianggap candukepada manusia. Ia adalah bikinan manusia. Wujudnyaalam ini adalah secara nature atau semula jadi. Orang ataugolongan yang berpegang dengan faham ini adalah orangyang berfaham komunis, atheis atau free thinker. Golonganini adalah orang yang berfahaman sekular yang sejati atauyang pure.

Page 634: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

611

UMUM

2. Golongan orang-orang yang berfaham sekular yang ter-sesatGolongan orang-orang kafir yang percaya dengan Tuhan,dengan hari Akhirat dan percaya dengan agama tetapi ti-dak kenal Tuhan. Keyakinannya dengan hari Akhirat tidaktepat. Agamanya tersesat. Kehidupan dunianya terpisahdari agama. Dalam urusan kehidupan di dunianya, seolah-olah Tuhan tidak campur tangan. Inilah golongan fahamsekular yang tersesat.

3. Golongan orang-orang Islam yang yakin dengan wujud-nya TuhanGolongan orang-orang Islam yang yakin dengan wujudnyaTuhan dan pengenalannya tentang Tuhan tepat. Percayadengan hari Akhirat secara tepat. Namun Islamnya hanyadi sudut ibadah. Persoalan kehidupan seperti ekonomi,politik, pendidikan, perjuangan dan lain-lain tidak bolehdicampur aduk dengan Islam kerana kejahilan. Syariat Islamtidak ada tempat di dalam kehidupan kecuali di sudutibadah sahaja. Selain ibadah, mereka boleh menerima apasahaja pandangan ideologi atau akal fikiran. Itulah golongansekular disebabkan fasik.

4. Golongan sekular disebabkan zalimOrang Islam seperti golongan ketiga tadi tetapi yakinbahawa Islam itu adalah agama yang syumul. Ia adalah aga-ma seluruh kehidupan. Islam adalah agama ibadah, agamapolitik, agama pentadbiran, agama ekonomi, agama pen-didikan tetapi mungkin kerana takut dengan golongan-golongan tertentu, atau tidak sanggup menerima risiko yangberat, kerana kepentingan peribadi atau kerana malu dantakut dituduh kolot maka berlakulah syariat Islam diting-galkan melainkan di sudut ibadah. Di aspek-aspek kehi-dupan yang lain, syariat Islam tidak menjadi disiplin danperaturan. Inilah golongan sekular disebabkan zalim.

5. Golongan sekular yang tertukar nawaituOrang Islam yang mengerjakan ibadah, berjuang, ber-

Page 635: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

612

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

ekonomi, berpendidikan, berdakwah, berpolitik, berhubungdan lain-lain lagi walaupun mengikut syariat tetapi bukankerana Allah Taala. Semua itu dibuat kerana riyak, ujub,nama, glamour, pangkat, wang ringgit, sama ada disedariatau tidak. Oleh kerana itu pahalanya tidak sampai di Akhi-rat. Itulah golongan sekular disebabkan tertukar nawaituatau niatnya.

6. Golongan sekular yang disebabkan adanya unsur-unsursekular atau mementingkan duniaGolongan yang lebih halus lagi daripada itu ialah apabilaseseorang Islam itu, segala usaha-usahanya mengikut syariattetapi oleh kerana terlalu membesarkan kehidupan duniadaripada kehidupan Akhirat, dia tidak sanggup mengeluar-kan zakat lalu menjadi bakhil. Dia tidak suka membuatkebaikan, tidak suka menolong orang, tidak suka berse-dekah, suka mengumpul harta sahaja dan menjadi tamak.Itulah golongan sekular disebabkan adanya unsur-unsursekular atau mementingkan dunia.

Begitulah erti faham sekular atau sekularisme mengikutpandangan Islam yang saya faham secara ringkas. Jadi fahamsekular ini hanya mementingkan dunia semata-mata. Percayadengan hari Akhirat tetapi tidak mengambil berat terhadapAkhirat. Sengaja melupa-lupakan atau acuh tidak acuh denganAkhirat kerana hati telah terpaut dengan kehidupan dunia.Apatah lagi kalau seseorang itu tidak percaya langsung denganhari Akhirat. Kehidupan itu hanya di dunia semata-mata. Lebih-lebih lagilah orang itu berfaham sekular yang sejati atau orangyang berfaham keduniaan yang benar-benar pure.

Oleh yang demikian di akhir zaman ini, majoriti pendudukdunia ini berfaham sekular. Sama ada mereka berkeyakinanbahawa kehidupan ini hanya habis di dunia atau yang masihyakin dengan kehidupan di Akhirat tetapi dari segi hati dansikapnya, dia lebih mementingkan kehidupan di dunia darikehidupan Akhirat.

Page 636: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

613

UMUM

Di sini jugalah bahawa umat Islam pun telah ramai yangmenganut faham ini. Kalau tidak berfaham sekular yang tulenpun setidak-tidaknya tempias-tempiasnya telah menyerangumat Islam. Di sinilah rahsianya mengapa umat Islam tidakboleh bersatu. Hati umat Islam telah dirosakkan oleh fahamsekular atau faham sekularisme.

Sekianlah pandangan saya ini. Kalau ada kebenarannya,maka ia adalah daripada Allah Taala yang Maha Mengetahui.Kalau ada salah dan silapnya maka ia adalah daripada kelemah-an saya sendiri sebagai seorang yang tidak mempunyai pelajaranyang tinggi.

Page 637: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

614

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Antara Penyair Sekular

dan Penyair Mukmin

Penyair-penyair sekular selalu memuja betina

Dicintai, dikagumi dan dikhayali di dalam hati

Bunga-bunga yang mekar yang indah di taman

ikut serta dipuja

Digambarkan dengan bahasa yang indah

untuk menyentuh rasa

Gelombang air laut yang menghempas

dan memulas dikagumi

Digambarkan di dalam tulisan

untuk mempesona manusia

Begitulah seterusnya memuja-muja benda

dan benda yang berbagai-bagai jenisnya

Berfikir dan berkhayal yang tidak ada matlamat

dan tujuannya

Berlainan sekali dengan penyair-penyair mukmin

yang sejati

Di dalam syair-syairnya

Tuhanlah yang dipuja dan dicintai

Diagungkan dan dibesarkan

serta diingati di dalam hati

Tuhan adalah pemimpin dan idolanya

yang ditakuti dan dirindui

Setiap keindahan yang dilihat

dan setiap perkara yang digeruni

Terus teringat Penciptanya

Betapa Qudrat, Iradah dan pentadbiran

dan bijaksana Tuhannya

Page 638: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

615

UMUM

Setiap yang dilihat, Tuhan terus mengusik-usik hati

Berbagai-bagai perasaan yang datang silih berganti

Cinta, takut, syukur, sedih dan lain-lain lagi

Setiap yang dilihat menebalkan iman

Berlainan sekali dengan penyair sekular

setiap yang dilihat terkorban imannya

Kerana itulah Allah Taala berkata melalui Al Quran:

“Penyair-penyair sekular macam orang tidak siuman

Bagaikan orang gila membawa hatinya

di lembah-lembah yang busuk dan kotor.”

Menjelang tidur

24 – 08 – 1999

Page 639: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

616

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

PERKARA YANG MANUSIA TAHUTAPI TIDAK TAHU RAHSIANYA

10

Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahurahsianya di sebaliknya. Antara perkara-perkara yangmanusia tahu tetapi mereka tidak tahu rahsianya ialah:

1. Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah denganusaha menyakitkan nafsunya.

2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka ituadalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat didalam Syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakitbatinnya, dia akan ke Neraka.

3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya bolehmerosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang ber-penyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia.Banyak perkara yang akan dirosakkannya.

4. Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukaruntuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahajakita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.

5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapigagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu men-ceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama diasedang memakai sifat itu.

6. Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri

Page 640: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

617

UMUM

kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu danteorinya.

7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang palingbodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu duit danharta. Bahkan orang yang paling pandai seperti profesorpun dirosakkannya.

8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan me-nguasai manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak bolehmenempuh jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa laindengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakannya terlalubanyak.

9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang.Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru ituorang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sen-diri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan.

10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanyadaripada orang yang membunuh orang lain.

11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah disele-saikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa.Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan mene-gakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskinsabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberinasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberitenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiaporang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecilditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolahjangan tunjuk sayang atau benci manakala terhadap anakyang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu di-jadikan kawan berbincang.

12. Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpatikalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri padatempatnya.

13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang suka-kan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,

Page 641: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

618

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa,bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu dise-babkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupuntidak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, oranglain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilangkeamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susahdan terancam. Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengkidan sakit hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung.Bila seseorang itu sombong, orang benci. Jika berlaku se-suatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akanambil peduli dan orang tidak bersimpati. Jadi, sikap kitaitulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan. Boleh-lah kiaskan dengan sikap-sikap yang lain.

Page 642: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

619

UMUM

SAJAK

Sajak 1

Anggota Lahir Cacat Kita Terasa

Anggota lahir kalau dia cacat kita terasa

Atau dia sakit kita terasa juga

Cacat atau sakit disebabkan kena duri,

kena kayu, terpijak paku

Terjatuh atau terantuk

Kerana cacat atau sakit kita terasa,

cepat-cepat kita mengubatnya

Anggota batin atau hakikat diri engkau

cacat atau sakit tidak terasa

Kerana itulah engkau tidak terfikir

untuk mengubatnya

Cacat atau sakit disebabkan ilmu,

kedudukan atau harta

Juga disebabkan oleh pujian,

kecantikan muka atau sasa badannya

Atau dia rosak disebabkan oleh bala bencana

yang kita tidak sabar menanggungnya

atau tidak redha

Adakalanya dia cacat dikeranakan oleh ibadah

yang banyak, hati pun berbunga

Rasa takut dengan Allah pun hilang bahkan terasa aman

Tidak kurang juga ia cacat rasa bertuhan

Juga tiada rasa kehambaan merosakkan hati dan jiwa

Rosak anggota lahir, habis di dunia sahaja

Bahkan ia boleh mendatangkan pahala

kepada seseorang hamba, ia masih untung juga

Rosak hati atau jasad batin, ia jadi derhaka

Page 643: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

620

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Bala bencananya lebih besar lagi,

kerana berdosa akhirnya ke Neraka

Jagalah jasad batin jangan sampai ia cacat

Lebih-lebih lagi rosak

Ia adalah hakikat diri kita

Ia kekal abadi hingga ke Akhirat

Dialah yang akan diazab

atau menerima rahmat di Syurga

Menjelang tidur

06 – 11 – 1999

Sajak 2

Engkau Sangka Musuh Merosakkan Engkau

Engkau selalu menyangka orang lain

akan merosakkan engkau

Engkau selalu sahaja prejudis

dengan musuh-musuh engkau

Engkau merasakan musuh-musuh engkau

akan membinasakan engkau

Rupa-rupanya musuh-musuh engkau

sekali-sekala sahaja merosakkan engkau

Orang lain, adakalanya engkau terselamat

daripada kejahatannya

Tapi engkau sama ada disedari atau tidak

setiap hari dirosakkan oleh perkara

yang sangat rapat dengan diri engkau

Setiap hari engkau dirosakkan

oleh ilmu dan kepandaian engkau

Setiap masa engkau dirosakkan

oleh nama, glamour engkau

Sering sahaja engkau dirosakkan

oleh harta dan kekayaan engkau

Page 644: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

621

UMUM

Jawatan dan kekuasaan engkau itulah

yang selalu merosakkan engkau

Amanah yang diberikan kepada engkau

itulah yang selalu merosakkan engkau

Cara engkau berfikir itulah yang merosakkan engkau

Keyakinan engkau itulah

yang banyak merosakkan engkau

Ideologi yang ada di kepala engkau itulah

yang merosakkan engkau

Sedangkan kalau musuh engkau merosakkan engkau,

mudah engkau sedar

Orang lain merosakkan engkau,

cepat engkau dapat mengesannya

Tapi kalau ilmu, harta, pangkat, kekuasaan,

nama dan glamor yang merosakkan engkau

Payah engkau hendak insaf dan sedar

Engkau tidak terasa dirosakkan olehnya

Engkau terasa itu semuanya adalah kejayaan engkau

Itu semuanya adalah kemajuan yang engkau tempa

dan kejayaan yang engkau buat

di dalam kehidupan engkau

Engkau rasa telah berjaya di dalam kehidupan engkau

Kerana itulah payah engkau hendak sedar

Engkau rasa itu adalah satu kejayaan bukan kerosakan

Engkau tertipu di dalam kehidupan engkau

Selepas Asar

27 Muharam 1421H

Page 645: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

622

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kita tidak dapat menafikan bahawa ilmu, kemajuan, pem-bangunan dan tamadun material dan fizikal ia boleh mem-beri kemudahan hidup dan kehidupan kepada manusia.

Ia boleh membawa keselesaan hidup, apa yang dikehendaki olehmanusia dicapai, apa yang dicita-cita mudah dapat, tetapisemata-mata itu sahaja, ia bukan segala-galanya.

Sekadar itu saja belum boleh menjamin keselamatan, kebaha-giaan dan keharmonian di dalam kehidupan bermasyarakat didunia ini. Apatah lagi untuk memperolehi keselamatan dankebahagiaan di Akhirat kelak.

Kalau kemajuan, pembangunan dan tamadun yang di-bangunkan itu tidak bertunjangkan iman dan ketaqwaan, jikaiman dan taqwa tidak menjadi tunjang kepada segala usaha kita,ertinya kita telah memutuskan diri dari Allah Taala, kita terlepasdaripada Allah. Maka Allah akan berlepas diri dari kita.

Justeru itu risikonya yang kita akan tanggung itu berat iaitubermacam-macam masalah akan timbul daripada usaha kitasekalipun usaha kita itu berjaya, nampak lahirnya hebat, gah,cantik, indah, mempesona, ia sepertilah seorang yang berkahwindengan seorang gadis yang cantik, berpelajaran, bangsawan,hartawan, tapi mulutnya celupar, suka merajuk, curang, tidaksetia, tidak boleh dikontrol, melawan dan berbagai-bagai kerenah

TAMADUN YANG SELAMAT

11

Page 646: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

623

UMUM

lagi. Hajat hendak berkahwin dengan perempuan cantik terca-pai, orang lain melihat iri hati, namun demikian masa habishendak melayan kehendak-kehendaknya serta terseksa berha-dapan dengan kerenah-kerenahnya.

Lantaran itulah Allah Taala berfirman:

Maksudnya: “Barang siapa yang berpaling dari meng-ingati Aku, baginya hidup yang susah.” (Thaha: 124)

Kerana jika tamadun lahiriah semata-mata, ia sangat dekatdengan nafsu, ia sangat dicintai oleh nafsu manusia. Sedangkannafsu watak semula jadinya; seperti yang Allah SWT gambarkanmelalui Al Quran, terlalu jahat, iaitu:

Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu sangat mengajakkepada kejahatan.” (Yusuf: 53)

Ertinya nafsu sangat cenderung kepada kejahatan. Di antarakejahatannya ialah, rakus, tamak, bakhil, gelojoh, melulu, me-mentingkan diri, angkuh, suka monopoli, suka berfoya-foya, cen-derung kepada wanita, makan minum, harta kemewahan,pangkat, darjat dan lain-lain.

Justeru itu kemajuan dan tamadun lahiriah kalau tidak di-tunjangi oleh iman dan ketaqwaan, ia akan disalahgunakan danmerosakkan manusia. Ia akan melahirkan manusia yang som-bong, bangga, tamak, bakhil, mementingkan diri, penindasandan kezaliman, suka zina, pembaziran, suka menompok-nom-pok harta, menghina orang, lupa Allah dan Akhirat dan seribusatu macam kejahatan lagi.

Dari penyakit-penyakit tadi akan lahir pula penyakit-penya-kit lain reaksi dari gejala-gejala tadi. Orang akan sakit hati, deng-ki, rasuah, dendam, perbalahan, krisis, jatuh-menjatuhkan, tu-duh-menuduh, fitnah-memfitnah, kemuncaknya pembunuhan.

Page 647: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

624

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kalau sudah begitu, hilanglah kasih sayang, retak perpaduan,terkuburlah ukhwah, matilah keharmonian. Keamanan dankeselamatan yang diidam-idamkan hanya tinggal di dalam im-pian semata-mata.

Itulah yang telah berlaku kepada Firaun dan orang-orangnya,Namrud dan orang-orangnya. Itulah juga yang berlaku kepadaQarun dan Hamman, itulah juga yang telah berlaku kepadakuasa-kuasa Barat dan negara blok komunis terutama Rusia danChina.

Maka justeru itulah dalam wahyu yang pertama lagi AllahSWT telah mengingatkan iaitu:

Maksudnya: “Bacalah dengan nama Tuhan yang Men-cipta.” (Al ‘Alaq: 1)

Yakni Allah mengajak kita mengingati-Nya dan mengajak kitamembaca atas nama-Nya. Dengan kata-kata yang lain yang lebihluas lagi kalau kita huraikan, Allah mengajak manusia hendaklahmenggunakan akal, mencari ilmu, berkemajuan, membangun,berjuang menegakkan tamadun dan apa sahaja hendaklah atasnama-Nya iaitu Tuhan yang mencipta manusia dari segumpaldarah. Iaitu segala-galanya dilakukan dan dibangunkan atasdasar iman dan ketaqwaan, kerana Allah, cara Allah dan untukkeredhaan Allah.

Kesannya tidak usah bimbang, memanglah kepada manusia,untungnya adalah kepada manusia. Allah tidak memerlukankemajuan, Allah tidak berkehendak kepada tempat tinggal danmakan minum, Allah tidak perlu itu semua. Yang perlu itu semuaadalah manusia, Allah sudah sedia sempurna dan selamat.Justeru itu Allah mengajak membuat apa sahaja kerana-Nya,dengan itu Allah akan memberi rahmat dan keberkatan. Allahakan menjaga dan melindungi daripada segala pancaroba dari-pada usaha-usaha itu.

Atau dengan kata-kata yang lain, seolah-olah Allah berkata:

Page 648: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

625

UMUM

Belajarlah atas nama-Ku, beribadahlah atas nama-Ku,berekonomilah atas nama-Ku, berkemajuanlah atas nama-Ku,berpendidikanlah atas nama-Ku, berjuanglah atas nama-Ku,merdekalah atas nama-Ku, bernegaralah atas nama-Ku,mentadbirlah atas nama-Ku, bertamadunlah atas nama-Ku,begitulah seterusnya.

Oleh itu Allah tidak mengajar manusia membuat apa sahajakerana selain-Nya. Ertinya, Allah melarang beribadah, mencariilmu, membuat kemajuan, membantu, menderma, bergotong-royong, berpolitik, berjuang, mentadbir, berekonomi, berpen-didikan kerana atau untuk diri, bangsa atau negara, atau keranamegah, kerana mahu dihormati, kerana mahu disanjung dandipuji, kerana nama dan lain-lain lagi, tetapi Allah mengajakkerana-Nya. Kalau dibuat selain kerana Allah, dianggap syirikkhafi, sia-sia sahaja, usaha-usahanya itu tidak dapat apa-apapahala, Allah berlepas diri. Kalau ada pun sedikit keuntungan,hanya keuntungan di dunia. Di Akhirat kebaikannya tertolak,akibatnya terjunlah ke Neraka, wal’iyazubillah.

Page 649: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

626

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Tamadun Insaniah Punah-Ranah

Kemampuan yang Tuhan anugerahkan

kepada manusia sungguh luar biasa

Negara maju, membangun dan sangat cantik dibuatnya

Di masa yang sama akhlak runtuh, punah-ranah separas bumi

Bangunan-bangunan yang dibina pencakar-pencakar langit

Tapi ego dan kesombongan manusia setinggi langit

Jalan-jalan raya berselirat, luas bertaraf super highway

Tapi jiwa-jiwa manusia telah sempit

Berjalanlah manusia di atasnya himpit-menghimpit

Ramai yang hatinya sakit

Manusia sudah terlalu pandai

Berbagai-bagai alat-alat kemudahan hidup

yang canggih-canggih diciptanya

Berlakulah keselesaan hidup yang luar biasa

Tapi di masa yang sama budi bahasa sudah tiada

Satu sama lain curiga-mencuriga

Dengan alat-alat perhubungan yang canggih,

dunia sudah dekat dan sempit

Semua golongan boleh bertemu di mana-mana sahaja

di negara di dunia ini dengan cepatnya

Tapi dengan kemudahan bertemu ini

Kemungkaran dan maksiat amat pesat

Penyakit-penyakit yang menakutkan seperti AIDs menyerang

dan membunuh manusia dengan dahsyatnya

Kemajuan ilmu di berbagai-bagai bidangnya amat menonjol

Ahli-ahli ilmuan sungguh ramai, cerdik pandai tidak terbilang

Tapi di waktu inilah manusia khianat, curang,

penipu dan pembohong

Page 650: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

627

UMUM

Hingga susah hendak dipercaya pada seseorang

Makin seseorang itu pandai semakin kita bimbang

dan hilang keyakinan

Tamadun kebendaan sungguh mengkagumkan

Tapi tamadun insaniah sangat rendah

bahkan telah punah-ranah

Kerana itulah manusia semua golongan

sudah hidup di dalam ketakutan

Di mana pergi sudah tidak ada keselamatan dan keamanan

Berlaku rompak, samun, kidnap setiap hari

Rogol, pukul, zina, bunuh sudah jadi budaya manusia

Ditambah lagi dengan tuduh-menuduh,

kata-mengata, fitnah-memfitnah lumrah berlaku

Serang-menyerang, peperangan

sudah jadi budaya antarabangsa

Kaum wanitanya sudah berpelajaran

Sama-sama menyumbang membuat kemajuan

Tapi di masa yang sama sifat malunya punah-ranah

Benteng kewanitaannya sudah rebah dan terdedah

Lahirlah budaya bebas, budaya zina, budaya lepak-melepak

Dunia sungguh indah dan cantik

Tapi penyakit masyarakat sudah kronik

Lepas Asar

17 – 09 – 1999

Sajak 2

Anugerahkan Nikmat-Mu Bersama Rahmat-Mu

Tuhan! Aku pinta pada-Mu

Anugerahkan padaku nikmat-Mu

bersama rahmat-Mu

Janganlah Engkau kurniakan padaku

semata-mata nikmat tanpa rahmat

Rahmat-Mu lebih utama dan besar daripada nikmat-Mu

Page 651: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

628

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Apakah ertinya nikmat

tidak disertai dengan rahmat

Tuhan!

Setiap kebaikan yang aku buat

aku tidak harap Syurga-Mu

Tapi yang aku harapkan adalah keredhaan-Mu

Keredhaan-Mu lebih mahal daripada Syurga-Mu

Tuhan!

Begitulah aku takut membuat dosa

bukan kerana takut dengan Neraka-Mu

Tapi aku takut dengan kemurkaan-Mu

Kemurkaan-Mu lebih dahsyat dan hebat

daripada Neraka-Mu

Jadikanlah aku wahai Tuhan

setiap ibadah yang aku lakukan

mengharapkan rahmat-Mu

Bukan mengharapkan Syurga-Mu

Jadikanlah juga aku takut membuat dosa

bukan kerana Neraka-Mu

Tapi jadikanlah aku takut membuat dosa

kerana kemurkaan-Mu

Tuhan biarlah apa yang aku buat kerana-Mu

Bukan kerana Syurga atau Neraka-Mu

Kerana-Mu dan untuk-Mu adalah keikhlasan

yang paling tinggi

Itulah sifat orang yang merdeka

Kerana Syurga dan Neraka

masih terikat dengan kebendaan

Di sini tercacat sedikit keikhlasan

Menjelang tidur

04 – 09 – 2001

Page 652: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

629

UMUM

Berniaga bukan semata-mata dengan tujuan mencariuntung, kerana di dalam perniagaan tidak mesti sentiasamendapat untung. Di dalam perniagaan sering sahaja

mendapat kerugian.

Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah hendakmemperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktivitisyariat atau bertujuan ibadah dan mendapat pahala yangbanyak. Justeru itulah di dalam perniagaan hendaklah sentiasamencari keredhaan Allah Taala dengan niat yang betul sertaperlaksanaan yang betul.

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Orang-orang lelaki yang tidak dilalaikanoleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah danmendirikan sembahyang serta menunaikan zakat; merekatakut akan hari yang bergoncang segala hati dan peman-dangan di waktu itu.” (An Nur: 37)

Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali

FALSAFAH PERNIAGAANMENURUT PANDANGAN ISLAM

12

Page 653: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

630

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

syariatnya atau luas ibadahnya itu berlaku yang mana kebaikan-nya pula dan pahalanya pula amat banyak sekali di antaranya:

1. Kita banyak mendapat kawan, di dalam Islam berkawanitu adalah disuruh. Di Akhirat kelak, kawan boleh memberisyafaat.

2. Boleh memberi khidmat sama ada secara langsung mahu-pun tidak secara langsung. Mengikut Hadis:

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia ialah orang yangbanyak memberi manfaat kepada orang lain.”

3. Di dalam perniagaan ada unsur-unsur kerjasama. Bekerja-sama, Islam sangat menggalakkan. Al Quran ada memberi-tahu yang maksudnya:

Maksudnya: “Bertolong bantulah di atas kebaikan danketaqwaan.” (Al Maidah: 2)

4. Di dalam perniagaan ada tolak ansur. Tidak ada tolak ansur,tidak boleh berniaga. Di dalam Islam, bertolak ansur adalahsalah satu sifat yang terpuji.

5. Perniagaan boleh memudahkan masyarakat menguruskeperluan hidupnya, terutama di bidang makan minum. Disini Islam memandang satu kebaikan kerana ada unsurmengutamakan orang lain atau memudahkan orang lain.

6. Di dalam berniaga dapat menyelamatkan barang keluaranmasyarakat Islam. Kalau tidak, barang keluaran itu akanterbuang dan akan timbul pembaziran. Di dalam Islam,pembaziran sangat dilarang, menjauhi pembaziran satukewajipan. Firman Allah SWT:

Page 654: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

631

UMUM

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang membazir itusaudara-saudara syaitan.” (Al Isra’: 27)

7. Di dalam perniagaan banyak pengalaman akan diperolehisama ada di segi pengurusan, mengenal tempat, mengenalbarang dan lain-lain lagi. Di dalam Islam mencari ilmu danpengalaman sangat dituntut.

8. Di dalam mengendalikan perniagaan ada latihan kesabaran.Sifat sabar salah satu daripada sifat mahmudah, bahkan iasangat diperlukan di dalam kehidupan. Orang yang sabar,pahala yang diberikan kepadanya tanpa hisab. Firman Allahdalam Al Quran:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarsahaja yang akan disempurnakan pahala dengan tidak ter-kira.” (Az Zumar: 10)

9. Berniaga merupakan salah satu cara memajukan agama,bangsa dan negara. Ia merupakan tanggungjawab khalifahTuhan (manusia) di muka bumi supaya dapat dilihat ke-besaran Allah serta dapat menikmati nikmat-nikmat-Nyaagar manusia boleh bersyukur hingga mereka mendapatpahala syukur.

10. Di dalam perniagaan boleh dapat peluang mengeluarkanzakat, salah satu daripada rukun Islam dapat ditunaikan.Dengan itu salah satu sumber saluran untuk membantu fakirmiskin dan asnaf-asnaf yang lain dapat diwujudkan. Makadi sini banyak pula golongan terbantu. Allah SWT telahberfirman di dalam Al Quran:

Maksudnya: “Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa dankaum kerabat dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin

Page 655: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

632

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

dan katakanlah kepada sesama manusia kata-kata yang baikdan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat.” (Al Ba-qarah: 83)

11. Di dalam perniagaan kita dapat membuat latihan berlapangdada berhadapan dengan perintah manusia. Ia sentiasamencabar emosi kita. Maka kita selalu sahaja menyem-bunyikan kemarahan kita. Menyembunyikan kemarahan ituadalah disuruh dalam Al Quran. Dalam Al Quran adamenyebutkan menyembunyikan sifat marah itu, ia adalahsalah satu sifat orang yang bertaqwa. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Iaitu orang yang mendermakan hartanyapada masa senang dan susah dan yang menahan kemarahan-nya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. DanAllah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkarayang baik.” (Ali Imran: 134)

12. Di dalam perniagaan memerlukan sifat berlapang dada,bertolak ansur, memberi maaf, berlebih kurang, bersimpati.Sifat ini adalah dipuji dan sangat diperlukan dalam per-gaulan. Di dalam Hadis ada disebutkan Islam itu adalahas-samahah, agama berlapang dada dan pemaaf.

13. Di dalam perniagaan ada peluang kerja untuk manusia se-bagai sumber pencarian. Di sini dapat mengelakkan manu-sia daripada menganggur yang dilarang oleh syariat. Makadengan sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh oranglain sama, ertinya adanya perniagaan menjadikan tenagamanusia produktif mengeluarkan hasil untuk faedah ma-nusia yang lain.

Apa yang kita sebutkan di atas tadi jelaslah begitu banyaksekali di dalam perniagaan, syariat Islam itu dapat kita tegakkan.Ertinya beberapa banyak aspek di dalam Islam itu telah dapat

Page 656: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

633

UMUM

kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspeksyariat dapat dibangunkan maka banyaklah pahalanya yang kitadapat. Oleh itu tidak hairanlah Islam menganggap orang yangberniaga secara jujur itu dianggap al jihad fi sabilillah dan jugamunasabahlah kerja mereka itu dianggap kerja yang paling baikdalam Islam kerana kebaikannya terlalu banyak diperolehi olehmasyarakat dari hasil perniagaannya itu.

TUJUAN BERNIAGA

Terdapat sekurang-kurangnya 12 tujuan berniaga:1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.2. Dalam perniagaan, kita akan dapat kawan yang akan mem-

beri syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.3. Mengajar kita bertolak ansur.4. Mengajar kita melariskan barang - pandai bercakap, pandai

menyampaikan.5. Melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hen-

dak marah. Sabar bila orang marah dengan kita.6. Boleh melahirkan orang yang cerdik, pandai bertindak dan

berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pe-

kerti.8. Dapat menambah ilmu, wawasan atau general knowledge.

9. Jujur dan amanah.10. Boleh kita berzakat.11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf).12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-

barang Islam.

SIFAT YANG PERLU PADA SEORANG PENIAGA

Sifat-sifat yang perlu ada pada seorang peniaga ialah:1. Peramah dan mesra dengan orang.

Page 657: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

634

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

2. Bertolak ansur di dalam berjual beli.

3. Berlapang dada dengan kerenah manusia.

4. Bersifat sabar.

5. Menunaikan janji.

6. Cepat melayan orang.

7. Jangan menekan dan memaksa meminta hutang.

8. Jujur dan amanah.

9. Pemurah dan menolong orang.

10. Bersifat benar.

11. Rajin dan cergas.

12. Cermat berbelanja.

13. Berhati-hati membuat sebarang janji atau memberi hutangkepada orang.

14. Menyusun dan meletak barang dengan baik supaya nampakteratur dan tidak mudah rosak.

15. Menjaga barang dan kebersihan.

16. Sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan semasa.

17. Menjual barang dengan harga yang sederhana.

18. Memilih barang-barang jualan yang masih baik.

19. Membiasakan menyimpan wang untuk keperluan yangmendadak dan terdesak.

20. Memperbanyak aset untuk jangka panjang.

21. Merancang projek-projek atau dagangan di masa depansupaya perniagaan sentiasa berkembang dan membesar.

22. Cukup setahun hendaklah mengeluarkan zakat perniagaan.

Page 658: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

635

UMUM

SAJAK

Berniagalah Secara Halal

Kalau hendak berniaga,

berniagalah secara halal

Berniaga barang keluaran kita

atau berniaga barang keluaran bangsa

Janganlah berniaga menjual muka

atau berniaga menjual suara

Lebih-lebih lagi jangan berniaga maruah diri kita

untuk komersial

Menjual muka atau maruah diri

bukan satu kemajuan

Bahkan tidak akan boleh jadi jutawan

yang dibanggakan

Ia bukan produk bangsa dan negara

yang menggembirakan

Bangsa dan negara tidak akan maju

dengan menjual maruah peribadi atau muka

Berniaga menjual muka dan maruah diri,

bangsa dan negara tidak dapat apa-apa

Ia tidak akan menjadi bangsa dan negara yang kuat

Bahkan ia bukan satu kemajuan yang boleh dibanggakan

oleh bangsa dan negara

Lebih-lebih lagi dengan itu tidak boleh mencabar dunia.

Menjual muka atau maruah diri

janganlah dianggap kemajuan bangsa dan negara

Bukan secara itu bangsa dan negara menjadi maju

Kemajuan itu bangsa yang dapat mengeluarkan

barang-barang buatannya

Page 659: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

636

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Ekonomi bangsa dan negara

akan menjadi maju dan kuat

Carilah rezeki melalui jalan lain

bukan menjual maruah diri

Banyak jalan-jalan yang halal

kalau kita bangsa yang bermaruah tinggi

Janganlah ikut jalan yang sempit

lagi tidak bermoral

Jalan yang bangsa dan negara

boleh menjadi maju dan dihormati

Menjelang tidur

16 – 12 – 2002

Page 660: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

637

UMUM

Berniaga boleh dapat dua keuntungan. Pertama, untungdalam bentuk wang, namun ada juga yang rugi dalamperniagaan. Kedua, untung dalam bentuk pahala. Bagai-

manapun ramai orang berniaga tapi dapat dosa.

Rasanya tidak perlu saya senaraikan langkah-langkah yangperlu diambil untuk mencari untung wang dalam perniagaan.Ianya sudah ramai orang perkatakan. Kalau rugi juga, moga-moga apa yang saya akan bahaskan di bawah ini boleh meng-hibur dan menguntungkan anda dan saudara.

Dalam perniagaan, kita sebenarnya berada dalam beribadahkepada Allah. Kita sedang berada dalam peluang mendekatkandiri kepada Allah. Kita sedang berfikir dan bersikap untuk me-negakkan syariat dan akhlak Allah. Berniaga sebenarnya adalahmedan mencari bekal taqwa kepada Allah. Manakala sembah-yang adalah waktu-waktu kita memperbaharui ikrar, azam, postmortem dan harapan untuk hidup dan mati adalah mencaritaqwa dan adalah manifestasi dari sembahyang, yakni hendakmemperbesar, memperpanjang dan memperluaskan aktivitisyariat Allah.

Kalaulah sepanjang berniaga kita jaga syariat Allah ertinyasepanjang itu kita sedang buat ibadah yang lebih besar pahalanyadaripada sembahyang sunat atau puasa sunat. Ertinya hati kita

UNTUNGNYASIAPA YANG BERNIAGA

13

Page 661: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

638

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

sedang benar-benar menghadap Allah untuk melawan nafsudemi menegakkan segala kesukaan dan keredhaan-Nya.

Berikut adalah keuntungan-keuntungan dalam perniagaanyang dijalankan betul-betul dengan niat kerana Allah mengikutsyariat Allah:

1. Dengan membuka perniagaan, kita bukan saja hendak dapatwang dari pelanggan, tetapi kita sebenarnya memberi khid-mat kepada masyarakat. Yakni kita menyediakan barangkeperluan mereka. Dengan terbelinya barang jualan kitaertinya ramai yang dapat khidmat, baik secara langsung atautidak. Kita dapat pahala kerana menyediakan khidmat terse-but. Bersyukurlah kepada Allah dan terima kasihlah kepadapelanggan kerana menerima khidmat kita, dengan sebabmereka kita dapat pahala. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah yang palingbanyak memberi manfaat kepada manusia lain.”

2. Khusus di bidang makan minum, masyarakat memang me-merlukannya. Mereka mesti mengusahakan untuk menda-patkannya baik senang atau susah. Jadi kalau kita membukaperniagaan berkait dengan makanan dan minuman di suatutempat, kita sebenarnya memudahkan masyarakat setempatuntuk mendapatkan keperluan asasnya.

Kerja ini sebenarnya cukup besar pahalanya. Ramai orangyang kita tolong ringankan beban mereka. Mereka patutberterima kasih walaupun tidak diminta. Apalagi kalau kitajual dengan harga yang tidak menekan, bukankah manusiatelah mendapat pertolongan besar? Dan tidakkah kita rasasatu kemenangan dan kepuasan kerana dapat menggem-birakan manusia? Yang mana kita berniaga jangan fikir duitsaja, sedangkan keuntungan-keuntungan lain cukup ba-nyak. Usah bimbang urusan rezeki, jika kita beri kepercaya-an kepada Allah dengan mengutamakan perkara-perkarakesukaan-Nya. Bukankah Allah berjanji untuk membela?

Page 662: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

639

UMUM

Dan Allah Maha Kaya, Maha Pemberi Rezeki. Firman-Nya:

Maksudnya: “Dan Allah akan memberi rezeki dengan tia-da terkira. Barang siapa yang menyerahkan diri kepadaAllah, maka Allah akan mencukupkannya.” (At Talaq: 3)

Maksudnya: “Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allahkepadamu, adakah yang menciptakan selain daripada Allah,yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi?Tidak ada Tuhan kecuali Dia, maka ke manakah kamu akanberpaling?” (Fathir: 3)

3. Bila masing-masing peniaga dan pengguna saling merasamemberi dan menerima, saling merasa berterima kasih danperlu-memerlukan, maka terikatlah hati satu sama lain.Maka kita dapat kawan. Lagi lama kita berniaga, lagi pandaikita layan pelanggan, maka lagi ramailah kita dapat kawan.Dapat kawan bukankah satu keuntungan? Untung di duniadan untung di Akhirat? Di Akhirat kawan boleh memberisyafaat.

4. Berjual beli antara pelanggan dan peniaga tentunya kenasaling bekerjasama. Kalau masing-masing rasa saling me-merlukan tentu kena bertolong bantu, ringan-meringankan.Jangan tekan-menekan.

Contoh kerjasama, di waktu peniaga sibuk kerana ramaipelanggan, sepatutnya pelanggan boleh bantu dengan me-ngambil sendiri barang keperluannya. Peniaga pula sebagai

Page 663: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

640

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

terima kasih, hadiahkan sesuatu kepadanya sekalipun sebijigula-gula. Atau di kedai makan, apa salahnya bila selesaimakan, pengguna tolong kemaskan meja makan denganmenyusun pinggan, lapkan tumpahan atau tulang-tulangdengan tisu pengelap tangan. Ini membantu peniaga,menjalinkan hubungan baik.

Sepatutnya medan perniagaan menjadi gelanggang kerja-sama dan perpaduan masyarakat. Tapi sayang, hari inipeniaga-peniaga dan pembeli tidak menggunakan peluangini sebaik-baiknya. Tidak mengambil kesempatan berkenal-an melalui kerjasama perniagaan.

5. Manusia sepatutnya berusaha agar ia menjadi seorang yangboleh bertolak ansur atau mengalah dengan orang lain. Kitaakan menjadi orang yang terpuji. Alangkah baiknya kalaukita ialah seorang yang mampu mengutamakan orang lainserta suka memberi peluang kepada orang lain. Kita rasatidak mengapa kalau orang lain lebih dari kita. NescayaAllah tidak akan sia-siakan kita.

Maka dalam perniagaan, kita sering berpeluang untukitu. Perebutan antara penjual dan pengguna sering terjadi.Penjual suka menipu atau menekan pengguna dengan hargayang tinggi semata-mata kerana mahu untung cepat. Walhalkalau dia berlembut dan jujur, dia akan lebih beruntung.Untung dapat duit, untung dari segi akhlak, untung dapatkeyakinan dan kesukaan orang.

Insya-Allah perniagaannya akan berjalan dengan lebihjauh dan ada masa depan. Para peniaga dan pembeli usaha-kan untuk bertolak ansur dalam jual beli. Jual beli jadi berkat,hati tenang, rezeki bertambah, insya-Allah.

6. Ujian-ujian dalam perniagaan memang banyak. Allah akanlakukan itu semata-mata untuk memberi peluang kepadapara peniaga untuk bersabar. Yakni menerima ujian denganhati takut dan harap kepada Allah. Takut untuk melentingdan marah-marah terhadap ragam manusia. Maka ditahanhati, ditekan rasa serta ditelan rasa kepahitan dengan

Page 664: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

641

UMUM

mengharap pertolongan dari Allah akan segala keper-luannya.

Orang yang sabar akan dapat rezeki dan pahala tanpahisab. Allah berjanji dengan firman-Nya:

Maksudnya: “Orang-orang yang sabar disempurnakanpahalanya tanpa terhitung.” (Az Zumar: 10)

Kalaulah kita boleh buat latihan-latihan praktikal secaraserius untuk menjadi seorang yang sabar, masya-Allah,besarnya keuntungan dari perniagaan ini. Apa kita ragu ten-tang kemampuan Allah mengganda-gandakan perniagaankita lebih dari apa yang kita sangkakan?

Pada saya berdasarkan pengalaman hidup orang yangtidak sabar, tidak mampu, menekan nafsu, marah-marah,selalunya rugi dalam hidup, orang tidak suka berniaga puntidak sampai ke mana. Pada saya, sesungguhnya sabar ada-lah aset yang amat diperlukan dalam hidup. RasulullahSAW bersabda:

Maksudnya: “Sabar sesaat itu lebih baik daripada duniaberserta isinya.”

7. Islam adalah agama berlapang dada dan memaafkan.Ertinya seseorang yang dapat menerima dan memaafkanhal-hal atau ragam-ragam yang dia tidak setuju atau diatidak suka, maka benarlah dia seorang yang berakhlak Islam.Sepanjang berurusan jual dan beli memang kita seringberhadapan dengan perkara atau orang yang tidak menye-nangkan.

Maka ambillah kesempatan ini untuk mengaut keun-tungan luar biasa yakni menjadi orang yang paling muliakerana memiliki akhlak yang paling baik. Kita sembunyikanatau simpankan rasa tidak senang. Jangan gopoh-gopohmelepaskan perasaan, nanti hilang harga diri kita di mata

Page 665: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

642

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

orang. Masalah orang jangan diselesaikan secara bermasa-lah. Selesaikan secara yang Allah suka. Nanti Allah bantukita. Ingatlah firman-Nya dalam Al Quran:

Maksudnya: “Apabila kamu telah berbalah dalam satu-satu perkara, hendaklah kembali kepada Allah dan Rasul,jika kamu beriman dengan Allah dan hari Akhirat.” (AnNisa: 59)

Mengapa susah sangat kita hendak memaafkan dan me-lupakan salah dan silap orang lain? Bukankah kita puntersalah dan tersilap yang amat memerlukan kemaafan darimanusia? Katakanlah kesalahan orang lebih dahsyat darikita hingga itu sulit untuk kita mendiamkan sahaja kesa-lahannya hingga hilang sifat lapang dada dan pemaaf kita.Baiklah, kalau begitu suka saya memberitahu bahawa ke-silapan saudara sendiri ialah tidak merendah diri kepadaAllah yang telah memberi kebaikan pada saudara yangorang lain pun tidak memperolehinya.

8. Seterusnya peniaga boleh bergembira dan merasa beruntungkerana mereka, beberapa orang lain boleh mendapat pe-kerjaan. Mendapat pekerjaan ertinya tidak lagi mengang-gur sekaligus mendapat rezeki halal. Kedua-duanya me-mang diperintahkan oleh Islam. Bahkan dengan berniaga,tenaga manusia dimanfaatkan kepada manusia lain. Merekamenjadi produktif demi memakmurkan masyarakat dannegara.

Begitu besarnya hasil dari keuntungan dari perniagaankita. Keuntungan bentuk begini (maknawiah) sebenarnyalebih menenangkan. Jadi kalau Allah uji kita dengan mengu-rangkan sikit keuntungan wang, tentu kita boleh terimasebab ada keuntungan lain yang sedang kita nikmati. Ataukalau kedua-dua keuntungan kita dapat, ertinya kita lebih

Page 666: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

643

UMUM

patut bersyukur dan merendah diri kerana besarnya pem-berian Allah pada ‘hamba yang seorang ini’ dibandingdengan hamba-hamba-Nya yang lain.

9. Hendaknya kita selamat daripada tamakkan duit semata-mata dalam perniagaan. Sebab sebenarnya khidmat kita itusangat memberi keuntungan pada masyarakat. Pahalalahyang kita harapkan dari khidmat tersebut. Yakni melaluiperniagaan, kita tolong memasarkan barang-barang buatanorang lain terutama buatan saudara kita umat Islam. Usaha-usaha mengeluarkan barangan Islam cukup mulia.

Maka kalau kita sanggup pula menjadi agen pengedar-nya, mudah-mudahan kita pun tergolong dalam merekayang menegakkan fardhu kifayah. Bahkan kalau kita dapatselamatkan barangan yang terbuang dan membazir, mudah-mudahan kita mendapat pahala tidak membazir. Allahsangat benci pembaziran, sebab pembaziran itu kerja syai-tan.

10. Bila tertegaknya perniagaan-perniagaan umat Islam, kitamelihat satu pembangunan syiar Islam. Menegakkan ke-majuan duniawi secara Islam untuk memudahkan kehidup-an adalah tanggungjawab semua orang selaku khalifahTuhan. Dari sana orang akan dapat menyaksikan kebesaranTuhan dan mereka dapat bersyukur.

Tapi selagi umat Islam tidak menegakkan syiar Islamdalam kehidupan mereka terutama di sudut perniagaan,susahlah manusia menganggap Islam itu hebat dan Allahitu Maha Kuasa. Manusia melihat tiada istimewa apa-apaIslam itu dan pada mereka mengapa Tuhan pun tidak me-nunjukkan kebolehan-Nya?

Kalau begitu alangkah besarnya sumbangan kita jikadapat tegakkan perniagaan secara Islam atas nama Islam.Nanti orang akan merasa nikmat-nikmatnya. Dan mem-besarkan Allah dan bersyukur kepada-Nya.

11. Keuntungan paling besar dari perniagaan kita akan dapat

Page 667: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

644

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

bila cukup nisabnya, yakni membayar zakat, sebagai salahsatu dari Rukun Islam. Dengan zakat kita dapat membantufakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain. Zakat bagaikanjambatan kasih sayang antara orang berada dengan yangmemerlukan. Betapa besarnya keuntungan ini.

12. Kemuncak bagi segala keuntungan ialah perniagaan men-jadikan seseorang bertambah ilmu dan pengalaman. Ilmupraktikal tentang pengurusan, kewangan, didikan, menjagapelanggan serta menghadapi cabaran. Pengalaman pulaberbagai-bagai, dapat mengenal manusia, tempat, barang-barang dan nilai serta budaya. Maklumat-maklumat sebe-gini sangat berharga dalam kehidupan dan memang ditun-tut dalam Islam kita mencarinya.

Demikian saya melihat keuntungan-keuntungan yang sepa-tutnya diperolehi oleh siapa yang berniaga, yakni yang berniagaitu diniatkan kerana Allah untuk menegakkan cara hidup Islam.Ertinya sistem perniagaan Islam itu sebenarnya menjamin peng-gerak-penggeraknya mendapat rezeki yang halal dan dapat imanyang selamat. Insya-Allah.

Insan miskin yang terlibat dalam sistem ini sepatutnya tidakmenjadikan perniagaan gelanggang mencari wang semata-matahingga sanggup menipu dan menindas. Tetapi itulah tradisi dikalangan kapitalis. Mereka tidak ada aset kejiwaan roh tauhidsebagai pengawal perniagaan. Lalu mereka buat sesuka hatidemi keuntungan diri semata-mata. Pelanggan atau penggunaatau pembeli kepada kapitalis tidak dilayan. Yang penting me-reka mahukan wang pelanggan agar cepat-cepat jadi milik me-reka. Sekalipun secara zalim dan ganas, secara langsung atautidak. Perniagaan mereka tidak jadi pusat-pusat pertemuan danperpaduan. Jelas sekali budaya nafsi-nafsi berleluasa di sana.Mereka tidak tahu bahawa perniagaan adalah pusat bina insanyang cukup praktikal dan menguntungkan.

Itu hanya ada di dalam ajaran Islam, cuma umat Islam tidakmampu melakukannya sedangkan para pencinta Islam (agama

Page 668: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

645

UMUM

Allah) ini perniagaan ialah medan jihad fisabilillah. Merekamengumpul dua kekayaan sekaligus, untuk dunia dan Akhirat.Mereka dapat imbangkan material dan spiritual. Lalu merekamemperolehi tamadun yang sempurna untuk masyarakat manu-sia. Inilah Islam, satu sistem hidup yang boleh jadi penggantisistem kapitalis yang kini berada di ambang maut; duit banyaktapi jiwa rosak. Manusia bergaduh-gaduh di dalam kekayaandari perniagaan. Inilah syurga idaman kapitalis. Pembangunanlahir yang mempesona diburu oleh orang-orang yang berseng-keta dan huru-hara.

Moga-moga sistem perniagaan Islam akan dapat dilaksana-kan dalam masyarakat kerana kelihatannya hari ini di mana bilamatawang jatuh, masyarakat sudah mencari alternatif. Tentunyakepada cara niaga yang menyenangkan, yang menjamin bahagiauntuk kehidupan lahir dan kehidupan batin. Untuk itu marilahkita mulakan sistem ini dalam hidup kita. Jadikan ia perjuangankita, jihad fisabilillah di premis-premis perniagaan kita.

Page 669: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

646

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

SAJAK

Sajak 1

Cara Bersyukur yang Sebenarnya

Nikmat yang diberi oleh Allah Taala

kepada kita terlalu banyaknya

Berbagai-bagai macam dan jenis

Di dalam diri kita seluruhnya

adalah nikmat dari-Nya

Di luar diri kita bermacam-macam

dan berbagai-bagai pula

Rumah, isteri, anak-anak, harta, kereta,

makan minum, pakaian dan lain-lainnya

Balaslah nikmat Tuhan itu tanda bersyukur

kepada-Nya dengan nikmat-Nya juga

Seperti kita sembah, besarkan,

cinta dan takutlah kepada-Nya

Gunakan lidah kita menyebut, mensucikan,

memuji dan memohon keampunan kepada-Nya

Tenaga kita gunakan untuk perjuangan

menegakkan agama-Nya

Nikmat di luar diri seperti harta gunakan

untuk menolong manusia yang miskin, papa

Digunakan juga untuk fisabilillah

yang diperintahkan kepada kita

Kereta kita jadikan alat untuk khidmat

kepada agama dan manusia

Rumah kita untuk menyambut tetamu

dan pertemuan silaturrahim

sesama hamba-hamba-Nya

Tanah untuk diwakafkan,

ditegakkan bangunan pendidikan

Page 670: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

647

UMUM

dan bangunan rumah tetamu

Bangunan-bangunan dan gedung-gedung perniagaan

demi kemajuan umat Islam patut dibina

Begitulah caranya kita bersyukur kepada Tuhan

di atas nikmat-nikmat-Nya

Menggunakan nikmat-nikmat-Nya

untuk keredhaan-Nya

Ertinya nikmat Tuhan itu juga,

tidak kira nikmat yang mana

dikorbankan pada jalan-Nya

Korbankan nikmat Tuhan kerana nikmat-Nya

yang diberikan kepada kita

Begitulah caranya kita bersyukur kepada Tuhan

di atas segala nikmat, rahmat dan anugerah-Nya

Nikmat dari Tuhan, nikmat itu jugalah

kita gunakan untuk Tuhan

Jangan gunakan nikmat Tuhan

bertentangan dengan kehendak Tuhan

Tidak takutkah kepada Tuhan?

Jika Tuhan murka Dia boleh rentap bila-bila masa

Bila-bila masa sahaja kita boleh terhukum dan terhina

Berhati-hatilah menggunakan nikmat Tuhan

agar kita tidak kufur nikmat

Menjelang tidur

17 Muharam 1421H

Sajak 2

Mana Milik Kita

Mana milik kita! Tidak ada milik kita

Semua yang ada, Allah yang punya

Tidak ada kita punya,

kita hanya mengusahakannya saja

Apa yang kita dapat Allah sudah sediakan

Page 671: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

648

BUAH FIKIRAN USTAZ HJ ASHAARI MUHAMMAD

Kita Allah punya, bumi langit ciptaan-Nya

Milikilah apa saja tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya, tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan apa yang telah ada

Mengapa kita sombong miliki Tuhan punya

Mengapa tidak malu kepada Tuhan yang Empunyanya

Patut bersyukur kepada Tuhan yang memberi segala-galanya

Malulah kepada Tuhan kerana miliki Dia punya

Janganlah berbangga apa yang ada pada kita

Kalau Tuhan tidak beri, kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit-ungkit jasa kita

Jasa kita nisbi saja, yang sebenar Tuhan punya

Bersyukurlah, bukan berbangga

Bersyukurlah bukan mengungkit-ungkit jasa

Gunakanlah nikmat Tuhan itu untuk khidmat

Lepas itu lupakan saja, agar tidak mengungkit-ungkitnya

03 – 08 – 1995

Page 672: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

N O T A

Page 673: BUAH FIKIRAN ABUYA ASHAARI MUHAMMAD

N O T A