-
BrasmanaCitraKUALAPERLIS
Kuala Perlis
IdeaPercutianSingkat di
Brasmana Foodtruck& Flea Market (BFF) :Trendy Tourist
Place
PelanconganDomestikMerancakkan
KEMPEN
PEGHELIH
SunsetSpotJom Pi
� � � � � �� � � � � � � � � �� � � � � �� � � � � � � � � �� �
� � � � �� �� � ��� � � �� �� �� �
November & December 2020 ( Vol.1 )
Perlis Permai Lagi Mempersona
-
BrasmanaPutra Brasmana Hotel
BreakfastPromotion
From 7.00AM to 10.00AM Daily
RM10.00Per person
For reservation please call013-976 2873
-
TableOf Content
YB TUAN AZMAN BINMOHD YUSOFPengerusi Ahli Lembaga PengarahHotel
Brasmana Sdn Bhd
02 Table Of Content03 Perlis Places Of Interest& Hotel
Location05 Satu Malam Di KualaPerlis09 Jom Pi Kuala Perlis11 Putra
Brasmana Hotel12 Accommodation13 Samudera Co�ee House14 Halls &
Meeting Rooms15 Brasmana Lounge16 Brasmana Food & Flea17 Ocean
Glow
Assalammu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera,
Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk
memberikan sepatah dua kata dalam Citra Brasmana.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pengurusan Hotel
Putra Brasmana atas kejayaan menerbitkan Citra Brasmana yang
sungguh istimewa ini.
Sesungguhnya, Hotel Putra Brasmana telah melalui proses
transformasi yang begitu rancak sehingga berubah menjadi sebuah
hotel yang dikenali di negeri Perlis.
Proses ini sebenarnya memerlukan banyak cetusan inovasi dan
lonjakan produktiviti yang memerlukan komitmen yang tinggi daripada
pihak pengurusan hotel.
Saya yakin dan percaya Hotel Putra Brasmana mampu pergi dengan
lebih jauh lagi melalui peningkatan usaha yang lebih progresif dan
inovatif.
Ini adalah penting untuk menjadikan Hotel Putra Brasmana sebagai
sebuah hotel digital di negeri Perlis.
Dalam menuju ke arah hotel digital, Hotel Putra Brasmana perlu
meningkatkan kualiti perkhidmatan termasuk penggantian peralatan
hotel supaya dapat memastikan Hotel Putra Brasmana berada di puncak
kegemilangannya suatu hari nanti.
Ia adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri Perlis untuk
menjadikan sektor pelancongan sebagai sektor utama ekonomi di
negeri Perlis.
Akhir kata, saya berharap agar komitmen yang diberikan oleh
pengurusan Hotel Putra Brasmana akan terus dikekalkan untuk
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi pada masa hadapan.
Selamat Maju Jaya.
2
-
LocationHotel
PlacesOfInterest
Perlis3
-
5
-
Siapa sangka Kuala Perlis yang menjadi pintu masuk ke Pulau
Langkawi turut menawarkan tarikan-tarikan menarik yang tersendiri
untuk dilawati.Ikuti jurnal percutian tidak dirancang pasangan
Fareed & Yana ke Kuala Perlis baru-baru ini.
Musim pandemik wabak Covid-19 membataskan niat kami untuk
bercuti ke luar negara terutama Thailand, jadi bagi menyahut kempen
kerajaan untuk bercuti di dalam negara kami memilih untuk ke
destinasi terkenal iaitu Pulau Langkawi.Percutian yang dirancang
hanyalah untuk satu malam di Pulau Langkawi menaiki feri paling
awal dan pulang pada lewat petang keesokan harinya.Memandangkan
jadual tugas Fareed sebagai barisan hadapan di pintu sempadan yng
sentiasa sibuk sejak bermulanya PKP, kami terpaksa memanfaatkan
masa cuti sehari ini dengan sebaik-baiknya.
Kami tiba di terminal feri Kuala Perlis menaiki kereta seawal
jam 6:00 pagi untuk menaiki feri yang dijangka berlepas pada jam
7:30 pagi.Selesai membeli tiket di kaunter dan sementara menunggu
masa berlepas, Fareed mengajak bersarapan di Putra Brasmana Hotel
yang terletak hanya 5 minit berjalan kaki dari terminal feri.Jarang
sekali Yana merasai pengalaman bersarapan di hotel kecuali jika
menginap.Di sini mereka menyediakan bu�et pada harga RM10.00
sekepala untuk sesiapa sahaja datang walk-in.Menu-menunya juga
banyak! Kalau nak dikira RM10.00 untuk lebih dari 10 jenis menu
rasanya sangat-sangat berbaloi.Semuanya sedap-sedap dan
menyelerakan tetapi Yana tak makan banyak sebab sudah jadi
kebiasaan untuk pergi bercuti hanya akan makan sedikit sebelum
sampai ke destinasi dituju.Fareed pula makan sehingga tersandar
kenyang!
Percutian kami tidak seperti yang dirancang.Kami mendapat berita
bahawa perjalanan feri terpaksa ditunda ke tengahari disebabkan air
terlalu surut pada musim ini.Tambahan pula jumlah perjalanan feri
yang dibenarkan agak terhad disebabkan PKPB jadi kami memilih untuk
membatalkan percutian di Langkawi kerana mahu memanfaatkan masa
sebaiknya.Jadi untuk itu kami menginap sahaja di Putra Brasmana
Hotel dan marancang untuk bercuti sahaja di sini.Harga bilik yang
ditawarkan cukup berpatutan dengan pemandangan indah menghadap laut
dapat dilihat dari balkoni private di setiap bilik.Kali terakhir
Yana menginap di sini adalah pada tahun 2012 ketika mengikuti
kursus usaha-wan dan ternyata kali ini banyak perubahan naiktaraf
dilakukan oleh pihak pengurusan terutamanya untuk bilik jenis
premier.
Menginjak waktu tengahari dan perut berkeroncong lapar, kami
keluar mencari kedai makan di sekitar Kuala Perlis.Tidak jauh dari
hotel, kami memilih restoran Northalgia Honey Daging Bakar yang
terkenal dengan menu daging bakarnya.Sangat menyelerakan dan selesa
untuk berkunjung ke restoran ini yang menjadi pilihan
pelancong.Selesai makan tengahari, Fareed memulakan jadual
percutian tidak dirancang kami dengan melawat Muzium Kota
Kayang.Terletak hanya 3.9km atau 6 minit perjalanan dari pekan
Kuala Perlis, muzium ini sangat menarik untuk dilawati bagi
pencinta sejarah dan pelancong yang ingin mengenali negeri
Perlis.Kawasan sekitarnya juga nyaman dikelilingi bukit yang turut
terdapat kolam ikan, telaga air bawah tanah, gua dan makam
diraja.Semuanya memenuhi elemen muzium ini sebagai sebuah kota pada
suatu masa lampau.
Berdekatan muzium Kota Kayang, terdapat pangkalan nelayan di
tebing Sungai Perlis.Pangkalan yang dinamakan Pangkalan Tok Kuning
ini menawarkan pakej untuk pelancong menaiki bot menyusuri Sungai
Perlis melalui perkampungan nelayan sehingga ke perairan Kuala
Perlis untuk melihat matahari terbenam.Kami tiba terlalu awal dan
memilih untuk tidak mengambil pakej tersebut sebaliknya hanya
bersiar-siar di Taman Sakura yang terletak berhampiran.Aktiviti
riadah boleh dilakukan di sini dan difahamkan ketika musim bunga,
pokok-pokok Tabebouya akan mengeluarkan bunga seolah-olah bunga
sakura.Kerana itulah taman di bawah seliaan JPS ini dinamakan Taman
Sakura.
Satu Malam DiKuala PerlisPerlis
6
Percutian Singkat Yang Menggembirakan
-
Kami pulang ke hotel penginapan untuk berehat sebelum memulakan
aktiviti lewat petang.Menurut sta� di kaunter hotel, ketika ini
merupakan musim siput gayam dan kami ditawarkan oleh sta� bernama
Azizan untuk dibawa bersiar-siar di kawasan Kuala Perlis sebelum
pergi melakukan aktiviti mengorek siput gayam.Selepas Asar, kami
ditunggu oleh Azizan untuk melawat Kuala Perlis.Lokasi pertama kami
adalah restoran Laksa Kak Su.Rupanya Azizan sudah mengaturkan untuk
kami minum petang terlebih dahulu sebelum pergi bersiar.Restoran
ini menawarkan laksa Kuala Perlis yang menjadi menu wajib tidak
kira pagi,petang atau malam sekiranya berkunjung ke Kuala
Perlis.Terdapat lebih dari lima pengsaha laksa Kuala Perlis di sini
dan salah satunya adalah restoran Laksa Kak Su.
Seterusnya kami dibawa melawat Jambatan Tuanku Syed Putra yang
menghubungkan pekan Kuala Perlis dengn perkampungan nelayan di
seberang sungai.Difahamkan terdapat lebih daripada 15 kampung
terletak berdekatan antara satu sama lain membentuk satu penempatan
luas dan rapat dinamakan Seberang Ramai.Hampir 80% penduduk
Seberang Ramai bergantung hidup kepada hasil laut untuk meneruskan
kehidupan.Suasana di perkampungan nelayan sangat menarik
seolah-olah berada di suatu penempatan terasing kerana rumah-rumah
yang dibina saling berdekatan dan bersebelah-an.Segala ternakan
seperti kambing, ayam dan itik berkeliaran jinak dan keramahan
penduduknya yang menyambut kehadiran orang luar sangat dipuji.Ada
diantara suri rumah menjalankan perniagaan kecil kecilan membuat
kuih dan kami sempat merasa kuih sepit yang sedap dan dihidang
panas-panas oleh mereka.
Tidak jauh dari perkampungan nelayan, terdapat sebuah kampung
petani iaitu Kg. Wai dan Padang Cina.Kami disajikan pemandangan
sawah padi terbentang luas yang terletak bersebelahan pantai.Sangat
unik geogra� Kuala Perlis yang mempunyai dua elemen bertentangan
iaitu air tawar dan air masin tetapi berada bersebelahan.
Pemandangan sawah padi ini turut dihiasi sebuah terusan banjir yang
luas membelah bukit menuju ke laut.Ia menjadi lokasi popular untuk
bergambar dan sangat instaworthy untuk dikunjungi.
Sebelum terus dipukau dengan keindahan Kg. Wai, kami beredar
untuk ke lokasi terakhir iaitu Pulau Ketam.Di sini kami melakukan
aktiviti mengorek siput gayam dengan berjalan diatas tebing pasir
sejauh 1 kilometer dari pantai yang airnya surut.Sebelum berjalan
diatas tebing pasir, kami melalui hutan simpan paya bakau yang
sangat cantik dan mempesonakan! Berjalan diatas tebing pasir yang
digelar ‘Dragon Spine’ ini membuatkan Yana berasa seperti melalui
laut terbelah.Mungkin disebabkan masih terdapat sisa-sisa hidupan
akuatik yang dibawa air pasang sebelumnya menjadi faktor kenapa
banyak siput boleh didapati di sini.
Azizan menunjukkan kepada kami sebuah pulau berhampiran yang
dinamakan Pulau Brasmana.Jadi terjawablah mengapa hotel penginapan
kami dinamakan Putra Brasmana iaitu sempena nama Almarhum Tuanku
Syed Putra, Raja ke enam negeri Perlis dan pulau ini.Difahamkan
pulau ini kini adalah milik Thailand yang terletak tidak jauh dari
Kuala Perlis.Setelah mengorek siput, kami disajikan dengan
pemandangan matahari terbenam berlatarbelakangkan kepulauan
Langkawi.Sangat indah dan romantik sekali suasana di sini! Sebelum
gelap, kami pulang ke hotel penginapan dengan gembira.Tidak sabar
untuk melihat aktiviti malam di Kuala Perlis.
Makan malam kami sangat menyelerakan.Kami mengambil pakej ikan
bakar Brasmana yang ditawarkan di tapak BFF, singkatan bagi
Brasmana Foodtruck & Flea Market.Pelbagai variati makanan dan
minuman serta jualan barangan terdapat di sini yang turut
disediakan pentas busking; sangat meriah Kuala Perlis di malam
minggu! Selesai makan malam, Fareed terlihat poster promosi karaoke
Brasmana Lounge di ruang lobi hotel.Apa lagi, kami terus tempah dan
menyanyi sampai puas selama tiga jam kerana Brasmana Lounge
menawarkan ruang yang luas serta selesa dan eksklusif.Oleh kerana
malam masih muda dan ingin memanfaatkan percutian tidak dirancang
ini, kami bersiar-siar menaiki kereta kuda di kawasan
sekitar.Hentian kami seterusnya adalah di ruang santai Ocean Glow
sambil menikmati bayu laut.Ramai pengunjung ke sini untuk bersantai
dan melayan telatah anak-anak kecil bermain belon buih yang turut
disediakan di sini.
Keesokan harinya, kami bangun bersarapan dan terus bersiap untuk
pulang.Rasa gembira dan puas percutian kali ini kerana banyak
pengalaman baru yang kami dapat rasai.Tidak sangka Kuala Perlis
mempunyai tempat-tempat ‘rural’ untuk dilawati dan menjadi pilihan
pelancong yang sukakan ketenangan serta pengalaman di desa.Sudah
semestinya Putra Brasmana Hotel menjadi pilihan utama sekiranya
berkunjung ke Kuala Perlis!
7
-
8
-
9
Masjid Al Hussain yang merupakan masjid terapung terletak hanya
3 minit berjalan kaki dari Putra Brasmana Hotel.Perkarangan masjid
yang terletak di persisir pantai dan muara Sungai Perlis menyajikan
pemandangan indah matahari terbenam pada setiap petang sekiranya
cuaca baik.Terdapat kincir angin yang menjadi subjek menarik untuk
dirakamkan selain masjid terapung denan senibina unik.Pelancong
turut dapat melihat suasana pergerakan keluar masuk bot
nelayan,feri ke Langkawi serta aksi pemancing tepi pantai.
(Tips: Bawa minuman dan snek sebagai kudapan)
TOP 5 Lokasi Matahari TerbenamKuala Perlis
PerlisKualaJom Pi
Masjid Terapung Al-Hussain
Pulau Ketam terletak 10 minit perjalanan menaiki kereta dari
Putra Brasmana hotel.Ia jarang dikenali oleh pelancong tetapi sejak
kebelakangan ini ia semakin tular sebagai lokasi terbaik untuk
bergambar sambil merasai pengalaman berjalan diatas beting pasir
sejauh 1 kilometer ketika air surut.Hampir serupa dengan “The
Dragon Spine”di Satun Geopark Thailand, peman-dangan matahari
terbenam di tebing pasir Pulau Ketam tidak kurang hebatnya
berlatarbelakangkan Kepulauan Langkawi dan Pulau Brasmana yang
berada di wilayah Thailand.Antara aktiviti yang boleh dilakukan di
sini adalah mengorek siput,meli-hat burung-burung akuatik dan
helang Brahminy dan White Bellied yang mencari makanan di hutan
paya bakaunya.
(Tips: Pakai pakaian bersesuaian dengan aktiviti outdoor)
Pulau Ketam
-
Lokasi ini merupakan lokasi matahari terbenam mesra
keluarga.Terletak hanya tiga minit berjalan kaki dari Putra
Brasmana Hotel, dataran promenade The Ocean Glow adalah pilihan
terbaik untuk bersantai sambil melihat gelagat anak-anak kecil yang
bermain buih sabun ditiup angin laut.The Ocean Glow merupakan
restoran terapung berbumbung putih yang kelihatan dari jauh milik
Putra Brasmana Hotel.Ia tersergam gah sebagai subjek menarik untuk
dirakamkan ketika matahari terbenam sambil sesekali melihat nelayan
berjalan di atas selut ketika air surut untuk mencari siput dan
mentarang.
(Tips: Datang awal untuk elak kesesakan tempat duduk)
The Ocean Glow
Terletak 15 minit perjalanan dari Putra Brasmana Hotel
berhampiran Kuala Sungai Baru, pantai Alstom dinamakan sempena loji
bekalan elektrik ke Pulau Langkawi milik Alstom Powerplant.Lokasi
ini terkenal dengan pemandangan matahari terbenam
berlatarbelakangkan Pulau Batu Layang, satu-satunya pulau milik
Perlis.Terdapat pantai berkulit siput yang sesuai dengan aktiviti
kanak-kanak selain jualan makanan ringan seperti jagung bakar,
lokching (sosej) dan minuman.
(Tips: Jangan tunggu sehingga lewat senja untuk bergambar kerana
tiada lampu jalan di kawasan ini)
Pantai Alstom
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sungai Lencongan Barat
menjadi lokasi baharu pilihan ramai untuk bergambar ketika matahari
terbenam.Terletak di Kg. Wai berlatarbelakangan bukit bukau, sawah
padi dan air sungai berwarna hijau kebiruan.Perjalanan ke sini
mengambil masa kira-kira 15 minit dari Putra Brasmana Hotel menaiki
kereta.Terdapat dua jambatan iaitu jambatan kecil yang merentasi
bukit batu kapur manakala jambatan besar pula menghubungkan Kg. Wai
dengan sempadan Bukit Batu Putih di garisan sempadan antarabangsa
Malaysia-Thailand.
(Tips: Minta bantuan penduduk tempatan untuk melihat pintu
sempadan)
Jambatan Sungai Lencongan Barat
10
-
Welcome toPutraBrasmanaHotelSituated in the heart of Kuala
Perlis town which is best known as Northern Seafood Heaven and a
gateway to Langkawi Island. Strategically located nearby Kuala
Perlis Jetty Ferry Terminal and can be easily access by road via
Changlun – Kuala Perlis highway or by ETS as Arau Station will be
the nearest. O�ers 100 numbers of rooms, Food and Beverage outlet,
meeting rooms and halls.
Choose us whether you need to refresh or a night to stay before
travelling to Langkawi Island or as a holiday retreat where you can
enjoy our facilities and hospitality or organize any kind of
Meetings, Incentives, Confer-ences, Exhibitions and any Socials
gatherings.Experience happening night life food and entertainment
from Brasmana Food Truck and Flea Market on every weekend and
explore exciting Kuala Perlis places of interest during your stay
with Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis.
11
-
12
AccommodationHaving 100 cosy rooms with individual balcony
overlooking the seaand town view. All rates is inclusive of
breakfast.
Category No Of Room
Standard Room Seaview KingSeaview TwinTown View KingTown View
Twin
12311029
165.00165.00155.00155.00
Deluxe RoomTown ViewKing Town ViewKing Seaview
421
185.00250.00240.00
Premier Room 10 250.00
Family Room 1 270.00
Total 100
Publish Rate RMInclusive of Breakfast
-
SamuderaCo�eeHouseAll day dining experience o�ering local and
western cuisine in a cosy dining area blend with northern
hospitality. Suitable as meeting point or social occa-sion.
Daily 7.00 am – 11.00 pm
13
-
Halls & MeetingRooms
Capacity Chart Banquet Classroom Boardroom U -Shape
TheatreBrasmana 1 40 50 35 25 60
Brasmana 2 40 40 35 25 50
Brasmana 3 - -
13 - -
Brasmana Hall 130 140 90 90 180
Organize your Meetings, Incentives, Conferences, Exhibitions and
Social gatherings as we willaccommodate your arrangement and
�exible packages to choose from.
14
-
Memorable moment with family and friends awaits you at our
latest Brasmana Lounge. Sing your heart out.
BrasmanaLounge
15
-
BrasmanaFood &FleaExperience your weekend by hang out
atBrasmana Food Truck & Flea Market.
Enjoy the delicious and variety of food from Food Truckers and
local street food stalls. Keep up with the beat performed by local
band and buskers. Shops for some souvenirs from local Flea Market.
Suitable for family, friends and groups social gathering.
Friday – Sunday 6.00 pm – 12.00 pm
16
-
OceanGlowUnforgettable dining experience facing the sea during
sunset while enjoying fresh made variety of Kuala Perlis seafood
with sea breeze lushes and live performance by local band and
buskers.
Daily 6.00 pm – 12.00 pm
Kuala Perlis Seafood & Grill
17
-
Taman Ular& Reptilia
Taman Ular Sungai Batu Pahat, 02400Kangar, Perlis
-
KUALA PERLISPutra Brasmana Hotel
Managed byHotel Brasmana Sdn Bhd ( 934122-V )
Perlis State Economic Development CorporationA Subsidiary
Company Owned By
Jalan Kg Perak, 02000 Kuala Perlis, Perlis, Malaysia
[email protected]
04-985 5900
013-976 2873
Putra_Brasmana_Hotel
Putra Brasmana