BORANG SINOPSIS BUKU
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKUNAMA SEKOLAH: SK DATO ONN JAAFARKOD SEKOLAH:
BBA82661.Nama GuruNORA ANAK ISILIM
2.JudulPENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN3. Bidang :
PENDIDIKAN
4.Tarikh Pembentangan5. Masa :
6.Tempat Pembentangna
7.Sinopsis
Aspek penting yang dihuraikan dalam buku ini adalah tentang
pengukuran, pengujian, penilaian dan pentaksiran dalam pendidikan.
Secara khusus, penulis mengemukakan idea dan teori yang menjadi
amalan kepada institusi pendidikan terutama dalam soal menilai
prestasi pelajar semasa pembelajaran dan selepas tamat pembelajaran
seperti selepas menghadapi peperiksaan. Mengandungi 8 bab yang
antaranya membincangkan jenis ujian dan penilaian, pembinaan item
objektif dan subjektif, analisis statistik asas dan pelaporan
penilaian isu serta penilaian. Encik Azizi Ahmad berkelulusan
Sarjana Pendidikan dari Universiti Teknologi Malaysia. Kini
bertugas sebagai pensyarah di Institut Perguruan Bahasa
Antarabangsa. Sementara itu, Encik Mohd Isha Awang menjadi
pensyarah di Universiti Utara Malaysia dan merupakan tenaga
pengajar utama dalam bidang pengukuran pendidikan di universiti
tersebut. Beliau memperoleh Sarjana Pendidikan dari Universiti
Malaya.
8.Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini memberi pengetahuan kepada golongan pendidik tentang
idea dan teori yang menjadi amalan kepada institusi pendidikan
terutama dalam soal menilai prestasi pelajar semasa pembelajaran
dan selepas tamat pembelajaran seperti selepas menghadapi
peperiksaan. Golongan pendidik turut mendapat pengetahuan berkaitan
jenis ujian, pembinaan item, analisis statistik dan pelaporan
penilaian.
9.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&PBuku ini memberi
memberi idea dan teori kepada golongan pendidik dalam soal menilai
prestasi pelajar. Para pendidik boleh menjadikan buku ini sebagai
panduan sebelum membuat pengukuran dan penilaian pada murid-murid
atau pelajar.
Disediakan oleh,
Disahkan oleh,
( NORA ANAK ISILIM )
Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU
NAMA SEKOLAH: SK DATO ONN JAAFARKOD SEKOLAH: BBA8266
1.Nama GuruROSILAYATI BINTI MOHD LAZIN
2.JudulBUAT SAMPAI JADI3. Bidang : MOTIVASI
4.Tarikh Pembentangan5. Masa :
6.Tempat Pembentangna
7.Sinopsis
BUAT SAMPAI JADI merupakan siri motivasi santai yang saya
tampilkan khas buat para pembaca budiman dengan menyelitkan
pelbagai pendekatan yang agak relaks tetapi sarat dengan ilmu dan
pengajaran. Malah, pendekatan-pendekatan tersebut juga adalah
berteraskan teladan dan pengajaran melalui kisah-kisah benar yang
terjadi di sekeliling saya.
Binalah motivasi anda untuk menjadi manusia yang gemilang,
cemerlang dan terbilang. Kerana itu, anda hendaklah melakukan
sesuatu itu sampai jadi dengan disiplin dalam pemikiran yang
positif. Biar orang lain melihat diri anda hebat dan luar biasa
bagus.
Buku ini juga memotivasikan para pembaca memuhasabah diri agar
sentiasa tenang, sabar dan yakin kepada diri sendiri kerana itu
adalah sikap orang Mukmin yang baik. Jiwa yang tenang datang
daripada kehidupan yang tenang.
Berfikirlah agar anda memperoleh kecemerlangan dan jadilah diri
anda sendiri.
8.Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini memberi pengetahuan dan pengajaran kepada kita menjadi
manusia yang gemilang, cemerlang dan terbilang. Selain itu, kita
mestilah mempunyai pemikiran yang positif terhadap diri sendiri.
Buku ini mendidik kita supaya lebih memuhasabah diri agar tenang,
sabar dan yakin diri sendiri. Kita harus menjalankan tugas sehingga
selesai agar tidak menyusahkan orang lain.
9.Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&PBuku ini memberi
kemahiran kepada kita harus berdisiplin dalam menjalankan tugas.
Pemikiran yang positif dapat menjalankan tugas dengan lebih
gemilang,cemerlang dan terbilang. Kita harus menunjukkan kebolehan
yang kita ada supaya tidak diperlekeh-lekehkan orang lain. Sikap
yang tenang, sabar dan yakin kepada diri sendiri dapat melaksanakan
tugas dengan baik.
Disediakan oleh,
Disahkan oleh,
(ROSILAYATI BINTI MOHD LAZIN)