PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS טּJUDUL : SEKOLAH KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DALAM KALANGAN GURU BESAR DI TIGA BUAH RENDAH ZON NUSAJAYA, DAERAH JOHOR BAHRU SESI PENGAJIAN : 2011/2013 JAYASHEELA A/P GUNASEKARAN Saya _______________________________________________________________ (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: D-5-4, SKUDAI VILLA, PROF.MADYA DR.YUSOF BIN BOON ALAN AMAN, TAMAN SKUDAI BARU Nama Penyelia 81300, SKUDAI JOHOR Tarikh: 27 MEI 2012 Tarikh: 27 MEI 2013 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. טּTesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
32
Embed
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISטּ · Yang menjadi sumber utama kegembiraan dan kebahagian dalam perjalanan hidup Adik-adikku yang tersayang Devi Jaya Priya Gunasekaran dan Jayashaalinee
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISּט
JUDUL : SEKOLAH KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DALAM KALANGAN GURU
BESAR DI TIGA BUAH RENDAH ZON NUSAJAYA, DAERAH JOHOR BAHRU
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 4 )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
__________________________________________ ____________________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: D-5-4, SKUDAI VILLA, PROF.MADYA DR.YUSOF BIN BOON ALAN AMAN, TAMAN SKUDAI BARU Nama Penyelia 81300, SKUDAI JOHOR Tarikh: 27 MEI 2012 Tarikh: 27 MEI 2013
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)”
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penyelia : PROF.MADYA DR. YUSOF BOON
Tarikh : ………………………………………
iii
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DALAM KALANGAN GURU BESAR DI
TIGA BUAH SEKOLAH RENDAH ZON NUSAJAYA, DAERAH JOHOR BAHRU
JAYASHEELA A/P GUNASEKARAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei, 2013
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ……………………………………..
Nama Penulis : JAYASHEELA GUNASEKARAN
Tarikh : ………………………………………
v
DEDIKASI
Salam Sejahtera.
Bersyukur saya kepada tuhan kerana dengan berkat dan rahmatNya, kertas laporan
ini dapat disiapkan mengikut masa dan ketetapannya.
Istimewa buat :
Ayahanda dan bonda tercinta ,
En.Gunasekaran A/L Kandasamy dan Pn.Sethumani A/P Tanimaley
Yang sentiasa mendoakan kebahagianku
Suami tercinta,
En. Velmurugaan A/L Subramaniam
Yang menjadi sumber utama kegembiraan dan kebahagian dalam perjalanan hidup
Adik-adikku yang tersayang
Devi Jaya Priya Gunasekaran dan Jayashaalinee Gunasekaran
Yang diingati selalu
serta
rakan-rakan seperjuanganku
yang sentiasa memberi sokongan dan maklumat
Terima kasih yang tiada penghujungya
di atas sokongan dan pengertian kalian.
Semoga kejayaan sentiasa akan menjadi milik kita bersama……
vi
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan penghargaan yang tulus ikhlas dan tidak terhingga khas
kepada Prof. Madya Dr. Yusof Boon selaku penyelia Projek Ijazah Sarjana saya atas
bimbingan, nasihat, tunjuk ajar, dorongan dan telah mencurahkan ilmu tanpa penat lelah
walaupun dalam kesibukan tugas beliau sehingga kajian ini dapat disiapkan.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah di Universiti Teknologi
Malaysia dan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mengikuti kursus Sarjana
Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) yang telah banyak memberikan bantuan dan
maklumat kepada saya untuk menyiapkan hasil projek saya ini.
Akhir sekali, penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada
semua guru-guru di Zon Nusajaya yang terlibat di dalam kajian ini di atas sokongan dan
kerjasama yang diberikan supaya kajian ini disiapkan dengan berjaya.
vii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kepimpinan instruksional guru besar dan tahap
kepuasan kerja guru. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan tahap kepimpinan
instruksional guru besar dan tahap kepuasan kerja guru mengikut jenis sekolah. Kajian
juga bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara kepimpinan instruksional guru besar
dengan kepuasan kerja guru di sekolah rendah zon Nusajaya, Daerah Johor Bahru.
Seramai 108 guru yang terdiri daripada guru sekolah rendah zon Nusajaya telah dipilih
sebagai responden kajian. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian telah
diedarkan kepada responden dengan kadar pulangan adalah 108 set. Instrumen soal
selidik ini digunakan untuk membuat kajian rintis bagi menguji kebolehpercayaan
menggunakan Alpha Cronbach dengan nilai bagi keseluruhan item adalah 0.881 yang
menunjukkan kebolehpercayaan yang boleh diterima Kajian ini dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Packages For theSocial Science (SPSS) For Windows
Version 14.0 berbentuk statistik deskriptif iaitu peratusan, kekerapan dan min serta
statistik inferensi iaitu ANOVA dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa kepimpinan instruksional guru besar di tiga buah sekolah kajian berada pada
tahap yang tinggi dan kepuasan kerja guru berada pada tahap yang tinggi secara
keseluruhannya. Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara
kepimpinan instruksional guru besar dengan kepuasan kerja guru mengikut jenis sekolah.
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara kepimpinan
viii instruksional guru besar dengan kepuasan kerja guru. Justeru itu, berdasarkan dapatan
kajian yang diperolehi serta cadangan yang diberikan, diharapkan dapat membantu guru
besar untuk meningkatkan tahap kepimpinan instruksional demi memastikan guru-guru
sentiasa berasa puas hati dalam bekerja.
ABSTRACT
This study aimed to evaluate the instructional leadership of head masters and teachers' job
satisfaction. This study also aims to identify the different levels of instructional leadership
headmaster and teacher job satisfaction according to the type of school. The study also
aims to identify the relationship between head masters’ instructional leadership and
teacher job satisfaction in primary school zone Nusajaya, Johor Bahru. A total of 108
teachers ranging from elementary school teachers Nusajaya zone was selected as
respondents. The questionnaire used in this study were distributed to the respondents by
the rate of return is 108 sets. This survey instrument used to make a pilot study to test the
reliability of using Cronbach Alpha value for the entire 0881 showing the items are
acceptable reliability study was analyzed using Statistical Packages For theSocial Science
(SPSS) for Windows Version 14.0 shaped descriptive statistics percentage, and average
frequency of inferential statistics ANOVA and Pearson correlation. Analysis results
showed that teachers instructional leadership in schools no such study at a high level of
job satisfaction is at a high level as a whole. The results also showed a significant
difference between teachers instructional leadership and teacher job satisfaction
according to the type of school. The study also shows that there is a weak relationship
between teachers instructional leadership and teacher job satisfaction. Therefore, based on
ix the findings and recommendations provided, are expected to help teachers to improve
instructional leadership to ensure that the teachers always satisfied in their work.
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN PENGESAHAN PENYELIDIK
HALAMAN DEDIKASI
HALAMAN PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN & LAMBANG
SENARAI LAMPIRAN
ii
iv
v
vi
vii
viii
ix
xiv
xvii
xviii
xix
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Kerangka Konsep Kajian
1.8 Kepentingan Kajian
1.9 Skop Kajian
1.10Batasan Kajian
1.11 Definisi Konsep
1
3
6
7
8
8
9
10
10
11
11
x
1.11.1 Konsep Kepimpinan Instruksional
1.11.2 Konsep Kepuasan Kerja
1.11.3 Guru Besar
1.11.4 Guru
1.11.5 SK (Sekolah Kebangsaan)
1.11.6 SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil)
1.11.7 SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina)
1.12 Batasan kajian
1.13 Kesimpulan
12
12
12
13
13
13
14
14
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Konsep Kepimpinan
2.3 Peranan dan Tugas Guru Besar
2.4 Kepimpinan Insruksional
2.5 Teori,Konsep dan Model kepimpinan Instruksional
2.5.1 Teori Kepimpinan Instruksional
2.5.2 Konsep kepimpinan Instruksional
2.5.3 Model Kepimpinan Instruksional
2.6 Tinjauan Kajian Kepimpinan Instruksional Guru Besar
2.7 Kepuasan Kerja
2.8 Tinjauan Kajian Kepimpinan Instruksional Terhadap
Kepuasan Kerja
2.9 Kesimpulan
15
15
16
17
19
19
20
21
22
25
27
28
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Populasi Kajian
3.4 Sampel Kajian
3.5 Lokasi Kajian
3.6 Instrumen Kajian
3.6.1. Bahagian A: Latar Belakang Responden
3.6.2 Bahagian B: Tahap Kepimpinan Instruksional
3.6.3 Bahagian C: Tahap Kepuasan Kerja Guru
29
29
31
31
32
33
34
34
35
xi
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik
3.7.1 Kajian Rintis
3.8 Kaedah Mengumpul Data
3.8.1 Pengumpulan Data Primer
3.8.2 Pengumpulan data Sekunder
3.9 Kaedah Analisis Data
3.10 Prosedur Kajian
3.11 Kesimpilan
37
37
38
39
39
40
42
42
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 4.2.1 Jantina Responden 4.2.2 Taraf Perkahwinan
4.2.3 Umur Responden
4.2.4 Pengalaman Mengajar
4.2.5 Jawatan
4.2.6 Kelulusan Akademik
4.3 Analisis Tahap Kepimpinan Instruksional
4.3.1 Analisis Tahap Penentuan Matlamat
4.3.2 Analisis Tahap Penyebaran Matlamat
4.3.3 Analisis Tahap Penerapan dan Penilaian
Pengajaran
4.3.4 Analisis Tahap Pengurusan Kurikulum
4.3.5 Analisis Tahap Pengawasan Kemajuan Pelajar
4.3.6 Analisis Tahap Penjagaan Masa
4.3.7 Analisis Tahap Sokongan dalam Aktiviti
Pengajaran
4.3.8 Analisis Tahap Memberi Peneguhan
4.3.9 Analisis Tahap Memberi Penggalakkan
4.3.10 Analisis Tahap Penguatkuasaan Dasar
4.3.11 Analisis Tahap Pemberian Insentif
4.4 Analisa Tahap Kepuasan Kerja Guru
4.4.1 Analisa Tahap Penentuan Matlamat
4.4.2 Analisa Tahap Penyebaran Matlamat
4.4.3 Analisa Tahap Penerapan dan Penilaian Pengajaran
44
44
45
45
46
47
47
48
49
49
50
51
53
55
56
57
58
59
60
62
63
63
64
xii
4.4.4 Analisa Tahap Pengurusan Kurikulum
4.4.5 Analisa Tahap Pengawasan Kemajuan Pelajar
4.4.6 Analisa Tahap Penjagaan Masa
4.4.7 Analisa Tahap Sokongan dalam Aktiviti Pengajaran
4.4.8 Analisa Tahap Memberi Peneguhan
4.4.9 Analisa Tahap Memberi Penggalakkan
4.4.10 Analisa Tahap Penguatkuasaan Dasar
4.4.11 Analisa Tahap Tahap Pemberian Insentif
4.5 Analisis Perbezaan Tahap Kepimpinan Instruksional
Guru Besar mengikut Jenis Sekolah
4.6 Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Guru
mengikut Jenis Sekolah
4.7 Analisis Hubungan Kepimpinan Guru Besar dengan
Kepuasan Kerja Guru
4.8 Kesimpulan
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
76
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan
5.3 Perbincangan
5.3.1 Tahap Kepimpinan Instruksional Guru Besar
5.3.2 Tahap Kepuasan kerja Guru
5.3.3 Perbezaan Tahap Kepimpinan Instruksional
5.3.4 Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Guru
5.3.5 Hubungan Antara Kepimpinan Instrusional
dan Kepuasan Kerja Guru
5.4 Implikasi Dapatan Kajian
5.5 Cadangan Kajian
5.5.1 Cadangan Kepada Pentadbir Sekolah
5.5.2 Cadangan Kepada Pihak Kementerian
5.5.3 Cadangan Kepada PPD dan JPN
5.6 Cadanmgan Kajian Lanjutan
5.7 Kesimpulan
77
77
79
80
82
84
84
85
86
87
87
88
88
89
90
xiii
RUJUKAN
LAMPIRAN
91
95
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 1.1 : Kajian Tentang Kepimpinan Instruktional 11
Jadual 3.1 : Populasi Kajian Berdasarkan Sekolah 31 Yang Terlibat Dalam Kajian
Jadual 3.2 : Taburan Sampel Berdasarkan Sekolah Yang 32 Terlibat dalam Kajian
Jadual 3.3 : Pengelasan Skala Lima Mata 34
Jadual 3.4 : Pengelasan Skala Lima Mata 35
Jadual 3.5 : Pembahagian Soalan Soal Selidik Berdasarkan 36 Fungsi-Fungsi Kepimpinan Instruktional Guru Besar Jadual 3.6 : Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Mengikut 38 Pesoalan Kajian
Jadual 3.7 : Jadual Penentuan Tahap Skor Min 40
Jadual 3.8 : Jadual Penenuan Tahap Hubungan Korelasi 41
Jadual 3.9 : Kaedah penganalisaan data 41
Jadual 3.10 : Prosedur kajian 42
Jadual 4.1 : Taburan Responden mengikut Jantina 45
Jadual 4.2 : Taburan Responden mengikut Taraf Perkahwinan 46
Jadual 4.3 : Taburan Responden mengikut Umur 46
Jadual 4.4 : Taburan Responden mengikut Pengalaman Mengajar 47
Jadual 4.5 : Taburan Responden mengikut Jawatan 48
xiv Jadual 4.6 : Taburan Responden mengikut Kelulusan Akademik 48
Jadual 4.7 : Penentuan Matlamat 49
Jadual 4.8 :Penyebaran Matlamat Sekolah 50
Jadual 4.9 :Penerapan dan Penilaian Pengajaran 50
Jadual 4.10 :Pengurusan kurikulum 52
Jadual 4.11 :Pengawasan Kemajuan Pelajar 55
Jadual 4.12 :Penjagaan Masa Pengajaran 57
Jadual 4.13 : Sokongan dalam Aktiviti Pengajaran 58
Jadual 4.14 : Memberi Peneguhan dalam Usaha Guru 59
Jadual 4.15 : Penggalakan Perkembangan Profesional 60 Jadual 4.16 : Penguatkuasaan Dasar Akademik Pelajar 61
Jadual 4.17 : Pemberian Insentif untuk Pembelajaran 62
Jadual 4.18 : Tahap Kepimpinan Instruksional 62
Jadual 4.19 :Penentuan Matlamat Sekolah 63
Jadual 4.20 :Penyebaran Matlamat Sekolah 64 Jadual 4.21 :Pencerapan dan Penilaian Pengajaran 65
Jadual 4.22 :Pengurusan kurikulum 66
Jadual 4.23 :Pengawasan Kemajuan Pelajar 67
Jadual 4.24 :Penjagaan Masa Pengajaran 68
Jadual 4.25 : Sokongan dalam Aktiviti Pengajaran 69
Jadual 4.26 : Memberi Peneguhan dalam Usaha Guru 70
Jadual 4.27 : Penggalakan Perkembangan Profesional 71
Jadual 4.28 : Penguatkuasaan Dasar Akademik Pelajar 72
Jadual 4.29 : Pemberian Insentif untuk Pembelajaran 73
Jadual 4.30 : Tahap Kepuasan Kerja Guru 74
Jadual 4.31 : Analisis Perbezaan Kepimpinan Instruksional Guru Besar 74 Jadual 4.32 : Analisis Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja Guru 75 Jadual 4.33 : Analisis HubunganKepimpinan Guru Besar dengan 76
xv Kepuasan Kerja Guru
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK HALAMAN
Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian Kepimpinan Instruktional 10
dan Kepuasan Kerja Guru
xvi
SENARAI SINGKATAN DAN LAMBANG
SENARAI SINGKATAN
SK - Sekolah Kebangsaan
SJKT - Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
SJKC - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
SENARAI LAMBANG
f - Frekuansi
% - Peratus
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 95
B Surat Pengesahan Status Pelajar 103
C Surat Kelulusan Kajian Penyelidikan BPPDP 104
D Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 105
E Output Statistik 106
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kepimpinan merupakan satu aspek yang penting serta profession yang amat
mencabar di dalam pengurusan sekolah. Kebolehan memimpin diambil kira sebagai
faktor utama bagi mengenalpasti sama ada seseorang itu mempunyai bakat menjadi
seorang ketua jabatan yang berkesan atau tidak. Gaya kepemimpinan yang ada dalam
kalangan ketua jabatan memainkan peranan utama terhadap kejayaan sesebuah
sekolah. (Shukor,1995). Namun, kecekapan memimpin sahaja tidak mencukupi bagi
mencatat kecemerlangan di dalam kepimpinan dan pengurusan sekolah. Sering
diperkatakan dalam banyak kajian kepimpinan bahawa pengurus yang berkesan
merupakan pemimpin yang baik, tetapi pemimpin yang baik tidak semestinya
merupakan seorang pengurus yang baik. Bagi menjadi seorang pengurus yang baik,
seseorang itu perlu mempunyai ciri-ciri seperti kebolehan merancang, menyusun dan
mengawal (Jaafar 2007). Di samping itu, dalam kepemimpinan peneriamaan juga
sangat penting seperti bijak menggunakan kuasa dan pengaruh. Penerimaan bererti
kerelaan dan kesanggupan pekerja untuk menerima pucuk pimpinan. Secara amnya
pekerja dalam sesebuah organisasi akan menerima pucuk pimpinan jika pemimpin
mereka memenuhi keperluan dan kehendak serta kebajikan mereka. Dalam
memimpin sesebuah sekolah seseorang ketua jabatan perlu menerapkan jenis
2
kepimpinan yang sesuai dan menjadi pemangkin kepada perubahan bentuk
kepimpinan yang baru serta dapat mencemerlangkan dan memantapkan organisasi
sekolah. Menurut Fiedler (1967) hubungan yang baik antara ketua jabatan dan
kakitangannya penting dalam usaha ke arah menjayakan matlamat dan objektif
organisasi. Hubungan positif ini akan menentukan sejauhmana ketua jabatan akan
memperoleh kesetiaan, kerjasama dan sokongan daripada kakitangannya.
Mengikut Fiedler (1967) jika seseorang ketua jabatan berjaya mendapat
sokongan dan kerjasama daripada orang bawahannya, maka dia tidak lagi
memerlukan kuasa jawatan atau struktur tugas untuk mendapatkan kepatuhan kerana
kakitangganya akan menerima arahannya secara rela hati. Aminudin (1990) juga
menyatakan pendapat yang sama dalam kajiannya bahawa hubungan yang positif
antara ketua jabatan dengan guru-guru telah memberi implikasi yang positif terhadap
prestasi, kepuasan kerja dan komitmen guru di sesebuah organisasi sekolah.
Tanggungjawab yang dipikul oleh para guru semakin bertambah disebebabkan
perubahan yang berlaku dalam pendidikan negara seperti Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). Beban tugas yang terlampau serta kekurangan masa untuk berehat
menjadi faktor dominan dalam kepusan kerja guru. Beban tugas yang pelbagai ini
mengakibatkan para guru meggaggap dirinya sebagai golongan tidak berprofessional
dan mengalami tekanan kerja. Pemimpin yang berjaya selalunya dapat menyediakan
satu iklim persekitaran kerja yang selesa dan kondusif di mana mereka dapat
membimbing pengikutnya menentukan dan mencapai matlamat individu, kumpulan
dan akhirnya organisasi. Bagi mewujudkan iklim ini, pemimpin harus bekerjasama
dengan pengikutnya untuk membina matlamat, meraikan setiap kejayaan matlamat
itu bersama pekerja dan menggalakkan suasana kerja yang seronok dalam
persekitaran kerja.
Sergiovanni (1995) berpendapat bahawa ketua jabatan merupakan orang
yang penting dan mempunyai pengaruh besar dalam mana-mana sekolah.
Kepimpinan ketua jabatan yang akan menentukan kejayaan matlamat sekolah, iklim
3
pembelajaran yang positif, tahap profesionalisme dan semangat guru dan tahap
kebimbangan terhadap pelajar. Jika sesebuah sekolah itu bertenaga, inovatif, tempat
yang berpusatkan pelajar , maka sekolah tersebut akan mempunyai reputasi bagi
kecemerlangan dalam pengajaran. Jika pencapaian para pelajar cemerlang disesebuah
sekolah ertinya kepimpinan pengetua sebagai kunci kepada kejayaan.
Banyak kajian telah dilakuakan untuk mengenalpasti gaya kepemimpinan
sesuai dan patut diamalkan oleh seseorang ketua jabatan bagi menjadi seorang
pemimpin yang berkesan kerana kepemimpinan merupakan faktor dominan dalam
menentukan kejayaan atau kemerosotan sesebuah organisasi. Tujuan kajian ini ialah
untuk melihat hubungkait antara konsep kepuasan kerja dengan tingkah laku atau
gaya kepemimpinan ketua jabatan yang wujud di sekolah. Terdapat beberapa kajian
yang membuktikan bahawa terdapat hubungkait antara dimensi gaya kepemimpinan
dan dimensi kepuasan kerja.
Singh (1984) dan Ghazali (1979), merumuskan bahawa faktor hubungan
kemanusiaan merupakan faktor utama terhadap ketidakpuasan bekerja dalam
kalangan guru di Malaysia. Manakala menurut Abu Bakar (1985) didapati perkara
yang sama juga wujud di institut pengajian tinggi di Malaysia. Ini membuktikan
bahawa ketua jabatan sebagai peneraju sesebuah organisasi sekolah mampu
meningkatkan prestasi sekolah serta mempengaruhi keberkesanan sekolah melalui
gaya kepemimpinan yang dapat mewujudkan perhubungan kemanusiaan yang
positif.
1.2 Latar Belakang Masalah
Cabaran yang dihadapi oleh ketua jabatan organisasi sekolah masa kini jauh
lebih rumit berbanding sebelumnya kerana harapan masyarakat dan tuntutan
4
tanggungjawab pengetua dan guru besar menjadi semakin meningkat. Bagi
menangani cabaran tersebut, pentadbir sekolah harus menggerakkan pengamalan
budaya cemerlang dalam pengurusannya agar berlaku perubahan dari segi sikap, nilai
dan prestasi warga organisasinya. Sekolah yang mengamalkan kepimpinan
instruksional dikatakan mempunyai ciri organisasi yang sihat, sentiasa bersedia
untuk berubah dan lebih peka terhadap kepada perubahan. Kajian-kajian lampau
menunjukkan bahawa kualiti kepemimpinan ketua jabatan memainkan peranan
uatama dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan sesebuah organisasi sekolah
(Hills, 1982; Powell, Farrar dan Cohen, 1985; Etzioni, 1998). Menurut Abdul Shukor
(2004), ketua jabatan perlu berusaha untuk memainkan peranan sebagai seorang
pemimpin dan pengurus yang cekap.
Menurut Musa (2002), bagi melahirkan generasi yang bekualiti,
kepemimpinan yang sesuai untuk mengurus dan mentadbir sekolah sangat
diperlukan. Manakala dapatan kajian yang dijalankan oleh Baharom (2002)
mendapati peratusan kepuasan guru berada pada tahap yang tinggi terhadap
kepemimpinan instruksional. Dapatan kajian tersebut juga membuktikan bahawa
tiada suatu kerangka teori kepemimpinan yang utama, perlu diamalkan oleh para
ketua jabatan. Ini bererti ketua jabatan boleh menggunakan sebarang kerangka gaya
kepemimpinan syaratnya mencapai matlamat organisasi dan orang bawahan berpuas
hati terhadap kerja dan suasana kerja mereka.
Walaupun terdapat banyak kajian yang dilakukan oleh para pengkaji tentang
perkaitan antara teori kepemimpinan instruksional dengan keberkesanan dan
kecemerlangan organisasi serta prestasi akademik pelajar, tetapi tidak banyak kajian
dilakukan tentang perkaitan antara kedua-dua kerangka teori orientasi kepemimpinan
ini dengan kepuasan kerja guru. Keadaan ini mengakibatkan hubungan antara
kerangka teori orientasi kepemimpinan instruksional dengan kepuasan kerja guru
tidak begitu jelas. Selain permasalahan di atas terdapat beberapa kajian yang
menghubungkan antara kepemimpinan dengan kepuasan kerja guru, tetapi
5
dapatannya tidak begitu jelas kerana bercanggah antara satu sama lain (Griffith,
2004).
Sebagai ketua jabatan guru besar seharusnya memberi yang terbaik kepada
orang bawahannya khususnya guru-guru. Gaya kepimpinan guru besar perlu dikaji
supaya mampu menghasilkan beberapa tindakan susulan mengenai gaya kepimpinan
guru besar berkesan yang akan memberi kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru.
Ini kerana kecemerlangan sesebuah organisasi sekolah dan kejayaan pelajar dalam
pelbagai aspek samada kurikulum atau kokurikulum sangat bergantung terhadap
faktor kepuasan kerja guru. Kepuasan Kerja merupakan aspek penting di sekolah .
Gaya kepemimpinan seseorang ketua jabatan sering dinilai berasaskan sejauhmana
orang yang bekerja dibawahnya berpuashati dengan cara mereka mengurus sesebuah
organisasi (Glube & Magerison, 1976). Menurut Locke (1976) kepuasan kerja boleh
memberi akibat kepada ketidak hadiran, berhenti kerja, kelewatan, aduan-aduan,
daya pengeluaran rendah, cepat meninggalkan pejabat dan berlengah-lengah di
waktu rehat, tidak memasuk ke kelas pada waktu yang tepat dan sebagainya. Guru-
guru mempunyai latar belakang berbeza, keperluan yang berlainan dan masalah yang
berbeza . Pihak pentadbir seharusnya mengambil tahu keperluan guru-guru dan
kakitangan sekolahnya mengikut individu. Guru-guru sekolah akan lebih gemar
berkerja dibawah pemimpin yang sentiasa mengambil berat terhadap keperluan dan
kebajikan mereka. Guru-guru juga mengharapkan penghargaan dan penghormatan
dari pemimpin mereka terhadap diri mereka. Oleh itu, sebagai pemimpin sekolah
guru besar hendaklah mewujudkan hubungan yang baik dengan guru-guru dengan
menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai. Guru-guru juga akan memberikan
komitmen kerja yang tinggi apabila mereka berasa gembira, kurang mencari pelbagai
alasan untuk tidak hadir ke sekolah dan yang penting sentiasa berminat dan berasa
seronok untuk bekerja di bawah pimpinan guru besar tersebut.
Permasalahan yang timbul sekarang ialah mengapakah pencapaian akademik
para pelajar dalam peperiksaan awam iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
di sekolah-sekolah rendah luar bandar berbeza antara satu dengan yang lain. Ini
6
bermaksud ada sekolah-sekolah rendah di luar bandar yang mendapat keputusan
sama atau melebihi purata negara dan sebaliknya ada sekolah-sekolah rendah yang
mendapat keputusan yang lebih rendah daripada purata negara. Mengapakah keadaan
begini boleh berlaku, sedangkan semua sekolah mempunyai kurikulum dan guru-
guru yang mempunyai latihan yang sama? Adakah antara faktornya yang
menyebabkan perbezaan tersebut ialah kepemimpinan guru besar sekolah ataupun
faktor kepuasan guru-guru di sekolah? Adakah kepimpinan instruksional guru besar
berbeza-beza mengikut jenis sekolah?
Pertambahan tugas pengetua dalam mengurus pelbagai bidang menghadkan
peruntukan masa untuk merancang, mengelola, memimpin dan mengawal
pelaksanaan kurikulum sekolah. Ini menyebabkan pengetua gagal mengatasi masalah
ketiadaan guru dan menyebabkan terbantutnya pengajaran dan pembelajaran.
Laporan Pemantauan Sektor Pengurusan Akademik,(2009) menunjukkan punca guru
tidak masuk ke kelas untuk mengajar kerana menghadiri mesyuarat 36.04 peratus,
kursus 17.20 peratus, seminar 4.81 peratus, bengkel 10.24 peratus, sukan/permainan
8.60 peratus, ko-kurikulum 8.66 peratus, aktiviti kurikulum 7.49 peratus, telah
membawa kepada defisit kurikulum.
Di samping itu Yukl (1999) pula mendapati faktor kepemimpinan hanya
menyumbang sejumlah kecil varian kepuasan kerja. Percanggahan dapatan dan
sumbangan kecil kepemimpinan ke atas kepuasan kerja guru ini menyebabkan
penyelidik ingin mengetahui dengan lebih lanjut pola perbezaan antara
kepemimpinan yang menggunakan kerangka orientasi kepemimpinan instruksional di
tiga buah sekolah rendah dengan kepuasan kerja guru.
7
1.3 Penyataan Masalah
Gaya kepimpinan guru besar berkait rapat dengan kejayaan sesebuah sekolah
yang ditadbirnya. Sebagai pemimpin utama di sekolah, guru besar perlu berupaya
mempengaruhi semua guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
secara berkesan. Keadaan ini boleh dicapai jika guru besar mempunyai gaya
kepimpinan instruksional yang dapat memenuhi kepuasan kerja guru-guru.
Berdasarkan latar belakang kajian yang dikemukakan wujud beberapa masalah
hubungan antara gaya kepimpinan instruksional guru besar dengan kepuasan kerja
guru. Namun begitu didapati belum ada lagi kajian yang dijalankan khasnya di zon
Nusajaya untuk meninjau persepsi guru-guru apabila wujudnya ketidakpuasan kerja
dengan gaya kepimpinan instruksional guru besar. Dalam kajian ini isu utama yang
hendak dilihat adalah persepsi guru-guru mengenai tahap kepimpinan instruksional
guru besar yang diamalkan di sekolah, tahap kepuasan kerja guru di sekolah serta
hubungan antara kepimpinan instruksional dengan kepuasan kerja guru di sekolah.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji kepemimpinan instruksional
dalam kalangan guru besar dan kepuasan kerja guru di tiga buah sekolah rendah di
Zon Nusajaya. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kepimpinan
instruksional guru besar dan hubungannya dengan tahap kepuasan kerja guru,
manakala objektif khusnya pula ialah:
Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk:
1. Megenalpasti tahap kepimpinan instruksional guru besar di tiga buah sekolah
rendah zon Nusajaya, Johor Bahru.
8
2. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru di tiga buah sekolah rendah zon
Nusajaya, Johor Bahru.
3. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan tahap kepimpinan instruksional guru
besar berdasarkan jenis sekolah.
4. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja guru
berdasarkan jenis sekolah.
5. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
kepemimpinan instruksional guru dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah
sekolah rendah zon Nusajaya, Johor Bahru.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, secara khususnya kajian ini
ingin menjawab soalan-soalan kajian seperti berikut:
1. Apakah tahap kepimpinan instruksional guru besar di tiga buah sekolah rendah
zon Nusajaya, Johor Bahru ?
2. Apakah tahap kepuasan kerja guru di tiga buah sekolah rendah zon Nusajaya,
Johor Bahru ?
3. Apakah terdapat perbezaan tahap kepimpinan instruksional guru besar
berdasarkan jenis sekolah ?
4. Apakah terdapat perbezaan perbezaan tahap kepuasan kerja guru berdasarkan
jenis sekolah ?
5. Apakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kepemimpinan
instruksional guru dengan kepuasan bekerja guru di tiga buah sekolah rendah zon
Nusajaya, Johor Bahru ?
9
1.6 Hipotesis Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menguji sama ada jawapan yang diberikan oleh
responden di tiga buah sekolah terpilih mempunyai perbezaan signifikan atau tidak
tentang amalan dan pelaksanaan kepemimpinan instruksional guru besar di sekolah
rendah. Ini akan menjawab bebereapa persoalan kajian, objektif kajian yang
dikemukakan di atas. Hipotesis nolnya adalah seperti berikut;
Ho 1: Tidak terdapat perbezaan tahap kepimpinan instruksional guru besar di tiga
buah sekolah rendah zon Nusajaya, Johor Bahru.
Ho 2: Tidak terdapat perbezaan tahap kepuasan guru di tiga buah sekolah rendah
zon Nusajaya, Johor Bahru.
Ho 3: Tidak terdapat perbezaan tahap kepemimpinan instruksional guru besar
mengikut jenis sekolah.
Ho 4: Tidak terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja dalam kalangan guru mengikut
jenis sekolah.
Ho 5: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepemimpinan
Instruksional guru besar dengan kepuasan kerja guru.
10
1.7 Kerangka Konsep Kajian
Dalam kajian ini kerangka konsep kajian adalah berdasarkan Rajah 1.1 seperti
ditunjukkan di bawah.
Rajah 1.1 : Kerangka kosep kajian kepimpinan instruksional dan kepuasan kerja
guru
1.8 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting kepada para guru besar organisasi sekolah kerana diharap
kajian ini dapat meningkatkan pengetahuan mengenai gaya kepemimpinan
instruksional bagi meningkatkan kepuasan kerja guru. Pengetahuan ini dapat
Tahap � Tinggi � Sederhana � rendah
Kepimpinan instruksional Guru besar
Sekolah Rendah
SK
SJKT
SJKC
Kepuasan
Kerja Guru
11
memberi alternatif kepada para guru besar bagi mempertingkatkan keberkesanan
kepimpinannya. Dapatan kajian ini dapat membantu guru-guru dalam menangani
masalah yang berkaitan dengan kepemimpinan guru besar. kajian ini dapat dijadikan
sebagai panduan bagi para penyelidik yang berminat menjalankan kajian mengenai
gaya kepemimpinan.
1.9 Skop Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan kepimpinan instruksional
guru besar di tiga buah sekolah rendah dan hanya menumpukan tiga dimensi sebagai
pemboleh ubah bebas seperti penakrifan matlamat sekolah, pengurusan program-
program pengajaran dan penumpuan iklim pengajaran dan pembelajaran. Terdapat
dua fungsi yang berada di bawah dimensi penakrifan matlamat sekoalah, iaitu
penentuan matlamat sekolah dan penyebaran iklim pengajaran dan pembelajaran,
iaitu penjagaan masa pengajaran, sokongan dalam aktiviti pengajaran, pemberian
peneguhan kepada usaha guru, penggalakan perkembangan profesionalisme,
penguatkuasaan dasar akademik serta pemberian insentif untuk pembelajaran.
Sementara kepuasan kerja guru pula adalah ditakrifkan berdasarkan persepsi
daripada kekerapan perlaksanaan dan amalan kepimpinan sebelas fungsi yang telah
dinyatakan di atas.
1.10 Batasan Kajian
Kajian ini hanya difokuskan kepada gaya kepemimpinan instruksional yang
diamalkan oleh guru besar SK, SJKT dan SJKC di Zon Nusajaya, Johor Bahru.
12
Responden kajian ini hanya membabitkan guru- guru berjawatan tetap SK,SJKT dan
SJKC di Zon Nusajaya, Johor Bahru. Menurut Abadi(1990), penilaian oleh guru-
guru dalam kepemimpinan pengajaran boleh dipersoalkan kesahannya dalam
mengenalpasti peranan guru besar terhadap keberkesanan sekolah. Kajian ini hanya
menggunakan kaedah soal selidik dan kebolehpercayaan dapatan soal selidik ini
bergantung sepenuhnya kepada tahap kejujuran dan keikhlasan responden dalam
menjawab soalan. Kajian ini hanya menghubungkaitkan kepemimpinan dengan
kepuasan kerja daripada persepsi para guru sendiri. Beban tugas guru-guru terhadap
komitmen-komitmen di sekolah dan tumpuannya terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran menyebabkan responden mempunyai kecenderungan bagi menjawab
soal selidik yang dikemukan secara terburu-buru. Memandangkan responden kajian
ini hanya melibatkan guru-guru dari tiga buah sekolah rendah di zon Nusajaya, Johor
Bahru, hasil kajian ini tidak akan menggambarkan keadaan sebenar yang berlaku
dalam seluruh sistem pendidikan di Malaysia
1.11 Definisi Konsep dan Operasional
Definisi definisi yang dikemukakan di sini bertujuan memberi gambaran
lebih jelas bagi sesuatu istilah serta bagi mengelakkan kekeliruan. Ini kerana istilah-
istilah yang didefinisikan itu membawa maksud yang khusus dalam konteks
penyelidikan ini.
1.11.1 Konsep Kepemimpinan Instruksional
Menurut Norsilawati (1998), kepimpinan instruksional merujuk kepada
pengaruh dan kepakaran ketua jabatan memainkan peranannya mengarah segala
kebolehan dan usaha para guru dalam menyediakan dan melaksanakan proses
13
pengajaran dan pembelajaran serta menyumbang ke arah keberkesanan program
pendidikan untuk para pelajar di sekolahnya. Dalam kajian ini konsep kepemimpinan
instruksional juga merujuk kepada kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh para
ketua jabatan dalam memberi arahan dan memotivasi para guru dalam melaksanakan
sesuatu perancangan dan menjalankan tugas seperti yang diarahkan.
1.11.2 Konsep Kepuasan Kerja
Kepuasan kerja merujuk kepada satu keadaan emosi yang menyeronokkan
hasil daripada tafsiran seseorang terhadap pekerjaannya sebagai menyenangkan dan
berjaya. Klein & Ritti (1984) mendefinisikan kepuasan kerja sebagai perasaan yang
positif selepas menilai sesuatu situasi kerja. Ibrahim Mamat (1998) dan Ramaiah
(1999) menyatakan kepuasan kerja merujuk kepada keadaan emosi yang
menyenangkan dan menggembirakan hasil daripada tafsiran guru terhadap
pekerjaannya yang menyenangkan dan berjaya. Dalam kajian ini kepuasan kerja
merujuk kepada ganjaran material dan emosi yang diterima oleh guru melebihi dari
apa yang dijangkakannya.
1.11.3 Guru Besar
Menurut Pekeliling perkhidmatan bilangan 23(2009) Ketua Jabata bermaksud
seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu Jabatan atau Ketua Perkhidmatan,
mengikut mana-mana yang berkenaan. Dalam kajian ini, guru besar bermaksud ketua
yang menguruskan sekolah.
14
1.11.4 Guru
Dalam kajian ini, guru merujuk kepada Ketua Panitia dan guru-guru yang
berkhidmat sekurang-kurangnya setahun di bawah guru besar semasa. Bidang tugas
yang dipertanggungjawabkan kepada mereka ialah mengajar dan menguruskan hal-
hal yang berkaitan dengan akademik dan bukan akademik di sekolah.
1.11.5 Sekolah Kebangsaan (SK)
Dalam kajian ini, Sekolah Kebangsaan ialah sekolah rendah kerajaan atau
sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar semasa penubuhan asal dan menyediakan Pendidikan Rendah yang sesuai
bagi murid dari umur enam tahun hingga 12 tahun. Sekolah kebangsaan yang
digunakan dalam kajian ini ialah sekolah kebangsaan Nusantara di Zon Nusajaya,
Johor Bahru, Johor.
1.11.6 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
Dalam kajian ini, Sekolah Kebangsaan ialah sekolah rendah kerajaan atau
sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa
pengantar semasa penubuhan asal dan menyediakan Pendidikan Rendah yang sesuai
bagi murid dari umur enam tahun hingga 12 tahun. Sekolah kebangsaan yang
digunakan dalam kajian ini ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gelang Patah di
zon Nusajaya, Johor Bahru, Johor.
15
1.11.7 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
Dalam kajian ini, Sekolah Kebangsaan ialah sekolah rendah kerajaan atau
sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa
pengantar semasa penubuhan asal dan menyediakan Pendidikan Rendah yang sesuai
bagi murid dari umur enam tahun hingga 12 tahun. Sekolah kebangsaanJenis Cina
yang digunakan dalam kajian ini ialah sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ming Chih di
Zon Nusajaya, Johor Bahru, Johor.
1.12 Kesimpulan
Kejayaan pengurusan sesebuah sekolah sememangnya amat bergantung
kepada kecekapan dan keberkesanan kepemimpinan ketua jabatan yang berindak
sebagai watak utama atau orang yang paling penting dalam organisasi sekolah.
Kemampuan seseorang ketua jabatan itu memimpin organisasi sekolahnya terletak
kepada kecekapannya menyusun dan melaksanakan kerja-kerjanya mengikut
keutamaan. Mengikut Hussein (1993), kebijaksanaan menyusun keutamaan kerja