Page 1
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DI
KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI BANDAR KUANTAN, PAHANG.
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya : CHEN HWE MIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 5, Lrg 28, PROF. MADYA DR. HJ. Taman Seri Mahkota, MD NOR BIN BAKAR 25150 Kuantan, Nama Penyelia Pahang Tarikh : 24 FEBRUARI 2004 Tarikh: 24 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
Page 2
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan jazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Sains)."
Tandatangan : _________________________________________
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HJ. MD. NOR. BIN BAKAR
Tarikh : _____________11 MAC 2004_________________
Page 3
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS
DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT
DI BANDAR KUANTAN, PAHANG
CHEN HWE MIN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Februari, 2004
Page 4
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………….
Nama Penulis : CHEN HWE MIN
Tarikh : …11 MAC 2004…
ii
Page 5
DEDIKASI
Buatmu ayah (Chen Nam Hing) dan ibu (Peong Yoke Kuee) yang dikasihi,
Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita
serta panduan perjuangku dalam kehidupan ini ….
Buatmu insan yang tersayang,
Terima kasih atas sokongan, nasihat,
kepercayaan dan kesabaran yang diberikan selama ini ….
Buatmu pembimbing yang disanjungi,
Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu yang diberikan
tidak akan saya lupai ….
Buat teman-teman yang dirindui,
Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini
akan ku kenangi selamanya ….
Page 6
ii
PENGHARGAAN Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada
penyelia Projek Sarjana Muda, Prof. Madya Dr. Hj. Md. Nor Bin Bakar atas
bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan projek
Sarjana Muda ini. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam
proses menyiapkan projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Seterusnya ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ayahanda dan ibunda
serta semua ahli keluarga tersayang di atas segala dorongan, nasihat dan bantuan
mereka sepanjang saya menyiapkan projek ini. Restu dan doa mereka amat saya
hargai.
Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada pelajar-pelajar
dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Sekolah Menengah Kebangsaan
Pandan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar yang menjadi responden
bagi projek ini. Kerjasama daripada mereka serta pihak sekolah dalam penyelidikan
projek Sarjana Muda ini amatlah dihargai.
Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta mereka
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan projek
ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak di atas, projek Sarjana
Muda ini tidak akan disiapkan dengan lancar dan sempurna.
Kerjasama, tunjuk ajar dan maklumat serta dorongan daripada semua pihak di
atas amat penulis hargai. Penyelidik tidak dapat membalas budi baik kalian dan
hanya dapat mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga kalian sentiasa sihat
sejahtera dan diberkati oleh Tuhan.
Page 7
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyelidik serta meninjau tentang
faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
sains di kalangan pelajar Tingkatan empat di bandar Kuantan, Pahang. Terdapat
faktor-faktor dalaman yang melibatkan aspek seperti kaedah mengajar guru,
persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat dan motivasi pelajar
serta faktor-faktor luaran seperti faktor persekitaran iaitu suasana di dalam bilik
darjah dan keadaan makmal yang menjadi fokus dalam kajian ini. Instrumen kajian
yang digunakan ialah satu set borang soal selidik yang mengandungi 40 item yang
digunakan untuk mengumpul data yang diperlukan. Seramai 120 pelajar dari SMK
Seri Mahkota, SMK Pandan dan SMK Paya Besar telah dipilih secara rawak sebagai
sampel kajian. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 10.0 dan dikemukakan dalam bentuk
peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor
luaran membawa pengaruh yang tinggi terhadap keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran sains di kalangan pelajar Tingkatan empat kecuali faktor dalaman iaitu
faktor minat yang membawa pengaruh yang sederhana sahaja. Di samping itu,
beberapa cadangan juga telah dikemukakan bagi kepentingan bersama.
Page 8
vi
ABSTRACT
The purpose of this research was to identify the factors that influence the
effectiveness of teaching-learning process in science among form four students. This
research is focused on the internal factors, involving the teaching techniques,
teacher’s preparation and presentation, learning techniques, student’s motivation and
interest. External factors studied include the condition of class and laboratory. A set
of questionnaire that consisting of 40 items for collecting data. 120 students of SMK
Seri Mahkota, SMK Pandan dan SMK Paya Besar had been chosen randomly as
respondents for this research. The data obtained is based on the percentage and mean.
The data is analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) software
Version 10.0. The result of this research shows that all factors in this research are
highly influenced the effectiveness of teaching and learning process in Science as
compared to interest factor. In addition, some suggestions were suggested for better
improvement.
Page 9
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHAGARAN iv
ABSTRAK v
BAHAGIAN SATU PENGENALAN
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.6.1 Pelajar-pelajar 12
1.6.2 Guru-guru 13
1.6.3 Pengurusan Sekolah 14
vii
Page 10
1.6.4 Kementerian Pendidikan Malaysia 15
1.7 Batasan Kajian 15
1.8 Takrifan 16
1.81 Faktor 17
1.82 Mempengaruhi 17
1.83 Keberkesanan 18
1.84 Proses 18
1.85 Pengajaran 18
1.86 Pembelajaran 19
1.87 Sains 20
1.88 Pelajar 21
1.9 Penutup 21
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 23
2.2 Faktor-faktor Dalaman 23
2.3 Faktor-faktor Luaran 30
2.4 Rumusan 34
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 37
viii
Page 11
3.3 Sampel Kajian 37
3.4 Instrumen Kajian 38
3.5 Tatacara Kajian 40
3.6 Analisis Data 42
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 44
4.2 Keputusan dan Analisis Data 44
4.2.1 Persoalan Kajian 1 45
4.2.2 Persoalan Kajian 2 52
4.2.3 Perbandingan Nilai Purata Min dan
Peratusan Keseluruhan Faktor 60
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 63
5.2 Perbincangan 63
5.2.1 Faktor-faktor Dalaman 64
5.2.1.1 Faktor Cara Penyampaian Guru 64
5.2.1.2 Faktor Teknik Mengajar Guru 65
5.2.1.3 Faktor Persediaan Guru 67
5.2.1.4 Faktor Teknik Belajar 69
5.2.1.5 Faktor Minat 70
ix
Page 12
5.2.1.6 Faktor Motivasi 71
5.2.2 Faktor-faktor Luaran 73
5.2.2.1 Faktor Suasana Bilik Darjah 74
5.2.2.2 FaktorKeadaan Makmal 75
5.3 Kesimpulan 77
5.4 Implikasi Kajian 80
5.4.1 Pelajar 80
5.4.2 Guru 81
5.4.3 Pihak Sekolah 82
5.4.4 Kementerian Pendidikan Malaysia 83
5.5 Cadangan Untuk Kajian Masa Depan 84
5.6 Penutup 85
BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN
RUJUKAN 86
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN A 93-95
x
Page 13
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Soalan-soalan yang Dibahagi Berdasarkan Aspek yang Dikaji 39
3.2 Jadual Skala Likert 39
3.3 Contoh Soalan dalam Instrumen Soal Selidik 40
3.4 Darjah Penilaian Terhadap Responden 42
3.5 Ringkasan Analisis Min 43
3.6 Kategori Skala Pemeringkatan Likert 43
4.1 Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran sains di kalangan
pelajar Tingkatan empat di bandar Kuantan, Pahang. 45
4.2 Faktor-faktor luaran yang mempengaruhi keberkesanan
Proses pengajaran dan pembelajaran sains di kalangan
pelajar Tingkatan empat. 52
4.3 Perbandingan Nilai Purata Min dan Peratusan Keseluruhan
Faktor Dalaman dan Faktor Luaran. 60
xi
Page 14
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Ilmu pengetahuan sains telah dipercayai bermula akibat manusia pada zaman
prasejarah mempunyai sikap yang ingin tahu serta berusaha untuk “mengenali” dunia
dan persekitarannya. Fenomena ini juga didorong oleh minat manusia terhadap sains
akibat kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling mereka. Rekod utama bagi
penemuan saintifik hanya bermula pada zaman Babylon purba. Mereka mengkaji
tentang pergerakan matahari, bulan dan planet. Pada zaman Renaissance merupakan
zaman perkembangan ilmu pengetahuan sains dan taakulan. Kaedah pengajaran yang
dititik beratkan pada zaman tersebut ialah melalui pemerhatian dan soal jawab. Pada
kurun ke-15, kajian yang bersistematik berbentuk eksperimen (praktikal) dalam sains
telah dilaksanakan melalui aktiviti dalam makmal. Kemunculan Tamadun Islam pada
kira-kira tahun 500 masihi merupakan titik tolak perkembangan Sains moden ini.
Banyak kajian dan penemuan sains telah berkembang dengan pesat akibat atas
dorongan aktiviti-aktiviti keagamaan. (Hasan, 1999)
Ilmu pengetahuan sains dan teknologi adalah penting dalam mempertingkatkan
martabat sesebuah tamadun serta taraf kehidupan manusia. Kehidupan seharian
manusia pada masa sekarang tidak pernah berpisah dengan penggunaan dan
pengaplikasian sains dan teknologi. Manusia kian menikmati kehidupan yang
berkualiti dan selesa dengan wujudnya perkembangan sains dan teknologi.
Perkembangan ilmu pengetahuan sains dan teknologi telah membawa kesejahteraan
hidup kepada manusia. Oleh itu, manusia berusaha melakukan banyak kajian dan
Page 15
2
penyelidikan sains agar dapat mencapai perkembanagan sains dan teknologi yang
lebih bermakna serta membawa manfaat kepada masyarakat.
Dalam era dimana ledakan ilmu berlaku dengan begitu cepat, kita telah
menyaksikan tamadun dan budaya hidup masyarakat dunia sekarang telah
berkembang pesat daripada masa lampau. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi
telah memangkinkan pembangunan ekonomi, fizikal, robotik dengan begitu meluas
dan pantas. Kemajuan ini jelas dapat diperhatikan di negara-negara maju. Dalam
konteks ini, Malaysia turut tidak akan terlepas daripada mengalami dan menyedari
akan perubahan-perubahan tersebut (Sulaiman 2002).
Justeru itu, mata-mata pelajaran sains memang memainkan peranan penting
bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, seterusnya menyahut
cabaran Wawasan 2020. Aspirasi negara kita tentu dapat direalisasikan jika
masyarakat kita celik sains dan teknologi. Sehubungan dengan perkara ini,
perkembangan sahsiah diri yang mempunyai nilai murni yang mapan amat penting
bagi merealisasikan hasrat negara tersebut. Reaksi daripada kesedaran itu, Perdana
Menteri, Dtauk Seri Dr. Mahathir Mohamad (1991) telah mengilhamkan wawasan
2020 pada 28hb Februari 1991, seterusnya menjadi wawasan negara. Beliau
mengungkapkan, di antara yang lain ialah:
The ultimate objektif that we should aim for is a Malaysia that is a fully
developed country by the year 2020…We should be developed country in our own
mould.
Malaysia should not be developed only in the economic sense. It must be a
nation that is fully developed along all the dimension: economically, politically,
socially, spiritually, psychologically and culturally…
By the year 2020, Malaysia can be a united nation, with a confident Malaysia
society, infused by strong moral and ethical values, living in a society that is
democratic, liberal and tolerant, caring, economically just and equitable, progressive
Page 16
3
and prosperous, and in full possession of an economy that is competitive, dynamic,
robust and resilient...
Beliau juga menggariskan sembilan cabaran utama Wawasan 2020 yang perlu
dihadapi dan diatasi oleh rakyat Malaysia dalam menuju ke arah pembentukan sebuah
negara maju menurut acuan kita sendiri. Pembangunan dari kemajuan sains,
matematik dan teknologi telah diberikan penekanan dalam cabaran yang ke-6 dalam
Wawasan 2020 iaitu:
Untuk mewujudkan masyarakat sainstifik dan progrestif, masyarakat yang
mempunyai daya perubahan dan memandang ke depan yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun sainstifik dan
teknologi.
Kenyataan cabaran yang ke-6 telah menekankan beberapa perkara penting iaitu
menjadikan masyarakat kita sebuah masyarakat berfikiran saintifik dan mampu
menangani gelombang futuristik serta progesif yang berusaha untuk membudayakan
sains, matematik dan teknologi dalam kehidupan seharian. Masyarakat bukan sahaja
menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kapada perkembangan sains dan
teknologi. Perlaksanaan pendidikan sains dan matematik yang berkualiti agar dapat
melahirkan ahli sains negara yang bestari serta bertaraf dunia. Masyarakat Malaysia
diharapkan dapat memberi sumbangan dalam bidang sains serta teknologi pada masa
yang akan datang agar negara kita mampu bersaing dengan negara-negara maju yang
lain demi mengangkat martabat ketamadunan bangsa Malaysia.
Menurut Jacobson dan Bergman (1991), mata pelajaran sains merupakan
subjek yang popular di kalangan pelajar. Para pelajar diwajibkan mempelajari ilmu
sains serta memupuk minat mereka terhadap sains tanpa mengalami sebarang paksaan.
Pembelajaran sains yang berkesan sesungguhnya datang dari kehendak dalaman iaitu
wujudnya kesedaran serta motivasi diri pada pelajar. Untuk menarik lebih ramai
pelajar meminati dan mengambil bidang sains dan teknikal, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah membuat penggubalan Kurikulum Pendidikan Sains supaya lebih
Page 17
4
berbentuk hands-on dan minds-on serta mudah difahami oleh para pelajar. Di samping
itu, para guru sains juga seharusnya memahami Falsafah Pendidikan Sains agar proses
pengajaran dan pembelajaran sains menjadi lebih berkesan di sekolah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Bersesuaian dengan matlamat yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan
Negara, pihak Kementerian Pendidikan telah menggubal Falsafah Pendidikan Sains
bertujuan untuk memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan
kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas, dan berdaya tahan
serta dapat menguasai ilmu sains dan berketrampilan teknologi. Tetapi dukacitanya,
proses pengajaran dan pembelajaran sains gagal dilaksanakan dengan seoptimun yang
diinginkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995). Perkara tersebut telah
disebabkan oleh beberapa faktor penghalang yang menyebabkan proses pengajaran
dan pembelajaran sains menjadi kurang efektif.
Sebenarnya, mata-mata pelajaran sains harus diajar dengan memberi peluang
kepada pelajar melakukan pelbagai penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah dan bukan secara mengesahkan sesuatu konsep, prinsip atau maklumat
sahaja. Oleh hal sedemikan, maka strategi pengajaran dan pembelajaran yang berteras
kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang mengutamakan pendekatan inkuiri
dan penemuan dialu-alukan agar proses pengajaran dan pembelajaran sains menjadi
berkesan. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), guru disyorkan
mempelbagaikan kaedah mengajar. Misalnya, pendidikan Sains KBSM adalah:
“…berteraskan pembelajaran melalui pengalaman yang mengutamakan
pendekatan inkuiri-penemuan, sama ada secara induktif atau deduktif. Pelbagai
kaedah yang disarankan merangkumi eksperimen, kajian kes, projek, tunjuk ajar,
simulasi dan sebagainya.” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990)
Page 18
5
Ini tidaklah bermakna kaedah-kaedah pengajaran tradisional seperti kaedah
kuliah tidak sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadah-
kaedah tradisional boleh digunakan dengan berkesan sekiranya dirancang dengan baik
bersesuaian dengan tajuk dan objektif pengajaran. Pemilihan sesuatu kaedah mengajar
bagi mencapai hasil yang dikehendaki memerlukan pengetahuan tentang pelbagai
kaedah pengajaran dan kesediaan mencuba serta menguji kaedah-kaedah itu.
Menurut Esah (2002), model atau stail pengajaran guru pada masa sekarang
lebih menunjukkan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah
penerangan. Tetapi melalui kajian telah mendapati bahawa pelajar lebih menggemari
amali berbandingan teori yang diajar oleh guru sains mereka. Dalam keadaan
sedemikian maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang efektif akibat
para guru tidak memahami kemahuan serta keperluan para pelajar. Guru juga kurang
mempraktikkan teknik mengajar yang pelbagai seperti kaedah makmal semasa
menyampaikan ilmu sains. Masyarakat pada masa silam telah dipengaruhi oleh
Falsafah Pendekatan Heuristik yang dikemukakan oleh Armonstrong (1896) yang
percaya kepada konsep dimana pelajar perlu mempelajari sesuatu secara sendiri.
Pembelajaran yang berkesan hanya berlaku melalui tindakan dan bukannya melalui
penyerapan maklumat secara pasif. Pengetahuan sahaja tidak akan membawa sebarang
makna, sebenarnya apa yang lebih penting adalah ilmu pengetahuan yang melibatkan
bagaimana caranya menggunakan ilmu tersebut.
Menurut Rashidi dan Abd Razak (1995), tujuan kaedah makmal adalah
untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar menyelesaikan masalah atau
menggunakan pengetahuan konseptual dalam masalah yang konkrit. Aktiviti-aktiviti
makmal juga bertujuan meneguhkan pembelajaran tentang sesuatu konsep yang
dipelajari di dalam bilik darjah. Tetapi dukacitanya, sesetengah guru sains kurang
memberi peluang kepada pelajar melakukan eksperimen di dalam makmal.
Kurikulum pendidikan sains pada 1960-an dan 1970-an juga dilihat telah gagal
menjana literasi saintifik (scientific literacy) atau ‘celik sains’ di kalangan rakyat
sedunia, khususnya di Amerika dan Britain (McConnell, 1982; Fensham, 1988).
Fenomena ini telah menimbulkan kebimbangan kepada pemimpin, ahli sains dan
Page 19
6
penggubal kurikulum pendidikan sains di negara terbabit. Kebimbangan tersebut
timbul hasil daripada dapatan beberapa laporan dan kajian status pendidikan sains
yang telah dilakukan seperti National Science Foundation Status of Science Education
Studies, National Science Teacher Assiociation dan sebagainya.
Antara dapatan kajian daripada laporan-laporan tersebut telah menunjukkan
bahawa apa yang harus dipelajari oleh pelajar adalah kurang jelas; populasi pelajar-
pelajar sains semakin berkurangan; kemerosotan bilangan guru-guru sains dan
matematik; bilangan ahli sains dan jurutera semakin berkurangan; pencapaian
akademik pelajar dalam mata pelajaran sains semakin merosot; kualiti guru-guru yang
rendah; orientasi strategi pengajaran inkuiri semakin berkurangan; matlamat dan
objektif kurikulum pendidiikan sains yang tidak jelas dan 90% penilaian dalam kelas
sains berasakan kepada ingat semula fakta atau maklumat (Klopfer dan Champagne,
1990; McConnell, 1982; Penick dan Yager, 1996).
Matlamat Kurikulum Sains KBSM dibina khusus untuk melahirkan
warganegara yang mempunyai pengetahuan asas sains dan kemahiran saintifik yang
secukupnya serta mempunyai akhlak yang mulia. Aspirasi negara kita adalah
membentuk masyarakat yang mengamalkan budaya sains dan teknologi. Bagi
mencapai matlamat tersebut, potensi individu perlu dikembangkan secara menyeluruh
dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI). Maka proses
pengajaran dan pembelajaran sains harus dapat dilaksanakan secara berkesan.
Kurikulum sains di Malaysia telah banyak kali digubalkan serta membuat
penyesuaian agar pendidikan sains menjadi lebih berkesan. Abu Hasan (1999) telah
menyatakan bahawa melalui kajian-kajian telah menunjukkan bahawa antara
kegagalan perlaksanaan kurikulum sains adalah berpunca daripada guru sains sendiri
tidak memahami Falsafah Pendidikan Sains. Para guru kurang yakin terhadap
kemampuan diri sendiri serta tidak cekap dan berasa khuatir dalam menggunakan
kaedah inkuiri semasa mengajar. Faktor-faktor yang menyebabkan perkara tersebut
berlaku adalah seperti saiz kelas yang terlalu besar, tidak selesa dan sebagainya. Guru
cenderung menggunakan pendekatan dan strategi tradisi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sains. Menurut Bolster (1983), kebiasaannya, guru-guru lebih gemar
Page 20
7
mengajar mengikut cara bagaimana mereka telah diajarkan sama ada di maktab atau
universiti oleh pensyarah-pensyarah mereka. Apabila seseorang guru telah
memperolehi ilmu atau pengalaman tentang keserasian dalam pengajarannya, maka
mereka begitu sukar untuk berubah.
Sebanyak 23% daripada 4.2 juta pelajar sekolah mengikuti aliran sains
manakala selebihnya memilih aliran sastera. Oleh hal sedemikian, strategi atau
alternatif yang berkesan harus diambil untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang
berpendidikan sains dan teknologi. Ini adalah kerana menjelang abab ke-21, Malaysia
memang memerlukan kira-kira 4600 jurutera serta 10,000 juruteknik. Fenomena
tersebut telah menunjukkan bahawa para pelajar kurang berminat terhadap sains
akibat wujudnya beberapa faktor seperti para pelajar menganggap bahawa mata
pelajaran sains seperti Fizik sukar untuk dibelajar; kebolehan guru sains untuk
menyampaikan konsep sains dan menjadikan sains menarik masih pada tahap yang
sederhana dan sebagainya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995).
Silbermen (1979) membuktikan bahawa faktor peribadi guru juga membawa
kesan ke atas kesukaran pelajar menyelesaikan masalah sains. Keadaan ini berlaku
kerana terdapat sebahagian kecil guru yang tidak cukup bersedia untuk mengajar dan
kurang mengambil berat tentang permasalahan pelajar. Seterusnya beliau
menerangkan bahawa sikap malas guru membuat rujukan yang lebih lanjut dan cara
pengajaran yang tidak efektif membuat pelajar tidak berminat untuk belajar.
Kekurangan tumpuan pelajar terhadap pengajaran guru akan menjejaskan prestasi
pencapaian pelajar. Kaedah pembelajaran dan pengajaran harus dipelbagaikan agar
dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. Pengajaran guru sains yang biasanya
menggunakan cara tradisional atau teknik yang lama bukan sahaja tidak dapat
menimbulkan minat pelajar terhadap sains sebaliknya tidak selari dengan
perkembangan sains dan teknologi terkini dunia.
Menurut Yager dan Penick (1984), kajian mereka telah mendapati bahawa
pelajar-pelajar yang berumur 13 tahun dan 17 tahun berpendapat bahawa waktu mata
pelajaran sains di sekolah merupakan masa yang paling membosankan. Ini adalah
disebabkan para pelajar gagal memperolehi perkara-perkara yang menarik daripada
Page 21
8
pengajaran guru sains mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak suka akan subjek-subjek
sains. Sikap pelajar yang pasif akan menimbulkan pelbagai masalah seperti pelajar
akan cuba ponteng kelas. Para guru sains akan hilang semangat untuk mengajar dan
sebagainya. Penglibatan pelajar yang minimum di dalam bilik darjah akan
menyebabkan proses pengajaran-pembelajaran hanya memusat kepada guru. Oleh hal
sedemikian, guru sains haruslah sentiasa berusaha menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menarik dengan melakukan perancangan atau membuat persediaan awal
yang rapi, menyediakan alat bantu mengajar, mengajar dengan kaedah yang pelbagai
agar meningkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran sains.
Menurut Abd Rahim (1992), kajian di England telah menunjukkan bahawa
ramai pelajar gagal menjadi seorang pelajar yang cekap dimana kebanyakan mereka
tidak tahu apakah teknik belajar yang boleh dilakukan pada setiap hari bagi setiap
mata pelajaran. Teknik belajar yang betul adalah penting kerana ia akan membawa
kesan-kesan positif yang akan membantu dalam perkembangan proses pembelajaran
sains pelajar.
Menurut Trickett dan Moos (1974) pelajar-pelajar berpendapat bahawa proses
pembelajaran akan menjadi berkesan jikalau wujudnya penglibatan para pelajar secara
maksimum dalam bilik darjah seperti mereka berusaha membuat tugasan atau latihan
serta berasa besar hati apabila belajar di dalam bilik darjah. Di samping itu,
persekitaran bilik darjah harus wujud persaingan positif di antara pelajar. Melalui
pembelajaran secara berkumpulan dimana pelajar dapat bantu membantu di antara
satu sama lain. Dalam bilik darjah harusnya mempunyai peraturan kelas yang jelas
seperti menyediakan jadual bertugas untuk membahagikan kerja-kerja membersih dan
mengkemaskan kelas kepada setiap pelajar di dalam kelas.
Kejayaan dalam pendidikan sains berkait rapat dengan proses latihan amali
dan uji kaji di makmal dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Memandangkan
betapa pentingnya peranan makmal bagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
sains, maka setiap sekolah menengah di negara kita telah diperuntukkan kemudahan
peralatan makmal sains melalui bekalan pusat, iaitu di bawah peruntukan Kementerian
Pendidikan Malaysia. Walau bagaimana, didapati juga sekolah-sekolah yang tidak
Page 22
9
mempunyai peralatan dan bahan sains untuk latihan amali atau peralatan yang sedia
ada tidak mencukupi, usang, rosak, ketinggalan zaman atau tidak lengkap
(Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, 1997). Untuk melaksanakan pendekatan eksperimen ini masih terdapat
kekangan kekurangan peralatan makmal sains. Akibatnya aktiviti eksperimen terpaksa
diganti dengan tunjuk ajar guru sedangkan kaedah ini kurang berkesan kerana pelajar
tidak dapat melaku sendiri dan pelajar tidak dapat melihat tunjuk ajar disebabkan
bilangan pelajar yang ramai.
Menurut Ismail (2001), pengajaran di makmal tidak berkesan jikalau
pengurusan dan pengendaliannya tidak bersistematik. Kelengkapan makmal juga tidak
memuaskan kerana terdapat radas yang tidak berfungsi dan tidak mencukupi serta
bekalan elektrik tidak menentu. Dengan demikian hanya sekumpulan kecil pelajar
yang melakukan eksperimen sedangkan yang lain memerhati dan menyalin keputusan
dari rakan.Terdapat guru yang kurang menguasai pedagogi dan konten seperti
meninjau pengetahuan sedia ada pelajar, mempelbagai kaedah mengikut persekitaran
dan kebolehan pelajar serta mengaitkan teori dengan amali yang dijalankan.
Menurut Rashidi dan Abd Razak (1995), keberkesaan sesuatu pengajaran guru
adalah bergantung kepada banyak faktor, sama ada terdapat pada guru, pelajar
mahupun pada keadaan fizikal bilik darjah. Setiap pelajar tentu mempunyai keinginan
yang unik dalam memilih tempat dan suasana yang paling sesuai untuk belajar.
Persekitaran yang bersih, kemas dapat mencetuskan minda pelajar agar meningkatkan
kreativiti, pelajar berfikiran positif dan tenang serta membolehkan para pelajar
memberi tumpuan yang maksimum terhadap pembelajaran.
Jikalau situasi pembelajaran tidak menarik, kaedah dan strategi pengajaran
guru yang tidak bersesuaian dengan tahap kognitif atau keperluan pelajar maka akan
menyukarkan guru menyalurkan ilmu kepada pelajar. Kaedah pembelajaran yang
kurang cekap akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi kurang efektif.
Suasana persekitaran seperti bilik darjah dan makmal sains turut memainkan peranan
penting dalam menentukan sama ada proses pengajaran-pembelajaran sains bejaya
Page 23
10
atau sebaliknya. Maka melalui kajian ini, pengkaji ingin mengkaji beberapa faktor
yang mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains di
kalangan pelajar Tingkatan empat di bandar Kuantan, Pahang.
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1993) bahawa setiap kaedah
pengajaran melibatkan perancangan awal, persediaan alat-alat bantu mengajar yang
sesuai, bahan-bahan yang selaras dengan kebolehan pelajar dan aktiviti-aktiviti yang
menarik serta berfaedah. Umumnya, proses pengajaran dan pembelajaran yang
diperhatikan pada masa kini masih belum lagi merupakan satu proses yang membawa
kesan positif kepada para pelajar. Kaedah mengajar berpusat kepada guru dimana
murid-murid biasanya pasif. Mereka jarang digerakkan agar gemar untuk bertanya dan
mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran sains. Kaedah yang biasanya
digunakan di dalam bilik darjah adalah menulis dan bercakap. Di samping itu, konsep
bersepadu dan implikasinya dalam proses pembelajaran dan pengajaran belum dapat
dihayati oleh sebilangan besar guru-pelajar di dalam bilik darjah.
Justeru itu, hal ini telah menyebabkan matlamat yang berharapan bahawa
proses pengajaran-pembelajaran sains menjadi berkesan sukar tercapai. Kebanyakan
guru sains pada masa sekarang kurang melakukan usaha-usaha untuk memberi
rangsangan kepada proses pembelajaran pelajar. Dengan itu, para pelajar mudah
keliru, hilang minat dan semangat semasa mempelajari subjek-subjek sains. Di mana
persekitaran seperti suasana di dalam bilik darjah dan keadaan makmal yang selesa
serta mempunyai kemudahan yang lengkap dapat menggalakkan proses pengajaran
dan pembelajaran sains.
Sebenarnya, proses mengajar-belajar merupakan satu interaksi yang dinamik di
antara guru, pelajar dan juga persekitaran. Ketiga-tiga unsur tersebut memang saling
mempengaruhi di antara satu sama lain. Proses pengajaran dan pembelajaran sains
dapat menjadi lebih efisyen dengan adanya usaha untuk mengenal pasti faktor-faktor
Page 24
11
yang mempengaruhi keberkesanaan proses pengajaran dan pembelajaran sains yang
terjadi di kalangan pelajar. Justeru itu, dalam kajian ini, pengkaji ingin mengenal pasti
“Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran sains di kalangan pelajar Tingkatan empat di bandar Kuantan,
Pahang.” dari segi faktor-faktor dalaman yang meliputi faktor kaedah mengajar,
persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat dan motivasi pelajar
serta faktor-faktor luaran iaitu faktor persekitaran yang meliputi suasana di dalam bilik
darjah serta keadaan makmal.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian yang ingin dijalankan adalah seperti berikut :
1. Mengenalpasti sama ada faktor-faktor dalaman(teknik mengajar,
persediaan guru, cara penyampaian guru, teknik belajar, minat dan
motivasi pelajar) mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran sains di kalangan pelajar Tingkatan empat di bandar
Kuantan, Pahang.
2. Mengenalpasti sama ada faktor-faktor luaran(suasana bilik darjah,
keadaan makmal) mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran sains di kalangan pelajar Tingkatan empat di bandar
Kuantan, Pahang.
.
1.5 Persoalan Kajian
1. Adakah faktor-faktor dalaman(teknik mengajar, persediaan guru, cara
penyampaian guru, teknik belajar, minat dan motivasi pelajar)
mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains
di kalangan pelajar Tingkatan empat di bandar Kuantan, Pahang ?
Page 25
12
2. Adakah faktor-faktor luaran (suasana bilik darjah dan keadaan
makmal) mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran sains di kalangan pelajar Tingkatan empat di bandar
Kuantan, Pahang ?