PSZ 19:16 (Pind. 1/17) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** JUDUL : PENGGUNAAN SENSOR DALAM MENENTUKAN KESALAHAN MELONJAK DALAM ACARA LOMPAT JAUH SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya :___________________SITI MUSYRIFAH BINTI ISMAIL __________________________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah ) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia : 1549 JLN MUTIARA, OFF JLN PENG CHEPA, DR. MOHAD ANIZU B. MOHD NOR KG KOK PASIR, 15400 KOTA BHARU, KELANTAN. Tarikh : 6 APRIL 2006 Tarikh : 6 APRIL 2006 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.
23
Embed
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my · PDF filepengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek ... Akhir sekali, segala ... dengan sains biomekanik telah
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PSZ 19:16 (Pind. 1/17)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***
JUDUL : PENGGUNAAN SENSOR DALAM MENENTUKAN KESALAHAN MELONJAK DALAM
mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
__________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia :
1549 JLN MUTIARA, OFF JLN PENG CHEPA, DR. MOHAD ANIZU B. MOHD NOR KG KOK PASIR, 15400 KOTA BHARU, KELANTAN. Tarikh : 6 APRIL 2006 Tarikh : 6 APRIL 2006
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.
ii
“Saya akui bahawasanya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”
Tandatangan : _________________________________
Nama Penyelia : DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR
Tarikh : APRIL, 2006
ii
PENGGUNAAN SENSOR DALAM MENENTUKAN KESALAHAN MELONJAK
ACARA LOMPAT JAUH
SITI MUSYRIFAH BINTI ISMAIL
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ______________________________
Nama Penulis : SITI MUSYRIFAH BINTI ISMAIL
Tarikh : APRIL, 2006
v
DEDIKASI
Istimewa buat ummi dan ayah yang disayangi yang telah banyak
berkorban demi keluarga dalam membesarkan
kami lima beradik, Kak Yong, Tie, Awar, Chick dan Idi.
Ummi dan ayah tidak pernah jemu memberi sokongan dan kata-kata
nasihat kepada kami dalam menghadapi cabaran kehidupan.
Usaha mu tidak akan ku lupakan……
Buat kakak yang dikasihi, Siti Nurmadihah (Kak Yong),
adik-adik ku yang disayangi,
Ahmad Munawwar, Siti Nurmahirah (Chik) dan Ahmad Mursyidi,
terima kasih di atas sokongan yang diberikan.………….
Buat rakan karib ku Syaratul Irwina Nadrah binti Md Isa
yang tidak jemu-jemu melayan kerenah ku.
Terima kasih tidak terhingga ucapan kepada mu yang
sanggup menghadapi cabaran dan dugaan serta rintangan
bersama-sama aku sepanjang pengajian kita di
Universiti Teknologi Malaysia.
Tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan
(Sains Sukan 2001/2006).
Kamu semua senantiasa di dalam ingatan ku.
Kenangan kita sepanjang 5 tahun
perkenalan ini
tidak akan ku lupakan.
Terus berusaha hingga ke akhirnya……..
vi
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim…………..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnia-Nya serta
berkat kesabaran, maka dapatlah juga saya menyiapkan satu kajian ilmiah tepat pada
masa yang telah ditetapkan walaupun telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Mohad
Anizu Mohd Nor, merangkap penyelia Projek Sarjana Muda saya kerana dengan adanya
sokongan dan tunjuk ajar beliau, dapatlah saya menyiapkan satu projek yang melayakkan
saya untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan). Di
kesempatan ini juga, jutaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Sains
Sukan Tuan Haji Abdul Hamid Rahabah, Encik Yunos Dahalan, Puan Halijah Ibrahim
dan Dr. Zainal Abidin Zainuddin kerana banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang
pengajian saya di sini. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada Encik Arief
Ruhullah Bin A. Harris dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Encik Asnul Dahar Bin
Minghat dari Fakulti Pendidikan di atas kerjasama yang diberikan dalam menyiapkan
Projek Sarjana Muda saya.
Seterusnya, ucapan terima kasih saya ucapkan kepada individu-individu yang
sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjadi sampel dalam kajian saya ini. Tanpa
pengorbanan dan bantuan anda, kajian ini tidak bermakna. Tidak lupa juga kepada semua
responden yang telah sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama menjawab segala
soalan yang diberikan dengan jujur dan ikhlas. Ucapan terima kasih juga ditujukan
kepada rakan-rakan seperjuangan yang secara tidak langsung mahupun secara langsung
bersama-sama menjayakan kajian ini.
Akhir sekali, segala pengorbanan dan jasa yang telah kalian curahkan tidak
terbalas oleh saya. Semoga Allah membalas jasa kalian. Harapan saya agar kajian ilmiah
ini akan diteruskan di masa-masa akan datang.
Terima kasih….
vii
ABSTRAK
Rekacipta adalah penghasilan sesuatu projek, barangan baru atau
pengubahsuaian dalam bidang teknologi untuk memenuhi kehendak pengguna masa kini
dan masa hadapan. Kajian ini merupakan satu projek merekacipta alat iaitu
menggunakan sensor jenis “infrared” pada papan lonjak acara lompat jauh. Alat ini
direka bertujuan untuk melihat keberkesanan menentukan kesalahan melonjak acara
lompat jauh dengan menggunakan sensor. Penyelidik juga mendapatkan persepsi
terhadap alat ini daripada 50 orang siswazah-siswazah Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Sains Sukan), Universiti Teknologi Malaysia yang dipilih secara rawak
melalui soal selidik yang diedarkan dan 10 orang daripadanya dipilih untuk melakukan
pengujian melihat keberkesanan sensor. Rakaman diambil dengan menggunakan video
kamera Panasonic dan kamera digital Canon bagi membuktikan lompatan tidak sah.
Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2003
berdasarkan kekerapan dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan
sensor berkesan dan mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar Sains Sukan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa sensor jenis ‘infrared’ memberikan ketepatan dalam
menentukan batal tetapi sensitif terhadap cahaya. Alat ini sesuai digunakan di kawasan
tertutup dan pada waktu malam. Cadangan bagi penyelidikan akan datang supaya
merekacipta semula alat ini dengan mengurangkan pengaruh cahaya pada sensor, kalis
air, dan bateri yang boleh dicas semula untuk keberkesanan menentukan kesalahan
melonjak bagi memperbaiki dan memantapkan lagi mutu hasil penyelidikan
Kesimpulannya, penggunaan sensor yang dicadangkan mendapat sambutan yang baik
dan ketepatan menentukan batal adalah tepat. Sensor yang digunakan perlu diperbaiki
untuk kajian-kajian akan datang supaya lebih menarik serta boleh digunakan untuk
peringkat yang lebih tinggi.
viii
ABSTRACT
An invention is a creation or modification of a project or a new product in
technology field to fulfill the present and future needs. This research was a project to
design an equipment using infrared sensor on the take-off board for long jump event.
The purpose of this research was to determine the effectiveness by using sensor on the
take-off board to detect a fault. Researcher had obtained the perception for this
equipment from 50 students from undergraduates in Sports Science, University
Technology Malaysia that were chosen randomly through questionnaires and 10 students
were chosen from the respondent group to perform the take-off to determine the
effectiveness of sensor. A Panasonic video camera and a Canon digital camera were used
to record the illegal jump for evidence. Data were collected and analyzed using the
Microsoft Excel 2003 based on rate of repetition and percent. The results showed that
using a sensor to find out the fault of take-off board was effective and received positive
feedback from most of the Sports Science students. From the results, infrared sensor
showed an accurate result for illegal take-off but sensitive to light. This method should
be done indoor or during night time. This research can be modified by decreasing the
lighting effect on sensor, waterproof and rechargeable battery to enhance the quality of
the future researches. As a conclusion, the usage of sensor on the take-off board in long
jump had received positive feedback and able to detect a fault precisely. Sensors should
be upgraded in the future research so that it can be used in a higher stage.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Pengakuan Penyelia ii
Judul iii
Pengakuan Penulis iv
Dedikasi v
Penghargaan vi
Abstrak vii
Isi Kandungan ix
Senarai Jadual xi
Senarai Rajah xii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
2 SOROTAN KAJIAN 11 – 19
x
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 20
3.2 Rekabentuk Kajian 21
3.3 Subjek Kajian 21
3.4 Tempat Kajian 22
3.5 Instrumen Kajian 22
3.6 Prosedur Kajian 26
3.7 Pengumpulan Data 27
3.8 Penganalisaan Data 27
4 PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 28
4.2 Analisis Data Pengujian 29
4.3 Analisis Data Soal Selidik 30
5 PERBINCANGAN, CADANGAN
DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan 45
5.2 Perbincangan 45
5.3 Masalah yang Dihadapi 48
5.4 Cadangan 49
5.5 Kesimpulan 51
RUJUKAN 52 – 53
LAMPIRAN 54 – 57
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Kayu dan komponen-komponen elektronik
untuk pembuatan sensor ’infrared’. 23
4.1 Peringkat yang dicapai jika menjawab YA 36
xii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Laluan Tengah 17
2.2 Kaki Melonjak 17
2.3 Cyclops 18
3.1 Papan Lonjak 24
3.2 Sensor ‘infrared’ 24
3.3 Litar Sensor ‘infrared’ 24
3.4 Pandangan sisi Papan Lonjak 25
3.5 Pandangan Atas Papan Lonjak 25
3.6 Papan Wayar 25
3.7 Papan Sensor 25
4.1 Lompatan Sah 29
4.2 Lompatan Tidak Sah 29
4.3 Jantina Responden 30
4.4 Bangsa Responden 31
4.5 Agama Responden 32
4.6 Umur Responden 33
4.7 Tahun/Kursus Responden 34
4.8 Responden yang Pernah Mengambil Acara
Lompat Jauh 35
4.9 Sokongan responden terhadap teknologi
terkini yang membantu meningkatkan
prestasai sukan negara. 37
xiii
4.10 Tahap responden menyukai penggunaan
sensor dalam menentukan kesalahan melonjak
acara lompat jauh 38
4.11 Bersetuju Penggunaan Sensor Menentukan
Kesalahan Melonjak Menggunakan Bunyi dan
Lampu. 39
4.12 Penggunaan Sensor Membantu Pengadil
Menentukan Lompatan Tidak Sah 40
4.13 Penggunaan sensor membantu atlit dalam
latihan lompatan. 41
4.14 Penggunaan sensor dapat mempengaruhi
peningkatan prestasi atlit. 42
4.15 Alat ini Boleh Digunakan di Peringkat
Kebangsaan atau Antarabangsa 43
4.16 Penggunaan Sensor Masih Boleh dipertingkatkan
Lagi 44
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Rekacipta adalah penghasilan sesuatu projek atau barangan baru atau
pengubahsuaian dalam bidang teknologi untuk memenuhi kehendak pengguna masa kini
dan masa hadapan. Projek yang dihasilkan adalah daripada idea yang tercetus dengan
tersendiri atau diubahsuai dan berpotensi untuk dipasarkan. Daripada rekaan-rekaan
yang terdapat di pasaran sekarang membuatkan teknologi moden semakin hari semakin
dirasai oleh semua manusia. Adanya teknologi moden ini, dapat membantu
meringankan pekerjaan seharian seperti membasuh baju, mengeringkan baju, memotong
rumput, dan bermacam-macam lagi.
Teknologi didefinisikan oleh “Websrter’s Ninth New Collegiate Dictionary
(1990)” sebagai satu kaedah saintifik bagi mencapai satu tujuan secara praktikal. Ketika
kurun ke 19, teknologi terbaru dalam pendidikan ialah papanhitam dan kapur; pada
kurun ke 20 pula, teknologi semakin berkembang dengan terdapatnya komputer,
pemain/perakam kaset video dan pemain/perakam cakera padat. Revolusi pertama
komputer tercetus pada tahun 1960 an. Di beberapa sekolah yang berbeza, satu terminal
komputer di letakkan di dalam sebuah bilik dan dihubungkan kepada sistem utama yang
terletak dalam lingkungan pejabat atau lain-lain pusat. Penggunaan komputer seperti ini
2
tidak lama kerana komputer terlalu mahal dan selalu rosak. Revolusi kedua komputer
bermula lewat tahun 1970 an, dengan kemunculan komputer peribadi. Revolusi ini
berkemungkinan membolehkan komputer dibawa ke dalam kelas, gimnasium dan rumah.
Ketika awal tahun 1980 an, pengajar pendidikan jasmani di peringkat universiti telah
memulakan eksperimen dengan komputer dan membangunkan program perisian
(komputer mengeluarkan arahan untuk pengguna) sebagai disiplin. Sekarang, kita dapat
lihat di mana-mana sahaja seperti perniagaan dan pendidikan terdapat komputer, video,
cakera padat dan teknologi lain digunakan (Bonnie, 1995).
Begitu juga dalam bidang sukan di mana Pendidikan Sains Sukan telah
meningkatkan peranannya dengan bantuan peralatan senaman dan latihan yang moden
masa kini. Atlit yang berpotensi dan yang elit telah menggunakan kaedah latihan dan
ujian-ujian untuk kemajuan berasaskan teknologi yang betul. Teknologi berkaitan
dengan sains biomekanik telah mencipta mesin-mesin untuk tujuan latihan dan
pemulihan. Mesin-mesin yang berkomputer seperti alat ‘electromyography’,