Page 1
PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL:PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI
PERISIAN MACROMEDIA FLASH MX (PENGHASILAN MONTAJ)
SESI PENGAJIAN: 2007-2008
Saya MOHD MIZA SHAHRIL SHAH BIN MOHD ISA (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 2 JALAN BINA 7, TMN. PT RAJA, PN. NORASYKIN BTE MOHD ZAID 86400 PT. RAJA, BATU PAHAT Nama Penyelia JOHOR.
Tarikh: 30 APRIL 2008 Tarikh: 30 APRIL 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
Page 3
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)”.
Tandatangan : ...................................................
Nama Penyelia : Pn. Norasykin Bte Mohd Zaid
Tarikh : 30 April 2008
Page 4
PEMBINAAN MODUL PEMBELAJARAN KENDIRI (MPK) BAGI PERISIAN
MACROMEDIA FLASH MX (PENGHASILAN MONTAJ)
MOHD MIZA SHAHRIL SHAH BIN MOHD ISA
Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2008
Page 5
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : Mohd Miza Shahril Shah Bin Mohd Isa
Tarikh : 30 April 2008
Page 6
iii
DEDIKASI
Jutaan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan buat
Arwah ayah dan ibu tersayang
Mohd Isa B Aslar, Latipah Bte Sulaiman
Kakak dan adik-adikKu,
Yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraanKu
Pengorbanan dan keiklasan kalian yang menanti kejayaan dan kepulanganKu
Serta
Seterusnya
Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh sabar
Pn Norasykin Bte Mohd Zaid
Akhirnya
Rakan-rakan seperjuangan PKPG
Yang sentiasa membantuku walaupun dalam situasi gentir.
Page 7
iv
PENGHARGAAN
Segala pujian ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya dapatlah saya menyiapkan penulisan Projek Sarjana Muda ini.
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia
projek sarjana muda, Pn Norasykin Bte Mohd Zaid di atas bimbingan dan dorongan
beliau memberi galakan, di samping mencurahkan idea serta tunjuk ajar sepanjang
tempoh menyiapkan tesis ini. Sekalung penghargaan juga khas buat keluarga
tercinta yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan yang tidak berbelah
bahagi sepanjang projek ini dijalankan. Sesungguhnya, kehadiran kalian di sisi
memberi inspirasi yang amat bermakna. Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan
yang bersama-sama terlibat sepanjang pembangunan tesis ini
Akhir sekali,penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan,pendapat dan idea
dalam menjayakan projek ini. Segala ganjaran dan pembalasan semuanya ku
serahkan pada Yang Maha Esa.
Page 8
v
ABSTRAK
Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) merupakan antara kaedah yang
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi menyampaikan isi
pelajaran kepada pelajar. Selain itu, Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) didapati
lebih berkesan berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional pada
pendidikan alaf baru kini. Justeru itu, satu modul pembelajaran kendiri perisian
Macromedia Flash MX dibangunkan sejajar dengan keperluan pendidikan masa kini
yang memerlukan lebih banyak modul pembelajaran kendiri. Tujuan utama
pembinaan modul ini adalah untuk membantu pelajar yang mengambil kursus
Teknologi Grafik, Animasi, Audio dan Video Digital (SPM 2303) di Fakulti
Pendidikan, UTM. Mereka perlu mempelajari perisian Macromedia Flash MX bagi
melaksanakan antara keperluan projek yang terdapat dalam subjek tersebut.
Pembelajaran tentang penghasilan animasi yang ditekankan di dalam modul ini
adalah merangkumi proses-proses dalam menghasilkan sesuatu montaj. Pembinaan
modul ini menggunakan Model ADDIE. Selain itu, pengaplikasian strategi tutorial
juga digunakan dalam modul ini melalui aktiviti yang disediakan pada penghujung
setiap kemahiran yang telah selesai dipelajari. Di samping itu, teori pembelajaran
sosial/pemerhatian juga digunakan di dalam modul ini untuk memberikan satu corak
self pacing dengan cara lihat dan buat. Ini boleh didapati melalui set-set arahan yang
disediakan pada setiap topik berserta contoh-contoh bergambar. Dengan penilaian
secara formatif melalui penyelia projek dan pembaikan yang dibuat semasa
peringkat pembinaan diharapkan dapat memberikan satu suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada pelajar-pelajar.
.
Page 9
vi
ABSTRACT
The self-learning module was one of the methods used in teaching and
learning. Nowadays, self-learning module is more affections than conventional
teaching and learning. Therefore it is appreciate to develop a new self-learning
module based on Macromedia Flash MX. The module main purpose is to help
Teknologi Grafik, Animasi, Audio dan Video Digital (SPM 2303) course students
completing their project using Macromedia Flash MX software. This self-learning
module highlight on the montage producing process. ADDIE model was used to
develop this self-learning module. At the end of each topic, the user/student is given
a set of activities for tutorial. Moreover, social learning theory provide a self-pacing
learning using a look and done method. Each topic in self-learning module is
provided a set instruction and visual examples. At the end of each topic, the
user/student is given a set of activities for tutorial. Formative test from the project
supervisor plus the modification by the developer during the development process
can give a new teaching and learning experience for students.
Page 10
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Projek 8
1.5 Skop dan Barasan Projek 8
1.6 Definisi Operasi 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Penutup 11
Page 11
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pengenalan Kepada Modul 13
2.3 Perkembangan Pembelajaran Bermodul dan Komputer
Dalam Bidang Pendidikan 14
2.4 Kepentingan Modul Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran 16
2.5 Kajian Mengenai Keberkesanan Modul
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 17
2.6 Definisi Montaj 18
2.7 Pengaplikasian Montaj Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran 19
2.8 Kajian Mengenai Penggunaan
Macromedia Flash MX Dalam Pendidikan 21
2.9 Definisi Pembelajaran 24
2.10 Konsep Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi P&P 24
2.11 Teori Konsturktivisme 25
2.12 Prinsip-prinsip Pembelajaran Berpandukan
Konstruktivisme 26
2.13 Pendekatan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 28
2.14 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 29
2.15 Pendekatan dan Strategi Pembelajaran 30
2.16 Teori Konstruktivisme dan Aplikasinya
Dalam Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) 31
2.17 Penutup 31
Page 12
ix
BAB 3 REKA BENTUK MODUL 33
3.1 Pendahuluan 33
3.2 Model Reka Bentuk 34
3.3 Fasa Analisis 35
a) Pengguna 36
b) Matlamat Pembinaan Modul 36
c) Persekitaran Pembelajaran 37
d) Objektif Modul 37
e) Kandungan Pelajaran 38
f) Hasil Pembelajaran 38
3.4 Fasa Reka Bentuk 38
a) Struktur Modul 39
3.5 Fasa Pembangunan 40
a) Perisian yang Digunakan 40
b) Skop Isi Kandungan 40
3.6 Fasa Pelaksanaan 41
3.7 Fasa Penilaian 41
3.8 Penutup 42
BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN MODUL
PEMBELAJARAN KENDIRI 43
4.1 Pendahuluan 43
4.2 Kriteria Modul
4.2.1 Topik 1 44
4.2.1.1 Hasil Pembelajaran 44
4.2.1.2 Pengenalan 45
Page 13
x
4.2.1.3 Isi Pelajaran 46
4.2.2 Topik 2 49
4.2.2.1 Hasil Pembelajaran 49
4.2.2.2 Pengenalan 49
4.2.2.3 Isi Pelajaran 50
4.2.2.4 Uji Kemahiran 52
4.2.3 Topik 3 53
4.2.3.1 Hasil Pembelajaran 53
4.2.3.2 Pengenalan 54
4.2.3.3 Isi Pelajaran 55
4.2.3.4 Uji Kemahiran 56
4.2.4 Topik 4 57
4.2.4.1 Hasil Pembelajaran 57
4.2.4.2 Pengenalan 57
4.2.4.3 Isi pelajaran 58
4.2.4.4 Uji Kemahiran 60
4.2.5 Topik 5 61
4.2.5.1 Hasil Pembelajaran 61
4.2.5.2 Pengenalan 62
4.2.5.3 Isi Pelajaran 62
4.2.5.4 Uji Kemahiran 65
4.2.6 Topik 6 66
4.2.6.1 Hasil Pembelajaran 66
4.2.6.2 Pengenalan 66
4.2.6.3 Isi Pelajaran 67
4.3 Penutup 69
Page 14
xi
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN 70
5.1 Pengenalan 70
5.2 Perbincangan 71
5.2.1 Kekuatan dan Kelemahan MPK 72
5.2.1.1 Kekuatan MPK 72
a) Kandungan Modul 73
b) Reka Bentuk Modul 75
c) Pendekatan Modul 76
5.2.1.2 Kelemahan MPK 77
a) Sinopsis Pendek 77
b) Kekurangan Contoh Visual 78
c) Kelemahan Nota Tambahan (Tips) 78
5.3 Masalah-masalah yang Dihadapai semasa Pembinaan
Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) 78
5.3.1 Kekurangan Pengalaman dan Latihan 79
5.3.2 Kekurangan Sumber Kewangan 79
5.3.3 Kekangan Masa 80
5.4 Cadangan Penambahbaikan 80
5.4.1 Menjalankan Penilaian 81
5.4.2 Meluaskan Skop MPK 81
5.4.3 Menambah Latihan 81
5.4.4 Modul Pelbagai Aras 81
5.4.5 Kajian Terhadap Kesesuaian MPK 82
5.5 Kesimpulan 82
5.6 Penutup 83
RUJUKAN 84
LAMPIRAN
Page 15
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model ADDIE 35
4.1 Pengenalan dalam Topik 1 menyentuh secara
ringkas tentang perisian, tujuan pembangunan
modul dan isi pelajaran dalam bab ini. 45
4.2 Antara Muka Macromedia Flash MX 46
4.3 Pengenalan kepada ikon-ikon Flash 47
4.4 Pengenalan kepada Timeline 48
4.5 Contoh menunjukkan Tips yang
disediakan dalam modul 48
4.6 Bahagian Pengenalan Topik 2 50
4.7 Contoh bagi penyampaian isi
pelajaran dalam Topik 2 51
4.8 Contoh bagi penyampaian isi
pelajaran dalam bentuk visual
bagi Topik 2 51
4.9 Contoh yang menunjukkan Tips
di dalam isi kandungan bagi
Topik 2 52
4.10 Contoh aktiviti yang
disediakan dalam Topik 2 53
4.11 Bahagian pengenalan bagi Topik 3 54
Page 16
xiii
4.12 Pendahuluan bagi sub topik yang
pertama. 55
4.13 Contoh visual dan ruangan Tips
yang disediakan di dalam modul 56
4.14 Bahagian pengenalan Topik 4 58
4.15 Contoh yang menunjukkan Uji
Kemahiran dalam Topik 4 ini 59
4.16 Contoh menunjukkan visual yang
digunakan beserta Tips dalam Topik 4 ini. 60
4.17 Contoh yang menunjukkan Uji Kemahiran
dalam Topik 4 ini 61
4.18 Bahagian pengenalan dalam Topik 5 62
4.19 Contoh yang menunjukkan penyampaian
isi pelajaran dalam topik 5 63
4.20 Contoh yang menunjukkan penerangan
ringkas pada setiap sub topik 64
4.21 Contoh yang menunjukkan elemen visual
dan Tips pada penyampaian isi pelajaran 64
4.22 Bahagian aktiviti yang terdapat dalam Topik 5 65
4.23 Bahagian pengenalan yang terdapat
dalam Topik 6 67
4.24 Contoh penyampaian isi pelajaran
dalam Topik 6 68
4.25 Contoh gambaran secara visual yang
disediakan dan set arahan dalam Topik 6 ini 69
Page 17
xiv
SENARAI SINGKATAN
IT - Teknologi Maklumat
MSC - Multimedia Super Corridor
PBK - Perisian Berbantukan Komputer
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
BTP - Badan Teknologi Pendidikan
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
BTPKPM - Bahagian Teknologi Maklumat
MPK - Modul Pembelajaran Kendiri
P&P - Proses Pengajaran dan Pembelajaran
PB - Pembelajaran Bermodul
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
PJJ - Pengajian Jarak Jauh
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
Page 18
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat (IT) merupakan antara
elemen penting pada peringkat dunia kini. Semua negara berusaha dalam
mempertingkatkan IT masing-masing supaya ianya selaras dengan perkembangan
masa kini. Perkembangan bidang IT adalah penting bagi mencapai taraf negara
maju. Oleh yang demikian beberapa langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan salah satunya adalah penyediaan MSC
(Multimedia Super Coridor). Ia merupakan suatu projek teknologi maklumat yang
penting kepada Malaysia untuk meningkatkan dan seterusnya menjadikan taraf
ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi,
peningkatan perdagangan antarabangsa dan pentadbiran bersifat lebih bersistematik
dan efisien. Oleh itu bagi merealisasikan matlamat ini bidang pendidikan antaranya
merupakan antara elemen penting bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Bidang pendidikan dan perkembangan teknologi berkomputer adalah seiring
pada masa kini bertitik tolak daripada hasrat kerajaan ingin melahirkan para pelajar
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat yang tinggi bagi
Page 19
2
memenuhi matlamat kerajaan menerusi Wawasan 2020. Sejajar dengan itu pihak
kementerian pendidikan telah melaksanakan pelbagai rancangan bagi mencapai
matlamat tersebut. Di antara rancangan-rancangan yang telah dilaksanakan oleh
pihak kementerian antaranya ialah pembentukan kurikulum IT di sekolah-sekolah,
pengenalan sekolah bestari, pelaksanaan penggunaan ICT di sekolah-sekolah,
menyediakan latihan keguruan bagi melahirkan tenaga pengajar yang pakar dalam
bidang IT. Melalui latihan perguruan para guru akan diberikan latihan yang selektif
dan kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan cara menggunakan teknologi seperti
komputer oleh institut perguruan dengan harapan guru-guru yang terlatih dan pakar
dapat dihasilkan. Usaha sebegini dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan
pendidikan negara seterusnya menaikkan standard pendidikan di negara ini.
Selain daripada itu, dalam meningkatkan mutu pendidikan di negara ini,
pihak kerajaan telah memperkenalkan sistem pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer (PBK) bagi disesuaikan dengan perkembangan teknologi alaf
baru ini. Para pelajar akan didedahkan dengan teknologi berkomputer bermula tahun
satu dan seterusnya. Dalam pelaksanaan ini guru akan bertindak sebagai fasilitator
kepada pelajar-pelajar dan faktor ini telah dikenal pasti sebagai bahan yang mampu
membantu guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta
memberikan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam subjek yang mereka ikuti.
Memandangkan pentingnya PBK ini maka pihak kementerian telah menghasilkan
pelbagai variasi PBK yang bertujuan membantu guru-guru melaksanakan peranan
mereka di samping para pelajar juga mampu mengaplikasikannya. Oleh yang
demikian maka terbitlah pelbagai syarikat mahupun individu yang berusaha
menghasilkan PBK. Pihak kementerian melalui Badan Teknologi Pendidikan (BTP)
turut aktif menghasilkan bahan PBK yang berkualiti. Ini membuktikan bahawa
wujud persaingan sihat dalam penghasilan PBK. Selain daripada itu di kalangan
guru-guru juga mereka tidak terkecuali menghasilkan PBK yang boleh membantu
mereka dalam melaksanakan pengajaran.
Perkembangan penggunaan perisian berkomputer untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran telah merubah corak dan sistem pendidikan yang telah diamalkan
Page 20
3
di Malaysia. Corak yang diamalkan sebelum ini berbentuk tradisional. Perkataan
tradisi itu sendiri membayangkan kita sesuatu yang telah lama dan bercorak ikutan.
Menyedari tentang kemampuan perisian mampu merubah kaedah pengajaran dan
pembelajaran supaya lebih berkesan kerana ianya mempunyai elemen – elemen
multimedia seperti grafik , warna yang jelas , sistem audio,video serta pemaparan
teknologi animasi yang mampu memberikan kelainan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ini dapat membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Di samping itu perubahan pada teori yang selama ini berpegang kepada
kognitif tetapi kini kepada pendekatan berbentuk konstruktivisme lebih
mengandaikan guru dan pelajar bekerjasama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kesimpulannya sesuatu kemajuan mampu dicapai dengan adanya
perubahan yang menjurus ke arah penambahbaikan akan memberikan hasil yang
maksimum. Jika sebelum ini pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan guru
tetapi di alaf baru ini para pelajar mampu menggunakan pengalaman untuk
dihubungkaitkan dengan pengetahuan mereka bagi menghasilkan konsep yang baru.
Di samping itu pengenalan beberapa bahan bantu mengajar yang lain juga telah
merancakkan perkembangan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam bidang
pendidikan. Di antara bahan tersebut ialah modul pembelajaran kendiri (MPK).
Penggunaan modul telah membantu guru dan pelajar dalam mempelbagaikan teknik
mengajar dan belajar.
Revolusi yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan di alaf baru ini
menunjukkan telah membantu para pelajar supaya lebih aktif bagi membuktikan
potensi yang mereka miliki dan membuka mata umum bahawa mereka merupakan
pelapis kepada hasrat kerajaan dalam Wawasan 2020.
Page 21
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Setiap permasalahan yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya. Manusia
merupakan makhluk Tuhan yang Maha Esa yang telah dikurniakan akal fikiran.
Oleh yang demikian manusia merupakan khalifah yang dilantik di muka bumi ini.
Salah satu tujuan manusia diberikan akal adalah supaya mereka dapat hidup dengan
sempurna di dunia ini serta dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Akal
berfungsi membantu manusia mencipta pelbagai perkara dan benda untuk
memudahkan mereka dalam pelbagai urusan dan dengan tidak secara langsung,
pelbagai ilmu dan teknologi telah berjaya diwujudkan. Sebagai contoh, manusia di
zaman dahulu kala seperti di Mesir mereka telah berjaya menemui cara atau ilmu
membuat kertas dari pokok papirus. Manakala tamadun China pula diangkat tinggi
kerana seni kaligrafinya. Secara umumnya, ilmu dan teknologi merupakan dua
elemen yang tidak dapat dipisahkan dan ia saling berhubung berkait antara satu sama
lain.
Teknologi komputer juga merupakan salah satu contoh hasil dari pemerhatian
dan pengkajian yang dilakukan oleh manusia bertujuan untuk memudahkan urusan
seharian manusia. Dengan wujudnya teknologi ini juga telah mampu merancakkan
lagi perkembangan teknologi-teknologi lain seperti teknologi dalam bidang geologi,
pertanian, kejuruteraan dan ekonomi. Bidang pendidikan juga tidak terkecuali dari
arus gelombang teknologi komputer yang mana peranannya digunakan bagi
memudahkan para pendidik untuk melahirkan generasi yang mampu
memperkembangkan bakat dan potensi diri menjadi manusia yang sepadu antara
akademik dan akhlaknya serta harmonis dalam setiap aspek seperti mana yang telah
digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Pendidikan di Malaysia adalah satu proses atau usaha pendidikan yang
berterusan dan sempurna dan menjadi tanggungjawab bagi setiap pendidik untuk
merealisasikan objektif ini seterusnya dapat melahirkan dan membentuk sebuah
generasi yang memiliki kesepaduan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di
Page 22
5
sebab ini, para guru harus menggunakan segala kemahiran yang dimiliki oleh mereka
dan mengaplikasikan secara maksimum sumber-sumber yang wujud di sekeliling
mereka. Salah satu sumber tersebut adalah komputer dan perisian yang berbentuk
pembelajaran (PBK). Malah dalam satu kajian, penggunaan komputer dan perisian
berbentuk pembelajaran (PBK) telah mempercepatkan proses pendidikan dan berjaya
mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
menyeronokkan. Ia terbukti lebih berkesan dari penggunaan alat-alat yang
konvensional seperti papan tulis dan kapur.
Menyentuh mengenai sejarah PBK, ianya telah dijumpai oleh Socrates iaitu
seorang cendekiawan dalam bidang Matematik yang beranggapan bahawa kaedah ini
dinamakan corak pengajaran formal. Sehubungan dengan itu corak pengajaran ini
tenggelam dalam satu tempoh masa yang agak lama sehinggalah tahun 1950an.. Ia
kemudiannya dikaji semula oleh B.F Skinner dalam bentuk pembelajaran terancang.
Hasil kajian yang dijalankan telah diperkembangkan sehingga kini. PBK di
Malaysia, ianya merupakan sesuatu yang baru dan dilaksanakan beberapa tahun sejak
kebelakangan ini berbanding dengan negara – negara maju yang lain yang telah
mengamalkan corak PBK sejak sekian lama. Di Malaysia pada peringkat permulaan
dilaksanakan di peringkat institusi pengajian tinggi di mana para penyelidik yang
terlibat giat menjalankan usaha untuk membina perisian yang khusus menjurus
kepada corak Perisian Berbantukan Komputer ini. Setelah mendapati akan
keberkesanan PBK dalam membantu pengajaran dan pembelajaran maka pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Teknologi Maklumat
(BTPKPM) telah bersetuju untuk mengintegrasikan komputer ke dalam kurikulum
pendidikan. Jika dilihat pada hari ini pelbagai usaha giat dilakukan bagi
memperkembangkan penggunaan PBK di sekolah-sekolah khususnya.
Selain itu, salah satu projek dalam sistem persekolahan Malaysia demi
wawasan 2020 ialah pengenalan konsep sekolah bestari. Pengajaran dan
pembelajaran di sekolah bestari lebih berpusatkan kepada pelajar yang mana pelajar
akan menggunakan modul sebagai alat bantu belajar manakala guru akan bertindak
sebagai fasilitator. Penggunaan modul dilihat mampu memberi transformasi
Page 23
6
pendidikan di Malaysia. Ini menunjukkan pentingnya modul dalam pendidikan.
Pengenalan mata pelajaran Teknologi Maklumat di sekolah-sekolah pada tahun 1999
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggalakkan perkembangan
penghasilan pelbagai modul dalam membantu para pelajar. Selain itu penghasilan
modul juga mampu memberikan panduan kepada para pembangun bagi
menghasilkan PBK yang interaktif.
Sehubungan itu menjadi tanggungjawab para pendidik untuk terus mendalami
ilmu penghasilan PBK supaya ianya mudah diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Walaupun terdapat pelbagai PBK dihasilkan sama ada oleh pihak
kementerian mahupun PBK yang terdapat di pasaran tetapi tidak salah kiranya para
pendidik mampu menghasilkan PBK mereka sendiri kerana ini secara tidak langsung
PBK yang dihasilkan mampu diaplikasikan semaksimum mungkin oleh para pelajar.
Ini menunjukkan para guru tidak hanya menanti PBK dihasilkan tetapi mereka turut
bersama-sama mempertingkatkan penghasilan PBK supaya ianya lebih berkesan dan
efektif.
Dalam pada itu, penggunaan modul pembelajaran kendiri ( MPK ) juga boleh
diperluaskan kerana keberkesanan penggunaan modul telah diiktiraf. Menurut
G.Rex Meger (1988) penggunaan modul dapat membantu kepada pembentukan
pembelajaran yang efektif dan secara fleksibel untuk dilaksanakan. Ini menunjukkan
bahawa penggunaan modul lebih mudah untuk diuruskan dan hasilnya adalah lebih
berkesan berbanding penggunaan teknik pengajaran tradisional. Pelajar boleh
mengawal masa yang mereka perlukan dalam mempelajari sesuatu isi pelajaran
supaya hasil pemahaman yang diperoleh lebih berkesan.
Page 24
7
1.3 Penyataan Masalah
Jika dilihat kepada suasana pengajaran dan pembelajaran tradisional, para
guru lebih cenderung menggunakan kaedah konvensional iaitu menggunakan kaedah
“Chalk and Talk” di mana guru secara total menjadi tutor kepada pelajar dengan
kapur dan papan tulis. Hasil dari kesedaran ini, perlu adanya revolusi pengajaran dan
pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar untuk melibatkan pelajar secara
menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian,
penghasilan MPK untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran menjadi sasaran
utama kementerian bagi melahirkan golongan generasi yang kreatif dan inovatif
yang dapat mengadaptasikan teknologi-teknologi baru dan dapat mengakses
kepesatan pembangunan maklumat. Oleh sebab itu, bahan pengajaran dan
pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar selain elemen teks, grafik, dan
teori pembelajaran amat diperlukan. Ini penting supaya isi pelajaran yang ingin
disampaikan dapat diterima dengan baik oleh pengguna. Dalam pada itu, bahan
pengajaran dan pembelajaran, ini juga penting untuk memahami konsep penggunaan
perisian yang memerlukan kemahiran tinggi. Walaupun banyak rujukan yang
berkaitan dengan perisian terdapat di pasaran, tetapi skop pembelajarannya terlalu
luas dan sukar diikuti oleh para pelajar.
Page 25
8
1.4 Objektif Projek
Objektif utama yang ingin dicapai dari penghasilan modul ini ialah untuk:
i. Membangunkan sebuah modul pembelajaran kendiri (MPK) bagi perisian
Macromedia Flash MX yang boleh membantu pelajar dalam
menghasilkan montaj dengan berpandukan strategi tutorial dan teori
pembelajaran sosial/pemerhatian.
1.5 Skop dan Batasan Projek
Pembangunan modul ini tertumpu kepada salah satu daripada pelbagai
perisian yang boleh digunakan dalam penghasilan montaj. Perisian yang dipilih ialah
Macromedia Flash MX. Pemilihan perisian ini kerana ianya lebih efektif dan
penghasilan montaj boleh divariasikan. Di samping itu perisian yang dipilih ini lebih
mudah untuk dipelajari dan dapat diaplikasikan bagi pembentukan montaj yang lebih
mencabar. Pembangunan modul ini adalah dibina khas sebagai panduan kepada para
pelajar sekolah ataupun institusi pengajian tinggi mahupun individu persendirian
yang ingin mempelajari perisian Macromedia Flash MX dalam menghasilkan montaj
ataupun persembahan animasi untuk perisian multimedia yang dibangunkan selain
untuk tujuan komersial.
Page 26
9
1.6 Definisi Operasi
Pembangun menggunakan beberapa istilah dalam pembangunan Modul
Pembelajaran Kendiri bagi perisian Macromedia Flash MX (Penghasilan
Montaj).Berikut dijelaskan makna operasi dalam konteks penggunaannya dalam
pembangunan ini.
1.6.1 Montaj
Berasal dari 'Bahasa Perancis', montage bermaksud 'to assemble' iaitu
penghimpunan syot yang disebut juga 'montaj' di dalam 'Bahasa Melayu'. 'Montage'
(montaj) adalah sekumpulan syot yang telah disunting untuk dijadikan satu
'sequence' (sekuen/jujuk) yang menyingkatkan perjalanan masa, peralihan tempat
serta proses yang panjang. Hasilnya adalah satu larian imej atau keratan adegan
bertimpa-timpa, berlapis-lapis dan bercampur-baur dengan pantas yang sering
digunakan sebelum sebuah tayangan cerita bermula.
1.6.2 Modul
Mengikut Kamus Dewan (1996), modul ialah unit atau bahagian tersendiri
yang lengkap dengan kompenannya yang melaksanakan fungsi tertentu dan dapat
dirangkaikan dengan unit-unit lain dalam sesuatu yang lebih besar. Dalam bidang
pendidikan, modul diberikan pengertian sebagai unit-unit media dalam satu
rancangan mengajar misalnya filem, pita video, pita audio dan sebagainya (Sharifah
Alwiyah,1981).
Page 27
10
1.7 Kepentingan Projek
Tujuan penghasilan modul ini adalah sebagai pemangkin bagi menggalakkan
penggunaan perisian kemahiran tinggi seperti menggunakan Macromedia Flash MX.
Maka setiap penghasilan sesuatu projek pasti mempunyai kepentingannya. Projek
yang bakal dihasilkan oleh pembangun adalah penting bagi diri pembangun sendiri
kerana ia merupakan salah satu subjek yang wajib diambil bagi menamatkan kursus
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) di Universiti
Teknologi Malaysia ini. Selain itu, modul yang akan pembangun hasilkan ini juga
dapat membantu para pelajar yang mengambil subjek Teknologi Grafik, Animasi,
Audio dan Video Digital (SPM 2303) melaksanakan projek mereka bagi subjek ini.
Di samping itu modul ini diharapkan dapat memberi pengalaman baru dan
merupakan pencetus kepada pembangun dalam menghasilkan modul yang lebih
efektif di masa akan datang khususnya ketika bertugas di sekolah nanti. Ini selaras
dengan perkembangan teknik pengajaran terkini yang menggunakan modul sebagai
salah satu alat pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, penghasilan modul ini
tidak terhad untuk kepentingan pembangun sahaja tetapi ia adalah untuk membantu
pelajar dan para pembangun perisian yang lain khususnya yang ingin menyelitkan
elemen montaj dalam perisian yang mereka bakal hasilkan. Dengan bantuan modul
ini, mereka dapat mempelajari perisian Macromedia Flash MX selain boleh
mengetahui proses-proses penghasilan montaj supaya mereka dapat menghasilkan
montaj yang berkesan dan memberi impak kepada pengguna.
Selain daripada itu, diharap penghasilan modul ini menjadi titik tolak
penghasilan modul seterusnya yang menjurus kepada penghasilan montaj tidak
terhad kepada sesetengah aplikasi sahaja. Walaupun didapati terdapat banyak
panduan atau buku-buku aplikasi di pasaran tetapi ianya tidak fokus kepada
penghasilan montaj. Seperti yang kita ketahui penghasilan montaj ini bersifat
subjektif dan memerlukan daya kreativiti yang tinggi bagi menjadikannya berkesan
Page 28
11
maka tidak salah sekiranya pelbagai modul dihasilkan bertujuan untuk
memperkembangkan lagi bakat dan potensi dalam penghasilan montaj.
Modul yang akan dihasilkan ini boleh juga diharap dapat menjadi bahan
rujukan kepada para penyelidik dan pembangun untuk menghasilkan projek atau
bahan ilmiah yang lebih berkualiti. Oleh kerana pada masa sekarang tidak ramai
yang menghasilkan modul sebegini, projek ini diharapkan sebagai pencetus idea
kepada para penyelidik dan pembangun untuk menghasilkan modul yang lebih
berkualiti pada masa akan datang.
1.8 Penutup
Perkembangan pendidikan masa kini memerlukan bahan-bahan yang
berkualiti untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P).Oleh yang
demikian selaras dengan usaha pihak kerajaan bagi memantapkan proses pendidikan
di Malaysia, maka wujudlah bahan-bahan pengajaran seperti penggunaan laman web,
modul pembelajaran kendiri (MPK) dan sebagainya. Penggunaan bahan-bahan ini
sebenarnya dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan berusaha untuk
mengembangkan daya pemikiran individu supaya boleh menghurai, merumus dan
menghasilkan idea-idea baru. Ini secara tidak langsung dapat membantu guru dalam
menyebarkan ilmu pengetahuan secara lebih sistematik Seterusnya, ilmu-ilmu
pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.