I PSZ 19:16Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦ BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH PONTENG SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA, JOHOR. SESI PENGAJIAN: 2007-2008 Saya NIK SELMA BINTI MUHAMMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (9) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: KG TOK LEBAI, TN. HJ. JOHARI BIN HASSAN 22020 JERTEH, BESUT, Nama Penyelia TERENGGANU Tarikh: 02 MEI 2008 Tarikh: 02 MEI 2008 9 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
25
Embed
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · malas merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ... berdasarkan cara pelajar datang ke sekolah. 43 . 4.3.1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
I
PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH PONTENG SEKOLAH
DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA, JOHOR.
SESI PENGAJIAN: 2007-2008
Saya NIK SELMA BINTI MUHAMMAD (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: KG TOK LEBAI, TN. HJ. JOHARI BIN HASSAN 22020 JERTEH, BESUT, Nama Penyelia TERENGGANU
Tarikh: 02 MEI 2008 Tarikh: 02 MEI 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
II
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH PONTENG SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH KULAIJAYA, JOHOR
NIK SELMA BT MUHAMMAD
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
FAKULTI PENDIDIKAN MALAYSIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2008
III
“Saya/ Kami * akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/
kami * karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualitu untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta pendidikan
(Matematik)”.
Tandangan : ___________________
Nama Penyelia : Tn Hj Johari bin Hassan
Tarikh : 02 MEI 2008
IV
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ______________________
Nama penulis : Nik Selma binti Muhammad
Tarikh : 02 MEI 2008
V
DEDIKASI
Segala pujian bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang......kerana dengan izinnya kuabadikan halaman istimewa ini
buat
Suami yang disayangi......
Faizul bin Yusoff
Ayahanda dan bonda yang disanjungi.....
Muhammad bin Mat Amin dan Tengku Zainab bt Raja Berahim
Bonda mertua yang dihormati.....
Noraini bt Harun
Putera dan puteri yang dikasihi.....
Ahmad Fahmi Iskandar dan Nur Aina Balkqis
Buat sahabat-sahabat yang diingati.....
Rosidah bt Senin dan Mohd Sham bin Zakaria
Kenangan bersamamu akan ku abadikan buat selama-lamanya.
VI
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, Segala puja dan puji penulis panjatkan ke hadrat Ilahi.
Syukur kepada Allah s.w.t. yang diiringi selawat dan salam kepada
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. di atas limpah kurnia serta
rahmatNya, penulis berjaya menyelesaikan sebuah penyelidikan pada masa
yang ditetapkan.
Pada kesempatan ini penulis abadikan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Pensyarah penyelia iaitu Tn Hj Johari bin
Hassan kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang
menjalankan penyelidikan ini. Sekalung penghargaan dan ucapan terima
kasih penulis abadikan juga kepada kawan-kawan yang telah banyak
memberi nasihat, kritikan dan tunjuk ajar yang diberikan untuk
memantapkan penyelidikan penulis.
Seterusnya penulis abadikan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada semua ahli keluarga yang memahami dan sentiasa memberi
semangat baru setiap kali penulis temui jalan buntu. Akhir sekali penulis
abadi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam
menjayakan penyelidikan penulis sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
Sekian, terima kasih.
VII
ABSTRAK
Ponteng sekolah merupakan salah satu masalah disiplin yang semakin ketara.
Oleh itu kajian ini cuba melihat masalah ponteng sekolah dikalangan pelajar-pelajar
tingkatan empat sekolah menengah yang terletak di daerah Kulaijaya, Johor. Kajian
ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar
terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Seramai 120 orang pelajar tingkatan empat
dan 60 orang guru di sekolah berkenaan yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini
merupakan kajian deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen
kajian yang mengandungi tiga bahagian iaitu latar belakang responden, faktor-faktor
yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah dan cara-cara
untuk mengatasi masalah ponteng sekolah dikalangan pelajar. Data diperolehi
dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Packages for the Social Science’
(SPSS) versi 11.5 dan diterangkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min.
Dapatan kajian menunjukkan faktor guru, sikap pelajar, rakan sebaya dan ibu bapa
merupakan faktor-faktor yang banyak mempengaruhi pelajar-pelajar terlibat dengan
gejala ponteng sekolah. Guru-guru berpendapat bahawa faktor sikap pelajar yang
malas merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala
ponteng sekolah. Mereka juga menyarankan agar diadakan sesi kaunseling dan kem
motivasi serta mengadakan program Ponteng Sifar sebagai cara untuk mengatasi
masalah ponteng sekolah.
VIII
ABSTRACT
Truancy among students is a major disciplinary problem. This research tries
to learn the truancy problem among the form four secondary schools student at the
Kulaijaya district of Johor. The objective is to determine the actual factors that
influence the student who were involved in the truancy problem. There were 120
form four students and 60 teachers participated in this survey. This descriptive
research used a set of questionnaires as research instrument that consist of three
section namely student background, factors that contribute to truancy and how to
overcome the truancy problem. The data obtained was analyzed using “Statistically
Packages for the Social Science” (SPSS) version 11.5 and was presented in
percentage, frequency and mean. The findings showed that the student’s attitude,
peer influence, family factors and teacher factors were the most significant factor
affecting the student truancy problem. But the teachers feel that the student’s lazy
attitude was the main factor influencing the behavior of truancy problem. They also
suggested that these students should undergo counseling session and motivational
camp beside programmed like ‘Zero Truancy’ should organized as one of the
solution to overcome the truancy problem of school.
IX
ISI KANDUNGAN
Muka surat
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I
BORANG-BORANG AKUAN II – IV
DEDIKASI V
PENGHARGAAN VI
ABSTRAK VII
ABSTRACT VIII
ISI KANDUNGAN IX – XII
SENARAI SIMBOL XIII
SENARAI JADUAL XIV-XVI
SENARAI LAMPIRAN XVII
BAB I : PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1 – 2
1.2 Latar belakang masalah 3
1.2.1 Salahlaku-jenayah 3
1.2.2 Salahlaku-lucah 3
1.2.3 Salahlaku-musnah / vandalisme 4
1.2.4 Salahlaku-biadab / kurang sopan. 4
1.2.5 Salahlaku-kekemasan diri. 4
1.2.6 Salahlaku-Tidak mementingkan masa. 4
1.2.7 Salahlaku-ponteng. 5
1.3 Pernyataan masalah 5 – 6
1.4 Objektif masalah 7
1.5 Persoalan masalah 8
1.6 Kepentingan kajian 8
1.7 Batasan kajian 9
X
1.8 Definisi operasi 9
1.8.1 Ponteng 10
1.8.2 Pelajar 11
1.8.3 Sekolah 11
1.8.4 Guru 12
1.8.5 Sikap 12
1.8.6 Rakan sebaya 13
1.8.7 Keluarga 13
1.8.8 Persekitaran sekolah 14
1.8.9 Pengurusan sekolah 14
1.8.10 Frasarana 14
1.9 Penutup 14 – 15
BAB 2 : SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Faktor-faktor yang menyebabkan ponteng sekolah 17
2.2.1 Faktor sikap pelajar 17 – 18
2.2.2 Faktor rakan sebaya 19
2.2.3 Faktor ibu bapa 20 – 21
2.2.4 Faktor guru 22
2.3 Sorotan dalam negara 23 – 24
2.4 Sorotan luar negara 25
2.5 Penutup 26
BAB 3 : METADOLOGI 27
3.1 Pengenalan 27
3.2 Rekabentuk kajian 27
3.3 Tempat kajian 28
3.4 Populasi kajian 29
3.5 Sampel kajian 29
3.6 Instrumen kajian 30 – 31
3.7 Prosedur kajian 32
XI
3.8 Kajian rintis 33
3.9 Kaedah analisis data 34
3.10 Penutup 35
BAB 4 : ANALISIS DATA 36
4.1 Pengenalan 36
4.2 Dapatan kajian berkaitan latar belakang responden. 37 – 42
4.3 Analisis data berkaitan dengan
faktor-faktor ponteng sekolah 43
4.3.1 Faktor sikap pelajar 44 – 45
4.3.2 Faktor rakan sebaya. 46 – 48
4.3.3 Faktor ibu bapa. 49 – 50
4.3.4 Faktor guru 51 – 52
4.4 Analisis berkaitan dengan cadangan mengatasi ponteng 53 – 55
4.5 Analisis berkaitan pandangan responden
melalui soalan terbuka soal selidik. 56 – 59
4.6 Penutup 60 – 61
BAB 5 : PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 62
5.1 Pengenalan 62
5.2 Ringkasan 63
5.3 Perbincangan 64
5.4 Faktor sikap pelajar 64
5.5 Faktor rakan sebaya 65 – 66
5.6 Faktor ibu bapa 67
5.7 Faktor guru 68
5.8 Cara-cara mengatasi masalah ponteng sekolah. 69 – 70
5.9 Rumusan 71 – 72
5.10 Cadangan 73
5.10.1 Sikap pelajar 74
5.10.2 Rakan sebaya 75
5.10.3 Ibu bapa 75
XII
5.10.4 Guru 76 – 77
5.11 Masalah-masalah kajian 78
5.12 Kajian lanjutan 78
5.13 Penutup 79
RUJUKAN 80 - 86
LAMPIRAN A 87 – 93
LAMPIRAN B 94 – 96
LAMPIRAN C 97 – 98
LAMPIRAN D1 99
LAMPIRAN D2 100
XIII
SENARAI SIMBOL
SINGKATAN PENERANGAN
FPN Falsafah Pendidikan Negara
IPT Institusi Pengajian Tinggi
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
JPNJ Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
HEM Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
UTM Universiti Teknologi Malaysia
PPDJB Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru
SPSS Statistical Packages For The Social Science
XIV
SENARAI JADUAL
JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.4.1 Jadual bilangan sampel kajian 30 3.6.1 Pengelasan item soal selidik. 32 3.6.2 Skala Likert 32 3.8.1 Nilai alpha bagi kajian rintis. 33 3.9.1 Tahap penilaian responden berdasarkan min 34 3.9.2 Tahap penilaian responden berdasarkan
Peratus 34
4.1.1 Taburan bilangan dan peratusan mengikut
sekolah. 37
4.2.1 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan jantina. 38
4.2.2 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan keturunan. 38
4.2.3 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan jenis penjagaan. 39
4.2.4 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan jenis kawasan tempat tinggal. 39
4.2.5 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan jumlah adik beradik. 40
XV
4.2.6 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan jenis pekerjaan bapa. 40
4.2.7 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan jenis pekerjaan ibu. 41
4.2.8 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan jumlah pendapatan bapa. 41
4.2.9 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan jumlah pendapatan ibu. 42
4.2.10 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan jarak rumah dari sekolah. 42
4.2.11 Taburan bilangan dan peratusan responden
berdasarkan cara pelajar datang ke sekolah. 43
4.3.1 Jadual Skala Likert. 44 4.3.2 Jadual gabungan skala likert. 44 4.3.3 Jadual analisis data berkaitan dengan faktor
sikap pelajar. 44
4.3.4 Jadual analisis data berkaitan dengan faktor
rakan sebaya. 47
4.3.5 Jadual analisis data berkaitan dengan faktor
ibu bapa. 49
4.3.6 Jadual analisis data berkaitan dengan faktor
guru. 51
4.4.1 Jadual analisis data berkaitan dengan cara
untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. 54
XVI
4.5.1 Pandangan pelajar-pelajar terhadap masalah
ponteng sekolah. 57
4.5.2 Pandangan guru-guru terhadap masalah
ponteng sekolah. 58
4.5.3 Pandangan guru terhadap cara untuk
mengatasi masalah ponteng. 59
4.6.1 Jadual perbandingan nilai min. 60
XVII
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT A Soal selidik pelajar 87
B Soal selidik guru 94
C Hasil analisis data 98
D1 Surat kebenaran menjalankan kajian dari JPNJ 99
D2 Surat kebenaran menjalankan kajian dari UTM 100
BAB I
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu pengetahuan dan juga
merupakan institusi pendidikan masyarakat yang akan membentuk pola budaya
generasi akan datang. Sekolah juga merupakan tempat untuk memperkembangkan
potensi pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual seterusnya dapat
memberi sumbangan yang bermakna kepada pembangunan dan kesejahteraan negara.
Sekolah sebagai institusi pelaksana terhadap harapan negara perlu
menyediakan landasan disiplin kepada masyarakat remaja sekolah dan hasrat ini
telah diungkapkan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Hasrat untuk
merealisasikan matlamat dan harapan FPN adalah suatu tugas yang mencabar dan
memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit dari gologan pendidik. Banyak cabaran
dan halangan yang perlu dihadapi untuk mewarnai masa depan pelajar dan sifat
warganegara generasi di masa depan.
Namun begitu, tidaklah mudah untuk mencapai matlamat bagi melahirkan
manusia terdidik dan berguna yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Kerajaan menghadapi pelbagai cabaran berat untuk menangani pelbagai
salah laku pelajar yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Masalah
sosial yang melibatkan golongan remaja kian meningkat di negara kita. Pelbagai
masalah yang sering dikaitkan dengan remaja misalnya ponteng sekolah, lari dari
rumah keluarga, terlibat dengan gejala dadah dan berkecimpung dalam kegiatan seks
diluar nikah hingga membawa kehamilan, keguguran dan membuang anak semakin
berleluasa.
Ponteng merupakan satu masalah yang telah diperdebatkan sejak tahun 70-an
lagi. Masalah ponteng ini dihadapi oleh semua sektor pengajian tidak kira
diperingkat rendah, menengah mahupun diperingkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Berdasarkan kertas kerja Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia (Abdul Raof Husin, 1999), bilangan kes ponteng sekolah adalah kategori
salah laku yang paling tinggi iaitu sebanyak 38053 kes.
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995: Menangani Masalah
Ponteng Sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995), ponteng sekolah
merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika dibiarkan ia akan
menjadi satu amalan dan tabiat. Ianya boleh membawa kesan negatif terhadap diri
pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah. Seterusnya perlakuan tersebut
memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat bertanggungjawab, akan ketinggalan
dalam pelajaran dan paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-
kegiatan yang negatif.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Mohd Khir dalam
Utusan Malaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini berada pada tahap kritikal dan
dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia yang penuh dengan
masalah. Pelajar sekolah menengah terutamanya diperingkat usia 14 dan 15 tahun,
dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan gejala ponteng (Berita
Harian, 2 April 2001).
Usaha bersepadu seluruh masyarakat amat diperlukan bagi mencari punca
sebenar masalah ponteng ini agar dapat ditangani diperingkat akar umbi kerana ia
dikhuatiri menyebabkan masalah yang lebih serius. Justeru itu, jika usaha
menanganinya tidak dapat dilaksanakan segera, kemungkinan perangkaan ini terus
meningkat dan memberi kesan kurang baik kepada sistem pendidikan negara dan
masa depan generasi muda.
1.2 Latar belakang
Dewasa ini kemerosotan disiplin dikalangan pelajar sekolah adalah
disebabkan oleh salah laku ponteng sekolah. Mengikut Sufean Hussin (1993) salah
laku ponteng masih berlaku dengan ketara walaupun Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang digubal telah dilaksanakan sejak tahun 1989. Yaakub
Hj.Yusof (1997) menyatakan 50% pelajar yang mempunyai masalah samada di
rumah ataupun di sekolah.
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi ada pelajar yang akan mencari jalan
keluar yang merugikan diri mereka iaitu lari dari sekolah atau bergiat dengan
perkara-perkara yang tidak berfaedah. Menurut Dokumen Jabatan Pendidikan Negeri