PSZ 19:16 ( Pind. 1/97 ) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA Catatan : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau laporan Projek Sarjana Muda ( PSM ) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL : Membangun Buku Panduan Pengurusan Pembangunan Sahsiah Pelajar Asrama Secara Holistik Di SM.Vokasional Perdagangan Johor Bahru SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya HUSSIN BIN SARJU______ _ ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ ) SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan ) √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ _____________________________ ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap : 104 Parit Maimon DR. ROHANA BINTI HAMZAH 83500 Parit Sulong NAMA PENYELIA Batu Pahat, Johor. Tarikh : 13 JUN 2013 Tarikh : 13 JUN 2013
45
Embed
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Bin Sarju.TP.pdfDengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PSZ 19:16 ( Pind. 1/97 )
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Catatan : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL : Membangun Buku Panduan Pengurusan Pembangunan Sahsiah
Pelajar Asrama Secara Holistik Di SM.Vokasional Perdagangan Johor Bahru
SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya HUSSIN BIN SARJU______ _ ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan ) √ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh ____________________________ _____________________________ ( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA )
Alamat Tetap : 104 Parit Maimon DR. ROHANA BINTI HAMZAH 83500 Parit Sulong NAMA PENYELIA Batu Pahat, Johor.
Tarikh : 13 JUN 2013 Tarikh : 13 JUN 2013
“ Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya/Kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
MEMBANGUN BUKU PANDUAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR ASRAMA SECARA HOLISTIK DI SM.VOKASIONAL
PERDAGANGAN JOHOR BAHRU
HUSSIN BIN SARJU
Kajian ini dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik Dan Vokasional)
Fakulti Pendidikan UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2013
ii
PENGAKUAN (DECLARATION)
I declare that this thesis Membangun Panduan Pengurusan Pembangunan Sahsiah
Pelajar Asrama Secara Holistik Di SM. Vokasional Perdagangan Johor Bahru is the
result of my own research except as cited in the references.The thesis has not been
accepted for any degree and is not concurrently submitted in candidate of any other
degree.
Signature : ………………….……
Name : HUSSIN BIN SARJU Date : 13 JUN 2013
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat Ibunda dan Ayahanda
Fatimah binti Seni
Sarju bin Kamni
Segala dorongan, pengorbanan dan doa mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini, tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata.
Hanya Allah S.W.T sahaja yang maha mengetahui dan dapat
membalasnya serta maafkanlah segala kesilapan yang lalu.
Buat isteri tercinta serta putera dan puteri ku tersayang,
Siti Mazura binti Misran
Fatin Nabila, Ahmad Rafiq, Fatin Raihanah, Ahmad Lutfi dan Ahmad Syamil
yang sentiasa memahami situasi dan tanggungjawab
serta mendorong dengan memberi kerjasama dan sokongan sepanjang
pengajian ini. Sesungguhnya ini adalah hadiah dan motivasi untuk kalian.
bagi mencipta kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Terima Kasih
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur kepada Allah Yang Maha Berkuasa kerana dengan rahmat dan
limpah izinNya dapat penulis menyempurnakan projek penulisan ini. Penulis
seterusnya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada penyelia kajian ini Dr. Rohana binti Hamzah di atas segala
tunjuk ajar, bimbingan, dorongan, galakan, dan penyemakan serta teguran membina
yang dibuat ke atas draf laporan ini dengan teliti sehingga penulis dapat
menyempurnakan penulisan ini dengan jayanya. Ucapan penghargaan juga diberikan
kepada rakan-rakan seperjuangan En Ismail bin Sabri, En Zulfadli bin Othman, Pn
Sazarina binti Jamaludin, Cik Nurzaimah binti Ahmad Fuad, Cik Siti Nurul Huda
binti Mohd Yusof dan Cik Faizon Baso Sultan Bakri yang telah banyak memberikan
kerjasama sepanjang proses penulisan dijalankan. Tidak lupa juga penulis
mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah, staf dan rakan-rakan yang telah
membantu dan memberikan kerjasama sepanjang tempoh projek penulisan ini.
Penghargaan diberikan kepada Pengetua Sekolah Menengah Vokasional
Perdagangan Johor Baharu kerana membenarkan kajian ini dijalankan di sekolah ini.
Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan guru terutamanya Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Ketua Bidang Teknik dan Vokasional, semua warden asrama kerana
memberikan kerjasama dalam kajian ini. Akhir sekali penulis ingin merakamkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada semua individu yang telah memberikan bantuan
sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sehingga kajian ini dapat
disempurnakan. Semoga jasa baik kalian akan mendapat ganjaran yang sewajarnya
daripada Allah.
v
ABSTRAK
Membangunkan modal insan yang bersifat holistik dan universal menjadi agenda
utama pendidikan hari ini. Dalam era dunia tanpa sempadan, pelajar SM. Vokasional
perlu mampu memenuhi keperluan global, memiliki kemahiran tinggi, berdaya saing
di samping memiliki keperibadian yang luhur. Kejayaan dan kehormatan sesebuah
bangsa bukan sahaja terletak pada kecanggihan yang berbentuk material akan tetapi
ianya juga dilihat pada ketinggian nilai akhlaknya. Oleh yang demikian, kajian ini
berkisar mengenai keperluan kesedaran dan pengamalan hidup beragama dalam
kalangan pelajar agar mereka terbentuk menjadi pelajar yang seimbang. Mereka
dapat menggunakan sumber alam dan memelihara hubungan sesama rakan semata-
mata kerana mengikut perintah Pencipta. Dalam usaha membentuk keperibadian
tinggi ini satu Buku Panduan Pengurusan Pembangunan Sahsiah Pelajar Secara
Holistik telah dibangunkan sebagai panduan kepada pihak pengurusan asrama dalam
merealisasikan pembangunan modal insan yang mempunyai akhlak mulia. Kajian
ini melibatkan responden seramai 62 orang, di mana 30 orang merupakan kumpulan
kawalan dan 32 orang merupakan kumpulan kajian. Kajian ini dijalankan di asrama
SM. Vokasional Perdagangan Johor Bahru selama empat minggu dengan
berpandukan buku panduan yang telah dibangunkan. Seramai 2 orang penceramah,
seorang fasilitator dan 4 orang warden terlibat..Pemantauan, bimbingan dan nasihat
telah dijalankan sepanjang program, meliputi latihan kesedaran dan pengamalan
hidup beragama. Ia melibatkan elemen tanggungjawab diri terhadap Pencipta
membawa kesempurnaan kepada tanggungjawab diri terhadap rakan dan alam. Data
kuantitatif telah dikutip menggunakan instrumen ujian pra (pre test) dan ujian pasca
(post test). Analisis data diproses menggunakan perisian SPSS 15.0. Didapati
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesedaran dan pengamalan hidup
beragama selepas implementasi Buku Panduan Pengurusan Pembangunan Sahsiah
Pelajar secara Holistik dalam kalangan kumpulan kajian dan kumpulan kawalan.
Buku Panduan ini boleh digunakan sebagai medium pengukuhan dan sokongan
kepada Buku Panduan Pengurusan Asrama yang sedia ada di SM Vokasional Dan
Teknik Kementerian Pelajaran Malaysia.
vi
ABSTRACT
Developing a society with holistic and universal characteristics is the main agenda in
the education world nowadays. Living in a world without limitless boundaries, SM
Vokasional students should be able to fulfil the global needs, having high abilities,
able to compete with others and posses good manners and behaviours. The success
and honour of a nation does not only rely on the state of the art technologies but also
being valued through the high value of its morals. Therefore, this research is directly
aiming to highlight the importance of awareness and the application of living
religiously among the students so that it would contribute in making them into well
balanced students. The students can use their nature resources and having good
relationships between themselves in accordance to the Creator. In order to have
students of having high moral attributes, a guide book entitled ‘Buku Panduan
Pengurusan Pembangunan Sahsiah Pelajar Secara Holistik’ was created as a
guideline for the hostel management. The respondents of this research were 62
people whereby, 30 of them were from a controlled group and the remaining 32
people were in the research group. This research was carried out at SM Vokasional
Perdagangan Johor Bahru’s hostel for the duration of four weeks and was based on
the guideline book that was created earlier on. 2 invited speakers, a facilitator and 4
wardens were involved also. Observation, guidance and giving advices were being
carried out and done on the awareness and the application of the student’s religious
beliefs throughout the program. It covered the elements of responsibility towards the
Creator and how it directly led to the perfection of having the responsibility of
oneself to the peers and nature. Quantitative data was collected using the pre test and
post test instrument. The data analysis was done using the SPSS 15.0. It was found
out that there was a very signified difference between the awareness and the
application of living religiously after the implementation of using ‘Buku Panduan
Pengurusan Pembangunan Sahsiah Pelajar Secara Holistik’ among the research and
controlled group. This guide book can be used as a medium of strengthening and
support to the already existed ‘Buku Panduan Pengurusan Asrama at SM Vokasional
and Teknik Kementerian Pelajaran Malaysia’.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.7.1 Pelajar asrama
1.7.2 Warden
1.7.3 Pihak Pengurusan Asrama Dan Sekolah
1
5
10
11
12
13
14
viii
1.7.4 Ibu bapa
1.8 Skop Kajian
1.9 Batasan Kajian
1.10 Kerangka Konsep Kajian
1.10.1 Kerangka Operasi Pembangunan Pengurusan
Sahsiah Pelajar Di Asrama
1.11 Definisi Operasi
1.11.1 Panduan
1.11.2 Pengurusan
1.11.3 Pembangunan Sahsiah
1.11.4 Asrama
1.11.5 Holistik
1.11.6 Kepimpinan
1.11.7 Pengetua
1.11.8 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM)
1.11.9 Warden
1.11.10 Konteks, Input, Proses Dan Produk
1.12 Kesimpulan
15
16
20
22
23
24
25
25
26
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Pengurusan
2.2.1 Fungsi Pengurusan Sekolah
2.3 Pemimpin
2.3.1 Pemimpin Asrama
2.4 Budaya Belajar Masa kini
2.4.1 Pelajar Asrama
2.4.2 Membangun Potensi Diri Insan
2.5 Kepentingan Sistem Pengurusan Berkesan Dalam
Membangun Pelajar Asrama
2.6 Hubungan Ilmu Dan Insan Soleh
2.7 Insan Bersahsiah
27
29
30
31
33
35
37
40
42
ix
2.8 Kesedaran Hidup Beragama
2.9 Pengamalan Hidup Beragama
2.10 Kesimpulan
44
46
47
49
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan
3.2 Kaedah Kajian
3.3 Reka bentuk Kajian
3.4 Populasi Kajian
3.5 Pensampelan Kajian
3.6 Instrumen Kajian
3.6.1 Pembinaan Soal Selidik
3.6.2 Taburan Item Soal Selidik
3.6.3 Kesahan Instrumen Kajian Dan
Kebolehpercayaan Instrumen Kajian
3.6.4 Kajian Rintis
3.6.5 Panduan Pengurusan Pembangunan Sahsiah
Pelajar
3.7 Analisis Data
3.7.1 Skala Pengukuran Nilai Min
3.8 Prosedur Kajian
3.8.1 Jangka masa kajian
3.9 Pertimbangan Etika
3.10 Kesimpulan
50
51
54
55
56
58
59
60
61
62
63
x
BAB 4 PEMBANGUNAN DAN IMPLIMENTASI BUKU
PANDUAN PNGURUSAN SAHSIAH PELAJAR SECARA
HOLISTIK
4.1 Pengenalan
4.2 Prosedur Pembangunan Panduan Pengurusan Sahsiah
Pelajar
4.2.1 Konteks
4.2.2 Input
4.2.2.1 Kesedaran Amalan Hidup Beragama
4.2.3 Proses
4.2.3.1 Latihan Amalan Hidup Beragama
4.2.4 Produk
4.2.4.1 Pembangunan Panduan Pengurusan
Sahsiah Pelajar Secara Holistik
4.3 Penilaian Buku Panduan Pengurusan Pembangunan
Sahsiah Pelajar Secara Holistik
4.4 Implementasi Panduan Pengurusan Pembangunan
Sahsiah Pelajar Secara Holistik
4.4.1 Sebelum Implementasi
4.4.2 Implementasi Panduan Pengurusan
Pembangunan Sahsiah Pelajar Secara Holistik
4.5 Kesimpulan
65
66
67
68
70
71
74
75
76
77
79
xi
BAB 5 ANALISIS DATA
5.1 Pengenalan
5.2 Analisis Data Dan Rumusan Penilaian Latihan
Pengamalan Hidup Beragama
5.3 Analisis Soal Selidik Ujian Pra (Pre Test) dan Ujian
Pasca (Post test)
5.3.1 Bahagian A; Maklumat Responden
5.3.2 Bahagian B; Kesedaran Dan Pengamalan Diri
Terhadap Konsep Hidup Beragama
5.3.2.1 Analisis Kesedaran Diri Terhadap
Hidup Beragama
5.3.2.2 Analisis Pengamalan Diri
Terhadap Hidup Beragama
5.4 Tahap Kesedaran Dan Pengamalan Hidup Beragama Di
Kalangan Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas
Mengikuti Program Kesedaran Pengamalan Hidup
Beragama
5.5 Perbandingan Perbezaan Kesedaran Dan Pengamalan
Terhadap Konsep Hidup Beragama
5.5.1 Kesedaran Diri Terhadap Konsep Hidup
Beragama
5.5.2 Pengamalan Diri Terhadap Konsep Hidup
Beragama
5.6 Kesimpulan
86
88
91
98
106
108
110
112
xii
BAB 6 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pengenalan
6.2 Rumusan
6.2.1 Tahap Kesedaran Hidup Beragama Di Kalangan
Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas Mengikuti
Program Kesedaran Pengamalan Hidup
Beragama
6.2.2 Tahap Pengamalan Hidup Beragama Di Kalangan
Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas Mengikuti
Program Kesedaran Pengamalan Hidup
Beragama
6.2.3 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan
Terhadap Kesedaran Hidup Beragama Di
Kalangan Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas
Mengikuti Program Kesedaran Pengamalan
Hidup Beragama
6.2.4 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan
Terhadap Pengalaman Hidup Beragama Di
Kalangan Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas
Mengikut Program Kesedaran Pengamalan
Hidup Beragama
6.3 Perbincangan
6.3.1 Tahap Kesedaran Hidup Beragama Di Kalangan
Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas Mengikuti
Program Kesedaran Pengamalan Hidup
Beragama
6.3.2 Tahap Pengamalan Hidup Beragama Di Kalangan
Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas Mengikuti
Program Latihan Pengamalan Hidup Beragama
6.3.3 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan
Kesedaran Hidup Beragama Di Kalangan Pelajar
Asrama Sebelum Dan Selepas Mengikuti
Program Kesedaran Pengamalan Hidup
113
114
115
116
117
118
120
122
126
xiii
Beragama
6.3.4 Adakah Terdapat Perbezaan Yang Signifikan
Pengamalan Hidup Beragama Di Kalangan
Pelajar Asrama Sebelum Dan Selepas Mengikuti
Program Latihan Pengamalan Hidup Beragama
6.4 Cadangan Penambahbaikan Buku Panduan Pengurusan
Pembangunan Sahsiah Pelajar Secara Holistik
6.4.1 Memperuntukkan Masa Yang Lebih Panjang
6.4.2 Pemantauan, Mentor Dan Mentee Berterusan
6.4.3 Mentor Yang Berilmu Dan Berkemahiran
6.4.4 Pihak Pengurusan Asrama SM. Vokasional
Perdagangan Johor Bahru
6.5 Kesimpulan
132
138
139
140
RUJUKKAN
LAMPIRAN
142
150
xiv
SENARAI JADUAL
NO JADUAL
TAJUK MUKA SURAT
1.1
2.1
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.7
3.8
Laporan Salah Laku Mengikut Kategori Dan Perincian Kesalahan Di Smv Perdagangan Johor Bahru Perkaitan Hubungan Manusia Dengan Insan Bersahsiah Atau Insan Soleh Reka Bentuk Kumpulan - Kawalan Ujian Pra-Ujian Pasca (Pre test –Post test) Komponen Kawalan Kajian Polulasi Kajian Dan Sampel Taburan Item-Item Soal Selidik Pemilihan Skala Likert Untuk Setiap Item Daripada Bahagian II Dan Bahagian III Pekali Kebolehpercayaan Dan Alfa Setiap Aspek Kaedah Analisis Data Skala Pengukuran Nilai Min
7
45
52
53
54
57
58
59
61
4.1 Perancangan Prosedur Kajian
70
4.2 Borang Skor Mengikut Wajaran 72
4.3 Ulasan Pakar Terhadap Buku Panduan Pengurusan Pembangunan Sahsiah Pelajar Secara Holistik
77
4.4 Jadual Perjalanan Implementasi buku Panduan
Pengurusan Pembangunan Sahsiah Pelajar Secara Holistik
4.5 Taburan Sampel Mengikut Kamar (Dorm) 79
xv
4.6 Bilangan Dan Tarikh Penilaian Akhlak Terpuji Pelajar
84
5.1 Pencapaian Pengamalan Hidup Beragama Di
Kalangan Pelajar 86
5.2 Pencapaian Akhlak Terpuji Mengikut Gred 87
5.3 Maklumat Penghuni Kamar (Dorm) 88
5.4 Maklumat Aliran/Jurusan 89 5.5 Sebab Tinggal Di Asrama SM. Vokasional
Perdagangan Johor Baru
5.6 Maklumat Pendidikan Tertinggi Ibu Bapa Atau Penjaga
90
5.7 Maklum Balas Responden Terhadap Kesedaran Diri Terhadap Pencipta
92
5.8 Maklum Balas Responden Terhadap Kesedaran Diri Terhadap Tanggungjawab Kepada Rakan
94
5.9 Kesedaran Tanggungjawab Diri Kepada Alam
96
5.10 Maklum Balas Responden Terhadap Amalan Diri Terhadap Pencipta
98
5.11 Maklum Balas Responden Terhadap Amalan Diri Terhadap Rakan
101
5.12 Maklum Balas Responden Terhadap Kesedaran Diri Terhadap Alam
104
5.13 Maklum Balas Responden Terhadap Kesedaran Tanggungjawab Diri Terhadap diri Konsep Hidup Beragama
106
5.14 Maklum Balas Responden Terhadap Pengamalan Tanggungjawab diri Terhadap Konsep Hidup Beragama
107
5.15 Analisis t Ujian Pra (Pre-Test) Terhadap Kesedaran diri terhadap Hidup Beragama
108
5.16 Analisis t Ujian Pasca (Post-Test) Terhadap Kesedaran diri terhadap Hidup Beragama
109
5.17 Analisis t Ujian Pra (Pre- Test) Terhadap Pengamalan diri Terhadap Hidup Beragama
110
5.18 Analisis t Ujian Pasca (Post- Test) Terhadap Pengamalan diri Terhadap Hidup Beragama
111
xvi
SENARAI SINGKATAN
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
PKHEM - Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SM - Sekolah Menengah
SMV - Sekolah Menengah Vokasional
SPSS - Statistical Packages For the Social Sciences
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
LAMPIRAN A Set Borang Soal Selidik 150
LAMPIRAN B Borang Keesahan Kandungan Soal Selidik 157
LAMPIRAN C Borang Keesahan Kandungan Panduan Pengurusan 159 Pembangunan Sahsiah Pelajar SM. Vokasional Perdagangan Johor Baru LAMPIRAN D Kertas Kerja Cadangan Pemantapan Kualiti Modal 161 Modal Insan SM. Vokasional Perdagangan Johor Bahru LAMPIRAN E Laporan Salah Laku Mengikut Kategori Dan 171 Perincian Kesalahan
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan begitu penting dan menjadi agenda utama dalam merencana
kemajuan dan ketamadunan sesebuah bangsa. Ketamadunan bangsa dipengaruhi
oleh kualiti pendidikan. Pendidikan berkualiti , meningkatkan penggunaan ilmu di
kalangan ahli masyarakat sebagai landasan kehidupan. Maka mereka akan mampu
membuat keputusan yang lebih tepat untuk membawa negara ke arah kemajuan yang
lebih bermakna (Wan Hassan, 2007). Oleh itu, pendidikan yang berkualiti tinggi
mampu melahirkan insan berkeperibadian mulia, berakhlak luhur dan memiliki
nilai-nilai moral yang teguh. Membangunkan insan yang cemerlang bukan sahaja
menuntut kecemerlangan dari segi akademik bahkan memiliki keupayaan intelektual
dalam menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan serta mampu bersaing di
peringkat antarabangsa (Sufean, 2003).
Sehubungan dengan itu, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada tahun 1995
menyatakan bahawa pendidikan memerlukan usaha-usaha strategik untuk
mengglobalisasikan pendidikan bertaraf dunia. Di samping itu, rakyat Malaysia
2
perlu membuka minda dan menyahut cabaran untuk meneroka ilmu pengetahuan
walau di mana sahaja sehingga di pelusuk dunia. Dalam usaha menyahut cabaran
Wawasan 2020, rakyat Malaysia haruslah menjadi sebuah masyarakat yang berjiwa
bebas, tenteram, maju, berkeyakinan tinggi dan tidak bersikap mementingkan diri
sendiri (Ismail Abas, 2007).
Di samping itu, masyarakat Malaysia haruslah mempunyai kepakaran dalam
bidang sains dan teknologi tanpa mengabaikan nilai-nilai budi pekerti yang luhur
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat utama pendidikan ialah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh berdasarkan kepatuhan
kepada Tuhan. Oleh itu, pemimpin sebagai pengurus organisasi sekolah mestilah
memahami tugas dan tanggungjawab membentuk tingkah laku pelajar melalui satu
pengurusan yang terancang. Menurut Hamedah dan Normah (2009), pengurusan
yang terancang dan efektif dapat membentuk pelajar menjadi warga negara yang
baik. Secara tidak langsung perasaan dihargai dan menghargai dapat disemai dalam
diri pelajar serta sikap sedia menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara
dapat disuburkan.
Secara amnya, pengurusan bukanlah satu persoalan yang mudah untuk di-
huraikan. Ianya boleh dilihat dan perlu difahami daripada pelbagai aspek dan juga
jenis aktiviti pengurusannya. Pengurusan boleh didefinisikan sebagai suatu seni
untuk mencapai satu matlamat, suatu perubahan dan juga kejayaan. Pengurusan juga
membawa maksud suatu proses untuk mendapatkan modal dengan menggembleng
segala input di dalam sesebuah organisasi dengan cara yang paling optimum untuk
mencapai objektif organisasi (Fadilah Mansor, 2011). Menurut Gorgge dan Jones
(2006), pengurusan merupakan satu proses yang melibatkan perancangan,
pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan modal insan serta sumber-sumber
yang lain untuk mencapai matlamat organisasi secara cekap dan berkesan.
Pengurusan menurut Islam perlulah bersandarkan kepada pengetahuan dan
pemahaman bahawa seseorang manusia itu merupakan khalifah Allah yang
bermaksud pemimpin perubahan di bumi ini (Muhamadul Bakir dan Khatijah
Othman, 2009). Hal ini menunjukkan bahawa, semua manusia secara “fitrahnya”
3
adalah berpotensi menjadi pemimpin seterusnya menjadi pengurus. Sesungguhnya
paksi kepimpinan pengurusan dalam Islam merujuk kepada personaliti insan yang
digelar “khalifah Allah” seperti firman Allah yang bermaksud:
Ingatlah ketika Tuhan mu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
(Al-Baqarah:30)
Oleh itu, “khalifah” mempunyai tanggungjawab untuk menguruskan segala
aktiviti kehidupan dirinya dan juga ummah dalam ruang lekupnya yang menyeluruh.
Ianya bukan hanya memenuhi keperluan diri, keluarga, bangsa, organisasi dan
negara tetapi meliputi keperluan ummah sejagat. Dengan lain perkataan pengurusan
menurut Islam meletakan misi universal iaitu memenuhi peranan dan tanggungjawab
pemimpin perubahan sebagai matlamat organisasi.
Menurut Adnan Alias (2002), ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang
pemimpin ialah ilmu pengetahuan, berwawasan, realistik, merancang dan berhemah,
jelasnya sikap dan gaya kepimpinan yang baik akan menghasilkan organisasi yang
baik. Menurut Aminah (1997), setiap individu perlu mengetahui dengan jelas
potensi diri, kewajipan sebagai khalifah seterusnya menterjemahkan tingkah laku
tersebut kepada amalan kehidupan seharian.
Maka, tidak dapat dinafikan bahawa pelajar pada hari ini merupakan
pemimpin pada masa hadapan. Mereka seharusnya diberi pendidikan dan
bimbingan secukupnya agar mereka bersedia dan mampu menghadapi cabaran yang
pada masa hadapan. Oleh itu, beberapa aspek perlu diberi penekanan dalam
perancangan pengurusan pelajar yang bermula daripada perancangan, pengelolaan,
4
pentadbiran, pengawalan serta pemulihan . Jelasnya strategi perancangan yang atik
mampu mencapai objektif dan matlamat organisasi.
Berdasarkan kepada kenyataan di atas, setiap organisasi sekolah
mengharapkan mereka mampu melahirkan modal insan yang seimbang dan harmoni.
Terutamanya bagi sekolah yang menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar.
Tugas mendidik pelajar yang tinggal di asrama bukanlah satu tugas yang boleh
diambil mudah. Ianya memerlukan pemimpin yang boleh membina satu
pengurusan yang sistematik untuk menghasilkan modal insan yang seimbang.
Menurut Hussian (1993), pemimpin sekolah mempunyai tanggungjawab untuk
membentuk iklim dan budaya sekolah yang selesa dan harmoni. Pemimpin dalam
pengurusan sekolah juga menjadi pemangkin untuk membangun kecemerlangan
sahsiah pelajar di sekolah manakala warden pula menjadi pengganti ibu bapa apabila
pelajar berada di asrama.
Oleh yang demikian, pengurusan asrama yang cekap dan berkesan adalah
hasil daripada pengurusan modal insan yang teratur dan dinamik. Bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang dari segi akhlak, sahsiah dan akademiknya, aspek
akidah perlu diberi penekanan. Menurut Mohd. Ismail (2006), proses
membangunkan insan hendaklah selari dengan kehendak agama. Hal ini disebabkan
oleh kekuatan kerohanian dan spiritual menjadi asas kepada pembentukan peradaban
bangsa dan ummah yang mampan. Pelajar yang memiliki akhlak dan keperibadian
yang cemerlang bukan sahaja mampu memimpin dirinya bahkan boleh memimpin
rakan di sekelilingnya untuk mempengaruhi perubahan sosial ke arah yang lebih
baik, adil dan harmoni. Pelajar juga dapat menunjukkan tingkah laku yang baik,
tutur kata secara berhemah di samping tindak tanduk yang terkawal. Oleh itu, perlu
ada satu panduan yang jelas dalam pengurusan asrama yang boleh dijadikan
panduan kepada para pemimpin khasnya warden asrama dalam usaha melahirkan
pelajar yang seimbang dan harmoni seperti yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
5
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Baharom dan Mohammad Johdi (2009) pada tahun 2005 sahaja
seramai 32,808 penagih dadah di seluruh Negara. 68.10% merupakan penagih dadah
berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kajian yang dilakukan oleh Azizi dan
Abdul Latif (2005), pula menunjukkan perlakuan buli secara verbal sering berlaku di
kalangan pelajar sekolah menengah. Sedikit sebanyak peningkatan tingkah laku
negetif di kalangan pelajar disumbangkan oleh kegagalan pihak pengurusan dan
guru dalam menerapkan gaya didikan nilai murni dalam diri pelajar (Khalim dan
Wan Zulkifli, 2009). Situasi ini turut melibatkan pihak pengurusan asrama dalam
melaksanakan urusan pentadbiran pelajar.
Sehubungan dengan itu, aktiviti pengurusan perlu berupaya mengurus dan
membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh dengan menyemai unsur
keilmuan dalam jiwa pelajar. Menurut Zainal (1996), pelajar seharusnya bijak
menggunakan kemudahan yang ada untuk mengilap dan membangun potensi diri
untuk cemerlang dalam bidang akademik dan juga sosial. Oleh hal itu, pengurusan
asrama sepatutnya dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat
menggalakkan pelajar untuk membangunkan potensi diri, berketerampilan,
berinovasi dan berakhlak mulia (Zainal, 1996). Kejayaan pembangunan pengurusan
pelajar di asrama adalah dipengaruhi oleh kecekapan pengurusan dan komitmen
warden dalam melaksanakan segala perancangan yang telah dirangka.
Pengurusan asrama dianggap begitu mencabar dan digeruni oleh guru-guru.
Lebih-lebih lagi apabila menguruskan kelompok modal insan yang mempunyai
pelbagai latar belakang dan masalah seperti kecelaruan identiti, masalah
pembelajaran, masalah pengurusan emosi dan masalah disiplin seperti yang
terkandung dalam petikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia 1988 mengenai isu
ini:
Hari ini sekolah-sekolah menampung pelajar-pelajar yang lebih tidak seragam iaitu dari segi sosial, ekonomi dan nilai budayanya kerana peluang-peluang untuk
6
mendapatkan pelajaran adalah lebih terbuka kepada semua pelajar. Selain daripada itu faktor sekolah juga dikatakan salah satu sebab yang mempengaruhi disiplin pelajar. Antaranya ialah struktur organisasi sekolah, hukuman dan penghargaan kepada pelajar, suasana nilai dan interaksi dalam sekolah, budaya sekolah yang lebih berorientasikan akademik dan sikap, tanggapan serta harapan para guru.
( Journal of Al-Tamaddun
Universiti Malaya. Volume 3(01), 85-109)
Merujuk kepada petikan di atas, Mohd. Ismail (2006) menyatakan iklim
sekolah yang tidak kondusif, tidak mendorong wujudnya suasana pembelajaran
yang sihat menjadi punca kepada keruntuhan moral di kalangan belia. Faktor
kurangnya penghayatan agama dan pegangan akidah dalam diri pelajar juga
menyumbang kepada keruntuhan moral pelajar. Oleh hal itu, menurut Hamidah
Wok dan Normah Teh (2009), adalah menjadi satu masalah kepada pengetua untuk
mendapatkan guru yang sanggup menjadi warden di sekolah berasrama.
Kehidupan di asrama juga bukanlah tempat tinggal pilihan bagi sesetengah
pelajar. Mereka terdiri daripada latar belakang keluarga, didikan serta asuhan yang
berbeza. Hal ini dibuktikan melalui tinjauan awal yang dilakukan oleh penyelidik
pada 22 Mei 2012, hampir 30% (111 pelajar daripada 391) pelajar tinggal di asrama
bukan kehendak sendiri tetapi mengikut kehendak ibu bapa. Sebenarnya, jauh di
sudut hati ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka mendapat didikan secara
maksimum semasa tinggal di asrama. Hasilnya, anak mereka boleh menjadi insan
berjiwa kental, berdikari dan menjadi insan soleh.
Senario di atas menyumbang kepada peningkatan kes salah laku di asrama
SMV Perdagangan Johor Bahru seperti yang di jelaskan melalui jadual 1.1. Iaitu
pada tahun 2012 sehingga bulan April sahaja peningkatan kes salah laku murid
meningkat 44% berbanding tahun 2011.
7
Jadual 1.1 : Laporan Salah Laku Mengikut Kategori Dan Perincian Kesalahan Di
SM.Vokasional Perdagangan Johor Bahru.
Bil
Jenis Salah laku
2011
(Tempoh Januari
2011 hingga
Disember 2011)
2012
(Tempoh Januari
2012 hingga April
2012)
1 Rokok 2 5
2 Membawa telefon bimbit 2 6
3 Tingkah laku tidak amanah/ berbohong. 5 4
4 Tingkah laku Jenayah atau mencuri 1
5 Tingkah laku jenayah bergaduh 8
6 Meniru dalam peperiksaan 1 1
7 Ponteng sekolah atau ponteng kelas 3
8 Tingkah laku kurang sopan atau biadab 4
9 Tingkah laku lucah atau berdua-duaan
yang menimbulkan syak 2 1
10 Kenakalan atau keluar sekolah atau keluar
asrama tanpa kebenaran 1 2
11 Lain-lain 1
Jumlah kes salah laku 15 34
(Sumber: Data Disiplin Murid (SSDM) SMV perdagangan Johor Baru, 2012)
Bagi membolehkan pengurusan di asrama berjalan lancar, pihak pengurusan
menyediakan peraturan dan jadual kehidupan di asrama. Jadual tersebut,
memudahkan pelajar menjalani kehidupan dengan lebih teratur tanpa diberi
peringatan pada setiap masa. Tidak dinafikan, kehidupan di asrama, dapat mendidik
pelajar mematuhi dan peraturan tinggal di asrama. jadual yang disediakan adalah
merangkumi masa belajar, masa makan, masa beribadah, masa beriadah dan masa
rehat. yang disediakan oleh pihak pengurusan asrama ini bertujuan melatih pelajar
menggunakan masa semaksimum mungkin dengan menjalani aktiviti-aktiviti
8
berfaedah, bergerak pantas serta menjalani kehidupan yang sihat. Walau bagaimana
pun, segala peraturan yang digariskan diikuti oleh sebilangan pelajar dengan
terpaksa dan bukannya dengan kerelaan hati. Menurut Khalim dan Wan Zulkifli
(2009), tujuan pelajar mematuhi segala peraturan adalah untuk mengelakkan diri
daripada dikenakan tindakan tegas Rasa diri diawasi oleh Allah tidak ada di dalam
jiwa sebilangan pelajar (Aminah, 1997). Hal ini menjadikan pelajar bertindak
mengikut arahan bila diawasi namun gagal menghayati dan sebagai personaliti diri
untuk menyuburkan amalan hidup sebagai seorang yang beragama.
Selain daripada itu, pengurusan disiplin pelajar di asrama berkonsepkan
dendaan seperti merit demerit, menjalankan kerja khidmat bakti, menandatangani
surat perjanjian, bimbingan kaunseling, gantung asrama dan alternatif terakhir ialah
buang asrama (Khalim Zainal et al, 2007). Persoalannya, adakah kaedah ini
bersesuaian terhadap semua pelajar? Adakah potensi diri pelajar dapat dibangunkan
secara holistik sekiranya perasaan pelajar diabaikan?
Sehubungan dengan itu, pengurusan perlu mengambil kira elemen sentuhan
seperti yang dinyatakan oleh Alauddin (2003), sentuhan kemanusiaan adalah lebih
bermakna berbanding dengan penalti dalam menguruskan insan. Bukanlah sesuatu
yang mudah untuk memanusiakan manusia. Sentuhan dari insan yang memiliki
kestabilan emosi, kesopanan tingkah laku, kekuatan dorongan dan kemurnian
hubungan amat penting dalam usaha membina keperibadian manusia. Allah
menjadikan fitrah kejadian manusia cenderung kepada kebaikan. Oleh kerana itu,
seharusnya setiap pelajar diurus mengikut fitrah kejadiannya. Sesungguhnya
manusia mempunyai roh yang akan mengawal pemikiran, emosi dan tingkah
lakunya (Al-Ghazali, 1981 dan Norazah, 2011). Oleh itu, pengurusan yang
mengabaikan keseimbangan spiritual akan melahirkan pelajar yang hanya cemerlang
akademik tetapi rendah nilai kerohaniannya.
Peranan pihak pengurusan amat penting dalam merealisasikan matlamat
pendidikan, pihak pengurusan bukan sahaja perlu memastikan kecemerlangan
prestasi akademik malahan kecemerlangan sahsiah dan kemenjadian pelajar. Apa
yang kita lihat pada hari ini ialah walaupun pihak pengurusan telah merancang
9
pelbagai program kecemerlangan akademik dan kemantapan sahsiah, ia seolah-olah
“mencurah air ke daun keladi” apabila dilihat sikap pelajar begitu baik bila
diperhatikan tetapi berlaku sebaliknya apabila tidak diperhatikan.
Sehubungan dengan hal itu, menurut Ahmad Tajudin dalam buku panduan
pengurusan asrama SMV dan SMT (2009), kecemerlangan pengurusan di asrama
memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan akademik dan
sahsiah murid. Beliau juga mengatakan, kecemerlangan pengurusan asrama
menjadi pemangkin pengurangan kes-kes salah laku di kalangan pelajar seterusnya
mampu meningkatkan pencapaian kurikulum, kokurikulum dan kemantapan sahsiah.
Seperti yang telah ditegaskan oleh Abdul Shukor Abdullah (1991), bahawa pihak
pengurusan atau kepimpinan sekolah menjadi faktor utama penentu kejayaan
sesebuah sekolah. Oleh hal itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa kualiti didikan
dan kepimpinan di dalam pengurusan boleh menghasilkan pelajar yang baik (Ishak
Sin, 2004).
Ironinya, walaupun pelbagai kaedah perancangan strategik telah dirancang
dan telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan, permasalahan sahsiah dan tingkah
laku pelajar masih menjadi topik utama dalam perbincangan kecemerlangan sekolah.
Merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Asrama ianya hanya menjelaskan tugas-
tugas secara ringkas dari peringkat pengurusan tertinggi hingga tugas-tugas ketua
kamar tanpa menjelaskan cara pelaksanaan dengan lebih terperinci. Ianya dilihat
terpisah-pisah dan tiada satu kerangka pengurusan asrama yang bersepadu. Tugas-
tugas yang dinyatakan lebih bersifat luaran seperti program-program peningkatan