PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: REKACIPTA ALAT SENSOR BAGI MENGUKUR JARAK BALINGAN DALAM ACARA REJAM LEMBING SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya: MOHD HAFIZ BIN MUSTAFA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO.88 KG. SG. DUA KECIL, DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR 72000 KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN. Tarikh : 24 APRIL, 2009 Tarikh : 24 APRIL, 2009 √
21
Embed
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · PDF fileberpagar (L), 110 meter lari berpagar (W), 400 meter lari berpagar, jalan kaki, lari berhalangan(L), dan lari berganti-ganti.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: REKACIPTA ALAT SENSOR BAGI MENGUKUR JARAK BALINGAN DALAM ACARA REJAM LEMBING
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya: MOHD HAFIZ BIN MUSTAFA
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO.88 KG. SG. DUA KECIL, DR. MOHAD ANIZU BIN MOHD NOR 72000 KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN. Tarikh : 24 APRIL, 2009 Tarikh : 24 APRIL, 2009
√
ii
REKACIPTA ALAT SENSOR BAGI MENGUKUR JARAK BALINGAN DALAM
ACARA REJAM LEMBING
MOHD HAFIZ BIN MUSTAFA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2009
iv
DEDIKASI
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bersyukur saya ke hadrat-Nya kerana telah memberi saya kesihatan yang baik dan
kecekalan untuk menyempurnakan kajian ini.
Buat ibu dan bapa yang dikasihi dan dihormati:
Mustafa bin Nordin
Zaiton binti Hj. Shaari
Juga kepada insan yang banyak membantu kajian ini:
Muhammad Safwan Bin Ismail (Pelajar Fakulti Elektrik)
Dr. Mohd Fauzi Othman (Pensyarah Fakulti Elektrik)
Teman-teman seperjuangan dan para pelajar Fakulti Pendidikan
Terima kasih di atas segala bantuan, dorongan, kesabaran dan sokongan yang diberikan.
Semoga Allah merahmati kalian di dunia dan akhirat.
v
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Bersyukur
saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, dapat juga saya menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pembimbing saya Dr. Mohad Anizu Bin Mohd Nor di atas segala bimbingan, nasihat,
tunjuk ajar yang diberikan dengan penuh semangat sepanjang saya menyiapkan projek
ini.
Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pelajar Fakulti Elektrik,
Muhammad Safwan Bin Ismail yang banyak membantu dan para peserta kajian yang
memberikan kerjasama dengan baik dalam menjalankan kajian ini. Terima kasih juga
kepada semua yang terlibat, segala jasa yang diberi amat dihargai.
Terima kasih semua.
vi
ABSTRAK
Teknologi rekacipta merupakan satu pendekatan yang banyak membantu
pembangunan sukan dewasa ini. Oleh itu, kajian ini merupakan satu projek merekacipta
alat menggunakan sensor jenis “wireless sensor network”. Ia bertujuan untuk melihat
keberkesanan alat bagi mengira dan mengukur jarak balingan acara rejam lembing.
Kebaikan penggunaan sensor ini adalah dapat menjimatkan masa, kosnya yang rendah
dan memudahkan urusan teknikal mengukur jarak acara rejam lembing. Penyelidik
mendapatkan persepsi terhadap alat ini daripada 20 orang siswazah-siswazah Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang dipilih secara rawak melalui soal
selidik yang diedarkan dan lapan orang daripadanya dipilih untuk melakukan pengujian
melihat keberkesanan sensor yang dijalankan di padang tapak UTM. Kajian ini
berbentuk deskriptif di mana data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan
perisian Microsoft Excel 2003. Hasil daripada penganalisaan data didapati bahawa alat
ini telah mendapat sambutan yang baik dan positif daripada kebanyakan responden. Alat
sensor ini mampu untuk mengukur jarak walaupun terdapat ralat dari segi ketepatan
berbanding ukuran jarak sebenar yang diperolehi menggunakan pita ukur. Cadangan
penyelidik supaya alat ini diubahsuai serta perlu diperbaiki lagi bagi mendapatkan mutu
hasil penyelidikan yang sempurna pada masa akan datang.
vii
ABSTRACT
Invention of Technology is a new era of helping in the development of sports. As
for that, this research is an inventry project whereby it uses wireless sensor network
which is to see the effectiveness of this device to calculate and measuring the distance
throw in the javeline event. The advantage is it saves time, low costs and makes it easier
for the technical works to measure the distance. Researcher got the perception from 20
students in Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia which were randomly
selected through a questionnaire distributed and eight students were chosen to do the
measuring test which was carried out in ‘padang tapak UTM’. This research is in
descriptive form and all the results are analysed using Microsoft Excel 2003. The result
from the analysis shows that this device receives positive feedbacks from most of the
respondents. This sensor device has the ability to measure distance eventhough there are
some errors from the real measurement which is obtained from measuring tape. The
researchers recommends that this device should be modified and changed more to yield
better results in future.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN PENULIS iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI LAMPIRAN xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI JADUAL xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Limitasi Kajian 8
1.8 Skop Kajian 8
1.9 Definisi Operasional 9
ix
2 SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Teori Rekacipta 11
2.3 Kajian Berkaitan 18
2.4 Kesimpulan 20
3 METODOLOGI KAJIAN 21
3.1 Pengenalan 21
3.2 Rekabentuk Kajian 21
3.3 Subjek Kajian 22
3.4 Tempat Kajian 23
3.5 Instrumen Kajian 23
3.6 Prosedur Kajian 30
3.7 Kaedah Pengumpulan Data 32
3.8 Kaedah Penganalisaan Data 32
3.9 Penutup 32
4 PENGANALISAAN DATA 33
4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisis Data Pengujian 34
4.3 Analisis Data Soal Selidik 35
x
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 51
5.1 Pengenalan 51
5.2 Ringkasan Kajian 51
5.3 Perbincangan 52
5.4 Masalah yang Dihadapi 54
5.5 Cadangan 56
5.6 Kajian akan Datang 57
5.7 Kesimpulan 58
5.8 Penutup 58
BIBILIOGRAFI 59
LAMPIRAN 62 - 66
xi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik
Bahagian A : Latar Belakang Responden 62-63
B Borang Soal Selidik
Bahagian B : Skala Likert 64
C Surat Kontrak Persetujuan Subjek Ujian 65
D Kos Perbelanjaan 66
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 (SKXBee) dan (‘B type’ USB kabel) 25
3.1.1 SKXBee dengan XBee module 26
3.1.2 XBee module 27
3.2 Microcontroller dengan XBee module 28
4.1 Penggunaan Sensor bagi mengukur jarak 34
4.2 Jantina Responden 35
4.3 Bangsa Responden 36
4.4 Agama Responden 37
4.5 Umur Responden 38
4.6 Tahun Pengajian/Kursus Responden 39
4.7 Responden yang pernah menyertai
Acara Rejam lembing 40
xiii
4.8 Responden yang mempunyai Pengetahuan dalam
Acara Rejam Lembing 42
4.9 Maklumbalas menyokong pembangunan rekacipta
teknologi sukan kini bagi membantu meningkatkan
prestasi sukan Negara 44
4.10 Maklumbalas terhadap keyakinan dengan
penggunaan alat sensor dalam menentukan
ukuran jarak acara rejam lembing 45
4.11 Maklumbalas suka dengan penggunaan alat sensor
bagi menentukan jarak dengan lebih cepat dalam
acara rejam lembing 46
4.12 Maklumbalas alat sensor ini membantu penyelidik
menentukan jarak balingan subjek ujian dalam
acara rejam lembing 47
4.13 Maklumbalas alat sensor ini selamat untuk digunakan
bagi menjalankan pengukuran jarak dalam
acara rejam lembing 48
4.14 Maklumbalas alat sensor ini dapat membantu dan
memudahkan urusan teknikal pengadilan dalam
menentukan pemenang acara rejam lembing 49
4.15 Maklumbalas alat sensor ini masih boleh ditingkatkan
lagi pada masa akan datang 50
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Prosedur kajian 31
4.1 Peringkat tertinggi yang dicapai jika menjawab YA 41
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sukan global kebanyakannya dikaitkan dengan kemajuan sains dan teknologi
dalam sukan yang dapat membantu meningkatkan prestasi atlit dan pencapaian sukan.
Kemajuan ini juga dapat membantu persediaan atlit dan memudahkan urusan
penganjuran suatu pertandingan sukan yang akan dianjurkan. Teknologi sukan yang
terbaru sangat diperlukan untuk memajukan sesuatu sukan.
Rekacipta adalah penghasilan sesuatu projek atau barangan baru atau
pengubahsuaian dalam bidang teknologi untuk memenuhi kehendak pengguna masa kini
dan masa hadapan. Projek yang dihasilkan adalah daripada idea yang tercetus dengan
tersendiri atau diubahsuai daripada projek yang asal dan berpotensi untuk dipasarkan.
Kini sudah terdapat alat atau instrumen yang dikomersilkan di seluruh dunia.
Teknologi didefinisikan sebagai satu kaedah saintifik bagi mencapai satu tujuan
secara praktikal (Websrter’s Ninth New Collegiate Dictionary, 1990). Daripada rekaan-
rekaan yang terdapat di pasaran sekarang membuatkan teknologi moden semakin hari
2
semakin dirasai oleh semua manusia. Pendekatan melalui alat yang berteknologi juga
mampu menarik minat atlit-atlit kita untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh.
Teknologi peralatan sukan sudah banyak dicipta untuk memudahkan latihan dan
pertandingan sesuatu sukan. Teknologi seperti bola dengan mikrocip yang menentukan
kedudukan bola juga telah digunakan dan banyak lagi teknologi yang telah dicipta untuk
memaju dan memudahkan urusan untuk meningkatkan mutu sukan itu sendiri.
Walaupun banyak barangan berteknologi untuk sukan sudah banyak dicipta dan
digunakan oleh negara-negara maju, tetapi penggunaannya di Malaysia masih di tahap
minimum.
Contohnya di Malaysia bagi acara padang seperti merejam lembing dan lempar
cakera, pengukuran jarak balingan masih diukur menggunakan cara tradisional
sedangkan di negara-negara maju atau di kejohanan besar seperti Olimpik, pengukuran
jarak balingan itu telah menggunakan teknologi moden yang canggih dengan mudah dan
cepat untuk mendapat keputusan bagi acara tersebut tanpa perlu diukur menggunakan
tali pita pengukur yang mengambil masa agak lama untuk mendapatkan keputusan.
Namun begitu, kekangan yang dihadapi adalah kos yang amat tinggi bagi
mendapatkan produk di pasaran di samping kesesuaian penggunaan alatan bagi sukan
tertentu. Penyelarasan kesesuaian bagi instrumen yang terlibat dalam sesuatu sukan bagi
memudahkan sesuatu sukan dijalankan telah memberi idea kepada penyelidik
merekabentuk alatan selaras dengan keperluan sukan tersebut.
Dalam sukan olahraga, terdapat dua kategori acara iaitu acara balapan dan acara
padang. Acara balapan merangkumi acara seperti larian 100 meter, 200 meter, 400
meter, 800 meter, 1500 meter, 3000 meter (W), 5000 meter, 10000 meter, 100 meter lari
berpagar (L), 110 meter lari berpagar (W), 400 meter lari berpagar, jalan kaki, lari
berhalangan(L), dan lari berganti-ganti. Manakala, acara padang pula merangkumi acara