Page 1
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan
tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL:
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya SITI ESHAH BINTI ISHAK
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/ Doktor falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi malaysia. 2. Perpustakaan Universiti teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tanda (√) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: PROF.MADYA SYED MOHAMAD SHAFEQ F 250 KAMPUNG SPG 3 PASIR, BIN SYED MANSOR AL-HABSHI 08400 MERBOK KEDAH. Nama Penyelia
Tarikh : 8 MEI 2006 Tarikh : 8 MEI 2006
√
HUBUNGAN KSERASIAN DARJAH KONGRUEN PERSONALITI-PERSEKITARAN DENGAN KEPUASAN KERJA DIKALANGAN LIMA JAWATAN PERUBATAN DI SALAH SEBUAH HOSPITAL DI KEDAH.
Page 2
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penyelia : PROF. MADYA SYED MOHAMAD SHAFEQ BIN SYED
MANSOR AL-HABSHI
Tarikh : APRIL 2006
Page 3
ii
HUBUNGAN KESERASIAN DARJAH KONGRUEN PERSONALITI-
PERSEKITARAN DENGAN KEPUASAN KERJA DI KALANGAN LIMA
JAWATAN PERUBATAN DI SALAH SEBUAH HOSPITAL DI KEDAH.
SITI ESHAH BINTI ISHAK
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
Page 4
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendirikecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ......................................
Nama Penulis : SITI ESHAH BINTI ISHAK
Tarikh : 24 MAC 2006
Page 5
iv
DEDIKASI
Buat insan yang dikenang
Ayah
Terima kasih atas doa dan sokongan mu
Jasa dean pengorbananmu amatlah dihargai.
Bonda
Doamu telah membuatkan ku berjaya
Jasa dan pengorbonanmu akan ku kenang selamanya
Adik-adik tersayang
Sokongan kalian amat dihargai
Rakan seperjuangan
Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan kerjasama kalian
Page 6
v
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah
S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Prof. Madya Syed
Mohamad Shafeq Bin Syed Mansor Al Habshi yang telah banyak memberikan tunjuk
ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam usaha menyiapkan kajian ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Pengarah Hospital serta kakitangan-kakitangab
hospital terutamanya yang berjawatan Jururawat, Juru x-ray, Pegawai Farmasi,
Fisioterapi dan Pembantu Perubatan yang telah banyak memberi kerjasama semasa
kajian ini dijalankan.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang
terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.
Page 7
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat hubungan darjah kongruen
personaliti persekitaran dengan kepuasan kerja di kalangan kakitangan hospital di Kedah
berdasarkan Teori Holland. Seramai 58 orang kakitangan telah mengambil bahagian
daripada 5 jawatan iaitu Jururawat, Juru x-ray, Pegawai Farmasi, Fisioterapi dan
Pembantu Perubatan. Darjah kongruen diukur menggunakan Indeks Directed Search
(SDS Form-easy) terjemahan Amla (1984, 1987) telah digunakan dan tahap kepuasan
kerja diukur dengan menggunakan instrument Job Descriptive Index (JDI). Analisa data
dibuat menggunakan “statistical packages for social sciences” (SPSS-PC+) dan kaedah
deskritif serta inferensi telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Teknik yang
digunakan ialah ujian ANOVA satu hala dan korelasi. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat hubungan yang sangat lemah antara kepuasan kerja dengan darjah kongruen di
kalangan Jururawat, bagi Fisioterapi dan Pegawai Farmasi mempunyai hubungan darjah
kongruen dan kepuasan kerja yang kuat. Manakala hubungan di antara indeks kongruen
dan kepuasan kerja di kalangan Juru x-ray dan Pembantu Perubatan adalah sederhana.
Kajian telah juga mengenalpasti kod-kod bagi pekerjaan Jururawat (SIC), Juru x-ray
(SCI), Pegawai Farmasi (ISC), Fisioterapi (SIA) dan Pembantu Perubatan (SIC) dan
dibandingkan dengan Holland dalam The Occupational Finder. Oleh yang demikian,
kesimpulan kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan antara darjah kongruen dan
kepuasan kerja pada tahap yang berbeza di kalangan kakitangan hospital. Ini
menunjukkan kekongruenan personaliti persekitaran juga memainkan peranan untuk
menentukan kepuasan kerja di hospital.
Page 8
vii
ABSTRACT
The purpose of this research is to identify the degree or congruence personality
environment with job satisfaction among hospital employees in Kedah. 58 employed
hospitals from Nurse, Radiographers, Pharmacist, Physiotherapist and Medical Assistant
were selected in this research. The level of job satisfaction measured using Job
Descriptive Index (JDI) instrument, while the degree of congruence measured using the
Index Congruence Iachan. For the research about personality employed hospital, Self
Directed Search Form-Easy are used. The data was analyzed using “Statistical Packages
Sciences” (SPSS-PC+). The technique used are one way ANOVA and correlation.
Result from this research shows that the relation between job satisfaction with degree of
congruence for Nurse are very low, for Pharmacist and Physiotherapist, the relation
between job satisfaction with degree of congruence are high. The relation between job
satisfaction with degree of congruence for Medical Assistant and Radiographer are
medium. Code for Nurse (SIC), Radiographer (SCI), Pharmacist (ISC), Physiotherapist
(SIA) and Medical Assistant (SIC) based on Holland in The Occupational Finder.
Therefore, from the research it shows that the relation between the degree of congruence
Page 9
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
Page 10
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Konsep Dalam Kajian 11
1.9.1 Kepuasan Kerja 11
1.9.2 Personaliti 11
1.9.3 Pola Personaliti 14
1.9.4 Pola Persekitaran 15
1.9.5 Tahap Kerasian 17
1.9.6 Definisi Istilah 18
1.10 Kesimpulan 20
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan 21
2.1 Latar Belakang Kajian 22
2.2 Kajian Lepas Di Luar Negeri 24
2.3 Kajian Lepas Di Malaysia 25
2.4 Kesimpulan 27
Page 11
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Lokasi Kajian 29
3.4 Sampel Kajian 29
3.5 Pengolalaan kajian 30
3.6 Instrumen Kajian 30
3.6.1 Job Descriptive Indexs (JDI) 31
3.6.2 Jadual Permarkatan JDI 33
3.6.3 Kebolehpercayaan Dan Keesahan
JDI 34
3.6.4 Self Directed Search (SDS) 34
3.6.5 Skor Manual Self Directed Search-Form
Easy 36
3.6.6 Kebolehpercayaan Dan Keesahan SDS
-Form Easy 38
3.7 Indeks Iachan 38
3.8 Penganalisa Data 40
3.9 Kesimpulan 40
BAB IV KEPUTUSAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 41
4.1 Latar Belakang Responden 43
4.2 Analisis Deskriptif Subjek 46
4.2.1 Analisis Deskriptif Tahap
Indeks Kongruen 46
4.3 Deskriptif Item Kepuasan Kerja 53
Page 12
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
4.4 Analisa Tahap 58
4.5 Analisis Inferensi-Perbezaan 60
4.6 Analisis Inferensi-Hubungan 71
BAB V PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
5.1 Pengenalan 80
5.2 Perbincangan 81
5.2.1 Perbincangan Berhubung Hasil Dapatan
Taburan Responden 82
5.2.2 Perbincangan Mengenai Tahap
Kepuasan Kerja 83
5.2.3 Perbincangan Mengenai Analisis
Kod Tiga Huruf yang Diperolehi
Pengkaji Berbanding Kod
Tiga Huruf Holland dan Analisis
Tahap Indeks Kongruen
Mengikut Jawatan 84
5.2.4 Perbincangan Mengenai Analisis
Skor Min Anova Sehala 87
5.2.5 Perbincangan mengenai hipotesis
ujian Korelasi Pearson antara
kepuasan kerja dengan indeks
kongruen. 90
5.3 Rumusan 93
5.4 Cadangan 94
5.5 Cadangan-cadangan Kajian Lanjutan 95
5.6 Kesimpulan 96
Page 13
xii
BIBLIOGRAFI 97
LAMPIRAN A
Surat Kebenaran UTM 101
LAMPIRAN B
Boring Soal selidik 104
LAMPIRAN C
The Occupations Finder 118
Page 14
xiii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Pecahan item bagi setiap diimensi 34
3.2 Pecahan item positifdan negatif mengikut dimensi 34
3.3 Pemarkatan JDI 35
3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed Search (SDS-Form
Easy)
37
3.5 Contoh penggunaan skor kasar dan subskala Self Directed
Search(SDS-Form Easy)
38
3.6 Tahap Indeks Kongruen berdasarkan Indeks Iachan 40
4.1.1 Taburan Dan Peratusan Respoden mengikut Jawatan 43
4.1.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut
Tempoh Berkhidmat
44
4.1.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 44
4.1.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur 45
4.1.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Taraf
Perkahwinan
45
4.1.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut
Kelulusan
46
4.2.2 Taburan Item Mengikut Dimensi Dan Persekitaran 47
4.2.3 Analisis Kod Tiga Huruf Pengkaji Berbanding Kod Tiga Huruf
Holland
47
4.2.4 Tahap Indeks Kongruen Mengikut Bidang Pengkhususan 48
4.2.5 Analisis Kod Tiga Huruf Dan Indeks Kongruen Bagi Jururawat 50
Page 15
xiv
4.2.6 Analisis Kod Tiga Huruf Dan Indeks Kongruen Bagi Pegawai
Farmasi
51
4.2.7 Analisis Kod Tiga Huruf Dan Indeks Kongruen Bagi Juru x-ray
51
4.2.8 Analisis Kod Tiga Huruf Dan Indeks Kongruen Bagi Fisioterapi 52
4.2.9 Analisis Kod Tiga Huruf Dan Indeks Kongruen Bagi Pembantu
Perubatan
52
4.3.1 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap Item Pekerjaan
Sekarang
53
4.3.2 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap Item Gaji Sekarang
54
4.3.3 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap Item Kenaikan
Pangkat
55
4.3.4 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap Item Penyelia dan
Penyeliaan
56
4.3.5 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap Item Rakan Sekerja 57
4.4.1 Analisis Tahap Kepuasan Terhadap Setiap Faktor Kepuasan
Kerja Dan Tahap Kepuasan Kerja Keseluruhan
58
4.5.1 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Kepuasan
Terhadap Pekerjaan Sekarang Dari Segi Jawatan
60
4.5.2 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Kepuasan
Terhadap Gaji Sekarang Dari Segi Jawatan
62
4.5.3 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Kepuasan
Terhadap Kenaikan Pangkat Dari Segi Jawatan
63
4.5.4 Analisis Ujian LSD Perbandingan Kepuasan Terhadap Kenaikan
Pangkat Dari Segi Jawatan
64
4.5.5 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Kepuasan
Terhadap Penyelia dan Penyeliaan Dari Segi Jawatan
66
4.5.6 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Kepuasan
Terhadap Rakan Sekerja Dari Segi Jawatan
67
Page 16
xv
4.5.7 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan Kepuasan
Terhadap Pekerjaan Keseluruhan Dari Segi Jawatan
69
4.6.1(a) Analisis Hubungan Antara Indeks Kongruen Dengan Setiap
Faktor Kepuasan Kerja Di Kalangan Jururawat
71
4.6.1(b) Nilai kolerasi 72
4.6.2 Analisis Hubungan Antara Indeks Kongruen Dengan Setiap
Faktor Kepuasan Kerja Di Kalangan Fisioterapi
73
4.6.3 Analisis Hubungan Antara Indeks Kongruen Dengan Setiap
Faktor Kepuasan Kerja Di Kalangan Fisioterapi
75
4.6.4 Analisis Hubungan Antara Indeks Kongruen Dengan Setiap
Faktor Kepuasan Kerja Di Kalangan Pegawai Farmasi
76
4.6.5 Analisis Hubungan Antara Indeks Kongruen Dengan Setiap
Faktor Kepuasan Kerja Di Kalangan Pembantu Perubatan
78
Page 17
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Menurut Super, 1979 (dalam Ting See How,1993) seseorang individu itu
dianggarkan bahawa menghabiskan kira-kira 1/3 daripada jangka hayat dalam
melakukan persedian-persediaan, peranan-peranan dan aktiviti yang berkait dengan
pekerjaan pada waktu individu itu sebelum, semasa dan selepas menjawat pekerjaan
itu
Pekerjaan menyediakan 3 fungsi asas hidup:-
1. Merupakan sumber ekonomi
2. Memberikan sokongan sosial
3. Membentuk identiti dan penghargaan kendiri
Pine dan Innis,1987 (dalam Ting See How, 1993)
Pekerjaan merupakan satu element penting untuk menyempurnakan
kehidupan manusia. Ia merupakan satu aspek penting dalam kehidupan yang dapat
mendatangkan kepuasan yang mendalam. Kakitangan hospital juga merupakan satu
pekerjaan dan jentera kepada kemajuan dalam bidang kesihatan di negara kita
menuju alaf baru. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, bidang perubatan
Page 18
2
yang telah berkembang pesat telah membawa keuntungan kepada rakyat di negara
kita khasnya dan masyarakat umum amnya. Perubahan-perubahan ini sejajar dengan
perkembangan sains dan teknologi perubatan dewasa ini.
Oleh yang demikian, perkaitan dan kesesuaian personaliti dan persekitaran
kakitangan hospital dengan bidang pekerjaan harus diutamakan untuk menjamin
kualiti kerja tersebut. Ini kerana personaliti dan persekitaran merupakan faktor-
faktor yang penting dalam kehidupan seseorang individu. Personaliti mempengaruhi
segala bentuk kelakuan individu tersebut. Ia melambangkan ciri-ciri keperibadian
seseorang dan mencirikan perbezaan antara manusia dengan manusia yang lain.
Personaliti merupakan keseluruhan individu iaitu semua sifat yang
memberinya keindividuan dan membezakan seseorang individu dengan individu
yang lain. Personaliti termasuklah kombinasi semua tret, sentimen, kecenderungan,
minat, kemahiran, kehendak, cita-cita dan gaya yang membentuk setiap individu
dalam Hein (1978).
Ukuran personaliti ini melibatkan setiap individu dalam organisasi. Ia
mempunyai pengaruh ke atas pencapaian kepuasan kerja dan peningkatan
pengeluaran dalam organisasi negara. Maka, di sini adalah penting untuk
mengenalpasti personaliti kakitangan hospital samada menghasilkan kepuasan kerja
yang tinggi atau sebaliknya. Bagi kepuasan kerja yang rendah, pihak organisasi akan
cuba mengatasinya dan melakukan beberapa perubahan sama ada dari segi
personaliti, komunikasi dan juga individu organisasi itu sendiri.
Pengklasifikan personaliti yang sesuai dalam bidang pengurusan harus
dijalankan dengan lebih teliti lagi. Hal ini dapat di sokong dengan lebih kuat
sekiranya faktor-faktor lain yang berkaitan turut di ambil kira. Faktor ini
termasuklah kecenderungan seseorang terhadap kerjaya yang ingin di ceburi atau
minat kerjaya individu tersebut.
Page 19
3
Langkah-langkah seperti ini dapat membantu mengurangkan tekanan kerja di
kalangan kakitangan hospital dalam bidang yang penuh mencabar ini. Kakitangan
hospital perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan perubatan dan rawatan supaya
bermutu tinggi bagi pesakit dalam dan luar hospital. Mereka juga perlu
melengkapkan diri mereka sejajar dengan perkembangan semasa seperti mempelajari
perubatan dan rawatan moden dan canggih bagi rawatan kesihatan peringkat primer,
sekunder dan tertiari.
Justeru itu, kepuasan kerja dan pola personaliti-persekitaran amat penting
kerana pemilihan kerja berdasarkan pola personaliti tidak ada banyak menimbulkan
beban kepada seseorang itu. Ini kerana didorong oleh minat dan kesungguhan
didalam melakukan kerja. Ini juga dapat membantu mereka yang berkhidmat dalam
bidang peubatan agar memberikan khidmat yang lebih cemerlang dan berkesan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Cabaran-cabaran kakitangan hospital pada hari ini bergantung kepada
objektif Kementerian Kesihatan Malaysia, maka terdapat perubahan samada dalam
teknologi perubatan ataupun perubahan dalam organisasi pertadbiran yang berlaku
dan setiap kali itu jugalah kewibaan kakitangan hospital akan tercabar. Perubahan-
perubahan ini dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang yang mana boleh
mengakibatkan tekanan fizikal dan mental serta mempengaruhi tingkah laku
kakitangan hospital.
Objektif kementerian kesihatan malaysia adalah untuk membantu seseorang
individi supaya dapat mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi
Page 20
4
membolehkannya menjalankan kehidupan sosial dan ekonomi yang produktif dan
menyediakan perkhidmatan kesihatan asas untuk rakyat bagi menunjukkan
kehidupan yang sihat dan bersih. (Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia).
Oleh sebab itu, Holland (1973) menyatakan bahawa membuat keputusan
mengenai pemilihan kerjaya adalah amat penting supaya seseorang individu dapat
memperolehi kepuasan daripada pekerjaanya. Ia melibatkan perasaan individu
terhadap kerjanya samada positif atau negatif.. Dengan ini, ketidak serasian memilih
kerjaya akan menyebabkan seseorang tidak dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran kerja secara efektif dan individu tersebut berkemungkinan akan
meninggalkan pekerjaannya begitu sahaja.
Holland (1973), juga turut menyatakan bahawa keserasian personaliti dan
persekitaran seseorang akan mengakibatkan beberapa reaksi yang boleh di ramalkan.
Jika seseorang individu berjaya memilih pekerjaan yang serasi maka individu
tersebut akan dapat mempeolehi kepuasan dalam bidang yang diceburi.
1.3 Pernyataan Masalah
Sebagaimana kita ketahui, bidang perubatan di negara ini dan dasar kerajaan
telah menunjukan dorongan dan pemikiran baru dalam era perubatan. Kakitangan
hospital memainkan peranan penting bagi memberi perkhidmatan perubatan negara
ini. Oleh yang demikian, kakitangan hospital dipertanggungjawabkan membuat
pembaharuan dan penyesuaian selaras dengan reformasi perkhidmatan hospital yang
dilaksanakan disetiap hospital.
.
Page 21
5
Namun begitu tidak semua kakitangan hospital memandang perkara tersebut
sebagai satu perkara yang positif. Pembaharuan-pembaharuan ini adakalanya
meletakkan mereka kepada tahap kepuasan kerja yang minima apatah lagi jika
kerjaya kakitangan hospital ini bukan dari jenis pola personaliti persekitarannya.
Berhubung dengan itu, perkara-perkara tersebut dianggap bebanan tugas yang besar
yang harus dihadapi di samping tugas-tugas harian yang perlu dilakukan.
Pola personaliti-persekitaran yang berbeza dengan pekerjaannya mendorong
kakitangan hospital untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar. Antara aktiviti yang
dijalankan adalah mencari duit tambahan dengan cara menjadi agen sesuatu produk,
ini dibuktikan oleh seorang jururawat yang bernama Noraini Bt. Ishak dari Alor
Setar,kedah yang menyertai jualan langsung dan dia menyatakan bahawa bidang
perniagaan tersebut menjadikannya lebih berjaya
(http://www.faznet.net/kisahkejayaan.html). Oleh itu, kakitangan kurang memberi
tumpuan didalam memberi rawatan dan perkhidmatan kepada pesakit atau pelawat
yang datang ke hospital. Masa bekerja yang mengikut syif juga menyebabkan
kakitangan hospital tersebut keletihan dan kurang penumpuan kepada pesakit atau
pelawat yang datang ke hospital. Kakitangan hospital tersebut tidak lagi berminat
dengan pola persekitaran mereka kerana lebih tertarik dengan pekerjaan diluar yang
mempunyai ganjaran yang besar terutamanya wang.
Selain itu, ketidakpuasan pekerjaan juga menjadi tekanan kepada kakitangan
hospital. Ini kerana minat mereka di dalam bidang lain dan terpaksa berkhidmat pula
sebagai kakitangan hospital atas sebab-sebab yang tertentu. Mereka akan
menganggap pekerjaan itu sebagai sesuatu yang membebankan dan membosankan
seterusnya akan menyebabkan kakitangan hospital bekerja dalam suasana
ketegangan dan seterusnya objektif kakitangan hospital tidak akan tercapai.
Sekiranya kakitangan hospital kehilangan kepercayaan orang ramai kerana
tidak dapat menjalankan tugas yang diamanahkan, maka kesan susulan ialah
kegagalan Kementerian Kesihatan dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.
Page 22
6
Oleh sebab itu, kajian ini di jalankan untuk mengukur hubungan kerasian indeks
kongruen personaliti-persekitaran agar kakitangan hospital dapat menilai tahap
kepuasan kerja mereka akan cuba memperbaiki dari kepentingan bersama.
Seterusnya berkhidmat dengan lebih berkesan dan cemerlang.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:
1.4.1 Mengenalpasti sejauhmana tahap kepuasan kerja (pekerjaan sekarang, gaji,
peluang kenaikan pangkat, rakan sekerja dan penyelia dan penyeliaan)
dikalangan kakitangan hospital (Jururawat, Juru x-ray, Pegawai Farmasi,
Fisioterapi dan Pembantu Perubatan).
1.4.2 Mengenalpasti pola personaliti dan pola persekitaran kakitangan hospital
(Jururawat, Juru x-ray, Pegawai Farmasi, Fisioterapi dan Pembantu
Perubatan).
1.4.3 Mengenalpasti tahap keserasian personaliti dan pola persekitaran kakitangan
hospital (Jururawat, Juru x-ray, Pegawai Farmasi, Fisioterapi dan Pembantu
Perubatan).
1.4.4 Mengenalpasti hubungan indeks keserasian pola personaliti dan pola
persekitaran dengan kepuasan kerja kakitangan hospital (Jururawat, Juru x-
ray, Pegawai Farmasi, Fisioterapi dan Pembantu Perubatan).
Page 23
7
Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti yang dinyatakan di bawah :
1.5.1 Apakah tahap kepuasan kerja (pekerjaan sekarang, gaji, peluang kenaikan
pangkat, rakan sekerja dan penyelia dan penyeliaan) dikalangan kakitangan
hospital (Jururawat, Juru x-ray, Pegawai Farmasi, Fisioterapi dan Pembantu
Perubatan).
1.5.2 Apakah pola personaliti dan pola persekitaran kakitangan hospital (Jururawat,
Juru x-ray, Pegawai Farmasi, Fisioterapi dan Pembantu Perubatan).
1.5.3 Apakah tahap keserasian pola personaliti dan pola persekitaran kakitangan
hospital (Jururawat, Juru x-ray, Pegawai Farmasi, Fisioterapi dan Pembantu
Perubatan).
1.5.4 Apakah hubungan indeks tahap keserasian dengan kepuasan kerja kakitangan
hospital (Jururawat, Juru x-ray, Pegawai Farmasi, Fisioterapi dan Pembantu
Perubatan).