3.1 ( e ) Boneka Wayang Kulit Wayang kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri daripada pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan seperti serunai dan rebab. Wayang kulit dipersembahkan dalam upacara atau perayaan tertentu. Fungsi wayang kulit ini adalah sebagai medium hiburan dan kadangkala dikaitkan dengan unsure ritual yang terdapat dalam sesebuah Masyarakat. Rupa bentuk boneka wayang kulit dilukis di atas kertas tebal.Kemudiannya diwarna dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit, plastik, lutsinar dan kertas tebal.Biasanya boneka ini nipis dan berbetuk dua dimensi.Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.Semasa memainkan boneka ini, ia di tempatkan di bahagian belakang atau skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin.Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka.Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin. Langkah membina boneka wayang kulit Alatan dan Bahan Kertas kadboard Pita pelekat 1