PSV 3073E PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR1.0
PENGENALANMata pelajaran Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan
aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh
nilai estetika dan daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi
dan konsepsi murid. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan
memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi
dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk
dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan
idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana membantu
murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita
rasanya sendiri.Membentuk dan membuat binaan adalah satu bidang
yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KSSR.
Bidang inimengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk
tiga dimensi. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini
kita dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf. Bidang kegiatan
membentuk dan membuat binaan memberi perhatian kepada perkembangan
persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang,
struktur, imbangan dan kestabilan. Aktiviti membentuk peringkat
sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan
kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk
bahan seperti plastersin tanah liat, tepung dan paper
mache.Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat
kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas
berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan
Long, 1980). Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan
adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang
hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan. Slavin
(1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan
mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar,
menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran
masa. Beliau berpendapat individu akan mengalami perkembangan
sepanjang hayat iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti,
sosioemosi dan kognitif serta bahasa.Penglibatan kanak-kanak dalam
aktiviti membuat boneka berupaya memberikan rangsangan dan
pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti
kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa
sensitiviti kanak-kanak terhadap sekelilingnya. Secara ringkasnya
kepentingan membuat boneka kepada kanak-kanak dapat dilihat dari
aspek sosial, fizikal dan emosi.Latihan dan projek yang bersifat
terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti
mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual
mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang
demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam
menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti membuat
boneka menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya
kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang hasil
karya.Penganjuran aktiviti boneka yang tersusun dan terancang dapat
melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan
masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.
Murid juga boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan
pacaindera dan deria. Proses membuat boneka juga menambahkan
pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk
iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang
terdapat di sekeliling mereka. Aktiviti membuat boneka memberi
peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan
bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Proses ini memberikan
peluang kepada murid untuk saling hormat-menghormati dan menjadi
landasan untuk memupuk perasaan toleransi. Mata pelajaran ini juga
menganjurkan semangat bekerjasama didalam aktiviti berkumpulan yang
dibentuk.Membuat boneka juga dapat memenuhi keinginan dan fitrah
kanak-kanak. Mereka dapat meluahkan perasaan dan emosi mereka
melalui lukisan dan hasil 3D. Kanak-kanak terlalu unik sehingga
melahirkan ramai pengkaji lukisan kanak-kanak. Sebagai orang dewasa
kita hendaklah sentiasa menggalakkan dan memberi sokongan kepada
mereka agar kreativiti yang ada pada mereka akan terus digilap
sehingga berjaya. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat
yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses
tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan
berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran
kanak-kanak. Selain itu, penghasilan boneka juga meningkatkan
kemahiran motor halus para murid. Apabila murid-murid sedang
menghasilkan boneka, mereka menggunkan motor halus mereka dengan
tahap maximum; contohnya semasa melukis, menggunting, menggunting
ikut bentuk dan sebagainya. Ini secara tidak langsung meningkatkan
kemahiran motor halus para murid dalam kelas seni. Secara
kesimpulan, guru boleh meningkatkan perkembangan psikomotor, motor
halus,kemahiran intelek dan kemahiran sosial dan komunikasi para
murid dalam kelas seni terutama sekali aktiviti yang melibatkan
bidang membentuk dan membuat binaan contohnya boneka lidi.
2.0 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH
KBSR/KSSRSukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni.
Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama.
Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan
rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf
tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan
menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi
menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga
selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan
murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi
perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan
mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan
dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara
pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai
bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni.
Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam
persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam
pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan
maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi
komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan
diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan
teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis
dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan,
membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang
dipentingkan iaitu:-a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang
kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. apresiasi seni visual
secara mudah d. menghargai nilai baik dalam semua aspek
kehidupan
3.0 PENDEKATAN DAN STRATEGI YANG DIGUNAKAN3.1Teori
KonstruktivismeTeori Konstruktivisime sebagai satu proses
pembelajaran menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda
manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan
universiti. Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di
sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam
bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan
itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil
daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar bagi
pihak murid. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan
baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada
pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuai dan diserapkan
menjadi sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah sesuatu
bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan
konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka
berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan
pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Bagi aktiviti boneka
lidi, dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH), guru menanya para
murid tentang pengetahuan mereka tentang boneka. Murid akan membina
pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing tentang
boneka.3.2Soal jawabTeknik ini pula merupakan teknik yang kerap
digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan
murid. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan
dan pelajar akan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan yang
ditanya mempunyai aras kesukaran yang tertentu. Dalam RPH, guru
bersoal jawab dengan para murid semasa menjalankan set induksi di
mana guru bersoal jawab tentang boneka, tentang beruang dan
pengalaman sedia ada.
3.3Tunjuk caraTunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses
pengajaran yang memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan
ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara,
pelajar-pelajar juga diminta untuk menerangkannya melalui bahasa
yang baik. Sebelum pelajar menunjuk cara, guru perlulah menerangkan
maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus
dicakapkan. Dalam RPH, guru telah menunjuk cara membuat boneka lidi
dalam langkah kedua dan guru juga telah menerangkan maksud tunjuk
cara dengan teliti kepada para murid.4.0 RANCANGAN PENGAJARAN
HARIANRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUAL (KSSR)Mata
Pelajaran : Pendidikan Seni VisualTahun : 4 CempakaBilangan Murid :
21 orangTarikh : 16 Mei 2014Masa : 8.30 - 9.30 pagiBidang :
Membentuk dan Membuat BinaanTema : FloraTajuk : BeruangAktiviti :
Boneka LidiEMK : Kreativiti dan inovasi, keusahawanan, nilai
murniBBM : Gambar beruang, contoh-contoh boneka lidi.Alat : Pen,
pensel, pembaris, gunting, pisau, gunting, pita pelekat.Bahan :,Gam
UHU, eva foam, kain felt, lidi, dan alat-alat perhiasan.STANDARD
KANDUNGAN1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk,
jalinan,imbangan dan penegasan yang terdapat pada alam semula jadi
atau objek buatan manusia dalam penghasilan boneka.2. Aplikasi
pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan
media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan boneka.3. Penzahiran
idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam
penghasilan boneka.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.STANDARD
PEMBELAJARAN3.1 Persepsi Estetik : Murid dapat mengenal, memahami
dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada boneka. 3.1.1 Unsur
seni 3.1.1.1 Bentuk - konkrit 3.1.1.2 Jalinan - sentuh 3.1.2
Prinsisp Rekaan 3.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri
3.1.2.2 Penegasan - muka boneka3.2 Aplikasi Seni : Murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses
dan teknik dalam penghasilan boneka. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan
jenis-jenis media 3.2.1.1 Alat - Pen, pensel, pembaris, gunting,
pisau, gunting, pita pelekat. 3.2.1.2 Bahan Gam UHU, eva foam, kain
felt, lidi, dan alat-alat perhiasan. 3.2.2 Mengetahui penggunaan
bahan serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.3.3 Ekspresi
Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman
bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan
boneka. 3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 3.3.2
Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 3.3.3
Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan
boneka3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni
visual. 3.4.1 Membuat persembahan boneka secara spontan 3.4.2
Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya
3.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara
lisan.Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat
:-1. Membuat bentuk dan menghasilkan boneka beruang.2.
Mengaplikasikan penggunaan media serta teknik dalam proses membuat
boneka.
EMK : TMK, kreatif dan inovasi, keusahawanan dan nilai
murni.MASA /LANGKAHISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARANCATATAN
Set induksi (5 minit) Teka bunyi Meneka bunyi beruang
1. Guru memperdengarkan murid bunyi beruang.2. Murid mendengar
dan meneka bunyi tersebut.3. Guru bersoal jawab dengan murid.4.
Guru mengaitkan dengan tajuk pembelajaran hari ini.ABM : laptop,
pembesar suaraEMK : Kreativiti dan inovasi, KBATTEKNIK : Soal
jawabNILAI : Yakin, berani dan mendengar arahanKBT : TKP (verbal
linguistik, interpersonal)
Langkah 1(10 minit)Pengenalan tentang boneka.
1. Guru bertanya murid tentang pengetahuan mereka tentang
boneka.2. Murid didedahkan dengan definisi dan jenis-jenis
boneka.3. Murid ditunjukkan dengan contoh-contoh gambar boneka lidi
dan boneka lidi yang telah siap.4. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang asas seni reka yang terdapat pada boneka tersebut.5. Guru
memperkenalkan alat dan bahan yang akan digunakan.BBM :
Contoh-contoh gambar boneka boneka lidi yang telah siap.EMK :
kreativiti dan inovasi, keusahawananNILAI : Tekun,
hormat-menghormatiKBT : TKP (verbal linguistik, interpersonal)
Langkah 2(15 minit)Tunjuk caraGuru membuat tunjuk cara kepada
murid bagaimana menghasilkan boneka beruang.
Langkah penghasilan:1. Sediakan alat dan bahan.2. Pilih gambar
yang sesuai untuk menghasilkan boneka lidi. (gambar beruang)3.
Lukis gambar beruang tersebut mengikut bahagian-bahagian badan dan
pakaian beruang secara berasingan di atas kain felt yang
berlainan.4. Potong kain felt mengikut bahagian-bahagian dan
pakaian yang telah dilukis tadi.5. Tampal kain felt yang yelah
dipotong di atas kertas eva foam mengikut gambar beruang
menggunakan gam UHU.6. Hias gambar beruang dengan bahan yang
sesuai.7. Potong boneka tersebut mengikut bentuk eva foam.8. Tampal
lidi yang secukupnya di belakang boneka.9. Buat kekemasan.EMK :
Kreativiti dan inovasi, keusahawananNILAI : Tekun,
hormat-menghormatiKBT : TKP (verbal linguistik,
interpersonal)TEKNIK : Demonstrasi (tunjuk cara)
Langkah 3(25 minit)Aktiviti gerak kerja : Membentuk dan menghias
boneka beruang
1. Murid membuat aktiviti membentuk kepala, badan dan telinga
beruang menggunakan teknik lukisan dan potongan secara kumpulan.2.
Guru membimbing dan memantau murid di dalam kelas.3. Murid menghias
dan membuat kemasan pada boneka.4. Guru menekankan nilai kebersihan
dan kekemasan serta keselamatan menggunakan alat dan bahan dalam
menghasilkan karya.EMK : Kreativiti dan inovasi, KeusahawananNILAI
: Tekun, bersunguh-sungguh, kebersihan, Keselamatan, kerjasama.KBT
: TKP (verbal linguistik, interpersonal,
Penutup (5 minit)Apresiasi (Menggunakan laras bahasa visual)Sesi
apresiasi hasil karya yang dihasilkan oleh murid.Merumus hasil
kerja murid dan pembelajaran hari ini.
Nyanyian Lagu Beruangku yang tercantikBeruangku yang tercantik
Eaa Eaa ooo.. Beruangku paling comel Eaa Eaa ooo.. Marilah
Kawan-kawan Eaa Eaa ooo.. Bersama berjalan-jalan Eaa Eaa ooo.. Eeee
aaa Eeee aaa Oooo x2.1. Guru meminta setiap kumpulan mempamerkan
karya masing-masing.2. Guru memanggil beberapa orang murid untuk
membuat apresiasi karya.3. Murid dibimbing menggunakan laras bahasa
visual semasa membuat apresiasi4. Guru memberikan penghargaan dan
pujian kepada murid.5. Guru merumuskan dan menerangkan kelebihan
dan kekurangan tentang hasil kerja murid serta penambahbaikan yang
boleh dilakukan.6. Guru mengakhiri pengajaran dengan sebuah lagu
yang berkaitan dengan boneka.EMK : Kreativiti dan inovasi,
keusahawananNILAI : Yakin, berani, menghargai, kerjasama.KBT : TKP
(verbal linguistik, interpersonal)
5.0 PENGENALAN TAJUK PEMBENTANGAN - BONEKA LIDIBoneka
(daribahasa Portugisboneca) adalah sejenis permainan yang terdapat
dalam pelbagai bentuk,terutamanyamanusiaatau haiwan. Boneka boleh
di katakan salah satu permainan yang paling tua, kerana permainan
ini telah wujud pada zamanYunani,RomawiataupunMesirlagi. Umumnya
boneka dibuat sebagai permainan kanak-kanak, namun adakalanya
digunakan untuk fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau
hal-hal yang bersifatghaibataupunmistik contohnya upacara keagamaan
pada zaman dahulu. Boneka ialah benda bukan hidup atau figura
berupa manusia, haiwan atau apa-apa jenis benda lain yang
dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurang seorang dalang
untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen. Boneka
merupakan sebarang benda atau objek yang digeraklakonkan oleh
pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan
menyampaikan mesej. Boneka lidi seakan sama dengan boneka wayang
kulit. Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal.
Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada
anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa
menggunakannya.Boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang
lainnya digoyang untuk menggerakkan anggota badan tersebut. Contoh
boneka lidi
6.0 ALAT DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
Alat / BahanKegunaan
Pensel
Untuk melukis gambar boneka yang akan dihasilkan.Contoh:- Gambar
beruang
PenUntuk tebalkan lukisan yang dihasilkan.
Pembaris Untuk membuat borderline sekiranya perlu. Untuk
kegunaan lukisan gambar.
Gunting Untuk memotong kain felt dan eva foam mengikut
bentuk.
PisauBagi memudahkan proses memotong yang agak kompleks.
Gam UHU Untuk menampal helaian kain felt di atas eva foam. Untuk
menampal bahan hiasan.
Eva foamSebagai bahan kukuh atau latar untuk boneka.
Kain FeltUntuk menghasilkan rupa boneka menggunakan kain
felt.
LidiUntuk menampal di bahagian belakang boneka atau anggota
bahagian badan bagi tujuan memegang.
Pita pelekatUntuk menampal lidi di belakang badan boneka yang
dihasilkan.
Alat-alat yang lain atau perhiasan Mata boneka (beruang)
7.0 TEMA DAN TAJUKTema yang diberikan ialah flora atau fauna.
Saya memilih tema fauna sebab banyak murid mudah memahami tema
fauna. Tajukyang saya dapat ialah boneka lidi. Terdapat banyak
boneka seperti boneka tangan, boneka kepala, boneka lidi dan lain
lain.Saya dapat menghasilkan boneka lidi (boneka beruang) dengan
masa yang ditetapkan kerana boneka lidi senang dibuat dengan
menggunakan bahan-bahan yang sedia ada.
8.0 LANGKAH PENGHASILANLangkahDeskripsiGambar
Langkah pertama Pilih gambar yang sesuai untuk menghasilkan
boneka lidi. Contohnya, gambar yang telah dipilih adalah gambar
seekor beruang dalam pakaian lebah madu.
Langkah kedua Lukiskan gambar beruang tersebut mengikut
bahagian-bahagian badan dan pakaian beruang secara berasingan di
atas kain felt yang berlainan. Contoh lukisan yang dibuat ialah
sayap beruang. Maka terhasilnya, kepingan kain felt yang telah
dilukis bahagian-bahagian dan pakaian beruang serta dipotong pada
saiz yang diperlukan.
Langkah ketiga Potong kain felt mengikut bahagian-bahagian dan
pakaian yang telah dilukis tadi.
Langkah keempat Tampal kain felt yang dipotong di atas kertas
eva foam mengikut gambar beruang tersebut. Seterusnya, tampal kain
felt yang dipotong itu menggunakan gam UHU. Dengan ini terhasilnya
gambar beruang yang telah siap dibuat.
Langkah kelima Hias gambar beruang tersebut dengan bahan yang
sesuai.
Langkah keenam Potong boneka tersebut mengikut bentuk eva foam.
Dengan ini, potongan boneka tersebut telah siap dihasilkan.
Langkah ketujuh Tampal lidi yang secukupnya di belakang boneka.
Akhirnya boneka lidi telah siap dihasilkan dengan jayanya.
9.0 REFLEKSI
Apakah masalah yang terdapat di sekolah?Mengapakah ia
berlaku?Bagaimanakah ia boleh dielakkan?Apakah bentuk inovasi yang
boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini?
Peralatan seni tidak mencukupiGuru tidak menyelenggara peralatan
seni dengan seragam dan konsistenPihak pengurusan sekolah boleh
mewujudkan guru panitia yang khas untuk subjek PSV.Guru boleh
menyediakan senarai semak penggunaan dan bilangan seni.
Kekurangan tenaga pengajarKekurangan guru yang terlatih dalam
bidang ini.Meningkatkan kuota pengambilan guru pelatih dalam bidang
ini.Menggalakkan dan memberikan insentif kepada guru yang telah
mengambil subjek PSV sebagai subjek minor untuk mengajar subjek
tersebut di sekolah.
Ketiadaan bilik khas untuk digunakan sebagai bilik seniSekolah
kekurangan dana dan kemudahan infrastruktur.Penyumbangan dana dan
kemudahan peralatan daripada pihak PIBG dan masyarakat.Mengubahsuai
bilik darjah yang sedia ada untuk digunakan sebagai bilik seni.
Murid berasa jemu dan tidak mempunyai motivasi untuk belajar
dalam bilik seniPersekitaran bilik seni tidak kondusif.Menceriakan
bilik seni agar lebih menarik dan selesa.Menampal karya murid-murid
di papan dan dinding-dinding bilik tersebut.
Murid-murid tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan
mempelajari subjek PSVGuru tidak menekankan pengajaran subjek PSV
dalam pembelajaran harian.Kerajaan harus mengadakan bengkel atau
kursus tentang kepentingan matapelajaran PSV dalam perkembangan
emosi dan jasmani murid-murid.Mengintegrasikan matapelajaran seni
dalam pengajaran dan pembelajaran subjek lain.
10.0 KESIMPULANMatlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan warganegara yang berbudaya
dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif
terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan
yang seimbang dan harmonis. Di samping untuk meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar, keindahan seni
dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Jika dilihat matlamat Kurikulum
Pendidikan Seni sama ada McFee (melalui penerokaan), Lansing
(domain utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan respon)
dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif),
semua membawa harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan
pelajar seterusnya masyarakat yang seimbang dari aspek kemahiran
berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyak
perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM
iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan
berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam
kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).Pemilihan boneka lidi
adalah tepat di mana perkembangan kanak-kanak dari segi psikomotor,
fizikal, mental, emosi dan jasmani dapat ditingkatkan. Malah
aktiviti boneka ini dapat meningkatkan kreativiti dan imaginasi
kanak-kanak dalan usaha menghasilkan boneka lidi ini. Proses
pengajaran dan pembelajaran yang bertema boleh menimbulkan suasana
di dalam kelas lebih menyeronokkan dan kondusif.
11.0 RUJUKANKreativiti Guru Pendidikan Seni. (2003). Universiti
Putra Malaysia Press.
Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak,
Gerak Ilmu Sdn. Bhd.Ismail, S. Z. (2012). Warisan Seni Budaya
Melayu. Jurnal Melayu.
Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan.(2003).
Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. Pahang: PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
(n.d.). Retrieved Februari 06, 2015, from
http://www.ppdjasin.edu.my/unitakademik/attachments/049_sp_pseni_kbsr.pdf(n.d.).
Retrieved Februari 08, 2015, from
http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulPGSR/PSV3105.pdf(n.d.).
Retrieved Februari 15, 2015, from
http://web.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/seni/kbsr/hsp_pseni_y4.pdfYew Kam
Keong. (2003). Bebaskan Kreativiti Anda. Kula Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.