Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
Mata diperolehi dengan melontar bola menerusi keranjang dari atas
pasukan yang markahnya lebih banyak apabila tamat permainan dikira pemenang.
Lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan bernilai 2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata, dan setiap lontaran percuma bernilai 1 mata.
Bola bola digerakkan di dalam gelanggang dengan melantunkannya (menggelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan.
Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan bagaimana bola bola dikawal (pencabulan).
1) CARA MENYAMBUT BOLA1 (a) KEDUDUKAN TANGAN DAN JARI Jari-jari dibuka luas – kedua-dua ibu
jari agak dekat. Jari-jari kedua-dua belah tangan
membentuk cawan. Sambut dengan hujung jari dan ibu
jari kedua-dua belah tangan, bukan dengan tapak tangan.
Tangan bertindak sebagai kusyen dengan cara membengkokan siku. Cara ini akan melembutkan kederasan hantaran dan bola lebih mudah dikawal.
1 (b) MENYAMBUT DARI HANTARAN HADAPAN
Hujung jari dan ibu jari membentuk cawan di bahagian belakang bola.
Sebaik sahaja bersentuh dengan bola, bengkokkan siku untuk melembutkan kederasan hantaran.
Bawa bola ke dada. Hulurkan kedua-dua belah tangan ke hadapan untuk menyambut –
keadaan tangan, hampir lurus.
1 (c) MENYAMBUT DENGAN SEBELAH TANGAN
Gunakan sebelah tangan yang sesuai untuk menyambut.
Melompat sekiranya perlu. Tangan dibelakang bola. Bawa bola ke hadapan setelah menangkapnya – bola
dapat dikawal denga kedua-dua belah tangan.
1 (d) MENYAMBUT SAMBIL BERLARI
Mata sentiasa memandang ke arah bola. Setelah menyambut bola, Cuma dua langkah maksimum
sahaja yang dibenarkan. Selepas dua langkah, pemain harus berhenti larian
dengan bola dan mempaksi, menghantar atau terus melantun bola.
1 (e) MELOMPAT DAN MENYAMBUT BOLA TINGGIo Gunakan kedua-dua belah tangan sekiranya hantaran
tidak terlalu tinggi.o Gunakan sebelah tangan sahaja jika hantaran terlalu
tinggi – tarik turun bola supaya dapat mengawal dengan kedua-dua belah tangan,
2. CARA-CARA HANTARAN2 (a) HANTARAN ATAS DADA
hantaran yang kerap diaplikasikan Digunakan untuk hantaran yang pantas dan dekat (tidak melebihi 20 kaki) Hantar ke paras dada penerima Bola di pegang dengan kedua-dua belah tangan di hadapan dada –
gunakan hujung jari dan ibu jari. Bola ditolak keluar dengan kuat – tangan Diluruskan dan tapak tangan
dipusing ke sebelah luar. Ikut lajak
2 (b) HANTARAN LANTUN
Cara perlakuan – hampir serupa dengan hantaran atas dada – Cuma rendah dan dilantun sekali sebelum diterima.
Kerap digunakan apabila ahli pasukan lawan terlalu tinggi. Boleh juga dilakukan dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.
2 (c) HANTARAN MENCANGKUK
Ambil satu langkah ke belakang sambil membawa boal ke belakang.
Lengan lurus pada paras kepala. Hayunkan tangan ke atas dan ke
hadapan – hayunan tangan tidak melepasi kepala.
Angkat tangan kiri untuk imbangan – bahu kiri menghadap ke arah hantaran.
Gunakan pergelangan tangan dan jari untuk melepaskan bola.
Hantaran – tinggi dan dekat. Ikut lajak lengan – pendek. Lebih
tertumpu pada tapak tangan.
2 (d) HANTARAN MENOLAK SEBELAH TANGAN
Mula dengan memegang bola di kedua-dua belah tangan.
Biasanya digunakan untuk hantaran ke sisi.
2 (e) HANTARAN DI ATAS KEPALAo Gunakan kedua-dua belah tangano Bola dipegang di atas atau dibelakang kepala.
2 (f) HANTARAN PANJANG SEBELAH TANGAN Digunakan untuk hantaran jauh – melancarkan serangan serta-
merta (“fast break”) Tangan dibawa kebelakang Pelepasan bola adalah seperti hantaran/balingan besbol. Sekiranya hantaran adalah daripada satu hujung gelanggang ke
satu hujung lagi, boleh gunakan cara hantaran lembing (“javelin pass”)
2 (g) HANTARAN BELAKANG
Digunakan untuk menghantar kepada ahli sepasukan yang tidak dikawal.
Kerap digunakan apabila pemain dan bola dikawal rapi oleh pemain-pamain lawan.
Hantaran yang sukar dibaca oleh lawan – bola dilepaskan dibelakang badan.
Pelepasan bola ialah hasil aksi pergelangan tangan dan jari
3. MELANTUN BOLA
CARA Elakkan daripada memukul atau menampar bola dengan tangan. Gunakan aksi pergelangan tangan serta jari-jari untuk menolak atau
menekan bola ke bawah. Jari-jari dibuka luas untuk kawalan bola yang baik. Patut mahir melantun dengan tangan kanan serta tangan kiri. Mata jangan ditumpu pada bola. Lantun dengan tangan yang jauh daripada lawan supaya badan terletak
antara dirinya dengan bola – badan melindungi bola.
3 (a) MENGGELECEK DENGAN LANTUNAN RENDAH Lutut bengkok dan badan condong ke hadapan. Aras lantunan adalah antara lutut dan pinggang. Baik untuk kawalan lantunan – digunakan apabila
dikawal ketat oleh pihak lawan. Menyusahkan pihak lawan merampas bola. Memudahkan pertukaran hala pergerakan secara
mengejut.
3 (b) MENGGELECEK DENGAN LANTUNAN TINGGI
Digunakan apabila kelajuan diperlukan, misalnya semasa tiada pihak lawan mengawal atau semasa melantun dengan tujuan menjaringkan bola.
Aras lantunan ialah antara pinggang dan dada.
3 ( c ) BERLARI DAN BERHENTI
o Tekanan pada hujung kaki, badan condong sedikit kehadapan
o Lutut bengkok sedikit.o Keseluruhan badan patut seimbang.
4. BERPAKSI (“PIVOT”)4 (a) BERPAKSI BELAKANG Dilakukan apabila pemain berhenti dengan sebelah kaki di hadapan dari
sebelah lagi di belakang. Kaki belakang ialah kaki paksi (“pivot”), iaitu kaki yang tidak bergerak. Kaki hadapan boleh bergerak ke mana-mana arah secara pantas dan
sehingga menghadap kearah yang dikehendaki. Cara ini digunakan apabila pemain dihalang atau dikawal oleh pemain
lawan dihadapan. Boleh juga digunakan untuk bergerak daripada pemain lawan supaya posisi
lebih sesuai untuk melakukan hantaran atau jaringan.
4 (b) BERPAKSI HADAPAN
Pelakuan adalah seperti berpaksi belakang, Cuma kali ini pergerakan membawa pemain ke arah jaring lawan.
Pemain dengan bola berhenti dan bergerak daripada pemain lawan dengan cara mengambil satu langkah ke hadapan.
Bola dipegang rendah – badan melindungi bola. Sentiasa letakkan kaki dan badan antara bola dan pemain lawan.
5. MENGAWAL
5 (a) GAYA MENGAWALJarakkan kedua-dua belah
kaki – lutut bengkok sedikit.Luruskan badanSebelah tangan ke atas dan
sebelah lagi rendah di sisi.Sentiasa gerakkan tangan.Tapak tangan sentiasa
menghadap ke bola.
5 (b) GERAKAN PERTAHANAN
Peringkat awal – tangan didepakan, satu diangkat tinggi dan satu lagi rendah. Mata tertumpu pada bola. Lutut bengkok sedikit.
Kaki dibuka luas. Ambil langkah-langkah pendek. Bergerak ke sisi seperti galop atau secara gerakan peninju.
Mata sentiasa ditumpukan pada bola. Sentiasa meletakkan badan antara pemain lawan dan jaring. Tangan yang rendah akan cuba merampas bola.
6. MENJARINGKAN BOLA6 (a) JARINGAN SECARA STATIK Bersedia. Rendahkan badan dengan cara membengkok lutut. Bola
dipegang pada paras dada. Aksi mengjaringkan bola – badan dan lutut diluruskan serentak.
Pegang bola – satu tangan dibawah dan satu lagi di tepi bola. Aksi melepaskan bola dan ikut lajak dengan tangan yang menolak
bola kearah jaring. Berdiri di atas bebola kaki.
6 (b) JARINGAN LOMPAT
o Bersedia seperti jaringan statiko Melompat dengan kedua-dua belah kaki. Melepaskan
bola semasa mencapai ketinggian maksimum.o Ikut lajak dengan tangan dan mendarat.
6 ( c ) JARINGAN TOLAKSEBELAH TANGAN
Menangkap bola semasa lari laju atau semasa melantun laju ke arah jaring.
Bola dipegang pada paras dada dengan kedua-dua belah tangan.
Melonjak ke atas dengan sebelah kaki.
Pegangan bola diubah ke sebelah tangan – tapak tangan dibawah bola.
Tangan jaringan diluruskan ke atas.
Bola ditolak ke arah jaring semasa lonjakan mencapai ketinggian maksimum.
Bola dilepaskan daripada hujung jari dengan aksi pergelangan tangan dan jari-jari.
6 (d) JARINGAN LAYANG
Melantun bola ke arah jaring dari sudut kanan ( atau sudut kiri )
Menangkap bola dan mengambil dua langkah besar ke arah jaring
Pada langkah kedua, lonjak ke atas dengan sebelah kaki.
o Pegangan bola di pindah ke pegangan sebelah tangan. Tapak tangan dibawah bola. Semasa kemuncak lonjakan, tolak bola ke jaring dengan aksi pergelangan tangan dan jari-jari.
o Gunakan papan pantul untuk jaringan sudut. Elakkan daripada memutarkan bola.
6 (e) JARINGAN MENCANGKUK/LENGKUNG
Ketepatan jaringan amat diperlukan Agak sukar dikuasai – juga sukar untuk pihak lawan menghadang
jaringan