BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK Perbandingan Bentuk Awalan Kata Adjektif Dalam 1. Nahu Melayu Mutakhir (edisi keempat) – Asmah Haji Omar 2. Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu – Abdullah Hassan NORZEHAN BINTI ISMAIL (D20112055613) KUMPULAN UPSI 06 A131PJJ : PENDIDIKAN BAHASA MELAYU SEK. REN., KOHORT 3 SEM 1, SESI 2013/2014
37
Embed
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK
Perbandingan Bentuk Awalan Kata Adjektif Dalam
1. Nahu Melayu Mutakhir (edisi keempat) – Asmah Haji Omar
Awalan ke- berlaku sebagai awalan yang menerbitkan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Terdapat banyak kata adjektif terbitan yang dibentuk oleh awalan ke-.
Bentuk Awalan ke-
Bentuk awalan ke- tidak berubah-ubah menurut sebarang konteks fonologi yang ditimbulkan
oleh kata dasar.
Fungsi awalan ke-
Awalan ke- juga membentuk kata adjektif di samping kata nama.
Makna awalan ke-
Ada dua makna penting, iaitu menunjukkan keadaan dan bilangan atau giliran.
a. Menunjukkan keadaan
hormat --- kehormat, gayut ----- kegayutan, rawang ---- kerawang
b. Bilangan atau giliran
dua ------ kedua, tiga ----- ketiga, enam juta ----- keenam juta
Awalan beR-
Awalan beR- juga menerbitkan sebilangan kata adjektif di samping kata kerja.
Bentuk Awalan beR-
Mempunyai bentuk ber- atau be- apabila diimbuhkan.
Fungsi Awalan beR-
Di samping menerbitkan kata kerja, awalan beR- juga menerbitkan kata terbitan yang
berfungsi sebagai adjektif.
Makna Awalan ber-
Awalan beR- membawa makna menunjukkan keadaan yang mempunyai sesuatu sifat yang
wujud dalam kata adjektif yang menjadi dasar. Contohnya;
a. lima --- berlima ‘ keadaan seramai lima, atau lima-lima’
b. susun --- bersusun ‘dalam keadaan bersusun’
c. uniform --- beruniform ‘dalam keadaan memakai uniform’
Awalan meN -
Awalan meN- dikatakan menerbitkan kata kerja keadaan atau kata kerja statif. Walaupun
awalan meN- jelas menerbitkan kata kerja, tetapi awalan ini juga menerbitkan perkataan
yang berfungsi sebagai kata adjektif.
12
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Bentuk Awalan meN-
Bentuk awalan meN – boleh wujud dalam salah satu bentuk berikut, iaitu me, mem-, men-,
meny-, meng-, dan menge-, bergantung pada huruf pangkal atau bentuk suku kata dasarnya.
Fungsi awalan meN-
Di samping menerbitkan kata kerja, awalan meN- juga menerbitkan perkataan yang
berfungsi sebagai kata adjektif.
Makna Awalan meN-
Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan meN- membawa makna keadaan yang besar,
meluas dan berlarutan, contohnya:
kuning ---- menguning, laut ----- melaut, panjang ---- memanjang
Awalan se-
Awalan se- asalnya menerbitkan kata kerja, tetapi kata terbitan yang sama juga dapat
digunakan sebagai kata adjektif.
Bentuk Awalan se-
Bentuk awalan se- adalah tetap dan tidak berubah apabila bertemu dengan sebarang konsonan
yang menjadi pangkal kata dasar.
Fungsi Awalan se-
Awalan se- juga menerbitkan kata adjektif di samping kata adverva.
Makna Awalan se-
Kata adjektif yang diterbitkan oleh awalan se- menunjukkan persamaan makna. Memang
asalnya, makna se- itu ‘satu’ yang membawa maksud sama, iaitu satu rupa atau macam.
Contohnya;
kawan----- sekawan, taraf ---- setaraf, degil --- sedegil
Awalan pada di- pada Di raja
Awalan di- ini agak sukar dibincangkan sebagai imbuhan kata adjektif sebab awalan
ini tidak produktif. Walau bagaimanapun kasus awalan di- ini perlu diterangkan juga supaya
difahami. Awalan di- yang menerbitkan kata terbitan diraja berfungsi sebagai adjektif.
Kekerapan penggunaan kata terbitan diraja jelas kelihatan. Contoh penggunaannya adalah,
Pfofesor Diraja, Polis Diraja, Askar Melayu Diraja.
Unsur di- dalam kata terbitan di atas berasal daripada bahasa Sanskrit adhi bermakna
‘pertama, utama, penting, agung’ ( J.Gonda 1952, dicetak semula 1973, m.s. 335 & 445).
Dalam bahasa Sanskrit ( dan Jawa Kuno) awalan adhi- terdapat digunakan dalam adhivijaya
‘kemenangan agung’ adhinatha ‘ tuan besar’ dan adhipati ‘Putera Mahkota’. Apabila
imbuhan ini deserapkan ke dalam bahasa Melayu dan mula digunakan dengan meluasnya,
13
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
maka kita melihat ada kemungkinan awalan ini menjadi produktif. Bentuk di- timbul setelah
adhi mengalami proses aferesis. ( menggugurkan a dan h )
Akhiran Kata Adjektif
Ada satu sahaja akhiran kata adjektif asli, iaitu –an. Akhiran -an yang menerbitkan kata nama
juga menerbitkan perkataan yang boleh berfungsi sebagai kata adjektif. Oleh, kata akhiran -
an juga dihuraikan di bawah tajuk kata adjektif. Dalam beberapa buku baru tatabahasa
Melayu yang dikarang oleh Asmah Hj. Omar ( 1980) dan Arbak Othman (1981) juga
membincangkan akhiran asing seperti, -is dalam ekonomis, -iah dalam ilmiah, isme dalam
egoisme sebagai imbuhan yang dipinjam oleh pengguna bahasa Melayu. Dalam bahagian
akhiran –an dihuraikan sebagai akhiran kata adjektif.
Bentuk Akhiran –an
Bentuk akhiran –an adalah tetap dan tidak berubah-ubah apabila diimbuhkan kepada
sebarang kata dasar.
Fungsi Akhiran -an
Dalam hal ini memang boleh mengatakan pada dasarnya akhiran –an adalah sama dengan
akhiran yang menerbitkan kata nama. Kemudian kata nama terbitan tersebut digunakan
sebagai kata adjektif. Ada juga kejadian akhiran –an menerbitkan perkataan yang tidak
digunakan dalam pengertian kata nama, tetapi lebih kerap digunakan sebagai kata adjektif
saja. Contohnya;
duit --- duitan ( mata duitan ), larang --- larangan ( taman larangan )
Apitan
Ada tiga apitan, iaitu beR .... –an, ke- .... –an, dan peR ... –an yang juga menerbitkan
perkataan yang digunakan sebagai kata adjektif.
Imbuhan beR- ... –an
Pada dasarnya beR- ..-an adalah imbuhan kata kerja, tetapi ada kata terbitannya yang
berfungsi sebagai kata adjektif.
Bentuk Apitan ber- .... –an
Bentuk apitan beR- ..-an yang menghasilkan kata adjektif itu samalah dengan bentuk apitan
yang dihuraikan dalam bab morfologi dan kata kerja.
Fungsi Apitan beR- ... –an
Walaupun pada dasarnya imbuhan ini lebih lazim menerbitkan kata kerja, dalam hal ini beR-
... –an juga menerbitkan kata yang berfungsi sebagai kata adjektif.
Makna Apitan beR- .. –an
14
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Apitan beR- .. –an menunjukkan keadaan yang melibatkan dua pihak pada sesuatu kata
nama. Ini mengandungi makna yang terdapat dalam kata dasarnya. Contohnya :
hampir ----- berhampiran ( bandar berhampiran )
jiran ----- berjiranan ( orang berjiran )
kasih ---- berkasihan ( pasangan berkasihan )
Apitan ke- -- - an
Apitan ke- ... –an juga menerbitkan kata nama, tetapi juga menerbitkan kata adjektif yang
berfungsi bagi menerangkan kata nama.
Bentuk Apitan ke- .... –an
Bentuk apitan ke- ... –an adalah tetap, yakni berubah walau apapun huruf yang menjadi
pangkal kata dasarnya.
Fungsi Apitan ke- ... –an
Kata adjektif yang diterbitkan oleh apitan ke- .. –an memberi penerangan kepada kata nama
yang diterangkan. Ada kata terbitan yang menggunakan apitan ke- ... –an juga berfungsi
sebagai kata kerja dan kata nama terbitan.
Makna Apitan ke- .. –an
Apitan ke --- -an menunjukkan suatu keadaan yang dinyatakan dalam kata dasar, sebagai
sifat kata nama yang diterangkannya. Lazimnya kata dasar itu digandakan bagi memberi
kesan yang lebih kuat mengenai sifat tersebut. Contohnya:
Cina --- kecinaan, kuning --- kekuningan, besar --- kebesaran.
Apitan peR- ... – an
Apitan peR- ... –an juga menerbitkan kata adjektif di samping menerbitkan kata nama.
Bentuk Apitan peR- .... –an
Bentuk apitan peR-... –an adalah sama dengan bentuk peR- .. –an dalam kata nama. Ini
adalah sama seperti yang dijelaskan morfonologi dalam kata nama.
Fungsi Apitan peR- ... –an
Apitan peR- .. –an juga menerbitkan perkataan yang berfungsi sebagai kata adjektif, iaitu
menerangkan sifat kata nama.
Makna Apitan peR- .. –an
Apitan peR- .. –an menunjukkan sifat iaitu keadaan sesuatu kata nama yang diterangkan.
Contohnya:
hias .... perhiasan ( kursus perhiasan ), seorang .... perseorangan ( elaun perseorangan )
tani ... pertanian ( maktab pertanian ) jawat ... perjawatan ( pegawai perjawatan )
15
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Sisipan
Ada tiga sisipan , iaitu -el-, -er- dan -em-,. Imbuhan sisipan ini juga menerbitkan
perkataan yang digunakan sebagai adjektif. Imbuhan sisipan disisipkan selepas konsonan
pertama kata dasar. Tetapi proses terbitan ini tidak begitu produktif.
Bentuk Sisipan –el-, -er- dan –em-
Semua imbuhan sisipan ini dihuraikan sekali gus. Bentuk sisipan –el-, -er- dan –em- adalah
tetap, iaitu tidak berubah, tidak mengira huruf konsonan pertama kata dasar.
Fungsi Sisipan –el-, -er- dan –em-
Semua imbuhan sisipan ini membawa fungsi yang sama, iaitu menerbitkan kata adjektif
yang memberi sifat pada kata nama.
Makna Sisipan –el-, -er- dan –em-
Semua imbuhan sisipan ini membawa makna yang serupa iaitu mengandungi sifat yang
terdapat dalam kata dasar. Kemudian kata adjektif ini digunakan sebagai penerang kepada
kata nama. Contohnya:
sabut .... serabut ( fikiran berserabut ) ,
serbak .... semerbak ( bau semerbak )
gilang ..... gemilang ( keputusan gemilang )
4.0 PERBANDINGAN DAN DAPATAN
Kata adjektif menjadi penerang kepada kata nama. Tatabahasa Dewan ( 2004:213)
menggunakan istilah kata adjektif untuk golongan perkataan ini. Za’aba (1974) memanggil
perkataan ini sebagai sifat nama. Kata sifat diguna oleh Asmah Hj Omar ( 1968, 1980,1993)
Arbak Othman (1981) dan Abdullah Hassan (2002) bagi merujuk kepada kata adjektif
dalam tatabahasa Dewan menggunakan istilah adjektif.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008) proses pemajmukan ialah proses
yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna
terentu. Arbak Othman ( 1984 ) dilihat menggunakan istilah berbeza bagi pemajmukan iaitu
persenyawaan yang dimaksudkan satu cara bagaimana dua atau lebih perkataan ( bentuk
bebas ) disenyawakan dalam satu binaan dengan mempunyai satu makna yang khas dan
tertentu. Rumusannya, jika diteliti secara mendalam, proses pemajmukan adalah satu keadaan
di mana penggabungan kata yang akan membawa konsep atau makna yang berlainan daripada
makna asal.
Dari segi maksud, kata sifat adalah perkataan yang menyatakan keadaan atau sifat
sesuatu nama yang diterangkan. Kata sifat yang digunakan di dalam ayat-ayat dan tingkah
16
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
laku kata sifat dalam Bahasa Malaysia boleh berupa kata dasar atau kata sifat terbitan yang
boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai
subjek disebut sifat ragam nama.
Kata sifat yang boleh menjadikan predikat suatu ayat boleh berupa kata sifat mudah @
kata dasar sifat, kata sifat rangkap atau kata sifat yang berimbuhan. Kata sifat mudah ataupun
yang berimbuhan yang menjadikan predikat itu pula boleh diperluaskan dengan menambah
kepadanya kata keterangan, sama ada sebelum atau sesudahnya, bergantung kepada jenis-
jenisnya. Pengecaulian kata keterangan darjah yang boleh berlaku di depan atau di
belakangnya, kata keterangan jenis-jenis yang lain hanya boleh berlaku di depannya sahaja
dalam rangkai kata predikat sesuatu ayat.
Terdapat juga beberapa kata sifat yang boleh memasuki golongan yang lain dan
perubahan fungsi perkataan-perkataan ini bergantung kepada kedudukan atau gatra yang
diisinya di dalam ayat. Berdasarkan fungsinya dalam ayat, kata sifat mempunyai tingkahlaku
yang sama dengan kata kerja taktransitif Bahasa Melayu. Cuma yang membezakannya dari
kata kerja adalah dari segi kemungkinan kata sifat itu yang boleh mengambil kata keterangan
darjah sebagai keterangannya, sedangkan kata kerja tidak.
Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan
bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang di-bincangkan ialah yang
berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam
predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur
penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama.
Contoh-contohnya:
(i) frasa adjektif sebagai predikat:
Subjek (FN) Predikat (FA)
1. Kakaknya sangat pandai.
2. Markahnya rendah.
3. Orang muda itu baik sungguh.
4. Perangainya tentu baik.
5. Anaknya masih kecil lagi.
6. Warna bajunya kemerah-merahan.
17
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
7. Perusahaan itu paling besar sekali.
8. Suara penyanyi itu merdu.
9. Malam ini gelap benar.
10. Pejabatnya jauh dari sini.
(ii) frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat:
Subjek Predikat
Frasa kerja keterangan Frasa ( adjektif )
11 Dia
12 Mereka
13 Kanak-kanak itu
14 Jirannya
15 Jalan itu
berjalan sangat cepat
pulang segera
tidur sungguh nyenyak
datang terlalu kerap
menurun amat curam
(iii) frasa adjektif sebagai unsur penerang:
Subjek Predikat
Frasa Nama Penerang
16 Dia
17 Harimau
18 Pak Lutfi
19 Asam pedas
20 Bas ekspres
budak pandai.
binatang liar.
orang kaya.
masakan asli.
kenderaan cepat.
Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif
Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.
18
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:
Kata bantu Penguat Kata adjektif Penguat
- sangat pandai -
- Terlalu nakal -
sudah besar -
belum tua -
- malas benar
- jahat betul
- baik Amat
masih kecil Amat
- cantik Sekali
- ganas -
Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula
terdiri daripada dua jenis, iaitu mengikut binaannya:
(i) binaan satu perkataan
(ii) binaan dua perkataan
5.0 PENUTUP
Secara umumnya dapatlah disimpulkan bahawa, setiap perbezaan aliran yang
dipegang atau dianuti oleh penahu-penahu amat berkait rapat dengan aliran linguistik yang
dipelajari. Abdullah Hassan menjelaskan kata adjektif digunakan sebagai inti frasa adjektif
dan disertai dengan kata penguat. Bagi Asmah Haji Omar dan Abdullah Hassan walaupun
terdapat perbezaan dengan Za’ba dan Nik Safiah Karim, tetapi asasnya tetap sama namun
pemerian yang dibuat adalah berlainan. Kelainan yang dimaksudkan di sini ialah pemerian
penahu mengikut kriteria tertentu seperti yang diperjelaskan di atas. Asmah Haji Omar
memerikan nahu mengikut unsur-unsur dalam sistem tatabahasa aliran struktural. Abdullah
Hassan pula memerikan nahu mengikut tagmen tatabahasa iaitu unit dalam tatabahasa yang
mengikut aliran tagmemik. Arbak Othman pula menegaskan kata sifat boleh berupa kata
dasar atau kata sifat terbitan yang boleh terpakai sebagai predikat mahupun sebagai subjek
ayat. Kata sifat yang terpakai sebagai subjek disebut sifat ragam nama.
19
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
Rujukan dan kajian terhadap sesuatu aspek tatabahasa, membolehkan kitab mengesan
aliran penahunya. Penggolongan kata dalam sesuatu aspek tatabahasa yang diklasifikasikan
berdasarkan kriteria teertentu iaitu kriteria makna @ simantik kriteria morfologi, kriteria
sintaksis dan kriteria fonetik. Peraturan berbahasa yang baik dan betul tidak semestinya
daripada satu golongan tatabahasa sahaja. Kita perlulah mengkaji dan menilai serta
menerapkan ke atas bahasa melayu agar nahu ini lengkap dan mantap serta tuntas yang boleh
dipeturunkan kepada generasi akan datang supaya mereka lebih memahami dan berbangga
dengan bahasa mereka.
Kata adjektif secara umumnya berfungsi menjadi predikat ayat, boleh mendahului kata
penguat, boleh mengikuti kata penguat, boleh diikuti unsur keterangan dan tidak boleh hadir
di hadapan kata kerja.Kata adjektif dapat dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau
kata kerja dengan ciri yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat
Tatabahasa merupakan satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam
konteks ahasa Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting
kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna
pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah. Bermula
dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan
penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam
segenap bidang dan lapisan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua agar bersama-
sama mendukung cita-cita negara untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.
20
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
RUJUKAN
1. Abdullah Hassan, 2006. Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd.
2. Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj Sabran, Nawi Ismail, Mohd Zaini Othman dan
Ton Ibrahim, 2012. Tatabahasa Asas. Rawang: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu
Malaysia.
3. Ahmad Khair Mohd Nor, 2012. Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi
Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
4. Arbak Othman, 1984. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana
Enterprise.
5. Asmah Hj. Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
6. Asraf 1989. Petunjuk Bahasa Malaysia Baku. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
7. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood,
(2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), 2000. Pelita Bahasa Penggal I-III Edisi Baharu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
LAMPIRAN 1
Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)
Kriteria Penggolongan Kata
Golongan kata
kata nama
kata nama am
kata nama khas
kata kerja
kata kerja tak transitif
kata kerja transitif
kata adjektif
sifatan
warna
pancaindera
bentuk
ukuran
perasaan
cara
waktu
jarak
kata tugas
penyambung ayat
prakluasa
prafrasa & pascafrasa
pascakata
BML 3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
LAMPIRAN 2
Binaan frasa adjektif
Binaan frasa adjektif
Binaan satu perkataan
Binaan dua perkataan
Kata adjektif + Kata adjektif
Dua kata adjektif yang menerangkan keserasian makna
Dua kata adjektif yang menerangkan makna berlawanan