BMK 3012 WARISAN JAWI 3. BINCANGKAN ISLAM DALAM SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU NITO ANAK TONY (TUGASAN 1 – INDIVIDU) D20112055167 PENSYARAH DR. AHMAD YUNUS BIN KASIM
BMK 3012
WARISAN JAWI
3. BINCANGKAN ISLAM DALAM SEJARAH DAN KEBUDAYAAN MELAYU
NITO ANAK TONY
(TUGASAN 1 – INDIVIDU)
D20112055167
PENSYARAH
DR. AHMAD YUNUS BIN KASIM
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,
tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat
sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya
supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Ahmad
Yunus Bin Kasim kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang
sejelasnya untuk membuat tugasan ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu
dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan
yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.
Kandungan
Bil Perkara Muka surat
1 Pendahuluan 1
2 Pertapakan Islam 2
3 Ciri Kependudukan Melayu 5
4 Suasana Hidup Masyarakat Melayu 7
5 Hari Perayaan Islam 14
6 Pengaruh Lain Islam Terhadap Masyarakat Melayu 16
7 Penutup 17
Pendahuluan
Kedatangan agama Islam telah membawa impak yang amat besar terutamanya dalam
perkembangan bahasa Melayu. Agama Islam yang membawa bersama sistem tulisan Jawi ke
Alam Melayu terutamanya ke Melaka melalui perdagangan telah berjaya membantu
memperkembang bahasa dan kesusasteraan Melayu. Kedatangan Islam ke alam Melayu menjadi
titik tolak kepada perkembangan bahasa Melayu klasik. Dalam hal ini, tulisan Jawi memainkan
peranan yang amat penting sebab sistem tulisan inilah yang telah digunakan pada zaman bahasa
Melayu klasik. Segala ajaran dan pengetahuan mengenai Islam telah memperkayakan lagi kosa
kata Melayu yang menurut Zaba (1956) mungkin lebih banyak daripada bahasa sanskrit.
Pada zaman kegemilangan Kerajaan Islam Melaka, tulisan Jawi telah digunakan dalam
surat-menyurat di antara kerajaan-kerajaan, rakyat dan para pedagang termasuklah pedagang-
pedagang asing yang datang berdagang di Melaka. Tulisan Jawi telah digunakan dalam menulis
ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan Islam dan karya-karya yang dihasilkan pada zaman
Hindu. Tulisan yang berbentuk agama seperti ilmu tafsir, fikah dan tasawuf. Tulisan Jawi turut
digunakan bagi menghasilkan karya berbentuk hikayat seperti Hikayat Nabi Muhammad S.A.W.,
Hikayat Para Sahabat, Hikayat Pahlawan-pahlawan Islam, Sulalatus Salatin, Undang-undang
Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan sebagainya.
Menurut M.G. Emeis, kesusasteraan Melayu mulai berkembang selepas kedatangan Islam
pada abad ke-15 M. Sebelum masa tersebut, mereka berpendapat bahawa kesusasteraan Melayu
berkembang dalam bentuk sastera lisan, mitos, peribahasa dan sebagainya (Ismail Hamid, 1986:
161). Sewaktu zaman kegemilangan Kerajaan Islam Melaka, kesusasteraan Melayu bertulis
dipercayai sudah berkembang dengan meluas sejak pada abad yang ke-15. Misalnya, Sejarah
Melayu turut menyatakan bahawa Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Ali Hanafiah telah dibaca
di Melaka (W.G. Shellabear, 1978:161). Perkara ini menunjukkan Melaka telah menjadi pusat
ilmu pengetahuan di Nusantara.
Kedatangan Islam telah berjaya memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu yang
digunakan untuk menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk dan para pedagang yang
berdagang di Melaka. Tulisan Jawi turut membantu perkembangan kesusasteraan Melayu yang
1
pada peringkat awalnya lebih kepada kesusasteraan berbentuk agama kepada sastera berbentuk
hukum-hukum Islam, cara-cara beribadat dan mengenai tokoh-tokoh besar dalam Islam.
Kesusasteraan Islam yang luas telah disadurkan ke dalam bahasa Melayu. Kedatangan Islam
telah memperkaya bahasa Melayu kerana beribu-ribu kalimah Arab telah diserap masuk ke
dalam bahasa Melayu terutamanya yang berkaitan dengan perkara-perkara yang utama seperti
agama, ilmu, fikiran dan adat-adat Islam serta perkara lain yang berhubung dengan manusia
(Za’ba, 1956: 307). Bahasa Melayu digunakan untuk mengembangkan Islam di tanah jajahan
Melaka seperti Johor, Kedah, Terengganu, Kampar, Bengkalis dan Pulau Carimon.
Pertapakan Islam
Dakwah Islamiah telah bermula di kota Makkah al-Mukarramah. Bangsa Arab
merupakan bangsa yang pertama menerima Dakwah Islamiah. Maka, merekalah yang menjadi
perantara Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Hubungan bangsa Arab dengan Kepulauan
Melayu adalah faktor yang sangat penting untuk menentukan tarikh pertapakan Islam dan
perkembangannya di negara kita.
Sejarawan berpendapat bahawa orang Arab dari Semenanjung Tanah Arab sudah pun
mengadakan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara sebelum muncul Islam lagi.
Pedagang-pedagang Arab datang ke Asia Tenggara melalui jalan darat dan laut. Pelaut-pelaut
Arab di Selatan Semenanjung Tanah Arab adalah orang tengah dalam aktiviti perniagaan rempah
di antara saudagar-saudagar Eropah dengan Asia dari Benua India dan Barat Kepulauan Melayu.¹
Catatan sejarah Cina yang lama menyatakan bahawa terdapat pusat-pusat perniagaan
Arab di Canton sejak tahun 300 M. Justeru itu, dapatlah dikatakan bahawa saudagar-saudagar
Arab pada zaman pra-Islam telah pun menguasai teraju perniagaan laut dengan Mesir, Iran dan
India di satu pihak dan di sebelah pihak lagi antara India dengan Asia Tenggara.² Terdapat juga
____________________
¹Dr. Cesar Adip Majul, al-Islam fi al-Syarqiy al-Aqsa, Dar al-Arabiyyah, Beirut, 1966: 15.
²Prof. Madya Dr. Wan Hussein Azmi, “Kedatangan Dakwah Islamiyyah Ke Malaysia”, dlm Majalah
Jihad, Jilid 3, UKM, Kuala Lumpur, 1975: 26.
2
ahli sejarah yang mengatakan bahawa saudagar-saudagar Arab telah melakukan hubungan
perdagangan dengan India sejak sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. lagi sebab India letaknya
berhampiran dengan Semenanjung Arab. Lantaran itu dikatakan bahawa mereka lebih
mengetahui kedudukan bandar-bandar utama di pesisiran pantai India. Mereka telah belayar ke
Benggala dan seterusnya ke Kepulauan Melayu.¹
Saudagar-saudagar Arab yang selalu berulang-alik ke Asia Tenggara sudah pasti
sebilangan daripada mereka telah pun memeluk agama Islam sejak muncul agama Islam di
Makkah. Maka dengan itu sudah tentu Islam telah dibawa ke Tenggara Asia khasnya dan
Kepulauan Melayu amnya sejak kurun pertama Hijrah lagi. Di gugusan kepulauan Melayu telah
pun wujud sebuah kerajaan Taj Jihan di utara Sumatera pada pertengahan kurun ke-7 M. Sejarah
Cina telah menamakan kerajaan ini sebagai Kerajaan Tachi. Kerajaan ini telah mengadakan
hubungan yang luas dalam bidang perdagangan dan kebudayaan dengan negara-negara jiran di
Asia Tenggara.²
Pelabuhan Canton yang didatangi oleh bangsa Arab sejak tahun 627 M/6 H. sudah
menjadi tempat perhimpunan saudagar-saudagar dan sebagai pusat bagi menyebar Dakwah
Islamiah di Kepulauan Melayu³ sebagai Masjid Kwang Ta atau Menara Bercahaya adalah masjid
tertua di Canton dibina pada tahun 627 M/6 H. iaitu 6 tahun selepas pembinaan Masjid Quba’
oleh Rasulullah s.a.w. di Madinah. Pembinaan masjid tersebut menjadi bukti-bukti penting
mengenai keawalan kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu. Bukti sejarah ini dikira mustahak
sebab Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
Terjemahan: Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China.
____________________
¹Abdul Mun’im al-Namr, Tarikh al-Islam fi al-Hind Dar al-Ahdiy, Qahirah, 1959: 60.
²Dr. Omar Amin Hoesin, Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu, Cetakan pertama, Qalam, Singapura,
1962: 73.
³Dr. Wan Hussein Azmi, “Kedatangan Dakwah Islamiyyah ke Malaysia”, hlm 26.
3
Menurut Marco Polo, pengembara Itali yang sampai di Sumatera pada tahun 1292 M./692
H., Perlak telah pun menjadi pusat Islam. Raja Malikus-Salih¹ merupakan raja Melayu yang
pertama menganut Islam. Sebuah makam yang indah telah ditemui di tanah perkuburan
berhampiran Pasai. Makam ini dipercayai makam seorang keturunan khalifah Abbasiyyah yang
menjadi khalifah pada tahun 1226-1241 M./624-639 H.² Sumatera Utara adalah pusat kerajaan
Islam di Kepulauan Melayu sebelum kemunculan Islam Melaka. Kuasa politik Sumatera Utara
sudah pun meluas meliputi wilayah Kedah dan Terengganu.
Pelabuhan Merbok di Kedah yang terletak di utara Semenanjung Malaysia adalah
pelabuhan persinggahan yang utama untuk saudagar-saudagar Arab yang melalui jalan darat.
Manakala Pulau Singapura menjadi tempat persinggahan yang mustahak untuk kapal-kapal
dagang dalam siri pelayaran ke pelabuhan Champa dan Canton. Mengikut kajian yang dilakukan
oleh sejarawan tempatan seperti Syed Muhammad Naquib Al-Attas boleh difahami bahawa
Islam telah pun bertapak di Terengganu sejak abad ke-13 M. lagi.
Sejarah pertapakan Islam mengikut bukti arkeologi iaitu dengan terjumpanya Batu
Bersurat Terengganu atau Prasasti Terengganu di tebing Sungai Tersat, Kuala Berang, Ulu
Terengganu kira-kira 32 km. dari Kuala Terengganu pada tahun 1902 M./1320 H. Menurut
kajian ahli sejarah, tarikh yang tercatat di Batu Bersurat tersebut ialah 702 H./1303 M.³ Batu
Bersurat itu adalah rekod sejarah tentang pertapakan Islam di Malaysia dan sekarang diletakkan
di Muzium Negara Malaysia. Kandungan yang tertulis di permukaan Batu Bersurat itu
mencatatkan peristiwa awal tentang kerajaan Islam sebagai agama rasmi, lengkap dengan hukum
Islam mengenai perbuatan maksiat seperti berzina, kenyataan palsu dan hukumannya sekali.
Batu Bersurat tersebut juga ada menyatakan nama Tuhan dengan gelaran ‘Dewata Yang
____________________
¹Zaba, Sejarah Ringkas Tanah Melayu, Pustaka Melayu, Singapura, 1961: 40.
²Ibid, hlm 23.
³Syed Muhammad Naquib Al-Attas, The Correct Dated of The Trengganu Inscription, Muzium Negara,
Edisi Pertama, Kuala Lumpur, 1970: 7.
4
Mulia Raja’ dengan tulisan bahasa Melayu atau Jawi gaya khat nasakh. Menurut sejarawan Cina
seperti Chau Chu Fei dalam bukunya Ling-Wai-Ta yang ditulis pada tahun 1178 M./574 H.
menyatakan Fo-Lo-an berjiran dengan Kelantan yang mengikut analisis sejarawan Fo-Lo-an itu
ialah Kuala Berang.
Kenyataan tersebut membuktikan bahawa penduduk Terengganu sudah memeluk agama
Islam lebih awal satu kurun daripada penyebaran agama Islam di Melaka. Justeru itu, bolehlah
dikatakan bahawa Pantai Timur Semenanjung Malaysia menerima Iskam lebih awal daripada
Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Bukti tentang keawalan Pantai Timur menerima Islam
dapat dilihat dalam sejarah Fatani.
Ramai sejarawan Eropah dan Asia telah mengakui bahawa terdapat sebuah kerajaan
tertua di Semenanjung Malaysia yang disebut Langkasuka. Mengikut catatan sejarah dan kajian
sejarawan, kebanyakan mereka membuat tanggapan bahawa kerajaan Langkasuka terletak di
Fatani.¹ Negeri Fatani dipercayai menerima Islam pada abad ke-10 M. Seorang penulis Portugis,
D’Frida menyatakan bahawa kemasukan Islam ke Fatani lebih awal daripada kemasukan Islam
ke Melaka. Walaupun duit syiling² yang bertarikh 1161 M./577 H. telah pun ditemui di Kelantan
namun ahli sejarah lebih suka mengaitkan pengislaman di Kelantan sebagai akibat kemasukan
Islam ke Fatani.³
Ciri Kependudukan Melayu
a. Penduduk
_____________________
¹Nathir M., “Fatani Negara Langkasuka”, dlm Dian (Kota Bharu: Syarikat Dian Sdn. Bhd., Ogos 1976:
16.
²Duit syiling itu ditemui di Kota Kubang Labu pada tahun 1914 M. yang bertulis al-Julus Kelantan
bermaksud raja dan angka 557 H. di satu muka manakala di muka yang satu lagi ditulis al-Mutawakil.
³Wan Muhammad Soghir, “Dakwah Islamiah Ulama Fatani”, dlm Pengasuh, bil 422, Majlis Ugama Islam
Kelantan Kota Bharu, 1977: 45.
5
Bangsa Melayu adalah bumiputera Malaysia yang mempunyai induk keturunan yang
sama dengan bangsa Melayu di Indonesia dan Kepulauan Melayu yang lain. Keturunan Melayu
terkenal dengan rumpun Melayu – Polynesia.¹ Asimilasi antara mereka dikaitkan oleh bahasa,
agama Islam dan keseragaman kebudayaan. Masyarakat Melayu di Malaysia terdiri daripada
suku Mendeling, Jawa, Banjar, Aceh, Bugis dan lain-lain.
b. Agama
Orang Melayu menganut agama Islam bermazhab Shafi’ iaitu salah satu mazhab daripada
Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah.²
c. Bahasa
Masyarakat Melayu ada yang bertutur bahasa Melayu, bahasa Jawa, bahasa Banjar,
bahasa Minang dan bahasa Bugis. Dialek adalah suatu kelainan bunyi sebutan terhadap bahasa
baku. Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek. Setiap negeri di Malaysia mempunyai dialek
yang tersendiri, di antara dialek tersebut ialah dialek Kelantan, dialek Terengganu dan dialek
Kedah. Dialek Kelantan mempunyai bunyi akhir dengan ‘e’ taling seperti makan jadi ‘make’,
dialek Terengganu dengan bunyi akhir ‘ng’ seperti makan jadi ‘makang’ dan dialek Kedah
disebut faringal iaitu bunyi dalam tengkuk seperti makan jadi ‘maka’ ( ع ). Melalui dialek-dialek
kita boleh mengenal negeri seseorang. Dialek yang sebenarnya asli didapati di kawasan-kawasan
pendalaman terutama pertuturan orang-orang tua yang tidak terpengaruh dengan pendidikan
moden.
Bukan sahaja di Malaysia terdapat banyak bahasa dan dialek namun situasi ini kita dapati
juga di negara-negara yang wujud di dunia ini. Hanya perbezaan kadar peratus dari penduduk
negeri yang masih tetap menggunakan bahasa ibunda mereka sahaja yang perlu difikirkan
____________________
¹Ismail Zain, “Masalah Kebudayaan di Malaysia” dlm Kertas Kerja Bengkel Kepimpinan dan Pengajian
Kebudayaan, Cetakan Pertama, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Kuala Lumpur, 1978: 7.
²Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah ada empat mazhab iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafi’i
dan Mazhab Hambali.
6
bersama oleh bangsa Melayu sebagai umat Islam di rantau ini. Kelainan bahasa di kalangan umat
manusia dijelaskan oleh Allah seperti firman-Nya:
Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan
bumi dan berlain-lainan bahasa kamu dan warna kulit kamu.
(Surah al-Ruum 30:22)
Di Kepulauan Melayu amnya dan Malaysia khasnya penggunaan bahasa Melayu lebih
meluas dalam bidang kemasyarakatan. Bahasa Melayu juga dijadikan bahasa Kebangsaan
kerajaan matitime yang agung seperti Melaka, Sriwijaya dan Aceh. Penyebaran bahasa Melayu
diperluaskan melalui majalah dan suratkhabar. Suratkhabar Melayu yang pertama dikeluarkan
pada tahun 1876 M./1293 H. di Singapura di bawah pimpinan Munsyi Mohd. Said bin Dada
Mohyiddin. Bahasa Melayu juga dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan di pusat-
pusat pengajian tinggi. Kerajaan juga mewajibkan penggunaan bahasa Malaysia di pejabat-
pejabat dalam urusan surat-menyurat dan dalam percakapan. Bagi memantapkan penggunaan
bahasa Melayu pada tahun 1972 M./1392 H. diadakan penyelarasan sistem ejaan baru antara
Malaysia dengan Indonesia. Untuk menjaga keutuhan satu-satu tamadun bahasa perlu dijaga
supaya tidak dicemari oleh anasir-anasir yang kurang sihat sebab bahasa menunjukkan bangsa.
d. Pekerjaan
Kebanyakan orang Melayu bertani, bertukang dan menangkap ikan. Sebilangan kecil
daripada mereka bekerja dengan kerajaan sebagai pegawai pentadbir, guru dan jawatan-jawatan
lain. Mereka juga melibatkan diri dalam lapangan perniagaan. Majoriti orang Melayu menetap di
luar bandar sebab itu lapangan pertanian pekerjaan utama mereka.
Suasana Hidup Masyarakat Melayu
a. Bergotong-royong
Aktiviti bergotong-royong adalah amalan tradisi masyarakat Melayu turun-temurun.
Kerja bergotong-royong wujud daripada cetusan rasa senasib dalam kehidupan bermasyarakat di
desa-desa. Aktiviti seperti ini kurang jelas dalam masyarakat moden di kota kerana
7
sebahagiannya bersifat indidualistik.
Aktiviti khidmat masyarakat yang bercorak kepentingan umum seperti bergotong-royong
membuat balasah, wakaf, membersih tanah perkuburan, menggali perigi di tempat persinggahan,
membuat keranda, menggali kubur, membuat jambatan kayu, membersihkan kawasan masjid dan
lain-lain. Adapun keutamaan orang perseorangan seperti mendirikan rumah, memindahkan
rumah, membersihkan kebun, mengadakan persiapan untuk kenduri kahwin, mencedong dan
menuai padi dinamakan berderau.
Bagi mengumpul anggota masyarakat dalam menjalankan aktiviti untuk kepentingan
umum, penghulu atau Tok Imam membuat pengumuman di masjid kemudian anggota
masyarakat menyebarkan maklumat tersebut kepada rakan mereka yang tidak hadir ke masjid.
Manakala kerja bagi kepentingan orang perseorangan, orang yang memerlukan bantuan itu
sendiri pergi menjemput kawan-kawannya. Jamuan disediakan oleh tuan rumah kepada para
jemputan mengikut kemampuan seperti nasi atau bubur.
Amalan bantu-membantu dalam aktiviti kebajikan adalah asas perpaduan masyarakat dan
boleh menjamin kerukunan hidup dengan mendokong nilai-nilai Islam yang tinggi dalam
kehidupan bermasyarakat. Justeru itu, Allah berfirman:
Terjemahan: Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa
dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perseteruan.
(Surah al-Ma’idah 5:2)
Bantuan dan pertolongan hanya perlu diberi kepada aktiviti kebajikan demi untuk
meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Umat Islam ditegah berkompromi terhadap gejala
kemaksiatan dan perkara yang membawa kepada perseteruan dan permusuhan sebab perkara
sedemikian adalah punca kehancuran masyarakat dan meruntuhkan tamadun. Islam
menggariskan hubungan dua hala iaitu hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia
dengan manusia sebagai anggota masyarakat seperti firman Allah:
Terjemahan: Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika
8
mereka berpegang kepada tali ( agama ) Allah dan tali ( perjanjian )
dengan manusia.
(Surah Ali ‘Imran 3:112)
b. Susunan Masyarakat
Malaysia sebuah negara beraja maka susunan lapisan masyarakat dari segi keturunan
terbahagi kepada dua iaitu keturunan diiraja dan keturunan rakyat biasa. Kemudian dari segi
sosial, masyarakat Malaysia terdiri daripada keluarga diraja, pembesar-pembesar negara dan
rakyat. Manakala dari segi sosioekonomi, masyarakat Malaysia terdiri daripada golongan kaya,
golongan sederhana dan golongan miskin. Bangsa Melayu agak mundur dalam bidang ekonomi
menyebabkan mereka terasing di negeri sendiri. Walaupun umat Islam bukan menguasai
sebahagian besar daripada ekonomi negara tetapi mereka melaksanakan kewajipan membayar
zakat yang mempunyai fungsi yang besar dalam memajukan masyarakat dan pembangunan
negara.
c. Pakaian
Pakaian adalah salah satu keperluan asasi manusia semasa hayatnya di dunia. Dalam hal
berpakaian Allah s.w.t. berfirman:
Terjemahan: Wahai anak Adam ( umat manusia ) sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup aurat dan pakaian
indah untuk perhiasan.
(Surah al-A’raf 7:26)
Petani Melayu semasa bekerja di kebun atau sawah menggunakan baju, seluar atau
sarung dan menutup kepala. Pakaian yang digunakan oleh orang Melayu adalah sederhana. Di
Malaysia jika seorang itu menggunakan baju kurung menunjukkan bahawa dia adalah wanita
Melayu. Pakaian kaum Melayu yang beragama Islam ada yang bertentangan dengan hukum
Islam sehingga terjadi pertentangan nilai dalam masyarakat Melayu atau yang kuat berpegang
dengan ajaran Islam dengan yang terpengaruh oleh kebudayaan asing. Pengaruh cara berpakaian
9
orang Islam Turki berkembang di negara-negara Islam yang lain termasuklah Malaysia.
Sudah menjadi adat dan tradisi kaum lelaki Melayu memakai kain pelekat, baju
Celup(Teluk) Belanga dan songkok atau ketayap bagi menunaikan sembahyang Jumaat dan
jamaah di masjid. Baju Melayu merupakan pakaian kebangsaan orang Islam di Malaysia.
Manakala wanita menggunakan baju kurung, kebaya dan berselindang. Dalam konteks pakaian,
Islam mempunyai falsafah yang tersendiri iaitu motif berpakaian ialah menutup aurat.¹ Islam
memberi kebebasan kepada manusia merekakan fesyen pakaian dengan syarat semua fesyen
yang dicipta memenuhi fungsi menutup aurat.
Kewajipan menutup aurat bukan suatu konsep ciptaan manusia tetapi ia adalah ketetapan
Allah seperti firman Allah:
Terjemahan: Wahai Nabi! Katakanlah ( suruhlah ) kepada isteri-isteri kamu, puteri-
puteri kamu dan wanita-wanita yang beriman hendaklah mereka
menutut kepala dan melabuhkan tudung kepala hingga menutup
dada mereka. Moga-moga mereka mudah dikenali ( bahawa mereka
adalah wanita- wanita yang mulia ) supaya mereka tidak akan
diganggu ( oleh lelaki yang tidak sopan ) sesungguhnya Allah Maha
Pengampun dan Maha Penyayang.
(Surah al-Azhab 33:59)
Masyarakat desa biasanya bercerminkan alim ulama, tok guru dan ustaz dalam usaha
mendapat didikan agama namun yang mengecewakan konsep kewajipan menutup aurat tidak
ditekankan dalam penyampaian agama kepada masyarakat. Tambahan terdapat mereka yang
berpengetahuan agama namun tidak menggunakan tudung. Masalah memberi kesan kepada
masyarakat dan masyarakat umum melihat cara berpakaian itu merupakan perkara kecil sebab
orang-orang alim pun tidak mengutamakannya.
Usaha ke arah menjelaskan konsep pakaian menutup aurat mengikut Islam perlulah
dilakukan oleh semua kaum muslimin sebab besar padahnya pendedahan aurat kepada
10
masyarakat umum. Jadi, untuk membetulkan tanggapan tanggapan mengenai konsep berpakaian
itu masyarakat boleh mengikis pandangan dari golongan masyarakat yang ingin memperkecilkan
soal aurat yang pada fahaman mereka penutupan aurat itu adalah soal serpihan yang remeh.
Di Malaysia, sejak kebelakangan ini mula wujud anggota masyarakat yang menetapkan
konsep berpakaian mengikut Islam dalam kehidupan mereka. Golongan ini digelar sebagai puak-
puak dakwah. Bagi meningkatkan penerapan pakaian menutup aurat kepada masyarakat, pihak
kerajaan boleh mewajipkan pekerja di agensi kerajaan, swasta dan murid sekolah supaya
menggunakan pakaian yang menutup aurat. Ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap keluarga
yang dipimpin bagi menyelamatkan mereka daripada api neraka seperti firman Allah:
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu
daripada api neraka.
(Surah al-Tahrim 66:6)
d. Perkahwinan
Segala syari’at Allah mengakui bahawa perkahwinan yang pertama di kalangan manusia
ialah perkahwinan antara Nabi Adam a.s dengan Siti Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan
suatu cara perhubungan yang direstui oleh Allah s.w.t. kepada mereka berdua. Firman Allah:
Terjemahan: Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Allah menciptakan untuk
kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya boleh kamu diam (
menjalani hidup yang tenteram ) bersama dengannya dan Allah
menjadikan antara kamu kasih sayang dan cinta-mencintai.
Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda ( keterangan ) bagi kaum
yang berfikir.
(Surah ar-Ruum 30:21)
Sistem perkahwinan diisyaratkan dengan tujuan bagi melahirkan keturunan manusia.
Mengikut riwayat oleh Ibn Jarir dari Ibn Mas’ud dan beberapa orang kawan bahawa setiap kali
Siti Hawa beranak akan lahirlah seorang lelaki dan seorang perempuan. Perkahwinan berlaku
antara anak-anak Adam yang berlainan kandungan atau kelahiran yang berbeza disebabkan
11
keadaan ‘darurat’.
Perkahwinan sebegitu terus berlaku sehingga tiba kepada peristiwa perkelahian tentang
perkahwinan antara putera Adam iaitu Habil dengan Qabil. Habil dilahir bersama dengan Labuda
iaitu puteri yang kurang cantik dan Qabil dilahir bersama dengan Iqlima iaitu puteri yang cantik.
Menurut hukum perkahwinan pada masa tersebut, Qabil mesti berkahwin dengan Labuda dan
Habil mesti berkahwin dengan Iqlima. Namun Qabil mengingkari hukum itu dan dia tetap mahu
mengahwini saudara kandungnya, Iqlima. Inilah sebab perkelahian antara Qabil dengan Habil
sehingga berlaku pembunuhan terhadap Habil. Tragedi ini tercatat di dalam al-Quran.¹
Selepas wujudnya Islam maka peraturan-peraturan perkahwinan yang telah diperbaharui
dengan menghapuskan perkara yang tidak baik dan mengekalkan yang baik serta menetapkan
suatu sistem baru yang lengkap dan amat sesuai dengan fitrah manusia untuk menjamin
keselamatan dan kebahagiaan manusia hidup berumahtangga. Islam menetapkan cara-cara
memilih jodoh, menerangkan cara menyempurnakan akad nikah, menentukan perempuan yang
boleh dikahwini dan perempuan yang haram dikahwini. Islam menentukan bahawa perempuan
itu hanya seorang suami sahaja yang tidak boleh berkongsi. Suami isteri masing-masing
mempunyai hak dan tanggungjawab. Perubahan sosial masyarakat yang besar dibawa oleh Islam
terhadap wanita ialah mengangkat status mereka yang dihina dan dipandang rendah oleh
masyarakat Jahiliah. Kedudukan wanita dalam konteks ketaqwaan kepada Allah adalah sama
dengan kaum lelaki.
Terdapat dua cara dalam menentukan jodoh bagi masyarakat Melayu di Malaysia.
Pertama, teruna sendiri yang mencari pasangannya iaitu apabila menemui gadis pilihan hatinya
maka si teruna akan menyampaikan hasratnya untuk berkahwin kepada ibu bapanya atau
meminta orang lain menyampaikan hasrat itu kepada keluarganya. Kedua, apabila si teruna
hendak berkahwin maka hasrat itu diberitahu kepada keluarganya dan menyerahkan urusan
mencari jodoh kepada pihak keluarga. Biasanya cara kedua ini dilakukan dengan meluas dalam
_____________________
¹Surah al-Maidah, ayat 27.
12
masyarakat Melayu kerana mereka sangat berhati-hati semasa memilih menantu. Budi pekerti
dan kelakuan yang baik menjadi pilihan utama orang Melayu dalam menentukan jodoh.
Sehubungan dengan ini, Rasulullah menggariskan kriteria memilih jodoh dalam Islam seperti
sabda baginda:
Terjemahan: Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, kerana hartanya,
keturunannya dan kecantikannya dan kerana agamanya, maka
utamakanlah yang mempunyai pegangan kuat terhadap
agama nescaya memberi kebaikan dalam hidupmu.
(Hadis al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w memimpin umatnya tenteng cara hendak memilih teman hidup yang
sesuai. Sifat beragama diutamakan dalam memilih jodoh sebab seorang suami dan isteri yang
kuat agama tidak akan melupakan tugas dan tanggungjawab masing-masing yang diamanahkan
oleh Allah. Agama telah menjadi benteng dan pengawal supaya mereka tidak terlanjur membuat
sesuatu perkara yang mencemarkan dan menghancurkan keharmonian rumahtangga. Oleh itu,
umat Islam wajib menurut panduan yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam mencari
pasangan demi untuk kerukunan hidup berumahtangga. Firman Allah:
Terjemahan: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik.
(Surah al-Ahzab 33:21)
e. Kematian
Setiap makhluk akan menghadapi kemusnahan namun yang kekal abadi hanyalah Allah
s.a.w. Kematian bukan merupakan titik noktah dalam sejarah manusia sebab mereka akan
dihidupkan kembali selepas meninggal untuk hidup yang kekal abadi. Apabila berlaku kematian
dalam sesebuah kampung maka satu pengumuman dibuat oleh penghulu atau Tuk Imam dengan
memukul beduk atau kentung sebanyak tiga kali. Seterusnya, apabila orang ramai tahu mengenai
berita kematian, mereka akan pergi ke rumah si mati dengan segera bagi mengucapkan takziah
13
kepada keluarganya dan memberi bantuan dan pertolongan. Terdapat di kalangan mereka yang
pergi memberitahu waris si mati sama ada yang dekat dan jauh. Sementara yang lain
menjalankan urusan membuat keranda dan menggali kubur.
Hari Perayaan Islam
a. Hari Raya Puasa
Umat Islam diwajibkan berpuasa setiap tahun pada bulan Ramadan selama satu bulan.
Dalam bulan ramadan yang penuh keberkatan ini diturunkan al-Qur’an yang menjadi panduan
kepada umat manusia. Firman Allah:
Terjemahan: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Qur’an menjadi petunjuk
bagi manusia dan menjadi keterangan yang, menjelaskan
petunjuk, perbezaan antara yang benar dengan yang salah sesiapa di
antara kamu yang menyaksikan anak bulan ( Ramadan ) maka
hendaklah ia berpuasa.
(Surah al-Baqarah 2:185)
Masyarakat Melayu di Malaysia banyak melakukan amal kebajikan dalam bulan puasa
seperti menghantar kuih-muih kepada jiran tetangga, bersedekah, mengadakan majlis berbuka
puasa di masjid-masjid, surau-surau dan balasan. Pada waktu malam pula, rumah-rumah ibadat
dibanjiri oleh umat Islam bagi menunaikan sembahyang fardu dan sembahyang sunat tarawih.
Majlis tadarus al-Qur’an berjalan lancar dalam bulan puasa. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
Sesungguhnya bertadarus pada malam hari itu adalah antara Nabi dengan Jibril
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sebelum menjelang Hari Raya Puasa atau ‘Id al-Fitri, orang Melayu yang beragama
Islam menghantar kad-kad selamat hari Raya kepada keluarga dan sahabat handai bagi
mengucap Selamat Hari Raya maaf jahir batin. Zakat fitrah dikeluarkan bagi dibahagikan kepada
golongan yang berhak agar mereka yang kurang bernasib baik boleh menyambut hari yang mulia
ini dengan penuh keriangan.
14
Umat Islam merayakan hari Raya Puasa pada 1 Syawal. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:
Dari Ibn Umar r.a. aku dengar daripada Rasulullah s.a.w. berkata: Apabila kamu
melihat anak bulan ( Ramadan ) maka hendaklah kamu berpuasa dan jika kamu melihat
anak bulan ( Syawal ) maka hendaklah kamu berbuka ( berhari raya ) jika tidak
kelihatan kerana dilindungi awan hitam hendaklah kamu takdirkan ( kira-kirakan ).
Pagi syawal, suara takbir berkumandang di masjid-masjid dan surau-surau serta di
corong-corong radio dan televisyen di seluruh negara. Pada awal pagi lagi, umat Islam berduyun-
duyun menuju ke rumah ibadat bagi menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Puasa. Tamat
sahaja sembahyang, mereka terus bersalam-salaman dan bermaaf-maafan kemudian mereka terus
menziarahi jiran-jiran dan sanak saudara. Pada hari raya, kuih tradisional dan moden yang
beraneka jenis menjadi hidangan utama. Kanak-kanak riang gembira dengan pakaian serba baru.
Mereka juga diberi duit oleh orang tua sebagai hadiah di hari raya.
Pada hari raya juga, para pembesar negara mengadakan majlis rumah terbuka kepada
rakyat jelata. Hari Raya Puasa adalah hari kemenangan bagi umat Islam sebab berjaya
menunaikan tuntutan Allah yang benar-benar menguji keikhlasan hati seseorang insan terhadap
Allah. Orang yang bukan ikhlas tidak sanggup menahan lapar dan dahaga sepanjang hari.
b. Hari Raya Haji
Umat Islam merayakan Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban pada 10 Zulhijah.
Sambutan Hari Raya Haji hampir sama dengan Hari Raya Puasa. Kuih-muih yang beraneka jenis
disediakan bagi tetamu yang datang berhari raya. Umat Islam yang berkemampuan
melaksanakan korban sebagai memperingati peristiwa korban yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim
itu dicerita oleh Allah dalam al-Qur’an.
Perayaan-perayaan dalam Islam banyak memberi kebaikan kepada manusia seperti boleh
melahirkan rasa insaf mengenai keagungan dan kebesaran Allah s.w.t. serta meningkatkan rasa
cinta kepada agama dan mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota masyarakat. Di
15
negara kita, terdapat juga orang Melayu yang mengadakan majlis hiburan pada hari raya dan
pergi menonton wayang pada pagi tersebut. Islam melarang sama sekali perayaan yang berunsur
Jahiliah. Orang Islam Malaysia menyembelih lembu, kerbau dan kambing bagi berkorban dan
membahagikan daging korban ini kepada jiran-jiran dan keluarga terutama kepada yang kurang
berkemampuan bagi berkorban pada hari tersebut.
c. Maulud Nabi
Sebenarnya perayaan Maulid Nabi tidak pernah disambut oleh penganut-penganut Islam
semasa Rasulullah s.a.w. masih hidup sebab itu terdapat ulama-ulama Islam menganggap sebagai
perbuatan bid’ah. Mengikut catatan sejarah bahawa perayaan Maulud Nabi bermula dalam kurun
ke-14M/8 H iaitu pada zaman kerajaan Fatimiyah. Apabila Bait al-Maqdis jatuh ke tangan kaum
Nasrani atau Kristian, umat Islam berusaha dari masa ke semasa bagi mendapatkannya kembali
namun segala usaha menemui jalan buntu. Justeru itu, Sultan Sallahudin al-Ayyubi
mengumpulkan seluruh tenteranya pada tanggal 12 Rabiul-Awal dan mengadakan satu perayaan
raksasa bagi memperingati sejarah perjuangan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya dami umtuk
memulihkan kembali semangat keperwiraan pejuang-pejuang Islam. Semangat jihad dihidupkan
kembali, justeru itu bait al-Maqdis dapat ditawan semula.
Sejak dari peristiwa itu, perayaan Maulid Nabi diadakan di negara-negara Islam
termasuklah Malaysia. Di negara kita, perayaan hari Keputeraan Rasulullah s.a.w. disambut
secara besar-besaran di peringkat negara dan negeri. Pada hari tersebut diadakan perarakan,
ceramah, syarahan dan lain-lain yang menyemarakkan semangat menegakkan syiar Islam.
Lembaran sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w. disingkap kembali. Di kampung-kampung juga
sepanjang bulan Rabiuawal diadakan upacara menyambut Maulud Nabi, marhaban dan berzanji.
Pengaruh Lain Islam Terhadap Masyarakat Melayu
Kemunculan Islam ke Alam Melayu tidak sahaja menandakan kelahiran zaman baru
bahkan permulaan suatu zaman moden di rantau ini. Zaman pengaruh peradaban Hindu-Buddha
berlalu apabila pengaruh peradaban Islam berkembang di daerah Nusantara. Islam membawa
satu perubahan yang menyeluruh dari segi intelektual dan struktur masyarakat walaupun J.C.
16
Van Leur berpendapat bahawa perubahan yang dilahirkan oleh Islam sebagai lanjutan
perubahanyang telah ada. Demikian juga, R.O. Winstedt dan Snouck Hungronje melihat Islam
secara sepintas lalu tanpa menyelami hakikat Islam sebenar. Mereka menyamakan penerimaan
Islam oleh penduduk-penduduk Nusantara dengan penerimaan mereka terhadap agama Hindu.
Sebenarnya Islam membawa unsur rasionalisme dan intelektualisme ke dalam
penghidupan masyarakat Melayu. Perubahan yang dibawa oleh Islam dalam intelektualisme jelas
iaitu Islam boleh mengubah kepercayaan masyarakat Melayu dari kepercayaan yang
mempersekutukan Allah kepada agama mentauhidkan Allah. Di negara kita tidak terdapat
seorang bangsa Melayu pun yang menjadi paderi namun sebaliknya wujud di kalangan orang
Melayu, tokoh-tokoh ulama pewaris Nabi di Nusantara yang tampil ke depan menegakkan
kebenaran Islam.
Walaupun Islam belum berjaya meleburkan fedualisme dan kepercayaan syirik warisan
Hindu-Buddha ke akar umbinya namun Islam telah mendorong kelahiran kebudayaan Islam di
rantau ini bukan kebudayaan menyebabkan timbulnya agama Islam. Kebudayaan Islam memberi
cahaya gemilang terhadap keperibadian bangsa Melayu. Islamlah yang mencirikan zaman baru
dalam kebudayaan Melayu. Mengikut Prof. De Josseline de Jong bahawa pengaruh Islam dalam
semua hal berlainan sekali daripada Hinduisme. Proses islamisasi dalam kebudayaan Nusantara
berlaku dengan cara perkahwinan dan waris mewarisi yang akhirnya membentuk satu
kebudayaan Islam yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri melambangkan identiti keislaman
yang unggul. Kebudayaan adalah rumpun tamadun.
Ilmuan-ilmuan Muslim melihat tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang bebas dari
pengaruh asing sebab asas tamadun Islam bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Islam adalah
satu sistem hidup yang lengkap dan melahirkan sebuah tamadun baru yang unggul. Kedatangan
orang Eropah ke alam Melayu membawa nilai baru yang tidak sesuai dengan keperibadian
Melayu Islam. Mengikut Dr. J.P.H. Duyvendak bahawa pengaruh Barat menimbulkan krisis
yang hebat. Tatabudaya Barat memaksa peribumi agar menerimanya, justeru itu Barat berusaha
memutar balik tatabudaya Islam peribumi Nusantara. Ini adalah proses diislamisasi kebudayaan
Melayu Nusantara.
17
Penutup
Islam memimpin manusia ke arah satu matlamat iaitu bagi merapatkan keredaan Allah di
dunia dan di akhirat. Lantaran itulah dasar Islam dalam membentuk suatu tamadun ialah wahyu
Ilahi. Pertapakan Islam di Alam Melayu telah mengubah cara hidup bangsa Melayu dari tahap
primitif kepada hidup bertamadun. Kejayaan Islam dalam membentuk tamadun jelas kelihatan
iaitu lebih kurang satu abad. Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar Islam di rantau ini.
Zaman Kerajaan Melayu Melaka adalah zaman keemasan dalam lembaran sejarah Islam di
Nusantara.
Di peringkat ini, tamadun Islam dalam bidang pendidikan, ekonomi, politik,
kemasyarakatan dan kesenian berpaksikan ajaran Islam. Pemerintah-pemerintah Islam mentadbir
negara berasaskan ajaran Islam. Justeru itu, beberapa wilayah di Sumatera berada di bawah
pengaruh empayar Melaka.
Kegemilangan pemerintahan Islam mengalami zaman malap dengan kedatangan
penjajah-penjajah yang menjelajah Tanah Melayu silih berganti. Kesan daripada penjajahan ini,
perkembangan tamadun Islam turut mengalami zaman malap. Walaupun negara kita telah
mendapat kemerdekaan namun ideologi penjajah masih diterima oleh sesetengah pihak. Lantaran
itu, pertentangan antara golongan berideologi Barat dengan golongan Islam terus berlanjutan
yang membawa kepada kepincangan masyarakat. Kebenaran dan kebatilan tidak seiring jalan.
Kemahiran bangsa Melayu dalam lapangan senibina, seni kraftangan dan seni khat adalah
amat tinggi. Hasil usaha bangsa Melayu dalam kesenian masih dapat disaksikan di Malaysia
pada bangunan-bangunan lama dan barang-barang antik yang tersimpan di Muzium Negara
sebagai pusaka bangsa. Dalam kajian tamadun di mana-mana bahagian dunia Islam didapati
perkembangan tamadun Islam mengalami proses yang sama iaitu zaman kegemilangan dan
zaman kemerosotan. Tamadun Islam berada di kemuncak ketinggian semasa pemerintah dan
rakyat mengamalkan prinsip Islam sepenuhnya dalam kehidupan. Sebaliknya, tamadun Islam
mula merosot semasa ajaran Islam diabaikan oleh penganut-penganutnya. Oleh itu, bagi
memulihkan tamadun Islam maka umat Islam perlulah mengamalkan prinsip Islam dalam semua
aspek kehidupan.
18
Bibliografi
Abdul Mu’in al-Namr (1959). Tarikh al-Islam fi al-Hind. Qahirah: Dar al-‘Ahdiy.
Ahmad Shalaby (1966). Masyarakat Islam, terjemahan Prof. Mukhtar Yahya. Bandung: Pustaka
Nasional.
Cesar Adib Majul, Dr. (1966). Al-Islam fi al-Syarqiy al-Aqsa. Beirut: Dar al-‘Arabiyyah.
Josselin De Jong (1965). Agama Islam Di Gugusan Pulau-pulau Melayu, terjemahan Abdullah
Hussein. Kuala Lumpur: University Oxford Press.
Khurshid Ahmad (1974). Prinsip-prinsip Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Adabi
Sdn. Bhd.
Mohd Taib Osman (1974). Asas Dan Pertumbuhan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur:
Kementerian Belia Dan Sukan.
Nik Mastura Haji Omar (1969). Struktur Pendidikan Agama Islam di Kelantan. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Omar Amin, Dr. (1962). Sejarah Bangsa Dan Bahasa Melayu, Cetakan 1. Singapura: Qalam.
Shaharir Mohamad Zain (2003). Penyebaran orang rumpun Melayu pra-Islam dan perkembangan
tulisan bahasa Melayu dalam Jurnal Sari Bil. 21: 129-149 UKM: ATMA.
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Mohd. Ali dan Uthman El-Muhammady (1977). Islam dan Modenisme. Kuala Lumpur:
Terbitan Biro Pelajaran dan Penyelidikan ABIM.
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba) (1961). Sejarah Ringkas Tanah Melayu. Singapura: Pustaka
Melayu.