This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK
PRA UPSR 2012
BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN
011
Julai
50 minit Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.
Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak.
Menemui sahabatku saudara Syafiq yang berada di Melaka. Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Saudara,
Surat saudara yang bertarikh 4 April 2007 yang lalu berserta sehelai kemeja-T telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan. Calitan warna pada lukisan Kota A Famosa itu tampak seolah-olah asli. Kawan-kawan saya terpegun menatap keindahan lukisan tersebut ketika saya memakainya.
Kali ini saya akan bercerita tentang aktiviti yang saya lakukan semasa cuti sekolah yang lepas. Saya telah mengikut kedua-dua ibu bapa saya mendaki Gunung Kinabalu, iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Pada mulanya, saya berasa gerun untuk mendaki gunung itu, tetapi ibu bapa saya memberi kata-kata semangat kepada saya.
Kami mula mendaki pada pukul 9.00 pagi. Ketika mendaki, kami terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan cabaran. Untuk pengetahuan saudara, kami terpaksa menempuh tujuh pondok rehat sebelum sampai ke hotel penginapan. Kami hanya sampai ke hotel pada pukul 2.30 petang selepas melalui keadaan cuaca yang buruk.
Keesokan harinya, pada pukul 2.00 pagi, selepas mengambil sedikit makanan, kami memulakan pendakian. Kami terpaksa menempuh beberapa bahagian gunung yang licin serta curam dengan bantuan tali. Saya berasa sungguh penat. Tekanan udara pula rendah. Kami dinasihatkan supaya bernafas menggunakan hidung agar dapat mengurangkan keletihan. Saya kembali bersemangat apabila mula ternampak akan bayangan puncak Gunung Kinabalu. Kami sampai ke puncak kira-kira pukul 4.30 pagi. Kami perlu menunggu seketika untuk menikmati pemandangan yang sukar saya lupakan, iaitu melihat matahari terbit.
Sampai di sini dulu yang dapat saya ceritakan kepada saudara kali ini. Pada surat yang akan datang, saya akan ceritakan pula tentang pengalaman saya menuruni puncak Gunung Kinabalu. Sehingga kita berjumpa lagi. Sambutlah salam mesra daripada saya buat saudara sekeluarga.
Sahabatmu,
Rosmadi Raffendy
31 Rosmadi mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya kerana....
D Rosmadi memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu pada pukul 2.00 petang.
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Taman Orkid Antarabangsa Serendah terletak 40 kilometer ke utara Kuala Lumpur. Taman Orkid ini diwujudkan bersempena dengan Persidangan Orkid Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2002.
Taman Orkid ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Orkid yang ditanam di kawasan ini mempunyai pokok yang segar dan banyak mengeluarkan bunga. Hal ini disebabkan oleh iklim yang amat menyegarkan di kawasan tanah tinggi.
Di Taman Orkid Antarabangsa ini terdapat lebih kurang 500 jenis orkid. Kebanyakan orkid di sini adalah orkid kacukan. Namun, ada juga orkid hutan. Orkid-orkid di sini jarang-jarang ditemukan di tempat lain.
Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di sini. Harga yang ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung kepada jenis bunganya. Semasa membeli orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan cara-cara menanam orkid yang betul, cara mencegah serangan penyakit, dan cara membaja orkid yang betul.
Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25 000 pengunjung telah berkunjung ke sini setiap tahun.Selain pengunjung tempatan, pengunjung dari luar negara, misalnya dari India, Taiwan, China, Afrika Selatan, Scotland, Jerman, dan Perancis tertarik untuk datang ke sini.
Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan pelbagai jenis orkid, pengunjung dapat juga menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang menghijau di Taman Orkid Antarabangsa Serendah.
36. Kata keistimewaan dalam petikan bermaksud…
A keunikan.
B kebesaran.
C kelebihan.
D keindahan.
37. Penyataan yang berikut adalah benar tentang orkid yang terdapat di Taman Orkid
Antarabangsa Serendah, kecuali…
A pokok-pokoknya segar dan mengeluarkan bunga.
B jenis orkidnya ialah orkid hutan dan orkid kacukan.