Soalan 1 hingga Soalan 20Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai.Soalan 1 berdasarkan
Gambar 1
Gambar 11. Doktor _____________ lengan pesakit itu untuk
memasukkan ubat. A. menjolokC.menikam B. merodokD.menyuntik
ARAS PEMAHAMAN
2. Jurulatih pasukan itu meminta anak-anak buahnya berkumpul di
dewan. ________ mengarahkan __________ membuat empat kumpulan. A.
Diamereka C. Beliaumereka B. Diakita D. Beliaukami
3. Pameran kereta ________ itu menarik perhatian para jutawan
untuk mengunjunginya. A. senangC. mahal B. kayaD. mewah
ARAS PENGETAHUAN
4. Rusli akan ___________ oleh ibunya selepas tamat waktu
sekolah. A. dijemputC. jemputan B. menjemputD. berjemputSoalan 5
berdasarkan Gambar 2
Gambar 25. Adik saya menyorok di __________ katil supaya tidak
dapat dilihat kakaknya . A. atasC. sisi B. bawahD.dalam
6. Suara penyanyi itu sungguh ___________hingga membuatkan
kebanyakan penonton terpukau. A. lunakC. sebak B. parauD. lemak
ARAS PEMAHAMAN
Soalan 7 berdasarkan Gambar 3
Gambar 37. Datuk ____________ kaki Ahmad yang sakit itu. A.
menggaru-garuC. mengurut-urut B. menekan-nekanD. mencakar-cakar
ARAS PENGETAHUAN
Soalan 8 berdasarkan Gambar 4
Gambar 4
8. _______ Siti _________ adiknya, kedua-duanya rajin
mengulangkaji pelajaran. A. BaikbaikC. Sedangkanapatah lagi B.
BaikmahupunD. Sedangkantambahan pula
ARAS APLIKASI
9. Penyewa rumah itu __________ oleh tuan rumah kerana gagal
membayar sewa rumah sejak empat bulan yang lalu. A. dibuangC.
dikurung B. dihalauD. dihalang
10. Pembangunan di Bandar Raya Kuala Lumpur amat ______________.
A. derasC. cepat B. ligatD. pesat
ARAS PEMAHAMAN
11. Buku latihan Bahasa Malaysia saya ada _______ Irfan. A.
padaC. kepada B. keD. untuk
12. Anda perlu membawa kad pengenalan ______ sekeping gambar
berukuran pasport. A. laluC. kecuali B. sertaD. hingga
Soalan 13 berdasarkan Gambar 5
Gambar 5
13. Bayi itu ditempatkan di ____________ kerana mengalami
masalah kesihatan. A. unit merawat rapiC. unit dirawat rapi B. unit
rawatan rapiD. unit rawat rapi
ARAS ANALISIS
Soalan 14 berdasarkan Gambar 6
Gambar 614. _________ beratur di kaunter untuk membuat
pembayaran. A. TolongC. Sila B. JemputD. Harap
15. ____________ kecil dia tinggal bersama dengan datuk dan
neneknya. A. HinggaC. Daripada B. SejakD. Oleh
Soalan 16 berdasarkan Gambar 7
Gambar 7
16. _____________ universiti tersebut gembira tatkala menerima
ijazah. A. SenimanC. Mahasiswa B. UsahawanD. Olahragawati
17. Puan Siti tidak pernah ______________ terhadap anak-anaknya.
A. pilih kasihC. kepalang ajar B. berbelah bagiD. melangkah
bendul
ARAS APLIKASI
Soalan 18 berdasarkan Gambar 8
Gambar 818. Fasha ____________ air matanya dengan sapu tangan.
A. mencuciC. menggilap B. mengelapD. menggosok
Soalan 19 berdasarkan Gambar 9
Gambar
19. Aduh, cantik ____________ rama-rama ini, kata Zul. A.
palingC. amat B. sungguhD. agak
Soalan 20 berdasarkan Gambar 10
Gambar 10
20. A. Bolehkah saya letakkan air kopi ini di sini, ayah? B.
Bilakah air kopi ini akan sejuk, ayah? C. Di manakah hendak
diletakkan air kopi ini, ayah? D. Adakah kopi ini manis, ayah?
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
21. Di manakah kamu berjumpa dengan Rani? A. Saya telah berjanji
untuk berjumpa dengannya. B. Kami berjumpa di perpustakaan. C. Rani
berjumpa dengan saya semasa saya bermain dengan kawan. D. Baru
sebentar tadi saya berjumpa dengannya.
ARAS ANALISIS
Pilih kata berlawan bagi kata yang bergaris.22. Jalan raya itu
sibuk sekali. A. bisingC. riuh B. diamD. lengang
Soalan 23 hingga Soalan 25Pilih ayat yang betul.23. A. Wah,
anak-anakku, belajarlah bersungguh-sungguh! B. Cis, rupa-rupanya
kamu yang menelefon saya semalam! C. Nah, malang sungguh nasib
kami! D. Ah, saya tak mahu!
ARAS ANALISIS
24. A. Buku ini tebal agak. B. Perigi itu sangat dalam. C.
Pasukan hoki sekolah itu paling terhandal sekali di daerah Muar. D.
Filem yang ditayangkan itu sungguh benar menarik.
25. A. Ayah akan berkursus kelmarin. B. Ali belum pernah tinggal
di Kota Kinabalu semasa kecil dulu. C. Saya masih telah berkenalan
dengan jiran baru saya itu. D. William sudah lama duduk di
situ.
Soalan 26 dan Soalan 27Pilih ayat yang sama maksudnya dengan
ayat yang diberikan.
26. Wang yang dikumpulkan sejak setahun lalu itu akan dimasukkan
ke dalam bank.. A. Sejak setahun yang lalu wang telah dikumpulkan
di dalam bank. B. Setahun yang lalu bank telah mengumpulkan wang
yang akan dimasukkan. C. Bank telah memasukkan wang yang telah
dikumpulkan sejak setahun yang lalu. D. Sejak setahun yang lalu
wang telah dikumpulkan, kemudian akan dimasukkan ke dalam bank.
ARAS SINTESIS
27. Berapa harga sekilo ikan bilis? tanya ibu kepada pekedai
itu. A. Ibu bertanya kepada pekedai itu tentang harga sekilo ikan
bilis. B. Ibu memberitahu pekedai itu bahawa harga sekilo ikan
bilis murah. C. Ibu dan pekedai itu bertanya tentang harga sekilo
ikan bilis. D. Pekedai itu bertanya kepada ibu tentang harga sekilo
ikan bilis.
Soalan 28 hingga Soalan 30Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata
bergaris dengan betul.
28. I. Diam jutawan yang terletak di atas bukit itu besar
sekali. II. Budin diam diri walaupun dia mengeahui perkara yang
sebenar. III. Sudah hampir sebelas tahun lamanya kami diam di sini,
kata Akif dan Aisyah kepada Raju. IV. Kami diminta diam sebaik saja
masuk ke bilik pameran itu. A. I dan II sajaC. III dan IV saja B.
II dan IV sajaD. I, II dan III saja
29. I. Kami pergi ke Johor pada minggu lepas. II.
Kambing-kambing itu sudah lepas dari kandang. III. Lepas makan
mereka mengulangkaji pelajaran. IV. Lupakanlah perkara yang telah
lepas, kata nenek. A. I dan III sajaC. I, II dan III saja B. II dan
IV sajaD. I, II, III dan IV
30. I. Yuran sekolah saya sudah dijelaskan oleh ayah. II.
Peraturan bari itu akan dijelaskan oleh guru kelas masing-masing.
III. Tulisan doktor itu tidak begitu dijelaskan. IV. Kami
memerlukan dijelaskan yang lebih lanjut tentang hal itu. A. III
sajaC. I, II dan IV saja B. I dan II sajaD. II, III dan IV saja
ARAS PENILAIAN Soalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan dibawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Setiap pagi sarapan dihidangkan untuk anda. Ada nasi lemak, mi
goreng, roti canai, roti bakar, dan bermacam-macam lagi hidangan
yang bersilih ganti setiap hari. Malah, ibu anda akan berleter
panjang sekiranya anda enggan menjamah hidangan tersebut. Mengapa,
ya? Apa agaknya yang akan terjadi sekiranay anda tidak
bersarapan?Anda diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan kerana
sarapan penting untuk kesihatan anda. Janagan biarkan perut anda
kosong. Makanlah sedikit makanan sebagai alas perut. Jika tidak,
anda akan sakit. Anda mungkin juga akan diserang penyakit gastrik.
Jika hal ini berlaku, sudah tentu anda tidak dapat mengikuti
pelajaran dengan baik. Tugas-tugas anda yang lain akan terganggu
juga.Sesetengah orang sanggup meninggalkan sarapan keranan ingin
kurus. Ada juga yang berbuat demikian kerana ingin berjimat cermat.
Tetapi tindakan tersebut adalah berbahaya. Jangan ikat perut.
Tahukah anda bahawa perut yang kosong tidak dapat membekalkan
tenaga kepada anda? Badan anda akan menjadi lemah. Asid di dalam
perut pula akan menghakis lapisan perut anda menyebabkan perut anda
sakit. Hal ini demikian kerana tidak ada makanan yang dapat
diproses oleh asid tersebut untuk disalurkan ke seluruh bahagian
tubuh.Oleh itu, bersarapanlah sebelum anda memulakan hari anda.
Mudah-mudahan kesihatan anda terjaga dan terang hati anda ketika
menghadapi pelajaran. Namun begitu, anda tidak seharusnya makan
terlalu banyak kerana dikhuatiri anda akan kekenyangan dan berasa
mengantuk. Makanlah dalam kuantiti yang sederhana kerana banyak
makan akan mendatangkan penyakit juga. Jadi, beringat-ingatlah.
Kata orang, perut punca segala penyakit.
31. Mengapakah kita diingatkan agar tidak mengabaikan sarapan?
A. kerana ibu akan berleter jika kita tidak makanB. kerana sarapan
penting untuk kesihatanC. kerana banyak makanan lazat dihidangkanD.
keana kita tidak dapat belajar dengan baik
ARAS ANALISIS32. Apakah akibatnya jika kita tidak bersarapan?A.
kita akan diserang penyakit gastrikB. kita tidak akan bersemangat
untuk belajarC. kita akan menghadapi masalakh kesihatanD. kita akan
dapat menguruskan badan
ARAS PENILAIAN
33. Apakah salah satu punca sakit perut?A. terlalu banyak makan
ketika laparB. penyakit gastrik menyerang apabila kita tidak
makanC. tiada tenaga yang dibekalkan oleh perut yang kosongD.
lapisan perut dihakis oleh asid kerana tiada makanan untuk
diproses
ARAS ANALISIS
34. Nyatakan maksud simpulan bahasa ikat perut.A. tidak ada
selera makanB. menahan lapar kerana ingin berjimatC. makan sedikit
sebabgai alas perutD. berpuasa kerana ingin meguruskan badan
ARAS SISTESIS
35. Pada pendapat anda, apakah tujuan kita makan?A. untuk
mengelakkan rasa lapar yang berpanjanganB. untuk menikmati makanan
yang lazat dan pelbagaiC. untuk membekalkan tenaga kepada tubuh
badanD. untuk mengawal berat badan yang semakin kurang
ARAS PENILAIAN
Soalan 36 hingga soalan 40Baca dialog dibawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Sang Kancil sedang berehat di tepi sungai. Tiba-tiba dia
terdengar bunyi dengung di atas kepalanya. Apabila sang kancil
mendongak, dia terlihat seekor agas sedang mengelilinginya.Sang
Kancil: Benda apakah yang berbunyi, Sang Agas?Sang Agas: Perut
hambalah yang berbunyi, Sang Kancil.Sang Kancil: Eh, bagaimana pula
perut tuan hamba dapat berbunyi?Sang Agas: Pagi tadi badan hamba
tergesel pada badan Sang Kerbau. Kebetulan ada duri yang melekat
pada badan Sang Kerbau itu. Sebagai akibatnya, duri tersebut
tertikam pada perut hamba dan menyebabkan perut hamba berbunyi.Sang
Kancil : Oh, kasihan! Tentu sakit perut tuan hamba.Sang Agas :Sudah
tentu. Tambahan pula, duri yang tertikam dalam badan hamba ini
sejari besarnya.Sang Kancil: (Mengejek) Janganlah tuan hamba cuba
membohongi hamba. Mana mungkin duri sebesar jari dapat masuk ke
dalam badan tuan hamba itu.Sang Agas: Mengapa tuan hamba berkata
demikian?Sang Kancil: Bukankah badan tuan hamba hanya sebesar
jarum? Jadi, tentulah mustahil duri yang besar dapat masuk ke dalam
badan tuan hamba itu.Sang Agas: Hai, Sang Kancil! Yang hamba
maksudkan sejari itu ialah ukuran jari hamba sendiri, bukannya
ukuran jari tuan hamba (sambil tertawa). Tampaknya badan tuan hamba
saja yang besar, tetapi akal tuan hamba lebih kecil daripada badan
hamba ini.Sang Kancil terdiam. Dia berasa malu sendiri. Dalam
hatinya, Sang Kancil mengakui kebijaksanaan Sang Agas.
36. Apakah yang mengganggu Sang Kancil ketika dia sedang
berehat?A. teguran Sang AgasC. bunyi dengung di atas kepalanyaB.
jeritan Sang AgasD. cerita Sang Agas tentang perutnya
37. Apakah punca bunyi tersebut?A. duri di perut Sang Agas
menyebabkan perutnya berbunyiB. perut Sang Agas kosong menyebabkan
perutnya berbunyiC. perut Sang Agas berbunyi kerana tergesel jarum
pada badan Sang KerbauD. tusukan jarum pada perut Sang Agas
menyebabkan perutnya berbunyi
38. Mengapakah Sang Kancil menuduh Sang Agas berbohong?A. kerana
Sang Agas memang suka berbohongB. kerana Sang Kancil tidak nampak
apa-apa yang mencucuk badan Sang AgasC. kerana badan Sang Agas
lebih kecil daripada badan Sang KerbauD. kerana mustahil duri
sebesar jari Sang Kancil dapat masuk ke dalam badan Sang Agas
39. Penyataan yang berikut adalah benar tentang dialog tadi,
kecualiA. perut Sang Agas tertikam duri semasa bergesel dengan Sang
KerbauB. badan Sang Agas hanyalah sebesar jarumC. duri yang melekat
pada badan Sang Kerbau mengeluarkan bunyiD. Sang Kancil tidak
menduga bahawa Sang Agas binatang yang bijak
40. Pada pendapat anda, apakah peribahasa yang sesuai untuk
menggambarkan watak Sang Agas?A. seperti katak di bawah tempurungB.
seperti harimau menyembunyikan kukunyaC. seperti tikus membaiki
labuD. seperti mengajar itik berenang