Top Banner
IZHAM HASNI BIN MAD ISA. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1979. Bertugas sebagai guru Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan Lengkuas, Parit, Perak. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Mu’tah, Al-Karak, Jordan sebelum mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Institut Perguruan Islam, Bangi. Beliau juga menyumbangkan bakti sebagai jurulatih utama Bahasa Arab Sekolah Rendah di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Beliau turut terlibat sebagai panel penggubal kurikulum Bahasa Arab KSSR, KSSR Semakan dan Modul Bahasa Arab Sekolah Rendah bagi Sekolah Kurang Murid (SKM) Kelas Bercantum di peringkat kebangsaan. Selain itu juga, beliau turut aktif sebagai panel penyemak buku teks Bahasa Arab sekolah rendah di Bahagian Buku Teks serta panel jemputan di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Islam dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. MOHAMED BIN HAJI IBRAHIM. Dilahirkan pada tahun 1972 di Ajiyad, Mekah, Arab Saudi. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah di Kota Mekah. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kesusasteraan Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1996. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Kesusasteraan Bahasa Arab pengkhususan Balaghah. Sekarang bertugas sebagai pensyarah kanan di Fakulti Pengajian Bahasa Utama di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau juga memegang jawatan pentadbiran, Penyelaras Unit Bahasa Arab (tahun 2012-2014) dan Penyelaras Badan Beruniform dari tahun 2014 sehingga sekarang. Mempunyai pengalaman menulis buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Bahasa Arab Tahun 4, 5 dan 6, buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun 4, 5 dan 6, dan juga buku teks bahasa Arab tahun 3 KSSR (Semakan 2017). Beliau juga pernah terlibat sebagai panel penilai untuk beberapa judul buku teks sekolah rendah dan menengah. Biodata Penulis Bahasa Arab Tahun 5 MOHD YUSRI BIN KAMARUDIN. Beliau dilahirkan di negeri Melaka pada tahun 1977. Bertugas sebagai guru Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh, Melaka. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Damanhur, Mesir sebelum mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka, Melaka. Beliau menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, beliau juga terlibat sebagai panel penggubal kurikulum bahasa Arab sekolah rendah KSSR dan KSSR (Semakan 2017). Berpengalaman menjadi penulis buku teks Bahasa Arab Tahun 4 KSSR (Semakan 2017) kegunaan tahun 2020. Di samping itu, beliau juga menulis jurnal dan artikel yang berkaitan dengan Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran bahasa Arab, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pengajaran Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan.
3

Biodata Penulis Bahasa Arab Tahun 5 - Portal Buku Teksbukuteks.dbp.gov.my/media/media/ouciFqbaQc.pdf · 2021. 3. 4. · Sekolah Rendah (KSSR) tahun 4, 5 dan 6, dan juga buku teks

Aug 12, 2021

Download

Documents

dariahiddleston
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Biodata Penulis Bahasa Arab Tahun 5 - Portal Buku Teksbukuteks.dbp.gov.my/media/media/ouciFqbaQc.pdf · 2021. 3. 4. · Sekolah Rendah (KSSR) tahun 4, 5 dan 6, dan juga buku teks

IZHAM HASNI BIN MAD ISA. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1979. Bertugas sebagai guru Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan Lengkuas, Parit, Perak. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Mu’tah, Al-Karak, Jordan sebelum mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Institut Perguruan Islam, Bangi. Beliau juga menyumbangkan bakti sebagai jurulatih utama Bahasa Arab Sekolah Rendah di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Beliau turut terlibat sebagai panel penggubal kurikulum Bahasa Arab KSSR, KSSR Semakan dan Modul Bahasa Arab Sekolah Rendah bagi Sekolah Kurang Murid (SKM) Kelas Bercantum di peringkat kebangsaan. Selain itu juga, beliau turut aktif sebagai panel penyemak buku teks Bahasa Arab sekolah rendah di Bahagian Buku Teks serta panel jemputan di Bahagian Pembangunan Kurikulum, Bahagian Pendidikan Islam dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

MOHAMED BIN HAJI IBRAHIM. Dilahirkan pada tahun 1972 di Ajiyad, Mekah, Arab Saudi. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah di Kota Mekah. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kesusasteraan Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1996. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Kesusasteraan Bahasa Arab pengkhususan Balaghah. Sekarang bertugas sebagai pensyarah kanan di Fakulti Pengajian Bahasa Utama di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau juga memegang jawatan pentadbiran, Penyelaras Unit Bahasa Arab (tahun 2012-2014) dan Penyelaras Badan Beruniform dari tahun 2014 sehingga sekarang. Mempunyai pengalaman menulis buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Bahasa Arab Tahun 4, 5 dan 6, buku teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun 4, 5 dan 6, dan juga buku teks bahasa Arab tahun 3 KSSR (Semakan 2017). Beliau juga pernah terlibat sebagai panel penilai untuk beberapa judul buku teks sekolah rendah dan menengah.

Biodata Penulis Bahasa Arab Tahun 5

MOHD YUSRI BIN KAMARUDIN. Beliau dilahirkan di negeri Melaka pada tahun 1977. Bertugas sebagai guru Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh, Melaka. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Damanhur, Mesir sebelum mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka, Melaka. Beliau menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, beliau juga terlibat sebagai panel penggubal kurikulum bahasa Arab sekolah rendah KSSR dan KSSR (Semakan 2017). Berpengalaman menjadi penulis buku teks Bahasa Arab Tahun 4 KSSR (Semakan 2017) kegunaan tahun 2020. Di samping itu, beliau juga menulis jurnal dan artikel yang berkaitan dengan Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran bahasa Arab, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pengajaran Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan.

Page 2: Biodata Penulis Bahasa Arab Tahun 5 - Portal Buku Teksbukuteks.dbp.gov.my/media/media/ouciFqbaQc.pdf · 2021. 3. 4. · Sekolah Rendah (KSSR) tahun 4, 5 dan 6, dan juga buku teks