Bingkisan Pengarah Prof. Dr. Latiffah A. Latiff Timbalan Pengarah Prof. Madya Dr. Andi Anggeriana Andi Asri Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) Aras 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, 43400, Serdang, Selangor Tel: 03-89471011 Talian bebas tol: 1-800-22-2233 www.care.upm.edu.my ISU OGOS 2015 : CaRE UPM Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban 01 Ogos 2015 (16 Ramadhan 1436H) yang lalu, jururawat CaRE, telah mengadakan lawatan ke Wad Pediatrik, Hospital Sungai Buloh Selangor untuk bertemu dengan Adik Muhammad Hadif Daniel (2 tahun). Beliau telah disahkan menghidap kanser otak (medulloblastoma) tahap 4. Ibunya mula merasakan ada perubahan pada diri anaknya sejak sebulan yang lalu apabila terdapat perubahan pada perkembangan “motor skill” iaitu daripada akf berjalan hingga hanya mampu terbaring. Rawatan pertama yang di lakukan adalah di sebuah hospital swasta, namun keputusan yang diperolehi dak menunjukkan penyakit yang serius. Memandangkan tahap kesihatan Hadif masih dak memuaskan, Puan Isma Zurian (ibu) membawanya mendapatkan rawatan di Fakul Perubatan Universi Teknologi MARA (UiTM). Setelah menjalani pemeriksaan dan CT scan, di dapa adanya ketumbuhan tumor pada otak Hadif. Pembedahan pertama telah dilakukan pada 24 Julai 2015, pembedahan kedua pula pada3 Ogos 2015 dan pembedahan kega pada 25 Ogos 2015. Menjalani rawatan rebilitasi di Hospital Sungai Buloh, kemudian menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur pada 9 September 2015. Kini, beliau sedang meneruskan rawatan susulan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur. Kata – kata nasihat dan movasi terus diberikan kepada ibu pesakit agar meneruskan rawatan seper yang telah disyorkan oleh doktor dan jangan sesekali berputus asa. Menurut Puan Isma lagi, sokongan emosi dan rohani amat penng bagi dirinya untuk berdepan dugaan yang sangat hebat ini. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran rakan atau sesiapa sahaja bagi memberikan sokongan. Di samping itu, bahan pendidikan tentang kanser dan buku movasi, serta wang sumbangan berjumlah RM200 yang dikumpulkan daripada Tabung Kanser yang terletak di Masjid UPM turut diserahkan kepada beliau. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihak CaRE dalam membantu kelangsungan kehidupan Adik Muhammad Hadif Daniel termasuklah membantu menghubungkan beliau ke NGO seper Persatuan serta membuat heba- han untuk menarik perhaan NGO dan badan kerajaan untuk memberi sumbangan. Pesakit juga perlu dihubungkan dengan rakan pesakit kanser yang lain untuk memaskan beliau senasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan dan melawan penyakit kanser yang dihidapi. Hubungi 1-800-22-2233 untuk maklumat lanjut. Adik Hadif Daniel sedang minum susu manakala ibunya, Pn Isma (baju hitam) menerima sumbangan dari CaRE UPM Untuk menderma kepada pesakit-pesakit kanser , sumbangan boleh diberikan melalui akaun BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (8002151963—CIMB)