Bingkisan Pengarah Prof. Dr. Latiffah A. Latiff Timbalan Pengarah Prof. Madya Dr. Andi Anggeriana Andi Asri Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) Aras 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, 43400, Serdang, Selangor Tel: 03-89471011 Talian bebas tol: 1-800-22-2233 www.care.upm.edu.my Beliau telah disahkan menghidap kanser paru-paru pada Oktober tahun lalu setelah mengalami batuk yang berpanjangan sejak bulan April 2014. Untuk merawat batuk yang dialaminya, beliau telah berkunjung ke beberapa klinik swasta dan klinik kesihatan tetapi simptom batuk yang dialaminya masih berterusan. Proses pengambilan sampel kahak, ujian untuk penyakit batuk kering (tuberculosis) juga telah dijalankan untuk mencari punca sebenar batuk yang berlarutan itu. Keadaan kesihatannya semakin merosot sehingga beliau mengalami sakit di bahagian tulang belakang dan mengalami kesukaran untuk bergerak. Akhirnya, pegawai perubatan telah melakukan ujian magnec resonance imaging (MRI) untuk mengenalpas dengan lebih lanjut tentang simptom yang dialami. Keputusan MRI telah mengesahkan beliau penghidap kanser paru-paru tahap 4 dan kanser telah merebak ke tulang. Kemoterapi pertama telah dijalankan pada Februari 2015 dan pakar perubatan merancang untuk melakukan pembedahan yang memerlukan kos sebanyak RM30,000. Dengan terbitnya berita tentang Puan Shanizah di akhbar, rakyat Malaysia amat bermurah ha menghulurkan bantuan dan dana yang telah disumbang sudah cukup untuk menampung kos pembedahannya. Namun, keadaan kesihatan yang kurang stabil menyebabkan pembedahan terpaksa ditangguhkan. Kini, beliau berada di wad 1F, PPUKM sementara menunggu kemoterapi kedua dan pembedahan. Atas rasa simpa dan keprihanan dari pihak CaRE, sumbangan berbentuk wang tunai yang diperolehi dari dana Tabung Kanser CaRE, Masjid UPM dan bahan bacaan tentang kanser telah diserahkan kepada Puan Shanizah. CaRE berharap agar lebih ramai pihak sudi membantu keluarga Puan Shanizah dak kira sama ada bantuan kewangan, barangan keperluan atau sebagainya. Untuk maklumat lanjut / sumbangan, sila hubungi Cik Najwa di talian bebas tol 1-800-22-2233. ISU MEI 2015 : CaRE UPM Keratan akhbar Harian Metro bertarikh 10 April 2015 bertajuk “Rayu RM30,000 Rawat Isteri Kanser” telah membuat Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) terpanggil untuk melawat dan menghulurkan sedikit bantuan daripada segi sokongan moral serta sokongan kewangan. Lawatan ke wad 1F, Pusat Perubatan Universi Kebangsaan (PPUKM) pada pertengahan bulan April telah menemukan pihak CaRE dengan seorang pesakit kanser paru-paru, Puan Shanizah bin Shanizan. Puan Shanizah merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 4 orang anak yang semuanya masih bersekolah sementara suaminya bekerja sendiri. Hulurkan Bantuan, Ringankan Beban Sumber : hmetro Untuk menderma kepada pesakit-pesakit kanser , sumbangan boleh diberikan melalui akaun BENDAHARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (8002151963—CIMB)