Top Banner
Bincangkan Kepentingan Perdagangan Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ? AYEA 3342 PREDAGANGAN DAN PELABURAN ANTARABANGSA CHINA ISA MA ZILIANG
24

Bincangkan Kepentingan Perdagangan Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

Feb 26, 2023

Download

Documents

ifa musa
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

Bincangkan Kepentingan Perdagangan Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara

berdagang dan Berlabur ?

AYEA 3342PREDAGANGAN DAN PELABURAN

ANTARABANGSA CHINA

ISA MA ZILIANG

Page 2: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

PENGENALAN

Page 3: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

Menurut kamus,perdagangan antarabangsa bermaksud aktiviti menjual,membeli serta berdagang barang niaga dan perkhidmatan yang melepasi sempadan negara.Menurut Wikipedia Bahasa Melayu,ensiklopedia bebas,pelaburan didefinisikan sebagai komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah,pendapatan,atau penambahan nilai instrumen.Perdagangan antarabangsa dilakukan apabila sesebuah negara memerlukan barangan atau perkhidmatan yang tidak dapat dihasilkan dalam negara tersebut.Ini disebabkan setiap negara mempunyai iklim,sumber asli yang berlainan dengan ini akan menghasilkan barangan yang berbeza.

Page 4: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

Selain itu,perdagangan dan pelaburan antarabangsa dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara,memperluaskan pilihan pengguna dan sebagainya.Perdagangan antarabangsa juga dikenali sebagai “perdagangan asing.”

Semua negara menjalankan perdagangan dan pelaburan antarabangsa kerana kedua-dua kegiatan akan mendatangkan manfaat yang lumayan terhadap negara tersebut.Oleh itu,kerajaan Malaysia amat menggalakan rakyat Malaysia melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Page 5: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

KEPENTINGAN PERDAGANGN DAN PELABURAN ANTARABANGSA

1.Pertumbuhan ekonomi negara dan menambah peluang perkerjaan2.Menggalakkan penggunaan teknologi baru dan memperluaskan pilihan pengguna3.Pembangunan Negara4.Menambahkan pendapatan negara

Page 6: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

1.Pertumbuhan ekonomi negara dan menambah peluang perkerjaanPerdagangan antarabangsa merupakan faktor yang terpenting bagi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.Negara tidak boleh maju tanpa melalukan kegiatan perdagangan dengan negara-negara yang lain.Hal ini kerana perdagangan antarabangsa dapat mempercepat pengaliran barang dan perkhidmatan yang berlainan,penambahan modal,pertukaran teknologi dengan negara yang berbeza.Dengan ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat serta menggalakan pertumbuhan ekonomi negara.

Page 7: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

Permintaan terhadap barang eksport semakin bertambah dari semasa ke semasa.Dengan ini dapat menggalakan pengeluar dan pelabur asing untuk membesarkan skala pengeluaran firmanya supaya dapat menikmati keuntungan yang paling lumayan.Oleh itu,peluang pekerjaan akan diwujudkan serta masalah pengangguran dalam negara dapat dikurangkan.Masalah-masalah sosial akan dikurangkan secara langsungnya.

Pertumbuhan ekonomi negara dapat mendatangkan manfaat kepada negara-negara dagangan serta negara sendiri.

Page 8: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

2.Menggalakkan penggunaan teknologi baru dan memperluaskan pilihan pengguna

Tingkat teknologi antara negara adalah berlainan.

Oleh itu,perdagangan antarabangsa dapat membolehkan negara-negara membangun mempelajari teknologi yang canggih dari negara yang maju.

Negara-negara yang membangun juga boleh mengimport peralatan dan perkhidmatan yang berteknologi tinggi dari negara yang maju bagi menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang lebih bermutu.

Dengan mempunyai teknologi yang canggih dapat menjadikan proses pengeluaran menjadi semakin cekap dan daya pengeluaran akan semakin meningkat.

Page 9: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

Perdagangan antarabangsa dapat memperluaskan pilihan pengguna.Pengguna dapat menikmati pelbagai pilihan barangan seperti yang dihasilkan di dalam negara atau diimport dari luar negara.Pengguna juga dapat memilih barangan yang tidak dapat dihasilkan dalam negara sendiri.Ini disebabkan perbezaaan sumber semulajadi akan mendorongkan penghasilan barangan yang berbeza.Sebagai contohnya,rakyat akan menikmati gandum dari Kanada dan buah Kiwi dari New Zealand.Daya persaingan antara negara-negara dapat mendorongkan pengeluar mengeluarkan barang-barang yang paling berkualiti.

Page 10: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

3.Pembangunan NegaraKerajaan Malaysia telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan kemudahan elektrik dan air,sistem pengangkutan yang baik serta sistem telekomunikasi canggih demi menjayakan projek pelaburan antarabangsa.kerajaan Malaysia juga menyediakan kawasan perindustrian dan kemudahan infrastruktur yang sempurna.Penyediaan tapak perindustrian dan kemudahan infrastruktur ini bertujuan untuk menarik minat pemodal-pemodal asing untuk memajukan perusahaan baru di sini. Hal ini demikian negara Malaysia telah dibangunkan dari segi infrastruktur,industri tempatan dan sebagainya.

Page 11: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

4.Menambahkan pendapatan NegaraPelaburan antarabangsa dapat menggalakkan pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara.Pelabur asing dapat menambahkan aliran modal dalam negara dengan menyalurkan modal ke dalam kilang-kilang tempatan.Pengaliran wang ke luar negara akan menjadikan semakin berkurangan kerana banyak barangan import telah digantikan dengan barangan tempatan. Pelaburan modal asing dapat meningkatkan hasil,pengeluaran dan pendapatan negara melalui pungutan cukai pendapatan.

Page 12: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

Sebagai contohnya,kerajaan Malaysia juga telah menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan negara-negara asing yang bermatlamat untuk memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan memiliknegarakan mana-mana syarikat asing di negara ini. Perjanjian ini dapat menambahkan keyakinan pelabur asing dan menggalakkan kemasukan modal asing ke negara ini.

Selain itu,pelaburan antarabangsa dapat membantu negara menyelesaikan masalah dan hutang negara dengan menggunakan modal pelaburan.

Page 13: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

Jelaskan Kenapa Negara-negara Berdagang dan

Berlabur?

Page 14: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

1) Ingin mendapatkan barang / perkhidmatan yang tidak mampu dikeluarkan di dalam negara sendiri.

2) Hendak meluaskan pasaran / industri tempatan

3) Meningkatkan Peluang Pekerjaaan, Mengurangkan Kadar Penggangguran dan Mencapai Pertumbuhan Ekonomi.

4) Untuk memperolehi faedah-faedah tertentu

Page 15: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

1) Ingin mendapatkan barang / perkhidmatan yang tidak mampu dikeluarkan di dalam negara sendiri.

Perdagangan antarabangsa wujud kerana tiada sebuah negara yang mengeluarkan semua barang dan perkhidamatan di dunia ini.

Hal ini demikian berlaku kerana terdapat perbezaan dari segi iklim dan sumber – sumber semulajadi yang berlainan di sesebuah negara.

Page 16: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

Bahan-bahan anugerah di dunia ini adalah diagihkan dengan tidak sama rata. Contohnya, bahan galian di antara negara Malaysia dengan Arab Saudi adalah berbeza.

Negara Malaysia kaya dengan bijih timah manakala Arab Saudi pula kaya dengan petroleum.

Jadi, perdagangan antarabangsa berlaku dengan Malaysia mengeksport bijih timah ke Arab Saudi dan mengimport petroleum dari Arab Saudi.

Page 17: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

2)Hendak meluaskan pasaran / industri tempatan

Pasaran antarabangsa memang lebih besar jika dibandingkan dengan industri tempatan di dalam sesebuah negara.

Sesebuah negara tidak boleh bergantung kepada industri tempatan sahaja kerana ekonomi dan perusahaan tempatan mungkin tidak mampu maju dengan pesat.

Page 18: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

Kos-kos pengeluaran juga akan bertambah tinggi dan tidak mampu menggunakkan teknologi yang lebih canggih untuk pengeluran.

Kewujudan perdagangan antarabangsa telah membolehkan kedua-dua pasaran di dalam negara dan pasaran di antarabangsa berjalan dengan lancar dan stabil.

Secara tidak langsung, sesebuah negara dapat mengeluarkan barang-barangan dengan kos yang lebih rendah dan berteknologi tinggi serta menghasilkannya dengan kuantiti yang banyak.

Perdagangan antarabangsa juga akan membawa pendapatan yang lumayan bagi sesebuah negara.

Page 19: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

3)Meningkatkan Peluang Pekerjaaan, Mengurangkan Kadar Penggangguran dan Mencapai Pertumbuhan Ekonomi.

Apabila wujud permintaan pasaran yang luas membolehkan sesebuah negara mengeluarkan barangan dan perkhidmatan dengan bilangan yang banyak.

Page 20: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

Secara tidak langsung, perdagangan antarabangsa dapat membantu sesebuah negara membekalkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Apabila permitaan terhadap tenaga buruh semakin meningkat, maka kadar penggangguran akan menurun.

Jadi, pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara akan mencapai ke tahap yang stabil.

Page 21: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

4) Untuk memperolehi faedah-faedah tertentu Perdagangan antarabangsa dapat menggalakkan pelabur dari luar negara mendirikan kilang di Malaysia.

Misalnya, negara Malaysia telah mejalankan dasar ekonomi terbuka dengan memberi peluang kepada pelabur asing seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan sebagainya untuk melabur dan menjalakan perusahaan di pasaran tempatan.

Page 22: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

Keadaan ini dapat memanfaatkan perusahaan dan peniaga tempatan.

Selain itu, perdagangan ini akan membawa masuk kemahiran, pengalaman dan teknologi yang canggih ke dalam sesebuah negara.

Semua kemahiran dan pengetahuan ini memang dapat membantu sektor perdagangan tempatan bersaing di antarabangsa serta berkembang dengan lebih pesat di dalam dan luar negara.

Page 23: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

Penutup: Perdagangan dan pelaburan antarabangsa sama-sama memainkan peranan yang penting terhadap sesebuah negara.

Sesebuah negara haruslah menjalankan perdagangan dan pelaburan antarabangsa dengan negara lain demi memperolehi dan menikmati barangan dan perkhimatan yang tiada dihasilkan dalam negara sendiri.

Page 24: Bincangkan Kepentingan Perdagangan  Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan Kenapa Negara-negara berdagang dan Berlabur ?

Apabila sesebuah negara giat melibatkan diri dalam perdagangan dan pelaburan antarabangsa, maka pendapatan negara dan taraf hidup negara tersebut juga turut semakin meningkat serta pertumbuhan ekonominya juga akan semakin stabil.

Perdagangan ini juga turut penting untuk mengeratkan hubungan politik dan sosial di antara negara-negara berdagang dan seterusnya mewujudkan suasana yang aman dan stabil.