Buletin KELUARAN 1/2015 BILANGAN : 4 http://state.water.gov.my/wp Pada 18 Mac 2015 Yang Berbahagia Dato’ Sri Ir Ahmad Husaini Bin Sulaiman Ketua Pengarah JPS Malaysia telah mengadakan lawatan sempena persaraan beliau. Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut adalah Dato’ Zainor Rahim Bin Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah I. Kedatangan beliau telah disambut oleh Pengarah JPS WPKL iaitu YBhg. Dato' Hj. Abu Bakar bin Mohd Yusof dan semua kakitangan. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk beramah mesra dengan kakitangan JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
7
Embed
BILANGAN : 4 KELUARAN 1/2015 ...state.water.gov.my/wpkl/images/pdffile/buletin2015.pdf · Majlis persaraan Pengarah JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL), YBhg. Dato' Hj.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Buletin KELUARAN 1/2015 BILANGAN : 4 http://state.water.gov.my/wp
Pada 18 Mac 2015 Yang Berbahagia Dato’ Sri Ir Ahmad
Husaini Bin Sulaiman Ketua Pengarah JPS Malaysia telah
mengadakan lawatan sempena persaraan beliau. Turut hadir
bersama dalam lawatan tersebut adalah Dato’ Zainor Rahim
Bin Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah I. Kedatangan beliau
telah disambut oleh Pengarah JPS WPKL iaitu YBhg. Dato' Hj.
Abu Bakar bin Mohd Yusof dan semua kakitangan. Lawatan
tersebut adalah bertujuan untuk beramah mesra dengan
kakitangan JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana dengan limpah
kurnia dan izin-Nya , JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali lagi
telah berjaya menerbitkan Buletin Wilayah untuk tahun 2015.
Tujuan utama penghasilan Buletin adalah sebagai satu medium
perkongsian dan penyebaran maklumat tentang aktiviti dan projek-projek
penting yang dilaksanakan oleh JPS WPKL . Segala program yang
dijalankan adalah fokus kepada keperluan pelanggan dengan objektif
utama untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk bandaraya dan
menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu negara dan pusat pertumbuhan
ekonomi yang berdaya maju.
Dr Haji Md Nasir Bin Md Noh
Timbalan Pengarah
JPS Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
PENASIHAT : Ir. Hjh Bibi Zarina Binti Che Omar
PENYELARAS : Dr Haji Md Nasir Bin Md Noh
KETUA EDITOR : Ir Marina Binti Abdul Karim
EDITOR/PEREKA GRAFIK : Zarinah Binti Zainal
Penerbitan
Bahagian Korporat, Kualiti Dan ICT
Jabatan Pengairan Dan Saliran
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Jalan Sultan Salahuddin
50626 Kuala Lumpur TEL: 03-26981711
FAKS: 03-26932285
Selain itu, Buletin ini juga memaparkan kepelbagaian usaha-usaha dan aktiviti yang telah dijalankan di JPS
WPKL. Aktiviti-aktiviti ini menjurus ke arah usaha penambahbaikan secara berterusan untuk meningkatkan
mutu pencapaian Jabatan dan juga warganya. Ini adalah untuk memastikan pelaksanaan tugas yang
diamanahkan sentiasa mencapai tahap yang cemerlang selaras dengan Dasar Kualiti JPS.
Sebelum mengundur diri, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua ahli Jawatankuasa dan kakitangan yang telah menyumbangkan artikel, idea dan tenaga
dalam menghasilkan buletin ini. Komen anda semua dialu-alukan bagi membolehkan penambahbaikan dibuat
untuk keluaran akan datang. Saya berharap buletin ini dapat dikeluarkan setiap tahun.
| 2
| 3
TAKLIMAT PEMANTAPAN PENTADBIRAN KONTRAK
Taklimat ini telah diadakan pada 17 April 2015 bagi menambah pengetahuan
pegawai-pegawai JPS Wilayah Perserkutuan Kuala Lumpur berkaitan pengendalian
pentadbiran kontrak dengan lebih teratur dan sempurna. Taklimat ini disertai
seramai 40 orang kakitangan JPS yang terdiri daripada kakitangan JPS Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Pusat Kawalan SMART dan Pejabat Lembangan Sg Klang
(PLSK). Taklimat ini telah disampaikan oleh Sr. Dr. Mahmudah Binti Yahya.
Pada 3 April 2015 wakil dari Syarikat HHE Trading
telah memberi taklimat mengenai produk Innoval
Wire kepada kakitangan JPS Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur. Taklimat ini telah diadakan di Bilik
Mesyuarat Utama JPS Wilayah Pesekutuan Kuala
Lumpur. Seramai 40 orang kakitangan telah
menyertai taklimat tersebut terdiri dari Ketua
Bahagian, Penolong Pengarah dan Penolong
Jurutera. Tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi
memberi pendedahan kepada kakitangan
Jabatan ini mengenai fungsi ‘Welcage’ InnoGal
Gabion dan InnoGal WeldFence.
KURSUS MEMBUKA MINDA SEPARA
SEDAR (UNMASKING THE
UNCONSCIOUS MIND)
| 4
Seramai 30 orang kakitangan JPS Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur telah mengikuti kursus
‘Unmasking The Unconscious Mind’ yang diadakan
pada 28 hingga 30 April 2015 di JPS Ampang.
Kursus ini dikendalikan oleh Puan Dalina Binti Ismail
dari Quin Consult. Tujuan kursus ini adalah bagi
memberi pendedahan kepada peserta mengenai
fenomena aneh yang berlaku kepada kita setiap
hari. Selain itu kursus ini mengajar peserta
mengetahui dan memahami bagaimana ia
mungkin boleh berlaku dan memberi banyak
keselesaan kepada kita untuk meneruskan
kehidupan seperti biasa serta pada masa yang
sama belajar untuk menghargai kuasa minda
bawah sedar.
PERSARAAN PENGARAH DAN PERTUKARAN KAKITANGAN Majlis 10 Jun 2015, RABU
| 5
Majlis persaraan Pengarah JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL), YBhg. Dato' Hj. Abu Bakar bin Mohd Yusof telah diadakan pada 10 Jun 2015 di Bilik Mesyuarat Utama. Majlis diserikan dengan kehadiran kakitangan yang
bertukar serta bersara. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Encik Sharkawi Bin Mohd Said. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Timbalan
Pengarah, Dr Haji Md Nasir Bin Md Noh. Seterusnya ucapan daripada yang diraikan dengan dimulakan oleh YBhg. Dato' Hj. Abu Bakar bin Mohd Yusof. Beliau telah bertugas di JPS selama 36
tahun dari tahun 1979 sehingga 2015. Sepanjang 4 tahun di JPS WPKL beliau merupakan seorang Ketua Jabatan yang sentiasa ceria dan dihormati. Turut diraikan ialah empat orang
kakitangan yang akan bertukar dan seorang yang bersara. Mereka yang bertukar ialah En. Sharul Nizam bin Abd. Aziz, Pn. Nurhayati binti Elias, Pn. Nor Faezah binti Rozaini merupakan Penolong Jurutera (J41) yang berpindah
ke Bahagian Korporat JPS Malaysia dan Dr Mahmudah binti Yahya merupakan Ketua Penolong Pengarah Ukur Bahan (J48) yang bertukar ke Bahagian Ukur Bahagian JPS Malaysia. Manakala yang
bersara adalah En. Shaharudin Bin Yahya merupakan Tukang K3 (R14). Bagi pihak JPS WPKL, sekalung penghargaan untuk mereka ke atas sumbangan cemerlang di sepanjang
perkhidmatan dan semoga maju jaya.
| 8
6 JUN 2015, SABTU
Kelab Sukan Dan Kebajikan (KEJAPS) JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan satu Kejohanan Tenpin Bowling MAKSAK JPS Malaysia 2015 pada 6 hingga 7 Jun 2015 bertempat di South City Plaza, Seri Kembangan bagi kategori lelaki dan Alamanda, Putrajaya bagi kategori wanita. Setiap negeri telah menghantar pemain-
pemainnya termasuk Sabah. Juara kategori lelaki keseluruhan telah dimenangi oleh negeri Kelantan. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Johor A dan ketiga dimenangi oleh negeri Kedah. Manakala juara bagi kategori wanita keseluruhan pula dimenangi oleh negeri Selangor, tempat kedua dimenangi oleh negeri Perak dan ketiga dimenangi oleh negeri Pahang. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Hj. Abu Bakar bin Mohd Yusof selaku penaung KEJAPS. Majlis juga telah diserikan dengan pemotongan kek berbentuk tenpin
bowling sempena persaraan beliau.
Hari Inovasi ini telah diadakan pada 12
Ogos 2015 di perkarangan JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPS WPKL). Tujuan majlis ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada kakitangan mengenai produk-produk inovasi dan mendidik supaya boleh berfikiran kreatif
selaras dengan motto hari inovasi JPS WPKL iaitu Inovasi Pemacu Transformasi. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah JPS WPKL iaitu Ir Hajah Bibi Zarina Binti Che Omar. Majlis diteruskan dengan pembentangan
produk inovasi daripada syarikat-syarikat pembekal. Manakala En. Daniel Liew
telah membuat pembentangan
mengenai EMS ISO 14001:2008 dan En. Mohammad Razali selaku wakil pengurusan telah membuat pembentangan mengenai MS ISO 9001:2008. Di dalam majlis ini juga, Jabatan telah memberikan anugerah
cetusan idea inovasi kepada Puan Zarinah Binti Zainal kerana idea beliau telah memenangi tempat kedua kategori cetusan idea inovatif pada Hari Inovasi JPS 2014. Majlis diakhiri dengan lawatan Pengarah JPS WPKL ke tapak