3 0 DISEMBER - Majlis pendaftaran murid Tahun 1 untuk sesi persekolahan 2017 telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Terbuka SK Beseri. Manakala pendaftaran Pra Sekolah bertempat di Pra sekolah Bestari dan Pra sekolah Amanah. Majlis perdaftaran dimulakan dengan bacaan doa, taklimat ringkas oleh Tuan Guru Besar, Encik Nordin bin Abdullah, pengesahan kehadiran dan ujian diagnostik. Ujian diagnostik diadakan bagi menentukan kelas murid bagi sesi 2017. Dalam ucapan ringkas guru besar, beliau mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat menghadirkan diri untuk pendaftaran murid Tahun 1 dan Pra Sekolah Tahun 2017. Guru besar turut memaklumkan tentang Program Transisi yang akan dilalui oleh semua murid Tahun 1 yang akan dijalankan sebaik sahaja sesi persekolahan bermula dan akan berlangsung selama dua minggu .Seramai 57 orang murid Tahun 1 dan 42 orang murid Pra Sekolah telah mendaftar di SK Beseri pada Tahun ini. PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU DAN PRA SEKOLAH SESI 2017 SEJAK 1924 JANUARI 2017 BILANGAN 34 PERATUS KEDATANGAN MURID (BULAN OGOS 2016) KELAS PERATUS TAHUN 1 96% TAHUN 2 94% TAHUN 3 96% TAHUN 4 94% TAHUN 5 96% TAHUN 6 98% Purata Keseluruhan : 96 % Jumlah Murid: 397 orang SIDANG PENGARANG Penasihat En. Nordin bin Abdullah Guru Besar SK Beseri Ketua Pengarang Pn. Suhaila Yusoff Pen. Ketua Pengarang Pn. Faradilah Hamzah EDITOR Pn. Rosmarina Mahmud En. Zamzuri Yahya Hubungi Kami: Telefon : 04-9381516 Facebook : www.facebook.com/ bridgetbestariskbeseri Laman Web : www.skbeseri.edu.my 6 JANUARI – Bertempat di Dewan SK Beseri, telah diadakan satu majlis sempena pertukaran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Norhayati binti Abdullah ke Sekolah Kebangsaan Bukit Keteri bagi menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh warga SK Beseri. Tahniah diucapkan dan selamat bertugas di sekolah yang baru. MAJLIS PERPISAHAN PN. NORHAYATI BINTI ABDULLAH KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 9 JANUARI - Melibatkan seramai 103 orang murid yang terdiri daripada tiga badan pengawas, iaitu Pengawas Sekolah (54 orang), Pengawas PSS (40 orang) dan Pengawas SPBT (9 orang). Kursus yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin ini bertujuan bagi melahirkan individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri pelajar, menjadi murid yang mempunyai sahsiah yang tinggi serta berguna pada agama, bangsa dan Negara, membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti dan berkesan, melahirkan pemimpin yang dapat menjadi “Role Model” kepada pelajar-pelajar lain serta memahami dan mengetahui bidang tugas, peranan dan fungsi serta tanggungjawab mereka masing-masing.