BULETIN BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK BILANGAN 15 JUN 2019 Kualiti Teras Kebitaraan Universiti Pelan Strategik UKM 2019-2021 yang berkonsepkan House of Quality telah dilancarkan dalam Bicara Perdana Naib Canselor UKM pada 10 April 2019 di DECTAR. Pelan Strategik UKM telah mengemukakan lima (5) teras utama yang menjadi paksi bagi melonjakkan lagi UKM peringkat lokal dan global selaras dengan visi dan misi UKM yang bertemakan Kualiti Teras Kebitaraan Universiti. Lima (5) teras tersebut adalah Penyelidikan, Akademik, Antarabangsa, Bakat dan Kewangan. Dalam kelima-lima teras ini pula mengandungi 18 strategi yang difokuskan bagi mencapai kebitaraan UKM dengan beberapa inisiatif yang telah dikenalpasti yang boleh membawa kegemilangan UKM. Dalam usia UKM ke-49 pada tanggal 18 Mei,menunjukkan UKM kini adalah universiti yang telah matang dalam fungsinya yang mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan dengan jangkauan di peringkat global. Oleh itu, aspek kebitaraan UKM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan yang perlu diberi perhatian adalah dari segi kualiti. Maka Pelan Strategik UKM 2019-2021 telah menjadikan kualiti sebagai asas dalam kelima-lima teras yang dilancarkan. Dalam Bicara Perdana Naib Canselor 2019 turut mengenengahkan kembali 5 Nilai UKM iaitu Keserakanan, Akauntabiliti, Merit, Inovatif dan Integriti (KAMII). 5 Nilai UKM (KAMII) perlu dihayati, diamalkan dan dijadikan budaya dalam hati sanubari warga UKM serta diterjemahkan dalam kerja seharian. Strategi dan inisiatif UKM untuk menempatkan diri sebaris dengan universiti tersohor di dunia juga makin menampakkan hasil apabila sekali lagi UKM berjaya melonjakkan kedudukannya di tangga 160 dalam QS World University Ranking (QS WUR) 2020.Tahniah diucapkan kepada UKM dan setinggi penghargaan kepada warga UKM yang berusaha gigih dan berkhidmat dengan ikhlas untuk kegemilangan UKM.
4
Embed
BILANGAN 15 JUN 2019 - Official Portal of UKM · 2019. 7. 11. · UKM yang bertemakan Kualiti Teras Kebitaraan Universiti. Lima (5) teras tersebut adalah Penyelidikan, Akademik, Antarabangsa,
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BULETIN BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK
BILANGAN 15 JUN 2019
Kualiti Teras Kebitaraan Universiti
Pelan Strategik UKM 2019-2021 yang berkonsepkan House of Quality telah dilancarkan dalam Bicara Perdana
Naib Canselor UKM pada 10 April 2019 di DECTAR. Pelan Strategik UKM telah mengemukakan lima (5) teras
utama yang menjadi paksi bagi melonjakkan lagi UKM peringkat lokal dan global selaras dengan visi dan misi
UKM yang bertemakan Kualiti Teras Kebitaraan Universiti. Lima (5) teras tersebut adalah Penyelidikan,
Akademik, Antarabangsa, Bakat dan Kewangan. Dalam kelima-lima teras ini pula mengandungi 18 strategi
yang difokuskan bagi mencapai kebitaraan UKM dengan beberapa inisiatif yang telah dikenalpasti yang boleh
membawa kegemilangan UKM.
Dalam usia UKM ke-49 pada tanggal 18 Mei,menunjukkan UKM kini adalah universiti yang telah matang dalam
fungsinya yang mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan dengan jangkauan di peringkat global. Oleh
itu, aspek kebitaraan UKM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan yang perlu diberi perhatian adalah dari segi
kualiti. Maka Pelan Strategik UKM 2019-2021 telah menjadikan kualiti sebagai asas dalam kelima-lima teras
yang dilancarkan.
Dalam Bicara Perdana Naib Canselor 2019 turut mengenengahkan kembali 5 Nilai UKM iaitu Keserakanan,
Akauntabiliti, Merit, Inovatif dan Integriti (KAMII). 5 Nilai UKM (KAMII) perlu dihayati, diamalkan dan dijadikan
budaya dalam hati sanubari warga UKM serta diterjemahkan dalam kerja seharian.
Strategi dan inisiatif UKM untuk menempatkan diri sebaris dengan universiti tersohor di dunia juga makin
menampakkan hasil apabila sekali lagi UKM berjaya melonjakkan kedudukannya di tangga 160 dalam QS
World University Ranking (QS WUR) 2020.Tahniah diucapkan kepada UKM dan setinggi penghargaan kepada
warga UKM yang berusaha gigih dan berkhidmat dengan ikhlas untuk kegemilangan UKM.
Pelan Strategik UKM 2019-2021
Nilai UKM
SEKITAR BICARA NAIB CANSELOR UKM 2019
Penarafan Universiti
Penasihat Prof. Dr. Ishak Yussof
Ketua Editor
Prof. Dr. Fariza Md. Sham
Editor Prof. Dr. Mohd. Zaidi Omar
Prof. Madya Dr. Wan Zawiah Wan Zin @ Wan Ibrahim
Encik Saidi Bin Ismail Puan Zaimi Makhtar
Puan Nor Saribon Ramli
Reka Bentuk Encik Barudin Baharin
Urus Setia
Encik Ahmad Hazreen Wagiman Puan Nur Hazimah Abd. Kadir
Pusat Strategi UKM Aras 3, Bangunan Canselori
Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89213856 Faks : 03-89214590
www.ukm.my/strategi-ukm
Sekiranya anda mempunyai sebarang bahan sama ada
berbentuk artikel ataupun gambar (resolusi tinggi), mohon dapat
1. Perbincangan Persiapan Audit Dalam Swaakreditasi - 14 Mac 2019
2. Retreat MPU UKM 2019 - 16 Mac 2019 3. Majlis Bicara Naib Canselor 2019 - 10 April 2019 4. Majlis beramah mesra bersama Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Dato
Onn - 19 April 2019 5. QS Maple 2019, Middle East and Africa di Zayed University, Dubai
- 22 hingga 25 April 2019 6. Majlis beramah mesra bersama Majlis Eksekutif Pelajar Kolej
Keris Mas - 24 April 2019 7. Majlis beramah mesra bersama Majlis Eksekutif Pelajar Kolej
Aminuddin Baki - 26 April 2019 8. Bengkel Pembangunan Pengurusan Data Strategik UKM
- 29 April 2019 9. Bengkel Perancangan Strategik UKM 2019 - 2021 bersama
Pengurusan Tertinggi UKM - 11 Mei 2019 10. Perjumpaan Naib Canselor bersama Dekan dan Pengarah Institut
- 13 Mei 2019 11. Perjumpaan Naib Canselor bersama Profesor UKM - 14 Mei 2019 12. Perjumpaan Naib Canselor bersama Pegawai N48 dan ke atas
- 14 Mei 2019 13. QS EduData Summit 2019 di British Museum, London - 11 hingga
12 Jun 2019 14. Audit Tapak MyRA - 20 hingga 21 Jun 2019 15. Perjumpaan Naib Canselor bersama Penyarah Muda UKM
- 21 Jun 2019 16. Audit Dalam Pengekalan Swaakreditasi 2020 (Perkhidmatan)