-
1
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR
(BANGUNAN MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI SELANGOR)
_________________________________________________
NO. SEBUT HARGA: JAKESS/B11/MTS-01/2020
SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN
PERUBATAN/KLINIKAL
PERINGATAN PENTING
SEBARANG KESILAPAN DALAM MENGISI BORANG ATAU MELANGGAR MANA-
MANA ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI
AKAN MENYEBABKAN TAWARAN PENYEBUTHARGA TIDAK AKAN
DIPERTIMBANGKAN.
SILA BACA DAN FAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG
DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI SEBELUM MEMBUAT TAWARAN.
SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN
PERUBATAN/KLINIKAL.
Untuk diisi oleh A.J.K Pembuka Sebut Harga
Bil: /
-
2
KANDUNGAN
Bil. PERKARA MUKA SURAT
1 Senarai Semak Dokumen Tawaran Teknikal
- Jadual 2 3
2 Senarai Semak Dokumen Tawaran Kewangan
- Jadual 3 5
3 Kenyataan Sebut Harga 6
4 Arahan Kepada Pembekal 7
5 Syarat - Syarat Am 9
6 Barang-Barang Ex Stok Atau Barang-Barang Keluaran
Malaysia 11
7 Syarat - Syarat Tambahan (Mesti Dipatuhi) 12
8 Jadual Pematuhan Teknikal 13
9 LAMPIRAN 1
(LAMPIRAN Q - ARAHAN PERBENDAHARAAN 170) 16
Bil. BORANG TEKNIKAL MUKA SURAT
1 LAMPIRAN T1 (SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA)
17
2 LAMPIRAN T2
(PENGALAMAN SYARIKAT) 19
3 LAMPIRAN T3
(KERJA-KERJA YANG SEDANG DIJALANKAN) 20
4 LAMPIRAN T4
(SURAT PERWAKILAN KUASA) 21
5 LAMPIRAN T5
(BORANG PENGISYTIHARAN SYARIKAT) 22
Bil. BORANG KEWANGAN MUKA SURAT
1 LAMPIRAN K1
(BORANG TAWARAN SEBUT HARGA) 23
2 LAMPIRAN K2
(MAKLUMAT SYARIKAT) 25
3 LAMPIRAN K3
(SURAT AKUAN PEMBIDA) 26
4 LAMPIRAN K4
(SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA) 27
5 LAMPIRAN 1
(LAMPIRAN Q - ARAHAN PERBENDAHARAAN 170) 16
-
3
JADUAL 2
SENARAI SEMAK DOKUMEN TAWARAN TEKNIKAL
Bil DOKUMEN / PERKARA
Ditandakan oleh
Penyebutharga
Ditandakan oleh Pembuka Sebut
Harga
√ / X √ / X
1 Profil Syarikat (WAJIB DI SERTAKAN)
2 Jadual Pematuhan Teknikal
3 LAMPIRAN T1
(SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA)
4 LAMPIRAN T2
(PENGALAMAN SYARIKAT)
5 LAMPIRAN T3
(KERJA-KERJA YANG SEDANG DIJALANKAN)
6 LAMPIRAN T4
(SURAT PERWAKILAN KUASA)
7 LAMPIRAN T5
(BORANG PENGISYTIHARAN SYARIKAT)
8
Salinan Sijil Pendaftaran Kod Bidang dengan Kementerian
Kewangan
050301 - PEKAKAS PERUBATAN PAKAI BUANG
Dengan ini saya memperakukan bahawa semua dokumen sokongan yang
dikemukakan adalah disahkan benar. Tandatangan Penyebutharga :
..................................................... Nama :
..................................................... No. Kad
Pengenalan : .....................................................
Tarikh : .....................................................
Cop Rasmi Syarikat :
-
4
Peringatan:
i. Penyebutharga TIDAK DIBENAR MENZAHIRKAN nama Penyebutharga
(Nama Syarikat)
diruang hadapan atau ruang belakang di mana-mana sampul surat
yang disi dengan
Dokumen Sebutharga.
ii. Semua dokumen yang disenaraikan dalam Lampiran 1 ini WAJIB
dikemukakan. Penyebut
Harga yang gagal mengemukakan dokumen wajib akan menyebabkan
tawarannya
DITOLAK.
iii. Pastikan tempoh pendaftaran bagi semua sijil masih berkuat
kuasa sekurang-kurangnya
tiga (3) bulan dari tarikh tutup Sebut Harga.
-
5
JADUAL 3
SENARAI SEMAK DOKUMEN TAWARAN KEWANGAN
Bil
DOKUMEN / PERKARA
Ditandakan oleh
Penyebutharga
Ditandakan oleh Pembuka Sebut
Harga
√ / X √ / X
1 LAMPIRAN K1
(BORANG TAWARAN SEBUT HARGA)
2 LAMPIRAN K2
(MAKLUMAT SYARIKAT)
3 LAMPIRAN K3 (1) dan (2)
(SURAT AKUAN PEMBIDA)
4 LAMPIRAN K4
(SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA)
5 LAMPIRAN 1
(LAMPIRAN Q – ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)
6 Penyata Kewangan Syarikat - 3 bulan terakhir
(FEBRUARI, MAC DAN APRIL 2020)
Peringatan:
i. Penyebut Harga TIDAK DIBENAR MENZAHIRKAN nama Penyebut Harga
(Nama
Syarikat) diruang hadapan atau ruang belakang di mana-mana
sampul surat yang disi
dengan Dokumen Sebutharga.
ii. Semua dokumen yang disenaraikan dalam Lampiran 2 ini WAJIB
dikemukakan. Penyebut
Harga yang gagal mengemukakan dokumen wajib akan menyebabkan
tawarannya
DITOLAK.
-
6
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR
KENYATAAN SEBUT HARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar
dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 050301 -
Pekakas Perubatan Pakai Buang serta mempunyai Sijil Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah laku untuk menyertai Sebut
Harga berikut:
NO SEBUT HARGA: JAKESS/B11/MTS-01/2020
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN PERUBATAN/KLINIKAL
TARIKH IKLAN SEBUT HARGA : 1 JUN 2020 (Isnin)
TARIKH TUTUP SEBUT HARGA: 9 JUN 2020 (Selasa)
1. Sebut Harga ini ditutup pada 9 Jun 2020 (Selasa). Dokumen
Sebut Harga
yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan secara
MANUAL dengan
memasukkan ke dalam Peti Sebut Harga seperti di alamat di bawah
tidak lewat dari
jam 12.00 tengah hari pada 9 JUN 2020 (Selasa). Sebut Harga yang
lewat tidak
akan diterima. Sampul Sebut Harga hendaklah dicatatkan tajuk
Sebut Harga
Membekal Peralatan Perubatan/Klinikal dan Nombor Sebut Harga di
penjuru atas kiri
sampul surat dialamatkan kepada:
Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Bangunan
Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5,
40000 Shah Alam, Selangor.
2. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi En. Mohd Syarizal Bin
Mohd
Annoer atau Pn. Nur Aini Binti Abdul Halim Wong Thin Tuck di
talian 03-
55191291.
-
7
ARAHAN KEPADA PEMBEKAL
1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENYEBUTHARGA
1.1 Pelawaan sebut harga ini terbuka kepada semua penyebutharga
yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan masih sah
tempoh lakunya dalam kod bidang seperti berikut:
050301 - Pekakas Perubatan Pakai Buang
2. KESALAHAN DAN PENOLAKAN DOKUMEN SEBUT HARGA
2.1 Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) berhak menolak
dan
menggugurkan mana-mana penyebutharga yang didapati:
2.1.1 Borang Sebut harga yang tidak diisi dengan lengkap dan
sempurna.
2.1.2 Melanggar syarat - syarat kelayakan dan syarat syarat am
sebut
harga seperti yang telah dinyatakan.
2.1.3 Dokumen diisi menggunakan pensil.
2.2 Cecair pemadam (liquid paper) tidak dibenarkan untuk
membuat
sebarang pindaan pada harga/kadar harga. Sekiranya terdapat
sebarang pindaan, ia hendaklah dibuat dengan memotong (slash)
pada
yang asal dan menulis semula di atasnya dan ditandatangani
ringkas
(initial) di sebelah pembetulan tersebut.
3. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA
3.1 Penyebutharga hendaklah meletakkan harga/kadar harga dalam
ruang yang ditetapkan sahaja. Tulisan hendaklah jelas, mudah dibaca
dan difahami.
3.2 Penyerahan tawaran sebut harga adalah WAJIB dikemukakan
dengan cara:
3.2.1 Peti Sebut Harga - Dokumen Sebut Harga (manual)
hendaklah
dimasukkan ke dalam 2 sampul surat dan ditulis seperti,
berikut:
i. SAMPUL I – TAWARAN TEKNIKAL ii. SAMPUL II – TAWARAN
KEWANGAN
-
8
3.2.2 Kedua-dua sampul surat (tawaran teknikal dan tawaran
kewangan) hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang
lebih besar dan berlakri dan di sebelah kiri (atas) sampul surat
tersebut hendaklah ditulis:
NO SEBUT HARGA: JAKESS/B11/MTS-01/2020
3.2.3 Penyebutharga juga DIWAJIBKAN untuk menyertakan PROFIL
SYARIKAT TERKINI dan dimasukkan ke dalam sampul tersebut.
3.3 Semua dokumen hendaklah dialamatkan dan dimasukkan ke
dalam
peti sebut harga di:
Aras 1, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Bangunan Mahkamah
Syariah Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 Shah
Alam, Selangor.
4. DOKUMEN SEBUT HARGA (MANUAL).
4.1 Penyebutharga adalah dinasihatkan berhati-hati di dalam
penyediaan semua maklumat dan perlulah memastikan maklumat yang
perlu diisi di semua jadual adalah dipatuhi. Kegagalan mematuhi
mana-mana syarat boleh menyebabkan tawaran sebut harga tidak akan
dipertimbangkan dan akan ditolak.
4.2 Sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi:
Puan Nur Aini Binti Abdul Halim Wong Thin Tuck
Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Perolehan,
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).
No. Telefon: 03-55191291 sambungan 1135
-
9
SYARAT-SYARAT AM
Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat
lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah
dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau
diubah dengan khususnya oleh penyebutharga.
1. Keadaan Barang Semua bekalan yang dibekalkan hendaklah tulen,
baru dan belum digunakan.
2. Harga Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih (tiada
kenaan SST 6%) termasuk semua diskaun dan kos tambahan yang
berkaitan.
3. Sebut Harga Yang Ditawarkan
Sebut harga hanyalah ditawarkan bagi semua bilangan bekalan yang
telah disenaraikan sahaja dan penyebutharga adalah DILARANG sama
sekali meminda apa - apa item yang telah di senaraikan sama ada
pengurangan atau penambahan item.
4. Persetujuan
4.1 Kerajaan tidak terikat dalam mana - mana sebut harga yang
terendah atau mana-mana sebutharga yang ditawarkan, dan
4.2 Setiap butiran akan ditimbangkan sebagai satu sebut harga
yang berasingan.
5 Kadar Denda
Penyebutharga gagal memberikan perkhidmatan seperti di jadual
yang ditetapkan atau tidak mengikut arahan atau permintaan pihak
JAKESS maka akan dikenakan denda sebanyak 5% dari nilai
Perkhidmatan tersebut. (**kadar denda tertakluk kepada perubahan
sekiranya ada).
6 Pemeriksaan
6.1 Kerajaan sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk
memeriksa bekalan itu semasa tempoh pembuatan atau pada bila-bila
masa lain sebelum penyerahan bekalan tersebut, dan
6.2 Penyebutharga hendaklah memberi kemudahan pemeriksaan
apabila dikehendaki.
7 Perakuan Menyatakan Spesifikasi telah Dipatuhi
Penyebutharga dikehendaki memperakui bahawa bekalan yang
dibekalkan adalah mengikut spesifikasi atau piawai (jika ada)
seperti yang telah dinyatakan di dalam iklan.
-
10
8 Penolakan
8.1 Bekalan yang rendah mutunya atau yang berlainan daripada
bekalan yang telah dipersetujui sebut harga boleh ditolak.
8.2 Apabila diminta, penyebutharga hendaklah menyebabkan bekalan
yang ditolak itu dipindahkan di atas tanggungan dan perbelanjaan
penyebutharga itu sendiri.
8.3 Penyebutharga hendaklah membayar semula kepada Kerajaan bagi
kos
perbelanjaan yang telah dilakukan berkenaan bekalan yang telah
ditolak itu, dan
8.4 Fasal-kecil (i) dan (ii) di atas ini, tidaklah memudaratkan
ganti rugi kerana
kegagalan memenuhi obligasi kontrak.
9 Pengiklanan Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap
mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar,
majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Pegawai
Kewangan Negeri terlebih dahulu.
10 Tafsiran
Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya
hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang
Malaysia, dan penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang
kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau
perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini
atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
11 Insurans
Tiada apa-apa insurans atas bekalan dalam perjalanan daripada
negeri pembekal atau dalam Malaysia dikehendaki dimasukkan ke dalam
sebut harga.
-
11
BARANG-BARANG EX STOK ATAU BARANG-BARANG KELUARAN MALAYSIA
1 Cukai 1.1 Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai
termasuk cukai jika
berkenaan. 1.2 Harga tawaran hendaklah diertikan sebagai
termasuk semua cukai dan
unsur-unsur cukai adalah dikehendaki ditunjukkan berasingan.
2 Pembungkusan 2.1 Harga yang ditawarkan adalah diertikan
sebagai termasuk belanja
bungkusan dan belanja pembungkusan, dan 2.2 Apa-apa kerugian
atau kerosakan akibat bungkusan atau
pembungkusan yang tidak mencukupi atau yang cacat, hendaklah
diganti oleh penyebutharga.
3 Pengenalan / Label / Jenama Nama pembuat, jenama, nombor
perniagaan atau nombor katalog dan negeri tempat asal barang itu,
jika berkenaan, hendaklah ditunjukkan.
BARANG DIPESAN DARI LUAR MALAYSIA
4 Mata Wang Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit
Malaysia (RM).
5 Punca Bekalan
Jika barang - barang tidak dibeli terus dari pengilang,
penyebutharga
mestilah menyatakan nama dan alamat tempat beli melaluinya
barang -
barang itu akan dibeli.
5. Pembungkusan 5.1 Barang hendaklah dibungkus dengan sesuai
untuk dieksport ke
Malaysia melainkan jika mengikut norma perdagangan bekalan itu
dieksport dengan tidak dibungkus,
5.2 Harga yang ditawarkan adalah diertikan sebagai termasuk
belanja
bungkusan dan belanja pembungkusan, dan 5.3 Apa-apa kerugian
atau kerosakan akibat bungkusan atau
pembungkusan yang tidak mencukupi atau cacat hendaklah diganti
oleh penyebut harga.
6. Tawaran Sebut harga
Tawaran Sebut harga yang dikemukakan ini juga dianggap telah
mengambil kira segala kesulitan, pembiayaan atau risiko yang
mungkin ditanggung oleh penyebutharga kerana mematuhi atau
ketegasan pihak Jabatan Kehakiman Syariah Selangor menguatkuasakan
peraturan-peraturan, tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung
dalam melaksanakan kerja-kerja yang ditawarkan di dalam Dokumen
Sebut Harga ini.
-
12
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN (MESTI DIPATUHI)
1. Spesifikasi teknikal yang lengkap bagi setiap bekalan
hendaklah
dinyatakan secara jelas pada borang sebut harga yang
disediakan.
Lampiran tambahan yang menyokong kepada pernyataan
spesifikasi
teknikal tersebut hendaklah disertakan. Kegagalan berbuat
demikian
boleh mengakibatkan kelayakan penyertaan dibatalkan.
2. Tempoh penghantaran bekalan bagi penghantaran yang pertama
adalah
dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat setuju terima
dikembalikan oleh
pembekal. Pembekal hendaklah menyatakan dengan jelas tempoh
penghantaran item.
3. Pembekal hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) tawaran
sebut
harga sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan.
4. Semua item mestilah produk yang tulen dan bebas daripada
kecacatan
perkilangan (manufacturing defects).
5. Untuk membolehkan penilaian ini dibuat, pembekal-pembekal
dikehendaki mengemukakan bersama sebut harga, salinan
dokumen-
dokumen seperti berikut:
5.1 Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
5.2 Salinan Sijil Akuan Perdaftaran dari Kementerian
Kewangan.
5.3 Profail syarikat yang lengkap.
5.4 Penyata bank bagi tiga (3) bulan terakhir:
(Februari, Mac dan April 2020)
5.5 Salinan Pendaftaran Sijil Cukai Jualan Cukai Perkhidmatan
(CJCP)
sekiranya ada.
6. Pembekal adalah bertanggungjawab untuk sebut harga membekal
dan
menghantar perabot pejabat berasaskan fabrik.
.
7. Segala urusan penyimpanan, penghantaran dan keselamatan
semua
perkakasan yang dibekalkan adalah dibawah tanggungjawab
pihak
pembekal sehingga perkakasan dipasang, diuji dan ditauliah.
-
13
JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL
BAHAN/BARANG KUALITI
KUANTITI
TOPENG MUKA
1. Hendaklah perlindungan tiga lapisan
2. Kecekapan Penapisan Bakteria >98%
3. Ikatan mestilah jenis tali (ikat)
4. Ukuran topeng muka hendaklah 175mm X 90mm
5. Mengikut “standard” EN149-2001+A1-2009
385 kotak
PEMBERSIH TANGAN 1. hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi 60
% alkohol
(ethanol atau ethyl alcohol). Bagi non-alcohol based
sanitizer,
dokumen dan bukti saintifik yang mencukupi perlu ada untuk
menyokong tuntutan yang dibuat pada label
2. Pembersih Tangan Pelembap Tanpa Bilas
3. Terbukti dapat membunuh 99.99% bakteria dan virus
berbahaya
4. Pembersih tangan berasaskan cecair mencegah lekapan di
tangan
5. Melindungi formulasi kulit
6. Formula yang disyorkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia
(WHO) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
20 liter x 28 botol
KIT PAM PEMINDAHAN SIPHON SERBAGUNA
1. Diperbuat dari bahan plastik yang berkualiti
2. 1 unit lengkap pam siphon
- Pam Siphon
- pelekat tiub
- hos tekanan air
- penyambung
- penyambung injap.
2 unit
-
14
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN Q
(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)
Bila menjawab, sila nyatakan
nombor ini
(Kew. 284-Pin. 5/94)
KERAJAAN MALAYSIA
NEGERI SELANGOR
SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN
Kepada (Nama Syarikat) ........................... I Pelawaan
sebut harga dikeluarkan
...................................................................
I oleh Kementerian/Jabatan (Alamat Lengkap)
No.Telefon : .............................................. I
Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
No.Pendaftaran dengan Kementerian
Kewangan: ................................................
I
I
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah,
Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 Shah Alam,
Selangor.
Kod bidang pendaftaran yang relevan I No. Telefon :
03-55191291
dengan pembelian ini 050301 I Tarikh : 1 Jun 2020
1. Sila beri sebut harga untuk bekalan /perkhidmatan yang
disenaraikan di bawah tertakluk
kepada syarat-syarat yang di tetapkan:
1.1. Syarat penyerahan/penyempurnaan kepada Ketua Hakim Syarie
dengan sempurna
1.2. Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki
.................... minggu
1.3. Arahan pengiriman hantar dengan serahan tangan
1.4. Sebut harga hendaklah dimasukkan kedalam suatu sampul
berlakri dan bertanda
nombor sebut harga JAKESS /B11/MTS-01/2020
1.5. Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang
berkenaan di alamat
di atas tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari 9 Jun 2020
1.6. Tempoh sah laku sebut harga hendaklah tiga puluh (30) hari
selepas tarikh tutup.
Tarikh 1 Jun 2020 Tandatangan :
Nama Pegawai : Mohd Syarizal Bin Mohd Annoer
Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir
No. Sebut Harga ...
................
JAKESS /B11/MTS-01/2020
-
15
Bil Perihal bekalan / perkhidmatan dan
Syarat-syarat Khas
Unit
Ukuran
Kadar
(RM)
Harga
(RM)
Untuk diisi oleh Kementerian / Jabatan
Untuk diisi oleh
Penyebut Harga
Sebut Harga Membekal Dan
Menghantar Peralatan
Perubatan/Klinikal
Sebut Harga No. :
JAKESS/B11/MTS-01/2020
(Sila isi harga keseluruhan sahaja
dalam jadual ini. Maklumat terperinci
perlu diisi dalam jadual harga
Lampiran K-1)
* Sila sertakan sesalinan Sijil
Pendaftaran dengan Kementerian
Kewangan.
JUMLAH
_____________________
(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
(ii) Tarikh penyempurnaan / penyerahan dokumen sebut harga ialah
………………….………
(sila nyatakan)
Saya / Kami dengan ini menawar untuk membekalkan
bekalan/perkhidmatan di atas dengan harga dan
syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada
syarat-syarat di atas dan di belakang ini.
Tandatangan Penyebut Harga :
................................................................................
Nama :
................................................................................
No. K/P :
................................................................................
Alamat Syarikat :
................................................................................
................................................................................
................................................................................
Tarikh :
................................................................................
-
16
LAMPIRAN T1 SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA
Kepada:
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN UNIT PEROLEHAN ARAS 1, BANGUNAN
MAHKAMAH SYARIAH SULTAN IDRIS SHAH PERSIARAN MASJID, SEKSYEN 5,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
Tuan,
NOMBOR RUJUKAN SEBUT HARGA: JAKESS/B11/MTS-01/2020. MEMBEKAL DAN
MENGHANTAR PERALATAN PERUBATAN/KLINIKAL
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Syarikat
_____ mengambil
bahagian dalam Sebut harga Membekal Dan Menghantar Peralatan
Perubatan/Klinikal.
Harga yang ditawarkan dalam Sebut harga ini adalah (berjumlah
RM
___________________________)
2. Syarikat sebagai Penyebutharga dengan ini bersetuju menerima
serta mematuhi
dan terikat dengan syarat-syarat sebut harga dan spesifikasi
yang terkandung dalam
dokumen sebut harga. Syarikat juga telah memahami bahawa pihak
JAKESS berhak
menerima atau menolak tawaran ini, sama ada harga yang
ditawarkan rendah atau
tinggi atau sama dengan harga tawaran-tawaran lain.
3. Syarikat bersetuju bahawa harga Sebut harga yang ditawarkan
ini
laku (valid) selama tiga puluh (30) hari daripada tarikh tutup
sebut harga. Dalam tempoh
tersebut syarikat tidak boleh menarik diri daripada Sebut harga
ini dan meminda harga.
-
17
LAMPIRAN T1 SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA
4. Syarikat bersetuju harga yang ditawarkan sebagai asas
perkiraan bagi
pembayaran di atas perkhidmatan yang dibuat kepada pejabat
JAKESS setelah
pembekalan tersebut disahkan oleh Unit Perolehan yang
bertanggungjawab di
JAKESS.
5. Kami yang bertandatangan di bawah ini, setelah menyemak,
adalah dengan ini
mengesahkan bahawa dokumen Sebut harga yang digunakan untuk
Sebut harga ini
adalah yang sebenarnya dibeli oleh syarikat ini.
_______________________________
(Tandatangan orang yang diberi kuasa)
Nama :
No. Kad Pengenalan:
Jawatan :
Alamat :
Nama Saksi :
No. Kad Pengenalan:
Jawatan :
Alamat :
-
18
LAMPIRAN T2 PENGALAMAN DAN KEUPAYAAN SYARIKAT
1. Senarai pengalaman dalam kerja-kerja pembekalan perubatan
tersebut atau yang berkaitan sekurang-kurangnya selama tiga (3)
tahun lepas atau semasa.
Nama Syarikat / Organisasi serta
Lokasi
Jenis Kerja / Skop Projek
Tempoh dan Tarikh
Dijadualkan Tamat
Nilai projek (RM)
-
19
LAMPIRAN T3 KERJA – KERJA YANG SEDANG DIJALANKAN
Nama Projek Jenis/Bidang
Projek Tempoh
Pelaksanaan Organisasi
Nilai/Kos Projek
-
20
LAMPIRAN T4
Unit Perolehan, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Aras 1,
Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid,
Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tarikh:
Tuan, PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI BAGI PIHAK SYARIKAT
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa saya …………………………………………………………
No. K/P : ………………………………. selaku pemilik syarikat ……………………………
akan menandatangani sendiri semua dokumen berkaitan dengan
urusan perolehan
Sebut Harga atau *mewakilkan kuasa untuk menandatangi bagi pihak
syarikat untuk
urusan perolehan tersebut iaitu :
a) Nama :
.............................................……………………………
b) Alamat : ....................................………………………………….
…………………………………………………………….. …………………………………………………………….. c) Jawatan :
…………………………………………………………….. d) No. K/P : …………………………………………………………….. e)
No. Telefon : ……………………………………………………………..
f) No. Faks : ……………………………………………………………..
g) Alamat Emel : ……………………………………………………………..
Nota
:
*Butiran 2(a) hingga (g) perlu diisi sekiranya syarikat diwakili
oleh individu selain daripada pemilik
syarikat.
*Sila gariskan palang dan catatkan “Tidak Berkaitan’’ sekiranya
tiada individu/sesiapa yang dilantik
bagi perwakilan kuasa menandatangani bagi pihak syarikat.
3. Sehubungan itu, dikemukakan untuk makluman / rujukan pihak
tuan selanjutnya. Pihak
kami akan memaklumkan kepada pihak JAKESS sekiranya terdapat
perubahan penama
bagi perkara ini secara rasmi.
Sekian, terima kasih.
................................................ Nama Pemilik
Syarikat :
Jawatan :
Cop Syarikat :
-
21
LAMPIRAN T5
BORANG PENGISYTIHARAN SYARIKAT
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR
Nama Syarikat:
...........................................................................................
No. SSM: .........................................Tahun
Didaftarkan: .............................................. Sila
tandakan dan isi yang berkenaan
1. Pernahkah syarikat menyertai dan menerima tawaran bagi
bekalan /
perkhidmatan / kerja-kerja di Jabatan Kehakiman Syariah
Selangor?
Ya Tidak
Jika Ya, sila jawab yang berkenaan. Tahun terima tawaran:
.............................
Nilai perolehan bekalan/ perkhidmatan/ kerja-kerja: RM
........................................
Jenis bekalan/ perkhidmatan/ kerja-kerja:
..............................................................
Lokasi kerja/tawaran:
...........................................................................
2. Pernahkah syarikat ini menerima surat amaran daripada Jabatan
Kehakiman
Syariah Selangor atau Jabatan lain?
Ya Tidak
Jika Ya, sila jawab yang berkenaan. Tahun terima amaran:
.............................
Sebab/isu: ...............................................
Diperakukan oleh:
Tandatangan: .........................................
Nama/cop syarikat:
...........................................
Tarikh: ..........................................
-
22
LAMPIRAN K1
SENARAI BEKALAN
SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN
PERUBATAN/KLINIKAL
NO. SEBUT HARGA : JAKESS /B11/MTS-01/2020
TARIKH TUTUP : 9 Jun 2020
Bil
Keterangan
Kuantiti
Harga Seunit (RM)
Jumlah Harga
(RM)
1. Topeng Muka 385
2. Pembersih Tangan 28
3. Kit Pam Pemindahan Siphon Serbaguna
2
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Ringgit Malaysia : _____________________________________________
_____________________________________________
Jumlah Dalam Perkataan Ringgit Malaysia(RM) (i) Harga yang
ditawarkan adalah harga bersih ;dan
(ii) Tarikh penyerahan/penyempurnaan ialah Minggu
Saya/kami dengan ini menawarkan untuk membekalkan
bekalan/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang
ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas
dan di belakang ini.
Tandatangan Penyebut Harga
Nama dan No. K/P
Alamat Syarikat
:
:
:
........................................
........................................
........................................
-
23
LAMPIRAN K2
MAKLUMAT SYARIKAT
(Arahan kepada penyebut harga: - Semua butir-butir di dalam
borang ini hendaklah diisi oleh
penyebutharga dengan betul dan lengkap dan dikembalikan
bersama-sama dengan borang
sebut harga. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan
sebut harga ini ditolak atau/dan
mengakibatkan tindakan tatatertib diambil ke atas penyebutharga
berkenaan).
Butir-butir Syarikat 1. Nama Syarikat:
……………………………………………………………………………. 2. No Pendaftaran Syarikat:
……………………. Tarikh Tamat: …………………. 3. No. Pendaftaran Kem. Kewangan:
………………. Tarikh Tamat: …………………. 4. Taraf Syarikat*: Bumiputera/
Bukan Bumiputera 5. Tempoh Sah Pengiktirafan Syarikat Bumiputera:
………………. hingga ………………. 6. Jenis Syarikat*: Perseorangan:
Perseorangan/ Perkongsian/ Sdn. Bhd./ Lain-lain ………………………………………….
(Nyatakan) 7. No. Telefon syarikat:
..........................................................................................................
8. No. Faks syarikat:
...................................Email:……………………………………………… 9.
Alamat Syarikat :
.................................................................................................................
..................................................................................................................
10. Pegawai untuk dihubungi:
............................................... No. Telefon:
............................ 11.Tempoh Sah Laku Harga Tawaran Sebut
Harga: ........................... (Min 90 hari) 12. Tempoh
penghantaran: ..............................................(Sila
nyatakan, wajib)
Pemegang Saham Senarai Pemegang-pemegang Saham Bil. Nama/Jawatan
No. K/P % Pegangan 1. ………………………………………. ………………………. …………………. 2.
………………………………………. ………………………. …………………. 3. ………………………………………. ……………………….
………………….
-
24
LAMPIRAN K3
SURAT AKUAN PEMBIDA Sebut Harga Membekal dan Menghantar
Peralatan Perubatan/Klinikal
Saya, ………………………………………………… (Nama Wakil Syarikat) nombor K.P
…………………………… yang mewakili ………………………………………... (Nama Syarikat) nombor
pendaftaran ………………………………………………... (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB) dengan
ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang
mewakili syarikat ini tidak akan menawarkan atau memberi rasuah
kepada mana-mana individu dalam Bangunan Mahkamah Tinggi Syariah
Negeri Selangor atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk
dipilih dalam sebutharga seperti di atas. Bersama-sama ini
dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili Surat
Perwakilan Kuasa bagi mewakili syarikat seperti tercatat di atas
untuk membuat pengisytiharan ini.
1. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat
ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana
individu dalam Bangunan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor
atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam
sebutharga di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju
tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi sebut harga di atas;
atau 2.2 Penamatan kontrak bagi sebutharga di atas; dan 2.3
Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan
kerajaan.
2. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah
daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan
syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebutharga seperti
di atas, maka saya berjanji akan segera melaporkan perbuatan
tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang benar, ……………………………………… Nama : No. K/P : Cop Syarikat:
-
25
Kementerian Kewangan Malaysia LAMPIRAN K4
SURAT AKUAN PEMBIDA BERJAYA
SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERALATAN
PERUBATAN/KLINIKAL
NO. SEBUT HARGA : JAKESS/B11/MTS-01/2020
Saya, …………………………………………………..……………… Nombor Kad Pengenalan :
……………………..................... yang mewakili
…………………………......................................... Nombor
Pendaftaran …………………................................ dengan ini
mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili
syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada
mana-mana individu dalam
……...……….……...................................... atau mana-mana
individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/Sebut
harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan
Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk
membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya, atau mana-mana
individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba menawar atau
memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
………...............................…. atau mana-mana individu lain
sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/Sebutharga* seperti di
atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan
berikut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/Sebut harga* di
atas; atau 2.2 Penamatan kontrak bagi tender/Sebut harga* di atas;
dan 2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan
Kerajaan yang berkuatkuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah
daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan
syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/Sebut
harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera
melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang
Benar, ……….......................…………………. ( ) K.P.: Cop Syarikat:
Catatan: i.) *Potong mana yang tidak berkenaan.
ii.) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat
Perwakilan Kuasa