KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KeTTHA) Y.Bhg.Dato’ Zohari Haji Akob serta rombongan telah membuat lawatan kerja dan pemantauan ke atas beberapa projek infrastruktur bekalan elektrik yang sedang giat dilaksanakan di Sabah pada 4 hingga 9 Mac 2015. Antara projek yang dilawati ialah Repowering 30MW di Stesen Janakuasa Lahad Datu, SJ Serudong, Projek PMU 132kV Keningau, Projek PPU 33/11kV Menumbok, Kuala Penyu dan PPU 33/11kV Likas. Rombongan telah juga mengadakan Koordinasi Pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik di Bawah RMK-9 dan RMK10 di Tawau. Pengurus Besar Kanan (Pembangunan Aset) Ir. Abdul Nasser bin Abdul Wahid, Pengurus Besar Penjanaan En. Abd. Razak Salleh, Pengurus Besar Projek Utama Ir. John Gomez, Pemangku Pengurus Besar Perancangan En. Lim Tin Jong, Timbalan Pengurus Besar (Kewangan) Puan Voon Nee Nee serta beberapa orang pegawai SESB yang terlibat telah mengiringi rombongan KeTTHA sepanjang lawatan tersebut. Turut serta pegawai-pegawai daripada EPU, MoF, ICU, ST dan TNB. Y.Bhg.Dato’ Zohari Haji Akob bergambar kenangan LAWATAN KERJA TKSU KeTTHA KE SESB Bil. 26/2015 EDARAN DALAMAN SAHAJA 09 MAC 2015 INFO Terkini