KERTAS KERJA CERAMAH ETIKA DAN MORAL PROFESIONALISME GURU SMK SUBANG, SHAH ALAM, SELANGOR 1. PENDAHULUAN Pelaksanaan ceramah bertajuk Etika dan Moral Profesionalisme Guru adalah untuk menjadikan seseorang guru itu mempunyai sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi dan boleh dipercayai. Melalui aktiviti yang diadakan, para peserta akan memperolehi input-input yang berguna untuk masa depan sebagai seorang guru. Selain menyebar ilmu segala tingkahlaku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar Selain itu mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. “Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baikhati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988)” Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris “ethic”. Perkataan ethic itu pula dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adapt yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan. Etika ialah satu system dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi yang meliputi aspek-aspek tertentu. Menurut Kamus Dewan, ‘profesion ’ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERTAS KERJA
CERAMAH ETIKA DAN MORAL PROFESIONALISME GURU
SMK SUBANG, SHAH ALAM, SELANGOR
1. PENDAHULUAN
Pelaksanaan ceramah bertajuk Etika dan Moral Profesionalisme Guru adalah untuk
menjadikan seseorang guru itu mempunyai sifat jati diri yang merangkumi juga
keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip,
tidak mudah dipengaruhi dan boleh dipercayai. Melalui aktiviti yang diadakan, para
peserta akan memperolehi input-input yang berguna untuk masa depan sebagai
seorang guru. Selain menyebar ilmu segala tingkahlaku guru akan menjadi contoh
teladan kepada pelajar Selain itu mereka dapat membina masyarakat yang
mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. “Seseorang guru yang baik seharusnya
mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baikhati, pandai berjenaka, sabar,
bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mok Soon
Sang, 1988)” Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris “ethic”. Perkataan
ethic itu pula dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adapt
yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan. Etika ialah satu system dasar
tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi yang meliputi aspek-
aspek tertentu.
Menurut Kamus Dewan, ‘profesion ’ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan
yang khas. Contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.
Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas
konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh
orang yang mempunyai kelulusan.
Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri. Kod etika ini
juga dipunyai oleh profesion perguruan. Setiap guru dikehendaki mematuhi kod
etikanya sendiri demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion
keguruannya. DiMalaysia, “Tatasusila Profesion Keguruan”yang disarankan oleh
Kementerian Pendidikan merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru
menjaga imej profesionnya. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat
menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara
hitam putih dan rasmi.
Secara tidak langsung, perkara ini akan membuka mata masyarakat untuk
menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta menyokong guru dalam
mencapai matlamat pendidikan dan negara.Etika kerja merupakan nilai-nilai yang
penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan
memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk
tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam
organisasi (INTAN,1991).
2. RASIONAL
Dari segi rasionalnya, ceramah etika dan profesinalisme guru ini dijalankan bagi
merealisasikan hasrat wawasan 2020 iaitu membentuk sebuah masyarakat yang
kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para gurunya mempunyai nilai
profesionalisme dan etika yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
Oleh itu, ceramah ini diadakan memberi input-input berkenaan ciri-ciri
profesionalisme dan etika sebagai seorang guru yang berkarisma dan inovatif.
3. MATLAMAT
Menghayati prinsip-prinsip utama Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam dan
Etika Perguruan.
Meningkatkan pengetahuan guru tentang ilmu-ilmu pendidikan sejajar dengan
perkembangan pendidikan semasa.
Meningkatkan tahap keprofesionalisme guru-guru dan mengaplikasikannya
dalam amalan P&P.
4. OBJEKTIF
Meninggikan imej dan status serta mutu perkhidmatan guru di sekolah ini.
Mendorong guru untuk bekerja dengan penuh dedikasi terhadap tugas
mereka dan memberi khidmat kepada masyarakat sekolah serta bersedia
menambah dan memperbaharui pengetahuan.
Membentukkan sikap positif barisan guru-guru.
Mendedahkan amalan-amalan yang beretika dalam kehidupan serta
membincangkan kesan-kesan negatif amalan tidak beretika dalam kehidupan.
4. TARIKH DAN TEMPAT
Tarikh: 23 Mac 2013 (Sabtu)
Tempat: Dewan Ibnu Sina SMK Subang, Shah Alam
5. SASARAN
Semua guru SMK Subang seramai 130 orang.
6. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat : Pn. Rosnah bt Ab. Rahman (Pengetua)
Naib Pengerusi : En. Sabri b. Baharom (Pen. Kanan Pentadbiran)
Setiausaha: Pn. Nur Azura bt. Ahmad Zahiri
Timbalan Setiausaha: Pn.Munawiza bt. Johari
Bendahari: Pn. Maria bt. Saad
Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana
I. Jawatankuasa Pendaftaran
Cik Ainura Filzah Binti Zakaria
II. Jawatankuasa Peralatan & Teknikal
En. Ahmad Faizal b. Bahari
III. Jawatankuasa Persiapan Tempat
En. Shaharudin b. Isa
IV. Jawatankuasa Dokumentasi
Pn. Zuraidah bt Zainudin
V. Jawatankuasa Makanan
Pn. Najwa Binti Abdul Hadi
VI. Jawatankuasa Sijil Cenderahati
Cik Ruby Suapat
VII. Jawatankuasa Pengacara Majlis
En. Shaharudin b. Ismail
7. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil. Perkara Item Jumlah
1.
2.
Makanan & minuman
Barangan di Stor
Sijil & Cenderahati
Sijil Penyertaan(130
orang)
RM 5.00 X 130 RM 650.00
3.
Cenderahati Rasmi
Kertas A4
RM 0.50 x 130
RM 10.00 X 1
RM 65.00
RM 10.00
Jumlah keseluruhan: RM 725.00
8. SUMBER KEWANGAN
Dari peruntukan untuk program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP)
9. TENTATIF PROGRAM
TENTATIF PROGRAM
CERAMAH ETIKA DAN PROFESIONALISME GURU
TARIKH: 23 MAC 2013
HARI: SABTU
8.00 – 8.10 PAGI - KETIBAAN GURU-GURU
8.10 – 10.00 PAGI – UCAPAN PENGETUA
10.00 – 10.30 PAGI – REHAT/ JAMUAN
10.30 – 12.30T/HARI - CERAMAH ETIKA DAN PROFESIONALSME GURU
OLEH TUAN HJ. SHAMIDI BIN KOSIRAN
(PK KANAN HAL EHWAL MURID)
10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai
matlamat serta objektifnya. Kerjasama dan sokongan yang diberikan samada dalam
bentuk idea, sumbangan dan sebagainya amat kami hargai dan kami dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh :
(Nur Azura bt. Ahmad Zahiri)
Setiausaha Program
Disemak oleh :
(Munawiza bt. Johari)
Setiausaha LADAP Sekolah
Disahkan oleh :
(En. Sabri b. Baharum)
Pen. Kanan Pentadbiran SMK Subang
GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PROGRAM CERAMAH
Guru-guru sedang menyanyikan lagu Negaraku.
Setiausaha LADAP sedang sibuk bekerja.
Guru-guru sedang mendengar ceramah.
Suasana ceria semasa mendengar ceramah.
Guru-guru begitu bersemangat termasuklah si penulis.
Guru-guru lelaki hampir nak tertidur.
Penceramah Tn. Hj. Shamidi seorang guru yang berpengalaman.
Penceramah yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid seorang yang sangat berdedikasi