Top Banner
Eclnlrla$Nhql alold Elclpl Diolxy aignlg vigjiolplggxl Vulmlql Pidlpl viulxllg myho ah Dlolxphl/ eymy Eclnlrla$Nhql ahjylo pi`lul ulcphl viuoy ahldeho mhul alg ahjylo pi`lul qiueyml' Elclpl lalolc pipylqy mkdhghmlph xlgn ekoic ahnyglmlg koic pidyl kulgn eymlg ygqym hgahrhay lqly pipylqy lnldl' Mlql mlql qyclg qhalm ekoic ahpiohqmlg ahpieylc eymy plcl jl ' 0<:5> : Alg pimhulgxl pinlol vkckg xlgn lal aheydh digjlah vigl/ alg pinlol olyqlg digjlah qhgql/ aignlg ahelgqy mivlalgxl qyjyc lyqlg olnh pipyalc hqy/ gip`lxl qhalm lmlg clehp Mlohdlc$mlohdlc Loolc hqy ahqyohp' Pipygnnycgxl Lool c Dlcl Mylpl/ olnh Dlcl Ehjlmplgl' Pidyl dlgyphl ah ayghl hgh viuoy digalvlq qlcy lmlg Eclnlrla$Nhql alg iuqhgxl' Hqy lalolc ulcdlq qyclg' Koic hqy hl ahelclnhmlg mivll 5 hlqy aienlg alg qhalm aignlg vigjiolplg/ ygqym aheiuhmlg vlaldy'Eieiulvl miolchulg viuoy chayv ygqym dig`lvlh qyclg' Piele hqyqyclg elnh mhql eiuhey$uhey ljlhe' Ayghl/ vlal dlpl mhgh dypglc aignlg viuqignmlulg/ mipyplclg/ mipiahclg/ vighvylg ' Pidyl hgh ahpielemlg koicgxl' Pimhulgxl qhlal eiohly qhlal lvl xlgn eiuolmy ah ayghl hgh' >kk eluhp olny Eymy Eclnlrla$Nhql xlgn pieiglugxl 26 eluhp plcljl aheiuh koic qyclg/ qiqlvh 396 dyml pyulq vigjioiplg aheiuh/ clm`hvql ah~yjyamlg aignlg hqy ahjylo vlal mhql koic Leclx `clulg aignlg dinlcgxl' Lmlg qiqlvh mhql diglhmmlg qlulb viulgqlullg aignlg digxidelcgxl pielnlh qyclg/ piviuqh digxidelc jluh xlgn ahqygjym vlal eyolg' Piolhg hqy/ qyclg ~yjyamlg ygqym mhql qiujlqyc aignlg olaay/gldld/ eljlg/ Muhpcgl Jixlgqh xlgn ahoiqlmmlg koic qyclg ygqym jlqyc ah michayvlg mhql' Qyclg lmlg qlcy elcl~l mhql lmlg qiuplgnm yq ah clolgnlg$ clolgnlg hgh alg clgxl pikulgn alold piuhey lm lg pldvlh vlal pl xl xlgn ahmlqlmlg koic Jipyp mivlal vignhmyqgxl 'Dlqci~p: <8:50$51 Oloy Xip yp eiumlq l mivlal vignhmyq vignhmyqgxl miqlcyholc pyplc pimloh elnh pikulgn mlxl dighmdlqh vidiuhgqlclg Qyclg' Lmy eiumlql mivlal mldy: oiehc dyalc elnh piimku ygql didlpymh oyelgn jluyd aluhvlal aluhvlal pikulgn mlxl dighmdlqh vidiuhgqlclg Qyclg' Dlqci~p: >:<0$<1 Dlpymolc dioloyh vhgqy xlgn pidvhq miulgl vhgqy alg jlolg xlgn digyjy mi giulml hqy oielu alg olvlgn, Elgxlm kulgn xlgn dignldeho jlolg hqy' Qiqlvh vhgqy alg jlolg xlgn dignclol mi chayv pijlqh hqy pidvhq alg pyplc' Clgxl piahmhq kulgn xlgn digalvlq jlolg hqy' Hgholc xlggn eiuhmlg koic mlgglg: Ahlgqlul eiuhey$uhey/ kulgn / dygnmhg lal plqy xlgn eiuyplcl ygqym dig`lvlh <
708

Bhagavad-Gita Dalam Bahasa Melayu Dengan Penjelasannya

Jul 05, 2015

Download

Documents

chachu123

God's direct guidence to escape from the abyss of earthly suffering,
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Bhagavad-Gita dalam Bahasa Melayu dengan penjelasannyaPrakataSemasa perayaan kuil di Malaysia, buku Bhagavad-Gita dijual secara rahsia perlu diambil kira dan dijual secara terbuka. Bahasa adalah sesuatu kominikasi yang boleh digunakan oleh semua orang bukan untuk individu atau sesuatu agama. Kata kata tuhan tidak boleh diselitkan disebuah buku sahaja. 31:27 : Dan sekiranya segala pohon yang ada dibumi menjadi pena, dan segala lautan menjadi tinta, dengan dibantu kepadanya tujuh autan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Semua manusia di dunia ini perlu mendapat tahu akan Bhagavad-Gita dan ertinya. Itu adalah rahmat tuhan. Oleh itu ia dibahagikan kepaa 2 iatu debgan dan tidak dengan penjelasan, untuk diberikan padamu.Beberapa kelahiran perlu hidup untuk mencapai tuhan. Sebab itutuhan bagi kita beribu-ribu ajaib. Dunia, pada masa kini musnah dengan pertengkaran, kesusahan, kesedihan, penipuan . Semua ini disebabkan olehnya. Sekiranya tiada beliau tiada apa yang berlaku di dunia ini. 7oo baris lagu Buku Bhagavad-Gita yang sebenarnya 60 baris sahaja diberi oleh tuhan, tetapi 850 muka surat penjelesan diberi, hakcipta diwujudkan dengan itu dijual pada kita oleh Abhay charan dengan megahnya. Akan tetapi kita menaikkan taraf perantaraan dengan menyembahnya sebagai tuhan, seperti menyembah jari yang ditunjuk pada bulan. Selain itu, tuhan wujudkan untuk kita terjatuh dengan laddu,namam, bajan, Krishna Jeyanti yang diletakkan oleh tuhan untuk jatuh di kehidupan kita. Tuhan akan tahu bahawa kita akan tersangkut di halanganhalangan ini dan hanya seorang dalam seribu akan sampai pada saya yang dikatakan oleh Jesus kepada pengikutnya .Mathews: 19:23-24 Lalu Yesus berkata kepada pengikut pengikutnya ketahuilah susah sekali bagi seorang kaya menikmati pemerintahan Tuhan. Aku berkata kepada kamu: lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum daripada daripada seorang kaya menikmati pemerintahan Tuhan. Mathews: 7:13-14 Masuklah melalui pintu yang sempit kerana pintu dan jalan

yang menuju ke neraka itu lebar dan lapang! Banyak orang yang mengambil jalan itu. Tetapi pintu dan jalan yang menghala ke hidup sejati itu sempit dan susah. Hanya sedikit orang yang mendapat jalan itu. Inilah yanng berikan oleh kannan: Diantara beribu-ribu, orang , mungkin ada satu yang berusaha untuk mencapai 1

kesempurnaan , dan diantara mereka yang sudah mencapai kesempurnaan, hampir tidak ada satu pun yang mengetahui tentang dir-ku dengan sebenarnya. Dengan megahnya kannan menunjukkan kelemahan kita di bagahwad gita 7:3. Walaupun beberapa kelahiran yang diambil , akan tetapi kita tak dapat mempelajari 4 vedham itu adalah kebenaran agama. Dengan hati yang tinggallah mengkaji tentang agama , bacalah Bhagavad-Gita dengan penuh kepercayaan dan mula mengikutinya dalam kehidupan seharian. Dengan penuh kepercayaan bacalah Baghwad Geetai, mulakan kehidupan baru, tuhan akan bersama kita dan memberi hala tujunya. Menyangi semua nyawa adalah seperti menyembah tuhan.KANNAN RAJA KITA

B A B S A TU

Meninjau Tentera tentera di Medan Perang KuruketraDhtarra berkata: Wahai Sajaya sesudah puteraputeraku dan putera Pdu berkumpul di tempat suci Kuruketra dengan keinginan untuk bertempur, apa yang dilakukan oleh mereka? PENJELASAN: Bhagavad-gt adalah ilmu pengetahuan Ketuhanan yang dibaca secara luas yang ringkasannya terdapat dalam kitab Gt-mhtmya (pemujian terhadap Bhagavad-gt). Dalam Gt-mhtmya, dianjurkan agar orang mempelajari Bhagavad-gt dengan teliti sekali melalui bantuan seorang penyembah r Ka dan berusaha untuk mengertinya tanpa menafsirkan berdasarkan motif peribadi. Contohnya untuk mengerti secara jelas terdapat dalam Bhagavad-gt itu sendiri, iaitu bagaimana ajarannya dimengerti oleh Arjuna, yang mendengar Gt tersebut secara langsung dari r Ka. Kalau seseorang cukup beruntung hingga dapat mengerti Bhagavad-gt dalam garis perguruan tersebut, tanpa penafsiran dengan motif tertentu, maka ia akan melampau segala usaha dalam mempelajari pengetahuan Veda, dan segala Kitab Suci di dunia, Dalam Bhagavad-gt, seseorang akan menemukan segala sesuatu yang

Sloka 1. 1

2

tercantum dalam Kitab-kitab Suci lainnya, tetapi pembaca juga akan menemukan halhal yang tidak terdapat dalam bukubuku lain. Itulah taraf khusus Bhagavad-gt. Ia adalah ilmu Ketuhanan yang sempurna sebab disabdakan secara langsung oleh Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa, r Ka. Hal-hal yang dibicarakan oleh Dhtarra dan Sajaya, sebagaimana dihuraikan dalam Mahbhrata, merupakan dasar pokok filsafat yang mulia ini, dimengerti bahawa filsafat tersebut berkembang di medan perang Kuruketra. Kuruketra adalah tempat perziarahan yang suci sejak awal sejarah zaman Veda. Bhagavad-gt disabdakan oleh Tuhan pada waktu Beliau Sendiri berada di planet ini untuk membimbing manusia. Kata dharma-ketra (tempat pelaksanaan ritual-ritual keagamaan) bermakna, sebab di medan perang Kuruketra, Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa Sendiri hadir di pihak Arjuna. Dhtarra, ayah para Kuru, sangat raguragu akan kemungkinan kejayaan putera-puteranya pada akhirnya. Dalam keraguannya, dia bertanya kepada setiausaha yang bernama Sajaya. Apa yang dilakukan oleh mereka?" Dia yakin bahawa puteraputeranya dan para putera adiknya yang bernama Pdu sudah berkumpul di Medan Perang Kuruketra tersebut kerana mereka sudah bertekad untuk berperang. Namun pertanyaan Dhtarra bermakna. Dia tidak menginginkan kompromi antara puteraputera dan keponakan-keponakannya, dan dia ingin memastikan nasib para puteranya di medan perang. Oleh kerana perang tersebut dirancangkan di Kuruketra, yang disebut dalam ayat-ayat lain dari Veda sebagai tempat sembahyang-bahkan bagi penduduk syurga sekalipun Dhtarra takut sekali mengenai pengaruh tempat suci tersebut terhadap hasil perang itu. Dia menyedari bahawa hal ini akan mempengaruhi Arjuna dan para putera

3

Pdu dengan cara yang menguntungkan, sebab watak mereka semua saleh. Sajaya adalah murid Vysa: kerana itu, atas berkat kurnia Vysa, Sajaya dapat melihat Medan Perang Kuruketra, walaupun dia berada di dalam kamar Dhtarra, Kerana itu, Dhtarra bertanya kepada Sajaya mengenai keadaan di medan perang. Para Pdava dan para putera Dhtarra adalah anggota keluarga yang sama, tetapi hati Dhtarra diungkapkan di sini, Dhtarra sengaja hanya mengakui puteraputeranya sendiri sebagai para Kuru, dan dia memisahkan para putera Pdu dari warisan keluarga, Kerana itu, kita dapat mengerti kedudukan khusus Dhtarra dalam hubungannya dengan keponakan-keponakannya, iaitu para putera Pdu. Di sawah, alang-alang yang tidak diperlukan dicabut. Begitu pula, sejak awal pembicaraan hal-hal ini pada medan keagamaan Kuruketra di hadapan r Ka, ayah dharma, tumbuh-tumbuhan yang tidak diperlukan seperti Duryodhana putera Dhtarra, dan lainlainnya akan dimusnahkan dan orang-orang taat sepenuhnya pada prinsipprinsip keagamaan, dipimpin oleh Yudhihira, akan dinobatkan oleh Ka. Inilah makna kata-kata dharmaketre dan kuru-ketre, di samping maknanya dari segi sejarah dan Veda. Sloka 1. 2 Sajaya berkata; Wahai Baginda Raja, sesudah meninjau tentera yang telah disusun dalam barisan-barisan oleh para putera Pdu, Raja Duryodhana mendekati gurunya dan berkata sebagai berikut. PENJELASAN: Dhtarra tuna netra sejak lahir. Sayang sekali, dia juga buta secara rohani. Dia menyedari bahawa puteraputeranya juga sebuta ditinya dalam hal-hal keagamaan, dan dia yakin mereka tidak akan pernah mencapai kesepakatan dengan para Pdava, yang semuanya saleh sejak lahir. Namun dia masih ragu-ragu terhadap pengaruh tempat suci, dan Sajaya dapat mengerti motifasinya dalam mengajukan pertanyaan tentang keadaan di medan perang. Kerana itu, Sajaya ingin memberi semangat kepada sang raja yang sedang murung, Jadi, Sajaya meyakinkannya bahawa putera-putera nya tidak akan

4

mencapai jenis kompromi apapun di bawah pengaruh tempat suci tersebut. Sajaya memberitahukan kepada sang raja bahawa sesudah Duryodhana, putera Dhtarra, melihat pasukan tentera para Pdava, dia segera menghadap Panglima Drocrya, untuk menerangkan kepada beliau tentang posisi yang sebenarnya. Walaupun Duryodhana disebut sebagai raja, dia harus menghadap panglima kerana keadaan sangat darurat. Dapat disimpulkan bahawa dia memenuhi syarat sebagai seorang politik. Tetapi Duryodhana yang diplomatik tidak dapat menutupi rasa takut di hatinya ketika dia melihat susunan tentera para Pdava. Sloka 1. 3 Wahai Guruku, lihatlah tentera-tentera besar para putera Pdu, yang disusun dengan ahli sekali oleh putera Drupada, murid anda yang cerdas. PENJELASAN: Duryodhana, adalah seorang diplomatik ulung dan hebat, ingin menunjukkan kelemahan Droncrya, seorang brhmaa hebat yang telah menjadi panglima. Droncrya pernah bertengkar dengan Raja Drupada kerana persoalan politik. Raja Drupada adalah ayah Draupad, isteri Arjuna. Akibat pertengkaran tersebut, Drupada melakukan korban suci yang besar. Dari korban suci itu, Drupada menerima berkat bahawa dia akan mendapat putera yang sanggup membunuh Droncrya. Droncrya menyedari kenyataan ini secara sempurna, namun, sebagai seorang brhmaa yang murah hati, dia tidak enggan menyampaikan segala rahsia ilmu kekesatriaan yang dimilikinya kepada putera Drupada, yang bernama Dhadyumna , waktu itu beliau dipercaya unruk memberi pendidikan di bidang militer. Sekarang, di Medan Perang Kuruketra, Dhadyumna ikut di pihak Pdava, dan dialah yang menyusun barisan-barisan pertahanan Pdava setelah mempelajari ilmu menyusun barisan tentera dari Droncrya. Duryodhana menunjukkan kesalahan Droncrya tersebut agar beliau waspada dan tidak berkompromi dalam pertempuran. Dengan kata-kata ini, ia juga ingin menunjukkan bahawa sebaiknya Droncrya

5

tidak bermurah hati dengan cara yang sama dalam perang melawan para Pdava. Para Pdava juga murid-murid kesayangan Droncrya, Terutama Arjuna siswanya yang paling pandai dan paling menyayangi gurunya. Duryodhana juga memberi peringatan bahawa kemurahan hati seperti itu dalam pertempuran akan mengakibatkan kekalahan. Sloka 1. 4 Di sini dalam tentera ini ada banyak pahlawan pemanah yang sehebat Bhma dan Arjuna dalam pertempuran: katriyakatriya yang seperti Yuyudhna, Vira dan Drupada. PENJELASAN: Walaupun Dhadyumna

bukan rintangan yang penting sekali di hadapan kekuatan Droncrya yang hebat sekali di bidang ilmu militer, namun ada banyak tokoh lain yang menyebabkan rasa takut. Duryodhana menyebutkan mereka sebagai batu-batu rintangan yang besar di jalan menuju kejayaan, sebab setiap tokoh tersebut dan sehebat Bhma itu, dan Arjuna. Duryodhana mengetahui kekuatan Bhma Arjuna. Kerana Duryodhana membandingkan tokoh-tokoh lain dengan mereka berdua.

Sloka 1. 5

Ada juga katriya-katriya yang hebat, perkasa dan memiliki sifat kepahlawanan seperti Dhaketu, Cekitna, Kirja, Purujit, Kuntibhoja dan aibya. Ada Yudhmanyu yang agung, Uttamauj yang perkasa sekali. Putera Subhadr dan puteraputera Draupad. Semua katriya itu hebat sekali bertempur dengan menggunakan kereta. Tetapi perkenankanlah saya menyampaikan keterangan kepada anda tentang komandankomandan yang

Sloka 1. 6

Sloka 1. 7

6

mempunyai kualifikasi luar biasa untuk memimpin balatentera Saya, wahai brmaa yang paling baik. Sloka 1. 8 Ada tokoh-tokoh seperti Prabhu sendiri, Bhma, Kara, Kpa, Awatthm, Vikara dan putera Somadatta bernama Bhrirav yang selalu menang dalam perang. PENJELASAN: Duryodhana menyebutkan pahlawan-pahlawan yang luar biasa dalam perang dan semua selalu menang. Vikara adalah adik Duryodhana, Awatthm adalah putera Droncrya, dan Saumadatti, atau Bhrirav, adalah putera raja para Bhlka. Kara adalah saudara lain ayah dengan Arjuna, sebab Kara dilahirkan oleh Kunt sebelum Kunt menikah dengan Raja Pdu. Adik perempuan kembar Kpcrya menikah dengan Droncrya. PENJELASAN: Katriya-katriya yang lain misalnya Jayadratha, Ktavarm dan alya semua bertekad untuk mengorbankan nyawanya demi kepentingan Duryodhana. Dengan kata lain, sudah ditakdirkan bahawa semuanya akan gugur di medan perang Kuruketra kerana ikut pihak Duryodhana yang penuh dosa. Tentu saja, Duryodhana yakin bahawa dirinya akan jaya kerana kekuatan gabungan kawan-kawannya yang disebut di atas. PENJELASAN: Di sini Duryodhana memperkirakan perbandingan kekuatan. Dia menganggap kekuatan tenteranya tidak dapat diukur, sebab kekuatannya khususnya dilindungi oleh panglima berpengalaman, iaitu Kakak Bhma, Di pihak lawan, kekuatan para Pdava terbatas, hanya dilindungi oleh seorang jeneral yang kurang berpengalaman, iaitu Bhma. Bhma remeh sekali di hadapan Bhma, Duryodhana selalu iri hati kepada Bhma, sebab Duryodhana menyedari bahawa kalau dirinya harus meninggal dunia, hanya Bhma yang dapat membunuhnya. Tetapi pada waktu yang sama, Duryodhana yakin bahawa dirinya akan menang kerana jasa Bhma, seorang jeneral yang jauh lebih unggul. Duryodhana memperkirakan dengan

Sloka 1. 9

Ada banyak pahlawan lain yang bersedia mengorbankan nyawanya demi kepentingan saya. Semuanya dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata, dan berpengalaman di bidang ilmu militer.

Sloka 1. 10

Kekuatan kita tidak dapat diukur, dan kita dilindungi secara sempurna oleh kakak Bhma sedangkan para Pdava, yang dilindungi dengan teliti oleh Bhma hanya membunyai kekuatan yang terbatas.

7

cermat bahawa dirinya sesudah berperang. Sloka 1. 11 Sekarang anda semua harus memberi sokongan sepenuhnya kepada Kakak Bhma, sambil berdiri di hujung-hujung strategis masing-masing di gerbang-gerbang barisan tentera.

akan

menang

PENJELASAN: Setelah memuji kewibawaan Bhma, Duryodhana mempertimbangkan lebih lanjut bahawa mungkin katriyakatriya lainnya akan berfikir mereka dianggap kurang penting, Kerana itu, dengan cara diplomatik yang lazim digunakannya Duryodhana berusaha menyesuaikan keadaan dengan kata-kata tersebut di atas. Dia menggarisbawahi bahawa Bhmadeva tentu saja pahlawan yang paling hebat, namun beliau sudah tua. Jadi, semua katriya lain khususnya harus memikirkan perlindungan Bhmadeva dari segala sisi. Barangkali Bhmadeva akan sibuk dalam pertempuran sehingga pihak musuh memanfaatkan kesibukan beliau sepenuhnya di satu sisi. Kerana itu, penting bahawa pahlawan-pahlawan lainnya jangan sampai meninggalkan posisi-posisinya yang strategis dan membiarkan musuh mematahkan barisan-barisan tentera. Jelas Duryodhana merasa kemenangan para Kuru bergantung pada kehadiran Bhmadeva. Duryodhana yakin bahawa dia akan mendapat sokongan penuh dari Bhmadeva dan Droncrya dalam perang. Ini kerana Duryodhana masih ingat bahawa mereka tidak mengeluarkan sepatah kata pun ketika Draupad, iaitu isteri Arjuna, dalam keadaan tidak berdaya telah memohon keadilan dari mereka pada saat dia akan ditelanjangi secara paksa di depan sidang para panglima besar. Duryodhana mengetahui bahawa dua jeneral tersebut agak menyayangi para Pdava, namun dia tetap mengharapkan agar jeneral-jeneral itu melupakan sepenuhnya rasa kasih sayangnya sekarang, seperti yang dilakukannya dulu ketika pertandingan main dadu. PENJELASAN: Leluhur dinasti Kuru dapat mengerti isi hati Duryodhana, cucunya. Sewajarnya Bhma menyayangi Duryodhana. Kerana itulah Bhma berusaha

Sloka 1. 12

Kemudian Bhma, leluhur agung dinasti Kuru yang gagah berani, kakak para katriya, meniup

8

kerangnya dengan keras sekali bagaikan suara singa sehingga Duryodhana merasa riang.

menghibur Duryodhana dengan cara meniup kerangnya dengan keras sekali, sesuai dengan kedudukan Bhma yang bagaikan singa. Secara tidak langsung. melalui lambang kerang, Bhma mengisyaratkan kepada Duryodhana iaitu cucunya yang sedang murung, bahawa Duryodhana tidak mungkin memenangkan peperangan itu, sebab Tuhan Yang Maha Esa, Ka, berada di pihak lawan. Namun, kewajiban Bhma adalah menjalankan tugas untuk bertempur, sehingga rasa sakit apapun tidak akan dihindarinya bila berhubungan dengan tugas itu.

Sloka 1. 13

Sesudah itu, kerangkerang, gendang-gendang, bedug, dan berbagai jenis terompet semuanya dibunyikan seketika, sehingga paduan suaranya menggemparkan. Di pihak lawan, r Ka bersama Arjuna yang mengendali kereta megah yang ditarik oleh kudakuda berwarna putih juga membunyikan kerangkerang rohani mereka. PENJELASAN: Dibandingkan dengan kerang yang ditiup oleh Bhmadeva, maka kerangkerang di tangan Ka dan Arjuna dikatakan rohani. Suara kerang-kerang rohani menunjukkan bahawa tidak akan ada harapan kejayaan bagi pihak lawan sebab Ka berada di pihak para Pdava. Jayas tu Pdu putrm yem pake janrdanah. Kejayaan sentiasa bersama orang yang seperti para putera Pdu kerana r Ka selalu berhubungan dengan mereka, Kapanpun dan di manapun ada Ka, Dewi Keberuntungan berada di sana, sebab dewi keberuntungan tidak pernah berada sendirian tanpa suaminya. Kerana itu, kejayaan dan keberuntungan menantikan Arjuna, seperti yang ditunjukkan oleh suara rohani dari kerang Viu, atau r Ka. Di samping itu, kereta yang dikendali oleh kedua sahabat tersebut disumbangkan oleh Agni (dewa api) kepada Arjuna, dan ini menunjukkan bahawa kereta tersebut sanggup merebut segala sisi, ke manapun dia ditarik di seluruh tiga dunia.

Sloka 1. 14

9

Sloka 1. 15

Kemudian r Ka meniup kerang-Nya yang bernama Pcajanya; Arjuna meniup kerang - kerang bernama Devadatta; dan Bhma, pelahap dan pelaksana tugas-tugas yang berat sekali, meniup kerangnya yang mengerikan bernama Paudra.

PENJELASAN: r Ka disebut Hkea dalam ayat ini kerana Ka adalah pemilik semua indria. Para makhluk hidup adalah bahagian dari Ka yang mempunyai sifat sama seperti Ka. Kerana itu, indria-indria para makhluk hidup juga bahagian indriaindria Ka yang mempunyai sifat yang sama seperti indria-indria Beliau. Orang yang tidak mengakui bentuk peribadi Tuhan tidak dapat memberikan alasan mengapa para makhluk mempunyai indria; kerana itu, mereka selalu ingin sekali menghuraikan bahawa semua makhluk hidup tidak mempunyai indria atau tidak mempunyai bentuk peribadi. Ka, yang bersemayam dalam hati semua makhluk hidup, mengarahkan indria-indria mereka. Tetapi Ka memberikan pengarahan menurut penyerahan diri makhluk hidup yang bersangkutan, dan Ka mengendalikan indria-indria penyembah yang murni secara langsung. Di sini di medan perang Kuruketra, Ka mengendalikan indriaindria rohani Arjuna secara langsung: Kerana itu, nama khusus yang diberikan kepada Beliau adalah Hkea, Ka mempunyai banyak nama menurut berbagai kegiatan Beliau. Misalnya, Ka bernama Madhusdana kerana Ka telah membunuh raksasa bernama Madhu; Ka bernama Govinda kerana Beliau memberikan kesenangan kepada sapi dan kepada indria-indria; Ka bernama Vsudeva kerana Beliau muncul sebagai putera Vsudeva; Ka bernama Devak-nandana kerana Beliau menerima Devak sebagai ibuNya; Ka bernama Yaod-nandana kerana Beliau menganugerahkan kegiatan Beliau sebagai anak-anak kepada Yaod di Vndvana; Ka bernama Prthasrathi kerana Beliau bekerja sebagai kusir Arjuna, kawan-Nya. Begitu pula, Ka bernama Hkea kerana Beliau memberi pengarahan kepada Arjuna di medan perang Kuruketra. Arjuna disebut Dhanajaya dalam ayat ini kerana Arjuna telah membantu kakaknya

10

dalam mengumpulkan kekayaan pada waktu raja Yudhihira memerlukan dana untuk mengadakan berbagai jenis korban suci. Begitu pula, Bhma terkenal sebagai Vkodara kerana dia dapat memakan makanan yang banyak dengan lahap dan juga sanggup melakukan tugas-tugas yang berat sekali, misalnya membunuh raksasa bernama Hidimba. Kerana itu, jenis-jenis kerang tertentu yang ditiup oleh masingmasing tokoh di pihak Pdava, mula dengan kerang Ka, semua memberi semangat besar kepada para katriya yang akan bertempur. Di pihak lawan, tidak ada hal-hal yang menguntungkan seperti itu. Ka, Yang Mahakuasa, dan dewi keberuntungan juga tidak ikut pihak mereka. Kerana itu, sudah ditakdirkan sebelumnya bahawa pihak Duryodhana akan kalah dalam perang itulah amanat yang dimaklumkan oleh getaran suara kerang-kerang tersebut. Sloka 1. -18 16 Raja Yudhihira, putera Kunt, meniup kerangnya yang bernama Anatavijaya, Nakula dan Sahadeva meniup kerangnya bernama Sughoa dan Mapupaka. Pemanah yang perkasa raja K, katriya hebat yang bernama ikad, Dhadyumna, Vira dan Satyki yang tidak pernah dikalahkan, Drupada, para putera Draupad, dan lainlain, seperti putera Subhadr, yang berlengan perkasa, semua meniup kerang-kerangnya masingmasing; wahai Baginda Raja. Berbagai jenis kerang tersebut ditiup hingga menggemparkan. Suara kerang-kerang bergema PENJELASAN: Sajaya memberitahukan kepada Raja Dhtarra secara sopan sekali bahawa siasatnya yang kurang bijaksana, iaitu menipu putera-putera Pdu dan berusaha menobatkan putera-puteranya sendiri di atas taktha kerajaan bukanlah perbuatan yang terpuji. Tanda-tanda sudah menunjukkan dengan jelas bahawa seluruh keluarga besar Kuru akan terbunuh dalam perang yang besar itu. Mula dari leluhur, iaitu Bhma, sampai dengan cucu-cucu seperti Abimanyu dan lain-lain termasuk raja-raja dari banyak negara di dunia semua hadir di sana, dan semuanya pasti akan gugur. Seluruh musibah tersebut disebabkan oleh Raja Dhtarra, kerana dialah yang memberi semangat untuk kebijakan yang diikuti oleh putera-puteranya.

Sloka 1. 19

PENJELASAN: Waktu Bhma dan rakanrakan di pihak Duryodhana meniup kerangnya masing-masing, tidak ada orang yang patah semangat di pihak Pdava,

11

baik di langit mahupun di bumi, hingga mematahkan hati para putera Dhtarra.

Kejadian seperti itu tidak disebut, tetapi dalam ayat ini disebut bahawa hati para putera Dhtarra dipatahkan oleh getaran suara dari pihak Pdava. Ini disebabkan kerana para Pdava mantap dengan keyakinannya terhadap r Ka. Orang yang berlindung kepada Tuhan Yang Maha Esa tidak perlu takut pada apapun, bahkan di tengah musibah yang paling besar sekalipun. PENJELASAN: Sebentar lagi perang akan dimula. Dari pernyataan tersebut di atas, dimengerti bahawa para putera Dhtarra agak patah semangat kerana susunan kekuatan tentera para Pdava tidak terduga, iaitu dibimbing dengan perintahperintah langsung oleh r Ka di medan perang. Lambang Hanumn pada bendera Arjuna juga tanda kejayaan, sebab Hanumn telah bekerjasama dengan r Rma dalam perang antara r Rma melawan Rava, dan r Rma memenangkannya. Dan sekarang Rma bersama Hanumn turut serta dalam kereta untuk menolong Arjuna. r Ka adalah Rma Sendiri, dan di manapun ada r Rma, dan hamba-Nya yang kekal bernama Hanumn serta aktiNya yang kekal bernama St, Dewi Keberuntungan, juga ikut hadir. Kerana itu, Arjuna tidak perlu takut kepada musuh manapun. Di samping itu, terutama r Ka, Penguasa semua indria, hadir secara peribadi untuk memberi pengarahan kepada Arjuna. Kerana itu segala nasihat yang baik tersedia untuk Arjuna dalam pelaksanaan perang itu. Dalam keadaan yang menguntungkan seperti itu yang telah diatur oleh Tuhan Yang Maha Esa untuk penyembah-Nya yang kekal, terdapat tandatanda kejayaan yang menjamin. PENJELASAN: Walaupun r Ka adalah Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa, atas kurnia-Nya yang tiada sebabnya, Beliau tekun mengabdikan diri kepada kawan-Nya. Ka tidak pernah gagal dalam kasih

Sloka 1. 20

Pada waktu itu, Arjuna, putera Pdu, yang sedang duduk di atas kereta, yang benderanya berlambang Hanumn, mengangkat busurnya dan bersiap-siap untuk melepaskan anak panahnya. Wahai Paduka Raja, sesudah memandang putera-putera Dhtarra lalu Arjuna berkata kepada Hkea (Ka) sebagai berikut:

Sloka 1. 21-22

Arjuna berkata: Wahai Ka yang tidak pernah gagal, mohon membawa kereta saya di tengahtengah antara kedua

12

tentera agar saya dapat melihat siapa yang ingin bertempur di sini dan siapa yang harus saya hadapi dalam usaha perang yang besar ini.

sayang Beliau terhadap para penyembahNya. Kerana itu Ka disebut di sini sebagai Yang tidak pernah gagal. Sebagai kusir kereta, Ka harus melaksanakan perintahperintah Arjuna, dan oleh kerana Beliau tidak enggan melakukan demikian, di sini Beliau disebut yang tidak pernah gagal. Walaupun Ka telah menerima kedudukan sebagai kusir kereta bagi penyembah-Nya, kedudukan Beliau sebagai Yang Mahatinggi tidak pernah disaingi. Dalam segala keadaan, Ka adalah Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa, Hkea, penguasa keseluruhan indriaindria. Hubungan antara Ka dan hamba Ka sangat manis dan rohani. Hamba Ka selalu bersedia mengabdikan diri kepada Ka. Begitu pula, Ka selalu mencari kesempatan untuk mengabdikan diri kepada penyembah-Nya. Ka lebih senang kalau penyembah-Nya yang murni mengambil kedudukan yang menguntungkan dan memberikan perintah kepada Beliau, daripada Beliau yang memberikan perintah. Oleh kerana Ka adalah penguasa, maka semua orang berada di bawah perintah-perintah Beliau, dan tiada seorang, pun menjadi atasan-Nya untuk memberikan perintah kepada Beliau. Tetapi apabila Ka melihat bahawa jika seorang penyembah yang murni memberikan perintah kepada Beliau, Beliau memperoleh kebahagiaan rohani, walaupun Beliau adalah penguasa segala keadaan yang tidak pernah gagal. Sebagai seorang penyembah Tuhan yang murni, Arjuna tidak ingin bertempur melawan sepupu-sepupu dan sanak keluarganya, namun Arjuna terpaksa terjun ke medan perang kerana Duryodhana sangat keras kepala dan tidak pernah menyetujui perundingan perdamaian sama sekali. Kerana itu, Arjuna ingin melihat siapa tokoh-tokoh yang memimpin perang itu. Walaupun tidak mungkin lagi ada usaha perdamaian di sana, namun ia ingin melihat sekali lagi, dan melihat sejauh mana mereka bertekad untuk menuntut perang yang tidak

13

diinginkan. Sloka 1. 23 Perkenankanlah saya melihat mereka yang sini untuk bertempur kerana keinginan mereka untuk menyenangkan hati putera Dhtarra yang berfikiran jahat. PENJELASAN: Bukan rahsia lagi bahawa Duryodhana ingin merampas kerajaan para Pdava dengan rancangan-rancangan yang jahat, bekerjasama dengan Dhtarra, ayahnya, dalam hal itu, semua orang yang telah ikut di pihak Duryodhana pasti orang yang mempunyai sifat yang sama. Arjuna ingin melihat mereka di medan perang sebelum pertempuran dimula, hanya untuk mengetahui siapa mereka, tetapi Arjuna tidak bermaksud mengusulkan perundingan perdamaian dengan mereka. Memang Arjuna juga ingin melihat mereka untuk memperkirakan kekuatan yang harus dihadapinya, walaupun dia yakin akan menang kerana Ka sedang duduk di sisinya. PENJELASAN: Dalam ayal ini Arjuna disebut Gudkea, Gudka berarti tidur, dan orang yang dapat menaklukkan kecenderungan untuk tidur disebut Gudkea. Tidur juga berarti kebodohan. Arjuna telah menaklukkan kecenderrungan untuk tidur dan kebodohan kerana persahabatannya dengan Ka. Sebagai seorang penyembah Ka yang mulia, Arjuna tidak dapat melupakan Ka bahkan selama sesaatpun, sebab itulah sifat seorang penyembah. Baik dalam keadaan sadar mahupun dalam keadaan tidur, seorang penyembah Tuhan tidak pernah berhenti berfikir tentang nama, bentuk, sifat-sifat dan kegiatan Ka. Dengan cara demikian, seorang penyembah Ka dapat menaklukkan kecenderungannya untuk tidur dan kebodohan dengan cara berfikir tentang Ka sentiasa. Ini disebut Kesadaran Ka, atau samdhi. Sebagai Hkea, atau Pengendali indria-indria dan fikiran setiap makhluk hidup, Ka mengerti maksud Arjuna dalam menempatkan keretanya di tengah-tengah antara kedua bala tentera. Kerana itu, Ka melaksanakan pennintaan Arjuna, dan Beliau bersabda sebagai berikut.

Sloka 1. 24

Sajaya berkata: Wahai putera keluarga Bharata, setelah disapa oleh Arjuna. r Ka membawa kereta yang bagus itu ke tengahtengah antara tenteratentera kedua belah pihak.

14

Sloka 1. 25

Di hadapan Bhma, Dron dan semua pemimpin dunia lainnya, r Ka bersabda, Wahai Prtha, lihatlah para Kuru yang sudah berkumpul di sini.

PENJELASAN: Sebagai Roh Yang Utama bagi semua makhluk hidup, r Ka dapat mengerti apa yang sedang terlintas pada fikiran Arjuna. Penggunaan Kata Hkea sehubungan dengan hal ini menunjukkan bahawa Ka mengetahui segala sesuatu, Kata Pth yang berarti putera Kunt atau Pth. juga mengandung makna berhubungan dengan Arjuna. Sebagai kawan, Ka ingin memberitahukan Arjuna bahawa oleh kerana Arjuna adalah putera Prtha, atau putera adik Vasudeva, ayah Ka Sendiri, Ka setuju menjadi kusir kerela Arjuna. Jadi, apa maksud Ka pada waktu beliau bersabda kepada Arjuna "Lihatlah para Kuru!" Apakah Arjuna ingin berhenti di sana dan tidak ikut bertempur? Ka tidak pernah mengharapkan hal-hal seperti itu dari putera bibi-Nya, Pth. Fikiran Arjuna dipancing oleh Ka dengan eara bergurau secara ramah seperti itu, PENJELASAN: Di medan perang Arjuna dapat melihat semua sanak keluarganya. Arjuna dapat melihat rekan ayahnya seperti Bhrirav, kakaknya seperti Bhma dan Somadatta, guru-guru seperti Droncrya dan Kpcrya, paman-paman dari keluarga ibu seperti alya dan akuni. saudarasaudara seperti Duryodhana, putera-putera seperti Lakmaa, kawan-kawan seperti Avatthm, orang yang mengharapkan kesejahteraannya seperti Ktavarm, dan lain-lain, Arjuna juga dapat melihat banyak kawannya di tengah-tengah tentera-tentera itu.

Sloka 1. 26

Di sana di tengah-tengah tentera-tentera kedua belah pihak Arjuna dapat melihat para ayah, kakak guru, faman dari keluarga ibu, saudara, putera, cucu, kawan, mertua dan orangorang yang mengharapkan kesejahteraannya semua hadir di sana.

Sloka 1. 27

Ketika Arjuna, putera Kunt melihat berbagai kawan dan sanak keluarga ini, hatinya tergugah rasa kasih sayang dan dia berkata sebagai berikut. Arjuna berkata: Ka yang baik hati, setelah melihat PENJELASAN: Siapapun yang sungguhsungguh ber-bhakti kepada Tuhan Yang

Sloka 1. 28

15

kawan-kawan dan sanak keluarga di hadapan saya dengan semangat untuk bertempur seperti itu, saya merasa anggota badanbadan saya gementar dan mulut saya terasa kering.

Maha Esa pasti memiliki segala sifat yang baik pada umumnya terdapat dalam hati orang suci atau kalangan para dewa, sementara orang yang bukan penyembah meskipun ia sangat berdedikasi dan maju dalam bidang material melalui pendidikan serta budayanya, namun ia sebenarnya masih kekurangan sifat-sifat suci. Kerana itu, sesudah Arjuna melihat sanak saudara, kawan-kawan dan anggota keluarganya di medan perang, dia segera tergugah rasa kasih sayang terhadap mereka yang telah mengambil keputusan untuk bertempur satu sama lain. Mengenai tenteranya sendiri, Arjuna menyayangi mereka sejak awal, tetapi dia merasakan perasaan hubungan kasih sayang bahkan terhadap tentera musuh sekalipun, sebab ia dapat melihat maut yang menantikan mereka dalam waktu yang dekat. Pada waktu Arjuna sedang berfikir seperti itu, anggota-anggota tubuhnya mula bergetar, dan mulutnya terasa kering. Arjuna agak hairan melihat mereka begitu semangat untuk bertempur. Hampir seluruh masyarakat, serta semua anggota keluarganya, telah datang untuk bertempur melawan dirinya. Keadaan ini menyebabkan penyembah yang baik hati seperti Arjuna merasa terharu. Meskipun tidak disebutkan di sini, dengan mudah kita bayangkan bahawa bukan hanya anggotaanggota tubuh Arjuna saja yang bergetar dengan mulut terasa kering, namun Arjuna juga menangis kerana rasa kasih sayang. Gejala-gejala seperti itu yang terjadi pad a Arjuna bukan disebabkan oleh kelemahan, melainkan oleh kerana hatinya yang lembut, iaitu salah satu ciri penyembah Tuhan yang murni. Kerana itu dinyatakan: yasysti bhaktir bhagavaty akican sarvair guais tatra samsate surh harv abhaktasya kuto mahad-gun mano-rathensati dhvato bahih. "Orang yang ber-bhakti kepada keperibadian Tuhan Yang Maha Esa dan tidak pernah menyimpang memiliki segala sifat yang baik

16

yang dimiliki oleh para dewa. Tetapi orang yang bukan penyembah Tuhan hanya mempunyai kualifikasi-kualifikasi material yang kurang berharga. Itu disebabkan kerana orang yang bukan penyembah terkatung-katung pada tingkat fikiran dan pasti akan tertarik pada tenaga material yang menyilaukan." (Bhg. 5.18.12) Sloka 1. 29 Seluruh badan saya gementar, dan bulu roma berdiri. Busur Gdva terlepas dari tangan saya, dan kulit saya terasa terbakar. PENJELASAN: Ada dua jenis keadaan badan gementar, dan dua jenis bulu roma berdiri. Hal-hal itu akan terjadi bila berada dalam keadaan kebahagiaan rohani yang besar, atau dalam keadaan sangat ketakutan di bawah keadaan material. Sedangkan rasa takut tidak ada dalam keinsafan rohani. Gejala-gejala yang dialami Arjuna seperti itu disebabkan oleh rasa takut yang bersifat material iaitu, takut pada maut. Ini juga dibuktikan oleh gejala-gejala yang lain: Arjuna merasa begitu kurang sabar sehingga busur Gdva yang terkenal terlepas dari tangannya. Oleh kerana hati Arjuna terasa seolah-olah terbakar, timbullah rasa seakanakan kulitnya terbakar. Segala gejala tersebut disebabkan oleh faham hidup material. PENJELASAN: Oleh kerana Arjuna kurang sabar, dia tidak tahan berdiri di medan perang, dan dia lupa akan diri kerana kelemahan fikirannya. Ikatan yang berlebihlebihan terhadap hal-hal material menyebabkan seseorang berada dalam keadaan hidup yang serba bingung. Bhayam dvity bhiniveatah syt (Bhg. 11.2.37): Rasa takut dan kehilangan keseimbangan fikiran seperti itu terjadi dalam hati orang yang terlalu dipengaruhi oleh keadaan-keadaan material. Arjuna hanya membayangkan hal-hal yang malang dan mengerikan di medan perang, dia tidak akan merasa bahagia walaupun dia menang sekalipun. Kata-kata nimittni vipartni bermakna. Apabila seseorang yang hanya melihat keputusan dalam harapannya, ia berfikir, "Mengapa saya di sini?" Memang

Sloka 1. 30

Saya tidak tahan lagi di sini. Saya lupa akan diri, dan fikiran saya kacau. O Ka, saya hanya dapat melihat sebab-sebab malapetaka saja, wahai pembunuh raksasa bernama Ke.

17

semua orang mementingkan diri sendiri dan kesejahteraannya. Tiada orang yang tertarik pada Diri Yang Paling Utama. Atas kehendak Ka sendiri maka Arjuna sedang memperlihatkan kebodohannya iaitu alpa akan kepentingan dirinya yang sejati. Kepentingan diri yang sejati seseorang sebenarnya terletak dalam Viu, atau Ka, Roh yang sedang terikat lupa akan kenyataan ini; kerana itu, ia menderita rasa sa kit yang bersifat material. Arjuna berfikir bahawa kemenangannya di medan perang hanya akan menyebabkan ia menyesal. Sloka 1. 31 Saya tidak dapat melihat bagaimana hal-hal yang baik dapat diperoleh kalau saya membunuh sanak keluarga sendiri dalam perang ini. Ka yang baik hati, saya juga tidak dapat menginginkan kejayaan, kerajaan, mahupun kebahagiaan sebagai akibat perbuatan seperti itu. PENJELASAN: Tanpa mengetahui bahawa kepentingan diri yang sejati berada dalam Viu (Ka), roh-roh terikat tertarik pada hubungan-hubungan jasmani, dan mereka mengharapkan kebahagiaan dalam keadaan seperti itu. Dalam faham hidup yang bersifat buta seperti itu, sebab-sebab kebahagiaan material pun dilupakan oleh mereka. Arjuna kelihatannya juga sudah lupa pada aturan moral bagi seorang katriya. Dinyatakan bahawa dua jenis orang, iaitu seorang katriya yang meninggal dunia langsung di baris depan medan perang di bawah perintah-perintah peribadi Ka dan orang pada tingkat hidup yang meninggalkan halhal duniawi yang sudah menyerahkan diri sepenuhnya kepada kebudayaan rohani, memenuhi syarat untuk masuk ke dalam bola matahari, yang begitu perkasa dan menyilaukan. Arjuna enggan membunuh musuhnya, apalagi sanak keluarganya. Arjuna berfikir bahawa kalau dia membunuh sanak keluarganya, tidak akan ada kebahagiaan apapun di dalam hidupnya. Kerana itu, dia tidak bersedia bertempur, seperti halnya orang yang tidak lapar tidak ada niat untuk memasak. Sekarang Arjuna sudah mengambil keputusan untuk masuk hutan saja, hidup dalam kesunyian dan frustrasi. Sebagai seorang katriya, Arjuna memerlukan kerajaan untuk mata pencariannya, sebab para katriya tidak dapat menekuni mata pencarian yang lain.

18

Tetapi Arjuna tidak mempunyai kerajaan. Satusatunya kesempatan bagi Arjuna untuk memperoleh kerajaan adalah dengan bertempur melawan sepupu-sepupu serta keluarganya yang di pihak musuh untuk merebut kembali kerajaan warisan ayahnya, tetapi Arjuna enggan bertempur. Kerana itu, Arjuna berfikir bahawa yang paling tepat untuk dirinya ialah masuk hutan dan hidup dalam kesunyian dan frustrasi. Sloka 1. 32-35 O Govinda, barangkali kita menginginkan kerajaan, kebahagiaan, ataupun kehidupan untuk orang tertentu, tetapi apa gunanya kerajaan, kebahagiaan ataupun kehidupan bagi kita kalau mereka sekarang tersusun pada medan perang ini? O Madhusdana, apabila para guru, ayah, putera, kakak, paman dari keluarga ibu, mertua, cucu, ipar dan semua sanak keluarga bersedia mengorbankan nyawa dan harta bendanya dan sekarang berdiri di hadapan saya, mengapa saya harus berhasrat membunuh mereka, meskipun kalau saya tidak membunuh mereka, mungkin mereka akan membunuh saya? Wahai pemelihara semua makhluk hidup, jangankan untuk bumi ini, untuk imbalan seluruh tiga dunia ini pun saya tidak bersedia bertempur melawan mereka. Kesenangan apa yang akan kita membunuh para putera Dhtarra? PENJELASAN: Arjuna menyebutkan r Ka dengan nama r Govinda kerana Ka adalah objek segala kesenangan bagi sapi-sapi dan indriaindria. Dengan menggunakan nama r Govinda yang bermakna tersebut. Arjuna menunjukkan bahawa seharusnya Ka mengerti apa yang akan memuaskan indria-indria Arjuna. Tetapi Govinda tidak dimaksudkan untuk memuaskan indria-indria kita. Akan tetapi, kalau kita berusaha memuaskan indria-indria r Govinda, maka dengan sendirinya indriaindria kita dipuaskan. Secara material, semua orang ingin memuaskan indriaindrianya sendiri dan menginginkan supaya Tuhan memenuhi pesanan untuk kepuasan seperti itu. Tuhan akan memuaskan indriaindria makhluk hidup sejauh mana kepuasan patut diberikan kepada mereka, tetapi tidak sampai tingkat yang dapat menimbulkan kelobaan. Kalau seseorang mengambil jalan yang berlawanan dengan jalan tersebut iaitu, apabila sese orang berusaha memuaskan indria-indria r Govinda tanpa keinginan untuk memuaskan indria-indrianya sendiri maka atas kurnia r Govinda segala keinginan makhluk hidup dipenuhi. Rasa kasih sayang yang dalam di hati Arjuna terhadap masyarakat dan anggota keluarganya yang diperlihatkan di sini sebahagian disebabkan oleh rasa kasih sayang yang wajar terhadap mereka. Kerana itu, Arjuna tidak bersedia bertempur. Semua orang ingin memperlihatkan kekayaannya kepada kawan-kawan dan sanak keluarganya, tetapi Arjuna takut bahawa

19

semua anggota keluarga dan kawankawannya akan terbunuh pada medan perang sehingga dia tidak dapat membagikan kekayaannya sesudah menang. Ini merupakan perhitungan biasa dalam kehidupan material. Akan tetapi, kehidupan rohani berbeza dengan itu. Seorang penyembah selalu ingin memenuhi keinginan Ka. Kerana itu, apabila Ka menginginkan, ia dapat menerima segala jenis kekayaan untuk bhakti kepada Ka, tetapi jika Ka tidak berkenan, hendaknya ia tidak menerima bahkan satu rupiah pun. Arjuna tidak ingin membunuh keluarganya sendiri, namun jika mereka harus dibunuh, ia menginginkan agar Ka Sendiri yang melakukan-Nya. Pada saat ini Arjuna tidak mengetahui bahawa Ka telah membunuh sanak keluarganya sebelum mereka datang ke medan perang dan sebenarnya Arjuna hanya akan menjadi alat untuk Ka, Kenyataan ini diungkapkan dalam bab-bab berikut. Sebagai seorang penyembah Tuhan yang wajar, Arjuna tidak suka membalas dendam terhadap misan-misan dan saudarasaudaranya yang jahat, tetapi rancangan Ka adalah bahawa mereka semua harus dibunuh. Seorang penyembah tidak membalas dendam terhadap orang yang berbuat kesalahan, tetapi Ka tidak tegas terhadap gangguan apapun yang dilakukan kepada seorang penyembah oleh orang jahat. Ka dapat memaafkan seseorang atas kesalahan yang dilakukan terhadap Diri-Nya, tetapi Ka tidak memaafkan siapapun yang melakukan kesalahan terhadap para penyembah-Nya. Kerana itu, Ka bertekad membunuh orang yang telah melakukan perbuatan jahat tersebut, kendatipun Arjuna ingin memaafkan mereka. Sloka 1. 36 Kita akan dikuasai oleh dosa kalau kita membunuh penyerang seperti itu. Kerana itu, tidak pantas kalau kita membunuh para putera Dhtarra dan PENJELASAN: Menurut peraturan Veda, ada enam jenis penyerang: (1) orang yang meracuni, (2) orang yang membakar rumah, (3) orang yang menyerang dengan senjatasenjata yang dapat mematikan, (4) orang yang merompak kekayaan, (5) orang yang

20

kawan - kawan kita. O Ka, suami Dewi Keberuntungan, apa un tungnya bagi kita, dan bagaimana mungkin kita berbahagia dengan membunuh sanak keluarga kita sendiri?

merampas tanah orang lain, dan (6) orang yang menculik isteri orang lain. Pada zaman dahulu para penyerang seperti itu segera dibunuh, dan dianggap tidak berdosa jika membunuh mereka itu. Pembunuhan terhadap penyerang seperti itu mungkin pantas bagi orang biasa, tetapi Arjuna bukanlah orang biasa. Arjuna berwatak suci, kerana itu, Arjuna ingin memperlakukan mereka dalam kesucian. Akan tetapi, jenis kesucian seperti itu tidak pantas bagi seorang katriya. Walaupun orang yang bertanggung jawab dalam administrasi negara harus suci, hendaknya dia juga tidak menjadi pengecut. Misalnya, r Rma sangat suci sehingga sampai saat ini pun orang bercita-cita hidup dalam kerajaan r Rma (rma-rjya) tetapi r Rma tidak pernah menjadi pengecut. Rvaa telah menyerang Rma dengan rnenculik isteri Rma, St, tetapi r Rma memberikan pelajaran secukupnya kepada Rvaa, pelajaran yang tiada caranya dalam sejarah dunia, Akan tetapi, dalam keadaan yang sedang dihadapi Arjuna, hendaknya dipertimbangkan jenis penyerang khusus, iaitu kakaknya sendiri, gurunya sendiri, kawan-kawan, putera-putera, cucu-cucu, dan sebagainya. Oleh kerana mereka, Arjuna berfikir sebaiknya dia tidak mengambil langkah-langkah keras yang diperlukan terhadap penyerang biasa, Di samping itu, dianjurkan supaya orang suci memaafkan. Peraturan seperti itu bagi orang suci lebih penting daripada keadaan darurat politik manapun. Arjuna berfikir lebih baik memaafkan sanak keluarganya berdasarkan alasan keagamaan dan tingkah laku yang suci daripada membunuh mereka kerana alasan politik. Kerana itu, Arjuna tidak menganggap pembunuhan seperti itu menguntungkan hanya dengan alasan kesenangan jasmani yang bersifat sementara. Bagaimanapun, kekayaankekayaan dan kesenangan-kesenangan yang diperoleh dari kerajaan tidaklah kekal; kerana itu, mengapa seseorang harus

21

mempertaruhkan nyawa dan pembebasan abadinya dengan membunuh sanak keluarganya sendiri? Arjuna menyebutkan Ka dengan nama "Mdhava," atau suami Dewi Keberuntungan, dan itu juga bermakna sehubungan dengan hal ini. Arjuna ingin menunjukkan kepada Ka bahawa, sebagai suami Dewi Keberuntungan, hendaknya Ka jangan mengajak Arjuna menangani sesuatu yang akhirnya akan mengakibatkan malapetaka. Akan tetapi, Ka tidak pernah membawa malapetaka bagi siapapun, apalagi bagi para penyembah-Nya. Sloka 1. 37-38 O Janrdana, walaupun orang ini yang sudah dikuasai oleh kelobaan tidak melihat kesalahan dalam membunuh keluarga sendiri atau bertengkar dengan kawan-kawan, mengapa kita yang dapat melihat bahawa membinasakan satu keluarga adalah kejahatan harus melakukan perbuatan berdosa seperti itu? PENJELASAN: Seharusnya seorang katriya tidak menolak bertempur at au bertanding jika ia ditentang oleh pihak lawan. Oleh kerana kewajiban seperti itu, Arjuna tidak dapat menolak bertempur kerana dia telah diajak bertempur oleh pihak Duryodhana. Sehubungan menganggap dengan mungkin hal pihak ini, lain Arjuna buta

terhadap efek ajakan pertempuran seperti itu. Akan tetapi, Arjuna dapat melihat akibatakibat buruk itu dan ia tidak dapat menerima ajakan tersebut. Kewajiban itu akan sungguh-sungguh mengikat apabila akibatnya baik, tetapi apabila akibatnya buruk, tiada seorang pun segala yang hal dapat yang tidak diikatnya. mengambil bertempur. Mengingat

mendukung dan menentang tersebut, Arjuna keputusan untuk

Sloka 1. 39

Dengan hancurnya sebuah dinasti, seluruh tradisi keluarga yang kekal dihancurkan, dan dengan demikian sisa keluarga akan terlibat dalam kebiasaan yang bertentangan dengan dharma.

PENJELASAN: Dalam sistem lembaga varrama, ada banyak prinsip tradisi dharma untuk membantu anggota keluarga tumbuh dengan baik dan mencapai nilai-nilai rohani. Anggota-anggota keluarga yang lebih tua bertanggung jawab untuk proses penyucian seperti itu dalam keluarga, mula sejak lahir sampai meninggal. Tetapi dengan meninggalnya anggota-anggota keluarga yang sudah tua, barangkali tradisi penyucian keluarga tersebut berhenti, dan sisa anggota

22

keluarga yang masih muda mungkin mengembangkan kebiasaan yang bertentangan dengan dharma sehingga kehilangan kesempatan untuk mencapai pembebasan rohani. Kerana itu, dengan alasan apa pun, anggota keluarga yang lebih tua tidak boleh dibunuh. Sloka 1. 40 O Ka apabila hal-hal yang bertentangan dengan dharma merajalela dalam keluarga, kaum wanita dalam keluarga ternoda, dan dengan merosotnya kaum wanita, lahirlah keturunan yang tidak diinginkan, wahai putera keluarga Vsi. PENJELASAN: Warga yang baik dalam masyarakat manusia merupakan prinsip dasar untuk kedamaian, kemakmuran dan kemajuan rohani dalam kehidupan. Prinsipprinsip varrama-dharma disusun sedemikian rupa agar warga yang baik terdapat lebih banyak dalam masyarakat demi kemajuan rohani umum suatu negara dan masyarakatnya. Warga yang seperti itu sangat tergantung pada kesucian dan kesetiaan kaum wanitanya dalam masyarakat. Anak-anak mudah sekali tersesat, begitu pula kaum wanita cenderung merosot. Kerana itu, anak-anak dan wanita memerlukan perlindungan dari orang yang lebih tua dalam keluarga. Kalau kaum wanita dibimbing agar tekun dalam berbagai jenis kegiatan keagamaan, mereka tidak akan tersesat hingga berzinah. Cakya Padita berpendapat bahawa wanita pada umumnya tidak begitu cerdas dan tidak dapat dipercaya. Berbagai tradisi keluarga untuk kegiatan keagamaan harus selalu mengikutsertakan para wanita. Dengan demikian, kesucian dan bhakti mereka akan melahirkan warga yang baik yang memenuhi syarat untuk berperang dalam sistem varrama. Dengan gagalnya varrama-dharma tersebut, tentu saja para wanita bebas bergerak dan bergaul dengan pria. Ini mengakibatkan perzinahan yang menimbulkan risiko lahirnya warga yang tidak diinginkan. Pria yang tidak bertanggungjawab juga menyebabkan perzinahan dalam masyarakat. Dengan demikian, anak-anak yang tidak diinginkan membanjiri masyarakat manusia dan

23

membawa menular. Sloka 1. 41 Meningkatnya jumlah penduduk yang tidak diinginkan tentu saja menyebabkan keadaan seperti di neraka baik bagi keluarga mahupun mereka yang membinasakan tradisi keluarga. Leluhar keluargakeluarga yang sudah merosot seperti itu jatuh, sebab upacara - upacara untuk mempersembahkan makanan dan air kepada leluhar terhenti sama sekali.

risiko

perang

dan

penyakit

PENJELASAN: Menurut aturan dan peraturan kegiatan yang dimaksudkan untuk membuahkan hasil atau pahala, makanan dan minuman perlu dipersembahkan secara teratur kepada leluhur keluarga. Persembahan tersebut dilakukan dengan cara sembahyang kepada Viu, sebab mencicipi sisa makanan yang sudah dipersembahkan kepada Viu terlebih dahulu dapat menyelamatkan seseorang dari segala jenis perbuatan yang berdosa. Kadang-kadang para leluhur menderita kerana berbagai jenis reaksi dosa, dan kadang-kadang beberapa di antaranya tidak dapat memperoleh badan material yang berwujud sehingga mereka terpaksa hidup dengan badan halus sebagai hantu. Apabila makanan yang telah dipersembahkan kepada Viu yang disebut Prasdam dipersembahkan kepada leluhur oleh anggota keluarganya, maka para leluhurnya akan dibebaskan dari kehidupan sebagai hantu at au jenis-jenis kehidupan sengsara lainnya. Pertolongan yang seperti itu terhadap leluhur adalah jenis tradisi keluarga, dan orang yang belum hidup di dalam bhakti diharuskan melakukan ritualritual seperti itu. Orang yang menekuni hidup bhakti tidak diharuskan lagi melakukan kegiatan seperti itu kerana hanya dengan melakukan bhakti seseorang dapat menyelamatkan beribu-ribu leluhurnya dari segala jenis kesengsaraan. Dalam Bhgavatam (11.5.41) dinyatakan: devari-bhtpta-nm pitm na kikaro nyam ca rjan sarvtman yah araam arayam gato mukundam parihtya kartam Siapapun yang sudah berlindung kepada kaki-padma Mukunda, pemberi pembebasan, dengan meninggalkan segala jenis kewajiban lainnya, dan sudah mula menempuh jalan tesebut dengan sikap yang

24

sungguh-sungguh serius, tidak mempunyai kewajiban mahupun hutang budi terhadap para dewa, resi, semua makhluk hidup, anggota keluarga, manusia mahupun leluhur. Persembahan seperti itu depenuhi dengan sendirinya dalam pelaksanaan bhakti kepada Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa. Sloka 1. 42 Akibat perbuatan jahat para penghancur tradisi keluarga yang menyebabkan lahirnya anak-anak yang tidak diinginkan, segala jenis program masyarakat dan kegiatan demi kesejahteraan keluarga akan binasa. PENJELASAN: Program-program masyarakat untuk keempat golongan masyarakat manusia, digabungkan dengan kegiatan demi untuk kesejahteraan keluarga, sebagaimana ditetapkan oleh sistem santana-dharma, atau varramadharma, dirancangkan untuk memungkinkan manusia mencapai pembebasan pada akhirnya. Kerana itu bila tradisi santanadharma dipatahkan oleh para pemimpin masyarakat yang tidak bertanggungjawab, itu menyebabkan kekacauan dalam masyarakat itu, dan sebagai akibatnya, orang akan melupakan tujuan hidup iaitu Viu. Pemimpinpemimpin seperti itu disebut buta, dan orang yang mengikuti pemimpin-pemimpin seperti itu pasti dibawa ke dalam kekacauan. PENJELASAN: Arjuna mendasarkan argumentasinya bukan pada pengalaman peribadi, melainkan pada apa yang telah didengarnya dari penguasa. Itulah cara menerima pengetahuan yang sejati. Seseorang tidak dapat mencapai titik nyata pengetahuan yang sejati tanpa dibantu oleh orang yang benar yang sudah mantap dalam pengetahuan itu, Ada sistem dalam tradisi varrama yang mengharuskan orang menjalankan proses penyucian diri dari kegiatannya yang berdosa sebelum ia meninggal. Orang yang selalu sibuk dalam kegiatan yang berdosa harus menggunakan proses penyucian diri yang disebut prya citta. Kalau ia tidak berbuat demikian, pasti ia akan dipindahkan ke planet-planet neraka untuk menjalani penjelmaanpenjelmaan yang sengsara sebagai akibat

Sloka 1. 43

O Ka pemelihara rakyat, saya sudah mendengar menurut garis perguruan bahawa orang yang membinasakan tradisi-tradisi keluarga selalu tinggal di neraka.

25

kegiatannya yang berdosa. Sloka 1. 44 Aduh, alangkah anehnya bahawa kita sedang bersiap-siap untuk melakukan kegiatan yang sangat berdosa. Didorong oleh keinginan untuk menikmati kesenangan kerajaan, kita sudah bertekad membunuh sanak keluarga sendiri. Lebih baik bagi saya kalau para putera Dhtarra yang membawa senjata di tangan membunuh saya yang tidak membawa senjata dan tidak melawan di medan perang. PENJELASAN: Didorong oleh motif-motif yang mementingkan diri sendiri, barangkali seseorang cenderung melakukan perbuatan yang berdosa seperti membunuh saudara, ayah, atau, ibu sendiri. Ada banyak contoh perbuatan seperti itu dalam sejarah dunia. Tetapi Arjuna, sebagai seorang penyembah Tuhan yang suci, selalu menyedari prinsipprinsip moral. Kerana itu, dia hati-hati agar terhindar dari kegiatan berdosa seperti itu. PENJELASAN: Sudah menjadi adat menurut prinsip-prinsip para katriya bahawa musuh yang tidak membawa senjata dan tidak bersedia bertempur hendaknya jangan diserang. Akan tetapi, Arjuna mengambil keputusan bahawa kalau pun ia diserang oleh musuh dalam keadaan yang sulit seperti itu, dia tidak akan memberi perlawanan. Dia tidak mempertimbangkan sejauh mana pihak lawan sudah bertekad untuk bertempur. Seluruh gejala tersebut disebabkan hati Arjuna yang lembut. Hati Arjuna lembut kerana Arjuna adalah penyembah Tuhan yang mulia. PENJELASAN: Pada waktu Arjuna sedang meninjau keadaan musuhnya, dia berdiri dalam kereta. Tetapi Arjuna sangat tergugah oleh rasa sedih sehingga dia duduk lagi, lalu meletakkan busur dan panahnya. Orang yang baik hati dan lemah lembut seperti itu, dalam bhakti kepada Tuhan Yang Maha Esa, memenuhi syarat untuk menerima pengetahuan tentang dirinya. Demikianlah selesai penjelasan Bhaktivedanta mengenai Bab Satu rmad Bhagavad-gt perihal "Meninjau Tenteratentera di Medan Perang Kuruketra" BAB DUA

Sloka 1. 45

Sloka 1. 46

Sajaya berkata: Setelah berkata demikian di medan perang, Arjuna meletakkan busur dan anak panahnya, lalu duduk dalam kereta. Fikiran Arjuna tergugah oleh rasa sedih.

Ringkasan Isi Bhagavad - gtSajaya melihat berkata: setelah Arjuna tergugah PENJELASAN: Kasih sayang material, penyesalan dan air mata semuanya adalah

Sloka 1

2.

26

rasa kasih sayang dan murung, matanya penuh air mata, Madhusdana, Ka, bersabda sebagal berikut.

tanda-tanda kebodohan terhadap diri yang sejati. Kasih sayang terhadap sang roh yang kekal adalah keinsafan diri. Kata "Madhusudana'' bermakna dalam ayat ini. Dahulu kala r Ka membunuh raksasa bernama Madhu. Sekarang Arjuna ingin supaya Ka membunuh sifat keraksasaan yang telah menguasai dirinya yang berupa kesalahfahaman dalam pelaksanaan kewajibannya. Tiada seorang pun mengetahui di mana kasih sayang harus digunakan. Kasih sayang terhadap pakaian yang disandang orang yang sedang tenggelam tidaklah masuk akal. Orang yang telah jatuh ke dalam lautan kebodohan tidak dapat diselamatkan hanya dengan menyelamatkan pakaian lahiriahnya iaitu badan jasmani yang kasar. Orang yang tidak mengetahui hal ini dan menyesal kerana pakaian lahiriah disebut dra, atau orang yang menyesal bila penyesalan tidak diperlukan. Arjuna adalah seorang ksatriya, dan tingkah laku seperti ini tidak pantas bagi Arjuna. Akan tetapi, r Ka dapat menghilangkan penyesalan orang yang bodoh, dan kerana inilah Bhagavad-gt disabdakan oleh Beliau. Bab ini memberikan pelajaran kepada kita tentang keinsafan diri dengan mempelajari badan jasmani dan sang roh secara analisis, sebagaimana dijelaskan oleh penguasa yang paling tinggi, r Ka. Keinsafan tersebut dimungkinkan apabila seseorang bekerja tanpa ikatan terhadap hasil atau pahala dan mantap dalam faham yang tetap tentang sang diri yang sejati, PENJELASAN: Ka dan Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa adalah identiti. Kerana itu r Ka disebut Bhagavn di seluruh Bhagavad-gt Bhagavn adalah hal yang tertinggi dalam Kebenaran Mutlak. Kebenaran Mutlak diinsafi dalam tiga tahap pengertian, iaitu Brahman, atau kerohanian yang berada di mana-mana dan tidak bersifat peribadi; paramtm, atau aspek

Sloka 2

2.

Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa bersabda: Arjuna yang baik hati, bagaimana sampai hal-hal yang kotor ini menghinggapi dirimu? Halhal ini sama sekali tidak pantas bagi orang mengetahui nilai hidup. Hal hal seperti itu tidak

27

membawa seseorang ke planet planet yang lebih tinggi, melainkan menjerumuskan dirinya ke dalam penghinaan.

Yang Mahakuasa yang berada di suatu tempat tertentu di dalam hati setiap makhluk hidup; dan Bhagavn, atau Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa, r Ka. Dalam rmad-Bhgavatam (1.2.11) faham tentang Kebenaran Mutlak tersebut dijelaskan sebagai berikut: vadanti tat tattva-vidas tattvam jnam advayam brahmeti paramtmeti bhagavn sabdyate yaj iti

"Kebenaran Mutlak diinsafi dalam tiga tahap pengertian oleh orang yang mengenal Kebenaran Mutlak, dan semuanya identiti. Tahap-tahap Kebenaran Mutlak tersebut diungkapkan sebagai Brahman, Paramtm, dan Bhagavn, Tiga aspek rohani tersebut dapat dijelaskan dengan menggunakan contoh matahari, yang juga mempunyai tiga aspek yang berbeza, iaitu, sinar matahari, permukaan matahari dan planet matahari sendiri. Orang yang hanya mempelajari sinar matahari adalah murid pada tahap mula belajar. Orang yang mengerti tentang permukaan matahari Iebih maju. Orang yang dapat masuk ke dalam planet-planet matahari adalah murid tertinggi. Murid-murid biasa yang puas hanya dengan mengerti tentang sinar matahari iaitu sinar matahari berada di mana-mana dan cahaya sifat bukan peribadinya yang menyilaukan-dapat dibandingkan dengan orang yang hanya menginsafi aspek Brahman dari Kebenaran Mutlak. Seorang murid yang lebihmaju dapat mengenal bola matahari, yang diumpamakan sebagai pengetahuan tentang aspek Paramtm dari Kebenaran Mutlak. Seorang murid yang dapat masuk ke dalam inti planet matahari, yang diumpamakan sebagai orang yang menginsafi aspek-aspek peribadi Kebenaran Mutlak Yang Paling Utama. Kerana itu, para bhakta atau para rohaniwan yang sudah menginsafi aspek Bhagavn Kebenaran Mutlak adalah

28

rohaniwan-rohaniwan tertinggi, kendatipun semua murid yang tekun mempelajari Kebenaran Mutlak sedang menekuni mata pelajaran yang sama. Sinar matahari, bola matahari dan kegiatan di dalam planet matahari tidak dapat dipisahkan satu sama lain, namun para siswa yang masing-masing mempelajari tiga tahap yang berbeza tersebut tidak termasuk golongan yang sama. Kata bhagavn dalam bahasa Sansekerta dijelaskan oleh penguasa yang mulia yang bernama Parara Muni, ayah Vysadeva. Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa yang memiliki segala kekayaan, segala kekuatan, segala kemasyhuran, segala ketampanan, segala pengetahuan dan segala ketidakterikatan disebut Bhagavn. Ada banyak orang yang kaya sekali, perkasa sekali, tampan sekali, terkenal sekali, bijaksana sekali, dan sangat tidak terikat, namun tiada seorangpun yang dapat mengatakan bahawa ia mempunyai segala kekuatan, segala kekayaan, dan sebagainya, sepenuhnya. Hanya Ka yang dapat mengatakan demikian kerana Ka adalah Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa. Tiada satu keperibadian pun, termasuk Brahm, iva, atau Nryaa, yang dapat memiliki kehebatan sepenuhnya seperti Ka. Kerana itu, dalam Brahma-samhit Dewa Brahm sendiri menyimpulkan bahawa r Ka adalah Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa. Tiada seorangpun yang sejajar apalagi lebih tinggi daripada Beliau. Ka adalah Tuhan Yang Mahaabadi, atau Bhagavn yang terkenal sebagai Govinda, dan Ka adalah sebab segala sebab. varah paramah kah vigrahah andir dir govindah kraam sac-cid- nandasarva-kraa-

"Ada banyak keperibadian yang memiliki sifat-sifat Bhagavn, namun Ka adalah Yang Paling Tinggi, kerana tiada seorangpun

29

yang dapat melampau Beliau. Ka adalah Keperibadian Yang Paling Utama, dan badan Ka kekal, penuh pengetahuan dan kebahagiaan. Ka adalah Tuhan Yang Maha abadi, r Govinda dan sebab segala sebab." (Brahma samhit 5.1) Dalam Bhgavatam juga tercantum daftar penjelmaan-penjelmaan Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa. Ka dinyatakan sebagai Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa yang asli. Banyak sekali penjelmaan dan Keperibadian Tuhan yang menjelma dari Beliau: ete cma-kalh pumsah kas tu bhagavn svayam indrri-vykulam lokam mdayanti yuge yuge "Segala daftar penjelmaan-penjelmaan Tuhan Yang Maha Esa yang dikemukakan di sini adalah bahagian-bahagian yang berkuasa penuh atau bahagian-bahagian dari bahagian-bahagian yang berkuasa penuh dari Tuhan Yang Maha Esa, tetapi Ka adalah Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa Sendiri." (Bhg. 1.3.28) Kerana itu, Ka adalah Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa yang asli, Kebenaran Mutlak, sumber Roh Yang Utama dan Brahman yang tidak bersifat peribadi. Di hadapan Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa, penyesalan Arjuna tentang sanak keluarganya tentu saja tidak pantas. Kerana itu, Ka mengungkapkan rasa hairan dengan kata kutah, yang bererti "darimana." Hal-hal yang kotor seperti itu tidak pernah diharapkan dari orang yang termasuk golongan rya. Kata rya digunakan bagi orang yang mengetahui nilai hidup dan mempunyai peradaban berdasarkan keinsafan rohani. Orang yang dibawa oleh faham hidup material tidak mengetahui bahawa tujuan hidup adalah keinsafan terhadap Kebenaran Mutlak, Viu, atau Bhagavn, dan hati mereka dipikat oleh ciriciri lahiriah dunia material. Kerana itu,

30

mereka tidak mengetahui apa erti pembebasan. Orang yang tidak mempunyai pengetahuan tentang pembebasan dari ikatan material disebut orang yang bukan rya. Walaupun Arjuna adalah seorang katriya, dia menyimpang dari tugas-tugas kewajiban yang telah ditetapkan baginya dengan menolak bertempur. Dinyatakan bahawa perbuatan yang bersifat pengecut seperti itu hanya pantas bagi orang yang bukan rya. Menyimpang dari kewajiban seperti itu tidak membantu seseorang dalam kemajuan kehidupan rohani. Menyimpang dari kewajiban juga tidak memberi kesempatan menjadi terkenal di dunia ini. r Ka tidak menyetujui apa yang hanya namanya saja kasih sayang Arjuna terhadap sanak keluarganya. Sloka 3 2. Wahai putera Prtha, jangan menyerah kepada kelemahan yang hina ini. Itu tidak pantas bagimu. Tinggalkanlah kelemahan hati yang remeh itu dan bangunilah, wahai yang menghukum musuh. PENJELASAN: Arjuna disebut putera Prtha, dan Prtha adalah adik Vasudeva, ayah Ka. Kerana itu, Arjuna mempunyai hubungan keluarga dengan Ka. Kalau putera seorang katriya menolak bertempur, ia hanya katriya dalam nama saja, dan kalau putera seorang brhmana bertindak dengan cara yang tidak suci, ia hanya brhmana dalam nama saja seperti itu adalah putera-putera yang tidak pantas bagi ayah-ayahnya; kerana itu, Ka tidak menginginkan agar Arjuna menjadi putera katriya yang tidak pantas. Arjuna adalah kawan Ka yang paling dekat, dan secara langsung Ka membimbing Arjuna di atas kereta, tetapi walaupun ada segala hal yang menguntungkan seperti itu, kalau Arjuna meninggalkan medan perang, ia akan melakukan perbuatan yang hina. Kerana itu, Ka menyatakan bahawa kalau Arjuna bersikap seperti itu, maka itu tidak cocok dengan watak Arjuna. Mungkin Arjuna mengatakan bahawa dia akan meninggalkan medan perang berdasarkan sikap murah hati terhadap Bhma yang paling dihormati berserta sanak keluarganya, tetapi Ka menganggap sikap murah hati seperti itu hanya merupakan kelemahan hati belaka.

31

Sikap murah hati yang palsu seperti itu tidak dibenarkan oleh penguasa manapun. Kerana itu, sikap murah hati seperti itu ataupun apa yang disebut tidak melakukan kekerasan hendaknya ditinggalkan oleh orang seperti Arjuna di bawah bimbingan Ka secara langsung. Sloka 4 2. Arjuna berkata: O Pembunuh musuh, o Pembunush Madhu, bagaimana saya dapat membalas serangan orang seperti Bhma dan Droa dengan panah pada medan perang, padahal seharusnya saya menyembah mereka? PENJELASAN: Atasan-atasan yang patut dihormati seperti Bhma sebagai kakak dan Drocrya sebagai guru selalu patut disembah. Walaupun mereka menyerang, hendaknya serangan mereka tidak dibalas. Etika umum ialah bahawa orang tidak boleh bertengkar melawan atasan bahkan dengan kata-kata sekalipun. Walaupun kadangkadang tingkah laku mereka keras, sebaiknya mereka jangan diperlakukan dengan keras. Jadi, bagaimana mungkin Arjuna membalas serangan mereka? Apakah Ka tegas menyerang kakak-Nya Sendiri yang bernama Ugrasena, atau guru-Nya yang bernama Sadpani Muni? Inilah beberapa argumentasi yang dikemukakan oleh Arjuna kepada Ka. PENJELASAN: Menurut aturan Kitab Suci, seorang guru yang melakukan perbuatan yang jijik dan telah kehilangan rasa untuk membezakan antara yang baik dan yang buruk patut ditinggalkan. Bhma dan Droa diwajibkan ikut pihak Duryodhana kerana bantuan dana Duryodhana, walaupun seharusnya mereka tidak menerima kedudukan seperti itu hanya berdasarkan pertimbangan keruangan. Oleh kerena keadaan seperti itu, mereka kehilangan kedudukan mereka yang patut dihormati sebagai guru-guru. Tetapi Arjuna berfikir walaupun mereka seperti itu, mereka tetap atasannya. Kerana itu, menikmati keuntungan material sesudah membunuh mereka bererti menikmati harta yang ternoda dengan darah. PENJELASAN: Arjuna tidak tahu apakah ia harus bertempur dan mengambil risiko

Sloka 5

2.

Lebih baik saya hidup di dunia ini dengan cara mengemis daripada hidup sesudah mencabut nyawa roh-roh mulia seperti itu, iaitu guru-guru saya. Kendatipun mereka menginginkan keuntungan duniawi, mereka tetap atasan. Kalau mereka terbunuh, segala sesuatu yang kita nikmati akan ternoda dengan darah.

Sloka 6

2.

Kita juga tidak mengetahui mana yang lebih baik

32

mengalahkan mereka atau dikalahkan oleh mereka. Kalau kita membunuh para putera Dhtarra, kita tidak mahu hidup. Namun mereka sekarang berdiri di hadapan kita di medan perang.

kekerasan yang tidak diperlukan, walaupun bertempur adalah kewajiban bagi katriya, ataukah sebaiknya ia menghindari pertempuran dan hidup dengan cara mengemis. Kalau dia tidak mengalahkan musuh, maka tinggal mengemis saja sebagai satu-satunya mata pencahriannya. Kemenangan juga tidak dapat dipastikan, sebab kedua belah pihak memiliki peluang yang sama pada akhirnya. Walaupun kejayaan menantikan mereka (dan tujuan mereka dibenarkan), namun, kalau para putera Dhtarstra gugur dalam perang, sulit sekali mereka hidup tanpa para putera Dhtarstra. Keadaan seperti itu, juga akan merupakan sejenis kekalahan bagi mereka. Segala pertimbangan Arjuna tersebut membuktikan dengen pasti bahawa Arjuna bukan hanya seorang penyembah Tuhan yang mulia, tetapi juga sudah dibebaskan dari kebodohan dan sudah mengendalikan fikiran dan indria-indria sepenuhnya. Keinginan Arjuna untuk hidup dengan cara mengemis, walaupun dia lahir dalam keluarga kerajaan, adalah tanda lain ketidakterikatannya. Arjuna sungguhsungguh saleh, sebagaimana ditunjukkan oleh sifat-sifat tersebut serta keyakinannya terhadap sabda pelajaran r Ka (guru kerohaniannya). Disimpulkan bahawa Arjuna memenuhi syarat untuk mencapai pembebasan. Kalau indria-indria belum dikendalikan, maka tidak mungkin seseorang naik tingkat sampai tingkat pengetahuan, dan tanpa pengetahuan dan bhakti, tidak mungkin seseorang mencapai pembebasan. Arjuna memenuhi syarat dalam segala sifat itu, di samping sifatsifatnya yang mulia dalam hubunganhabungan meterialnya. PENJELASAN: Menurut cara alam sendiri, sistem kegiatan material yang lengkap adalah sumber kebingungan bagi semua orang. Orang kebingungan pada setiap langkah. Kerana itu, seyogyanya seseorang mendekati guru kerohanian yang dapat

Sloka 7

2.

Sekarang hamba kebingungan tentang kewajiban hamba dan sudah kehilangan segala ketenangan kerana kelemahan yang picik.

33

Dalam keadaan ini, hamba mohan agar Anda memberitahukan dengan pasti apa yang paling baik untuk hamba. Sekarang hamba menjadi murid Anda, dan roh yang sudah menyerahkan diri kepada Anda. Mohon memberi pelajaran kepada hamba.

dipercaya dan dapat memberi bimbingan yang benar guna melaksanakan tujuan hidup. Semua kesasteraan Veda memberi nasihat agar kita mendekati guru kerohanian yang dapat dipercaya untuk dibebaskan dari hal hal yang membingungkan dalam hidup yang timbul meskipun kita tidak menginginkannya. Hal hal tersebut seperti kebakaran di hutan, entah bagaimana api berkobar tanpa dinyalakan oleh siapapun. Begitu pula, keadaan di dunia ini sedemikian rupa sehingga hal hal yang membingungkan dalam hidup muncul dengan sendirinya, walaupun kita tidak menginginkan kekacauan seperti itu. Tidak seorangpun menginginkan kebakaran, namun kebakaran terjadi juga dan kita bingung. Kerana itu, kebijaksanaan Veda menasihatkan bahawa kita harus mendekati seorang guru kerohanian dalam garis perguruan untuk memecahkan hal hal yang membingungkan dalam hidup dan mengerti ilmu pengetahuan penyelesaian masalah masalah itu. Orang yang sudah mempunyai guru kerohanian yang dapat dipercaya seharusnya sudah mengetahui segala sesuatu. Kerana itu, sebaiknya orang tidak tetap tinggal di dalam kebingungan material tetapi lebih baik mendekati seorang guru kerohanian yang dapat dipercaya. Inilah erti ayat ini. Siapakah orang dalam kebingungan material? Orang yang kebingungan ialah orang yang belum mengerti masalah hidup. Dalam Bhad- rayaka Upaniad (3.8.10) orang yang kebingungan dihuraikan sebagia berikut: yo v etad akaram grgi aviditvsml lokt praiti sa kpaah. Orang yang tidak memecahkan masalah masalah hidup selama ia menjadi manusia dan dengan demikian meninggal dunia seperti anjing dan kucing, tanpa mengerti ilmu pengetahuan keinsafan diri, adalah orang pelik. Bentuk kehidupan manusia ini adalah harta yang paling berharga bagi makhluk hidup. Kerana itu, orang yang tidak menggunakan kesempatan ini dengan

34

sebenarnya adalah orang pelik. Sebaliknya, ada brhmana atau orang yang cukup cerdas untuk menggunakan badan ini untuk memecahkan segala masalah kehidupan. Ya etad akaram grgi viditvsml lokt praiti sa brhmaah. Para Kpaa, atau orang orang pelik, memboroskan waktunya dengan cara terlalu menyayangi keluarga, masyarakat, negeri, dan sebagainya dalam faham hidup material. Orang sering terlalu terikat kepada hidup keluarga, iaitu terhadap isteri, anak anak dan anggota keluarga lainnya, berdasarkan penyakit kulit. Seorang kpana berfikir bahawa dia sanggup melindungi anggota anggota keluarganya terhadap kematian; atau seorang kpana berfikir bahawa keluarga atau masyarakatnya dapat menyelamatkan dirinya dari ancaman maut. Ikatan keluarga seperti itu juga dapat ditemukan di kalangan binatang binatang yang rendah yang juga memelihara anak anaknya. Arjuna cerdas, kerana itu dia dapat mengerti bahawa kasih sayang terhadap anggota keluarganya dankeinginannya untuk melindungi mereka terhadap kematian adalah sumber kebingungannya. Walaupun ia dapat mengerti bahawa kewajibannya untuk bertempur menantikannya, namun, kerana kelemahan berupa pelik, Arjuna tidak dapat melaksanakan kewajiban kewajiban itu. Kerana itu, Arjuna bertanya kepada Ka guru kerohanian yang paling utama, untuk mencapai penyelesaian yang pasti. Arjuna menyerahkan dirinya kepada Ka sebagai murid Arjuna ingin menghentikan percakapan yang rama. Percakapan antara guru dan murid adalah percakapan yang serius, dan sekarang Arjuna ingin berbicara dengan cara yang serius sekali di hadapan seorang guru kerohanian yang diakui. Kerana itu. Ka adalah guru, kerohanian ilmu pengetahuan Bhagavat-gt dan Arjuna adalah murid pertama untuk mengerti Bhagavadgt. Bagaimana cara Arjuna mengerti Bhagavad gt, dinyatakan dalam

35

Bhagavad gt, sendiri. Namun, sarjana sarjana duniawi yang bodoh menjelaskan bahawa seseorang tidak perlu menyerahkan diri kepada Ka sebagai keperibadian, melainkan kepada yang tidak dilahirkan yang ada di dalam Ka. Tidak ada perbezaan antara di dalam Ka dan di luar Ka .Orang yang tidak dapat memahami pengertian tersebut adalah orang yang paling bodoh dalam usaha mengerti Bhagavadgt. Sloka 8 2. Hamba tidak dapat menemukan cara untuk menghilangkan rasa sedih ini yang menyebabkan indria indria hamba menjadi kering. Hamba tidak akan dapat menghilangkan rasa itu, meskipun hamba memenangkan kerajaan yang makmur yang tiada taranya di bumi ini dengan kedaulatan seperti para dewa di syurga. PENJELASAN: Walaupun Arjuna mengemukakan begitu banyak argumentasi berdasarkan pengetahuan tentang prinsipprinsip keagamaan dan rumusrumus moral, kelihatannya Arjuna tidak sanggup memecahkan masalah yang sebenarnya tanpa bantuan dari guru kerohaniannya, iaitu r Ka. Arjuna dapat mengerti bahawa apa yang hanya namanya saja pengetahuan tidak akan berguna dalam menghilangkan masalah masalah yang dihadapinya, yang menyebabkan seluruh kehidupannya menjadi kering. Arjuna tidak mungkin memecahkan masalah masalah yang membingungkan tersebut tanpa bantuan dari seorang guru kerohanian, seperti r Ka. Pengetahuan dari perguruan tinggi, kesarjanaan, jabatan yang tinggi, dan sebagainya semua tidak berguna dalam memecahkan masalah masalah hidup. Bantuan hanya dapat diberikan oleh seorang guru kerohanian seperti Ka Kerana itu kesimpulannya adalah bahawa seorang guru kerohanian yang seratus persen sedar akan Ka adalah guru kerohanian yang dapat di percaya, sebab beliau dapat memecahkan masalah masalah hidup. r Caitanya menyatakan bahawa orang yang sudah menguasai ilmu pengetahuan kesedaran Ka adalah guru kerohanian yang sejati, apapun kedudukannya dalam masyarakat. Kib vipra, kib nys, sdra kene naya

36

yei ka tattva vett, sei guru haya "Tidak menjadi soal apakah seseorang menjadi vipra (sarjana yang berpengetahuan tentang kebijaksanaan Veda) atau dilahirkan dalam keluarga yang lebih rendah, atau berada pada tingkat melepaskan ikatan terhadap hal-hal duniawi dalam hidup-kalau ia menguasai ilmu pengetahuan tentang Ka, ia menjadi guru kerohanian yang sempurna dan dapat dipercaya" (Caitanyacaritmta, Madhya 8.128). Tanpa menguasai ilmu pengctahuan kesedaran Ka, tidak seorangpun dapat menjadi guru kerohanian yang dapat dipercaya. Juga dinyatakan dalam kesasteraan Veda: a-karma nipuo vipro tantra-viradah avaiavo gurur na syd va paco guruh. mantravaiavah

Seorang brhmana, ahli dalam segala bidang pengetahuan Veda, tidak memenuhi syarat untuk menjadi guru kerohanian kalau ia tidak menjadi Vaiava, atau ahli di bidang ilmu pengetahuan kesedaran Ka. Tetapi orang yang dilahirkan dalam keluarga dari golongan rendah dapat menjadi seorang guru kerohanian kalau ia menjadi Vaiava, atau sedar akan Ka. (Padma Pura) Masalah-masalah kehidupan materialkelahiran, usia tua, penyakit dan kematiantidak dapat dilawan dengan cara mengumpulkan kekayaan dan perkembangan ekonomi. Banyak tempat di dunia ada negara-negara lengkap dengan segala fasilitas untuk hidup, penuh kekayaan, dan ekonominya sudah maju, namun masalah-masalah kehidupan material tetap ada. Mereka mencari kedamaian dengan berbagai cara, tetapi mereka hanya dapat mencapai kebahagiaan yang sejati kalau mereka berkonsultasi dengan Ka, atau berkonsultasi dengan Bhagavad-gt dan Srimad-Bhagavatam- yang merupakan ilmu pengetahuan tentang Ka-atau melalui utusan Ka yang dapat dipercaya, iaitu orang yang sedar akan Ka.

37

Kalau perkembangan ekonomi dan kesenangan material dapat menghilangkan penyesalan di dalam hati seseorang terhadap hal-hal yang memabukkan dalam lingkungan keluarga, masyarakat, bangsa mahupun antara bangsa, maka tentu saja Arjuna tidak mengatakan bahawa kerajaan yang tiada taranya di bumi atau 'kekuasaan seperti kekuasaan dewa di planet-planet syurga sekalipun tidak akan sanggup menghilangkan penyesalannya. Kerana itu, Arjuna mencari perlindungan dalam kesedaran Ka dan itulah cara yang benar untuk kedamaian dan keadaan yang selaras. Perkembangan ekonomi atau kekuasaan di atas dunia dapat diakhiri pada setiap saat oleh bencanabencana alam material. Bahkan seseorang naik tingkat sampai planet-planet yang lebih tinggi sekalipun, seperti yang dicari manusia sekarang di planet bulan, kedudukan itupun dapat berakhir seketika. Dalam Bhagavad-gt dibenarkan: Ke puye martya lokam vianti. "Apabila hasil kegiatan saleh berakhir, maka seseorang jatuh lagi dari puncak kebahagiaan sampai status kehidupan yang paling rendah."Ada banyak tokoh politik di dunia telah jatuh dengan cara seperti itu. Jatuh seperti itu hanya menyebabkan penyesalan lebih banyak. Kerana itu, jikalau kita ingin membatasi penyesalan untuk selamanya, maka kita harus berlindung kepada Ka, seperti yang dicita-citakan oleh Arjuna. Kerana itu, Arjuna meminta agar Ka memecahkan masalahnya secara pasti, dan itulah jalan kesedaran Ka. Sloka 9 2. Sajaya berkata: Setelah berkata demikian, Arjuna, perebut musuh, menyatakan kepada Ka, Govinda, hamba tidak akan bertempur, lalu diam. PENJELASAN: Dhtarra pasti senang sekali mendengar bahawa Arjuna tidak akan bertempur, melainkan akan meninggalkan medan perang dan mengambil mata pencarian sebagai pengemis. Tetapi Sajaya mengecewakan Dhtarra sekali lagi dengan menceritakan bahawa Arjuna sanggup membunuh musuhnya (parantapah). Walaupun Arjuna sementara

38

dikuasai rasa sedih yang palsu kerana kasih sayang terhadap keluarga, namun ia menyerahkan diri sebagai murid kepada Ka, guru kerohanian yang paling utama. Ini menunjukkan dalam waktu dekat Arjuna akan dibebaskan dari penyesalan yang palsu akibat kasih sayang terhadap keluarga dan akan dibebaskan dari kebodohan dengan pengetahuan sempurna tentang keinsafan diri, atau kesedaran Ka, kemudian pasti dia akan bertempur. Dengan demikian, rasa riang dalam hati Dhtarra akan lenyap, sebab Arjuna akan dibebaskan dari kebodohan oleh Ka dan akan bertempur sampai titik darah terakhir. Sloka 10 2. Wahai putera keluarga Bharata, pada waktu itu, Ka, yang tersenyum di tengah-tengah antara tentaratentara kedua belah pihak, bersabda kepada Arjuna yang sedang tergugah oleh rasa sedih. PENJELASAN: Ada percakapan antara dua sahabat karib, iaitu Hkea dan Gudkea. Sebagai kawan, kedua-duanya sejajar, tetapi salah seorang di antaranya rela berguru kepada yang satunya. Ka tersenyum kerana seorang kawan telah memilih menjadi murid. Sebagai Tuhan Yang Mahakuasa, kedudukan Ka selalu Mahatinggi sebagai penguasa semua orang, namun Ka berkenan menjadi kawan, putera ataupun kekasih bagi seorang penyembah yang ingin supaya Ka berperan seperti itu. Tetapi apabila Ka diterima sebagai atasan, Beliau segera menerima peran tersebut dan berbicara dengan muridnya selayaknya seorang guru kerohanian-iaitu dengan sikap serius, seperti yang diperlukan. Rupanya percakapan antara sang guru dan sang murid diadakan secara terbuka di hadapan antara kedua pasukan tentera agar semua dapat mengambil manfaat. Jadi, pembicaraan Bhagavad-gt bukan untuk orang tertentu, masyarakat tertentu atau perkumpulan tertentu, tetapi untuk semua orang. Baik kawan mahupun musuh mempunyai hak yang sama untuk mendengar pembicaraan tentang Bhagavad-gt. PENJELASAN: Ka segera mengambil kedudukan sebagai guru dan menegur

Sloka 11

2.

Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa bersabda: Sambil

39

berbicara dengan cara yang pandai engkau menyesaikan sesuatu yang tidak patut disesalkan. Orang bijaksana tidak pernah menyesal, baik untuk yang masih hidup mahupun untuk yang sudah meninggal.

murid-Nya dengan menyebutkan murid itu orang bodoh secara tidak langsung. Ka bersabda, "Engkau bicara seperti orang yang bijaksana, tetapi engkau tidak mengetahui bahawa orang yang berpengetahuan-orang yang mengerti apa itu badan dan apa itu sang roh-tidak menyesal untuk badan dalam keadaan manapun, baik dalam keadaan hidup mahupun keadaan mati," Sebagaimana dijelaskan dalam bab-bab berikut, akan menjadi jelas bahawa pengetahuan bererti mengetahui tentang alam dan kerohanian dan siapa yang mengendalikan kedua-duanya. Arjuna mengatakan bahawa prinsip-prinsip dharma hendaknya lebih dipentingkan daripada politik mahupun siologi, tetapi dia tidak mengetahui bahawa pengetahuan tentang alam, sang roh dan Yang Mahakuasa lebih penting lagi daripada rumus-rumus dharma. Oleh kerana Arjuna kurang memahami hal tersebut, seharusnya dia tidak menyamar sebagai orang yang berpengetahuan tinggi. Dan kerana kebetulan Arjuna bukan orang yang berpengetahuan tinggi, sebagai akibatnya dia menyesalkan sesuatu yang tidak patut disesalkan. Badan dilahirkan dan ditakdirkan juga akan dibinasakan, baik hari ini mahupun besok; kerana itu, badan tidak sepenting sang roh. Orang yang mengetahui tentang hal ini sungguh-sungguh bijaksana, dan bagi orang itu tidak ada alasan lagi untuk penyesalan, walau bagaimanapun keadaan jasmaninya. PENJELASAN: Dalam Veda, Kaha Upaniad dan vetvatara Upaniad dinyatakan Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa memelihara makhluk-makhluk hidup yang jumlahnya tidak dapat dihitung sesuai dengan berbagai keadaan mereka menurut pekerjaan peribadi dan reaksi terhadap pekerjaan. Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa itu juga berada di dalam hati setiap mahkluk hidup melalui bahagian-bahagian Beliau yang berkuasa penuh. Hanya orang suci yang dapat melihat Tuhan Yang Maha

Sloka 12

2.

Pada masa lampau tidak pernah ada suatu saat pun Aku, engkau mahupun semua raja ini tidak ada; dan pada masa yang akan datang tidak satupun di antara kita semua akan lenyap.

40

Esa yang sama, baik di dalam mahupun di luar, sungguh-sungguh dapat mencapai kedamaian yang sempurna dan kekal. nityo nitynm cetana cetannm eko bahnm yo vidadhti kmn tam tma-stham ye nupayanti dhrs tem vat netarem (Kaha Upaniad 2. 2. 13) Kebenaran Veda yang sama yang diberikan kepada Arjuna diberikan kepada semua orang di dunia yang menyamar sebagai orang yang berpengetahuan tinggi tetapi sebenarnya ia kekurangan pengetahuan. Ka menyatakan dengan jelas bahawa Ka Sendiri, Arjuna dan semua raja yang telah berkumpul di medan perang adalah insan-insan individual yang kekal dan bahawa Tuhan memelihara para mahkluk hidup yang individual untuk selamanya, baik dalam keadaan terikat mahupun dalam deadaan setelah mereka mencapai pembebasan. Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa adalah Keperibadian individual yang paling utama, dan Arjuna, rakan Ka yang kekal, beserta semua raja yang telah berkumpul di sana adalah Keperibadiankeperibadian individual yang kekal. Tidak benar bahawa pada masa lampau mereka belum hidup sebagai keperibadiankeperibadian dan tidak benar bahawa mereka tidak tetap menjadi keperibadiankeperibadian yang kekal pada masa yang akan datang. Individualitas mereka sudah ada pada masa lampau, dan akan tetap ada pada masa yang akan datang tanpa putus. Kerana itu, tidak ada alas an penyesalan untuk siapapun. Teori para Myvd bahawa sesudah pembebasan sang roh yang individual yang dipisahkan oleh tutup my atau khayalan, akan menunggal ke dalam Brahman yang tidak bersifat peribadi dan akan kehilangan keberadaan individualnya hal ini tidak dibenarkan di sini oleh Ka, Penguasa yang paling tinggi. Begitu pula teori bahawa kita hanya membayangkan individualitas dalam

41

keadaan terikat juga tidak dibenarkan di sini. Ka menyatakan dengan jelas di sini bahawa pada masa yang akan datang juga individual Tuhan dan insan-insan lainnya, sebagaimana dibenarkan dalam Upaniadupaniad, akan berjalan terus untuk selamanya. Pernyataan Ka tersebut dapat dipercaya kerana Ka tidak dapat dipengaruhi oleh khayalan. Kalau individual bukan kenyataan, maka tentu saja Ka tidak akan menggarisbawahi hal itu bahkan pada masa depan sekalipun. Barangkali para Myvd mengatakan bahawa individual yang dibicarakan oleh Ka bukan individual rohani, melaiankan individual material. Kalaupun kita menerima argumentasi bahawa individual tersebut adalah individual material, bagaimana seseorang dapat membezakan individual Ka? Ka membenarkan individual-Nya pada masa lampau dan membenarkan individualnya juga pada masa yang akan datang. Ka sudah membenarkan individualnya dengan banyak cara, dan telah dinyatakan bahawa Brahman yang tidak bersifat peribadi berada di bawah Ka. Ka telah menyatakan bahawa individual rohani adalah kenyataan sejak awal; jika Ka dianggap roh terikat yang biasa dengan kesedaran individual, maka Bhagavad-gt-Nya tidak berharga sebagai kitab suci yang dapat dipercaya. Orang biasa dengan empat kelemahan manusia tidak sanggup mengajarkan sesuatu yang berharga untuk didengar. Bhagavad-gt lebih tinggi daripada kesasteraan seperti itu. Tidak satu buku duniawipun dapat dibandingkan dengan Bhagavad-gt. Kalau seseorang menganggap Ka manusia biasa, maka Bhagavad-gt kehilangan segala nilainya yang penting. Para Myvd mengatakan bahawa sifat jamak yang disebut di dalam ayat ini ialah dalam pengertian biasa dan bahawa sifat jamak itu menunjukkan badan. Tetapi dalam ayat-ayat tadi faham jasmani seperti itu sudah disalahkan. Sesudah menyalahkan faham hidup jasmani para makhluk hidup,

42

bagaimana mungkin Ka sekali lagi mengemukakan usul biasa tentang badan? Kerana itu, adanya individual dibenarkan dengan dasar rohani dan kenyataan ini dibenarkan oleh crya-crya yang mulia seperti r Rmnuja dan yang lain-lain. Dinyatakan dengan jelas dalam banyak ayat Bhagavad-gt bahawa individualitas rohani tersebut dimengerti oleh para penyembah Tuhan. Orang yang iri kepada Ka sebagai Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa tidak dapat menjangkau kesasteraan yang mulia dengan cara yang dapat dipercaya. Cara orang yang bukan penyembah mendekati ajaran Bhagavad-gt adalah seperti cara lebah botol berisi madu. Seseorang tidak dapat merasakan madu itu kecuali ia membuka botol. Begitu pula, sifat batin Bhagavad-gt hanya dapat dimengerti oleh penyembah, orang lain tidak dapat merasakannya, sebagaimana dinyatakan dalam Bhagavad-gt Bab Empat. Bhagavadgt juga tidak dapat disentuh oleh orang yang iri hati terhadap adanya Tuhan. Kerana itu, penjelasan Myvd tentang Bhagavadgt adalah cara yang sangat menyesatkan untuk menyampaikan kebenaran yang lengkap. r Caitanya melarang kita membaca tafsiran karangan para Myvd dan memberikan peringatan bahawa orang yang mula mengikuti faham seperti dari filsafat Myvd akan kehilangan segala kekuatan untuk mengerti rahsia sejati Bhagavad-gt. Kalau individual menunjukkan alam semesta yang dapat dilihat, maka Ka tidak perlu memberikan pelajaran. Sifat jamak roh yang individual dan Ka Adalah kenyataan yang kekal, dan hal itu dibenarkan oleh Veda sebagaimana disebut di atas. Sloka 13 2. Seperti halnya sang roh terkurung di dalam badan terus menerus mengalami perpindahan, di dalambadan ini, dari masa kanak-kanak sampai masa remaja sampai usia tua, PENJELASAN: Oleh kerana setiap makhluk hidup adalah roh yang individual, makhluk hidup menggantikan badannya pada setiap saat. Kadang-kadang ia berwujud sebagai kanak-kanak, kadang-kadang sebagai anak remaja, dan kadang-kadang sebagai orang yang tua. Namun roh yang sama masih ada

43

begitu juga sang roh masuk ke dalam badan lain pada waktu meninggal. Orang yang tenang tidak bingung kerana penggantian itu.

dan tidak mengalami perubahan apapun. Akhirnya roh individual tersebut menggantikan badannya pada waktu meninggal dan berpindah ke badan lain. Oleh kerana sang roh pasti akan mendapatkan badan lain dalam penjelmaannya yang akan datang-baik badan material mahupun badan rohani-tidak ada alasan bagi Arjuna untuk menyesal kerana kematian Bhma mahupun Droa, yang telah menyebabkan Arjuna sangat perihatin. Sebaliknya, seharusnya Arjuna berbahagia kerana mereka akan menggantikan badannya dari badan tua menjadi baru, dan dengan demikian memperbaharui tenaganya. Penggantian badan seperti itu adalah alasan untuk adanya aneka jenis kenikmatan atau penderitaan, menurut pekerjaan orang dalam kehidupan. Jadi, Bhma dan Droa, sebagai roh-roh yang agung, pasti akan mendapat badan-badan rohani dalam penjelmaannya yang akan datang, atau sekurang-kurangnya kehidupan dalam badan-badan di syurga untuk menikmati kehidupan material pada tingkat yang lebih tinggi. Kerana itu, dalam kedua keadaan tersebut, tidak ada alasan untuk menyesal. Siapapun yang mempunyai pengetahuan sempurna tentang kedudukan dasar sang roh yang individual, Roh Yang Utama, dan alam-baik alam material mahupun alam rohani - disebut dhra, atau orang yang paling tenang. Orang seperti itu tidak pernah dikhayalkan oleh penggantian badan. Teori para Myvd bahawa para roh bersatu tidak dapat dibenarkan, kerana sang roh tidak dapat dipotong menjadi bahagianbahagian percikan. Kalau Yang Mahakuasa dapat dipotong menjadi banyak roh individual seperti itu, maka itu bererti bahawa Roh Yang Utama dapat dipotong atau diubah, dan itu bertentangan dengan prinsip bahawa Roh Yang Utama tidak dapat diubah. Sehagaimana dibenarkan dalam Bhagavad-gt, bahagian-bahagian percikan

44

dari Tuhan Yang Maha Esa berada untuk selamanya (santana) dan disebut kara; iaitu, mereka cenderung jatuh ke dalam alam material. Bahagian-bahagian percikan tersebut tetap menjadi bahagian-bahagian percikan untuk selamanya. Setelah pembebasan, sang roh individual tetap sama - iaitu, sebagai bahagian percikan. Tetapi begitu sang roh mencapai pembebasan, ia hidup untuk selamanya dalam kebahagiaan dan pengetahuan bersama Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa. Teori pencerminan dapat di gunakan sehubungan dengan Roh Yang Utama yang bersemayam dalam setiap badan individual dan dikenal sebagai Paramtm, Beliau berbeza dari makhluk hidup individual. Apabila langit dicerminkan pada permukaan air, bayangan-bayangan pada permukaan air menggambarkan matahari, bulan, dan bintang-bintang. Para makhluk hidup dapat diumpamakan sebagai bintang-bintang, dan Tuhan Yang Maha Esa dapat diumpamakan sebagai matahari atau bulan. Sang roh yang individual sebagai bahagian percikan diwakili oleh Arjuna, dan Roh Yang Utama adalah Keperibadian Tuhan Yang Maha Esa. r Ka. Arjuna dan r Ka tidak sejajar, dan kenyataan ini akan .menjadi jelas pada awal Bab Empat. Kalau Arjuna sejajar dengan Ka, dan kedudukan Ka tidak Iebih tinggi daripada Arjuna, maka hubungan mereka sebagai yang .mengajarkan dan yang diajarkan tidak ada ertinya. Kalau kedua-duanya dikhayalkan oleh tenaga yang mengkhayalkan (my), maka tidak perlu yang satu menjadi pengajar dan yang lain diajarkan. Ajaran seperti itu tidak berguna, sebab tidak seorang pun yang dapat menjadi pengajar yang dapat dipercaya kalau ia masih dalam cengkaman my. Kerana keadaan itu, diakui r Ka adalah Tuhan Yang Maha Esa, dan kedudukan Ka lebih tinggi daripada makhluk hidup, seperti Arjuna, sebagai roh yang sudah lupa akan dirinya kerana dikhayalkan oleh my.

45

Sloka 14

2.

Wahai putera kunt, suka dan duka muncul untuk sementara dan hilang sesudah beberapa waktu, bagaikan mula dan berakhirnya musim dingin dan musim panas. Hal hal itu timbul dari penglihatan indria, dan seseorang harus belajar cara mentolerir hal hal itu tanpa goyah, wahai putera keluarga Bharata.

PENJELASAN: Dalam melaksanakan tugas kewajiban sebagaimana mestinya. orang harus belajar mentolerir suka dan duka yang muncul untuk sementara dan hilang sesudah beberapa waktu. Menurut aturan veda, orang harus mandi pagipagi, bahkan selama bulam mgha (Januari-Februari). Pada waktu itu dingin sekali (di India-red.), tetapi walaupun demikian, orang yang taat pada prinsip-prinsip kerohanian tidak malas mandi. Begitu juga, seorang wanita tidak enggan masak di dapur selama bulan Mei dan Jun, iaitu bulan terpanas selama musim panas (di India-red.). Orang harus melaksanakan tugasnya tanpa mempedulikan kesulitan kerana iklim. Begitu juga, bertempur adalah prinsip para katriya, dan walaupun seseorang harus bertempur melawan kawan atau sanak keluarga, hendaknya ia jangan menyimpang dari tugas kewajibannya yang telah ditetapkan. Orang harus mengikuti aturan dan peraturan prinsip-prinsip dharma yang telah ditetapkan agar ia dapat maju sampai tingkat pengetah