cpf.gov.sg/BeReady Bersedialah dengan CPF Dari hari pertama anda bekerja sehingga usia senja anda Tempat tinggal Perlindungan asas bagi penjagaan kesihatan Pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan
cpf.gov.sg/BeReady
Bersedialah dengan CPFDari hari pertama anda bekerja
sehingga usia senja anda
Tempat tinggal
Perlindungan asas bagi penjagaan
kesihatan
Pendapatan sepanjanghayat semasa
persaraan
1 CPF – Asas dalam Persaraan Anda
Perancangan persaraan boleh menjadi sesuatu yang membimbangkan. Anda mungkin mempunyai persoalan tentang bagaimana untuk merancang hari tua anda dan sama ada anda akan mempunyai simpanan yang mencukupi. Bagi kebanyakan warga Singapura, sistem CPF menyediakan asas bagi persaraan mereka tetapi ianya sering diabaikan. Sila baca untuk mengetahui bagaimana anda dapat memanfaatkan simpanan anda dan bersiap sedia untuk hari-hari senja anda dengan CPF.
3 Keperluan Asas dalam PersaraanDalam perancangan persaraan, adalah penting untuk menjaga keperluan asas kehidupan dalam persaraan supaya anda boleh bersara dengan lebih tenang.
Rumah yang telah dibayar sepenuhnya
memberi anda jaminan tempat
tinggal, tanpa perlu risau tentang sewa. Rumah anda juga
boleh menambahkan pendapatan
persaraan anda.
Perlindungan penjagaan kesihatan adalah penting bukan
sahaja di usia tua tetapi juga semasa anda masih muda. Bil-bil
perubatan yang tinggi boleh melenyapkan tabungan persaraan
anda dengan mudah.
Aliran pendapatan yang stabil
sepanjang hayat untuk memenuhi
perbelanjaan harian anda pada usia senja
supaya anda tidak perlu risau tentang
simpanan yang tidak mencukupi.
#1 Tempat Tinggal
#2 Perlindungan Asas bagi Penjagaan
Kesihatan
#3 Wang tunai untuk Perbelanjaan
Harian
2
Semasa anda bekerja, anda mula menabung untuk 3 keperluan asas ini dalam Akaun Biasa, MediSave dan Khas dengan sumbangan CPF anda. Apabila anda mencapai usia 55 tahun, Akaun Persaraan (RA) akan dibuat untuk anda.
Akaun Biasa (OA)
Akaun Khas (SA)
Akaun MediSave
(MA)
Akaun Persaraan
(RA)
Usia 55 & ke atas
Boleh digunakan untuk perumahan, insurans
dan pelaburan
Boleh digunakan untuk produk kewangan yang berkaitan dengan usia senja dan persaraan
Boleh digunakan untuk perbelanjaan hospital
dan insurans perubatan yang diluluskan
Digunakan untuk menyediakan pembayaran
persaraan bulanan
Tip #1Urus Pinjaman Perumahan anda – Wujudkan keseimbangan di antara menggunakan wang tunai dan CPF dalam pembiayaan rumah anda. Simpanan CPF anda akan menjadi pembayaran persaraan anda kelak.
3
3 Pihak Bekerja Berganding BahuAnda tidak menabung bersendirian. Majikan anda juga turut membantu.
Sebagai contoh, sekiranya anda berusia di bawah umur 55 tahun, untuk setiap dolar yang anda carumkan kepada SA anda, majikan anda akan menambah sebanyak 85 sen, yang menjadikan jumlah tersebut meningkat kepada $1.85.
Simpanan anda meningkat…Pemerintah membantu anda meningkatkan simpanan CPF anda dengan membayar faedah tambahan pada $60,000 pertama dari baki gabungan anda (terhad pada $20,000 untuk OA)1.
Mereka yang di bawah usia 55 tahun boleh memindahkan simpanan dari OA ke SA untuk mengembangkan simpanan. Dengan kuasa faedah kompaun, setiap dolar dalam SA anda akan meningkat lebih dua kali ganda dalam 20 tahun.
Sebagai contoh, $1.85 anda akan berganda kepada $3.70 dalam tempoh kira-kira 20 tahun, dan $7.40 dalam kira-kira 40 tahun. Ini adalah 7 kali ganda sumbangan $1 anda!
Selain sumbangan daripada pekerjaan, anda juga boleh memilih untuk menokok SA dengan wang tunai dan nikmati pelepasan cukai sehingga $7,000 setahun. Tertakluk pada syarat.
1 Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kadar faedah CPF, sila rujuk cpf.gov.sg/CPFInterestRates.
Kadar-kadar caruman ini adalah untuk ahli yang berusia 55 tahun dan ke bawah.
17% dari gaji
20% dari gaji
Caruman CPF
Daripada majikan anda daripada anda
Untuk ahli di bawah usia 55 tahun
Untuk ahli berusia 55 tahun ke atas
Sehingga
6%Pada $30,000 pertama
baki CPF gabungan (sehingga $20,000
dari OA)
Sehingga
5%Pada $30,000
seterusnya (sehingga $20,000 dari OA)
Sehingga
5%Pada $60,000 pertama
baki CPF gabungan (sehingga $20,000
dari OA)
OA2.5% setahun
SA4% setahun
MA4% setahun
RA4% setahun
OA2.5% setahun
SA4% setahun
MA4% setahun
4
Sokongan untuk Pekerja Bergaji RendahSekiranya anda seorang pekerja bergaji rendah, anda juga boleh menerima sokongan tambahan di bawah Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja atau Workfare Income Supplement Scheme (WIS) untuk membantu anda membina tabungan anda. WIS menggalakkan pekerja yang layak untuk terus bekerja dan mengembangkan simpanan CPF mereka untuk persaraan, perumahan dan penjagaan kesihatan yang diperlukan melalui pembayaran tunai dan caruman CPF.
Anda akan menerima WIS sekiranya anda memenuhi kriteria berikut:
¹ Pendapatan termasuk gaji asas dan gaji tambahan seperti bayaran bagi kerja lebih masa dan bonus. 2 Anda harus memperoleh pendapatan bulanan kasar purata tidak lebih daripada $2,300 dalam tempoh 12 bulan yang lalu.3 Termasuk individu kurang upaya di bawah usia 35 tahun.
1 2
45-54
55-59
Bekerja sekurang-kurangnya sebulan
Anda layak untuk WIS jika anda:
Warga Singapura
Berusia 35 tahun ke atas
Bukan pemilik 2 atau lebih hartanah
Anda dan suami/isteri tidak harus memiliki dua atau lebih hartanah secara bersama.
Pendapatan suami/isteri anda yang ditaksir tidak harus melebihi $70,000
Tinggal dalam hartanah dengan nilai tahunan $13,000 atau kurang pada 31 Dis 2019
Jika anda sudah berkahwin,
Usia anda WIS tahunan maksimum
353-44
Memperolehi pendapatan tidak
lebih daripada $2,3001 untuk bulan bekerja dan dalam masa 12 bulan² yang lalu
$1,700
$2,500
$3,300
$4,000
Sekiranya anda bekerja, anda akan dinilai berdasarkan caruman CPF daripada majikan anda secara automatik. Kunjungi cpf.gov.sg/wis untuk maklumat lanjut.
5
2 Persediaan untuk Hari Tua Anda – Mengembangkan Simpanan Anda
Tip#2Pertimbangkan untuk membuat bayaran balik wang simpanan CPF yang telah digunakan untuk rumah untuk memanfaatkan faedah. Daftar masuk ke Khidmat Dalam Talian my cpf menggunakan SingPass anda untuk mengetahui jumlah yang boleh dibayar balik sebelum memulakan langkah tersebut.
Semua ahli mempunyai kelonggaran dan pilihan untuk mengembangkan simpanan persaraan mereka yang sesuai dengan keperluan yang berbeza dan kesediaan menanggung risiko tertentu.
Bagi mereka yang mempunyai masa dan kepakaran kewanganAnda boleh memilih untuk melabur dalam lebih daripada 200 dana pelaburan yang di bawah Skim Pelaburan CPF atau CPF Investment Scheme (CPFIS). Harus diingatkan bahawa pulangan yang tinggi juga mempunyai risiko yang tinggi.
6
Bagi mereka yang ingin memilih pelaburan tanpa risikoSekiranya anda enggan mengambil risiko, sila pertimbangkan untuk menyimpan simpanan anda di akaun CPF anda untuk menikmati kadar faedah yang menarik1.
Untuk menikmati pembayaran bulanan yang lebih tinggi selepas persaraan, anda boleh menokok wang di dalam SA (jika anda di bawah usia 55 tahun) atau RA (jika anda berusia 55 tahun ke atas) sehingga Jumlah Penuh (FRS) atau Jumlah Dipertingkat (ERS). Tambahan lagi, anda boleh menikmati pelepasan cukai sehingga $7,000 setahun bagi tokokan tunai akaun anda, sehingga FRS sedia ada.
Langkah alternatif adalah untuk memindahkan wang simpanan dari OA ke SA (jika anda berusia 55 tahun ke bawah) atau SA/OA2 ke RA (jika anda berusia 55 tahun ke atas) untuk menerima faedah yang lebih tinggi. Anda boleh memindahkan jumlah wang simpanan sehingga FRS sedia ada ke SA atau ERS ke RA anda. Tokokan tunai dan pemindahan wang tidak boleh dikembalikan, untuk itu rancang kewangan anda sebelum memulakan pilihan ini.
1 Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kadar faedah CPF, sila rujuk cpf.gov.sg/CPFInterestRates.2 Hanya selepas simpanan SA telah dipindahkan sepenuhnya.
3 Nikmati pelepasan cukai sehigga $7,000 setahun. Tertakluk kepada syarat.
DI BAWAH 55 55 TAHUN KE ATAS
TUNAI3TUNAI3
OAOA2
SA RA SA
1) Peroleh lebih faedah2) Nikmati pelepasan cukai apabila anda menokok wang3
3) Terima pembayaran bulanan sepanjang hidup4) Nikmati pembayaran bulanan lebih tinggi
KELEBIHAN
7
3 Menjangkau usia 55 tahun – Mengetepikan Jumlah Persaraan Anda
Pada usia 55 tahun, simpanan dari SA dan OA, sehingga FRS yang ditentukan, akan dipindahkan kepada RA untuk membentuk jumlah simpanan persaraan. Jumlah tersebut akan memberikan anda pembayaran bulanan mulai usia anda layak menerima pembayaran1 di bawah Pendapatan Sepanjang Hayat Bagi Orang Yang Lanjut Usia (CPF LIFE) atau Skim Jumlah Persaraan (RSS).
Bergantung kepada gaya hidup yang anda inginkan, anda boleh memilih dari pelbagai pilihan pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan anda. Pembayaran bulanan yang anda inginkan akan membantu menentukan berapa banyak yang perlu anda ketepikan dalam RA anda.
1 Usia layak menerima pembayaran pada masa ini adalah 65 tahun bagi ahli yang lahir pada tahun 1954 atau kemudian.
55Tahun
Akaun Khas (SA)
Akaun Biasa (OA)
8
Jumlah Persaraan yang anda ketepikan pada usia 55 tahun akan berkembang dengan faedah dari masa ke semasa. Jadual di bawah menunjukkan berapa banyak simpanan persaraan anda yang akan berkembang pada usia yang berbeza. Sekiranya anda ingin mendapatkan pembayaran bulanan dalam tahap jumlah yang tertentu, ini adalah simpanan yang anda perlu ketepikan di pelbagai peringkat usia. Jumlah tokokan dihadkan kepada ERS semasa untuk ahli yang berusia 55 tahun ke atas.
Pembayaran dianggarkan berdasarkan Pelan Standard CPF LIFE yang dikira pada 2020.
Jumlah-jumlah ini dikenakan bagi anggota yang berusia 55 tahun pada 2020.
1 Jumlah Asas [Basic Retirement Sum (BRS)] – Jika anda memiliki hartanah. Hartanah yang anda miliki perlu mempunyai baki tempoh pajakan sekurang-kurangnya sehingga anda berusia 95 tahun.
2 Jumlah Penuh [Full Retirement Sum (FRS)] adalah 2 x BRS – Jika anda tidak memiliki hartanah atau ingin mendapatkan pembayaran yang lebih tinggi.
3 Jumlah Dipertingkat [Enhanced Retirement Sum (ERS)] adalah 3 x BRS – Jika anda ingin mendapatkan pembayaran jauh lebih tinggi.
Apakah pembayaran bulanan yang anda inginkan?Bagi mereka yang mencapai usia 55 pada 2020
$1,520-
$1,640
$90,500 $271,500$181,000
$2,030-
$2,180$1,390
-$1,490
$750-
$810$540-
$580
$540-$580$750-$810
$960-$1,030$1,390-$1,490$1,520-$1,640$2,030-$2,180
$75,900$112,300$147,500$220,300$242,900$328,300
$60,000$90,500
$120,000$181,000$200,000$271,500
$97,200$141,500$184,300$272,900$300,500$404,300
Untuk menerima jumlah pembayaran seumur hidup
ini dari usia 65 tahun
Simpanan yang anda perlukan dalam RA pada usia 55 tahun
Simpanan yang anda perlukan dalam RA pada usia 60 tahun
Simpanan yang anda perlukan dalam RA pada usia 65 tahun
1 2 3
9
Jumlah Persaraan yang dikenakan bagi pencarum yang akan mencapai usia 55 tahun dari tahun 2020 hingga 2022 seperti yang tertera di bawah boleh membantu anda merancang untuk persaraan anda.
Tip#3Anda boleh terus membayar pinjaman perumahan anda dengan:
• Memperuntukkan simpanan OA pada usia 54 tahun, supaya simpanan anda tidak akan dipindahkan ke RA apabila anda mencapai usia 55 tahun.
• Menggunakan sebarang sumbangan baru ke OA anda.
Baca lebih lanjut tentang cara anda boleh terus menggunakan simpanan CPF untuk membayar pinjaman perumahan di cpf.gov.sg > CPF Schemes > Housing.
Pembayaran dianggarkan berdasarkan Pelan Standard CPF LIFE yang dikira pada 2020.
Usia 55 pada2020
Usia 55 pada2021
Usia 55 pada2022
Jumlah Asas $90,500 $93,000 $96,000
Baki RA yang diunjurkan pada usia 65 tahun $141,500 $145,100 $149,500
Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun $750-$810 $770-$830 $790-$850
Jumlah Penuh $181,000 $186,000 $192,000
Baki RA yang diunjurkan pada usia 65 tahun $272,900 $280,100 $288,900
Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun $1,390-$1,490 $1,430-$1,530 $1,470-$1,570
Jumlah Dipertingkat $271,500 $279,000 $288,000
Baki RA yang diunjurkan pada usia 65 tahun $404,300 $415,200 $428,200
Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun $2,030-$2,180 $2,080-$2,230 $2,140-$2,300
10
Keputusan yang perlu diambil setelah anda berusia 55 tahun:
Pembayaran bulanan masa depan yang anda inginkan akan membantu menentukan berapa banyak yang anda perlu ketepikan di dalam RA. Semakin tinggi pembayaran bulanan, semakin banyak simpanan yang anda perlu ketepikan. Anda juga boleh menokok wang atau memindahkan wang simpanan dari SA/OA1 ke RA anda sehingga ERS untuk menikmati pembayaran lebih tinggi.
Anda boleh mengeluarkan sehingga $5,000 dari SA dan OA, atau baki simpanan CPF2 selepas mengetepikan ke dalam RA (i) FRS, atau (ii) BRS (jika anda memiliki hartanah)3.
Bagaimanapun, jika anda tiada keperluan segera bagi simpanan ini, biarkannya dalam akaun CPF anda agar terus memperoleh faedah. Apabila keperluan timbul, anda boleh mengeluarkan sepenuhnya atau sebahagiannya, seberapa kerap yang anda suka, dan pada bila-bila masa selepas mencapai usia 55 tahun. Dengan PayNow, anda boleh menerima simpanan CPF anda dengan hampir serta-merta.
Tip#4Dari usia 55 tahun, gabungan simpanan CPF anda akan memperoleh faedah sehingga 6% setahun. Ini termasuk faedah tambahan sebanyak 2% setahun bagi $30,000 pertama dan 1% setahun bagi $30,000 berikutnya dari simpanan gabungan anda (terhad pada $20,000 untuk OA). Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kadar faedah CPF, sila rujuk cpf.gov.sg/CPFInterestRates.
1 Simpanan SA akan dipindahkan sepenuhnya sebelum OA.2 Merujuk kepada simpanan OA, SA dan RA. Untuk simpanan RA, ini tidak termasuk wang tokokan, faedah yang diterima dan sebarang geran pemerintah yang diterima. 3 Hartanah yang anda miliki perlu mempunyai baki tempoh pajakan sekurang-kurangnya sehingga anda berusia 95 tahun.
Berapa jumlah yang harus diketepikan dalam RA?
Patutkah saya keluarkan simpanan?
11
4 Pada Usia Senja Anda – Memilih Pembayaran Anda
Dengan jangka hayat yang lebih panjang, aliran pendapatan sepanjang hayat dapat menolong anda membuat persediaan secukupnya untuk masa persaraan yang lebih lama.
Jumlah Persaraan yang anda ketepikan dalam RA anda akan digunakan untuk menyediakan anda dengan pembayaran bulanan dari usia anda layak menerima pembayaran.
Sekiranya anda adalah Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap yang lahir pada atau selepas tahun 1958, dan mempunyai sekurang-kurangnya $60,000 dalam RA anda enam bulan sebelum anda berusia 65 tahun, anda akan menggunakan CPF LIFE yang memberi anda pembayaran bulanan pada bila-bila masa dari usia 65 tahun, selama anda hidup. Sekiranya anda memenuhi kriteria di atas, kami akan mengirimkan surat kepada anda untuk menjelaskan lebih lanjut pilihan yang anda miliki dan pilihan yang harus anda buat. Jika anda dilahirkan pada 1957 atau sebelum itu, anda tertakluk di bawah RSS1.
Bagi mereka yang ingin mengeluarkan sedikit wangJika anda dilahirkan pada 1958 atau selepas itu, anda boleh memilih untuk mengeluarkan sehingga 20% daripada baki RA (termasuk $5,000 pertama yang boleh dikeluarkan pada usia 55 tahun) dari usia anda layak menerima pembayaran iaitu 65 tahun. Namun, ini akan mengurangkan jumlah pembayaran setiap bulan.
Bagi mereka yang boleh menungguJika anda masih bekerja atau mempunyai sumber pendapatan lain, anda boleh memilih untuk memulakan pembayaran bila-bila masa dari usia anda layak menerima pembayaran sehingga 70 tahun. Bagi setiap tahun pembayaran tersebut ditangguh, ia akan meningkat 7%.
1 Rujuk kepada muka surat 14 berkaitan RSS.
$750 to $810
$800 to $860
$840 to $910
$890 to $960
$950 to $1,020
$1,000 to $1,090
65
66
67
68
69
70
Mula pembayaran pada usia
Pembayaran bulanan sepanjang hayat
Pembayaran adalah anggaran berdasarkan ahli yang telah mengetepikan Jumlah Asas sebanyak $90,500 pada usia 55 tahun dan pembayaran Pelan Standard CPF LIFE pada tahun 2020.
Tahukah anda bahwajika anda memulakan
pembayaran pada usia 70 dan bukan 65, anda akan
menikmati tambahan sebanyak $250 hingga $280 dalam pembayaran bulanan
sepanjang hayat?
12
3 Pelan CPF LIFE untuk anda pilihTerdapat 3 pelan CPF LIFE untuk anda pilih - Pelan Standard, Pelan Meningkat dan Pelan Asas. Pelan-pelan ini berbeza dari segi pembayaran bulanan yang akan anda terima. Anda hanya perlu memilih pelan CPF LIFE apabila anda ingin memulakan penerimaan pembayaran bulanan CPF LIFE anda pada bila-bila masa dari usia 65 hingga 70 tahun. Sekiranya anda belum memilih pelan CPF LIFE pada usia 70 tahun, kami akan meletakkan anda secara automatik di Pelan Standard CPF LIFE dan mulakan pembayaran anda pada usia 70 tahun.
Tip#5Dengan perancangan lanjut, flat HDB anda boleh menjadi sumber pendapatan tetap untuk memenuhi keperluan persaraan anda. Anda boleh mempertimbangkan untuk menambah pendapatan persaraan anda melalui beberapa pilihan bagi meraih pendapatan dari rumah anda.
1. Jual sebahagian daripada tempoh pajakan flat anda melalui Skim Beli Balik Pajakan.
2. Tukar kepada flat yang lebih kecil dan nikmati Bonus Perumahan untuk Warga Emas.
3. Sewakan flat anda atau bilik yang tidak digunakan.
$750 to $810
$800 to $860
$840 to $910
$890 to $960
$950 to $1,020
$1,000 to $1,090
65
66
67
68
69
70
Mula pembayaran pada usia
Pembayaran bulanan sepanjang hayat
Pembayaran adalah anggaran berdasarkan ahli yang telah mengetepikan Jumlah Asas sebanyak $90,500 pada usia 55 tahun dan pembayaran Pelan Standard CPF LIFE pada tahun 2020.
Tahukah anda bahwajika anda memulakan
pembayaran pada usia 70 dan bukan 65, anda akan
menikmati tambahan sebanyak $250 hingga $280 dalam pembayaran bulanan
sepanjang hayat?
Tahap pembayaranbulanan yang lebih
tinggi
Pembayaranbulanan yang
bermula rendah tapimeningkat sebanyak
2% setiap tahun
PelanPenambahan
PelanAsas
PembayaranBulanan
Pembayaran bulananyang lebih rendah*
Nota: Untuk semua pelan CPF LIFE, pembayaran boleh diselaraskan untuk menjelaskan perubahan jangka panjang dalamkadar faedah atau jangka hayat. Pelarasan sedemikian (jika ada) dijangka kecil dan beransur-ansur.
PelanStandard
(Secara Automatik)
Baki premium CPF LIFE (jika ada) bersama dengan simpanan CPF yang masih ada akan diagihkan kepada benefisiari anda selepas kematian anda.
*Pembayaran bulanan Pelan Asas akan berkurangan apabila baki CPF gabungan anda berada di bawah $60,000. Ini disebabkan oleh kurangnya faedah tambahan yang diperolehi.
13
Skim Jumlah Persaraan [Retirement Sum Scheme (RSS)]Jika anda tidak berada di bawah CPF LIFE, anda boleh sertai CPF LIFE bila-bila masa dari usia 65 tahun sehingga sebelum usia anda mencecah 80 tahun. Jika tidak, anda akan
menerima pembayaran bulanan dari RA di bawah RSS, sehingga baki RA anda habis.
Bagaimanakah saya memulakan pembayaran bulanan saya?Anda boleh mengarahkan Lembaga CPF supaya memulakan pembayaran bulanan anda bila-bila masa sahaja mulai usia anda layak menerima pembayaran1 sehingga mencecah usia 70 tahun dengan:
- Menghantar borang dalam talian melalui laman CPF; atau
- Mengunjungi mana-mana Pusat Khidmat CPF di serata pulau dengan menggunakan Kad Pengenalan.
Bergantung sama ada anda di bawah CPF LIFE atau RSS, berikut adalah langkah-langkah yang boleh dipertimbangkan:
CPF LIFE Skim Jumlah Persaraan
Jika anda ingin memulakan pembayaran bulanan anda selepas usia kelayakan menerima pembayaran1
Anda boleh merujuk kepada arahan yang boleh didapati di pakej undangan yang akan dihantar kepada anda apabila anda mendekati usia kelayakan menerima pembayaran.
Jika anda ingin mengira anggaran pembayaran bulanan anda
Gunakan Penganggar CPF LIFE.
Lungsuri cpf.gov.sg/LifeEstimator
Gunakan Kalkulator Pembayaran Skim Jumlah Persaraan CPF.
Lungsuri cpf.gov.sg > pilih ‘Tools’ > pilih 'Retirement Sum Scheme (RSS) Payout Estimator' dan log masuk menggunakan SingPass anda.
1 Usia kelayakan menerima pembayaran pada masa ini adalah 65 tahun bagi ahli yang lahir pada tahun 1954 atau kemudian.
14
3 Cara Untuk Menjaga Orang Yang TersayangAnda juga mungkin prihatin tentang keperluan persaraan pasangan anda dan orang tersayang - sama ada mereka akan mempunyai sumber pembayaran yang stabil ketika persaraan atau jika ia mencukupi untuk keperluan harian mereka.
Anda boleh mempertimbangkan pilihan berikut ini:
1. Memindahkan simpanan CPF anda yang melebihi BRS kepada pasangan anda
Pembayaran dianggarkan berdasarkan Pelan Standard CPF LIFE yang dikira pada 2020.
Kedua-duanya akan menerima faedah yang lebih bersama, dan
akan mempunyai sumber pembayaran bulanan mulai 65
tahun untuk menyokong keperluan mereka
Dia memindahkan
$30,000kepada Siti
Sebelum pemindahan
Selepas pemindahan
$610(sepanjang
hayat)
Dia kini mempunyai
$90,500dalam akaun-akaun CPF
Beliau kini mempunyai
$70,000dalam Akaun Persaraan
$810(sepanjang
hayat)
$380
Ahmad mempunyai
$120,500 dalam akaun-akaun CPF
pada usia 55 tahun
Siti mempunyai
$40,000dalam Akaun Persaraan
pada usia 55 tahun
$1,040(sepanjang
hayat)
(sepanjang hayat)
Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun
Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun
Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun
Pembayaran Bulanan dari usia 65 tahun
5 Menjaga Orang yang Anda Sayangi
15
2. Memindahkan wang simpanan CPF melebihi BRS (jika anda memiliki hartanah)1 kepada ibu bapa atau datuk/nenek anda
Pembayaran dianggarkan berdasarkan Pelan Standard CPF LIFE yang dikira pada 2020.
Diamemindahkan
$20,000kepada ibunya
Sebelumpemindahan
Selepaspemindahan
Ibu Samuel kini dapat menikmati pembayaran bulanan sepanjang hayat
yang lebih tinggi dari usia 65 tahun bagi menyokong keperluannya.
Beliau kini mempunyai
$70,000 dalam Akaun Persaraan
$490(sepanjang hayat)
Ibu Samuel mempunyai
$50,000 dalam AkaunPersaraan pada usia 60 tahun
$370(sepanjang hayat)
Pembayaran Bulanandari usia 65 tahun
Samuel mempunyai
$110,500 dalam akaun-akaun CPF pada usia 35 tahun
Pembayaran Bulanandari usia 65 tahun
Anda boleh pindahkan wang simpanan melebihi BRS (jika anda memiliki hartanah)1 kepada ibu bapa dan
datuk/nenek anda dari OA (jika anda berusia bawah 55 tahun).
Dia kini mempunyai
$90,500dalam akaun-
akaun CPF
1 Hartanah yang anda miliki perlu mempunyai baki tempoh pajakan sekurang-kurangnya sehingga anda berusia 95 tahun.
16
Pemindahan CPF Tokokan Wang TunaiDalam talian di laman web CPF:
1. Log masuk di cpf.gov.sg dengan menggunakan SingPass2. Pergi ke My Requests > Building up My /My Recipient’s CPF savings
1. Lancar aplikasi dan log masuk dengan menggunakan SingPass2. Pilih My Services > Special / Retirement Account Top-Up
Poskan borang ‘Top Up Retirement Sum Using GIRO’ yang lengkap untuk GIRO
(Potongan Bulanan/Tahunan)
Aplikasi mudah alih myCPF
3. Menokok wang tunai1 atau memindahkan simpanan CPF yang melebihi FRS kepada mereka yang tersayang2
Apabila anda menokok wang tunai atau memindahkan wang kepada akaun CPF orang yang disayangi seperti suami, isteri atau ibu bapa, mereka akan menerima pembayaran bulanan yang lebih tinggi dan mereka akan mempunyai pendapatan sepanjang hayat semasa persaraan melalui CPF LIFE.
Bagi ahli yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya $60,000 dalam RA mereka enam bulan sebelum mereka mencapai usia 65 tahun dan berada di bawah RSS, mereka akan menerima pembayaran bulanan dari RA mereka sehingga ia habis. Namun, mereka boleh memilih untuk bergabung dengan CPF LIFE menggunakan simpanan dari RA mereka bila-bila masa sebelum mencapai usia 80 tahun.
Anda boleh membuat tokokan atau pemindahan dengan pilihan berikut:
1 Jika anda menokok wang bagi orang yang disayangi, anda boleh menikmati pelepasan cukai sehingga $7,000 setiap tahun, bagi taksiran cukai tahun berikutnya. 2 Orang yang disayangi juga termasuk ibu dan bapa mertua, nenek dan datuk mertua serta adik-beradik.
17
Apakah perkara yang dirangkumi oleh Pencalonan CPF?
Merangkumi Tidak merangkumi
Simpanan CPF dalam akaun Biasa, Khas, MediSave dan Persaraan anda
Hartanah yang dibeli menggunakan simpanan CPF anda
Pembayaran daripada Skim Perlindungan Tanggungan atau Dependants' Protection Scheme (DPS)
Pelaburan di bawah Skim Pelaburan CPF atau CPF Investment Scheme (CPFIS)
Premium CPF LIFE yang tidak digunakan, jika ada
Saham SingTel berdiskaun
Penamaan CPFPenamaan CPF memberikan anda pilihan bagi menentukan siapa yang akan menerima simpanan CPF anda dan bahagian peratusan bagi setiap penama selepas kematian anda. Jika tiada penamaan CPF dibuat, wang CPF akan dipindahkan ke Pejabat Pemegang Amanah Awam (PTO) untuk diagihkan kepada anggota keluarga anda di bawah Akta Pewarisan Harta Pusaka Tidak Berwasiat atau Sijil Pewarisan (untuk Orang Islam) sekiranya berlaku kematian anda. Dengan penamaan CPF, simpanan CPF anda akan diagihkan secara tunai kepada penama anda, melainkan anda memilih jenis penamaan yang berbeza¹.
Anda boleh membuat penamaan dalam talian di cpf.gov.sg. Sebagai alternatif, anda boleh mengunjungi mana-mana pusat perkhidmatan CPF kami dan melengkapkan borang penamaan CPF di hadapan Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan kami.
1 Secara biasa, simpanan CPF anda akan diagihkan secara tunai. Sebagai alternatif, anda boleh menamakan penama anda di bawah Skim Penamaan Dipertingkat (ENS) sekiranya anda mahu mereka menerima simpanan CPF anda dalam akaun CPF mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai ENS, sila kunjungi cpf.gov.sg
18
Siapkan:1. SingPass anda2. Butir-butir NRIC penama anda 3. Butir-butir NRIC dua saksi (setiap saksi anda
harus mempunyai SingPass yang sah)
Selepas anda membuat penamaan anda:• Dua saksi anda akan diberitahu melalui SMS
dan/atau e-mel.• Sebaik sahaja penamaan dalam talian anda
diserahkan, dua saksi anda akan diberitahu melalui SMS dan/atau e-mel. Kedua-dua saksi harus log masuk ke Perkhidmatan Dalam Talian my cpf dengan SingPass mereka dalam masa 7 hari untuk mengesahkan niat anda untuk membuat penamaan.
• Penamaan anda akan diproses oleh Lembaga CPF selepas selesainya penyaksian oleh kedua-dua saksi anda.
• Lembaga CPF akan memberitahu anda melalui SMS dan/atau e-mel mengenai status penamaan anda.
Tiga Langkah Mudah untuk Membuat Penamaan CPF Anda Dalam TalianUntuk membuat penamaan dalam talian, anda hanya perlu melengkapkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
www.cpf.gov.sg
www.cpf.gov.sg www.cpf.gov.sg
Witness #
2Witness #1
Anggota CPF
Imbas kod QR untuk mengisi borang penamaan dalam talian. Sebagai alternatif, anda boleh mengunjungi cpf.gov.sg/MakeCPFNom.
19
6 Memahami CPF Semudah 1, 2, 3
Secara ringkasnya, berikut adalah cara bagaimana CPF membantu persaraan anda:
CPF anda bertujuan untuk menyediakan 3 keperluan asas dalam persaraan anda. Ini membentuk asas yang baik untuk merancang
persaraan anda.
20
Anda tidak menyimpan bersendirian. Terdapat 3 pihak berganding bahu untuk membina simpanan CPF anda.
Terdapat beberapa keputusan yang anda boleh lakukan dengan simpanan CPF anda, dan ada berbagai cara untuk mengembangkan simpanan CPF anda bergantung kepada tahap risiko yang boleh anda ambil.
Anda juga boleh pertimbangkan 3 cara untuk membantu orang tersayang untuk bersara dengan fikiran lebih tenang.
Pilih dari 3 tahap jumlah persaraan bergantung
kepada jumlah pembayaran yang anda ingin terima.
Pilih dari 3 pelan CPF LIFE bergantung kepada bagaimana
anda ingin mengeluarkan pembayaran anda.
PEMERINTAH ANDA MAJIKAN
DARI USIA 55 TAHUN DARI USIA 65 TAHUN
TOKOKAN WANG TUNAI
PEMINDAHAN KEPADA
SUAMI/ISTERI
PEMINDAHAN KEPADA IBU BAPA ATAU
ORANG TERSAYANG
21
2. Adakah saya sanggup mengambil risiko untuk pulangan yang dijangka lebih tinggi dalam simpanan CPF saya?
Ya, saya bersedia untuk mengambil risiko dan mempunyai kepakaran kewangan dan masa untuk menguruskan sendiri pelaburan saya secara aktif. Anda boleh memilih Skim Pelaburan CPF.
Tidak. Anda boleh memilih untuk menyimpan simpanan anda di akaun CPF anda untuk memperolehi faedah menarik1.
3. Bagaimana saya boleh menjaga orang yang tersayang dan membantu mereka memenuhi keperluan persaraan mereka?
Anda boleh:
Menggunakan wang tunai untuk menokok ke akaun CPF orang tersayang. Nikmati pelepasan cukai sehingga $7,000 sekiranya anda membuat tokokan wang tunai kepada mereka. Tertakluk kepada syarat.
7 Panduan Ringkas untuk Memanfaatkan Simpanan CPF Anda
1. Bagaimana saya boleh terus mengembangkan simpanan CPF saya?
Anda boleh membuat:
Tokokan wang tunai ke Akaun Khas (SA) (jika anda berusia 55 tahun ke bawah) atau Akaun Persaraan (RA)(jika anda berusia 55 tahun dan ke atas). Nikmati pelepasan cukai sehingga $7,000. Tertakluk kepada syarat.
Pemindahan Akaun Biasa (OA) kepada Akaun Khas (SA) (jika anda berada di bawah 55), atau pindahan SA / OA kepada RA (jika anda berusia 55 tahun ke atas) untuk mendapatkan pulangan lebih tinggi.
Membayar secara tunai untuk pinjaman perumahan dan tidak menggunakan simpanan CPF.
Kembalikan wang simpanan CPF yang telah anda gunakan untuk membayar rumah anda kepada akaun CPF anda.
Caruman sukarela kepada akaun CPF anda.
1 Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kadar faedah CPF, sila rujuk cpf.gov.sg/CPFInterestRates.
22
5. Bagaimana saya boleh terus membayar pinjaman perumahan menggunakan simpanan CPF selepas usia 55 tahun?
Sekiranya anda masih mempunyai pinjaman perumahan yang belum dijelaskan, anda boleh:
Mohon untuk memperuntukkan simpanan OA sebelum anda mencecah usia 55 tahun, supaya simpanan anda tidak dipindahkan ke RA apabila anda berusia 55 tahun.
Gunakan sebarang sumbangan baru kepada OA.
Baca lebih lanjut bagaimana anda boleh menggunakan simpanan CPF untuk membayar pinjaman rumah di cpf.gov.sg > CPF Schemes > Housing.
Membuat pemindahan CPF melebihi BRS kepada pasangan anda.
Membuat pemindahan CPF melebihi BRS (jika anda memiliki hartanah) kepada ibu bapa atau datuk/nenek anda.
Membuat pemindahan CPF melebihi FRS kepada orang tersayang1 yang lain.
4. Bagaimana saya boleh menikmati pembayaran bulanan yang lebih tinggi semasa persaraan nanti.
Anda boleh memilih untuk:
Ketepikan jumlah persaraan yang lebih tinggi dalam RA anda dan/atau tokokkan ERS semasa anda.
Menangguhkan pembayaran bulanan anda, sehingga usia 70 tahun.
1 Orang tersayang yang lain merujuk kepada ibu dan bapa mertua, nenek dan datuk mertua serta adik-beradik.
23
Berhubunglah dengan kami
cpf.gov.sg/EmailAlerts Langgani My Notifications dan terima e-mel tentang pengumuman, acara, artikel penting dan lain-lain lagi.
fb.com/CPFBoard Berhubung dengan kami melalui Facebook untuk mendapatkan tip dan maklumat sampingan mengenai Skim CPF.
instagram.com/cpf_board Ikuti kami di Instagram untuk maklumat terkini!
youtube.com/CPFvideos Langgani saluran YouTube kami untuk menonton video yang terkini dari CPF.
Maklumat tepat pada Julai 2020. Hak cipta 2020 Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF). Hak cipta terpelihara.