Source: Berita Harian © Singapore Press Holdings Limited. 24 Sep 2017, Page 12 Permission required for reproduction CIK Namie Rasman menjalankan pelbagai tugas ber- beza selepas meraih ijazah muzik daripada Maktab Seni Lasalle. Selain menjadi pengarah pertubuhan tidak mengaup untung, We Love Jazz, yang membawa irama jaz ke pe- ringkat kejiranan, Cik Namie, 27 tahun, juga seorang ju- rulatih muzik bagi kanak-kanak prasekolah. Beliau juga mengendalikan kelas bimbingan muzik se- cara peribadi dan turut membuat persembahan jaz dan muzik elektronik di Singapura dan luar negara. Pelajar terbaik Sekolah Muzik Kontemporari Lasalle yang meraih ijazah kepujian Kelas Pertamanya baru-ba- ru ini berkata: “Saya akur kebanyakan anak muda lulusan sekolah seni tidak akan ‘melekat’ pada satu cabang tugas sahaja. Tiada salahnya berbuat demikian bagi menikmati keren- caman dalam tugas anda. Asalkan ia berlegar dalam bidang yang sama, saya kira tiada masalah besar.” Beliau seronok berhubung baik dengan masyarakat pencinta muzik jaz di sini serta menyertai mereka dalam misi memasyarakatkan jaz yang sering disalah anggap se- bagai muzik golongan atasan. Bagi membangun kerjaya nyanyiannya, Cik Namie merakam empat lagu bagi album EP di studio rakaman sekitar Pattaya. Beliau juga membuat persembahan muzik elektronik di Esplanade, November ini di bawah program bimbi- ngan seni Noise Singapore, kendalian Majlis Seni Ke- bangsaan (NAC). “Bukan mudah menembusi industri muzik tempatan, apa lagi membawanya ke peringkat antarabangsa. Na- mun, jika belia di luar sana meminati muzik, jangan fikir dua kali. Teruskan sahaja asal anda bersedia kerja keras,” katanya. Bagi Cik Nadhirah Abdul Halim pula melihat keluar- ga sebelah bapanya mengendalikan Kedai Buku Haji Hashim di Joo Chiat dan meninjau kesungguhan kakak- nya mengurus gedung buku Melayu dalam talian, mem- buat beliau minat berniaga. Bezanya, gadis berusia 23 tahun ini cenderung me- nimba pengalaman dalam perniagaan fesyen. Cik Nadhirah, yang lulus dengan ijazah kepujian Kelas Pertama dalam Media dan Industri Fesyen, sudah dua bulan bertugas sebagai perantis perdagangan di pe- lantar jual beli fesyen mewah terkenal di Singapura, The Fifth Collection. Katanya: “Saya bersyukur tidak perlu menanti lama bagi mendapatkan pekerjaan. Tugas saya memeriksa barangan mewah dan menentukan harga serta memerik- sa keadaannya sebelum ia disenaraikan dalam talian un- tuk dijual kepada pelanggan.’’ Kunci kejayaannya pula adalah kesabaran, penguru- san masa yang baik dan keprihatinan terhadap dunia per- niagaan fesyen yang pesat berubah. “Belia perlu tahu apa kekuatan mereka dan apa yang dimahukan dalam kerjaya. Lulusan bisnes fesyen perlu- kan rangkaian kenalan yang utuh bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan. “Tiada salahnya mengambil pengajian seni kreatif se- perti fesyen asal sahaja kita buat perancangan awal dan ambil tahu tentang keperluan industri fesyen atau pernia- gaan fesyen. “Saya ingin timba banyak pengalaman berurusan de- ngan orang ramai dan mempelajari kemahiran komuni- kasi dan kajian trend sekali gus,’’ katanya. JIKA teman sebayanya gigih mencari pekerjaan, Cik Siti Sofiah Ridwan pula dijejak dan disunting agensi pengiklanan besar DDB Group sebagai pengarah seni junior. Lulusan ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian Kelas Pertama dalam Komunikasi Rekaan di Maktab Seni Lasalle itu telah lebih sebulan bekerja men- gendalikan projek pengiklanan menerusi wadah cetakan dan media digital. Ketika ditanya Gah!, Cik Siti Sofiah, 23 tahun, tersenyum seraya berkata: “Saya sudah giat membangun portfolio selepas tamat pengajian Diploma Media dan Komunikasi di Politeknik Singapura (SP). “Dengan beberapa anugerah yang dimenangi serta se- narai projek yang diusahakan, saya bersyukur ada pihak memerhatikan dan mengamati kemahiran saya. “Majikan saya kini mencari tanpa saya memohon tu- gas tersebut.” Gadis berkaca mata ini memenangi Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong dan Anugerah Perak bagi kate- gori ‘Kempen Pengiklanan Bersepadu’ dalam Anugerah Crowbar 2016 yang meraikan daya kreatif pelajar. Bersama rakan sekursusnya, anak sulung dalam tiga beradik itu menjana Kempen #harshtags yang memu- puk kesedaran golongan milenial tentang isu hak ke- manusiaan yang menjejas dunia. Kata Cik Siti Sofiah: “Saya rasa sebilangan besar golongan milenial yang sebaya dengan saya kurang ambil peduli tentang isu hak kemanusiaan dan kerja memulihara hidupan liar. “Saya pula peka tentang hidupan liar dan penakatan binatang laut yang dikhuatiri pupus. Media sosial dijadi- kan wadah menyebar pesanan kerana ia sesuatu yang de- kat di hati belia.” BELIA HARUS BERANI MENCUBA Ditanya apakah kunci kejayaan yang membawa kepa- da ijazah Kelas Pertama, beliau berkata: “Kajian itu mustahak dalam kursus komunikasi re- kaan. Kami pentingkan kandungan dan kumpulan sasa- ran. Belia juga harus berani berdikari. Mereka tidak harus harapkan pensyarah memberi dorongan. “Di Lasalle, saya hargai peluang mencatat jurnal pros- es kreatif. Otak perlu diperah bagi meraih idea kreatif. Hubungan dengan pensyarah yang terbuka menerima idea kreatif terjalin akrab. “Kalau ada kemahuan, pasti ada jalan. Bidang kreatif ini luas dan jika anda manfaatkan kebebasan yang diberi bagi meneroka perkara baru, anda akan raih kelebihan- nya dan tidak akan ada masalah membangun kerjaya yang berbaloi.” DEKAN BANGGA Mengulas pencapaian anak Melayu yang mendapat ijazah Kepujian Kelas Pertama daripada Lasalle, Dekan Fakulti Reka Bentuk Lasalle, Cik Nur Hidayah Abu Bakar, berkata: “Saya amat gembira melihat mereka cemerlang dalam bidang yang dipilih. Harapan saya mereka akan menjadi inspirasi buat ramai lagi belia Melayu di Singapu- ra. “Tiada formula khusus meraih kejayaan dalam seni kreatif. Yang penting, seseorang itu harus berfikiran ter- buka, kekal teruja ingin tahu dan dahagakan lebih bany- ak ilmu pengetahuan dan peluang. “Namun, mereka juga harus akur bahawa kesabaran dan kecekalan itu adalah kunci kejayaan buat tempoh yang panjang.” Menurutnya lagi, Lasalle mempersiap pelajarnya bagi pelbagai laluan kerjaya dengan harapan lulusannya mampu menyesuaikan diri, inovatif dan terdedah kepa- da bermacam kerjasama silang disiplin dan kerencaman cara berfikir. “Sesetengahnya akan menyertai firma rekaan yang terkenal atau menjadi penggubal dasar seni sedangkan sesetengah yang lain membuka perniagaan sendiri. “Saya percaya kita lebih memerlukan lulusan dengan minda kreatif dalam mengharungi ekonomi masa kini. Lulusan Lasalle berada dalam kedudukan yang mantap bagi membawa perubahan,” ujar Cik Nur Hidayah. TUGAS pereka hias dalaman di firma seni bina Chalk Architects sudah diperolehi Encik Isjacob Ishak sejak se- tahun lalu sebelum beliau tamat pengajian di Maktab Se- ni Lasalle. Kini, selepas menggenggam ijazah Sarjana Muda Sas- tera dengan Kepujian Kelas Pertama bagi kursus reka hias dalaman, beliau selesa mengendalikan lebih lima projek hiasan dalaman perumahan, persekolahan dan komersial sekali gus. Encik Isjacob, 26 tahun, malah bersyukur Lasalle me- lengkapinya dengan kemahiran berguna bagi kegunaan di pejabat. Sebagaimana kongsinya: “Lasalle buka peluang kami mengembara. Saya pela- jari tentang budaya kerja dan juga trend rekaan di luar negara. “Sambil belajar, saya juga sempat menjadi kurator bersama bagi pameran Myths and Beliefs di Galeri Na- sional Singapura. Kerja seni saya juga dipamerkan di situ. “Pendek kata, Lasalle mempersiap pelajarnya de- ngan bekalan ilmu dan kemahiran sejajar dengan tuntut- an pasaran kerja. Maka, apabila saya menggalas bebera- pa projek serentak, saya mampu mengendalikannya tan- pa rasa tertekan atau panik.” Anak bongsu dalam dua beradik itu hanya berdepan dengan cabaran berunding dengan pelanggan menerusi komunikasi berkesan. Rakan sekursusnya yang juga meraih kepujian Kelas Pertama, Encik Mohamed Khalis Mohd Sidek, 26 tahun, pula mempelajari bahasa Mandarin sebelum bekerja se- bagai jurubina. Beliau memanfaatkan kredit SkillsFuture dan ber- harap bahasa tersebut dapat dimanfaatkan bagi beruru- san dengan pekerja binaan kelak. “Buat masa ini, saya pilih untuk membuat persiapan terlebih dahulu. Saya juga mengembara sepuasnya ke be- berapa negara Asia Tenggara,” ujarnya. Encik Mohamed Khalis juga pernah mengikuti pro- gram silang budaya di Korea Selatan sewaktu di Lasalle. Namun, beliau tidak dapat lupa detik dinobatkan se- bagai juara peraduan rekaan bilik mandi anjuran jenama pengeluar kepala paip mewah bagi kegunaan dapur dan bilik mandi, Gessi. Sebagai ganjaran, beliau merantau ke Milan, Italy, dan dibawa meninjau bilik pameran Gessi. “Pengajian di Lasalle memberi saya peluang menik- mati kebebasan berfikir menerusi hiasan ruang. Bagi pro- jek tahun akhir saya, saya melihat ruang dalam sekitaran rumah pemulihan remaja lelaki bagi melihat keadaan dalam sekitaran mereka yang hidup tertindas,” katanya ‘Dilamar’ agensi iklan sebelum tamat pengajian Pengajian reka hias dalaman persiap belia bagi pasaran kerja Minat muzik, niaga fesyen bawa rezeki TIDAK KEKOK TANGANI BANYAK PROJEK: Encik Isjacob Ishak, yang berpeluang meraih peluang pekerjaan setahun sebelum tamat pengajian ijazah hiasan dalaman, gembira Lasalle melengkapinya dengan kemahiran menangani pelbagai projek serentak. TEROKA BERMACAM TUGAS: Demi cinta pada muzik, Cik Namie Rasman menjalani pelbagai tugas meliputi pengarah gerakan cinta jaz, We Love Jazz; jurulatih muzik dan penghibur di persembahan gig tempatan dan luar negara. GIGIH BINA PORTFOLIO: Sejak tamat pengajian di Politeknik Singapura, Cik Siti Sofiah Ridwan sudah membangun portfolio projek rekaan yang diusahakannya sehinggalah beliau dilamar agensi pengiklanan mapan yang kagum dengan hasil kerjanya. – Foto-foto M.O. SALLEH RAIH SEMANGAT CINTA NIAGA DARIPADA KELUARGA: Cik Nadhirah Abdul Halim berminat menjelajah bidang niaga fesyen, bermula dengan tugas sebagai perantis perdagangan di pelantar jual beli fesyen mewah The Fifth Collection berkat sokongan keluarganya yang menjalankan bisnes gedung buku dalam talian dan juga pengasas Kedai Buku Haji Hashim. JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN: Encik Mohamed Khalis Mohd Sidek pernah memenangi peraduan reka hias bilik mandi yang membawanya ke Milan, Italy. Kecemerlangan dalam jurusan seni kreatif – baik muzik, komunikasi rekaan, reka hias dalaman mahupun media dan industri fesyen – membawa kepada kejayaan lima anak Melayu yang meraih ijazah Kepujian Kelas Pertama di Maktab Seni Lasalle. Peluang pekerjaan mereka dalam bidang kreatif kekal cerah, dengan masing-masing sudah mempunyai pekerjaan atau membuat persiapan serius bagi pasaran buruh. HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan. 12 Berita Minggu | 24 September 2017 Gah! Gaya Hidup · Artistik · Hiburan