-
Disember 2012 Berita Perikanan 1
Bil. 83 (Disember 2012) (PERCUMA)
KaedahMengawalSeranganLintahLautTerhadapIkanKerapu
MakmalKulturTisuTumbuhanAkuatikKomersialDibina
SiputManis(Babyloniaareolata)BerjayaDibiak,DiasuhDalam
Hatceri KeunikanPanauUntuk TangkapBawal
Melalui Inovasi
Generasi Muda Mentransformasikan Pertanian
-
2 Berita Perikanan Disember 2012
Isi Kandungan Perutusan
EditorialPenasihatHj. Ahmad Azahari Ahmad
Ketua EditorialZaki Haji Mokri
Sidang RedaksiPengurusan Maklumat : Nor Khalilah Zainuddin, Mohd
Fakhrudin Yasok & Mohd Nor Effendi Aziz Pengembangan : Kasim
Tawe Akuakultur : Azura Markus Biosekuriti : Norashikin Daliyana
& Hamidon Ahmad Pelesenan & PS : Mohamad Hafiz Mushidi
Shakori Perlindungan Sumber : Wan Nurul Shuhada Wan
IbrahimPembangunan & PKT : Azimah Jumatli Kejuruteraan :
Sumawati Amad Bugis Sumber Manusia : Zam Zam SarifanPenyelidikan :
Nor Hadzirah Ramli DPPSPM : Wahidah Mohd ArshaadInst. Perikanan
Malaysia : Mohd Faizal Mat Ahan
KorespondenKedah: Anuar Omar, Perlis: Masoffi Ab. Karim, Pulau
Pinang: Thanaletchumy Chandrasegar, Perak: Norul Fahezah
Salehhuddin, Selangor: Fazlan Abd. Ghani, Melaka: Mohd. Azam Jusoh,
Negeri Sembilan: Khanisah Mujin, Johor: Nur Afifah A. Rahman,
Pahang: Mohamed Semail, Terengganu: Muslihah Abdul Rahaman,
Kelantan: Wan Azman Mamat, Labuan: Nazrul Azman Mat Rahim, Sarawak:
Nata Bakar, Sabah: Sairin Samin
JurufotoNor Yubas Sahari Yaacob, Abdul Razak Mohamad
EdaranAbdul Razak Mat Aini
Reka Bentuk dan PercetakanSasyaz Holdings Sdn. Bhd.
(219275-V)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan
salam satu Malaysia.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah
Subhanahu Wataala kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan
aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Pembaca yang dihormati sekalian,Malaysia sebagai salah sebuah
negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) telah
menandatangani dua perjanjian penting iaitu Perjanjian
Halangan-halangan Teknikal kepada Perdagangan (Technical Barriers
to Trade (TBT) Agreement) dan Perjanjian (Sanitary and
Phytosanitary (SPS) Agreement) yang merangkumi peraturan teknikal,
standard, pematuhan serta peraturan bagi melindungi kesihatan
manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan termasuk keselamatan makanan
dalam urusan perdagangan. Selain itu, Malaysia juga menganggotai
Pertubuhan Antarabangsa Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) yang telah
menetapkan standard kesihatan haiwan termasuk ikan untuk
dilaksanakan di dalam negara anggota bagi mencegah dan mengawal
kejadian penyakit haiwan yang boleh mengakibatkan kerugian ekonomi
serta kehilangan biodiversiti.
Pergerakan atau perdagangan ikan hidup antarabangsa telah
menjadi salah satu sebab berlakunya penyebaran penyakit ikan dari
satu kawasan ke kawasan lain. Aktiviti pengimportan ikan hiasan,
benih ikan dan benih udang ke Malaysia telah membawa masuk pelbagai
patogen baharu seperti Koi herpes virus (KHV), Spring viraemia of
carp virus (SVC), Epizootic ulcerative syndrome (EUS), Red sea
bream iridoviral disease (RSIV) dan penyakit-penyakit udang seperti
White spot syndrome virus (WSSV) dan lain-lain.
Penyakit ini boleh menyebabkan kerugian yang besar akibat
kematian ikan dan penolakan pasaran yang membawa kepada pengurangan
produktiviti akuatik. Oleh itu, pencegahan penyakit di peringkat
ladang adalah kunci utama bagi menjamin stok yang sihat dan
mencegah penyebaran patogen yang serius di peringkat negara dan
serantau. Pengusaha hendaklah mengguna pakai prosedur
langkah-langkah biosekuriti yang sesuai untuk mengawal dan
memusnahkan penyakit.
Pembaca yang dihormati sekalian,Maka, di sinilah pentingnya
penerapan aspek kreativiti di kalangan kakitangan dan juga warga
negara bagi menghasilkan inovasi yang boleh mengatasi pelbagai
masalah yang timbul termasuk pengawalan penyakit ikan. Justeru,
Jabatan Perikanan telah berjaya menemui beberapa kaedah melalui
kajian bagi mengatasi masalah penyakit ikan seperti penggunaan
ekstrak daun sirih sebagai rawatan alternatif yang lebih selamat
seperti mana yang dijayakan oleh kakitangan Institut Penyelidikan
Perikanan (FRI) Tg. Demong, Besut, Terengganu.
Terbaharu, pegawai penyelidik, Puan Kua Beng Chu dari NaFisH
telah menghasilkan inovasi yang bertajuk Break & Protect bagi
menangani masalah serangan lintah laut (Zeylanicobdella
arugamensis) terhadap ikan kerapu. Walau pun inovasi ini hanya
memerlukan kos yang murah, namun impaknya besar kerana mampu
mengelak kerugian kepada penternak ikan yang disebabkan oleh
serangan lintah laut.
Sukacita saya ingin mengucapkan tahniah kepada kakitangan dan
peserta yang telah berjaya mencipta pelbagai inovasi dalam bidang
perikanan terutama kepada pemenang sempena Hari Inovasi Jabatan
Perikanan Malaysia yang diadakan pada November lalu yang bertemakan
Sains dan Inovasi Pemaju Transformasi. Adalah diharapkan supaya
lebih banyak lagi inovasi dalam pelbagai subbidang perikanan dapat
dihasilkan oleh kakitangan yang boleh diguna pakai oleh kumpulan
sasar dan sekali gus dapat meningkatkan daya saing di peringkat
global.
Sekian, wassalam.
(DATO AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)Ketua Pengarah Jabatan Perikanan
MalaysiaPutrajaya
23
4 & 56
6789
9
10101111
121213
14,15,16,1718
19
2021
222324
25 & 2626
272828
PerutusanGenerasi Muda Mentransformasikan Pertanian Melalui
InovasiPeruntukan RM8 Juta Untuk Kluster Rumpai Laut Perikanan Laut
Dalam Menyumbang Transformasi Ekonomi NegaraNelayan, Penternak
Sarawak Terima BantuanKeunikan Panau Untuk Tangkap BawalPusat Udang
Galah Akan Ditubuhkan Di SarawakSediakan Jaket Keselamatan, Jangan
Darat IkanDi Negara JiranPengusaha Akuakultur, Kakitangan Ikuti
Bengkel Asas Penyakit IkanIPM Dianugerahkan Pensijilan MS ISO
9001:2008Pelatih IPM Curah Bakti Pada Masyarakat NelayanKakitangan,
Pelatih IPM Derma DarahDari Akhbar: Pencemaran - 10 Lot Kebun
Kerang Sungai Buloh TerjejasKembara Bersama Media DUN Sungai
LinggiPembetulanKaedah Mengawal Serangan Lintah Laut Terhadap Ikan
KerapuLensa PerikananMakmal Kultur Tisu Tumbuhan Akuatik Komersial
DibinaAncaman Penyakit EMS Terhadap Udang Putih (P.
Vannamei)Superworm Makanan Mahal ArowanaSiput Manis (Babylonia
areolata) Berjaya Dibiak, Diasuh Dalam HatceriPesara Ceburi Bidang
AkuakulturAzam Chamnat Mahu Jadikan Keli Disukai RamaiPerusahaan
Ikan Kering SeriNelayan Empangan BekokProgram Pemeriksaan,
Permohonan Lesen Sampan KhasUji Minda Anda!! - Teka Silang
KataKartun - Ikan Oh! IkanResipi Pilihan Sup Tiram Herba &
Sambal Tiram
-
Disember 2012 Berita Perikanan 3
Oleh: CawanganKomunikasi IbuPejabatPerikanan,Putrajaya
Generasi Muda
YAB Dato Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abd. Razak, Perdana Menteri
Malaysia menyampaikan Anugerah Perdana Menteri kepada Encik Mohd
Zakiron Zahid sempena sambutan MAHA International dan Hari
Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2012.
YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani Malaysia, menyampaikan Anugerah Usahawan Ikan Jaya kepada
Encik Hanim Bin Hj. Raduan.
YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan
Malaysia memberi penerangan kepada pengunjung pameran rangka ikan
paus terbesar.
Serdang, Selangor: Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur
dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 dan Hari Peladang,
Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dari
23 November hingga 2 Disember 2012 di MAEPS. Pameran yang
dirasmikan oleh YAB Dato Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abd. Razak,
Perdana Menteri Malaysia ini bertemakan Transformasi Pertanian
Melalui Inovasi dan telah disertai oleh 2,240 syarikat tempatan dan
antarabangsa dari 25 buah negara termasuk rantau Eropah, Amerika
Latin, Asia dan Australia. Pameran berkenaan telah dikunjungi
seramai 3.5 juta orang dan mencatatkan transaksi jualan sebanyak
RM24.12 juta serta unjuran padanan perniagaan hampir RM158 juta.
Pada MAHA 2010, seramai 2.66 juta orang telah mengunjunginya serta
mencatatkan transaksi jualan dan padanan perniagaan masing-masing
sebanyak RM23.58 juta dan RM152.26 juta.
YAB Perdana Menteri dalam ucapan perasmian berkata, bagi
membolehkan proses pembangunan semula pertanian, kerajaan perlu
menyediakan pelapis di kalangan generasi muda untuk meneruskan
kelangsungan dalam bidang berkenaan memandangkan ia berpotensi
besar untuk dimajukan dan menjadikannya sebagai satu kerjaya.
Tema Transformasi Pertanian Melalui Inovasi dipilih sejajar
dengan hasrat kerajaan untuk memodenkan sektor pertanian melalui
penggunaan teknologi dan inovasi agar terus berdaya saing dan
signifikan dalam pertumbuhan ekonomi negara. Sebagai contoh,
aktiviti penternakan ikan kelah iaitu sejenis ikan air tawar yang
juga dikenali sebagai empurau di Sarawak, mampu menjana pendapatan
lumayan kepada pengusahanya. Ini adalah kerana harga seekor ikan
berkenaan seberat tiga kilogram boleh mencecah antara RM2,800
hingga RM3,000. Untuk tujuan ini, kerajaan telah meluluskan
peruntukan RM4.5 juta untuk penyelidikan ikan tersebut. Selain itu,
sebuah syarikat Amerika Syarikat berminat untuk melabur bagi
melaksanakan Projek Akuakultur Udang Karang Bersepadu di Semporna,
Sabah.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berharap golongan peladang,
penternak dan nelayan dapat mencontohi kejayaan penerima Anugerah
Perdana Menteri seperti Encik Mohd Zakiron Zahid dari Kelantan yang
menjadi pengusaha kilang padi dan mengusahakan projek pertanian dan
bukan pertanian yang memberikan hasil pendapatan melebihi RM10 juta
pada tahun lepas.
Katanya, sementara itu Abdul Kadir Ibrahim dari Pahang yang
menggunakan pinjaman untuk membeli bot pertama dengan harga
RM70,000, kini memiliki tiga buah bot yang bernilai RM1 juta.
Beliau kini berjaya memperoleh pendapatan RM50,000 sebulan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, YB Datuk Seri
Noh Hj. Omar pula berkata, sesuai
dengan temanya, MAHA tahun ini telah berjaya mengetengahkan
konsep pameran teknologi dan inovasi yang merangkumi pembaharuan
sepanjang rantaian nilai from farm to tabledalam bidang pertanian,
perikanan, penternakan dan industri asas tani. Sehingga kini, lebih
RM7.5 bilion nilai tambah dihasilkan di bawah Bidang Ekonomi Utama
Negara (NKEA) pertanian.
Beliau berkata, golongan muda mampu mengaplikasikan bidang
pertanian melalui penggunaan teknologi canggih dan moden yang boleh
dipelajari menerusi sistem pendidikan dan latihan. Bidang ini mampu
menarik golongan muda kerana pendapatan daripada sektor ini adalah
jauh lebih besar sekiranya teknologi dan inovasi yang mudah dan
efisien diguna pakai.
Justeru kita mahukan lebih ramai belia, generasi muda dan
mahasiswa menjayakan sektor pertanian, contohnya penubuhan
MyAgrosis adalah antara usaha melah i rkan leb ih ramai mahasiswa
dalam pertanian moden, katanya.
Sebagai langkah untuk membantu usahawan pertanian baharu, kita
bercadang untuk menaikkan pinjaman mikro kredit yang diberikan di
bawah TEKUN dan Agrobank dari RM50,000 ke RM100,000, katanya.
PertanianMelalui Inovasi
Mentransformasikan
-
4 Berita Perikanan Disember 2012
Oleh: CawanganKomunikasi IbuPejabatPerikanan,Putrajaya
Semporna, Sabah: Majlis Pelancaran Mini MAHA Daerah Semporna
& Projek NKEA-EPP3 Kluster Rumpai Laut Sabah telah
disempurnakan oleh YB Datuk Seri Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani Malaysia pada November lalu. Dalam ucapannya
beliau berkata, dalam usaha untuk membangunkan industri rumpai laut
secara berskala besar dan komersial, Kementeriannya telah menaik
taraf kelompok penanam rumpai laut berskala kecil sedia ada dengan
memperkenalkan kaedah secara kluster. Melalui kaedah kluster,
infrastruktur
Peruntukan RM8 Juta Untuk Kluster Rumpai Laut
Pengusaha rumpai laut secara tradisional ini akan berubah
setelah mengusahakannya secara kluster.
YB Datuk Seri Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani Malaysia melawat pameran sempena Majlis Pelancaran Mini MAHA
Daerah Semporna & Projek NKEA-EPP3 Kluster Rumpai Laut Sabah di
Semporna.
Encik Ab Rosdy Sairuna, Pengerusi Masyarakat Bajau Laut (PELAHU)
Lahat Datu Berhad. menerima buku Manual Pengkulturan Rumpai
Laut.
utama seperti kompleks pelantar bersepadu yang mengandungi ruang
pengeringan, penyimpanan dan peralatan sokongan disediakan bagi
menyediakan suasana kerja yang lebih kondusif serta selamat.
Projek ini memberi keutamaan kepada penduduk bagi meningkatkan
pendapatan melalui pemindahan teknologi dan pemodenan industri.
Kerajaan melalui Agrobank turut menyediakan dana sejumlah RM5 juta
untuk dipinjamkan kepada penanam-penanam rumpai laut di negeri
Sabah.
Pada tahun 2012, sebanyak empat buah kluster rumpai laut sedang
dibangunkan di daerah Semporna dan Tawau yang melibatkan seramai
170 orang peserta dengan kos peruntukan sebanyak RM8.3 juta. Setiap
peserta kluster dijangka mampu menghasilkan sejumlah empat tan
metrik rumpai laut kering setahun bernilai RM12,000.
Pengeluaran rumpai laut diunjurkan meningkat kepada 900,000 tan
metrik dan nilai eksport rumpai laut dalam bentuk kering dan
karagenan dijangka mencecah RM1.4 bilion pada tahun 2020.
Australia, Kanada dan Jepun merupakan negara pengimport utama
rumpai laut kering. Pada masa ini, sekitar 85% pengeluaran dunia
disumbangkan oleh
-
Disember 2012 Berita Perikanan 5
negara BIM-EAGA yang melibatkan negara Indonesia, Filipina dan
Malaysia.
Bagi membangunkan Industri huluan dan hiliran rumpai laut dengan
lebih sistematik dan terancang, Jabatan Perikanan Malaysia telah
berjaya menerbitkan Manual Pengkulturan Rumpai Laut untuk diamalkan
di peringkat ladang hingga ke peringkat pemprosesan. Jabatan
Perikanan juga telah berjaya membangunkan Piawaian Rumpai Laut MS
2467:2012 yang merupakan panduan kepada penanam dan pengilang
rumpai laut bagi meningkatkan pendapatan, kualiti dan
produktiviti.
Salah sebuah kluster rumpai laut yang terlibat dalam program ini
ialah Koperasi Masyarakat Bajau Laut (PELAHU) Lahat Datu Berhad
yang dipengerusikan oleh Encik Ab Rosdy Sairuna, 43, yang mempunyai
seramai 15,000 ahli. Kluster ini mengusahakan rumpai laut di Pulau
Silungan, Semporna yang dibahagikan kepada 60 blok di mana setiap
blok berkeluasan 1.3 ekar. Selain Pulau Silungan, rumpai laut juga
diusahakan di Roach Reef dan Tubing yang
Kluster/ Nama Syarikat
Lokasi Projek
Saiz Kawasan Projek (Ha)
Bil. Peserta
Nilai Peruntukan (RM Juta)
Bantuan
Look Butun Seafarm Kluster Sdn. Bhd.
Kg. Look Butun, Semporna
150 50 2.41 Guna sama: Kompleks pelantar, bot kargo, meja
pengikat benih
Individu: Tali penanaman, tali nurseri, benih, mother rope
Gelam-gelam Seafarm Kluster Sdn. Bhd.
Kg. Gelam-gelam, Semporna
100 30 1.404 Guna sama: Kompleks pelantar, bot kargo, meja
pengikat benih
Individu: Tali penanaman, tali nurseri, benih, mother rope
Koperasi Masyarakat Bajau Laut (PELAHU) Lahad Datu Berhad
Pulau Silungan, Semporna 200 60 2.738
Guna sama: Kompleks pelantar, bot kargo, meja pengikat benih
Individu: Tali penanaman, tali nurseri, benih, mother rope
Koperasi Bumi Asli Merotai Tawau Berhad
Merotai/ Umas, Tawau 100 30 1.754
Guna sama: Kompleks pelantar, bot kargo, meja pengikat benih
Individu: Tali penanaman, tali nurseri, benih, mother rope
Jumlah 550 170 8.306
Selain melalui kluster, terdapat juga pengusaha yang menjalankan
pengkulturan rumpai laut secara individu seperti Encik Norsin, 55,
yang mengusahakannya sejak 27 tahun lalu di kawasan Gelam-gelam,
Look Butun, Semporna yang menghasilkan sebanyak satu tan metrik
rumpai luat kering sepusingan (dua bulan). Rumpai laut kering
dijual kepada pemborong dengan harga antara RM1.80 hingga RM2.00
sekilogram.
Encik Norsin pengusaha rumpai laut secara individu di kawasan
Gelam-gelam, Look Butun, Semporna.
YB Datuk Seri Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani Malaysia bersama pengusaha-pengusaha kluster rumpai laut.
Jadual: Kluster Rumpai Laut Negeri Sabah
kini menghasilkan antara 50 hingga 70 tan metrik rumpai laut
kering bernilai antara RM100,000 hingga RM140,000 sepusingan (dua
bulan).
-
6 Berita Perikanan Disember 2012
Santubong, Sarawak: Seramai 150 nelayan dan penternak dari
kawasan Parlimen Santubong, Sarawak telah menerima bantuan dalam
Majlis Penyerahan Bantuan Benih Ikan Melalui Program Touch Point
Jabatan Perikanan Laut Sarawak yang diadakan di Pejabat Perikanan
Laut Wilayah 1 Kuching pada Oktober lepas. Program telah dirasmikan
oleh YB Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Timbalan Speaker
Dewan Rakyat, Merangkap Ahli Parlimen P.193 Santubong.
Oleh: NataBakar JabatanPerikananLautSarawak
Nelayan, Penternak Sarawak Terima Bantuan
Projek Touch Point atau juga dikenali sebagai Projek Titik
Sentuh merupakan skim di mana pihak kerajaan mengenal pasti
keperluan-keperluan utama dalam sesuatu bidang yang diusahakan bagi
memaksimumkan hasil pengeluaran dan seterusnya meningkatkan
pendapatan pengusaha.
Dalam ucapan perasmian, YB Datuk Dr. Wan Junaidi berkata, setiap
penduduk negara ini memerlukan sekurang-kurangnya 45.5 kilogram
ikan setahun. Oleh itu nelayan perlu meneroka penangkapan ikan di
laut yang lebih dalam. Manakala penternak ikan juga hendaklah
memanfaatkan benih dan makanan ikan yang diberikan bagi
meningkatkan
pengeluaran kerana sektor akuakultur merupakan alternatif dalam
menjamin bekalan ikan negara sentiasa mencukupi.
Saya juga berharap supaya program pelepasan benih ikan di
perairan umum diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada
masyarakat setempat terutamanya para nelayan, katanya.
Dalam usaha untuk memastikan pelbagai maklumat seperti dasar,
status industri dan isu semasa dapat disampaikan kepada kumpulan
sasar, komunikasi dua hala delivery system perlu ditingkatkan
melalui sesi perjumpaan dan dialog seperti yang diadakan pada pagi
tadi, katanya.
Perikanan Laut Dalam MenyumbangTransformasi Ekonomi Negara
Kuching, Sarawak: Menjelang tahun 2020, negara memerlukan
kira-kira 500,000 tan metrik ikan daripada pendaratan vesel laut
dalam. Bolehkah sasaran ini dicapai memandangkan pendaratan ikan
oleh 1,522 buah vesel laut dalam yang beroperasi di zon C2 pada
tahun 2011 hanyalah 289,771 tan metrik? Justeru, kegiatan
mendaratkan ikan di luar negara dan pemindahan ikan dan minyak
bersubsidi di tengah laut perlu dibanteras.
Selain membanteras kegiatan yang merugikan negara itu,
penerokaan kawasan dan sumber baharu sedang diusahakan oleh Jabatan
Perikanan. Justeru, Jabatan Perikanan telah menjalankan survei pada
tahun 2005 dan 2010 di kawasan-kawasan yang masih belum diterokai
oleh nelayan. Kawasan kajian mempunyai ciri-ciri topografi yang
sukar untuk kegiatan menangkap ikan tanpa kepakaran, maklumat dan
peralatan yang bersesuaian. Kawasan-kawasan berkenaan mempunyai
dasar berkarang, berbatu, cerun, beralun dan kedalamannya melebihi
200 meter. Sehingga kini, sumber perikanan di kawasan ini masih
tersimpan dan menunggu untuk diterokai. Antara ikan pelagik laut
dalam yang bernilai tinggi dan berpotensi untuk dieksploit secara
komersial ialah spesies-spesies tuna, ikan merah, kerisi dan udang
merah.
Oleh: NataBakar JabatanPerikananLautSarawak
Sehubungan i tu , Jaba tan Per ikanan mengadakan Simposium Hasil
Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Laut Dalam Perairan Sarawak
dan Sabah pada Oktober lalu di Kuching, Sarawak. Simposium yang
bertemakan Perikanan Laut Dalam Menyumbang Transformasi Ekonomi
Negara ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.)
Alfred Jabu Anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Merangkap
Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar
Sarawak.
Bel iau menyarankan kepada nelayan, pengusaha laut dalam,
pelabur dan bakal pelabur supaya dapat mengambil peluang ini
untuk meneroka kawasan-kawasan berkenaan bagi membangkitkan
semula industri yang telah bertapak di Sarawak sejak 25 tahun
lepas. Kini, bilangan vesel laut dalam yang aktif di Sarawak ialah
302 buah. Manakala potensi pengeluaran ikan pelagik di kawasan Zon
Ekonomi Eksklusif (ZEE) termasuk Sabah dan Labuan ialah sekitar
852,000 tan metrik. Sedangkan realitinya pendaratan yang direkodkan
adalah hanya 533,404 tan metrik sahaja oleh semua jenis vesel.
Kerajaan Negeri Sarawak memandang serius perkembangan yang
perlahan ini kerana nilai dan jumlah pendaratannya tidak
menunjukkan potensi sebenar, katanya.
Dari segi tenaga kerja pula, hampir 90% dari 5,565 pekerja dalam
industri laut dalam negeri Sarawak adalah warga negara asing di
mana hanya sekitar 550 orang sahaja anak-anak tempatan,
katanya.
Justeru, saya amat berharap supaya Kolej Latihan Pertanian
Negara atau NATC dapat melatih anak-anak muda tempatan dalam bidang
perikanan laut dalam bagi memastikan sasaran 50% tenaga kerja dalam
bidang berkenaan adalah anak-anak tempatan, katanya.
YB Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Timbalan Speaker
Dewan Rakyat, Merangkap Ahli Parlimen P.193 Santubong, menyampaikan
benih ikan.
YB Datuk Dr. Wan Junaidi bersama tetamu-tetamu kehormat lain
melepaskan benih ikan siakap di Sungai Santubong.
YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Anak Numpang,
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Merangkap Menteri Pemodenan
Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Sarawak bersama YH Dato
Ahamad Sabki Bin Mahmood melawat pameran.
-
Disember 2012 Berita Perikanan 7
pemberat. Pemberat biasanya seberat 19 kilogram setiap satu yang
merupakan beg plastik yang diisi pasir. Daun nipah diikat bersama
pemberat untuk menarik perhatian ikan untuk berkumpul. Kerja
mengisi pasir ke dalam beg plastik dan menyediakan daun nipah
dilakukan sebelum nelayan turun ke laut.
Sebaik saja sampai di kawasan operasi, pelampung yang diikat
dengan tali akan dibuang ke laut dari bahagian sisi tengah bot.
Tali yang dibuang tadi akan ditarik naik dari bahagian belakang bot
untuk diikat daun nipah pada jarak sembilan meter dari pelampung.
Pemberat pasir akan diikat pada hujung tali yang sama sebelum
dibuang ke laut. Jarak dari unjam ke pemberat ialah antara 45 meter
hingga 100 meter.
bertindak sebagai pemburu ikan. Apabila bot panau ini
menghampiri unjam (umpan) yang telah dipasang, pemerhati akan
menyelam di permukaan air untuk menganggar bilangan ikan yang
berkumpul di unjam. Sekiranya jumlah ikan melebihi 10 ekor, lima
hingga enam penyelam lain akan terjun ke laut sambil membawa jala
selam. Mereka akan memburu ikan supaya masuk ke dalam pukat. Proses
ini mengambil masa kurang dari seminit. Kecekapan penggunaan panau
ini banyak bergantung kepada kecekapan penyelam itu sendiri.
Menurut nelayan panau ini, hasil tangkapan yang lumayan
diperoleh di antara bulan Februari hingga Mei setiap tahun.
Tangkapan utamanya adalah ikan bawal hitam.
Panau merupakan peralatan menangkap ikan tradisional yang masih
diusahakan oleh masyarakat nelayan di kawasan perairan Mukah dan
Bintulu di Sarawak. Panau adalah gelaran yang diberikan untuk bot
menangkap ikan yang menggunakan kaedah pemasangan umpan untuk
mengumpul ikan. Setelah ikan berkumpul, jala selam digunakan untuk
menangkapnya. Kebanyakan nelayan mewarisi pekerjaan ini daripada
keluarga mereka secara turun-temurun.
Operasi pukat panau ini banyak bergantung kepada kecekapan
penyelam yang juga bertindak sebagai pemburu ikan. Unjam digunakan
sebagai alat mengumpan ikan untuk berkumpul. Unjam ini terdiri dari
pelampung, daun nipah, tali dan
Keunikan Panau Untuk Tangkap Bawal Oleh:
JabatanPerikananLautSarawak
Penyelam memburu ikan masuk ke dalam pukat.
Bentuk lakaran jala selam.
Pemberat.
Bentuk unjam atau umpan.
Memerhati jumlah ikan di unjam.
Bot panau.
Jala selam yang berbentuk kon digunakan untuk menangkap ikan. Ia
berukuran antara tujuh hingga lapan meter panjang dan 15 hingga 20
meter ukuran keliling di bahagian mulut. Jala selam ini dilengkapi
dengan pelampung, gelang, tali kajar, isi pukat, tali penjerut dan
pemberat. Isi pukat disirat menggunakan tangsi dan polietilena.
Keunikan operasi panau ini ialah ia memerlukan kepakaran
pemerhati dan penyelam yang
-
8 Berita Perikanan Disember 2012
Terdapat 23 buah sungai di Sarawak yang kaya dengan udang
galah.
Udang galah jantan bersaiz A (>150g seekor) atau dipanggil
apek oleh penduduk tempatan.
Udang galah bersaiz sederhana yang sarat dengan telur.
Hasil tangkapan bubu oleh nelayan Batang Kayan, Lundu.
Sarawak menghasilkan lebihi 25 tan metrik udang galah
setahun.
Selambau sejenis peralatan untuk menangkap udang galah dan ikan
di hulu sungai.
Bubu yang diperbuat dari kulit kayu lazimnya digunakan oleh
nelayan kawasan Nyalau, Bintulu untuk menangkap udang galah.
Oleh: InstitutPenyelidikanPerikanan(FRI)Bintawa,Sarawak
Udang galah (Macrobrachium rosenbergii) merupakan spesies udang
bersaiz besar yang boleh mencapai hampir 500 gram seekor. Malaysia
merupakan pelopor utama penternakan udang galah pada awal tahun
70-an. Selain diternak, udang galah juga banyak ditangkap dari
sumber asli di mana Sarawak merupakan penyumbang utama. Dianggarkan
negeri-negeri Semenanjung Malaysia menyumbang sebanyak tiga tan
metrik udang galah setahun. Sabah pula menghasilkan sembilan tan
metrik dan Sarawak melebihi 25 tan metrik udang galah setahun.
Walau bagaimanapun, banyak pendaratannya tidak direkodkan.
Sarawak terkenal dengan udang galah kerana mempunyai jaringan
sungai yang besar dan panjang. Di negeri berkenaan terdapat 23 buah
sungai yang mempunyai kualiti air yang bersih dan sesuai untuk
pembiakan udang galah.
Pusat Udang Galah Akan Ditubuhkan Di Sarawak
Para penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan Bintawa, Jabatan
Perikanan Malaysia telah menjalankan kajian di kawasan utama
tangkapan udang galah di Sarawak, dan mendapati sumbernya masih
lagi pada tahap mampan. Survei ini menganggarkan tahap optimum
penangkapan udang galah di Sarawak adalah dalam lingkungan 50 tan
metrik yang bernilai melebihi RM1 juta setahun.
Memandangkan sumber udang galah di Sarawak masih tinggi, Jabatan
Perikanan Malaysia bersama Jabatan Pertanian Sarawak bercadang
untuk melaksanakan program pemuliharaan dan pengurusan sumber yang
seumpama sistem tagal bagi mengekalkannya sebagai aset perikanan
tangkapan dan akuakultur. Buat masa ini, penternakan udang galah di
Sarawak dijalankan
Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Induk (Broodstock Multiplying
Centre, BMC) dan Pusat Pengeluaran Benih Udang Galah (Nucleus
Breeding Centre, NBC) di Sarawak. Pusat-pusat ini akan berfungsi
untuk membekalkan induk serta benih yang bermutu tinggi hasil
penyelidikan genetik baka kepada industri akuakultur negara
khususnya di Sarawak. Objektif penubuhan pusat ini adalah untuk
memastikan Malaysia akan terus menerajui kepakaran dalam bidang
udang galah serta bagi menjamin bekalan makanan negara.
secara kecil-kecilan kerana faktor tanah. Tanah banyak digunakan
bagi penanaman komoditi pertanian lain seperti kelapa sawit yang
mana masih lagi memberi keuntungan besar kepada negara.
Melalui penyelidikan yang dijalankan, Jabatan Perikanan Malaysia
bercadang untuk menubuhkan
-
Disember 2012 Berita Perikanan 9
Bachok, Kelantan: Program Penyerahan Jaket Keselamatan dan
Bantuan Perikanan Melalui Program Touch Point Jabatan Perikanan
Negeri Kelantan telah diadakan di Kompleks Perikanan Tawang, Bachok
pada Oktober lepas. Program telah dirasmikan oleh YBrs. Encik
Mohamad Shaupi Bin Derahman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Perikanan Malaysia.
Dalam ucapan perasmian, beliau berkata lebih 1,500 nelayan yang
memiliki bot laut
Selaras dengan perkembangan industri akuakultur dunia, aktiviti
import dan eksport ikan hidup juga semakin meningkat. Aktiviti ini
juga secara langsung turut meningkatkan berlakunya penyebaran
penyakit haiwan akuatik. Senario perebakan penyakit haiwan akuatik
boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada pengusaha akuakultur
di seluruh dunia.
Atas kesedaran ini, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan dengan
kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Tanjong Demong,
Terengganu telah menganjurkan Bengkel Asas Penyakit Ikan Untuk
Pengusaha Akuakultur dan Kakitangan Jabatan Perikanan Negeri
Kelantan pada 5 Disember 2012 di Institut Pengurusan Peladang
Machang, Kelantan. Bengkel yang telah dihadiri lebih 100 orang
peserta ini bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada para
peserta berhubung dengan penyakit yang biasa menyerang ternakan
akuatik. Turut dibincangkan ialah kaedah diagnosa ikan sakit,
cadangan pencegahan serta rawatan penyakit ikan. Para peserta turut
diajar cara
Sediakan Jaket Keselamatan, Jangan Darat Ikan Di Negara
Jiran
Pengusaha Akuakultur, Kakitangan Ikuti Bengkel Asas Penyakit
Ikan
YBrs. Encik Mohamad Shaupi (kanan) memakaikan jaket keselamatan
kepada nelayan.
YBrs. Encik Mohamad Shaupi Bin Derahman, Timbalan Ketua Pengarah
(Operasi), Jabatan Perikanan Malaysia merasmikan majlis.
Pemeriksaan kehadiran virus dalam ikan ternakan menggunakan IQ
Kit.
Peserta mengikuti simulasi pemeriksaan parasit pada ikan
ternakan.
dalam diberi amaran bahawa Jabatan Perikanan akan membatalkan
lesen mereka jika terus mendaratkan ikan di negara jiran.
Sehingga kini, lebih 300 buah bot laut dalam termasuk 43 buah
dari Kelantan sudah dibatalkan lesen operasi kerana sebahagian
besarnya melakukan kesalahan mendaratkan ikan di negara lain,
terutama Thailand, katanya.
Dalam program berkenaan, Encik Mohamad Beliau berkata,
sesetengah nelayan tidak pernah melaporkan jumlah ikan yang
didaratkan sebagaimana yang disyaratkan untuk layak mendapatkan
minyak subsidi. Jabatan Perikanan Malaysia sentiasa memantau
pergerakan nelayan ketika berada di lautan menerusi peralatan
pengesanan khas dalam usaha membendung kegiatan yang tidak
sepatutnya dilakukan nelayan terbabit. Jabatan Perikanan juga tidak
akan memperbaharui lesen bot sekiranya nelayan tidak menyediakan
kemudahan jaket keselamatan di atas bot mereka untuk kegunaan
semasa berlaku kecemasan.
Shaupi menyampaikan bantuan jaket keselamatan dan benih ikan
kepada seramai 210 nelayan dan penternak dari Tumpat, Kota Baharu,
Bachok dan Pasir Puteh bagi meningkatkan pendapatan mereka.
Encik Mohamad Shaupi berkata, kerajaan telah mengalami kerugian
besar setiap tahun, apabila terpaksa me n a n g g u n g s u b s i d
i m i n y a k sedangkan ikan yang ditangkap tidak didaratkan di
negara ini.
pemeriksaan parasit, isolasi dan kultur bakteria di atas plat
agar. Demonstrasi kaedah mengesan virus dalam ikan ternakan
menggunakan IQ Kit turut dijalankan oleh pihak FRI Tanjong
Demong.
Terdapat kaedah-kaedah rawatan yang terbukti berkesan dalam
merawat penyakit ikan. Namun, langkah-langkah pencegahan penyakit
ikan adalah wajar dilaksanakan dan perlu diberi keutamaan. Secara
keseluruhannya, bengkel ini mencapai matlamatnya dan akan
diteruskan lagi pada masa akan datang yang akan dilaksanakan
mengikut kategori ternakan ikan air tawar dan ternakan ikan
marin.
Oleh: ShadiahMohamad JabatanPerikananNegeriKelantan
Oleh: WanAzmanMamat JabatanPerikananNegeriKelantan
-
10 Berita Perikanan Disember 2012
IPM Dianugerah PensijilanMS ISo 9001:2008
Pelatih IPM Curah Bakti Pada Masyarakat Nelayan
Chendering, Terengganu: Institut Perikanan Malaysia atau IPM
yang merupakan institut latihan di bawah kendalian Jabatan
Perikanan Malaysia telah beraya memperoleh Pensijilan MS ISO
9001:2008 setelah menepati standard pengauditan pihak SIRIM QAS
untuk kategori Sistem Pengurusan Kualiti bagi penyediaan dan
pengendalian latihan untuk kursus jangka pendek.
Pada 23 Ok t obe r 2008 , I PM t e l ah dianugerahkan Pensijilan
MS ISO 9001:2000
Marang, Terengganu: Aspek pendidikan sentiasa menjadi perhatian
banyak pihak dan pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan para
pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan
sebenar. Sehubungan itu, sebagai usaha menabur bakti kepada
masyarakat khususnya para nelayan, Institut Perikanan Malaysia
(IPM) dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah
menganjurkan Program Khidmat Bakti Pelatih Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) di Komuniti Pengurusan Ekosistem Perikanan (KPEP) Merchang,
Marang, Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah
Perikanan Negeri Terengganu, Encik Abdul Khalil bin Abdul
Karim.
Seramai 30 orang pelatih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
serta 20 kakitangan Institut Perikanan Malaysia (IPM) dan Pejabat
Perikanan Negeri (PPN) Terengganu bersama-sama ahli KPEP Merchang
yang merupakan nelayan sampan, terlibat dalam program tersebut.
Mereka menjalankan aktiviti mencuci dan mengecat semula premis
memproses keropok Kumpulan KPEP berkenaan secara gotong-royong.
Encik Abdul Khalil berkata, di samping menabur bakti kepada
masyarakat nelayan, pelatih mendapat pendedahan kepada suasana
sebenar industri perikanan dan peluang-peluang yang ada. Ia juga
berfungsi sebagai latihan awal supaya mereka lebih berketerampilan
dan mempunyai keyakinan
IPM komited untuk menyediakan perkhidmatan latihan yang
berkesan, cekap dan berkualiti serta sentiasa melaksanakan
penambahbaikan secara berterusan.
Gotong-royong - mencuci dan mengecat semula premis memproses
keropok milik KPEP Merchang.
Pelatih Sijil Kemahiran Malaysia bersama-sama kakitangan IPM dan
PPN Terengganu bersama-sama ahli KPEP Merchang, mengadakan Program
Khidmat Bakti.
Pensijilan MS ISO 9001:2008 untuk IPM berkuat kuasa 31 Oktober
2011 hingga 22 Oktober 2014.
Justeru, Sistem Pengurusan Kualiti yang dijalankan di IPM telah
dikemaskini supaya menepat i kehendak MS ISO 9001:2008. Kerja-kerja
persediaan peralihan daripada MS ISO 9001:2000 kepada MS ISO
9001:2008 yang baharu telah dimulakan pada bulan Mac 2010.
Pengauditan pensijilan semula oleh pihak SIRIM QAS pada 8 hingga 9
Ogos 2011 telah merumuskan bahawa Sistem Pengurusan Kualiti bagi
penyediaan dan pengendalian latihan untuk kursus jangka pendek yang
dijalankan di IPM adalah menepati standard MS ISO 9001:2008.
Sehubungan itu IPM telah dianugerahkan Pensijilan MS ISO 9001:2008
berkuat kuasa 31 Oktober 2011 hingga 22 Oktober 2014.
mengenai Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 dalam sektor awam, semua
pensijilan berasaskan MS ISO 9001:2000 akan luput pada akhir tahun
2010. Sehubungan itu, pihak SIRIM QAS Shah Alam
Oleh: NorAiniIsmail InstitutPerikananMalaysia
Chendering,Terengganu
Oleh: NorAiniIsmail InstitutPerikananMalaysia
Chendering,Terengganu
bagi skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti penyediaan dan
pengenda l i an l a t i han bagi kursus jangka pendek (tidak
melebihi 30 hari latihan) yang berkaitan pemprosesan, kejuruteraan,
pelayaran, peralatan dan keselamatan pelaut. Walau bagaimanapun,
selaras dengan peraturan MAMPU melalui Surat Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 2002
telah menetapkan bahawa semua pelaksanaan Sistem Pengurusan
Kualiti MS ISO 9001:2000 perlu beralih ke standard Pensijilan MS
ISO 9001:2008 mulai tahun 2010.
diri yang tinggi sebelum memasuki alam pekerjaan. Wakil Ketua
IPM, Encik Mohd Faizal Mat Ahan,
mengharapkan program-program seperti ini dapat mendedahkan
pelatih kepada tanggungjawab sosial serta memupuk modal insan
generasi pelapis nelayan yang bertanggungjawab terhadap diri,
agama, bangsa dan negara. Pelatih-pelatih juga dapat memajukan diri
mereka dalam entiti perniagaan dan keusahawanan serta
memperkenalkan IPM sebagai sebuah institusi latihan unggul dalam
bidang perikanan tangkapan di negara ini.
Pengerusi KPEP Merchang, Encik Awang Omar mengucapkan terima
kasih di atas sumbangan yang telah diberikan dan berharap program
seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
-
Disember 2012 Berita Perikanan 11
Kakitangan, Pelatih IPM Derma Darah
Pencemaran - 10 Lot Kebun Kerang Sungai Buloh Terjejas
Chendering, Terengganu: Bagaimanakah reaksi anda apabila salah
seorang ahli keluarga anda ditimpa musibah di mana doktor atau
jururawat tidak boleh melakukan apa-apa disebabkan hospital
kekurangan bekalan darah? Memang ramai akan simpati, tetapi simpati
sahaja tidak dapat membantu mahu pun meringankan kesedihan yang
ditanggung keluarga pesakit.
Atas kesedaran ini, seramai 46 orang pelatih dan kakitangan
Institut Perikanan Malaysia (IPM) telah menderma darah sempena
Kempen Derma
Kuala Selangor: Pencemaran sungai tidak berkesudahan sejak lima
tahun ini menyebabkan hasil 10 lot kebun kerang di perairan Sungai
Buloh, Kuala Selangor terus terjejas dan didakwa menjadi punca
hasil kerang mengecil serta memberi risiko keracunan kepada
pengguna. Sesuatu yang pelik berlaku, setiap kali pegawai atau
kakitangan agensi berkaitan datang menjalankan ujian tahap
pencemaran, air bersih mengalir namun selang beberapa hari air
sungai bertukar hitam dan busuk.
Salah seorang nelayan yang terbabit ialah Encik Kahar Buntal,
60, berkata, dia mengambil inisiatif mengambil sampel air bermula
Ogos lalu hingga kini sebagai bukti bahawa aduan oleh lebih 400
nelayan Bagan Sungai Buloh mengenai berlaku pencemaran adalah
berasas.
Mereka mendakwa bahawa sebelum ini purata hasil kerang mencecah
RM35,000 sebulan, namun kini hanya mendapat sekitar RM15,000, dan
perlu dikongsi bersama 10 pekebun dan jumlah itu belum ditolak
dengan kos minyak, upah serta perbelanjaan-perbelanjaan lain.
Difahamkan, pencemaran berkenaan pernah diajukan kepada pihak
berkaitan namun hingga kini tiada perkembangan positif. Bagi Encik
Mohd Ismail Ibrahim, 58, dia sudah putus asa dengan sikap pihak
berkenaan yang memandang ringan pencemaran itu dengan hanya
berbincang tentang isu itu tanpa menyelesaikannya.
Darah anjuran bersama dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala
Terengganu pada 27 September lalu. Selain untuk membantu hospital
berkenaan menangani masalah kekurangan bekalan darah, kempen ini
dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan kakitangan dan pelatih
dalam membantu masyarakat umum sekali gus dapat melahirkan pelatih
dan kakitangan yang prihatin kepada hasrat kerajaan. Penderma juga
memperoleh informasi berguna mengenai
Oleh: NorAiniIsmail InstitutPerikananMalaysia
Chendering,Terengganu
penjagaan kesihatan di samping mendapat keistimewaan tertentu
dari pihak hospital. Dari sudut kesihatan pula badan penderma
darah mampu merangsang penghasilan lebih banyak sel darah baharu
yang akan
meningkatkan taraf kesihatan mereka.Pihak IPM berharap agar
kempen in i
dapat diteruskan pada masa hadapan dengan mengadakan promosi
yang lebih meluas yang akan turut melibatkan kakitangan Jabatan
Perikanan Negeri Terengganu, MFRDMD dan LKIM.
Sementara itu, Encik Jamaludin Mohd Isa, 43, berkata, dia adalah
antara pekebun kerang yang terpaksa gulung tikar setelah hasil
berkekurangan gara-gara pencemaran. Mereka terpaksa mengeluarkan
modal hampir RM100,000 untuk mengusahakan kebun kerang. Namun ia
habis begitu sahaja apabila usaha berkenaan tidak menjadi dan
terpaksa menanggung hutang.
Sumber: Akhbar Sinar Harian
Pelatih dan kakitangan menderma darah di IPM.
Encik Kahar (kiri) bersama nelayan lain melihat sampel air yang
disimpan sebagai bukti pencemaran di Bagan, Sungai Buloh.
-
12 Berita Perikanan Disember 2012
Oleh:Mohd.AzamJusoh JabatanPerikananNegeriMelaka
Kembara Bersama Media DUN Sungai Linggi
Kuala Linggi, Melaka: Program Kembara Bersama Media anjuran
Jabatan Perikanan Negeri Melaka telah diadakan pada 23 Oktober 2012
di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi. Program ini
diadakan untuk mempromosikan aktiviti Jabatan Perikanan kepada
masyarakat dan kumpulan sasar, sekali gus dapat mengeratkan
silaturrahim dengan pihak media seperti TV3, RTM, Utusan Malaysia,
Berita Harian, Sinar Harian, Metro dan Melaka Hari Ini. Kembara
yang diketuai oleh YB Datuk Ar. Hj. Ismail bin Hj. Othman, ADUN
Kuala Linggi ini turut dihadiri Puan Rosmawati Ghazali, Pengarah
Perikanan Negeri Melaka dan pemimpin-pemimpin masyarakat
setempat.
Program ini melibatkan aktiviti menyusuri Sungai Kuala Linggi
dengan bot dan melepaskan benih ikan ke perairan umum, melawat
projek penternakan ikan tilapia dalam sangkar, menangkap udang
galah serta melihat demonstrasi keselamatan dan penggunaan
peralatan elektronik di atas vesel.
Sebanyak 110 ribu ekor benih udang telah dilepaskan oleh pihak
media bagi meningkatkan stok udang galah yang semakin berkurangan
ekoran aktiviti penangkapan secara terlarang dan tidak terkawal.
Program ini juga dapat meningkatkan sosioekonomi penduduk tempatan
terutamanya nelayan-nelayan sungai yang berjumlah 450 orang. Secara
purata, mereka mampu memperoleh tangkapan udang galah seberat
antara tiga hingga lima kilogram sehari selain pelbagai spesies
ikan.
Aktiviti demonstrasi keselamatan dan penggunaan peralatan GPS
dan Echo Sounder di atas vesel mendedahkan kepada pihak media
bagaimana nelayan dapat meningkatkan hasil tangkapan melalui
penggunaan teknologi yang lebih moden.
Aktiviti menyusuri Sungai Kuala Linggi dengan bot.
YB Datuk Ar. Hj. Ismail bin Hj. Othman, ADUN Kuala Linggi dan
Puan Rosmawati Ghazali, Pengarah Perikanan Negeri Melaka
bersama-sama media melawat jeti pendaratan ikan.
Terdapat kesi lapan yang di laporkan dalam Berita Perikanan Bil.
82 Keluaran September 2012 pada artikel yang bertajuk Spesies Yu
Diekslpoitasi Secara Lestari (muka surat 10).
Maksud sebenar artikel berkenaan ialah aktiviti shark fisheries
tidak berlaku di Sabah dan di mana-mana negeri di Malaysia.
Shark fisheries bermaksud nelayan keluar ke laut pada bulan
tertentu semata-mata untuk menangkap ikan yu dan ikan pari
menggunakan peralatan rawai atau pukat hanyut.
Terdapat kekeliruan iaitu istilah shark fisheries perlu ditukar
kepada shark processing yang bermaksud kerja-kerja memproses ikan
yu untuk dijual seperti memotong sirip dan badannya dijeti.
Ejaan SEAFDRC yang dimaksudkan ialah SEAFDEC.
Pihak Sidang Redaksi memohon maaf kepada para pembaca dan
penulis atas kesilapan laporan ini.
PEMBETULAN
Melepaskan benih udang ke perairan umum. Nelayan menerima jaket
keselamatan.
-
Disember 2012 Berita Perikanan 13
Oleh: KuaBengChu
PusatPenyelidikanKesihatanIkanKebangsaan(NaFisH),
BatuMaung,PulauPinang
Terhadap Ikan Kerapu
Kaedah MengawalSerangan Lintah Laut
Penternakan ikan kerapu di Malaysia berkembang pesat dengan
adanya permintaan yang tinggi terhadap ikan berkenaan. Namun,
perkembangan akuakultur yang pesat sering dikaitkan dengan penyakit
seperti serangan virus, bakteria dan parasit. Masalah serangan
lintah laut (Zeylanicobdella arugamensis) terhadap ikan kerapu
membantutkan pengeluaran dan seterusnya menjejaskan pendapatan
pengusaha.
Lintah laut merupakan sejenis parasit luaran yang menyerang ikan
laut. Induk ikan kerapu yang diserang lintah akan mati dalam tempoh
masa tiga hari. Di Malaysia, aduan mengenai kematian ikan siakap
akibat serangan lintah laut Z. arugamensis dilaporkan pada tahun
2006. Kerugian yang dialami oleh penternak adalah 90% akibat benih
ikan siakap yang baharu dimasukkan di sangkar selepas tempoh dua
minggu menunjukkan kematian 70% manakala 30% lagi menunjukkan
serangan oleh penyakit sekunder. Pada tahun 2010, seorang petani
menanggung kerugian beribu ringgit apabila 75% anak ikan kerapu
harimaunya dijangkiti lintah laut yang turut diserang oleh
jangkitan bakteria dalam tempoh ternakan kurang dari sebulan.
Lintah laut merupakan parasit yang bersifat Low host specific
dan sifat ini membolehkannya menyerang pelbagai spesies ikan marin
ternakan di dalam kolam dan sangkar. Ikan yang dijangkiti sering
dikaitkan dengan serangan sekunder seperti bakteria. Peratus
kematian akibat serangan lintah laut ini boleh mencapai 60 hingga
70%, manakala 30 hingga 40% ikan yang tidak mati akan mempunyai
tanda-tanda serangan sekunder seperti bakteria. Sekiranya
langkah-langkah pencegahan tidak diambil dengan segera, serangan
akan merebak dan menyebabkan kematian yang tinggi dan boleh membawa
kerugian teruk kepada penternak.
Serangan lintah laut boleh dikawal melalui pemutusan kitaran
hidupnya dengan meletakkan substrat untuk tujuan pelekatan kokun
yang dikeluarkan oleh lintah dewasa. Secara ringkasnya, lintah laut
menghisap darah kerapu harimau untuk terus hidup. Apabila kenyang
ia akan bergerak jauh dari ikan bagi tujuan penghadaman. Lintah
dewasa akan mencari substrat untuk mengeluarkan kokunnya. Kokun
lintah laut akan melekat pada sebarang substrat dalam sangkar atau
kolam. Walau bagaimanapun, ikan kerapu merupakan spesies dasar laut
yang bersifat kanibalisme. Dengan sifat lintah laut yang mencari
substrat untuk tujuan pelekatan kokun dan
kelakuan ikan kerapu yang menyerang antara satu sama lain,
timbul idea untuk menggunakan PVC sebagai substrat untuk lintah
laut bertelur dan bagi tujuan pelindungan ikan kerapu. Pada masa
yang sama, saiz PVC yang sesuai adalah perlu untuk membolehkan ikan
kerapu mendiami di dalamnya dan pada masa yang sama membenarkan
lintah laut berenang ke PVC tersebut untuk bertelur. Selain dari
saiz PVC, tempoh masa untuk mengeluarkan PVC daripada sangkar atau
kolam adalah amat penting untuk memaksimumkan bilangan lintah
dewasa dan kokun yang telah melekat pada PVC.
Idea awal penggunaan PVC sebagai substrat untuk pelindungan dan
pelekatan telur lintah laut perlu diselarikan dengan tempoh kitaran
hidupnya. Lintah dewasa yang matang boleh mengeluarkan 20 hingga 60
telur secara berterusan. Kokun lintah laut akan mengambil masa
selama tujuh hari untuk menetas menjadi juvenil lintah laut. Pada
peringkat juvenil ini, ia mampu hidup tanpa menghisap darah ikan
selama tujuh hingga 14 hari bergantung kepada suhu persekitarannya.
Sekiranya juvenil menghisap darah ikan, tempoh ia menjadi dewasa
adalah selama antara 9 hingga 10 hari. Secara keseluruhan tempoh 16
hingga 17 hari diperlukan untuk melengkapkan kitaran hidupnya pada
suhu 27oC.
Penggunaan PVC sebagai substrat untuk pelekatan lintah dewasa
dan kokun bagi tujuan kawalan serangan lintah laut pada ikan kerapu
merupakan idea asli dan tidak pernah diamalkan lagi oleh mana-mana
penternak. Idea ini tercetus selepas tempoh kitaran hidup lintah
laut ditemui pada tahun 2009. Inovasi penggunaan PVC untuk kawalan
lintah laut ini adalah bersifat mesra alam dan boleh digunakan
tanpa memerlukan tenaga pekerja mahir atau ramai pekerja. Ia juga
boleh menjimatkan kos operasi di samping tidak memberi tekanan
`stress pada ikan kerapu harimau. Penggunaan inovasi ini boleh
mengurangkan penggunaan bahan kimia seperti formalin dalam merawat
jangkitan lintah laut.
Dua percubaan telah dilakukan di sangkar Pulau Jerjak yang
melibatkan pelekatan tiub PVC di dalam sangkar ikan kerapu harimau
yang telah dijangkiti oleh lintah laut. Kajian menunjukkan bahawa
ikan kerapu harimau akan menyembunyikan diri dalam tiub PVC untuk
tujuan pelindungan. Pemerhatian ini membuktikan tiub PVC boleh
bertindak sebagai tempat perlindungan bagi ikan kerapu harimau.
Keadaan ini mengurangkan masalah kanibalisme ikan kerapu harimau
dalam sangkar. Kajian percubaan ini menunjukkan pengeluaran tiub
PVC selepas 10 hari pada suhu air 23 - 25oC daripada sangkar ikan
kerapu harimau, boleh menurunkan kadar jangkitan lintah laut
sebanyak 50% berbanding dengan hari pertama (tanpa tiub PVC) di
sangkar Pulau Jerjak.
Impak inovasi Inovasi ini boleh mengurangkan masalah akibat
serangan lintah laut. Masalah serangan penyakit sekunder seperti
penyakit sisik tanggal, reput ekor dan sirip dapat diminimumkan
atau dielak terus. Masalah kanibalisme dalam penternakan ikan
kerapu di sangkar dapat dikurangkan. Justeru itu, inovasi ini boleh
meningkatkan produktiviti penternakan ikan kerapu harimau yang
seterusnya boleh meningkatkan pengeluaran ikan ternak marin.
Penggunaannya mudah dan menjimatkan masa kerana tidak memerlukan
tenaga yang ramai atau mahir. Ini seterusnya dapat menjimatkan kos
operasi penternakan.
Ia mudah digunakan untuk mana-mana saiz sangkar di samping
senang dibawa dan disimpan.
Bahan yang digunakan untuk inovasi adalah tidak mahal dan senang
diperoleh.
Ia adalah mesra alam, murah dan selamat untuk digunakan.
Lintah laut menyerang sirip ikan kerapu.
Tiub PVC dilekati oleh kokun lintah.
-
14 Berita Perikanan Disember 2012
28 Oktober 2012YBrs. Encik Mohamad Shaupi Bin Derahman, Timbalan
Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Perikanan Malaysia memakaikan
jaket keselamatan kepada nelayan sempena Program Penyerahan Jaket
Keselamatan dan Bantuan Perikanan Melalui Program Touch Point
Jabatan Perikanan Negeri Kelantan di Kompleks Perikanan Tawang,
Bachok.
6 Oktober 2012YB Datuk Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar,
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Merangkap Ahli Parlimen P.193
Santubong, menyampaikan benih ikan sempena Majlis Penyerahan
Bantuan Di Bawah Projek Touch Point Jabatan Perikanan Malaysia di
Pejabat Perikanan Laut Wilayah 1 Kuching, Santubong, Sarawak.
17 Oktober 2012YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan
Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia
menyampaikan cenderahati kepada wakil Norway sempena Inception
Meeting of the Regulatory Framework for Aquaculture in Malaysia
yang diadakan di Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.
16 Oktober 2012 YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Anak
Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Merangkap Menteri Pemodenan
Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Sarawak merasmikan Simposium
Hasil Penyelidikan dan Pembangunan Perikanan Laut Dalam Perairan
Sarawak dan Sabah di Kuching, Sarawak.
14 Berita Perikanan Disember 2012
-
Disember 2012 Berita Perikanan 15
2 November 2012Karnival My Kampung My Future (MKMF) telah
dirasmikan oleh YB Datuk Seri Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia di Kg. Merotai Besar, Tawau, Sabah.
Disember 2012 Berita Perikanan 15
4 November 2012Persidangan Tahunan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan
Perikanan Malaysia 2012 telah dirasmikan oleh YH Dato Ahamad Sabki
Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Prai, Pulau
Pinang.
5 November 2012Program Kecemerlangan dan Kecergaan Jabatan
Perikanan Malaysia 2012 telah dirasmikan oleh YBrs. Tn. Hj. Ismail
Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan
Perikanan Malaysia di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang.
5 November 2012YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan
Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia
menyampaikan anugerah kepada pemenang sempena Majlis Perasmian Hari
Inovasi Jabatan Perikanan Malaysia 2012 di UiTM Permatang Pauh,
Pulau Pinang.
3 November 2012YB Datuk Seri Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan anugerah kepada petani,
penternak dan nelayan sempena Majlis Pelancaran Mini MAHA Daerah
Semporna & Projek NKEA-EPP3 Kluster Rumpai Laut Sabah di
Semporna, Sabah.
-
16 Berita Perikanan Disember 2012
24 November 2012YAB Dato Sri Mohd. Najib Tun Hj. Abd. Razak,
Perdana Menteri Malaysia merasmikan Pameran Antarabangsa Pertanian,
Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 dan Hari
Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di MAEPS,
Serdang, Selangor.
16 Berita Perikanan Disember 2012
2 Disember 2012YB Datuk Seri Noh Bin Hj. Omar, Menteri Pertanian
dan Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan Anugerah Pavilion
Negeri Terbaik kepada pavilion negeri Perak sempena Majlis Penutup
MAHA International dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan
Peringkat Kebangsaan 2012 yang diadakan di MAEPS, Serdang,
Selangor.
2 Disember 2012YB Datuk Seri Noh Hj. Omar, Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia menyampaikan hadiah kepada pemenang
Cabaran Memancing MAHA International 2012 yang diadakan di Tasik
MAEPS, Serdang, Selangor.
8 November 2012YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah
Perikanan Malaysia menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena
Majlis Penutup Program Kecemerlangan dan Kecergaan Jabatan
Perikanan Malaysia 2012 di UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang.
-
Disember 2012 Berita Perikanan 17 Disember 2012 Berita Perikanan
17
10 Disember 2012YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah
Perikanan Malaysia bergambar bersama peserta kursus sempena Majlis
Perasmian Kursus Pembangunan Modal Insan Projek AZAM Tani Tahun
2012 di Shah Alam, Selangor.
5 Disember 2012YBhg. Dato Dr. Baharom Bin Jani, Timbalan Ketua
Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani Malaysia melawat pameran sempena Majlis Perasmian
International Conference on Halal Gums 2012 & Workshop on
Carrageenan Standard di Pulau Pinang.
27 Disember 2012YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah
Perikanan Malaysia bergambar bersama penerima sijil sempena Majlis
Jasamu Dikenang 2012 di Dewan Serba Guna, Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani, Putrajaya.
16 Disember 2012YBhg. Tan Sri Dato Paduka Haji Badruddin Bin
Amiruldin, Pengerusi FAMA melawat pameran sempena Konvensyen Dasar
Jaminan Bekalan Makanan Negara Kepada Pemimpin Pelajar Institusi
Pengajian Tinggi Awam/Swasta dan Institut Latihan Pertanian di
Dewan Serba Guna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia, Putrajaya.
27 Disember 2012YH Dato Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah
Perikanan Malaysia bertukar dokumen dengan YBhg. Dato Hj. Osman Bin
Muda, Pengerusi TADC Sdn. Bhd. sempena Majlis Menandatangani
Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Terengganu Agrotech
Development Corp. (TADC) Dengan Jabatan Perikanan Malaysia di Ibu
Pejabat Perikanan, Putrajaya.
-
18 Berita Perikanan Disember 2012
Oleh: NorhanizanSahidin
InstitutPernyelidikanPerikanan(FRI)GlamiLemi,Jelebu,NegeriSembilan.
Makmal Kultur Tisu TumbuhanAkuatik Komersial Dibina
Pekerja sedang mengsubkultur tumbuhan akuatik di dalam bilik
pemindahan.
Bahan kimia ditimbang untuk penyediaan media pertumbuhan.
Pekerja sedang mengsubkultur pokok akuatik.
Botol kultur sedang diperiksa di dalam bilik kultur.
Pandangan dari luar Makmal Komersial Kultur Tisu Tumbuhan
Akuatik WAE.
Kultur tisu Hemianthus sp.
Kultur tisu Anubias sp.
Kultur tisu Lilaeopsis sp.
Tumbuhan akuatik merupakan salah satu produk dalam industri ikan
hiasan. Pada tahun 2011, Malaysia telah mengeluarkan 143.6 juta
ikat tumbuhan akuatik yang bernilai RM14.47 juta. Negeri-negeri
pengeluar tumbuhan akuatik utama Malaysia ialah Johor dan Pulau
Pinang.
Industri tumbuhan akuatik di Malaysia adalah berorientasikan
eksport. Kebanyakan ladang tumbuhan akuatik menggunakan kaedah
penanaman secara konvensional sejak tahun 1980-an lagi. Masalah
utama perladangan konvensional adalah tempoh masa yang lama diambil
untuk pertumbuhan pokok, kawasan tanaman yang luas dan kesukaran
untuk mengawal penyakit dan makhluk perosak. Pendekatan terbaik
untuk mengatasi masalah di atas adalah dengan menggunakan kaedah
bioteknologi iaitu penanaman secara kultur tisu. Negara Denmark
merupakan negara pengeksport utama kultur tisu tumbuhan akuatik
dunia.
Pengeluar kultur tisu tumbuhan akuatik yang terletak di Johor,
Malaysia adalah kepunyaan syarikat dari Singapura. Memandangkan
kepentingan teknologi ini dibangunkan bagi meningkatkan pengeluaran
tumbuhan akuatik di Malaysia, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI)
Glami Lemi di Jelebu telah mengambil inisiatif untuk membangunkan
teknologi ini yang telah dimulakan sejak tahun 2000.
Sejak tahun 2006, FRI Glami Lemi telah mula menjalankan beberapa
siri pemindahan teknologi kepada kumpulan sasar. Pada tahun 2008,
Institut ini telah memilih Syarikat World Aquatic Ecosystem (WAE)
Sdn. Bhd. sebagai peserta inkubator projek kultur tisu tumbuhan
akuatik selama dua tahun di FRI Batu Maung. Projek ini mendapat
bantuan kewangan dari program SpEKS Jabatan Perikanan Negeri Pulau
Pinang. Pada tahun 2009, Syarikat WAE telah berjaya memperoleh
status BioNexus dari Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd.
dan pada 2010 telah berjaya memperoleh bantuan kewangan melalui
Seed Fund dari Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. untuk
membangunkan makmal komersial kultur tisu tumbuhan akuatik di Balik
Pulau, Pulau Pinang.
Makmal komersial kultur tisu tumbuhan akuatik milik WAE ini
berkeluasan 5,000 kaki persegi dan telah berfungsi sepenuhnya pada
tahun 2011. Syarikat ini telah berjaya mengeluarkan lebih 20
spesies kultur tisu tumbuhan akuatik yang kini telah memasuki
pasaran antarabangsa. Makmal komersial ini merupakan makmal
komersial kultur tisu tumbuhan akuatik yang terulung di Malaysia.
Dengan wujudnya makmal ini, adalah menjadi harapan agar Malaysia
boleh menjadi pengeksport utama produk kultur tisu tumbuhan akuatik
dunia suatu hari nanti.
-
Disember 2012 Berita Perikanan 19
Ladang ternakan udang secara komersial. Rawatan penyakit
udang.
Udang harimau yang diserang penyakit.
EMS mempunyai kaitan rapat dengan tekanan ekologi air di kolam
yang amat berkait dengan sumber benih, kadar pelepasan benih tinggi
dan perubahan cuaca mendadak.
Oleh: BahagianPembangunanAkuakultur
IbuPejabatPerikanan,Putrajaya
Ancaman Penyakit Ems
P a d a t a h u n 2 0 0 4 , u d a n g p u t i h(P. Vannamei ) ia
i tu spes ies udang eksotik telah dibenarkan untuk diternak d i Ma
lays ia bag i mengeka lkan kuant i t i pengeluaran udang laut di
Malaysia ekoran penurunan penge luaran udang har imau akibat
serangan penyakit. Sehubungan itu, pengeluaran udang putih telah
meningkat dengan sokongan induk SPF dan pengenalan kepada strain
baru genetik (Genetically improve strain) daripada NBC luar
negara.
kadar kepadatan yang tinggi iaitu 80 -120 ekor/m2 dan melakukan
tuaian separa (partial harvest) bagi mengimbangi margin keuntungan
yang rendah.
Walaupun kes-kes terpencil penyakit seperti WSSV, TSV dan IHHNV
dilaporkan berlaku, namun operasi masih menguntungkan. Pada
pertengahan tahun 2010, kes terbaharu kematian udang (pemerhatian
bermula hari ke-20 dan ke atas) telah dilaporkan di mana puncanya
tidak tepat dikenal pasti. Isu ini merujuk kepada Early Mortality
Syndrome (EMS) yang menyebabkan kerugian
kepada industri akuakultur. Susulan dari itu, satu kajian telah
dijalankan bermula pada bulan Oktober 2011 hingga Februari 2012 di
ladang-ladang penternakan udang Semenanjung Malaysia khususnya
Pahang, Johor, Pulau Pinang dan Perak.
Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa penyakit EMS di
Semenanjung Malaysia adalah tidak berkaitan dengan virus. Patogen
yang dijumpai biasanya ditemui di ladang sebelum EMS dilaporkan.
Didapati, EMS mempunyai kaitan rapat dengan tekanan ekologi air di
kebanyakan kolam yang dikaji. Isu-isu tersebut amat berkait dengan
sumber benih, kadar pelepasan benih yang tinggi dan perubahan cuaca
yang mendadak di Semenanjung Malaysia.
Kebelakangan ini, penternak udang putih menggunakan benih
daripada baka yang cepat membesar dan kerap bertukar kulit.
Peringkat pertukaran kulit merupakan peringkat di mana udang lebih
terdedah kepada jangkitan penyakit. Kepadatan dan kadar pertukaran
kulit yang tinggi menyebabkan keperluan mineral dalam
Terhadap Udang Putih (P. Vannamei)
Namun, permasalahan penyakit dalam industri penternakan udang
berterusan disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk kurangnya tahap
pengawalan biosekuriti. Sejak kebelakangan ini, penyakit Early
Mortality Syndrome (EMS) telah mula menyerang udang putih di China,
Vietnam, Thailand, dan Malaysia. Sehubungan itu, Institut
Penyelidikan Perikanan, Jabatan Perikanan telah menjalankan kajian
bagi menangani permasalahan penyakit tersebut. Kajian melibatkan
majoriti benih yang distok daripada generasi kedua puluh program
pembiakbakaan dan telah berjaya menghasilkan 70 ekor/kg udang dalam
tempoh 100 hari berbanding 100 ekor/kg sebelumnya. Majoriti
penternak mengamalkan
kolam ternakan tidak cukup dan ini menyebabkan tempoh soft shell
menjadi lebih lama.
Syor bagi mengurangkan masalah penyakit EMS ialah:
Menyesuaikan tahap teknologi dan kadar pelepasan benih untuk
mencapai produktiviti yang optimum.
Menjadualkan penternakan. Pengawa l an o l eh p i hak
bertanggungjawab ke atas pengenalan baka benih yang terdiri dari
super growth/high achiver.
Penggunaan probiotik yang terkawal.
M e n g g a l a k k a n Ama l a n Akuakultur Baik.
Makmal Kultur Tisu TumbuhanAkuatik Komersial Dibina
-
20 Berita Perikanan Disember 2012
Dari peringkat telur ia akan bertukar kepada larva. Peringkat
inilah yang dipanggil ulat superworm dan sesuai dijadikan makanan
ikan arowana. Jangka hayat pada peringkat larva boleh bertahan
selama lapan hingga 10 minggu. Pada peringkat larva ini juga, ia
memerlukan tempat yang selamat kerana ia sangat terdedah kepada
bahaya musuhnya, termasuk superworm lain. Makanan yang perlu
diberikan ialah lobak merah, kentang dan tebu bagi mempercepatkan
kadar tumbesarannya. Saiz yang sesuai untuk
superwormOleh: MazlanIsmail PusatBiosekuritiPerikananSelangor
KLIA,Sepang,Selangor.
S uperworm (Zophobas morio) adalah sejenis ulat (anak kumbang)
yang menjadi makanan kegemaran ikan arowana dan juga haiwan-haiwan
peliharaan lain seperti burung dan cicak gecko. Ia menjadi pilihan
pemelihara haiwan kerana kurang mendatangkan penyakit kepada
ternakannya serta mengandungi kandungan protein yang tinggi
berbanding makanan lain. Superworm sebenarnya bukan cacing. Ia
adalah anak serangga dalam bentuk larva. Ia memakan buah-buahan dan
sayur-sayuran serta mampu bertelur sehingga ratusan ekor sekali
seumur hidup (dalam satu pusingan hidup).
Harganya juga semakin meningkat dan bergantung kepada kawasan
pengeluarannya. Contohnya di Kota Bharu, Kelantan dan di Bagan
Serai, Perak harganya masing-masing RM46 dan RM36 sekilogram.
Alasan pembekal ialah stoknya yang kurang kerana superworm banyak
mati ekoran cuaca yang panas melampau.
Begitu juga di Sungai Buloh, pembekal menjual dengan harga RM30
sekilogram bergantung kepada stok dan kuantiti penghantaran oleh
pengeluar.
Sehubungan itu, kepada sesiapa yang banyak menggunakan superworm
seperti penternak arowana, disarankan supaya menghasilkannya
sendiri. Namun, tidak ramai pengeluar superworm yang sudi berkongsi
pengalaman berkenaan kaedah menternaknya kerana bimbang menjadi
pesaing, apatah lagi usaha ini memberi pulangan yang lumayan kepada
sesiapa yang menceburinya.
Proses menternak superworm adalah mudah dan hanya mengambil masa
empat bulan sebelum boleh dipasarkan. Kitaran hidup superworm
terbahagi kepada empat peringkat iaitu telur, larva, pupa dan
kumbang. Suhu antara 24C hingga 27C adalah amat sesuai untuk
ternakan superworm. Menternaknya memerlukan penjagaan yang rapi
terutama pada peringkat pengeluaran telur. Ia sesuai diternak dalam
kawasan berbumbung dan tidak terdedah kepada cahaya matahari atau
hujan.
Pada mulanya kumbang perlu dimasukkan ke dalam bekas lut sinar
(seperti dalam gambar)
RingkasanPusinganHidupSuperworm
Salah sebuah premis penternakan superworm di Kg. Baru Rahang,
Seremban, Negeri Sembilan.
Ulat superworm bersaiz dua inci dan sesuai untuk dipasarkan.
Kitaran hidup superworm
yang telah diisi oat setebal satu inci hingga dua inci sebagai
tempat ia menanam telurnya. Kebiasaannya, setiap induk kumbang
boleh menghasilkan sehingga 500 biji telur. Selepas satu hingga dua
minggu, telur tersebut akan menetas. Pada masa ini induk memerlukan
makanan yang mencukupi untuk mengelakkannya memakan telur sendiri.
Ia juga hendaklah disimpan di tempat yang tiada serangga terutama
semut yang selalu memakan telurnya. Selain itu, kumbang yang
terdapat dalam bekas tersebut juga boleh diasingkan ke tempat
baharu yang telah diisi dengan oat setebal satu hingga dua
inci.
Makanan Mahal Arowana
dipasarkan adalah melebihi dua inci.U n t u k t u j u a n p emb
i a k a n
seterusnya, ulat ini hendaklah diasingkan ke dalam satu bekas
kecil dan diletakkan di tempat gelap. Selagi dia tidak dapat tempat
yang terlindung dari pemangsa, maka ia tidak akan berubah ke
peringkat pupa. Fungsi peringkat larva ini adalah untuk memakan
sebanyak mungkin sebelum menjadi pupa. Peringkat pupa adalah terhad
iaitu antara dua hingga empat minggu sehingga ia lengkap proses
metamorfosis kepada bentuk serangga (kumbang). Begitulah kaedah
seterusnya sehingga kumbang tersebut akan mati dengan sendirinya
apabila semua telur yang terdapat di dalam badannya dikeluarkan.
Kumbang ini dapat hidup sehingga empat bulan sahaja sebelum
mati.
Oleh yang demikian, di harapkan penternak arowana dapat mencuba
ternakan superworm ini memandangkan ia merupakan makanan yang
berkhasiat, tidak memerlukan tempat yang luas di samping dapat
mengurangkan kos makanan bagi arowana yang diternak seterusnya
dapat meningkatkan pendapatan mereka.
Superworm diasingkan pada bekas yang berlainan dan disimpan
ditempat gelap.
Kumbang dicampur dalam bekas yang sama dan diberi makan tebu dan
lobak merah.
Pupa yang berumur dua minggu.
Larva yang berumur dua bulan diberi makan tebu dan lobak
merah.
Larva (superworm) yang berumur empat hingga lima bulan, sedia
untuk dipasarkan.
-
Disember 2012 Berita Perikanan 21
Pusat Penyelidikan Perikanan (FRI) Pulau Sayak, Kedah telah
berjaya membiak dan mengasuh spesies siput manis (Babylonia
areolata) atau juga dikenali spotted babylon snail di dalam
hatceri. Walau bagaimanapun, kajian untuk penambahbaikan yang
melibatkan teknologi pembenihan dari peringkat telur hingga
juvenil, pemakanan, tumbesaran dan aktiviti penggemukan bagi tujuan
sumber induk sedang dijalankan sejak bulan Julai 2011.
An ta ra mak lumat awa l yang te lah dikumpulkan mengikut
peringkat adalah seperti berikut:-
i. Induk Boleh menghasilkan sejumlah antara
100 - 200 kapsul semasa bertelur (setiap kapsul mengandungi
antara 300 - 400 biji telur).
Persenyawaan telur adalah secara luar badan di mana siput betina
mengeluarkan telur berkapsul yang melekat pada batu-batu dan siput
jantan mengeluarkan sperma ke dalam air untuk persenyawaan.
Tempoh metamorfosis telur dalam kapsul adalah antara 7 - 10
hari.
ii. Larva Kesempurnaan telur terbentuk dan dilepaskan
secara semula jadi dan berenang di dalam air dikenali sebagai
butterfly larvae iaitu
Siput ini merupakan spesies baharu moluska dalam kelas
grastropoda yang terpilih untuk dibuat kajian kerana berpotensi
untuk diternak secara komersial. Spesies siput marin bentos ini
mudah diasuh dari peringkat benih hingga dewasa, mempunyai sifat
pemangsa dan mendiami habitat semula jadi di kawasan perairan yang
mengandungi subtratum lumpur berpasir pada kedalaman antara 15
hingga 20 meter. Dari aspek pemakanan, siput manis ini adalah
sejenis makanan laut yang bernilai tinggi.
Di Malaysia, aktiviti pengeluaran benih siput manis dalam
hatceri belum dibangunkan oleh mana-mana pihak sama ada kerajaan,
universiti atau pun pihak swasta. Kebanyakan aktiviti pengkulturan
dan pembenihan moluska tertumpu kepada spesies dwi cangkerang
seperti tiram (Crassostrea iredalei), siput sudu atau kupang (Perna
viridis) dan kerang (Anadara granosa). Pemerhatian awal menunjukkan
spesies ini berpotensi besar untuk dikomersialkan oleh penternak
moluska kerana mempunyai ciri-ciri seperti kadar hidup yang tinggi
dan mudah dikendalikan.
Lanjutan itu, projek ini menyasarkan untuk membangunkan satu
teknologi baharu dalam menghasilkan benih spesies moluska baharu
dalam hatceri sehingga saiz pasaran. Spesies ini boleh dibangunkan
melalui sistem hatceri menggunakan akuarium atau tangki-tangki
menyerupai bentuk rama-rama apabila dilihat di bawah
mikroskop.
Larva ini bersifat suka cahaya. Pemakanan pada peringkat ini
adalah alga,
Isochrysis sp. atau Chaetoceros sp. Metamorfosis larva berlaku
dalam tempoh
14 hari dari sifat terapung di permukaan air kepada crawling
atau merayap di dasar tangki (juvenil).
Kadar pemendapan larva ke juvenil diperoleh adalah 48%.
iii. Juvenil Juvenil memakan artemia untuk minggu
pertama dan cebisan kecil daging ikan tamban diberi selama 3 - 4
minggu untuk mencapai dari saiz 1 - 2mm kepada 5mm dalam tempoh
satu bulan.
iv. Pembesaran Juvenil untuk Program IndukSehingga Disember
2011, sejumlah 28,000 ekor juvenil siput manis sedang dibesarkan di
bangunan baharu moluska di FRI Pulau Sayak. Saiz juvenil semasa
mula diasuh adalah 0.3 - 0.5cm bermula pada bulan Jun 2011. Julat
saiz juvenil tersebut adalah 2.0 - 3.0cm @ 1.0 - 7.0gm (saiz induk
adalah 5.0 - 6.0cm @ 25 - 30gm). Juvenil ini dijangka mencapai saiz
induk dalam tempoh antara setahun hingga setahun setengah
(2012/2013) dan satu sistem kolam konkrit dirancang untuk
pemeliharaan induk-induk tersebut. pelbagai kapasiti, sistem RAS,
kolam simen
yang memerlukan ketinggian satu meter. Kadar hidup spesies ini
dari peringkat telur hingga juvenil yang direkodkan oleh pengkaji
luar adalah sederhana. Namun, berpotensi dipertingkatkan melalui
penggunaan bahan berasaskan kalsium untuk pertumbuhan.
K e j a y a a n p r o j e k i n i d a p a t mempelbagaikan
pengeluaran spesies moluska di Malaysia selain tiram, siput sudu
dan kerang untuk keperluan tempatan. Sehubungan itu, Jabatan
Perikanan akan mempermudah proses mengeksport spesies ini ke
negara- negara jiran seperti Thailand yang memerlukan benih siput
manis untuk program memperkayakan sumber laut mereka selain pasaran
untuk makanan laut.
Oleh: Mohd.SalehMohd.Taha,HussinMatAli,
Dr.ZainoddinJamari&MohamadAmerHalib.
PusatPenyelidikanPerikanan(FRI)PulauSayak,Kedah
Siput Manis (Babylonia areolata) Berjaya Dibiak Dan Diasuh Dalam
Hatceri
Induk siput manis bersaiz antara 5 6 cm iaitu seberat antara 25
30 gm.
Induk di dalam tangki akuarium.
Butterfly larvae.
Telur siput manis di dalam tangki akuarium.
Benih di dalam tangki asuhan.
Telur
Benih bersaiz 3mm.
-
22 Berita Perikanan Disember 2012
Salah sebuah kolam ternakan ikan.
Mampu menghasilkan antara 800 hingga 1,000 kilogram ikan talapia
merah sebulan.
Oleh: LimBoonChuan PejabatPerikananDaerahKulim,Kedah
Di Malaysia, penternakan ikan tilapia merah secara komersial
telah bermula dalam tahun 80-an. Spesies ikan air tawar ini senang
untuk diternak yang boleh dijalankan secara intensif, semi intensif
dan ekstensif di dalam pelbagai sistem seperti di dalam kolam,
sangkar, tangki konkrit, tangki kanvas dan lain-lain. Ia juga
sesuai diternak di pelbagai perairan seperti tali air, bekas
lombong, tasik, sungai air tawar dan muara sungai yang berair
payau. Ikan ini mempunyai tahap ketahanan yang tinggi kepada
perubahan persekitaran dan penyakit. Dengan adanya penyelidikan
yang berterusan, penternakan ikan tilapia merah telah berkembang
pesat melalui penggunaan benih dan sistem penternakan yang moden.
Kini, spesies ini mendapat permintaan yang baik dari dalam dan luar
negara.
Pesara Ceburi Bidang Akuakultur
Faktor kelebihan ini telah menarik minat seorang pesara iaitu
Tuan Haji Mohamad Bin Bakar, 58 tahun, yang kini meletakkan dirinya
sebagai penternak ikan air tawar sepenuh masa di Kg. Desa Teruna,
Karangan, Kulim, Kedah. Sebelum ini beliau yang kelulusan Ijazah
Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1980,
adalah Ketua Pegawai Operasi Pos Laju di Ibu Pejabat Pos Malaysia,
Kuala Lumpur. Semasa bertugas di Kuala Lumpur, beliau sering
meninjau projek-projek akuakultur yang berdaya maju di sekitar
negeri Selangor untuk meningkatkan pengetahuannya dalam bidang
penternakan ikan. Disebabkan minatnya yang mendalam dalam
penternakan ikan air tawar, bapa kepada dua anak ini mengambil
keputusan bersara awal bagi mengusahakan penternakan ikan tilapia
merah di kampungnya.
yang bersih, stor penyimpanan makanan rumusan yang sempurna dan
tidak menggunakan bahan kimia.
Justeru, Jabatan Perikanan Malaysia telah memberi pengiktirafan
Sijil Amalan Akuakultur Baik (SAAB) kepada ladangnya pada September
2012 kerana telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan setelah
diaudit oleh Unit Biosekuriti Pejabat Perikanan Negeri Kedah.
Kini, projek Haji Mohamad berjaya mengeluarkan hasil secara
purata antara 800 1,000 kilogram ikan tilapia merah sebulan. Ikan
dijual kepada pemborong di Pulau Pinang dengan harga antara RM9.30
hingga RM10.80 sekilogram. Selain penduduk tempatan, terdapat juga
pembeli-pembeli yang datang dari daerah Kulim, Bandar Baharu,
Baling, Sungai Petani dan utara negeri Perak untuk membeli ikan
ternakannya.
Untuk projek masa depan, beliau merancang untuk meningkatkan
pengeluaran benih ikan tilapia merah yang diusahakan sekarang serta
sedang membina kolam memancing yang berkonsepkan agro
pelancongan.
Haji Mohamad tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan tapak
yang sesuai, kerana beliau mempunyai kawasan di kampungnya yang
tidak mudah banjir, jauh dari kawasan perindustrian, tanah yang
berupaya menakung air dengan baik, terdapat kemudahan jalan dan
yang menariknya terdapat sumber air bukit sepanjang masa. Ciri-ciri
kesesuaian tersebut menyebabkan Tuan Haji Mohamad memilih tapak di
kampung kelahirannya itu dan mengusahakan penternakan ikan tilapia
di dalam lapan buah kolam. Spesies tilapia menjadi pilihan utamanya
kerana cepat membesar (iaitu enam bulan sebelum boleh dipasarkan),
tekstur daging yang boleh diproses kepada pelbagai bentuk produk
dan warna yang menarik untuk dipasarkan.
Projeknya kini dibantu oleh ahli keluarga dan seorang pekerja
tetap. Beliau menggunakan 100% makanan rumusan atau pelet untuk
ikan ternakannya serta menjalankan pengurusan ternakan secara
teratur dan rekod yang sistematik. Selain itu kawasan projeknya
dipagar, menggunakan air yang bersih dalam pengendalian hasil lepas
tuai, menyediakan tandas
Tuan Haji Mohamad Bakar menunjuk sijil SAAB yang diterima.
-
Disember 2012 Berita Perikanan 23
Oleh: OmarSaad JabatanPerikananNegeriKedah
Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar (tengah)
menyampaikan Anugerah Penternak Ikan Jaya kepada Encik Chamnat.
Mempunyai lapan buah kolam dan berjaya menghasilkan antara 4,000
hingga 5,000 tan metrik ikan keli sebulan.
Menyingkap di awal pembabitan saya pada awal tahun 2000 dengan
melaburkan wang hasil sagu hati sebagai seorang tentera ke dalam
industri ternakan ikan keli adalah risiko dan sekiranya gagal saya
akan ditohmah sebagai orang yang tidak mahu mendengar kata atau
degil.
Sedikit sebanyak termakan juga nasihat kawan-kawan termasuk bapa
saya sendiri supaya bekerja sebagai pemandu teksi untuk menyara
keluarga adalah pilihan yang paling selamat.
Saya telah membawa teksi selama sebulan tetapi bidang ini tidak
membawa saya ke mana-mana lantas saya memohon persetujuan dari bapa
sekali lagi untuk merestui pilihan bidang yang baharu iaitu
penternakan ikan keli. Penternakan ikan keli ketika itu amat
mencabar kerana pasaran untuk keli masih belum lagi berkembang
pesat di tengah masyarakat. Dengan nekad, saya melaburkan modal
sebanyak RM10 ribu bagi membina empat buah kolam untuk menternak
ikan keli. Bermula saat itu saya tidak menoleh ke belakang lagi.
Kemudahan Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra berhampiran rumah,
saya manfaatkan sepenuhnya dengan menghadiri kursus ternakan dan
pembenihan serta mendapat khidmat nasihat teknikal.
Azam ChamnatMahu Jadikan Keli Disukai Ramai
Setelah 12 tahun berkecimpung di dalam bidang penternakan ikan
keli dengan khidmat nasihat dan bantuan yang disumbangkan oleh
Jabatan Perikanan Negeri Kedah, kini Chamnat menjadi ikon
masyarakat Siam yang berjaya di negeri ini. Beliau adalah idola
penting di dalam komunitinya dan memegang beberapa jawatan seperti
Pengerusi JKKP Kg. Huma dan Kg. Charok Ketiak, Timbalan Pengerusi
Polis Komuniti Bandar Darul Aman, Bendahari Rumah Komuniti Agensi
Anti Dadah Kebangsaan dan Pengerusi Rukun Tetangga Taman Maluri,
Bandar Darul Aman.
Masalah utama saya ialah tuaian pertama sebanyak 3,000 tan
metrik tidak dapat dipasarkan kerana pasar borong dan pasar harian
belum bersedia menerima bekalan ikan keli sebagai komoditi pasaran.
Namun, saya cukup berterima kasih kepada Jabatan Perikanan yang
telah mengadakan pelbagai promosi masakan, barulah ia diterima
sebagai lauk yang lazat dan harganya juga terjangkau oleh
masyarakat yang berpendapatan rendah.
Begitulah profil Encik Chamnat A/L Iprat, 56, berbangsa Siam
sebelum berjaya menerima
Anugerah Penternak Ikan Jaya sempena sambutan Hari Peladang,
Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah 2012. Beliau kini
mempunyai lapan buah kolam ikan keli di Kampung Charok Ketiak,
Jitra, Kedah. Beliau berjaya menghasilkan purata antara 4,000
hingga 5,000 tan metrik ikan keli sebulan yang menjana
pendapatannya lebih kurang RM10 ribu sebulan.
Kepesatan pembangunan bandar Jitra yang ditumbuhi pusat
perindustrian dan institusi pengajian tinggi seperti Kolej
Perguruan dan Politeknik, memudahkan Chamnat memasarkan ikan
kelinya. Tambahan pula, dengan wujudnya warung-warung makanan yang
begitu banyak di sekitar bandar ini, turut membantu pemasaran ikan
kelinya yang kini digemari ramai kerana harganya lebih murah
berbanding ikan marin.
-
24 Berita Perikanan Disember 2012
Perusahaan Ikan Kering Seri
Usaha tangga ke jayaan dan tuhan tidak mengubah nasib seseorang
melainkan kitalah yang merencanakannya. Itulah kata-kata hikmat
yang dipegang oleh Encik Seri bin Idris, 48, pengusaha ikan kering
dari Kampung Sri Pantai, Senggarang Batu Pahat, Johor. Pengusaha
dari suku kaum Orang Asli Kuala ini mahu berjaya seperti orang lain
dalam perusahaan ikan kering.
Encik Seri mula berjinak-jinak memproses ikan kering kira-kira
enam tahun yang lalu secara sambilan untuk kegunaan sendiri dan
sedikit untuk dijual kepada orang-orang kampung yang datang ke
rumah.
Oleh: PejabatPerikananDaerahBatuPahat,Johor
Ikan kering yang siap dibungkus.
Encik Seri bin Idris
Mampu mengeluarkan kira-kira 80 kilogram ikan kering
sebulan.
Encik Seri menjalankan perusahaan di tepi kawasan
kediamannya.
kapak, tuka, kembong dan malong. Sementara pasaran pula mula
meluas ke Johor Bahru dan Singapura. Setiap bulan dianggarkan
sebanyak 0.5 tan metrik di hantar ke Singapura dan 0.5 tan lagi di
pasaran tempatan. Anggaran nilai jualannya sebulan sekitar
RM10,000.
Bagi menampung permintaan yang semakin meningkat, beliau
terpaksa mendapatkan bekalan ikan basah dari Pontian selain dari
nelayan-nelayan setempat. Bilangan pekerja juga telah ditambah dari
kalangan jiran tetangga dan rakan-rakan sekampung.
Untuk perancangan masa depan, Encik Seri berhasrat untuk membina
sebuah bengkel yang berasingan dari kediamannya bagi menjalankan
perusahaan dengan lebih teratur dan memenuhi kehendak amalan
pengilangan yang baik dan memastikan bekalan ikan basah yang
stabil. Pasaran turut akan diperluas dan kualiti produk juga akan
sentiasa dijaga.
menggalakkan dan mendapat pasaran di kedai-kedai runcit sekitar
kampung dan pekan Senggarang. Beliau mampu mengeluarkan kira-kira
80 kilogram ikan kering sebulan. Bagi memenuhi permintaan yang
semakin meningkat, maka beliau terpaksa memperoleh bekalan ikan
basah daripada nelayan-nelayan lain di pangkalan yang sama.
Usahanya kini dibantu oleh isteri dan anak-anak untuk menjalankan
kerja memotong dan membersihkan ikan.
Pada pertengahan tahun 2008, beliau telah memohon bantuan
khidmat nasihat daripada Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat untuk
mengembangkan perusahaannya. Setelah
dijalankan siasatan, beliau didapati layak mendapat bantuan
peralatan kerana gigih dan berpotensi untuk maju dalam perusahaan
berkenaan. Beliau akhirnya memperoleh bantuan peralatan chest
freezer, sealer, penimbang digital dan stiker melalui Program
Mempelbagaikan dan Menambah Pendapatan Petani, Penternak dan
Nelayan. Selain itu, beliau juga telah didedahkan dengan Kursus
Keusahawanan anjuran Jabatan Perikanan Malaysia.
Atas kesungguhan yang ditunjukkan, serta khidmat nasihat yang
berterusan diberikan oleh pihak Jabatan Perikanan, kini
perusahaannya bertambah maju dan turut memproses ikan timah,
P a d a m a s a t u , jumlahnya tidaklah banyak, cuma sekitar 20
kilogram sebulan yang diproses mengikut resipi daripada arwah ibu
dan rasanya tidaklah begitu masin dan memenuhi cita rasa semua,
katanya.
B e k a l a n i k a n basah yang diperoleh ditangkapnya di laut
kerana beliau juga merupakan seorang nelayan pantai. Spesies ikan
yang diproses terd i r i dar ipada ikan gelama, duri dan belukang.
Berkat usaha gigihnya, produk ikan keringnya mendapa t sambutan
-
Disember 2012 Berita Perikanan 25
Nelayan Empangan Bekok
Empangan Bekok yang terletak di dalam daerah Batu Pahat, Johor
iaitu kira-kira enam kilometer dari Jalan Yong Peng Segamat, mula
dibina pada Ogos 1987 dan siap sepenuhnya pada November 1990.
Empangan yang diurus tadbir di bawah bidang kuasa Jabatan Pengairan
dan Saliran ini, direka bentuk untuk menebat banjir Sungai Batu
Pahat dengan pelepasan air maksimum 50 meter kiub sesaat (cumesc).
Selain itu, empangan ini juga berfungsi sebagai pembekal air bersih
kepada seluruh penduduk Batu Pahat. Pembinaan empangan yang
berkeluasan 1,200 hektar ini amat signifikan kerana ia juga menjadi
lubuk rezeki kepada kira-kira 30 orang nelayan di sekitarnya.
Bagi memastikan air di empangan tidak tercemar dan strukturnya
selamat, kawasan ini diisytiharkan sebagai kawasan larangan.
Sehubungan itu, orang awam tidak dibenarkan memasukinya
sewenang-wenangnya. Walau bagaimanapun atas keprihatinan dan budi
bicara pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), maka pengecualian
diberikan kepada nelayan-nelayan sekitarnya yang mencari rezeki
melalui aktiviti penangkapan ikan. Namun, pihak JPS telah
menggariskan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak nelayan
iaitu jumlah nelayan yang dibenarkan hanya terhad kepada 40
Oleh: Mohd.NajibJamin PejabatPerikananDaerahBatuPahat,Johor
Pembeli sedang menimbang ikan.
Terdapat 30 orang nelayan di Empangan Bekok.
pendaratan ikan oleh nelayan-nelayan di kawasan ini adalah
sebanyak 4,000 kilogram sebulan dengan anggaran nilai sebanyak
RM26,000. Hasil-hasil tangkapan ini biasanya dibeli oleh peraih
tempatan yang kemudiannya menjualnya di gerai di tepi Jalan Yong
Peng Segamat. Selain itu, ada juga hasil-hasil tangkapan ikan yang
dijual kepada pengusaha-pengusaha produk perikanan. Pendek kata,
nelayan-nelayan ini tidak menghadapi masalah untuk memasarkan hasil
tangkapan mereka. Tambahan pula, langkah
orang sahaja. Sampan yang digunakan pula hendaklah berukuran (13
x 4 x 2) kaki dan berenjin sangkut lima kuasa kuda hingga 10 kuasa
kuda. Manakala peralatan menangkap ikan yang dibenarkan ialah pukat
hanyut, lukah, jala, tajur dan rawai sahaja. Sekiranya pihak
nelayan gagal mematuhinya, maka pihak JPS berhak menarik balik
kelulusan penggunaan kawasan empangan ini.
Aktiviti menangkap ikan di Empangan Bekok bermula sekitar tahun
1986. Nelayan-nelayan terbabit kemudiannya dilesenkan mengikut
Kaedah-kaedah Perikanan Sungai Negeri Johor (di bawah Akta
Perikanan 1985) pada tahun 1992.
Empangan ini kaya dengan spesies ikan air tawar seperti tilapia,
baung, jelawat, toman, belida, sebarau, terbul, ketutu, puyu,
tebakang, rohu, tapa, patin, seluang, keli dan ikan putih.
Purata
Jabatan Perikanan yang mengadakan promosi galakan pemakanan ikan
air tawar di kalangan orang ramai, turut meningkatkan pemasaran
spesies ikan tersebut. Kini, kesannya dapat dilihat dengan
kemunculan peraih-peraih dari luar kawasan yang datang ke Empangan
Bekok untuk mendapatkan bekalan ikan segar daripada
nelayan-nelayan.
Aktiviti penangkapan ikan di empangan ini juga turut merancakkan
aktiviti hiliran apabila hasil-hasil tangkapan mereka diproses
menjadi ikan kering, ikan salai dan pekasam oleh
pengusaha-pengusaha. Kini, produk tersebut bukan lagi dihasilkan
daripada ikan lebihan jualan atau ikan-ikan yang berkualiti rendah,
tetapi diproses daripada ikan-ikan segar dan berkualiti untuk
dipasarkan di seluruh daerah Batu Pahat, Kluang dan Mersing.
-
26 Berita Perikanan Disember 2012
Jabatan Perikanan Malaysia telah mengambil langkah menyalurkan
bantuan dalam bentuk peralatan dan khidmat nasihat setelah melihat
kesungguhan yang ditunjukkan oleh pengusaha-pengusaha di samping
terdapat potensi untuk menyebarluaskan produk-produk yang
dihasilkan mereka. Selain itu, bantuan daripada Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Program Mempelbagaikan dan
Menambah Pendapatan Petani, Penternak dan Nelayan (PMMPPN), turut
disalurkan.
Bagi mengeratkan lagi kerjasama di antara Jabatan Perikanan,
pihak nelayan dan Jabatan Pengairan dan Saliran, maka majlis-majlis
interaksi kerap diadakan untuk memberi peluang kepada pihak nelayan
mengemukakan permasalahan yang timbul untuk diselesaikan
bersama.
Pada tahun 1993, p ihak JPS te lah menyumbangkan sebuah jeti
mudah alih untuk kemudahan nelayan. Namun, kini ia telah rosak dan
dilupuskan. Sehubungan itu, Majlis Mesyuarat Pembangunan Pertanian
Parlimen Ayer Hitam telah bersetuju untuk mendapatkan
peruntukan
peralatan nelayan dengan adanya penggiliran tugas terutama pada
waktu malam. Kerja-kerja baik pulih kerosakan kecil pada sampan,
enjin dan peralatan menangkap ikan juga boleh dilakukan di sini.
Malahan, Program Komuniti Nelayan boleh dijalankan seperti
mesyuarat atau perbincangan mengenai pembangunan masyarakat nelayan
setempat.
Ikan baung sedia untuk dipasarkan
Kakitangan Jabatan Perikanan menjalankan pemeriksaanbot
nelayan.
Proses soal selidik pemohon.
Ikan Tioman.
Ikan pekasam Empangan Bekok.
bagi pembinaan sebuah jeti yang baharu. Keperluan jeti ini amat
penting bagi memusatkan aktiviti perikanan di satu kawasan bagi
tujuan pemantauan, kawal selia, pembangunan dan penguatkuasaan oleh
pihak Jabatan Perikanan dan pihak JPS. Selain untuk mendaratkan
hasil tangkapan, jeti ini juga memudahkan aktiviti pengawasan dan
keselamatan sampan serta
Program Pemeriksaan, Permohonan Lesen Sampan Khas
Batu Pahat, Johor: Program Pemeriksaan dan Permohonan Lesen
Sampan Kes Khas 2012 telah diadakan dari 19 hingga 29 November
2012. Program dijalankan oleh kakitangan Unit Pelesenan dan Kawal
Selia Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat, Pejabat Perikanan Negeri
Johor dan bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan
Daerah Batu Pahat. Program ini diadakan sebagai memenuhi permintaan
nelayan yang masih lagi belum mempunyai lesen. Ia melibatkan
seramai 291 orang nelayan di Parlimen Parit Sulong (DUN Semerah)
dan Batu Pahat (DUN Batu Pahat, DUN Senggarang dan DUN Rengit).
Oleh: PejabatPerikananDaerahBatuPahat,Johor
Syarat kelayakan untuk mendapatkan Lesen Sampan Kes Khas ialah
seperti berikut: Warganegara Malaysia Nelayan tulen (iaitu 85%
sumber pendapatan
adalah dari hasil tangkapan ikan) Bekerja sebagai nelayan /
penangkapan ikan
lebih 160 hari setahun. Berdaftar sebagai ahli Persatuan
Nelayan
Kawasan (jika ada) Berdaftar dengan Jabatan Perikanan (Kad
Nelayan Perikanan) Sedia ada mempunyai sampan dan enjin
sangkut.
Persediaan pemeriksaan di pangkalan nelayan: Nelayan hadir
sendiri semasa pemeriksaan Memiliki sampan dan enjin sangkut
sendiri
di pangkalan (yang diusahakan sendiri) Menyediakan dokumen yang
diperlukan
(Kad Pengenalan, Kad Nelayan Perikanan dan Kad Ahli Persatuan
Nelayan)
Ketua Nelayan atau ALP Kawasan diwajibkan hadir untuk pengesahan
nelayan.Sebelum diluluskan lesen, Jabatan Perikanan
Malaysia akan menjalankan siasatan, temu duga dan keputusan
muktamad akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya.
Tiada bayaran
dikenakan untuk pendaftaran lesen baharu kecuali bayaran lesen
apabila diluluskan.
Pada peringkat ini, permohonan masih lagi dalam tindakan semakan
dan siasatan oleh Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat. Pemohon akan
dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga secara berperingkat.
Kelulusan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak Ibu Pejabat
Perikanan Putrajaya.
-
TEKA SILANG KATA (BP DISEMBER 2012):
Hadiah disediakan kepada peserta yang berjaya menjawabsemua
soalan dengan betul.Sila lengkapkan borang penyertaan dan fakskan
kepadaPengarang Berita Perikanan melalui faksimili no.
03-88892498(Borang fotokopi juga diterima)
BORANG PENYERTAAN TEKA SILANG KATA(BP DISEMBER 2012)
Nama:
.............................................................................................................................
No. K/P: ............................................ No.
Telefon:
........................................................
4. Projek Kluster Rumpai Laut Sabah dikenali sebagai Projek
NKEA-_______3.
5. Tafsiran inov