FM15.09 SIRI 19/97/716 21 SEPTEMBER 2015 Al-Fatihah. Salam takziah kepada keluarga Tn. Hj. Ab Rahim bin Ab Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 September 2015. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan roh para solihin. Cahaya mata. Tahniah diucapkan kepada Dr. Normuhainiah Mohd Ali di atas kelahiran anak ke-4 iaitu seorang bayi perempuan seberat 2.84kg pada 12 September 2015 di Hospital Columbia Asia, Nusajaya. Perlantikan Penasihat Akademik Baru. Tahniah diucapkan kepada Penasihat Akademik baru bagi Sesi 2015-2019 iaitu Pn. Halijah Osman, Dr Amidora Idris, Dr Fong Wan Heng, En Che Lokman Jaafar, Pn Farhana Johar, dan En Wan Rohaizad Wan Ibrahim. Selamat menjalankan tugas. Staf Menghadiri Bengkel. Bengkel New Academia Learning Innovation (NALI), 14 September 2015, bertempat di Bilik Seminar Jabatan Kimia. Staf terlibat: PM Dr. Normah Maan, Dr. Norazlina Ismail, Dr. Zarina Mohd Khalid, Dr. Syarifah Zyurina Nordin dan Dr. Fuaada Mohd Siam. Booth Matematik Diperlukan. Festival UTMost Imagination 2015 akan dianjurkan pada bulan Oktober 2015. Pihak Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi memerlukan 2 atau 3 produk/booth daripada JSM. Sesiapa yang mempunyai produk inovasi matematik yang sesuai untuk kunjungan masyarakat dan pelajar sekolah adalah dijemput untuk menyumbang booth untuk tujuan ini. Sesiapa yang berminat untuk menyertai pameran ini sila maklumkan kepada Dr. Fong Wang Heng selewat-lewatnya pada 22 September 2015. Mathematics in Industry Seminar. UTM-CIAM akan menganjurkan seminar bulanan yang bertajuk "Modelling of Optimal Conservation of Giant Clamp Species in Johor Islands" seperti ketetapan berikut: Tarikh : 22 September 2015 (Selasa) Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Kuliah 1, C17, FS. Speakers : PM Dr. Normah Maan, Dr. Zarina Mohd Khalid, Ms. Tan Yan Bin & En. Mohd Zikri Omar. Majlis Jamuan Qurban Fakulti Sains 1436H akan diadakan pada 28 September 2015 (Isnin) sempena Hari Raya Aidiladha. Untuk tujuan itu, Badan Kebajikan Fakulti Sains mengalu-ngalukan sumbangan wang seikhlas hati daripada semua warga FS. Sumbangan boleh diserahkan kepada Dr. Zaiton Mat Isa (012-7130706). Jualan Pelekat Kenderaan Staf 2015/2016 Ke Fakulti Sains. Unit Keselamatan UTM akan membuka kaunter penjualan pelekat kenderaan staf di Fakulti Sains pada 8 Oktober 2015 (Khamis), jam 10pagi – 12 tengahari di Ruang Tamu, Pejabat Am FS. INFO KEMASUKAN PELAJAR SESI 2015/2016 Pra-Siswazah Pasca-Siswazah SSCE – 27 orang MSCM (MIXEDMODE) – 20 orang SSCM - 37 orang MSCM (RESEARCH) – 6 orang MSCJ – 2 orang PSCM – 2 orang ● LAWATAN AKADEMIK ● Dr. Arifah Bahar telah mengadakan lima lawatan akademik yang bertemakan “Tell me what stochastic is, please!”. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada fenomena rawak yang boleh dijadikan bahan kajian untuk kursus SSCM 4163 - Stochastic Processes selain dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan yang mungkin tidak boleh diperolehi di dalam bilik kuliah semata-mata. Lima tempat yang dilawati adalah: UTM MIMOS Lab - 9 September 2015 Flight Simulator Lab, UTM - 13 September 2015 Institute Of Bioproduct Development UTM - 15 September 2015 Center for Biomedical Engineering UTM - 15 September 2015 Hatchery Kuda Laut J-Biotech, Gelang Patah - 15 September 2015 ● K3PM ● Program Bengkel Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan 5, 17-19 September 2015, SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Staf terlibat: Prof. Dr. Zuhaimy, PM. Dr. Ismail, PM Dr. Khairil, Dr. Syarifah Zyurina, Tn Hj Hamisan dan Tn Hj Ismail Kamis. Berita & Makluman TAKLIMAT JSM Tarikh : 22 September 2015 (Selasa) Tempat : DK2, C17 Masa : 3.00 ptg Aktiviti