Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan. Rujuk Harun Mat Piah, 1989, Puisi Melayu Tradisional, untuk huraian terperinci tentang bentuk pantun Melayu. Pantun Dua Baris Ada ubi ada batas, Ada budi ada balas. Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan merana. Pantun Empat Baris Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Sebab kasih saya turutkan.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Umumnya, pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap, mengandungi bahagian pembayang/sampiran dan maksud. Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun dua baris/kerat, empat baris/kerat, enam baris/kerat, lapan baris/kerat, dua belas baris/kerat dan tiga puluh baris/kerat. Rima pantun pula tersusun dalam bentuk yang tetap seperti ab/ab atau abc/abc dan seterusnya. Walau bagaimanapun, penciptaan pantun di Alam Melayu memperlihatkan pelbagai ciri kreativiti masyarakat setempat hingga melahirkan beberapa ciri kelonggaran dalam bentuk dan rima pantun yang dihasilkan. Rujuk Harun Mat Piah, 1989, Puisi Melayu Tradisional, untuk huraian terperinci tentang bentuk pantun Melayu.
Pantun Dua Baris
Ada ubi ada batas,Ada budi ada balas.
Sebab pulut santan binasa,Sebab mulut badan merana.
Pantun Empat Baris
Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.
Apa didapat orang memburu,Dapat rusa jantan betina,Sedang bersembunyi di celah batu;Bila mendapat bunga yang baru,
Bunga yang lama tiada berguna,Adat dunia sudah begitu.
Bukan cempedak kami katakan,Buah delima dalam pasu,Pisau lipat baru diasah;Bukankah telah kami katakan,Pandang pertama cinta palsu,Tiada dapat dibawa bersusah. [Petikan daripada Kumpulan Pantun Melayu susunan Zainal Abidin Bakar, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1991, halaman 319]
Pantun Lapan Baris
Rumpun rotan di kota alam,Ditebang dibelah empat,Tumbuh serumpun di seberang,Selasih muara sungai;Penglihatan usah diperdalam,Pandang nan usah dipertepat,Adik di dalam tangan orang,Maksud rasa tak akan sampai. [Petikan daripada Pantun Melayu, Balai Pustaka, 1958, halaman 68]
Pantun Dua Belas Baris
Anak jintayu dari hulu,Disambar ombak Laut Cina,Dibawa terbang ke perahu,Hinggap minum ke muara,Anak ikan berkeliaran;Kamilah tahu dari dahulu,Adik jauhari bijaksana,Membuhul tidak membeku,Mengulas tidak mengesan,Meratap langit dengan bicara,Bumi tidak ketirisan.
Rotan sepatah dua patah,Tarik kerakap batang padi,Dibawa Sutan dari Judah,Padi yang jangan digemparkan,Kalau gempar antara gugur,Bila gugur masuk perigi;Tuan di Mekah di Madinah,Naik akhirat batu haji,Tegak berdiri Rasulullah,Kami yang jangan dilupakan,Kalau lupa antara tidur,Dalam tidur menjadi mimpi.
[Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20]
Pantun Berkait
Angsana berpucuk di atas batu,Pucuk digangsa beribu-ribuan;Ada bunga di naung batu,Kuntumnya kaca tangkainya embun.
Pucuk digangsa beribu-ribuan,Kembang diuca balik beroleh;Kuntumnya kaca tangkainya embun,Dipandang sahaja diambil tak boleh.
Kembang diuca balik beroleh,Tambang garam di dalam sekoci;Dipandang sahaja diambil tak boleh,Bertambah geram di dalam hati.
[Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975, halaman 28]
Laman web ini disedia dan diselenggarakan oleh :Sekretariat Pantun Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. http://pantun.usm.my
2. PANTUN PANTUN
3. BENTUK-BENTUK Berbentuk terikat. Bentuk paling popular : pantun dua kerat dan pantun empat kerat. Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud. Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud pantun. Terdapat juga pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas kerat. PANTUN 4. Contoh: Pantun Empat Kerat Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Pantun Dua Kerat Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. Pembayang Maksud Pembayang Maksud 5. CIRI-CIRI PANTUN Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. Bagi pantun dua kerat, rima akhir dalam bentuk ‘aa’ . pantun empat kerat, rima akhir dalam bentuk ‘abab’ Contohnya: Pulau Pandan jauh ke tengah, (a) Gunung Daik bercabang tiga, (b) Hancur badan dikandung tanah, (a) Budi yang baik dikenang juga. (b) Setiap baris dalam pantun mempunyai 46. hingga 5 perkataan. Contoh: Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Setiap baris dalam pantun mempunyai 8 hingga 12 suku kata. 7. PERANAN DAN FUNGSI Pantun memainkan peranan penting di dalam masyarakat Melayu seperti di dalam upacara meminang, majlis berbalas pantun, penghias ucapan dan sebagainya. Antara fungsinya ialah mendidik, menyindir, menyatakan perasaan, menyampaikan buah fikiran dan menghibur.
PANTUN
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
Berbalas Pantun
Pantun Agama
Jual :
Bila todak melanda SingapuraHabis dikerat dicincang lumatBila khianat pada manusiaDunia akhirat takkan selamat
Beli :
1.Habis dikerat dicincang lumatPatinya diaduk dijadikan obatDunia akhirat takkan selamatKecuali minta ampun nasuha tobat
2.
Anak jantan anak temenggungPergi memburu sampai ke GombakLalu berhenti mengutip petaiBerani buat, berani tanggungKalau takut dilambung ombakJangan berumah ditepi pantai
3.
Surat ditulis dalam gelapSalah huruf banyak tak kenaJagalah diri jangan silapJika silap dapat bencana
Jual :
Kemuning daunnya lampaiTubuh dijirat paduka tuanDiatas dunia kaul tak sampaiDidalam surga ada penantian
Beli :
1.Tubuh dijirat paduka tuanTidak cacat tidak seliaDidalam surga ada penantianHanya untuk yang beramal mulia
2.
Sungguhlah besar taman Seri MahkotaTempat bermain bidadari Lela UtamaSungguhlah benar bagi orang yang takwaAda tempat yang aman dan bahagia
Jual :
Kain basurek kain bertulisPakaian raja Bugis - MakassarDi Luh Mahfuz sudah tertulisJanji sudah tak dapat ditukar
Beli :
1.Anak merak anak merbahBeradu kedua di dalam sarangSiibu mendodoiAnak sungai lagikan berubahInikan pula hati orangMengapa dirindui
2.
Cari lebah bersarang besarJangan tersengat racun berbisaJanji Allah adalah benarJangan tertipu kehidupan dunia
1.Bentan Telani diberi namaLagunya indah menawan merayuJangan hatinya diberi lukaNantinya hilang kawan beradu
Jual :
Disana merak disini merakMerak mana hendak dikepungDisana hendak disinipun hendakPening kepala terajang punggung
Beli :
1.Diumpan merak dengan dedakHendak ditangkap dengan segeraDi sana hendak di sinipun hendakTepuk dada tanyakan selera
2.
Bayan merbah merbuk daraTerbang bebas hiasan angkasaJangan salah tertepuk dadaBadan terhempas mara bencana
3.
Tuan puteri di atas puriDato hulubalang di atas padangBila dinasihati dengar-dengariBila bertepuk pandang-pandang
Jual :
Air tawar ditambah gulaLalu dihidang beralaskan kain
Memang awak mencari balaPergi menepuk dada yang lain
Beli :
1.Bertelepuk emas diatas kainAda sirih bergambir tiadaTak menepuk dada yang lain ?Dada sendiri berdaging tiada
2.
Bertelepuk emas diatas kainKain pelangi dari MelakaBerani tuan menepuk yang lainBila dah kena... Padan dengan muka
3.
Tuah merbuk pada kung-nyaBandan menukik begap rupaRaja Chola menggeleng kepalaBerubah tepuk pada dadaPadan menjadi usap dimukaInikah tanda millenium tiga ?
Jual :
Bergetah putih pokok ketiauGaru pelandok lumut garitManalah hati tak geruh risauLalu bidukku umbut berkait
(awas batal puase je)
Beli :
1.Garu pelandok lumut garitGugur pucuk habis kontotLalu bidukku umbut berkaitLenguh sendi siku dan lutut
2.
Pelatuk besi lupuh melurutHarimau dahan pelandok melompatMelenguh sendi siku dan lututBalikkan badan biduk terjungkat
3.
Harimau dahan pelandok melompatJulang enggang sayap mengepakBalikkan badan biduk terjungkatTanya penumpang apakah mendapat
(hati2 tak dibuatkan breakfast je)
Jual :
Kerbau putih membongkah tanahBadak sambu pagut resamKalau mandi biarlah basahBidukku lalu umbut terendam
Beli :
Pantun Percintaan
Jual :
Jahit setangan pinggirnya dikelimBaik dikelim kembang kelapaRindu dendam kemana nak dikirimNak dikirim kepada siapa
Beli :
1.Segak menawan datuk penghuluMahir berlawan langkahnya tangkasKirimkan saja diangin laluAtau melalui SMS pesanan ringkas
2.
Hijau daun diranting kayu
Mayang ditabuh bulir hamburanHajat dikirim di angin laluSayang dihembus balik haluan
Jual :
Bukan kacang sembarang kacangKacang melilit kayu jatiBukan datang sembarang datangDatang melihat sijantung hati
Beli :
1.Apa guna pasang pelitaJika tidak dengan sumbunyaApa guna bermain mataKalau tidak dengan sungguhnya
(Takkan tenguk je)
2.
Ambil gendang di kampung KandisDitabuh ramai ditingkah biolaMakin dipandang semakin manisDilabuh hati menyala cinta
3.
Dipanah semata Indera SaktiSeekor dara dipohon keranjiSudah sama menaruh hatiDiekor mata konon berjanji
4.
Pat-pat nyaSiapa cepat dia punya.Lain padang lain belalangBelalang kunyit dilihat jarangAsik dok pandang-pandangBunga terlepas dikebas orang
5.
Belalang Kunyit dilihat jarangKinantan lelah lagi lunglaiKononnya pula terok bertarungBunga terlepas dikebas orang ?Ditangan Raja lagi diungkaiKononlah pula ditangan orang
6.
Minum air, air dijerangUntuk dibuat si air ketumRasa mabuk tidur belekorApa dilihat di tangan orangBunganya bukan sekuntumKumbangnya bukan seekor
Jual :
Batu loyang buat asahanBatunya hitam seruas jariBimbang siang boleh ditahanBimbang malam serasa mati
Beli :
1.Banyak orang mengetam pulutSaya sendiri mengetam padiBanyak orang karam dilautSaya sendiri karam dihati
2.
Balam mendengut tengah rimbaBalam serati jambul merahKaram dilaut boleh ditimbaKaram dihati bilakan sudah
3.
Biskut dalam petiAmbil satu hendak rasaKalau diikut hati; matiIkut rasa, habis binasa
4.
Rumput manis cemperai hidupLada muda perca kainJangan menangis bercerai hidupSama-sama mencari lain
Jual :
Ikan belanak hilir berenangBurung reruak menata sarangMakan tak enak tidur tak tenangKonon teringat dinda seorang
Beli :
1.Kumbang menyumbang bunga berseriBunga ditaman puteri rajaEntahkan benar demikian periAtau sekadar cakap sahaja
6. Dari Lagu " Kerana budi Jasad Tertawan" Kain buruk jatuh di papan, Patah terkulai dahan meranti; Biarlah buruk rupamu tuan, Asal pandai mengambil hati.
7. Dari Lagu "Kerana Budi Jasad Tertawan" Tengah padang pasang pelita, Anyam ketupat bulan puasa; Bukan nak pandang cantiknya rupa, Hati terpikat budi bahasa.
Jual :
Kalaulah jadi pergi keladangKain panjang cari dahuluKalaulah jadi pergi berdagangInduklah semang cari dahulu
Beli :
Pantun Nasihat
Pantun Mercun
Orang buta pergi ke kebunMakan longan dibekal cucurJanganlah kita bermain mercunKelak badan pasti hancur
uyn,
Pantun dari filem-filem Melayu klasik
1.Kajang Pak Malau kajang berlipatKajang saya mengkuang layuDagang Pak Malau dagang bertempatDagang saya musafir lalu(Filem Seri Mersing)
2.Tuai padi antara masakEsok jangan layu layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan(Filem Gurindam Jiwa - 1966)
3.Burung nuri burung helangTidak sama terbang tinggiSekarang puteri berangkat pulangBila pula berjumpa lagi
Kain buruk tepi perigiDibuat orang pengesat belangaEsok kita berjumpa lagiTunggulah Teja di taman bunga(Filem Hang Tuah - 1956)
Pantun Moden
1.Burung pekaka menangkap ikanDi atas tender duduk terpakuPergi berdagang apa takutkanKartu kredit ada disaku(Pantun Moden)
2.
Burung serindit jalannya kakuSayang sayapnya sudah terkulaiKartu kredit memang ada disakuSayang limitnya sudah terlampaui
3.
Sayang sayapnya sudah terkulaiLalu dianduh dengan kainKalau limitnya sudah terlampauiIsi borang pohon yang lain
4.
Sayap dianduh dengan kain ?Jadi tergulir tak dapat jalan
Isi borang pohon yang lain ?Bagi dipikir dulu pendapatan
5.
Disana serindit disini pipitRamai merak mengigal badanDisana kredit disini kreditBagai beranak tak berbidan
6.
Kertas buruk jangan diruyukDibuat menyala unggun apiBesar kerak dari periukBabi gemuk pun boleh mati
7.
Di dalam laut ada buayaLemas kerana lautnya matiJangan ditakut pada bahayaEmas bernilai sinar dihati
8.
Cencaluk budu tempoyak sambalDicicah ulam enak sekaliHendak beradu rasanya janggalMencelah-celah dihujung kaki
9.
Pahlawan menggunakan kapakUntuk mengalahkan raksasaJangan suka melepakIa hanya membuang masa(2,12,09)
Rujukan
Pogadaev, Victor (2002). "Malay Pantun in Russia". in "Dewan Sastera", Jilid 32, Bilangan 10, 2002, p. 88-89.
Kategori:
Kesusasteraan Puisi
Pantun
Oleh: Qamarul Arifin Abdullah
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pantun adalah satu-satunya puisi Melayu
tradisional yang paling asli dan lahir di rantau Alam Melayu. Banyak pendapat
dikemukakan oleh pengkaji-pengkaji tentang asal usul istilah pantun, antaranya oleh