FORMAT LAPORAN AKTIVITI PIHAK SEKOLAH KEPADA FELDA WILAYAH DANA
KECEMERLANGAN PENDIDIKAN FELDA 2014
BAHAGIAN A PROFIL SEKOLAH1. FELDA Wilayah : Wilayah Jengka2.
Nama Sekolah : SK LKTP JENGKA 243. Bilangan Murid : 186TAHUN /
TINGKATANBIL. MURID
TAHUN 628
TINGKATAN 3
TINGKATAN 5
BAHAGIAN B PELAPORAN AKTIVITI
1. TAJUK : BENGKEL UPSR 2014
2. PENGENALAN : Sekolah Kebangsaan ( LKTP ) Jengka 24 merupakan
salah sebuah sekolah di Daerah Jerantut yang pencapaian akademiknya
hanya di peringkat sederhana , pada tahun 2013 keputusan UPSR telah
menunjukkan peningkatan dari 79.31% tahun 2012 kepada 100% tahun
2013. Namun begitu, hasilnya masih tidak memuaskan walaupun
pelbagai program telah dijalankan, antara punca kurang berhasilnya
adalah didapati murid tahun 6 selalu tidak hadir ke sekolah, saban
hari ada saja murid yang tidak hadir ke sekolah, dengan pelbagai
alasan yang diberi, semua langkah telah diambil mengikut peraturan
yang telah ditetapkan tetapi tidak berkesan, keduanya murid tidak
berfokus dan keseungguhan untuk belajar kerana tiada galakan dari
pihak ibu bapa, ketiga ada beberapa orang murid yang bermasalah
keluarga yang teruk dan mungkin juga P & P guru kurang berfokus
, justeru pada tahun 2014 ini pihak sekolah akan merancang semula
pelbagai program berfokus bagi meningkatkan pencapaian murid samada
menambah bilangan calon untuk mendapat 5A disamping meningkatkan
peratus lulus dengan sekurang-kurangnya pangkat C dalam semua mata
pelajaran UPSR.
3. OBJEKTIF :1.Mengekalkan peratus lulus semua subjek
UPSR2.Menambah bilangan calon yang mendapat 5A3.Target 5A UPSR
seramai 9 Orang 4.Mengurangkan bilangan murid tidak lulus dalam
sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.
4. KUMPULAN SASAR : 28 orang
5. PELAKSANAAN : ( Rujuk lampiran 1 )
6. LAPORAN PERBELANJAAN :
a. SUMBER KEWANGAN DANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN FELDA
b. PERBELANJAAN ( BUTIRAN PERBELANJAAN TERPERINCI ) RUJUK
LAMPIRAN 2
c. JUMLAH PERUNTUKAN DKPF YANG DITERIMA : -
7. MANFAAT PROGRAM : Murid dan guru dapat berkongsi
teknik-teknik menjawab soalan serta kepakaran dari guru-guru
cemerlang dari sekolah yang terpilih. Selain itu murid-murid juga
dapat mengetahui cara-cara mencapai markah tertinggi bagi setiap
soalan upsr.
8. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Mengadakan bengkel upsr ini di
tempat yang lebih menarik dan memotivasikan murid.
9. PENUTUP : Sesungguhnya segala perancangan yang direncanakan
akan ditentukan oleh Yang Maha Kuasa . Namun kita akan teruskan
berusaha dengan pelbagai perancangan demi membantu meningkatkan
pencapaian murid-murid dalam bidang pelajaran dan pembelajaran
.Kita tidak akan membiarkan segala harapan dan sasaran kita
terkandas di tengah jalan. Kita perlu bersungguh-sungguh dan telus
dalam melakukan apa jua yang kita rencanakan. Semoga apa yang kita
rancangkan mendapat keredhaan dan keberkatan dari Nya . Justeru
harapan kita agar murid-murid kita akan lebih baik lagi walau tidak
cemerlang mana tetapi sekurang-kurangnya boleh mencapai tahap yang
membanggakan kepada semua pihak termasuklah ibu bapa dan masyarakat
setempat. Insyaallah.
10. LAMPIRAN : GAMBAR
BENGKEL BAHASA INGGERIS
BENGKEL BAHASA MELAYUBENGKEL BAHASA INGGERIS
PESERTA BENGKEL UPSR
BENGKEL SAINS
DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH :Pn. Yuhana Bt YakubGuru BesarSk
LKTP Jengka 2426400 Bandar JengkaPahang
Ahmad Helmi B KassimPenyelaras PendidikanSk LKTP Jengka 2426400
Bandar JengkaPahang
TARIKH : 23.6.2014 TARIKH : 23.6.2014
LAMPIRAN 1
BIL.MATAPELAJARANPENCERAMAH TARIKHMASA
1.BAHASA MELAYU PEMAHAMANEn Aziz B Alias19.4.20148.00 Pagi 12.30
Tengah Hari
2.BAHASA MELAYU PENULISANPn Faridah Bt Omar Baki 12.4.20148.00
Pagi 12.30 Tengah Hari
3.MATEMATIKPn Roslina Bt Md Taib8.4.20148.00 Pagi 12.30 Tengah
Hari
4.SAINSEn Mohd Notfi B Ibrahim15.4.20148.00 Pagi 12.30 Tengah
Hari
5.BAHASA INGGERISPn Hamiza Bt Salleh19.4.20148.00 Pagi 12.30
Tengah Hari
LAMPIRAN 2
Bil.PerkaraJumlah
1.PenceramahRM 150.00 x 5 = RM 750.00
2.Makan / Cenderahati PenceramahRM10.00 x 5 =RM 50.00
3.Alat Tulis ( bahan fotostate, kertas , pensel, fail)RM 3.00 x
28orang x 5 = RM 420
JUMLAHRM 1220.00