BENGKEL INOVASI JBPM 2018 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan menganjurkan Pertandingan Anugerah Inovasi Ketua Pengarah sebagai salah satu acara tahunan. Penganugerahan ini terbuka kepada semua kumpulan yang berkhidmat di dalam JBPM, yang telah berjaya menghasilkan suatu bentuk ciptaan baru ataupun inovasi yang berupa pengubahsuaian ataupun ciptaan yang kreatif dan secara tidak lansung ianya akan dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada amalan ataupun budaya kerja yang unggul serta cemerlang. Setiap JBPM Negeri akan dipelawa untuk mengambil bahagian dalam acara ini. Pertandingan inovasi ini merupakan suatu bentuk pengiktirafan yang diberikan oleh jabatan kepada usaha-usaha berterusan yang telah dilaksanakan oleh anggota-anggota dalam organisasi yang Berjaya mengetengahkan kreativiti di dalam aspek kerja yang bermatlamatkan kecemerlangan dan perkhidmatan yang berkualiti serta merangkumi aspek-aspek berikut:- I. Gaya pengurusan II. Teknologi III. Tenaga Manusia IV. Struktur organisasi V. Persekitaran kerja VI. Kelengkapan modal Oleh yang demikian, bagi menambahbaik mutu penghasilan produk inovasi para peserta dari JBPM Negeri, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah menganjurkan satu program yang dinamakan Bengkel Inovasi 2018. Program ini telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 02 – 03 April 2018 di Bilik Seminar 1, Pusat Penyelidilkan Kebombaan, Bandar Baru Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Seramai 33 peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota JBPM Negeri manakala 14 peserta dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dijemput hadir. Pihak PUSPEK telah menjemput En Zulkifli (Zull Design Autotronic Sd. Bhd.) bersama beberapa orang staf beliau untuk membantu menjayakan program tersebut. Zull Design Autotronic adalah sebuah syarikat bumiputera yang telah
6
Embed
BENGKEL INOVASI JBPM 2018 - bomba.gov.my · BENGKEL INOVASI JBPM 2018 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui Bahagian Perancangan dan Penyelidikan menganjurkan Pertandingan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BENGKEL INOVASI JBPM 2018
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan menganjurkan Pertandingan Anugerah Inovasi
Ketua Pengarah sebagai salah satu acara tahunan. Penganugerahan ini terbuka
kepada semua kumpulan yang berkhidmat di dalam JBPM, yang telah berjaya
menghasilkan suatu bentuk ciptaan baru ataupun inovasi yang berupa
pengubahsuaian ataupun ciptaan yang kreatif dan secara tidak lansung ianya akan
dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada amalan ataupun budaya
kerja yang unggul serta cemerlang. Setiap JBPM Negeri akan dipelawa untuk
mengambil bahagian dalam acara ini. Pertandingan inovasi ini merupakan suatu
bentuk pengiktirafan yang diberikan oleh jabatan kepada usaha-usaha berterusan
yang telah dilaksanakan oleh anggota-anggota dalam organisasi yang Berjaya
mengetengahkan kreativiti di dalam aspek kerja yang bermatlamatkan
kecemerlangan dan perkhidmatan yang berkualiti serta merangkumi aspek-aspek
berikut:-
I. Gaya pengurusan
II. Teknologi
III. Tenaga Manusia
IV. Struktur organisasi
V. Persekitaran kerja
VI. Kelengkapan modal
Oleh yang demikian, bagi menambahbaik mutu penghasilan produk inovasi
para peserta dari JBPM Negeri, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan telah
menganjurkan satu program yang dinamakan Bengkel Inovasi 2018. Program ini
telah berlangsung selama 2 hari bermula pada 02 – 03 April 2018 di Bilik Seminar 1,
Pusat Penyelidilkan Kebombaan, Bandar Baru Enstek, Nilai, Negeri Sembilan.
Seramai 33 peserta yang terdiri daripada pegawai dan anggota JBPM Negeri
manakala 14 peserta dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dijemput hadir.
Pihak PUSPEK telah menjemput En Zulkifli (Zull Design Autotronic Sd. Bhd.)
bersama beberapa orang staf beliau untuk membantu menjayakan program
tersebut. Zull Design Autotronic adalah sebuah syarikat bumiputera yang telah
berpengalaman dalam bidang rekacipta selama lebih 30 tahun di mana ianya mula
beroperasi pada penghujung tahun 80-an. Nama “ZULL” diinspirasikan daripada
nama Pengarah Urusan Syarikat, Zulkifli Hj. Haron, seorang pereka cipta peralatan
berteknologi di negara ini.
Adalah diharapkan agar bengkel ini dapat mencapai objektifnya dengan
penghasilan produk inovasi yang lebih kreatif dan inovatif dalam pertandingan
Anugerah Inovasi 2018 yang akan diadakan di Negeri Kedah.
Jadual sepanjang bengkel yang diadakan adalah seperti berikut:-
HARI PERTAMA : ISNIN (02/04/2018)
HARI KEDUA : SELASA (03/04/2018)
SENARAI NAMA PESERTA BENGKEL INOVASI 2018 - FUNDAMENTAL AND INTRODUCTION OF CREATIVE PRODUCT INNOVATION DI PUSPEK, BANDAR ENSTEK PADA 02-03 APRIL 2018
(ISNIN-SELASA)
NO. BAHAGIAN / JBPM NEGERI
NAMA PESERTA
1 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan PKPjB Ahmad Izram Bin Osman