Top Banner

of 37

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Bengkel Asas Membaca Kaedah Abjad Kaedah ini dijalankan dengan memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa Melayu dan diikuti dengan menyebut nama huruf-huruf tersebut. Memperkenalkan pula huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), murid diperkenalkan dengan nama huruf besar terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985), kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u.

Kekuatan Kaedah Abjad Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia kerana bahasa Malaysia terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum mempelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.

Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada muridmurid.

Kaedah AbjadMenyebut nama huruf abjad a hingga z: huruf kecil dan huruf besar. Latihan menyebut pola suku kata v dan kv. Latihan mengeja suku kata, perkataan dan frasa. Latihan membaca ayat

Menggunakan Bahan Bantu Belajar

Laksana Latihan

Langkah Menjalankan Kaedah Abjad Pelajaran dimulakan dengan menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyi. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu.

Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baju, kayu, api, cili, padi, dan lain-lain. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk perkataan buku , mula-mula disebut nama huruf bi dan yu diikuti penyebutan bunyi suku kata bu ; kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti penyebutan bunyi suku kata ku , dan akhir disebut perkataan buku .

Apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu.

Rumusan Kaedah ini menyediakan murid asas yang kukuh untuk membaca. Jika menguasai kemahiran ini dengan baik, murid tersebut akan dapat menyebut apa-apa perkataan yang baharu.

TERIMA KASIHDisediakan oleh : TAN CHUN LEE AZAHAR BIN AWANG MOHD FIRDAUS BIN MOHD JAMIL