BANTUAN KERAJAAN PERAK. Kerajaan Negeri Perak menyediakan pelbagai bantuan kepada penduduk dan rakyat negeri Perak. Selain itu, kerajaan Perak bertungkus lumus untuk memberi perkhidmatan masyarakat negeri Perak. Pelbagai bantuan dapat disenaraikan mengikut kelas dan status masing-masing, seperti: - Kad Perak Prihatin - Program Sayang Rumahku - Perak E-tuition - Program Bantuan Tabung Pinjaman Usahawan - Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Anak Perak - Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak - Dermasiswa Harapan (Dalam dan Luar Negara) daripada Yayasan Perak - Skim Bantuan Zakat Kerajaan Perak.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BANTUAN
KERAJAAN PERAK.
Kerajaan Negeri Perak menyediakan pelbagai bantuan kepada penduduk dan
rakyat negeri Perak. Selain itu, kerajaan Perak bertungkus lumus untuk memberi
perkhidmatan masyarakat negeri Perak. Pelbagai bantuan dapat disenaraikan
mengikut kelas dan status masing-masing, seperti:
- Kad Perak Prihatin
- Program Sayang Rumahku
- Perak E-tuition
- Program Bantuan Tabung Pinjaman Usahawan
- Bantuan Sara Diri dan Kecemasan Mahasiswa Anak Perak
- Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak
- Dermasiswa Harapan (Dalam dan Luar Negara) daripada Yayasan Perak
- Skim Bantuan Zakat Kerajaan Perak.
1. Kad Perak Prihatin
Kad ini berperanan sebagai:
• Kad makanan dan kesihatan untuk rakyat yang memerlukannya.
• Bagi mendapatkan keperluan asas dan rawatan kesihatan asas mengikut
bantuan bulanan yang ditetapkan kerajaan.
• Wang yang Diberikan akan diguna untuk membayar bil klinik swasta dan
makanan.
• Kad Perak Prihatin juga diberikan kepada golongan sasar untuk memudahkan
pembelian barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, dan
sebagainya mengikut ketetapan bantuan bulanan.
Contoh Kad Perak Prihatin
2. Program Sayangi Rumahku.
Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan
perumahan bagi golongan keterbawahan yang berdaftar dengan E-Kasih. Program
ini bagi membantu golongan keterbawahan dengan menyediakan kemudahan asas
dan kediaman yang selesa tanpa mengiralatarbelakang agar mereka mendapat
sebuah harapan baru dalam menikmati kehidupan yang lebih berkualiti.
KONSEP PROGRAM:
Program bantuan baik pulih dan bina baru rumah tanpa bayaran bagi rakyat
Perak yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur. Jenis bantuan
terbahagi kepada dua (2) kategori :
Bantuan Baik Pulih
Bantuan Bina Baru
SYARAT- SYARAT PERMOHONAN:
• Warganegara Malaysia dan berkahwin.
• Berumur 45 tahun ke atas dan menetap di dalam Negeri Perak dan
bermastautin melebihi 10 tahun
• Berdaftar di dalam E-Kasih atau disahkan miskin MPKK
• Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki
• (Bagi permohonan bina baru)
• Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain
• Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
• Salinan kad pengenalan pemohon
• Salinan kad pengenalan pasangan dan tanggungan
• Sebut Harga bagi permohonan Baik Pulih Rumah
• Salinan geran tanah bagi permohonan Bina Baru Rumah
• Surat Kebenaran Menduduki dari semua penama berdaftar dalam geran tanah
jika tanah hak milik orang lain – Bagi permohonan Bina Baru Rumah sahaja.
• Salinan Kad Pengenalan Semua Penama berdaftar dalam geran tanah
KATEGORI SAYANGI RUMAHKU:
Baik Pulih
• Bantuan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk
dibaiki.
• Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak
termasuk,
• kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi
dan lain-lain.
• Kos baik pulih maksima sehingga RM15,000
• Tempoh baik pulih antara 2 hingga 4 minggu
Bina Baru Rumah
Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang
terlalu uzur, dan tidak selamat diduduki . Jenis rumah bina baru terbahagi kepada
tiga (3):
Bina Baru 1 Bilik
• Berkeluasan 340 kaki persegi (20’x17’)
• Kos pembinaan adalah RM30,000
Bina Baru 2 Bilik
• Berkeluasan 440 kaki persegi (20’x22’)
• Kos pembinaan adalah RM40,000
Bina Baru 3 Bilik
• Berkeluasan 640 kaki persegi (20’x32’)
• Kos pembinaan adalah RM45,000
Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat-tempat berikut :-
• Pejabat Yayasan Perak
• Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh
• Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
• Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
• Muat Turun Borang Permohonan Sayangi Rumahku
3. PERAK E-TUITION.
Program ini merupakan program pembelajaran secara video atas talian yang boleh
diakses oleh semua pelajar dan guru di Negeri Perak. Program telah bermula dari
tahun 2011 dan mengandungi hampir semua subjek yang diajar mengikut silibus.
Terdapat kira-kira 200 subjek yang meliputi SK, SJKC, SJKT dan Sekolah Menengah
dalam bentuk video yang berjumlah 8,800 video.
4. PROGRAM BANTUAN PINJAMAN TABUNG USAHAWAN.
Program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan disediakan untuk golongan sasar
iaitu di kalangan usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan usahawan muda
B40 bagi menjadi batu loncatan kepada usahawan-usahawan untuk memulakan dan
mengembangkan perniagaan mereka.
Objektif Program:
• Membangunkan masyarakat melalui program pinjaman tabung usahawan
untuk meningkatkan pendapatan yang lestari dalam memangkin ekonomi
pembangunan Negeri Perak.
• Melahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berkualiti dan beriltizam
melalui bimbingan serta latihan pembangunan kapasiti yang sistematik dan
efektif.
• Meningkatkan kualiti perkhidmatan yang mendahulukan pelanggan, proaktif
dan pantas dalam mengatasi pemasalahan pelanggan/rakyat.
• Memperkasa pengkalan data maklumat kemiskinan yang komprehensif.
KONSEP PROGRAM:
Merupakan Skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan IKS dan
usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan dan ia adalah pinjaman
jangka pendek. Tempoh pinjaman sehingga 5 tahun (bergantung kepada jumlah
pinjaman). Jumlah pinjaman dari RM3,000.00 sehingga RM20,000.00.
SYARAT- SYARAT PERMOHONAN:
1. Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi
10 tahun di Negeri Perak.
2. Pemohon dan pasangan merupakan seorang Warganegara Malaysia.
3. Pemohon dan pasangan bukanlah seorang kakitangan kerajaan / badan berkanun
atau syarikat GLC atau syarikat Berhad.
4. Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak
5. Menjalankan perniagaan secara sendirian (Bukan Perkongsian)
6. Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi syariah.
7. Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak.
Dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan
atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan
mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.
Antara perniagaan yang berada di luar skop pembiayaan adalah:
• Urusniaga melalui ternakan dan perikanan (usahawan baru)
• Urusniaga yang melibatkan konsep MLM / Online.
• Urusniaga yang melibatkan pelaburan / Piramid / Skim Cepat Kaya
• Pembelian kenderaan untuk perniagaan atau peribadi
• Perniagaan barangan lusuh / Kitar semula
• Perniagaan bermusim
• Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen
Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau hartanah ) dan
sebagainya.
• Kontraktor Pembangunan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
• Borang / Surat Permohonan (wajib).
• Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) – (wajib).
• Salinan Surat Perjanjian / Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya
• Salinan Daftar Niaga (SSM) / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
• Pelan lokasi perniagaan
• Surat Sokongan Wakil Rakyat / Pejabat Daerah / Penghulu / MPKK
• Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini.
• Dokumen sokongan yang disahkan kepada Yayasan Perak, tidak akan
dikembalikan.
Pemohon boleh mendapatkan borang secara percuma di tempat-tempat
berikut :
• Pejabat Yayasan Perak
• Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh
• Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
• Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
• Muat Turun Borang Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak
5. BANTUAN SARA DIRI DAN KECEMASAN MAHASISWA ANAK PERAK.
Bantuan ini bertujuan untuk:
a) Meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang
berkemampuan bagi membolehkan mahasiswa fokus terhadap pelajaran
tanpa terganggu dengan masalah kewangan.
b) Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan
Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga.
Bantuan ini terbahagi kepada 2 jenis bantuan yang akan disalurkan kepada
mahasiswa anak Perak:
1. Bantuan Sara Diri:
a) Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu
menjalani pengajian di IPT.
b) Bantuan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semestar
atas alasan munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.
2. Bantuan Kecemasan.
a) Bantuan khas sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi
meringankan beban yang ditanggung.
b) Contoh-contoh bencana atau musibah seperti kemalangan, kebakaran, kematian
ibu bapa atau penjaga, kecurian, bencana alam (banjir atau ribut atau tanah
runtuh) dan penyakit kronik.
KADAR PEMBERIAN:
Kategori Nilai Bantuan (setahun)
Bantuan Sara Diri RM700
Bantuan Kecemasan
RM300 – RM1,000
(Mengikut Bencana/Musibah)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
Salinan myKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak.
Salinan kad pelajar.
Salinan penyata akaun bank pelajar.
Salinan surat kematian dan surat bercerai (jika berkaitan).
Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini (Bantuan Sara Diri sahaja).
Salinan Laporan Polis atau Laporan Perubatan (Bantuan Kecemasan Mahasiswa
Negeri Perak sahaja).
Penyata pendapatan (isi rumah) bapa ibu dan penjaga yang disahkan oleh majikan
dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja
sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan.
BORANG PERMOHONAN:
a) Sokongan – Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPT pemohon.
b) Perakuan – ADUN / Penyelaras DUN / Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim
(Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)
Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengerusi MPKK / Penghulu Mukim / Pegawai
Kerajaan Kelas A / Wakil Rakyat / Penyelaras DUN.
SYARAT BANTUAN SARA DIRI:
1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di
Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar
Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA
DAN KE ATAS peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER)
dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal
Pelajar di IPT pemohon.
5. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan
sahaja (gaji pokok).
6. Memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) semasa 2.75 dan ke atas.
Keutamaan kepada mahasiswa yang memperoleh PNGK 3.0 dan ke atas.
7. Mahasiswa yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa Pendidikan dari
mana-mana agensi mahupun syarikat korporat tidak akan dipertimbangkan.
8. Permohonan dibuka sepanjang tahun.
9. Pemberian sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat
pengajian. (Bantuan Sara Diri).
SYARAT BANTUAN KECEMASAN:
1. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-
a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin
di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar
Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.
2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA peringkat Diploma, Ijazah
Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.
4. Semua permohonan perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal
Pelajar di IPT pemohon.
5. Menghantar bukti pengesahan kejadian dalam bentuk Laporan Polis, Laporan
Perubatan atau Pengesahan oleh Pemimpin Tempatan (Pengerusi Kawasan Rukun