Gajah Putih.10 bangunan yang disenarai dibawah ini merupakan Top
10 bangunan tertinggi di dunia jika ianya berjaya disiapkan seperti
yang dirancang.Selalunya, projek pembangunan terpaksa dihentikan
atas beberapa faktor kritikal seperti kekurangan dana dan suntikan
kewangan yang lemah, bencana alam yang berlaku secara tiba-tiba,
pergolakan politik dan banyak lagi.
Jom kenali 10 bangunan ini dengan lebih dekat lagi. Bonus foto
illustrasi bagi setiap bangunan jika ianya menjadi realiti.
1. Nakheel TowerLokasi: Dubai
Tinggi puncak bangunan ini menjangkau sehingga 1 kilometer.Mula
dibina pada tahun 2008, tetapi proses pembinaan terhenti setahun
kemudian.
2. India TowerLokasi: Mumbai
Tapak pembinaan terletak ditengah-tengah bandaraya Mumbai,
India.Projek pembinaan dimulakan pada tahun 2010.Sayangnya, ianya
terbantut setahun selepas itu iaitu pada tahun 2011.
3. Russia TowerLokasi: Moscow
Kerja pembinaan terhenti pada tahun 2008.Semenjak itu, tapak
pembinaan bangunan ini dijadikan tempat meletak kenderaan bagi
penduduk setempat.
4. Chicago SpireLokasi: Chicago
Terhenti kerana krisis kewangan yang tidak dapat
diselesaikan.Ketinggian yang mahu dicapai adalah 2000 kaki.
5. Doha Convention Center TowerLokasi: Doha
Salah satu cubaan Doha untuk bersaing rapat dengan jiran kaya
mereka.Tetapi turut menjadi satu kegagalan apabila projek ini
terhenti pada tahun 2012.Hanya selepas dimulakan 5 tahun sebelum
itu, iaitu pada tahun 2007.
6. Burj Al AlamLokasi: Dubai
Dimulakan pada tahun 2009.Dan berakhir pada tahun yang sama,
berpunca daripada masalah pekerja asing.Yang berkait rapat dengan
status ekonomi Dubai ketika itu.
7. Palace of SovietsLokasi: Moscow
Projek ini diilhamkan sendiri oleh Joseph Stalin.Mula dibina
pada tahun 1937 dan apabila siap ianya akan menjadi bangunan
tertinggi dunia ketika itu, mengatasi Eiffel Tower di
Perancis.Menjadi Gajah Putih pada tahun 1941 kerana Perang Dunia
Ke-2.
8. Lam Tara Tower 1Lokasi: Dubai
Bangunan setinggi 454 meter ini mula dibina pada tahun
2008.Tetapi terpaksa dihentikan dua tahun kemudian
(2010).Kemungkinan besar kerana krisis kewangan.
9. Lighthouse TowerLokasi: Dubai
Seperti projek-projek mega yang lain di Dubai, Lighthouse Tower
ini turut terabai atas faktor ekonomi.Terhenti pada tahun yang sama
ianya dimulakan, iaitu pada tahun 2009.Jika berjaya disiapkan,
ketinggian bangunan ini adalah 402 meter.
10. Fairwell International CenterLokasi: Xiamen
Direka untuk menaikkan nama China dipersada dunia.Malangnya
pembinaannya terbantut pada tahun 1997.Selain mensasarkan
ketinggian 397 meter, tiada info lain yang dapat kami
kongsikan.