1:1 (bahagian 2)Posted: 22 November 2008 by MELOR in baja
semburan Tags: kursus online
14 kadar 1:1 boleh dipakai untuk menghasilkan baja foliar atau
baja kompos. pertama, kita cuba nisbah 1:1 ni untuk buat baja
foliar. satu pelajaran dalam satu masa. sekarang kita bercakap
mengenai BAJA FOLIAR atau bagi yang kurang fasih bab baja ni kita
panggil BAJA SEMBURAN DAUN. apa yang 1:1 tu? 1 bahagian adalah sisa
organik, dan 1 bahagian lagi adalah gula merah. sisa organik yang
biasa digunakan untuk buat BAJA FOLIAR ada 4 jenis. (A)
buah-buahan, (B) sayuran, (C) ikan/hidupan laut & (D) herba.
(A) buah-buahan. semua jenis buah hampir boleh digunakan. buah
import/tempatan macam pisang, manggis, anggur, dokong balun semua.
Antara buah-buah yang baik ialah labu, tembikai, nenas. yang tak
sesuai ada beberapa, contohnya betik sebab akan jadi arsenik, buah
kelapa sawit banyak minyak. minyak tak rasi dengan EM. minyak
molekulnya terlalu kompleks, EM tak faham macamana nak makan
kompleks2 ni Buah-buah yang masak banyak kandungan gula. buah-buah
yang muda banyak hormon pertumbuhan. jadi kedua-duanya boleh
digunakan. Baja ini dipanggil FERMENTED FRUIT JUICE (FFJ). (B)
sayuran. semua jenis sayuran boleh digunakan. sawi, kailan, kulit
timun, paku pakis. sayuran ni banyak sikit serat, vitamin larut air
macam A,D,E,K. banyak juga klorofil yang merupakan antioksidan.
Baja ni dipanggil FERMENTED PLANT JUICE (FPJ). (C) ikan. ikan
sumber asid amino. rumpai laut pun boleh. ikan bilis, perut ikan,
darah ikan, semuanya sesuai. yang tak sesuai adalah hidupan laut
yang Allah jadikan sebagai majlis perbandaran. kerjanya mencuci
dasar laut daripada sampah,logam berat dan toksik. contoh sotong,
ikan pari. apa lagi? kalau buat baja tak sesuai, makan sesuai tak?
baja ini dipanggil FERMENTED FISH AMINO (FFA). (D) herba. herba ni
tumbuhan juga, cuma dia ada nilai perubatan yang tinggi. contoh
bawang putih, halia, licorice, habbatussauda, kulit kayu manis.
biasanya tumbuhan herba tidak disukai perosak dan kurang musuh.
herba mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan kebanyakannya
antikulat, antikuman, antibiotik. Baja ni dipanggil ORIENTAL HERBAL
NUTRIEN (OHN). apa yang kita nak buat bersama rakan peserta isnin
ni ialah baja dari herba, OHN tu. Yang ni banyak sikit boleh
cerita. Gula merah pulak berFUNGSI sebagai sumber tenaga bagi
bakteria baik. Gula apa pun boleh pakai, gula putih, gula apong,
gula melaka, gula kerek, gula perang, molasses. Saya pilih gula
merah sebab senang nak dapatkan dan tak dirawat secara kimia,
natural. Tanpa sumber tenaga, bakteria baik lambat nak membiak
kerana terpaksa bersaing makanan dengan bakteria2 jahat atau yang
tak berkaitan. Jadi, kita perlukan sumber tenaga pada nisbah yang
mencukupi supaya simple sikit kerja kita. Seelok-eloknya simpan
dalam balang kaca, bukan plastik. anda pernah dengar tak balang
plastik ni merbahaya untuk kesihatan kita sebab plastik dia larut
dalam makanan kita? jadi untuk menghasilkan baja yang bagus sikit
dari biasa, kita start dengan pakai balang kaca. esok para peserta
yang menyertai kursus online suka-suki ni bolehlah mula menyediakan
barang. basuh bersih-bersih ya semua barang yang nak pakai. tahap
kebersihan tu, tahap kita nak prepare makanan untuk masuk mulut
sendiri dan mulut para tetamu. itu salah satu adab menghormati
bakteria yang kita nak jemput kedalam baja. selamat beramal!
KURSUS ONLINE percuma!!Posted: 13 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
50 KURSUS ONLINE PERCUMA : PENGHASILAN BAJA ORGANIK Anda amat
berminat untuk membuat baja sendiri, tetapi tiada panduan asas yang
mudah diikuti? Jom ikut kursus pendek secara online bersama saya
selama 15 hari untuk membantu anda membuat baja dan memberi panduan
bagaimana cara untuk mencerap potensi bahan dan kegunaannya. DAFTAR
HARI INI! Kursus ini akan bermula hari isnin minggu hadapan (24 NOV
2008), kepada bakal peserta yang berminat untuk menyertai bimbingan
asas penghasilan baja organik ini sila daftarkan diri anda di post
ini. Cuma nyatakan kesediaan anda untuk menyertai kursus ini. Lagi
ramai, lagi baik. Tujuan anda mendaftar diri adalah untuk check in
penyertaan & komitmen anda dan mudah untuk saya selia progres
anda dari awal lagi. PERSEDIAAN KURSUS ONLINE Didalam kursus ini
kita akan belajar membuat sejenis baja larutan @ foliar spray yang
bernama Oriental Herbal Nutrient (OHN). OHN yang akan kita buat
adalah menggunakan halia, bawang putih dan gula merah. Peserta
kursus yang berminat dikehendaki menyediakan: a) 250gram bawang
putih b) 250gram halia
c) 500 gram gula merah 1 balang kaca ( untuk memuatkan 1 kg baja
OHN) Hari isnin depan kita akan buat baja 1:1, selangkah demi
selangkah. selama 15 hari anda akan dibimbing dengan konsep,
diskusi, teknik mencerap bahan, cara penggunaan serta cara upgrade
yang mudah dan ringkas. PELAJARI TEKNIK MENGENALPASTI KUALITI BAHAN
MENTAH Selama 15 hari, anda akan dibimbing untuk belajar
memerhatikan sesuatu dengan perspektif yang berbeza, berfikir
diluar kotak dan bermain-main dengan bahan yang anda selalu lihat,
tetapi gagal untuk nampak nilainya yang sebenar. Bersedialah untuk
menyahut cabaran 15 hari ini dan rebutlah faedah ini dan buatlah
baja bersama kami.
HARI KE-2: Fungsi OHNPosted: 14 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
20
MEMBONGKAR RAHSIA BAJA ORGANIK BERKUALITI Jadi anda mahu tahu
apakah rahsia pengusaha baja sehingga dapat menghasilkan baja
organik yang hebat? Berapa ml ekstrak propolis yang diperlukan
dalam 1L OHN saya? Berapa kg zeolite untuk setiap tan bokashi? Cik
melor sila beritahu kami dgn lebih spesifik. Kalau anda nak tahu,
maka anda perlu berfikir seperti pengusaha baja organik. Pengusaha
baja organik berfikir seperti seorang saintis islam. Seorang
saintis islam berfikir daripada ibu segala kitab kitab nan satu
yang menyimpan segala rahsia langit dan bumi. kitab ini merupakan
mekanisma dalam minda saintis islam dan mereka bekerja mengikut
prinsipal dalam mekanisma tersebut. BAGAIMANA CARA MEREKA BERFIKIR?
acapkali sudah dicetuskan dalam ibu kitab ini bahawa adakah sudah
cukup kita memerhatikan kejadian langit & bumi? berapa peratus
perkataan langit dan bumi disebut dalam kitab? anda beritahu
saya
PRINSIP LANGIT DAN BUMI mulai sekarang, buang segala sekularism,
dan terjemahkan suatu bahan menggunakan prinsip langit dan bumi.
cara asas untuk membaca potensi suatu bahan mentah untuk dijadikan
baja ialah dengan memadankan konsep langit dan bumi dengan bahan
tersebut. contoh: halia. HALIA = BUMI, PERSEKITARAN HALIA = LANGIT
Bayangkan halia sebagai bumi, ia mempunyai bentuk, warna, solid,
boleh dipegang, boleh dilihat. kaji dari kulit sampai ke isinya.
dari permukaan bumi sampai ke kerak dan segala komposisinya. kajian
mengenai bumi. persekitaran halia adalah langit yg luas. jenis
tanah, cuaca, iklim, musuh alam semulajadi, makanannya. semuanya
berinteraksi antara satu sama lain dan saling mempengaruhi. unsur2
luar yang mempengaruhi pertumbuhan halia. unsur langit amat penting
dan merupakan aspek paling mudah diperhatikan dan paling banyak
membuatkan kita berfikir. Jadi perhatikan langitnya dahulu.
MENCERAP POTENSI BAHAN MENTAH BAJA FUNGSI Apakah kegunaan OHN? OHN
bertindak sebagai baja semburan, penghalau serangga organik &
makanan tambahan ternakan & ubat penyakit kulit. KEGUNAAN suatu
baja bergantung kepada SIFAT bahan mentah baja tersebut. OHN
merupakan baja yang diperbuat daripada HERBS & SPICES (H&S)
herba & rempah ratus. unsur langit: faktor persekitaran &
perspektif umum Sifat herba & rempah ratus biasanya beraroma
kuat, kerana ia mempunyai minyak pati yang beraroma. jika dimakan
mentah/begitu sahaja tidak berasa sedap dan kebanyakannya pedal
(pedas & payau). Rasa pedal biasanya disebabkan oleh
sulfur/belerang. Tetapi ia menambah kelazatan makanan jika dimasak
dengan bahan-bahan lain. Setiap H&S ada faedah dari segi
perubatan & kesihatannya yang tersendiri. ia merupakan antara
bahan dagangan tertua didunia, mudah ditanam, mudah dipasarkan dan
pasaran tidak pernah surut. unsur bumi: sifat bahan & komposisi
kimianya Halia & bwg putih merupakan H&S jenis umbisi/ubi.
Pertumbuhan lambat, banyak makan baja, senang hidup dimana-mana,
kulit nipis, musuh alam kurang, rasa pedal, bau kuat, banyak air,
banyak serat. kuiz: sebelum balik, semua orang kena jawab kuiz,
sapa cepat bleh balik awal. sapa nak jawab kena angkat mouse
tinggi2, nanti saya tak nampak.
1. mengapa bwg putih dan halia tidak dimakan oleh binatang2,
kulat, bakteria? 2. bolehkah kita pakai baja OHN pada bunga orkid?
3. anda rasa selepas 5 hari, adakah OHN yg anda buat akan ditumbuhi
yis macam bokashi? EM kan ada yis.
HARI KE-3: Tindakan OHNPosted: 15 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
11
Membuat tafsiran umum Jadi, kita dah kerap membaca khasiat bahan
seperti halia & bawang putih di dada-dada akhbar, majalah &
internet. bagaiamana caranya untuk mengaitkan khasiat ini dengan
penghasilan baja? bagaimana mencari kata kunci dalam perenggan
ayat? PANDUAN DARI UNSUR LANGIT Sifat herba & rempah ratus
biasanya beraroma kuat, kerana ia mempunyai minyak pati yang
beraroma. jika dimakan mentah/begitu sahaja tidak berasa sedap dan
kebanyakannya pedal (pedas & payau). Rasa pedal biasanya
disebabkan oleh sulfur/belerang. Tetapi ia menambah kelazatan
makanan jika dimasak dengan bahan-bahan lain. Setiap H&S ada
faedah dari segi perubatan & kesihatannya yang tersendiri. ia
merupakan antara bahan dagangan tertua didunia, mudah ditanam,
mudah dipasarkan dan pasaran tidak pernah surut. Bagaimana agaknya
orang dulu2 mula-mula menjumpai bawang putih, haiwan tak makan,
makan begitu sahaja rasanya pula pedal. Apakah bahan yang mengelak
serangan musuh? Bahan yang memiliki rasanya pedal, ia dibangkitkan
oleh unsur belerang/sulfur. Contoh: halia, bawang, serai, kentang.
secara umum, belerang ni panas dan haiwan tak suka sulfur. kalau
tabur sulfur di kebun, ular dan haiwan tak masuk. mungkin sulfur
cepat meningkatkan metabolisme haiwan menyebabkan hormon mereka tak
stabil, tp untuk manusia ia baik untuk nyahtoksik. maka kita lihat
halia & bawang kurang musuh alami tetapi selamat dimakan oleh
manusia. sebab itu ia berupaya memanaskan badan, buang toksik dan
menaikkan syahwat. zaman firaun dulu, firaun beri hamba2nya yang
bina piramid makan bawang putih semata2 utk membekal tenaga. bawang
putih jg diguna masa perang dunia 1&2 sebagai antiseptik, bunuh
kuman utk elak gangren.
selain binatang, kulat dan bakteria tidak tumbuh padanya. ia
tidak diserang penyakit kulat, atau memiliki bakteria pengikat
nitrogen dalam ubinya seperti nodul tumbuhan kekacang. kesimpulan
yang boleh kita buat, kedua2nya mempunyai fungsi penghalau
serangga, antikulat & antibakteria. ia tidak menggalakkan
pertumbuhan bakteria dan kulat. jadi kalau kita nak memakai OHN ni
pada orkid, memang boleh. tetapi kalau anda membela orkid di atas
kulat/lumut, ia mungkin merencat pertumbuhan pokok kerana ia
mungkin membunuh mikroriza dlm lumut, sejenis kulat baik.
perhatiakan OHN yang anda buat, adakah ia sudah ditumbuhi kulat
dibahagian permukaannya? kalau anda buat baja FFJ, FPJ, FFA
sekarang dah boleh nampak lapisan putih yis. saya pernah cuba buat
kompos pakai OHN, kompos tak masak. mgkn reput dgn kadar perlahan
sbb yis tak ada/tak cukup dan tak semua jenis bakteria baik wujud
dalam OHN. jadi kalau saya masukkan EM dalam OHN, apa yang terjadi?
kedua2nya jg mudah diniagakan kerana tahan lama. walaupun sudah
dicincang & terdedah pada udara, perhatikan halia/bwg putih
tidak cepat rosak, bertukar warna dan dihinggap lalat. kesimpulan
ketiga, ia mengandungi antioksidan yang tinggi. antioksidan
merupakan teras dalam produk kecantikan & kesihatan.
antioksidan merupakan bahan pengawet semulajadi. ia rahsia awet
muda dan bahan tahan lama. bila bahan tahan lama, maknanya sistem
imun dan ketahanan dia tinggi, tak mudah dirosakkan elemen luar.
ini sebahagian sifat yang menyumbang kepada sifat antikuman dan
antikulat. maka kalau kita bagi pada pokok, fungsi antioksidan,
antikulat dan antikuman ini akan menguatkan sistem pertahanan pokok
dari serangan kulat/virus dan serangga perosak. patut ke kita pakai
banyak2 untuk hasil insect repellant & imunisasi yang lbh kuat?
be moderate. halia/bwg putih ni manusia sendiri tak suka makan
byk2, tumbuhan pun begitu jg, hari2 makan OHN pun tak sesuai.
HARI KE-4 : Penggunaan OHNPosted: 16 March 2009 by MELOR in
kursus Tags: kursus online
21
Baiklah, hari ini sudah 3 hari kita buat OHN. Tinggal 4 hari
lagi sebelum semua campuran betul-betul mesra dan boleh digunakan.
Mari kita bincang bagaimana cara nak menggunakannya dan mencari
calon-calon ujikaji FUNGSI 1 : BAJA FOLIAR
Halia dan bawang putih mengandungi antioksidan, vitamin dan
mineralnya tersendiri. Ia mengandungi NPK dan mineral dalam jumlah
tertentu dan khasiatnya sesuai dijadikan baja semburan. Gabungan
kedua-duanya menguatkan sistem ketahanan/imunisasi pokok terhadap
serangan perosak dan faktor luaran serta melancarkan sistem
perkumuhan pokok. Baja ini sesuai untuk semua jenis pokok. Gunakan
sesudu untuk 1 liter air. Boleh siram pada pokok atau sembur pada
daun. Gunakan sekali seminggu dan selang seli dengan baja semburan
lain seperti FFJ,FPJ,FFA. Pokok juga suka makan zat-zat yang
berbeza. Tidak perlu masukkan lebih dari sesudu sehingga dapat
mencerap perubahan warna. Pokok serap sedikit sahaja, sama banyak
dengan apa yang ia serap dari hujan. Sangat cair. FUNGSI 2 :
PENGHALAU SERANGGA Memandangkan baunya yang tidak disukai serangga,
ekstrak halia dan bawang putih sering digunakan sebagai racun
penghalau serangga dalam pertanian organik. Bau ini melitupi
permukaan daun dan masking bau daun, menyebabkan serangga tidak
mengesan bau daun dan tidak suka bau OHN yang kuat. Gunakan sesudu
untuk 1 liter air. Sembur pada pokok. Gunakan sekali seminggu dan
selang seli dengan racun organik lain. Biasanya sekali semburan
sudah menjalankan dua fungsi, baja semburan dan penghalau serangga.
FUNGSI 3 : RAWATAN TERNAKAN Sifat antibakteria dan antikulat OHN
banyak sekali faedahnya kepada makhluk. Untuk merawat penyakit
kulit atau luaran haiwan ternakan, haiwan peliharaan dan ikan
seperti luka-luka kecil, kurap, puru dan seumpamanya, OHN bolehlah
digunakan untuk merawat masalah tersebut. Untuk luka-luka besar dan
serius penggunaannya perlulah dibantu dengan bahan yang lebih kuat
seperti gamat kerana walaupun OHN berkesan untuk merawat jangkitan
kuman, tetapi tindakannya tidak secepat gamat. Maka penggunaan OHN
ini lebih sesuai disembur untuk mentenance kesihatan ternakan
berbanding menggunakannya apabila haiwan sakit serius. Ia lebih
murah daripada menggunakan EM dan mudah dihasilkan, tetapi amat
sedikit orang yang menyedarinya J Saya menggunakannya sebagai ubat
luka-luka kecil untuk diri sendiri. Untuk rawatan kulat/luka
ternakan, gunakan sesudu untuk 1 liter air. Bersihkan kawasan
jangkitan, 1-3 hari sekali. OHN agak pedih dalam keadaan pekat,
gunakan dalam keadaan cair sudah mencukupi sebenarnya. Seminggu
boleh cerap perubahan. Reaksi haiwan terhadap OHN mungkin berbeza
dari manusia. Jadi pastikan anda gunakan dengan cair. FUNGSI 4:
CUCI TANDAS Setakat ini ia berkesan juga. Sesudu untuk 1 liter air,
simbah pada tandas. Ia akan menyahbau.
Potensi OHN untuk dicuba: 1. halau hama dalam vermikompos 2.
cuci kandang ternakan 3. sebagai supplement dalam minuman dan
makanan ternakan
Assignment : Ok, kita cari mangsa ujikaji :P yang akan
menggunakan OHN ni mulai 1 Disember ni. Contohnya tangan anda yang
calar-balar, kucing kurap, pokok limau daun berkarat, kacang botol
yang berkarat, pokok daun kekuningan, reban ayam atau vermikompos.
Assignment kena submit 1 disember kuikuikui ;P
HARI KE-5: minilab OHNPosted: 17 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
7
Ok, larutan OHN begiu banyak, apaaa la nak dibuat dengan jeruk
halia banyak2 ni. pakai setahun pun tak habis ni. Anda tentu tak
sabar nak guna OHN kan? Lagi tak sabar rasanya nak buat added
value. Nak tau apa bahan yang boleh dijadikan booster kepada
performance baja dan sebagainya. jangan khuatir, kursus 15 hari dah
cukup panjang nak digunakan mengupas bawang putih dan halia.
MULAKAN MINILAB YG COMEL DI RUMAH ANDA Kita akan buat makmal baja
yg kecil dirumah dengan membahagikan OHN yang kita buat tu kepada 3
bekas. Maknanya anda perlu cari 2 bekas lagi. Gunakan bekas plastik
pun tidak mengapa jika tiada balang kaca. Bekas yang kecil untuk
simpan sambal pun tidak mengapa. Mengapa? Kerana saya akan
tunjukkan bagaimana anda boleh add value kedalamnya serta
membanding2kan prestasi baja2 yg anda hasilkan sendiri. Tujuannya
simple, anda dapat feel bagaimana membuat sesuatu perubahan kepada
baja asas yang teramat cikainya kepada suatu produk yang ada
kualiti dan nilai. Kita buat 3 jenis supaya tak perlu tunggu
terlalu lama untuk melihat perbezaan baja biasa dgn baja luar
biasa. Kita ada kayu ukur yang mudah. Biarpun baja yg kita buat
sikit, kita dapat faedah tu banyak. part ini hanya perlukan
kreativiti dan minat, itu saja.
Jadikan OHN yg anda buat tu kepada 3 bekas. BEKAS 1: balang asal
yang anda buat buat OHN ni lah. kalau dah buat OHN lebih dari satu
balang, maka tak perlulah buat sampai 4-5 balang. balang ni berisi
OHN kita yang asli, pure, tak dicampur apa-apa bahan lain. BEKAS 2:
(OHN + 10% bahan lain) ini balang baru yang kita isi 1/3 dari
jumlah OHN yg kita buat sebelum ni. maknanya baja OHN tu
dibahagikan sama rata antara 3 balang ni.catatlah berat OHN dalam
balang ni sebabnya dalam balang ni kita akan tambah 10% bahan lain.
BEKAS 3: (OHN + 30%bahan lain) balang baru ni berisi 1/3 OHN yg
kita tu campur 30% bahan yg kita masukkan dalam BEKAS 2 tadi. bahan
baru BEKAS 2 & BEKAS 3 mestilah bahan yg sama. catatlah berat
OHN dalam balang ni. BAHAN BARU YANG NAK DITAMBAH DALAM OHN Carilah
satu bahan baru yang tuan2 berkenan nak tambah dalam OHN tuan2 tu.
Apa kriteria yg membuatkan anda nak guna bahan tu? mungkin sbb
bahan tu ada nilai antikulat yg tinggi, atau mineralnya tinggi,
atau sejenis penghalau serangga yg kuat. Kita kongsi di sini apa
bahan yg anda nak masukkan dalam OHN bekas 2 & 3 tadi. Contoh
bahan ialah serai, madu, propolis, neem, kayu manis, licorice,
ginseng, kulit telur, garam bukit, kurma, kismis. Ada banyak lagi
bahan yg kita boleh cadangkan dan bincangkan. Bahan2 ni biasanya
mempunyai khasiat yang tinggi dari segi kesihatan seperti kandungan
hormon, enzim, antikulat/antibakteria/antioksidan tinggi dan byk
mineral. Jadi kita nak eksperimentasi dgn bahan ni dan tengok
kesannya pada baja kita. Gunakan satu jenis bahan sahaja. Pakai 2-3
jenis bahan tambah hanya akan mengelirukan proses belajar.
Kefahaman akan datang dengan sendiri selepas itu. Bila dah pandai
nanti kita masuk bab lanjutan pula. Selamat beramal
HARI KE-6: Cara tambah nilai dalam baja organikPosted: 18 March
2009 by MELOR in kursus Tags: kursus online, tambah nilai
14
No rocket science. Kaedah yang saya anjurkan adalah mudah,
praktikal & sesuai untuk tahap kita yang ingin mencuba sesuatu
yang baru. Kita tinggakan segala graf, spektrometer & alat
radas yang kompleks kepada saintis untuk menjalankan ujikaji
terperinci. Untuk tahap ini, kita bermula tanpa segan silu. Satu
langkah mudah dalam satu masa.
Add value adalah penambahan bahan lain ke dalam baja asas yang
memperhebat prestasi awal baja. contoh baja asas ialah OHN halia
& bawang putih yang kita buat ni. Asas sahaja ni, sebab kita
membuat teras baja. Tanpa teras, sukarlah hendak merekacipta
aksesori dan mencari bahan pelengkap.
bahan tambahnilai adalah bahan2 yang kita masukkan ke dalam baja
asas untuk mempertingkatkan kualitinya. Untuk OHN saya, saya tambah
dengan sarang kelulut (lebah kecil), sumber propolis dan madu.
Sarang kelulut ni saya dah bincangkan dalam post terdahulu beserta
gambarnya dalam post bertajuk madu & propolis. Saya memilih
sarang kelulut kerana ia mempunyai nilai antioksidan, antikuman dan
antikulat yang tinggi. Maka ia akan memperkuatkan fungsi baja OHN
saya sebagai penghalau serangga dan penguat sistem imunisasi pokok.
Saya buat penambahan seperti berikut: BEKAS 1: 200gram OHN asli
semata-mata. BEKAS 2: 90gram OHN + 10gram sarang kelulut (10%)
BEKAS 3: 70gram OHN + 30gram sarang kelulut (30%) Nisbah penambahan
boleh dibuat dalam timbangan berat atau timbangan isipadu. Contoh
timbangan berasaskan berat bahan: BEKAS 2: 90gram OHN + 10gram
serai wangi (10%).(10% w/w) TImbangan ini bagi kedua-dua bahan dia
guna nisbah berasaskan berat. Kaedah ini dinamakan w/w iaitu
weight/weight.
Kalau nak timbang bahan berasaskan isipadu, jadi macam ni pula:
BEKAS 2: 90ml OHN + 10ml serai wangi (10%).(10% v/v) TImbangan ini
pakai isipadu pula, ratio 90:10 tu diaplikasikan melalui timbangan
isipadu. Kaedah ini dinamakan v/v iaitu volume/volume. Timbangan
w/v atau v/w pun ada juga..kalau susah sangat nak timbang, buh je
isipadu kepada berat ke (v/w), berat kepada isipadu ke (w/v)
..bukan nak spesifik sangat pun, cuma pelajaran..
Sekurang-kurangnya bila nampak simbol v/v, w/w, w/v, v/w tu kita
dah faham la sikit
HARI KE-7: Cara menggunakan OHNPosted: 19 March 2009 by MELOR in
kursus Tags: kursus online
8
OHN yang dihasilkan adalah satu larutan ibu yang pekat dan tidak
mengandungi air. Air yang ada dalam bahan datang semata-mata
daripada halia dan bawang putih itu sendiri. Jus OHN yang
dihasilkan itulah yang akan kita tapis dan gunakan. Untuk apa-apa
pun tujuan penggunaan, samada memberi minum ternakan, baja semburan
pokok, penghalau serangga atau sebagainya, biasakan mula-mula itu
menggunakannya secaircairnya dulu. Mencukupi sesudu jus OHN untuk
setiap 1 liter air. Tidak perlu menantikan perubahan warna 1 liter
air tersebut, memadai anda menggunakan 1 sudu teh OHN sahaja.
Setiap bahan atau makhluk akan menunjukkan reaksi berbeza terhadap
bahan lain pada kepekatan yang sama. Maka cacing, lembu, pokok
bunga dan pokok limau akan menunjukkan reaksi pada tahap-tahap
berbeza. Ia bergantung kepada saiznya, kadar tumbesaran dan
macammacam lagi. Pun begitu, kelainannya kebiasaan tidak banyak
banyak beza antara satu sama lain. Sesudu untuk seliter sudah
memadai. Mengapa ia memadai? Sebagai baja foliar, pokok tidak makan
banyak melalui daun, ia hnya boleh makan secair-cair air hujan yang
Allah jadikan membasahi daun-daunnya. Sebenarnya secara relatif,
dalam setahun pokok cuma makan 2-3 sudu mineral sahaja. Jadi kita
perlu mencerap kejadian alam untuk mencari relatifnya seperti nenek
moyang kita dahulu.
HARI KE-8: Kunci Pembuka Khazanah Langit & BumiPosted: 20
March 2009 by MELOR in kursus Tags: kursus online
10
Setelah tujuh hari saya membongkar rahsia nenek moyang dan
memberi panduan kepada anda bagaimana cara menghasilkan baja
organik sendiri di rumah, maka tibalah masanya bahagian yang
menjadi rahsia bahagian kesan OHN kepada organisma hidup. Bahagian
ini saya serahkan kepada anda untuk mencari sendiri jawapannya.
Tujuh hari kita berbincang secara teori, mana buktinya OHN ini
benar-benar berkesan? maka mulai sekarang, anda sudah boleh mula
mencari jawapan. saya yakin ada banyak jawapan berbeza dari
tuan-tuan. Jika anda benar-benar mencari, dalam najis haiwan yang
hina itu anda akan mencari-cari sesuatu di langit dan bumi. Tahi
itu akan membuatkan anda mengkaji isi langit, lautan, makhluk
melata dan bumi. Ia membuatkan pamplet-pamplet makanan kesihatan
dan produk MLM kedengaran seperti bahan tambah dalam baja. Ia
membuatkan dapur anda mula dipenuhi makanan organik. Terdapat satu
rahsia yang belum diceritakan kepada anda mengenai panduan mencari
kajian bahan. Panduan ini saya jumpai dalam sebuah buku kesufian
berjudul Ilmu perubatan kesufian tulisan Dr. Aminuddin
Al-Chishtiyyah. Saya suka buku ini kerana konsep sains islam sangat
berlainan dengan sains sekular, macam lainnya ilmu baja organik dan
baja kimia. Dalam internet ini saya jumpa keterangan yang serupa
dari weblog blogger popular, alivewire
(http://alivewire.wordpress.com) yang mengumpulkan himpunan doa-doa
dan ibadah. Selain itu, seorang blogger jutawan berusia 25 tahun
(seusia dengan saya), dari seberang yang lebih dikenali sebagai
dino (www.jutawanblog.com, www.tanyasifu.com ) turut mengamalkan
ayat ini. Dino ini saya kenali menerusi cik ishak
(www.secretsteps.com) dan teringin juga nak ke kursusnya lepas raya
haji ni. Amalan wirid ini dinamakan Kunci Pembuka Khazanah Langit
& Bumi. Ia beberapa kali dinyatakan dalam Al-Quran, bukanlah
saya ambil-ambil sahaja sebarangan. Saya juga bukan alim ulama yang
layak mengajar agama, tetapi untuk berkongsi bukanlah satu masalah.
Petikan dari blog An Open Book, nukilan alivewire : Adalah
dikhabarkan bahawa Uthman ibn Affan r.a. telah meminta penjelasan
lanjut tentang firman Allah Berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah
Langit dan Bumi (yang tersebut beberapa kali dalam al-Quran).
Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya: Kamu bertanya kepada
saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka
Khazanah Langit dan Bumi itu adalah yang berikut:
La ilaha illa llahu wa-Llahu akbar. Wa subhan Allahi wal-hamdu
li-Llahi Wastaghfiru Llah alladhi la ilaha illa Hu Wal-Awwalu
wa-Akhiru waz-Zahiru wal-Bathinu Yuh yii wayumitu wa huwa hayyunl
la yamutu Bi-yadihil-khayr wa huwa ala kulli shayin Qadir. Ertinya:
Tiada yang disembah melainkan Allah Allah Maha Besar Maha Suci
Engkau Segala Puji Bagi Allah Aku memohon Ampun kepada Allah Tiada
yang patut disembah melainkan Dia Dia yang awal Dia yang akhir Dia
yang zahir Dia yang bathin Yang menghidupkan Yang mematikan Dia
yang hidup tanpa mati Pada-Nya segala kebaikan Dan Ia berkuasa atas
segala sesuatu.
Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda : Wahai Uthman! Barangsiapa
membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah:
Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni Kedua : terlepas
daripada siksaan neraka Ketiga : dua orang malaikat dilantik untuk
memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan siksaan Keempat
: dia di kurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat Kelima : dia
mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi
daripada keturunan Nabi Ismail r.a. Keenam : dia di beri pahala
seperti membaca seluruh Al-Quran, Zabur, Taurat dan Injil Ketujuh :
sebuah rumah akan didirikan untuknya di syurga Kelapan, dia akan
berkahwin dengan seorang bidadari syurga Kesembilan, dia akan
dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan Kesepuluh : permohonan
keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan. Wahai
Uthman! Kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari.
Kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan
melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu. Boleh
juga membaca testimoni Dino tentang ayat ini di forum:
http://www.tanyasifu.com/forum/ibadat-serta-amalan-keagamaan/14-kunci-khazanah-langit-danbumi.html
Alhamdulillah wirid ini sangat mustajab. Nak cakap lebih-lebih saya
tak layak, tapi wirid ini sangat kuat kesannya. Lain orang lain
ragamnya, tapi kalau pengalaman saya sendiri, sebelum dapat rezeki
yang besar, dugaannya pun besar juga. Saya mengajarkan makcik saya
juga dan dia mengamalkan lepas tengok kesannya pada saya dan dia
pun akui kesannya, segala urusannya dipermudahkan. Maha Suci Allah
Lebih Mengetahui.
HARI KE-9: Aplikasi OHNPosted: 21 March 2009 by MELOR in kursus
Tags: kursus online
17
Ada beberapa faktor mengapa saya memilih OHN untuk kursus online
ini. Pertama, untuk berhubung dengan seantero Malaysia, saya perlu
memilih baja yang mudah dihasilkan tetapi unik. bahan-bahannya
perlulah tidak membebankan para peserta dan amat mudah didapati di
dapur rumah. Kalau saya memilih OHN dari kulit kayu manis,
licorice, cuka asli, tuak dan spirit maka pembabitan orang ramai
pastinya sangat rendah kerana availability bahan-bahan tersebut.
Maka kita tidak akan tahu dan cuba manfaatkan halia/bwg putih cara
yang berbeza. Kedua, bahan-bahan ini depan mata tapi jarang sekali
kita dapat mentafsirnya sebagai baja. Penggunaan dan konsep
bahan-bahan ini senang difahami kerana hari-hari dok tengok dan
rasa, maka tak susah nak dapat feel. Antara kepandaian
mentor-mentor baja organik yang saya tengok ialah mereka melihat
seperti orang lain tetapi mereka nampak apa yang orang lain tidak
nampak. Paklias juga pernah memberi bayangan, sebenarnya
bahan-bahan tu ada dalam pinggan kita, ia sisa-sisa makanan kita.
Kalau nak buat FFJ, FFA atau FPJ mudah juga tapi orang tak terdedah
nak buat pakai herba. Cuba anda googlekan OHN, tak banyak info
mengenai baja dari herba kecuali cerita perubatan. Mungkin ini
sedikit pendedahan mengenai halia dan bawang, serai sebagai baja.
Ada yang bertanya mengapa pakai halia & bawang putih sebagai
bahan utama, melalui pengamatannya ia cuma bahan tambah dan kulit
kayu manis lebih baik. Katakan kita rujuk nisbah OHN jurnal natural
farming dari jabatan pertanian, 2:1:1:1 untuk angelica : kulit kayu
manis : halia : bawang putih. OHN disediakan dalam 2 cara berbeza.
halia + bawang putih : gula merah disediakan mengikut kadar 1:1.
angelica dan kulit kayu manis disediakan dengan mencampurkannya
dalam tuak & spirit dan beberapa kali peram. Nisbah halia :
bawang putih yang kecil (1:1) berbanding angelica : kulit kayu
manis (2:1) tidak semestinya menunjukkan sesuatu bahan tu adalah
bahan tambah. halia dan bawang putih adalah bahan teras. ia
berkepekatan lebih tinggi dari OHN angelica, pada nisbah 1:1 sudah
mencukupi. Ekstrak angelica: kulit kayu manis terlarut kedalam tuak
dan spirit yang merupakan pelarut berkutub, maka kepekatannya lebih
rendah walau blh diekstrak banyak kali. tanpa mencampurkan kedua2
OHN ini pun masih blh guna secara berasingan. maka OHN bawang
putih/halia boleh berdiri dengan sendiri. Sebelum mengesyorkan pada
orang ramai, saya dah pakai sendiri. setakat ni berkesan dan
menarik. saya buh pada luka kecil (tak dilute) , ia cepat kering.
kucing saya berkurap, dia akan menggaru biarpun berdarah-darah.
saya sental dengan OHN (tak dilute), bagi mandi OHN 2 kali (dilute
sesudu OHN:seliter air) lepas seminggu bulunya tumbuh kembali dan
kurap hilang. sama
juga sekor lagi yg bernanah sampai ke isi, saya dilute OHN dan
cuci dagingnya yang terdedah, buat 2 kali, buh gamat, ia sembuh
dengan sendiri. OHN ni dah pakai pada 2 ekor anak lembu kawan yang
kena puru. satu sudu penuh : 1 cebok air. lepas seminggu puru tu
beransur2 pulih, tapi dia terlalu sibuk nak melayan puru anak
lembu, kalau pakai 2 hari sekali katanya boleh baik. Saya guna
nisbah yg sama utk karat daun limau, slow sikit tp ok. kawan saya
penternak kambing dan 10 tahun, katanya dulu dia pakai campuran
gula merah, halia dan bawang putih ni sebagai garam jilatan untuk
kambingnya. cuma dulu dia tak tahu namanya OHN. Jadi kesimpulannya,
banyak lagi cabang boleh pegi.
HARI KE-10: Baja OHN pelbagai jenisPosted: 22 March 2009 by
MELOR in kursus Tags: kursus online
10
Selain halia dan bawang putih, ada beberapa option lain untuk
bahan-bahan yang boleh digunakan. Cuma halia dan bawang putih ini
biasa dijadikan bahan core dalam pembuatan OHN. OHN pula boleh
dijadikan bahan tambah / booster dalam faja foliar FFJ,FPJ, FFA.
Petikan daripada sebuah website mengenai Korean Natural Farming
oleh Masami Sakaban, 1999 mengenai OHN:
http://www.genevar.com.au/seedsavers/resources/10.html Made from
some popular oriental herbs (such as Angelica , Glycyrrhiza
uralenses, Cinnamomum lureirii) We can use ginger or garlic
instead. It is softened and fermented by adding beer. Nutrients are
extracted by adding spirits. OHN is applied to plant leaves to
fortify phyllosphere microbes used for seed treatment.(0.1%
concentration) Angelica ialah sejenis tumbuhan yg menyerupai daun
pasli, saderi atau lobak, sila baca di
http://jusherba.wordpress.com di sini: http://72.14.235.132/search?
q=cache:8WS4KIQpwTIJ:jusherba.wordpress.com/2007/07/24/herba-dan-tubuhan-ubatan/
+tumbuhan+angelica&hl=en&ct=clnk&cd=2&gl=my.
Angelica melancarkan pengambilan nutrien bagi tumbuhan. Glycyrrhiza
uralenses ialah licorice dan Cinnamomum lureirii pula kulit kayu
manis. disini juga ada cerita mengenai licorice, halia dan bawang
putih. ternyata bahan-bahan OHN ni banyak dimanfaatkan dalan
Chinese Oriental Herbal Medicine. Ia mirip-mirip sebenarnya. Anda
nak tengok gambarnya sila ke
http://www.aidanbrooksspices.blogspot.com/2007/10/angelica.html ,
blogger ini mengumpul semua jenis rempah dalam blognya, complete
guide.
penyediaan ekstrak angelica, kulit kayu manis dan licorice
berbeza daripada OHN halia/bawang putih. Saya kira perbezaan ini
mungkin kerana kandungan air dalam bahan berbeza antara dua jenis
OHN. halia dan bawang putih mengandungi air lebih banyak daripada
angelica/cinnamon/licorice yang lebih kering. bila kurang air, maka
ekstrak bahan sukar melarut dalam bahan lain seperti gula merah.
maka seperti amalan perubatan cina tradisional, cara untuk
mengekstrak ginseng dan akar-akar kayu adalah dengan menggunakan
pelarut berkutub seperti tuak dan cuka. licorice/angelica/cinnamon
akan direndam dalam tuak semalaman untuk melembutkan struktur
selulosa dan ligninnya sebelum dicampurkan gula merah (seperti
biasa) pada kadar 1:1 dan diperam seminggu. dengan adanya tuak dan
gula merah, ia menggalakkan pembiakan EM. selain itu, sumber
alkohol / tuak bertindak sebagai pengawet semulajadi. selepas
seminggu, campuran tersebut ditambah dengan spirit yang mengandungi
37% alkohol. spirit dengan kandungan alkohol 37% yang dimaksudkan
disini ialah arak keras yang disuling daripada penapaian bijirin,
sayur atau buah tanpa menggunakan gula. nama lain bagi spirit ialah
liquor dan contoh spirit ialah rum, vodka, tequila atau wisky.
spirit adalah panggilan kepada minuman keras yang mengandungi paras
alkohol paling rendah sebanyak 30%. minuman keras yang ditapai
menggunakan yis seperti tuak, beer dan wine mengandungi paras
alkohol yang rendah iaitu 15% ke bawah. beer mengandungi 4-6%
alkohol, manakala tuak dan wine mengandungi 9-15% alkohol.
penapaian yis tidak mampu menghasilkan alkohol melebihi 15% dan
penapaian berhenti setakat ini saja. kebiasaannya spirit atau
liquor dipasarkan dengan menambah gula dan bahan perisa. istilah
fortified wine atau dipanggil liqueur pula merujuk kepada
penambahan sedikit liquor/spirit kepada wine. spirit ditambah
kepada tuak bertujuan untuk mengawetkannya supaya tahan lama dan
keupayaan mengektrak bahan bioaktif lebih kuat. ia ditambah sebelum
penapaian lengkap tuak yang membunuh yis dan meninggalkan sisa gula
merah. hasilnya liqueur menjadi lebih manis dan kuat serta peratus
alkohol akan meningkat dari 15% kepada 20%. sama seperti OHN
halia/bawang putih, tiada kulat/yis yang terbentuk. Rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Liquor
HARI KE-11: OHN sebagai biorepellantPosted: 23 March 2009 by
MELOR in kursus Tags: kursus online
19
Di sunting dari akhbar India, The Hindu:
http://www.hindu.com/seta/2008/04/03/stories/2008040350141800.htmEven
if some critics say that organic farming cannot provide the same
high yields as chemical farming, the organic farmers argue that at
least their land is safe; that they have not invested in buying the
chemicals and increasing their cost of cultivation. If you look at
the suicides by farmers, then you will understand that all those
farmers who committed suicides have built up huge debts.
The debts kept growing because of borrowing at high interest
rates for buying these chemicals which promised to increase the
yield. In the end, it only increased their debts, she
explains.Ginger garlic extract If only farmers use safer and
natural pest repellents and manures then where is the question of
debt and suicides,? she enquires. She has been using only organic
manures and bio-repellents made from locally available
resources.
Another tried and proven mixture she uses is ginger garlic
extract (called inji poondu karaisal in Tamil). About 1 gm of
ginger and garlic each, 2gm of green chilli and 5 litres of cows
urine and water are taken. The garlic, ginger and green chilli are
ground into a paste and mixed with cows urine and water. After 10
days the mixture is filtered and used. The prescribed quantity is
about 500 ml of this solution diluted in 10 litres of water which
can be sprayed over the plants. Ginger, garlic, and chilli extract
(Sridhar; et. al. 2002: p. 33) 25 grams of ginger 50 grams of
garlic 25 grams of green chili
10 ml of kerosene 12 ml of soap 3 liters of water Grinder Pail
Soak garlic in kerosene overnight.Grind and make into a paste.Add
50 ml water to chili, grind, make into a paste.Grind ginger and
make into a paste as well.Mix all ingredients into the water.Add
soap.Filter the extract. Stir well before spraying.Spray on
infested plants thoroughly. Controls Aphids, Armyworm,Bollworm,
Caterpillars, Fruit borer,Leaf miner,Shoot borer,Thrips,Whiteflies.
Dari http://www.neemuses.com/other_plants.php Ginger, Garlic and
Chilli Extract This recipe is a mixture of 3 plant extracts. 1 kg
of Garlic should be immersed in 100 ml kerosene and kept overnight.
Next day, the outer skin should be removed and made into a paste.
In another vessel, kg chilly should be mixed with 50 ml water and
made into a paste. Likewise kg of ginger should be made into a
paste. All the three mixtures should be mixed together with 100
litres of water and 50 grams soap solution as emulsifier. This
mixture should be stirred well and filtered before spraying. The
above quantity is needed for an acre. Allicin present in garlic
serves as a repellent and capcicin in chilli serves as a pesticide.
Dari sebuah jurnal di http://www.ingentaconnect.com :Nematicidal
Action of Some Edible Crops
Authors: Sukul, N.C.1; Das, P.K.1; De, G.C.1 Source:
Nematologica, Volume 20, Number 2, 1974 , pp. 187-191(5) Publisher:
BRILL Abstract: Extracts of ginger, garlic and chilli pepper showed
strong nematicidal action by killing Meloidogyne incognita and
other species of soil nematodes in 40 min. Ladies finger plants
inoculated with M. incognita and then treated with the aqueous
extracts of these plant materials showed marked increase in growth
and decreased root galling. The population of M. incognita was
considerably reduced in the pots treated with the plant extracts.
The garlic extract was highly phytocidal but most effective in
reducing Meloidogyne infestation of ladies finger. Ginger
showed mild phytotoxicity and capsicum none. Besides their
nematicidal activity the plant extracts served as a manure... oleh
sebab para peserta lebih berminat menjadikan OHN ginger-garlic ni
sebagai biopestisid berbanding baja dan rawatan kulat, maka saya
sertakan modifikasi ini. Saya sendiri telah mencuba OHN sebagai
biopestisid, kesannya agak perlahan dan kurang efektif kecuali agak
pekat. Tetapi untuk merawat penyakit kulat pada haiwan, kesannya
amat positif untuk 1-2kali penggunaan. biopestisid yang dibuat
daripada EM5 adalah dengan memasukkan halia/bwg putih kedalam EMAS
dan diperam semalaman sebelum digunakan. saya mendapati ia juga
kurang berkesan untuk mengawal afid. mungkin rakan-rakan ada
pendapat lain
HARI KE-12: perbincangan hasil penggunaan OHNPosted: 24 March
2009 by MELOR in kursus Tags: kursus online
7
sudah hampir 10 hari kursus ini ditangguhkan, terima kasih
kerana menunggu . saya assume peserta baru yang ketinggalan sudah
cukup masa untuk catch up dan rakan-rakan yang mengikuti blog ini
sudah ada sedikit pengalaman menggunakan OHN. ilmu teori sudah saya
kupas dengan panjang lebar, tak banyak sangat ilmu OHN ni,
sebenarnya ia amat ringkas, cuma boleh diserapkan dalam OHN konsep
pembikinan baja dengan kupas ke dalam, kupas keluar. sebahagian
pengetahuan lagi boleh dikembangkan lagi melalui pengalaman
menggunakan OHN. jadi apa perkembangan para peserta selepas
menggunakan OHN ni, adakah ia mengurangkan masalah hama,
meningkatkan kesihatan ternakan atau tak nampak bezanya? kita
bincangkan semula penggunaannya. tahap perbincangan ini sebenarnya
sudah masuk fasa ke-2 dalam eksperimen: cerapan & perbincangan.
fasa 3: kesimpulan & saranan. setakat ini sudah 3 kali saya
menghasilkan OHN, selain daripada penggunaan sendiri, saya beri
pada rakan, saudara dan tetamu yang datang untuk mengutip ilmu.
pakai untuk pertanian, ternakan dan household. sepanjang penggunaan
OHN saya tidak mengalami masalah, sebab kadang kala ia perlu
dioter/diubahsuai terutamanya bila tak ada perubahan.
saya tengok kalau OHN sebagai insect repellant, perlu pakai pada
frekuensi yang lebih tinggi/lebih pekat. dalam 3 hari hama dan
afids akan berkurangan dengan ketara. saya perhatikan lebah masih
mendatangi pokok yang disembur, jadi barangkali ia bersifat
selektif, tidak memusuhi semua jenis serangga. sebagai baja
semburan ia sebaik FFJ, FPJ lain. pucuk dan tunas membesar dengan
baik, nampak daun muda kurang musuh. kalau disiram tak sesuai
terlalu pekat. untuk pokok sensitif seperti bunga ros daun tua
cepat kuning. jadi pembajaan secara cair sahaja dan boleh lebih
kerap, bunga boleh tahan lama.
HARI KE-13: Cabaran ujian OHNPosted: 25 March 2009 by MELOR in
kursus Tags: kursus online
0 Jika anda tidak tahu apalagi yang boleh dibuat dengan OHN,
saya cabar anda buat apa yang saya katakan ini: Bancuh OHN dgn air
pada kadar 1:4 dalam sebesen air dan tuang ke pangkal pokok
tanaman. Apa yang terjadi dalam 4 minggu Baja organik samada kompos
atau OHN memang agak lambat kesannya, ia akan menjadi lebih ketara
dalam 3-4 minggu penggunaan. Pun begitu biasanya dosis penggunaan
baja organik tetap dipakai dengan kerap, contohnya 1 minggu sekali.
banyak faktor yang mempengaruhi, contohnya kualiti baja, pH tanah,
ketersediaan tanah untuk serap nutrien, larut lesap dan sebagainya.
Jika tanah mempunyai pH yang terlalu berasid atau beralkali, ada
unsur-unsur nutrien yang tak dapat diserap tumbuhan. Jadi apabila
membaja dengan banyak, one-shot untuk sebulan biasanya baja tadi
terbazir kepada larut lesap daripada diserap pokok. Tetapi pada
tanah yang sihat, sekali/dua kali pakai untuk sebulan tidak
membazir. Untuk menstabilkan pH tanah dan ketersediaannya untuk
bertukar2 unsur nutrien, maka petani memperbetul pH melalui
pengapuran. Ada juga feed back dari sahabat yang memberitahu,
pemakaian OHN tanpa dilution kepada luka ternakan menyebabkan
ternakan menggarunya dengan lebih lagi. Pakai OHN tanpa dilution
untuk rawatan luka dan puru memang boleh dilakukan, tetapi jangan
lupa membasuhnya. saya menggunakan OHN asli keatas luka haiwan
peliharaan, tetapi saya membasuhnya. Begitu juga bila memandikan
dengan OHN, saya cairkan lain sebelum sapu pada bulunya. Konsepnya
mudah saja, kalau kita pakai OHN pada luka sendiri dan rasa pedih,
maka begitu juga haiwan. Ia menyebabkan rasa tidak selesa, terutama
baunya haiwan tidak suka. Maka OHN bukanlah tidak sesuai dipakai
untuk luka rawat ternakan, tetapi cara merawat juga perlu
penyesuaian dan jika anda suka untuk membuat ujian sendiri,
cuba-cubalah pelbagai cara untuk mencari keserasian, insya Allah
anda akan semakin selesa menggunakannya.
HARI TERAKHIR: OHN UNTUK SEMUAPosted: 27 March 2009 by MELOR in
kursus Tags: kursus online
13 Tujuan sebenar saya mengadakan kursus online percuma OHN ni
adalah untuk menghargai rakan-rakan online yang sudah rapat dan
amat berminat dengan topik yang saya bawa disini. Kehadiran
rakan-rakan online yang rajin komen dan membuka blog ini amatlah
saya hargai. Sebetulnya saya amat terharu dengan sambutan yang
diberikan. Yang mengharukan itu apabila ada yang tak dapat hadir ke
kursus, tapi rajin sekali menelaah tulisan saya. Timbul rasa nak
memberikan sokongan semula. Sebuah blog tidak ceria tanpa komen dan
rakan-rakan. Malah ada pembaca blog ini yang sudah cam beberapa
nama yang selalu komen disini. Lingkungan sahabat di internet ada
impaknya sendiri, ada sahabat yang kerap menelefon, ada yang
membimbing hal-hal teknikal internet, ada yang bersahabat sejak
zaman forum di bicarajutawan.com, ada yang menyumbangkan buku,
bahan dan pelbagai lagi. Semoga keakraban ini berterusan dan ada
aktiviti susulan yang boleh diatur selepas ini. Saya akan menjawab
setiap soalan yang berkumpul di post-post terdahulu, harap tidak
berkecil hati. OHN adalah asas baja organik. Harapan saya dengan
memahami asas, anda boleh membuat banyak lagi. Part yang menjadi
rahsia disini hanyalah result OHN. itu rahsia yang saya tinggalkan
untuk anda kupas sendiri. OHN bukan ilmu baru. ia amalan kuno
pertanian dan masih diamalkan oleh sesetengah petani organik di
rantau Asia. Googlekan ginger-garlic extract dan anda akan bertemu
lebih banyak info. Selamat beramal!
NISBAH CARBON / NITROGEN (BAHAGIAN II)Posted: 4 August 2008 by
MELOR in tips Tags: KOMPOS ORGANIK
2 Dengan mengetahui kadar C/N, kita boleh mengagak bahan yang
ingin digunakan atas tanaman, contohnya tanaman jagung memerlukan
nitrogen yang tinggi untuk menggalakkan berbuah, pertumbuhan
klorofil dan daunnya yang lebar. Jagung memerlukan nitrogen yang
tinggi, maka tinja haiwan seperti tahi ayam sesuai digunakan.
Sayuran kekacang pula sememangnya mempunyai kandungan nitrogen yang
tinggi, jadi ia tidak memerlukan unsur nitrogen dengan banyak,
tetapi memerlukan kalium dan fosforus yang tinggi.
Fosforus menggalakkan pertumbuhan akar dan kalium memastikan
aktiviti metabolisma berjalan lancar. Jadi kita boleh mengurangkan
penggunaan tinja ayam dan menggantiannya dengan serbuk ikan atau
kacang soya. Bahan mentah untuk baja organik terdapat 3 jenis,
iaitu : A. Sumber karbon : bahan mentah utama yang membentuk sifat
fizikal baja organik seperti sekam padi, batang jagung, batang
pisang, habuk gergaji, jerami, kulit kekacang. B. Sumber nitrogen :
untuk tindakan penguraian bateria dalam tanah dan bekalan makanan
untuk tumbuhan. Contohnya sisa soya, najis haiwan, sisa daging atau
tulang haiwan. C. Tinja haiwan : najis binatang yang tidak
semestinya memerlukan fermentasi. Kadar campuran antara bahan
mentah A dan B ialah samada 90%A + 10%B, 80%A + 20%B atau 70%A +
30%B. Jika memerlukan sumber fosfat yan tinggi, boleh gunakan tahi
kelawar. Jika memerlukan sumber kalium yang tinggi, gunakan abu
tandan kelapa sawit. Cari sumber dengan kadar N/P dan N/K yang
rendah untuk mendapatkan fosforus dan kalium yang tinggi.
NISBAH CARBON / NITROGENPosted: 4 August 2008 by MELOR in tips
Tags: KOMPOS ORGANIK
0 Menurut Cik Mohammad Azoddin dari Chengai Indah Enterprise,
pengetahuan mengenai kadar C/N amat berguna untuk pembikinan baja.
Ia sebahagian daripada asas memilih bahan mentah yang sesuai,
customized samada dari segi kos efektif, kualiti tinggi atau
memilih kandungan nutrien tertentu yang tinggi. Karbon merupakan
sumber tenaga untuk mikrob. Nitrogen pula penting untuk menjalankan
proses metabolisme. Semasa pereputan, nisbah unsur karbon kepada
nitrogen atau kadar C/N dalam bahan mentah adalah tinggi. Bacaannya
menghampiri 30 ke atas, tetapi apabila fementasi selesai bacaan
berada dalam lingkungan 20 ke bawah.
Untuk mendapatkan nisbah C/N yang tepat ia perlu dilakukan
melalui analisa kimia. Nisbah C/N secara kasar untuk beberapa bahan
mentah yang selalu digunakan ialah tahi lembu kering (1520), tinja
ayam (10-15), serbuk ikan (5-8), kacang soya (6-8), melukut/
temukut padi (15-25) dan sekam padi (70-80). Bahan mentah
mengandungi nitrogen dalam kuantiti yang rendah dan ada juga dalam
kuantiti nitrogen yang tinggi. Bahan mentah dengan kandungan
nitrogen rendah adalah sisa-sisa tumbuhan seperti rumput kering dan
habuk kayu. Kalau anda gunakan bahan ini 100% untuk membuat baja
organik, pada peringkat awal kesannya tidak berapa jelas. Namun,
sisa tumbuhan mengandungi serat / fiber yang tinggi, ia merupakan
elemen penting untuk mengubah struktur tanah dan meningkatkan
aktiviti mikroorganisma. Kumpulan nitrogen tinggi adalah seperti
najis haiwan, serbuk ikan dan tumbuhan kekacang. Kandungan nitrogen
tinggi menyebabkan kesan baja dapat diperhatikan lebih cepat
berbanding tindakan baja sisa tumbuhan. Oleh kerana kandungan
fibernya amat rendah, maka nisbah C/N juga rendah dan kurang sesuai
untuk fungsi pemulihan tanah untuk aktiviti organisma. Jika terlalu
banyak diberikan pada tanaman juga menyebabkan gila daun dan senang
diserang penyakit. Maka campuran antara keduanya perlu dalam kadar
yang sesuai.
PENYEDIAAN BOKASHIPosted: 5 July 2008 by MELOR in kompos Tags:
KOMPOS ORGANIK
2 Encik Wildan Firdaus bin Badaruddin, Pegawai Pertanian
Lenggong, Perak bersama-sama Paklias telah mengajar para peserta
(termasuk saya sendiri) resepi baja bokashi teras ALFA-G ini semasa
menganjurkan satu kursus organik di Pejabat Pertanian Lenggong.
Berikut adalah cara penyediaannya: BAHAN-BAHAN: 1. 3 bahagian 30 kg
(siap dicincang) bahan organik reput (habuk papan, tandan kelapa
sawit, rumpai, batang jagung, jerami padi, menerong) 2. 1 bahagian
10 kg tahi kambing atau tahi ayam 3. 0.5 kg guano atau tahi
kelawar
4. Hampas foliar/ penghalau serangga/pencegah kulat yang telah
diperah (sebanyak mana yang ada) 5. 1 bahagian 10 kg GML atau kapur
pertanian 6. 2 bahagian 20 kg tanah biasa PENYEDIAAN:
Cincang bahan 1, 2, dan 4 kepada ketulan-ketulan sederhana besar
Masukkan ke dalam tray atau biarkan sebagai satu lapisan diatas
tanah Tambahkan kesemua bahan 3, 5 dan 6 dan gaul rata Gunakan
plastik untuk menutup bahan campuran ini Balik-balikkan bokashi
sekurang-kurangnya seminggu sekali Kompos ini sidah sedia digunakan
selepas 1 hingga 1 setengah bulan disimpan Gunakan terus di atas
batas atau pada pangka tanaman