Top Banner
Penulisan Refleksi. PENGENALAN Refleksi sering digunakan secara intensif di dalam proses pengajaran. Refleksi dianggap sebagai komponen yang penting di dalam meningkatkan profesionalisme guru pelatih mahupun guru di dalam perkhidmatan. Dewey (1983) merupakan pemikir pertama yang memperluaskan konsep refleksi di dalam pendidikan. Kini refleksi telah digunakan sebagai satu komponen utama di dalam pendidikan guru. Refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb, 1984). Kepentingan menyediakan refleksi terbentuk hasil daripada sesetengah tingkahlaku guru yang hanya menyendiri di dalam konteks pembelajaran murid. Keadaan apabila berhadapan dengan bilangan pelajar-pelajar yang ramai (kadang-kala sehingga lebih daripada 30 orang) menyebabkan kadang-kala guru hampir tidak dapat berfikir tentang apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran mereka. Namun, kini guru-guru sedar tentang kepentingan membuat refleksi iaitu menganalisa semula apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran mereka. Guru-guru tidak boleh hanya bergantung kepada tugas rutin yang dilaksanakan
32

BAHAN TP

Nov 15, 2015

Download

Documents

Suria Su

teknologi
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Penulisan Refleksi.PENGENALAN Refleksi sering digunakan secara intensif di dalam proses pengajaran. Refleksi dianggapsebagai komponen yang penting di dalam meningkatkan profesionalisme guru pelatih mahupunguru di dalam perkhidmatan. Dewey (1983) merupakan pemikir pertama yang memperluaskankonsep refleksi di dalam pendidikan. Kini refleksi telah digunakan sebagai satu komponenutama di dalam pendidikan guru.Refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb, 1984).Kepentingan menyediakan refleksi terbentuk hasil daripada sesetengah tingkahlaku guru yanghanya menyendiri di dalam konteks pembelajaran murid. Keadaan apabila berhadapan denganbilangan pelajar-pelajar yang ramai (kadang-kala sehingga lebih daripada 30 orang)menyebabkan kadang-kala guru hampir tidak dapat berfikir tentang apa yang telah dilakukan didalam proses pengajaran mereka. Namun, kini guru-guru sedar tentang kepentingan membuat refleksi iaitu menganalisa semula apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran mereka. Guru-guru tidak boleh hanya bergantung kepada tugas rutin yang dilaksanakan di dalam sekolah seperti merekodkan markah, mengendalikan kes disiplin pelajar-pelajar ataumenulis rancangan menajar untuk kelas hari berikutnya. Guru perlu memikirkan tentang cara-cara yang lebih kritikal untuk memperbaiki amalan pengajaran mereka. Cara produktif menulis refleksi dengan mengimbau kembali apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran jarang dilakukan (Dewey, 1933).Gibbs (1988) berpendapat bahawa tindakan membuat refleksi adalah peri laku membuat peta minda terhadap apa yang telah dilakukan di dalam kelas. Proses refleksi akan membolehkanseseorang guru belajar tentang asas pembelajaran. Menurut Schon (1983), proses refleksi yangdilakukan oleh ahli professional akan membolehkan beliau terlibat di dalam perkembanganprofesionalisme yang berterusan. Refleksi akan membolehkan guru untuk mengenalpastipelbagai kaedah baru yang berguna untuk memperbaiki amalan pengajaran. Beberapamodelrefleksi yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah Model Gibbs danModel Kitaran Pembelajaran Kolb.Model Kitaran Pembelajaran Kolb (1984) menggariskan beberapa pendekatan membuatrefleksi. Diantaratahap-tahap refleksi yang dicadangkan di dalam Model Kitaran PembelajaranKolb ialah:i. Pengalaman secara konkritii. Pembentukan konsep-konsep yang abstrak dan membuat generalisasi; daniii. Menguji implikasi konsep di dalam keadaan yang baru.Justeru itu model Kitaran Pembelajaran Kolb menyarankan bahawa refleksi di dalam konteks pendidikan penting untuk membolehkan kita mengetahui tentang pola tindakan yang berlaku di dalam sesebuah sekolah. Pendekatan refleksi membolehkan guru untuk membentuk konsep-konsep yang abstrak dan digunakan ketika membuat generalisasi.Pengajaran dan pembelajaran adalah dua elemen penting dalam sesuatu proses penyampaian ilmu di antara guru dan murid. Bagi mencapai objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran ,guru dan murid memainkan peranan yang sama penting .Inibukan sekadar guru sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penerima maklumat yang pasif tetapi kerjasama antara keduanya yang menentukan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Guru perlulah melaksanakan pengajaran mengikut model reka bentuk pengajaran tertentu agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Antara model yang boleh digunapakai di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah MODELASSURE.Model ini mengandungi 6 langkah iaitu`Analyselearner,StateObjective,Select Method,Media,Materials,Utilise media and materials,Require learnerparticipationdanEvaluate and revise . Huraian bagi rancangan pengajaran dan pembelajaran berpandukan setiap langkah yang dinyatakan dalam Model ASSURE adalah seperti berikut.1. ANALYSE LEARNER (Analisis pelajar) Setiap murid di dalam sesebuah bilik darjah berbeza kebolehan diri antara satu sama lain. Guru perlulah membuat analisa terhadap keperluan seseorang murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid saya iaitu murid tahun 4 Amanah di Sekolah Kebangsaan Batu 4,Gerik merupakan murid dari kumpulan yang sederhana. Dari segi ciri-ciri umum pelajar iaitu latar belakang akademik (kepintaran), murid tahun 4 Amanah ini tidak mencapai % kelulusan yang memuaskan. Mereka kebanyakannya mendapat gred C dalam 5 matapelajaran penting iaituBahasa Melayupemahaman ,Bahasa Melayu penulisan, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada Penilaian Kurikulum Sekolah Rendah (PKSR) I yang baru dijalankan dan agak sukar untuk mendapatkan gred B dan A.Dari segi latar belakangekonomipula kebanyakan mereka terdiri daripada anak-anak pekerja kampung, yang kebanyakan bekerja sebagai penoreh getah, penjaja kecil, anak-anak askar dan lain-lain . Dari segi aspekkompetensi peringkat masukyang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada murid saya ini, bolehlah saya gambarkan bahawa mereka adalah murid yang sederhana dalam pembelajaran. Kebanyakan murid tahun 4 Amanah ini tidak mempunyai minat yangtinggiuntuk belajar, namun begitu masih terdapat murid yang agak aktif dan ada yang mempunyai daya saing di antara rakan mereka apabila sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid tahun 4 Amanah juga boleh memberi kerjasama jika tugasan berkumpulan diberi oleh guru kepada mereka. Mereka juga boleh berinteraksi dengan guru atau pun kawan-kawan yang lain dengan baik sekiranya diarahkan oleh guru. Oleh itu, saya berpendapat bahawa murid saya ini lebih cenderung kepada teknik pembelajaranyang aktif seperti sesi soal jawab, kerja berkumpulan atau berpasangan. Secara kesimpulannya dapatlah saya rumuskan bahawa murid tahun 4 Amanah adalah dalam kumpulan murid yang sederhana kecerdasanya, namun mempunyai pengetahuan sedia ada yang baik dan mempunyai kecenderungan belajar yang aktif sekirannya diberikan galakan dan dorongan yang sesuai.2. STATE OBJECTIVE ( Nyatakan objektif ) Bagi rancangan pengajaran yang saya pilih ini, iaitu mata pelajaran Sains tahun 4 pada kali ini tema yang saya pilih adalah bertemakan Menyiasat Alam Bahan. Beberapa objektif telah saya pilih untuk dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Antara objektifnya ialah di akhir pengajaran murid dapat menyenaraikan berbezaan diantara sifat bahan lut sinar dan lut cahaya. Pemilihan objektif saya pada kali ini berasaskan beberapa elemen penting menggunakan format ABCD iaitu,A-audience(pelajar sasaran)B-behavior( tingkah laku- keupayaan murid )C-conditions ( keadaan-pencapaian murid)D-degree(darjah-tahap yang ingin dicapai)Berpandukan format ABCD ini , saya telah mengsasarkan 4 objektif perlu dicapai oleh murid 4 Amanah. Murid 4 Amanah mempunyai tingkah laku yang aktif sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, namun ada juga murid yang slow learner dan ada juga murid yang mempunyai pengetahuan sedia ada yang perlu dipupuk, saya telah membina beberapa objektif yang mewakili 3 domain iaitu domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif.Domain kognitifadalah domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan berkaitan dengan beberapa tahap. Ia disusun mengikut hierarki (Bloom,1956) iaitu dari pengetahuan yang rendah ke pengetahuan yang lebih tinggi. Ia boleh dijelaskan seperti tahap pengetahuan, kefahaman, aplikasi,analisis,sintesisdan penilaian.Tahap yang saya pilih adalah tahapkefahamaniaitu yang pertama ialah pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid sekurang- kurangnya dapat mengetahui perbezaan diantara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya.Domain psikomotorpula yang berkaitan dengan mengintegrasikan kemahiran intelektual dan fizikal untuk pembelajaran.(Simpson,1972).Objektif bagi domain psikomotor pula adalah pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh memilih dan menampalkan kad perkataan jawapan di papan putih kelas (langkah 4 ) . Objektif ini amat sesuai untuk pelajar yang aktif di dalam bilik darjah.Objektif bagidomain afektifpula berkaitan dengan membentuk sikap bekerjasama antara ahli kumpulan dalam melaksanakan setiap tugasan . Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh berbincang dan menulis perkataan dalam kumpulan, membaca dan menulis nama-nama bahan yang sesuai untuk diisikan di dalam jadul perbezaan sifat bahan dengan betul dan bersepakat melakukan tugasan dalam kumpulan.3. SELECT INSTRUCTIONAL METHODS, MEDIA, MATERIALS (Pilih kaedah, media dan bahan)3.1- Memilih kaedah pengajaran. Guru harus bijak dalam memilih kaedah pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menarik minat murid untuk belajar dan kesannya objektif boleh dicapai. Terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh diguna pakai oleh guru dalam pengajaran bilik darjah, antaranya kaedah kuliah, kaedah perbincangan, kaedah demonstrasi, sumbangsaran,main peranan, simulasi, mengeksperimen dan banyak lagi.Bagi saya terdapat beberapa kaedah yang telah saya pilih, bagaimana dan mengapa saya memilih kaedah pengajaran ini boleh dihuraikan dalam jadual di bawah.LANGKAH/KAEDAHBAGAIMANA/ PERASAAN MURIDMENGAPA

Set induksiKaedah perbincangan-bersoal jawab

Guru meminta seorang murid melihat ikan di dalam sebuah akaurium. Guru meminta murid mengira jumlah ikan yang terdapat di dalam akuarium dan menyatakan warna ikan tersebut. Murid dapat menjawab soalan daripada guru kerana ikan di dalam akuarium itu dapat dilihat dengan jelas. Guru meminta seorang murid keluar dari kelas dan berdiri dibelakang cermin tingkap. Murid di dalam kelas cuba melihat muka murid tersebuat sama ada dapat dilihat dengan jelas ataupun tidak. Murid tidak dapat melihat muka rakan mereka dengan jelas. Murid kelihaan dapat memahami kkonsep jelas dan kabur Murid yang mewakili rakan mereka merasa seronok dapat melihat ikan-ikan di dalam akuarium.

Kaedah ini bertujuan untuk guru menilai pengetahuan sedia ada murid mengenai diri dan tubuh badan mereka.Murid dapat merasai sendiri keadaan dimana sesuatu benda itu dapat dilihat dengan nyata dan dilihat dengan kabur.

Langkah 1Kaedah kuliahKaedah perbincangan-bersoal jawab.Penggunaan carta dan kad imbasan Guru menunjukkan carta, tentang sifat-sifat bahan. Bahan lut sinar, bahan lut cahaya dan bahan legap. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjawab soalan yang diberikan. Iaitu melengkapkan jadul pada papan putih. Murid memilih gambar-gambar yang ditunjukkan oleh guru (kad imbasan) dan dilekatkan di papan putih pada ruangan sifat bahan yang sesuai. Sama ada objek lut sinar atau lut cahaya.

Kaedah ini bertujuan untuk menilai kefahaman murid mengenai sifat bahan lut sinar dan lut cahaya.Murid seronok dapat keluar kehadapan kelas untuk menampal kad bergambar yang diberikan oleh guru.

Langkah 2Kaedah eksperiment / ujikajiKaedah perbincangan

Murid menjalankan ujikaji untuk mengetahui sama ada bahan tersebut lut sinar atau lut cahaya. Guru menyediakan jadual pemerhatian sama ada objek di dalam botol dapat dilihat dengan jelas atau kabur. Guru meminta murid meletakkan satu objek di balakang plastik, dan membuat pemerhatian sama ada objek dibelakang plastik dapat dilihat dengan jelas atau kabur. Semua pemerhatian dicatatkan. Murid dan guru berbincang tentang pemerhatian yang diperolehi oleh setiap kumpulan. Murid seronok dapat menjalankan ujikaji di dalam kumpulan mereka.

Kaedah ini bertujuan untuk member penerangan yang jelas mengenai perbezaan di natara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya

Langkah 3Kaedah perbincangan dan pembentangan hasil kumpulanGuru memberikan kertas kosong kepada murid dan dikehendaki membuat banding beza di antara sifat objek lut sinar dan sifat objek lut cahaya.Murid membuat banding beza dengan menggunakan bentuk jadual.Murid dikehendaki menyenaraikan beberapa jenis objek yang mempunyai sifat lut sinar dan lut cahaya.Guru memilih beberapa orang murid untuk menunjukkan hasil kerja mereka dan membentangkannya di hadapan kelas.Murid mempunyai keberanian untuk mencuba.

Kaedah ini bertujuan untuk murid memainkan peranan masing-masing di dalam kumpulan dan berbincang untuk menyelesaikan tugasan dan sepakat memilih salah seorang ahli kumpulan untuk membuat perbentangan di hadapan kelas.

Langkah 4PenilaianKaedah perbincangan- soal jawabGuru memberikan lembaran kerjabagi semua murid.Murid boleh membuat perbincangan bersama rakan dalam kumpulan mereka.Guru menyoal semuala isi pelajaran pada semua murid berdasarkan pengajaran pada hari ini.

Kaedah ini adalah untuk guru membuat penilaian pengajaran pada hari itu.Lebih ramai murid menjawab soalan dengan betul maka pengajaran dan pembelajaran mengenai perkataan yang diajar berjaya atau tidak. Jika sebaliknya guru perlu mengkaji semula pengajaran tersebut.

3.2- Select instructional media (memilih media pengajaran) Pemilihan media yang betul, menarik dan sesuai amat memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik. Jika pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah. Di dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini saya telah memilih beberapa media pengajaran yang dianggap sesuai untuk murid dan juga isi pelajaran yang saya rancangkan.Penjelasan mengenai jenis media yang dipilih, cara penggunaannya dan tujuan penggunaannya bolehlah dijelaskan seperti dalam jadual di bawah.LANGKAH /JENIS MEDIACARA PENGGUNAANNYATUJUAN PENGGUNAAN

Set induksiMenggunakan bahan maujud yang ada di sekitar bilik darjah/ makmal sainsGuru menyuruh murid melihat ikan di dalam akaurium ikan.Murid keluar kelas untuk melihat siapa yang berada diluar kelas. (ramalan)

Ia bertujuan untuk menarik minat murid dan meransang pemikiran murid buat kali pertama untuk berfikir.

Langkah 1Tayangan carta yang menujukkan isi pelajaraanGuru mempamerkan gambar/ carta di papan putih dan murid membuat latihan membaca secara individu dan beramai-ramai.

Bertujuan untuk mepamerkan kelainan dari segi persembahan bahan bacaan dengan penggunaan warna dan kesan gambar yang dipamerkan.

Langkah 2Kad imbasan (gambar)Kertas mahjung/ kertas A4 (jadual perbezaan sifat cahaya)Guru mempamerkan beberapa keping gambar dan bersoal jawab dengan muridMurid menampalkan gambar di dalam jadual yang disediakanIa bertujuan untuk menarik lebih perhatian dan mencungkildaya ingatan murid melalui langkah pertama yang telah dijalankan sebentar tadi.

Langkah 3Bahan-bahan eksperimenPen maker dan buku laporan aktiviti.Guru mengedarkan bahan-bahan eksperiment.Murid mencatatkan permerhatian mereka dalam buku laporan.Ia bertujuan untuk menilai gerak kerja berkumpulan murid dan kefahaman mengenai isi pelajaran .

Langkah 4Kertas putih (mahjong)Pembantangan hasil kumpulanGuru mengedarkan lembaran petikan pada setiap kumpulan dan kad-kad bergambar.Ia bertujuan untuk aktiviti perbincangan dalam kumpulan m dan permainan . Mereka juga berpeluang memilih dan menampal di papan putih kad kad jawapan.

PenutupLembaran kerjaGuru memberikan lembaran kerjaMurid mengukuhkan pengetahuan mereka dan memahami isi pelajaran dengan lebih jelas.

3.3 - Select instructional materials pilih bahan pengajaran. Bagi pemilihan bahan pengajaran pula , saya telah memilih bahan- bahan maujud dan mudah diperolehi dan selalu digunakan oleh murid bagi aktiviti set induksi dan ujikaji.Saya juga memilih beberapa bahan yang boleh disentuh seperti kad-kad jawapan dan papan putih .Murid juga perlu menggunakan bahan bantu belajar yang lain seperti pen maker , kertas A4 dan blue tape untuk aktiviti permainan.4. REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (Dorong penglibatan murid) Dalam rancangan pengajaran dan pembalajaran,aktiviti yang dijalankan haruslah menarik minat murid. Antara aktiviti yang dianggap sesuai untuk menarik minat murid ialah aktiviti yang memberi peluang kepada murid untuk menyertainya. Dorongan penglibatan murid sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bagi saya terdapat beberapa langkah dalam rancangan pengajaran yang saya buat adalah melibatkan murid untuk menyertainya . Antara aktiviti yang berkaitan dengan ujikaji dan membuat eksperimen pada langkah 3, langkah 4 dan penutup. Bagi ketiga-tiga langkah ini (Langkah 3, 4 dan penutup) saya mendorong penglibatan murid secara total. Gerak kerja berkumpulan dan aktiviti nyanyian sangat baik untuk melihat murid bertindak aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang saya gunakan pula adalah berbentuk main peranan (peranan murid dalam kumpulan) ,kaedah permainan (game), dan kaedah mengeksperimen. Ketiga-tiga kaedah ini amat menarik minat murid saya untuk turut serta secara aktif. Guru perlu memberi arahan yang jelas supaya disiplin murid dapat dikawal.Biarpun murid aktif namun kawalan kelas yang baik harus bergerak seiring.5. EVALUATE AND REVISE- (nilai dan semak) Penilaian sesi pembelajaran amatlah penting, ia bertujuan untuk guru menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan yang telah dijalankan. Melalui penilaian ini juga guru boleh menilai pencapaian objektif isi pelajaran pada hari itu. Guru juga boleh mendapat maklumat mengenai tahap pencapaian kemahiran murid berkaitan dengan isi kandungan pelajaran pada hari itu. Penilaian dibuat bukan sekadar selepas selesai pengajaran dan pembelajaran tetapi penilaian telah saya bina bermula sebelum rancangan pengajaran di bina, semasa proses pembelajaran dan sesudah selesai pengajaran.Penilaian bagi saya bukanlah sekadar pada akhir sesi pengajaran sahaja . Ia melibatkat penilaiansecara keseluruhan prosespengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bermula dari set induksi sehinggalah habis sesi penutup. Penilaian yang saya lakukan adalah penilaian dari segi pemerhatian dan penilaian secara bertulis(ujian pemahaman). Dalam langkah set induksi, langkah 1,2,3 dan 4 penilaian yang saya jalankan adalah lebih kepada penilaian secara pemerhatian. Bagi langkah ke 5 penilaian dibuat secara ujian pemahaman bertulis.Segala perkara yang berlaku sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran perlu disemak untuk tujuan pembaikan.RUMUSAN Secara rumusannya, dapatlah saya katakan bahawa rancangan pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini perlu disemak dan dinilai semula. Aspek yang dinilai dan disemak adalah dari segi persembahan, kaedah, media, bahan dan tahap penglibatan murid.Dari aspek persembahan pengajaran ,penggunaan ayat mudah dan arahan yang jelas melancarkan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi kaedah dan media yang digunakan adalah menarik minat murid dan segala bahan yang digunakan pula bersesuaian dengan murid. Langkah-langkah yang dibina dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat memerlukan penglibatan murid secara aktif. Saya membuat kesimpulan bahawa isi pelajaran pada kali ini iaitu penerangan mengenai sifat bahan iaitu sifat bahan yang berkaitan dengan kebolehan cahaya menembusinya. Iaitu bahan yang bersifat lut sinar dan bahan yang bersifat lut cahaya. Perbezaan antara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya juga dapat ditekankan disamping dapat membezakan setiap jenis bahan dalam kumpulannya.

KKP - Teknologi Pengajaran ( Model ASSURE )

Senarai Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan ... 3

2.0 PrinsipTeknologiPengajaran .. 3

3.0 Reka Bentuk Pengajaran .. 4

4.0MediaPengajaran . 10

5.0ModelASSURE... 12

5.1 Analisis Pelajar 135.2 Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran . 155.3 Pemilihan Kaedah Media dan Bahan Sumber . 175.4 Gunakan Media dan Bahan Sumber 185.5 Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran . 195.6 Nilai dan Semak Semula .. 20

6.0 Penutup . 21

7.0 Rujukan . 22

8.0 Lampiran 23

1.0 Pengenalan.

Berdasarkan tajuk tugasan yang perlu dibincangkan merujuk kepada mata pelajaran Teknologi Pengajaran yang telah dipelajari, perkara yang perlu dikupas terlebih dahulu bagi memahami dengan sejelas-jelasnya konsep sebenar, sebelum penerangan terperinci dilakukan ialah berkenaan dengan prinsip teknologi pengajaran dan media pengajaran, pemilihan media serta penghasilannya. Huraian yang dibuat adalah merujuk kepada beberapa sumber bahan rujukan yang dikenalpasti dapat membantu penghasilan media pengajaran yang lebih baik dan berkualiti serta berkesan kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

2.0 Prinsip Teknologi Pengajaran.

2.1 Apakah domain yang terkandung dalam bidang teknologi pengajaran? Yusup Hashim (1998).

Mengikut Seels danRichey(1994), teknologi pengajaran mencakupi lima domain utama yang menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi pengajaran. Lima domain yang dimaksudkan adalah:

2.2 Apakah kesan teknologi pengajaran terhadap kurikulum dan pengajaran? Yusup Hashim (1998).

Teknologi pengajaran mempunyai kesan yang signifikan terhadap struktur pendidikan terutama kurikulum dan pengajaran. Mengikut AECT (1979), kesan teknologi pengajaran boleh diperhatikan melalui tiga cara iaitu:

i. Teknologi pengajaran mengubah peringkat membuat keputusan.ii. Teknologi pengajaran membentuk empat jenis pola pengajaran iaitu:1) Hubungan antara guru dengan pelajar2) Guru dengan bahan pandang dengar3) Guru dengansistempengajaran dan media4) Media pengajaran sahaja (tiada peranan guru)iii. Teknologi pengajaran mengubahkan sistem atau pendekatan pendidikan.iv. Teknologi pengajaran juga boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun.

3.0 Reka Bentuk Pengajaran.

Reka bentuk pengajaran dan pembinaan bahan adalah merupakan satu disiplin khusus dan mengikut Richey (1986) dan Reigeluth (1983) reka bentuk pengajaran harus dianggap sebagai sains pengajaran.

Yusup Hashim (1998), berdasarkan kepada pengalamannya; terdapat dua keadaan atau situasi dimana masih terdapat guru yang masih keliru atau kurang jelas tentang reka bentuk pengajaran kerana komponen-komponen pengajaran yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya oleh guru. Situasi yang dimaksudkan oleh beliau ialah:i. Semasa pengajaran dilakukan, ada di antara mereka yang mengajar tidak mengikut objektif pembelajaran yang harus dicapai oleh pelajar selepas tamat pengajaran, danii. Ada pula yang memberi ujian tanpa berlandaskan kepada objektif pembelajaran.

Noriati A.Rashid (2009), dalam bukunya yang diambil dari Yusup Hashim (1998) menyatakan, konsep reka bentuk pengajaran dapat dikategorikan kepada tiga reka bentuk pengajaran sebagai satu:

i. PROSES (Briggs, 1977 )ii. DISIPLIN ( Duffy dan Jonasen, 1991 )iii. SAINS ( Richey, 1986 )

3.1 Apakah reka bentuk pengajaran dan pengembangan/pembinaan pengajaran? Yusup Hashim (1998).

Teori / Pendapat / Maksud /Fungsi Reka Bentuk Pengajaran Pengembangan/PembinaanYusup Hashim (1998) Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak,videopengajaran, perisiankomputerpengajaran dan sebagainya.Apabila membina bahan ia melibatkan proses reka bentuk pengajaran dan proses pengembangan pengajaran.

Seels dan Richey (1994) Proses menyatakan spesifikasi syarat untuk belajar yang mencakupi aktiviti reka bentuk:1. SISTEM pengajaran2. MESEJ3.STRATEGIpengajaran4. ciri-ciri PELAJARProses menggunakan spesifikasi reka bentuk untuk membina bahan teknologi cetak, teknologi pandang dengar, teknologi berasaskan komputer, dan teknologi bersepadu.

AECT (1977)membandingkan yang mana lebih besar di antara reka bentuk pengajaran dan pengembangan pengajaran.Reka bentuk pengajaran adalah lebih kecil daripada pengembangan pengajaran kerana reka bentuk pengajaran adalah salah satu daripada beberapa peringkat reka bentuk dalam pembinaan atau pengembangan pengajaran. Satu cara sistematik untuk mereka bentuk, membina, menilai dan menggunakan seluruh sistem pengajaran.Kemp (1989)Elemen yang digunakan untuk reka bentuk pengajaran boleh juga digunakan untuk pengembangan atau membina bahan pengajaran.Inimenunjukkan tiada perbezaan di antara reka bentuk pengajaran dan pengembangan pengajaran.

Reigeluth (1983)Satu disiplin memberi kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah-kaedah pengajaran. Menumpukan kepada pernyataan kaedah-kaedah pengajaran iaitu menetapkan spesifikasi dan kriteria yang diperlukan untuk meningkatkan proses pengajaran ke tahap yang diharapkan. Memberi kepentingan kepada kefahaman, peningkatan dan aplikasi kaedah-kaedah untuk membina pengajaran. Menumpukan kepada cara-cara membina pengajaran yang akan menunjukkan langkah atau prosedur untuk membina atau menghasilkan bahan pengajaran atau seluruh sistem pengajaran.Gustafon (1991)Suatu cara sistematik mereka bentuk, membina, menilai, dan menggunakan seluruh proses pengajaran. Aktiviti-aktiviti pengeluaran bahan.

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran

Menurut Yusup Hashim (1998), terdapat banyak model reka bentuk pengajaran dan kebanyakan model yang digunakan mempunyai elemen yang sama.

Di dalam kajian tugasan taksiran atau kerjakursuspendek ini tumpuan utama yang diambil kira dalam menentukan pemilihan media yang berkesan ialah dengan merujuk kepada model yang berorientasikan bilik darjah memandangkan tugas guru adalah sebagai pelaksana sistem. Oleh yang demikian, guru tidak perlu merancang dan menggubal kurikulum, tetapi perlu memilih media atau bahan sumber yang sesuai untuk melaksanakan kurikulum tersebut.

Antara beberapa contoh model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah ialah model Gerlach dan Ely (1980), model ASSURE (1996), model Kemp (1985), dan model Dick danReiser(1989).

Hasil kajian dan analisa yang dibuat mendapati bahawa model ASSURE (1996) yang dikemukakan oleh Heinich et al. (1982) merupakan model yang paling sesuai digunakan untuk merancang pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah. Semua guru dapat memanfaatkan dan menggunakan model ini untuk merancang pengajaran-pembelajaran yang efektif. Berikut adalah perbezaan maksud dan konsep bagi menerangkan reka bentuk pengajaran dalam bilik darjah berdasarkan beberapa model yang tersebut :Model ASSURE (1996) Model ADDIE Model Dick dan Reiser (1989)Terdapat 6 langkah iaitu:1. A -AnalyseLeaner (analisis ciri pelajar)2. S StateObjectives(nyatakan objektif)3. S Select Method, Media and Materials (pilih kaedah, media dan bahan)4. U Utilise Media and Materials (gunakan media dan bahan)5. R RequireLearnerResponse/ Participation (libatkan pelajar dalam proses pembelajaran)6. E Evaluate and Review or Revise Materials ( nilai serta semak semula bahan) Terdapat 5 peringkat:1. A Analysis (analisis)2. D Design(reka bentuk)3. D Development (perkembangan)4. I Implementation (pelaksanaan)5. E Evaluation(penilaian) Terdapat 8 langkah:1. Tentukan matlamat2. Analisis ciri pelajar3. Tulis objektif4. Pilih/semak buku teks5. Bina ujian6. Bina aktiviti pengajaran7. Pilih media pengajaran8. Laksana pengajaran

A S S U R E

Pilih MEDIA

3.3 Penggunaan Reka Bentuk Pengajaran Dalam Sistem Pengajaran.

Dalam model ini, elemen dalam sistem reka bentuk pengajaran dan pembinaan media/bahan disatukan untuk memudahkan guru merancang dan melaksanakan pengajaran.

Peringkat I menentukan isi pelajaran Peringkat II membina MEDIA pengajaranModel sistem reka bentuk Peringkat III merancang pengajaran pengajaran bersepadu Peringkat IV pelaksanaan pengajaran

Peringkat V proses pembelajaranPerkara yang ditekankan disini ialah pada Peringkat II iaitu membina MEDIA pengajaran. Tumpuan terhadap pembinaan media pengajaran ini melibatkan sembilan langkah utama, Yusup Hashim (1997) iaitu:i. Menentukan perkara dan isi pelajaranii. Analisis pelajariii. Menentukan matlamat pengajaraniv. Membuat analisis pengajaranv. Menyatakan objektif-objektif pengajaranvi. Membina strategi pengajaranvii. Pilih / baiki / bina bahanviii. Membina ujian kriteriaix. Penilaian bahan

4.0 Media Pengajaran

Istilah media pengajaran membawa maksud sebagai peralatan atau perkakasan dan bahan (perisian) media yang telah dikenal pasti (dipilih), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran, Yusup Hashim (1997).

Media dalam pengajaran memainkan peranannya dalam menyokong proses pengajaran dalam bilik darjah. Media merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan bahan untuk pembelajaran murid. Gabungan kombinasi guru dan media merupakan medium perantara yang paling berkesan bagi memastikan objektif pengajaran dapat disampaikan kepada pelajar.

Torkelson (1972) membahagikan media kepada tiga komponen iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej. Tindakbalas, tingkah laku dan respons pelajar memberikan maklum balas yang sangat penting kepada guru bagi mengetahui sama ada mesej telah diterima dan difahami atau sebaliknya.

Reka bentuk mesej adalah sangat penting bagi memastikan mesej tersebut benar-benar dapat difahami dan ianya bergantung kepada jenis pemilihan media yang dipilih dan dibuat. Media yang sesuai digunakan bermula daripada pengalaman langsung hingga kepada penerangan verbal atau bahasa yang digunakan, Edgar Dale (1969).

Gagne dan Briggs (1974) pula berpendapat bahawa pemilihan media yang sesuai berdasarkan kepada rangsangan fizikal media berkenaan dapat dibahagikan kepada enam kategori iaitu:1. Perkataan / struktur bahasa2. Bentuk bunyi bukan bahasa3. Perkataan bercetak4. Gambar statik5. Gambar bergerak6. Sampel sebenar

4.1 Pemilihan media dan bahan sumber.

Noriati A.Rashid (2009), menyatakan bahawa pemilihan media melibatkan perancangan pengajaran yang baik dan terancang serta proses-proses pemilihan media yang merangkumi beberapa perkara, antaranya ialah:i. Penentuan kaedahii. Pemilihan format mediaiii. Pemilihan bahan sumberiv. Gunakan media dan bahan sumberv. Libatkan pelajar dalam pembelajaranvi. Nilai dan semak semula

5.0 Model ASSURE

Hasil daripada kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran mendapati model ASSURE adalah model yang paling baik dan sesuai digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran serta mereka bentuk pengajaran dalam bilik darjah.Model ASSURE melihat media sebagai satu bahan sumber yang paling penting bagi memastikan setiap objektif pelajaran mahupun maklumat dapat disampaikan terus kepada pelajar secara berkesan dan pelajar faham tanpa rasa ragu. Bagaimanapun, ianya memerlukan perancangan yang sangat rapi dan teliti dari sudut susun atur pengajaran ke arah proses pembelajaran yang lebih berstruktur dan dinamik. Ini selaras dengan pandangan Gagne (1985) yang menyatakan bahawa pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang dan ianya perlu disusun secara berperingkat-peringkat.

Untuk itu, bagi menghasilkan satu bentuk rancangan pengajaran dan pembelajaran dalam memanfaatkan penggunaan media yang lebih baik melalui model ASSURE ini, guru perlu mengaplikasikan bersama-sama sembilan peringkat penyampaian pengajaran selaras dengan proses pembelajaran yang dikenali sebagai Events of Instruction seperti mana yang terkandung dalam teori Gagne (1985). Peringkat-peringkat berkenaan adalah sebagaimana yang berikut:1. Tarik perhatian pelajar2. Beritahu pelajar objektif pembelajaran3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar4. Sampaikan isi pelajaran/bahan pengajaran dan pembelajaran5. Bimbing pembelajaran pelajar6. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar8. Taksir pencapaian pembelajaran9. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.

Dalam menyediakan reka bentuk pengajaran berasaskan bilik darjah berdasarkan model ASSURE, semua guru perlu mengambil kira proses penyampaian pengajaran yang dikemukakan oleh Gagne (1985). Ini adalah kerana proses penyampaian yang sempurna akan bermula dengan menganalisis keperluan pelajar untuk menjamin penyampaian yang boleh membawa kepada pencapaian matlamat. Model ASSURE ini antara lainnya menumpukan kepada perancangan pengajaran pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Model ini akan dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Dengan kata lainnya, model ASSURE ini sangat berguna kepada guru dalam proses menyediakan Rancangan Persediaan Mengajar (RPM) atau Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi setiap mata pelajaran.

Maklumat yang diterima daripada Guru Kelas Tahun 2 Dedikasi iaitu Pn Suzana Abd Rahman, dan pengalaman sedia ada guru dengan pelajar mengenai pelajar-pelajarnya ialah seperti berikut :

Nama Kelas : Tahun 2 DedikasiBilangan Pelajar : 30 orangTahap Akademik : SederhanaLokasi Sekolah : Luar Bandar / KampungJenis Sekolah : Sekolah KebangsaanMata Pelajaran : Pendidikan Jasmani dan KesihatanTajuk Pengajaran : Pergerakan LokomotorMasa Pengajaran : 30 minit.

5.1 Analisis Pelajar

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh guru ialah menganalisis pelajar. Proses ini dilakukan bagi memilih strategi, bahan sumber, dan media yang paling wajar digunakan dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam situasi pembelajaran yang sebenar. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan kepada aspek-aspek berikut:

5.1.1 Ciri-ciri Umum Pelajar

Pemilihan media yang dibuat adalah sangat bersesuaian dengan ciri-ciri umum pelajar berdasarkan kepada umur pelajar tahun dua sekolah rendah iaitu lapan tahun. Sukatan dan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran dirangka untuk semua pelajar tahun dua dari semua aliran kelas dan pelbagai kaum serta bangsa, baik lelaki mahupun perempuan. Ianya melibatkan semua pelajar bandar dan luar bandar yang datang dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira taraf sosioekonomi pelajar-pelajar tersebut kerana guru perlu membimbing pelajar tanpa mengira pangkat atau darjat, ras mahupun jantina mereka. Bagi melaksanakan aktiviti ini, pemilihan kaedah pengajaran menggunakan media berbentuk power point dan video pendek berkenaan topik yang diajar iaitu pergerakan lokomotor dijangka dapat membantu pelajar memahami isi kandungan pengajaran dengan lebih jelas melalui penggunaan bahasa yang mudah difahami, gambar-gambar gerakan yang jelas menggambarkan pergerakan sesuatu aktiviti sebagai bukti konkrit kepada tayangan video sebenar pergerakan yang dilakukan. Penggunaan media sebagai alat bantu mengajar (ABM) ini penting bagi pemahaman murid sebelum aktiviti gerakan sebenar di padang dilakukan. Ini dapat memudahkan dan melancarkan lagi tugas-tugas guru sebagai pemudah cara. Secara tidak langsung, aktiviti dalam bilik darjah ini dapat menarik minat pelajar dan merangsang minda mereka bahawa setiap pergerakan yang murid lakukan membawa maksudnya yang tersendiri.

5.1.2 Pengetahuan / Pengalaman Sedia Ada

Sebelum pembelajaran dilakukan, guru menguji pelajar dengan cara menyoal pelajar mengenai tajuk pergerakan lokomotor yang akan diajar dan disampaikan di dalam kelas. Proses ini dapat membantu guru untuk mengenalpasti sejauhmana tahap pengetahuan semasa pelajar berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar mengenai gerakan-gerakan yang pelajar sendiri pernah lakukan sebelum ini sama ada dalam pergerakan yang biasa atau dalam permaianan yang pelajar telah lakukan. Ini dapat membantu guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran yang paling sesuai dan kaedah yang berkesan.5.1.3 Gaya Pembelajaran Pelajar

Melalui gaya pembelajaran pelajar, guru dapat mengenalpasti tahap keupayaan pelajar dalam memahami konsep lokomotor. Setiap orang pelajar adalah berbeza-beza dari sudut pemprosesan dan kecerdasan mereka menerima rangsangan maklumat yang disampaikan. Interaksi antara guru dan pelajar sangat penting bagi guru untuk memahami emosi pelajar dalam persekitaran pembelajaran bilik darjah. Keadaan ini akan mempengaruhi cara pelajar tersebut memproses maklumat dan membentuk persepsi, seterusnya menjadikan pembelajaran lebih lancar dan efektif. Tumpuan yang lebih perlu diberikan kepada pelajar Tahun 2 Dedikasi ini yang tahap kecerdasannya sederhana bagi memastikan semua pelajar faham maksud pergerakan lokomotor yang sebenar.

5.2 Nyatakan Objektif / Hasil Pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran mestilah spesifik iaitu jelas. Objektif utama guru bagi tajuk pergerakan lokomotor ini ialah, pada akhir pembelajaran;

a. Pelajar dapat memahami dan menyebut dengan jelas maksud pergerakan.b. Pelajar dapat memahami dan menyebut dengan jelas maksud lokomotor.c. Di akhir pembelajaran, pelajar dapat menyatakan serta menyenaraikan dan menulis dengan jelas sekurang-kurangnya tiga daripada lima pergerakan lokomotor melalui sesi soal jawab antara guru dengan pelajar hasil daripada penggunaan media yang dipilih iaitu persembahan slaid power point dan tayangan video pendek pergerakan lokomotor yang mana bahan pengajaran dan pembelajaran tersebut dibina dan dibuat sendiri oleh guru.

Walaupun pada dasarnya, merujuk kepada konsep bilik darjah yang mana guru hanya perlu memilih bahan bukan membina bahan yang lebih berpusatkan kepada sistem, pembinaan bahan ini dibina adalah disebabkan oleh faktor pelajar yang mendorong guru berusaha sedaya upaya bagi menyampaikan pengajaran yang lebih berkesan kepada pelajar Tahun 2 Dedikasi.

Pernyataan objektif yang jelas secara tidak langsung dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Seterusnya guru dapat menentukan langkah-langkah dalam merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan itu, guru dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat merangsang minda pelajar. Pada akhirnya, guru dapat membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar-pelajar.

5.2.1 Siapakah yang Akan Mencapai Objektif?

Tumpuan utama yang perlu diberi perhatian ialah semua pelajar-pelajar dalam kelas Tahun 2 Dedikasi. Ini adalah kerana objektif yang dimaksudkan adalah berkait dengan pembelajaran dalam bilik darjah bukan pengajaran oleh guru. Kejayaan ini hanya dapat dicapai melalui aktiviti yang yang dilakukan oleh guru dalam bilik darjah dan pelajar-pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti tersebut.

5.2.2 Bentuk Tingkah Laku Baharu

Merujuk kepada apa yang hendak dicapai oleh guru dalam pengajarannya dalam kelas Tahun 2 Dedikasi ialah melalui perkataan penegasan yang menggambarkan nilai atau nisbah ukuran yang berjaya dicapai oleh murud bagi maksud kejelasan isi dan bahan media yang disampaikan dan digunakan oleh guru benar-benar berkesan. Perkataan penegasan dalam objektif guru bagi tajuk pergerakan lokomotor ini ialah menyebut, menyatakan, menyenaraikan dan menulis.

5.2.3 Situasi atau Syarat Perlakuan

Ianya berdasarkan kepada bagaimana sesuatu objektif yang dinyatakan oleh guru pada awal pengajarannya dapat dicapai pada akhir pembelajaran pelajar. Selepas penggunaan media power point atau media tayang tidak bergerak di persembahkan kepada pelajar, pelajar seterusnya dapat memahami pergerakan sebenar sepertimana yang ditunjukkan dalam video pendek pergerakan lokomotor dan guru mengharapkan penggunaan media-media ini lebih membantu murid untuk lebih mudah faham.

5.2.4 Darjah Tahap Pencapaian Minimum Perlakuan

Jelas dinyatakan dalam huraian objektif guru yang ketiga iaitu Di akhir pembelajaran, pelajar dapat menyatakan serta menyenaraikan dan menulis dengan jelas sekurang-kurangnya tiga daripada lima pergerakan lokomotor.

5.3 Pemilihan Kaedah Media dan Bahan Sumber

Langkah ketiga ialah penggunaan media yang dipilih dengan teliti secara sistematik dan terancang oleh guru berdasarkan tahap pencapaian dan kecerdasan pelajar Tahun 2 Dedikasi dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah adalah satu perancangan yang sangat baik dan sangat membantu guru dan pelajar. Proses ini memerlukan penumpuan yang jitu berikutan faktor keadaan pelajar yang sememangnya berada pada tahap sederhana yang memerlukan pendekatan yang lebih mudah dan ringkas dalam pengajaran dan pembelajaran. Proses pemilihan kaedah media dan bahan sumber ini melibatkan tiga langkah berikut ;

5.3.1 Penentuan Kaedah

Kaedah yang dipilih ini adalah bersesuaian dengan pelajar Tahun 2 Dedikasi berdasarkan analisis awal yang telah dibuat oleh guru kelas dan guru mata pelajaran. Analisis awal yang dimaksudkan meliputi cirri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada mereka dan gaya pembelajaran pelajar. Guru telah sedia maklum bahawa tidak semua pelajar-pelajar boleh membaca dan menulis dengan baik. Maka dengan itu, kaedah pengajarana berbentuk gambar dan video adalah merupakan satu simulasi dan tunjuk cara yang paling sesuai dengan tahap pengetahuan dan pengalaman pelajar.

5.3.2 Pemilihan Format Media

Format media yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Tahun 2 Dedikasi ini dijangka dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan menumpukan perhatian dalam bilik darjah. Terdapat dua format media yang dipilih dan digunakan oleh guru iaitu power point dan video pendek. Kumpulan sasaran guru adalah pelajar Tahun 2 Dedikasi yang mempunyai bilangan pelajrnya seramai 30 orang.

5.3.3 Pemilihan Bahan Sumber

Gambar-gambar pergerakan lokomotor yang dirakam sendiri oleh guru digunakan sebagai bahan utama bagi sesi penyampaian dan penerangan tajuk pergerakan lokomotor kerana ianya dapat menarik minat pelajar dan pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya di dalam bilik darjah. Gambar-gambar tadi kemudiannya disusun dan dirakam semula dalam bentuk video untuk tayangan kepada pelajar di dalam kelas. Kos bahan yang dilibatkan adalah sangat berpatutan walaupun pada dasarnya guru tidak digalakkan untuk membina sumber kerana ditakuti ianya akan melibatkan kos yang tinggi. Guru hanya perlu menyumbang tenaga, keringat dan masa bagi menjadikan fantasi itu satu realiti dan menjadi satu kepuasana bilamana objektif pengajaran guru di dalam kelas tercapai.

5.4 Gunakan Media dan Bahan Sumber

Guru dan pelajar bersama-sama dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media dan bahan sumber ini serta berjaya menggunakan media yang dipilih ini dengan sebaik mungkin bagi kegunaan pelajar dalam proses pembelajaran dan bagi kemudahan guru dalam proses pengajaran. Media ini digunakan dengan cara tayangan slaid power point kepada pelajar. Di dalam slaid power point ini, guru menyusun gambar-gambar secara berturutan menceritakan setiap satu pergerakan dari mula hingga akhir proses. Kemudiannya, pelajar akan dipersembahkan dengan satu tayangan video bergerak yang menceritakan semula proses perlakuan atau pergerakan sebenar gambaran awal tadi. Tayangan video ini akan dibuat sekurang-kurangnya sebanyak dua kali dan boleh tiga kali, tetapi bergantung kepada jangkaan masa yang telah dirancang. Penentuan kejayaan penggunaan media dan sumber yang dipilih oleh guru serta proses menulis refleksi bergantung kepada tindakan-tindakan awal guru sepertimana yang berikut;

5.4.1 Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelas5.4.2 Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas5.4.3 Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan5.4.4 Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber5.4.5 Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar

5.5 Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran

Penerangan pengajaran dalam bentuk media iaitu power point dan video ini dikendalikan oleh guru sepenuhnya semasa di dalam kelas. Pelajar diajar melalui gambar-gambar pergerakan dalam tayangan slaid power point. Pelajar dikehendaki mengikut dan melakukan aktiviti pergerakan sepertimana yang ditunjukkan di dalam gambar. Guru melibatkan pelajar dalam kelompok yang kecil dan besar bagi setiap aktiviti termasuklah semasa sesi soal jawap dan perbincangan. Dalam erti kata lain, pelajar dikehendaki melakukan pergerakan yang mudah secara berkumpulan. Ini akan membentuk pelbagai variasi dan rangsangan yang diterima oleh pelajar. Guru akan memberikan maklum balas terus kepada pelajarnya sebaik sahaja pelajar berjaya melakukan pergerakan tersebut. Reaksi positif yang ditunjukkan oleh guru akan menjamin minat dan penglibatan pelajar dalam aktiviti yang dilakukan secara berterusan, bukan untuk kelas pada hari tersebut, malahan untuk kelas-kelas yang seterusnsya juga. Selepas tayangan video dibuat, guru akan menyoal pelajar mengenai pergerakan-pergerakan lokomotor yang terdapat di dalam tayangan video yang berkenaan. Tayangan video yang dibina dan dibuat oleh guru diterjemahkan kedalam bentuk slaid power point dan pelajar sepatutnya boleh menyebut dengan jelas nama-nama pergerakan tersebut.

5.6 Nilai dan Semak Semula

Guru dikehendaki menilai dan menyemak semula pengajaran yang dilakukan oleh guru dan pembelajaran yang diterima oleh pelajarnya di dalam kelas. Pengajaran dan pembelajaran ini mestilah seiring dengan perancangan awal yang telah dibuat oleh guru dalam menetapkan matlamat dan objektif pembelajaran. Guru membuat penilaian disepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung dimana beberapa soalan ditimbulkan oleh guru dan guru melihat sendiri sejauhmana keberkesanan media yang dipilih oleh guru dapat membantu pelajar-pelajar Tahun 2 Dedikasi memahami tajuk pergerakan lokomotor.

Kelakuan atau tindak balas pelajar boleh terus diukur dan disukat oleh guru secara terus semasa proses pengajaran berlangsung. Secara tidak langsung guru dapat menangani dan bertindak segera menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan cara menggunakan bahasa yang lebih sesuai dan lebih mudah difahami, serta melakukan perubahan teknik mengajar yang lebih berkesan dan berupaya membantu pelajar supaya lebih faham bersesuaian dengan tahap pelajar itu sendiri.

Langkah akhir dalam Model ASSURE ini adalah merupakan peringkat paling penting bagi menilai keseluruahan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dipilih, ditetapkan dan dilaksanakan. Di sinilah refleksi sebenar akan dibuat oleh guru hasil daripada pengajaran yang dilakukan dalam bilik darjah terhadap tahap keupayaan pelajarnya dan tahap keberkesanan pengajarannya. Setiap tindak balas positif mahupun negatif yang ditunjukkan oleh pelajar hendaklah dikaji secara mendalam bagi memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Refleksi yang dibuat dapat membantu guru untuk melakukan penambahbaikan dan seterusnya menyediakan satu set perancangan yang lebih efisyen, efektif, tersusun dan seterusnya memperbetulkan apa-apa jua kesalahan dan kesilapan yang telah guru lakukan di setiap peringkat proses berdasarkan kepada model ASSURE ini.

6.0 Penutup

Berdasarkan kepada pemahaman saya berkenaan model ASSURE ini ialah persediaan dan perancangan awal guru adalah sangat penting dalam menyediakan bahan pengajaran yang menarik agar ianya dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan membantu guru memudahkan tugas-tugasnya dalam mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bahan atau media hendaklah dibina terlebih dahulu sebelum reka bentuk perancangan pengajaran dilakukan. Gabungan antara keduanya iaitu pembinaan atau pemilihan bahan dan reka bentuk sistem pengajaran akan dapat memudahkan tugas guru dalam merangka program pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang berkesan. Penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.

Guru perlu kreatif mencipta idea-idea baru bagi menarik minat dan citarasa pelajar masa kini yang rata-ratanya cenderung dalam teknologi-teknologi baru. Oleh yang demikian, guru perlu memantapkan diri, mempelajari dan mempraktikkan kemahiran tersebut seiring dengan minat pelajar masa kini yang lebih moden. Hasil kemajuan negara haruslah seiring dengan profesyen perguruan masa kini bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, dan cemerlang dari pelbagai sudut.

7.0 Rujukan

BUKU

1) Yusup Hashim. (Cetakan 1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

2) Yusup Hashim. (Cetakan 1998). Teknologi Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

3) Noriati A.Rashid. Boon Pong Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. Wan Kamaruddin Wan Hasan. (Pertama Kali Diterbitkan 2009). Siri Pendidikan Guru; Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd. ( Dahulunya dikenali sebagai Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.)

4) Muhamad Hasan Abdul Rahman. (Cetakan Kedua 2003). Media Pengajaran; Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan. AREMES (M) Sdn. Bhd.

5) Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). KBSR, Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun Dua. Bahagian Pembangunan Kurikulum.