ABSTRAK
ABSTRAKThailand, Indonesia dan Myanmar merupakan antara negara
di Asia Tenggara yang telah berjaya meletakkan diri mereka di bawah
senarai World Heritage Site dan ini menjadikan mereka antara pusat
tumpuan pelancongan utama dunia. Malaysia telah mensasarkan
pengiktirafan status World Heritage Site ini bagi dua bandar
warisan iaitu Melaka dan Pulau Pinang daripada UNESCO sejak dulu
lagi, namun sehingga hari ini, ia masih belum berjaya.
Pengiktirafan ini dirasakan amat penting oleh Kementerian
Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan kerana ia dapat membantu menjana
industri pelancongan negara. Kebanyakan pelancong dunia gemar
melancong ke bandar warisan dunia kerana ia dapat menjanjikan
pengalaman bukan sahaja dari segi akitektur dan sejarah malah
kebudayaan tempatan yang tidak mungkin diperolehi di tempat lain.
Pemuliharaan bandar warisan di Malaysia hari ini tidak dilakukan
dengan baik, dimana ia telah diabaikan dan merugikan banyak pihak.
Objektif kajian ini dijalankan ialah bagi mengenalpasti
bandar-bandar lain yang berpotensi dipulihara sebagai bandar
warisan. Disamping menyediakan garispanduan pemuliharaan bandar
warisan dan pengurusan pelancongan bagi bandar warisan di Malaysia.
Selain daripada itu kajian ini juga diharapkan dapat membantu
bandar warisan di Malaysia mendapatkan pengiktirafan sebagai
Warisan Dunia yang mana ia merupakan pengiktirafan yang dapat
membantu didalam menjana ekonomi negara.
Kata kunci: World Heritage Site, Bandar Warisan, Pelancongan,
Warisan Dunia, Ekonomi.
1. PENGENALAN
Warisan budaya dan alam semulajadi semakin terancam oleh
kemusnahan, bukan sahaja disebabkan kerosakan secara tradisional,
tetapi juga oleh sebab perubahan keadaan sosial dan ekonomi.
Kemusnahan atau kehilangan budaya atau alam semulajadi ini akan
mengakibatkan kepupusan warisan bagi semua bangsa di dunia.
(Persidangan Warisan Dunia UNESCO 1972). Bagi mengelakkan kepupusan
daripada berlaku, dan kita kehilangan warisan kita, maka kita
perlulah mengambil langkah memulihara segala warisan yang ada hari
ini. Pemuliharaan merupakan satu bidang berbagai disiplin dimana ia
merangkumi pemuliharaan bangunan bersejarah, monumen, kawasan
bandar, aspek sosio-ekonomi, budaya dan tapak sejarah. Ia
memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang luas dalam bidang ini.
Secara praktiknya, ia melibatkan berbagai pakar dalam berbagai
bidang dan professional termasuklah akitek, jurukur bahan,
kontraktor bangunan, perancang bandar, ahli sejarah, pakar barangan
antik, tukang ukir dan lain-lain. Warisan seperti mana yang
dimaksudkan di dalam kamus Oxford adalah sesuatu yang akan atau
telah diwarisi yang mana akan melibatkan dua pihak iaitu generasi
lepas dan akan datang. Produk warisan termasuk bangunan dan monumen
yang mempunyai nilai sejarah dan senibina, tapak warisan dan juga
keunikan budaya masyarakat tempatan. Di dalam kontek ini, bandar
warisan yang dimaksudkan ialah sebuah bandar yang masih mengekalkan
segala yang ada pada satu masa dahulu sehinggalah apa yang ada pada
hari ini. Bandar warisan merupakan sebuah bandar yang telah
dipulihara. Ia merupakan bandar yang menghubungkan dua generasi
iatu generasi dahulu dan kini. Mengikut Masser (1994) bandar
warisan adalah kuasa yang menghubungkan dari satu generasi ke satu
generasi yang lain, ia bukan setakat hanya sesuatu yang kita
wariskan kepada generasi masa hadapan tetapi sesuatu yang kita
ingin hargai dan rasai untuk satu jangkamasa yang panjang. Bagi
memastikan bandar warisan di Malaysia disenaraikan di dalam warisan
dunia, ia perlulah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh
sebuah badan yang diiktiraf dunia iaitu UNESCO. Kriteria ini
bermaksud ia perlulah mempunyai nilai kecemerlangan alam sejagat.
Kriteria ini ada di terangkan di dalam Garispanduan Operasi yang
mana ia merupakan sebahagian daripada teks konvensyen di dalam
dokumen utama Pertubuhan Warisan Dunia. Ianya sering disemak semula
bagi memastikan ia menepati konsep warisan dunia. Ia dibahagikan
kepada dua kumpulan iaitu budaya dan alam semulajadi, 1978- 1997.
Bagi memastikan sesebuah bandar tersenarai sebagai bandar warisan,
ia perlulah memenuhi kriteria di dalam kumpulan budaya. Setakat ini
kita telah cuba mencadangkan dua buah bandar di negara ini iaitu
Melaka dan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada warisan dunia.
Namun sehingga kini masih belum menampakkan hasil yang sepatutnya.
Kelemahan kita di dalam hal ini mungkin disebabkan penyediaan
dossier yang kurang kukuh atau bandar warisan kita masih tidak
memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Pertubuhan Warisan Dunia.
Selain menjadikan bandar warisan ini sebagai warisan negara, elemen
warisan ini perlulah dipromosikan sebagai salah satu produk utama
pelancongan negara. Malaysia mensasarkan sebanyak 24.6 juta
pelancong bagi tahun 2010. Ini akan mendatangkan banyak keuntungan
kepada negara. Selama ini industri pelancongan telah menyumbang
kepada pendapatan negara dengan menjadi penyumbang kedua tertinggi
sepanjang tahun 1999-2001. Pada tahun 2002, kira-kira 3 juta
pelancong telah melancong ke negara kita dan industri pelancongan
telah memperolehi RM930 juta. Namun begitu, tarikan kedatangan
pelancong ke negara kita selama ini adalah disebabkan
eko-pelancongan negara dan karnival membeli belah yang dijalankan
oleh kerajaan. Kita telah lupa sumber sediada yang banyak terdapat
di negara kita iaitu bandar warisan. Dimana mengikut analisa
industri pelancongan dunia, kebanyakan pusat tarikan pelancongan
utama dunia ialah bandar warisan yang disenaraikan sebagai warisan
dunia. Malaysia sebenarnya tidak kurang hebat. Kita mempunyai
banyak bandar warisan yang boleh dipulihara dan disenaraikan
sebagai warisan dunia dan menjadi tarikan pelancong contohnya
bandar Melaka, Georgetown, Taiping, Kota Bahru dan Kuching.
Pemuliharaan bandar warisan ini akan memberikan banyak kelebihan
kepada bandar tersebut seperti pulangan ekonomi yang tinggi kepada
berbagai sektor termasuklah kepada agen pelancongan, operator
pelancongan dan pemilik premis. Kementerian Pelancongan Malaysia
telah mengenalpasti 12 destinasi pelancongan utama di Malaysia. Ia
adalah Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Pulau Pangkor, Kuala Lumpur,
Melaka, Tasik Bera, Taman Negara, Sarawak, Lembah Danum , Gunung
Kinabalu, Tasik Kenyir dan Johor Bahru. Namun begitu kebanyakan
tempat tarikan pelancong ini adalah eko-pelancongan. Pemuliharaan
bandar warisan ini perlulah diikuti dengan sasaran kita untuk
menyenaraikan bandar-bandar warisan ini sebagai warisan dunia.
Pengiktirafan sebagai warisan dunia amat penting dan bernilai,
bukan sahaja kepada masyarakat komuniti dan negara, tetapi juga
kepada masyarakat dunia itu sendiri dimana kita boleh berkongsi
dengan semua, warisan dunia yang tinggal. Disamping itu yang lebih
penting lagi, pengiktirafan ini akan membuka mata masyarakat dunia
untuk datang melancong dan melawat bandar warisan di Malaysia dan
ini akan menyumbang menambah ekonomi negara dari industri
pelancongan. Kebanyakan bandar warisan yang menjadi pusat tarikan
pelancongan dunia adalah bandar yang mempunyai tarikan tersendiri
samada dari segi sejarah, pembangunan, rekabentuk senibina, budaya
dan sebagainya. Namun begitu yang menjadi minat dan ikutan
pelancong hari ini ialah melancong ke bandar yang tersenarai
sebagai warisan dunia. Pelancong ingin melihat sendiri warisan
dunia yang sukar didapati di tempat lain. Bandar warisan seperti
York, Bath, Cambridge dan Oxford di England, Paris di Perancis,
Venice, Pisa dan Florence di Italy dan Amsterdam di Belanda amat
dikenali oleh pelancong dunia. Kesemua bandar warisan ini berjaya
memulihara dan mengekalkan bangunan, kawasan dan budaya
masyarakatnya bagi tujuan pelancongan dan mereka berbangga dengan
kejayaannya. Bandar yang membangun dan maju boleh didapati
dimana-mana, namun bandar warisan terhad bilangannya. Kebanyakan
pelancong ingin merasai sendiri pengalaman senibinanya, mendalami
sejarah dan budaya masyarakatnya yang mana tidak boleh diperolehi
dimana-mana di dunia ini lagi. Jika diperhatikan secara kasar,
United Kingdom merupakan sebuah negara maju, namun ia juga dikenali
sebagai sebuah negara yang mempunyai berbagai pilihan tapak dan
bandar warisan untuk dilawati. Ia berjaya menarik jutaan pelancong
dari seluruh dunia terutama pelancong yang cintakan sejarah.
Walaupun ia merupakan sebuah negara maju, namun masyarakatnya
begitu menghargai warisan yang dipusakai. Frank McAveety MSP,
Menteri Pelancongan dan Budaya dan Sukan United Kingdom melaporkan
bahawa suasana alam sejarah adalah penyumbang besar kepada ekonomi
UK hari ini. Tidak dapat disangkal bahawa kedatangan pelancong ke
negara mereka bagi melawat tapak bersejarah seperti Stonehenge dan
bandar warisan seperti Oxford dan Bath amat membantu di dalam
menjana ekonomi negara mereka. PPG15 mendapati, bukannya sukar
untuk melihat pemuliharaan dan pembangunan ekonomi berada seiring,
malah saling memerlukan. Kebanyakan bangunan bersejarah boleh
digunakan bagi tujuan ekonomi, sebagai contohnya, komersil atau
penempatan dan pelancongan. Ianya adalah sumber material yang
berharga dan menyumbang ke arah perkembangan ekonomi sekiranya ia
benar-benar diuruskan dengan baik. Sebagai pulangannya,
perkembangan ekonomi akan memastikan pemuliharaan kawasan dan
bangunan bersejarah berlaku berterusan.
2. PENYATAAN MASALAH
Sepertimana negara-negara lain yang amat perihatin mengenai
bandar warisan yang merangkumi pemuliharaan bangunan, kawasan dan
budaya, Malaysia juga mengalami masalah dalam menangani masalah
tersebut, dan empat masalah utama adalah seperti berikut:1. Di
bawah Akta Antikuiti 1976, bangunan bersejarah atau monumen
hendaklah berumur sekurang-kurangnya 100 tahun untuk disenaraikan
atau digazet oleh kerajaan di bawah Jabatan Muzium bagi memberi
perlindungan dan galakan untuk dikekalkan dan dipulihara. Namun
begitu, kebanyakan bangunan bersejarah yang mana merupakan salah
satu elemen penting di dalam sebuah bandar warisan masih tidak
mencapai umur tersebut atau jika ia mencapai pun ianya tidak
dilindungi dan kebanyakannya diabaikan dan telah musnah. Masyarakat
kita kurang kesedaran untuk menghargai dan memulihara bandar
warisan, yang mana pembangunan telah menghapuskan semua warisan
sedia ada.2. Kita masih kekurangan pakar teknikal dan pekerja mahir
di dalam menjalankan kerja-kerja pemuliharaan bandar warisan.
Selain daripada itu kita juga kekurangan tenaga profesional didalam
pengurusan bandar warisan mahupun pengurusan pelancongan bandar
warisan itu sendiri.3. Dokumentasi dan sistem merekod bagi bandar
warisan di Malaysia tidak sesuai dan tidak lengkap.Ini menyukarkan
langkah mengenalpasti kaedah pemuliharaan yang perlu dijalankan dan
menentukan dana peruntukan untuk kerja pemuliharaan.
Hari ini, banyak badan dan organisasi yang amat prihatin di
dalam memulihara warisan negara seperti Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan (KeKwa), Badan Warisan Malaysia; Penang
Heritage Trust; Perak Heritage Society; Perbadanan Muzium Melaka
(PERZIM); Jabatan Muzium dan Antikuiti dan lain-lain. Pemuliharaan
bandar warisan bukan sahaja cara untuk menarik kedatangan
pelancong, tetapi ia mempunyai impak yang besar yang lebih luas dan
lebih penting. Kelebihannya termasuklah:1. Menjaga warisan bangsa
daripada pupus.2. Menambah pendapatan negara.3. Memperkenalkan
Malaysia dimata dunia.4. Menaiktaraf kedudukan sebuah bandar.5.
Mendapat lambang prestij antarabangsa.
Penyelidikan ini akan tertumpu kepada bandar warisan sebagai
warisan yang perlu dilindungi dan dipulihara. Bandar warisan
termasuklah bangunan, kawasan dan budaya sesuatu tempat itu.
Penumpuan ke atas bandar warisan ini akan mengecilkan lagi skop
penyelidikan agar tumpuan dapat diberikan berbanding warisan secara
amnya. Penyelidikan ini juga diharap dapat memberikan gambaran dan
pemahaman yang lebih luas di dalam isu pemuliharaan bandar warisan
sebagai warisan dunia dan industri pelancongan di Malaysia.
Penyelidikan ini akan menitikberatkan perkara-perkara berikut:1.
Bagaimana untuk menyedarkan masyarakat tempatan tentang kepentingan
bandar warisan.2. Mengenalpasti bandar yang berpotensi dijadikan
bandar warisan negara.3. Bagaimana menjadikan bandar warisan
sebagai aset utama industri pelancongan negara.4. Bagaimana untuk
menyenaraikan bandar warisan di Malaysia sebagai Warisan Dunia.5.
Bagaimana pengurusan industi pelancongan warisan dapat dijalankan
dengan efektif.
3. ULASAN DARI PENYELIDIKAN TERDAHULU BERHUBUNGKAIT DENGAN
PENYELIDIKAN
Secara umumnya, penyelidikan berhubung bandar warisan di
Malaysia sebagai warisan dunia dan pengurusan pelancongannya belum
lagi dijalankan secara mendalam oleh mana-mana penyelidik.
Sekiranya ada, namun fokusnya adalah berlainan.Namun begitu,
terdapat beberapa penulis buku dari luar yang telah menjalankan
kajian untuk buku mereka dan ini juga banyak membantu dalam
penyelidikan ini. Antara penyelidikan yang telah dijalankan dan
juga memberi fokus kepada bandar warisan adalah Yahya Ahmad (2005).
Di dalam tesis penyelidikan PhDnya, beliau telah mendalami bandar
warisan di Asia dan memfokus kepada pengurusan bandar warisan.
Penyelidikan beliau berbeza dengan fokus penyelidikan yang akan
dijalankan dimana penyelidikan ini akan memberi fokus kepada
pengurusan pelancongan. Orbasli (2000) penyelidik PhD dari
University of York juga ada membuat penyelidikan berkenaan
pemuliharaan bandar warisan dan pengurusannya, namun pendekatan
yang diambil oleh beliau lebih kepada bandar-bandar di Eropah yang
mana masyarakatnya memang menghargai warisan mereka. Ini berbeza
dengan penyelidikan yang akan dibuat memandangkan penyelidikan ini
akan tertumpu kepada Malaysia yang masih baru di dalam bidang
pemuliharaan bandar warisan dan cuba untuk menjadikan bandar
warisan sebagai salah satu sumber utama didalam industri
pelancongan negara. A Ghafar Ahmad (1998) di dalam penyelidikan
jangka pendek bergerannya telah melakukan penyelidikan tentang
bandar warisan sediada seperti Melaka, Pulau Pinang dan Kota Bharu.
Di dalam kertas kerja ini beliau mendalami tentang bangunan, tapak
dan budaya warisan yang ada di bandar tersebut. Manakala A Ghafar
Ahmad (2004) telah menyambung penyelidikan tersebut dengan membuat
penyelidikan bagaimana untuk memaksimakan tapak warisan sediaada
sebagai pusat pelancongan. Terdapat perbezaan nyata disini mengenai
tapak dan bandar warisan iaitu tapak hanyalah satu kawasan manakala
bandar merangkumi bangunan, kawasan dan budaya. Larkham (1996)
telah membincangkan tentang pemuliharaan bandar. Beliau mendapati
bahawa sekiranya perubahan ingin dilakukan ke atas sesebuah bandar
warisan, maka pengurusan yang tersusun perlulah dilakukan bagi
memastikan sesebuah bandar warisan itu tidak terus pupus ditutupi
oleh pembangunan. Di dalam bukunya ada dinyatakan, bahawa jika anda
mempunyai bangunan lama yang terbiar, jadikan ia muzium. Salah satu
fungsi utamanya adalah bagi menarik pelawat. Ada antaranya yang
berjaya,dan tersenarai di dalam senarai antara sepuluh pusat
tarikan warisan. Hanna (1999) di dalam bukunya ada membuat analisis
bahawa dianggarkan lebih kurang 70 juta pelancong telah melancong
ke kawasan bersejarah pada tahun 1998, yang mana kebanyakannya
adalah gereja, 12.4 juta melawat taman, 63.3 pelancong melawat
muzium dan galeri dan 21 juta telah ke tempat hidupan liar. Setiap
tahun pertambahan pelancong naik sebanyak lebih kurang 4%. Purata
keuntungan yang diperolehi daripada industri pelancongan sejarah di
England sahaja adalah 270 juta pound. Ia telah membuktikan bahawa
industri pelancongan warisan boleh memberikan pulangan yang baik
sekiranya diuruskan dengan baik. Lain-lain penyelidikan berkaitan
pemuliharaan ada dijalankan tetapi ia lebih memfokus kepada
pemuliharaan dari aspek lain, terutamanya pemuliharaan bangunan
bersejarah. Sepertimana Siti Norlizaiha Harun (2004) di dalam tesis
PhD Amalan Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Malaysia.
Beliau telah membuat penyelidikan yang mana lebih tertumpu kepada
amalan praktis kerja pemuliharaan bangunan bersejarah di Malaysia.
Hasil penyelidikannya, beliau telah menggariskan panduan kepada
pengamal-pengamal praktis pemuliharaan, amalan yang terbaik
dijalankan bagi kerja pemuliharaan bangunan bersejarah.
Penyelidikan beliau ini akan membantu pengamal praktis pemuliharaan
di dalam menjalankan kerja pemuliharaan yang teratur dan berkesan.
A Ghafar Ahmad (1993) pula telah menjalankan penyelidikan yang
lebih memberi tumpuan kepada pemuliharaan Bangunan Kolonial yang
dibina sekitar tahun 1800-1930. Di dalam tesis PhD ini beliau lebih
melihat dari segi teknikal kaedah pemuliharaan bangunan dan
menyelidik kerosakan yang berlaku pada bangunan-bangunan tersebut.
Terdapat juga kajian yang telah dijalankan oleh Syed Zainol Abidin
Idid (1995) dengan kerjasama daripada Badan Warisan Malaysia. Ia
merupakan kajian inventori bangunan warisan di Malaysia. Kajian
beliau lebih kepada mengenalpasti identiti setiap bandar
berdasarkan rupabentuk bangunan yang terdapat di bandar-bandar
tersebut. Beliau menyediakan panduan mengenali warisan rupabandar
disamping memberikan bilangan bangunan warisan yang terdapat
disesebuah negeri di Malaysia. Begitu juga dengan kajian yang telah
dijalankan oleh beberapa individu bagi tesis sarjana. Antara
penyelidikan tersebut adalah penyelidikan yang dijalankan oleh
Kamarul Syahril Kamal (2001). Beliau telah menyelidik mengenai
kerosakan yang sering berlaku pada bangunan bersejarah. Lilawati Ab
Wahab (2001) pula telah menjalankan penyelidikan berkenaan sistem
pencegah kebakaran di bangunan bersejarah dan Kartina Alaudin
(2001) pula membincangkan faktor-faktor kejayaan kritikal dalam
projek pemuliharaan.
4. OBJEKTIF PENYELIDIKAN
Objektif penyelidikan ini adalah bagi mengatasi isu semasa yang
berhubung kait dengan kepentingan bandar warisan di dalam industri
pelancongan negara. Tujuan utama penyelidikan ini adalah bagi:1.
Mengkaji kepentingan pemuliharaan bandar warisan sebagai warisan
negara.2. Mengkaji Bandar Warisan Dunia sebagai pusat tarikan
pelancong.3. Menghasilkan satu garispanduan pengurusan pelancongan
bandar warisan bagi mengelakkan dan menyelesaikan masalah
pengurusan pelancongan warisan di dalam industri pelancongan hari
ini.4. Mengoptimakan kaedah pengurusan industri pelancongan dari
negara luar ke Malaysia.
5. PERSOALAN PENYELIDIKAN
1. Mengapa pemuliharaan bandar warisan di Malaysia diabaikan?2.
Bandar manakah yang berpotensi dijadikan bandar warisan di
Malaysia?3. Bagaimanakah untuk menyenaraikan bandar warisan ini
sebagai Warisan Dunia?4. Mengapakah industri pelancongan bandar
warisan di Malaysia tidak maju?
6. METADOLOGI PENYELIDIKAN
Metadologi yang akan digunakan bagi penyelidikan ini adalah
gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif dimana ia dirasakan akan
dapat memberikan hasil yang lebih baik. Ia terdiri daripada
beberapa peringkat iaitu bermula dengankerja teori, melakukan
temubual dan soalselidik, menjalankan kajian kes, menjalankan kerja
penyelidikan, mengumpul data utama dan sekunder dan seterusnya
menganalisa kesemua data yang telah dikumpulkan untuk mendapatkan
hasil penyelidikan yang telah dibuat.
6.1 KERJA TEORI
Kerja teori merupakan satu bahagian yang amat penting dijalankan
oleh penyelidik bagi mendapatkan pemahaman yang jelas dan menambah
maklumat sediaada penyelidik. Penyelidik perlulah
sekurang-kurangnya mendapatkan maklumat teori tidak melebihi
sepuluh tahun lepas bagi memastikan maklumat tersebut adalah
maklumat semasa dan terkini. Kerja teori ini tidak terhad kepada
buku sahaja malahan meluas kepada jurnal, kertas kerja seminar,
laman web, akhbar dan lain-lain bahan cetak.
6.2 TEMUBUAL DAN SOAL SELIDIK
Bagi memastikan penyelidikan ini lebih realistik dan mendapatkan
hasil penyelidikan yang lebih baik, temubual perlulah dijalankan
terutamanya dengan pihak-pihak yang terbabit dalam pengurusan
sesebuah bandar warisan, masyarakat tempatan dan pelancong.
Temubual perlulah merangkumi semua aspeka seperti penyebab
kegagalan pemuliharaan bandar warisan, kerjasama masyarakat
tempatan dan prospek pelancongan bandar tersebut. Selain daripada
itu, borang soal selidik juga akan diedarkan bagi memudahkan kerja
analisa secara kuantitatif dijalankan. Soal selidik juga selalunya
didapati lebih efektif kerana responden dapat melahirkan pendapat
tanpa perlu berhadapan dengan penyelidik. Disamping ianya tidak
mengambil masa responden yang lama sekiranya borang soal selidik
tersebut disediakan dengan baik.
6.3 KAJIAN KES
Kajian kes akan dilakukan sekurang-kurangnya ke atas dua bandar
warisan di dunia yang telah berjaya disenaraikan sebagai Warisan
Dunia contohnya Luang Prabang di Laos dan Macau di China. Kajian
kes ini akan merangkumi kaedah pemuliharaan yang telah dijalankan
dan kaedah pengurusan pelancongan di bandar-bandar tersebut.
6.4 KERJA PENYELIDIKAN
Penyelidikan tapak akan dilakukan ke atas bandar warisan di
Malaysia seperti Melaka dan Pulau Pinang. Ia juga akan dijalankan
ke atas bandar yang berpotensi disenaraikan sebagai bandar warisan
seperti Taiping, Kota Bharu dan Kuching.
6.5 PENGUMPULAN DATA DAN DOKUMENTASI UTAMA
Data primer terdiri temubual, kajiselidik, kajian kes dan kerja
penyelidikan manakala data sekunder adalah kajian teori. Kesemuanya
akan dikumpul dan didokumentasikan bagi tujuan analisa.
6.6 ANALISIS PENYELIDIKAN
Data yang telah dikumpulkan, akan dianalisa. Data teoritikal
akan dianalisa secara pemikiran literal manakala bagi data
kuantitatif seperti kajiselidik, maka penggunaan perisian komputer
tertentu akan digunakan untuk menjalankan analisa.
7. SUMBANGAN PENYELIDIKAN KEPADA PENGETAHUAN YANG BARU
Penyelidikan ini diharap dapat membina satu platform kepada
pengamal dan masyarakat dalam mengubah sikap di dalam menilai dan
menghargai bandar warisan sebagai aset didalam industri pelancongan
negara. Namun begitu yang paling penting ialah penyelidikan ini
diharap dapat menambah dan membaiki garispanduan berkenaan industri
pelancongan warisan di Malaysia:1. Memberi kesedaran kepada
masyarakat dan mengurangkan kehilangan warisan seperti bangunan,
kawasan dan budaya yang mana amat berguna untuk generasi akan
datang dan industri pelancongan negara.2. Mengenalpasti dan
mencadangkan bandar warisan di Malaysia yang mempunyai prospek
untuk disenaraikan sebagai warisan dunia agar menjadi salah satu
pusat pelancongan dunia.3. Mencadangkan garispanduan kepada
Kementerian Pelancongan kaedah pengurusan pelancongan bandar
warisan di Malaysia.4. Mencadangkan kaedah penyelesaian bagi
masalah yang dihadapi didalam pengurusan pelancongan warisan di
Malaysia.
8. KEBAIKAN KEPADA NEGARA/ MASYARAKAT/ ORGANISASI
Diharapkan penyelidikan ini dapat memberi faedah dan manfaat
kepada banyak pihak terutama pihak Kerajaan, Badan Berkanun,
kontraktor, Konsultan dan Organisasi yang terlibat di dalam
industri pelancongan dan kerja-kerja pemuliharaan seperti:1.
Kementerian Pelancongan Malaysia Menguruskan pelancongan,
kebudayaan dan warisan di Malaysia.2. Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan (KeKwa) Menguruskan pelancongan, kebudayaan
dan warisan di Malaysia.3. PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka)
Menjalankan kerja-kerja pengekalan, pemuliharaan dan menguruskan
bangunan dan monumen warisan dibawah Enakmen Pengekalan dan
Pemuliharaan Budaya Warisan Negeri Melaka 1988 (Pindaan 1993).4.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Pihak Berkuasa
Tempatan dan Jabatan Perancang bandar dan Wilayah menkoordinasi,
menyediakan pelan, arahan dan peraturan yang berkenaan bagi menjaga
bangunan dan kawasan warisan dibawah Akta Perancang Bandar dan Desa
1976, (Akta 172) dan Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982
(Akta267).5. Universiti dan Institut Pengajian Tinggi Tempatan
Menyediakan pengetahuan dan kaedah latihan yang terbaik di dalam
bidang pemuliharaan bandar warisan.6. Kontraktor Kerja Pemuliharaan
Menyediakan kaedah kerja yang terbaik dan lengkap bagi kerja-kerja
pemuliharaan.7. Konsultan Kerja pemuliharaan Menyediakan garis
panduan yang lengkap bagi pengurusan kerja pemuliharaan.8.
Organisasi lain yang terlibat seperti Badan Warisan Malaysia,
Malaysia Heritage Trust, Penang Heritage Trust, Perak Heritage
Society dan lain-lain badan. Mempromosikan kerja-kerja
pemuliharaan, pengekalan dan pemulihan warisan negara dengan
memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan
pemuliharaan bandar warisan dan menjalankan demonstrasi projek
pemuliharaan disamping menjadi pusat rujukan bagi kerja
pemuliharaan di Malaysia.
RUJUKAN
A Ghafar Ahmad. (1993). Conservation of British Colonial
Buildings Built Between 1800- 1930 in Malaysia, Tesis PhD,
University of Sheffield, United Kingdom.A Ghafar Ahmad. (1997).
Pemuliharaan Bandar Warisan Untuk Pembangunan pelancongan: Kajian
Kes Melaka dan Kota Bahru. Geran Penyelidikan IRPA Jangka Pendek.
USM.A Ghafar Ahmad. (1998). Urban Tourism in Malaysia: Heritage
Cities of Georgetown, Malacca and Kota Bharu. Kertas Kerja
dibentangkan di 2nd Seminar on European Architecture and Town
Planning Outside Europe (Dutch Period): Melaka.A Ghafar Ahmad and
Badarulzaman, N. (2003). Adaptive Re-use For Sustainable Heritage
Tourism in Malaysia. An international interdisciplinary journal.A
Ghafar Ahmad dan Nurwati Badarulzaman. (2004). Perancangan dan
Pengurusan Pelancongan Berteraskan Warisan Sejarah dan Seni Bina di
Malaysia. Geran Penyelidikan USM Jangka Pendek. USM.Ashworth, G.J
and Howard, P (1999). European Heritage Planning and Management.
Intelect Book. Exeter.Ashworth, G.J and Larkham P.J (1994).
Building a New Heritage: Tourism, Culture and Identity in the New
Europe. London: Routledge.Bell, D. (1997). The Historic Scotland
Guide to International Conservation Charters, Historic
Scotland.Burns, P. (1999). An Introduction to tourism and
Anthropology. London: Routledge.Fee, C.V. (1998). The Encyclopedia
of Malaysia Architecture; Volume 5. Singapore: Archipelago
Press.Fielden, B.M. (1996). Conservation of Historic Buildings.
Oxford: Butterworth Architecture.Fladmark, J.M (1993). Cultural
Tourism: Paper Presented at the Robert Gordon University Heritage
Convention. London. Donhead.Goodal, B. and Ashwoth, G. Marketing in
the Tourism Industry: The Promotion of Destination Regions. London:
Routledge.Gravari-Barbas, M. (2003). The challenge of Le Havre:
Developing Tourism in a Reconstructed City. An international
interdisciplinary journal.Hanna, M. (1999). A Yearly Analysis of
Trends Affecting Englands Architectural Heritage a Vital Tourism
Asset. English Tourism Council.Haskell, T. (1993). Caring for our
Built Heritage: Conservation in Practice. London: E. & F.N.
Spon.Herbert, D. (1995). Heritage, Tourism and Society. London:
Mansell.Hewison, R. (1987). The Heritage Industry: Britain in a
Climate of Decline. London: Methuen.IIC-CG (International Institute
for Conservation Canadian Group) (1989). Code of Ethics and
Standards of Practice. IIC-CG, Ottawa.Kamarul Syahril Kamal (2001).
Defect in Historic Buildings, Tesis MSc, University of
Portsmouth.Kartina Alaudin (2001). Faktor-faktor Kejayaan Kritikal
dalam Projek Pemuliharaan, Tesis Sarjana Sains Pengurusan Projek,
Universiti Sains Malaysia.Larkham, P.J (1996). Conservation and the
City. London and New York: Routledge.Law, C. (1992). Urban tourism
and Its Contribution to economics Regeneration. Urban Studies, Vol.
29, No.3/4.
Law, C (1993) Urban Tourism: Attracting Visitors to Large
Cities, New York: Mansell.Lilawati Ab Wahab (2001). Fire Resistance
in Historic Building, Tesis MSc, University of Portsmouth.Nuryanti,
W. (1997) Tourism and Heritage Management, Yogyakarta: Gadja Mada
University Press.Orbasli, A (2000). Tourist in Historic Towns.
London and New York: E & FN Spon.Pickard, R (2000). Management
of Historic Centres. London and New York: Spon Press.Pickard, R
(2001). Policy and Law in Heritage Conservation. London and New
York: Spon Press.Prentice, R.C (1993). Tourism and Heritage
Attractions. London: Routledge.Sedyawati, E (1997). Potentials and
Challenges of Tourism: Managing the Natural Cultural Heritage of
Indonesia. Yogyakarta: Gadja Mada University Press.Siti Norlizaiha
Harun (2004). Amalan Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah Di
Malaysia, Tesis PhD, Universiti Sains Malaysia.Syed Zainol Abidin
Idid (1995). Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar. Kuala Lumpur: Badan
Warisan Malaysia.Timothy, D.J and Boyd, S.W (2003). Heritage
Tourism. England: Prentice Hall.Timur, S (2003). Sustainable urban
tourism: a stakeholder theory perspective. An international
interdisciplinary
journal.http://www.badanwarisan.org.my/http://www.english-heritage.org.uk/http://www.hbp.usm.my/conservationhttp://www.iccrom.org/http://www.icomos.org/http://www.jma.gov.my/http://www.nationaltrust.org.uk/http://www.unesco.org/
Posted by Kamarul Syahril Kamal & Lilawati Ab Wahab at 12:12
AM
Labels: My Article in Proceeding 2 comments:
PEMULIHARAAN MASJID MELAYU LEBUH ACHEH,GEORGETOWN, PULAU
PINANG(Conservation of the Acheen Street Mosque, Georgetown,
Penang)OlehDr. A. Ghafar AhmadArtikel diterbitkan dalam majalah
"Penang Past & Present" Disember 1998 ms. 27-29 Pemuliharaan
bangunan lama merupakan suatu perkara yang baru bagi sesetengah
masyarakat Malaysia dewasa ini. Di bandar-bandar lama seperti
Georgetown, Melaka, Taiping, Kota Bharu, Kuching dan Kuala Lumpur,
pelbagai usaha pemuliharaan bangunan telah diambil oleh pihak awam
dan swasta bagi mempastikan bangunan-bangunan lama yang mempunyai
warisan sejarah, seni bina dan budaya dapat dipelihara dan
dikekalkan untuk tatapan generasi masa kini dan akan datang. Di
Georgetown, Pulau Pinang, terdapat beberapa buah bangunan lama yang
telah dipulihara dengan baik. Salah sebuah bangunan yang telah
dipulihara ialah Masjid Melayu Lebuh Acheh di Lebuh Acheh yang
dibina pada 1808. Terletak berdekatan dengan beberapa buah bangunan
bersejarah di kawasan warisan di tengah bandar Georgetown seperti
Rumah Syed Al-Attas dan ToKong Khoo Kongsi, Masjid Melayu Lebuh
Acheh ini mempunyai warisan sejarah dan seni bina yang tinggi
terutamanya di zaman kegemilangan serta kebangkitan Islam di Pulau
Pinang pada awal abad ke 19. Pada 1995, sebanyak RM 2.2 juta telah
diperuntukkan oleh pihak kerajaan bagi kerja-kerja pemuliharaan
Masjid Melayu Lebuh Acheh. Projek pemuliharaan masjid ini telah
mengambil masa selama 2 tahun yang bermula pada Jun 1995 dan
berakhir pada Jun 1997. Projek ini telah diletakkan di bawah
penyelarasan sebuah Jawatankuasa Pemandu Projek yang terdiri
daripada pelbagai pihak termasuk Unit Penyelarasan Pelaksanaan di
Jabatan Perdana Menteri, Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Pulau
Pinang, Pejabat Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan
Pembangunan Pulau Pinang, Jabatan Muzium dan Antikuiti, Universiti
Sains Malaysia, Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang dan Badan Warisan
Masjid Melayu Lebuh Acheh.Sejarah Masjid Melayu Lebuh Acheh bermula
pada 1792 apabila Tengku Syed Hussain Al-Aidid iaitu seorang
kerabat diraja Acheh, Sumatera, Indonesia telah membuka sebuah
kawasan perkampungan masyarakat Islam seluas 66,000 kaki persegi di
Lebuh Acheh, Georgetown, Pulau Pinang. Tengku Syed Hussain Al-Aidid
adalah seorang pedagang Acheh yang kaya dan berjaya ketika Pulau
Pinang baru dibuka oleh Kapten Sir Francis Light pada akhir abad ke
18. Dengan kekayaan yang dimilikinya, Tengku Syed Hussain Al-Aidid
dengan kerjasama kaum keluarga dan pengikutnya telah membuka dan
memajukan sebuah penempatan di Lebuh Acheh dengan mendirikan sebuah
masjid, menara, rumah kediaman, deretan rumah kedai, Madrasah
Al-Quran dan pejabat perdagangan. Hasil usahanya ini secara tidak
langsung telah mewujudkan sebuah pusat pengajian agama Islam dan
pusat perdagangan antarabangsa yang bukan sahaja terkenal pada
ketika itu tetapi yang terulung dan terawal di Pulau Pinang.
Bilangan penduduk dan masyarakat di perkampungan Masjid Melayu
Lebuh Acheh telah berkembang pesat dengan kedatangannya ramai
pedagang-pedagang baru dari negeri-negeri di Tanah Melayu, Tanah
Arab dan India. Selepas kematian Tengku Syed Hussain Al-Aidid pada
pertengahan abad ke 19, perkampungan ini terus berkembang maju dan
telah mencapai tahap kegemilangannya sehingga akhir abad ke 19 dan
awal abad ke 20. Beliau telah disemadikan di sebuah makam yang
terletak di bersebelahan Masjid Melayu Lebuh Acheh. Di kawasan
makam ini juga terdapatnya beberapa kubur ahli keluarga Tengku Syed
Hussain Al-Aidid.Perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah
menyaksikan pelbagai jenis perdagangan termasuk perniagaan rempah
ratus, bazar pakaian dan barangan kemas, percetakan kitab agama
Islam, pengurusan haji dan kedai-kedai makanan. Suatu ketika
dahulu, perkampungan ini telah dikenali sebagai "Jeddah Kedua" di
rantau ini. Ini adalah kerana di kawasan inilah ratusan bakal-bakal
haji dari Malaysia, Indonesia dan Thailand berkumpul sebelum
berlepas ke tanah suci Mekah. Bakal-bakal haji ini akan menaiki
kapal laut yang telah disewa dari syarikat swasta Inggeris,
Mansfield & Co. di bawah jaminan Sheikh Zakaria Basheer. Tidak
hairanlah sekiranya terdapat banyak syarikat pengurusan bakal-bakal
haji dan wakil-wakil penjualan tiket penumpang kapal laut termasuk
syarikat Jeddah Pilgrims Tiketing Agency yang beralamat di No. 87,
Lebuh Acheh. Setiap kali musim haji tiba, perkarangan dan
persekitaran Masjid Melayu Lebuh Acheh menjadi sibuk bukan sahaja
dipenuhi oleh bakal-bakal haji yang menunggu dokumen-dokumen haji
mereka diproses tetapi juga dibanjiri oleh saudara-mara dan
sahabat-handai. Ini telah menyebabkan hampir kesemua rumah-rumah di
kawasan masjid ini telah disewakan kepada orang ramai. Walau
bagaimanapun, segala urusan haji telah terhenti semasa Perang Dunia
Kedua dan disambung semula pada 1949. Dengan tertubuhnya Lembaga
Urusan dan Tabung Haji Malaysia pada awal 1970an, perkhidmatan
pengurusan haji di perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah
dihentikan.Selain daripada menjadi pusat perniagaan Melayu dan
pusat haji, kawasan perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah
menjadi pusat pengajian agama Islam yang terulung di Pulau Pinang.
Sheikh Omar Basheer Al-Khalilee yang pernah tinggal di rumah
beralamat No. 69, Lebuh Acheh telah menjadi imam di Masjid Melayu
Lebuh Acheh sebelum pertengahan abad ke 19 dan juga pernah mengajar
agama Islam kepada masyarakat tempatan. Selepas kematian Sheikh
Omar Basheer, anaknya Sheikh Zakaria telah mengambil-alih tugasnya
sebagai pemimpin agama di kawasan tersebut. Sheikh Zakaria
kemudiannya telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama.
Pada 1888, abangnya Sheikh Yahya telah dilantik sebagai Kadi Pulau
Pinang yang pertama yang mana beliau telah menjadikan rumah
beralamat No. 69, Lebuh Acheh sebagai pejabat kadinya. Kemudian
pada 1917, Sheikh Zakaria telah menjadikan rumah kediamannya
sebagai Madrasah Al-Quran.Selain daripada aspek sejarah dan latar
belakangnya yang menarik, perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh
mempunyai warisan seni bina yang unik. Masjid Melayu Lebuh Acheh
yang dilengkapi dengan menara bersegi lapan, kolah wudhuk, tandas,
perigi, anjung (verandah) dan kawasan makam yang mencerminkan
gabungan pengaruh seni bina Moorish (seni bina yang berasal dari
utara India), Cina dan Klasikal. Gaya dan rekabentuk seni bina ini
boleh dilihat pada archa atau gerbang di pintu masuk, kubah kecil
di atas tembok bumbung (parapet), ukiran bertanduk di tetulang
(roof ridges) bumbung utama yang berbentuk Bumbung Lima, tingkap
dan pintu kayu yang dilengkapi dengan ukiran tembus kerawang di
bahagian atas (fanlights), tiang klasikal, ukiran lepa (plaster
rendering) yang menarik di bahagian mehrab dan atas dinding; serta
menara yang berbentuk seakan pagoda Cina.Manakala seni bina
kebanyakan rumah kediaman di perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh
mencerminkan rumah kayu tradisional Melayu yang berelemenkan
tingkap ram, tangga di pintu masuk utama, pintu berdaun dan ukiran
tembus kerawang. Terdapat juga beberapa buah rumah yang bercirikan
rumah tradisional bandar yang menggunakan bahan batu-bata di
tingkat bawah dan kayu di tingkat atas.Selain daripada masjid dan
rumah kediaman tradisional, deretan rumah kedai di Lebuh Acheh juga
mempunyai rekabentuk seni bina yang menarik. Terdapat 3 jenis
rekabentuk rumah kedai di sini iaitu rekabentuk tradisional,
klasikal dan Straits Eclectic. Rumah kedai yang mempunyai
rekabentuk tradisional atau early permanent boleh dilihat di rumah
kedai beralamat No. 77, 79 dan 81, Lebuh Acheh. Rumah kedai ini
tidak mempunyai lorong kaki lima di tingkat bawah manakala di
tingkat atasnya terdapat tingkap kayu berdaun. Jenis rumah kedai
klasikal pula boleh dilihat di alamat No. 83, 85 dan 87, Lebuh
Acheh. Terdapat pengaruh rekabentuk klasikal di fasad hadapan rumah
kedai ini seperti tiang Corinthian di tingkat bawah, pilaster,
archa dan ukiran lepa di tingkat atas disamping tingkap kayu dan
kaca. Lorong kaki lima pula ada terdapat di rumah kedai jenis ini.
Manakala rumah kedai dengan rekabentuk Straits Eclectic, yang
beralamat di No. 47, 49, 51, 53, 53a dan 55, Lebuh Acheh mempunyai
ciri-ciri seni bina seperti lorong kaki lima, tiang penyokong,
dinding penghalang (party walls), tingkap kayu dan pengalir udara
(air wells). Perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh yang suatu
ketika dahulu begitu terkenal dengan aktiviti-aktiviti agama,
perdagangan dan urusan hajinya kini hanya mengekalkan aktiviti
perniagaan dan percetakan buku-buku agama Islam termasuk Al-Quran
dan muqaddam. Begitu juga dengan fungsi masjid yang masih kekal
sehingga kini. Keadaan masjid yang sering dibocori hujan dan
kawasan persekitarannya yang tidak terurus sebelum ini telah
menjadikan perkampungan ini sebagai tumpuan pelbagai pihak untuk
menjaga dan memulihara keadaan bangunan dan persekitarannya demi
kepentingan masyarakat setempat dan warisan Pulau Pinang amnya.
Kerja-kerja pemuliharaan perkampungan Masjid Melayu Lebuh Acheh
telah dijalankan dalam 2 fasa. Fasa I melibatkan kerja-kerja
penggantian bumbung masjid dan makam manakala Fasa II meliputi
kerja-kerja pemuliharaan bangunan masjid termasuk siling, dinding,
tiang, pintu, tingkap, bilik air, kolam wudhuk, menara dan mimbar.
Tujuan utama kerja-kerja pemuliharaan ini ialah untuk memelihara
dan membaiki warisan seni bina masjid tanpa menjejaskan bentuk
mahupun keadaan asalnya. Sebelum kerja-kerja pemuliharaan
dijalankan, keadaan masjid dan persekitarannya telah direkodkan
bagi tujuan dokumentasi. Struktur bangunan, bumbung, siling dan
sistem saliran air hujan telah dikaji dan dianalisis bagi
mengenalpasti punca masalah dan anggaran kos keseluruhan projek.
Kerja-kerja pemuliharaan yang dijalankan di Fasa I adalah seperti
berikut:i. Membuka dan memindah bumbung sediada termasuk kepingan
asbestos dan bumbung logam. Kain kanvas telah disediakan untuk
menutupi keseluruhan bumbung yang telah dibuka agar tidak dimasuki
air hujan.
ii. Mengenalpasti dan menggantikan sebarang struktur bumbung
yang rosak seperti keadaan rapuh atau dimakan anai-anai.
iii. Memasang bumbung genting tanah liat (roof clay tiles) dan
sistem saliran air hujan.
iv. Membaiki dan mengecat siling.
Antara kerja-kerja pemuliharaan di Fasa II adalah seperti
berikut:i. Mencuci sebarang kotoran dan lumut di permukaan dinding
masjid dan menara.
ii. Membaiki dan mengganti mana-mana bahagian tingkap dan pintu
yang rosak.
iii. Membaiki tempat wudhuk, anjung, perigi dan membina tandas
baru.
iv. Mengikis cat lama di permukaan dinding dan tiang masjid,
menara dan mimbar.
v. Melepa semula bahagian dinding dan tiang yang rosak.
vi. Mengecat masjid dan menara berdasarkan warna-warna asal
iaitu kuning langsat,
biru muda, hijau dan putih.Seramai 86 orang pekerja tempatan dan
asing telah terlibat secara berperingkat dalam kerja-kerja
pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh Acheh termasuk 11 orang bagi
membaiki bumbung, 2 orang memasang siling, 11 orang mengecat, 22
orang memecah dan melepa dinding, 8 orang mengukir lepaan bunga dan
kepala tiang, 9 orang membina tandas baru, 6 orang memasang jubin
lantai, 8 orang membaikpulih menara dan 9 orang kontraktor binaan.
Projek ini juga melibatkan 2 orang pakar pemuliharaan dari Perancis
yang telah membantu memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai kaedah
dan teknik menjalankan kerja-kerja pemuliharaan. Ini adalah penting
kerana pendekatan bagi menjalankan kerja-kerja pemuliharaan amat
berbeza jika dibandingkan dengan kerja-kerja membina bangunan
moden. Kerja-kerja pemuliharaan melibatkan kaedah dan teknik
tertentu yang memerlukan tahap kepakaran, pengalaman dan ketekunan
yang tinggi. Oleh yang demikian, beberapa siri perbincangan
teknikal dan latihan kemahiran sering diadakan di kawasan tapak di
antara pakar pemuliharaan Perancis dengan pasukan kerja projek
termasuk pengurus projek, arkitek, jurutera dan pihak kontraktor.
Selain daripada itu, beberapa perjumpaan di antara pasukan kerja
projek dengan penduduk tempatan, pihak Badan Warisan Masjid Melayu
Lebuh Acheh dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang kerap diadakan bagi
membincangkan perkembangan dan isu-isu yang melibatkan kepentingan
masyarakat setempat seperti pengurusan masjid, impak sosial dan
ekonomi.Projek pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh Acheh merupakan
suatu projek perintis baikpulih kawasan sejarah di Georgetown,
Pulau Pinang. Semasa kerja-kerja pemuliharaan dilaksanakan, Masjid
Melayu Lebuh Acheh telah menjadi tumpuan ramai pelawat dari dalam
dan luar negera. Antara pelawat yang berkunjung ke Masjid Melayu
Lebuh Acheh semasa kerja-kerja pemuliharaan dijalankan termasuk:Tan
Sri Dr. Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang
Tan Sri Dato Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara
Dato Tengku Alaudin Tengku Abd. Majid, Timbalan Ketua
Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Tan Sri Dato Seri Ahmad Sarji Abdul Hamid, Presiden Badan
Warisan Malaysia
Dato Kee Phaik Cheen, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,
Kebudayaan, Kesenian dan Hal Ehwal Wanita Pulau Pinang
Haerve De Charatte, Menteri Luar Perancis
Edouard Braine, Duta Perancis ke Malaysia
Profesor Dr. Syamsuddin Mahmud, Gabenor Acheh, Sumatera,
Indonesia
Wayne Mathews, Menteri Kerja Raya Australia Selatan.
Projek pemuliharaan Masjid Melayu Lebuh Acheh telah mendapat
liputan yang agak meluas di dalam media masa tempatan kerana ia
merupakan satu projek rujukan kepada banyak pihak khususnya di
Pulau Pinang. Walaupun projek ini telah mengharungi pelbagai
masalah termasuk masalah teknikal dan sosial, pihak pasukan kerja
projek termasuk kontraktor, pengurus projek, arkitek, jurutera dan
pakar pemuliharaan Perancis telah berjaya mengatasinya dengan
semangat persefahaman dan bekerjasama yang tinggi. Banyak
pengalaman dan pengetahuan baru telah ditimba oleh mereka. Dengan
terlaksananya projek pemuliharaan masjid ini, maka adalah
diharapkan agar kesemua bangunan yang terdapat di perkampung Masjid
Melayu Lebuh Acheh ini dapat dipulihara dengan baik sekaligus
mengembalikan imej dan suasana kegemilangannya suatu ketika dahulu.
Projek ini sekurang-kurang telah dapat mencetuskan sikap
keprihatinan pihak awam amnya dan masyarakat tempatan di Pulau
Pinang khasnya terhadap penjagaan dan pemuliharaan bangunan dan
kelangsungan khazanah warisan negara.Contoh Tugasan 2: Esei ; ;
Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah
dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan
rakyat Malaysia?
Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih
bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan
pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan,
pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran
semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan
pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa kepada maksud kerja
memulihara dalam bentuk yang sedia ada. Burden (2004:62) pula
mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan,
monumen dan tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan,
penyalahgunaan atau diabaikan
Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia
dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti kerana
melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah
bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan
dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan
memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka
juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita
menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam
ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat
menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa.
Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga ,
kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara
masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama
dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau
semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan
semangat patriotik antara anggota masyarakat.
Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat
disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan
kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika
disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai
disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.
Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga
mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan
sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama
berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi
cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan
berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini
bagi memajukan negara.
Do you think this answers the question? Sign in to vote. Report
abuse
rojek Kerja Sejarah PMRBagaimanakah pemeliharaan dan
pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cinta akan
warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?
Jawaban contoh:Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja
baik pulih bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah dengan
menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti
pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan,
pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan
pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa maksud
kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada. Burden (2004:62) pula
mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan,
monumen dan tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan,
penyalahgunaan atau diabaikan
Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia
dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti yang saya
kaji kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan
mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan
meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini. Dengan
meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan,
bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik. Senario ini
sekali gus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan
tradisi dan budaya bangsa. Dalam erti kata lain, melalui prinsip
penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga
dengan sejarah bangsa.
Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga,
kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan harmoni antara
masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama
dan tolong-menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau
semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan
semangat patriotik antara anggota masyarakat.
Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat
disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan
kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Jika keadaan ini
disemai berterusan, nescaya akan melahirkan rakyat Malaysia yang
mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.
Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga
mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan
sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama
berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi
cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan
berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikap-sikap ini
bagi memajukan negara.
Diambil dan diubah suai daripada laman blog
http://www.djlovehostory.blogspot.com/Drpd Cikgu Tan CLAda yang
bertanya kenapa tidak boleh ditulis dalam bentuk point form...
soalan cikgu balik, apalah sangat yang membezakan antara point form
dan karangan esei, bezanya tidak banyak,satu dalam bentuk nombor
(point form) karangan ada perenggan jer...
kalau anda ada isi dalam bentuk point, karang je dalam bentuk
esei... itu jer..
Gunakan maklumat dan ayat-ayat yang cikgu beri + maklumat yang
anda ada, then goreng la... tak semestinya ada do's and don'ts atau
betul atau salah dalam mengarang keistimewaan bangunan ini. Sekadar
maklumat dan apa pandangan anda terhadap bangunan ini... cikgu
ucapkan selamat menggoreng la ( tapi pastikan bvahan-bahannya
cukup, ada cili, minyak, kicap dan sayurnya, barulah sedap)
Keistimewaan bangunan: contohnya... (jangan letak nombor, cikgu
letakkan supaya mudah anda untuk anda melihatnya)
1. Usia bangunan - karangan anda boleh menyatakan... walaupun
bangunan ini sudah berusia 50 tahun, bangunan ini tetap berdiri
dengan megah. Ternyata proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang
dijalankan oleh kerajaan terhadap bangunan ini iaitu bangunan .....
berjaya mengekalkan bangunan berdiri dengan gagah.
2. Rekabentuk bangunan - Bangunan ini yang dirancang sejak zaman
kolonial (zaman penjajahan Inggeris) memperlihatkan corak bangunan
rekaan Inggeris. Walaupun pada zaman dahulu, reka bentuk ini agak
janggal, pada zaman sekarang, reka bentuk Inggeris menonjolkan satu
corak atau pelan yang menghagumkan kerana bangunan di Malaysia
desawarsa ini lebih mempamerkan corak moden. Corak reka bentuk
Inggeris/ Belanda / China memonjolkan seni bina yang mengkagumkan
dan sentiasa membawa kelainan kepada pelancong luar negara khasnya
mahu pun pelkawat daripada Malaysia.
3.Peranan bangunan. Usia bangunan ini walaupun telah bertukar
daripada peranannya sebagai pusat pentadbiran kepada muzium,
ternyata bangunan ini sentiasa berperanan penting dalam menonjolkan
sejarah perkembangan Malaysia.( Bangunan Stadhuys contohnya) Lihat
contoh esei pada tajuk Projek kerja kursus 111)Bangunan yang pada
asalnya dibina oleh ... telah berjaya memberi kesan kepada sebagai
bangunan pentadbiran/ pusat perlancongan yang berkesan sehingga ke
hari ini.
4.Hiasan dalaman - Walaupun bangunan ini sudah lebih seabad,
hiasan dalamannya sentiasa mengkagumkan. Dengan warnanya merah
menyala atau boleh saya sifatkan sebagai 'merah ferrari', bangunan
Stadhuys amat mengkagumkan saya. Belum pernah saya melihat bangunan
yang berwarna merah bata di Malaysia selain bangunan ini. (kalau
warna lain, namakan, .. contohnya .. memorial Tun Hussein Onn,
Memorial Tunku Abdul rahman... etc, Walaupun warnaya pudar dan
kelihatan tida berseri, pada pandangan mata saya, bangunan ala
kolonial ini tetap memberi impak yang mengkagumkan. daripada jauh,
bangunan ini kelihatan tidak berseri tetapi hiasan dalamannya
seperti lampu, hiasa kerusi ala kolonial,seakan menghidupkan memori
'sejarah ' lama kepada saya dan rakan-rakan saya. Dengan melawat ke
bangunan ini, saya merasakan seolah 'terseret' kembali ke zaman
lampau.Saya percaya jika pemeliharaan dan pemuliharaan terus
dijalankan, anak cucu malah cicit saya pun mungkin berpeluang sama
merasai 'bahang' sejarah bangunan ini.
5. Bangunan ini sentiasa akan mengingatkan kita bahawa jika kita
tidak berhati-hati, seperti yang disebut oleh sejarawan lama,
'sejarah akan sentiasa berulang kembali' Bangunan yang didirikan
pada zaman kolonial / Belanda / Jepun ini telah berada di negara
kita keranan kelalaian kita dalam memperjuangkan penjajahan. Jika
kita tidak berhati-hati, akan wujudlah penjajahan baru dalam negara
kita. Pada pendapat saya, walaupun bangunan ini kelihatan indah,
natijahnya kita mestilah berhati-hati terhadap penjajah asing atau
orang asing di negara kita.
6. Kalau memorial arau bangunan ini dibuat bagi memperingati
tokoh, anda boleh tuliskan.. bangunan ini sentiasa memperingkat
saya kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj atau Tun Abdul Razak...
memandang kepada bangunan ini menjadikan saya terasa sayu apabila
memperingati jasa-jasaa yang banyak sekali disumbangkan oleh tokoh
ini. Walaupun saya tidak berpeluang hidup di zaman tokoh ini
berkhidmat (nyatakan anggaran tahunnya atau tahun berkhidmat)
sumbangan tokoh ini amatlah saya kagumi.
Posted by pn noor arbaiah at Monday, June 01, 2009 11
comments
Labels: Keistimewaan bangunan Sunday, May 10, 2009
Soalan Projek Kerja Kursus.
1.pelan pembinaan Masjid kampung Laut? Soalan-soalan begini,
sukar untuk cikgu jawab, jangankan pembinaannya, lokasipun tidak
diketahui.Jadi, cikgu rasa, ada baiknya murid melakukan kajian bagi
bangunan yang mempunyai bahan.
2.pelan Central Market, sila semak ke link to Istanabudaya
/central market, anda akan menjumpai pelan bangunannya.
Posted by pn noor arbaiah at Sunday, May 10, 2009 16
comments
Labels: soalan projek kerja kursus. Monday, May 4, 2009
Beberapa soalan.
Maaf kerana lambat menjawab soalan anda. Cikgu allegik sebab
kawasan sekolah dipenuhi dengan debu simen, kayu dan batu kerana
bangunan diruntuhkan.Jadi, mata, hidung dan kulit, sakit dan
gatal.
Soalan 1. Hasil kajian mesti ditulis dalam format karangan,
bukan 'foint form'.Tulis seperti karangan biasa yang anda tulis.
Boleh semak dengan contoh yang cikgu berikan.
Soalan 2: Asal usul kegunaan adalah dengan matlamat atau tujuan
asal bangunan dicipta atau dibina, contohnya Stadium Merdeka,
tujuannya untuk mehyambut kemerdekaan di stadium.Kemudian fungsinya
berubah seperti konsert dll.
Soalan 3: pelan silalah lihat denga link,Pasar seni silalah ke
link pasar seni atau central market ya.Kalau Bangunan Sultan Abdul
Samad, anda perlu ke sana pada waktu pejabat, pegawai seranta
(perhubungan awam) akan berikan anda info dan pelan yang anda
perlukan.
Soalan 4:hiasan dalaman bermakna, hiasa di bahagian dalamnya.Cat
dindingnya, lantainya daripada jenis apa? hiasan lampunya,
bagaimana lightingnya,, pengcahayaannya bagaimana? (cahaya
matahari, agak gelap, cerah dll) permaidani bagaimana, susun atur
kerusi meja (jika ada) bilik2nya disusun sejajar atau diselang
seli.Padangan anda mengenai bangunan, mengasyikkan, dilihat
sebagaimana fenomena sejarah,kelihatan seperti bangunan Inggeris
yang lama, dilihat sebagai bangunan lama yang masih berdiri 'gah'
dan megah.Warnyanya yang mungkin agak berkilauan seperti
baru.Hiasan luarannya. Cat, lantai, dinding, pokok perhiasan.
Posted by pn noor arbaiah at Monday, May 04, 2009 5 comments
Tuesday, April 28, 2009
projek berapa mukasurat???
Berapa banyak mukasurat yang diperlukan?? kalau ikutkan brosur
yang dihantar kepada cikgu, diminta selangkan 2 baris, Times news
roman, saiz 12... setebal 30 mukasurat, termasuk kajian dll.
Memandangkan kepada kempen 'save the earth', tentulah tidak bijak
kalau kita masih membazirkan kertas padahal kita boleh 'selamatkan
bumi' dengan bertindak 'bijaksana'
Di dj,cikgu minta tidak perlulah selang 2 baris,disebabkan
bertaip jadi, tulisan dan hasil mudah dibaca.Jadi tak perlulah
sampai 30 mukasurat, sehingga 15 mukasurat dianggap mencukupi sebab
tanpa selang bariskan.lagipun cikgu2 tidak diberi almari atau bilik
khas untuk menyimpan projek, ingat rumah cikgu ada stor besarkah???
bagaimanapun untuk murid di luar sana, terpulanglah kepada
permintaan cikgu anda. Untuk cikgu sendiri, cikgu memilih untuk
bertindak 'menyelamatkan bumi', biar pun peranan kita mungkin
'sangat kecil', tetapi kalau 500 murid di dj melakukan begitu, kami
mungkin sudah menyelamatkan lebih daripada 10 batang pokok untuk
projek ini.
Posted by pn noor arbaiah at Tuesday, April 28, 2009 9
comments
Sunday, April 26, 2009
Sabar ya...
Semua soalam akan cikgu cuba jawab malam ni, ok..anything send
to the blog...bz sikit, kena ambik 3 anak dara sunti cikgu kat
stadium MPPJ, masak etc.. ok
Posted by pn noor arbaiah at Sunday, April 26, 2009 3
comments
Friday, April 24, 2009
Maklumat projek kerja kursus
Cikgu agak sibuk kebelakangan ini, ramai yang bertanya jika
bangunan yang mereka kaji itu adalah bangunan bersejarah.Asalkan
bangunan itu melebihi usia 25 tahun, kira bersejarahlah tu. kalau
dokumen, melebihi 15 tahun sudah layak di letakkan di arkib negara,
jadi atas 15 tahun, sudah kira okaylah bagi dokumen, kalau bangunan
tambahlah 10 tahun lagi, kira 25 tahunlah.
Bagi mendapatkan maklumat, cara terbaik, pergi
11 Bangunan Bersejarah di Seluruh Negara Akan Dipulihara
KUALA LUMPUR - Projek pemuliharaan bangunan warisan negara tahun
ini akan tertumpu kepada 11 bangunan bersejarah untuk memastikan
monumen warisan tidak hilang ditelan zaman.
Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara (JWN), Datin Paduka Zuraina
Majid berkata, pelaksanaan projek tersebut adalah bagi memulihara
bangunan warisan negara yang mempunyai sejarah tersendiri.
''Projek itu bertujuan menjaga bangunan dan juga monumen warisan
negara agar tidak hilang di telan zaman.
"Sayang jika kita tidak menjaga keaslian tempat bersejarah itu.
Setiap bangunan mengandungi nilai cerita menarik yang mungkin tidak
diketahui oleh umum,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar projek-projek
pemuliharaan bangunan bersejarah JWN di sini hari ini.
Bangunan-bangunan bersejarah yang terlibat ialah rumah No. 138
di Jalan Hatin Georgetown dan Gereja St. George (Pulau Pinang),
bangunan Sanitary Board (Perak), bangunan lama Ibu Pejabat Pos Ipoh
dan masjid lama Kampung Dal (Perak).
Selain itu, Gedung Raja Abdullah (Selangor), bangunan lama Hong
Kong dan Shanghai Bank (Melaka), Muzium Sultan Abu Bakar (Pahang),
bangunan Persatuan Sejarah Malaysia (Terengganu) dan Masjid Mulong
(Kelantan).
"Penjagaan bangunan bersejarah ini penting sebagai khazanah
negara untuk tatapan generasi akan datang.
"Ciri-ciri reka bentuk dan unsur kebudayaan yang unik pada
bangunan bersejarah itu sudah pasti akan menarik perhatian
masyarakat khususnya para pelancong dari luar negara,''
katanya.
Sementara itu, Zuraina berkata, terdapat empat bangunan
bersejarah yang telah disiap dipulihkan melalui projek itu.
Bangunan tersebut adalah rumah Penghulu Abdul Ghani/Natar di
Merlimau (Melaka), Muzium Perak, Balai Polis Lama Raub (Pahang) dan
rumah kelahiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Abdul Razak di Kuala Lipis (Pahang).
Sumber: Utusan Malaysia, 17 Mac 2009