Konsep Etika
Definisi
Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu ethos
yang membawa erti kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak.
Ethos juga membawa maksud adat kebiasaan.[1]Ia juga membawa maksud
karakter. Perkataan ethos juga terdapat dalam kamus bahasa inggeris
yang bermaksud sifat moral dalam sesuatu bangsa.
Dalam bahasa Inggeris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila,
kesusilaan dan etika. Manakala ethics bermaksud prinsip akhlak,
ketatasusilaan dan ilmu etika. Menurut kamus lain, ethic bermaksud
system of moral and principal rules of conduct yang bermaksud
sistem prinsip akhlak; peraturan-peraturan perilaku. Manakala
ethics pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian kepada
akhlak.
Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan ataupun
tanggapan terhadap sesuatu perkara sama ada ianya benar, salah,
baik atau buruk.[2]Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula,
etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang
menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Ia juga
melibatkan tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau
profesion terhadap masyarakat. Contohnya Etika Perkhidmatan Awam
yang melibatkan kakitangan awam.[3]
Pembahagian Etika
Etika secara umum terbahagi kepada dua jenis iaitu etika
berbentuk deskriptif dan normatif. Etika deskriptif adalah disiplin
yang membicarakan sistem moral yang dianuti individu atau golongan
dan berbeza mengikut perbezaan individu, masa, tempat atau keadaan.
Ia dibicarakan dalam aspek yang luas.[4]
Manakala etika normatif pula menilai, mengkritik dan membuat
keputusan terhadap sistem moral yang ada. Ia juga mencadangkan
sistem etika yang standard berpandukan sistem yang sedia ada,
contohnya etika pemimpin dan etika perubatan.[5]
Etika Menurut Islam
Etika dalam Islam adalah akhlak.[6]Ia merujuk kepada nilai
akhlak atau prinsip moral yang berdasarkan al-Quran dan Hadith.
Etika Islam juga merujuk kepada nilai-nilai baik dan dengan
melakukannya seseorang akan mendapat ganjaran pahala.[7]Selain itu
ia juga dapat ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan yang mengajarkan
mana baik dan mana yang buruk berdasarkan ajaran Allah dan
RasulNya.[8]
Ciri-Ciri Etika Islam
Etika Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri yang
membezakannya daripada etika menurut perspektif barat. Ciri-cirinya
yang istimewa ini tidak terkandung di dalam etika mengikut falsafah
barat. Antara ciri-cirinya adalah seperti indeks untuk menentukan
etika diukur berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah dan bukannya akal
semata-mata.[9]
Etika Islam bersifat universal dan komprehensif serta dapat
diterima oleh seluruh manusia di setiap masa dan tempat termasuk
dalam bidang politik dan kepimpinan. Etika Islam berkait rapat
dengan hukum halal dan haram, pahala dan dosa. Termasuk dalam
konsep ibadah. Ia tertakluk kepada konsep matlamat tidak
menghalalkan cara.
[1]H.Hamzah Yakub. Dr. (1991),Etika Islam: Pembinaan Akhlaqul
Karimah. C.5. Bandung : c.v Diponegoro, hal.12.[2]Sharifah Haayati
Syed Ismail. Dr. (2000),Budaya dan Etika Kerja Tempatan dan
Pengaruhnya Terhadap Perubahan Hukum, Kertas Kerja Seminar Hukum
Islam Semasa III Peringkat Kebangasaan di Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya, 7-8 November 2000, hal.3.[3]Mohd Tap b. Salleh
et.al (1991),Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam.Kuala Lumpur:
Institut Tadbiran Awam Negara, hal.20-21.[4]Mohd Nasir Omar
(1992),Falsafah Etika Barat dan Islam. C.2. Kuala Lumpur: Bahagian
Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, h.
20-21.[5]Ibid.[6]Ibid.[7]Sharifah Hayaati Syed Ismail. Dr.,
(2000),Op.cit.,h.6.[8]H. Hamzah Yakub . Dr.,
(1991),0p.cit.,h.13.[9]H.Hamzah YaKub. Dr., (1991),Op.cit.,
h.14BUDAYA ETIKA DAN INTEGRITI MEMBENTUK BUDAYA KERJA CEMERLANG
Untuk melangkah ke masa hadapan yang lebih cemerlang, negara
kita harus bijak mengurus kejayaan, serta dengan tegas dan berkesan
mengatasi pelbagai kelemahan dan kekurangannya. Cabaran besar yang
perlu ditanganinya dalam usaha tersebut ialah pemantapan etika dan
integriti.Budaya ethika dan integriti adalah selaras dengan cabaran
keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang
kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai
nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi
pekerti yang luhur.
Etika:Adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi
tingkah laku individu, organisasi dan profesion.
Integriti:Secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti
berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam
tindakan sehari hari.
Budaya kerja
Merujuk kepada nilai, kepercayaan dan sikap nilai, kepercayaan
dan sikap pekerja terhadap pekerjaan.
Integriti Bukan Isu Rasuah sahajaIsu integriti bukan hanya
terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, malah ia merupakan satu
konsep yang lebih besar. Amalan budaya kerja juga menuntut
integriti. Integriti dalam ketepatan waktu, integriti dalam
menyampaikan maklumat, integriti dalam memberi perkhidmatan
terbaik, integriti dalam berhubung dengan ketua jabatan, rakan
sekerja dan juga kakitangan sokongan.
Budaya Kerja Dalam OrganisasiBudaya etika dan integriti ini
adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan
perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik
serta beretika. Antara objektifnya:1. Memberikan hala tuju dan
bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam
usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni,
berintegriti, bermoral dan beretika;2. Meningkatkan kesedaran,
komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan
integriti supaya ia menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam
semua bidang.3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan
anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil
yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan
integriti;4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral
masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota
masyarakat; dan5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia
dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran
globalisasi dengan lebih berkesan.
Budaya Kerja Berkualiti
Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi,
beberapa ciri harus diberi perhatian;
i) Orientasi warga kerja haruslah bergerak di atas landasan yang
betul sebagai prasyarat bagi menjayakan budaya kerja cemerlang
iaitu mesti ada komitmen, mempunyai kesedaran kualiti, bersedia
menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk cemerlang.ii)
Komitmen daripada segala lapisan warga kerja bagi meningkatkan
kecemerlangan organisasi adalah dituntut.iii) Kerja yang hendak
dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak
organisasi dengan mengetepikan segala kepentingan lain khususnya
kepentingan peribadi.iv) Sesebuah organisasi mewujudkan 'mind-set'
yang berorientasikan kecemerlangan supaya warga kerja lebih komited
kepada matlamat utama jabatan.v)Sentiasa menggalakkan warga kerja
menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan yang boleh
meningkatkan kecemerlangan organisasi.
PENUTUPBudaya kerja yang unggul dan cemerlang menjadi asas
kepada peningkatan dan kualiti produktiviti sesebuah organisasi.
Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai sekiranya
warga organisasi mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti yang
menyeluruh dan positif.
Sumber : Institut Integriti Malaysia dan Pelan Integriti
Nasioanal
EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM1.0PengenalanProfesion
keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki
satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu
sebagai penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru
lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang
seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan
situasi situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan . Selaras
dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih inovatif ,
kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan
pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak
pelajar sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat abaf
ke 21 .Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan
profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah
Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepada kualiti
proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) .
Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan
secara bersepadu melalui latihan latihan bagi memastikan setiap
individu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum .
Program program pembangunan professional sudah tentu dapat
mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan negara
.Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru
. Menurut Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau
pengasuh manakala perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan
peranan ( tugas dan kelayakan ) sebagai guru . Sesuatu profesion
yang sebenar adalah suatu bidang yang mempunyai ciri ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas yang mencukupi ,
khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi
individu dan kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai
tatasusila perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai organiasasi
tersendiri untuk menguruskan soal soal yang berkaitan dengan
pendidikan ( Lieberman 1956 ) .Menurut Kamus Dewan profesion adalah
suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan
kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas .
Berdasarkan ciri ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan
secara ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang
khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan
latihan iktisas yang cukup bermutu , bersikap jujur , dedikasi ,
berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai autonomi bertugas
serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya
.Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa
bergerak maju ke hadapan . Perubahan perubahan dan transformasi
dalam kurikulum pendidikan bertujuan memenuhi kehendak negara .
Merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan . Setiap
perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang diperkenalkan
menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu ,
adalah mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam
bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan , kelebihan
prestasi dan keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat
bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat . Jika hal ini
wujud , barulah tuntutan tuntutan dalam transformasi kurikulum itu
dapat ditangani . Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf
dan memartabatkan keguruan sebagai satru profesion bergantung pada
tanggapan masyarakat . Adalah peranan guru semakin hilang
kewiwabawaannya kerana masyarakat telah mengalihkan pandangan pada
kerjanya diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti
doktor , peguam dan arkitek .Dalam konteks ini , pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan bersungguh sungguh untuk
menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul dan
disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan
Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 2025 iaitu memartabatkan profesion
keguruan antara agenda utamanya selain daripada kemenjadian murid .
Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam
meningkatkan aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan
pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan
kehendak teras PPPM .2.0Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru
Dalam Merealisasikan PPPM ) .Pada Oktober 2011 , Kementerian
Pendidikan telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan
negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan
Pembangunan Pendidikan yang baharu . Kerajaan telah mengambil
keputusan melaksanakan kajian semula system pendidikan berdasarkan
standard pendidikan anatarabangsa yang kian meningkat , peningkatan
aspirasi negara dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap
dasar pendidikan negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke 21 .Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan
kajian , Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai
sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar
pendidikan dari UNESCO , Bank Dunia , OECD , dan enam Institusi
Pengajian Tinggi Awam . Kajian ini juga melibatkan penyertaan
pemimpin sekolah , guru , ibu bapa , orang ramai dan murid di
seluruh negara . Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah
dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia
dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan
membandingkannya dengan tanda aras anatarabangsa . Pelan ini
melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi
keperluan negara pada masa depan . Pelan ini juga mencadangkan 11
anjakan starategik dan potensi yang perlu dilaksanakan oleh
Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan .Perubahan atau
penambaikan sisitem pendidikan dilakukan dari semasa ke semasa .
Pihak yang berkenan berbuat demikian adalah atas alasan bahawa
perubahan tersebut penting untuk rakyat dan negara . Pelancaran
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013 2025 oleh
Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada bulan
September 2013 yang lalu adalah antara perubahan terkini dalam
sistem pendidikan kita .Antara perkara penting dalam PPPM adalah
untuk melahirkan murid yang mempunyai 6 ciri utama , seperti yang
berikut , iaitu :pengetahuan (murid yang berpengetahuan).kemahiran
berfikir (murid yang mahir berfikir) .kemahiran memimpin (murid
yang dapat menjadi pemimpin) .kemahiran dwibahasa (murid yang
menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) .etika dan kerohanian (murid
yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani yang tinggi)
.identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti
kebangsaan).Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan
murid yang mempunyai 6 ciri utama seperti yang digariskan , guru
merupakan tonggak utama kearah mencapai hasrat tersebut . Gurulah
yang berperanan memastikan muridnya berpengetahuan , mempunyai
kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin , menguasai dwibahasa ,
mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid yang
beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan
itu sangat sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era
PPPM 2013 2025 dapat dibentuk dan dididik seperti yang dirancang .
Oleh hal yang demikian , guru perlulah melengkapan diri dan
bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan kesemua hasrat
tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah
penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang
dituntut oleh PPPM .Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia
memperkenalkan alat berfikir dan mengeluarkan banyak dana seperti i
Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal ini demikian kerana ,
untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga perlu
melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara
berpusatkan guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan
tidak lagi diamalkan . Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu
menguasai pelbagai kognitif termasuk dapat menyelesaikan masalah
dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif . Usaha untuk
melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah ,
khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid
didedahkan pelbagai jenis soalan , termasuklah yang memerlukan daya
pemikiran yang kritis dan kreatif .Dalam era transformasi
pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu berfikir
secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid
dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf
anatarabangsa . Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed
Muhammad al Alatas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna
dan membawa penyaburan serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini
menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan luaran dan dalam
jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan
budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya ,
terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari
pengalaman baharu (Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P , guru akan
memindahkan ilmu yang baik , meninggikan adab murid , serta memberi
tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu .Untuk
melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan
kanak kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu
memainkan peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman
dan kemahiran masing masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah
dan aktiviti P & P dalam membimbing murid agar menguasai kedua
dua kemahiran tersebut . Walaupun begitu , usaha untuk menggalakkan
murid menambahkan pengetahuan dalam pelbagai bidang agak mencabar
.Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat
tersebut murid perlu menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian
mereka . Kegagalan pihak sekolah dan ketiadaaan sokongan yang
berkesan daripada pihak lain untuk membimbing murid agar
meningkatkan amalam membaca tidak memungkinkan murid yang
berpengetahuan dapat dilahirkan . Bilangan murid yang gemar membaca
, masih kurang memuaskan . Antara puncanya budaya membaca ini tidak
diamalkan oleh orang dewasa terutama sekali ibu bapa di rumah .
Bagi guru yang kurang membaca pula , mereka kurang cenderung untuk
menasihati murid agar membaca . Jika guru yang berkenaan berbuat
demikian , keberkesannya tidak seberapa kerana guru tersebut tidak
dapat menghayati kenikmatan membaca .Oleh itu peranan guru sebagai
pembentuk tingkah lakulah yang dapat membentuk tingkah laku dari
yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka membaca kepada
tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang menajdi
guru diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW)
bermaksud Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu
pengetahuan kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat
terpuji . Menurut Al Ghazali pula dari perspektif Islam , tingkah
laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan . Tingkah laku
normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan
berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi . Sebarang
pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya
murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat
diterima umum .Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku
adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau
tidak , secara sedar atau separa sedar . Carl Rogers ( 1999 ) ,
menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut
persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu
mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya
berintetaksi dan bertindak dengan lebih yakin .Pengurusan tingkah
laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan
tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru
mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas
, pembelajaran yang sihat dan produktif .Guru perlu berusaha
membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku
negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan .
Kegagalaan menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi
yang serius . Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan
memeberi kesan kepada proses P & P yang akhirnya akan
menyebabkan prestasi akademik murid merosot .Asas penting dalam
pembentukkan tingkah laku murid adalah membina hubungan yang
positif anatara guru dan murid di dalam sekolah atau bilik darjah .
Hubungan yang dibina adalah berlandaskan perasaan guru murid
terutama di dalam pendidikan sekolah rendah . Untuk memupuk
hubungan kasih sayang dan tepat kepada murid murid . Dalam masa
yang sama guru juga boleh terima pujian daripada muridnya . Melalui
cara ini tingkah laku murid dapat dibentuk dengan lebih berkesan
.Jadi untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid murid ,
guru hendaklah merancang strategi dan kaedah yang dapat menarik
minat murid seperti program memberi butang berwarna mengikut
bilangan buku dibaca , atau memberikan hadiah buku kepada murid
semasa hari lahir mereka . Guru juga harus menjadi amalan membaca
sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan murid dapat menikmati
faedah membaca . PPPM juga mempunyai matlamat untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak
mudah dicapai kerana tidak banyak program berkesan untuk melahirkan
murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang dianggap
bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik
akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan
dilantik sebagai pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin
rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab. Perancangan khusus
untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin yang berkualiti
sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin
yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program
sampingan. Oleh sebab itulah ibu bapa dan murid beranggapan bahawa
program bukan akademik kurang penting,maka sokongan dan sambutan
murid terhadap program sedemikian kurang menggalakkan. Peranan guru
bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan
sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak
keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan
memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan
untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam
kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai
pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk
membimbing murid kea rah kehidupan berkualiti dan sihat. Guru boleh
berperanan sebagai mentor di mana peranannya merupakan kombinasi
malatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang
membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara
langsung dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa
aktiviti P&P di dalam kelas atau semasa aktiviti ko-kurikulum
yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai seorang pengajar
semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan skop kurikulum
dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga
pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif
dan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat. PPPM juga
mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa.
Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang
banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan
dalam pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi
dengan pihak lain dan seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah
, dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid ialah bahasa
kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa
antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan peranan untuk
mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun
begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya,
namun masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara
dalam bahasa kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam
bahasa Melayu.Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah
dan Kelantan, masih tidak memisahkan diri mereka dengan dialek,
masalah kemahiran berbahasa akan timbul.Bagi sesetengah sekolah
pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah ketika melaksanakan
P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan alasan
memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk
menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran
murid yang jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika
masalah ini tidak diberikan perhatian, sudah pasti ciri pelajar
yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat direalisasikan. Maka di
sinilah peranan guru sebagai pengamal reflektif harus sentiasa
mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat
atau mengikut arahan semata-mata. Refleksi membolehkan peramalnya
menilai, memahami dan belajar daripada pengalaman. Guru hendaklah
membuat refleksi terhadap sesuatu yang dikaitkan dengan aktiviti
pengajarannya. Sesuatu disini bolehlah dikaitkan demgam kelemahan
murid menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Oleh itu, guru
yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran
berasaskan teori dan prinsip P&P. Amalan ini boleh
diperkembangkan dengan bertanyakan diri soalan-soalan yang
berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan sebelum, semasa dan
selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran kemahiran
dalam profesion keguruan. Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa
atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir
secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah
melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila seseorang merenung
kembali tindakannya, membauat analisa tentang peristiwa lepas dan
merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan
refleksi ke atas tindakan. Daripada amalan merefleksi, guru dapat
membuat penyelidikan untuk mengatasi masalah yang telah dikenal
pasti semasa membuat refleksi. Contoh , permasalahan penguasaan
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru sebagai
penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik
darjah, membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman
baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian
bolehlah dikongsikan dengan guru-guru lain di samping membina
hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari amalan terbaik
P&P. Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji
sesuatu peristiwa secara saintifik, membuat analisa berdasarkan
bukti empirical dan data yang sahih seterusnya membantu guru
membuat keputusan yang bijak dan berkesan mengikut teori-teori dan
prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama rakan-rakan
sekerja dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat
kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya
kajian tindakan yang dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan
diambil untuk mengatasi masalah ini. PPPM turut mencatatkan bahawa
system pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada kanak-kanak
untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa dengan keupayaan
menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada
prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan
sesuatu yang betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang
penyayang dan dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan
komuniti dan negara turut diberikan penekanan. Bagaimanakah
golongan guru dapat memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut
? Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan
itu adalah melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung
ataupun secara tidak langsung. Selain dilakukan melalui P&P di
bilik darjah, penyerapan nilai murni turut dilakukan ketika
melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui
aktiviti yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana
penyerapan kasih saying, keberanian, tanggungjawab, saling
membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan sejak dahulu.
Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah kadangkala
kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat
pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu.
Usaha penyerapan nilai murni ini tidak harus dilakukan bermusim,
sebagai contoh, murid-murid dan guru-guru bersemangat patriotik
bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja. Tetapi bila
tempoh sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari
Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran
bendera dan pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan
tersemadi di dalam jiwa dan nurani setiap rakyat Malaysia. Maka
guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu
yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi
agar dapat menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang
memahami peresaan diri dan orang lain mempunyai kawalan diri dan
motivasi diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu
pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat membentuk diri
murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri
untuk mencapai potensi mereka.3.0Rumusan :Kesimpulannya, kegagalan
melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri seperti yang
dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan
kepada pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal
murid-murid tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi jati diri
murid-murid. Murid yang tinggal dalam keluarga yang mementingkan
ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian dan
memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi
murid untuk mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya
dengan rakan sebaya dan masyarakat setempat. Sekiranya murid sering
bergaul dengan rakan-rakan yang biasa berkomunikasi dalam
dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut sama berbahasa
dwibahasa. Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan
tanggungjawab guru adalah berat dalam usaha membentuk generasi
negara masa depan yang mampu menangani segala perubahan dan
tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja
yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang
cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member
cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun
akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus
dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara
menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tegasnya,
peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti
yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya juga
bergantung pada pihak lain.CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK
MENANGANINYA
KANDUNGANPENDAHULUAN2CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK
MENANGANINYAOLEHKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKeberkesanan
Kurikulum di Sekolah3Pengurusan pendidikan3Kesediaan guru dalam
menghadapi era globalisasi4Cabaran dalam menghadapi arus perubahan
dasar5Cabaran dalam mengekalkan kestabilan politik6Cabaran dalam
mengekalkan kestabilan ekonomi6Cabaran dalam menanangi isu
sosial7Cabaran untuk merapatkan jurang pendidikan antara Bandar dan
desa7Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum7Cabaran dai segi
pemantapan agama9Cabaran alaf baru9a.Pembinaan budaya
ilmu10b.Pembudayaan masyarakat Malaysia10PERANAN PENDIDIK10ISU-ISU
DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKANA.Sistem sekolah pelbagai
aliran13B.Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI)15C.Pengisian kurikulum dank
ko-kurikulum16D.Merealisasi wawasan
202016PENUTUP17RUJUKAN19PENDAHULUANPendidikan adalah nadi
pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang
teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman, maka
bolehlah dianggap bangsa atau negara tersebut gagal dalam
melaksanakan tanggungjawab memartabatkan sesuatu bangsa atau
negara.Peranan sistem pendidikan sangat penting dalam pembangunan
negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana
usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara
memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan
keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan
cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.
Selanjutnya dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan
ilmu yang sangat pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat member
kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan
sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut
membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita.Sistem
pendidikan akan berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi,
budaya danpolitik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas.
Leka dan alpa boleh menyebabkan kita terpinggir dan tersingkir.
Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalam menghadapi
gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya
untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.Menurut
Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad,
dalam ucapan sempena menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia
ke-40 baru-baru ini, telah meminta rakyat supaya mencari strategi
dan pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu
melengkapkan diri dari segala sudut, dariilmu pengetahuanyang
berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuksemangat kebangsaanyang
unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika rakyat tidak bersedia
menghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing
dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan negara
mestilah seiringdengan pembangunanrohaniahagar keseimbangan
antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan
masyarakat medani. Kerap juga Perdana Menteri dalamu capannya
memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita
sendiri".Oleh itu dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut, negara
kita Malaysia juga tidak terlepas dengan situasi yang mencabar
kewibawaan negara dalam menjadikan sistem pendidikan negara yang
dihormati dan bertaraf dunia.CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA
UNTUK MENANGANINYA OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA1.Keberkesanan kurikululum di sekolahDunia tanpa sempadan
menyebabkan Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran
maklumat, akses yang mudah, keadaan dunia hiburan,layaran mudah
bahan-bahan lucah atau porno melalui Internet, melayari alam siber
yang menjadi trend masyarakat dan juga program tv banyak menyiarkan
filem-filem, drama yang berunsur ganas dan lucah baik di tv percuma
mahupun swasta serta yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini iaitu
facebook menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat
kini.Perasaan kebimbangan terhadap generasi pelajar masa ini telah
tercetus akibat fenomena negatif ini. Perkembangan tersebut telah
mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa menyemak
semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai
perubahan akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap
kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan di Malaysia perlu
dilakukan dari semasa ke semasa oleh perancang kurikulum untuk
menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu bagi
menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan
mencabar.2.Pengurusan PendidikanPengurusan pendidikan juga telah
mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia
global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan
pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam
pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah
bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Contohnya
adanya aplikasi e-spel, emis dan sebagainya. Aplikasi sistem ini
telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas
rutin seperti:1. Membantu dan mempermudahkan pentadbirsekolah
membuat keputusan.2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan
pentadbiran.3. Mengurangkan beban pentadbiran dalam melaksanakan
tugas yang pelbagai.4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan
fail.5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses
dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar dan
sebagainya.6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah
peperiksaan pelajar.7. Penempatan pelajar dalam kelas.8. Membuat
agihan jadual waktu mengajar guru.9. Pembinaan jadual waktu
guru.10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan
sebagainya.11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah
serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan
guru.3.Kesediaan Guru Dalam Menghadapi GlobalisasiCabaran yang
terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks
pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima
dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Harvey
(1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan
guru untuk melaksanakan perubahan iaitu:1. Kurang rasa kepunyaan:
Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai
elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan,
lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan
itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan,
kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.2.
Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif
bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang
drastik kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada
mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru
apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi
terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas
adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat
fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.3.
Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap
perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan
tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis
terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan
dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas
yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti kerja-kerja
pengkeranian, menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan
aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari
kokurikulum dan pelbagi "jenis hari".4. Kekurangan sokongan
pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum
di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan
iaitu dari segi:a) kewanganb) motivasi dan doronganc)
pengiktirafand) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan
pembelajaran dane) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat
sekolah.5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas
secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran.
Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara
berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa
kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan
diri secara proaktif.4.Cabaran dalam Menghadapi Arus Perubahan
DasarPembagunan pendidikan sesebuah Negara merupakan aspek yang
sangat penting dalam pembentukan Negara bangsa. Untuk menuju kearah
status pendidikan Negara maju. Pemerintah berperanan bagi mencorak
masa depan dunia pendidikan Negara. Ini kerana melalui
pendidikanlah sesebuah Negara dapat berkembang maju terutamanya
dari segi pembangunan insan yang telah diwarwarkan oleh mantan
Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Melalui pendidikanlah
akan lahir wargayang berilmu dan ientelektual bagi memacu Negara
kearah hasrat murni Negara maju menjelanag 2020. Suasana politik
Negara berperanan dalam pembangunan pendidikan Negara. Pemerintah
yang memandang bahawa pendidikan merupakan asas kepada pembangunan
Negara perlu di kekalkan. Pemerintah yang sentiasa berusaha
memikirkan cara membangunkan sektor pendidikan dengan meperkenalkan
pelbagai dasar dasar demi pembangunan pendidikan Negara. Hari ini
keperluan mengekalkan pemerintah yang pentingkan soal pendidikan
amatlah perlu, adalah menjadi satu cabaran untuk mengekalkan
suasana politik seperti hari ini. Sekarang sedikit sebanyak soal
pendidikan cuba diganggu gugat oleh pihak pihak yang sengaja
menangguk di air yang keruh. Mengambil kesempatan kepada warga
pendidik, pelajar pelajar demi kepentingan peribadi.seperti contoh
warga kampus sendiri dipengaruhi oleh pihak tertentu demi
kepentinganindividu. Mereka tidak segan sanggup memberontak seperti
berdemontrasi tanpa memikirkan baik dan buruk. Namun apa yang jelas
suasana pendidikan Negara terjejas. Andai terganggu gugat sistem
politik sedia ada hasrat pencaturan dasar dasar kerajaan yang telah
ditentukandari saban tahun yang dikaji dan digubal demi
memantantapkan suasana pendidikan Negara akan terjejas, kerana kita
masih kabur tentang bawaan suasana baru sistem politik yang akan
mengantikannya.demi untuk itu isu ini menjadi cabaran yang besar
untuk kita berfikir sebelum membuat sebarang tindakkan yang kita
sendiri tidak tahu kesannya.5.Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan
PolitikMengekalkan kestabilan politik juga merupakan cabaran besar
kepada dunia pendidikan. Kestabilan politik memainkan peranan yang
besar untk memacu arus kemajuan dunia pendidikan. Suasana Negara
yang aman, dengan penuh hrmoni dan muhibbah, menjadikan segala
perancangan-perancangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan
jayanya tanpa sebarang gangguan. Sebagaipedoman, kita lihat suasana
politik dunia sekarang. Contohnya Negara negara yang bergolak pada
hari ini. Suasana pendidikan tidak dapat berjalan lancar. Apabila
suasana politik tidak stabil, Negara akan menjadi huru-hara, banyak
berlakunya kekacauan, pembunuhan seperti masyarakat dibunuh, guru
dibunuh, sekolah dibakar, dari hal ini apa yang Negara akan dapat.
Apa yang pasti kerugian yang terpaksaditangung.kita lihat Negara
kita hari ini. Sudah ada tanda-tanda negatif kearah itu. Hal ini
perlu dibendung dengan segara demi msasa depan pendidikan
Negara.6.Cabaran Dalam Mengekalkan Kestabilan EkonomiCabaran
seterusnya dunia pendidikan hari ini ialah mengekalkan status quo
ekonomi Negara pada tahap terbaik. Melalui peningkatan kemajuan
ekonomi Negara yang pesat dpat membantu untuk pembangunan sektor
pendidikan Negara. Banyak kemudahan-kemudahanpendidikan dapat
dibangunkan seperti insfrastsruktur seperti banguan banguan yang
selesa, dan sebagainya. Dengan tahap ekonomi yang baik
program-program boleh dirancang untuk kepentingn pendidikan.
Berdasarkan pengalaman tahun2007, apabila berlaku krisis ekonomi,
banyak program terutama pembanguanan sektor pendidikan terbantut,
banyak peruntukan perbelanjaan yang selama ini digunakan untuk
sektor pendidikan ditarik balik. Ini akan menganggu kemajuan sektor
pendidikan.7.Cabaran Menangani Isu SosialDewasa ini, isu sosial
menjadi buah mulut warga Negara Malaysia. Kita sering disajikan
dengan pelbagai isu sosial remaja yang rata-rata terdiri dari
mereka yang menghuni institusi pendidikan terutama sekolah. Terlalu
banyak isu sosial yang kita dengar hari, antara kes masalah sosial
seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah, isu
ponteng sekolah, merokok, dadah, minuman keras dan sebagainya.
Perkara ini menjadi duri dalam daging kepada sektor pendidikan ,
yang seterusnya boleh menghalang perkembangan pendidikan secara
positif. Banyak masa, wang dan tenaga digembleng untuk menaganinya.
Dari hari kesehari ia membiak bak kudisbuta yang tiada berkesudahan
pada duniapendidikan. Andai ia tidak ditangani oleh semua pihak
dengan bijak , isu ini boleh menyebabkan keruntuhan sistem
pendidikan kita pada hari ini.Selain itu juga, gejala sosial lain
peperti ponteng sekolah, pergaduhan buli , juga manjadi isu hangat
disekolah seperti juga diatas, ia perlu ditangani dengan sebijak
mungkin.8.Cabaran Untuk Merapatkan Jurang Pendidikan Antara Bandar
Dan Desa.Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan
masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas
rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk
mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk
mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961
telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman
Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa perpaduan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961
ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara
praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola
tempat tinggal yang berlainan.Misalnya orang Melayu tinggal di
kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan
perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan
ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Sabah dan
serawak.masih ada diantara murid murid disana masih ketinggalan
dari segi kemudahan insfrastruktur dan sebagainya. Sehingga kini
jurangpendidikan antara desa dan Bandar masih ketara.9.Cabaran
Untuk Mengekalkan Perpaduan Kaum.Dasar Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat
dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang
sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan
rakyat yang bersatu padu. Hari ini isu perpaduan masih rapuh, kita
sering dengar walau ia kes-kes terpencil namun masih berlakunya
kerengangan hubungan antarakaum disekolah-sekolah. Sesuatu perlu
dilaksanakan terutama mengekalkan perpaduan Negara.Selain itu
untukmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Secara tidak
langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang
bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun
Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang
bersepadu.sesuatu telah dilaksanakan untuk menjamin perpaduan
antaranyapenggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang
sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan
pelajar.Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi
ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia
jugadapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang
diingini bagi memupuk perpaduan. Hasrat membina Negara Bangsa ini
akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,meningkatkan
disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP)Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah
sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu
kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep
ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar
dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yangsama dan
berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan
kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan
penghubung.Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan
persekitaranyang memberi peluang yang lebih luas kepada murid
daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara
langsung dalam pelbagai aktiviti.Tujuan dan matlamat Sekolah
Wawasan Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang
berbagai-bagai bangsa dan latar belakang. Untuk memupuk semangat
integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran untuk melahirkan
generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang
tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.10.Cabaran
Dari Segi Pemantapan AgamaSememangnya Falsafah Pendidikan
Kebangsaan menyatakan bahawa: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuanpelbagai usaha
dilaksanakan untuk memantapkan potensi diri dari segi keagamaan.
Antaranya perlaksanaan Kurikulum ini berorientasikan suasana
Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai
tahun1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah
Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral
yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam
sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang bersopan santun
dan saling menghormati sesama manusia. Dengan menanam sifat-sifat
mulia serta membentuk tingkahlaku yang Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP).11.Cabaran Alaf BaruPerubahan-perubahan yang
hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu
sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat
Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu
lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi
kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan
teknologi baru yang serba canggih. Masalah yang timbul dari cabaran
tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains
dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam
tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran
besar alaf baru ialahledakan ilmuyang berbentuk global danmasalah
sosialyang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat
madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia
melalui sistem pendidikan pertama ialahpembinaan budaya ilmudan
keduanya ialahpembudayaan masyarakat.a. Pembinaan Budaya IlmuIlmu
merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu
dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina
kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan
daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan
sistem sosial manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan
sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor
Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksud kewujudan satu keadaan
di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara
langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan
di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia
baik di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat,
diputus dan dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut
beliau lagi, budaya ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai
tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagai kunci segala
kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan
negara.Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara
menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah
bersifat futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi
muda kita untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan berupa
masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi
tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai
keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu
lahirkangenerasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan
sesuatu yang bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi
yang terkin, serta berupaya menangani gelombang perkembangan dan
perubahan masa kini.b.Pembudayaan Masyarakat MalaysiaPerkembangan
ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna
jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian
rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang terpelihara. Cabaran yang
sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng
sekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani
dengan bijaksana. Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini
sebagai satu peluang (opptunity) secara komited menggunakan wadah
pendekatannilai merentasikurikulum persekolahanuntuk membentuk
masyarakat madani di kalangan pelajar dan masyarakat.Peranan
PendidikTuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan
2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan
tersebut penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan
oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah
menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk
mewarisi alaf baru akan datang iaitu:kaya maklumat (termasuk sains
dan teknologi)kekuatan minda (krestif dan proaktif)nilai-nilai
luhur dan murni (termasuk penyayang)semangat jati diri, jaya diri
dan keusahawanan, danketrampilanUntuk menentukan kehendak ciri-ciri
manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik
dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri
berikut pula:menguasai subjek (kandungan kurikulum)mahir dan
bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)memahami
perkembangan murid-murid dan menyayangi merekamemahami psikologi
pembelajaran (cognitive psychology)memiliki kemahiran
kaunselingmenggunakan teknologi terkinidapat menyaring
dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhirboleh bekerjasama
dengan rakan sejawat dan orang lain, danmemiliki keyakinan terhadap
peranan dan sumbangan sebagai pendidik.Satu agenda dalam program
pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialahSekolah
Bestari.Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi
dalam sistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem
penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada
reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan
Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-cirigurubestariialah
guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan
Pendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan Bestari
antara lain menginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat
ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan menguruskan teknologi,
tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun, mengacuan
setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa,sejajar
dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk
terus memperkukuh asas kewujudan kita." (1997) Merujuk kepada
cabaran besar di atas, para pendidk mempunyai tanggungjawab
melaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:1.Membina
Budaya IlmuKemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan
ilmu denganperkembangan semasa, seperti:aTeknologi dan
perkomputeranPara pendidik seharusnya mengorak langkah dan
menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilan sebagai
pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada
penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang
dan menjadi mekanisme urusan harian.bKemahiran berfikir dan
pemikiran konstruktifpelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan
daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk
belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi
menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran
konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh
danluarbiasa.c.Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang
luwesPara pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan
mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina
pengetahuan dan kemahiran secaradevelopmentalmengikut kadar
pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiranthoughtful
learning.Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan
dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara,
perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak
digubal melaluiFour Pillars of Learningiaitu:@ Learning to know (
Belajar untuk menguasai ilmu)@ Learning to do (Belajar untuk
menguasai kemahiran)@ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan
berguna)@ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan
bekerjasama)dMenerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlaknilai-nilai
murnimenitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan
dalamhubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat
penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan
kesejahteraan dan keharmonian negara.e.Menguasai pengetahuan dan
kemahiran industrimelahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja
industri merupakan Dasar Pembangunan Negara. Usaha ini ialah
sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang menyumbang
kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsive
kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di
dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan
masyarakat sainstifik, teknologis dan progresif yang inovatif dan
berpandangan jauh ke hadapan.f.Membentuk Masyarakat MadaniPendidik
yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang
dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai
murni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya
hidup dan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan
dan kemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech,
dengan pembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian
serius. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama ada secara
formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat
madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara
mesti diberi perhatian:oPrinsip berteraskan keimanan dan moral yang
menjamin keseimbangan antara kekebasan perseorangan dengan
kestabilan dan kesejahteraan masyarakatoMendorong perkembangan
indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam
sekitar dan teknologioSistem sosial yang cekap dan saksama serta
perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu
atau kepentingan individuoMengamalkan akhlak terpuji dan boleh
diteladani Usaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat
melahirkan warga negara yang berpegang kepada teras keimanan dan
ketuhanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa
Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan jauh, kreatif
dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan hidup
yang cemerlang.ISU-ISU DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKANA.Sistem
persekolahan Pelbagai AliranMemasuki tahun 2010 telah menjadikan
sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring dengan keperluan
semasa kerana masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus
permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih
meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama dengan
mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan
sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan
system persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya
tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem
persekolahan yang baru. Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu
yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa,
kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat persetujuan daripada
masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang
berbeza.Seringkali setiap keputusan, sama ada yang hendak mahupun
yang telah dibuat, dipengaruhi oleh politik tanah air yang bermula
sejak zaman penjajah lagi. Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan
sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan
kebangsaan, tetapi sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat
menyelesaikan masalah yang timbul. Sistem persekolahan Malaysia
kini masih tidak banyak berubah dari aspek perpaduan kaum.
Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan sekolah sebagai
asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di
sekolah, mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan
bersama, saling kenalmengenal, dan merapatkan hubungan silaturahim.
Namun begitu, kewujudan sekolah yang pelbagai aliran seperti
sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil
telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini, ianya sudah
tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih
diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin
pudar.Hal demikian kerana sekolah merupakan tempat mula-mula
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling
mengenal. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak,
mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya
satu system sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat
Malaysia bersetuju untuk mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam
melaksanakan dasar baru itu, kerajaan perlu mengambil kira kehendak
rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan kesan buruk kepada
rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju
untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan
India dilihat masih mahu menggunakan system sekolah pelbagai aliran
yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin
hak-hak mereka.Idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan
perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan
rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan
menyebabkan kehilangan identity kaum tertentu, malah ia akan terus
menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat
Malaysia. Masyarakat Cina, India, dan semua kaum masih boleh
mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun belajar di
sekolah yang sama aliran. Di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina
dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika
dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan
jurang yang begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India.
Masalah ini disebabkan oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu,
Cina, dan Tamil yang menjadi faktor utama wujud jurang pendidikan
antara masyarakat. Contohnya, di sekolah kebangsaan, bahasa Cina
dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis kebangsaan
Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua
keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga
kini.B. Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik Dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI)Pada tahun 2003, semasa era pemerintahan Tun Dr.
Mahathir Mohamad, suatu dasar baru pendidikan diperkenalkan, iaitu
Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI). Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia. Namun
begitu pada tahun 2009, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan
bahawa PPSMI akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012, disebabkan
timbulnya masalah-masalah. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab
tertentu, pelajar yang telah memulakannya boleh meneruskan
pembelajaran dalam bahasa Inggeris.Isu PPSMI merupakan isu besar
dalam pendidikan Malaysia kerana mendapat tentangan daripada
masyarakat Melayu terutamanya. Antara sebab-sebab ia mendapat
bantahan dari banyak pihak ialah kerana: (1) ianya bertentangan
dengan Perlembagaan Perkara 152, iaitu memartabatkan bahasa Melayu;
(2) prestasi pelajar-pelajar Melayu terutamanya merosot dalam
subjek Sains dan Matematik; (3) kurangnya guru yang terlatih; dan
(4) tentangan daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu, para
cendiakawan, tokoh akademik, ahli politik, dan NGO atauNon
Governmental Organizationyang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi. Ada sesetangah pihak mempersoalkan mengapa setelah 7
tahun ia dilaksanakan, kini mendapat tentangan? Mungkin kah ianya
sejajar dengan kehendak masyarakat yang telah merasai kesan
daripada pelaksanaan dasar tersebut kepada pelajaran anak-anak
mereka? Sememangnya, murid-murid dan pelajar-pelajar di luar bandar
menunjukkan keputusan yang merosot kerana ternyata sehingga kini
mereka masih lagi ketinggalan, terutama dalam penguasaan bahasa
Inggeris. Masyarakat luar bandar terutamanya masih belum bersedia
sepenuhnya menerima PPSMI dilaksanakan kerana bimbangdengan masa
depan.C. Pengisian Kurikulum Dan Ko-KurikulumMasalah lain yang
turut timbul ialah berkenaan dengan pengisian dalam kurikulum dan
aktiviti ko-kurikulum yang menjadi penentu kepada perkembangan
murid-murid dan pelajar-pelajar (Awang Had Salleh, 1980). Hal ini
penting kerana ia memberi kesan, sama ada positif atau negatif
kepada masyarakat dalam membentuk jati diri dan disiplin. Sekiranya
pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut keperluan
rakyat, maka tentu sebarang masalah tidak timbul. Tetapi oleh
kerana wujud kelemahan-kelemahan dalam pengisian kukirulum dan
ko-kurikulum, reaksi yang negatif kelihatan dalam hubungan
masyarakat. Contohnya, sekolah kebangsaan tidak menjadikan bahasa
ibunda kaum Cina dan Tamil sebagai subjek wajib telah menyebabkan
ibu bapa daripada Cina dan India tidak mahu menghantar anak-anak
mereka ke sekolah kebangsaan.Bagi mereka, bahasa ibunda ialah
identiti yang harus dipelihara. Mukriz Mahathir (2008) memberi
pandangan supaya satu sistem persekolahan sahaja diwujudkan dengan
menerapkan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai subjek yang wajib
diambil oleh murid-murid Cina dan India (kenyataan
dalamUtusanOnlinedi http://www.utusan.com.my, 2/12/2008).
Murid-murid Melayu boleh mengambil bahasa Mandarin dan Tamil
sebagai salah satu subjek pilihan. Secara tidak langsung, orang
Melayu akan dapat menguasai bahasa Mandarin dan Tamil yang akhirnya
dapat merapatkan jurang pendidikan antara kaum.Masyarakat perlu
memahami bahawa objektif penggubalan dasar dan sistem pendidikan
adalah berlandaskan keperluan pembentukan Negara Malaysia sebagai
negara demokrasi yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa, agama,
dan menjadikan Malaysia maju ke hadapan. KBSR (Kurikulum Baru
Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah)
merupakan kurikulum yang diperkenalkan bagi meningkatkan lagi
pendidikan dan perpaduan masyarakat, tetapi keberkesanannya untuk
menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum masih memerlukan
penambahbaikan (Shahril @ Charil Marzukiet al.,1995:110-126).D.
Merealisasikan Wawasan 2020Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 28 Febuari
1991 yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
perindustrian dan negara maju menjelang tahun 2020. Reformasi yang
telah dilakukan dalam sektor pendidikan adalah langkah konkrit
untuk menuju ke arah Wawasan 2020. Bagi merealisasikan Wawasan
2020, antara sasaran yang mahu dicapai adalah mengenai perpaduan
Negara di mana sektor pendidikan menjadi peneraju utama. Dalam
sektor pendidikan, sistem persekolahan yang sempurna menjadi
pendekatan yang digunakan untuk memastikan perpaduan di kalangan
masyarakat. Tema perpaduan dalam sistem persekolahan amat
dititiberatkan kerana hanya melalui perpaduan matlamat mencapai
Wawasan 2020 dapat direalisasikan. Bermula dari sekarang (2010),
hanya 10 tahun sahaja masa yang ada untuk negara Malaysia
menjadinegara maju.Namun begitu, dengan situasi masyarakat dan
negara sekarang timbul persoalan tentang persediaan untuk
menghadapinya. Contohnya, hubungan masyarakat Malaysia kini masih
lagi perlu diperkukuhkan kerana masih wujud tanda-tanda kelemahan
dalam hubungan masyarakat. Sistem persekolahan sepatutnya menjadi
medium penggerak kepada masyarakat supaya mereka dapat
disatupadukan melalui peluang pendidikan. Tetapi, masih wujud
permasalahan dalam menentukan sistem persekolahan kerana ada
sesetengah pihak mahu mengekalkan sistem persekolahan yang sedia
ada, manakala sesetengah pihak lain mahu perubahan.Masalah-masalah
dalam sistem pendidikan yang bermatlamatkan perpaduan negara
diringkaskan melalui: (1) Masalah isu berbangkit hak bumiputra dan
bukan bumiputra; (2) Jurang pencapaian pendidikan orang Melayu dan
bukan Melayu melalui peluang pekerjaan dan pendapatan; (3) Masalah
keciciran pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu; (4) Hubungan
yang renggang antara pelajar Melayu dan bukan Melayu; (5) Kurangnya
pergaulan antara pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu, terutama
selepas waktu sekolah; dan (6) Kurangnya pengetahuan dan tidak
memahami dengan mendalam mengenai budaya, amalan, dan adat resam
sesuatu kaum.PENUTUPKesimpulannya, pada era globalisasi ini atau
dunia tanpa sempadan telah memaksa industri pendidikan di Malaysia
untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya.
Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat
ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap
perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di
peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di
institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi
daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan
diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit.Oleh
itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar
itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia
tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu
melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan
komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi
tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek
lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi
memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu
sendiri.http://ustazyunus75.blogspot.com/2012/11/cabaran-pendidikan-dan-usaha-usaha.html-
6/7