PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025 GAMBARAN KESELURUHAN BAB 4 - PEMBELAJARAN MURID (m.s 106 – 135 dalam buku PPPM 2013 – 2025) - mengkaji pembelajaran murid dalam sistem pendidikan Malaysia, dan mencari penyelesaian untuk melaksanakan perubahan yang perlu bagi mencapai aspirasi yang dihasratkan. - mengandungi inisiatif dalam Anjakan 1, 2 dan 6 berkaitan kurikulum dan pentaksiran, penguasaan kemahiran bahasa, pengukuhan pendidikan STEM, intervensi ke arah peningkatan prestasi sekolah dan pendidikan untuk murid berkeperluan khusus. (Anjakan 1, 2 dan 6 dalam transformasi sistem) Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa Anjakan 2: Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 – 2025
GAMBARAN KESELURUHAN BAB 4 - PEMBELAJARAN MURID
(m.s 106 – 135 dalam buku PPPM 2013 – 2025)
- mengkaji pembelajaran murid dalam sistem pendidikan
Malaysia, dan mencari penyelesaian untuk melaksanakan
perubahan yang perlu bagi mencapai aspirasi yang dihasratkan.
- mengandungi inisiatif dalam Anjakan 1, 2 dan 6 berkaitan
kurikulum dan pentaksiran, penguasaan kemahiran bahasa,
pengukuhan pendidikan STEM, intervensi ke arah peningkatan
prestasi sekolah dan pendidikan untuk murid berkeperluan
khusus.
(Anjakan 1, 2 dan 6 dalam transformasi sistem)
Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
Anjakan 2: Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan
Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
BAB 4 - PEMBELAJARAN MURID
KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN ▪▪ Kurikulum bertulis▪▪ Kurikulum yang diajar▪▪ Kurikulum yang ditaksir▪▪ Pelan Tindakan: Membentuk dan mengaplikasi kurikulum dan pentaksiran abad ke-21▪▪ Gelombang 1 (2013-2015): Menambah baik kurikulum sedia ada dan membuat persediaan untuk perubahan struktur▪▪ Gelombang 2 (2016-2020) dan Gelombang 3 (2021 - 2025): Melaksanakan kurikulum baharu dan kurikulum semakan semula
SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM) ▪▪ Penilaian enrolmen dan kemahiran dalam STEM▪▪ Pelan Tindakan: Mengukuhkan penyampaian STEM merentas sistem pendidikan▪▪ Gelombang 1 (2013-2015): Mengukuhkan asas pembelajaran▪▪ Gelombang 2 (2016-2020): Membina atas asas yang disediakan▪▪ Gelombang 3 (2021-2025): Melakukan inovasi pada peringkat seterusnya
BAHASA▪▪ Mentaksir penguasaan kemahiran bahasa di Malaysia▪▪ Pelan Tindakan: Mewujudkan penguasaan kemahiran berbahasa secara meluas▪▪ Gelombang 1 (2013-2015): Memperkukuh sistem sedia ada▪▪ Gelombang 2 (2016-2020): Memperkenal perubahan struktur▪▪ Gelombang 3 (2021-2025): Memperluas perubahan struktur
KUMPULAN BERKEPERLUAN khusus▪▪ Pendidikan khas▪▪ Pelan Tindakan: Meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif▪▪ Gelombang 1 (2013-2025): Mengukuhkan asas sedia ada▪▪ Gelombang 2 (2016-2020): Meningkatkan pelaksanaan inisiatif▪▪ Gelombang 3 (2021-2025): Menilai dan menyatukan inisiatif▪▪ Sekolah Kurang Murid▪▪ Kumpulan peribumi dan minoriti lain▪▪ Pendidikan untuk murid berprestasi tinggi dan pintar cerdas
PECUTAN PENINGKATAN SEKOLAH▪▪ Pelan Tindakan: Mempercepatkan peningkatan sekolah melalui negeri dan daerah▪▪ Gelombang 1 (2013-2015): Mentransformasi kepimpinan negeri dan daerah▪▪ Gelombang 2 (2016-2020): Meningkatkan keluwesan operasi untuk JPN, PPD dan sekolah▪▪ Gelombang 3 (2021-2025): Meluaskan hak membuat keputusan
Apakah Impak Pelaksanaan Transformasi Ini?
* Murid akan mendapat manfaat yang signifikan dalam perkembangan pendidikan mereka tanpa mengira latar belakang.
* Murid akan belajar dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif, dan akan berasa terangkum dan terdidik dengan pengalaman pembelajaran di sekolah.
* Apabila menamatkan persekolahan, murid akan mempunyai pengetahuan dankemahiran bertaraf dunia, nilai moral yang tinggi, dan berupaya bersaingdengan rakan sebaya dari negara lain.
* Murid akan belajar dalam persekitaran yang mempunyai kepercayaan asas bahawa semua murid boleh belajar, dan semua murid boleh berjaya.
* Guru akan mempunyai harapan yang tinggi terhadap murid tanpa mengira latarbelakang dan pencapaian terdahulu, dan akan membekalkan murid dengan sokongan yang perlu bagi memenuhi harapan ini.
* Murid akan mempunyai pembelajaran yang kaya, dari segi akademik dan bukanakademik supaya mereka boleh berjaya dalam kehidupan.
* Lebih banyak projek dan tugasan berasaskan kumpulan akan dilakukan bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid dan keupayaan untuk bekerja secara individu dan berkumpulan.
* Lebih banyak projek berasaskan komuniti dan aktiviti rentas sekolah akan dilakukan bagi memupuk interaksi dengan individu dari semua latar belakang.
* Murid akan mempunyai lebih banyak peluang untuk belajar pada kadar kendiri dan mengejar minat mereka dalam aliran akademik, vokasional dan teknikal.
* Murid akan mempunyai lebih hak bersuara dalam membentuk pengalaman Belajar mereka.
* Guru akan bekerjasama dengan murid dan ibu bapa bagi menetapkan sasaranpembelajaran.
* Guru juga akan menggalakkan murid menyuarakan pendapat mereka supayaguru tahu gaya pembelajaran yang terbaik untuk setiap murid.
* Sebagai balasan, murid akan diminta supaya sentiasa melakukan yang terbaik dan bekerjasama dengan guru untuk mengurangkan kelakuan yang mengganggu dalam bilik darjah.
* Semua murid akan mempunyai tanggungjawab bersama bagi membantu menjadikan sekolah tempat yang selamat dan kondusif untuk pembelajaran.
BAHAGIAN PERTAMA
KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
Kurikulum bertulis
* Kementerian membangunkan kurikulum bertulis menggunakan pelbagai tanda
aras daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi supaya selaras dengan
standard antarabangsa dengan penekanan pada aspek pengetahuan dan
kemahiran sesuai dengan peringkat umur murid.
* Tanda aras antarabangsa ini juga telah diselaraskan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi menghasilkan kurikulum yang sesuai dalam konteks Malaysia.
Dokumen standard KSSR berasaskan dua komponen, iaitu standard
kandungan dan standard pembelajaran.
- Standard kandungan menyatakan secara jelas pengetahuan, kemahiran, dan
nilai khusus yang perlu dikuasai oleh murid.
- Berbeza dengan KBSR, KSSR lebih memberi penekanan kepada kemahiran
seperti penaakulan, kreativiti, inovasi, dan keusahawanan.
- Standard pembelajaran pula menerangkan tahap kemahiran yang perlu
dikuasai oleh murid bagi setiap standard kandungan tahun demi tahun.
- memasukkan satu lagi komponen ke dalam dokumen standard KSSR, iaitu
standard prestasi yang memberikan tahap-tahap penguasaan bagi standard
kandungan dan standard pembelajaran yang boleh dicapai oleh murid.
- Pelaksanaan KSSM yang dijangkakan bermula pada 2017 akan mempunyai
pendekatan yang sama mengikut standard.
Kurikulum yang diajar
* KSSR menitikberatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan merupakan satu
langkah jelas ke arah transformasi kurikulum.
* aspek yang perlu ditekankan ialah kemahiran penyampaian pembelajaran yang
lebih kompleks, seperti merangka rancangan pengajaran dan bahan khusus
yang disesuaikan dengan keperluan murid pelbagai tahap prestasi
Kurikulum yang ditaksir
# Peperiksaan awam sumatif tidak sepatutnya memberi apa-apa impak negatif
terhadap murid
# lebih banyak soalan yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi dimasukkan ke
dalamnya, seperti aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian
# Lembaga Peperiksaan (LP) melaksanakan format PBS baharu yang lebih
holisitik, kukuh, dan selari dengan kurikulum rujukan standard.
Terdapat empat komponen dalam PBS baharu:
a. Pentaksiran sekolah merujuk pelbagai bentuk pentaksiran autentik dan
kontekstual yang mengukur tahap penguasaan pembelajaran murid bagi sesuatu
mata pelajaran. Pentaksiran sekolah dilaksanakan secara formatif dan sumatif
bagi melihat perkembangan pembelajaran murid serta menambah baik
pengajaran dan pembelajaran
b. Pentaksiran berpusat merujuk ujian bertulis, tugasan projek, atau ujian lisan
(bagi mata pelajaran bahasa) yang mentaksir pembelajaran sesuatu mata