0 BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI LAPORAN TAHUNAN 2016
0
BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI
LAPORAN TAHUNAN 2016
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
1
ISI KANDUNGAN
Perutusan Pengarah ............................................................................................................................... 2
Organisasi .................................................................................................................................................... 4
Pengurusan ................................................................................................................................................. 9
Sumber Manusia ................................................................................................................................... 9
Pengurusan MS ISO 9001:2008 .................................................................................................. 13
Prestasi Kewangan ........................................................................................................................... 15
Pembangunan Kompetensi ............................................................................................................... 18
Anggota Organisasi........................................................................................................................... 18
Pengamal PT&K ................................................................................................................................. 24
Tadbir Urus PT&K ................................................................................................................................ 31
Penguatkuasaan Akta PT&K 2016 (Akta 775) ..................................................................... 31
Statistik Pengamal PT&K ............................................................................................................... 32
Pembangunan Garis Panduan dan SOP ................................................................................... 36
Advokasi ................................................................................................................................................ 41
Pengurusan Aduan ........................................................................................................................... 44
Perkhidmatan di Unit PT&K ......................................................................................................... 46
Penyelidikan............................................................................................................................................ 51
Kolaborasi ................................................................................................................................................ 56
Dalam Negara ..................................................................................................................................... 56
Luar Negara ......................................................................................................................................... 58
Pemantapan Hala Tuju BPTK ........................................................................................................... 63
Sidang Editor .......................................................................................................................................... 65
Penyumbang Artikel ........................................................................................................................ 65
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
2
PERUTUSAN PENGARAH
Salam Sihat dan Salam 1 Malaysia,
Bahagian ini telah mencapai satu kejayaan yang bersifat monumental pada tahun 2016 dengan pengumuman rasmi penguatkuasaan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2016 (Akta 775) pada 1 Ogos 2016 seperti yang telah diwartakan dalam warta Kerajaan. Akta ini mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis PT&K bagi mengawal selia perkhidmatan PT&K serta mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Hala tuju Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK) ke arah penguatkuasaan Akta PT&K menjadi lebih jelas selepas melalui proses penstrukturan semula dengan penggabungan cawangan-cawangan sedia ada dan penubuhan Sekretariat Majlis PT&K. Sekretariat Majlis PT&K ditubuhkan untuk membantu Majlis melaksanakan fungi-fungsinya pada masa hadapan iaitu pendaftaran pengamal, pengurusan etika dan disiplin serta penetapan piawaian akreditasi untuk kursus-kursus dalam bidang PT&K.
BPTK telah terlibat dalam National Health and Morbidity Survey 2015 yang merupakan hasil kolaborasi dengan National Institutes of Health (NIH). Satu modul PT&K telah diperkenalkan untuk kajian tersebut yang mana didapati bahawa hampir 30% rakyat Malaysia pernah menggunakan PT&K dengan khidmat konsultasi seumur hidup mereka. Hasil tinjauan tersebut akan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia merangka perkembangan dan pembangunan PT&K secara berterusan dan menyeluruh.
Jalinan hubungan antarabangsa dengan India dan China terutamanya dalam bidang perubatan tradisional diperkukuhkan lagi dengan Mesyuarat Teknikal Dua Hala yang telah diadakan pada bulan November dan Disember 2016. Sukacita dimaklumkan bahawa buku Garis Panduan Terapi Varmam telah dilancarkan sejurus selepas Mesyuarat Teknikal Dua Hala bersama India dan perkhidmatan tersebut akan mula ditawarkan di Hospital Sungai Buloh pada tahun 2017.
Tanpa sokongan penuh yang berterusan daripada YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan serta ahli pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia, pencapaian-pencapaian Bahagian ini adalah kurang bermakna. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada semua anggota di Bahagian ini atas usaha gigih dan semangat kerja berpasukan yang tinggi yang dipamerkan. Semoga tahun-tahun yang mendatang membawa lebih banyak kejayaan kepada BPTK!
DR. GOH CHENG SOON Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
3
ORGANISASI
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
4
ORGANISASI
PENGENALAN
Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada mulanya diwartakan di bawah program Penyelidikan dan Sokongan Teknikal pada Februari 2004 dan seterusnya distrukturkan semula di bawah program Perubatan pada 2013. Peranan utama BPTK adalah perancangan, pembangunan, pengawalseliaan dan perkembangan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) di Malaysia berpandukan Dasar Kebangsaan PT&K 2001 (Semakan 2007).
Pada Januari 2006, Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan KKM untuk mengintegrasikan PT&K ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan. Tiga buah hospital telah dikenal pasti sebagai hospital perintis bagi pelaksanaan penyerapan perkhidmatan PT&K dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) iaitu Hospital Kepala Batas, Hospital Putrajaya dan Hospital Sultan Ismail. Sehingga Disember 2016, sejumlah 15 buah fasiliti kesihatan kerajaan menawarkan perkhidmatan PT&K. Kini, perkhidmatan PT&K telah diperluaskan ke peringkat kesihatan primer.
Pada 10 Mac 2016, Akta PT&K 2016 [Akta 775] telah diwartakan dan ianya mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2016.
VISI
BPTK beriltizam menjadi pusat kecemerlangan perubatan tradisional dan komplementari.
MISI
BPTK akan memastikan perubatan tradisional dan komplementari adalah selamat dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat.
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
5
DASAR KUALITI
BPTK bertekad untuk meningkatkan tahap serta kualiti kesihatan rakyat. Kami adalah komited dalam mematuhi keperluan undang-undang, peraturan-peraturan dan memenuhi keperluan pelanggan serta melaksanakan penambahbaikan berterusan pada sistem pengurusan kualiti supaya sistem kawalan dan piawaian amalan perubatan tradisional dan komplementari dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
OBJEKTIF KUALITI
Objektif kualiti digubal berasaskan dasar kualiti dan sentiasa disemak agar sesuai dengan dasar kualiti. Objektif kualiti BPTK adalah seperti berikut:
i. Pengurusan Surat Sokongan Pengamal Warga Asing
Pengeluaran surat sokongan untuk pengamal PT&K warga asing dalam tempoh 14 hari.
ii. Pengurusan Ceramah dan Pameran BPTK
a. Sekurang-kurangnya 80% maklumbalas memuaskan diperolehi dari kajian persepsi peserta bagi penyampaian ceramah oleh anggota BPTK; dan
b. Sekurang-kurangnya 80% maklumbalas memuaskan diperolehi dari analisa soal selidik pengunjung pameran.
iii. Pengurusan Pemantauan Unit PT&K
Unit PT&K di fasiliti kerajaan (zon tengah) dipantau dua kali setahun.
iv. Pengurusan Latihan Anggota BPTK
Memastikan anggota BPTK mengikuti latihan sekurang-kurangnya tujuh hari setahun.
v. Pengurusan Kewangan
Menguruskan bayaran bekalan dan perkhidmatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh invois lengkap diterima.
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
6
PENSTRUKTURAN SEMULA ORGANISASI
Selaras dengan penguatkuasaan Akta PT&K 2016, penstrukturan semula organisasi BPTK telah dilaksanakan dengan perjawatan sedia ada. Sekretariat Majlis PT&K telah ditubuhkan bagi membantu Majlis PT&K dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
Berikut merupakan pembahagian cawangan-cawangan di BPTK sebelum dan selepas penstrukturan semula dilaksanakan.
Cawangan Dasar dan Perkembangan
Cawangan Pentadbiran dan Kewangan
Cawangan Amalan dan Pendaftaran
Cawangan Kaji Selidik dan Pembangunan
Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan
Cawangan Standard dan Kualiti
Cawangan Dasar dan Perkembangan
Cawangan Pengurusan dan Latihan
Cawangan Amalan PT&K
Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan
Sekretariat Majlis PT&K
DAHULU
KINI
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
7
CARTA ORGANISASI BPTK
PENGARAH
Cawangan Dasar dan
Perkembangan
Unit Dasar
Unit Perkembangan
Cawangan Pengurusan dan
Latihan
Unit Latihan
Unit Pentadbiran Am
Unit Kewangan
Unit Teknologi Maklumat
Cawangan Amalan PT&K
Unit Pembangunan
Amalan
Unit Penilaian Amalan
Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan
Unit Perundangan dan Dakwaan
Unit Aduan dan Siasatan
Unit Operasi dan Risikan
Sekretariat Majlis PT&K
Unit Pendaftaran
Unit Disiplinari dan Etika
Unit Standard dan Akreditasi
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
8
PENGURUSAN
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
9
PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA
STATISTIK PERJAWATAN
Perjawatan (sehingga Disember 2016)
Bilangan Jawatan
Bilangan Jawatan Yang Telah Diisi
Kekosongan
Jawatan Terbuka (Gred 54)
1 1 0
Pegawai Perubatan/Pegawai Farmasi/Pegawai Tadbir Diplomatik (UD43-54/UF41-54/M44)
1 1 0
Pegawai Perubatan/Pegawai Farmasi (UD43-54/UF41-54)
27 25 2
Pegawai Farmasi (UF41-54)
13 12 1
Pegawai Teknologi Maklumat (F41/44)
1 1 0
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)
1 1 0
Penolong Pegawai Tadbir (N27/32)
2 2 0
Pembantu Tadbir (Kesetiausaan) (N17-32)
1 1 0
Pembantu Tadbir (Kewangan) (W17-22)
1 1 0
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N17/22)
10 10 0
Pembantu Am Pejabat (N11) 1 1 0
Pemandu (H11) 2 2 0
JUMLAH 61 57 3
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
10
PERGERAKAN ANGGOTA
Pada tahun 2016, terdapat sepuluh orang anggota bertukar masuk ke BPTK, tujuh orang anggota bertukar keluar dan dua orang anggota meletak jawatan.
PERTUKARAN MASUK
Bil Nama Anggota Gred Tarikh Bertukar Masuk
1 Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan UD48 18.01.2016
2 Dr.Tharumaningam A/L M.Mutiah UD44 15.02.2016
3 Yeoh Suang Meng UF48 18.04.2016
4 Dr. Dang Siew Bing UD54 09.05.2016
5 E Mei Hooi UF41 09.05.2016
6 Dr. Farhana Binti Abdul Aziz UD48 15.06.2016
7 Tan Kee Leong UF54 01.07.2016
8 Dr. Karena Binti Khalid UD48 05.09.2016
9 Nur Syafiqa Binti Saezan F41 20.09.2016
10 Mohd Zulkifli Bin Ismail PT(P/O)N19 08.11.2016
PERTUKARAN KELUAR
Bil Nama Anggota Gred Tarikh Bertukar Keluar
1 Rahayu Binti Shahperi UF52 04.01.2016 2 Dr. Sangeetha Sami Rajah UD48 04.01.2016
3 Dr. N. Khairiyah Shazwani Sholehudin UD48 18.04.2016
4 Wong Kuan Yeen UF48 18.04.2016
5 Balqis Binti Mohamad Zin UF44 03.05.2016 6 Dr. Koh Siew Li UD48 13.06.2016
7 Mohd Afendy Bin Baharuddin PT(P/O) N19
31.10.2016
PERLETAKAN JAWATAN
Bil Nama Anggota Gred Tarikh Meletak Jawatan
1 Dr. Farisah Binti Saari UD52 10.06.2016
2 Wong Wei Chyi UF48 13.10.2016
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
11
KENAIKAN PANGKAT
Pada tahun 2016, terdapat 11 orang pegawai di BPTK yang dinaikkan pangkat.
Bil Nama Pegawai Gred Tarikh Kenaikan Pangkat
1 Dr Dyanan A/L Puvanandran UD54 17.05.2016
2 Dr. Ali Noor Bin Hassan UD54 18.10.2016
3 Dr. Jaspal Kaur A/P Marik Singh UD52 01.10.2016
4 Dr. Adilla Nur Binti Halim UD48 20.02.2016
5 Dr. Farhana Binti Abdul Aziz UD48 14.03.2016
6 Tan Hooi Tien UF48 03.04.2016
7 Yeoh Suang Meng UF48 03.04.2016
8 Ng Angeline UF48 01.09.2016
9 Ng Suk Kuan UF48 04.09.2016
10 Lim Wai Yee UF48 09.09.2016
11 Wong Meng Xian UF48 13.09.2016
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
12
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2015
Kecemerlangan BPTK pada tahun 2015 adalah hasil usaha daripada anggotanya yang banyak memberi sumbangan.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2015 telah diadakan pada 29 Mac 2016 di Putrajaya dan telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. S Subramaniam. Syabas diucapkan kepada lima orang anggota BPTK yang telah terpilih untuk menerima APC 2015.
Dr. Wong Pi Ying
Ketua Penolong Pengarah UD48
Cik Teoh Sheh Ki Ketua Penolong Pengarah
UF48
Cik Ng Angeline Penolong Pengarah Kanan
UF44
Puan Noraini Binti Sulaiman Penolong Pegawai Tadbir N27
Encik Gunalan A/L Pachimuthu Pemandu H11
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
13
PENGURUSAN MS ISO 9001:2008
Demi memastikan kelancaran pelaksanaan sistem pengurusan kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 di BPTK, dua sesi audit dalaman telah dijalankan sepanjang 2016. Sesi pertama telah diadakan pada 27 Januari – 3 Februari 2016 dan sesi kedua telah diadakan pada 2 – 11 November 2016. Semua anggota BPTK yang terlibat dalam audit tersebut telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan juruaudit dan proses audit telah berlangsung dengan lancar dan sempurna.
Sehubungan itu, satu audit surveillance telah dilaksanakan oleh pasukan juruaudit dari INTERTEK pada 19 April 2016. Hasil audit tersebut mendapati bahawa SPK BPTK berkesan sepenuhnya dan tidak memerlukan tindakan lanjutan.
Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan telah diadakan sebanyak dua kali pada 2016 bagi membincangkan isu-isu berkaitan SPK dan penambahbaikan berterusan dalam organisasi. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan hala tuju BPTK dalam melaksanakan peralihan dari MS ISO 9001:2008 ke MS ISO 9001:2015 memandangkan sijil perakuan MS ISO 9001:2008 akan tamat pada April 2017.
Lantaran itu, ahli-ahli jawatankuasa pemandu pelaksanaan SPK MS ISO 9001 telah dihantar mengikuti kursus bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang peralihan dari MS ISO 9001:2008 ke MS ISO 9001:2015. Satu sesi taklimat kepada anggota BPTK mengenai peralihan tersebut turut diadakan.
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
14
PENCAPAIAN OBJEKTIF KUALITI 2016
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
15
PRESTASI KEWANGAN
Unit Kewangan bertanggungjawab untuk menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan kewangan dan akaun selaras dengan pekeliling dan peraturan-peraturan perbendaharaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Unit Kewangan berfungsi untuk memastikan peruntukan bajet daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia adalah mencukupi dan digunakan dengan cekap dan wajar supaya setiap aktiviti yang dirancang menepati objektifnya.
Peruntukan dan Perbelanjaan
Pada tahun 2016, BPTK telah menerima peruntukan operasi sebanyak RM3,550,000.00 dan peruntukan pembangunan sebanyak RM150,000.00. Sebanyak RM3,507,744.43 (99.0%) peruntukan operasi telah digunakan untuk operasi bahagian dan pembayaran bagi perkhidmatan PT&K di hospital integrasi. Ringkasan peruntukan dan perbelanjaan bagi tahun 2016 adalah seperti Jadual 1.
Jadual 1: Peruntukan dan Perbelanjaan bagi BPTK pada tahun 2016
Jenis Peruntukan Kategori Peruntukan (RM)
Perbelanjaan (RM)
Peratusan Perbelanjaan/
Peruntukan Belanja Mengurus
Bekalan & Perkhidmatan
3,546,000.00 3,507,744.43 99%
Aset 4,000.00 4,000.00 100%
ISO 0.00 0.00 0%
Pembangunan Latihan 150,000.00 119,824.71 80%
Prestasi Pembayaran Bil
Berdasarkan arahan perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia, BPTK diwajibkan untuk memastikan semua bil dibayar dengan segera dan tidak lewat dari 14 hari dari tarikh bil yang lengkap diterima. Pada tahun 2016, BPTK telah menerima sebanyak 744 bil, dan 99.9% bil telah berjaya diselesaikan dalam tempoh masa kurang dari 14 hari (Jadual 2). Namun demikian, terdapat satu bil yang diselesaikan selepas 14 hari disebabkan kesilapan dalam penggunaan sistem ‘e-Perolehan’.
Jadual 2: Prestasi Pembayaran Bil 2016
Bilangan Hari Bilangan Bil Peratusan (%) Kurang dari 7 hari 737 99.06
8-14 hari 6 0.81 Lebih dari 14 hari 1 0.13
Jumlah 744 100.00
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
16
Pungutan Hasil
Perbandingan jumlah pungutan hasil pada tahun 2015 dan 2016 adalah seperti di Jadual 3.
Jadual 3: Pungutan Hasil Pada 2015 dan 2016
Jenis Pungutan Hasil Kod Hasil Jumlah Tahun 2015 Tahun 2016
Bayaran Pemprosesan Surat Sokongan Pengamal PT&K Warga Asing
72409 RM18,600.00
RM15,600.00
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
17
PEMBANGUNAN KOMPETENSI
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
18
PEMBANGUNAN KOMPETENSI
ANGGOTA ORGANISASI
Program Continuing Professional Development (CPD)
Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Continuing Profesional Development – CPD) merupakan program BPTK yang dianjurkan untuk memastikan anggota BPTK melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta amalan baik yang terkini dalam menjalankan tugasan harian mereka.
CPD BPTK 2016
BIL TARIKH TAJUK CERAMAH PENCERAMAH
1 7 April Transformasi Kecerdasan Emosi Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran
Mohd Sani Bin Tuhimin
2 26 April Nilavembu Kudineer - A Siddha Formulation In The Treatment Of Dengue
Dr. P. Gunasekaran
3 27 April Kawalan Iklan Oleh Lembaga Iklan Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia
Asniza Binti Alias
4 12 Mei Pendaftaran Dan Pengawalseliaan Produk Tradisional Di Malaysia
Azlene Binti Mat Amin
5 24 Mei An Introduction To Varmam Therapy Prof. Dr. R.S. Ramaswamy
6 2 Jun Perkongsian Pengalaman Penguatkuasaan Mohd Firdaus Bin Sanusi
7 9 Jun CPD Ramadhan - Bagaimana Puasa Nabi? Adab Dan Akhlak Berpuasa
Ustaz Mohd Zaim Juwaidi Bin Jamaluddin
8 16 Jun CPD Ramadhan - Meraih Syurga Di Bulan Ramadhan
Ustaz Zulkefli Bin Alimon
9 23 Jun CPD Ramadhan - Puasa Ibadah Bermusim Ustazah Sakdiah Binti Mohamed Nusi
10 30 Jun CPD Ramadhan - Kemuncak Ramadhan, Malam Penentuan
Ustaz Baharuddin Bin Idris
11 22 Julai Jom Diet! Fadwa Binti Ali
12 22 Sept Penggunaan Peranti Perubatan Dalam Perubatan Tradisional Dan Komplementari
Idamazura Binti Idris
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
19
Sebanyak 12 sesi CPD telah diadakan pada tahun 2016. Empat sesi CPD dijalankan pada bulan Ramadhan, yang mana topik adalah tertumpu kepada ajaran Islam dan kemuliaan bulan Ramadhan. Pada tahun 2016, Cawangan Standard dan Kualiti juga telah berkerjasama dengan Cawangan Inspektorat & Penguatkuasaan dalam penganjuran beberapa sesi CPD berkenaan perkongsian pengalaman penguatkuasaan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan. Selain itu, Cawangan Standard dan Kualiti juga berkerjasama dengan Kelab Kebajikan dan Sosial BPTK dalam menganjurkan sesi CPD menarik bertajuk ‘Jom Diet!’ bersempena dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri BPTK 2016. Seorang pakar perubatan Siddha ternama dari India, Prof. Dr. R.S. Ramaswamy turut dijemput untuk memberi ceramah mengenai topik kepakaran beliau. Ceramah-ceramah tersebut telah memberikan banyak pengetahuan baharu kepada kakitangan BPTK. Di samping itu, mereka juga berpeluang untuk berinteraksi dengan penceramah.Dari segi analisa borang maklumbalas peserta, didapati majoriti perserta sangat berpuas hati dengan CPD yang dianjurkan sepanjang tahun 2016. Secara keseluruhannya, program CPD 2016 telah dilaksanakan dengan jayanya. Antara cadangan yang diketengahkan peserta bagi tahun 2017 adalah untuk menganjurkan ceramah berkaitan aktiviti-aktiviti senaman contohnya yoga, senaman aerobik, Tai Chi serta seni mempertahankan diri. Kakitangan-kakitangan KKM yang berkhidmat di kawasan berdekatan BPTK contohnya di Institut Pengurusan Kesihatan, Klinik Pergigian Bangsar dan Klinik Kesihatan Tanglin dicadangkan agar turut dijemput untuk menghadiri CPD yang dianjurkan.
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
20
Program Training of Trainers (TOT)/Ecotraining 2016
Program TOT/Ecotraining bertujuan untuk memberi peluang kepada anggota baru dari kumpulan professional dan sokongan untuk melibatkan diri dalam aktiviti BPTK; mengenalpasti kebolehan dan keupayaan anggota baru BPTK sebagai penceramah; dan memberi ruang untuk mereka berkongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai tajuk yang ingin disampaikan atau bidang kepakaran masing-masing. Program ini turut berfungsi untuk menyediakan ruang interaksi di kalangan anggota BPTK. Sepanjang 2016, sebanyak enam sesi TOT/ecotraining telah diadakan. Setiap sesi melibatkan tiga orang penceramah yang dipilih oleh Ketua Cawangan masing-masing. Penceramah diberi masa 20 minit untuk membuat persembahan dan 10 minit untuk sesi soal jawab. Penceramah bebas memilih tajuk yang ingin disampaikan namun mereka digalakkan berkongsi maklumat mengenai topik berkaitan kesihatan dan pengalaman bekerja. Di samping itu, mereka juga boleh menggunakan bahasa perantara pilihan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Penilaian terhadap penceramah telah dilakukan oleh anggota-anggota BPTK yang menghadiri sesi tersebut melalui borang penilaian penceramah yang diedarkan. Majoriti peserta menyatakan bahawa program tersebut adalah berfaedah dan telah berjaya meningkatkan pengetahuan mereka. Kebanyakan peserta juga berpuas hati dengan tempoh penganjuran program tersebut. Penceramah juga dilihat lebih selesa memberikan ceramah mengenai topik pilihan sendiri dan program ini dianggap lebih fleksibel dan menarik berbanding dengan program 2013 yang lebih menumpukan terhadap bidang PT&K dan tugas-tugas hakiki anggota BPTK. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang telah diutarakan antaranya pengurusan masa penceramah yang lebih berkesan dan topik yang disampaikan hendaklah disesuaikan dengan para peserta dari kalangan kumpulan profesional dan sokongan. Selain itu, terdapat juga cadangan supaya kursus pengucapan awam diadakan bagi semua anggota BPTK untuk meningkatkan kompetensi dalam penyampaian ceramah. Kesimpulannya, program tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya dan diharapkan agar ia dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
21
Sesi TOT/Ecotraining Sepanjang 2016
PENCERAMAH TOPIK PEMBENTANGAN
SESI 1 (30 MAC 2016)
Dr. Tharumaningam A/L M.Muthiah Varmam: An Ancient Wisdom Of Holistic Health
Dr. Kavitha A/P Purushotaman Understanding ADHD
Dr. Yuhin Norkamilah Binti Yusoff Blood Donation
SESI 2 (21 APRIL 2016)
Dr. Maznah Binti Wazir Acupuncture For Post Stroke Rehabilitation
Wong Meng Xian Smoking Cessation
SESI 3 (8 JUN 2016)
Dr. Siti Norhidayah Binti Md Almi Gaya Hidup Sihat
Dr. Adilla Nur Binti Halim Vaksin: Mitos & Fakta
Ng Suk Kuan Paracetamol
SESI 4 (30 JUN 2016)
Siti Hajar Binti Mohamad Yusof Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri
E Mei Hooi Pertussis
Lydiawati Binti Arzeni Pemuliharaan Hidupan Liar Di Malaysia
Norsalfarina Binti Ariffin Nilai dan Etika Penjawat Awam
SESI 5 (27 JULAI 2016)
Anis Romiza Binti Sulaiman Implikasi Telefon Pintar Dalam Kehidupan
Aslida Binti Safiain @ Safian Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi
Aziman Bin Abdul Rahman Kebersihan Diri
SESI 6 (18 OGOS 2016)
Anipah Binti Hj. Asikin Petua Tradisional Melayu
Dr. Muhammad Zubair Bin Zin Al-Aabideen
Tip-Tip Survival Di Hutan
Teh Teo Meng Muscular Fitness and Resistance Training
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
22
Kursus Anjuran BPTK 2016
Penganjur Tarikh Nama Kursus Tempat Pengurusan dan Latihan / Pentadbiran dan Kewangan/ Standard dan Kualiti
10 – 11 Ogos Bengkel Pengurusan Sumber Manusia Dan Sesi Semakan Buku Perkhidmatan BPTK
BM1, BPTK
22 – 23 Ogos Bengkel Fail Meja BM1, BPTK 6 – 7 September Kursus Pengurusan Aset Alih Dan Stor
Kerajaan BM1, BPTK
27 Oktober Bengkel Penggunaan Sistem Pemantauan Pengurusan Aset
BM2, BPTK
Dasar dan Perkembangan
25 Oktober Program Taklimat Berkenaan Akta PT&K 2016 [Akta 775]
Hospital Kuala Lumpur
27 Jun – 1 Julai
1st Workshop on the Development of Preliminary Draft for T&CM Blueprint
BM2, BPTK
29 November – 1 Disember
2nd Workshop on the Development of Preliminary Draft for T&CM
Hotel Premiere, Klang
8 Disember Bengkel Perkhidmatan PT&K di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer
Klinik Kesihatan Masai
Majlis PT&K / Amalan dan Pendaftaran
25 – 27 Mei Bengkel Pembangunan Garis Panduan Terapi Varmam
BM1, BPTK
30 November – 2 Disember
Bengkel Pembangunan Modul Peningkatan Kompetensi Pengamal Perubatan Tradisional Melayu
BM1, BPTK
Inspektorat dan Penguatkuasaan
25 Ogos Bengkel Garis Panduan Pengiklanan PT&K
Pejabat RISDA, Shah Alam
10 – 12 November
Kursus Pemahaman Akta PT&K 2016 dan Sekyen Berkaitan Dalam Kanun Tatacara Jenayah
ILKAP, Bandar Baru Bangi
Amalan PT&K / Kaji Selidik dan Pembangunan
7 – 8 Disember Bengkel Penulisan Manuskrip I BM1, BPTK 19 – 20 Disember
Bengkel Penulisan Manuskrip II BM1, BPTK
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
23
Latihan Dalam Perkhidmatan (Luar Negara)
Integrasi Perubatan Tradisional Korea
Tempat : Busan National University, Busan, South Korea Tempoh Kursus : 20 Jun 2016 – 1 Julai 2016 Peserta : Dr. Jaspal Kaur A/P Marik Singh Objektif
i. Untuk mendapat pendedahan terhadap sistem penjagaan kesihatan berteraskan perubatan tradisional di luar negara agar dapat membantu dalam pengurusan pembangunan dan penilaian amalan PT&K di Malaysia berasaskan pembuktian saintifik
ii. Untuk mempelajari sistem pelaksanaan perubatan tradisional Korea dalam aspek pelaksanaan untuk mengintegrasikan pendidikan/latihan, penyelidikan, penguatkuasaan dan kaedah rawatan di samping kriteria kemasukan pegawai dagang.
iii. Untuk membantu dalam menaiktaraf garispanduan amalan perubatan tradisional sedia ada dengan merujuk kepada pihak Kementerian Kesihatan Republik Korea dalam pengurusan Clinical Practice Guideline (CPG) bagi perubatan tradisional Korea.
Hasil Kursus Peserta telah mendapat pendedahan yang mendalam berkenaan perubatan tradisional Korea, sistem pendidikan dan pengajian tinggi serta hasil pelaksanaan polisi integrasi perubatan tradisional dan perubatan moden di Korea yang merupakan sebuah model yang berjaya dilaksanakan.
Bersama Pengarah Hospital of Traditional Korean Medicine dan Professor of
Rehabilitation Medicine
Acara penyampaian cenderahati bersama Dean of Traditional Korean Medicine, Busan
National University
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
24
2016 China-ASEAN Traditional Medicine Training Programme and Field Study on Disease Prevention and Treatment
Tempat : Guang’anmen Hospital of China Academy of Chinese Medical Sciences,
Beijing, China Tempoh Kursus : 20 Jun 2016 – 24 Jun 2016 Peserta : Dr. Tajul Iqmal Bin Tajul Arus dan Teh Teo Meng Objektif
i. Untuk menggalakkan kerjasama dan interaksi pelbagai hala di kalangan pegawai kesihatan dan profesional perubatan tradisional (PT).
ii. Untuk membincangkan perkara-perkara seperti pengintegrasian perubatan tradisional Cina (PTC) ke dalam perubatan moden; perkhidmatan PT yang khusus untuk individu (personalised); dan peranan PT dalam pelancongan perubatan (medical tourism).
Hasil Kursus Peserta kursus berpeluang untuk menyertai sesi kajian lapangan, perbincangan serta ceramah. Peserta turut mendapat pendedahan serta peluang berinteraksi dengan pakar-pakar dari China, berkongsi pengalaman dan mendapat ilham untuk pengurusan perubatan tradisional dan komplementari di Malaysia. Di samping itu, peluang kerjasama antara negara China dan negara anggota ASEAN turut diterokai.
Persidangan / Program Latihan / Mesyuarat Antarabangsa Lain Yang Dihadiri Oleh Pegawai BPTK
Bil. Nama Pegawai
Tarikh Persidangan / Program Latihan / Mesyuarat Yang Dihadiri
1 Dr. Goh Cheng Soon
12 Jul 2016 – 14 Jul 2016
2nd WHO Working Group Meeting on Interaction of Herbal Medicines with Other Medicines Mississippi, USA
2 Dr. Dyanan A/L Puvanandran
13 Jul 2016 – 15 Jul 2016
2nd Workshop on the Preparation of the Book Traditional Medicine Self-Care in ASEAN Bangkok, Thailand
3 Dr. Siti Norhidayah Binti Md Almi
26 Okt 2016 – 28 Okt 2016
1st China-ASEAN Cooperation Forum on Health Nanning, Guangxi, China
4 Dr. Goh Cheng Soon
8 Nov 2016 – 10 Nov 2016
9th International Regulatory Cooperation for Herbal Medicine (IRCH) New Delhi, India
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
25
PENGAMAL PT&K
Pembangunan Modul Peningkatan Kompetensi Pengamal Perubatan Tradisional India (Siddha)
Modul peningkatan kompetensi pengamal PT&K merupakan satu kaedah bagi membantu proses pendaftaran pengamal-pengamal PT&K yang tidak mempunyai kelayakan formal dalam bidang PT&K yang diamalkan. Modul peningkatan kompetensi yang unik dibangunkan bagi bidang-bidang perubatan tradisional khasnya perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional Melayu dan perubatan tradisional India. Fokus pembangunan modul kompetensi pengamal PT&K bagi 2016 adalah pengamal perubatan tradisional India khususnya pengamal Siddha. Satu bengkel pembangunan modul peningkatan kompetensi pengamal perubatan tradisional India (Siddha) telah dianjurkan pada 23 dan 26 Mei 2016 di BPTK. Modul ini dibangunkan dengan kerjasama pakar dalam bidang perubatan Siddha dari Central Council for Research in Siddha (CCRS), India. Pakar perubatan tradisional India yang turut bersama dalam memberikan input bagi pembangunan modul tersebut adalah Prof. Dr. R.S. Ramaswamy (Ketua Pengarah CCRS), Dr. P. Sathiya Rajeswaran dan pakar perubatan Ayurveda dari India yang telah dideputasikan ke Malaysia iaitu Dr. Gopesh Mangal. Pembentangan draf modul peningkatan kompetensi ini telah diadakan untuk pihak-pihak berkepentingan dalam bidang perubatan tradisional India serta wakil daripada badan pengamal iaitu Pertubuhan Perubatan Tradisional India Malaysia (PEPTIM) bagi mendapatkan maklum balas untuk memastikan modul tersebut adalah sesuai untuk diaplikasikan di Malaysia. Seterusnya, modul ini akan dibentangkan kepada Majlis PT&K untuk kelulusan.
Gambar kenangan wakil BPTK bersama pakar perubatan India dan wakil PEPTIM
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
26
Bengkel Pembangunan Modul Peningkatan Kompetensi Bagi Pengamal Perubatan
Tradisional Melayu
Tarikh : 30 November 2016 – 2 Disember 2016 Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang Lokasi : Bilik Mesyuarat 1, BPTK Modul peningkatan kompetensi telah dicadangkan sebagai satu cara untuk memudahkan pengamal perubatan tradisional (Melayu, Cina dan India) sedia ada yang mempunyai pengalaman kerja tertentu tetapi tiada pendidikan formal untuk berdaftar dengan Majlis PT&K sewaktu tempoh peralihan. Modul tersebut tidak bertujuan untuk menaiktarafkan pengamal kepada mana-mana tahap pendidikan di Malaysia.
Bengkel Pembangunan Modul Peningkatan Kompetensi Bagi Pengamal Perubatan Tradisional Melayu (PTM) telah diadakan dengan tujuan menambahbaik draf modul peningkatan kompetensi PTM sedia ada melalui input daripada pakar PTM dan pihak berkepentingan.
Antara pakar PTM yang telah dijemput ke bengkel tersebut adalah Dr. Harun Bin Mat Piah, Dr. Abdul Ghani Bin Hussain dan Dr. Eshaifol Azam Bin Omar yang masing-masing mempunyai kepakaran dalam bidang kesusasteraan Melayu serta bidang tertentu dalam PTM seperti perubatan herba tradisional. Selain itu, wakil dari institusi pengajian tinggi dan Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA) turut dijemput untuk memberi pandangan bagi memastikan modul yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan pengamal PTM.
Kesimpulannya, satu draf modul telah berjaya dibangunkan melalui input yang bernas daripada semua pihak berkepentingan dalam bengkel tersebut. Draf modul tersebut akan diusulkan kepada Majlis PT&K untuk persetujuan.
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
27
Penilaian Premis PT&K Swasta Untuk Tujuan Latihan Siswazah PT&K
Pada tahun 2016, Cawangan Inspektorat & Penguatkuasaan (I&P) telah dipertanggungjawabkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Modul Latihan Siswazah BPTK untuk menjalankan lawatan ke atas premis PT&K swasta dan mengenalpasti institusi/premis serta pengamal yang berpotensi untuk terlibat dalam latihan residensi graduan PT&K sebelum mereka boleh memohon pendaftaran (keperluan Seksyen 22 (5), Akta PT&K 2016). Usaha pencarian premis PT&K swasta telah berfokus kepada amalan perubatan tradisional Cina, kiropraktik dan homeopati. Ini adalah selaras dengan modul latihan siswazah yang telah dibangunkan.
Berdasarkan Seksyen 22 (5) Akta PT&K 2016, seseorang pengamal berdaftar sementara hendaklah menjalani latihan selama tidak kurang daripada 1 tahun dengan mana-mana hospital atau institusi di Malaysia yang diluluskan oleh Majlis PT&K. Dengan itu, Majlis PT&K yang bakal ditubuhkan akan memperakukan fasiliti PT&K yang telah dikenalpasti untuk menerima pelatih bagi tujuan menjalani latihan residensi dalam bidang amalan yang diiktiraf.
Sebagai langkah untuk mendapat pangkalan data bagi pusat latihan sedemikian, Cawangan I&P telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan ini dan dipantau melalui Key Performance Index (KPI) dengan indikator lawatan ke tidak kurang daripada 70% premis pengamal yang telah dikenalpasti berpotensi untuk dijadikan pusat latihan. Senarai premis PT&K telah dibangunkan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Modul Latihan Siswazah. Statistik bilangan premis PT&K yang dilawati berdasarkan lokasi/zon adalah seperti dalam Jadual 4.
Secara keseluruhannya, hasil lawatan mendapati hanya 54.3% premis yang dilawati menepati kriteria yang ditetapkan iaitu 61 premis perubatan tradisional Cina, 11 premis kiropraktik dan empat premis homeopati (Jadual 5).
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
28
Jadual 4: Statistik Pencapaian Lawatan Premis PT&K Berdasarkan Lokasi/ Zon
Jadual 5: Statistik Pencapaian Berdasarkan Amalan dan Kesesuaian Keseluruhan
Institusi Lokasi Taburan Premis PT&K Mengikut Senarai Premis
PT&K
Jumlah Premis PT&K Berjaya Dilawat, (%)
(Standard: tidak kurang daripada 70%)
BPTK Kuala Lumpur 82 76 (92.7%)
Selangor
Negeri Sembilan
Melaka
CPTK Johor Johor 28 28 (100%)
CPTK Pulau Pinang
Kedah 9 6 (66.7%)
Pulau Pinang
CPTK Terengganu
Terengganu 5 5 (100%)
Pahang
CPTK Perak Perak 7 6 (85.7%)
CPTK Sabah Sabah 6 5 (83.3%)
CPTK Sarawak Sarawak 16 14 (87.5%)
JUMLAH 153 140 (91.5%)
Amalan Pencapaian Lawatan Premis
Secara Keseluruhan, (%)
Kesesuaian
Sesuai, (%) Tidak Sesuai, (%)
Perubatan Tradisional Cina
121 (85.8%) 61 (50.4%) 60 (49.6%)
Kiropraktik 13 (162.5%) 11 (84.6%) 2 (15.4%) Homeopati 6 (150%) 4 (66.7%) 2 (33.3%)
Jumlah 140 (91.5%) 76 (54.3%) 64 (45.7%)
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
29
Lawatan Pendidikan Ke Atas Pengamal PT&K
Sewaktu lawatan premis dijalankan, pegawai Cawangan I&P turut menemubual pengamal-pengamal yang bertugas di premis tersebut. Seramai 189 pengamal dalam bidang amalan perubatan tradisional Cina, kiropraktik dan homeopati telah diberikan penerangan sewajarnya mengenai keperluan-keperluan Akta PT&K 2016. (Jadual 6).
Jadual 6: Statistik Pencapaian Lawatan Pendidikan Ke Atas Pengamal PT&K Berdasarkan Institusi
Institusi Jumlah Pengamal PT&K yang Diberikan Lawatan Pendidikan
BPTK 93
CPTK Johor 45
CPTK Pulau Pinang 11 CPTK Terengganu 6
CPTK Perak 7
CPTK Sabah 6
CPTK Sarawak 21
Jumlah 189
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
30
TADBIR URUS PT&K
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
31
TADBIR URUS PT&K
PENGUATKUASAAN AKTA PT&K 2016 (AKTA 775)
Pencapaian Utama 2016
Januari - Jun 2016 Mesyuarat bersiri bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meneliti aspek pengawalseliaan amalan pengubatan Islam
Penstrukturan semula organisasi BPTK diluluskan untuk membolehkan pembentukan Sekretariat Majlis PT&K dan memperkukuhkan fungsi Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan
Pelan penguatkuasaan Akta PT&K 2016 dibentangkan kepada Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
Julai - Disember 2016
Akta PT&K 2016 dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2016 (hanya Seksyen 1, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 20, 42, 43, 44, 45, 46, 47, 60, 61 dan subseksyen 63(1) dan (3), Akta 775 dikuatkuasakan)
Program Taklimat Berkenaan Akta PT&K 2016 [Akta 775] dilaksanakan di Auditorium Hospital Kuala Lumpur
Pelan penguatkuasaan Akta PT&K 2016 dibentangkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan Menteri Kesihatan Malaysia
Konsultasi berterusan dengan Penasihat Undang-Undang KKM dan Jabatan Peguam Negara berkenaan draf Peraturan PT&K
Setiausaha Majlis PT&K yang pertama dilantik secara rasmi
Nota: Akta PT&K 2013 (Akta 756) telah diganti oleh Akta PT&K 2016 (Akta 775).
Sehubungan itu, Akta 756 tidak lagi mempunyai apa-apa kuat kuasa undang-undang. Akta PT&K 2016 telah diwartakan pada 10 Mac 2016 dan dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2016
(P.W. 5450).
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
32
STATISTIK PENGAMAL PT&K
Unit Pendaftaran Pengamal PT&K Tempatan berfungsi untuk menjalankan aktiviti pembangunan pangkalan data pengamal PT&K tempatan.
Pada 2004, pihak KKM telah melantik lapan badan pengamal untuk membantu dalam urusan swa-kawal (self-regulation) pengamal PT&K mengikut bidang amalan masing-masing. Semua maklumat pengamal yang berdaftar bersama badan pengamal (sehingga 1 Ogos 2016) telah diserahkan kepada BPTK dan telah dikemaskinikan dalam pangkalan data. Menurut pengkalan data yang terkini, sejumlah 17,045 orang pengamal PT&K Tempatan telah berdaftar dengan badan pengamal yang dilantik KKM.
Semua pengamal PT&K yang ingin mengamal dalam bidang amalan yang diiktiraf adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Majlis PT&K selaras dengan penguatkuasaan Seksyen 20 hingga Seksyen 28 Akta PT&K kelak. Justeru, satu sistem perisian elektronik ‘e-Pengamal’ dibangunkan sebagai persediaan ke arah pendaftaran pengamal PT&K tempatan dengan Majlis PT&K. Setakat ini, sistem perisian elektronik ‘e-Pengamal’ sedang melalui proses percubaan.
Rajah 1: Jumlah Pengamal PT&K Tempatan yang Telah Berdaftar dengan Badan Pengamal (sehingga 1 Ogos 2016)
Perubatan Tradisional Melayu
12%
Perubatan Tradisional Cina,
44.9%Perubatan Tradisional India,
0.1%
Homeopati, 3.5%
Perubatan Komplementari,
6.5%
Pengubatan Islam33%
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
33
Permohonan Surat Sokongan Pengamal PT&K Warga Asing
Susulan daripada penguatkuasan Akta PT&K 2016 pada 1 Ogos 2016, pindaan telah dilakukan ke atas Garis Panduan Permohonan Pengamal PT&K Warga Asing. Penguatkuasaan subseksyen 63(1) dalam Akta menyatakan bahawa:
“Mana-mana badan pengamal yang sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini menjalankan atau melaksanakan fungsinya sebagai sebuah badan yang mengawal bidang amalan, hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, terhenti menjalankan atau melaksanakan apa-apa fungsi sehinggga ia telah ditetapkan sebagai badan pengamal ditetapkan di bawah seksyen 42.”
Justeru, keperluan untuk memenuhi kedua-dua syarat berikut telah dihentikan:
Syarat 3.5: Pengamal (pemohon) mesti berdaftar dengan salah satu badan pengamal yang diiktiraf oleh KKM.
Syarat 4.1: Sebarang permohonan pembaharuan hendaklah dinyatakan tujuan dan disertakan bersama dokumen-dokumen yang membuktikan bahawa ilmu dan kemahirannya telah diajar kepada pengamal tempatan.
Pindaan tersebut telah mengurangkan tempoh pemprosesan permohonan yang tidak mempunyai dokumen lengkap daripada 53 hari kepada 23 hari. Ini adalah keperluan untuk surat ulasan dan pembuktian pemindahan ilmu daripada badan pengamal telah dimansuhkan.
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
34
Perubatan Tradisional Cina,
20, 28%
Perubatan Tradisional India,
39, 55%
Perubatan Homeopati, 2, 3%
Perubatan Komplementari
10, 14%
Pengeluaran Surat Sokongan Kepada Pengamal PT&K Warga Asing
Rajah 2: Bilangan Permohonan Pengamal PT&K Warga Asing yang Disokong Mengikut Modaliti pada 2016
Sebanyak 84 permohonan surat sokongan telah diterima pada tahun 2016 dan 71 permohonan telah disokong. Didapati 55% permohonan yang telah disokong adalah untuk pengamal yang mengamal perubatan tradisional India yang terdiri daripada pengamal Ayurveda (11%) dan juruterapi Ayurveda (43%)(Rajah 2). Berdasarkan data ini, dapat disimpulkan bahawa nisbah pengamal Ayurveda kepada juruterapi Ayurveda adalah 1:4.
Di samping itu, didapati bahawa bilangan permohonan pengamal perubatan tradisional Cina (PTC) yang disokong pada tahun 2016 (n=20) telah menurun jika dibandingkan dengan tahun 2015 (n=44). Maklumat ini menunjukkan kemungkinan bahawa industri ini kurang bergantung kepada pengamal PTC asing.
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
35
Jadual 8: Faktor Penyebab Permohonan Surat Sokongan Pengamal PT&K Warga Asing Tidak Disokong
No. Faktor Penyebab Permohonan Tidak Disokong Bilangan Permohonan
1 Kelayakan yang tidak diiktiraf oleh negara asal 1
2 Kelayakan asas yang tidak berkaitan dengan PT&K 1
3 Pengalaman bekerja yang tidak mencukupi 4
JUMLAH 6
Sejumlah enam permohonan surat sokongan tidak disokong pada tahun 2016 disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 8.
Pengalaman kerja tidak mencukupi
Kelayakan tidak
diiktiraf di negara asal
Kelayakan asas tidak berkaitan
dengan PT&K
Faktor Penyebab Permohonan Surat Sokongan Ditolak
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
36
PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN DAN SOP
Bengkel Pembangunan Garis Panduan PT&K Terapi Varmam Tarikh : 24 – 25 Mei 2016 Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang Lokasi : Bilik Mesyuarat 1, BPTK Bengkel ini bertindak sebagai forum perbincangan dalam membangunkan Garis Panduan PT&K Terapi Varmam. Garis panduan ini berfungsi sebagai rujukan dan panduan kepada pengamal dan pembantu pengamal perubatan Siddha serta anggota KKM khususnya di Hospital Sungai Buloh di mana terapi ini akan diperkenalkan. Beberapa ahli panel telah dijemput khusus untuk memberikan idea dan pandangan mereka terhadap garis panduan yang akan dibangunkan ini. Bengkel ini turut disertai oleh anggota BPTK dari Cawangan Amalan dan Pendaftaran, anggota dari Cawangan Dasar dan Perkembangan serta empat orang wakil dari Persatuan Perubatan Tradisional India Malaysia (PEPTIM). Antara aktiviti yang dijalankan semasa bengkel adalah:
i. Sesi ceramah pengenalan terapi Varmam oleh Prof. Dr. R.S. Ramaswamy dari Central Council of Research in Siddha;
ii. Pembentangan kertas kerja kajian berjudul ‘A Pilot Study on Varmam Therapy’ oleh Dr. Akmal Hafizah binti Zamli yang akan dilaksanakan di Hospital Sungai Buloh;
iii. Demonstrasi terapi Varmam kepada peserta oleh Prof. Dr. R.S. Ramaswamy; dan iv. Sesi perbincangan.
Bengkel ini telah berlangsung dengan amat lancar. Pandangan dan cadangan yang diberikan oleh pakar-pakar berkaitan sangat membantu dalam pembangunan Garis Panduan PT&K Terapi Varmam.
Penceramah/Panel Jemputan Wakil dari India Wakil dari Malaysia
Prof. Dr. R.S. Ramaswamy Ketua Pengarah Central Council of Research in Siddha, India
Dato’ Dr. Zamyn Zuki Bin Mohd Zuki Ketua Jabatan Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, Hospital Sungai Buloh
Dr. Sathiyarajeswaran Pegawai Penyelidikan Central Council of Research in Siddha, India
Dr. Syed Azmi Shah bin Dato’ Ahmad Shah Pakar Bedah Ortopedik Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, Hospital Sungai Buloh
Dr. Gopesh Mangal Pengamal Ayurveda Hospital Port Dickson /Hospital Rehabilitasi Cheras
Dr. Akmal Hafizah binti Zamli Ketua Jabatan Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Sungai Buloh
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
37
Prof. Dr. R.S. Ramaswamy menunjukkan demonstrasi titik-titik Varmam kepada peserta
Ahli panel bergambar bersama peserta
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
38
Bengkel Garis Panduan Pengiklanan PT&K
Tarikh : 25 Ogos 2016 Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang Lokasi : Pejabat RISDA Negeri, Shah Alam, Selangor
Objektif bengkel ini adalah untuk memperkenalkan draf Garis Panduan Pengiklanan PT&K dan mendapatkan pandangan dan maklumbalas daripada peserta bagi menambahbaik garis panduan tersebut. Garis Panduan Pengiklanan PT&K akan digunapakai sebagai rujukan untuk pengiklanan PT&K di media massa termasuklah penggunaan kad nama dan papan tanda. Bengkel ini juga turut membincangkan mengenai senarai nama gelaran dan singkatan yang dilarang (prohibited list).
Bengkel ini telah dihadiri oleh 16 orang wakil dari lapan badan pengamal dan 23 orang pegawai dari BPTK serta Cawangan Perubatan Tradisional dan Komplementari (CPTK).
Dua orang penceramah dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dijemput untuk sesi perkongsian ilmu. Pihak SSM telah berkongsi maklumat tentang peranan SSM serta memberikan input yang penting tentang syara-syarat pendaftaran nama syarikat. Pihak SKMM pula telah berkongsi maklumat tentang pengawalseliaan iklan di media sosial.
Satu ceramah juga telah disampaikan oleh Encik Tan Kee Leong selaku Ketua Cawangan I&P mengenai Garis Panduan Siasatan dan Pendakwaan Kesalahan di bawah Seksyen 4A Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 sebagai panduan bagi proses pendakwaan dan siasatan kes yang berkenaan pada masa hadapan.
Garis Panduan Pengiklanan PT&K telah diterbitkan pada 28 September 2016 dan boleh diakses melalui laman sesawang rasmi BPTK.
Bengkel dirasmikan oleh Pengarah BPTK
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
39
Pembangunan Garis Panduan dan Prosedur Operasi Piawai Berkaitan Penguatkuasaan
Sebanyak tiga Garis Panduan (GP) dan empat Prosedur Operasi Piawai (SOP) telah dibangunkan oleh Cawangan I&P pada tahun 2016 untuk kegunaan dan rujukan pegawai yang diberi kuasa di BPTK serta Cawangan Perubatan Tradisional dan Komplementari (CPTK).
GP/ SOP Tujuan GP Menjalankan Siasatan dan Pendakwaan bagi Kes Kesalahan di bawah Seksyen 4A, Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 bagi Pegawai Penyiasat dan Pegawai Pendakwa yang bertugas di BPTK
Meningkatkan kefahaman terhadap intipati-intipati penting dalam kes siasatan dan yang perlu dibuktikan dalam kes pendakwaan, khasnya yang berkaitan dengan pengiklanan amalan perkhidmatan PT&K yang melanggar Akta tersebut. Menghuraikan proses, serta bahan bukti yang penting untuk siasatan dan ke arah pencapaian suatu kes prima facie dalam pendakwaaan kes.
GP Pengiklanan PT&K Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan pengamal dan pengusaha perkhidmatan PT&K mengenai pengiklanan yang dibenarkan dan juga yang tidak dibenarkan dari segi Akta PT&K 2016 dan juga perundangan perubatan dan farmasi yang berkaitan.
GP Menutup Kes Siasatan Tanpa Tindakan Lanjut
Memastikan tatacara penutupan kes siasatan tanpa tindakan lanjut (no further action) dilaksanakan mengikut cara yang betul, telus dan mematuhi prinsip undang-undang.
SOP Siasatan Kes Seksyen 4A Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956
Prosedur ini menerangkan tatacara untuk menjalankan penyiasatan bagi melaksanakan tindakan perundangan bagi Kes Kesalahan Seksyen 4A, Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956.
SOP Sekatan Laman Web Prosedur ini menerangkan tatacara memohon sekatan laman web daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk iklan yang melanggar Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan Akta PT&K 2016 yang berhubung dengan Amalan PT&K.
SOP Perintah Berhenti dan Perintah Penutupan
Prosedur ini menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta PT&K 2016 untuk memberhentikan seseorang pengamal PT&K daripada mengamalkan bidang amalan yang diiktiraf dan juga untuk menutup mana-mana premis yang digunakan bagi amalan perkhidmatan PT&K untuk apa-apa tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
40
SOP Pengendalian Gambar dan Kamera Digital
Prosedur ini menerangkan tatacara penggunaan gambar dan kamera digital semasa siasatan dijalankan terhadap aduan berkaitan amalan PT&K.
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
41
ADVOKASI
Pameran BPTK
Pameran BPTK diadakan untuk memberikan pendedahan dan pendidikan kepada orang awam berkenaan PT&K di Malaysia serta Akta PT&K 2016. Sasaran lokasi pameran BPTK pada tahun 2016 adalah fasiliti kesihatan awam, jabatan kerajaan dan pusat pengajian tinggi. Sebanyak 24 pameran telah berjaya dilaksanakan yang mana 15 pameran yang dirancang telah berjaya dijalankan dan sembilan lagi pameran berdasarkan jemputan atau diadakan bersama sesi Continuous Medical Education (CME).
Tarikh Perkara Lokasi
20 Januari Pameran Klinik Kesihatan Sungai Besi
3 Februari Pameran Hospital Sungai Buloh
10 Mac Pameran Klinik Kesihatan Batu
24 Mac Pameran Klinik Kesihatan Presint 18
31 Mac Pameran & CME Hospital Orang Asli Gombak
12 April Pameran Hospital Sultan Ahmad Shah
14 April Pameran & CME Akademi Imigresen Malaysia
22 April Pameran Masjid Negara
28 April Pameran & CME Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5 Mei Pameran Hospital Serdang
17 Mei Pameran Klinik Kesihatan Peringgit
18 Mei Pameran Hospital Melaka
19 Mei Pameran & CME Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
1-3 Jun Pameran Association of Private Hospitals Malaysia Pameran, Kuala Lumpur Convention Centre
28 Jun Pameran & CME Lincoln University College
3 Ogos Pameran Hospital Sungai Buloh
5 Ogos Pameran & CME Pusat Perubatan Universiti Malaya
16 Ogos Pameran Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah
3-4 September Pameran 11th Asian Congress of TCM Exhibition, Genting Highlands
6 September Pameran Klinik Kesihatan Bandar Jerantut
7 September Pameran Hospital Raub
19 Oktober Pameran & CME Pejabat Tanah dan Galian Selangor
25 Oktober Pameran & CME Hospital Kuala Lumpur
2 Disember Pameran Masjid Negara
2 Disember Pameran Universiti Putra Malaysia
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
42
Pengetahuan Pengunjung Pameran Tentang PT&K di Malaysia
Borang soal-selidik pengetahuan pengunjung tentang PT&K di Malaysia telah diedarkan kepada setiap pengunjung pameran BPTK. Purata bilangan pengunjung ke pameran BPTK adalah sebanyak 38 orang setiap pameran. Bilangan pengunjung didapati telah bertambah menjelang akhir tahun berbanding dengan pertengahan tahun disebabkan oleh penambahbaikan dari segi penambahan ‘props’ seperti herba Cina, alatan akupunktur dan model garisan meridian akupunktur bagi menarik perhatian pengunjung ke aktiviti pameran. Secara keseluruhan, sebanyak 96.8% responden mendapati bahawa aktiviti pameran ini membantu dalam meningkatkan pengetahuan mereka tentang PT&K.
Berdasarkan analisis borang soal-selidik pengetahuan pengunjung pameran tentang PT&K di Malaysia didapati bahawa:
a. Peratusan responden yang pernah menerima rawatan PT&K: 52.2% b. Peratusan responden yang mengetahui tentang BPTK: 43.1% c. Peratusan responden yang mengetahui tentang Akta PT&K 2016: 46.6% d. Peratusan responden yang mengetahui bahawa pengamal PT&K wajib berdaftar
selaras dengan penguatkuasaan Akta PT&K: 49.8% e. Peratusan responden yang mengetahui bahawa orang awam boleh membuat aduan
tentang pengamal/perkhidmatan PT&K: 51.0% f. Peratusan responden yang berpuas hati dan merasakan aktiviti pameran
menambahkan pengetahuan mereka tentang PT&K: 96.8%
Daripada responden yang diterima, didapati kesedaran pengunjung pameran yang mengetahui mengenai BPTK dan Akta PT&K 2016 masih rendah di setiap lokasi pameran. Hal ini mungkin demikian kerana Akta PT&K 2016 baharu dikuatkuasakan dan kurang pendedahan mengenai BPTK dan Akta PT&K 2016 kepada orang ramai.
Rajah 3: Analisis Pengetahuan Pengujung Pameran tentang PT&K di Malaysia
52.2
43.146.6
49.8 51.0
96.8
47.8
56.952.7 50.2 49.0
4.3
0.0
10.0
20.0
30.0
40.0
50.0
60.0
70.0
80.0
90.0
100.0
Perkhidmatan BPTK AKTA Pendaftaran Aduan Kepuasan
Per
atu
san
Res
po
nd
en
Ya
Tidak
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
43
Program Taklimat Akta PT&K 2016 [Akta 775] Tarikh : 25 Oktober 2016 Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang Lokasi : Auditorium Utama, Hospital Kuala Lumpur Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman orang awam terhadap Akta 775. Antara maklumat yang dikongsikan sewaktu taklimat tersebut adalah penerangan berkenaan fungsi Majlis PT&K selepas penguatkuasaan Akta, mekanisme pendaftaran dengan Majlis PT&K serta menggalakkan pengamal PT&K yang mengamalkan bidang amalan yang diiktiraf untuk berdaftar dengan Majlis PT&K sewaktu tempoh peralihan. Program tersebut bermula dengan sesi taklimat berkenaan Akta PT&K 2016 dan diikuti dengan sesi soal jawab antara ahli panel jemputan dengan para peserta program. Seramai 200 orang peserta telah menghadiri program ini yang mana 80% merupakan pengamal PT&K. Secara keseluruhannya, program ini merupakan salah satu kejayaan BPTK dan telah menerima maklumbalas yang baik dari semua peserta.
Gambar-gambar sewaktu sesi taklimat
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
44
PENGURUSAN ADUAN
Kes-Kes Aduan Dan Siasatan
Unit Aduan dan Siasatan menguruskan aduan berkaitan pengamal dan perkhidmatan PT&K di Malaysia daripada pelbagai sumber seperti orang awam; agensi kerajaan dan bukan kerajaan; serta badan-badan pengamal. Pada 2016, sebanyak 63 aduan daripada pelbagai kategori telah diterima. Kesalahan iklan merupakan kes aduan yang paling banyak diterima. Ini mungkin disebabkan oleh pendedahan berkenaan Akta PT&K 2016 kepada pengguna.
Perincian taburan jenis amalan yang terlibat dalam kes aduan dan siasatan serta tindakan yang diambil terhadap aduan yang diterima adalah seperti di Rajah 4 dan Rajah 5.
PTM Perubatan Tradisional Melayu PTC Perubatan Tradisional Cina PTI Perubatan Tradisional India KOMP Komplementari HOM Homeopati PI Pengubatan Islam
Rajah 4: Taburan Jenis Amalan Yang Terlibat Dalam Kes Aduan Dan Siasatan Pada Tahun 2016
10
12
5
23
3
1
0
5
10
15
20
25
PTM PTC PTI KOMP HOM PI
Bila
nga
n A
du
an
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
45
Rajah 5: Tindakan Yang Diambil Terhadap Aduan Yang Diterima Pada 2016
Kuasa Menyiasat Di Bawah Akta Ubat ( Iklan dan Penjualan) 1956
Setelah mengambil kira kekangan untuk menjalankan tugas penguatkuasaan terhadap premis yang melanggar Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956, BPTK telah memohon kepada YB Menteri Kesihatan melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi untuk mendapatkan kuasa menyiasat di bawah Seksyen 6A Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 bagi menjalankan siasatan ke atas kesalahan iklan perkhidmatan di kalangan pengamal PT&K. Permohonan tersebut telah diluluskan oleh YB Menteri Kesihatan.
Seramai 11 orang pegawai farmasi iaitu empat pegawai daripada BPTK dan tujuh pegawai daripada Cawangan Perubatan Tradisional dan Komplementari (CPTK) telah diberi kuasa untuk menyiasat di bawah Akta ini.
Surat Amaran24%
Nasihat Lisan14%
Operasi Bersepadu6%
Tutup Laman Web2%
Kes Belum Selesai19%
Aduan Dipanjangkan ke Agensi Berkaitan
13%
No Further Action (Aduan Tidak
Berasas)22%
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
46
PERKHIDMATAN DI UNIT PT&K
Perkhidmatan PT&K Di Fasiliti Kesihatan Kerajaan
Sehingga Disember 2016, perkhidmatan PT&K di fasiliti kesihatan kerajaan ditawarkan di 14 buah hospital kerajaan dan satu unit PT&K di Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PBBR1M MAIWP), Putrajaya.
Rajah 6: Perkhidmatan PT&K yang ditawarkan di fasiliti kesihatan kerajaan
Jadual 9: Statistik Pesakit Yang Menerima Rawatan di Unit PT&K Fasiliti Kesihatan Kerajaan Mengikut Modaliti Pada 2014-2016
Modaliti / Tahun 2014 2015 2016
Urutan Tradisional 18,359 20,819 21,337
Akupunktur 29,722 34,584 35,599
Terapi Herba Sebagai Rawatan Sampingan Kepada Pesakit Kanser
3,457 5,790 7,489
Penjagaan Tradisional Postnatal 5,130 5,396 6,526
Shirodhara 1,084 2,305 697
Terapi Basti Luaran - 239 2,663
Secara keseluruhannya, semua modaliti telah menunjukkan peningkatan jumlah kehadiran pesakit yang menerima rawatan di semua unit PT&K fasiliti kesihatan kerajaan, kecuali Shirodhara yang telah menunjukkan penurunan dalam jumlah kehadiran pesakit. Terapi Herba Sebagai Rawatan Sampingan Kepada Pesakit Kanser telah menunjukkan peningkatan kehadiran pesakit sebanyak 29% pada 2016 berbanding tahun sebelumnya, diikuti dengan Penjagaan Tradisional Postnatal (21%), Akupunktur (3%) dan Urutan Tradisional (3%).
Peningkatan kehadiran pesakit di semua unit PT&K fasiliti kesihatan kerajaan bagi hampir semua modaliti menunjukkan bahawa perkhidmatan PT&K semakin mendapat tempat dan diterima oleh rakyat Malaysia. Selain itu, kesedaran dan kefahaman di kalangan pengamal perubatan moden berkenaan kepentingan rawatan PT&K sebagai pelengkap kepada sistem penjagaan kesihatan kebangsaan sedia ada turut menyumbang kepada peningkatan ini.
Shirodhara telah menunjukkan penurunan kehadiran pesakit sebanyak 70% disebabkan oleh sambutan yang amat memberangsangkan bagi perkhidmatan Terapi Basti Luaran, yang mula
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
47
diperkenalkan di Hospital Port Dickson (HPD) dan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), masing-masing pada November dan Disember 2015. Ini adalah hasil daripada usaha yang giat dijalankan oleh pakar Ayurveda yang dideputasi oleh Kerajaan Republik India serta pihak unit PT&K HRC dan HPD dalam memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan PT&K di hospital masing-masing serta fasiliti kesihatan kerajaan berhampiran. Selain itu, sokongan yang berterusan dan hubungan komunikasi yang baik antara pakar Ayurveda dan pakar bedah Ortopedik di HPD dilihat turut menyumbang kepada peningkatan ini.
Perkhidmatan Shirodhara dan Terapi Basti Luaran di fasiliti kesihatan kerajaan disampaikan oleh pakar Ayurveda dan ahli terapi yang sama. Oleh yang demikian, pengenalan perkhidmatan Terapi Basti Luaran telah menyumbangkan kepada penurunan jumlah kehadiran pesakit bagi perkhidmatan Shirodhara memandangkan kedua-dua perkhidmatan ini menggunakan tenaga kepakaran dan slot rawatan yang sama.
Walaupun terdapat cabaran, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak, terutamanya semua unit PT&K di fasiliti kesihatan kerajaan yang telah menggembleng tenaga dalam usaha untuk mempromosi dan menambahbaik perkhidmatan PT&K di unit PT&K masing-masing. Semoga usaha berterusan ini akan dapat memacu visi dan misi BPTK yang beriltizam menjadi pusat kecemerlangan PT&K serta memastikan perubatan tradisional dan komplementari adalah selamat dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat.
0
Rajah 6: Perkhidmatan PT&K Yang Ditawarkan Di Fasiliti Kesihatan Kerajaan
Akupunktur
Hospital Sultanah Bahiyah
Hospital Sultan Ismail
Hospital Raja Perempuan Zainab II
Hospital Duchess Of Kent
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Hospital Kepala Batas
Hospital Putrajaya
Hospital Sultanah Hajah Kalsom
Hospital Umum Sarawak
Hospital Port Dickson
Hospital Rehabilitasi Cheras
Institut Kanser Negara
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Hospital Jasin
Urutan Tradisional
Hospital Sultanah Bahiyah
Hospital Sultan Ismail
Hospital Raja Perempuan Zainab II
Hospital Duchess Of Kent
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Hospital Kepala Batas
Hospital Putrajaya
Hospital Sultanah Hajah Kalsom
Hospital Umum Sarawak
Hospital Port Dickson
Hospital Rehabilitasi Cheras
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Hospital Jasin
Terapi Herba Sebagai Rawatan Sampingan
Kepada Pesakit Kanser
Hospital Sultan Ismail
Hospital Kepala Batas
Institut Kanser Negara
Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah
Penjagaan Tradisional Postnatal
Hospital Kepala Batas
Hospital Sultanah Bahiyah
Hospital Sultan Ismail
Hospital Raja Perempuan Zainab II
Hospital Putrajaya
Hospital Duchess Of Kent
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Pusat Bersalin Berisiko Rendah MAIWP
Hospital Umum Sarawak
Hospital Jasin
Shirodhara
Hospital Port Dickson
Hospital Rehabilitasi Cheras
Terapi Basti Luaran
Hospital Port Dickson
Hospital Rehabilitasi Cheras
50
PENYELIDIKAN
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
51
PENYELIDIKAN
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan atau National Health and Morbidity Survey (NHMS)
Kajian ini merupakan satu aktiviti penyelidikan KKM yang dijalankan secara berkala. la bertujuan untuk mendapatkan data penting berkenaan kesihatan dan morbiditi penduduk di Malaysia. NHMS telah dijalankan setiap 10 tahun sekali sejak tahun 1986 sehingga 2006 dan kekerapan kajian ini telah dipertingkatkan kepada empat tahun setiap pusingan bermula tahun 2011. Ini adalah bagi memastikan data terkini dapat digunakan oleh pihak yang berkepentingan dalam penggubalan dasar serta perancangan strategi dan aktiviti.
Selain daripada skop berkaitan masalah kesihatan dan faktor risiko penyakit tidak berjangkit, modul PT&K juga telah dimasukkan dalam NHMS 2015. Empat objektif utama telah diteliti melalui modul tersebut iaitu:
1. Mengkaji prevalens penggunaan PT&K oleh rakyat Malaysia secara konsultasi;
2. Menerangkan sebab-sebab penggunaan PT&K; 3. Menentukan tempat di mana perkhidmatan PT&K diperolehi; dan 4. Menentukan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan dan jumlah yang
sanggup dibayar untuk perkhidmatan PT&K yang diterima.
Kajian NHMS 2015 mendapati bahawa 29.25% penduduk Malaysia pernah menggunakan PT&K dan 21.51% menggunakannya dalam tempoh setahun sebelum kajian. Rajah 7 menunjukkan prevalens penggunaan PT&K di kalangan rakyat Malaysia mengikut jenis amalan.
Rajah 7: Prevalens penggunaan PT&K di kalangan penduduk Malaysia
52.06
20.01
6.2
4.04
1.45
0.97
0 10 20 30 40 50 60
Perubatan Tradisional Melayu
Perubatan Tradisional Cina
Terapi Komplementari
Pengubatan Islam
Homeopati
Perubatan Tradisional India
Peratusan Penggunaan %
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
52
PT&K secara amnya digunakan untuk mengekalkan tahap kesihatan, seperti yang ditunjukkan oleh lima jenis amalan PT&K pilihan utama iaitu urut tradisional Melayu (41.92%), herba Cina (13.69), herba Melayu (10.07%), bekam (6.45%) dan tuina (4.49%). Sekiranya PT&K digunakan untuk rawatan, tujuan penggunaan adalah sebagai rawatan utama atau rawatan komplementari. Walau bagaimanapun, peratusan individu yang menggunakan PT&K sebagai rawatan alternatif didapati kurang daripada 20%. Kajian ini mendapati bahawa PT&K kebiasaannya digunakan untuk masalah sakit otot dan sendi, sakit belakang dan batuk.
Kajian turut mendapati bahawa perkhidmatan PT&K diperolehi melalui pelbagai jenis fasiliti bergantung kepada jenis amalan yang ditawarkan. Bagi amalan perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India, homeopati dan terapi komplementari, kebiasaanya rawatan dijalankan di premis pengamal. Rawatan perubatan tradisional Melayu seperti urut tradisional dan herba pula kebiasaanya dilakukan di rumah pengamal atau rumah pelanggan.
Sebahagian daripada responden kajian menyatakan bahawa mereka mendapati harga bayaran perkhidmatan adalah lebih tinggi daripada harga yang sanggup dibayar. Namun begitu, kajian mendapati bahawa nilai median bayaran harga perkhidmatan (out-of-pocket expenditure) bagi majoriti perkhidmatan PT&K adalah lebih kurang sama dengan nilai median harga yang sanggup dibayar (amount willing to pay).
Kesimpulannya, PT&K merupakan salah satu aspek penting dalam penjagaan kesihatan rakyat Malaysia. Masih terdapat keperluan untuk terus menawarkan perkhidmatan PT&K sebagai salah
satu rawatan komplementari kepada perubatan moden. Perkhidmatan PT&K diperolehi dari pelbagai jenis fasiliti, dan ini bergantung kepada jenis
amalan yang ditawarkan. Kos bagi kebanyakan perkhidmatan PT&K adalah pada kadar harga yang mampu dibayar.
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
53
Kajian Kepuasan Pelanggan Unit PT&K 2016
Pada 2016, satu Kajian Kepuasan Pelanggan telah dilaksanakan di enam buah Unit PT&K di seluruh negara untuk mengenalpasti tahap kepuasan pesakit terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di Unit PT&K oleh staf Kementerian Kesihatan Malaysia, pengamal PT&K serta fasiliti di Unit PT&K tersebut. Unit-unit PT&K yang terlibat dalam kajian pada 2016 adalah seperti berikut:
Secara keseluruhan, didapati bahawa lebih 90% pesakit berpuas hati terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di Unit PT&K terutama sekali perkhidmatan yang diberikan oleh staf KKM serta pengamal PT&K. Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang didapati menjadi permasalahan bagi pesakit antaranya jumlah sesi rawatan yang diterima di Unit PT&K yang kurang memuaskan terutamanya sesi akupunktur dan urut tradisional. Justeru, hasil kajian ini akan digunakan sebagai input sewaktu proses semakan garis panduan perkhidmatan PT&K berkaitan yang diadakan pada masa hadapan.
Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
Hospital Port Dickson
Hospital Umum Sarawak
Hospital Duchess of Kent, Sandakan
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
54
INISIATIF PENYELIDIKAN
Bil. Tajuk Kajian Objektif
Projek Kajian BPTK
1. Kajian Keratan Rentas Eksploratori untuk Mengkaji Amalan Tradisional Melayu bagi Penjagaan Ibu-ibu Selepas Bersalin di Negeri Kelantan.
Mengenal pasti amalan tradisional Melayu rawatan ibu selepas bersalin di kalangan pengamal di Kelantan.
Projek Kajian Kolaborasi
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kuala Lumpur 1.
Kajian Untuk Menilai Keberkesanan Rawatan Akupuntur Sebagai Rawatan Komplementari Kepada Rawatan Terapi Gantian Menggunakan Metadon Di Lembah Klang, Malaysia.
Mengenal pasti keberkesanan rawatan akupunktur sebagai rawatan komplementari kepada rawatan terapi gantian menggunakan Metadon di Lembah Klang, Malaysia.
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia 2. Dokumentasi Komprehensif Pengetahuan
Tradisional Melayu mengenai Tumbuhan Ubatan di Semenanjung Malaysia.
Untuk mendapatkan dokumentasi komprehensif pengetahuan tradisional Melayu ke atas tumbuhan ubatan di Semenanjung Malaysia.
Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia, Bahagian Perkembangan Perubatan
Laporan Penilaian Teknologi Kesihatan
3. The effect of Chinese herbal therapy as an adjunct management of fatigue and muscle weakness in cancer patients receiving chemotherapy.
Menentukan kesan terapi herba Cina sebagai rawatan tambahan ke atas masalah keletihan dan lemah otot kepada pesakit kanser yang menerima kemoterapi.
Laporan Teknikal 4. Chiropractic therapy for musculoskeletal
pain.
Menilai peranan terapi kiropraktik untuk kesakitan otot dan tulang.
5. Homeopathy for Rheumatoid Artritis, Bronchial Asthma and Allergic Rhinitis.
Menilai peranan homeopati untuk masalah Rheumatoid Arthritis, Bronchial Asthma dan Allergic Rhinitis.
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
55
KOLABORASI
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
56
KOLABORASI
DALAM NEGARA
Perkembangan Perkhidmatan PT&K di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer Usaha untuk mengintegrasikan perkhidmatan PT&K di peringkat penjagaan kesihatan primer ini merupakan kerjasama antara pihak BPTK, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor. Perkhidmatan Tradisional Postnatal diperkenalkan di Klinik Kesihatan (KK) Masai, Johor pada tahun 2012 dan seterusnya diperkembangkan ke KK Meranti, Kelantan pada Disember 2014 dengan kerjasama JKN Kelantan. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk terus menawarkan perkhidmatan ini kepada masyarakat sehingga kini.
Perluasan Perkhidmatan Tradisional Postnatal Ke Seluruh Negeri Kelantan Keputusan untuk memperluaskan perkhidmatan tradisional postnatal ke seluruh negeri Kelantan dibuat semasa mesyuarat antara BPTK dan JKN Kelantan pada 22 Februari 2016. Ini adalah berdasarkan maklum balas positif yang diterima di KK Meranti semenjak perkhidmatan tersebut diperkenalkan. Proses perluasan ini akan dijalankan secara berperingkat bermula dengan semua KK di daerah Pasir Mas dan seterusnya ke semua KK di negeri Kelantan pada masa akan datang.
Sehingga Disember 2016, perkhidmatan ini telah diperluaskan ke KK To’uban, KK Kangkong dan KK Chekok di daerah Pasir Mas. JKN Kelantan sedang dalam proses mengenalpasti KK lain yang berpotensi untuk menawarkan perkhidmatan ini.
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
57
Program Peningkatan Pengamal Tradisional Postnatal Di Negeri Kelantan Program Peningkatan Pengamal Tradisional Postnatal telah dimulakan pada tahun 2015. Objektif program ini adalah untuk mewujudkan satu piawaian Perkhidmatan Tradisional Postnatal di Malaysia. Sehubungan itu, program bersiri untuk para pengamal tradisional postnatal telah bermula pada bulan Oktober 2015. Sehingga kini, seramai 127 orang pengamal telah berjaya mengikuti program tersebut.
Tarikh Perkara dan Butiran
12 Okt 2015 Bengkel Latihan Kepada Tenaga Pengajar Bagi Program Peningkatan Pengamal Tradisional Postnatal (Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Mas)
28 – 29 Okt 2015 Sesi Pertama: Program Peningkatan Pengamal Tradisional Postnatal (Modul 1 dan 2)
8 – 9 Nov 2015 Sesi Kedua: Program Peningkatan Pengamal Tradisional Postnatal (Modul 3 dan 4)
23 – 24 Mac 2016 Bengkel Latihan Kepada Tenaga Pengajar Bagi Program Peningkatan Pengamal Tradisional Postnatal (Semua Daerah di Negeri Kelantan)
16 Mei – Dis 2016 Program Peningkatan Pengamal Tradisional Postnatal (Modul 1 sahaja). Bengkel untuk Modul 2 hingga 4 akan diadakan secara bersiri oleh PKD untuk para pengamal mengikut daerah masing-masing
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
58
LUAR NEGARA
Lawatan Kerja Oleh Dr. P. Gunasekaran, Pengarah King Institute of Preventive Medicine And Research, Chennai, India
Tarikh : 26 April 2016 Masa : 2.30 petang Lokasi : Bilik Mesyuarat Utama, BPTK Susulan daripada penyampaian ceramah beliau di Asia Dengue Conference 2016 yang berlangsung dari 23-24 April 2016 di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur, Dr. P. Gunasekaran telah diundang untuk menyampaikan ceramah bagi sesi Continuous Professional Development (CPD) yang bertajuk “Nilavembu Kudineer - A Siddha Formulation in the Treatment of Dengue” atas jemputan BPTK. Sesi ceramah tersebut telah memanfaatkan warga BPTK yang hadir dan menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan potensi dan kegunaan perubatan Siddha dalam rawatan penyakit demam denggi.
Gambar secara berkumpulan bersama Dr. P. Gunasekaran
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
59
Lawatan Kerja Oleh Delegasi Kementerian Kesihatan Awam, Thailand Tarikh : 19 September 2016 Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang Lokasi : Bilik Mesyuarat Utama, BPTK Pada 19 September 2016, BPTK telah menerima delegasi seramai 14 orang dari Department of Thai Traditional and Alternative Medicines, Kementerian Kesihatan Awam Thailand yang diketuai oleh Dr. Anchalee Chuttaputti, Pengarah Pejabat Kerjasama Antarabangsa. Tujuan lawatan delegasi adalah untuk mengetahui status perkembangan PT&K di negara Malaysia. Para delegasi turut melawati Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Taman Penanaman Herba Pasir Raja, Terengganu untuk memahami dasar, strategi dan aktiviti ekonomi yang dilaksanakan iaitu Projek Penggerak Ekonomi (EPP) 1: Produk Herba Bernilai Tinggi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian memandangkan negara Thailand telah memulakan usaha untuk memperkasakan kualiti produk herbanya dan meningkatkan pemasaran ke pasaran eksport global.
Gambar secara berkumpulan bersama delegasi Kementerian Kesihatan Awam Thailand
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
60
Mesyuarat Teknikal Dua Hala Kedua mengenai Kerjasama dalam Perubatan Tradisional antara Kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat China
Tarikh : 10 November 2016 Masa : 11.30 pagi Lokasi : Bilik Mesyuarat Majlis Perubatan Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia
Blok C, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur Mesyuarat Teknikal Dua Hala Kedua mengenai Kerjasama dalam Perubatan Tradisional antara Kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat China (PRC) telah berjaya diadakan pada 10 November 2016 di Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang juga merupakan Ketua Delegasi Kerajaan Malaysia. Delegasi Kerajaan China adalah seramai lima orang dan diketuai oleh Encik Yan Shujiang, Vice Commissioner, State Administration of Traditional Chinese Medicine (SATCM). Aktiviti perancangan yang telah dibincangkan dalam mesyuarat teknikal tersebut meliputi aspek kerjasama dalam bidang amalan perubatan tradisional Cina iaitu dari segi praktis, latihan dan pendidikan, kajian dan penyelidikan serta pengawalseliaan ubat-ubatan herba/tradisional. Mesyuarat ini merupakan salah satu inisiatif dan kejayaan KKM dalam mengeratkan hubungan kerjasama dengan kerajaan PRC demi perkembangan perubatan tradisional Cina di Malaysia.
Delegasi Kerajaan China bergambar bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia serta delegasi Kerajaan Malaysia
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
61
Mesyuarat Teknikal Dua Hala Keempat mengenai Kerjasama dalam Bidang Sistem Perubatan Tradisional di antara Kerajaan Malaysia dan Republik India
serta Majlis Pelancaran Garis Panduan Amalan PT&K untuk Terapi Varmam
Tarikh : 27 Disember 2016 Masa : 10.00 pagi Lokasi : Bilik Mesyuarat Majlis Perubatan Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia
Blok C, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur Mesyuarat Teknikal Dua Hala ini telah berjaya memperkukuhkan kolaborasi antarabangsa dengan Ministry of Ayurveda, Yoga & Naturopathy, Unani, Siddha and Homeopathy (AYUSH), Kerajaan Republik India dalam bidang sistem perubatan tradisional India (PTI). Jalinan kolaborasi ini jelas tergambar melalui deputasi pakar PTI dari India untuk berkhidmat di fasiliti kesihatan KKM dan sokongan teknikal yang diberikan dalam proses pembangunan garis panduan amalan dan modul kompetensi yang berkaitan. Mesyuarat tersebut diikuti dengan majlis pelancaran Garis Panduan Amalan PT&K untuk Terapi Varmam yang merupakan hasil kolaborasi BPTK bersama Central Council for Research in Siddha (CCRS), Ministry of AYUSH. Garis panduan ini akan digunakan sebagai dokumen rujukan kepada pengamal Siddha yang akan menawarkan perkhidmatan terapi Varmam di Hospital Sungai Buloh. Ketua Pengarah CCRS iaitu Prof. Dr. R.S. Ramaswamy yang juga merupakan ahli delegasi Kerajaan Republik India telah melaksanakan sesi demonstrasi terapi Varmam dengan jayanya sebelum sesi pelancaran garis panduan tersebut.
Sesi bergambar delegasi yang menghadiri Mesyuarat Teknikal Dua Hala Keempat mengenai Kerjasama dalam
Bidang Sistem Perubatan Tradisional di antara Kerajaan Malaysia dan Republik India
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
62
PEMANTAPAN HALA TUJU BPTK
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
63
PEMANTAPAN HALA TUJU BPTK
Bengkel Pembangunan Pelan Tindakan PT&K 2018-2027 Tarikh : Sesi Pertama: 27 Jun – 1 Julai 2016
Sesi Kedua: 29 November – 1 Disember 2016 Lokasi : Sesi Pertama: Premis-premis Kementerian Kesihatan Malaysia
Sesi Kedua: Hotel Premiere, Klang Pelan Tindakan (Blueprint) PT&K adalah bertujuan untuk menetapkan pelan pembangunan PT&K di Malaysia untuk jangka masa 10 tahun yang akan datang (2018-2027). Ia akan membantu dalam pembangunan industri PT&K dari segi pengawalseliaan, integrasi dan pembangunan ekonomi, serta memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan di Malaysia terutamanya dalam bidang PT&K. Perancangan pembangunan pelan tindakan ini juga merupakan salah satu pelan tindakan yang tertera dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) 2016-2020, Kertas Strategi 18G: Mentransformasi Sektor Perkhidmatan (Penjagaan Swasta). Rancangan ini juga selaras dengan usaha Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menggalakkan negara-negara anggota untuk mencapai objektif-objektif strategik dalam WHO Traditional Medicine Strategy 2014 – 2023. Satu siri mesyuarat dan bengkel yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalam industri PT&K telah diadakan untuk menyediakan draf pelan tindakan tersebut. Antaranya, dua sesi bengkel telah diadakan dengan kehadiran Prof. Narantuya Samdan, pakar perunding WHO yang dilantik untuk membantu KKM dalam proses pembangunan pelan tindakan. Beliau menekankan bahawa penterjemahan dasar yang baik (good policy) kepada amalan yang baik (good practice) merupakan satu proses yang mencabar dan memerlukan komitmen serta kerjasama daripada semua pihak berkepentingan.
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
64
SIDANG EDITOR
LAPORAN TAHUNAN BPTK | 2016
65
SIDANG EDITOR
PENYUMBANG ARTIKEL
Aslida Binti Safian@Safiain Chua Yau Li
Dr. Maznah Binti Wazir Dr. Mohd Naufal Bin Ridzuan
Dr. Sharifah Firyelhana Binti Syed Abdul Rahman Dr. Mohd Zubair Bin Zain Al Aabideen
Dinish A/L Perumal E Mei Hooi
Lim Wai Yee Ng Angeline
Ng Suk Kuan Teh Li Yin
Teh Teo Ming Yeoh Suang Meng
Dr. Adilla Nur Binti Halim
(Ketua Editor)
Dr. Siti Norhidayah Binti Md Almi
Dr. Yuhin Norkamilah Binti Yusoff
Tan Hooi Tien
Wong Meng Xian