NO. SEMAKAN : 00 NO. ISU : 02 TARIKH KUATKUASA: 03/01/2011 1 drp. 31 OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN PEJABAT NAIB CANSELOR Kod Dokumen: OPR/PNC-AD/GP01/PENGAUDITAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN ISI KANDUNGAN GARIS PANDUAN PENGAUDITAN BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 Tujuan 2 2.0 Perancangan 2.1 Penetapan Objektif 2.2 Penetapan Skop 2.3 Metadologi Pengauditan 2.4 Pemilihan Sampel 2.5 Kriteria Audit 2 3 3 3 5 3.0 Pelaksanaan:Ujian Audit 3.1 Ujian Kawalan Dalaman 3.2 Ujian Substantif 6 7 4.0 Pelaporan 4.1 Dokumentasi 4.2 Laporan Audit 7 8 5.0 Lampiran 11
31
Embed
BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA …reg.upm.edu.my/eISO/docs/201211231028099.OPR.PNC-AD.GP01... · ... Membuat analisis dan penilaian ke ... Pemilihan sampel adalah secara rawak
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
BAHAGIAN AUDIT DALAM UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 1.0 TUJUAN
1.1 Garis panduan ini disediakan bagi membantu Juruaudit/ Penolong Juruaudit/ Penolong Akauntan dan staf Bahagian Audit Dalam UPM untuk melaksanakan pengauditan. Garis panduan ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :-
i) Perancangan
Objektif Pengauditan
Penetapan Skop
Metadologi Pengauditan
Pensampelan
Prosedur Audit
ii) Pelaksanaan
Ujian Audit
iii) Pelaporan
Dokumentasi
Laporan audit 1.2 Garis panduan ini diharap dapat memberi panduan dan bimbingan kepada
Juruaudit/ Penolong Juruaudit/ Penolong Akauntan dan staf Bahagian Audit Dalam untuk melaksanakan pengauditan secara sistematik dan seragam dan seterusnya menghasilkan satu laporan audit yang berkualiti.
2.0 PERANCANGAN
2.1 Penetapan Objektif
2.1.1 Langkah pertama dalam melaksanakan pengauditan adalah menetapkan objektif pengauditan. Objektif bertujuan memberi panduan kepada
Juruaudit dalam melaksanakan pengauditan. Penetapan objektif perlu dibuat diperingkat awal proses pengauditan bagi mengenalpasti tujuan pengauditan dilaksanakan dan mengenalpasti perkara-perkara yang akan diaudit dan dilaporkan.
2.1.2 Objektif yang ditetapkan perlu jelas bagi memastikan objektif tersebut mampu memberi panduan kepada Juruaudit mencapai tujuan audit dilaksanakan.
2.1.3 Antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian dalam menetapkan objektif
adalah:- i) Mampu memberi panduan kepada Juruaudit tujuan pengauditan
dijalankan ii) Dapat membantu Juruaudit membuat kesimpulan daripada
pengauditan yang dilaksanakan iii) Objektif tersebut mampu dicapai iv) Mempunyai hubungan saling berkait (interrelated) dengan skop
pengauditan v) Dapat membantu Juruaudit menetapkan kriteria, teknik
pengauditan dan membuat kesimpulan. 2.2 Penetapan skop
Langkah yang kedua dalam melaksanakan pengauditan adalah menetapkan skop pengauditan. Skop audit adalah kerangka kerja (framework) atau batasan subjek sesuatu pengauditan. Kebiasaannya skop audit menyatakan satu jangkamasa atau had liputan sesuatu audit. Skop pengauditan memberikan batasan atau had dimana pengauditan, kerja-kerja dan ujian-ujian yang dibuat hanya meliputi skop yang dinyatakan.
2.3 Metadologi Pengauditan
Metadologi merupakan kaedah yang digunakan dalam menjalankan prosedur audit dan mengumpul bukti audit. Pengauditan boleh dijalankan dengan ;- i) Menyemak dokumen-dokumen yang berkaitan; ii) Membuat analisis dan penilaian ke atas maklumat-maklumat yang
diperolehi; ii) Membuat temubual dengan pegawai-pegawai yang berkaitan; iii) Membuat soal selidik;
iv) Membuat pemeriksaan fizikal/lawatan tapak; dan v) Mendapatkan pandangan profesional atau pihak ketiga seperti nasihat
teknikal dan perundangan
2.4 Pemilihan Sampel
2.4.1 Persampelan adalah proses melaksanakan prosedur audit kurang daripada jumlah keseluruhan sesuatu populasi itu. Persampelan dijalankan dengan tujuan untuk membuat kesimpulan untuk sesuatu populasi. Berdasarkan daripada standard yang dikeluarkan oleh International Standards on Auditing (ISA) di dalam Para ISA 530 persampelan audit didefinisikan seperti berikut: - “....the application of an audit procedure to less than 100 percent of the items within an account balance or class of transaction such that all sampling units have a chance of selection.”
2.4.2 Mengikut definisi yang diberikan oleh ISA, “persampelan audit
kebiasaannya diambil kurang daripada jumlah populasi terhadap sesuatu jumlah di dalam baki akaun atau transaksi. Hal ini kerana ia diambil berdasarkan kepada prinsip kebarangkalian di mana setiap unit sampel mempunyai peluang untuk dipilih ketika melakukan persampelan. Di dalam pengauditan, persampelan digunakan kerana agak sukar bagi Juruaudit untuk melaksanakan prosedur audit ke atas keseluruhan populasi atau 100% transaksi sekiranya jumlah sampel di dalam populasi adalah besar. Oleh yang demikian persampelan digunakan untuk membuat sesuatu kesimpulan”.
2.4.3 Terdapat dua kategori pemilihan sampel iaitu: -
i) Persampelan berasaskan kaedah statistik (Statistical sampling)
Persampelan ini membolehkan risiko persampelan diukur. Pemilihan sampel adalah secara rawak dan pendekatan secara statistik digunakan serta menggunakan teori kebarangkalian untuk menilai sesuatu keputusan termasuklah untuk mengukur risiko persampelan. Keseluruhan sampel di dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.
ii) Persampelan bukan statistik atau “judgemental” (Non-statistical sampling)
Kaedah ini tidak membolehkan Juruaudit untuk mengukur risiko persampelan secara objektif kerana setiap populasi tidak mempunyai peluang sama untuk dipilih. Kaedah ini lebih menekankan pendekatan secara “professional judgement” untuk membuat kesimpulan terhadap ujian-ujian audit yang dilakukan. Ia mengikut rasional seseorang Juruaudit dalam memilih sampel. Kaedah persampelan bukan berasaskan statistik sesuai untuk semua jenis transaksi atau jumlah populasi kerana ianya mudah, cepat dan pelbagai dalam memilih sampel untuk sesuatu populasi. Kaedah ini juga sesuai apabila subjek yang perlu diaudit kadangkala subjektif dan memerlukan penilaian secara profesional oleh Juruaudit.
2.4.4 Faktor-faktor pemilihan sampel Dalam pemilihan sampel, faktor-faktor yang diambil kira adalah seperti berikut:-
i) Jumlah atau amaun populasi
Jumlah atau amaun populasi yang agak besar/tinggi mempunyai kemungkinan yang besar untuk dipilih sebagai sampel. Hal ini kerana jumlah atau amaun yang tinggi di dalam populasi itu boleh mewakili sesuatu populasi dan kesimpulan yang akan dibuat lebih tepat. Semakin besar/tinggi jumlah amaun sesuatu sampel itu, semakin tinggi risikonya. Sekiranya banyak kesilapan berlaku di dalam sampel yang besar/tinggi semakin tinggi risiko yang akan diterima.
ii) Risiko Sampel yang mempunyai risiko yang tinggi akan dipilih. Risiko ini selalunya diukur dengan mangambil kira tahap kesukaran (complicated) sesuatu transaksi itu. Contohnya dalam pengauditan projek pembangunan, sekiranya projek mempunyai nilai yang tinggi, melibatkan struktur yang agak “complicated” dan melibatkan lebih daripada satu kontraktor ia akan dinilai sebagai berisiko tinggi. Projek-projek seperti ini jika ada, akan dipilih sebagai sampel. Sekiranya projek yang melibatkan amaun yang kecil dan struktur yang mudah ia kemungkinan tidak dipilih sebagai sampel. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat beberapa masalah yang signifikan ia akan dipertimbangkan untuk dipilih.
Sekiranya laporan audit terdahulu mempunyai penemuan yang signifikan tentang sesuatu sampel itu, ia kebiasaannya akan dipilih semula dalam pengauditan pada masa akan datang. Sampel akan diplih semula untuk memastikan adanya berlaku penambahbaikan terhadap sampel. Sekiranya berlaku penambahbaikan, ia besar kemungkinan tidak dipilih semula sebagai sampel.
2.4.5 Sampel yang telah dipilih akan dibincangkan dengan Ketua. Ketua akan
memberikan pandangan tentang sampel yang telah dipilih.
2.5 Kriteria Audit
Kriteria audit merupakan set sesuatu standard atau piawai yang telah ditetapkan oleh Juruaudit bagi menjalankan pengauditan ke atas auditi.
Kriteria-kriteria audit boleh ditetapkan berdasarkan kepada sumber-sumber berikut:-
Perlembagaan dan undang-undang negara
Perlembagaan dan statut Universiti
Polisi yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan dan Universiti
Peraturan-peraturan kerajaan
Peraturan-peraturan Univerisiti
Amalan yang diterima umum
Garis panduan yang diterima pakai
Piawaian oleh Badan Profesional dan Antarabangsa
Hasil penulisan yang diiktiraf
Pandangan-pandangan pakar
Dokumen/Laporan-laporan yang berkaitan
Minit Mesyuarat Pihak Berkuasa Universiti Ciri-ciri kriteria yang baik adalah seperti berikut:-
Lengkap Antara contoh kriteria audit adalah seperti berikut:_
Pengauditan Pengurusan Kewangan (Lampiran 1)
Pengauditan Penyelidikan (Lampiran 2)
Pengauditan Kehilangan (Lampiran 3)
Pengauditan Projek Pembangunan (Lampiran 4) 3.0 PELAKSANAAN : Ujian Audit
Ujian audit dijalankan bertujuan untuk satu proses membuat penilaian terhadap data-data dan bukti yang diperolehi hasil daripada maklumat yang telah dikumpulkan. Ujian dilakukan dengan pelbagai teknik. Teknik-teknik digunakan mengikut kesesuaian dalam menterjemahkan penemuan audit. Teknik ujian audit yang boleh digunakan ialah: -
i) Ujian ke atas kawalan dalaman ii) Ujian substantif
3.1 Ujian kawalan dalaman : -
3.1.1 Kawalan dalaman adalah satu cara bagaimana sesuatu organisasi itu
membangunkan polisi dan prosedur di dalam mengawal aktiviti jabatan ataupun subordinat. Kawalan dalaman adalah penting kerana ia menentukan tentang bagaimana sesuatu proses/aktiviti di dalam organisasi dijalankan. Kawalan dalaman yang baik memudahkan proses/aktiviti dipantau dan seterusnya memudahkan sesuatu kelemahan dikenalpasti pada peringkat awal. Dalam menentukan samada kawalan dalaman berfungsi dengan baik ataupun tidak, seseorang Juruaudit itu perlu menilainya dari peringkat awal lagi.
3.1.2 Perkara ini penting kerana jika sesuatu organisasi itu mempunyai polisi
dan prosedur (kawalan dalaman) yang dijalankan dengan berkesan, Juruaudit boleh menggunakan kawalan dalaman yang dibangunkan oleh organisasi untuk dijadikan asas/bukti di dalam kerja lapangan (audit fieldwork). Hal ini kerana organisasi yang mempunyai polisi, prosedur dan
kawalan dalaman tertentu dapat memberi gambaran bahawa perjalanan dan urusan organisasi adalah dilaksanakan secara teratur dan sistematik.
3.1.3 Ujian kawalan dalaman adalah wajar dilakukan pada peringkat awal
sebelum ujian audit lain dilakukan kerana jika kawalan dalaman organisasi adalah baik, Juruaudit dapat mengurangkan masa dan kos sesuatu audit itu. Ujian kawalan dalaman ini juga boleh mengurangkan sampel pengauditan yang perlu diambil kerana adalah kurang ekonomik sekiranya sampel diambil terlalu banyak tetapi sesuatu organisasi itu mempunyai kawalan dalaman yang baik.
3.1.4 Penilaian terhadap prosedur sesuatu proses/aktiviti juga adalah perlu.
Sebarang aliran aktiviti hendaklah mempunyai justifikasi yang betul dan ia perlu mempunyai dokumen sokongan yang boleh digunapakai. Aliran aktiviti ini perlu dipatuhi oleh setiap subordinat. Prosedur yang baik kebiasaannya mempunyai dokumen sokongan, laporan dan pemantauan di dalam carta alir prosedur tersebut.
3.2 Ujian Substantif : -
3.2.1 Ujian substantif akan digunapakai sekiranya kawalan dalaman organisasi
kurang berkesan dan lemah. Oleh itu Juruaudit perlu melaksanakan semakan secara mendalam terhadap transaksi, dokumentasi dan laporan yang disediakan oleh organisasi untuk mendapatkan bukti-bukti audit.
3.2.2 Contoh Ujian Substantif yang boleh dilaksanakan ialah : -
i) Semakan Semakan dilaksanakan terhadap rekod, dokumen atau elemen lain
yang boleh digunapakai di dalam mendapatkan bukti audit. Dokumen yang akan disemak boleh didapati daripada sumber dalaman ataupun pihak ketiga. Pihak ketiga kebiasaanya terdiri daripada Bank, pihak berkuasa atau jabatan lain di dalam organisasi.
ii) Pemerhatian Pemeriksaan terhadap proses atau prosedur yang dilaksanakan oleh
pihak lain. Contohnya melakukan pemerhatian terhadap pemeriksaan fizikal inventori.
Pertanyaan terdiri daripada pencarian maklumat daripada pakar di dalam ataupun di luar organisasi. Pertanyaan ini kebiasaanya melalui temubual ataupun surat. Hasil maklumat yang diberikan boleh dijadikan sebagai bukti audit.
Pengesahan adalah maklum balas daripada pertanyaan yang telah
dibuat. Contohnya pengesahan baki akaun penghutang organisasi. iv) Melaksanakan pengiraan semula Melaksanakan pengiraan semula terhadap ketepatan angka yang
diperolehi daripada dokumen, rekod perakaunan ataupun melakukan pengiraan secara bebas dan rawak.
v) Prosedur analitikal (“Analytical Review”) Pelaksanaan analisis terhadap nisbah kewangan dan analisis trend
sesuatu data yang telah dikumpulkan. Analisis perbandingan juga boleh dilakukan dengan membandingkan antara tahunan, organisasi dan fungsi.
4.0 PELAPORAN
4.1 Dokumentasi
4.1.1 International Auditing Guideline 3, Prinsip Asas Audit (Para 11)
menyatakan; ‘Juruaudit perlu mendokumenkan pengauditannya dengan sempurna sebagai bukti pengauditan berkenaan telah dijalankan selaras dengan pinsip asas audit.’
4.1.2 Kertas kerja merupakan bukti pengauditan yang telah dijalankan oleh
seseorang Juruaudit bagi menyokong penemuan dan kesimpulan audit yang dimuatkan di dalam laporan audit.
4.1.3 Kertas kerja perlu merekodkan segala kerja-kerja yang dilaksanakan bagi
sesuatu pengauditan yang dijalankan termasuk perancangan audit, latar belakang, program, prosedur audit dan kerja lapangan yang dijalankan sehinggalah kepada penemuan audit ataupun kesimpulan audit.
4.1.4 Kertas kerja perlu didokumenkan dengan lengkap, sempurna dan
terperinci supaya ia dapat memberi kefahaman mengenai keseluruhan audit yang telah dijalankan. Memandangkan kerja audit adalah perkara yang melibatkan penilaian secara profesional (professional judgement),
maka amatlah penting untuk seseorang Juruaudit mendokumenkan segala pemerhatian, pertimbangan dan asas-asas yang digunakan dalam membuat kesimpulan audit.
4.1.5 Kertas kerja perlulah dirancang dan disusun mengikut kesesuaian jenis
audit yang dijalankan. Penggunaan senarai semak atau dokumen lain yang standard akan membantu dalam menyediakan kertas kerja dengan lebih efisien. Ia juga dapat membantu dalam pengagihan kerja audit disamping dapat menjaga kualiti kerja audit.
4.1.6 Juruaudit perlu menilai dan menguji semua bukti yang diperolehi serta
menentukan sama ada bukti berkenaan lengkap dan sesuai. Ini bagi memastikan bukti yang diperolehi tidak bercanggah dengan kenyataan yang dibuat di dalam kesimpulan audit.
4.1.7 Kertas kerja perlulah mengandungi indeks yang lengkap dan rujuk silang
(cross reference ) jadual, ringkasan dan bukti yang berkaitan.
4.1.8 Kertas kerja adalah tanggungjawab dan hak Bahagian Audit Dalam. Bahagian Audit Dalam boleh dengan budibicaranya memberikan ekstrak ataupun salinan kertas kerjanya kepada auditi. Walau bagaimanapun, kertas kerja tidak boleh dijadikan rekod rujukan oleh auditi.
4.1.9 Juruaudit perlu menjaga keselamatan dan kerahsiaan kertas kerja.
4.2 Laporan Audit
4.2.1 Laporan audit adalah salah satu bahagian yang penting di dalam proses
pengauditan di mana segala hasil dan keputusan daripada kerja-kerja audit direkodkan dan dilaporkan.
4.2.2 Tiga objektif utama laporan audit adalah ;
i) Persuading - meyakinkan pembaca untuk mengambil tindakan terhadap
sesuatu perkara. ii) Memberi Maklumat (Informing)
- menyediakan maklumat sebagai bukti kepada tindakan yang diambil.
iii) Perekodan - sebagai rekod rasmi kerja-kerja pengauditan serta hasil dan
penemuan yang diperolehi.
4.2.3 Pengguna laporan audit terdiri daripada pelbagai peringkat di mana maklumat-maklumat yang diperlukan adalah berbeza mengikut keperluan pengguna masing-masing. Maklumat yang diperlukan bergantung kepada kemahiran, kelayakan, pengalaman dan latar belakang pengguna itu sendiri.
4.2.4 Pengguna laporan audit adalah termasuk ;
Pihak Pengurusan Universiti
Pihak Auditi
Jawatankuasa Audit
Organisasi luar
Jabatan Audit Negara
Juruaudit Luar
Lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan
4.2.5 Antara ciri-ciri laporan audit yang berkualiti adalah seperti berikut:-
i) Tepat Laporan perlu bebas daripada sebarang kesilapan yang material. Adalah penting setiap fakta dan angka mestilah tepat dan disokong sepenuhnya.
ii) Objektif Memerlukan persembahan yang dibuat di dalam laporan adalah seimbang dari segi kandungan dan penyampaiannya. Kredibiliti sesuatu laporan boleh dipertingkatkan jika sesuatu bukti dinyatakan secara saksama dan tidak berat sebelah.
iii) Jelas Mudah difahami dan diterima logik akal. Kekaburan dan kesamaran perlulah dielakkan. Maklumat adalah penting dan berkaitan.
iv) Ringkas dan padat Maklumat yang diberikan adalah yang berkaitan tanpa huraian yang tidak diperlukan serta berulang-ulang. Biarpun ringkas, laporan perlu mempunyai kesemua maklumat yang relevan untuk memberi kefahaman terhadap isu yang dilaporkan.
Laporan hendaklah membawa ke arah penambahbaikan. Kandungan perlulah positif, bermaksud baik (well-meaning), berguna dan menyumbang kepada pencapaian objektif organisasi.
vi) Lengkap Mengandungi semua maklumat yang penting dan berkaitan serta penemuan-penemuan untuk menyokong cadangan dan kesimpulan.
vii) Tepat pada masa Laporan perlu disediakan dengan segera mengikut tarikh yang telah ditetapkan dan tempoh masa tersebut perlulah dipatuhi.
4.2.6 Laporan Audit perlu mengandungi elemen-elemen berikut:-
i) Tajuk Laporan Audit perlu menyatakan tajuk pengauditan yang dijalankan.
ii) Tujuan Laporan audit perlu menyatakan tujuan laporan tersebut dibentangkan.
iii) Latar Belakang Latarbelakang kebiasaannya memberitahu serba sedikit tentang pengauditan yang dilaksanakan.
iv) Objektif
Di dalam objektif, dinyatakan tujuan pengauditan dilaksanakan dan jangkaan terhadap subjek pengauditan yang akan dilaksanakan.
v) Skop Skop audit menerangkan sesuatu tempoh masa atau lingkungan aktiviti yang diaudit. Selain itu, skop juga menerangkan tentang ruang lingkup pengauditan secara spesifik tentang skop pengauditan yang dilaksanakan. Terdapat beberapa pengauditan yang liputannya agak terhad berbanding dengan yang lain. Contohnya, audit yang dihadkan kepada fungsi, aktiviti atau lokasi yang khusus. Kekangan tersebut perlu dikenalpasti dengan lebih jelas. Penerangan mengenai mengapa terdapat sebahagian sistem utama dimasukkan atau dikeluarkan dalam sesuatu pemeriksaan perlu dijelaskan.
vi) Metadologi Metadologi menunjukkan kaedah-kaedah yang digunapakai untuk
mengumpul maklumat. Kebiasaannya ia merangkumi teknik-teknik berikut : -
Menyemak atau memeriksa dokumen-dokumen yang berkaitan
Membuat pemeriksaan fizikal atau pemerhatian terhadap organisasi
vii) Pemerhatian Pemerhatian merupakan penemuan-penemuan yang diperolehi ketika menjalankan pengauditan. Pemerhatian seharusnya menyatakan :-
Kriteria yang sepatutnya
Penemuan yang dikenalpasti semasa pengauditan dijalankan
Implikasi ke atas ketidakpatuhan viii) Ulasan dan Syor
Ulasan audit adalah huraian kepada pemerhatian yang ditemui semasa pengauditan. Laporan perlu menunjukkan punca masalah yang diperhatikan semasa pengauditan, syor untuk pembetulan serta langkah pemulihan. Di dalam ulasan, boleh dimasukkan isu-isu lain yang berkaitan dan maklumat sokongan mengenai pengauditan yang dijalankan. Syor audit adalah termasuk cadangan untuk penambahbaikan, pengakuan Juruaudit kepada prestasi auditi dan juga tindakan pembetulan yang perlu diambil oleh auditi.
Lampiran 1
TAJUK PENGAUDITAN: AUDIT PENGURUSAN KEWANGAN
KEY AREA 1
Kawalan Peruntukan
KRITERIA
i. Komitmen direkodkan dengan segera ke dalam buku Vot atau Ringkasan Laporan Baki Peruntukan dan dikemas kini. Semak 5% atau 10 transaksi terkini.
i. Peraturan mengenai kaedah perolehan secara Pesanan Belian dipatuhi.
ii. Penurunan kuasa diberikan secara bertulis kepada pegawai yang bertanggungjawab untuk menandatangani pesanan belian
iii. Permohonan Belian (RO) diluluskan oleh pegawai yang diberi kuasa.
iv. Pesanan Belian dikeluarkan sebelum barangan/perkhidmatan diterima.
v. Tindakan diambil terhadap pembekal yang tidak menghantar barang-barang dalam tempoh yang telah ditetapkan.
B Sebutharga/ Tender
i. Peti berkunci tawaran/ sebutharga disediakan.
ii. Peti tender mempunyai 2 anak kunci dan dipegang oleh 2 orang pegawai kanan.
iii. Bagi setiap tawaran/ sebutharga tarikh peti tersebut dibuka ditetapkan dan waktunya pada jam 12.00 tengahari.
iv. Jawatankuasa Sebutharga telah ditubuhkan
v. Sebutharga/ tender yang dibuka diberi nombor siri, disenaraikan dalam jadual tender/ sebutharga mengikut nama penender, amaun ditender, tempoh siap/ penyerahan barang dan ditandatangani ringkas oleh pegawai yang bertanggungjawab.
ii. Perbelanjaan direkodkan dengan betul ke dalam buku Vot dan dikemas kini.
x. Wang lebihan projek dikembalikan atau digunakan untuk tujuan lain xi. Fail ada disenggarakan bagi setiap projek. xii. Setiap pembelian aset didaftarkan. xiii. Semak apa yang dibuat terhadap aset yang dibeli selepas projek selesai
KEY AREA 3 Perlaksanaan Projek
KRITERIA
i. Aktiviti penyelidikan dijalankan mengikut milestone yang ditetapkan
Key Area 12 : Perakuan siap membaiki kecacatan (CMGD)
KRITERIA
i. Pemeriksaan dilakukan pada tarikh tamat tempoh liabiliti kecacatan
ii. Sekiranya tiada kecacatan PP mengeluarkan CMGD
iii. Jika ada kecacatan PP memaklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari ari tarikh tamat tempoh laibiliti kecacatan dan mengarahkan kontraktor membaiki kecacatan dalam tempoh 3 bulan
iv. CMGD dikeluarkan selepas kerja-kerja membaiki kecacatan dikeluarkan
Key Area 13 : Lawatan tapak
KRITERIA
i. Kerja-kerja telah dilaksanakan dengan sempurna berdasarkan spesifikasi/lukisan yang ditetapkan