Pengenalan Mu’amalat Islam 1 BAHAGIAN A ASAS TAKAFUL DAN TAKAFUL PERUBATAN & KESIHATAN
Pengenalan Mu’amalat Islam 1
BAHAGIAN
A
ASAS TAKAFUL DAN
TAKAFUL PERUBATAN &
KESIHATAN
2 Amalan Asas Takaful
Pengenalan Mu’amalat Islam 3
BAB A1
PENGENALAN MU’AMALAT ISLAM
PENGENALAN
Bermula dengan Nabi Adam a.s., risalah suci mengesakan Allah s.w.t.
telah diwahyukan dan seterusnya diperkembangkan sepanjang masa.
Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul terakhir telah menutup segala
kerasulan para anbiya’ dengan termaktubnya satu sistem hidup
dengan peraturan tertib Ilahi dengan penuh saksama lagi sempurna.
Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan ‘Islam’ yang
bermaksud ‘berserah diri atau patuh’ menggambarkan penyerahan
sejati yang terkandung di dalamnya makna kata kerja ‘aslama’.
Agama Islam mencakupi satu sistem kesempurnaan hidup lagi
menyeluruh ke atas setiap aspek kehidupan manusia. Pada dasarnya,
Islam adalah ajaran tauhid yang sama telah diperturunkan wahyu Ilahi
kepada semua Nabi terdahulu, bermula dari Nabi Adam, Nuh,
Ibrahim, Ismail, Daud, Musa, Isa dan seterusnya Nabi akhir zaman,
Muhammad s.a.w.
Allah telah menyempurnakan agama Islam melalui junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam al-
Qur’an:“Pada hari ini, telah Ku sempurnakan bagimu agama kamu
dan telah Ku cukupkan nikmatKu kepada kamu dan telah Ku
redhai Islam itu menjadi agama untuk kamu” (Al-Qur’an, 5: 3).
A1.1 PENGENALAN SYARI’AH
1.1.1 Objektif Syari’ah
Syari’ah adalah intipati peraturan Islam, di mana makna asal Syari’ah
ialah “jalan ke sumber mata air”. Ia merangkumi keseluruhan
undang-undang dan peraturan yang mengawal aspek kehidupan
4 Amalan Asas Takaful
manusia yang melangkaui aspek-aspek perundangan, politik,
perniagaan, perbankan, keluarga dan juga masyarakat. Objektif
utama Syari’ah ialah untuk memastikan sekalian manusia
melaksanakan suruhanNya (kebaikan) serta menjauhi laranganNya
(kejahatan). Istilah ma’ruf (kebaikan) merujuk kepada semua kualiti
amalan kehidupan yang diterima baik oleh manusia sejagat,
sementara istilah munkar merujuk kepada semua kualiti amalan
kehidupan yang dianggap keji dan dikutuk masyarakat.
1.1.2 Konsep Ad–Deen (Syari’ah)
Sumber: Kitab Mughni al-Muhtaj (Imam Shafi’i); Kitab al-Mughni
(Imam Hanafi); Kitab Bidayat al-Mujtahi (Imam Malik)
Dilihat dari perspektif yang paling asas, konsep Islam merangkumi
tiga komponen utama iaitu Akidah (kepercayaan), Syari’ah (undang-
undang) dan Akhlak (kod moral/adab).
Akidah bermaksud suatu set kepercayaan atau pegangan. Melihat dari
perspektif Islam, Akidah bermaksud ketetapan hati secara pasti dan
ISLAM
SYARI’AH AKIDAH AKHLAK
IBADAT MU’AMALAT JINAYAT
POLITIK SOSIAL
MUNAKAHAT
EKONOMI
Pengenalan Mu’amalat Islam 5
iman yang teguh terhadap Allah s.w.t., para Malaikat, para Rasul,
Hari Kiamat, kitab-kitab dan percaya kepada Qada’ dan Qadar.
Syari’ah atau undang-undang Islam juga dikenali sebagai Fiqh. Fiqh
adalah perundangan Islam yang berkait rapat dengan hukum yang
ditetapkan oleh Allah s.w.t. mengenai cara hidup / amalan, moral /
adab dan perundangan sosial dalam Islam. Cabang ilmu Fiqh
termasuklah Ibadat, Mu’amalat, Munakahat and Jinayat;
Fiqh Ibadat
Ibadah iaitu hukum-hakam yang berkaitan dengan hubungan
manusia dengan Allah. Ia merangkumi amalan / perbuatan
mensucikan diri seperti solat, haji, puasa, zakat, jihad dan bentuk-
bentuk ibadah lain. Kesemua aturan hubungan tersebut
memperjelaskan tanggungjawab individu dan komuniti terhadap
Allah s.w.t.
Fiqh Mu’amalat
Bidang ini adalah berkaitan dengan aturan perhubungan sesama
manusia dalam urusan harta benda, kotrak / perjanjian, organisasi
perniagaan, sekuriti hutang dan kesolvenan, hak pemilikan,
pemberian / hadiah, warisan dan wakaf (pemberian sebahagian
harta seseorang atas dasar sukarela, kekal dan tidak boleh
dibatalkan, sama ada tanah atau barangan kepada jalan Allah).
Fiqh Munakahat
Bidang ini menyentuh tentang ketentuan atau aturan yang
berkaitan dengan hubungan seseorang dalam keluarga seperti
perkahwinan, perceraian, pewarisan harta, hak penjagaan dan
perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Secara
konvensionalnya, bidang ini mempunyai persamaan dengan
undang-undang persendirian.
6 Amalan Asas Takaful
Fiqh Jinayat
Bidang ini adalah berkaitan dengan jenayah dan hukuman;
merangkumi jenayah persetubuhan tanpa nikah (zina), mencuri
(sariqah), merompak, lanun dan menyamun, dan jenayah-jenayah
lain yang tertakluk di bawah hukum hudud.
Dalam ilmu teologi dan falsafah Islam, akhlak merujuk kepada adat
kebiasaan, budi pekerti dan adab. Ia merangkumi perangai, resam,
tabiat, akhlak, moral atau sifat seseorang. Akhlak juga meliputi
tingkah laku, sikap dan etika kerja seseorang Muslim yang boleh
mempengaruhi segala tindakannya.
1.1.3 Hukum Mandatori (Hukum Taklifi)
Hukum Taklifi ialah ketentuan Allah s.w.t. yang menuntut seseorang
Muslim melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan atau
berbentuk pilihan untuk melakukan atau tidak melakukan suatu
perbuatan. Mengikut ajaran Islam, setiap perbuatan seseorang Muslim
hendaklah berlandaskan lima rukun (al-Ahkam al-Khamsah) berikut:
Wajib (Iijab)
Wajib bermaksud suatu perkara yang diperintahkan oleh syarak
secara keras kepada seseorang Muslim untuk melaksanakannya.
Contohnya: menunaikan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan.
Dari sudut teknikal, ia merupakan perintah dari Allah s.w.t.
mengikut aturan dan tatacara yang tertentu.
Sunat (Mandub)
Sunat adalah suatu perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
kepada seseorang Muslim untuk mengerjakannya, namun tidak
dikenakan siksa bagi yang meninggalkannya. Ia bermaksud orang
yang melaksanakan perintahNya akan mendapat pahala dan
meninggalkannya tidak mendapat dosa. Contohnya: memberi
derma atau sedekah kepada mereka yang memerlukan.
Pengenalan Mu’amalat Islam 7
Haram
Haram bermaksud perkara yang dituntut secara tegas oleh syarak
untuk tidak mengerjakannya, mengikut aturan dan tatacara yang
tertentu. Contoh perbuatan haram ialah menyalahgunakan harta
milik orang lain.
Makruh
Makruh adalah perkara yang dituntut oleh syarak untuk
meninggalkannya namun tidak begitu keras. Dengan lain
perkataan, perkara yang dilarang melakukan tapi tidak disiksa
bagi yang mengerjakan. Contoh perbuatan makruh ialah
berhutang tanpa dokumen yang sah (tidak direkodkan).
Harus (Mubah)
Mubah adalah perkara yang dibebaskan syarak untuk memilih
untuk mengerjakannya atau meninggalkannya, dan orang yang
melaksanakannya maupun yang meninggalkannya tidak mendapat
pahala atau dosa. Contohnya, semua bentuk kontrak / perjanjian
adalah dibenarkan kecuali ia dibuktikan sebaliknya.
1.1.4 Sumber-sumber Utama dan Sokongan Syari’ah
No. Sumber Utama Keterangan
i. Al-Qur’an Al-Qur’an adalah kata-kata dari Allah
s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. dalam bentuk wahyu
untuk dijadikan pedoman kepada seluruh
umat manusia. Al-Qur’an merupakan
satu-satunya mukjizat tertinggi yang
menjadi sumber rujukan utama dalam
perundangan Islam dan masyarakat
Muslim seluruhnya. Al-Qur’an adalah
sumber lengkap dan muktamad dalam
8 Amalan Asas Takaful
menentukan sahnya setiap obligasi
udang-undang. Al-Qur’an dijadikan
sumber panduan yang lengkap dan
menyeluruh, dan ia hendaklah diterima
pakai dan dilaksanakan seluruhnya.
ii. Sunnah Sunnah secara harfiah bermaksud
“kaedah” yang merangkumi sesuatu
yang diriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w.
berupa perkataan (qawl), perbuatan (fi’l)
dan ketetapan (taqrir).
Sebarang amalan yang datangnya dari
hasrat dan disandarkan kepada
Rasulullah s.a.w adalah juga merupakan
inspirasi dan ilham dari Allah s.w.t.
Istilah Sunnah perlu dibezakan dengan
Hadis, di mana hadis berupa kata-kata
atau ucapan Rasulullah s.a.w.
No. Sumber
Sokongan
Keterangan
i. Ijma’
(kesepakatan
pendapat)
Ijma’ ialah kesepakatan pendapat ulama
di kalangan masyarakat Islam di zaman
selepas kewafatan Rasulullah s.a.w,
dalam menyelesaikan masalah berkaitan
kedudukan perundangan Islam.
Dari sudut perlaksanaannya, Ijmak
merupakan persetujuan perundangan
oleh para ulama (mujtahid) apabila
kaedah penyelesaian masalah tidak
diperolehi melalui rujukan al-Qur’an dan
Sunah. Para ulama’ perlu mencapai kata
sepakat perundangan ketika sesuatu
permasalahan itu timbul.
Pengenalan Mu’amalat Islam 9
ii Qiyas
(kesimpulan
secara
perbandingan)
Qiyas bermaksud membandingkan dan
mencari persamaan dari sudut
perundangan atas perkara yang baru
terjadi, yang secara jelasnya tidak
terdapat dalam al-Qur’an ataupun Hadis.
Dengan lain perkataan, para ulama akan
merujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah
perkara yang serupa dengan itu, dan
kemudiannya membuat kesimpulan /
ketetapan dengan membandingkan di
antara permasalahan yang baru terjadi
dengan perkara yang telah ada hukum
sebelumnya.
Secara amnya, Qiyas adalah lanjutan
kepada bidang Syari’ah berkaitan
permasalahan / kes terdahulu
dibandingkan dengan permasaalahan /
kes terbaru, disebabkan kes terbaru
mempunyai sebab dan akibat serta kesan
yang sama dengan kes terdahulu.
iii Maslahah
(kepentingan
umum)
Maslahah (pertimbangan kepentingan
umum) merupakan suatu konsep dalam
perundangan Islam tradisional yang
membolehkan atau menghalang sesuatu
hukum itu dibuat berasaskan kepada
matlamat sama ada ia adalah untuk
kebaikan dan menjaga kebajikan orang
ramai atau sebaliknya. Konsep Maslahah
berkait rapat dengan Istislah. Maslahah
bermaksud menjaga ‘pertimbangan
kepentingan umum’ sementara Istislah
bermaksud ‘mencari yang terbaik demi
menjaga kepentingan umum’ yang selain
dengan tujuan dan objektif syari’ah.
10 Amalan Asas Takaful
iv ‘Uruf (adat
resam atau
kebiasaan)
‘Uruf adalah merujuk kepada adat resam
atau ‘pengetahuan’ yang dimiliki oleh
sesuatu masyarakat yang menyebabkan
perubahan dalam perundangan Islam.
‘Uruf merupakan salah satu sumber
keputusan/ketetapan Syariat Islam
apabila tiada sebarang nas atau teks yang
dinyatakan dalam Al-Qur’an dan
Sunnah. Uruf juga boleh membuat
ketetapan atas sesuatu yang dinyatakan
secara umum di dalam al-Qur’an dan
Sunnah.
v Istishab
(andaian)
Istishab bermaksud penetapan hukum
tentang wujud atau tidaknya sesuatu
fakta kes. Ia digunakan apabila tiada
sebarang dalil atau bukti yang dapat
mengubah hukum tersebut. Istishab
menetapkan sesuatu berdasarkan
keadaan yang sudah berlaku
sebelumnya, sehingga ditemukan dalil
yang menunjukkan ada perubahan.
vi Istihsan
(mengutamakan
yang terbaik)
Istihsan bermaksud menetapka hukum
yang ‘lebih baik’. Pendokong beberapa
Mazhab menetapkan hukum yang
menjadi keutamaan bagi sesuatu masalah
dalam perundangan Islam, mengatasi
hokum-hukum lain yang sedia ada. Ia
merupakan salah satu prinsip dalam
penetapan undang-undang / hukuman
yang mengutamakan pentafsiran peribadi
atau ijtihad (menggunakan pertimbangan
akal).
Pengenalan Mu’amalat Islam 11
1.1.5 Objektif Syari’ah (Maqasid Syari’ah)
Maqasid adalah perkataan Arab yang membawa maksud matlamat
atau tujuan. Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada objektif yang
ditetapkan oleh syarak dalam mensyariatkan hukum. Dalam ilmu
Maqasid Syari’ah, terdapat 5 perkara utama yang perlu dipelihara. 5
perkara utama tersebut ialah:-
Memelihara Keterangan / Catatan
Agama Syari’ah menuntut umatnya memelihara dan
melindungi agamanya (Ad-Deen) dalam apa jua
keadaan. Contohnya, mempertahankan pegangan
dan kesucian agama dari ancaman musuh-musuh
Islam.
Nyawa Syari’ah menuntut umatnya memelihara dan
melindungi keselamatan nyawa (Hifz al-Nafs)
dalam apa jua keadaan. Contohnya, dalam usaha
memelihara nyawa manusia, undang-undang telah
digubal untuk mengenakan hukuman yang setimpal
kepada mereka yang melakukan pembunuhan.
Dalam Islam, hukuman kepada mereka yang
membunuh manusia yang tidak berdosa ialah
hukuman mati mandatori.
Keturunan Syari’ah menuntut umatnya memelihara dan
melindungi keturunan masing-masing dalam apa
jua keadaan. Contohnya, Islam melarang umatnya
melakukan zina atau perbuatan-perbuatan lain tidak
bermoral agar kemuliaan keturunan tetap
terpelihara.
Akal Fikiran Syari’ah menuntut umatnya memelihara dan
melindungi kecerdasan akal fikiran (Hifz al-‘Aql)
dalam apa jua keadaan. Pemeliharaan akal
termasuk melindunginya dari perkara-perkara yang
12 Amalan Asas Takaful
boleh merosakkan dan menjejaskan fungsi serta
keupayaan berfikir. Contohnya, Islam telah
mengharamkan minuman keras dan benda-benda
yang memabukkan kerana ianya boleh
menyebabkan seseorang itu hilang pertimbangan
akal.
Harta Benda Syari’ah menuntut umatnya memelihara dan
melindungi harta yang dimiliki dalam apa jua
keadaan. Terdapat pelbagai cara mengumpulkan
harta secara tidak sah. Antaranya ialah
mengamalkan riba, menipu dalam urusan jual beli,
pecah amanah dalam urusan berkaitan harta,
mencuri harta milik orang lain dan penipuan harta
lain yang seumpamanya. Sesungguhnya, Islam
melarang keras perbuatan tersebut.
A1.2 ASAS MU’AMALAT
1.2.1 Pengenalan Mu’amalat
Mu’amalat dari sudut istilah bermaksud “perhubungan” dan peraturan
urusan jual beli, manakala secara teknikalnya Mu’amalat merupakan
sebarang bentuk peraturan perhubungan dan persetujuan bersama
antara manusia dalam menyelesaikan masaalah / keperluan harian,
terutamanya hal ehwal yang berkaitan dengan perdagangan dan
perniagaan. Mu’amalat adalah suatu bentuk hubungan sosial yang
membentuk pelbagai aktiviti ekonomi dan aktiviti bukan ekonomi.
Prinsip-Prinsip Asas Mu’amalat
Antara prinsip-prinsip asas yang memainkan peranan penting dalam
membentuk perundangan Syari’ah dalam bidang Mu’amalat ialah:
Pengenalan Mu’amalat Islam 13
Kebebasan membentuk kontrak / perjanjian
Para Muslim bebas menetapkan sebarang terma dan syarat dalam
kontrak perjanjian, kecuali meletakkan syarat yang melarang
melakukan transaksi yang dibenarkan atau melakukan transaksi
yang dilarang.
Status asal perkara berkenaan adalah dibolehkan
Kedudukan atau taraf semua perkara kecuali hal ehwal yang
berkaitan dengan adat resam adalah dibolehkan oleh syarak,
sehinggalah terdapat dalil atau bukti yang melarangnya.
Dibolehkan oleh adat resam
Perumpamaan perundangan fiqh ada meyatakan “dikuatkuasakan
di bawah budaya dan adat resam”. Dalam kebanyakan kontrak
perdagangan Syari’ah, hampir semua perkara yang tidak
menyalahi budaya dan adat resam adalah dibenarkan.
1.2.2 Larangan dalam Mu’amalat
Semua kegiatan dan aktiviti ekonomi adalah dibenarkan selagi ia
tidak menyalahi atau bertentangan dengan tuntutan Syari’ah.
Sehubungan dengan itu, kesemua 4 mazhab utama (Hanafi, Maliki,
Syafi’i, dan Hanbali) bersepakat pendapat bahawa semua bentuk
urusan perniagaan yang bertentangan dengan tuntutan Syari’ah
dianggap batal dan tidak sah.
Prinsip-Prinsip Am:
Tidak dibenarkan terlibat dalam kotrak jual beli barangan yang ditegah dari hukum syarak seperti minuman keras dan lain-lain
produk yang dilarangan.
Tidak dibenarkan terlibat dalam kontrak jual beli yang terdapat unsur-unsur riba (bunga atau faedah).
14 Amalan Asas Takaful
Kontrak yang melibatkan unsur-unsur perjudian adalah dilarang dalam Syari’ah Islam.
Kontrak yang melibatkan unsur-unsur ketidakpastian (gharar) juga tidak dibenarkan. Kontrak boleh dibatalkan sekiranya
terdapat unsur gharar.
Riba (bunga atau faedah)
Istilah riba dari sudut bahasa bermaksud ‘melebihkan’ atau
‘tambahan’ kepada sesuatu transaksi.
Larangan berkaitan riba adalah sepertimana firman Allah s.w.t.
yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!, Janganlah
kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat ganda, dan
hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya”
(Al-Qur’an, 3: 130).
Dan Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, yang maksudnya,
“Apabila emas ditukar dengan emas, perak dengan perak, gandum
dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam – ia
mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara
terus (pada satu masa). Sekiranya berlainan jenis, maka berjual
belilah kamu sebagaimana disukai tetapi bayaran hendaklah
dibuat dengan segera” (Riwayat Muslim).
Dari Hadis yang dinyatakan di atas, emas dan perak adalah
mewakili wang ringgit; sementara gandum, barli, buah tamar dan
garam adalah mewakili barangan makanan. Kesemua barangan
berkenaan termasuk dalam jenis barangan ribawi.
Adalah jelas bahawa pengharaman boleh dibahagikan kepada 2
jenis yang berbeza. Riba yang pertama ialah larangan menambah
jumlah hutang (duyun) yang juga dikenali sebagai Riba al-Duyun
(Riba Hutang Piutang); sementara dalam urusan pertukaran
barangan ribawi yang sama jenis ditukar dengan kadar / nisbah
tukaran yang berbeza. Riba ini juga dikenali sebagai Riba al-
Pengenalan Mu’amalat Islam 15
Buyu’ (Riba Jual Beli). Secara ringkasnya, ia adalah seperti
berikut:
Riba al-Duyun (Riba Hutang Piutang) terbentuk melalui pinjaman
kewangan iaitu;
i. Riba al-Qard – di mana sejumlah tambahan (bunga atau faedah) dari pinjaman pokok dikenakan dan dipersetujui
ketika kontrak dibuat.
ii. Riba al-Jahiliyah – di mana hutang yang dibayar melebihi pinjaman pokok kerana si peminjam lewat atau tidak mampu
membayar hutangnya pada waktu yang ditetapkan.
Riba al-Buyu’ (Riba Jual Beli) terjadi melalui urusan pertukaran
barang; iaitu Riba al-Fadl (barangan ribawi sama sejenis tetapi tanpa
persamaan timbangan atau sukatan) dan Riba al-Nasi’ah
(penangguhan penyerahan atau penerimaan barangan ribawi).
Peraturan pertukaran barangan berikut digunakan dalam
menentukan sama ada transaksi berkenaan dikategorikan sebagai
Riba al-Fadl atau Riba al-Nasi’ah.
Peraturan 1:
Pertukaran barangan ribawi yang sama jenis (dan kadar atau
sukatan) hendaklah menggunakan kadar yang sama berat, sukatan
atau jumlah serta bayaran / penghantaran barangan hendaklah
dibuat pada waktu itu juga.
o Sekiranya pembayaran / penghantaran barangan dibuat dengan serta merta tetapi kadar berat, sukatan atau jumlahnya
tidak sama, maka berlakulah Riba al-Fadl.
o Sekiranya pembayaran / penghantaran barangan ditangguhkan tetapi kadar berat, sukatan atau jumlahnya
adalah sama, maka berlakulah Riba al-Nasi’ah.
16 Amalan Asas Takaful
Peraturan 2:
Bayaran dan penghantaran barangan ribawi dari jenis dan kadar
yang berbeza hendaklah dibuat pada waktu itu juga walaupun
mungkin dengan harga yang berbeza. Kadar berat, sukatan atau
jumlah barangan yang ditukar tidak menjadi keutamaan.
o Sekiranya pembayaran dan penghantaran barangan tidak dibuat dengan segera (on the spot), maka Riba al-Nasi’ah
telah berlaku.
Perjudian (Maisir)
Perjudian ialah sebarang aktiviti urus niaga yang di dalamnya
terdapat unsur-unsur permainan yang melibatkan pertaruhan atau
perjudian. Sesuatu kontrak yang melibatkan unsur-unsur
perjudian (maisir) adalah dianggap batal (batil). Judi boleh
ditakrifkan sebagai suatu pertaruhan atau mengenakan caj tertentu
yang mana bayaran tersebut akan lupus sekiranya seseorang itu
tidak berjaya memperolehi keuntungan / ganjaran yang
diharapkan. Ia juga dikenali sebagai “permainan dengan hasil
bersih sifar”, iaitu nilai ganjaran yang diterima oleh pemenang
pertaruhan dan mereka yang kalah pertaruhan adalah bersamaan
dengan sifar. Kemenangan yang diperolehi oleh satu pihak adalah
kerugian kepada pihak yang lain. Sekiranya sesuatu transaksi itu
melibatkan perkara yang menyalahi undang-undang dan
membawa keburukan atau kemusnahan harta benda, maka ia
boleh dianggap sebagai perjudian.
Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: “Mereka akan bertanya
kepadamu tentang minuman keras dan judi, katakanlah: pada
keduanya terdapat dosa besar dan manfaat bagi manusia. Tetapi
dosanya lebih besar dari pada manfaatnya…” (Al-Qur’an, 2:
219)
Pengenalan Mu’amalat Islam 17
Ketidakpastian (Gharar)
Gharar atau ketidakpastian dalam sesuatu transaksi atau aktiviti
yang tidak berlandaskan Syari’ah, yang menyebabkan berlakunya
ketidakadilan kepada pihak-pihak yang terlibat. Ini adalah
disebabkan kuantiti dan kualiti barangan yang dinyatakan dalam
transaksi berkenaan tidak diketahui atau tidak ditetapkan nilainya.
Ayub (2007) mentakrifkan gharar sebagai sejenis permainan judi,
untung nasib, pertaruhan atau risiko. Gharar berlaku apabila
terdapat unsur-unsur ketidakpastian dalam transaksi dimana ciri-
ciri dan kewujudannya tidak dapat dipastikan secara tepat,
disebabkan sifatnya yang berisiko. Keadaan tersebut
menyebabkan kontrak berkenaan dianggap batal atau boleh
dibatalkan.
Rasulullah s.a.w. juga melarang umatnya terlibat dalam Gharar,
Al-Baji al-Andalusi menyatakan:
Nabi Muhammad s.a.w melarang urusan jual beli yang
melibatkan gharar dan boleh menyebabkan urusan tersebut tidak
sah. Jual beli melibatkan gharar bermaksud transaksi di mana
terdapat unsur-unsur gharar yang nyata dan jelas sehingga ia
boleh dikategorikan sebagai jual beli gharar. Para ulama’
bersependapat bahawa jual beli seperti ini adalah dilarang dan
tidak sah. Sebaliknya, gharar kecil tidak menyebabkan urusan
jual beli terbatal kerana para ulama berpendapat tiada kontrak
yang benar-benar bersih dari unsur-unsur gharar.
Gharar boleh dikategorikan kepada dua pecahan kecil iaitu
Gharar Kecil dan Gharar Besar;
(i) Gharar Kecil (Yasir)
Gharar Kecil diberi kelonggaran dan boleh dimaafkan kerana
ia tidak membatalkan kontrak jual beli, bermaksud unsur-
unsur gharar di dalamnya tidak mempengaruhi komponen
penting dan syarat-syarat utama kontrak (contohnya syarat-
18 Amalan Asas Takaful
syarat berkaitan aset, harga, bahasa yang digunakan dan
sebagainya).
(ii) Gharar Besar (Fahish)
Gharar yang menyebabkan kontrak tidak sah dikenali sebagai
Gharar Besar. Secara amnya, gharar besar mengandungi
ciri-ciri berikut;
unsur-unsur ketidakpastian (gharar) terlalu nyata sehingga ia tidak boleh diterima sebagai suatu kontrak
yang sah; atau ia terlalu kabur sehingga sukar untuk
dinilai dan difahami.
1.2.3 Konsep Kontrak dalam Mu’amalat
Al-Barbati dalam bukunya, Al-‘Inayah ‘ala Fath al-Qadir
mendefinisikan ‘aqad atau kontrak seperti berikut:
“Hubungan yang sah di sisi undang-undang tercipta melalui ikatan
dua pengisytiharan dan wujud kesan perundangan atas perkara pokok
yang dimaksudkan”.
‘Aqad dari sudut bahasa bermaksud “ikatan” atau “simpulan”. Dalam
bahasa Inggeris, ia dikenali sebagai ‘kontrak’. Kontrak juga boleh
didefinisikan sebagai “pernyataan persetujuan pertukaran hak milik
atas barangan / perkara pokok yang ditawarkan oleh penjual dan
pernyataan penerimaan barangan / perkara pokok oleh pembeli.
Kontrak yang lengkap perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
Rukun Aqad Keterangan
‘Aqidain (pihak-
pihak yang
terikat dalam
kontrak)
Ia merupakan syarat utama yang menjadikan
kontrak tersebut sah dimana pihak-pihak yang
terlibat memenuhi syarat kelayakan mengikat
kontrak. Keupayaan memenuhi syarat
kelayakan menjadikan seseorang itu
Pengenalan Mu’amalat Islam 19
mempunyai hak dan layak untuk memikul
tanggungjawab yang diamanahkan.
Sighah
(pernyataan ijab
dan qabul)
Sighah ialah suatu bentuk kontrak yang
mengandungi ikrar ijab (lafaz penjual) dan
qabul (lafaz pembeli) atau tawaran dan
penerimaan. Tawaran yang dibuat oleh pihak
pertama dipanggil ijab kerana ia menawarkan
dan mengesahkan persetujuan penerimaan oleh
pihak kedua.
Ma’qud alaih
(barangan dan
harga jual beli)
Ia adalah perkara pokok atau barangan yang
dimaksudkan di dalam kontrak. Mengikut
perundangan Islam, terdapat beberapa syarat
yang perlu dipenuhi bagi barangan berkenaan
untuk menjadikan kontrak tersebut sah; iaitu
barangan tersebut hendaklah sah disisi undang-
undang, wujud (sedia ada) dan telah
dikenalpasti.
A1.3 PENERAPAN KONTRAK SYARI’AH DALAM
PERNIAGAAN TAKAFUL
Dalam perundangan Islam, kontrak boleh wujud dalam bentuk dua
keadaan iaitu kontrak dua pihak (bilateral) atau kontrak satu pihak
(unilateral). Kontrak didefinisikan sebagai hubungan antara tawaran
dan penerimaan yang menghasilkan persetujuan perundangan atas
perkara pokok kontrak. Sebarang urusan perjanjian yang melibatkan
harta benda perlu memenuhi beberapa keperluan asas kontrak yang
bersesuaian dengan tujuan urusniaga berkenaan.
Secara amnya skim Takaful melibatkan dua pihak iaitu Pengendali
Takaful dan sekumpulan Peserta yang biasanya dikenali sebagai
pemegang polisi dalam insurans konvensional. Ringkasnya, kontrak
Takaful yang mewujudkan hubungan di antara Pengendali Takaful
dengan peserta boleh dikategorikan dalam beberapa bentuk iaitu
20 Amalan Asas Takaful
Tabarru’, Wakalah dan Mudharabah bergantung kepada kehendak
dan keperluan pihak-pihak yang terlibat. Keterangan lanjut mengenai
bentuk kontrak berkenaan adalah seperti berikut:
No. Keterangan Kontrak Keterangan Lanjut Kontrak
Takaful
i. Kafalah
Satu kontrak jaminan di
mana seseorang
mmenambah kepada
dirinya tanggungjawab
atau liability bagi pihak
orang lain.
Dalam perniagaan Takaful,
peserta menyumbang kepada
dana Takaful dengan persetujuan
bersama bahawa Pengendali
Takaful diamanahkan untuk
melaksanakan dalam
menguruskan dana takaful secara
berhemat dan membayar
manfaat Takaful kepada peserta
sekiranya ditimpa musibah.
Kontrak Kafalah yang wujud
dalam operasi sistem Takaful di
Malaysia dan seluruh dunia.
ii. Tabarru’
Bermaksud sumbangan
atau derma yang
diberikan oleh seseorang
yang kemudiannya
diberikan kepada orang
lain yang
memerlukannya, tanpa
mengharapkan apa-apa
balasan.
Dalam perniagaan Takaful,
peserta bersetuju untuk
menderma sejumlah wang ke
Dana Takaful berdasarkan
kontrak tabarru’. Kontrak
Tabarru’ merupakan elemen
utama dalam perniagaan Takaful
dan ianya bukan sahaja
diamalkan di Malaysia, malah ia
juga diamalkan diseluruh dunia.
Pengenalan Mu’amalat Islam 21
iii. Wakalah (wakil-mewakil)
Kontrak agensi wujud
apabila seseorang itu
mewakilkan individu lain
menjalankan tugas-tugas
perniagaan bagi pihaknya.
Individu yang menerima
tugas tersebut dipanggil
‘wakil’. Oleh yang
demikian, kedua-dua
pihak iaitu prinsipal dan
wakil sama-sama terikat
di bawah kontrak
wakalah.
Kafalah (menjamin atau
menjaga).
Dalam perniagaan Takaful,
peserta melantik Pengendali
Takaful sebagai wakilnya untuk
mengurus dana dan perlindungan
Takaful. Kontrak wakalah
diamalkan oleh semua
pengendali Takaful di Malaysia
dan juga sebahagian besar
pengendali Takaful di seluruh
dunia.
iv. Ju’alah
Kontrak menyewa bagi
perkhidmatan, di mana
satu pihak berjanji untuk
membayar amaun yang
dinyatakan wang bagi
perkhidmatan yang
diberikan selaras dengan
terma-terma yang
dirundingkan di antara
mereka.
Dalam perniagaan Takaful, para
peserta menyumbang sejumlah
wang kepada dana Takaful.
Pengendali Takaful adalah
diamanahkan untuk
menguruskan dana Takaful
secara berhemah dari segi
pelaburan dan pembayaran
manfaat Takaful kepada peserta
yang layak jika berlaku musibah.
Pengendali Takaful berhak
kepada fi untuk perkhidmatan
yang diberikan.
Kontrak Ju’alah diamanahkan
oleh semua Pengendali Takaful
di Malaysia manakala
22 Amalan Asas Takaful
kebanyakan Pengendali Takaful
di seluruh dunia beroperasi di
bawah model Wakalah.
v. Mudharabah
Amalan Mudharabah
(berkongsi keuntungan)
bermaksud suatu kontrak
kewangan di mana pihak
pertama yang dikenali
sebagai Rabb al-Mal
menyediakan dana kepada
pihak yang satu lagi yang
dipanggil Mudharib.
Mudharib kemudiannya
diberi tanggungjawab
mengurus dana berkenaan
melalui urusan pelaburan
atau perniagaan yang
boleh memberi
keuntungan. Kedua-dua
pihak akan berkongsi
keuntungan yang
diperolehi mengikut kadar
yang ditetapkan.
Dalam perniagaan Takaful,
peserta mencarum sejumlah
wang ke dana Takaful di mana
peserta bertindak sebagai Rabb
al-Mal, sementara Pengendali
Takaful menjadi Mudharib yang
bertindak sebagai pengurus dana
dan berusaha mencatat
keuntungan dari pelaburan yang
dibuat. Peserta dan Pengendali
Takaful akan berkongsi
keuntungan yang diperolehi
mengikut kadar yang
dipersetujui terlebih dahulu.
Kontrak Mudharabah diamalkan
oleh Syarikat Takaful Malaysia
Berhad ketika syarikat
berkenaan mula beroperasi.
Walau bagaimanapun,
sebahagian daripada Pengendali
Takaful yang beroperasi di
Malaysia mengamalkan kontrak
Mudharabah hanya pada
beberapa produk kewangan
sahaja.
vi. Musyarakah
Kontrak Shirkah
(perkongsian).
Musyarakah adalah satu
Dalam perniagaan Takaful, para
pemegang saham masing-masing
bersetuju bersama untuk
Pengenalan Mu’amalat Islam 23
perjanjian di antara dua
atau lebih pihak untuk
mengendalikan
perniagaan tertentu di
mana semua pihak
menyumbang kepada
modal untuk berkongsi
keuntungan. Dalam
urusan musyarakah, pihak
yang terlibat di sini
berkongsi liabiliti,
keuntungan dan juga
kerugian berdasarkan
kepada persetujuan
mereka.
menyumbang sejumlah wang
untuk memulakan perniagaan
Takaful. Ini adalah persejutuan
bersama di kalangan para
pemegang saham yang dipanggil
musyarakah.
Kontrak musyarakah diamalkan
di kalangan semua pemegang
saham semua Pengendali
Takaful di Malaysia dan
Pengendali Takaful di seluruh
dunia.
24 Amalan Asas Takaful
Konsep Risiko 25
BAB A2
KONSEP RISIKO
PENGENALAN
Risiko boleh ditakrifkan sebagai ketidakpastian tentang apa yang
akan berlaku pada masa hadapan. Istilah ‘risiko’ mempunyai pelbagai
pengertian dalam dunia perniagaan dan kehidupan harian. Risiko
secara umumnya bermaksud kemungkinan berlakunya kebinasaan,
kecederaan atau kerugian. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai sebarang
situasi di mana terdapatnya ketidakpastian tentang apakah yang akan
berlaku dan kesan yang perlu ditanggung. Risiko biasanya dikaitkan
dengan kejadian atau kesan yang merugikan, sementara peluang
atau nasib dikaitkan dengan hasil atau keputusan yang
menggembirakan / menguntungkan. Contoh risiko ialah diagnosa
kanser paru-paru di kalangan para penghisap rokok di mana
ketidakpastian sentiasa wujud sama ada mereka pasti akan menghidap
kanser berkenaan ataupun tidak.
A2.1 KONSEP RISIKO
Oleh kerana tujuan perbincangan berkait rapat dengan risiko yang
boleh diTakafulkan, tumpuan akan diberikan kepada risiko yang
berkemungkinan boleh menyebabkan kerugian kewangan. Kerugian
kewangan didefinisikan sebagai kehilangan atau penurunan nilai
disebabkan berlakunya musibah atau kecelakaan.
Selain dari risiko ketidakpastian sama ada sesuatu musibah itu akan
menyebabkan kerugian atau tidak, risiko juga mempunyai kaitan
dengan kebarangkalian kekerapan (frequency) dan keterukan
(severity). Tahap risiko ditentukan melalui hubungan berkenaan.
Hubungan tersebut dijelaskan melalui Heinrich Triangle. Heinrich
Triangle menerangkan bahawa sekiranya kekerapan kejadian yang
berlaku itu adalah tinggi, maka tahap keterukan (severity) adalah
rendah. Manakala kejadian yang kurang kerap berlaku akan
26 Amalan Asas Takaful
menyebabkan tahap keterukan yang tinggi. Contohnya, kemalangan
di udara yang melibatkan kapalterbang jarang berlaku tetapi sekiranya
berlaku kemalangan berkenaan maka tahap keterukan – cedera parah
atau kematian – adalah tinggi.
2.1.1 Peril dan Bahaya
Konsep
Keterangan Contoh
Peril
Peril digunakan untuk
mengenal pasti sebab-sebab
kerugian. Sebarang
kerugian akibat
kemalangan disebabkan
oleh sesuatu peril adalah
tertakluk kepada tuntutan di
bawah polisi / pelan
perlindungan yang
berkaitan. Contoh-contoh
peril termasuklah
kebakaran, banjir,
pelanggaran, kemalangan,
gempa bumi, sakit dan
kematian.
Kenderaan yang dilindungi di bawah
polisi insurans motor
mengalami kerosakan
akibat kemalangan
(kemalangan adalah peril
yang dilindungi). Oleh
itu, tuntutan boleh dibuat
di bawah polisi ini
Sekiranya sebuah restoran musnah
disebabkan kebakaran
(kebakaran adalah peril
yang dilindungi), maka
tuntutan boleh dibuat di
bawah polisi insurans
kebakaran.
Bahaya Bermaksud sesuatu perlakuan atau keadaan yang
meningkatkan kebarangkalian berlaku kerugian. Bahaya
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
1. Bahaya Fizikal -Merujuk kepada ciri fizikal
perkara pokok insurans
yang boleh
meningkatkan
kemungkinan
berlakunya kerugian.
Kerja-kerja pendawaian
yang tidak sempurna dalam
sesebuah bangunan yang
boleh meningkatkan
kemungkinan berlakunya
kebakaran.
Konsep Risiko 27
2. Bahaya Moral – Merujuk kepada sikap
seseorang yang
meningkatkan
kemungkinan
berlakunya kerugian.
Bahaya moral sukar
untuk diramal.
Seseorang itu dengan
sengaja membakar produk
yang tidak laku dijual tetapi
telah diinsuranskan untuk
menuntut ganti rugi dari
insurer; atau pemilik polisi
yang tidak jujur membuat
tuntutan yang melampau
dan sengaja diada-adakan.
2.1.2 Kategori Risiko
Risiko boleh dikelaskan kepada beberapa kategori utama iaitu:
Risiko
Keterangan Contoh
Tulen Merujuk kepada kebarangkalian
terjadi kerugian ataupun tiada
sebarang kerugian. Risiko tulen
secara umumnya boleh dilindungi.
Kebakaran, petir,
banjir taufan,
kematian,
kemalangan,
kecurian dan
sebagainya.
Spekulatif
Merujuk kepada kebarangkalian
berlaku kerugian, tiada kerugian
atau mengaut keuntungan. Tidak
dapat dipastikan sama ada sesuatu
kejadian itu boleh membawa
keuntungan, kerugian atau tiada
kerugian. Risiko spekulatif tidak
boleh dilindungi/diisuranskan
Pelaburan di
pasaran saham,
pasaran
matawang asing,
meneroka bidang
perniagaan baru
dan sebagainya.
28 Amalan Asas Takaful
2.1.3 Risiko Asas dan Risiko Khusus
Risiko
Keterangan Contoh
Risiko
Asas
Risiko Asas akan memberi kesan
ekonomi yang menyeluruh
kepada masyarakat seluruhnya
atau kepada kumpulan individu
dalam masyarakat. Risiko Asas
adalah di luar kawalan mana-
mana individu.
Kerosakan harta
benda disebabkan
gempa bumi,
peperangan dan
sebagainya.
Risiko
Khusus
Risiko khusus akan hanya
memberi kesan kepada individu
tertentu dan bukannya keseluruhan
masyarakat dan risiko ini boleh
dikawal.
Kerosakan harta
benda disebabkan
kemalangan,
kecurian,
rompakan dan
sebagainya.
2.1.4 Jenis-Jenis Risiko Tulen
Risiko Tulen biasanya boleh diinsuranskan dan perbincangan
mengenai insurans dan Takaful akan memberi tumpuan kepada
risiko-risiko berkenaan.
Risiko Tulen boleh dikategorikan kepada tiga (3) jenis utama yang
kesemuanya boleh menyebabkan ketidakstabilan kewangan iaitu
Risiko Peribadi, Risiko Harta, dan Risiko Liabiliti.
Risiko
Keterangan Contoh
Risiko
Peribadi
Merujuk kepada risiko yang memberi kesan
langsung kepada individu yang boleh
menyebabkan kemungkinan berlakunya kerugian
atau pendapatan semakin berkurangan,
Konsep Risiko 29
menanggung perbelanjaan tambahan dan nilai aset
yang semakin susut.
Risiko peribadi boleh dibahagikan kepada empat
(4) jenis iaitu:
Risiko Mati Awal Kematian ketua keluarga
atau pencari nafkah boleh
menyebabkan keluarga yang
ditinggalkan menghadapi
masaalah kewangan.
Risiko Simpanan
Tidak Mencukupi
ketika Persaraan.
Para pesara menghadapi
kemungkinan kehilangan
atau ketiadaan punca
pendapatan ketika bersara
sekiranya mereka tidak
mempunyai aset cair yang
mencukupi atau tiada
sumber-sumber pendapatan
lain ketika persaraan. Risiko
yang perlu ditanggung ialah
taraf dan gaya hidup yang
lebih rendah.
Risiko Kesihatan
yang semakin
Buruk.
Kemungkinan seseorang itu
perlu menanggung kos
perubatan yang amat tinggi
dan seterusnya kehilangan
pekerjaan / pendapatan.
Risiko Kehilangan
Pendapatan
Merupakan ancaman
kewangan yang terbesar
disebabkan perniagaan
menghadapi zaman
kesukaran, perubahan
ekonomi dan aplikasi
30 Amalan Asas Takaful
teknologi dan sebagainya.
Risiko Harta Merujuk kepada kebarangkalian berlakunya
kerugian disebabkan kerosakan harta akibat
kebakaran, banjir, gempa bumi atau bencana alam
lain. Terdapat dua (2) jenis risiko yang berkaitan
dengan harta benda:
Kerugian Langsung
Kerugian kewangan
yang berlaku atas
kerosakan fizikal
harta benda
disebabkan
kecurian atau
kemusnahan harta
tersebut.
Sebuah kilang mengalami
kerosakan disebabkan
kebakaran (kerosakan fizikal
kilang berkenaan merupakan
kerugian langsung).
Kerugian Tidak
Langsung atau
Kerugian Turutan
Kerugian kewangan
yang berlaku secara
tidak langsung atas
kerosakan fizikal
harta benda
disebabkan
kecurian atau
kemusnahan harta
tersebut.
Selain dari kerugian akibat
kerosakan fizikal kilang
berkenaan, pemilik kilang
juga kehilangan mata
pencarian / pendapatan
sepanjang tempoh kilang
tersebut menjalani kerja-kerja
baik pulih. Kehilangan
pendapatan adalah
merupakan kerugian tidak
langsung / kerugian turutan.
Konsep Risiko 31
Risiko
Liabiliti
Merujuk kepada
risiko kecederaan
badan pihak ketiga
atau kerosakan
harta. Pihak
mahkamah
mungkin
memerintahkan
pihak yang dituntut
membayar ganti
rugi atas
kecederaan anggota
badan pihak ketiga.
Organisasi atau firma
perniagaan terdedah kepada
tuntutan liabiliti disebabkan
kecacatan produk yang
dihasilkan. Produk tersebut
mungkin boleh menyebabkan
kecederaan anggota badan
atau kerosakan harta kepada
pengguna yang menggunakan
produk berkenaan.
2.1.5 Ciri-Ciri Risiko yang Boleh Diinsuranskan
Ciri-Ciri
Keterangan
Mempunyai Nilai
Kewangan
Risiko berkait rapat dengan kerugian di mana
ganti rugi kewangan boleh dibayar setelah
berlaku sesuatu musibah umpamanya
kerosakan rumah kediaman disebabkan
kebakaran, kecurian kenderaan dan
sebagainya. Harta berkenaan mungkin
mempunyai nilai kewangan dan nilai peribadi,
tetapi ia hanya boleh diinsuranskan
berdasarkan nilai kewangan dan bukannya
nilai sentimental harta / perkara pokok
insurans.
Risiko
Pendedahan yang
Sama
Risiko yang hendak diinsuranskan mestilah
mempunyai persamaan ciri-ciri dan terdapat
jumlah yang banyak,
a) Penilaian risiko melalui analisa kebarangkalian dan statistik amat
32 Amalan Asas Takaful
bergantung kepada pengalaman lepas
yang dianggap munasabah jumlahnya.
b) Sekiranya hanya terdapat 3 atau 4 pengalaman pendedahan, ia akan
menyebabkan kos perlindungan dan
bayaran premium yang tinggi serta tidak
kompetitif. Contohnya insurans
perlindungan sepasang kaki milik model /
peragawati terkenal.
Risiko Tulen Secara umumnya, hanya risiko tulen
(kerugian atau tiada kerugian) sahaja yang
boleh diinsuranskan kerana seseorang itu
tidak boleh meraih keuntungan dari insurans.
Risiko spekulatif memberi kemungkinan
berlaku kerugian, pulang modal (tiada
kerugian) atau meraih keuntungan, dan oleh
itu ia tidak boleh diinsuranskan.
Risiko Khusus Risiko khusus boleh dilindungi sekiranya ia
memenuhi kriteria risiko yang boleh
diinsuranskan.
Risiko asas biasanya tidak boleh
diinsuranskan, contohnya risiko peperangan
atau perubahan nilai budaya. Walau
bagaimanapun, mungkin terdapat risiko yang
boleh diberi perlindungan insurans tetapi ia
bergantung kepada lokasi geografi risiko
berkenaan.
Kerugian Tidak
Dijangka
Adalah tidak munasabah untuk
menginsuranskan risiko yang pasti akan
berlaku kerana ia bertentangan dengan salah
satu ciri-ciri risiko boleh diinsuranskan iaitu
kerugian tidak dijangka. Kekerapan dan
Konsep Risiko 33
ketenatan sesuatu risiko itu mestilah di luar
jangkaan, contohnya dalam insurans hayat –
bila / tarikh kematian adalah diluar
pengetahuan manusia untuk memastikannya.
Contoh risiko yang telah dijangka, dengan
niat dan disengajakan ialah bunuh diri.
Kepentingan
Boleh Lindung
Bermaksud suatu hak hubungan yang sah di
sisi undang-undang di antara diri yang
diinsuranskan dengan perkara pokok insurans.
Risiko yang hendak dilindungi mestilah
mempunyai kepentingan kewangan yang
diiktiraf oleh undang-undang. Diri yang
diinsuranskan merupakan individu yang akan
menanggung kerugian kewangan sekiranya
risiko yang dilindungi itu benar-benar terjadi.
Contohnya, pemilik rumah berhak
menginsuranskan rumah kediamannya.
A2.2 KONSEP RISIKO DALAM ISLAM
Terdapat sebilangan orang Islam yang terkeliru tentang konsep takdir
(Qada’ dan Qadar), yang mana mereka beranggapan takdir mereka
telah ditentukan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi dan dengan itu tidak
perlu berusaha. Hakikatnya, setiap manusia tetap berkewajipan untuk
berusaha dan berikhtiar kerana semua perkara ditentukan oleh Allah
tetapi manusia diberi pilihan untuk mencorakkan kesejahteraan
hidupnya sendiri. Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib / keadaaan sesuatu
kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada
diri mereka” (Al-Qur’an, 13:11)
34 Amalan Asas Takaful
Seterusnya, dalam satu riwayat, Nabi Muhammad s.a.w. bertanya
kepada seorang Badwi yang meninggalkan untanya tanpa ditambat,
“Mengapa kamu tidak menambat / mengikat unta kamu?” Orang
Badwi itu menjawab, “Aku serahkan takdir dan bertawakkal kepada
Allah s.w.t”. Nabi Muhammad kemudiannya menjawab, “Ikatkan
dahulu unta itu, kemudian barulah bertawakkal”.
Pengajaran dari peristiwa di atas mengukuhkan tanggapan bahawa
sesungguhnya umat Islam bukan sahaja perlu percaya pada Qada’ dan
Qadar Allah, tetapi juga menegaskan yang mereka perlu berusaha
dan bertawakal demi mengelakkan malapetaka atau mengurangkan
risiko menanggung kerugian.
Pengurusan risiko merupakan suatu konsep yang bukan sahaja
diterima oleh masyarakat Islam, malah mempercayainya sebagai
salah satu cara untuk mencapai objektif dan matlamat hidup, dan
seterusnya mencapai matlamat akhir ialah menikmati kehidupan yang
penuh keberkatan di dunia dan di akhirat kelak.
A2.3 RISIKO DAN TAKAFUL
Risiko-risiko yang perlu dihadapi dalam mengendalikaan operasi
perniagaan Takaful tidak terhad kepada perkara-perkara yang
dinyatakan di bawah:
Jenis-jenis
Risiko
Keterangan
Risiko Operasi Risiko menghadapi kerugian disebabkan
kegagalan proses kerja dalaman, sumber
manusia dan sistem kendalian atau pengaruh
luar antara lainnya seperti:
Amalan dan keselamatan tempat kerja: kerugian disebabkan cara bekerja yang tidak
selaras atau bertentangan dengan undang-
undang dan peraturan pekerjaan, kesihatan
dan keselamatan tempat kerja, sistem
ganjaran / upah.
Konsep Risiko 35
Penipuan dalaman: kerugian disebabkan tindakan pekerja yang berniat untuk menipu,
menyalahguna harta syarikat atau menyalahi
peraturan, undang-undang dan dasar syarikat,
amalan rasuah.
Penipuan luaran: kerugian disebabkan tindakan pihak ketiga / luar yang berniat
untuk menipu atau pemalsuan dokumen,
penyalahgunaan harta syarikat atau
menyalahi peraturan/undang-undang.
Kerosakan harta: kerugian disebabkan kerosakan atau kehilangan harta syarikat
akibat bencana alam atau tindakan lain
seperti keganasan, vandalisme dan
sebagainya.
Gangguan perniagaan dan sistem pincang tugas: kerugian disebabkan gangguan
bekalan utiliti, kegagalan perkakasan dan
perisian komputer.
Proses pengurusan, perlaksanaan dan penyampaian: kerugian akibat kegagalan
proses transaksi atau proses pengurusan,
kerugian yang berkaitan dengan urusan
dengan rakan niaga atau pembekal akibat
kesilapan kemasukan data, kesilapan akaun,
kegagalan menyiapkan laporan mandatori,
kerugian harta pelanggan disebabkan
kecuaian.
Pelanggan, produk dan amalan perniagaan: kerugian disebabkan gagal (tanpa niat atau
cuai) untuk memenuhi tanggungjawab
profesional terhadap pelanggan tertentu
(termasuk keperluan industri dan
kesesuaian), atau kerugian akibat kecacatan
reka bentuk atau ciri-ciri produk.
36 Amalan Asas Takaful
Risiko Undang-
undang
Risiko kerugian akibat tuntutan udang-undang
dari pihak ketiga.
Risiko Strategik Risiko kerugian akibat kesilapan membuat
keputusan atau strategi perniagaan yang
menimbulkan kesan negatif.
Risiko Reputasi Sebarang keraguan atau kesilapan dalam
membuat keputusan, aktiviti atau inisiatif boleh
mencemarkan nama dan reputasi syarikat
Pengendali Takaful.
Risiko
Pengunderaitan
Risiko sekiranya dana caruman / tabarru’ tidak
mencukupi untuk menampung bayaran tuntutan
dan rezab perbelanjaan penyelarasan kerugian
semasa tidak mencukupi.
Risiko Pelaburan Risiko dalam pelaburan ialah kerugian. Hampir
kesemua bentuk pelaburan mempunyai
risikonya tersendiri: harga saham jatuh; bon
atau sukuk tidak berfungsi sepatutnya, aset
sandaran pasaran derivatif tidak berfungsi
seperti yang dijangkakan.
Risiko Tadbir
Urus
Biasanya ia berkisar tentang aktiviti perniagaan
seperti tadbir urus korporat, pengurusan risiko
perusahaan dan pematuhan korporat dengan
peraturan dan undang-undang sedia ada.
Risiko
Meneruskan
Perniagaan
Iaitu merancang dan mengenal pasti pendedahan
organisasi terhadap ancaman dalaman dan
luaran serta penggemblengan kemahiran dan
aset bagi merangka tindakan pencegahan dan
pemulihan yang berkesan untuk organisasi,
mengekalkan kelebihan kompetitif dan nilai
integriti sistem untuk memastikan
kesinambungan dan daya maju syarikat.
Konsep Risiko 37
Risiko
Pematuhan
Syariah
Terdapat risiko kemungkinan operasi urus niaga
Takaful tidak mematuhi prinsip-prinsip Syariah.
Pengendali Takaful mungkin menghadapi risiko
tidak memperolehi pendapatan yang dijangka
serta risiko reputasi. Sebagai contoh, risiko yang
telah diterima mungkin tidak mematuhi prinsip-
prinsip Syariah dan oleh itu terpaksa ditolak dan
menyarankan agar kotrak dibatalkan atau
mendermakan pendapatan kepada badan-badan
kebajikan.
A2.4 KAEDAH MENANGANI RISIKO
Apabila sesuatu risiko itu telah dikenal pasti dan dinilai, semua teknik
pengawalan risiko boleh digunakan dan pada dasarnya terdapat empat
cara menangani risiko:
Pengelakan risiko
Pengawalan / pengurangan risiko
Pengekalan risiko
Pemindahan risiko
Perkongsian risiko
2.4.1 Pengelakan Risiko
Menjauhi atau menghapuskan risiko - Sekiranya diputuskan bahawa
terdapat risiko yang tidak boleh diterima, maka organisasi boleh
memutuskan untuk tidak meneruskan aktiviti atau perniagaan yang
mengandungi risiko berkaitan. Jika keputusan ini dibuat, maka
individu atau organisasi telah memutuskan untuk mengelakkan risiko.
Pengelakan mungkin seolah-olah jawapan kepada semua risiko, tetapi
mengelakkan risiko juga bermakna kehilangan potensi keuntungan
sekiranya menerima (mengekalkan) risiko yang dibenarkan.
Keputusan untuk tidak meneruskan perniagaan bagi mengelakkan
risiko kerugian juga bererti mengelakkan kemungkinan memperolehi
keuntungan. Contohnya, tidak membeli harta atau memulakan
38 Amalan Asas Takaful
perniagaan kerana tidak mahu menanggung liabiliti yang terkandung
didalamnya.
2.4.2 Pengawalan atau Pengurangan Risiko
Ini adalah suatu tindakan yang diambil untuk memperbaiki risiko
demi mencapai tahap standard yang boleh diterima pakai. Proses
penilaian yang berterusan amat diperlukan untuk memastikan standard
yang diingini dapat dicapai. Ia melibatkan kaedah mengurangkan
keterukan / ketenatan kerugian atau kemungkinan dapat mencegah
dari berlakunya kerugian. Sebagai contoh, memasang sistem perenjis
air untuk memadamkan api bagi mengurangkan risiko kerugian
disebabkan kebakaran.
2.4.3 Pengekalan Risiko
Sekiranya tahap risiko semasa berada di tahap yang boleh diterima,
individu atau organisasi boleh memutuskan untuk mengekalkan risiko
berkenaan. Ia bererti berkesanggupan menerima kerugian sekiranya ia
benar-benar berlaku. Pengekalan risiko merupakan satu strategi yang
berdaya maju bagi risiko kecil di mana kos menginsuranskan risiko
berkenaan mungkin lebih besar dimasa akan datang berbanding
dengan jumlah kerugian yang dialami.
2.4.4 Pemindahan Risiko
Ia melibatkan proses pemindahan risiko kepada organisasi (insurer)
atau individu. Apabila risiko dipindahkan, kerugian akan dibayar oleh
organisasi atau individu kepada mereka yang memindahkan risiko
berkenaan. Terdapat dua cara untuk memindahkan risiko
Contoh Kotrak Insurans / Takaful: Pemilik rumah boleh
memindahkan risiko kerugian sekiranya rumah kediamannya musnah
dijilat api iaitu dengan membeli pelan Takaful kebakaran.
Contoh Kontrak Bukan Insurans / Takaful: Sesebuah pasar raya boleh
memindahkan risiko (liabiliti) yang timbul daripada penjualan produk
Konsep Risiko 39
yang megalami kecacatan dengan membuat kontrak perjanjian dengan
pengilang di mana pengilang bersetuju untuk membayar ganti rugi
kepada pasar raya dari liabiliti yang mungkin timbul daripada produk
yang rosak.
A2.4.5 Perkongsian Risiko
Islam tidak membenarkan risiko ditukar iaitu pemindahan secara
keseluruhan kerugian kewangan yang timbul daripada risiko. Ia tidak
diiktiraf sebagai adil kepada setiap pihak kerana ia boleh membawa
kepada beban lebih-tuntutan di luar niat asal syarikat insurans, atau
sebaliknya juga boleh mengakibatkan tahap premium yang tidak boleh
diterima oleh pihak yang dilindungi.
Sebagai alternatif, individu atau organisasi boleh berkongsi risiko
dengan orang lian yang mempunyai sifat risiko yang serupa. Amalan
ini dipanggil perlindungan Takaful.
A2.5 PENGURUSAN RISIKO
2.5.1 Mengenalpasti Risiko
Mengenalpasti risiko merupakan langkah yang paling penting dalam
proses pengurusan risiko. Ia perlu dilakukan untuk mengenal pasti
risiko-risiko yang boleh menjejaskan kewangan individu atau firma
sebelum suatu jalan penyelesaian boleh disediakan. Apabila risiko
telah dikenal pasti, ia hendaklah diukur dan dinilai secara individu
bagi menentukan kebarangkalian atau kemungkinan berlaku kerugian
dan kesan kewangan keatas individu atau firma terbabit.
Pengurusan risiko mengambil pandangan bahawa sesebuah firma
terdedah kepada risiko dalam pelbagai cara yang kesemuanya boleh
menyebabkan kerugian kewangan. Oleh itu, risiko dilihat dalam erti
kata yang seluas-luasnya, dan tidak terhad kepada risiko yang boleh
diinsuranskan. Tanggungjawab pengurus risiko ialah mengenal pasti
risiko yang berkemungkinan boleh menjejaskan perniagaan syarikat.
40 Amalan Asas Takaful
Kaedah Mengenal pasti Risiko
Pemeriksaan Fizikal
Membuat lawatan singkat ke loji adalah penting untuk
membantu memahami risiko berkaitan, yang kemudiannya
diikuti dengan proses formal mengenal pasti risiko secara
lebih menyeluruh.
Carta Organisasi
Satu carta yang menunjukkan struktur organisasi syarikat dan
hubungan di antara kakitangan dan jabatan yang berlainan
dapat membantu mengenal pasti kelemahan struktur
organisasi.
Carta Aliran Kerja
Satu carta yang menunjukkan bahan-bahan atau kerja
'berfungsi' melalui pelbagai peringkat proses di mana
bahagian yang lemah / tidak berfungsi boleh dikenal pasti.
Senarai Semak
Suatu senarai soalan pertanyaan atau soal selidik yang
berkaitan dengan bidang-bidang utama aktiviti boleh
membantu mengenal pasti bahagian-bahagian yang
mempunyai risiko.
2.5.2 Pemeriksaan dan Penilaian Risiko
Pemeriksaan dan penilaian risiko adalah proses menentukan kesan
risiko atau potensi kerugian supaya tindakan sewajarnya dapat diambil
berdasarkan sumber-sumber yang sedia ada. Penilaian risiko
melibatkan anggaran kekerapan dan keterukan pendedahan risiko dan
menentukan tahap kedudukannya berdasarkan kepada perbandingan
Konsep Risiko 41
kepentingan. Risiko yang berpotensi tinggi menyebabkan kerugian
akan diberikan keutamaan dalam pelan pengurusan risiko.
Kekerapan risiko merujuk kepada jumlah atau bilangan sesuatu musibah itu berlaku yang mengakibatkan kerugian, dalam suatu
tempoh masa yang ditetapkan (kebarangkalian berlakunya).
Keterukan risiko merujuk kepada kos atau jumlah kerugian dari segi kewangan, yang terpaksa ditanggung akibat dari musibah
berkenaan.
Tidak semua risiko itu penting dan perlu dikendalikan atau
diinsuranskan / dilindungi. Bagi risiko yang lebih kecil, ia boleh
diabaikan walaupun terdapat kemungkinan yang ia boleh berlaku.
Walau bagaimanapun, saiz risiko sahaja tidak menentukan sama ada
ia perlu diberi keutamaan. Risiko yang mempunyai kemungkinan
yang sedikit untuk terjadi tetapi membawa kesan yang besar terhadap
kedudukan kewangan individu atau firma perlu diberi keutamaan.
Contoh: Dalam pelan pengurusan risiko, pendedahan kerugian yang
berpotensi untuk menyebabkan sesebuah firma itu muflis adalah jauh
lebih penting berbanding dengan pendedahan risiko yang berlaku
tetapi hanya melibatkan kos yang kecil.
2.5.3 Pembangunan Pelan Pengurusan Risiko
Apabila sesuatu risiko telah dinilai sepenuhnya, sudah tiba masanya
untuk memilih kaedah pengurangan risiko yang bersesuaian.
Pemilihan kaedah tersebut harus dibuat pada peringkat awal pelan
pembangunan dengan mengambilkira kos dan keberkesanannya.
Terdapat empat kaedah pengurangan risiko - Pengelakan Risiko;
Kawalan Risiko; Pembendungan Risiko dan Pemindahan Risiko.
2.5.4 Perlaksanaan Pelan Pengurusan Risiko
Sebaik sahaja pemilihan kaedah yang sesuai telah diputuskan, pelan
pengurusan risiko sudah bersedia untuk dilaksanakan. Dalam
melaksanakan langkah ini, risiko perlu dikenalpasti keutamaannya dan
42 Amalan Asas Takaful
disesuaikan dengan bentuk tindakan yang akan diambil. Salah satu
bentuk tindakan yang kerap diambil ialah dengan menginsuranskan /
melindungi risiko tersebut.
2.5.5 Kajian semula dan Pemantauan Pelan Pengurusan Risiko
Kajian semula dan pemantauan adalah satu lagi langkah penting
dalam proses pengurusan risiko. Aktiviti-aktiviti ini melibatkan
kajian / penilaian semula secara berkala, memantau proses
perlaksanaan serta semakan progresif keatas pelan berkenaan
supaya ia selaras dengan perubahan dalam persekitaran
perniagaan dan ekonomi.
Peringkat pemantauan dan kajian semula risiko termasuk
mengeluarkan buku panduan/ manual mengenai risiko , laporan
tuntutan, kajian pengalaman dan audit. Secara umumnya, risiko
yang berlainan memerlukan kaedah pemantauan yang berbeza,
khususnya risiko yang dilindungi yang perlu dipantau secara lebih
kerap dan melaporkan terus kepada pihak pengurusan.
Penilaian semula secara berkala boleh membantu mengenal pasti
sebarang kekurangan atau pengubahsuaian, dan juga memastikan
objektif pelan pengurusan risiko boleh dicapai. Kajian / penilaian
semula perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
2.5.6 Komunikasi Pelan dan Objektif Pengurusan Risiko
Sering diperkatakan bahawa bukan pelan yang penting, tetapi ketelitian perancangan itu sendiri yang menjadi keutamaan. Ini
adalah sangat benar dimana komunikasi yang berkesan disemua
fasa perancangan pengurusan risiko amat diperlukan. Keperluan
komunikasi sering diabaikan dan akibatnya, fasa perlaksanaan dan
pemantauan tidak dititikberatkan sehingga mengakibatkan
objektif pelan pengurusan tidak dapat dicapai.
Konsep Risiko 43
Petunjuk-petunjuk penting dari sumber dalaman atau luaran yang berkaitan dengan pengurusan risiko perlu diambilkira. Kedua-dua
sumber berkenaan perlu dimasukkan ke dalam dasar pengurusan
risiko. Petunjuk-petunjuk utama ini boleh dipecahkan kepada
bidang pengkhususan risiko masing-masing.
Pengurusan risiko perlu diintegrasikan ke dalam budaya korporat. Dalam amalan pengurusan risiko yang moden, setiap individu
dalam syarikat bertanggungjawab untuk mencapai objektif
pengurusan risiko firma. Oleh itu, dalam semua fasa pengurusan
risiko, komunikasi antara pihak-pihak yang terlibat amatlah
penting.
44 Amalan Asas Takaful
Pengenalan Takaful 45
BAB A3
PENGENALAN TAKAFUL
PENGENALAN
Dalam zaman sebelum kedatangan Islam, adalah menjadi adat orang-
orang Arab pagan untuk membayar pampasan atau diyat, di mana
penjenayah perlu membayar ganti rugi berupa ‘Darah-Wang’ (diyat)
sebagai pampasan kepada ahli keluarga mangsa yang telah mati
dibunuh. Ia adalah menjadi hak keluarga si mati untuk menuntut
pampasan daripada suku atau keluarga pesalah / pembunuh. Adat
membayar diyat diamalkan bagi menggantikan adat primitif
sebelumnya iaitu ‘hutang darah dibayar darah’. Diyat diperkenalkan
bagi mengelakkan berlakunya balas dendam dan peperangan antara
puak. Sistem pampasan 'darah-wang' terus diamalkan walaupun
selepas kedatangan Islam kerana kebaikan dan manfaat berikut;
Ia mengurangkan tragedi pertumpahan darah dan persengketaan.
Menjadikan tanggungjawab individu sebagai tanggungjawab kolektif.
Mengurangkan beban kewangan individu yang terlibat.
Memupuk semangat kerjasama dan persaudaraan dikalangan puak masing-masing
Doktrin ini telah mendapat perkenan Junjungan Besar Nabi
Muhammad s.a.w. dan kemudiannya diwajibkan dalam tempoh
Khalifah kedua. Ini adalah doktrin asas yang diperkembangkan dalam
amalan insurans Islam hari ini.
Dalam Islam, semua aktiviti ekonomi adalah sah dan dibolehkan di
sisi undang-undang selagi ia lakukan dengan tidak melampaui batas
mana-mana rukun yang telah ditetapkan melalui dua sumber rasmi
undang-undang Syari’ah iaitu al-Qur’an dan Sunnah. Selaras dengan
ketetapan tersebut, kesemua empat aliran mazhab utama iaitu Hanafi,
46 Amalan Asas Takaful
Maliki, Shafi’i, dan Hanbali telah sebulat suara bersetuju bahawa
semua bentuk transaksi perniagaan yang mengandungi unsur faedah /
bunga (riba), ketidakpastian (gharar) dan perjudian (maisir) dianggap
tidak sah/haram.
Doktrin Maqasid Syari’ah menyatakan adalah menjadi
tanggungjawab semua umat Islam untuk melindungi aset ketara, harta
benda, kebajikan dan kesejahteraan ummah. Kaedah / bentuk
perlindungan yang diamalkan perlu mematuhi ketetapan Syari’ah dan
garis panduan undang-undang dan prinsip-prinsipnya. Malangnya,
hampir kesemua kaedah insurans konvensional adalah berpaksikan
amalan-amalan yang dilarang oleh Syari’ah.
A3.1 DEFINISI TAKAFUL
Perkataan ‘Takaful’ berasal dari kata kerja bahasa Arab kafala yang
bermaksud menjaga atau mejamin keperluan seseorang. Oleh itu,
permuafakatan antara sekurang-kurangnya dua pihak yang bersetuju
untuk saling jamin-menjamin antara satu sama lain sekiranya berlaku
kerugian disebabkan ditimpa bencana atau musibah, ia ditakrifkan
sebagai 'Takaful '.
Begitu juga, jaminan bersama yang mejadi nadi dalam konsep
Takaful boleh diterjemahkan dalam mengendalikan operasi
perniagaan atau transaksi komersil di sektor tijari atau sektor
perniagaan sebagai salah satu pemain kewangan Islam dalam pasaran
ekonomi. Dengan cara ini, seperti perbankan, Takaful bukan satu
alternative tetapi lebih kepada kewajipan kepada agama.
A3.2 KONSEP TAKAFUL
Majlis Akademik Liga Dunia Islam, selepas membuat
pengubahsuaian yang sewajarnya telah menyimpulkan bahawa bentuk
kerjasama insurans boleh diterima dan dianggap sebagai alternatif
kepada insurans. Sistem yang berfungsi selaras dengan rangka kerja
Islam perlu dirangka berasaskan konsep-konsep berikut:
Pengenalan Takaful 47
3.2.1 Takaful
Para ulama telah sebulat suara bersetuju bahawa perlindungan yang sesuai dengan kehendak Syari’ah hendaklah berdasarkan
konsep Takaful Islam. Takaful adalah kata nama yang berasal
dari kata kerja bahasa Arab, kafala, bermaksud untuk menjaga
dan menjamin keperluan seseorang. Takaful bermaksud gotong-
royong di kalangan kumpulan, iaitu setiap ahli kumpulan
berusaha untuk membantu orang-orang yang memerlukan
dikalangan kumpulan mereka. Konsep Takaful adalah
berdasarkan perpaduan, tanggungjawab bersama dan
persaudaraan di kalangan ahli. Takaful boleh ditakrifkan sebagai
tindakan sekumpulan individu yang berhasrat untuk saling
menjamin antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut dari
kerugian atau kerosakan yang mungkin menimpa keatas salah
seorang daripada mereka.
Ciri utama operasi Takaful adalah seperti berikut:
o Pihak syarikat atau pengendali Takaful bukanlah pihak yang menanggung risiko, pesertalah yang saling menjamin dan
bersetuju melindungi antara satu sama lain.
o Syarikat bertindak sebagai pemegang amanah bagi pihak peserta dalam usaha untuk menguruskan operasi perniagaan
Takaful.
o Semua sumbangan (premium) yang dibayar oleh peserta akan dikumpulkan kedalam Kumpulan Wang Takaful bagi tujuan
pembayaran manfaat Takaful.
o Dana Takaful pada masa yang sama boleh dilaburkan dalam mana-mana bidang pelaburan yang diluluskan oleh Majlis
Syari’ah.
3.2.2 Mudharabah (berkongsi keuntungan)
Mudharabah boleh ditakrifkan sebagai kontrak perkongsian keuntungan komersial di antara pembekal atau penyedia dana dan
usahawan yang menjalankan usaha perniagaan.
48 Amalan Asas Takaful
Mudharabah ialah permuafakatan berkongsi keuntungan di mana
satu pihak yang dikenali sebagai sahib al-mal (peserta)
menyediakan semua modal perniagaan. Pihak yang satu lagi,
yang dikenali sebagai mudharib atau usahawan (pengendali
Takaful), yang tidak memiliki modal tetapi memiliki kepakaran
untuk mengendalikan perniagaan. Semua keuntungan daripada
usaha niaga ini akan dikongsi di antara kedua-dua pihak
berdasarkan nisbah yang dipersetujui, umpamanya 50:50 atau
60:40 atau apa sahaja yang dipersetujui bersama.
Untuk menjadikan kontrak Mudharabah sah mengikut hukum syara', pelbagai elemen atau komponen perlu wujud, iaitu:
o Penyedia modal o Usahawan o Modal o Aktiviti o Nisbah Keuntungan o Tawaran dan Penerimaan
Ciri-ciri Utama Kontrak Mudharabah ialah;
o Sekiranya berlaku kerugian, adalah menjadi tanggungjawab pemberi modal untuk menerima dan menanggung kerugian
tersebut.
o Sekiranya berlaku kerugian yang disebabkan oleh salah urus Pengendali Takaful, maka pengendali Takaful perlu
menanggung kerugian tersebut.
o Sekiranya usaha niaga tersebut memperolehi keuntungan, maka keuntungan akan dikongsi antara Pengendali Takaful
dan pemberi modal.
o kontrak berkenaan boleh dibatalkan dan semua modal terkumpul serta keuntungan (perniagaan Takaful Keluarga
sahaja) hendaklah dikembalikan kepada pemberi modal,
setelah ditolak perbelanjaan pentadbiran.
Pengenalan Takaful 49
o pemberi modal perlu memberi persetujuan untuk melantik usahawan (Pengendali Takaful) untuk mengendalikan usaha
niaga bagi pihaknya.
o pemberi modal tidak akan mengeluarkan arahan Pengendali Takaful atau terlibat dalam pengurusan perniagaan Takaful.
3.2.3 Tabarru’
Tabarru’ adalah perkataan Arab yang bermaksud derma atau hadiah. Tabarru’ ialah dimana Peserta bersetuju untuk
melepaskan semua bahagian atau sebahagian derma atau
sumbangan bagi membolehkan ia memenuhi tanggungjawab
saling membantu dan saling menjamin.
Dalam kontrak Takaful, apa yang dimaksudkan dengan tabarru’ ialah sejumlah tertentu derma ikhlas yang dibuat oleh peserta bagi
tujuan yang tertentu seperti yang dinyatakan dalam perjanjian atas
semangat persaudaraan dan saling berkerjasama. Dana ini akan
digunakan untuk membantu ahli yang ditimpa kesusahan.
Tabarru’ kini telah mengIslamkan kontrak insurans dengan membuang semua unsur-unsur yang bertentangan dengan
Syari’ah. Inilah perbezaan asas yang paling ketara antara insurans
yang mematuhi Syari’ah dengan insurans konvensional. Tanpa
konsep derma, urus niaga akan bersifat jual beli insurans iaitu
membeli janji bahawa beberapa bentuk manfaat akan dibayar
sekiranya peserta menghadapi nasib malang. Janji mungkin atau
tidak mungkin dipenuhi, bergantung kepada sama ada peristiwa
yang diinsuranskan itu berlaku atau tidak. Sekiranya tiada
sebarang tuntutan, penanggung insurans akan berpeluang
memperolehi kesemua premium yang dibayar.
Walau bagaimanapun, semangat yang tertanam dalam konsep tabarru’ ialah peserta tidak hanya memikirkan perlindungan diri
sendiri, malah dia juga memikirkan untuk membantu peserta lain.
Peserta mesti sedar bahawa sumbangan ikhlas yang dihulur bukan
sahaja membolehkan dirinya dan saudara-saudara seagamanya
50 Amalan Asas Takaful
yang lain diberi perlindungan, malah ia juga akan diberi ganjaran
di akhirat kelak. Ini berbeza dengan insurans konvensional di
mana seseorang membeli insurans perlindungan tertentu untuk
diri mereka sendiri sahaja.
Apa yang membuatkan konsep tabarru' lebih menarik ialah peserta mendapat dua kali ganda manfaat apabila menyertai skim
Takaful, pertamanya, mereka mendapat perlindungan insurans
yang halal dan kedua, pada masa yang sama ia mendapat ganjaran
pahala atas amalan baik yang dilakukannya.
3.2.4 Wakalah
Istilah wakalah dalam Bahasa Arab ertinya wakil atau agensi. Oleh itu di bawah struktur agensi, wakalah ialah hubungan agensi
yang dipersetujui bersama di antara dua pihak untuk menjalankan
aktiviti perniagaan tertentu. Berdasarkan premis ini, model yang
menggambarkan satu perjanjian agensi antara pengendali yang
bertindak sebagai ejen atau 'wakil' kepada peserta yang bertindak
sebagai prinsipal, untuk menguruskan penglibatan peserta dalam
pelbagai produk Takaful yang disediakan oleh pengendali.
Sebagai balasan kepada perkhidmatan agensi yang diberi, pengendali dibenarkan untuk mengenakan bayaran di bawah
perjanjian tersebut. Fi atau yuran perkhidmatan dibayar dari dana
sumbangan Takaful yang didermakan oleh peserta. Di bawah
model ini, perbelanjaan pengurusan boleh dikenakan kepada dana
Takaful sebagai bayaran pendahuluan.
A3.3 APLIKASI DAN MANFAAT TAKAFUL
Aplikasi Takaful
Pakar perundangan memutuskan bahawa sistem insurans yang
mengamalkan etika rangka kerja Islam harus dirangka dengan
mengambil kira dasar-dasar berikut:
Pengenalan Takaful 51
Ta’awun
Takaful adalah berdasarkan konsep Ta'awun yang bermakna
saling membantu. Peserta bersetuju untuk membantu antara
satu sama lain dalam aspek kewangan sekiranya timbul
keperluan (seperti yang dinyatakan dalam kontrak Takaful),
dengan menyumbang kepada dana bersama.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Tolong-menolonglah
dalam perkara kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu
tolong-menolong dalam perkara-perkara yang menimbulkan
permusuhan” (Al-Qur’an, 5: 2)
Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah akan sentiasa membantu hambaNya selagi dia
membantu orang lain” (Riwayat Imam Ahmad dan Imam
Abu Daud).
Pemilikan
Di bawah prinsip Milkiyah (pemilikan), manfaat sijil ialah
pemilikan sempurna (Milkiyah) oleh peserta. Apabila peserta
meninggal dunia, manfaat akan diamanahkan kepada penama.
Tanggungjawab Bersama dan Saling Menjamin
Sejajar dengan disiplin Syari’ah Takaful (yang bermaksud
tanggungjawab bersama dan saling menjamin), peserta saling
bersetuju untuk memberikan pampasan sekiranya berlaku
kejadian yang tidak diingini.
Tanggungjawab dan Perlindungan Bersama
Peserta skim Takaful bersetuju untuk memikul
tanggungjawab bersama atau berkongsi tanggungjawab.
52 Amalan Asas Takaful
Pampasan Bersama
Pengesahan tentang kewujudan konsep Takaful adalah
berasal dari adat resam (‘urf) orang-orang Arab yang
dipanggil Aqila. Ia merupakan suatu bentuk awal insurans
melalui perlindungan bersama dalam satu kumpulan individu
yang mengambil langkah-langkah untuk menampung
kerugian yang ditanggung. Peserta Skim Takaful kini
mengamalkan konsep bekerjasama dan saling membantu
antara satu sama lain.
Masalih al-Mursalah (Kepentingan Awam)
Takaful juga antara lain adalah berasaskan kepada doktrin
Masalih al-Mursalah atau kepentingan awam. Tujuan utama
ialah untuk membantu meringankan beban ahli-ahli
masyarakat yang ditimpa musibah dan menanggung kerugian.
Kontrak
Sijil Takaful mengikat pihak-pihak yang bersetuju dengan
tawaran dan penerimaan berdasarkan prinsip-prinsip kontrak.
Hubungan antara pengendali Takaful dan peserta adalah
tertakluk di bawah satu kontrak khas iaitu kontrak wakalah
atau kontrak mudharabah.
Kelebihan Takaful
Memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan keluarga
Menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka yang kurang bernasib baik
Menjauhi amalan riba (faedah), maisir (perjudian) dan gharar (ketidakpastian) dan elemen-elemen lain yang
dilarang
Menggalakkan nilai-nilai moral, etika dan ketelusan dalam semua aktiviti dan operasi perniagaan.
Pengenalan Takaful 53
Melalui derma kebajikan (tabarru') yang dihulur, ia membolehkan peserta Takaful mengabdikan diri kepada
Allah s.w.t. dan mencapai ketenangan fikiran.
Menggalakkan semangat perpaduan, gotong-royong dan persaudaraan.
54 Amalan Asas Takaful
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 55
BAB A4
PERBANDINGAN DI ANTARA
TAKAFUL DAN INSURANS
PENGENALAN
Insurans menyediakan perlindungan kewangan akibat kerugian yang
timbul daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini. Seseorang
boleh mendapatkan perlindungan ini dengan membayar premium
kepada syarikat insurans.
Dana wang diwujudkan melalui sumbangan yang dibuat oleh individu
yang memerlukan perlindungan diri dari pelbagai risiko kehidupan.
Premium dikumpul oleh syarikat-syarikat insurans yang juga
bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana tersebut. Sebarang
kerugian yang dialami peserta disebabkan berlakunya kejadian yang
tidak diingini, syarikat insurans akan membayar pampasan dengan
menggunakan dana berkenaan.
Insurans berfungsi berdasarkan prinsip asas perkongsian risiko.
Kelebihan utama insurans adalah ia menyebarkan risiko yang
dihadapi oleh segelintir peserta kepada kumpulan besar individu yang
terdedah kepada risiko yang sama.
A4.1 DEFINISI DAN SEJARAH INSURANS
Insurans ditakrifkan sebagai kontrak di mana satu pihak yang dikenali
sebagai syarikat insurans, sebagai balasan untuk pertimbangan yang
dipersetujui yang dikenali sebagai premium, untuk dibayar kepada
individu lain yang dikenali sebagai pihak yang diinsuranskan,
sejumlah wang, sekiranya berlakunya peristiwa tertentu dalam
tempoh tertentu.
56 Amalan Asas Takaful
Oleh itu, dalam erti kata yang lebih mudah, kontrak insurans adalah
kontrak di antara dua pihak iaitu Penanggung Insurans dan Pihak
yang Diinsuranskan, dengan janji untuk membayar ganti rugi
sekiranya berlaku peristiwa yang tidak diingini sebagai balasan atas
sumbangan/bayaran premium.
Insurans telah wujud sejak berabad lamanya. Para sejarawan
mendakwa sejarah awal insurans telah bermula dari tahun 215 CE,
iaitu apabila kerajaan Romawi diminta oleh angkatan tenteranya agar
menanggung risiko kerosakan peralatan perang yang diangkut dengan
menggunakan kapal laut, disebabkan ancaman dan serangan musuh,
ribut, dan lain-lain bencana alam. (Omar Fisher, 2009). Bukti terawal
kontrak insurans bertarikh sekitar 2800 SM di mana Kod
Perundangan Babylon mencatatkan peraturan-peraturan mengenai
insurans. Pada asasnya, konsep insurans telah diperkenalkan untuk
menangani bencana yang dihadapi oleh pedagang dan peniaga-
peniaga di laut. Bentuk perlindungan adalah pelbagai, dari
perlindungan ke atas kargo dan barang-barang yang dibawa
sehinggalah kepada perlindungan insurans hayat kelasi dan pegawai-
pegawainya.
Dalam erti kata lain, terdapat satu keperluan bagi manusia untuk
bersiap sedia menghadapi kerugian atau kehilangan. Dan sejarah
insurans moden boleh dikesan seawal tahun 1600-an, apabila
pedagang British dan pemilik kapal berbincang mengenainya di kafe
berhampiran Lombard Street di London. Kafe itu dipanggil Llyod's.
Mereka mula merangka perjanjian untuk saling berkongsi keuntungan
dan juga kerugian dalam perniagaan dan pelayaran kapal laut. (Omar
Fisher, 2009).
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa amalan saling melindungi
juga tersebar luas di kalangan orang Cina, orang-orang Yunani dan
Eropah. Tarikh kes insurans hayat pertama dicatatkan di England
pada 1583 di mana kontrak bertempoh telah dikeluarkan atas nama
William Gybbon. Satu perkembangan penting dalam sejarah industri
insurans hayat adalah penciptaan jadual mortaliti oleh Edmund Halley
dalam tahun 1693. Walau bagaimanapun, hanya selepas satu abad
Perbandingan di antara Takaful dan Insurans 57
kemudian barulah terhasil jadual mortaliti yang lebih tepat dan
berwibawa.
Sejarah pengenalan insurans di Malaysia bermula sejak abad ke-18
dan ke-19 apabila terdapatnya firma-firma perdagangan dan rumah-
rumah agensi yang bertindak sebagai ejen bagi syarikat-syarikat
insurans dari United Kingdom. Setelah negara mencapai
kemerdekaan, terdapat usaha untuk menubuhkan syarikat insurans
tempatan. Awal 1960-an menyaksikan penubuhan beberapa syarikat
insurans hayat dan juga syarikat insurans am. Sebahagian daripada
syarikat insurans berkenaan beroperasi pada asas yang tidak kukuh
dengan garis panduan pengunderaitan yang tidak wajar.
Kerajaan kemudiannya bertindak campur tangan dan
memperkenalkan Akta Insurans, 1963. Di bawah Akta ini,
pengendalian dan pengawasan industri insurans diletakkan di bawah
kelolaan Ketua Pengarah Insurans, di bawah Kementerian Kewangan.
A4.2 ASAS-ASAS INSURANS
Insurans adalah satu proses di mana kerugian yang dialami oleh
segelintir individu diagihkan dan dikongsi bersama dikalangan
sekumpulan besar individu. Melihat kepada perkembangan industri
insurans masa kini, insurans dianggap sebagai satu saluran di mana
beban kewangan akibat ditimpa musibah dipindahkan dari pihak yang
diinsuranskan kepada Syarikat Insurans. Konsep di sebalik insurans
ialah sekumpulan individu yang terdedah kepada risiko yang serupa
saling bekerjasama dan memberi sumbangan ke arah pembentukan
dana insurans. Sekiranya terdapat individu yang menanggung risiko
kerugian, ia akan menerima pampasaan dari dana insurans berkenaan.
Sumbangan kepada dana insurans dibuat oleh sekumpulan individu
yang berkongsi risiko yang sama di mana sumbangan tersebut dikutip
oleh syarikat insurans dalam bentuk premium.
Secara amnya, mana-mana individu yang mempunyai hak dan
kepentingan kewangan di sisi undang-undang atas mana-mana harta,
maka ia boleh menginsuranskan harta berkenaan di bawah suatu
58 Amalan Asas Takaful
kontrak insurans dimana sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan
harta berkenaan, individu tersebut akan menanggung kerugian
kewangan. Kontrak insurans merupakan suatu ikatan perjanjian yang
sah dan dikuatkuasakan oleh undang-undang antara dua pihak yang
berkepentingan iaitu Penanggung Insurans dan Pihak yang
Diinsuranskan. Atas balasan yang diterima dalam bentuk bayaran
premium, penanggung insurans bersetuju bahawa dalam tempoh
tertentu, ia akan membayar ganti rugi / indemniti kepada pihak yang